morfo 2

13
1.0. Konsep Kata Bantu Menurut Nik Safiah Karim et.al. kata bantu ialah bentuk kata yang bertugas menambahkan makna pada frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama dengan menimbulkan makna tambahan dari segi waktu atau ragam (2008:590). Menurut Asmah Haji Omar pula, kata bantu ialah kata kerja yang “membantu” kata kerja leksikal dalam memberi ciri aspek atau modalitas (1986:105). Namun begitu, Asmah tidak menggelarkan kata bantu tetapi ia menamakannya sebagai kata kerja bantu. 2.0. Jenis Kata Bantu Kata bantu terbahagi kepada dua. Iaitu: i. Kata bantu aspek. ii. Kata bantu ragam. 2.1. Kata Bantu Aspek 2.1.1. Jenis Kata Bantu Aspek Menurut Nik Safiah Karim Kata bantu aspek menurut Nik Safiah Karim et.al. ialah kata bantu yang menyatakan atau menerangkan sesuatu perbuatan dari segi masa, sama ada belum, sedang atau sudah dilakukan. Contoh kata bantu aspek adalah seperti berikut: 1

Upload: ct-awer-yusoh

Post on 14-Feb-2016

221 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

kn

TRANSCRIPT

Page 1: morfo 2

1.0. Konsep Kata Bantu

Menurut Nik Safiah Karim et.al. kata bantu ialah bentuk kata yang bertugas

menambahkan makna pada frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama dengan

menimbulkan makna tambahan dari segi waktu atau ragam (2008:590). Menurut Asmah Haji

Omar pula, kata bantu ialah kata kerja yang “membantu” kata kerja leksikal dalam memberi

ciri aspek atau modalitas (1986:105). Namun begitu, Asmah tidak menggelarkan kata bantu

tetapi ia menamakannya sebagai kata kerja bantu.

2.0. Jenis Kata Bantu

Kata bantu terbahagi kepada dua. Iaitu:

i. Kata bantu aspek.

ii. Kata bantu ragam.

2.1. Kata Bantu Aspek

2.1.1. Jenis Kata Bantu Aspek Menurut Nik Safiah Karim

Kata bantu aspek menurut Nik Safiah Karim et.al. ialah kata bantu yang

menyatakan atau menerangkan sesuatu perbuatan dari segi masa, sama ada

belum, sedang atau sudah dilakukan. Contoh kata bantu aspek adalah seperti

berikut:

akan belum pernah

sedang masih baru

sudah telah mula

Akan dan belum menunjukkan perbuatan yang belum dilakukan. Contohnya

dalam ayat berikut:

i. Saya akan membasuh baju itu.

ii. Kawan saya belum sampai lagi.

1

Page 2: morfo 2

Mula, sedang dan masih menerangkan bahawa sesuatu perbuatan itu mula,

sedang atau belum selesai dilakukan. Contohnya pada ayat berikut:

i. Bas itu mula bergerak.

ii. Kawasan Kuala Besut sedang mengadakan pilihan raya.

iii. Pagi itu saya masih berada di rumah.

Baru, sudah, telah dan pernah menerangkan bahawa sesuatu perbuatan itu baru

atau sudah selesai dilaksanakan. Contohnya pada ayat berikut:

i. Ayah baru pulang beberapa jam tadi.

ii. Kakak sudah pulang semula ke kolej.

iii. Pak Abu telah pergi menunaikan haji beberapa hari yang lalu.

iv. Cikgu Ali pernah mengajar di sini dua tahun yang lalu.

2.1.2. Jenis Kata Bantu Aspek Menurut Asmah Haji Omar

Menurut Asmah Haji Omar, kata kerja aspek merujuk kepada proses perbuatan

atau keadaan sama ada belum, masih atau selesai berlaku. Antara contoh kata

bantu aspek ialah:

sudah telah pernah

sedang masih tengah

belum akan

Sudah menunjuk kepada keadaan atau perbuatan yang sudah berlaku dan sudah

selesai. Contohnya pada ayat berikut:

i. Saya sudah menghantar surat itu.

ii. Adik sudah bersansur pulih.

