makna esa dan mengesakan allah

14
1 1. MAKNA ESA MENURUT HUKUM ADAT Esa menurut hukum adat bermakna satu. Jika sebahagian zat atau anggota diambil, 1 maka tidak sempurna zat atau bahagian yang lain. Anggap dan jadikan diri sendiri sebagai contoh. Jika tidak ada tangan, maka tidak sempurna zat. Jika tidak ada jantung, maka tidak sempurna zat. Jika tidak ada roh maka tidak sempurna zat dan sebagainya. Semua anggota itu adalah dalam bentuk satu kesatuan yang TIDAK boleh dipisahkan. Justeru, jika sebahagian zat diambil, maka tidak sempurna zat atau bahagian yang lain. Apakah maksud tidak sempurna? “Tidak sempurna” bermaksud : i. Semua anggota, sama-sama bertanggungjawab pada zat yang satu. ii. Tidak ada bahagian anggota yang berdiri pada zat. iii. Cacat, iv. Sakit, atau v. Mati. Ingat semula hadith Nabi yang menerangkan makna esa. Mafhum hadith berkenaan ialah : ”orang mukmin itu ibarat satu jasad (diri)”. Kenapa ibarat satu jasad atau diri? Ini adalah kerana, jika tangan yang mencuri, bukan tangan sahaja yang dipenjarakan. Jika kaki yang menendang orang tanpa sebab, hingga patang tengkuk, bukan kaki sahaja yang mendapat hukuman. Jika sebelah tubuh sahaja yang boleh berfungsi, sebelah lagi bukan bermakna mati, ia sekadar tidak berfungsi. Jika tangan yang sebelah itu membuat dosa, tangan yang tidak berfungsi, tidak akan terlepas daripada menerima hukuman. Jika mulut dan hati sahaja yang berzikir, bukan mulut dan hati sahaja yang menerima ganjaran. Jika perut sahaja yang mengisar makanan, bukan perut sahaja yang menerima zat makanan, tetapi semua anggota tubuh. Jika jantung sahaja yang berhenti mengepam darah, bukan jantung sahaja yang mati, tetapi kesatuan semua zat pada diri yang satu. Jika diri sendiri (yakni keseluruhan anggota zahir dan batin) yang membuat kebaikan, bukan roh sahaja yang menerima pahala. Tetapi yang menerima balasan ialah kesatuan semua zat pada diri yang satu. Semua zat itulah yang bekerjasama dalam bentuk satu KESATUAN. 2 1 Anggota bermaksud, kelengkapan diri seperti pancaindera, jantung, hati, roh dan sebagainya. 2 Yakni semua anggota, tanpa ada yang dikecualikan. Tiada anggota yang menerima, lebih atau menerima kurang, menerima lambat atau menerima awal. Inilah bukti menunjukkan bahawasanya, roh dan jasad, anggota tubuh yang zahir atau yang batin adalah ESA pada adat. Dan inilah dalil akal yang menunjukkan bahawasanya, sifat, zat dan kelakuan Allah adalah ESA PADA AKAL.

Upload: lukman

Post on 04-Jul-2015

788 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Makna Esa Dan Mengesakan Allah

1

1. MAKNA ESA MENURUT HUKUM ADAT

Esa menurut hukum adat bermakna satu. Jika sebahagian zat atau anggota

diambil,1 maka tidak sempurna zat atau bahagian yang lain. Anggap dan jadikan diri

sendiri sebagai contoh. Jika tidak ada tangan, maka tidak sempurna zat. Jika tidak ada

jantung, maka tidak sempurna zat. Jika tidak ada roh maka tidak sempurna zat dan

sebagainya. Semua anggota itu adalah dalam bentuk satu kesatuan yang TIDAK boleh

dipisahkan. Justeru, jika sebahagian zat diambil, maka tidak sempurna zat atau bahagian

yang lain. Apakah maksud tidak sempurna? “Tidak sempurna” bermaksud :

i. Semua anggota, sama-sama bertanggungjawab pada zat yang satu. ii. Tidak ada bahagian anggota yang berdiri pada zat. iii. Cacat, iv. Sakit, atau v. Mati.

Ingat semula hadith Nabi yang menerangkan makna esa. Mafhum hadith

berkenaan ialah : ”orang mukmin itu ibarat satu jasad (diri)”.

