lembu fidlot

Upload: amannewvilla5505

Post on 08-Apr-2018

772 views

Category:

Documents


69 download

TRANSCRIPT

  • 8/7/2019 LEMBU FIDLOT

    1/27

    MANUAL PENTERNAKAN LEMBU FIDLOT

    [ Pengenalan ] [ Pemasaran ] [ Pemilihan Ternakan ][ Pengurusan ][ Infrastruktur ] [ Pemakanan ][ Kesihatan ][ Sisa Buangan Fidlot ]

    [ Ekonomi ][ Penutup ]

    1.0 PENGENALAN

    "Manual Penternakan Lembu Fidlot" ini disediakan sebagai panduan kepada bakal-bakal pengusaha dan penternak yang berhasratuntuk mengusahakan projek pengeluaran lembu pedaging secara sistem fidlot.

    Manual ini menyediakan maklumat yang menyeluruh mengenai segala aspek penternakan lembu fidlot secara moden dan sistematik.Walaupun begitu ia tidak bermakna projek ternakan lembu fidlot boleh terus dilaksanakan dengan jayanya hanya dengan membacadan berpandukan manual ini sahaja.

    Mereka yang berminat dan berhasrat untuk mengusahakan bidang usaha ternakan lembu fidlot masih perlu menghubungi mana-mana

    Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) samada di Negeri atau Daerah yang berdekatan. Khidmat nasihat, latihan intensif sertapendedahan di lapangan, sekiranya perlu akan diusahakan oleh pegawai JPH kepada mereka yang berminat bagi menjamin projekternakan lembu fidlot yang diusahakan itu benar-benar berdaya maju dan berdaya saing. Disamping itu, pihak pengusaha fidlot jugaperlu sentiasa menghubungi JPH secara berterusan dari masa ke semasa sepanjang mengusahakan projek ternakan lembu fidlot.

    Dengan terhasilnya "Manual Penternakan Lembu Fidlot" ini, JPH berharap perlaksanaan bidang usaha dan projek fidlot yangdiusahakan oleh mana-mana pihak walau dimana jua diusahakan akan menjadi lebih seragam serta dapat memenuhi tahap piawaiankualiti ternakan yang "standard"

    1.1 Definasi fidlot

    "Penternakan Lembu Fidlot" bermaksud memelihara lembu secara intensif dalam kandang/kurungan untuk tujuan pengeluaran lembudaging melalui peningkatan berat badan dengan memberi makanan yang bermutu, air bersih, mineral dan vitamin yang secukupnyadalam tempoh yang tertentu.

    Perlu diperhatikan bukan semua peningkatan berat badan lembu fidlot boleh disamakan dengan pengemukkan. Pengemukan ataupeningkatan utama berat badan yang disebabkan deposisi lemak (fat deposition) hanya berlaku pada peringkat umur tertentu danberkait rapat dengan baka dan formulasi makanan yang diberikan. Sebagai contoh, peningkatan berat badan lembu tempatan (bakaKK) yang di fidlot antara umur 12 hingga 16 bulan terdiri daripada peningkatan berat tulang dan daging sahaja. Deposisi lemak adalah

    http://www.jphpk.gov.my/Malay/#1.0%20PENGENALANhttp://www.jphpk.gov.my/Malay/#2.0%20%20PEMASARANhttp://www.jphpk.gov.my/Malay/#3.0%20PEMILIHAN%20TERNAKANhttp://www.jphpk.gov.my/Malay/#4.0%20%20PENGURUSANhttp://www.jphpk.gov.my/Malay/#5.0%20INFRASTRUKTURhttp://www.jphpk.gov.my/Malay/#PEMAKANANhttp://www.jphpk.gov.my/Malay/#7.0%20%20KESIHATANhttp://www.jphpk.gov.my/Malay/#SISA%20BUANGAN%20FIDLOThttp://www.jphpk.gov.my/Malay/#EKONOMIhttp://www.jphpk.gov.my/Malay/#PENUTUPhttp://www.jphpk.gov.my/Malay/#1.0%20PENGENALANhttp://www.jphpk.gov.my/Malay/#2.0%20%20PEMASARANhttp://www.jphpk.gov.my/Malay/#3.0%20PEMILIHAN%20TERNAKANhttp://www.jphpk.gov.my/Malay/#4.0%20%20PENGURUSANhttp://www.jphpk.gov.my/Malay/#5.0%20INFRASTRUKTURhttp://www.jphpk.gov.my/Malay/#PEMAKANANhttp://www.jphpk.gov.my/Malay/#7.0%20%20KESIHATANhttp://www.jphpk.gov.my/Malay/#SISA%20BUANGAN%20FIDLOThttp://www.jphpk.gov.my/Malay/#EKONOMIhttp://www.jphpk.gov.my/Malay/#PENUTUP
  • 8/7/2019 LEMBU FIDLOT

    2/27

    terlalu kecil.

