nilai agama dan kepercayaan islam (thamaiyanthi)

18
Free Powerpoint Templates Page 1 Free Powerpoint Templates Nilai Agama Dan Kepercayaan Islam Disediakan oleh : Thamaiyanthi A/P Ratnam

Upload: thamaiyanthi-ratnam

Post on 26-Nov-2015

51 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

moral

TRANSCRIPT

Free Powerpoint TemplatesPage 1

Free Powerpoint Templates

Nilai Agama Dan KepercayaanIslam

Disediakan oleh : Thamaiyanthi A/P Ratnam

Free Powerpoint TemplatesPage 2

AGAMA ISLAM “Islam bermaksud selamat atau menyerah diri kepada Allah. 

Ia adalah nama bagi agama Allah yang akhir sekali, ia diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. untuk disampaikan kepada semua manusia di akhir zaman”.

Islam ialah agama yang akhir diturunkan untuk membimbing manusia ke jalan yang benar

Agama Islam ialah agama yang syumul (sempurna) berbanding agama lain yang pernah diturunkan oleh Allah s.w.t.

Free Powerpoint TemplatesPage 3

Bermula di Mekah kira-kira 1400 tahun dahulu.

Berasal daripada satu keturunan iaitu Adam.

Manusia – makhluk hasil gabungan roh dan jasad dan diwujudkan untuk beribadat kepada allah.

Manusia dilantik oleh Allah sebagai khalifah di muka bumi untuk menjaga agama dan mentadbir dunia dengan agama.

Al-Quran dan al-Hadis menjadi panduan dalam mengatur kehidupan individu, keluarga, masyarakat dan negara.

Matlamat hidup yang terakhir bagi akhlak mulia ialah supaya orang-orang islam dapat masuk ke dalam syurga.

Free Powerpoint TemplatesPage 4

• Dalam pandangan Islam, manusia bukanya terbit daripada proses alam benda tetapi dijadikan oleh zat yang menguasai alam iaitu Allah dan mempunyai dua unsur iaitu roh dan jasad ataupun dwisifat.

• Manusia ialah makhluk fizikal dan rohani. - manusia dijadikan untuk beibadat kepada Allah dan bertaqwa kepadaNya supaya manusia dapat membezakan antara yang baik dengan yang buruk.

• Manusia dilengkapkan dengan akal. Melalui akal manusia diberi pertunjuk untuk memahami kebenaran yang hakiki dan berperilaku yang diredai Allah serta diberi amanah sebagai khalifah di muka bumi untukk mentadbir dunia mengikut syariat Allah. 

Free Powerpoint TemplatesPage 5

Asas Kepercayaan Orang Islam

Semua nabi atau Rasul dihantar untuk menyampaikan tiga asas kepercayaan atau usul aqidah yang bersalingkaitan iaitu, KETUHANAN, KENABIAN dan KEAKHIRATAN.

Ajaran Nabi Muhammad dibina atas 3 asas utama iaitu AQIDAH, SYARIAH dan AKHLAK.

Free Powerpoint TemplatesPage 6

KONSEP KETUHANAN

Tauhid (Mengesakan Tuhan tanpa sekutu atau perantara)

• Konsep terpenting dalam islam yang mendasari dan mengikat segala aspek sistem , nilai, norma dan sebagainya.

Allah

• nama khusus bagi Tuhan yang berhak disembah dan mempunyai ciri-ciri utama seperti yang disebut dalam surah Al-ikhlas:

Free Powerpoint TemplatesPage 7

KONSEP KENABIAN

• Nabi & Rasul ditulis oleh Allah untuk menyampaikan panduan kepada manusia.

•25 Rasul disebut dalam Al-Quran dan mengikut sunnah terdapat lebih 124000 Nabi atau Rasul. Mereka bersifat maksum dan diberi mukjizat.

Free Powerpoint TemplatesPage 8

KONSEP KEAKHIRATAN

• Setiap kehidupan ada akhirnya.

•Merujuk suatu peristiwa kehancuran alam seluruhnya, kebangkitan, semua manusia untuk diberi pembalasan atas perbuatan baik dan buruk manusia.

•Memandangkan setiap insan inginkan keadilan, amalan manusia perlukan pembalasan.

Free Powerpoint TemplatesPage 9

RUKUN ISLAM

Mengucap dua kalimah syahadah.

Sembahyang lima waktu.

Puasa di bulan Ramadan.

Mengeluarkan zakat.