Kenapa ibarat satu jasad atau diri? Ini adalah kerana, jika tangan yang mencuri,

bukan tangan sahaja yang dipenjarakan. Jika kaki yang menendang orang tanpa sebab,

hingga patang tengkuk, bukan kaki sahaja yang mendapat hukuman. Jika sebelah tubuh

sahaja yang boleh berfungsi, sebelah lagi bukan bermakna mati, ia sekadar tidak

berfungsi. Jika tangan yang sebelah itu membuat dosa, tangan yang tidak berfungsi,

tidak akan terlepas daripada menerima hukuman. Jika mulut dan hati sahaja yang

berzikir, bukan mulut dan hati sahaja yang menerima ganjaran. Jika perut sahaja yang

mengisar makanan, bukan perut sahaja yang menerima zat makanan, tetapi semua

anggota tubuh. Jika jantung sahaja yang berhenti mengepam darah, bukan jantung

sahaja yang mati, tetapi kesatuan semua zat pada diri yang satu. Jika diri sendiri (yakni

keseluruhan anggota zahir dan batin) yang membuat kebaikan, bukan roh sahaja yang menerima pahala. Tetapi yang menerima balasan ialah kesatuan semua zat pada diri yang satu. Semua zat itulah yang bekerjasama dalam bentuk satu KESATUAN.2

1 Anggota bermaksud, kelengkapan diri seperti pancaindera, jantung, hati, roh dan sebagainya. 2 Yakni semua anggota, tanpa ada yang dikecualikan. Tiada anggota yang menerima, lebih atau menerima kurang, menerima lambat atau menerima awal. Inilah bukti menunjukkan bahawasanya, roh dan jasad, anggota tubuh yang zahir atau yang batin adalah ESA pada adat. Dan inilah dalil akal yang menunjukkan bahawasanya, sifat, zat dan kelakuan Allah adalah ESA PADA AKAL.

Page 2: Makna Esa Dan Mengesakan Allah

2 2. MAKNA ESA MENURUT HUKUM AKAL

Makna esa menurut hukum akal : Mafhum bagi sifat-NYA, isim-NYA dan

perbuatan-NYA ialah Allah, bukan berlainan. Allah itulah yang Wujud, yang Qidam, yang Baqo hingga yang Mutakallimun.

Dalil akalnya :

Katalah ada seorang lelaki bernama Ali yang sedang mengaji.

Mafhum SIFATnya, NAMAnya dan PERBUATANnya ialah ALI.

Manusia Yang Menjadikan Alam Semesta

Nama Ali Allah

Sifat Lelaki Wujud, Qidam, Baqo,.. hingga Mutakallimum

Perbuatan Sedang

mengaji

Sedang memerhatikan perbuatan sekalian

hamba-Nya

Itulah dalil akal menunjukkan bahawasanya, mafhum bagi NAMA, SIFAT dan PERBUATAN adalah sama. Bukan merujuk kepada zat yang berlainan. Lelaki itu ialah

si Ali yang sedang mengaji. Yang kita lihat itulah zat si Ali. Dalil menunjukkan pada akal,

yang wujud, yang qidam, yang baqo hingga mutakallimun, itulah zat Allah yang sedang

memerhatikan semua perbuatan hamba-Nya. Yang Qidam, Yang Baqo, Yang

Mukholafatuhulilhawadith, Yang Qiyamuhubinafsih itulah Yang Wajib WUJUD dan Yang

Wahdaniah. Itulah juga Yang Qudrat, Yang Iradat hingga Yang Mutakallimun yang ESA

TIADA UMPAMA AKAN SESUATU.

Tetapi JANGAN pula dianggap, kita `sedang memikirkan zat Allah, atau sifat-Nya

atau perbuatan-Nya’ kerana Allah tidak seumpama dengan sesuatu. Justeru pengenal kepada Allah pun tidak seumpama dengan sesuatu yakni TIDAK SAMA DENGAN PENGENAL KEPADA SEBARANG MAKHLUK Sesiapa yang memikirkan

Allah bermakna menganggap Allah itu serupa dengan makhluk dan perbuatan itu

membatalkan makna esa. Mustahil akal manusia, mampu memikirkan semua itu.

Page 3: Makna Esa Dan Mengesakan Allah

3

Manusia hanya mampu memikirkan tanda atau dalil yang ada pada diri sendiri

sahaja, yang menunjukkan bahawa, mustahil Allah Ta’ala mempunyai persamaan dengan sebarang makhluk. Menurut hukum adat :

Jika A mempunyai persamaan dengan B, maka A seumpama dengan B.

Begitulah juga menurut hukum syara.‘ (Lihat, al-Baqarah ayat ke- 25).

