upsr penjodoh bilangan.docx

20
Kesilapan Penjodoh Bilangan Dalam Bahasa Melayu, tidak semua perkataan boleh dipadankan dengan penjodoh bilangan. Kesilapanyang sering kita lakukan seperti: Kesilapan Pembetulan Sebab 1. Ibu saya seorangsuri rumah tangga. 2. Beliau bekerja sebagai seoranggur u. 1. Ibu suri rumah tangga. 2. Beliau bekerja sebagai guru. ‘Ibu saya’ atau ‘Beliau’ bermaksud seorang. Jaditidak perludiletakkan penjodoh bilangan ‘seorang’. 1. Dia mengayuhsebuah bas ikal. 2. Murid-murid bermain bola disebuah padang. 1. Dia mengayuh basikal. 2. Murid-murid bermain bola dipadang. Dari segi sematiknya (makna), tidak mungkinseseorang itu mengayuh dua buah basikaldalam masa yang sama. Selain itu,tidak mungkinmurid-murid bermain di dua buah padang. Oleh itu, tidak perlu gunakan penjodoh bilangan ‘sebuah’. 1. Para orangpe nonton bersorak dengan kuat. 2. Semua orangpe lajar mesti memakai pakaian seragam ke sekolah. 1. Para penonto n bersorak dengan kuat. 2. Semua pelajar mesti memakai pakaian seragam ke sekolah. Penjodoh bilangan tidak boleh digunakan bersama- sama kata bilangan tak tentu, kecuali ‘beberapa’. 1. Beberapa 1. Beberapa ora Penjodoh bilangan bolehdigunakan

Upload: tracyhcan

Post on 07-Sep-2015

176 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Kesilapan Penjodoh Bilangan

Dalam Bahasa Melayu, tidak semua perkataan boleh dipadankan dengan penjodoh bilangan.Kesilapanyang sering kita lakukan seperti:

Kesilapan

Pembetulan

Sebab

1.Ibu sayaseorangsuri rumah tangga.

2.Beliau bekerja sebagaiseorangguru.

1.Ibu suri rumah tangga.

2.Beliau bekerja sebagaiguru.

Ibu saya atau Beliau bermaksud seorang. Jaditidak perludiletakkan penjodoh bilangan seorang.

1.Dia mengayuhsebuahbasikal.

2.Murid-murid bermain bola disebuahpadang.

1.Dia mengayuh basikal.

2.Murid-murid bermain bola dipadang.

Dari segi sematiknya (makna),tidak mungkinseseorang itu mengayuh dua buah basikaldalam masa yang sama. Selain itu,tidak mungkinmurid-murid bermain di dua buahpadang. Oleh itu,tidak perlugunakan penjodoh bilangan sebuah.

1.Paraorangpenonton bersorak dengan kuat.

2.Semuaorangpelajar mesti memakai pakaian seragam ke sekolah.

1.Parapenonton bersorak dengan kuat.

2. Semua pelajar mesti memakai pakaian seragam ke sekolah.

Penjodoh bilangantidak bolehdigunakan bersama-sama kata bilangan tak tentu, kecuali beberapa.

1.Beberapa budak membaca buku di perpustakaan.

2.Limapeserta berlari dengan bersungguh-sungguh.

1.Beberapaorangbudak makan membaca buku di perpustakaan.

2.Limaorangpeserta berlari dengan bersungguh-sungguh.

Penjodoh bilanganbolehdigunakan bersama-sama kata bilangan tertentu dan kata bilangan tak tertentu 'beberapa'.

Penjodoh Bilangan yang sering salah guna

Kadang kala, kitamenyalahgunakanpenjodoh bilangan semasa dipadankan dengan benda berikut:

Contoh

Salah

Betul

bibir

buah

bentuk / pasang

cangkul

bilah

batang

cawan

gelas

biji

gigi

biji

batang

jam dinding

utas

buah

jam tangan

utas

pasang

jarum

batang

bilah

kek

buah

biji

lembing / tombak

batang

bilah

mercun

gugus

papan

pinggan

keping

biji

syiling

biji

keping

teko

buah

biji

Penggunaan Penjodoh Bilangan yang Betul 2

Sebelum ini, kita telah belajar sesuatu haiwan, tumbuh-tumbuhan dan benda dipadankan dengan beberapa penjodoh bilangan. Sekarang, saya hendakberkongsi ilmutentang penjodoh bilangan yang lain. Adakahbenda yang lainboleh dipadankan dengan beberapa penjodoh bilangan yang lain?

