penilaian sumatif n formatif

Upload: rizalis-hashim

Post on 07-Aug-2018

238 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/21/2019 Penilaian Sumatif n Formatif

    1/9

    al-bahanjiey

    Home

    About

    Posts RSS

    Comments RSS

    Contact Blogger Templates

    Sumatif dan Formatif

    POSTED BY SUHAIMI AL-BAHANJIEY ON WEDNESDAY, MAY 4, 2011 / LABELS:PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN

    Ujian formatif:

    Menurut Lee Shok Mee, Mok Soon Sang(1989), ujian formatif adalah suatu pentaksiran semasa

    yang dilakukan ke atas satu unit pembelajaran. Lantas, ujian formatif ini dapat difahami sebagai

    suatu ujian yang dilakukan ke atas suatu kemahiran atau topik yang kecil selepas atau semasa

    pembelajaran.

    Ujian formatif merupakan ujian yang dilaksanakan secara tidak formal dan formal bergantung

    kepada keperluan guru dan murid. Ianya dilaksanakan secara berterusan sepanjang atau

    selepas proses pengajaran dan pembelajaran atau sesi persekolahan murid bagi menilai

    penguasaan murid terhadap sesuatu atau beberapa kemahiran yang diajar. Secara tidak

    langsung, ujian formatif membantu guru mengenalpasti tahap penguasaan murid terhadap

    sesuatu kemahiran atau unit yang diajar sebelum meneruskan proses pembelajaran seterusnya.

    Kelemahan yang dikenalpasti awal ini akan boleh diperbaiki dan dipertingkatkan dengan serta

    merta dan lebih mudah. Murid dapat dipastikan memahami dan menguasai kemahiran atau unit

    pembelajaran dengan baik sebelum meneruskan pembelajaran.

    Secara mudahnya, tujuan perlaksanaan ujian formatif ini menurut Mok Soon Sang (2009), Azizi

    Ahmad, Mohd Ishak Awang (2008), dan Lee Shok Mee, Mok Soon Sang(1989) adalah :

    1.Ujian formatif bertujuan memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran dari sudutguru dan murid :

    Guru : dapat memperbaiki dan menambahbaik kelemahan dalam sesuatu kaedah

    dan pendekatan yang digunakan sekaligus dapat menilai kemajuan murid dalam

    pelbagai aspek termasuk aspek-aspek yang tidak dapat dinilai secara berpusat.

    Murid : dapat memperbaiki kelemahan dalam sesuatu kemahiran dan unit

    pembelajaran.

    http://albahanjiey.blogspot.com/http://albahanjiey.blogspot.com/http://albahanjiey.blogspot.com/http://albahanjiey.blogspot.com/2011/05/sumatif-dan-formatif.htmlhttp://albahanjiey.blogspot.com/2011/05/sumatif-dan-formatif.htmlhttp://albahanjiey.blogspot.com/feeds/posts/defaulthttp://albahanjiey.blogspot.com/feeds/posts/defaulthttp://albahanjiey.blogspot.com/feeds/comments/defaulthttp://albahanjiey.blogspot.com/feeds/comments/defaulthttp://deluxetemplates.net/http://deluxetemplates.net/http://deluxetemplates.net/http://deluxetemplates.net/http://albahanjiey.blogspot.com/2011/05/sumatif-dan-formatif.htmlhttp://albahanjiey.blogspot.com/search/label/Penilaian%20Dalam%20Pendidikanhttp://albahanjiey.blogspot.com/search/label/Penilaian%20Dalam%20Pendidikanhttp://albahanjiey.blogspot.com/search/label/Penilaian%20Dalam%20Pendidikanhttp://4.bp.blogspot.com/--SCt29O4Yp8/TcNrsA7yNsI/AAAAAAAAAZY/R-teYHx12aU/s1600/sumatif.jpghttp://albahanjiey.blogspot.com/search/label/Penilaian%20Dalam%20Pendidikanhttp://albahanjiey.blogspot.com/2011/05/sumatif-dan-formatif.htmlhttp://deluxetemplates.net/http://deluxetemplates.net/http://albahanjiey.blogspot.com/feeds/comments/defaulthttp://albahanjiey.blogspot.com/feeds/posts/defaulthttp://albahanjiey.blogspot.com/2011/05/sumatif-dan-formatif.htmlhttp://albahanjiey.blogspot.com/http://albahanjiey.blogspot.com/
  • 8/21/2019 Penilaian Sumatif n Formatif

    2/9

    2.Membolehkan murid mendapat keputusan yang terbaik pada peperiksaan sumatifpada akhir penggal persekolahan.

