mungkinkah?

Upload: penerbitan-kaki-novel

Post on 10-Feb-2018

251 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 7/22/2019 Mungkinkah?

    1/97

    Hanni Ramsul

    1

    GILA ke suami kamu ni,

    Rissa?

    Arisa menyapu air

    mata yang membanjiri pipi. Wajah ayahnya yang kelihatan

    marah dipandang hiba. Ayahnya wajar marah dan dia wajar

    menerima balasan ini barangkali.

    Berat untuk dia bercerita tetapi, terasa beban yang

    ditanggung sudah tidak mampu digalas. Sudah terlalu penat

    dia melayan kerenah Radhi. Semakin hari semakin sulit

    untuk dia berdepan dengan perangai Radhi. Semakin hariRadhi semakin sengaja mahu menyakitkan hatinya. Semakin

    mencabar sabarnya. Dia berharap Radhi akan berubah. Dia

    berdoa agar Radhi menjadi lelaki yang pernah dicintai

    sepenuh hati sebelum mereka bergelar suami isteri. Tetapi

    semua itu mungkin cuma akan menjadi mimpi. Jauh sekali

    untuk digapai sebagai realiti.

    Itulah. Dari dulu lagi ayah tak berkenan kamu

    berkahwin dengan Radhi tu. Cinta konon. Tengoklah apa dah

    jadi dengan kamu sekarang ni? Kurus kering makan hati.

    Bab1

  • 7/22/2019 Mungkinkah?

    2/97

    Mungkinkah?

    2

    Inilah yang kamu dapat sebab nak pertahankan sangat cinta

    kamu tu. Kan?

    Arisa tunduk. Hujah ayahnya tidak mampu dia

    patahkan. Saat ini, dia akui kebenaran kata-kata ayahnya itu.

    Cinta bagaikan tidak membawa erti lagi padanya. Separuh

    mati dia pertahankan Radhi. Bermati-matian dia cuba

    yakinkan ibu dan ayahnya, Radhi adalah jodoh yang terbaik

    untuk dirinya. Tetapi, hari ini sudah terbukti dia silap. Dia

    silap dan ayahnya benar.Silap Rissa. Rissa mengaku semuanya salah Rissa.

    Tapi, sebelum kahwin dia tak macam ni, ayah. Dia baik.

    Perlahan dia bersuara.

    Haji Salleh mengeluh perlahan. Ikutkan geramnya,

    memang mahu dia hamburkan segala rasa marah yang

    terpaksa dipendam kerana sayangkan anak. Walaupun berathatinya, dia akur dengan permintaan Arisa. Dengan separuh

    hati, akhirnya Radhi terpaksa diterima sebagai menantu.

    Tetapi, melihat kesedihan Arisa saat ini, dia tidak sampai hati.

    Segalanya telah berlaku. Walau diluahkan segunung marah

    sekalipun, mustahil kemarahan itu dapat memulihkan

    keadaan.

    Sudahlah. Tak guna nak cakap benda yang dahberlaku. Sudahnya, dia bersuara dengan nada sedikit kendur.

    Arisa terus menunduk.

    Dia dah jauh berubah, ayah dia bukan Radhi

    yang Rissa kenal dulu. Lemah luahan yang meniti di

    bibirnya.

    Lelaki ni, kalau dah dapat isteri gaji besar sikit,naik kepalalah dia. Nak pula, jenis yang malas kerja macam

    suami kamu tu. Tengoklah macam mana dia buat pada

    kamu? Nasib baik tak ada anak lagi. Kalau ada anak, macam

  • 7/22/2019 Mungkinkah?

    3/97

    Hanni Ramsul

    3

    mana? Bertambah-tambah beban kamu. Yang seronok

    dialah. Siang malam tahunya berjoli berjudi.

    Arisa mengeluh panjang. Buntu memikirkan

    masalah yang semakin menyesakkan kepalanya. Seboleh-

    bolehnya dia tidak mahu menyusahkan ayahnya. Tetapi,

    apabila semuanya sudah tidak mampu untuk dia harungi

    sendirian, cuma ayahnya yang dia ada untuk mengadu.

    Dan, kata-kata ayahnya itu ada benarnya. Jelas

    Radhi hanya mengambil kesempatan padanya. Dia menjaditabung duit bagi Radhi. Dia menjadi tempat melampiaskan

    nafsu bagi Radhi. Dia menjadi tempat Radhi melepaskan

    amarah setiap kali pulang ke rumah dengan muka kelat

    disebabkan kalah judi.

    Semenjak berkahwin, dia seakan-akan tidak

    bermakna langsung pada lelaki itu. Kasih Radhi hilang darimatanya. Cinta Radhi juga ghaib entah ke mana. Yang tinggal

    cuma satu kenyataan yang membuat hatinya tersayat pilu.

    Dia bagaikan boneka untuk kesenangan Radhi.

    Sakit dada ayah ni tengok gelagat suami kamu tu.

    Bekerja malas! Orang kiri kanan duk sibuk bercerita. Angkut

    anak dara orang sana. Angkut anak dara orang sini. Sekarang

    dah gatal nak kahwin lagi pulak? Siapa yang nak tanggungisteri dia nanti? Kamu? Kali ini, sedikit keras suara yang

    meniti di bibir Haji Salleh. Berbaur geram nada yang sampai

    ke telinga Arisa.

    Arisa tersentap. Dia mengangkat muka merenung

    wajah ayahnya. Perlahan dia menggeleng. Tingkah Radhi

    sudah cukup menghancurkan perasaannya. Selama dua

    tahun dia menikmati cinta suci Radhi. Cinta yang penuh

    dengan caci maki dan air mata. Silap besar dia agungkan

    cinta sehingga sanggup ingkar pada teguran ayahnya, pada

  • 7/22/2019 Mungkinkah?

    4/97

    Mungkinkah?

    4

    nasihat arwah ibunya. Rupa-rupanya cinta suci itu cuma

    omong kosong. Hakikatnya, cinta langsung tidak bernilai!

    Ayah tak fahamlah. Apa yang kamu tengok pada

    Radhi tu? Langsung tak ada masa depan. Tak cukup ke dia

    buat kamu selama ni? Dua tahun kahwin, paling lama ayah

    tengok dia kerja dua bulan aje. Lepas tu, jadi kutu rayau.

    Duduk rumah bapak mentua dah buat macam rumah sendiri.

    Nak keluar minta duit isteri. Balik marah-marah isteri. Kali

    ini, terlampias juga rasa geram yang terbuku di hati. Memangsetiap kali nama itu melintas di benak, hatinya terasa sakit.

    Arisa menunduk. Kata-kata itu sedikit sebanyak

    membias rasa malu di hatinya. Malu dengan sikap suami

    sendiri. Mahu nafikan, itulah kenyataannya. Cuma Radhi

    seakan-akan tidak pernah ada rasa malu pada ayahnya. Malu

    Rissa dengan sikap dia tu, ayah.

    Kenapa pulak kamu yang nak malu? Yang buruk

    perangai tu, suami kamu.

    Arisa mengeluh lagi. Perlahan menolak ke belakang

    rambut ikalnya yang disapa angin petang.

    Apa rancangan kamu sekarang? Nak ikutkan juga

    kehendak suami kamu tu? Nak bermadu? Sah-sah beban

    kamu yang bertambah nanti. Sekarang tanggung suami.

    Nanti madu pun kamu kena tanggung. Kalau beranak-pinak

    nanti, macam mana? Ayah ni, bukan apa. Ayah tak nak tengok

    kamu hidup macam ni. Tak ada guna kamu hidup dengan

    lelaki macam tu. Bukan ayah minta kamu runtuhkan rumah

    tangga kamu. Tapi, ayah tak sampai hati nak tengok kamu

    hidup makan hati macam ni. Keputusan macam ni, kamu

    kena fikir masak-masak. Jangan fikir untuk esok lusa. Kamu

    kena fikir macam mana hidup kamu sepuluh tahun nanti

    kalau kamu setuju nak bermadu?

  • 7/22/2019 Mungkinkah?

    5/97

    Hanni Ramsul

    5

    Rissa dah ambil keputusan, ayah.

    Keputusan apa?Rissa nak bercerai. Rissa tak nak hidup dengan

    Radhi lagi. Rissa tak nak bermadu. Rissa tak nak tambah

    beban dalam hati Rissa. Tak nak terus hidup makan hati

    macam ni.

    Haji Salleh mengeluh perlahan. Dia memandang

    wajah anak sulungnya itu dengan renungan simpati. Susah

    untuk dia memberi pendapat. Mahu Arisa teruskan

    perkahwinan itu, dia yakin Radhi tidak akan berubah. Dia

    yakin Radhi tidak akan berhenti menyusahkan Arisa. Mahu

    menyokong Arisa memutuskan hubungan itu, dia juga serba

    salah. Bukan elok bercerai-berai. Dia juga tidak mahu

    anaknya itu menempah gelaran janda pada usia semuda itu.

    Ayah tak tahu nak cakap apa. Serba salah ayahjadinya. Rissa buatlah keputusan yang paling baik untuk

    Rissa. Ini hidup Rissa. Apa aje keputusan Rissa, ayah tetap

    akan sokong.

    Arisa diam. Sepi waktu petang sebegini memberi

    dia peluang untuk bercakap panjang lebar. Ketiadaan adik-

    adiknya membuat dia tergerak untuk berkongsi rasa dengan

    ayahnya. Dia perlu berbincang dengan ayahnya. Hal ini bukan

    hal kecil untuk dia simpan sendiri di hatinya. Keputusan

    yang ingin dia ambil juga satu keputusan yang akan

    mengubah jalan hidupnya seratus peratus.

    Tapi.

    Tapi apa pula?

    Arisa menghela nafas sedalam mungkin.

    Memandang wajah ayahnya yang kelihatan setia menunggu,

    dia menjadi sedikit serba salah. Perlukah dia berkongsi cerita

    ini dengan ayahnya? Atau dia perlu tanggung semua ini

  • 7/22/2019 Mungkinkah?

    6/97

    Mungkinkah?

    6

    sendirian? Perlu bertanggungjawab sepenuhnya atas

    kesilapan yang telah dia buat?

    Rissa? Ada apa ni? Cuba cerita dengan ayah.

    Radhi tak nak ceraikan Rissa. Dia nak madukan

    Rissa. Dia cakap kalau Rissa bagi dia duit, baru dia lepaskan

    Rissa. Kalau tak, dia tak mahu lepaskan Rissa.

    Haji Salleh merengus marah. Turun naik mengawal

    nafas yang tidak terkawal. Perlahan dadanya diurut. Sungguh

    sakit hatinya memikirkan perangai menantu sulungnya itu.

    Arisa bergerak menghampiri ayahnya.

    Memang hantu budak tu! Kalau bukan Rissa

    berdegil nak juga kahwin dengan dia, sebelah mata pun ayah

    tak ingin tengok muka dia tu. Ayah tahu dia memang jenis

    tak bertanggungjawab. Haji Salleh bersuara geram dengan

    nada tertahan. Dadanya yang mula terasa sempit, diusap lagi.

    Ayah tak apa-apa?

    Haji Salleh menggeleng perlahan.

    Arisa mengusap perlahan dada ayahnya. Sudah

    mula risau andai jantung ayahnya bermasalah lagi. Silap dia,

    membuka cerita sebegitu pada ayahnya. Timbul rasa menyesal

    di hati. Mungkinkah dia perlu menyimpan masalah inisendiri? Dahlah. Kita tak payah cakap pasal ni lagi, ya?

    Haji Salleh menggeleng. Dia dan Arisa memang

    perlu berbincang. Ayah tak apa-apa. Berapa yang hantu tu

    nak?

    Arisa memandang wajah ayahnya yang jelas tegang

    melayan marah. Kita bincang lain kali ya, ayah. Ayah takokey ni. Rissa tak nak nanti ayah jatuh sakit.

    Haji Salleh mengeluh perlahan. Mengurut perlahan

    dadanya. Matanya lari ke wajah anak sulungnya itu. Wajah itu

  • 7/22/2019 Mungkinkah?

    7/97

    Hanni Ramsul

    7

    sudah hilang seri. Barangkali terlalu banyak derita yang

    dipendam sendiri. Ceritalah pada ayah. Ayah nak tahu. Ayah

    nak dengar. Sudah-sudahlah makan hati sebab nak lindung

    kesalahan Radhi tu.

    Arisa diam seketika. Tunduk mencari kekuatan

    untuk bersuara. Berdoa agar apa yang meluncur di bibirnya

    itu, tidak memberi kejutan berat pada ayahnya.

    Radhi nak duit. Lambat-lambat patah perkataan

    disusun. Melantun dalam nada seperlahan yang boleh.Berharap agar suaranya tidak sampai ke telinga Haji Salleh.

    Berapa yang Radhi mintak?

    Arisa mengangkat mukanya. RM20,000.00, ayah.

    Haji Salleh diam. Mengurut dada yang kembali

    terasa sesak.

    Arisa menggelabah. Ayah ayah tak apa-apa?

    Haji Salleh menggeleng perlahan sambil cuba

    bernafas setenang mungkin. Gila suami kau ni, Rissa.

    Air mata Arisa menitis laju membasahi pipinya. Dia

    memeluk tubuh tua itu sambil mengurut dada Haji Salleh.

    Mungkin benar suaminya itu sudah gila. Gila duit! Gila

    perempuan! Rissa minta maaf, ayah. Sepatutnya, Rissa dahtak jadi beban pada ayah.

