pembentukan kata nama

9
Pembentukan Kata Nama 1. Ada 4 bentuk kata nama, iaitu: Kata Nama Tunggal Kata yang tidak mengalami pengimbuhan, penggandaan, dan pemajmukan. Contoh: dunia wanita kampung keris kapal zoo pagar lengkuas demokrasi gong dam malaikat AKRONIM juga termasuk dalam kategori kata nama tunggal. Kata akronim ialah cantuman bahagian-bahagian tertentu daripada serangkaian perkataan. 4 jenis kata akronim: a. Cantuman huruf awal perkataan-perkataan Contoh: ABIM – Angkatan Belia Islam Malaysia UNITAR – Universiti Tun Abdul Razak Kata Nama Tunggal Kata Nama Terbitan Kata Nama Majmuk Kata Nama Ganda

Upload: siti-noraisyah

Post on 11-Jul-2016

306 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Pembentukan kata nama bahasa Melayu

TRANSCRIPT

Page 1: Pembentukan Kata Nama

Pembentukan Kata Nama

1. Ada 4 bentuk kata nama, iaitu:

Kata Nama Tunggal

Kata yang tidak mengalami pengimbuhan, penggandaan, dan pemajmukan.

Contoh:

dunia wanita kampung keriskapal zoo pagar lengkuas

demokrasi gong dam malaikat AKRONIM juga termasuk dalam kategori kata nama tunggal. Kata akronim ialah cantuman bahagian-bahagian tertentu daripada

serangkaian perkataan. 4 jenis kata akronim:

a. Cantuman huruf awal perkataan-perkataanContoh: ABIM – Angkatan Belia Islam MalaysiaUNITAR – Universiti Tun Abdul Razak

b. Cantuman huruf dan suku kata perkataanContoh:

Kata Nama Tunggal

Kata Nama Terbitan

Kata Nama Majmuk

Kata Nama Ganda

Page 2: Pembentukan Kata Nama

Perhilitan – Perlindungan Hidupan Liar dan Taman NegaraMAWAR – Majlis Wanita Johor

c. Cantuman suku kata awal perkataanContoh:Tadika – Taman Didikan Kanak-kanakCerpen – Cerita pendekKomsas – Komponen SasteraPawagam – Panggung Wayang GambarKugiran – Kumpulan Gitar Rancak

d. Cantuman bahagian awal perkataan dengan bahagian lain dalam perkataan yang mengikutinyaContoh: jentolak – Jentera tolakPurata – pukul rata

Kata Nama Terbitan

Kata dasar yang menerima imbuhan lalu membentuk kata nama terbitan.

Imbuhan yang membentuk kata nama terbitan terdiri daripada:a. Imbuhan awalanb. Imbuhan akhiranc. Imbuhan apitand. Imbuhan sisipan

Page 3: Pembentukan Kata Nama

Contoh kata nama berimbuhan sisipan:

-el- : telunjuk ; selesema ; telapak -er- : keruping ; serabut -em- : gemilang ; -in- : sinambung

**Imbuhan yang membentuk kata nama terbitan:

- Awalan: ke-, peN-, pe-, peR-, juru-- Akhiran: -an- Apitan: ke-…-an, peN-…-an, peR-…-an

Page 4: Pembentukan Kata Nama

Kata Nama Majmuk

1. Dua kata atau lebih yang membawa makna yang tertentu.2. Dieja terpisah (dua perkataan) kecuali kata majmuk ejaan mantap.3. Berdiri sebagai satu unit.4. Ada 3 jenis kata nama majmuk:

a) Rangkai kata bebas

guru besar balai raya Perdana MenteriNaib Canselor cermin mata kasut roda

b) Istilah khusus dalam bidang ilmiah

papan kekunci laman sesawang jangka suhumedan magnet garis pusat jangka lukis

c) Maksud kiasan (simpulan bahasa)

buah hati ambil berat kaki ayamikat perut jalan pintas berat tulang

5. Senarai 15 kata nama majmuk ejaan mantap:

antarabangsa beritahu bumiputera jawatankuasakakitangan kerjasama matahari olahraga

pesuruhjaya setiausaha sukarela suruhanjayatandatangan tanggungjawab warganegara

**Kata nama majmuk ejaan mantap perlu dieja secara rapat.6. Penggandaan kata majmuk

i. Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama sahaja. Contoh:

Page 5: Pembentukan Kata Nama

salah betulalat tulis-alat tulis alat-alat tulisguru besar-guru besar guru-guru besarMenteri Besar-Menteri Besar

Menteri-Menteri Besar

buku cerita-buku cerita buku-buku ceritaii. Untuk kata nama majmuk ejaan mantap, penggandaannya

melibatkan keseluruhan perkataan. Contoh:

warganegara-warganegara tandatangan-tandatanganpesuruhjaya-pesuruhjaya setiausaha-setiausaha

Kata Nama Ganda

1. Semua bentuk kata nama (kata nama tunggal, kata nama terbitan, kata nama majmuk) boleh digandakan.

2. Terdapat 3 jenis penggandaan, iaitu:i. Penggandaan penuh

ii. Penggandaan separaiii. Penggandaan berima/berentak

Bentuk penggandaan ContohPenggandaan penuh

- Melibatkan keseluruhan perkataan

pulau-pulau, kuda-kuda, ayat-ayat, pahlawan-pahlawan

Penggandaan separa- Melibatkan sebahagian

perkataan sahaja

kura-kura = kekurabola-bola = bebolarama-rama = reramakuda-kuda = kekuda

Penggandaan berima- Kata ganda yang mengalami

Pengulangan vokal:- Sayur-mayur

Page 6: Pembentukan Kata Nama

pengulangan vokal, pengulangan konsonan atau bebas.

- Cerai-berai- Saki-baki

Pengulangan konsonan:- Gunung-ganang

Bebas:- Anak-pinak- Saudara-mara- Rempah-ratus

Latihan Pengukuhan:

Kenal pasti kesalahan ejaan kata nama dalam ayat-ayat di bawah.

1. Pihak sekolah telah menubuhkan jawatan-jawatankuasa bagi setiap jenis acara sukan yang akan diadakan.

2. Setia usaha untuk kelab itu akan dilantik dalam kalangan mereka yang berpengalaman dalam sukan.

3. Alatulis yang dijual di kedai itu sangat mahal berbanding dengan yang dijual di kedai lain.

4. Para pengunjung di pasaraya terkemuka itu leka menonton persembahan seorang artis jemputan.

5. Anggota polis-anggota polis diingatkan supaya sentiasa menjaga nama baik pasukan.

6. Semua pelajar diberi tahu bahawa peperiksaan bulanan akan bermula pada minggu hadapan.

7. Mereka sekeluarga akan bertolak ke lapangan terbang selepas makan tengahari.

8. Setiap guru matapelajaran perlu menyediakan tugasan kepada para pelajar ketika cuti sekolah.

Page 7: Pembentukan Kata Nama

9. Mak Teh menjemput jiran te-tangganya ke majlis kenduri kesyukuran di rumahnya.

10. Encik Lim bekerja sebagai pengurup matawang antarabangsa di Kuala Lumpur.

Membina ayat:

1. Tulis satu ayat bagi setiap perkataan dalam pasangan perkataan di bawah.

i. Pertemuan - penemuanii. Perairan - pengairan

iii. Persiaran - penyiaran

2. Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah.

i. Pekaranganii. Pedalaman

iii. Penulisan