pendidikan moral-bab 2

Upload: rozaida-mohamad

Post on 05-Apr-2018

255 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 Pendidikan Moral-bab 2

    1/36

    1

  • 7/31/2019 Pendidikan Moral-bab 2

    2/36

  • 7/31/2019 Pendidikan Moral-bab 2

    3/36

    KONSEP DAN DEFINISI NILAI

    3

    Raths, Harmin dan Simon(1980) mendefinisinilai sebagai garis panduan umum terhadap

    tingkah laku.

    William A. Scott(1965) menyamakan nilai dengan

    moral unggul. Beliau mentakrifkan nilai sebagaisatu konsep individu tentang perhubungan yang

    unggul dan digunakan untuk menilai suatu

    kebaikan atau keburukan.

  • 7/31/2019 Pendidikan Moral-bab 2

    4/36

    4

    SAMB

    Nilai merupakan standard dan prinsip kita

    dalam mempertimbangkan harga sesuatu

    benda.

    Nilai juga merupakan kriteria bagi kita

    mempertimbangkan sesuatu benda, situasidan manusia.

    Dengan ini, nilai jelas dilihat sebagai suatu

    kualiti, motif atau piawai norma yang ada

    dalam pertalian antara benda, fikiran danpemilikan.

  • 7/31/2019 Pendidikan Moral-bab 2

    5/36

    5

    Secara amnya, nilai bertindak sebagai

    ukuran yang membantu individu mengenal

    pasti kedudukannya dalam sesuatu isusosial atau moral.

    Nilai juga berfungsi sebagai dasar untuk

    menentukan apakah yang harus dicabar,

    dihujah, diubah atau dipertahankan.

    Ia merupakan panduan untuk

    menyelesaikan konflik serta membuat

    keputusan dan menghadkan perlakuanseseorang.

  • 7/31/2019 Pendidikan Moral-bab 2

    6/36

    6

  • 7/31/2019 Pendidikan Moral-bab 2

    7/36

    7

  • 7/31/2019 Pendidikan Moral-bab 2

    8/36

    KONSEP ASAS NILAI

    Ciri-ciri

    - Ditonjolkan secara lisan atau melalui perlakuanindividu atau perlakuan sesuatu kumpulan.

    - Boleh berubah tetapi masih stabil dalam kehidupan

    perseorangan dan kumpulan.

    - Satu kepercayaan preskriptif sama ada diharapkanatau tidak diharapkan. Cth:rajin & malas.

    - Mugkin berlainan daripada orang lain.

    8

  • 7/31/2019 Pendidikan Moral-bab 2

    9/36

    Fungsi nilai

    - Bertindak sebagai ukuran yang membantu

    individu mengenalpasti kedudukannya dalamsesuatu isu atau moral.

    - Sebagai tunjuk ajar bagaimana dia patut

    berkelakuan terhadap orang lain & untuk

    menilai tingkah laku sendiri serta orang lain.

    - Sebagai dasar untuk menentukan apakah yang

    harus dicabar,dihujah, diubah atau dipertahan.

    - Sebagai panduan untuk menyelesaikan konflik

    dan membuat keputusan.

    9

  • 7/31/2019 Pendidikan Moral-bab 2

    10/36

    PERNYATAAN NORMATIF DAN DESKRIPTIF

    Normatif-pengesahan atau pernyataan yang

    melahirkan atau menyatakan pertimbangan nilai.

    Menggunakan pernyataan normatif untuk

    menegaskan bahawa sesuatu itu baik atau

    jahat,benar atau salah, diterima atau ditolak.

    Sesetengah pernyataan normatif memberi kesan

    langsung dan segera terhadap tingkah laku.

    Boleh juga dibuat dalam bentuk arahan atau

    perintah.

    Deskriptif-merujuk fakta dan tidak melibatkan

    pertimbangan nilai.

    10

  • 7/31/2019 Pendidikan Moral-bab 2

    11/36

    PERNYATAAN NORMATIF

    Maksudnya dijelmakan dalam bentukatau sebagai pertimbangan nilai.