Contoh

Penjodoh Bilangan

Penjodoh Bilangan

bunga

kuntum

jambak

tangkai

jambangan

pasu

rambutan

dua biji

ikat / berkas

tangkai

dua bungkus

Contoh

Penjodoh Bilangan

Penjodoh Bilangan

pisang

biji

tandan

sisir / sikat

durian

beberapa ulas

longgok

dua pangsa

biji

epal

dua ulas

biji

potong

bakul

ikan

ekor

longgok

baris

beberapa pinggan

biskut

keping

balang

pinggan

bungkus

kotak

tebu

tiga ruas

beberapa ikat / berkas

beberapa batang

beberapa rumpun

burung

ekor

kawan

pasang

lembu

ekor

kandang

kawan

40 Soalan Latih Tubi Tatabahasa | PENJODOH BILANGAN

PENJODOH BILANGAN

Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayatberikut.

1 Untuk memagari kebunnya, Pak Cik Rashid telah membeli beratus-ratus__________ kawat berduri.A utasB gulungC gelungD bidang

2 __________ bunga kenanga terselit pada sanggul SofiaA SejambakB SekuntumC SejambanganD Sebatang

3 Sapu tangan itu dijahit dengan se __________ benang.A utasB untaiC gulungD lembar

4 "Masukkan se __________ garam ke dalam lauk itu," kata Mak Cik Salmahkepada Jamilah.A cuitB cubitC coletD genggam

5 __________ awan mendung berarak ditiup angin ke arah utara.A SegugusB SekelompokC SehamparanD Sekumpulan

6 Beberapa __________ pulau yang indah terdapat di Phuket, Thailand.A kelompokB tompokC buahD biji

7 Se __________ kata pun tidak tertulis walaupun sudah dua jam dia menghadap meja tulisnya.A patahB potongC cebisD untai

8 Ayah membeli dua __________ durian di pasar.A bijiB ulasC buahD buku

9 Kakak menggunakan se __________ kain sebagai pembalut luka pada jarinya.A cebisB bentukC lembarD cucuk

10 Polis melepaskan lima __________ tembakan ke arah perompak itu.A butirB dasC bijiD pucuk

11 Buku itu berharga dua belas ringgit se __________ .A papanB kepingC naskhahD rangkap

12 Beliau memulakan ucapannya dengan se __________ pantun.A barisB patahC rangkapD buah

Soalan 13 Berdasarkan Gambar 1.

Gambar 1

13 Ayah membeli beberapa __________ petai di gerai itu.A gelungB papanC mataD biji

14 Beberapa __________ rokok bertaburan di lantai.A puntungB berkasC kotakD pucuk

15 Mazirah membeli sebatang tebu dan memotongnya agar setiap adiknyamendapat __________ .A sebijiB seruasC sehirisD seketul

16 Pak Cik Yusof mempunyai beberapa __________ rumah sewa di KampungSungai Kota.A pintuB papanC bidangD rangkai

17 Pemuda itu telah menjumpai __________ kunci sewaktu dalam perjalanan ke perhentian bas.A seutasB sebilahC sejambakD serumpun

Soalan 18 Berdasarkan Gambar 2

Gambar 2

18 Beberapa __________ mutiara diletakkan pada kalung emas itu untukmencantikkannya.A ulasB butirC kepingD potong

19 Ayah memasukkan __________ filem ke dalam kameranya.A segulungB segelungC sekajangD sebuah

20 Pemuda itu membeli __________ surat khabar mingguan di kedai Ali.A sekepingB selembarC senaskhahD sehelai

21 "Tolong belikan saya se __________ pisang dan se __________ rambutan di gerai buah-buahan itu," pesan ibu kepada ayah.A biji ... buahB sisir ... ikatC tandan ... gugusD sikat.....longgok