    Ayah tak akan biarkan Radhi buat Rissa macam ni.

    Dia ingat dia tu siapa? Rissa ni anak ayah. Ayah tak akan

    biarkan Rissa tanggung semua ni sendiri.

    Ayah Rissa tak nak panjangkan hal ni. Rissa tak

    nak gaduh. Rissa tak nak dia cari pasal dengan ayah. Rissa taknak ayah sakit sebab Rissa. Ayah sakit sebab melayan perangai

    Radhi tu. Rissa akan berikan apa yang dia nak.

    Banyak tu, nak.

  • 7/22/2019 Mungkinkah?

    8/97

    Mungkinkah?

    8

    Rissa akan usahakan. Yang penting, lepas ni

    biarlah dia lenyap terus dari hidup Rissa. Rissa tak nak tengok

    muka dia lagi.

    Bagi duit macam tu aje pada lelaki tak guna tu?

    Tak cukup selama kahwin dengan kamu, dia peras duit kamu,

    sampai nak ceraikan kamu pun dia nak peras kamujugak?

    Arisa tersenyum pahit. Memandang seketika wajah

    ayahnya. Mahu melihat keadaan ayahnya itu. Haji Salleh

    kelihatan sudah sedikit tenang. Perlahan dia tunduk sambilbermain dengan jari-jemari sendiri.

    Rissa dah serik, ayah. Rissa dah tak sanggup nak

    hidup dengan dia lagi. Radhi yang jadi suami Rissa, terlalu

    jauh bezanya dengan Radhi yang mencintai Rissa dulu, adu

    Arisa perlahan.

    Tidak pernah diluahkan kesengsaraan yangdilaluinya saban hari. Hari ini, dia mahu mengadu pada

    ayahnya. Dia mahu kosongkan hatinya yang tepu dengan

    kecewa. Kecewa pada sebuah ikatan perkahwinan. Angannya,

    perkahwinan dia dan Radhi akan menjadi satu perkahwinan

    yang paling indah. Angannya juga, dia mahu menjadi isteri

    Radhi yang paling bahagia rentetan hidupnya. Dia cuba

    menjadi isteri yang sempurna dan Radhi akan cuba menjadisuami yang sempurna juga. Namun, angan-angan itu cuma

    tinggal satu impian kosong. Terlalu jauh untuk dicapai

    menjadi kenyataan.

    Dulu dia sayang sangat kat Rissa, ayah.

    Gumamnya perlahan bersama air mata yang bertandang lagi.

    Dia buat Rissa rasa Rissa manusia paling bertuah dalam

    dunia ni.

    Haji Salleh diam seribu bahasa. Hatinya tersentuh

    melihat air mata itu. Jiwanya menangis mendengar rintihan

  • 7/22/2019 Mungkinkah?

    9/97

    Hanni Ramsul

    9

    itu. Dia faham keperitan yang ditanggung oleh Arisa. Selama

    berkahwin, sepatah pun tiada rungutan daripada bibir itu.

    Semuanya didiamkan sendiri. Hari ini, apabila anaknya itu

    bersuara, dia mahu mendengar semua luahan hati Arisa.

    Luahkan semua yang Rissa pendam selama ni. Biar ayah

    dengar semuanya.

    Arisa menggeleng perlahan. Menyeka perlahan air

    mata yang membasahi pipi. Rissa dah tak tahu macam mana

    nak luahkan apa yang Rissa rasa ni, ayah. Rissa rasa macamorang bodoh. Cuba berusaha untuk pulihkan hubungan ini,

    sedangkan Radhi langsung tak mahu lihat perkahwinan kami

    jadi lebih baik. Dia cuma leka dengan hidup dia sendiri

    dengan dunianya sendiri.

    Ayah nak yang terbaik untuk anak ayah. Fikirlah

    apa yang terbaik untuk Rissa. Dulu, Rissa rasa Radhi yang

    terbaik untuk Rissa, ayah mengalah. Sekarang pun, ayah tak

    mahu buat keputusan untuk Rissa. Ayah yakin, Rissa lebih

    tahu apa yang hati Rissa inginkan.

    Arisa mengangguk perlahan. Merenung wajah tua

    di hadapannya itu. Mungkin ini balasan sebab Rissa ingkar

    pada cakap ayah dulu. Kan?

    Haji Salleh menggeleng perlahan. Jangan sesekalicakap macam tu. Memang ayah tak setuju bila Rissa pilih

    Radhi. Tapi, kalau cuma itu yang boleh buat Rissa bahagia,

    ayah restu. Ayah tak sampai hati nak buat anak ayah hidup

    susah. Ayah tetap sokong anak ayah.

    Rissa minta maaf, ayah. Rissa tak pernah jadi anak

    yang menyenangkan. Tak habis-habis Rissa bagi masalah pada

    ayah.

    Sekarang ni, Rissa fikirkan masa depan Rissa.

    Bukan pandang ke belakang. Yang dah berlaku, kita tak

  • 7/22/2019 Mungkinkah?

    10/97

    Mungkinkah?

    10

    mampu nak ubah. Tapi, kita mampu mengubah masa depan

    kita. Fikir dalam-dalam. Doa banyak-banyak. Apa pun

    keputusan Rissa, ayah akan tetap sokong anak ayah.

    Terima kasih, ayah. Perlahan Arisa berbisik

    sambil memeluk tubuh itu. Tenang hatinya apabila ayahnya

    menepuk perlahan belakangnya. Juraian air mata jatuh ke

    pipi. Membasuh semua kesedihannya. Lega hatinya apabila

    semua yang tersimpan kini terluah sudah.

  • 7/22/2019 Mungkinkah?

    11/97

    Hanni Ramsul

    11

    ARISA memerhati di balik

    pantulan cermin. Melihat Radhi

    yang sedang bersiap. Bersiul

    riang bagaikan seorang manusia yang paling bahagia didunia. Bibirnya berat untuk bersuara. Malas mahu bertanya.

    Paling tidak, jawapan yang bakal menjamah telinganya pasti

    akan menyakitkan hatinya. Biarlah Radhi dengan caranya.

    Dia sudah bosan bertengkar. Juga sudah tidak kuat lagi untuk

    terus mempertahankan hubungan yang terjalin.

    Tak nak tanya aku nak ke mana?Arisa mengetap bibirnya. Berpaling mencari wajah

    Radhi. Soalan itu seakan-akan sengaja mahu memercikkan

    api kemarahannya. Mencetuskan pertelingkahan seperti

    biasa. Kalau ikutkan hati yang tidak pernah reda dengan rasa

    kecewa, undangan pertengkaran itu mahu saja disambut

    dengan senang hati. Namun, memikirkan pertengkaran demi

    pertengkaran tidak dapat mengubah apa-apa, dia memilihuntuk diam. Merenung wajah selamba itu seketika.

    Rissa tak nak tanya. Rissa cuma nak bincang. Kita

    perlu berbincang, ucapnya dingin.

    Bab2

  • 7/22/2019 Mungkinkah?

    12/97

    Mungkinkah?

    12

    Radhi menoleh. Bincang apa? Dah ada duit? Kalau

    tak ada, tak ada apa yang hendak dibincangkan.

    Selamba Radhi membalas kata-katanya dengan

    sebaris ayat yang amat menyakitkan hati.

    Arisa mengerutkan kening. Sakit di hati,

    dipinggirkan seketika. Setelah sedikit tenang, wajah Radhi

    ditatap lama. Abang kenapa abang berubah sampai macam

    ni sekali? Kenapa abang sanggup lukakan perasaan Rissa

    macam ni? Apa salah Rissa pada abang?

    Reaksi Radhi yang sekadar menjongket bahu,

    membuat hatinya membara. Mengundang geram yang tidak

    berpenghujung. Senyum sinis Radhi hampir membuat air

    matanya menitis. Tidak pernah ada ruang untuk dia

    berbincang dari hati ke hati dengan Radhi. Radhi tidak mahu

    berbincang tentang masalah mereka.Arisa?Are you okay?

    Imej Radhi perlahan-lahan menghilang. Dia

    mengangkat muka. Bertemu dengan senyum nipis

    majikannya.

    Encik Karim sorry. Encik Karim perlukan apa-

    apa? Sedikit kalut dia bersuara. Membuang perasaan sedih

    yang mula menyelubungi hati. Tanpa sedar, masalah di

    rumah sudah diheret sama ke tempat kerja.

    Awak ada masalah?

    Arisa menggeleng.

    Gelengan Arisa bersambut dengan senyum lebar

    Encik Karim. Lembut renungan lelaki itu menjamah

    wajahnya sambil berpeluk tubuh. Awak bukan sehari dua

    bekerja dengan saya. Kalau ada masalah, selesaikan segera.

    Kalau perlukan bantuan saya, cerita pada saya.

  • 7/22/2019 Mungkinkah?

    13/97

    Hanni Ramsul

    13

    Arisa tersenyum hambar. Sekali lagi dia menggeleng

    sambil menggaru kepala.

    Encik Karim perlukan apa-apa ke? Arisa

    mengulangi soalan yang sama.

    Sureokey ni?

    Saya okey.

    Kalau okey, baguslah. Dan, saya tak mahu apa-apa.

    Cuma nak bertanya dah lunch hour. Awak tak makan ke?Arisa termangu-mangu seketika. Mata dilarikan

    pada jam di dinding. Pukul satu tengah hari. Rupa-rupanya

    dia terlalu leka melayan lamunan. Melayan masalah yang

    membelenggu diri. Oh.

    Oh? Encik Karim bersuara sambil tersenyum.

    Arisa mengukir senyum terpaksa.Tak perasan, ujarnya perlahan sambil mengangkat

    punggung.

    Encik Karim tergelak kecil. Itu sebabnya saya

    cakap awak ada masalah. Awak hilang fokus.

    Pandailah Encik Karim ni. Arisa cuba berdalih

    bersama tawa kecil.

    Memang saya pandai. Dah. Jom join lunch

    dengan saya.

    Arisa menggeleng perlahan. Thanks but no,

    thanks. Saya makan sendiri.

    Jangan risau. Join me dengan my wife. Kami ada

    lunch datehari ni.

    Arisa tergelak kecil.

    Lagilahno, thanks. Bertiga nanti crowded, usik

    Arisa bersama senyum hambar.

  • 7/22/2019 Mungkinkah?

    14/97

    Mungkinkah?

    14

    Ya ke? Saya berlima dengan anak-anak, kenapa tak

    rasa crowdedpun?

    Arisa tergelak lagi. Pandai majikannya ini membuat

    dia lupa seketika pada masalah yang ditanggung. Okeylah,

    Encik Karim. Saya keluar lunchdulu. Enjoy your lunch ya.

    Kirim salam pada Puan Salma.

    Sambil mengeluh perlahan Encik Karim

    mengangguk. Mengukir senyum manis buatnya.

    Silakan. Lelaki itu bersuara separuh berbisik.

    Arisa tersenyum sambil terus mengatur langkah

    meninggalkan lelaki itu. Melihat kebanyakan meja yang

    sudah kosong. Masing-masing hilang mencari hidangan

    makan tengah hari. Nampaknya dia makan sendirian hari ini.

    Rissa. Baru nak keluar makan ke?

    Sekilas dia menoleh. Tersenyum lebar melihat

    langkah laju Tasnim. Dia menjawab dengan anggukan

    perlahan.

    Good. Ada teman aku nak makan.

    Jomlah. Aku pun seorang ni.

    Tasnim tersengih sambil melangkah bersaing.

    Arisa tersenyum nipis. Sekurang-kurangnya ada

    teman untuk dia makan tengah hari bersama.

    MACAMtak ada selera aje?

    Arisa mengangkat muka. Sudu yang dikuis-kuis

    perlahan di pinggan, terhenti dengan sendiri. Diletakkan

    perlahan di tepi pinggan. Tak laparlah.

  • 7/22/2019 Mungkinkah?

    15/97

    Hanni Ramsul

    15

    Tasnim tersenyum panjang. Menongkat dagu sambil

    merenung wajah Arisa. Cuba kau cerita apa masalah kau

    sebenarnya? Sejak akhir-akhir ni, makin murung aku tengok

    kau ni.

    Arisa diam. Memandang wajah Tasnim buat

    seketika. Kemudian melepaskan satu keluhan yang cukup

    panjang. Entahlah Nim. Susah aku nak cakap.

    Tasnim perlahankan suapannya. Memandang wajah

    Arisa yang jelas seperti sedang bermasalah.

    Pasal apa? Pasal kerja? Or peribadi?

    Tanpa menjawab, Arisa terus memandang wajah

    Tasnim. Seorang rakan sekerja yang agak rapat dengannya

    sejak akhir-akhir ini. Betul nak tahu?

    Kalau kau nakshare.

    Arisa mengangguk perlahan. Radhi.

    Kenapa dengan Radhi? Apa yang dia dah buat?

    Dia nak kahwin lain.

    Kunyahan Tasnim terhenti. Bulat matanya

    memandang wajah Arisa. Dia kenal Arisa. Dia juga tahu

    sedikit sebanyak tentang Radhi, walaupun Arisa jarang

    bercerita soal rumah tangganya. Radhi mahu berkahwin lagi?

    Sukar untuk dia percaya. Kau ni. Cakap biar serius.

    Arisa diam. Cuma matanya memandang wajah

    Tasnim yang jelas terkejut besar.

    Dah dapat isteri macam ni punya cantik pun, still

    nak kahwin lain? tokok Tasnim sambil menggeleng. Memang

    di matanya Arisa tiada cela langsung.Arisa tersenyum sumbing. Dia nak kahwin dengan

    janda muda. Baru kematian suami.

