panduan pengelolaan sesi pengajaran dan pembelajaran pendidikan islam 1

21
PANDUAN PENGELOLAAN SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM DALAM SEMUA BIDANG DISEDIAKAN OLEH PA A

Upload: nursyamera

Post on 23-Dec-2015

37 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

:)

TRANSCRIPT

PANDUAN PENGELOLAAN SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM DALAM SEMUA

BIDANG

DISEDIAKAN OLEH PA A

Semua guru perlu merancang pengajaran masing-masing untuk memastikan keberkesanan pelajaran, meningkatkan pencapaian pelajar , disamping mengurangkan masalah-masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

•PERANCANGAN

Untuk membuat perancangan pengajaran guru perlu melaksanakan beberapa perkara :◦ Meneliti dan mentafsir sukatan pelajaran◦ Membuat skema Rancangan Kerja untuk sesuatu

tahun, dan◦ Menyediakan Persediaan Mengajar Harian

Persediaan Mengajar yang juga dikenali sebagai Rancangan Pengajaran Harian yang lengkap perlu dirancang dan disediakan. Persediaan mengajar yang disediakan dengan jelas, teliti dan lengkap adalah kunci kejayaan kepada guru.

Melalui Persediaan mengajar yang lengkap dan sistematis membolehkan guru :◦ Menentukan objektif pelajaran supaya guru tidak

terkeluar dari apa yang dirancang◦ Memahami dan menentukan isi pelajaran yang cukup

disampaikan dalam masa yang diperuntukkan◦ Menentukan strategi pengajaran yang sesuai dengan

peringkat, kebolehan dan minat pelajar◦ Menentukan dan menyediakan BBM yang perlu◦ Merancang aktiviti murid-murid◦ Mengawal bilik darjah dengan baik◦ Menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran

murid

◦ Guru lebih berkeyakinan semasa menghadapi murid◦ Mengingati bahan pengajaran yang akan disampaikan◦ Menjimatkan masa kerana segala pengajaran dan aktiviti

dapat dijalankan dengan teratur◦ Memilih jenis soalan yang sesuai serta mencabar untuk

dikemukakan semasa pengajaran◦ Memikirkan cara untuk memotivasikan murid dalam

proses pengajaran dan pembelajaran◦ Merancang bagaimana nilai murni dapat diterapkan

dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Format Persediaan Mengajar / Rancangan Pengajaran Harian (klik sini)

Objektif pelajaran bagi sesuatu tajuk merupakan kenyataan yang guru harapkan dan dapat ditunjukkan oleh pelajar pada tingkahlakunya.

 Kegunaan Objektif◦ Kegunaan objektif pelajaran yang ditulis dalam bentuk

objektif tingkahlaku atau objektif perlakuan adalah banyak. Antaranya : 

◦ Menitikberatkan tingkahlaku dan pencapaian pelajar dan tidak berpusatkan guru, oleh itu guru perlu lebih peka pada keperluan dan kebolehan pelajar

◦ Memberi arah tuju kepada guru di samping dapat membantu menilai kemajuan perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran

PENENTUAN OBJEKTIF

◦ Sebagai panduan kepada guru untuk perancang dan memilih bahan pengajaran yang sesuai dan relevan

◦ Membantu guru dalam merancang, memilih dan menentukan strategi pengajaran

◦ Memberi gambaran yang jelas kepada pelajar, guru, pihak pentadbir dan penyelia apa yang harus pelajar capai di akhir sesuatu pelajaran