Dalam ertikata lain, jika tidak ada persamaannya, maka mustahil ada yang seumpama dengan-Nya. Itulah dalil akal yang menunjukkan bahawa, mustahil akal

manusia mampu memikirkan zat Allah, atau sifat-Nya atau perbuatan-Nya. Juga ditegah

mengatakan : “zat Ali lain daripada sifatnya atau perbuatannya’. Ini adalah kerana ianya

membatalkan makna esa, yang membawa maksud,“zat Allah lain daripada sifat-Nya

atau perbuatan-Nya“.

Pengertian ayat tersebut adalah seperti berikut :

1. Manusia Pengertiannya Pada Adat

Ali (iaitu nama zat)

lain daripada sifatnya

(iaitu lelaki)

atau perbuatannya

(yang sedang mengaji)

Membatalkan makna esa kerana mafhum

zat, sifat dan perbuatan yang sedang

mengaji adalah sama

iaitu si Ali. Itulah makna

esa makhluk, tetapi berbilang-bilang.

2. Yang Menjadikan Alam Semesta Pengertiannya Pada Akal

Allah (iaitu nama zat)

lain daripada sifat-Nya

(iaitu Yang Wujud, Qidam, Baqo,..

hingga Mutakallimum)

atau perbuatan-Nya

(Yang sedang memerhatikan perbuatan

hamba-Nya)

Membatalkan makna esa kerana mafhum

zat, sifat dan perbuatan yang sedang

memerhatikan hamba-Nya, adalah sama iaitu Allah. Itulah makna Esa zat, sifat dan

perbuatan-Nya, tiada berbilang-bilang dan

tiada yang seumpama-Nya.

Page 4: Makna Esa Dan Mengesakan Allah

4

Dalam erti kata lain, perkataan “LAIN“ pada kalimah “lain sifat daripada zat“ adalah “membatalkan makna esa“ kerana “menduakan yang satu“.

Menurut hukum ADAT, perkataan “LAIN“ membawa makna DUA zat yang berbeza.

Menurut hukum AKAL pula, ia adalah mustahil. Perkataan itu bermaksud, Allah itu tidak

wujud, tidak qidam, tidak baqo hingga tidak mutakallimun, tidak ada kelakuan dan

sebagainya.

Menurut hukum SYARA‘ pula, Maha Suci Allah dan pengenal kepada-Nya daripada seumpama dengan sesuatu.

Perkataan “LAIN“ adalah mustahil pada akal dan dan pada syara‘, perkataan itu jatuh

kepada mengumpamakan Allah Ta’ala dengan makhluk seperti syurga dan neraka.3 Kita

tahu sifat syurga tetapi belum pernah dilihat.

Lihat maksud perkataan tersebut :

Ditegah Mengata Kerana Ia Bermaksud

Lain sifat daripada zat Lain Yang Maha Pemurah daripada Allah

Lain perbuatan daripada zat Lain Yang Menunjuki daripada Allah

Lain nama daripada zat Lain al-Malik daripada Allah

Mafhum bagi sifat-Nya, perbuatan-Nya dan nama-Nya adalah yang itu jua, iaitu

Allah, itulah makna esa. Allah itulah yang dipuji, yang menjadikan, yang Maha Pemurah,

yang Maha Penyayang, yang menguasai hari kiamat, yang di sembah, yang menjadi

tempat mengadu, yang memberi petunjuk dan sebagainya. Sesiapa yang tidak

mengesakan Allah Ta’ala, JELAS hukumnya terkeluar daripada Islam.

3 ”Kita TAHU sifat-sifat syurga berdasarkan hadith dan keterangan al-Quran tetapi keadaan zatnya yang sebenar-benarnya TIDAK DIKETAHUI kerana ....”. Itulah dalil akal yang menunjukkan perkataan sedemikian adalah ditegah dalam Islam.

Page 5: Makna Esa Dan Mengesakan Allah

5 3. MAKNA ESA MENURUT SYARA’

ESA menurut hukum syara’ bermakna SATU. Dalilnya ialah Firman Allah yang

bermaksud : Allah tiada menjadikan seorang mempunyai dua hati di dalam dadanya.

Al-Ahzab 33 : 4

Ayat ini menerangkan bahawa hati (alat yang dianugerahkan oleh Allah untuk

berfikir) hanya satu. Hati dan diri manusia adalah esa pada adat. Jika ada dua hati maka

ada dua diri iaitu mustahil menurut hukum adat dan mustahil pula menurut hukum syara’.

Firman Allah yang bermaksud : Kata olehmu, Allah Ta’ala ESA. (Al-Ikhlas 112 : 1)

Dalil menunjukkan, perintah yang amat-amat kuat, supaya mengesakan Allah,

tiada yang seumpama-Nya dari segi perkataan, perbuatan dan iktikad.