  • 7/22/2019 Mungkinkah?

    16/97

    Mungkinkah?

    16

    Tasnim diam seketika. Meneguk jus tembikai sambil

    menolak pinggan nasi. Dia mahu mendengar keseluruhan

    cerita temannya itu. Sungguh dia tidak percaya. Sorry

    bukan aku nak persendakan suami kau. Tapi, setahu aku

    Radhi tukan tak kerja. Nak kahwin lain pulak? Macam mana

    dia nak tanggung dua isteri sekali gus?

    Arisa diam. Satu lagi kenyataan yang membias rasa

    malu di wajahnya. Tidak terjawab soalan yang satu itu.

    Walaupun bukan dia yang membuka cerita namun, dia sedarcerita tentang Radhi memang berlegar di kalangan teman-

    teman sekerja. Bukan kerja senang untuk menutup perilaku

    buruk lelaki itu.

    Kau setuju?

    Pandangannya dibawa ke wajah Tasnim sebaik

    sahaja soalan itu meniti di bibir Tasnim. Tersenyum kelatsambil melurut rambutnya yang jatuh ke bahu. Isteri mana

    yang setuju suami dia kahwin lain? Tapi kalau aku cakap,

    aku tak setuju pun dia bukan peduli.

    Tasnim mengeluh perlahan. Simpati pula melihat

    keadaan teman sekerjanya itu. Barangkali ini salah satu sebab

    kenapa Arisa sering bersendiri. Walaupun Arisa bukanlah

    teman rapatnya, dalam diam, dia sedar perubahan itu. Tetapi,apabila Arisa begitu berhati-hati tiap kali bercakap soal

    perkahwinannya, dia akur. Menghormati pendirian Arisa yang

    tidak mahu bercerita soal peribadinya itu. Lagipun sebelum

    ini, dia memang tidak rapat dengan Arisa. Cuma sejak akhir-

    akhir ini, dia terpanggil untuk mendekati Arisa dan Arisa juga

    seperti sedang mencari-cari teman untuk berkongsi rasa.

    Masalah kau sebenarnya lebih besar dari nikan?

    Tasnim menebak.

    Soalan Tasnim dijawab dengan anggukan kecil. Dia

  • 7/22/2019 Mungkinkah?

    17/97

    Hanni Ramsul

    17

    perlukan pendapat seseorang untuk keputusan yang telah dia

    ambil. Mungkin Tasnim calon paling layak untuk tujuan itu.

    Takkan kau nak tanggung seorang semua beban

    dalam hati tu?

    Aku nak tarik diri. Aku tak nak teruskan lagi

    perkahwinan aku dengan Radhi. Masa depan aku makin gelap

    kalau aku teruskan. Kalau aku ada anak macam mana? Apa

    akan jadi pada anak aku? Dengan perangai suka berfoya-foya

    dia yang tak pernah dia nak buang tu. Aku serik, Nim. Akunak mulakan hidup yang lebih tenang.

    Kalau kau dapat anak tiri, macam mana? Mesti

    bertambah masalah, kan?

    Arisa tersenyum kelat.

    Hei! Aku seriuslah. Dia tak kerja. Siapa nak

    tanggung semua anak-anak dia? Kalau janda tu kaya, tak apa.Kalau kayap? Kau nak tanggung semua?

    Janda kaya. Sebab tu dia sanggup kahwin lain.

    I see gumam Tasnim bersama anggukan kecil.

    So? Sekarang ni, apa masalahnya?

    Dia bagi kata dua pada aku bila aku minta dia

    lepaskan aku.

    Kata dua?

    Arisa tunduk seketika sebelum mengangkat muka,

    menebarkan pandangan ke ruangan restoran yang luas.

    Rissa? suara Tasnim dengan nada kurang sabar.

    Aku bagi RM20,000.00 pada dia, baru dia akan

    lepaskan aku.

    What?! RM20,000.00? Masa kahwin dulu berapa

    hantaran yang dia bagi kat kau?

  • 7/22/2019 Mungkinkah?

    18/97

    Mungkinkah?

    18

    RM5,000.00. Tu pun duit aku, balas Arisa

    bersahaja.

    Tasnim ternganga. Lelaki macam tu pun ada kat

    dunia ni? Tak sedar diri betul! Geramlah aku dengar.

    Aku tak nak fikir semua benda yang dah berlalu.

    Sekarang ni, aku tengah buntu nak cukupkan RM20,000.00.

    Kemudian bagi kat dia. Aku pun bukan orang senang. Bukan

    mudah nak cari duit sebanyak tu.

    Tasnim menelan liur. Banyak tu, Rissa. Kau tak

    rasa sia-sia ke senangkan lelaki macam tu? Senang-senang

    dia dapat duit RM20,000.00. Apa kata kau cuba minta fasakh?

    Dengan rekod buruk dia, mungkin ada pembelaan untuk

    kau.

    Arisa mengeluh lemah. Kurang bersetuju dengan

    usul Tasnim. Panjang ceritanya nanti. Aku kenal Radhi. Diasuka menyusahkan aku. Kalau tak dapat apa yang dia nak, dia

    mesti terus susahkan aku. Aku tak kisah kalau aku yang kena

    hadapi semua tu. Tapi, aku tak sanggup tengok ayah aku

    tertekan dengan kerenah Radhi nanti. Ayah aku tak sihat,

    Nim. Perangai Radhi sekarang ni pun, dah cukup buat dia

    susah hati. Aku kasihankan ayah aku. Kalau boleh aku nak

    semua ni cepat-cepat berakhir. Aku nak Radhi berhentiganggu aku dan ayah aku. Kesian ayah aku.

    Tasnim termenung. Kau dah cuba bincang elok-

    elok?

    Tak ada apa yang nak dibincangkan. Dia dah tak

    macam dulu. Tak tahu ke mana hilang cinta dia dulu.

    Lagipun, tiap kali aku nak ajak dia berbincang mesti diaelak.

    Kau pula? Kau masih sayangkan dia? Masih

    cintakan dia?

  • 7/22/2019 Mungkinkah?

    19/97

    Hanni Ramsul

    19

    Arisa menjongket bahu perlahan. Aku kecewa. Aku

    tawar hati.

    Aku tak tahu nak cakap macam mana. Aku simpati

    dengan kau. Tapi, kau fikirlah masak-masak. Banyak jumlah

    duit yang dia minta tu.

    Daripada aku terus makan hati sakit hati

    mungkin aku perlu korbankan duit aku.

    Apa kata kau minta nasihat dulu? Dengar apa kata

    pejabat agama.Referke sana dulu ke? Tasnim cuba memberi

    cadangan.

    Arisa mengeluh perlahan. Cadangan Tasnim

    dibiarkan menyapu perlahan gegendang telinganya. Waswas

    untuk mengheret Radhi ke pejabat agama dan membiarkan

    kes perceraian menjadi meleret dan tergantung andai

    permintaan lelaki itu tidak dipenuhi. Tidak mungkin Radhiakan lepaskan dia semudah itu.

    Pelik aku. Kau kahwin atas dasar cinta. Kenapa dia

    boleh berubah macam tu?

    Arisa menggeleng lemah. Dia sendiri tidak pernah

    menyangka Radhi akan berubah sebegitu sekali. Atau

    mungkin dari dulu lagi, Radhi tidak pernah serius

    mencintainya? Mungkin benar tekaan ayahnya. Radhi cuma

    mahu mendapatkan kesenangan dengan kelebihan yang ada

    padanya. Walau apa pun punca yang menyebabkan Radhi

    berubah, itu bukan lagi persoalan utama yang perlu dia

    fikirkan saat ini. Ada perkara lain yang jauh lebih penting.

    Dia perlu memikirkan soal masa depannya. Dia perlu fikirkan

    cara untuk menyenangkan hati ayahnya yang sudah begitulama turut terseret dengan onar Radhi. Dia mahu hidup

    bersama dengan ayah dan adik-adiknya tanpa gangguan yang

    menyakitkan hati.

  • 7/22/2019 Mungkinkah?

    20/97

    Mungkinkah?

    20

    Rissa.

    Lamunan Arisa terputus. Matanya melekat padawajah Tasnim. Gadis itu seakan-akan mahu memberitahu

    sesuatu padanya.

    Apa kata kau pinjam dengan Encik Karim?

    Arisa jegilkan mata. Kau gila ke? Kau ingat Encik

    Karim tu gila nak bagi aku pinjam duit sebanyak tu? Jangan

    cakap yang bukan-bukanlah.

    Tasnim mengeluh perlahan.

    Insya-Allah, boleh. Encik Karim tu baik. Mungkin

    dia boleh tolong. Kau cubalah.

    Arisa menggeleng laju. Langsung tidak bersetuju

    dengan cadangan itu. Tidak mungkin dia akan menadah

    muka meminta bantuan majikannya itu hanya semata-mata

    mahu selesaikan masalah peribadinya. Lagipun, andai

    diceritakan semua masalah pada Encik Karim, itu hanya akan

    membuka pekung di dada sendiri. Tidak wajar rasanya.

  • 7/22/2019 Mungkinkah?

    21/97

    Hanni Ramsul

    21

    HAI auntie. Bersama

    senyum lebar, suara itu

    menyapa ceria.

    Puan Zahra tersenyum panjang sambil matanya

    mengiringi gadis yang laju mendekatinya itu. Bella kenapa

    lambat?

    Nabila mengerutkan kening. Tangan diangkat

    sambil mata memandang jam di pergelangan tangan. Dia

    tersengih.

    Sepuluh minit aje. Dia beralasan sambil memelukmesra tubuh yang santai bersandar di kerusi itu. Pelukannya

    berbalas.

    Sepuluh minit pun, lewat juga tu.

    Nabila tergelak halus.

    Yalah, yalah. Bella minta maaf ya. Sembang dengan

    mama sebelum datang tadi. Tak sedar terlambat janji temukita, usik Nabila bersama senyum lebar.

    Puan Zahra menggeleng perlahan.

    Bab3

  • 7/22/2019 Mungkinkah?

    22/97

    Mungkinkah?

    22

    Dah makan ke belum? Jom temankan auntie

    makan dulu. Piah ambilkan pinggan untuk Bella. Puan

    Zahra bersuara sedikit meninggi. Mahu suaranya sampai ke

    telinga pembantu rumahnya itu.

    Thanks but no, thanks. Bella diet.

    Diet apa lagi? Bukan gemuk pun. Dah. Temankan

    auntiemakan ya?

    Nabila tersenyum. Tidak berhasrat untuk terus

    menolak. Matanya liar memerhati sekeliling.

    Zariff mana?

    Puan Zahra mencemik.

    Nabila tergelak kecil. Pasti ada tingkah Zariff yang

    tidak kena di hati wanita ini.

    Anak bertuah tu bukan tahu bangun awal-awal.Dekat nak subuh baru balik. Matahari dah terpacak atas

    kepala pun tak reti-reti nak bangun. Kalau letak bom dalam

    bilik pun, belum tentu dia boleh sedar.

    Nabila tersengih.

    Malam minggulah katakan. Takkan auntie tak

    faham ujarnya bersama senyum meleret. Aktiviti malam

    minggu Zariff memang sudah dia maklum.

    Apa malam minggu? Ni lain tak ada.

    Mengumpatlah nikan?

    Satu suara menyapa dari belakang bersama tangan

    yang menarik perlahan rambutnya. Membuat Nabila sedikit

    terdongak. Pantas tangan itu ditepis. Mulutnya memuncung

    sambil menjeling lelaki yang kini tercegat di sebelahnya.Sakitlah, rungut Nabila sambil membetulkan

    rambut ikalnya.

  • 7/22/2019 Mungkinkah?

    23/97

    Hanni Ramsul

    23

    Riff apa ni? Tak baik buat Bella macam tu.

    Entah. Tak baik tau berkasar dengan perempuan.Nak-nak dengan gadis cantik macam I ni, tau?

    Zariff tergelak besar. Perasan.

    Nabila menjeling sambil mencemik.

    Ni apa you buat kat rumah orang pagi-pagi

    macam ni?

    You tinggal kat mana? Kat Malaysia sekarang nidah pukul dua belas lebih. Dah tengah hari. Tahu tak? Nabila

    membalas soalan berbaur sindiran daripada Zariff dengan

    nada menyindir juga.

    Betul. Dah tengah hari, sampuk Puan Zahra

    bersama jelingan tajam.

    Zariff tersenyum lebar. Melabuhkan punggung kekerusi.

    Encik Zariff pun nak makan ke? Kak Piah ambilkan

    pinggan lagi satu. Piah yang muncul bersama pinggan

    kosong, melontarkan soalan sambil meletakkan pinggan di

    hadapan Nabila.

    Zariff menggeleng. No. Tak payah. Saya nak

    keluar.

    Piah mengangguk sambil terus berlalu.

    Puan Zahra mengalihkan perhatian pada wajah

    Zariff yang kelihatan cukup bersahaja. Ke mana lagi anak

    tunggalnya itu mahu pergi? Nak keluar ke mana?

    Jumpa girlfriend la auntie. Apa lagi? Kan ke hari

    minggu ni, sampuk Nabila sambil mencapai senduk nasi.

    Mulut tu boleh diam tak? Menyibuk aje. I nak

    jumpa siapa pun, I punya sukalah. Kenapa?Jealous?

  • 7/22/2019 Mungkinkah?

    24/97

    Mungkinkah?

