peranan guru sek rendah
TRANSCRIPT
GURU DAN ALAM PENDIDIKAN
11/27/2012 Teh Chiew Lan
Guru sebagai pengamal ilmu
• Sebagai pengamal ilmu, seseorang gurumempunyai peranan serta tugas yang amat berat,rumit dan mencabar. Pembangunan insan dannegara terletak di atas pundak kaum guru.
• Dalam era ledakan teknologi maklumat dan padaketika dunia kini menjadi sebuah ‘global village’,tuntutan terhadap ilmu pengetahuan menjadisemakin mendadak.
• Justeru itu, guru-guru perlu dan harus sentiasamengemaskinikan serta mempertingkat ilmupengetahuan masing-masing.
11/27/2012 Teh Chiew Lan
• Shahril @ Charil Marzuki, et. al. (1993) menegaskan
guru sebagai pengamal ilmu, mempunyai peranan serta
tanggungjawab sosial iaitu:
(a)perancang, fasilitator dan pengurus pembelajaran;
(b)penyampai ilmu pengetahuan;
(c)pembentuk akhlak;
(d)pembimbing;
(e)contoh teladan atau model.
11/27/2012 Teh Chiew Lan
• Menurut Mohd. Idris Jauzi (1990) untuk membolehkanpara pendidik memainkan peranan berkesan dan positifsebagai pengamal dan penyampai ilmu, guru haruslahsecara berencana dan berterusan:
mempersiapkan diri dari segi keilmuan;
berusaha membersihkan diri dari segi sahsiah menerusiibadah-ibadah asas;
meningkatkan kecekapan, ketajaman dan ketrampilandiri dalam pelaksanaan tugas dan interaksi denganmasyarakat;
melaksanakan tugas keguruan dengan sebaiknya;
menawarkan khidmat bakti dan kepimpinan dalamkehidupan bermasyarakat;
menjadikan sekolah selaku gedung ilmu dan jemaahilmuan sebagai pusat pendidikan anggota masyarakat.11/27/2012 Teh Chiew Lan
• Guru atau para pendidik juga seharusnya mempunyai dedikasi dan komitmen terhadap profesion serta tanggunggungjawab moral mereka sebagai seorang guru.
• Mengikut Jujun S. Suriasumantri (1990) sebagai seorang pengamal ilmu, seseorang guru harus mempunyai tanggungjawab profesional yang mencukupi asas kebenaran, kejujuran, tanpa kepentingan langsung, menyandarkan kekuatan penghujahan, rasional, objektif, kritis, terbuka, pragmatis, dan neutral dari nilai-nilai yang bersifat dogmatik dalam menafsirkan hakikat realiti.
11/27/2012 Teh Chiew Lan
Guru sebagai pengamal kemahiran
• Guru harus mempunyai kemahiran dan
mempunyai sijil bertauliah daripada latihan
ikhtisas yang diiktiraf. Justeru, guru yang
memperolehi kemahiran profesional adalah
guru yang bertauliah dan cekap menjalankan
tugas-tugas seperti pengajaran, bimbingan,
aktiviti kokurikulum berlandaskan teori
pendidikan.
11/27/2012 Teh Chiew Lan
11/27/2012 Teh Chiew Lan
(a) Kemahiran belajar
- kebolehan menerima isyarat dengan tepat,
memproses maklumat yang diterima, menyimpannya
dalam stor ingatan dan mengaplikasikan untuk
menyelesaikan masalah.
(b) Kemahiran berfikir
- kecekapan menggunakan akal untuk menjalankan
proses-proses pemikiran seperti banding-beza,
menghuraikan dan lain-lain.
(c) Kemahiran pemudah cara
- fasilitator yang membimbing, memotivasi serta
menggerakkan orang lain.11/27/2012 Teh Chiew Lan
(d) Kemahiran mengajar
- membentuk aktiviti pengajaran yang
sistematik, menarik dan berkesan.
(e) Kemahiran merancang
- menentukan objektif pelajaran, memilih isi
pengajaran, memilih strategi dan kaedah
pengajaran, merancang aktiviti pengajaran
pembelajaran, memilih dan menyediakan
pelajaran serta menyediakan dan mengurus
kemudahan untuk menjalankan aktiviti
pengajaran. 11/27/2012 Teh Chiew Lan
(f) Kemahiran berkomunikasi
- secara lisan atau bertulis.
(g) Kemahiran mengurus
- mengurus bilik darjah, murid, kemudahan fizikal,
bahan-bahan pengajaran dan sebagainya.
(h) Kemahiran menilai
- mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran.
(I) Kemahiran ICT
- menggunakan teknologi maklumat.11/27/2012 Teh Chiew Lan
Guru sebagai pembentuk nilai
• Nilai adalah penting kerana ia memberi panduan dalam kehidupan.
• Nilai dapat memotivasikan hidup manusia untuk hidup dengan cara yang betul.
• Guru harus membentuk murid-murid untuk memiliki akhlak yang mulia dan menjadi insan yang mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi.
• Guru berperanan menyerbakan nilai bahkan perlu menjadi rote model yang akan diteladani oleh para murid serta orang di sekelilingnya.
11/27/2012 Teh Chiew Lan
Guru sebagai pendidik
Tugas guru adalah mendidik iaitu:
(a) Memberi ilmu – mengajar, menyampai
maklumat, berbincang, mengendalikan bengkel
dan sebagainya.
