latihan penjodoh bilangan 3

5
Latihan 3: Pilih penjodoh bilangan yang paling sesuai bagi melengkapkan ayat-ayat di bawah: 1. Ayah membeli empat _______ nasi lemak untuk kami bersarapan. A. ketul B. batang C. buah D. bungkus 2. Adik memasukkan empat ________ ais ke dalam gelas air limaunya. A. buku B.ulas C. ketul D. kerat 3. Cikgu Nazira menyuruh kami mengarang dua _______ pantun setiap seorang. A. rangkap B. perenggan C. patah D. baris 4. Hashimi menghadiahkan se _______ bunga mawar kepada Cikgu Murni sempena Hari Guru.

Upload: yuvanahrani-rajo

Post on 10-Apr-2016

249 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pb3

TRANSCRIPT

Page 1: Latihan Penjodoh Bilangan 3

Latihan 3: Pilih penjodoh bilangan yang paling sesuai bagi melengkapkan ayat-ayat di bawah:

1.  Ayah membeli empat _______ nasi lemak untuk kami bersarapan.

A. ketul B. batangC. buah D. bungkus

2.  Adik memasukkan empat ________ ais ke dalam gelas air limaunya.

A. buku B.ulasC. ketul D. kerat

3.  Cikgu Nazira menyuruh kami mengarang dua _______ pantun setiap seorang.

A. rangkap B. perengganC. patah D. baris

4.  Hashimi menghadiahkan se _______ bunga mawar kepada Cikgu Murni sempena Hari Guru.

A. pucuk B. rumpunC. kuntum D. bungkus

5.  Kami telah dinasihatkan supaya membawa empat _______ pensel ketika menghadapi

Page 2: Latihan Penjodoh Bilangan 3

peperiksaan.

A. bilah B. pucukC. butir D. batang

6.  Wanita itu telah kehilangan dua _______ cincin dan se _______ rantai emas.

A. utas ... gulung B. bentuk ... buahC. biji ... utas D. bentuk ... utas

7.  Pemenang yang bertuah itu mendapat hadiah se _______ basikal dan dua _______ kasut sukan.

A. pasang ... biji B. buah ... pasangC. biji ... buah D. buah ... bentuk

8.  Di belakang rumah atuk saya terdapat se _______ anak sungai dan dua _______ lombong yang dijadikan kolam untuk menternak ikan.

A. batang ... buah B. buah ... batangC. batang ... butir D. biji ... patah

9.  Dalam se _______ ayat yang kakak tulis terdapat kira-kira lapan _______ perkataan.

A. rangkap ... buah B. baris ... baris

Page 3: Latihan Penjodoh Bilangan 3

C. patah ... biji D. baris ... patah

10. Abang membeli lima _______ ikan emas dan tiga _______ daun plastik untuk diisi ke dalam akuarium.

A. buah ... helai B. ekor ... tangkaiC. biji ... kuntum D. ekor ... tandan

11. Untuk menyedapkan masakan, campurkan se _______ garam dan masukkan tiga _______ daun pandan.

A. cawan ... helai B. cubit ... rumpunC. kilo ... keping D. cubit ... helai

12. Syarikat itu membeli se _______ tanah untuk membina sembilan _______ rumah bagi penempatan para pekerjanya.

A. bidang ... buah B. ketul ... bijiC. bidang ... bentuk D. buah ... buah

13. Kanak-kanak itu telah terjumpa tiga _______ peluru meriam lama yang tersorok di dalam se _______ pokok buluh di tepi sungai.

A. butir ... rumpun B. buah ... batangC. biji ... pohon D. butir ... buah

Page 4: Latihan Penjodoh Bilangan 3

14. Petang semalam kakak telah makan dua _______ kek dan minum tiga _______ air sirap di majlis hari jadi kawannya.

A. biji ... gelas B. potong ... buahC. potong ... gelas D. keping ... biji

15. Ibu membawa pulang beberapa _______ buah cempedak dan dua _______ pisang emas yang dikirimkan oleh nenek dari kampung.

A. butir ... sisir B. biji ... tandanC. buah ... biji D. biji ... keping