22 "Letakkan lima __________ mangkuk dan beberapa __________ camca di atas meja itu," kata Chef Wan kepada pembantunya.A biji ... batangB buah ... batangC bekas ... bilahD butir ... bilah

23 Maimun menggubah dua __________ bunga mawar. Kemudian, diameletakkannya di atas se __________ almari.A kuntum ... bijiB bakul ... buahC jambak ... deretD jambangan ... buah

24 Pak Cik Aziz ke hutan dengan membawa __________ parang dan__________ tali untuk mencari rotan.A sebentuk ... selembarB sebatang ... segelungC selaras ... segulungD sebilah ... seutas

25 Naemah mengambil __________ isi ikan terubuk bakar yang masih panas itu.A seekorB secubitC seketulD segenggam

26 Ayah membelikan adik __________ langsat dan __________ rambutan.A segugus ... setangkaiB segugus ... seikatC sebiji ... selonggokD setangkai ... segugus

27 Atikah menghadiahi gurunya __________ bunga dan __________ pena.A sekuntum ..... sebilahB sejambangan ..... seberkasC setangkai ..... sepucukD sejambak ..... sebatang

28 Polis telah melepaskan beberapa __________ tembakan denganmenggunakan lima _________ rifel M16.A butir ..... pucukB das ..... larasC biji ..... batangD laras ..... das

29 Kakak membeli __________ kain songket dan __________ tikar di KedaiPayang.A sehelai ..... segulungB secarik ..... segelungC secebis ..... sehamparanD sehelai ..... sebidang

30 Dia mengutip beberapa __________ batu lalu membaling ke arah __________ burung ciak itu.A genggam ..... segerombolanB batang ..... sekumpulanC ketul ..... sekawanD kepal ..... seekor

31 __________ senapang dan beberapa __________ peluru telah dijumpai di tepibangunan itu.A Sebatang ..... bijiB Sedas ..... buahC Selaras ..... butirD Sekaki ..... butir

32 Berapa harga __________ ikan dan __________ sayur sawi ini?A sebakul ..... seberkasB selonggok ..... seikatC seberkas ..... seikatD sekawan ..... segulung

33 Untuk memasak gulai itu, kita perlu memasukkan __________ asam gelugur dan beberapa __________ bawang merah.A sepotong .. bijiB sehiris .. ulasC seketul .. bijiD sekeping .. biji

34 Setiap kali ayah pulang dari kampung, dia akan memuatkan keretanya dengan beberapa __________ rambutan serta beberapa __________ kelapa.A ulas .. sikatB biji .. tandanC ikat .. tandanD ikat .. sisir

35 Beberapa __________ jalan raya dan dua __________ kedai ditenggelami air akibat hujan lebat.A jalur .. pintuB kaki .. barisC batang .. deretD baris .. buah

36 Sebelum beredar dari rumah nenek, emak sempat menjamah __________ pulutdan memakan __________ sirih.A seketul .. sekepingB segenggam .. sehelaiC sepotong .. selembarD sekepal .. sekapur

37 Tiap-tiap orang yang menyertai aktiviti gotong-royong itu membawa__________ penggali dan beberapa __________ dawai.A sebatang .. gelungB sebuah .. gelungC sekerat .. lembarD sebilah .. utas

38 Emak menanam beberapa __________ sayur dan tiga __________ serai dibelakang rumah untuk menjimatkan perbelanjaannya.A baris .. pucukB deret .. kelompokC batas .. rumpunD ikat .. jambak

39 Dia menggunakan __________ tanah liat untuk dijadikan pinggan.A sekepulB segugusC setompokD segumpal

Soalan 40 Berdasarkan Gambar 3

Gambar 3

40 __________ burung berterbangan di udara pada waktu pagi untuk mencarimakan.A SepasukanB SekawanC SerumpunD Segerombolan