(b) Mendedahkan pengalaman – guru perlu
mendedahkan murid-murid dengan
pengalaman-pengalaman tertentu seperti
pengembara, mengelola majlis.
(c) Mendidik murid berakhlak mulia – mendidik
termasuk dari segi akhlak, penampilan diri
melalui pembelajaran seperti pendidikan moral.11/27/2012 Teh Chiew Lan
Guru sebagai agen sosialisasi
• Perlu memupuk sikap, nilai dan sahsiah murid-
murid yang sempurna selaras dengan kehendak
masyarakat.
• Guru mempunyai hubungan yang rapat dengan
masyarakat dan boleh menggunakan statusnya
untuk menyebarkan nilai-nilai positif kepada ahli
masyarakat.
11/27/2012 Teh Chiew Lan
Guru sebagai agen perubahan
• Mengubah daripada stail pengurusan dan
kepimpinan yang bersifat autokratik kepada
demokratik.
• Perlu berasaskan perkara-perkara berikut:
- Mengubah daripada strategi pemusatan guru
kepada pemusatan murid.
- Mengamalkan sifat penyayang terhadap pelajar,
rakan sejawat, ketua, staf sokongan dan sekolah.
- Bersikap terbuka secara proaktif dan bersedia untuk
menghadapi perubahan khususnya dalam bidang
pendidikan.
11/27/2012 Teh Chiew Lan
Guru sebagai pembina negara
Insan guru dapat membantu pembentukan
masyarakat dan menjadi kerangka kepada
pembentukan negara.
Guru harus berakhlak mulia, mempunyai
semangat berjuang tinggi, mempunyai ketahanan
fizikal dan bermanfaat kepada diri, keluarga,
masyarakat serta negara.
Guru juga harus menyesuaikan diri dalam semua
keadaan dan mampu menangani cabaran era
globalisasi untuk menolong membentuk
masyarakat Malaysia yang berakhlak mulia.
11/27/2012 Teh Chiew Lan
Guru sebagai penyebar ilmu
• Bertanggungjawab menyebarkan ilmu pengetahuan
dan kemahiran kepada murid.
• Memupuk nilai budaya ilmu supaya menjadi teladan
bagi murid-murid mencontohi serta membentuk
budaya ilmu sebagai ciri utama dalam kehidupan
mereka.
• Mewujudkan budaya ilmu di kalangan guru dan murid
sejajar dengan salah satu pernyataan yang
terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
• Melahirkan generasi yang mencintai ilmu
pengetahuan.
11/27/2012 Teh Chiew Lan
Guru sebagai penyayang
• Prihatin, berminat, bertimbang rasa, menjaga, memikir dan memberi perhatian terhadappermintaan, pandangan, kebajikan, keperluan dan kebahagiaan murid-muridnya.
• Menyukai dan menyayangi kanak-kanak.
• Berminat mengajar, berdedikasi danmelaksanakan
• aktiviti P & P dengan bersungguh-sungguh.
• Dapat melahirkan murid yang mempunyaikepimpinan cemerlang melalui pendedahanhidup masyarakat.
11/27/2012 Teh Chiew Lan
Guru sebagai pakar rujuk
• Mempunyai kemahiran ikhtisas dan
menguasai ilmu pengetahuan.
• Menunjukkan sikap jujur serta mewujudkan
interaksi positif pelbagai hala.
• Menggunakan pelbagai kaedah dan teknik
yang memudahkan murid menjalankan
aktiviti pengajaran mereka.
11/27/2012 Teh Chiew Lan
Guru sebagai mentor
• Menolong memberikan penyelesaian masalah kepada murid dengan cepat dan berkesan.
• Juga harus mempunyai kemahiran mendengar dengan baik iaitu memahami situasi atau keadaan yang dialami murid-muridnya.
• Juga perlu mempunyai sifat dan kualiti seperti bersopan santun, menghormati pandangan murid, peramah, rendah hati, jujur, semangat berbakti, prihatin dan sebagainya.
11/27/2012 Teh Chiew Lan
Guru sebagai pengurus
• Mengurus rutin bilik darjah.
• Mengurus murid-murid supaya menjalankan
tugasan harian.
• Mengurus murid-murid supaya mematuhi
peraturan bilik darjah.
• Mengurus keadaan fizikal bilik darjah.
• Mengurus aktiviti kumpulan.
11/27/2012 Teh Chiew Lan
Guru sebagai penyelidik
• Menyelesaikan masalah yang mungkin dihadapi oleh murid.
• Mengubah dan menyesuaikan strategi P & P dapat menarik perhatian murid.
• Sentiasa membuat dan menjalankan refleksi kendiri bagi memperbaiki kelemahan dalam P & P.
11/27/2012 Teh Chiew Lan
Guru sebagai pengamal reflektif
• Sentiasa membuat pertimbangan dan pemikiran yang mendalam sebelum merancang sesi-sesi pengajaran.
• Supaya murid-murid memperolehi kemahiran berfikir kritis dan kreatif yang tinggi dalam semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
11/27/2012 Teh Chiew Lan
Kesimpulan
• Pendidikan merupakan pelaburan yang
penting dalam sesebuah negara.
• kualiti generasi di masa hadapan sebahagian
besarnya terletak di tangan guru-guru.
11/27/2012 Teh Chiew Lan