Lihat kandungan surah al-Fatihah, ayat 1 hingga 7

Sifat-Nya Perbuatan-Nya Nama-Nya

Ayat ke-1

ÉΟŠ Ïm §9 $#⎯≈ uΗ÷q9 $#!$#Ο ó¡ Î0 Ar Rohman Ar Rohim

Bersumpah Bersaksi

Allah

Ayat ke-2

⎥⎫Ïϑ n=≈ yè ø9 $# U u‘ ! ߉ ôϑ ys ø9$#

Menjadikan

Yang dipuji Yang menjadikan

Allah

Ayat ke-3

ΟŠ Ïm §9 $#⎯≈ uΗ÷q §9 $# É

Maha Pemurah, Maha Penyayang

Ayat ke-4

ÅÏ É⎥⎪Ïe$!$#Θöθ tƒ7 Î=≈ tΒ

Yang menguasai

Menjadikan hari Qiamat

al-Malik

Ayat ke-5

xß⎥⎫Ïè tG ó¡ nΣ y‚$−ƒ Î) uρ ‰ ç7 ÷è tΡ‚$−ƒ Î) Yang disembah Tempat mengadu

Ayat ke-6

Λ⎧ É) tG ó¡ßϑ ø9 $# xÞ≡ u Å_Ç9 $# t $tΡ Ï‰ ÷δ$#

Yang Menunjuki jalan

Ayat ke-7

xÞ≡ uÅÀ t⎦⎪Ï% ©!$# |Môϑ yè ÷Ρ r& öΝ Îγ ø‹n= tã

Îö xî ÅUθ àÒøó yϑ ø9 $# óΟ Îγø‹ n=tæ Ÿω uρ t⎦⎫Ïj9 !$ Ò9 $#

Yang memperkenan kan

Page 6: Makna Esa Dan Mengesakan Allah

6

Semua ayat dalam surah al-Fatihah di atas adalah dalil menunjukkan bahawa

sifat, perbuatan dan nama-Nya adalah ESA. Semua yang dimaksudkan ialah zat Allah

yang maha Esa. Sesungguhnya sifat Allah, perbuatan-Nya dan nama-Nya adalah esa,

bukan berlainan. DITEGAH mengata, “lain sifat daripada zat”, “lain perbuatan daripada

zat”, “lain nama daripada zat” dan sebarang perkataan yang membatalkan makna esa,

kerana perkataan itu adalah MENDUAKAN YANG SATU.

4. MAKNA MENGESAKAN ALLAH 3 PERKARA 4

i. Dibenarkan dengan hati,

ii. diikrarkan dengan lidah ال إله إال هللا◌ bahawasanya tiada yang

menjadikan sekalian alam yang disembah dengan sebenar-benarnya

melainkan Allah. Esa zat-NYA, sifat-NYA, fiil-NYA, isim-NYA, tiada

berbilang-bilang dan tiada berlapis-lapis dan tiada bersusun-susun dan

lainnya daripada suatu yang thabit pada segala yang baharu

iii. Mengikut firman-NYA (dibuktikan dengan perbuatan anggota).

“Bahawasanya, tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya

melainkan Allah”. Maka sesiapa yang mengikut perkataan, selain daripada firman dan

hadith tidaklah dinamakan sebagai orang yang mengesakan Allah, maka telah batal pengakuan dan ikrarnya.

Dalam satu bahasa yang mudah sebarang perbuatan hati, lidah atau anggota yang jatuh pada perkara yang DITEGAH oleh Allah seperti SIA-SIA pada syara’ TIDAKLAH DIKATAKAN MENGESAKAN ALLAH. Terlebih lagilah apabila dilakukan perkara yang MAKRUH. Terlebih-lebih lagilah apabila dilakukan perkara yang HARAM. Perbuatan itu sebenarnya jatuh kepada makna SYIRIK samada syirik kecil ataupun syirik yang menyebabkan KAFIR. Orang yang MENGESAKAN ALLAH ialah orang yang HANYA MELAKUKAN PERINTAH SAMADA FARDU atau SUNAT yang tersebut di dalam AL-QUR’AN.

Wallohua’lam.

4 Lihat dan fahamkan terlebih dahulu kalimah Nafi Isbat Maksud Dalilnya, rujuk surah Al-Ikhlas 112 : 1– 4. Sila baca huraian panjang lebar tentang makna mengesakan seperti yang dimaksudkan dalam kitab khusus Tuan Guru berjudul Tafsir 4 ”Qul” atau Tafsir Surah Al-Ikhlas.