    3.Memperbaiki kualiti dan meramal kemampuan pencapaian murid dari semasa kesemasa.

    4.Membantu guru mengenalpasti matapelajaran yang murid masih lemah dan yangtelah dikuasai.

    5.Ujian formatif membantu murid untuk terus terbimbing dan dibimbing untukmeningkatkan penguasaan mereka secara perbincangan atau soal jawab dengan

    guru secara bersendirian atau berkumpulan terhadap sesuatu kemahiran atau unit

    pembelajaran yang dikenalpasti masih lemah melalui ujian yang dilaksanakan.

    Lee Shok Mee, Mok Soon Sang (1989) telah dipetik berkata

    cara formal dalam penilaian formatif memerlukan penyediaan ujian yang

    melibatkan beberapa langkah seperti berikut :

    1.Menentukan unit atau topik pembelajaran yang dinilai2.Menetapkan peringkat pencapaian yang dikehendaki.3.Menyenaraikan perkara-perkara yang akan diuji dalam unit itu.4.Membetulkan item ujian.

    Berdasarkan pernyataan tersebut :

    1.Menentukan unit atau topik pembelajaran yang dinilai.Pada peringkat ini, guru perlu mengenalpasti dan menyusun tajuk-tajuk

    pembelajaran yang akan diajar. Tajuk-tajuk pembelajaran ini pula hendaklah disusun

    mengikut tahap kesukaran dari mudah kepada sukar dan dipecahkan kepada tajuk-

    tajuk kecil yang mudah sekiranya ia mencakupi tajuk yang luas.

    2.Menetapkan peringkat pencapaian yang dikehendaki.Setelah tajuk-tajuk yang akan diajar disusun, guru perlu menetapkan peringkat

    pencapaian yang dikehendaki berdasarkan objektif pembelajaran dan isi pelajaran

    yang terdapat dalam tajuk tersebut. Sebagai contoh, guru menetapkan murid-murid

    perlu dapat membezakan najis mukhaffafah dan najis mutawasittah pada tajuk

    ibadah tahun 4.

    3.Menyenaraikan perkara-perkara yang akan diuji dalam unit itu.Pada peringkat ini, penyediaan ujian formatif merangkumi pencapaian yang

    dikehendaki sebelum ini. Ianya tertakluk hanya pada unit atau tajuk-tajuk

    pembelajaran yang tertentu secara khusus. Guru mempersiapkan perkara-perkara

    yang akan diuji dalam unit atau tajuk pembelajaran tertentu yang telah diajar sahaja.

  • 8/21/2019 Penilaian Sumatif n Formatif

    3/9

    4.Membetulkan item ujianSelepas perlaksanaan ujian dilakukan, guru perlu membuat refleksi pembelajaran

    dan pengajaran berdasarkan keputusan ujian formatif tersebut. Kelemahan dan

    penguasaan murid secara optimum dalam seseuatu topik atau unit pembelajaran

    dapat dikenalpasti selepas itu. Tindakan susulan perlu dilakukan yang mana

    melibatkan pemulihan bagi mengatasi kelemahan murid dan pengayaan bagi

    memastikan murid terus menguasai sesuatu kemahiran di dalam sesebuah tajuk

    pembelajaran yang telah diajar.