    24

    I?Jealous? Tunggu la bila cuma tinggal you sorang

    saja lelaki dalam dunia ni I cuba fikirkan jawapan untuk

    soalan you tu. Perasan, balas Nabila bersama satu cebikan.

    Zariff tersenyum sambil mengangkat sebelah

    keningnya. Senyumnya semakin lebar melihat gelagat Nabila

    yang berpura-pura mahu muntah.

    Puan Zahra tergelak kecil. Pertengkaran kecil

    sebegitu sudah terlalu biasa menjamah telinganya. Sejak

    kecil, dua wajah itu memang pantang bertemu. Boleh takjangan bertengkar depan rezeki ni? Nanti mama kahwinkan

    kamu berdua, baru tahu.

    Dengan buaya ni, auntie? Tolonglah! Jangan

    hancurkan masa depan Bella, auntie. Auntie dah tak

    sayangkan Bella ke?

    Zariff mengerling. Cakap main sedap mulut aje,kan? Siapa yang buaya?

    Eleh. Ingat I tak nampak? Siang you lunchdengan

    orang lain. Malam you heret perempuan lain pulak. I

    nampaklah you dengan siapa malam tadi. Nak pergi kelab

    ya?

    Ohye

    ke? Siang you nampak I? Malam pun you

    nampak I?

    Nabila mengangkat kening. Senang apabila Zariff

    terperangkap dengan sikap buayanya sendiri.

    Hmmm you ikut I ya? Kalau suka kat I,

    mengaku ajelah. Jangan main ikut senyap-senyap macam tu,

    balas Zariff bersama senyum penuh sindiran. Sambil

    mengangkat kening, dia berlalu meninggalkan ruang makan.

    Hei! Perasanlah. Mana ada! I ternampaklah. Bukan

    I ikut you tak kuasalah nakspyyou.

  • 7/22/2019 Mungkinkah?

    25/97

    Hanni Ramsul

    25

    Puan Zahra tergelak kecil. Lucu melihat wajah

    Nabila yang tidak berpuas hati. Sekejap ya. Bella makan

    dulu.Auntienak cakap dengan Zariff kejap.

    Perlahan Puan Zahra mengangkat punggung sambil

    sudu dan garpunya diletakkan di atas pinggan. Langkahnya

    maju menuju ke arah Zariff yang sudah siap menyarung

    sandal kulitnya. Nak ke mana ni Riff? Malam keluar siang

    keluar. Ini lain tak adalah ni. Nak angkut anak dara oranglah

    nikan?Mama ni. Tak baiklah syak wasangka kat anak

    sendiri. Percayalah sangat cakap Bella tu.

    Memang mama percaya cakap Bella. Bukan mama

    tak kenal siapa anak mama ni.

    Zariff tersenyum nipis. Saya nak pergi kondo la.

    Nak tengokrenovationdah siap ke belum.Renovate buat apa pula? Siapa nak tinggal kat

    sana?

    Sayalah. Siapa lagi?

    Nak pindah? Kenapa? Panas sangat ke tinggal

    dengan mama? Sampai hati ya, nak tinggalkan mama sorang-

    sorang kat rumah besar macam ni. Puan Zahra meluahkanrasa tidak puas hati.

    Zariff tersenyum sambil mengeluh pendek. Ala

    mama ni. Bukan jauh pun. Kan dah lama saya cakap nak

    tinggal sendiri. Mama ni, tiba-tiba jadi sentimental pula.

    Puan Zahra mengeluh panjang. Kalau dah tinggal

    sendiri tu, lagilah panjang langkahnya tukan? Mama risau

    tengok kamu ni, Riff. Tak sedap hati nak lepas kamu tinggal

    sorang-sorang. Mama tahu banyak yang tak elok daripada

    yang elok. Tinggal dengan mama pun, langkah kamu panjang

  • 7/22/2019 Mungkinkah?

    26/97

    Mungkinkah?

    26

    bukan main. Kalau tinggal sendiri, tak tahulah nak cakap

    apa.

    Zariff meraup wajahnya. Mendongak melihat

    matahari yang terik memancar. Panas matahari yang

    menjamah wajahnya sudah sepanas telinga yang mendengar

    celoteh mamanya itu. Dah lambat ni. Saya pergi dulu, ya.

    Budak-budak tu cakap, dia orang tak lama hari ni. Nanti tak

    sempat nak jumpa diorang.

    Mama belum habis cakap lagi dengan kamu ni.

    Nanti kita sambung. Okey? Sekarang, saya kena

    pergi dulu. Bersama senyum lebar, Zariff meminta diri

    sambil mencium pipi mamanya.

    Puan Zahra merengus perlahan. Berpeluk tubuh

    sambil memandang Zariff yang tergesa-gesa melangkah

    menuju ke kereta. Sukarnya mengawal anaknya yang cumaseorang ini.

    Auntie kata kejap. Bella dah sudah makan dah.

    Auntiekat sini lagi.

    Puan Zahra berpaling.

    Kenapa ni,auntie? Sedih pula mukanya. Tak mahu

    sedih-sedih macam ni. Nanti nampak tua. Senyum sikit.Usikan itu menjemput senyum di bibirnya. Memang

    Nabila pandai mengambil hatinya.

    Auntie susah hati dengan Zariff tu. Bilalah nak

    berubah perangainya? Auntie ni, bukan memilih sangat,

    Bella. Mana yang dia suka, insya-Allah auntie akan suka

    juga. Mana yang boleh jaga dia, itu dah cukup untuk

    senangkan hatiauntieni. Tapi, tengoklah apa yang dia pilih.

    Berkawan keliling pinggang. Tapi, satu pun tak ada yang dia

    ambil serius.

  • 7/22/2019 Mungkinkah?

    27/97

    Hanni Ramsul

    27

    Nabila tersenyum. Perlahan memaut bahu Puan

    Zahra. Bagilah masa untuk dia cari teman yang betul-betul

    dia suka. Bukan senang nak cari orang yang boleh jadi teman

    hidup ni. Teman berhibur tu, memang senang nak jumpa.

    Bella percaya, suatu hari nanti Zariff mesti berubah.

    Hmmm cakap memang senang, Bella. Auntie

    risau, terpesong jauh dia nanti. Tak tahu mana yang tak kena

    dengan asuhanauntiesampai dia boleh jadi macam tu, ujar

    Puan Zahra.Sabarlah, auntie. Auntie doa yang baik-baik. Doa

    auntiepasti dimakbulkan nanti.

    Puan Zahra membuang pandang. Melabuhkan

    punggung ke kerusi kayu jati. Kalau ikutkan hati auntieni,

    nak sajaauntiekahwinkan dia tu. Tapi, auntietak nak nanti

    hilang masalah sebelum kahwin, timbul masalah lepaskahwin pula.Auntietak nak paksa-paksa.

    Nabila menongkat dagu.

    Hmmm susahjugaktu. Apa kataauntiekurung

    aje Zariff tu dalam bilik? ujar Nabila sambil tersengih.

    Puan Zahra tergelak kecil. Kalau anak kucing, dah

    lamaauntie

    kurung, Bella.

    Nabila tergelak besar. Anak kucing?

    Haah, balas Puan Zahra yang turut tergelak.

    Kalau Zariff tu anak kucing, mesti cute. Kan?

    Nak jaga pun, mesti senang tokok Puan Zahra

    bersama gelak yang panjang.

    Macam-macamlah auntieni. Yang penting, auntiejangan fikir sangatlah pasal Zariff. Nanti stress. Risau Bella

    kalauauntiestressnanti kurang jelita.

    Puan Zahra tersenyum nipis. Memandang wajah

  • 7/22/2019 Mungkinkah?

    28/97

    Mungkinkah?

    28

    Nabila yang tersenyum nakal. Bijak membuang segala rawan

    di hatinya.

    Pukul berapa nak keluar ni, auntie? Dah tak sabar

    nakshoppingni.

    Yalah. Tunggu.Auntiebersiap sekejap.

    Nabila mengangguk sambil bersandar ke kerusi.

    Memandang Puan Zahra berlalu masuk. Lebar senyumnya

    sambil menghela nafas panjang.

  • 7/22/2019 Mungkinkah?

    29/97

    Hanni Ramsul

    29

    ABANG apa semua ni?

    Kuat tangannya memegang

    pintu pagar sambil matanya

    tajam merenung geram wajah Radhi yang selamba. Tidakmahu tubuh lelaki itu menerobos masuk ke halaman

    rumahnya. Sakit hati bukan kepalang melihat reaksi Radhi

    yang jelas sedang memperlekehkan perasaannya. Sedang

    mencabar kesabarannya.

    Aku nak masuk.

    Ya. Abang boleh masuk. Tapi, bukan denganperempuan ni! bentak Arisa geram.

    Sedaya upaya dia cuba mengawal suara. Sabarnya

    kian hilang namun, dia tidak mahu menjemput jiran tetangga

    menjadi penonton. Tidak mahu keadaan menjadi kecoh.

    Tidak mahu ayahnya menyedari ada pertelingkahan sedang

    berlaku di sini.

    Kenapapulak? Ini isteri aku. Kenapa aku tak boleh

    benarkan dia masuk?

    Kata-kata yang laju meniti di bibir Radhi membuat

    Bab4

  • 7/22/2019 Mungkinkah?

    30/97

    Mungkinkah?

    30

    jantung Arisa bagaikan berhenti berdetak. Dengan nafas yang

    terhenti dia merenung wajah lelaki itu. Ternyata lelaki itu

    telah berkahwin tanpa pengetahuannya. Walaupun dia tahu

    keputusan Radhi, langsung tidak dia menduga Radhi akan

    hancurkan hatinya secepat ini.

    Terasa cintanya yang masih bersisa untuk lelaki itu,

    lebur perlahan-lahan. Senyum kemenangan Radhi benar-

    benar membuat dia berasa kalah. Benar-benar membuat

    hatinya merintih hampa. Sia-sia dia bersungguh-sungguhmempertahankan cintanya selama ini.

    Kenapa? Terkejut? Kan aku dah cakap, aku akan

    kahwin. Jadi, kenalkan ini madu kau. Azilah.

    Arisa mengetap bibirnya. Hatinya memang hampir

    menangis. Namun, melihat keangkuhan lelaki itu, terasa

    bodoh kalau dia terus melayan perasaan hiba yangbertandang. Dia harus belajar untuk menjadi tabah. Dia harus

    belajar untuk menjadi kebal menanggapi sikap Radhi yang

    menyebalkan. Dia perlu kuat. Dia perlu keraskan hati.

    Siapa pun perempuan ni, itu bukan masalah Rissa.

    Tapi, ingat. Ini rumah ayah Rissa dan jangan berani buat

    macam ni kat sini. Jangan berani bawa orang luar yang tak

    diundang ke dalam rumah kami!

    Tapi, isteri aku tinggal kat sini kan? So, aku

    berhak masuk. Dan, sudah semestinya isteri baru aku pun

    berhak masuk.

    Arisa merengus geram. Hatinya bertambah sakit

    melihat wanita yang diperkenalkan sebagai Azilah itu,

    tersenyum sinis di sisi Radhi. Membuat marahnya hampirtidak terkawal.

    Apa yang kau nak sebenarnya ni?! Apa tujuan kau

    datang sini bawa perempuan ni? Nak sakitkan hati aku?

  • 7/22/2019 Mungkinkah?

    31/97

    Hanni Ramsul

    31

    Tiba-tiba melantun soalan itu daripada bibirnya, sambil

    tangannya menolak kuat dada Radhi yang berdiri di balik

    pagar rumah. Membuat lelaki itu terdorong ke belakang.

    Lupa sudah akan rasa hormat kepada seorang suami, yang

    perlu dia jaga.

    Kurang ajar!

    Bentakan itu membuat dia sedikit terkesima.

    Langkah laju Radhi membuat dia gerun. Dia tahu

    kekerasannya sebentar tadi mengundang marah lelaki itu.Dia sendiri tidak berniat untuk bertindak sekeras itu.

    Rissa! Apa yang bising tu?

    Pantas dia berpaling. Ayahnya tercegat di pintu

    gelangsar yang separuh terbuka. Dan, hatinya berasa tidak

    senang tiba-tiba.

    Tolonglah pergi, bang. Abang tahu, kan ayah bukansihat sangat. Abang datang tunjuk perempuan ni, nanti dia

    sakit hati. Nanti dia marah. Tolonglah pergi. Nada marahnya

    segera berganti sendu. Memohon sedikit belas kasihan Radhi

    untuk ayahnya.

    Radhi merengus keras. Tubuh kecil Arisa ditolak

    dan pintu pagar yang sejak dari tadi dihalang dengan tubuh

    Arisa, segera dibuka.

    Arisa yang hampir terjatuh, tidak sempat berbuat

    apa-apa. Cuma dengar ayahnya kuat memanggil namanya.

    Pasti risau melihat dia hampir terjatuh ditolak oleh Radhi.

    Tujuan abang, apa sebenarnya ni? jeritnya dalam

    nada yang tertahan.

    Aku datang ni nak ambil barang-barang aku. Aku

    datang nak tunjuk isteri baru aku pada kau dan bapak mentua

    kesayangan aku tu. Faham? balas Radhi dengan bersahaja.

  • 7/22/2019 Mungkinkah?

    32/97

    Mungkinkah?

    32

    Arisa menelan liur. Laju melangkah cuba

    menghalang langkah Radhi. Wajah ayahnya yang memerah di

    muka pintu benar-benar membuat dia risau. Abang kalau

    nak sakitkan hati orang, cukup Rissa seorang. Jangan libatkan

    ayah.