Page 7: Makna Esa Dan Mengesakan Allah

7 5. MAKNA ALLAH TA’ALA ESA 4 PERKARA

5.1 Makna Esa Pada ZAT-NYA

Maknanya, QUDRAT, IRADAT, ILMU, HAYAT, SAMI’, BASIR DAN QALAM itulah yang dikata ZAT ALLAH. Zat itulah Yang Wujud, Yang Qidam, Yang

Baqo, Yang Mukholafatuhulilhawadith Yang Qiyamuhubinafsih dan Yang

Wahdaniyat. Zat itulah yang ada KELAKUAN. Semua sifat itulah Yang ESA

tiada seumpamanya.

MUSTAHIL LAIN Qudrat, Iradat, Ilmu, Hayat, Sami’, Basir dan Qalam daripada

Zat Allah Yang Wujud, Yang Qidam, Yang Baqo, Yang

Mukholafatuhulilhawadith, Yang Qiyamuhubinafsih dan yang Wahdaniyat. MUSTAHIL LAIN SIFAT Allah daripada ZAT Allah atau LAIN Allah daripada

Yang ESA dan sebagainya kerana membatalkan makna esa. Perkataan itu sebenarnya tanpa sedar bermaksud mengata Allah TIDAK Wujud, TIDAK Qidam, menghina Allah dan sebagainya. MUSTAHIL Yang ESA LAIN daripada Qudrat, Iradat, Ilmu, Hayat, Sami’, Basir

dan Qalam.

MUSTAHIL Yang ESA lain daripada Qodirun, Muridun, A’limun, Sami’un,

Basirun dan Mutakallimun.

MUSTAHIL Yang ESA lain daripada Yang Menjadikan alam semesta.

MUSTAHIL Yang Menjadikan alam semesta lain daripada Tuhan yang ESA.

MUSTAHIL Tuhan yang ESA lain daripada Allah.

MUSTAHIL Allah LAIN daripada Qudrat, Iradat, Ilmu, Hayat, Sami’, Basir dan

Qalam.

MUSTAHIL Allah Yang ESA LAIN daripada yang Wujud, Qidam, Baqo,

Mukholafatuhulilhawadith, Qiyamuhubinafsih, Wahdaniyat, Qudrat, Iradat,

Ilmu, Hayat, Sami’, Basir dan Qalam Qodirun, Muridun, A’limun, Sami’un,

Basirun dan Mutakallimun.

Page 8: Makna Esa Dan Mengesakan Allah

8

5..2 Makna Esa Pada SIFAT-NYA 5

Sifat Wujud, Qidam, Baqo, Mukholafatuhulilhawadith, Qiyamuhubinafsih dan Wahdaniyat itulah yang Qudrat, Iradat, Ilmu, Hayat, Sami’, Basir dan

Qalam.

Sifat Qudrat, Iradat, Ilmu, Hayat, Sami’, Basir dan Qalam itulah yang

Qodirun, Muridun, A’limun, Sami’un, Basirun dan Mutakallimun. Sifat Qodirun, Muridun, A’limun, Sami’un, Basirun dan Mutakallimun itulah

yang Wujud, Qidam, Baqo, Mukholafatuhulilhawadith, Qiyamuhubinafsih dan Wahdaniyat. Maknanya ialah sekurang-kurangnya 20 SIFAT iaitu WUJUD, QIDAM, BAQO hingga MUTAKALLIMUN itulah yang dikata ALLAH. 20 sifat itulah zat Allah

Yang ESA tiada seumpama dengan sesuatu.

MUSTAHIL 20 SIFAT itu LAIN daripada Yang Menjadikan alam semesta.

MUSTAHIL 20 SIFAT itu LAIN daripada Tuhan yang ESA.

MUSTAHIL 20 SIFAT itu LAIN daripada Tuhan yang ESA lain daripada Allah.

MUSTAHIL 20 SIFAT itu LAIN daripada Zat Allah MUSTAHIL ALLAH, LAIN daripada Yang Wujud, Yang Qidam, Yang Baqo,

Yang Mukholafatuhulilhawadith dan Yang Qiyamuhubinafsih kerana membatalkan makna esa, mengata ada ”tuhan” selain Allah Yang Wujud, Yang Qidam, menghina Allah dan sebagainya.