    Contohnya; 'Ini sebuah kolej yang bagus'.

    Ayat ini satu pertimbangan nilai tentang

    kolej yang mempunyai beberapa ciri yangdianggap baik dan ayat ini ialah

    pernyataan normatif kerana melibatkan

    pertimbangan nilai.

    11

  • 7/31/2019 Pendidikan Moral-bab 2

    12/36

    PERNYATAAN DESKRIPTIF

    Pernyataan yang merujuk kepada fakta dan tidakmelibatkan pertimbangan nilai. Contohnya;Di

    Malaysia, rombakan kabinet adalah di bawah kuasa

    Perdana Menteri,ialah satu pernyataan deskriptif

    yang neutral dalam nilai (value-neutral), dan ia

    hanya menjelaskan satu fakta yang logik mengikut

    keadaan di Malaysia tanpa apa-apa pertimbangan

    nilai.

    Pernyataan deskriptif ini berbentuk fakta yang tidak

    melibatkan sebarang pertimbangan nilai ataukewajipan.

    12

  • 7/31/2019 Pendidikan Moral-bab 2

    13/36

    PERBANDINGAN JENIS-JENIS NILAI MORAL

    Manusia bukan sahaja berakal dan pandai

    bertutur,tetapi juga suka menilai,yang tahumembezakan antara kebaikan dengan

    kejahatan,keindahan dengan keburukan yang

    berharga dengan yang tidak berharga,yang benar

    dengan yang palsu dan sebagainya.

    Istilah nilai dipakai dalam tiga konteks iaitu :

    i. Nilai sebagai sifat (attribute).

    ii. Nilai sebagai kadar harga atau markah(kuantitatif).

    iii. Nilai yang bersifat aksiologi (axiologi).

    13

  • 7/31/2019 Pendidikan Moral-bab 2

    14/36

    1) Nilai sebagai sifat(attribute). Sebagai contoh

    peribahasa Inggeris mengatakan Time is money

    manakala peribahasa Melayu pula mengatakan

    Masa tak dapat ditambah, terlepas tak dapatdikejar. Dalam hal ini, masing-masing memberikan

    sifat dan kedudukan tertentu kepada masa untuk

    menyatakan ketinggian nilainya.

    2) Nilai sebagai kadar harga atau markah sesuatuobjek atau perkara, iaitu nilai dari segi kuantitatif.

    Misalnya,apabila kita bertanya:Berapakah nilai

    yang diberikan oleh ketua jabatan terhadap prestasi

    kerja anda? Di sini kita bermaksud jumlah markah

    (quantity) yang diberikan kepada pegawai oleh ketuajabatan semasa menilai prestasi kerjanya dalam

    borang Penilaian Prestasi.Prestasi pegawai

    perkhidmatan awam di Malaysia dinilai oleh ketua-

    ketua jabatan dengan menggunakn borang tersebut.

    14

  • 7/31/2019 Pendidikan Moral-bab 2

    15/36

    3) Nilai yang bersifat aksiologi (axiologi),iaitu berkaitan

    dengan falsafah nilai.Misalnya, dalam pantun nasihat

    melayu;

    jangan ditangkap burung yang terbang,

    Turun hingga di tepi paya,

    Jangan diharap kepada orang,

    Usaha sendiri sehingga berjaya.

    Dalam konteks ini,usaha sendiri adalah satu ukuran

    nilai yang penting bagi mencirikan harapan yang

    diingini seseorang individu, dan bukan diharapkan

    kepada oarng lain, selain itu, usaha sendiri pula

    diukur daripada sifat sama ada ia berjaya atau tidakdalam hasilnya.

    15

  • 7/31/2019 Pendidikan Moral-bab 2

    16/36

    Nilai berperanan sebagai kayu ukur (yardstick) atau

    satu kepiawaian (standard) kepada apa juga yang

    dilakukan,diingini dan dicita-citakan manusia, sama

    ada yang dapat dilihat, didengar, atau dirasa olehpancaindera.

