penanda wacana guna.docx

4
Mengenal Penanda Wacana. ( Sekolah Rendah) Apa itu penanda wacana? Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang berfungsi merangkai ayat untuk melanjutkan sesuatu maklumat. Kegagalan dalam penggunaan penanda wacana yang tepat akan menyebabkan seluruh wacana tidak mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap. Contohnya: Ayat 1: Saleha suka membaca. Ayat 2 : Salaeha suka memasak. Ayat 1 + Ayat 2 + penanda wacana = Saleha suka membaca dan memasak. Ayat di atas boleh dirangkaikan dengan menggunakan penanda wacana dan masih mengekalkan maksud yang sama tanpa mengubah apa-apa maklumat ayat. Fungsi Penanda Wacana 1. Menghubungkan ayat dengan ayat

Upload: ahsanrazifrahman

Post on 07-Sep-2015

304 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

(Mengenal Penanda Wacana. ( Sekolah Rendah)Apa itu penanda wacana?Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang berfungsi merangkai ayat untuk melanjutkan sesuatu maklumat. Kegagalan dalam penggunaan penanda wacana yang tepat akan menyebabkan seluruh wacana tidak mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap.Contohnya: Ayat 1: Saleha suka membaca. Ayat 2 : Salaeha suka memasak. Ayat 1+ Ayat 2+ penanda wacana = Saleha suka membaca dan memasak. Ayat di atas boleh dirangkaikan dengan menggunakan penanda wacana dan masih mengekalkan maksud yang sama tanpa mengubah apa-apa maklumat ayat.Fungsi Penanda Wacana1. Menghubungkan ayat dengan ayat2. Menghubungkan perenggan dengan perenggan3. Membantu pendengar/pembaca memahami teks)

(Jenis Penanda Wacana.1. Menandakan pertentangan maklumat :Bagaimanapun, biarpun demikian, meskipun begitu, meskipun demikian, namun, namun begitu, namun demikian, sebaliknya, sungguhpun demikianwalau bagaimanpun, walaupun begitu, walaupun demikian, meskipunContoh ayat:1. Kami daripada keluarga yang miskin.Sungguhpun demikian, kami tidak pernah meminta belas ihsan daripada orang lain.2. Saliza memang seorang murid yang pintar.Namun begitu, dia jarang membantu rakannya yang lemah dalam pelajaran.3. Jalan itu agak sunyi.Walau bagaimanapun, itulah satu-satunya jalan untuk pergi ke banglo Dato' Kamal.4. Amirul tidak pergi ke sekolah.Sebaliknya, dia melepak di pusat permainan video.2.Menandakan sesuatu yang kian bertambah:Lagipun, lebih-lebih lagi, malah, tambahan lagi, tambahan pulaContoh ayat:1. Saya tidak dapat melihat dengan jelaslebih-lebih lagipada waktu malam.2. Danish suka menonton rancangan dokumentari,tambahan pulayang berkaitan dengan haiwan.3. Ramai suri rumah berbelanja di pasar raya itu kerana terdapat pelbagai jenis barang.Lagi pun, harganya murah.4. Farzana mendapat tawaran belajar di luar negara.Malah, perbelanjaannya pun akan ditanggung oleh kerajaan negeri.)

(3.Menunjukkan akibat atau kesimpulan:akhir kata, akhirnya, dengan itu, jadi, justeru, kalau begitu, lantaran itu, malangnya, oleh itu, semenjak itu, oleh sebab ituContoh ayat:A. Ibunya telah meninggal dunia beberapa bulan yang lalu.Sejak itu, dia sering termenung dan kelihatan murung.B.Badrul selalu ponteng sekolah.Lantaran itu,ibu bapanya telah dipanggiloleh pihak sekolah untuk menyelesaikan masalah tersebut. C.Ibu bapa saya tiada di rumah ketika ini.Oleh itu, saya dan adik-adik saya tidak dibenarkan bermain di luar rumah.D. Peperiksaan UPSR semakin hampir.Justeru, kita perlu belajar bersungguh-sungguh dan menumpukan sepenuh perhatian semasa guru sedang mengajar.4.Menimbulkan maksud sesuatu yang berikutnya: Kemudian, lepas itu, selanjutnya, selepas itu5.Menunjukkan dalam masa yang sama atau pada masa itu:dalam pada itu, di samping itu, selain itu, sebelum itu)