5 Yang dimaksudkan oleh Sifat 20 itu ialah Allah. Itulah makna Esa pada akal dan pada syara‘, yakni sifat 20 itu adalah esa dengan Allah. Dikata sifat bagi Allah bukan bermakna Allah mempunyai sifat. Dikata sifat hanya kerana diterima oleh akal. Maha Suci Allah daripada sifat.

Page 9: Makna Esa Dan Mengesakan Allah

9 5.3 Makna Esa Pada ISIM-NYA atau NAMA-Nya

Maknanya ialah 99 NAMA ALLAH atau yang tidak terhingga itu seperti :

Yang Maha Pemurah ( ), Yang Maha Penyayang ( ) hingga

Yang Maha Sabar ( ) itulah Allah yang ESA tiada seumpama suatu.

Yang Maha Pemurah ( ) itulah Yang Maha Penyayang ( )

Yang Maha Penyayang ( ) itulah Yang Menguasai ( )

( ) itulah ( ). ( ) itulah ( )

hinggalah kepada ( itulah ( ).

Maksudnya ialah 99 NAMA ITULAH YANG TERHIMPUN dalam

satu KALIMAH AGUNG iaitu .

Semua 99 nama itulah yang WUJUD, QIDAM, BAQO hingga

MUTAKALLIMUN Semua 99 nama itu adalah ESA tiada seumpama dengan suatu.

MUSTAHIL ALLAH LAIN daripada, Yang Maha Pemurah, Yang Maha

Penyayang hingga Yang Maha Sabar, kerana membatalkan makna esa, dan tanpa sedar mengata Allah TIDAK bernama, TIDAK Pemurah, menghina Allah dan sebagainya.

MUSTAHIL Yang Maha Pemurah, Yang Maha Penyayang hingga Yang Maha

Sabar LAIN daripada yang WUJUD, QIDAM, BAQO hingga

MUTAKALLIMUN kerana membatalkan makna esa, mengata Yang Pemurah itu BUKAN Allah, menghina Allah dan sebagainya.

Page 10: Makna Esa Dan Mengesakan Allah

10

5.4 MAKNA ESA PADA PERBUATAN-NYA, 7 PERKARA 6

5.4.1 Makna Esa Pada Menjadikan (QUDRAT)

(Perbuatan Hati, Lidah Dan Anggota)

Tiada zat yang seumpama qudratnya dengan Qudrat Allah. Menurut

hukum akal, semua yang baik dan yang buruk HANYA Allah yang menjadikan-

Nya. 7 Dalilnya di dalam al-Qur‘an :

“Allah yang menjadikan kamu dan apa-apa yang kamu perbuat

(sama ada yang baik ataupun yang jahat)“.8 (As-Soffat 37 : 96)

Menunjukkan bahawa, mustahil 2 tuhan, iaitu yang menjadikan “yang baik/elok“ dan yang menjadikan “buruk/jahat“.

JANGAN DINAFIKAN KUASA “menjadikan″ pada adat, oleh makhluk

ketika menyebut kalimah Nafi Isbat seperti kuasa membuat rumah, kerana ianya

membatalkan makna esa. (Lihat dan fahamkan terlebih dahulu penerangan kalimah

Nafi Isbat. Secara tidak sedar dan “tanpa niat“ ianya mendakwa ada “tuhan” selain

Allah yang sama tarafnya dengan Allah, yang berkuasa menjadikan daripada tiada

kepada ada. 9

Lihat dalil akalnya yang bermakna ”menafikan sesuatu” iaitu :

”tiada yang menjadikan kereta A, melainkan B”.

Perkataan itu menunjukkan kita pernah melihat, ada kereta C yang dijadikan

oleh D. Maka menurut hukum adat, sebenar-benarnya, kita memang menafikan kereta A dicipta oleh D. Penafian ini juga menunjukkan bahawa, A, B, C dan D

adalah sebanding dan seumpama kerana mempunyai persamaan. Natijahnya, kita mengakui B dan D, telah mencipta kereta yang berlainan.

6 Sebenarnya tidak terhad kepada 7 perkara. Contohnya, makna esa pada menghukumkan. Apa? 7 Lihat dalil syara’pada surah 64 : 11, 74 : 56, 76 : 30, 81 : 29, 87 : 6 - 7 8 Pada akal dan pada syara‘, semua perbuatan manusia sama ada perbuatan hati seperti berfikir dan berangan-angan, perbuatan lidah dan perbuatan anggota sama ada yang baik atau jahat, HANYA Allah yang menjadikannya, 9 Lihat 7 makna kalimah ”La” ( ال◌ ) dan makna sebenar seperti yang diterangkan oleh hadith Nabi, ketika melafazkan kalimah tauhid.