    Nilai juga menunjukkan arah, menjadi penentu

    dalam membuat pilihan atau tindakan.

    Nilai membentuk peribadi dan tingkah lakuseseorang. Walau bagaimanapun, oleh sebab individu

    menggunakan sesuatu nilai dalam pelbagai konteks

    dan cara, maka wujudlah pelbagai bentuk nilai

    seperti nilaiInstrumental,Intrinsik,subjektif,objektif,relatif dan

    mutlak.

    16

    J

  • 7/31/2019 Pendidikan Moral-bab 2

    17/36

    JENIS-JENIS NILAI MORAL

    Nilai Instrumentalkualiti sama ada diingini

    (dikehendaki atau patut dimiliki) atau tidak sebagai alat

    mencapai matlamat atau nilai lain.

    Nilai Intrinsik- Kualiti yang diterima atau ditolak semata-

    mata kerana ia baik atau buruk tanpa mengira kesannya.

    Nilai Subjektifkualiti yang diingini dan lebih disukai

    atau yang didapati tidak diingini penutur.

    Nilai Objektifkualiti berharga atau bernilai sama ada

    lebih disukai atau tidak dan bebas daripada

    kecenderungan atau keutamaan penutur.

    Nilai Relatifnilai diingini atau tidak diingini sebagai alat

    peraturan masyarakat untuk mencapai matlamatmasyarakat yang muktamad.

    Nilai Mutlaknilai yang kebaikannya tidak bergantung

    kepada situasi atau peraturan khusus sesebuah

    masyarakat.17

  • 7/31/2019 Pendidikan Moral-bab 2

    18/36

    Jenis-jenis nilai Peranan

    -Nilai Instrumental

    (Ekstrinsik)--Nilai Intrinsik

    Nilai yang digunakan

    untuk menunjukkanhubungan antara niali

    - Nilai Subjektif

    --Nilai Objektif

    Nilai yang digunakan

    untuk menunjukkan

    pandangan seseorangterhadap nilai.

    -Nilai Relatif

    --Nilai mutlak

    Nilai yang digunakan

    untuk menunjukkan apayang dinilai

    18

  • 7/31/2019 Pendidikan Moral-bab 2

    19/36

    NILAI SUBJEKTIF

    Nilai Subjektif adalah nilai (kualiti) yang diterima

    atau ditolak oleh seseorang individu denganberdasarkan kepada pandangannya sendiri terhadap

    sesuatu benda atau perkara.

    Sebenarnya, Nilai subjektif adalah berasal daripada

    dunia dalaman individu, iaitu berpunca daripada

    dalaman individu.

    Fungsi -Antaranya adalah membayangkan keinginan,

    minat dan harapan terhadap sesuatu benda atau

    perkara. Nilai Subjektif juga berperanan dapat

    membayangkan perasaan gemar atau tidak gemar

    bagi individu terhadap sesuatu perkara atau benda.

    19

  • 7/31/2019 Pendidikan Moral-bab 2

    20/36

    Contoh :

    Pengunaan buku teks dalam pengajaran Pendidikan

    Moral. Secara amnya, penggunaan buku teks

    Pendidikan Moral adalah membantu pelajar mengkajiperkara-perkara yang dibincangkan. Pelajar boleh

    memberi nilai atau pendapatnya berdasarkan

    kehendakan soalan-soalan dalam buku tersebut dan ini

    dapat membentuk yakin diri dalam pelajar sendiri.Akan tetapi, sekiranya buku ini dibaca oleh individu

    yang mempunyai pemikiran kasar, maka buku itu

    tidak nilai bagi mereka. Kerana mereka akan

    berpendapat bahawa segala pengajaran atau

    maklumat dalam buku adalah tidak relevan dalam

    kehidupan.