    Apa yang penting dan perlu diingat ialah bidangusaha fidlot ini hanya untuk memenuhi permintaan sesuatu pasaran terhadapdaging lembu dengan mengembeling segala sumber yang terdapat di lokasi berkenaan secara optimum untuk mendapatkeuntungan yang maksimum

    1.2 Sistem Fidlot

    Dua sistem penternakan fidlot yang biasa diusahakan di Malaysia:

    i. Sekali masuk - Sekali keluar

    Memelihara sekumpulan ternakan sahaja dalam sesuatu masa sehingga tamat tempoh dan mencapai target berat pasaran.Selepassemua ternakan habis dipasarkan (dijual) barulah dimasukkan dan dipelihara kumpulan ternakan berikutnya

    ii. Masuk-Keluar Berterusan

    Memelihara beberapa kumpulan ternakan secara berperingkat mengikut tempoh tertentu berdasarkan target pasaran bagi setiap

    kumpulan, Setiap kumpulan ternakan dipelihara dan dipasarkan (dijual) secara berterusan.

    1.3 Untung-Rugi Operasi Fidlot

    Terdapat empat (4) faktor utama yang akan mempengaruhi untung-rugi bidangusaha fidlot. Faktor berkenaan adalah :-

    i. Faktor ternakan

    a. Harga belian feeder

    b. Harga jualan finisher

    c. Keupayaan dan prestasi baka yang digunakan

    ii. Faktor makanan (harga)

    Harga makanan paling mahal dan mencapai 70% kos pengeluaran. Ini bermakna sebarang kelewatan penjualan akan mengurangkankeuntungan. Market Timingkadangkala amat penting bagi operasi yang berskala besar. Setiap pengusaha perlulah sentiasa sedarakan peluang dan kos yang terlibat dalam setiap projek beroperasi. Adalah sesuai dan amat digalakkan para pengusaha menguasaiilmu pemakanan ruminan, khususnya dalam sistem fidlot ini. Pembaziran makanan juga boleh dielakkan dengan mengunapakai

  • 8/7/2019 LEMBU FIDLOT

    3/27

    rekabentuk kandang yang standard

    2.0 PEMASARAN

    Pemasaran lembu fidlot merupakan salah satu aktiviti penting yang menentukan samada sesuatu projek ternakan lembu fidlot itu

    berdaya maju atau sebaliknya.

    Harga jualan lembu fidlot adalah faktor ketiga penting yang akan menentukan samada bidangusaha tersebut menguntungkan atausebalinya. Pengusaha fidlot yang bijak biasanya telah menentukan dan merancang strategi pemasaran hasil fidlot mereka sebelummemulakan perusahaan. Ini bermakna perusahaan fidlot adalah merupakan aktiviti yang berpandukan pasaran dengan mengunakansegala sumber tempatan yang ada secekap mungkin.

    2.1 Jenis-jenis Pemasaran

    Terdapat empat kaedah pemasaran utama untuk lembu fidlot:

    i. Jualan lembu hidup kepada peraih (butcher)ii. Jualan lembu hidup untuk aqiqahiii. Jualan lembu hidup untuk korbaniv. Jualan runcit secara tunai (daging segar)

    Pasaran pertama adalah yang terbesar dan perlu dijadikan sasaran utama oleh pengusaha fidlot. Penjualan lembu hidup untukpenyembelihan terus boleh dilaksanakan samada secara terus atau melalui peraih.

    Pasaran kedua dan ketiga adalah bermusim dan tertakluk kepada permintaan.

    Bagi menjamin kemapanan projek yang diusahakan, pengusaha fidlot perlu merancang strategi pemasaran meliputi kedua-duakategori pasaran tersebut. Oleh yang demikian, adalah penting untuk menjalankan sistem fidlot berperingkat. Ini bermakna, ternakanlembu fidlot perlu diusahakan samada dalam 2 atau 3 peringkat kumpulan.