    Kau dengan ayah kau, sama aje. Sama-sama

    menyakitkan hati.

    Kalau menyakitkan hati, kenapa kahwin dengan

    Rissa?

    Radhi tergelak halus. Langkahnya mati untuk

    seketika. Wajah Arisa direnung bersama senyum mengejek.

    Kau yang beria-ia nakkan aku, kan? Kau yang sungguh-

    sungguh nak sangat kita kahwin, kan? Bukan aku yang

    bersungguh-sungguh pun.

    Arisa kaku tanpa suara. Cuma terkebil-kebilmemandang Radhi yang menyambung langkah menuju ke

    pintu. Terkebil-kebil melihat ayahnya bercekak pinggang

    menghadapi Radhi bersama amarah. Terkesima mendengar

    pengakuan kejam lelaki yang pernah dia cintai sepenuh hati.

    Baru hari ini dia tahu nilai sebenar cintanya di mata

    lelaki itu. Baru hari ini dia sedar, sejak dari awal lagi dirinya

    memang tidak membawa apa-apa makna pada Radhi. Air

    mata yang menitis tanpa sedar, perlahan-lahan menanam

    rasa benci yang bukan sedikit di hatinya. Dia tidak akan

    maafkan lelaki ini. Sungguh, dia tidak menyesal diperlakukan

    sebegini. Mungkin sebaiknya Radhi lenyap terus daripada

    hidupnya.

    Radhi! Siapa pulakyang kau bawakbalik ni? Kauingat rumah aku ni, apa? Haji Salleh membentak marah.

    Bentakan itu membawa kesedaran menyapa hati

    Arisa yang kaku. Ayahnya cuba menghalang Radhi yang mahu

  • 7/22/2019 Mungkinkah?

    33/97

    Hanni Ramsul

    33

    masuk ke ruang tamu bersama wanita yang baru bergelar

    madunya itu.

    Ini isteri saya, ayah. Kenapa pulak dia tak boleh

    masuk?

    Kurang ajar kau ya? Berani kau bawakperempuan

    ni masuk ke rumah aku? Berhambus! Aku tak benarkan dia

    jejakkan kaki ke rumah ni. Kau pun boleh berhambus!

    Ayah ayah bertenanglah. Jaga jantung tu elok-

    elok. Saya cadangkan ayah duduk elok-elok kat sofa tu.

    Duduk diam-diam, jangan marah-marah. Bersama senyum

    mengejek, Radhi bersuara separuh berbisik. Cukup hampir di

    telinga bapa mentuanya itu.

    Radhi!

    Suara Haji Salleh yang menengking kuat cuma

    disambut dengan gelak mengejek.

    Sayang, tak baik cakap macam tu.

    Alah jangan risaulah. Dia dah biasa marah-

    marah macam tu. Kejap lagi tidur kat ward la tu. Jom, ke

    bilik. Sayang tolong kemas barang abang ya.

    Abang! Jangan berani bawa perempuan tu masuk

    ke bilik Rissa! Arisa melangkah laju. Menghalang langkahRadhi yang cukup santai. Tidak mahu wanita yang kini

    bergelar isteri Radhi itu menceroboh biliknya.

    Bukan bilik kau sorang, kan? Jom sayang.

    Arisa tersandar ke dinding apabila ditolak kuat oleh

    Radhi. Cuba menghalang sekali lagi namun, panggilan Rianti

    menghalang niatnya. Dia menoleh. Tergamam melihat Riantiyang sedang memaut tubuh tua ayahnya. Ayah!

    Lupa pada Radhi yang sedang menceroboh biliknya

    bersama isteri baru, dia berkejar mendapatkan ayahnya yang

  • 7/22/2019 Mungkinkah?

    34/97

    Mungkinkah?

    34

    berkerut muka sambil menekan dada. Kerisauannya menjadi

    kenyataan. Ayah ayah tak apa-apa?

    Melihat ayahnya yang tidak mampu menjawab,

    Arisa semakin cemas. Sedihnya hilang entah ke mana. Cuma

    selaut risau yang mengganti rasanya saat ini. Ati, ambil ubat

    ayah.

    Tanpa menjawab, Rianti berlari ke arah dapur. Tidak

    lama kemudian muncul bersama satu botol kecil berisi pil.

    Segera pil itu disua ke mulut ayahnya dengan pipi

    yang sudah mula basah. Perlahan dia mengurut dada

    ayahnya. Nafas ayahnya perlahan-lahan sekata sambil tubuh

    tua itu bersandar lemah di sofa.

    Arisa mengetap bibirnya. Air mata yang laju

    menitis, diseka perlahan. Sakit hati bukan sedikit dengan

    perbuatan Radhi.Ayah okey? Sebak suaranya bertanya.

    Haji Salleh mengangguk lemah. Lemah juga jari-

    jemarinya menyeka air mata di pipi anak sulungnya itu,

    membuat makin laju deraian air mata bertandang di pipi

    Arisa. Sungguh, dia kasihan pada Arisa. Dia mahu sama-sama

    bangkit mempertahankan Arisa namun, dia tidak berdaya.

    Jahatlah Abang Radhi tu!

    Arisa mendongak. Memandang wajah Rianti yang

    mencuka. Kata-kata Rianti dibiarkan sepi. Hatinya

    membentak perkara yang sama. Cuma saat ini, fokusnya pada

    ayahnya. Kerisauannya cuma pada lelaki tua yang sedang

    berdepan dengan kesakitan gara-gara kerenah suaminya.

    Betul ayah tak apa-apa ni? Ayah rehat kat bilik ya?

    Haji Salleh menggeleng perlahan. Mustahil dia akan

    membiarkan Arisa berdepan dengan Radhi sendirian.

  • 7/22/2019 Mungkinkah?

    35/97

    Hanni Ramsul

    35

    Pergi tengok apa yang mereka buat kat dalam tu.

    Nanti dengan barang kamu dia angkut sekali. Haji Salleh

    bersuara perlahan.

    Arisa diam. Mendongak memandang wajah adiknya.

    Ati tengok ayah kejap ya?

    Rianti mengangguk sambil terus melabuhkan

    punggung ke sofa.

    Arisa bangkit. Berdiri seketika sambil menghela

    nafas panjang. Bukan sedikit kekuatan yang dia perlukan

    untuk memulihkan hatinya yang hancur kini. Untuk

    berdepan dengan Radhi yang menyakitkan hati. Sedaya upaya

    cuba membuang perasaan yang berbaki di hatinya, dia

    melangkah menuju ke bilik. Menolak perlahan pintu bilik

    yang tidak begitu rapat.

    Sebaik sahaja melihat Radhi asyik menyelongkarbeg tangannya, pantas pintu ditolak kuat. Menerpa ke arah

    Radhi sambil merampas beg tangan di tangan Radhi.

    Tak ada barang abang dalam beg Rissa! bentaknya

    marah.

    Radhi tergelak.

    Tapi, ada duit kau balasnya sambil melayangnot-not duit kertas di tangan.

    Bagi balik duit tu!

    Ala buat kali terakhir bagi aku duit sebelum bagi

    durian runtuh kat aku, apa salahnya?

    Abang ni, memang tak guna!

    Radhi sekadar tersenyum sambil menyimpanhelaian duit kertas itu ke dalam poket seluarnya. Kemudian,

    berpaling ke arah Azilah yang sudah selesai mengemas.

    Sudah, sayang?

  • 7/22/2019 Mungkinkah?

    36/97

    Mungkinkah?

    36

    Dah.

    Okey. Aku pergi dulu. Aku tunggu kau bagi duit tukat aku. Kalau kau nak lengah-lengahkan nak juga turun

    naik mahkamah tuntut hak kau, kau pun tahu apa akan jadi

    pada ayah. Fikirlah masak-masak ya, sayang.

    Arisa tercegat menahan rasa. Mengiringi langkah

    Radhi bersama pandangan penuh kebencian. Sebaik sahaja

    pintu itu tertutup, dengan keras dia mencampak beg tangan

    ke katil. Berombak dadanya menahan marah. Menahan geramdan menahan sedih yang bercampur baur. Perlahan tubuhnya

    melorot jatuh ke lantai. Mengetap bibir agar esakan yang

    mula bertandang, tidak sampai ke telinga ayahnya.

    Kau jahat Radhi aku tak akan maafkan kau,

    gumamnya perlahan sambil tersedu-sedu menahan esakan.

    Daun pintu yang terbuka, memaksa dia berpaling.Rianti bergegas merapatinya. Kak long.

    Dia tunduk sambil menyeka air mata. Pelukan

    lembut Rianti membuat dia sedikit tenang. Perlahan gadis itu

    mengusap belakangnya.

    Nangislah kak long. Tapi, janji lepas ni, kak long

    jangan lemah lagi. Kak long jangan tunduk pada Abang Radhi

    lagi. Ati benci Abang Radhi!

    Pujukan itu perlahan-lahan membuat jiwanya

    sedikit tegar. Pelukan terlerai. Jari-jemari halus Rianti lembut

    menyeka pipinya yang basah.

    Orang macam Abang Radhi tak layak untuk kak

    long.

    Terima kasih, dik.

    Ati sayang kak long. Ati tak nak kak long sedih

    macam ni.

  • 7/22/2019 Mungkinkah?

    37/97

    Hanni Ramsul

    37

    Lepas ni, kak long takkan sedih lagi. Kak long akan

    buang Abang Radhi jauh-jauh dari hidup kita.

    Rianti tersenyum hiba. Memandang wajah kakaknya

    yang merah menahan tangis.

    Ayah mana, Ati?

    Ati bawa masuk ke bilik. Abang Radhi sakitkan hati

    ayah tadi. Dia memang melampaulah kak long.

    Arisa mengeluh perlahan. Esakannya kian mereda.Seketika, dia menghela nafas yang cukup dalam.

    Pergi tengok ayah. Perlahan dia bersuara dengan

    suara yang sedikit serak.

    Ati suruh Dafi tengokkan ayah. Kak long dah okey

    ke?

    Arisa tersenyum nipis. Kak long ada adik-adik yangsayangkan kak long. Mesti kak long okey. Jangan risau. Lepas

    ni, kak long takkan biarkan Abang Radhi ganggu hidup

    keluarga kita. Tak akan!

    Rianti diam.

    Kak long nak bersendirian sekejap. Ati pergi

    tengok ayah, ya. Kejap lagi kak long pergi jumpa ayah.

    Bersama senyum yang cuba dilebarkan, dia bersuara

    perlahan.

    Rianti mengangguk akur. Perlahan berdiri sambil

    memegang lengan Arisa. Menarik perlahan Arisa berdiri

    bersamanya. Ati keluar dulu, ya?

    Arisa tersenyum. Melabuhkan punggung ke katil

    bersama helaan nafas panjang. Ranjau yang menanti terasasemakin sukar.

  • 7/22/2019 Mungkinkah?

    38/97

    Mungkinkah?

    38

    HELAIAN kertas yang sedikit

    berserakan di atas meja,

    dikemas dengan segera. Janji

    temu sudah selesai, perbincangan juga sudah tamat. Dandia bersedia untuk pulang semula ke pejabat walaupun

    lemah semangatnya untuk meneruskan kerja. Tanpa disedari,

    tingkahnya diperhati dalam diam. Mata majikannya diam

    memerhati.

    Kita balik sekarang? Encik Karim? Dia bersuara

    sambil mengangkat muka. Bertentang mata seketika denganmajikannya itu.

    Lelaki itu tersenyum nipis. Arisa, ayah awak

    macam mana?

    Soal kerja diketepikan. Dia mahu tahu

    perkembangan Arisa.

    Arisa diam seketika. Memandang wajah EncikKarim. Majikannya itu kelihatan seperti mahu berlama di

    restoran ini.

    Semalam dah boleh balik, Encik Karim. Perlahan

    Bab5

  • 7/22/2019 Mungkinkah?

    39/97

    Hanni Ramsul

    39

    dia menjawab. Segera dia teringatkan ayahnya yang cukup

    lemah terbaring di atas katil. Kasihan ayahnya.

    Apa sebenarnya masalah awak ni? Cuba ceritakan

    pada saya. Kalau saya boleh tolong insya-Allah, saya akan

    tolong.

    Mendengar soalan itu, Arisa memilih untuk

    berdiam diri. Cuma matanya memandang wajah Encik Karim

    yang kelihatan ikhlas bertanya. Melihat wajah itu, membuat

    dia teringat pada cadangan Tasnim.

    Apa kata kau pinjam dengan Encik Karim?

    Kau gila ke? Kau ingat Encik Karim tu gila nak

    bagi aku pinjam duit sebanyak tu? Jangan cakap yang bukan-

    bukanlah.

    Insya-Allah, boleh. Encik Karim tu baik. Mungkin

    dia boleh tolong. Kau cubalah.

    Kata-kata itu berlegar di mindanya. Perlukah dia

    senekad itu demi menghalang Radhi daripada terus

    mengganggu dia dan keluarganya? Sekali lagi pandangan

    dipaku kemas ke wajah Encik Karim. Namun, bibirnya begitu

    berat untuk meluahkan apa yang sedang dihadapinya. Tidak.

    Tidak mungkin dia akan meminta bantuan sebanyak itu

    daripada Encik Karim. Sudahnya hanya satu gelengan

    perlahan yang mampu diberi.

    Encik Karim mengeluh perlahan.

