fitur makna
TRANSCRIPT
-
BMM3111
SEMANTIK & PERISTILAHAN BM
Fitur Makna dalam Bahasa
Melayu
sifat makna Kelas makna
Lewah dalam makna
-
Apakah fitur?
Fitur adalah variable (pembolehubah) makna yang dinilai (dalam komponen makna mengandungi sejumlah variable makna yang dapat dinilai)
Komponen makna adalah kumpulan fitur makna.
-
Komponen makna Leksem
Bapa Ibu
Manusia + +
Lelaki + -
Wanita - +
Dewasa + +
Boleh hamil - +
-
KELAS
MAKNA
Makna emotif
Makna Konotatif
Makna Kognitif
Makna Referensial
Makna Piktorikal
-
Menurut Sipley (seperti dipetik dalam Mansoer Pateda, 2001, hlm. 101)
makna emotif adalah makna yang timbul akibat adanya reaksi
pembicara atau sikap pembicara mengenai atau terhadap sesuatu
yang difikirkan atau dirasakan.
Contohnya dengan kata kerbau dalam ayat Engkau kerbau., kata itu
tentunya menimbulkan perasaan tidak senang bagi pendengar.
Dengan kata lain, kata kerbau tadi mengandung makna emosi.
-
Makna konotatif berbeza dengan makna emotif kerana makna konotatif
cenderung bersifat negatif, sedangkan makna emotif adalah makna yang
bersifat positif (Fathimah Djajasudarma, 1999:9).
Makna konotatif muncul sebagai akibat asosiasi perasaan kita terhadap apa
yang diucapkan atau didengar.
Misalnya, dalam ayat Anita menjadi bunga desa.
Kata bunga dalam kalimat tersebut bukan bererti sebagai bunga di taman
melainkan menjadi idola di desanya kerana kondisi fizikal atau kerana
kecantikannya.
-
Makna kognitif adalah makna yang ditunjukkan oleh acuannya, makna
unsur bahasa yang sangat dekat hubungannya dengan dunia luar
bahasa, objek atau gagasan, dan dapat dijelaskan berdasarkan analisis
komponennya (Mansoer Pateda, 2001:109).
Contohnya kata pohon bermakna tumbuhan yang memiliki batang dan
daun dengan bentuk yang tinggi besar dan kukuh. Inilah yang
dimaksud dengan makna kognitif kerana lebih banyak dengan maksud
fikiran.
-
Referen menurut Palmer ( dalam Mansoer Pateda, 2001: 125) adalah
hubungan antara unsur-unsur linguistik berupa kata-kata dan dunia
pengalaman nonlinguistik.
Referen atau acuan dapat diertikan berupa benda, peristiwa, proses atau
kenyataan.
Referen adalah sesuatu yangditunjuk oleh suatu lambang.
Makna referensial mengisyaratkan tentang makna yamg langsung
menunjuk pada sesuatu, baik benda, gejala, kenyataan, peristiwa mahupun
proses.
-
Makna piktorikal menurut Shipley (dalam Mansoer Pateda,
2001:122) adalah makna yamg muncul akibat bayangan pendengar
atau pembaca terhadap kata yang didengar atau dibaca.
Makna piktorikal menghadapkan manusia dengan kenyataan
terhadap perasaan yang timbul kerana pemahaman tentang makna
kata yang diujarkan atau ditulis
-
LEWAH DALAM MAKNA
Didefinisikan sebagai berlebih-
lebihan sehingga tertambah
perkara, hal, dan sebagainya yang
tidak perlu, misalnya perkataan
yang digunakan dalam ayat.
Kelewahan, atau hal dan keadaan
yang berlebih-lebihan ini sering
ditemukan dalam komunikasi,
sama ada komunikasi lisan
ataupun komunikasi tulisan.
-
Kelewahan merupakan fenomena yang memperlihatkan
berlakunya penambahan ataupun pengulangan unsur yang
sudah wujud dan pada hakikatnya tidak diperlukan lagi.
-
Dalam bahasa Melayu, konsep kelewahan berlaku disebabkan
pelbagai keadaan seperti pengulangan perkataan seperti semua
guru-guru, segala bahan-bahan, kebanyakan buku-buku, dan
sekawan burung-burung.
-
Bentuk-bentuk ini akan menjadikan ayat yang dibina tidak gramatis.
Penggunaan imbuhan yang tidak diperlukan turut menjadikan
perkataan tersebut mempunyai unsur kelewahan. Contohnya ialah
memperbesarkan, memperolehi, dipersetujui, dan diperhalusi. Yang
betul ialah memperbesar, memperoleh, disetujui, dan dihalusi.
-
Pengulangan kata sendi nama secara berturutan turut disinggung sebagai
kelewahan seperti selain daripada itu dan demi untuk.
Kebanyakan pengguna bahasa, khususnya para guru dan pelajar sering didedahkan
berkenaan hal ini.
Kelewahan telah diberikan penilaian yang negatif, iaitu sebagai bentuk-bentuk yang
salah atau tidak gramatis berdasarkan aturan tatabahasa pegangan.
-
Bahasa perlu diujarkan atau ditulis dengan paling baik, sempurna, dan tanpa
sebarang kesilapan.
bahasa merupakan alat utama untuk berkomunikasi dan penekanan, pengulangan,
mahupun penegasan dalam keadaan-keadaan tertentu akan menguatkan mesej yang
hendak disampaikan.
Kelewahan adakalanya memperlihatkan falsafah yang dimanifestasikan melalui akal,
aspirasi, nilai, dan adat yang didukung oleh masyarakat Melayu.
-
Jika frasa hadiah percuma dianggap tidak gramatis kerana
hadiah sememangnya bersifat percuma, bagaimanakah pula
dengan hari Sabtu? Bukankah Sabtu itu merupakan salah
satu hari? Wajarkah perkataan hari ditulis?