Telah merujuk kepada perbuatan atau keadaan dalam masa yang lampau, tetapi

perbuatan atau keadaan itu boleh jadi selesai atau sebaliknya. Telah biasanya

merujuk kepada masa lampau yang tertentu. Selain itu, telah hanya digunakan

dalam bahasa tulisan. Contoh ayat yang menggunakan perkataan telah ialah:

i. Saya telah membuat kerja itu dari tadi tapi masih belum siap lagi.

2

Page 3: morfo 2

ii. Saya telah merawat luka kecil di kaki adik.

Pernah merujuk kepada perbuatan atau keadaan yang berlaku dalam jangka

masa tertentu dalam masa lampau. Perbuatan atau keadaan pada masa lampau

yang dirujuk juga telah selesai. Contoh penggunaannya pada ayat berikut:

i. Saya kenal orang itu. Dia pernah berniaga di pasar ini tidak lama dahulu.

ii. Dia bercerita tentang keindahan Gunung Ledang dan dia pernah

mendakinya.

Sedang merujuk kepada perbuatan yang terus berlangsung dan belum selesai.

Contohnya pada ayat berikut:

i. Jangan bising, ayah sedang tidur.

ii. Saya nampak dia di jalan tadi. Dia sedang menuju ke pejabat pos.

Masih merujuk kepada perbuatan, keadaan dan sifat yang berlangsung dan

belum selesai. Masih juga merujuk kepada peralihan waktu antara dua

perbuatan atau keadaan. Contohnya pada ayat berikut:

i. Kawan-kawannya sudah pulang tetapi dia masih bermain di padang.

ii. Walaupun Pak Ali sudah tua tetapi matanya masih terang.

Tengah hanya digunakan dalam bahasa lisan untuk sedang. Contohnya pada

ayat berikut:

i. Dia tengah makan waktu kita tiba.

ii. Saya tengah baca buku, tiba-tiba saya dengar pintu diketuk orang.

Belum merujuk kepada perbuatan, keadaan atau sifat yang tidak pernah berlaku.

Selain itu, belum juga mengandungi ciri nafian. Contohnya pada ayat berikut:

i. Ali belum pulang dari sekolah.

ii. Ayam yang dilanggar kereta itu belum mati.

3

Page 4: morfo 2

Kata bantu aspek akan juga merujuk kepada perbuatan, keadaan atau sifat yang

tidak pernah berlaku sampai saat dilakukannya. Akan juga mempunyai

komponen makna “kehendak”. Contohnya pada ayat berikut:

i. Alif akan menyambut hari lahirnya tidak lama lagi.

ii. Perdana Menteri akan tiba lima minit sebelum majlis bermula.

2.2. Kata Bantu Ragam

2.2.1. Jenis Kata Bantu Ragam Menurut Nik Safiah Karim

Menurut Nik Safiah Karim, kata bantu ragam ialah kata bantu yang menyatakan

atau menerangkan ragam perasaan yang berkaitan dengan perbuatan yang

dilakukan. Antara contoh kata bantu ragam adalah seperti berikut:

hendak mesti patut

mahu boleh mungkin

harus dapat enggan

Contoh penggunaan kata bantu dalam ayat:

i. Zarul hendak pergi ke bandar.

ii. Adik mahu mandi di sungai.

iii. Saya harus datang awal esok.

iv. Untuk berjaya kamu mesti belajar bersungguh-sungguh.

v. Sesiapa saja boleh menyertai program itu.

vi. Adik tidak dapat tidur dengan selesa kerana demam.

vii. Saya hendak pulang sebelum maghrib bertandang.

viii. Artis itu enggan mengulas lanjut mengenai khabar angin yang melanda

mereka.

