lmcp1532 pembangunan bandar mapan task 4

11
LMCP1532 PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN AMALAN TERBAIK (BANDAR DI JEPUN DAN BANDAR KEPALA BATAS) NAMA: NUR ASYIQIN BINTI ROSLI (A154823) PENSYARAH: PROF. DATO' IR. DR RIZA ATIQ ABDULLAH BIN O.K RAHMAT

Upload: asyiqin-rosli

Post on 11-Apr-2017

143 views

Category:

Environment


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Lmcp1532 pembangunan bandar mapan task 4

LMCP1532 PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN

AMALAN TERBAIK (BANDAR DI JEPUN DAN BANDAR KEPALA BATAS)

NAMA: NUR ASYIQIN BINTI ROSLI (A154823)

PENSYARAH: PROF. DATO' IR. DR RIZA ATIQ ABDULLAH BIN O.K RAHMAT

Page 2: Lmcp1532 pembangunan bandar mapan task 4

Apa itu amalan terbaik?1. Amalan terbaik ini merupakan amalan baik

yang diamalkan dan amalan ini akan memberikan kesan yang positif kepada individu, masyarakat dan negara.

2. Amalan terbaik dalam sesuatu bandar bertujuan untuk mengekalkan keamanan dan kesejahteraan negara

3. Setiap rakyat juga haruslah sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian mereka. Dengan adanya pengamal sikap-sikap murni dalam diri, hidup setiap masyarakat akan sentiasa aman dan harmoni.

4. Kita perlu belajar dan mengajar mengenai nilai tolak ansur dan saling menghormati kepelbagaian agama, budaya dan amalan hidup dalam sesuatu bandar atau negara

Page 3: Lmcp1532 pembangunan bandar mapan task 4

AMALAN TERBAIK BANDAR DI JEPUN

• Sebagai kuasa ekonomi utama, Jepun memiliki ekonomi ketiga terbesar dari segi KDNK nominal.

• Jepun ialah sebuah negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, G8, OECD dan APEC.

• Jepun dilengkapi sistem pertahanan yang cukup dengan dilengkapi dengan kecanggihan teknologi seperti AEGIS serta sebuah armada kapal pembinasa yang besar.

• Dalam perdagangan luar negeri, Jepun merupakan negara pengeksport keempat terbesar dan negara pengimport keenam terbesar di dunia.

Page 4: Lmcp1532 pembangunan bandar mapan task 4

ALAM SEKITAR DI BANDAR TOKYO• Di Tokyo terdapat kawasan hijau yang baik yang boleh dinikmati

terutamanya pada musim bunga antaranya adalah di Shinjuku Gyoen National Garden dan Yoyogi park. Yoyogi park adalah taman yang terbesar di Tokyo dan amat terkenal sebagai tempat untuk beriadah dan berkelah.

• Kawasan di Tokyo juga merupakan kawasan yang sangat sesak terutamanya di Shibuya. Shibuya adalah antara 23 bandar utama di Tokyo dan terkenal sebagai kawasan membeli-belah dan hiburan.

• Shibuya juga terkenal dengan kawasan persimpangan lintasan pejalan kaki yang paling sibuk di dunia yang dikenali sebagai Shibuya Crossing.

• Tokyo merupakan pusat pengangkutan keretapi, darat dan udara domestik dan antarabangsa di Jepun. Pengangkutan awam di dalam Tokyo dikuasai oleh rangkaian tren dan laluan bawah tanah meluas yang "bersih dan cekap".

Page 5: Lmcp1532 pembangunan bandar mapan task 4

EKONOMI DI BANDAR TOKYO• Jumlah keseluruhan penduduk wilayah Tokyo mencecah 12 juta.

• Wilayah ini merupakan pusat Tokyo Raya, iaitu kawasan metropolitan yang teramai penduduk di dunia dengan sejumlah 35–39 juta orang serta ekonomi metropolitan terbesar di dunia.

• Tokyo disifatkan oleh Saskia Sassen sebagai satu daripada tiga "pusat pemerintahan" ekonomi dunia.

• Tokyo merupakan sebuah pusat kewangan antarabangsa utama, menempatkan beberapa ibu pejabat terbesar dunia syarikat-syarikat bank pelaburan dan insurans, dan berfungsi sebagai satu hab untuk industri-industri pengangkutan, penerbitan, dan penyiaran Jepun.

