mpu 12121: bab 5 komunikasi lisan

35
BAB 5 KOMUNIKASI LISAN

Upload: zulhana-zulkifle

Post on 15-Jan-2017

227 views

Category:

Education


15 download

TRANSCRIPT

Page 1: MPU 12121: Bab 5 KOMUNIKASI LISAN

BAB 5

KOMUNIKASI LISAN

Page 2: MPU 12121: Bab 5 KOMUNIKASI LISAN

• AMALI 5%– Ucapan

– Syarahan

– Temuramah

– Pengacaraan Majlis

– Pidato

– Forum

– Bahas

– Pengendalian Mesyuarat

Page 3: MPU 12121: Bab 5 KOMUNIKASI LISAN

KOMUNIKASI LISAN

• Komunikasi langsung oleh dua atau lebih

individu.

• Menggunakan percakapan untuk

menyampaikan maklumat kepada

penerima.

Page 4: MPU 12121: Bab 5 KOMUNIKASI LISAN

UCAPAN

• Adalah salah satu cara komunikasi untuk menyampaikan

sesuatu maklumat.

• Empat unsur penting dalam ucapan:

– idea pokok yang diperkatakan dalam ucapan

– gaya atau bahasa yang digunakan oleh penyampai,

– pengolahan idea penyampai ucapan

– kebolehan penyampai memberikan ucapan berdasarkan

ingatannya.

• Antara bentuk pengucapan ialah pidato, ceramah,

seminar, syarahan, dialog, debat dan sebagainya yang

melibatkan pengucapan di hadapan khalayak.

Page 5: MPU 12121: Bab 5 KOMUNIKASI LISAN

Ciri-ciri Ucapan

• Berlaku di tempat awam:

• Melibatkan bilangan sasaran yang ramai

• Interaksi antara sumber dengan penerima

maklumat adalah rendah

• Biasanya interaksi antara penceramah dan

pendengar dilakukan pada sesi soal jawab.

Page 6: MPU 12121: Bab 5 KOMUNIKASI LISAN

Pengucapan Berkesan

• Persediaan untuk menyesuaikan diri dengan

khalayak ramai.

• Memberi perhatian kepada maklum balas

pendengar.

• Menjawab atau mengupas persoalan yang

dikemukakan.

• Fahami tahap kefahaman pendengar terhadap

tajuk yang disampaikan.

Page 7: MPU 12121: Bab 5 KOMUNIKASI LISAN

SYARAHAN

• Pengucapan yang disampaikan secara individu

kepada khalayak ramai tentang sesuatu tajuk.

• Komunikasi sehala.

• Tujuan syarahan adalah untuk meyakinkan

pendengarnya tentang apa yang ingin

disampaikan.

• Beza ucapan dengan syarahan ialah ucapan

lebih bersifat umum, syarahan pula lebih fokus

pada matlamatnya.

Page 8: MPU 12121: Bab 5 KOMUNIKASI LISAN

Tujuan Syarahan

• Memberi penerangan tentang sesuatu tajuk, isu atau

persoalan yang telah diketahui sebelumnya.

• Memberi tahu tentang sesuatu yang baru tapi menarik

seperti peristiwa atau hal ehwal semasa yang menarik

atau penting untuk diketahui.

• Memberi keyakinan kepada pendengar tentang isu yang

ingin disampaikan.

• Mempengaruhi pendengar supaya memberi perhatian

serius terhadap isu-isu yang disampaikan.

Page 9: MPU 12121: Bab 5 KOMUNIKASI LISAN

Format Syarahan

• Pembuka kata: Kata-kata aluan kepada

pendengar atau penonton.

• Pendahuluan: Pengenalan/ Definisi kepada tajuk

atau isu yang ingin disampaikan.

• Isi atau amanat: Huraian tajuk.

• Penutup kepada isi: Ringkasan umum terhadap

tajuk yang disampaikan.

• Penutup kepada syarahan: merakamkan

penghargaannya kepada pihak pendengar dan

penganjur majlis.

Page 10: MPU 12121: Bab 5 KOMUNIKASI LISAN

TEMU RAMAH

• Proses komunikasi dua hala yang formal dan

secara terancang.

• Proses asas dalam temu ramah adalah menyoal

dan menjawab.

• Tujuan temu ramah adalah untuk mendapatkan

maklumat. Oleh itu, temu ramah selalunya

adalah berdasarkan suatu tajuk, isu atau

persoalan yang telah ditetapkan terlebih dahulu..