4

Page 5: morfo 2

2.2.2. Jenis Kata Bantu Ragam Menurut Asmah Haji Omar

Asmah Haji Omar menggelarkan kata bantu ragam sebagai kata kerja modalitas.

Menurut beliau, kata kerja modalitas ialah kata yang membantu dalam memberi

ciri “suasana” kepada perbuatan atau keadaan yang dirujuk oleh kata kerja

leksikal. Antara kata bantu ragam adalah seperti berikut:

mahu hendak boleh dapat mesti

wajib harus mungkin enggan perlu

Mahu dan hendak merujuk kepada rasa “kehendak” akan perbuatan yang belum

berlaku. Contohnya pada ayat berikut:

i. Saya hendak tidur kerana saya sudah mengantuk.

Saya mahu tidur kerana saya sudah mengantuk.

ii. Keretanya sudah tua, sebab itulah dia hendak membeli yang baru.

Keretanya sudah tua, sebab itulah dia mahu membeli yang baru.

Kata kerja modalitas boleh mempunyai komponen makna keupayaan dan juga

keizinan. Contoh penggunaannya dalam ayat ialah:

i. Anak saya sudah boleh berjalan. (keupayaan)

ii. Kita tidak boleh berniat jahat. (keizinan)

Kata kerja modalitas dapat hanya mempunyai komponen makna keupayaan.

Contohnya pada ayat berikut:

i. Disebabkan hujan, saya tidak dapat hadir ke perjumpaan itu.

ii. Saya sudah dapatkan apa yang saya mahu.

Kata kerja modalitas mesti, wajib dan harus merujuk kepada kemestian dan

boleh bertukar ganti antara satu sama lain. Contohnya dapat dilihat dalam ayat

berikut:

i. Saya mesti berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keputusan

yang cemerlang.

ii. Umat Islam wajib menunaikan solat lima waktu.

5

Page 6: morfo 2

iii. Mereka harus bergerak awal untuk mengelakkan kesesakan.

Kata kerja mungkin mengandungi dua komponen makna, iaitu “kemungkinan”

dan “kebarangkalian”. Contohnya pada ayat berikut:

i. Disebabkan jarak rumahnya jauh, dia tidak mungkin akan sampai awal.

(kemungkinan)

ii. Tetamu kehormat mungkin akan sampai awal beberapa minit sebelum

majlis bermula. (kebarangkalian)

Kata kerja modalitas enggan membawa maksud tidak mahu. Contoh

penggunaannya pada ayat berikut:

i. Dia enggan menonjolkan diri pada hari orientasi.

ii. Kami enggan menerima makanan yang haram.

Kata kerja modalitas perlu merujuk kepada “keperluan” atau “mustahaknya”.

Contohnya dapat dilihat pada ayat berikut:

i. Saya tidak perlu hadir di mesyuarat itu.

ii. Kamu perlu mengisi boring itu dahulu.

3.0. Dapatan Perbincangan

3.1. Persamaan

3.1.1. Pembahagian Jenis Kata Bantu

Asmah Haji Omar dan Nik Safiah Karim et.al. membahagikan kata bantu

kepada dua jenis. Menurut Asmah Haji Omar, dengan itu maka ada dua

subgolongan untuk kata kerja bantu, iaitu kata kerja aspek dan kata kerja

modalitas (1986:105). Menurut Nik Safiah Karim, terdapat dua jenis kata bantu

dalam bahasa Melayu, iaitu kata bantu aspek dan kata bantu ragam (2008:471).

6

Page 7: morfo 2

3.1.2. Konsep Kata Bantu Aspek

Asmah Haji Omar dan Nik Safiah Karim memberikan definisi yang sama

mengenai konsep kata bantu aspek. Menurut Asmah Haji Omar, kata kerja

aspek merujuk kepada proses perbuatan atau keadaan sama ada belum, masih

atau selesai berlaku (1986:105). Menurut Nik Safiah Karim pula, kata bantu

aspek ialah kata bantu yang menyatakan atau menerangkan sesuatu perbuatan

dari segi masa, sama ada belum, sedang atau sudah dilakukan (2008:472).

