perbandingan psikologi barat dan islam

Upload: max-aditya-tantari

Post on 05-Apr-2018

255 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/2/2019 PerbandingAn Psikologi Barat Dan Islam

    1/2

    Oleh :

    Mexnuel Pinus

    Perbandingan Psikologi Barat dan Islam

    Daripada pendefinisian diatas dari perspektif Islam dan Barat, dapat lah dirumuskan bahawa

    psikologi ini adalah satu kajian yang saintifik (ilmiah). Namun disebalik persamaan

    pendefinisian ini terdapat perbezaan yang dapat dilihat dalam psikologi menurut Islam dan

    Barat. Perbandingan serta penilaian ini dapat dilakukan secara kritis antara psikologi Islam

    dan Barat melalui sumber-sumber yang digunakan, pendekatan yang dilakukan, objektif, teori

    dan prinsip serta subjek kajian. Perbezaan yang dapat dilihat:

    a.Sumber-sumberMenurut Uthman Najati (1993), psikologi dari perspektif Islam, matlamat atau teori psikologi

    Islam berasaskan kepada al-Quran dan al-Sunnah dan di ambil juga daripada tokoh-tokoh

    psikologi Islam seperti Ibn Sina, Imam al-Ghazali, Ibn Rusyd dan lain-lain lagi. segala ajaran

    dan sumber terhasil daripada nas al-Quran yang mana ia menjelaskan, menghuraikan,

    menganalisis, menafsir, menyimpulkan dalam ajaran Islam berpanbdukan al-Quran dan al-

    Sunnah. Segala sumber psikologi Islam ini bersifat mutlak kerana ia merupakan satu

    pandangan yang boleh dibahaskan dan boleh dikritik.Menurut Norman L. Munn (1962), dari perspektif Barat pula, mereka menggunakan sumber

    yang tidak berpaksikan kepada panduan al-Quran dan al-Sunnah. Pengkajian Barat ini lebih

    bersumberkan kepada teori-teori dan pandangan-pandangan akal serta psikologi ilmuan

    sahaja. Mereka tidak mempunyai buku khusus yang boleh dijadikan panduan kebanyakan

    teori dan sumber mereka bersifat imprical. Selain itu, sumber psikologi Barat diambil hasil

    daripada ekperimen semata-mata. Teori-teori Barat ini kebanyakannya hasil daripada

    pemikiran tokoh-tokoh Barat seperti Ivan Pavlov, James B.Watson, Norman L.Munn, Linda

    L.Davidoff , Carl Rogers dan sebagainya.b.Subjek kajian.

    Oleh kerana psikologi menggunakan kajian tingkah laku manusia maka tiada beza di antara

    subjek kajian bagi kedua-dua aliran. Ini adalah kerana subjek kajian adalah sama dengan

    menggunakan manusia. Bagi psikologi Islam, semestinya di dalam al-Quran telah menggesa

    umatnya mengkaji tentang manusia agar dapat menguruskan dunia sesuai dengan tugas

    manusia dijadikan sebagai khalifah (Abdul Rahman,1970:10). Dalam psikologi Barat, mereka

    tidak menggunakan pendekatan al-Quran dalam menjelaskan kejadian manusia,

    perkembangan sebelum dan selepas kelahiran bahkan mereka hanya menggunakan logik akal

    semata-mata. (Charles & Albert,1999: 2).c.Objektif

  • 8/2/2019 PerbandingAn Psikologi Barat Dan Islam

    2/2

    Tujuan atau objektif psikologi Islam ini adalah hamper sama iaitu memberikan pendedahan

    tingkah laku manusia, memahami tingkah laku manusia, membuat ramalan terhadap sesuatu

    kajian tingkah laku serta mempengaruhi tingkah laku manusia untuk perubahan dan

    penyesuaian demi kebaikan. Manakala objektif psikologi Islam adalah membantu dan

    memahami untuk menyelesaikan masalah manusia tetapi lebih memfokuskan kearahmencapai keredhaan Allah swt (Abdul Rahman,1970:10).

    Dalam perkembangan psikologi Barat, bidang psikologi mengambil masa yang lama

    untuk menentukan objektifnya. Pada mulanya psikologi ini merupakan satu aktiviti yang

    bercorakkan teori dan renungan semata-mata yang bertujuan memenuhi keinginan dan hasrat

    manusia untuk memahami diri sendiri. Apabila maklumat berkenaan jiwa manusia

    bertambah, maka ahli psikologi cuba meramalkan tingkah laku individu lain selain diri

    sendiri. Kemudian mereka menggunakan penemuan mereka dalam bidang perindustrian,

    perniagaan, kepimpinan dan lain-lain. Psikologi Barat ini hanya kearah ilmu pengetahuan danmembantu menyelesaikan masalah semata-mata(Charles & Albert,1999: 2).

    d.Teori dan prinsipMenurut Uthman Najati (1993), dalam Islam tidak dipanggil teori tetapi disebut sebagai

    prinsip. Psikologi Islam diambil daripada makna ayat al-Quran dan al-Sunnah yang disimpul,

    diangkat, ditafsir lalu membentuk teori psikologi. Masyarakat muslim juga menggunakan

    akal berijtihad, untuk membina teori psikologi Islam. Akan tetapi teori yang dihasilkan

    berpandukan al-Quran dan al-Sunnah. Kandungan al-Quran dan al-Sunnah diijtihadkan maka

    terhasillah teori psikologi Islam. Psikologi Islam lebih berkaitan mengenai roh dalah diri

    manusia yang dizahirkan perbuatannya.Manakala menurut Charles dan Albert (1999), teori psikologi barat dibina hasil daripada

    eksperimen yang dianalisa dengan mengangkat data dan kesimpulannya akan membentk teori

    psikologi umum. Psikologi Barat lebih kepada bidang klinikal, industri dan lain-lain.