    Jadual 1 menunjukkan contoh strategi pemsaran bagi pemasaran bagi operasi fidlot 3 peringkat untuk tempoh pengemukan 4 bulan(120 hari) pada kadar peningkatan berat badan harian 1kg/hari:

  • 8/7/2019 LEMBU FIDLOT

    4/27

    Kumpulan@Peringkat

    Bulan TernakanMasuk

    Berat Masuk(kg)

    Peningkatan

    Berat Badanharian (Kg/hari)

    Target BeratJualan (kg)

    Target Jualan(bulan)

    Pertama Ogos 230-260 kg 1.0 kg/hari 350-380 kgHari Raya AidilFitri

    Kedua Oktober 180-230 kg 1.0kg/hari 300-350 kgHari Raya Korban(Februari)

    Ketiga Sepanjang masa230-260 kg 1.0kg/hari 350-380 kgJualanhidup/dagingsegar (Jan-Dis)

    2.2 Networking

    Bagi mereka yang baru memulakan projek kerap berlaku masalah pemasaran disebabkan bidangusaha mereka belum diketahui olehpembeli dan peraih. Berlaku juga dalam keadaan tersebut dimana pengusaha menghadapi masalah menetapkan harga jualan hasilmereka dan penjualan dibawah harga pasaran ini merugikan pengusaha. Kejadian sedemikian boleh menampakkan bidangusaha initidak berdaya maju seperti yang dimaklumkan.

    Bagi mengatasi keadaan ini adalah dicadangkan supaya pengusaha baru mempromosikan bidangusaha fidlot mereka sertaberganding bahu dan sentiasa berhubung dengan pengusaha-pengusaha yang sediada.

    Dengan mengamalkan networkingsedemikian. pemasaran lembu fidlot akan menjadi lebih lancar dan terjamin. jaringan pemasaran inijuga boleh digunakan oleh pengusaha bagi mendapatkan bekalan lembu-lembu feeder dan juga harga makanan yang baik.

    2.3 Penjualan Secara Tunai

    Bidangusaha fidlot boleh rugi dan akhirnya terpaksa ditutup apabila terlalu banyak menanggung hutang. Hutang yang besardisebabkan aktiviti penjualan yang dibuat secara kredit. Usaha memungut hutang adalah merupakan satu usaha yang amat sukar danmelibatkan kos tertentu. Mereka yang berjaya hanya menjualkan hasil fidlot secara tunai.

  • 8/7/2019 LEMBU FIDLOT

    5/27

    Pengusaha fidlot yang berjaya memasarkan hasil mereka terus kepada

    pelanggan secara jualan tunai.

    Kebanyakkan pengusaha fidlot berskala sederhana juga menjalankan aktiviti jualan runcit daging lembu fidlot mereka di pasar-pasar

    tempatan, pasar malam atau pasar tani. Aktiviti ini dijalankan bagi memastikan pemasaran dipelbagai dan penjualan hasil fidlotberjalan dengan lancar disamping meningkatkan pendapatan.

    Adalah dianggarkan sebanyak sebanyak RM 150.00 pendapatan tambahan boleh diperolehi melalui penjualan runcit daging bagisetiap ekor lembu fidlot. Terdapat juga pengusaha fidlot yang membuat rangkaian pemasaran melalui pasar-pasar tani dan pasarmalam dengan melibatkan beberapa pekerja dan kenderaan pengangkutan khas.

    Semua usaha ini adalah untuk mempelbagaikan aktiviti penjualan lembu fidlot sebagai menjamin pemasaran yang berterusan danseterusnya menjamin bidangusaha projek ternakan lembu fidlot berdaya maju dan mapan.

    3.0 PEMILIHAN TERNAKAN

    3.1 Asas Pemilihan

    Pemilihan ternakan untuk fidlot perlu berasaskan kepada keperluan pasaran. Faktor-faktor yang mempengaruhi termasuklah:

    i. Permintaan . keperluan pasaranii. Penetapan berat awaliii. Peningkatan berat badaniv. Target berat akhir atau berat jualan

  • 8/7/2019 LEMBU FIDLOT

    6/27

    3.2 Baka dan Jantina

    Terdapat tiga jenis baka lembu yang boleh dipilih untuk penternakan fidlot yang boleh mengadaptasi cuaca tempatan dan mempunyaiciri-ciri tumbesaran yang baik seperti :

    i. Baka import

    Contoh : lembu Brahman, Droughmaster, Sahiwal-Fresien dan Nellore.

    ii. Kacukan baka tempatan dengan baka import

    Contoh : Kacukan KK x Brahman dan KK x Nellore

    iii. Baka tempatan Kedah-Kelantan (KK)*

    * Lembu baka tempatan KK bagaimanapun memberikan peningkatan berat badan (ADG) yang lebih rendah berbanding baka importatau kacukan. Jantina lembu yang sesuai untuk fidlot adalah jantan bagaimanapun lembu-lembu betina dewasa yang ditakai jugaterbukti memberikan pulangan yang baik.