    Terlalu peribadi, Encik Karim. Insya-Allah, saya

    cuba selesaikan sendiri. Akhirnya dia memberi jawapan yang

    samar-samar. Cadangan Tasnim dilupakan terus. Rupa-

    rupanya dia tidak cukup gagah untuk meminta-minta.

    Encik Karim tersenyum lagi. Kali ini bersama

    gelengan perlahan. Dia tahu Arisa merahsiakan sesuatu.

  • 7/22/2019 Mungkinkah?

    40/97

    Mungkinkah?

    40

    Awak pekerja kesayangan saya. Saya tak nak tengok prestasi

    kerja awak terganggu dengan masalah peribadi yang tak

    selesai-selesai. Saya tak suka pekerja yang gagal ketepikan

    masalah bila berada di pejabat.

    Arisa menunduk. Itu merupakan teguran Encik

    Karim yang kedua. Ketara sangatkah kegagalannya

    menjalankan tugas dek kerana masalah dengan Radhi? Saya

    faham, encik. Saya minta maaf. Saya akan cuba selesaikan

    masalah ni secepat mungkin.Macam mana?

    Arisa mengeluh perlahan. Kembali mencari wajah

    Encik Karim. Soalan itu tiada jawapan kerana dia sendiri

    masih buntu mencari jalan penyelesaian.

    Saya boleh pinjamkan awak RM20,000.00 tu.

    Arisa ternganga. Membuntang matanya memandangwajah majikannya itu. Adakah ini semua satu halusinasi?

    Mungkinkah dia tersilap dengar? Rasanya dia belum

    meluahkan apa-apa pada lelaki ini. Dari mana lelaki ini

    mendapat angka itu? Dan, bagaimana Encik Karim tahu

    tentang masalahnya itu?

    Arisa, tak salah kalau kita minta bantuan daripada

    orang lain kalau kita benar-benar perlukannya. Masalah tak

    akan selesai kalau awak pendam semua masalah awak ni

    sendiri. Suami awak terus ganggu awak. Keadaan kesihatan

    ayah awak pun semakin terganggu. Konsentrasi kerja awak

    turut terjejas. Sampai bila awak nak hadapi itu semua?

    Lembut sahaja suara lelaki itu meresap ke

    gegendang telinganya. Dengan penuh tanda tanya, diamerenung wajah majikannya itu. Tasnim. Hanya imej Tasnim

    yang memenuhi mindanya saat ini. Hanya Tasnim yang tahu

    segala-galanya. Mungkinkah Tasnim yang bercerita?

  • 7/22/2019 Mungkinkah?

    41/97

    Hanni Ramsul

    41

    Tasnim? Sebaris nama itu meniti perlahan di

    bibirnya. Satu soalan untuk semua tanda tanyanya.

    Encik Karim tersenyum nipis.

    Sekuntum senyuman lelaki itu mengiakan teka-teki

    di kepalanya.

    Encik Karim.

    Dia benar-benar kehilangan kata-kata. Tiba-tiba

    muncul rasa malu untuk dia terus berdepan dengan lelakiini.

    Tasnim cuma nak membantu awak.

    Arisa mengeluh perlahan. Memang ada sedikit rasa

    kecewa dengan sikap Tasnim. Namun, benar kata Encik

    Karim. Barangkali Tasnim cuba membantunya. Dan,

    barangkali juga dia patut singkirkan rasa malu itu. Jumlah

    tu bukannya sikit, Encik Karim. Banyak.

    Anggap saja saya pinjamkan pada awak. Awak bayar

    perlahan-lahan pada saya. Saya ikhlas nak bantu.

    Arisa menggeleng perlahan. Merenung wajah

    majikannya yang sentiasa tenang itu. Nanti apa kata staf

    lain?

    Encik Karim tergelak halus. Arisa Arisa. Takkan

    saya nak buat announcement pada semua staf kalau saya

    membantu salah seorang staf saya. Yang tahu, cuma saya

    awak dan Tasnim. Saya tak nampak di mana masalahnya

    kalau awak terima pertolongan saya.

    Tapi

    Awak nak terus hidup dengan suami awak?Arisa menggeleng. Memang perasaan untuk

    bersama Radhi sudah mati. Cuma satu yang dia harapkan

    daripada lelaki itu. Berharap agar Radhi terus lenyap dari

  • 7/22/2019 Mungkinkah?

    42/97

    Mungkinkah?

    42

    hidupnya. Kalau boleh, nama lelaki itu pun dia ingin padam

    dari ingatannya.

    Geleng?Meaning? Tak tahu? Tak pasti? Tak mahu?

    Encik Karim bertanya lagi.

    Seketika Arisa terdiam. Bibir bagaikan terkunci.

    Pelik rasanya apabila hari ini Encik Karim mengajak dia

    berbincang soal seperibadi ini. Cukup Tasnim seorang yang

    menjadi tempat dia meluahkan perasaan. Apabila Encik

    Karim turut menunjukkan sikap mengambil berat, dia benar-benar buntu. Benar-benar serba salah.

    Arisa saya mahu bantu awak. Awak kena

    benarkan saya bantu awak. Berdiam diri, memendam rasa,

    bukan cara untuk selesaikan masalah.

    Saya tak selesa berbincang soal peribadi macam

    ni. Arisa bersuara dengan nada kurang yakin.Awak kena percayakan saya. Saya ikhlas nak tolong

    awak. Awak memang perlukan seseorang untuk bantu awak

    sekarang ni. Awak tak akan boleh selesaikan semuanya

    sendirian.

    Saya tahu.

    So?Saya malu kalau sampai saya terpaksa pinjam duit

    Encik Karim. Tapi, saya tak tahu nak minta tolong dengan

    siapa. Saya tak nak bebankan ayah saya.

    Encik Karim tersenyum kecil. Awak memang tak

    mahu lagi hidup bersama suami awak?

    Sekali lagi soalan itu meniti di bibir Encik Karim.Tak nak.

    Awak tak cuba minta fasakh? Mungkin itu boleh

    membantu. Awak tak perlu bayar dia apa-apa pun.

  • 7/22/2019 Mungkinkah?

    43/97

    Hanni Ramsul

    43

    Ayah saya masuk hospital sebab saya beritahu dia,

    saya nak minta fasakh. Tiap-tiap hari dia datang ganggu

    ayah. Arisa membuka sedikit kisah suramnya.

    Encik Karim mengangguk perlahan. Jadi, yang dia

    mahu cuma duit?

    Dengan bibir mata mula memberat, Arisa

    mengangguk perlahan.

    Dia cuma akan lepaskan awak, kalau awak bayar

    dia?

    Arisa mengangguk lagi.

    Tebus talak?

    Nampaknya saya terpaksa buat macam tu. Kalau

    tak, dia dah ugut dia akan terus ganggu kami sekeluarga.

    Satu keluhan yang keluar daripada mulut EncikKarim mendorong Arisa mengangkat muka. Memandang

    wajah lelaki itu kini sedikit mendung.

    Saya tumpang simpati dengan masalah awak.

    Arisa tersenyum kelat. Tak patut saya ceritakan

    semua ni pada Encik Karim.

    Kalau tak nak cerita pada saya, awak nak cerita

    pada siapa? Lelaki itu bertanya dengan nada sedikit

    berseloroh. Seloroh yang tidak mampu membuat senyum

    memekar di bibir Arisa.

    Kalau dah tak ada pilihan lain, awak terimalah

    bantuan saya. Selesaikan segera masalah awak. Saya harapkan

    yang terbaik untuk awak.

    Arisa membeku. Huluran pertolongan sebeginitidak mungkin akan datang untuk kedua kalinya. Apakah dia

    perlu menerima pertolongan daripada Encik Karim?

    Sememangnya tiada lagi sumber lain yang boleh dia

  • 7/22/2019 Mungkinkah?

    44/97

    Mungkinkah?

    44

    harapkan. Untuk membuat pinjaman bank, dia tidak mahu

    terus terbeban. Pinjaman untuk membeli kereta masih lagi

    belum lunas semuanya. Tapi, saya takut saya tak mampu nak

    bayar balik semuanya nanti.

    Encik Karim senyum. Just take your time. Bayar

    berapa yang awak mampu.

    Arisa mengeluh perlahan. Saat ini, memang dia

    malu mahu berhadapan dengan Encik Karim. Malu dengan

    dirinya yang berada dalam serba tak mampu. Namun, peluangini mustahil dia tolak. Demi ayahnya, dia harus singkirkan

    Radhi secepat mungkin. Saya malu dengan Encik Karim.

    Tapi, saya memang perlukan bantuan ini. Saya cuba

    langsaikan pinjaman tu secepat yang saya mampu. Terima

    kasih, Encik Karim.

    Tak boleh bayar, kena jadiwifesaya.Arisa terpempan. Tajam matanya merenung wajah

    lelaki itu yang tersenyum lebar. Tidak percaya yang

    majikannya itu boleh mengeluarkan kata-kata sebegitu.

    Encik Karim.

    Encik Karim tergelak besar. Janganlah buat muka

    macam tu. Saya gurau aje.

    Arisa tersenyum kelat. Sungguh kurang senang

    dengan gurauan majikannya itu.

    Jangan risau. Saya ikhlas nak membantu.

    Terima kasih, Encik Karim.

    Lelaki itu membalas hanya dengan senyuman

    manis.

    Seketika saling berdiam diri, akhirnya dia mencapai

    beg tangannya. Berdiri tegak sambil mencapai beberapa

    helaian kertas bersama organizer. Saya rasa baik kita balik

  • 7/22/2019 Mungkinkah?

    45/97

    Hanni Ramsul

    45

    ke pejabat sekarang? Atau Encik Karim ada hal lain? Saya

    boleh balik ke pejabat dengan teksi.

    Tak. Saya pun nak pulang ke ofis.

    Arisa mengangguk perlahan.

    Encik Karim tersenyum sambil turut mengangkat

    punggung.

  • 7/22/2019 Mungkinkah?

    46/97

    Mungkinkah?

    46

    MACAM MANAhidup?

    A r i s a

    mengerutkan kening.

    Matanya yang seketika tadi leka dengan kesibukan manusia

    yang lalu-lalang kini teralih pada Tasnim. Hairan mendengar

    soalan temannya itu. Wajah Tasnim yang leka meneguk

    minuman dipandang agak lama. Maksud kau?

    Yalah. Hidup bebas daripada Radhi. Bagaimana

    rasanya sekarang?

    Arisa tersenyum nipis. Menolak gelas jus tembikaiyang sudah tinggal separuh. Bagaimana rasanya hidup tanpa

    gangguan Radhi? Barangkali tiada perkataan yang mampu

    menjelaskan bagaimana perasaannya sekarang. Lega dan

    tenteram.

    Aman. Akhirnya sepatah perkataan itu diluahkan

    bersama senyum panjang.Tasnim tergelak halus. Melihat wajah Arisa sudah

    cukup untuk memberitahu jawapan yang meniti di bibir itu

    lahir daripada hati. Senang hatinya melihat wajah Arisa yang

    Bab6

  • 7/22/2019 Mungkinkah?

    47/97

    Hanni Ramsul

    47

    jelas sudah berubah sedikit ceria. Jelas menunjukkan

    kehidupan baru Arisa jauh lebih baik. Sepatutnya dari dulu

    lagi kau buat keputusan macam ni.

    Arisa diam. Melayan perasaan seketika sebelum dia

    kembali mencari wajah Tasnim. Kalau tidak ada Tasnim,

    belum tentu masalahnya boleh selesai. Besar pertolongan

    sahabatnya itu. Nim... sekali lagi aku nak ucap terima kasih

    ya. Kalau kau tak beritahu Encik Karim, aku pun tak tahu

    macam mana nak selesaikan masalah aku ni.Tasnim mengerling bersama senyum panjang. Kau

    tu, malu tak bertempat. Lagipun, sudah-sudahlah ucap

    terima kasih dengan aku. Bukan aku pun yang bagi duit

    tukan?

    Arisa tersenyum kelat. Memang mustahil dia akan

    meminta pertolongan daripada majikannya itu, andai Tasnimtidak membuka cerita. Tapi, kalau bukan sebab kau yang

    buka mulut pada Encik Karim, aku rasa masalah aku ni

    belum selesai lagi. Terima kasih, ya.

    Tasnim mengukir senyum. Menyentuh perlahan

    jari-jemari Arisa. Aku tak sampai hati tengok keadaan kau.

    Kau terlalu muda untuk hidup dengan masalah tak

    berkesudahan macam tu. Aku yakin, Encik Karim akantolong kau. Sebab, dia tukan sayangkan kau.

    Arisa menghela nafas perlahan. Kurang enak

    mendengar kesimpulan yang dibuat oleh Tasnim. Janganlah

    cakap macam tu. Aku berhutang dengan dia. Insya-Allah, aku

    akan langsaikan hutang aku tu perlahan-lahan. Nasib baik

    ada orang baik macam Encik Karim tu. Kalau tak, tak tahulah

    macam mana aku nak lepaskan diri dari masalah ni.

    Tasnim tersenyum. Radhi masih ganggu kau?

    Arisa menggeleng. Memang sejak perceraian

  • 7/22/2019 Mungkinkah?

    48/97

    Mungkinkah?

    48

    rasminya dua bulan yang lalu, Radhi tidak lagi muncul.

    Hidupnya kembali aman. Ayahnya juga tidak perlu lagi

    terseret sama menanggung tekanan. Itulah yang amat

    melegakannya. Dia tidak perlu lagi membuat ayahnya

    tertekan.

    Kenapa kau tanya macam tu? Arisa pula

    melontarkan pertanyaan. Memandang tepat pada wajah

    Tasnim.