Page 11: Makna Esa Dan Mengesakan Allah

11

Itulah dalil akal yang menunjukkan bahawasanya, jika dinafikan ”tuhan” selain Allah, secara tidak sedar dan “tanpa niat“ telah mengakui bahawasanya, ada tuhan selain Allah.

Kalimah itu meletakkan Allah sama taraf atau sebanding dengan ”tuhan” selain Allah. Natijahnya, mengakui Allah dan ”tuhan selain Allah”, telah mencipta

alam semesta yang berlainan. Menurut hukum akal, ianya MUSTAHIL kerana

membatalkan makna esa. Menurut hukum syara’ pula, ianya terkeluar dari akidah

sebenar.

5.4.2 Makna Esa Pada Kehendak (IRADAT)

Menurut hukum akal, TIADA yang menyertai Allah menghendaki kebaikan atau

keburukan kepada sekalian hamba-Nya.10 Tiada zat yang seumpama kehendaknya dengan kehendak Allah. Jika yang Islam itu dikehendaki-Nya

masuk ke dalam neraka, tiada sesiapa dapat membantahnya. Jika yang kafir

itu dikehendaki-Nya masuk ke dalam syurga, tiada sesiapa yang dapat

menghalangnya. JANGAN DINAFIKAN KEHENDAK MAKHLUK, ketika menyebut kalimah Nafi Isbat seperti syaitan yang inginkan kejahatan, atau kehendak Nabi

yang inginkan kebaikan, kerana ianya membatalkan makna esa. Secara tidak

sedar, ianya mendakwa, syaitan dan Nabi itu, kedua-duanya sama taraf, sama

pula taraf kedua-duanya dengan Allah, berkehendak pada menjadikan

daripada tiada kepada ada.

10 Ingat semula bahawa, perkataan ini adalah hukum akal, BUKAN hukum syara’. Menurut hukum syara’, HANYA yang baik-baik yang dikehendaki Allah. Yang tidak baik adalah kehendak manusia. Yang baik-baik akan dimasukkan ke dalam syurga. Yang jahat-jahat akan dimasukkan ke dalam neraka. Justeru, menurut hukum syara’, sesiapa yang mengatakan kejahatan itu, kehendak Allah maka hukumnya KAFIR. Dalilnya telah dinyatakan di dalam buku ini. Lihat semula di dalam surah an-Nahl, ayat 35.

Page 12: Makna Esa Dan Mengesakan Allah

12

5.4.3 Makna Esa Pada Mengetahui (ILMU)

Menurut hukum akal, TIADA yang menyertai Allah, mengetahui hal sekalian

hamba-Nya. Tiada zat yang seumpama pengetahuannya dengan pengetahuan Allah keatas sekalian hamba-Nya. Diketahui-Nya semua yang sudah berlaku, yang sedang berlaku dan yang akan berlaku, semua yang zahir dan yang ghaib. Jika pengetahuan itu diberikan-Nya kepada

orang kafir, tiada sesiapa dapat membantahnya. Jika pengetahuan itu, di tarik

dari dalam dada orang mukmin, tiada sesiapa yang dapat menahannya. JANGAN DINAFIKAN PENGETAHUAN MAKHLUK ketika menyebut kalimah Nafi Isbat, tentang alam ghaib seperti ilmu laduni,11 kerana ianya

membatalkan makna esa. Secara tidak sedar, ianya meletakkan makhluk itu,

sama tarafnya, dengan Allah, sama-sama mengetahui, perkara yang zahir dan

perkara yang ghaib.

5.4.4 Makna Esa Pada Hidup (HAYAT)

Menurut hukum akal, TIADA yang menyertai Allah hidup kekal. Tiada zat yang seumpama hidupnya dengan hidup Allah. Jika DIA memendekkan umur

semua orang Islam, tiada sesiapa dapat memanjangkannya. Jika DIA

memanjangkan umur semua orang kafir sehingga berjuta-juta tahun, tiada

sesiapa yang dapat memendekkannya. JANGAN DINAFIKAN KEHIDUPAN MAKHLUK seperti kehidupan manusia, ketika menyebut kalimah Nafi Isbat kerana ianya membatalkan makna esa

dan menghina Allah. Secara tidak sedar, ianya meletakkan malaikat itu, sama

tarafnya, dengan Allah, sama-sama hidup di alam ghaib.

