peranan semantik dan pragmatik

2
Peranan Semantik dan Pragmatik Setelah kita mengetahui dan memahami erti sebanar bidang semantik dan pragmatik, cuba kita lihat pula bagaimana ilmu semantic dan pragmatik berinteraksi bagi mendapatkan makna sebenar sesuatu ujaran. Pragmatik ialah kajian tentang interpretasi ujaran dan bagaimana pengetahuan buka linguistik digunakan dalam kognisi dan komunikasi. Semantik pula ialah kajian berkenaan dengan makna sesuatu ayat yang dikhususkan oleh nahu sahaja. Dengan perkataan lain, semantic hanya terhad kepada bentuk logik sahaja. Makna pada peringkat nahu tidak dapat menentukan syarat benar bagi sesuatu ujaran. Disinilah munculnya peranan pragmatik bagi mendapatkan makna sebenar. Pada tahap semantik, kita hanya mendapat bentuk logik bagi sesuatu ujaran, tetapi untuk mendapatkan makna sebenar, kita memerlukan pragmatik. Sperber dan Wilson (1985) telah membina gambar rajah yang memperlihatkan interaksi antarea kedua-dua ilmu dalam memberikan makna sebenar. Ini adalah sebagai cadangan balas kepada ilmu semantik Montage. Di mana, makna pada peringkat semantic hanya diperolehi pada tahap bentuk logik sahaja. Pada peringkat ini juga peranan nahu terhenti. Bagi meneruskan penginterpretasian ujaran, kita memerlukan konteks. Konteks adalah seberkas andaian tentang dunia yang dibina secara psikologi oleh pendengar. Pemilihan konteks yang bersesuaian dapat dikembangkan apabila maklumat baru ditambah. Dengan adanya konteks, segala penginterpretasian

Upload: ni

Post on 13-Jun-2015

909 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Peranan Semantik Dan Pragmatik

Peranan Semantik dan Pragmatik

Setelah kita mengetahui dan memahami erti sebanar bidang semantik dan pragmatik,

cuba kita lihat pula bagaimana ilmu semantic dan pragmatik berinteraksi bagi

mendapatkan makna sebenar sesuatu ujaran. Pragmatik ialah kajian tentang interpretasi

ujaran dan bagaimana pengetahuan buka linguistik digunakan dalam kognisi dan

komunikasi. Semantik pula ialah kajian berkenaan dengan makna sesuatu ayat yang

dikhususkan oleh nahu sahaja. Dengan perkataan lain, semantic hanya terhad kepada

bentuk logik sahaja. Makna pada peringkat nahu tidak dapat menentukan syarat benar

bagi sesuatu ujaran. Disinilah munculnya peranan pragmatik bagi mendapatkan makna

sebenar. Pada tahap semantik, kita hanya mendapat bentuk logik bagi sesuatu ujaran,

tetapi untuk mendapatkan makna sebenar, kita memerlukan pragmatik. Sperber dan

Wilson (1985) telah membina gambar rajah yang memperlihatkan interaksi antarea

kedua-dua ilmu dalam memberikan makna sebenar. Ini adalah sebagai cadangan balas

kepada ilmu semantik Montage. Di mana, makna pada peringkat semantic hanya

diperolehi pada tahap bentuk logik sahaja. Pada peringkat ini juga peranan nahu terhenti.

Bagi meneruskan penginterpretasian ujaran, kita memerlukan konteks. Konteks adalah

seberkas andaian tentang dunia yang dibina secara psikologi oleh pendengar. Pemilihan

konteks yang bersesuaian dapat dikembangkan apabila maklumat baru ditambah.

Dengan adanya konteks, segala penginterpretasian ujaran dapat dihasilkan sejajar dengan

hajat sebenar si penutur.