    Tak adalah. Aku ada terserempak dengan diaminggu lepas. Dia tanyakan kau. Aku marah dia. Aku cakap

    dengan dia, semata-mata nak ikut kehendak dia, kau terpaksa

    berhutang dengan Encik Karim.

    Arisa diam. Radhi bertanyakan tentang dirinya?

    Satu perkembangan yang tidak begitu menyenangkan

    hatinya. Dia cakap apa?Sengih-sengih buat aku sakit hati. Dia tu dia tu

    memang buat aku menyampahlah, getus Tasnim dengan

    nada sedikit geram.

    Arisa tersenyum sumbing.

    Dan perlahan Tasnim menutup mulut dengan

    telapak tangan. Memandang wajah Arisa dengan pandangan

    kesal. Sorry aku tak bermaksud nak cakap macam tu. Kau

    jangan ambil hati ya.

    Bersama gelak halus Arisa menggeleng perlahan.

    Kata-kata Tasnim tiada yang salah di telinganya. Kau betul.

    Hes annoying. Menjengkelkan. Lelaki paling tak guna pernah

    aku jumpa. Aku pun hairan macam mana aku boleh jatuh

    cinta dengan dia. Aku sanggup pertahankan dia walaupunayah aku tak suka. Aku berkeras nak kahwin dengan dia,

    walaupun ayah aku tak restu. Sebab kedegilan aku, ayah

    terpaksa mengalah. Sebab kedegilan aku, ayah turut sama

  • 7/22/2019 Mungkinkah?

    49/97

    Hanni Ramsul

    49

    terseret dalam masalah aku dengan Radhi. Sekali fikir, bodoh

    betul aku ni.

    Kau tak bodoh. Tapi, bak kata pepatah cinta itu

    buta.

    Arisa tergelak sinis. Hatinya yang membutakan

    akal. Menerima sandiwara Radhi tanpa mampu berfikir buruk

    dan baik. Tidak dapat dinafikan, Radhi pernah muncul sebagai

    insan yang paling baik dalam hidupnya. Namun, semua itu

    cuma sandiwara sebelum pernikahan mereka.

    Betul cakap ayah aku. Penganggur macam Radhi

    tak mungkin akan berubah. Beria-ia aku pertahankan. Aku

    cakap, lepas kahwin Radhi akan berubah. Tapi, ternyata aku

    silap. Ayah aku yang betul, tokok Arisa bersama keluhan

    kecil.

    Lelaki macam Radhi tu, memang licik. Aku rasacinta hanya perangkap untuk dia hidup senang. Mungkin ini

    cara dia dapatkan duit. Memeras duit perempuan sambung

    Tasnim bersama senyum sinis.

    Mungkin juga. Tapi, aku lega. Aku dengan dia dah

    tak ada apa-apa sekarang. Aku harap, bayang dia pun tak akan

    datang ganggu aku lagi.

    Aku pun berharap macam tu. Suka aku tengok kau

    dah tak macam dulu. Dah boleh senyum. Dah boleh ketawa.

    Kalau tak, murung macam orang mati suami.

    Arisa mengerling sambil Tasnim melepaskan tawa

    senang. Harap-harap aku boleh terus tersenyum dan ketawa

    lepas ni. Tapi yang paling aku gembira, ayah aku tak perlu

    lagi stres dengan kerenah Radhi.

    Dan kau boleh cari pengganti Radhi. Cari lelaki

    yang benar-benar boleh bahagiakan kau.

  • 7/22/2019 Mungkinkah?

    50/97

    Mungkinkah?

    50

    Arisa tersenyum tawar. Tidak mungkin dia perlukan

    seorang lagi lelaki dalam hidupnya lagi. Cukuplah sekali.

    Tidak rela dia mengulangi kesengsaraan ini lagi. Aku rasa

    hidup sendiri lebih baik. Cukuplah aku tumpukan pada ayah

    dan adik-adik aku. Itu lebih baik daripada terlibat dengan

    lelaki.

    Macam serik aje bunyinya?

    Bukan macam tapi memang aku dah serik. Serik

    sangat-sangat.

    Tak boleh macam tu. Tak baik cakap macam tu

    tau.

    Arisa mengeluh panjang. Menolak terus gelas di

    hadapannya.

    Jom. Aku tak nak sampai lewat sangat kat rumah.

    Dia menutup perbualan sambil mengangkat punggung.

    Tasnim menjongket bahu. Turut sama mengangkat

    punggung.

    Arisa mencapai beg tangan sambil mula mengatur

    langkah. Langkah laju seorang gadis yang melangkah keluar

    dari kafe sempat dielak. Dan, tubuhnya terdorong ke hadapan

    apabila tiba-tiba dia dilanggar dari belakang lalu terjatuh keatas lantai dan dia sempat mendengar satu suara lelaki yang

    memanggil seseorang.

    Rissa kau okey? Tasnim bergerak laju memaut

    bahunya sambil dia mengangguk perlahan.

    Hei! Tak ada mata ke? Tasnim menjerit marah

    pada susuk tubuh yang terhenti beberapa langkah di hadapan

    Arisa. Tak nampak ke dia jatuh ni? Bukan nak tolong, minta

    maaf pun tak!

    Sorry. I tak sengaja.

  • 7/22/2019 Mungkinkah?

    51/97

    Hanni Ramsul

    51

    Tasnim terdiam. Terkebil-kebil memandang wajah

    yang kini sedang merenungnya.

    What? I dah minta maaf.

    Arisa mengangkat muka mendengar suara yang

    sedikit garang itu. Pegangan Tasnim di bahunya seakan-akan

    mati. Mengundang rasa hairan di hatinya. Perlahan dia

    berdiri. Memandang wajah Tasnim yang terkebil-kebil. Diam

    tanpa suara.

    Im sorry miss. Tak sengaja.

    Satu suara menegurnya. Pandangannya dialihkan

    ke wajah yang kelihatan serba salah. Sekuntum senyum

    diukir agar lelaki di hadapannya itu tidak berasa terlalu

    bersalah.

    Tak apa. Saya pun tak apa-apa. Jom Nim. Nanti

    lewat. Arisa bersuara sambil menarik tangan temannya itu.Meninggalkan lelaki yang secara tidak sengaja membuat dia

    jatuh terduduk di dalam kaf itu.

    Menonong Tasnim mengikut tanpa suara. Sesekali

    menoleh ke belakang sambil tersenyum panjang. Dia

    pandang kau lagi la.

    Dia pandang kau kut. Kau tengok dia macamnampak hantu. Kau kenal dia ke?

    Tasnim menggeleng.

    Tapi, kau perasan tak? Dia lawa gilalah,

    tingkahnya teruja.

    Arisa menggeleng perlahan. Memandang wajah

    Tasnim seketika kemudian menggeleng lagi. Tasnimmencemik geram.

    Arisa tergelak kecil.

    Rugi tak minta nombor telefon tadi.

  • 7/22/2019 Mungkinkah?

    52/97

    Mungkinkah?

    52

    Gelak Arisa berubah nada. Lebih lantang sebaik

    sahaja mendengar rungutan itu. Berani ke kau nak minta?

    Tasnim tersenyum nipis. Menoleh sekali lagi. Dan,

    di kejauhan dia melihat lelaki itu masih terus tegak berdiri

    memerhati langkahnya dan Arisa. Dia masih pandang kita.

    Itu namanya mata keranjang. Jadi, batalkanlah

    niat kau nak minta nombor telefon tu ya. Dia tengah kejar

    girlfrienddia, tiba-tiba boleh beri perhatian pada perempuan

    lain. Tak ke satu spesies dengan Radhi tu?

    Tasnim mengangguk perlahan. Betul juga ya.

    Dan, ingat cincin di jari manis kau tu.

    Tasnim tersengih.

    Itu yang paling betul, balasnya mengekek.

    Arisa turut tergelak kecil. Mata keranjang, kan kauni?

    Tasnim menggeleng. Mana ada. Ini namanya ujian

    alam bertunang.

    Arisa tergelak besar.

    Tasnim mengangkat kening. Kemudian sama-sama

    menyertai tawa Arisa.

    SAMBIL meneguk Nescafe panas, sekali lagi dia mengangkat

    tangannya. Melihat objek yang terselit di celah jari-jemarinya.

    Sekuntum senyum spontan terukir di bibir.

    Hadiah untuk siapa tu?Sedikit terkejut dengan teguran yang datang dari

    belakang itu, Zariff berpaling perlahan. Tersenyum pada

    wajah mamanya yang seakan-akan tidak berperasaan itu.

  • 7/22/2019 Mungkinkah?

    53/97

    Hanni Ramsul

    53

    Jadispyke mama? soal Zariff separuh mengusik.

    Belum sempat mengukir senyum lucu, wajahnya sudah

    berkerut menahan sakit. Perlahan dia menggosok lengannya

    yang terasa sakit dicubit oleh Puan Zahra. Gurau sikit pun

    tak bolehlah mama ni.

    Kenapa balik ke sini malam ni? Tak ada date

    dengangirlfriends ke?

    Mama ni. Balik salah, tak balik salah.

    Puan Zahra bergerak melabuhkan punggung ke

    kerusi. Memandang wajah anak tunggalnya yang kelihatan

    jauh melayan menung.

    Kalau nak cari perempuan yang sukakan benda-

    benda macam ni, baik kamu duduk rumah aje Riff. Tak ke

    mana kamu habiskan duit untuk perempuan-perempuan

    macam tu. Puan Zahra membuka topik sambil matanyaterus tertumpu pada rantai halus di tangan Zariff. Cukup

    resah melihat tingkah Zariff yang semakin hari terasa

    semakin menjadi-jadi.

    Perempuan-perempuan macam ni, tak sesuai

    dijadikan isteri. Sesekali dengarlah cakap mama ni. Cuba

    serius sikit. Ini kerja main-main. Hidup pun main-main,

    sambungnya apabila melihat Zariff yang terus membisu

    sambil menilik rantai di tangan.

    Ini bukan saya punyalah mama balas Zariff

    perlahan sambil terus membelek rantai halus di tangannya.

    Kalau bukan kamu punya, siapa punya pulak?

    Takkan kekasih-kekasih kamu yang hadiahkan?

    Mama cuba jangan buat aksi PI macam ni.

    Sabarlah. Dengar saya cerita.

    Puan Zahra menjeling tajam.

  • 7/22/2019 Mungkinkah?

    54/97

    Mungkinkah?

    54

    Arisa rantai ni Arisa punya, jelas Zariff sambil

    membaca sebaris nama yang menjadi loket rantai di

    tangannya itu.

    Siapa pulak Arisa ni? Kalau setakat perempuan-

    perempuan yang Riff bawa ke hulu ke hilir, tak payah nak

    kenalkan dengan mama. Mama tak nak kenal.

    Siapa nak kenalkan pada mama? soal Zariff

    bersama gelak halusnya.

    Kalau tak nak kenalkan pada mama, kenapa sebut-

    sebut nama dia depan mama? Mana pernah Riff beritahu

    nama kekasih-kekasih Riff pada mama?

    Ini bukan kekasih saya. Ini mungkin bakal isteri

    saya.

    Puan Zahra merenung wajah Zariff dengan riak

    yang jelas menunjukkan rasa tidak percaya. Zariff menyebutperkataan isteri? Sukar untuk dia percaya. Belum sempat dia

    berkata apa-apa, Zariff sudah tergelak besar.

    Saya guraulah, mama.

    Kamu nikan! Siapa Arisa ni?! Puan Zahra mula

    menghamburkan rasa geramnya.

    Saya tak kenallah mama. Tadi, kat kaf, sayaterlanggar seorang perempuan. Mungkin masa terjatuh, dia

    tak sedar rantai dia terjatuh sekali. Ini dia punyalah ni. Nak

    pulangkan pada dia, saya tak tahu kat mana nak cari dia.

    Panjang lebar Zariff bercerita dan perlahan-lahan Puan Zahra

    mula memproses cerita sebenar.

    Tapi perempuan ni cantik mama.

    Puan Zahra mencemik.

    Rugi tak mintanumber phonetadi, gumam Zariff

    sambil terus membelek rantai di tangannya.

  • 7/22/2019 Mungkinkah?

    55/97

    Hanni Ramsul

    55

    Hentikanlah perangai buaya tu. Puan Zahra

    merengus marah sambil menampar bahu anak bujangnya itu.

    Mahu melepaskan rasa geram yang berhimpun di hati.

    Zariff tergelak kecil.

    Puan Zahra mengangkat punggung.

    Mama doakan saya jumpa Arisa ni sekali lagi ya.

    Mana tahu boleh jadigirlfriendsaya.

    Puan Zahra mengerling.Kalau dia budak baik, mama doakan dia jumpa

    kamu dan ubah perangai hantu kamu tu. Kalau dia kaki kikis

    macam kawan-kawan kamu yang lain, mama doakan bayang

    dia pun tak datang pada kamu. Sinis bicara Puan Zahra

    sambil berlalu dari situ.

    Zariff tersenyum panjang. Menyambung

    renungannya pada rantai di tangan dan sekali lagi menjemput

    imej gadis pemilik rantai yang dilanggarnya petang tadi. Ada

    sesuatu tentang gadis itu yang membuat matanya kaku pada

    seraut wajah itu. Renungan gadis itu membuat dia terkesima

    seketika. Juga sikap bersahaja gadis itu yang terus mengayun

    langkah meninggalkannya juga membekas satu rasa di

    jiwanya. Belum pernah seorang perempuan pun berlalu

    begitu sahaja darinya. Berlalu dan terus berlalu tanpa

    menoleh. Apakah penampilannya siang tadi tidak cukup

    menarik pada pemerhatian gadis itu? Dia mengeluh perlahan.