    Perlaksanaan ujian formatif secara tidak formal adalah seperti mengadakan sesi soal jawab

    secara lisan, latihan congak, kuiz dan memeriksa hasil lembaran kerja murid. Manakala

    perlaksanaan ujian formatif secara formal adalah seperti mengadakan ujian kertas-pensel

    selepas beberapa unit kemahiran atau sesuatu unit pembelajaran telah diajar. Perlaksanaan

    ujian ini seterusnya boleh dilaksanakan secara individu, kumpulan atau kelas. Ianya tidak

    membabitkan tingkatan atau keseluruhan jumlah murid yang ramai dalam sesuatu tahun pada

    sesuatu masa.

    Secara amnya, ujian formatif yang dilaksanakan secara tidak formal tidak

    direkodkan. Bagi ujian formatif yang dilaksanakan secara formal pula, ianya

    direkodkan menggunakan senarai semak atau rekod prestasi murid. Melalui

    perlaksanaan ujian formatif ini, tindakan seterusnya adalah membetulkan kesilpan

    murid dan menyediakan program pemulihan atau pengayaan sesuai dengan tahap

    pencapaian murid.

    Melalui ujian ini, murid-murid bermotivasi dan yakin untuk terus berusaha

    memperbaiki kelamahan dan berusaha ke arah kecemerlangan kelak.

    Ujian sumatif :

    Menurut Lee Shok Mee, Mok Soon Sang(1989), ujian sumatif adalah suatu

    pengukuran yang dilakukan secara menyeluruh pada satu peringkat pembelajaran.

    Secara mudahnya, ujian sumatif adalah suatu ujian yang dilaksanakan secara

    berpusat pada peringkat sekolah ataupun kebangsaan. Ianya dilaksanakan selepas

    tamat suatu penggal atau satu peringkat pembelajaran merangkumi beberapa topik

    pembelajaran. Antara contoh ujian sumatif adalah peperiksaan akhir penggal atau

    pertengahan penggal, UPSR, SPM, dan PMR.

    Ujian ini dilaksanakan secara formal dengan cara bertulis ataupun melalui

    kemahiran amali seperti yang diperuntukkan untuk kerja projek bagi sesetengah

  • 8/21/2019 Penilaian Sumatif n Formatif

    4/9

    matapelajaran. Ianya dilaksanakan pada suatu tempoh masa yang telah ditetapkan

    atau diselaraskan pada peringkat sekolah, daerah atau kebangsaan.

    Perlaksanaan ujian formatif membolehkan murid-murid digredkan mengikut pencapaian masing-

    masing dan seterusnya guru mudah membuat pengasingan kelas mengikut pencapaian murid.

    Hal ini adalah kerana pencapaian murid berdasarkan ujian sumatif ini memberikan nilai yang

    membezakan pencapaian seorang murid dengan murid lain dan seringkali digunakan untuk

    membuat pemilihan.

    Secara mudahnya, tujuan perlaksanaan ujian formatif ini menurut Mok Soon Sang

    (2009), Azizi Ahmad, Mohd Ishak Awang (2008), dan Lee Shok Mee, Mok Soon

    Sang(1989) adalah :

    1.Memberi gred kepada murid-murid berdasrkan pencapaian mereka dalampeperiksaan yang dijalankan sekaligus mengesan pemeringkatan gred mereka dari

    satu ujian kepada satu ujian yang seterusnya seperti ujian percubaan UPSR dan

    peperiksaan UPSR yang sebenar.

    2.Mengenalpasti kesesuaian dan keberkesanan sesuatu perlaksanaan kurikulumsecara menyeluruh seperti program KBSR, PPSMI dan sebagainya.

    3.Membolehkan guru membuat ramalan terhadap pencapaian murid dalam peperiksaanseterusnya.

    4.Merekod keputusan murid dalam rekod profil.5.Menempatkan semula murid mengikut kedudukan berdasarkan pencapaian mereka

    dalam kumpulan yang sesuai.

    6.Ujian sumatif yang dilaksanakan secara berpusat seperti PMR dan SPM dapatmemberi maklumat berkaitan pencapaian murid seluruh negara.