    3.3 Umur dan Berat Badan

    Lembu yang dipilih untuk penternakan fidlot perlu dipastikan memenuhi kriteria-kriteria berikut:

    i. Umur antara satu hingga satu setengah tahunii. Berat awal antara 200-250 kg (baka import atau kacukan) dan 150-200 kg (baka tempatan atau KK), Bagaimanapun, penentuanberat awal tertakluk kepada perancangan tempoh pemeliharaan dan target pemasaran (berat akhir atau berat jualan yang dikehendaki)

    Jadual 2 menunjukkan contoh penentuan pemilihan lembu fidlot (feeder) berdasarkan berat awal, peningkatan barat badanharian dan target berat akhir (berat jualan)

    Berat AwalPeningkatan BeratBadan Harian (kg/hari)

    TempohPemeliharaan(hari)

    Berat Akhir(kg)

    200 1.0 120 320

    230 1.0 120 350

  • 8/7/2019 LEMBU FIDLOT

    7/27

    3.4 Status Kesihatan

    Lembu yang dipilih untuk penternakan fidlot mestilah diperolehi dari sumber atau gerompok ternakan yang sihat dan disahkan bebasdari jangkitan penyakit oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan.

    Perkara-perkara berikut perlu diambil perhatian utama:

    i.

    ii.

    iii.

    Pastikan lembu telah disahkan bebas dari penyakit kuku dan mulut serta penyakit hawar berdarah dan telah diberi suntikanvaksinasi pencegahan penyakit tersebut.

    Pastikan lembu adalah bebas dari jangkitan kutu dan cacing serta telah diberi rawatan ubat kutu dan cacing

    Pastikan lembu adalah sempurna anggotanya dan tidak cacat serta tidak bantut dari segi pertumbuhan badan

    Sumber ladang atau gerompok ternakan dari mana lembu diperolehi perlu dipastikan mempunyai sijil perakuan bebas penyakit dari

    Jabatan Perkhidmatan Haiwan

    Lembu-lembu yang dipilih untuk penternkan fidlot perlu dipastikan sihat, bebas

    jangkitan kutu dan cacing serta tidak cacat

    4.0 PENGURUSAN

  • 8/7/2019 LEMBU FIDLOT

    8/27

    Pengurusan yang cekap dan sistematik adalah adalah penting bagi menjamin kesihatan ternakan, peningkatan berat badan harianyang maksimum, kawalan kos operasi yang minimum serta keuntungan yang optimum.

    4.1 Pengurusan Personel

    Kebanyakan pengusaha atau pemilik fidlot tidak melakukan pengurusan ternakan secara langsung, sebaliknya menggaji tenagapekerja yang diperlukan. Oleh yang demikian, pengurusan personel adalah mustahak

    Pengurusan personel merangkumi aktiviti-aktiviti berikut:

    i.

    ii.

    Menentukan bilangan pekerja diperlukan tertakluk kepada bilangan lembu, saiz dan jenis operasi fidlot yang diusahakan. Kadarpekerja yang cekap dan optimum berbanding bilangan lembu dan jenis operasi fidlot adalah seperti berikut:

    a. Operasi fidlot secara manual = 1 orang pekerja untuk 200 ekorb. Operasi fidlot secara mekanikal = 1 orang pekerja untuk 400 ekor

    Jadual bertugas atau jadual kerja harian perlu disediakan untuk kemudahan rujukan pekerja supaya penyelenggaraan operasidan pengurusan harian lebih mudah dan cekap.

    4.2 Pengurusan Ternakan

    Lembu fidlot khususnya baka import perlu dimandikan sekurang-kurangnya satu kali sehari untuk mengurangkan bebanan haba (heatstress). Tindakan ini didapati membantu meningkatkan selera pemakanan (feed intake) yang menentukan peningkatan berat badanharian yang tinggi.

    Pemerhatian dan pemeriksaan secara rawak perlu dilakukan dari masa kesemasa bagi mempastikan keselesaan, kesihatan,pemakanan dan prestasi peningkatan berat badan ternakan.

  • 8/7/2019 LEMBU FIDLOT

    9/27

    Seeloknya setiap ternakan ditimbang pada minggu pertama kemasukan bagimerekod berat awal, bulan pertama atau kedua tempoh pemeliharaan bagi merekodpeningkatan berat badan dan minggu terakhir tempoh pemeliharaan bagi merkodberat akhir sebelum jualan.

    Pengurusan lembu fidlot yang cekap menjamin

    kejayaan dan keuntungan pengusaha

    4.3 Pengurusan Kandang

    Kandang fidlot perlu diselia dengan sempurna termasuk penjagaan kebersihan harian, penyelenggaraan peralatan dan kemudahaninfrastruktur. Kandang perlu dibersihkan sekurang-kurangnya satu kali sehari, seelok-eloknya disebelah pagi.