• Tokyo Stock Exchange ialah bursa saham terbesar Jepun, dan kedua terbesar dalam dunia mengikut modal pasaran dan keempat terbesar mengikut perolehan saham.

• Tokyo Stock Exchange ialah bursa saham terbesar Jepun, dan kedua terbesar dalam dunia mengikut modal pasaran dan keempat terbesar mengikut perolehan saham.

Page 6: Lmcp1532 pembangunan bandar mapan task 4

SOSIAL DI BANDAR TOKYO

• Pekerja pembersihan di Jepun digelar sebagai “Jurutera Kesihatan” yang gajinya sebanyak 5000 hingga 8000 USD sebulan, tertakluk kepada ujian bertulis dan lisan.

• Kadar kelambatan keretapi/tren adalah sebanyak 7 saat sahaja dalam satu tahun, ini kerana mereka adalah orang yang tahu akan nilai masa, dan gemar kepada ketepatan saat dan minit.

• Orang Jepun sangat terkenal dengan sikap pembersih.

• Orang Jepun sangat mementingkan persahabatan. Bagi orang Jepun, persahabatan adalah satu perkara yang utama.

Page 7: Lmcp1532 pembangunan bandar mapan task 4
Page 8: Lmcp1532 pembangunan bandar mapan task 4

ALAM SEKITAR DI BANDAR KEPALA BATAS

• Kepala Batas merupakan sebuah bandar dan Kompleks Pejabat Kerajaan bagi daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang, Malaysia. Ia terletak di tengah perjalanan Butterworth ke Sungai Petani.

• kedudukan S.P.U. sangat strategik bersempadankan kawasan pembangunan Sungai Petani, Tikam Batu, dan Kulim di Kedah. Butterworth bandar utama daerah ini merupakan Pusat Pertumbuhan Antarabangsa Segitiga (IMTGT) yang melibatkan Indonesia, Malaysia dan Thailand.

• Di bandar ini juga disediakan tong-tong sampah disetiap kampung, taman dan juga tempat-tempat yang dipenuhi dengan penduduk.

• Kepala Batas merupakan kawasan yang dikelilingi dengan sawah padi dan ada juga kawasan yang mempunyai ladang kelapa sawit.

• Terdapat juga kawasan reakrasi untuk masyarakat di situ beriadah seperti Vision Park. Banyak kemudahan yang disediakan di Vision Park antaranya ialah trak berjogging, kayak, pondok rehat dan kawasan berbasikal.

Page 9: Lmcp1532 pembangunan bandar mapan task 4

EKONOMI DI BANDAR KEPALA BATAS

• Peluang pekerjaan di Kepala Batas mencukupi kerana dalam bandar ini terdapat banyak pasar raya besar yang telah dibangunkan seperti Tesco, Mydin, Sunshine dan sebagainya.

• Kemudahan awam juga sangat meluas di kawasan ini seperti bas. Bas yang disediakan ini juga melalui jalan-jalan kampung bagi memudahkan penduduk kampung ke bandar.

• Kemudahan infrastruktur jalan ialah Lebuhraya Utara - Selatan dan Butterworth - Kulim Expresway (BKE) menjadi nadi utama sistem perhubungan jalan darat.

• Kemudahan Jalanraya adalah memuaskan termasuk di kawasan perkampungan dimana telah dihubungi melalui rangkaian jalan minitar di bawah program Projek Jalan Kampung.

Page 10: Lmcp1532 pembangunan bandar mapan task 4

SOSIAL DI BANDAR KEPALA BATAS

• Kemudahan institusi latihan di daerah ini seperti Pusat Produktiviti Negara (NPC) Bertam, Kepala Batas, Pusat Latihan Pertahanan Awam (PULAPA) Butterworth, Pusat Latihan Bumbung Lima, Pusat Penyelidikan Pertanian (MARDI) Paya Keladi, Pusat Latihan KEMAS Kepala Batas, Institut Latihan Perindustrian (ILP) serta lain lain institusi latihan Kerajaan dan Swasta.

• Banyak sekolah-sekolah yang disediakan termasuklah sekolah jenis kebangsaan.

• Makanan di bandar ini sangat terkenal dengan Nasi Kandar dan Nasi Arab.

• Klinik kesihatan juga disediakan di tengah-tengah bandar dan beberapa kampung untuk memudahkan masyarakat menerima rawatan.

Page 11: Lmcp1532 pembangunan bandar mapan task 4