    20

  • 7/31/2019 Pendidikan Moral-bab 2

    21/36

    kes hukuman rotan ke atas murid di dalam

    kelas juga merupakan salah satu contoh yang

    hangat dibincangkan dalam isu pendidikan.Sebenarnya, terdapat sebabnya guru merotan

    muridnya dalam kelas. Mungkin ia berlaku

    disebabkan murid tersebut terlalu nakal atau

    malas dalam kelas sehingga mengangguproses pengajaran dan pembelajaran. Contoh

    ini amat sesuai kerana ia boleh memberi

    impak kepada murid supaya mengamalkan

    amalan yang bagus dan bertanggungjawabsebagai penerima ilmu. Justeru, ia akan

    membantu remaja dalam membentuk sikap

    dan moral yang baik.21

  • 7/31/2019 Pendidikan Moral-bab 2

    22/36

    NILAI OBJEKTIF

    Nilai Objektif -nilai yang bebas daripadapilihan peribadi

    Nilai yang diterima atau ditolak berdasarkanpengalaman dalaman yang dialami atauberpunca dari aspek lu

    Berfungsi bagi menegaskan bahawa setiapbarangan atau objek tersebut mempunyaibentuk dan kegunaan tersendirinya. Dengandapat mengenalpasti bentuk atau kegunaanobjek, maka kita dapat membuatpertimbangan selanjutnya. ar yangdipersetujui oleh kebanyakkan orang.

    22

  • 7/31/2019 Pendidikan Moral-bab 2

    23/36

    Contoh

    Isu pergaduhan dalam masyarakat hendak

    dielakkan menjadi satu pengajaran bagiremaja masa kini bagi aspek perpaduan.

    Contoh ini adalah diterima dengan sokongan

    bukti pengajaran daripada tragedi 13 Mei

    1969. Secara umunnya, pengaduhansememangnya akan membawa kesan yang

    negatif kepada banyak pihak dan harus

    dielakkan. Jadi, ia secara langsung dijadikan

    pembentukan moral yang kukuh dalam jiwaanak bangsa yang cinta kepada keamanan.

    23

  • 7/31/2019 Pendidikan Moral-bab 2

    24/36

    Pandangan tentang penderaan haiwan adalah

    tidak mencerminkan nilai perikemanusiaan.

    Sebenarnya haiwan memang memberi banyak

    kegunaan dan kelebihan kepada manusia.

    Dengan itu, segala kebajikan bagi haiwan

    harus dijaga oleh tuannya. Akan tetapi,

    masih terdapat penderaan haiwan dengancara dendaan atau deraan memang harus

    dikejikan. Ini dapat membolehkan remaja

    mengamalkan nilai moral dengan tidak

    mengabaikan kebajikan pihak lain.

    24

  • 7/31/2019 Pendidikan Moral-bab 2

    25/36

    NILAI MUTLAK Nilai yang dihargai dan tidak terikat kepada sesuatu

    kebiasaan bagi sesebuah masyarakat. Segala idea

    atau fakta dapat diterima secara umun dan diujiatau terbukti samada ia baik ataupun buruk.

    Nilai ini adalah berkekal sepanjang masa dan disemua tempat serta hampir sama bagi semua situasinorma masyarakat.

    Nilai ini berfungsi sebagai satu standard yangkonsiten dan kukuh bagi seseorang individu ataumasyarakat untuk bertindak supaya tindakanmereka adalah berhala niat baik dan betul serta

    dapat diterima oleh pihak lain. Selain itu, nilai inijuga berperanan untuk sebagai batasan terhadapperbuatan dan kelakuan individu supaya seseorangdapat bertindak secara rasional dan tidakketerlaluan. 25

  • 7/31/2019 Pendidikan Moral-bab 2

    26/36

    Contoh

    Gambaran Hidup berkeluarga adalah

    kehidupan yang baik. Ini memberi gambaranyang positif kepada remaja kini supaya

    mengamalkan amalan hidup berkeluarga

    yang sihat mendatangkan keharmonian

    antara ahli keluarga serta menyumbangkepada perpaduan masyarakat dan negara.

    Justeru, pengamalan nilai yang baik akan

    mendatangkan kebaikan kepada diri dan

    pihak lain.