Page 11: MPU 12121: Bab 5 KOMUNIKASI LISAN

Ciri-ciri Temu ramah

1. Mempunyai objektif mendapatkan maklumat.

2. Mempunyai orang yang menyoal.

3. Mempunyai orang yang ditanya.

4. Bersifat dialog.

5. Berbentuk soal-jawab.

Page 12: MPU 12121: Bab 5 KOMUNIKASI LISAN

Format temu ramah

• Pendahuluan: Orang yang menemu ramah akan

memulakan majlis dengan kata-kata aluan atau

ucapan aluan.

• Isi: Penemu ramah memulakan dialog dengan

orang yang ditemu ramahnya. Penemu ramah

mengemukakan soalan mengikut turutan.

• Penutup: Penemu ramah membuat ulasan

tentang temu ramah.

Page 13: MPU 12121: Bab 5 KOMUNIKASI LISAN

PENGACARAAN MAJLIS

• Pengendalian sesuatu majlis dari awal hingga

akhir.

• Majlis yang dimaksudkan di sini adalah majlis-

majlis rasmi dan memerlukan pengacaraan yang

teratur dan kemas.

• Pengacaraan yang baik akan menjamin

kelangsungan majlis-majlis rasmi tanpa

gangguan atau kecacatan.

• Orang yang mengendalikan majlis-majlis ini

dinamakan pengacara atau juruacara.

Pengacara boleh jadi seorang atau lebih.

Page 14: MPU 12121: Bab 5 KOMUNIKASI LISAN

CIRI-CIRI PENGACARAAN

MAJLIS

• Aturcara majlis: Jadual pelbagai acara yang

telah ditetapkan untuk dilaksanakan dalam

sesuatu majlis. Ia merupakan urutan acara

dalam sesebuah majlis dari mula hingga akhir.

• Aturcara pentadbiran: Aturcara majlis yang

ditulis secara terperinci untuk sesuatu majlis

rasmi.

• Pengacara : orang yang mengacarakan

sesuatu majlis.

Page 15: MPU 12121: Bab 5 KOMUNIKASI LISAN

Contoh Acara Majlis:

Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang

Aturcara Majlis

8.30 pagi : Pelajar mengambil tempat masing-masing di dewan

8.40 pagi : Ketibaan para jemputan

8.50 pagi : Ketibaan Yang Berbahagia Datuk Ali bin Abu, Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Jabatan

Pendidikan Wilayah Persekutuan

9.00 pagi : Ucapan alu-aluan Pengetua Sekolah, Puan Hendon binti Marzuki.

9.15 pagi : Ucapan perasmian oleh Yang Berbahagia Datuk Ali bin Abu

9.30 pagi : Penyampaian hadiah:

- Anugerah Pelajar Terbaik PMR

- Anugerah pelajar Terbaik SPM

- Anugerah Pelajar Terbaik STPM

10.00 pagi : Persembahan nasyid

10.30 pagi : Jamuan Ringan

11.15 pagi : Majlis Bersurai

Page 16: MPU 12121: Bab 5 KOMUNIKASI LISAN

Tarikh dan waktu Perkara Tindakan

26 Ogos 2010

5.00 ptg

6.00 ptg

Tindakan sebelum untuk menetapkan

tempat letak kenderaan dan bas.

Pelekat untuk bas / kenderaan

a) Pasukan / peserta / petugas

bertolak dari sekolah masing-

masing

b) Memaklumkan tempat

bersembahyang kepada peserta

Urus Setia / Sekolah berkenaan

5.30 ptg Pendaftaran semua pasukan untuk

Latihan Penyesuaian Gelanggang

Jawatankuasa Teknik Pendaftaran

6.00 ptg a) Menandakan kawasan pertandingan

b) Menandakan pentas / tempat duduk

tetamu

c) Menandakan khemah hakim

d) Menandakan tempat penyampaian

hadiah

e) Tempat khemah pasukan-pasukan

f) Khemah uruseria

Jawatankuasa Teknik Pendaftaran

Aturcara Pentadbiran

Page 17: MPU 12121: Bab 5 KOMUNIKASI LISAN

PIDATO

• Ucapan yang disampaikan di khalayak ramai

untuk menghuraikan dan menjelaskan tentang

sesuatu tajuk atau persoalan.

• Komunikasi sehala.

• Pendapat atau pandangan dalam sesuatu pidato

adalah intipati pidato . Oleh itu kemahiran

melahirkan pendapat adalah penting.

Page 18: MPU 12121: Bab 5 KOMUNIKASI LISAN

TUJUAN PIDATO

• Memberi penerangan tentang sesuatu tajuk

kepada pendengar.

• Memaklumkan tentang sesuatu yang baru

kepada pendengar.

• Meyakinkan pendengar tentang pendirian

pemidato terhadap sesuatu persoalan.

• Mempengaruhi pendengar supaya memberi

perhatian serius terhadap sesuatu perkara.