3.2. Perbezaan

3.2.1. Pemberian Nama Kata Bantu

Asmah Haji Omar menyebut nama kata bantu sebagai kata kerja bantu.

Menurut beliau, kata kerja bantu adalah kata kerja yang “membantu” kata kerja

leksikal dalam memberi ciri aspek atau modalitas (1986:105).

Nik Safiah Karim et.al. mengekalkan sebutan kata bantu sebagai kata

bantu. Menurut beliau, kata bantu ialah bentuk kata yang bertugas

menambahkan makna pada frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama

dengan menimbulkan makna tambahan dari segi waktu atau ragam (2008:590).

Asmah Haji Omar menamakan kata bantu aspek sebagai kata kerja aspek.

Kata kerja aspek merujuk kepada proses perbuatan atau keadaan sama ada

belum, masih atau selesai berlaku (1986:105).

Nik Safiah Karim menggunakan nama kata bantu aspek sebagai kata bantu

aspek. Kata bantu aspek ialah kata bantu yang menyatakan atau menerangkan

sesuatu perbuatan dari segi masa, sama ada belum, sedang atau sudah dilakukan

(2008:472).

Selain itu, Asmah Haji Omar juga menamakan kata bantu ragam sebagai

kata kerja modalitas. Kata kerja modalitas membantu dalam memberi ciri

“suasana” kepada perbuatan atau keadaan yang dirujuk oleh kata kerja leksikal

(1986:111).

7

Page 8: morfo 2

Nik Safiah Karim menggunakan kata bantu ragam kekal sebagai kata

bantu ragam. Kata bantu ragam ialah kata bantu yang menyatakan atau

menerangkan ragam perasaan yang berkaitan dengan perbuatan yang dilakukan

(2008:472).

3.2.2. Bilangan Kata Bantu Aspek

Asmah Haji Omar hanya menyatakan bahawa terdapat lapan jenis kata

bantu aspek. Kata bantu aspek atau kata kerja modalitas itu ialah sudah, telah,

pernah, sedang, masih, tengah, belum dan akan.

Nik Safiah Karim pula menyatakan, kata terdapat sembilan jenis kata

bantu aspek. Iaitu akan, belum, pernah, sedang, masih, baru, sudah, telah dan

mula.

Pada penjelasan Nik Safiah Karim, terdapat kata bantu aspek mula, namun

ia tidak wujud pada penjelasan Asmah Haji Omar.

4.0. Kesimpulan

Kata bantu merupakan kata yang memberikan makna dari segi masa atau ragam dan

menjadi pelengkap makna bagi sesebuah ayat. Dalam masa yang sama juga, tidak boleh

wujud kekeliruan antara kedua-dua kata bantu ini. Kekeliruan yang dimaksudkan ialah

penukaran daripada penggunaannya, seperti kata bantu aspek menjadi kata bantu ragam dan

begitu juga sebaliknya.

Kesilapan penggunaan jenis kata bantu menyebabkan ayat yang dihasilkan tidak

gramatis. Oleh itu, sebagai seorang pelajar bahasa, bakal guru bahasa ataupun guru bahasa,

kita wajib menyelesaikan masalah kesilapan dalam penggunaan kata bantu ini. Dalam hal

ini, peranan yang besar perlu dimainkan oleh guru dan bakal guru tersebut.

8

Page 9: morfo 2

RUJUKAN

Ahmad Khair Mohd Nor. (2012). Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Asmah Haji Omar. (1986). Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hashim Haji Musa. (1993). Binaan dan Fungsi Perkataan dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Pelajar Edisi Kedua. (2008). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim et.al. (2008). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

9