    26

  • 7/31/2019 Pendidikan Moral-bab 2

    27/36

    Tindakan membunuh tanpa sebab adalah

    perbuatan yang perlu dikejikan. Ini terbukti

    perbuatan membunuh adalah perbuatan yangtidak bermoral dan ia akan menjadi ingatan

    mendalam kepada orang lain dengan kekal

    sepanjang masa serta tidak kira di mana jua

    berada. Ini dapat mengingatkan remajasupaya sentiasa berniat baik dan harus

    mempunyai batasan dalam segala tindakan

    dan memahami betapa mendalamnya ingatan

    atau kenangan terhadap tindakan yangdibuat kepada orang lain.

    27

  • 7/31/2019 Pendidikan Moral-bab 2

    28/36

    NILAI RELATIF

    Nilai realatif boleh didefinisikan sebagai nilai yang

    diterima atau ditolak dengan berdasarkan peraturan

    masyarakat untuk mencapai matlamat masyarakat. Nilairelatif ini adalah bersifat arbitrary, iaitu tidak tertentu,

    tidak sempurna dan berbeza antara masyarakat yang

    berlainan. Jadi, nilai relatif ini boleh berubah mengikut

    semasa dan fahaman mengenai benar atau salah bagi

    suatu topik yang dibincangankan. Nilai relatif membolehkan semua manusia membentuk

    nilai norma masyarakat yang berbeza mengikut

    kesesuaian pandangan masyarakat masing-masing. Nilai

    ini mampu mengubah nilai norma masyarakat mengikut

    masalah yang dihadapi dan juga pemikiran manusia. Nilai

    relatif yang berdasarkan pandangan digunakan untuk

    menggantikan nilai atau norma masyarakat yang tidak

    sesuai atau kurang relavan. 28

  • 7/31/2019 Pendidikan Moral-bab 2

    29/36

    Contoh

    Situasi pergaulan bebas antara remaja yang

    berleluasa serta menjadi isu hangat pada masa kini.

    Walaupun perkara ini adalah biasa di negara barat,tetapi ia adalah masalah sosial yang hangat di

    Malaysia. Negera Barat berpandangan perkara ini

    adalah tidak bersalah dari sisi undang-undang,

    manakala Malaysia berpandangan serius tentang isu

    ini kerana ia membawa kesan seperti orang yang

    terlibat akan dipandang keji dan dikutuk oleh orang

    lain. Ini membawa pengajaran kepada remaja supaya

    mengamalkan nilai relatid yang mengutamakan

    pandangan dan peraturan dalam masyarakay yangmana ia berada.

    29

  • 7/31/2019 Pendidikan Moral-bab 2

    30/36

    kes bersedudukan sebelum berkahwin juga

    merupakan contoh bagi nilai relatif. Kita tahu bahawa

    amalan suami isteri tinggal bersama tanpa nikah

    adalah perbuatan yang tidak dibenarkan dari segiagama dan dikeji oleh masyarakat. Akan tetapi, kes

    ini dialukan semata-mata bertujuan untuk

    memadankan bakal pasangan suami isteri.

    Disebabkan kes ini dipandang serius di Malaysia,

    maka ia beri pengajaran kepada remaja masa kini

    supaya bertindak dengan rasional dan mesti selaras

    dengan pandangan masyarakat.

    30

  • 7/31/2019 Pendidikan Moral-bab 2

    31/36

    NILAI INSTRUMENTAL

    Definisi bagi nilai instrumental adalah nilai yang

    memerlukan kepada nilai lain untuk mencapai

    sesuatu matlamat . Kualiti yang diterima atau ditolak

    sebagai alat mencapai sesuatu matlamat. Nilai

    instrumental ini adalah nilai peringkat kedua (second

    order value), misalnya berani, rajin, dan hormat-

    menghormati. Nilai Instrumental dijadikan satu kepiawaian kepada

    apa yang dilaksanakan serta membentu adalam

    menunjukan arah dan menjadi penentu dan dalam

    membuat pilihan dan tindakan. Akan tetapi, nilai inimenegaskan unsur teguh beriman dan bertakwa

    dalam setiap tindakan.