    Sayangnya pertemuan itu pertemuan sementara yang tidak

    mungkin akan berulang lagi. Rugi.

    Arisa. Perlahan bibirnya mengalun nama itu.

    Suatu hari nanti kita jumpa lagi. Okey? Ucapnya

    bersama senyum nipis sambil rantai di tangan di bawa ke

    bibir. Benar-benar berharap agar wajah itu muncul sekali lagi

    di hadapannya.

  • 7/22/2019 Mungkinkah?

    56/97

    Mungkinkah?

    56

    SUARA Azilah yang bertanyakan

    menu pilihannya, langsung tidak

    diendah. Fokusnya kini cuma pada

    seraut wajah yang kelihatan tenang mendengar bicara seoranglelaki. Dia kenal lelaki itu. Dia lebih kenal pada seraut wajah

    bersama lelaki itu. Sukar hati lelakinya menerima hakikat

    saat ini Arisa sedang makan malam bersama majikannya.

    Mungkinkah ada sesuatu yang sedang berlaku antara Arisa

    dan lelaki itu? Tiba-tiba dia teringatkan kata-kata Tasnim,

    rakan sekerja Arisa beberapa hari yang lalu. Dia menarik nafas

    panjang.

    Abang!

    Suara sedikit keras itu, mengalihkan perhatiannya.

    Wajah Azilah mencuka merenungnya.

    Dengar tak Azie tanya ni?

    Suka hatilah. Order aje. Acuh tidak acuh sahajaRadhi menjawab sambil matanya kembali terarah kepada

    Arisa.

    Arisa semakin cantik dengan senyuman yang sering

    Bab7

  • 7/22/2019 Mungkinkah?

    57/97

    Hanni Ramsul

    57

    menghiasi bibirnya. Ketara Arisa begitu gembira dengan

    perpisahan mereka. Dia tersenyum nipis.

    Senyuman Radhi itu mengundang rasa sangsi di

    hati Azilah. Menu di tangan diletakkan ke atas meja. Mahu

    sama-sama mencari sesuatu yang begitu menarik perhatian

    suaminya itu. Dan, pandangannya turut jatuh ke wajah Arisa.

    Menjemput rasa cemburu di hati.

    Tengok bekas isteri ke? Sinis dia bertanya sekadar

    mahu menarik perhatian Radhi.

    Radhi menjongket bahu. Terus memerhati pasangan

    yang sedang menikmati makan malam itu dari jauh.

    Biarkanlah dia. Apa pun dia nak buat dengan lelaki

    tu, dah bukan urusan abang, kan? Abang dengan dia dah tak

    ada apa-apa. Kan?

    Apa yang jadi urusan abang, juga bukan urusanAzie. Jadi, tolong diam dan tolong jangan masuk campur.

    Azilah terkedu mendengar kata-kata itu. Bagaikan

    tidak percaya Radhi baru sahaja mengucapkan kata-kata

    setajam itu padanya. I am your wife!

    Radhi mengeluh perlahan. Merenung tajam wajah

    Azilah yang semakin mencuka. Namun, apa dia kisah padaperubahan wajah itu? So?

    Abang ni, kenapa? Kenapa jadi sinis macam ni

    dengan Azie? Abang cakap isteri abang tu curang pada abang,

    jadi buat apa abang duk perhati dia lagi? Depan Azie pulak

    tu!

    Tak ada siapa yang boleh tentukan apa yang Radhi

    boleh dan tak boleh buat. Ingat tu. Perlahan Radhi

    bersuara sambil tersenyum nipis. Pipi Azilah diusap sebelum

    perlahan-lahan dia mencengkam pipi itu.

  • 7/22/2019 Mungkinkah?

    58/97

    Mungkinkah?

    58

    Azilah menyeringai menahan sakit. Spontan tangan

    lelaki itu ditepis.

    Sakitlah! Sedikit membentak dia melontarkan

    rasa marah.

    Radhi tersenyum sinis.

    Azilah menggosok pipinya bersama jelingan tajam.

    Sakit di hati belum hilang, Radhi sudah menghantar rasa

    sakit di pipinya. Kali pertama Radhi berani menyakitinya.

    Apa kena dengan abang ni? Tiba-tiba jadi macam ni?

    Lebih dari ini pun kau boleh dapat kalau kau lebih-

    lebih masuk campur urusan aku. Faham?

    Azilah terdiam lagi. Malam ini, Radhi benar-benar

    lain. Sekelip mata Radhi berubah menjadi tidak berperasaan.

    Sungguh dia keliru. Dan untuk dia bersuara lagi, dia tidak

    mahu. Tidak mahu mencetuskan kekecohan di restoran ini.Azie datang sini nak makan. Bukan nak tengok abang intip

    ex-wifeabang.

    Radhi menghela nafas panjang. Merenung wajah

    Azilah sambil mengangkat jari telunjuknya lalu diletakkan ke

    bibir. Kalau nak makan,order. Jangan ganggu aku. Faham?

    Azilah merengus marah dan Radhi kembalimemerhatikan Arisa. Tersenyum sambil menggeleng

    perlahan. Mustahil dia boleh biarkan Arisa segembira ini.

    Arisa tidak boleh sebahagia ini hidup tanpanya. Perlahan dia

    mengangkat punggung. Meninggalkan Azilah yang merah

    padam mukanya kerana menahan marah. Langkah santai

    diatur mendekati meja Arisa. Berdiri seketika di situ bersama

    senyum lebar.

    Hai sayang apa khabar? Sambil tundukkan

    kepala separas bahu Arisa, dia menegur lembut. Puas hati

    apabila wajah Arisa yang terkesima cukup menceritakan

  • 7/22/2019 Mungkinkah?

    59/97

    Hanni Ramsul

    59

    betapa wanita itu terkejut dengan kehadirannya. Senyumnya

    semakin lebar. Dah lupakan abang?

    Arisa kaku di kerusi. Sungguh, kehadiran lelaki ini

    di luar jangkaannya. Juga terasa amat mengganggu.

    Sedang berbahagia nampaknya. Masa dengan

    abang, tak pernah pun Rissa nak senyum bahagia macam

    nikan? Betul-betul tak adil.

    Apa awak buat kat sini? Tolong pergi dan tolong

    jangan ganggu saya lagi.

    Radhi tergelak halus. Janganlah macam ni.

    Walaupun kita dah tak ada apa-apa hubungan, kita masih

    tetap boleh berkawan. Kan?

    Arisa membuang pandang.

    Encik Radhi, rasanya tak sopan awak ganggu Arisa

    macam ni.

    Pandangan Radhi kini teralih. Tersenyum panjang

    sambil berpeluk tubuh. Selamba dia melabuhkan punggung

    ke kerusi.

    Encik Karim bertuah Arisa dapat bos yang baik

    macam Encik Karim ni. Kan? Mana nak cari bos yang

    sanggup pinjamkan berpuluh ribu sebab nak tolong staf.Kalau sepuluh orang staf ada masalah macam Arisa, banyak

    juga duit Encik Karim yang lebur, kan? Atau pinjaman tu

    cuma khusus untuk si cantik Arisa ni aje? Hmmm... Encik

    Karim?

    Arisa mengangkat mukanya. Awak boleh

    berhambus dari sini tak? Saya tak nak tengok muka awak

    lagi. Tak nak dengar suara awak lagi. Jangan nak mengarut

    kat sini.

    Sebab Rissa dah ada Encik Karim yang kaya? Encik

  • 7/22/2019 Mungkinkah?

    60/97

    Mungkinkah?

    60

    Karim yang baik? Patutlah sanggup bayar berpuluh ribu pada

    abang. Rupa-rupanya Rissa dah dapat lebih dari itu ya? Kalau

    boleh abang tahu, sejak bila Rissa ada sesuatu dengan bos

    baik hati ni? Sejak Rissa masih isteri abang, atau.

    Awak jaga sikit mulut tu. Jangan nak reka cerita

    yang bukan-bukan. Kalau tak tahu hal sebenar, baik diam

    aje!

    Radhi tertawa lepas. Bersahaja bangkit semula dari

    kerusi.

    Kita tengok macam mana hal sebenarnya nanti.

    Okey, sayang? I miss you. Bersama satu kenyitan dia

    berlalu, meninggalkan rasa sebal di hati Arisa.

    Encik Karim maafkan saya. Laju Arisa bersuara

    sebaik sahaja Radhi kembali ke mejanya.

    Its okay. Saya faham.

    Dah lewat juga ni. Rasanya baik saya balik dulu.

    Terima kasih untuk makan malam ni.

    Saya hantarkan?

    No no... tak payah. Saya boleh balik dengan

    teksi. Saya balik dulu ya.

    Bersama senyum nipis, Encik Karim mengangguk

    perlahan. Terima kasih sebab sudi temankan saya makan

    malam ni.

    Arisa tersenyum nipis. Perlahan dia mengangkat

    punggung sambil mencapai beg tangannya.

    Saya balik dulu. Sekali lagi dia meminta diri dan

    mahunya kini cuma satu. Mahu segera beredar dari ruanganini. Tidak mahu melihat wajah Radhi yang menyakitkan hati.

  • 7/22/2019 Mungkinkah?

    61/97

    Hanni Ramsul

    61

    DENGAN perasaan terbuku, beg tangan dicampak ke sofa.

    Wajah suaminya direnung tajam. Geramnya masih belum

    hilang. Rasa sakit hatinya juga masih bersarang di jiwa.

    Kebahagiaan alam perkahwinan kali keduanya dirasakan kian

    menghilang. Wajah sebenar lelaki yang baru dikahwininya

    ini, bagaikan mula tersingkap. Hilang sudah Radhi yang

    penyayang. Hilang sudah Radhi yang cukup melindungi.

    Kenapa ni? Tiba- tiba nak marah-marah ni?

    Azilah tergelak besar. Merenung wajah Radhidengan pandangan tidak percaya. Mustahil lelaki itu tidak

    tahu punca kemarahannya. Atau lelaki itu sengaja mahu

    membangkitkan lagi gelora marahnya?

    Kenapa? Abang boleh tanya kenapa? Jelas-jelas

    depan mata Azie abang tengok bekas isteri abang macam nak

    telan, abang tanya kenapa? Depan-depan Azie abang bolehpergi ke meja dia, abang tanya kenapa? Abang cemburu ya?

    Cemburu dengan bekas isteri abang tu? Masih sayangkan dia?

    Kalau masih sayangkan dia, kenapa kahwin dengan Azie?!

    Kenapa ceraikan dia?!

    Radhi menjeling sekilas. Perlahan bergerak ke

    jendela. Malas mahu melayan emosi Azilah. Rasa geram

    melihat Arisa bersama-sama dengan majikannya di restoransebentar tadi, masih membekas di hati. Sakit hatinya tatkala

    melihat bibir Arisa tersenyum manis.

    Kenapa pulak tu? Termenung macam orang gila

    talak? Dah gila talak? Dah habis duit perempuan tu, tiba-tiba

    teringat balik kat perempuan tu?! Kata perempuan tu main

    kayu tiga, tapi yang abang macam terhegeh-hegeh pulakni,

    kenapa?!

    Soalan Azilah yang separuh menjerit mula

    membingitkan telinganya. Mula mengganggu emosinya. Mula

  • 7/22/2019 Mungkinkah?

    62/97

    Mungkinkah?

    62

    membangkitkan rasa marahnya. Jangan buat abang

    marah.

    Kenapa? Tercabar? Tak betul apa Azie cakap? Abang

    ni memang tak guna, kan? Entah-entah abang sengaja tuduh

    bekas isteri abang tu curang tak?

    Diam aku kata diam. Jangan sampai tangan aku

    naik ke muka.

    Jangan harap Azie nak diam. Abang kahwin dengan

    Azie, habiskan duit Azie. Konon janji nak bayar bila dapat

    duit dari bekas isteri abang tu! Dapat duit, satu sen pun tak

    bayar duit Azie! Azie diamkan sebab Azie sayangkan abang.

    Tapi sekarang ni, bila dah ada hati nak renung-renung bekas

    isteri, abang memang saja nak cari pasal dengan Azie la. Nak

    berbaik dengan bekas isteri abang tu? Ingat Azie ni tunggul?

    Ingat Azie ni bodoh?!Perlahan Radhi menghela nafas panjang sambil

    menggosok tengkuknya. Mulai rimas dengan leteran yang

    seakan-akan mahu berlarutan itu.

    Aku nak keluar. Akhirnya dia bersuara perlahan.

    Langkah diayun menuju ke pintu. Tidak mahu berlama

    mendengar omelan itu. Lebih baik dia mencari tempat yang

    tenang untuk dia fikirkan tentang Arisa. Masih ada yang

    boleh dia harapkan daripada Arisa.

    Ke mana?! Nak berjudi? Lepas kalah, balik minta

    duit Azie?! Malulah sikit. Abang tu lelaki. Sepatutnya abang

    tanggung Azie, bukan Azie yang tanggung abang! Azilah

    menjerit marah. Tercabar dengan sikap acuh tidak acuh

    Radhi. Jeritannya itu berjaya membuat Radhi berpaling kearahnya. Merenung tajam wajahnya.

    Langkah Radhi yang pantas merapatinya, membuat

    dia sedikit kecut.

  • 7/22/2019 Mungkinkah?

    63/97

    Hanni R