pembelajaran plot jeriji kasih.ppt

8
NOVEL JERIJI KASIH OLEH: RAMLAH ABD. RASHID STRUKTUR BINAAN PLOT (BAB 1)

Upload: rohayukelate

Post on 08-Jul-2016

252 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

NOVEL JERIJI KASIHOLEH: RAMLAH ABD. RASHID

STRUKTUR BINAAN PLOT

(BAB 1)

BINAAN PLOTO Merupakan susunan peristiwa berdasarkan sebab dan

akibat.O Plot mudah – cerita disusun secara kronologi dan

berkembang mengikut urutan masa..O Plot kompleks – menggunakan unsur seperti imbas

kembali, imbas muka dan sebagainya dan plot ini mengandungi lebih banyak konflik antara watak.

O Plot kompaun – terdapat plot dan sub-plot yang tidak mengikut kronologi dan sangat banyak persoalan dibicarakan oleh pengarang.

TAHAP PERKEMBANGAN PLOT

Permulaan

Perkembangan

Klimaks/Puncak

Peleraian

1. Permulaan/EksposisiMerupakan peringkat awal dalam cerita. Penulis mendedahkan watak, latar dan juga masalah yang dialami oleh watak berkenaan.Melalui teknik plot yang digunakan oleh penulis, peringkat ini tidak semestinya berada pada permulaan cerita. Ia mungkin berada di tengah atau akhir cerita melalui teknik imbas kembali.

2. Perkembangan/PerumitanMerupakan peringkat kedua dalam perkembangan peristiwa dalam cerita. Pada peringkat ini, konflik dan ketegangan telah timbul di antara watak dengan watak utama. Semakin panjang cerita tersebut, konflik menjadi semakin rumit. Dalam perkembangan plot, peringkat ini merupakan peringkat yang paling panjang.

3. Kemuncak/KlimaksMerupakan peringkat akhir konflik dan ketegangan.Pada peringkat ini, konflik antara watak dengan watak utama mencapai peringkat paling tegang dan rumit.Selepas peringkat ini, sebahagian besar atau semua konflik selesai.

4. Peleraian Merupakan peringkat bagaimana pengarang menyudahkan cerita. Terdapat pelbagai cara pengarang menamatkan cerita.Adakalanya, peleraian cerita terbiar atau tergantung dengan penuh suspens. Cara ini menuntut pembaca meramalkan apakah yang akan berlaku seterusnya.Kebiasaanya bahagian peleraian ini akan berakhir dengan kemenangan watak utama.

PermulaanPermulaan cerita novel ini memaparkan Anuariza sebagai remaja luar bandar yang gigih. Dia merancang untuk melakukan kerja pemungutan buah asam kelubi di hutan paya, tetapi rancangan itu dihalang oleh ibunya, Soleha. Azuera dan Nek Siah juga melarang Anuariza pergi. Hal ini kerana hujan lebat pada malam itu yang menyebabkan kawasan hutan belukar itu berbahaya. Ketika ini, biasanya haiwan berbisa keluar. Kepatuhan kepada ibunya menyebabkan dia membatalkan rancangan tersebut. Sementara itu, Nek Siah menjemput Anuariza dan Adiknya untuk menolong Nek Siah yang akan mengadakan kenduri.

SOALAN PENGAYAAN1. Mengapakah emak melarang Anuariza pergi mengambil

buah asam kelubi pada pagi itu? (6 markah)

2. Nyatakan 3 konflik dalaman yang berlaku dalam bab 1 novel Jeriji Kasih? (6 Markah)

3. Apakah hubungan Anuariza dengan Azuera?(1 Markah)4. Mengapakah Nek Siah menjemput Anuariza dan Azuera

ke rumah Pak Syed? (2 Markah)5. Sekiranya anda adalah Anuariza, adakah anda akan

mendengar larangan emak ataupun tetap pergi mencari buah asam kelubi? Kenapa? (6 Markah)

TERIMA KASIH