    Kandang yang kotor dan dipenuhi najis akan memudahkan jangkitan penyakit kepada lembu fidlot dalam kurungan sepeti penyakitpernafasan dan radang paru-paru , kembong atau direa dan masalah kuku.

    4.4 Pengurusan Pemakanan

    Pengurusan pemakanan lembu fidlot sangat kritikal kerana ianya merupakan faktor utama yang mempengaruhi peningkatan beratbadan harian (daily weight gain). Ini seterusnya akan menentukan samada projek ternakan fidlot yang diusahakan memberikeuntungan atau kerugian,.

    Lembu fidlot perlu diberi makanan antara 4-6 kg seekor sehari pada peringkat permulaan pemeliharaan (berat badan antara 200-250kg.), sehingga mencapai 8-10 kg seekor sehari pada peringkat akhir pemeliharaan ( berat badan antara 350-400 kg). Bagaimanapun,

    kiraan kadar pemberian makanan adalah juga tertakluk kepada jenis makanan , seperti 100% PKC sahaja atau campuran PKC danrumput atau lain-lain jenis bahan hasilan pertanian.

    Jadual pemberian makanan perlu tetap, iaitu 2 kali sehari. Pemberian makanan pertama seeloknya awal pagi, antara jam 7 pagi danselewatnya jam 9 pagi. Pemberian makanan kedua pula seeloknya selepas 6 jam berikutnya, iaitu antara jam 1 petang danselewatnya-lewatnya jam 3 petang.

    Lembu fidlot juga perlu disediakan garam jilatan (mineral block) yang mencukupi sepanjang masa sebagai bekalan tambahankeperluan mineral. Bekalan air minuman yang bersih dan mencukupi perlu sentiasa tersedia.

  • 8/7/2019 LEMBU FIDLOT

    10/27

    Lembu Fidlot perlu diberi makanan berkualiti

    yang secukupnya secara cekap dan ekonomik

    4.5 Pengurusan Kenderaan

    Kenderaan seperti lori yang sesuai untuk mengangkut ternakan, makanan dan peralatan ladang perlu diselenggara dengan baik.Sekurang-kurangnya ladang fidlot perlu mempunyai sebuah lori, minimum 3 tan atau mendapatkan khidmat lori sewa yang murah.

    4.6 Pengurusan Rekod

    Pengurusan rekod adalah penting untuk memudahkan penilaian projek fidlot yang diusahakan, seperti menilai prestasi peningkatanberat badan harian, jumlah makanan yang dimakan, kos pemakanan, kos ubat-ubatan, kos penyelenggaraan dan kos operasi fidlotberbanding keuntungan-kerugian.

    Rekod-rekod berikut adalah penting dalam pengurusan lembu fidlot:

    i. Rekod pembelian lembu 'feeder'ii Rekod pemberian makanan harianiii Rekod peningkatan berat badan harian

    iv Rekod kesihatan dan kematianv Rekod pemasaran/jualan lembu fidlotvi Rekoid personelvii Rekod kewangan

    Contoh rekod stok ternakan. rekod purata kenaikan berat badan (ADG), rekod jualan ternakan dan rekod tunai ternakan bolehdijadikan panduan

  • 8/7/2019 LEMBU FIDLOT

    11/27

    CONTOH

    REKOD STOK TERNAKAN

    NAMA LADANG :______________________________________

    KUMPULAN TERNAKAN :_______________________________

    TARIKH MASUK :______________________________________

    TARIKH BELIAN MASUK (ekor)MATI(ekor)

    SINGKIR (ekor)JUAL(ekor)

    STOK SEMASA(ekor)

    CATATAN

    DISEDIAKAN OLEH : ___________________________

    DISEMAK OLEH :______________________________

  • 8/7/2019 LEMBU FIDLOT

    12/27

    CONTOH

    REKOD PURATA KENAIKAN BERAT BADAN (ADG)

    NAMA LADANG :______________________________________

    KUMPULAN TERNAKAN :_______________________________

    TARIKH MASUK :______________________________________

    BIL NO. TAGBERAT AWAL(kg)

    BERATSEKARANG (kg)

    PERBEZAANBERAT BADAN

    (kg)

    TEMPOHPELIHARA (Hari)