    Perlaksanaan ujian sumatif ini seterusnya dilaksanakan ke atas sekumpulan murid secara

    berkelompok seperti semua murid tahun 6 SK Kuala Medang menduduki peperiksaan akhir

    penggal dan semua murid tingkatan 3 di seluruh Malaysia menduduki PMR pada bulan 9

    ini.Tidak seperti ujian formatif, ujian sumatif hanya boleh dilaksanakan secara formal sahaja

    seperti ujian kertas-pensel.

    Bagi memastikan keberkesanan perlaksanaan ujian sumatif, beberapa langkah di bawah perlu

    diberi penekanan:

    1.Membentuk Jadual Penentuan Ujian (JPU)Penyediaan jadual penentuan ujian atau jadual spesifikasi ujian ini merangkumi

    semua tajuk dan topik pembelajaran, masa pengajaran dan pembelajaran dan

    jumlah dan aras soalan. Jpu yang lengkap ini membantu memudahkan guru

  • 8/21/2019 Penilaian Sumatif n Formatif

    5/9

    membina soalan yang lengkap dan mudah untuk memastikan tiada topik

    pembelajaran yang tertinggal untuk diuji.

    2.Membina soalanPembinaan soalan ujian ini hendaklah berdasarkan Jadual Penentuan Ujian yang

    telah dibina. Soalan hendaklah menguji hasil dan objektif pembelajaran sesuai

    dengan kehendak asal perlaksanaan ujian ini dibuat. Pembinaan soalan hendaklah

    mengandungi aras dari mudah kepada sukar berdasarkan nisbah yang tepat. Ini

    bagi memberi peluang kepada murid yang lemah untuk turut mendapat markah dan

    membantu merangsang pemikiran murid yang bijak untuk menjawab soalan yang

    sukar. Arahan dan kehendak soalan juga hendaklah dinyatakan dengan jelas pada

    kertas soalan.

    3.Mengumpul soalan secara sistematikSoalan-soalan yang dibina biasanya terdiri daripada soalan berbentuk objektif dan

    subjektif. Oleh itu, kepelbagaian bentuk soalan ini juga hendaklah disusun dengan

    teratur dan sistematik dan diasingkan mengikut bentuknya. Soalan hendaklah

    disusun mengikut topik awal kepada seterusnya mengikut JPU.

    4.Menguji soalan melalui kajian rintisSoalan yang telah siap dibina kemudiannya diuji kepada beberapa orang sampel

    murid bagi melihat kesesuain dan memperbaiki kelemahan soalan yang didapati ada

    bagi memastikan kesahan ujian adalah tinggi.

    5.Menyiapkan skema pemarkahanPenyediaan skema jawapan ini adalah bagi memastikan skrip jawapan adalah

    selaras bagi ujian berpusat yang akan diperiksa oleh bukan hanya seorang guru. Ini

    bagi memastikan tidak berlaku diskriminasi dan menjadi panduan kepada pemeriksa

    dalam memeriksa jawapan murid.

    Selepas perlaksanaan dan keputusan ujian dikeluarkan, tindakan yang perlu dan

    boleh diambil adalah menempatkan murid mengikut kumpulan yang sesuai, memberi

    sijil dan gred mengikut tahap pencapaian mereka. Sekaligus, para guru dapat

    membuat refleksi terhadap keberkesanan sesebuah kurikulum yang telah

    dilaksanakan itu.

    Kekuatan dan kelemahan formatif dan sumatif.

    Formatif :

    Kekuatan Kelemahan

  • 8/21/2019 Penilaian Sumatif n Formatif

    6/9

    Boleh dilaksanakan secara formal dan

    tidak formal dalam sesuatu masa yang

    tidak khusus atau khusus.

    Perlaksanaan ujian formatif adalah tidak

    selaras dalam sesebuah kelas, sekolah,

    daerah dan negara.Tidak mendatangkan tekanan yang berat

    kepada murid-murid, ibu bapa dan guru.Menyukarkan guru untuk membuat

    penilaian dan refleksi penilaian terhadap

    individidu murid sekiranya jumlah murid

    adalah terlalu ramai bagi sesebuah

    kelas.Melahirkan murid yang benar-benar

    memahami isi pelajaran yang dipelajari

    dan menguasainya dengan baik.