◦ Memberi bayangan kepada pelajar tentang bentuk penilaian yang akan diberi

◦ Membantu pelajar untuk membuat penilaian kemajuan kendiri

◦ Membantu guru dalam menyusun atur aktiviti susulan

Penulisan Objektif  Objektif perlakuan yang ditulis perlu mempunyai 3 komponen

iaitu :

i. PerlakuanMenyatakan, apakah yang pelajar akan buat atau lakukan bila mereka menunjukkan perlakuan objektif. Adalah penting bagi guru menyatakan jenis perlakuan yang diterima sebagai bukti pelajar tersebut telah menguasai sesuatu objektif. Sebagai contoh perkataan yang digunakan untuk membuat objektif tingkahlaku ialah seperti memilih, merekabentuk, mengenal pasti, menyenaraikan, menyusun dan lain-lain

ii. Syarat Keadaan dimana perlakuan itu akan dilakukan, ia boleh terdiri

daripada peralatan, bekalan, atau bahan yang diberikan kepada pelajar untuk melakukan sesuatu perlakuan. Sebagai contoh “dengan membaca petikan yang diberi”

 

iii. Kriteria Menerangkan paras penguasaan atau kecekapan

yang mesti dicapai dalam melakukan perlakuan objektif yang dapat memberikan gambaran bagaimana cara untuk menilai perlakuan pelajar. Contoh, “dapat membaca surah an-naba’ dengan fasih dan tepat” .

Contoh objektif perlakuan : Di akhir pelajaran, pelajar dapat menyenaraikan

5 dari 6 ciri mukmin yang berjaya dengan tepat berdasarakan petikan yang diberikan.

MENENTUKAN ISI PELAJARAN

Isi pelajaran yang perlu dinyatakan dalan Persediaan Mengajar adalah seperti yang dinyatakan mengikut topik-topik tertentu dalam sukatan pelajaran . Walau bagaimanapun , pemeringkatan isi pelajaran perlulah mengikut kebolehan pelajar dan prinsip-prinsip pembelajaran. Sebagai contoh pemeringkatan isi pelajaran disusun seperti berikut :◦ Dari konsep yang mudah kepada yang kompleks◦ Dari senang kepada yang mudah◦ Dari yang konkrit kepada yang abstrak◦ Dari konsep sudah ada dalam pengetahuan sedia ada kepada

yang belum tahu◦ Relevan dengan objektif yang telah ditentukan◦ Mengikut urutan , teratur, mengikut perkembangan semasa dan◦ Dapat menggalakan penglibatan pelajar secara aktif untuk

berfikir secara kritis, analitis dan kreatif

PEMILIHAN SUMBER Bahan yang digunakan hendaklah sesuai

dengan objektif pelajaran, tahap dan kebolehan pelajar. Menggunakan bahan yang tekini dan sesuai dengan keadaan setempat, mempelbagaikan penggunaan bahan ( dari gambar pegun kepada penggunaan media elektronik), bahan yang digunakan perlulah cantik , berwarna, menggunakan saiz font yang sesuai dan dapat menarik perhatian pelajar.

PENENTUAN STRATEGI PENYAMPAIAN

Guru disarankan untuk mempelbagikan penggunaan strategi pengajaran. Walau bagaimanapun, penggunaan strategi berpusatkan pelajar adalah lebih baik digunakan. Ini adalah untuk memastikan pelajar memperolehi hasil yang maksimum.

Perancangan penentuan strategi akan menggabungjalinkan isi kandungan sukatan pelajaran dengan strategi yang akan digunakan untuk menyampaikan isi tersebut. Isi pelajaran boleh dipindahkan secara terus daripada guru kepada pelajar dengan pelbagai cara seperti berkuliah, menunjuk cara, bersoal jawab dan latih tubi. Ataupun isi pelajaran dapat dipindahkan secara tidak langsung dengan menggunakan cara pembelajaran melalui aktiviti kumpulan, simulasi, main peranan, sumbang saran, inkuiri dan penemuan serta lakonan.

Pemilihan strategi pengajaran dan pembelajaran yang mencakupi kaedah dan teknik yang sesuai akan memastikan keberkesanan atau peningkatan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran tersebut. Penentuan kepada strategi yang melibatkan dan yang menambah kemahiran berfikir kepada pelajar perlu ditekankan. Di samping itu penggabungjalinan kemahiran-kemahiran 3 M ( membaca, menulis dan mengira) perlu juga di ambil kira.