    ADG (kg) CATATAN

  • 8/7/2019 LEMBU FIDLOT

    13/27

    DISEDIAKAN OLEH : ___________________________

    DISEMAK OLEH :______________________________

    CONTOH

    REKOD JUALAN TERNAKAN

    NAMA LADANG :______________________________________

    KUMPULAN TERNAKAN :_______________________________

    TARIKH MASUK :______________________________________

    TARIKH NO. TAG JANTINABERAT BADAN(kg)

    HARGA JUALAN(kg)

    PEMBELI (NAMA &ALAMAT)

    CATATAN

  • 8/7/2019 LEMBU FIDLOT

    14/27

    DISEDIAKAN OLEH : ___________________________

    DISEMAK OLEH :______________________________

    CONTOH

    REKOD TUNAI (CASH FLOW) TERNAKAN

    NAMA LADANG :______________________________________

    KUMPULAN TERNAKAN :_______________________________

    TARIKH MASUK :______________________________________

    TARIKHBILANGANSTOK AWAL

    (ekor)

    BILANGANJUAL (ekor)

    BILANGANMATI &

    SINGKIR (ekor)

    BILANGAN STOKSEMASA (ekor)

    JUALANTUNAI (RM)

    KOS OPERASISELURUH (RM)

    UNTUNG RUGI(RM)

  • 8/7/2019 LEMBU FIDLOT

    15/27

    5.0 INFRASTRUKTUR

    5.1 Lokasi

    Pemilihan tapak projek fidlot perlu mengambil kira beberapa faktor seperti topografi, jenis tanah, kemudahan bekalan air danelektrik, kesediaan sumber makanan ternakan, sumber bekalan ternakan, sistem pengangkutan, pasaran dan pembuangan najis.

    Seeloknya lokasi ladang/projek fidlot terletak sekurang-kurangnya 0.5 km radius daripada kawasan kediaman/perumahan danperindustrian serta tidak terlalu hampir dengan sungai atau sistem tali air. Ini bagi mengelakkan lempahan apabila berlaku banjiratau hujan lebat. Sekeliling kawasan ladang fidlot perlu dipagar (pagar perimeter) dan disulami dengan pokok-pokok tanaman/buahan.

    Elakkan kawasan yang rendah dan mudah tenggelam apabila banjir berlaku. Pastikan jalan keluar-masuk ke kawasan ladang

    boleh dilalui sepanjang musim serta dapat menampung kenderaan (lori) sehingga seberat 16 tan.

  • 8/7/2019 LEMBU FIDLOT

    16/27

    Tapak projek lembu fidlot perlu dikawasan yang strategik dari aspek topografi,

    persekitaran dan kemudahan prasarana

    5.2 Topografi

    Permukaan tanah bagi projek fidlot perlulah rata dan mempunyai pengaliran yang baik. Bagi kawasan yang kerap hujanpenempatan projek fidlot di kawasan berbukit adalah lebih baik kerana ini membolehkan pengaliran air yang baik di sampingmengurangkan masalah tanah berbecak.

    Bagaimanapun, pemilihan tapak projek fidlot di kawasan yang rata dapat mengurangkan kos pembinaan jalan, pagar dankemudahan lain dibandingkan dengan kawasan berbukit.

    5.3 Bekalan Air Dan Elektrik

    Apabila merancang projek fidlot, kemudahan sumber bekalan air perlu difikirkan semasa memilih tapak untuk projek fidlot.

    Lembu yang mempunyai berat badan antara 200-400kg memerlukan air minuman sebanyak 25-40 liter sehari. Oleh yang

    demikian, penternak yang memelihara 100 ekor akan memerlukan sebanyak 2500-5000 liter air minuman sehari. Air diperlukan juga untuk mencuci kandang dan peralatan fidlot. Perigi atau parit pengairan merupakan sumber air semula jadi yang sesuaiselain bekalan daripada Jabatan Bekalan Air.

    Bagi projek yang besar atau projek yang berpotensi untuk berkembang pada masa hadapan, sumber tenaga daripada bekalanelektrik diperlukan untuk menjalankan kilang makanan. Bekalan elektrik juga diperlukan untuk menjalankan mesin-mesin danperalatan tertentu bagi projek fidlot secara mekanikal.

    5.4 Reka Bentuk Kandang

  • 8/7/2019 LEMBU FIDLOT

    17/27

    Penentuan reka bentuk kandang fidlot yang betul dan sesuai adalah penting untuk penempatan ternakan fidlot dalam persekitaranyang selesa, disamping menentukan kos pemakanan dan pengurusan yang menguntungkan.

    Reka bentuk kandang dipengaruhi oleh iklim, bilangan ternakan serta rancangan perkembangan fidlot pada masa hadapan. Olehkerana negara ini beriklim panas dan hujan sepanjang tahun, kandang berbumbung adalah lebih sesuai daripada kandang terbuka.