Menunaikan haji bagi yang mampu.

Free Powerpoint TemplatesPage 10

Free Powerpoint TemplatesPage 11

Hirarki Nilai terbahagi kepada tiga iaitu :

i) Nilai Mahmudah (baik)

ii) Nilai Mazmumah (buruk dan dikeji)

iii) Nilai Makruhah (dibenci)

Free Powerpoint TemplatesPage 12

i) Nilai Mahmudah

• wajib : sesuatu yang mesti dilakukan samada perkataan, perbuatan seperti solat lima waktu, puasa Ramadhan, zakat & haji (berniat ketika melakukannya).

• Cth lain : menolong org yg sangat perlu pertolongan, menyelamat orang yang terancam, menuntut ilmu, bekerja, mencari nafkah, memberi pendidikan kepada anak-anak.

• Melakukannya mendapat pahala & meninggalkannya berdosaSunat : suatu yang digalakkan. Orang yang melakukannya diberi pahala dan yang

tidak melakukannya tidak berdosa.

• Mubah @ harus : termasuk dalam amalan baik. Melakukannya tidak dianggap salah dan meninggalkannya tidak berdosa.

Free Powerpoint TemplatesPage 13

ii) Nilai Mazmumah

•Haram. Iaitu sesuatu pekerjaan atau perkataan buruk dan dilarang melakukannya seperti berjudi, minum arak, berzina, mengumpat, memfitnah, menzalim.

•Melakukannya berdosa mendapat kemurkaan Allah (azab). Meninggalkannya merupakan satu ketaatan dan mendapat pahala di sisi Allah.

Free Powerpoint TemplatesPage 14

iii) Nilai Makruhah

•Makruh.

Ia suatu pekerjaan atau perkataan yang dibenci & dituntut supaya meninggalkannya.

Cth : ialah makan dan minum sesuatu yang berbau busuk, makan banyak, bercakap yang tidak berfaedah. Meninggalkan perbuatan itu mendapat pahala di sisi Allah, dan melakukannya tidak pula berdosa, tetapi dibenci oleh agama..

Free Powerpoint TemplatesPage 15

Amalan agama

• Ramadan adalah merupakan bulan di dalam kalendar Islam. Dalam bulan ini umat Islam diwajibkan berpuasa dari matahari terbit ke matahari terbenam.

• Tujuan ini adalah untuk merasai bagaimana keadaannya orang miskin tanpa makanan atau air. Tambahan, umat Islam menutupi badan mereka dari permintaan dunia dengan menolak makanan dan minuman.

• Puasa adalah lebih daripada menolak makanan dan minuman. Tujuan puasa adalah untuk mengajar umat Islam untuk bersabar dan kerendahan hati, dan juga untuk memperingati umat Islam bahawa mereka adalah bertuah dan seharusnya membantu yang miskin dan kurang upaya.

Free Powerpoint TemplatesPage 16

• Umat Islam juga perlu menahan diri daripada merokok, melakukan hubungan seks dan perkara-perkara lain yang boleh membatalkan ibadah puasa.

• Hari cuti dalam Islam kebanyakannya berasaskan pada kehidupan Nabi Muhammad, terutamanya peristiwa-peristiwa yang berkaitan dengan al-Quran. Islam mempunyai dua perayaan utama, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. 

• Baju Melayu adalah pakaian tradisi kaum Melayu yang dipakai oleh kaum lelaki di Malaysia pada Hari Raya. Pakaian ini dilengkapi dengan songkok dan lilitan songket di bahagian pinggang. Pakaian yang menjadi kebiasaan kaum wanita pula ialah Baju kurung dan Baju kebaya.

Free Powerpoint TemplatesPage 17

• Rumah-rumah terbuka akan diadakan pada Hari Raya itu sendiri ataupun sepanjang bulan Syawal.

• Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri selalunya akan berpanjangan sehingga sebulan, dan kemeriahan itu akan hilang dengan sendirinya apabila semua orang pulang ke bandar setelah cuti tamat.

• Simbol terkenal bagi perayaan Hari Raya di Malaysia ialah ketupat. Ketupat adalah juadah istimewa yang masih dihidangkan pada hari ini. Ketupat adalah nasi yang dikukus di dalam anyaman daun kelapa atau daun palas dan selalunya dihidangkan bersama dengan rendang. Makanan yang lain termasuklah lemang, lontong, dodol, dan kuih raya.

Free Powerpoint TemplatesPage 18

TERIMA KASIH