Page 19: MPU 12121: Bab 5 KOMUNIKASI LISAN

TEKS PIDATO

• Binaan teks pidato terdiri daripada 5 bahagian:

i. Pembuka kata: Pada bahagian ini pemidato

memberi penghargaan kepada pihak yang

menjemputnya untuk menyampaikan pidato dan

juga penghargaan kepada para hadirin yang

datang.

ii. Menarik minat dan membina keyakinan pendengar:

Ini ialah bahagian permulaan pidato. Pemidato

memulakan pidatonya dengan memberi penjelasan

tentang tajuk pidato.

Page 20: MPU 12121: Bab 5 KOMUNIKASI LISAN

TEKS PIDATO

iii) Isi: Bahagian paling penting dalam pidato. Segala

persoalan dikupas dengan sebaik-baiknya dalam

bahagian ini.

iv) Penutup kepada isi: Bahagian penutup kepada

segala persoalan yang telah dipidatokan tadi. Ini

bukanlah penutup pidato, tetapi adalah penutup

kepada isi pidato sahaja.

v) Penutup kepada pidato: Penutup kepada seluruh

pidato. Pemidato akan merakamkan penghargaan

kepada beberapa pihak termasuk pihak penganjur,

jawatankuasa yang terlibat, tetamu keutamaan jika

ada, dan juga kepada para hadirin.

Page 21: MPU 12121: Bab 5 KOMUNIKASI LISAN

FORUM

• Majlis perbincangan mengenai sesuatu perkara

dan persoalan.

• Khalayak bertukar-tukar pandangan/pendapat

dengan penceramah.

• Lazimnya terdapat 3 @ 4 penceramah

• Bentuk forum:

– Forum Panel

– Forum Simposium

– Forum Kuliah

– Forum Bahas

– Forum Temu ramah

Page 22: MPU 12121: Bab 5 KOMUNIKASI LISAN

BAHAS

• Mengikut Asmah Haji Omar (1996:1),

perbahasan adalah semua kegiatan interaksi

bahasa yang melibatkan adanya perbincangan

yang ditimbulkan oleh wujudnya konflik antara

orang yang mengambil bahagian.

• Perbahasan meliputi perbincangan biasa,

perdebatan antara pasukan, mesyuarat formal,

perundingan, seminar, persidangan, muzakarah,

perbahasan parlimen, dan wacana ilmiah.

Page 23: MPU 12121: Bab 5 KOMUNIKASI LISAN

Ciri-ciri Perbahasan

1. Penggunaan ayat: menggunakan ayat yang

susunannya jelas.

2. Pemilihan perkataan: kata-kata yang

digunakan dalam perbahasan mestilah tepat

dengan maksud yang ingin disampaikan.

3. Penyebutan: disarankan menggunakan

sebutan baku dan lagu bahasa atau rentak

yang lazim digunakan semasa orang bercakap

atau berbincang.

Page 24: MPU 12121: Bab 5 KOMUNIKASI LISAN

4. Kehalusan bahasa: ciri yang memperlihatkan

kesopanan dan kesantunan berbahasa semasa

menyampaikan hujah. Kehalusan bahasa tidak

sahaja terletak pada penggunaan ayat yang

teratur tetapi terletak pada pemilihan kata atau

ungkapan yang tidak menyinggung perasaan.

5. Penyampaian hujah: merupakan proses

pembentukan dan pengeluaran buah fikiran,

dan proses ini sebahagian besarnya bergantung

kepada penguasaan bahasa.

Page 25: MPU 12121: Bab 5 KOMUNIKASI LISAN

6. Gerak laku: dimaksudkan dengan peraturan

paralinguistik yang sesuai dalam konteks

budaya sesuatu masyarakat bahasa.

7. Maklumat bersama, maklumat inti dan

maklumat tambahan: merupakan jenis

maklumat yang disampaikan atau diperoleh

melalui perbahasan.

Page 26: MPU 12121: Bab 5 KOMUNIKASI LISAN

PENGENDALIAN MESYUARAT

• Perundingan untuk membincangkan sesuatu,

atau mencapai sesuatu keputusan.

• Mesyuarat agung ialah perundingan besar oleh

sesuatu badan, persatuan, syarikat atau

organisasi.

• Permesyuaratan ialah perihal bermesyuarat.

• Minit mesyuarat ialah catatan berkenaan apa

yang telah dibincangkan atau dipersetujui dalam

mesyuarat.

Page 27: MPU 12121: Bab 5 KOMUNIKASI LISAN

Peranan Pengerusi

• Pengerusi mesyuarat ialah orang yang mengendalikan

sesuatu mesyuarat.