    Contoh rekabentuk kandang yang praktikal dan ekonomik untuk projek lembu fidlot

    skala sederhana (semi-komersil)

    5.5 Kandang Kurungan

    Pembinaan kandang kurungan untuk lembu-lembu fidlot perlu mematuhi aspek-aspek kemudahan infrastruktur yang 'standard'seperti berikut:

    i. Bumbung

    Bumbung kandang fidlot perlu dibina untuk memberi perlindungan kepada ternakan semasa hujan dan panas.Bumbung boleh dibina sama ada dengan menutup keseluruhan atau sebahagian daripada kawasan lantaikandang, bergantung pada modal yang ada.

    Kandang yang di tutup sebahagiannya dengan bumbung membolehkan cahaya matahari mengeringkan lantai,justeru mengurangkan pertumbuhan organisma-organisma yang boleh menyebabkan jangkitan penyakit kepada

  • 8/7/2019 LEMBU FIDLOT

    18/27

    ii.

    ternakan.

    Bahan-bahan yang boleh digunakan untuk membina bumbung termasuklah zink, atap, asbestos dan lapisangetah tar.

    Lantai

    Lantai perlu dibuat daripada konkrit simen untuk mengelakkan keadaan becak atau berlumpur. Prestasi ternakanakan menurun sekiranya ternakan dipelihara di tempat yang berbecak kerana keadaan sebegini akanmemudahkan serangan penyakit.

    Lantai simen yang dibina mestilah mempunyai ketebalan sekurang-kurangnya 10cm(4 inci) dan ini juga tertaklukkepada kepadatan tanah dengan kecerunan 2% menghala ke parit.

    iii

    Rekabentuk kandang menunjukkan bumbung dan lantai konkrit yang

    praktikal dan ekonomik untuk projek lembu fidlot komersil

    iv Sistem Saliran

    Kandang fidlot mestilah disediakan dengan sistem saliran (parit) yang lengkap supaya air dan najis ternakandapat disalirkan dengan sempurna

    Sistem saliran yang tidak sempurna akan menyulitkan kerja-kerja mencuci kandang. Air dan najis yang bertakungakan menggalakkan pembiakan parasit dan seterusnya menjejaskan prestasi ternakan fidlot.

  • 8/7/2019 LEMBU FIDLOT

    19/27

    v Palung Makanan

    Palung makanan untuk lembu-lembu fidlot perlu dibina di tepi kandang kurungan supaya pemberian makananmudah dijalankan.

    Palung makanan yang sesuai adalah yang berukuran 60cm (24inci) lebar dan 45cm (18inci) tinggi.

    Seekor lembu memerlukan 15cm (6inci) ruang makanan. Lantai simen di bahagian tempat makanan perluditinggikan sedikit supaya air, najis dan makanan yang terbuang dapat dibersihkan dengan mudah di sampingmengelakkan kawasan kandang menjadi lembab dan berbecak.

    Antara bahan-bahan yang sesuai digunakan untuk membina tempat/palung makanan ialah konkrit dan tongpolyetelene yang dipotong melintang.

    vi Palung Air Minuman

    Kedudukan palung air minum bergantung pada reka bentuk kandang kurungan dan jenis takungan air yangdigunakan. Bagi kandang yang mempunyai beberapa petak, palung airnya perlu ditempatkan diantara petak.

    Kadang kurungan yang menampung 50 ekor lembu perlu mempunyai palung air minuman yang tersendiri. Palungair minuman yang sesuai ialah yang berukuran 46cm (18 inci) dan 60 cm(24 inci) tinggi.

    Untuk membina palung air, konkrit merupakan bahan yang sesuai digunakan selain daripada tong dram dangelung konkrit sebagai alternatif.

    Contoh rekabentuk palung makanan dan air minuman yang praktikal dan

  • 8/7/2019 LEMBU FIDLOT

    20/27

    ekonomik

    vii Kolam Takungan Najis

    Kolam takungan najis untuk sisa buangan/kumbahan fidlot perlu disediakan untuk mengelakkan najis darikawasan fidlot mencemari sungai, mata air dan kawasan persekitaran. Dengan adanya kolam takungan ini,kesemua najis yang dihasilkan dapat dikumpulkan setempat.

    Saiz kolam takungan najis bergantung pada bilangan ternakan yang dipelihara dan kegunaannya, (maklumat

    terperinci, sila rujuk Chapter 8: Sisa Buangan Fidlot) .

    viiiTempat Rawatan

    Tempat atau lorong rawatan (travis) diperlukan untuk memudahkan rawatan ternakan dan boleh juga digunakansebagai tempat untuk menimbang ternakan.