Pelaksanaan Pengajaran Mikro

Dalam melaksanakan pengajaran mikro pelajar membina satu rancangan mengajar yang singkat 5 – 20 minit berdasarkan bidang kepakarannya , membuat objektif spesifik dan mengajarnya kepada sebilangan kecil pelajar lain. Setelah pengajaran telah dilaksanakan satu penilaian atau pencerapan dilakukan untuk mengesan kelemahan . Pencerapan hendaklah dilaksanakan oleh pensyarah atau penyelia, rakan-rakan dan kendiri. Seterusnya satu perancangan semula perlu dilaksanakan untuk tujuan penambahbaikan. Pengajaran mikro merupakan satu kitaran atau satu pusingan seperti yang digambarkan dalam rajah di bawah :

PELAKSANAAN

PELAKSANAAN

Kemahiran-Kemahiran dalam Pengajaran Mikro a. Kemahiran set induksi  Set induksi merupakan satu proses yang digunakan dalam

permulaan pengajaran, apabila menukar topik, sebelum soal jawab sebelum pertunjukan slaid atau video dengan tujuan menarik perhatian pelajar dan mendorong pembelajaran. Prinsip-prinsip set induksi seperti berikut :

memfokuskan perhatian pelajar terhadap apa yang hendak di ajar

membentuk satu rangka rujukan semasa pengajaran memberi makna terhadap sesuatu konsep atau makna baru merangsang minat dan penglibatan murid meletakkan murid dalam set mental atau keadaan yang

sesuai untuk belajar menggalakkan pelajar enyertai pelajaran dengan giat. mewujudkan keadaan ingin tahu dikalangan murid

Kemahiran-Kemahiran dalam Pengajaran Mikro

Kemahiran ini adalah untuk membangkitkan perhatian pelajar dan mefokuskan perhatian pelajar kepada fakta penting dalam pelajaran. Variasi ransangan berkait rapat dengan kebijaksanaan guru pelatih mempelbagaikan strategi pengajaran, kecekapan penggunaan alat bantu mengajar , persekitaran bilik darjah, komunikasi verbal dan non-verbal guru.

Kemahiran-Kemahiran dalam Pengajaran Mikro

  Penyoalan merupakan satu aspek penting

yang boleh mebawa pelajar kepada aktiviti kognitif aras tinggi. Oleh itu guru harus faham dan tahu tentang kepentingan soalan dalam pengajaran dan pembelajaran seperti membantu pelajar mengingat kembali fakta-fakta dan mencungkil fikiran pelajar. Soalan yang dibentuk hendaklah dirancang dengan rapi dan mengikut kebolehan pelajar

PENILAIAN (Kemahiran Penyoalan)

Panduan menyoal pastikan soalan jelas nyatakan soalan, tunggu 2-3 saat dan

kemudian panggil nama pelajar yang dikehendaki menjawab soalan berkenaan

tanya satu soalan pada satu masa gunakan soalan arar rendah dahulu dan

diikuti dengan soalan aras yang lebih tinggi gunakan teknik “probing” untuk membantu

pelajar memberikan jawapan.

Aras soalanBerdasarkan taksonomi Bloom terdapat 6

aras soalan : Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian

Kemahiran menggunakan pengukuhan

Guru yang mempunyai kemahiran pengukuhan dapat menggalak pelajar menjawab soalan, mengemukakan cadangan dan secara keseluruhannya dapat melibatkan pelajar melibatkan diri dalam perbincangan bilik darjah.

Kemahiran penutup

Penutup haruslah sesuai dengan objektif dan aktiviti pelajaran yang telah disampaikan. Semasa penutup ini aktiviti susulan juga harus dirancang dengan teliti dan ada kesinambungan dengan pelajaran akan datang. Di samping itu tujuan penutup adalah untuk menarik perhatian perhatian pelajar tentang pelajaran baru yang dipelajari, mengukuhkan konsep, prinsip atau kemahiran baru, mewujudkan perasaan pencapaian dan kejayaan dan peluang mengaplikasi konsep dan kemahiran baru.