    Tidak berjaya mewujudkan semangat

    persaingan antara murid untuk berusaha

    mendapatkan keputusan yang terbaik

    kerana pencapaian murid hanya

    bertujuan menguji kefahaman mereka

    dan tidak berlaku perbandingan dengan

    kelompok atau individu murid lain.Sasaran boleh tertumpu kepada

    kumpulan, individu atau secara kelas.Menyukarkan tindakan guru untuk

    membetulkan kelemahan murid serta

    merta semasa proses pengajaran dan

    pembelajaran kerana dikhuatiri

    mengambil masa yang lama jika gagal

    diurus dengan baik.Membantu guru mengesan murid yang

    lemah secara khusus dan terperinci

    berserta topik dan sub-topik yang gagal

    dikuasai dengan baik.

    Kelemahan murid adalah pelbagai dan

    tidak sama antara satu sama lain. Sukar

    untuk guru memberi perhatian kepada

    sesuatu kelemahan dengan tidak

    mengabaikan mereka yang lain.Murid-murid dapat membuat refleksi

    kendiri dan memperbaiki kelemahan

    dalam sesuatu unit atau kemahiran yang

    telah dipelajari sebelum meneruskan

    pembelajaran kepada unit yang

    seterusnya dalam keadaan bersedia.

    perlaksanaan ujian adalah tidak selaras

    antara suatu kelas dengan kelas yang

    lain atau sesebuah sekolah dengan

    sekolah yang lain lantas kemampuan

    murid tidak diuji secara sama rata

    terhadap sesebuah unit pelajaran atau

    kemahiran.

  • 8/21/2019 Penilaian Sumatif n Formatif

    7/9

    Murid-murid meneruskan pembelajaran

    dalam keadaan telah menguasai

    pembelajaran yang lepas atau pun

    kemahiran yang asas sebelum

    mempelajari perkara yang lebih

    kompleks pada tajuk yang seterusnya.

    Murid-murid tidak dapat dibahagikan

    kepada kelas, kumpulan atau kelompok

    yang khusus berdasarkan keputusan

    ujian formatif kerana keputusannya

    didapati melalui ujian yang tidak formal

    dan tidak direkodkan. Seterusnya, ujian

    yang formal pula hanya dilaksanakan

    pada masa yang singkat dan menguji

    sebahagian kecil unit atau sesuatu

    kemahiran yang diajar pada ketika itu.Guru dapat memperbaiki dan melakukan

    penambah baikan terhadap kaedah dan

    pendekatan yang digunakan semasa

    mengajar untuk sesi yang seterusnya.Sumatif:

    Kekuatan KelemahanMembantu para guru dan pemikir

    kurikulum terhadap keberkesanan

    perlaksanaan sesuatu kurikulum seperti

    KBSR dan KBSM kepada murid-murid di

    seluruh negara.

    Memberi tekanan kepada murid, ibu

    bapa dan guru untuk memastikan murid-

    murid mendapat keputusan yang

    cemerlang dalam peperiksaan untuk

    meningkatkan gred pencapaian sekolah.Tindakan pensijilan murid-murid yang

    dilaksanakan selepas peperiksaan

    memberi motivasi dan semangat untuk

    murid-murid yang mendapat gred yang

    baik untuk meneruskan pelajaran ke

    tahap yang lebih tinggi.

    Melahirkan murid-murid yang

    berorientasikan peperiksaan dengan

    menghafaz isi pelajaran tertentu dan

    bukan memahaminya secara mutlak.

    Memberi motivasi kepada murid-murid

    untuk belajar dan mendapat keputusan

    terbaik dalam peperiksaan.