    Kandang lembu fidlot perlu dilengkapi dengan loading ramp & travis untuk

    kemudahan memunggah dan mengawal lembu

  • 8/7/2019 LEMBU FIDLOT

    21/27

    Tangki air perlu disediakan bagi menjamin

    bekalan air bersih yang berterusan dan

    mencukupi untuk minuman lembu

    RAJAH A

  • 8/7/2019 LEMBU FIDLOT

    22/27

    RAJAH B

  • 8/7/2019 LEMBU FIDLOT

    23/27

  • 8/7/2019 LEMBU FIDLOT

    24/27

    CONTOH PELBAGAI RUPA BENTUK BUMBUNG

    CONTOH PALUNG MAKANAN DAN MINUMAN

  • 8/7/2019 LEMBU FIDLOT

    25/27

    6.0 PEMAKANAN

    Makanan untuk lembu fidlot boleh melibatkan sehingga 60-70 peratus daripada kos pengendalian/operasi. Oleh itu perancangan yangteliti bagi memilih penggunaan bahan-bakan makanan yang ekonomik dan cekap adalah kritikal.

    6.1 Keperluan Nutrien

    Jenis-jenis nutrien yang diperlukan dalam sumber makanan dan fungssinya terhadap kehidupan lembu adalah seperti berikut:-

    i. Air mengawal suhu badan, memindah nutrien lain ke dalam tubuh dan membantu dalam penglihatan danpendengaran

    ii Protein Membantu dalam pertumbuhan, pembiakan dan pengemukkan

    iii Karbohidrat Sebagai sumber tenaga utama bagi menjalankan semua aktiviti tubuh

    iv Lemak Sebagai sumber tenaga dan membekalkan asid lemak tertentu}

    v Galian Penting untuk pembinaan tulang, gigi, otot dan sel-sel darah

    vi Vitamin A - Membantu dalam penglihatanD - Pencernaan Kalsium dan fungsi proses pembiakanE - Untuk menguatkan otot

    Nutrien-nutrien ini perlu diberi dalam kadar yang seimbang dan secukupnya kepada lembu bagi mendapatkan hasil pengeluaran yangmaksimum.

    Kekurangan salah satu nutrien ini akan menganggu tumbesaran normal lembu. Lembu fidlot memerlukan zat-zat nutrien ini secukupnyasetiap hari, daripada apa juga sumber bahan makanan yang digunakan. Zat-zat nutrien berkenaan perlu ada di dalam bahan-bahanterumus dalam rangsum makanan yang diberikan.

    Jumlah nutrien yang diperlukan dalam rangsum makanan lembu fidlot adalah seperti berikut:

    Zat proteinTenaga Metabolisma

    - Minima 14%- Minima 10.6 Mj/kg

  • 8/7/2019 LEMBU FIDLOT

    26/27

    10.0 PENUTUP

    Projek ternakan lembu fidlot sekiranya diusahakan secara komersil (tahap komersil adalah sekurang-kurangnya 600 ekorsetahun) menggunakan hasil buangan industri pertanian sebagai sumber makanan dengan penggunaan teknologi terkini dansecra mekanikal adalah berdaya maju dan menguntungkan.

    Pihak atau individu yang berhasrat untuk mengusahakan projek ternakan lembu fidlot disaran supaya meneliti dan merujuk"Manual Penternakan Lembu Fidlot" sebagai panduan.

    Sepertimana yang dimaklumkan, manual ini disediakan hanya sebagai panduan secara umum sahaja. Penternak atau bakalpengusaha dinasihatkan supaya menghubungi dan merujuk pegawai di pejabat Jabatan Perkhidmatan Haiwan (Negeri atauDaerah) yang terdekat untuk mendapatkan penerangan dan maklumat yang lebih terperinci. Khidmat nasihat secara berterusanadalah penting bagi menjamin kemapanan dan dayamaju projek ternakan lembu fidlot yang diusahakan untuk berdaya saingbukan sahaja bagi pasaran tempatan bahkan jua untuk pasaran eksport.

    Pengusaha atau penternak juga dinasihatkan supaya merujuk buku panduan "Amalan Baik Penternakan Fidlot (GAHP Fidlot)"yang diterbitkan oleh Jabtan Perkhidmatan Haiwan sebelum mengusahakan projek/ladang ternakan lembu fidlot.

  • 8/7/2019 LEMBU FIDLOT

    27/27

    MANUALPENTERNAKAN

    LEMBU FIDLOTDisediakan Oleh :

    Syed Abdull Rahaman Wan Morsidi