11 Ilmu laduni ialah anugerah Allah kepada hamba-Nya yang mencapai makam yang sangat tinggi. Ianya semata-mata perbuatan atau pekerjaan Allah. Bukan sesuatu yang boleh diikhtiarkan. Lihat dan baca kisah kehebatan ilmu pengetahuan Sayidina Umar yang telah diakui oleh Nabi.

Page 13: Makna Esa Dan Mengesakan Allah

13

5.4.5 Makna Esa Pada Mendengar (SAMI‘)

Menurut hukum akal, TIADA yang menyertai Allah, mendengar perkhabaran

sekalian makhluknya. Tiada zat yang seumpama pendengarnya dengan pendengar Allah. Telah di dengar-Nya perkataan semua makhluk samada zahir atau ghaib, yang sudah berlalu, yang sedang berlaku dan yang akan berlaku. Jika diperdengarkan-Nya sesuatu yang baik kepada orang kafir, tiada

sesiapa dapat membantahnya. Jika diperdengarkan-Nya sesuatu yang jahat

kepada orang mukmin, tiada sesiapa dapat menghalang. JANGAN dinafikan karomah 12 para sahabat atau alat perakam suara, ketika menyebut kalimah Nafi Isbat kerana ianya membatalkan makna esa

dan menghina Allah. Secara tidak sedar, ianya meletakkan makhluk itu, sama

tarafnya, dengan Allah, sama-sama boleh mendengar suara yang perlahan

dan suara yang kuat.

5.4.6 Makna Esa Pada Melihat (BASIR)

Menurut hukum akal, TIADA yang menyertai Allah melihat sekalian

makhluknya. Tiada zat yang seumpama pelihatnya dengan pelihat Allah. Telah di lihat-Nya semua perkara atau kejadian samada zahir atau ghaib, yang sudah berlalu, yang sedang berlaku dan yang akan berlaku. Jika

diperlihatkan-Nya sesuatu yang baik kepada orang kafir, tiada sesiapa dapat

membantahnya. Jika diperlihatkan-Nya sesuatu yang jahat kepada orang

mukmin, tiada sesiapa dapat menghalang.

12 Lihat kisah para sahabat ketika bersama-sama solat dengan Nabi Muhammad s.a.w. , mereka mendengar suara seperti air mendidih daripada dalam dada Nabi. Suara yang didengar adalah anugerah Allah untuk hamba-Nya yang tertentu. Ianya semata-mata perbuatan atau pekerjaan Allah. Bukan sesuatu yang boleh diikhtiarkan oleh manusia.

Page 14: Makna Esa Dan Mengesakan Allah

14

JANGAN dinafikan pelihat makhluk atau ilmu kasyaf,13 ketika menyebut kalimah Nafi Isbat kerana ianya membatalkan makna esa dan menghina

Allah. Secara tidak sedar, ianya meletakkan jin itu, sama tarafnya, dengan

Allah, sama-sama melihat yang ghaib.

5.4.7 Makna Esa Pada Perkataan (QALAM)

Al-Qur’an ialah kalam Allah yang tiada dengan huruf dan suara. Ia (al-Quran)

mustahil bercampur dengan perkataan manusia atau Nabi.

Menurut hukum akal, TIADA zat yang menyertai Allah mengkhabarkan hal

sekalian makhluknya. Tiada zat yang seumpama perkataannya dengan perkataan Allah. Telah dikhabarkan-Nya semua perkara atau kejadian, samada zahir atau ghaib, yang sudah berlalu, yang sedang berlaku dan yang akan berlaku, segala-galanya telah dikhabarkan di dalam al-Qur’an. Jika dikhabarkan-Nya sesuatu peristiwa seperti hari kiamat yang akan berlaku,

ia pasti akan berlaku, tiada sesiapa samada kafir atau Islam yang dapat

menghalangnya daripada terjadi.

JANGAN DINAFIKAN PERKATAAN MAKHLUK seperti sabda Nabi Muhammad s.a.w tentang kejadian Qiamat yang akan berlaku ketika menyebut kalimah Nafi Isbat kerana ianya membatalkan makna esa dan

menghina Allah. Secara tidak sedar, ianya meletakkan jin itu, sama tarafnya,

dengan Allah, sama-sama mengkhabarkan yang ghaib.

Wallohua’lam.

13 Lihat kisah Saiyidina Umar semasa membaca khutbah Jumaat, melihat tentera Islam terkepung di dalam satu peperangan. Sedangkan peperangan itu jauhnya bertibu batu daripada masjid tempat beliau membaca khutbah. Apa yang disaksikan oleh Saiyidina Umar itu, semata-mata perbuatan atau pekerjaan Allah. Bukan sesuatu yang boleh diikhtiarkan.