    Menimbulkan rasa rendah diri dalam

    kalangan murid yang mendapat gred

    pencapaian yang rendah kerana

    keputusannya kelak akan dibandingkan

    dengan pencapaian murid-murid lain.Mewujudkan persaingan sihat dalam

    kalangan murid dan sekolah untuk

    Gred pencapaian yang diperoleh

    kadangkala berasaskan nasib dan tuah,

  • 8/21/2019 Penilaian Sumatif n Formatif

    8/9

    meningkatkan pencapaian individu murid

    dan sekolah masing-masing melalui

    keputusan yang cemerlang.

    bukannya usaha murid tersebut. Murid

    yang cemerlang tetapi kebetulan

    menghadapi masalah lain seperti

    kesihatan pda ketika menduduki

    peperiksaan tidak dapat menunjukkan

    prestasi yang terbaik dan tidak dapat

    menduduki peperiksaan seperti asal.Pembahagian murid-murid kepada kelas

    dan kumpulan mengikut gred pencapaian

    ujian atau peperiksaan memudahkan

    guru mengenalpasti murid yang lemah

    dan murid yang bijak sekaligus

    melakukan kepelbagaian dalam kaedah

    mengajar secara khusus sesuai dengan

    tahap murid.

    Penyediaan soalan yang meliputi

    kesemua topik pembelajaran yang telah

    diajar sukar untuk diseimbangkan

    dengan baik kerana topik yang banyak

    dan jumlah soalan yang terhad.

    Penggredan yang dilakukan melalui ujian

    sumatif ini membantu mereka

    mendapatkan biasiswa untuk

    meneruskan pengajian secara adil

    berdasarkan kecemerlangan dan

    keupayaan mereka dalam peperiksaan.

    Masa perlaksanaan ujian adalah singkat

    tidak bertepatan untuk menguji

    pemahaman dan pengetahuan murid

    terhadap pembelajaran yang berlaku

    untuk pada suatu penggal atau beberapa

    tahun.

    Membuat penilaian yang selaras untuk

    semua murid dalam sesebuah sekolah,

    daerah atau negara dengan tahap

    kesukaran dan jumlah soalan yang sama

    untuk semua murid walau di mana

    mereka berada.

    Hanya boleh dilaksanakan secara formal.

    1 c o m m e n t s :

    http://www.blogger.com/post-edit.g?blogID=7317007781099941548&postID=3289313163892435232&from=pencil
  • 8/21/2019 Penilaian Sumatif n Formatif

    9/9

    ismi_azimah89said...

    Assalamualaikum..mohon share.syukran.

    January 10, 2012 at 12:25 AM

    P o s t a C o m m e n t

    Newer PostOlder PostHome

    IKLAN

    About Me

    S U HA IM I AL - BAHANJ IE Y

    V I E W M Y C O M P L E T E P R O F I L E

    Followers

    http://www.blogger.com/profile/13049469336972870125http://www.blogger.com/profile/13049469336972870125http://albahanjiey.blogspot.com/2011/05/sumatif-dan-formatif.html?showComment=1326126309107#c8112205161539203628http://albahanjiey.blogspot.com/2011/05/interaksi-antara-tamadun.htmlhttp://albahanjiey.blogspot.com/http://albahanjiey.blogspot.com/http://www.blogger.com/profile/15572024302827478084http://www.blogger.com/profile/15572024302827478084http://www.blogger.com/profile/15572024302827478084http://www.blogger.com/profile/15572024302827478084http://www.blogger.com/rearrange?blogID=7317007781099941548&widgetType=Profile&widgetId=Profile1&action=editWidget&sectionId=sidebarhttp://www.blogger.com/profile/15572024302827478084http://www.blogger.com/profile/15572024302827478084http://www.blogger.com/profile/15572024302827478084http://www.blogger.com/rearrange?blogID=7317007781099941548&widgetType=HTML&widgetId=HTML3&action=editWidget&sectionId=mainhttp://albahanjiey.blogspot.com/http://albahanjiey.blogspot.com/2011/05/interaksi-antara-tamadun.htmlhttp://albahanjiey.blogspot.com/2011/05/interaksi-antara-tamadun.htmlhttp://albahanjiey.blogspot.com/2011/05/sumatif-dan-formatif.html?showComment=1326126309107#c8112205161539203628http://albahanjiey.blogspot.com/2011/05/sumatif-dan-formatif.html?showComment=1326126309107#c8112205161539203628http://www.blogger.com/profile/13049469336972870125