• Kuasa pengerusi adalah mengatasi kuasa semua orang

lain yang hadir dalam sesuatu mesyuarat. Keputusan

pengerusi tentang tatacara mesyuarat adalah

muktamad.

• Pengerusi akan memulakan mesyuarat dengan

mengalu-alukan kedatangan semua orang. Pengerusi

akan mengarahkan seorang setiausaha untuk mencatat

segala perjalanan mesyuarat. Pada akhir mesyuarat,

pengerusi akan menangguhkan mesyuarat ke suatu

masa yang ditentukan.

Page 28: MPU 12121: Bab 5 KOMUNIKASI LISAN

Peranan Setiausaha

• Setiausaha memainkan peranan sebelum

mesyuarat bermula, semasa mesyuarat

dijalankan dan selepas mesyuarat tamat.

• Setiausaha akan memanggil semua anggota

mesyuarat melalui surat atau memo.

• Setiausaha akan menyediakan agenda-agenda

mesyuarat bersama-sama pengerusi.

• Setiausaha juga perlu menyediakan minit

mesyuarat sebelumnya untuk dibentangkan dan

diluluskan oleh anggota mesyuarat.

Page 29: MPU 12121: Bab 5 KOMUNIKASI LISAN

• Semasa mesyuarat sedang dijalankan,

setiausaha mencatatkan segala perjalanan

mesyuarat.

• Setiausaha perlu mencatat minit mesyuarat

dengan ringkas tetapi tepat.

• Selepas mesyuarat, setiausaha perlu

menyiapkan minit mesyuarat untuk dibawa pada

mesyuarat yang seterusnya

Page 30: MPU 12121: Bab 5 KOMUNIKASI LISAN

Perjalanan Mesyuarat

• Pengerusi akan mengalu-alukan kedatangan

semua ahli mesyuarat.

• Pengerusi akan membacakan agenda

mesyuarat.

• Ahli mesyuarat akan meneliti minit mesyuarat

sebelumnya satu halaman demi satu halaman.

• Pengerusi akan meminta salah seorang

daripada ahli mesyuarat mencadangkan agar

minit mesyuarat tersebut diluluskan.

Page 31: MPU 12121: Bab 5 KOMUNIKASI LISAN

• Seorang ahli mesyuarat akan mencadangkan agar

minit mesyuarat tersebut diluluskan dan seorang

lagi ahli mesyuarat akan menyokong cadangan

tersebut.

• Sekiranya tiada bangkangan, pengerusi akan

mengisytiharkan yang minit mesyuarat tersebut

diluluskan.

• Pengerusi akan memulakan mesyuarat mengikut

agenda yang telah ditetapkan, dari agenda pertama

hinggalah ke agenda yang terakhir.

• Setiausaha mesyuarat akan mencatatkan segala

butiran mesyuarat.

• Bahagian akhir mesyuarat adalah hal-hal

berbangkit.

Page 32: MPU 12121: Bab 5 KOMUNIKASI LISAN

Minit Mesyuarat

• Catatan segala butiran mesyuarat.

• Tugas mencatat ini dilakukan oleh setiausaha

mesyuarat.

• Secara amnya, apa yang menjadi minit

mesyuarat ialah segala butiran perbincangan

dan keputusan yang diambil.

• Minit mesyuarat mestilah lengkap, jelas dan

menepati apa yang dimesyuaratkan.

Page 33: MPU 12121: Bab 5 KOMUNIKASI LISAN

Penulisan Minit Mesyuarat

• Butiran tentang mesyuarat: nama mesyuarat

tersebut, bilangan kali mesyuarat itu diadakan,

tarikh mesyuarat, masa mesyuarat dan tempat

diadakan mesyuarat.

• Dokumen: bahan-bahan yang perlu disediakan

untuk perbincangan utama.

• Senarai kehadiran :Senarai ahli mesyuarat yang

hadir berserta dengan jawatan mereka dalam

organisasi. Senarai yang tidak hadir juga

dicatatkan berserta alasan ketidakhadiran

mereka.

Page 34: MPU 12121: Bab 5 KOMUNIKASI LISAN

• Agenda: Perkara-perkara yang ingin

dibincangkan dalam mesyuarat.

• Isi minit mesyuarat:

– Senarai kehadiran/ ketidakhadiran

– Kata-kata aluan pengerusi majlis

– Perkara-perkara berbangkit

– Agenda-agenda

– Ucapan penutup pengerusi majlis

– Penangguhan mesyuarat

• Contoh minit mesyuarat:

http://www.saaid.org.my/v2/editorial/MinitMesyuara

t(290603).htm

Page 35: MPU 12121: Bab 5 KOMUNIKASI LISAN

AMALI 1