    31

  • 7/31/2019 Pendidikan Moral-bab 2

    32/36

    Contoh

    Albert suka membantu rakan-rakannya

    menyelesaikan masalah matematik bukannya

    mengharapkan sebarang balasan daripada rakan-rakannya tetapi untuk memantapkan kemahirannya

    dalam menyelesaikan masalah matematik pada diri

    sendiri. Contoh ini dapat membantu remaja

    mengamalkan nilai baik dan diberi pengetahuan

    bahawa memberi bantuan juga boleh mendatangkan

    kelebihan pada diri sendiri.

    32

  • 7/31/2019 Pendidikan Moral-bab 2

    33/36

    contoh seperti Cikgu Lee mendenda Siew Ming,seorang pelajar yang gagal dalam Bahasa Cina. Akantetapi, sekirannya dipandang secara positif bagitindakan Cikgu Lee tersebut sebenarnya adalahuntuk meningkatkan semangat memajukan diri danmengharapkan prestasinya akan bertambah baikpada ujian yang akan datang. Ini membolehkanremaja berfikiran jauh bahawa terdapat niat baik

    sebelah dendaan dan mengikis perasaan dengki ataubenci antara murid dengan guru.

    contoh yang biasa dilihat adalah pihak sekolahmengenakan tindakan disiplin bagi pelajar yangmerokok demi menjaga tatatertib para pelajar.

    Tindakan sekolah ini bukan sahaja boleh menjagatingkah laku murid-murid, malah ia juga dapatmembentuk nilai moral dalam kalangan murid,khasnya remaja kini.

    33

  • 7/31/2019 Pendidikan Moral-bab 2

    34/36

    NILAI INTRINSIK

    Nilai instrinsik boleh didefinisikan sebagai nilai yang

    tidak perlu bergantung kepada nilai lain untuk

    mencapai matlamatnya, kerana nilai itu sendirimerupakan matlamat akhir. Kualiti bagi nilai

    diterima atau ditolak semata-mata ia berniat baik

    atau buruk dan tanpa mengira kesannya. Nilai ini

    merupakan nilai peringkat pertama (first ordervalue), misalnya baik hati, kasih saying, keadilan dan

    sebagainya.

    Nilai ini mempunyai fungsi tersendiri, antaranya

    ialah menjadi penentuan dalam membuat pilihanatau tindakan. Nilai ini juga menegaskan

    menyempurnakan tugas dan amanah serta

    mengutamakan keadilan dalam setiap perbuatan.34

  • 7/31/2019 Pendidikan Moral-bab 2

    35/36

    Contoh

    Situasi Musan ialah seorang ketua kelas tingkatan

    Enam Biru. Walaupun Musan sebagai pengadil dalam

    pertandingan banner antara kelas. Walaupun rakansekelasnya menyuruhnya memberi markah yang

    tinggi kepada kelas mereka atas statusnya. Namun,

    Musan tidak berbuat demikan kerana dia menilai

    semua karya dengan teliti dan adil tanpa dipengaruhioleh permintaan rakan-rakanya. Contoh ini dapat

    memberi gambaran kepada remaja supaya bertindak

    dengan saksama dalam segala hal.

    35

  • 7/31/2019 Pendidikan Moral-bab 2

    36/36

    Contoh

    Zaini sedang menunggu bas di sebuah pondok bas.

    Tiba-tiba seorang gadis yang kelihatan dalam

    keadaan takut dan menyembunyikan diri di belakangpokok. Kemudian, terdapat tiga orang pemuda

    garang muncul dan bertanya kepada Zaini sama ada

    ternampak gadis itu. Zaini berbohong mengatakan

    bahawa gadis itu telah menaiki teksi beberapa saatyang lalu. TIndakan Zaini ini adalah ingin menolong

    gadis melepaskan diri daripada kesusahan. Contoh

    ini dapat menerapkan nilai menghulur bantuan

    dengan tanpa keraguan dalam kalangan remaja. Ini

    dapat memberi impak kepada remaja supaya mereka

    mengetahui bahawa kadang-kala pembohongan juga

    boleh membantu orang.36