latihan nilai murni

29
Latihan Nilai Murni Nyatakan nilai murni yang terdapat dalam pernyataan di bawah. Contoh : Sudir suka bergaul dengan jirannya. Nilai Murni : semangat kejiranan Contoh Nilai Murni Guru itu menghukum semua murid yang telah membuat salah. Anis memberikan susu kepada anak kucing yang dijumpainya. Azizah menyelamatkan seekor kuching yang terjatuh di dalam longkang. Dheva kasihan melihat peminta sedekah itu lalu menghulurkan wang sebanyak RM2.00. Semua penduduk kampung bergotong-royong untuk memerangi penyakit denggi dari merebak. Budak itu membuat kerja rumah sendiri, tanpa suruhan ibu. Budak yang berumur 4 tahun itu boleh menukar baju and seluar sendiri. Abu akan memastikan dia akan sampai he sekolah sebelum loceng berbunyi. Johan beratur ketika membeli ticket wayang bersama dengan kawannya. Bila Joshua berbasikal ke sekolah, dia mengelakkan lorong-lorong kecil yang sunyi. Halina membawa bekalan nasi lemak ke sekolah. Kumar menyimpan wang sakunya di dalam tabung. Rena menyimpan wang saku yang dikumpulnya di

Upload: rosalind-david

Post on 23-Apr-2017

286 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Latihan Nilai Murni

Latihan Nilai Murni Nyatakan nilai murni yang terdapat dalam pernyataan di bawah.

Contoh :

Sudir suka bergaul dengan jirannya. Nilai Murni : semangat kejiranan

Contoh Nilai MurniGuru itu menghukum semua murid yang telah membuat salah.Anis memberikan susu kepada anak kucing yang dijumpainya.

Azizah menyelamatkan seekor kuching yang terjatuh di dalam longkang.

Dheva kasihan melihat peminta sedekah itu lalu menghulurkan wang sebanyak RM2.00.

Semua penduduk kampung bergotong-royong untuk memerangi penyakit denggi dari merebak.Budak itu membuat kerja rumah sendiri, tanpa suruhan ibu.Budak yang berumur 4 tahun itu boleh menukar baju and seluar sendiri.Abu akan memastikan dia akan sampai he sekolah sebelum loceng berbunyi.

Johan beratur ketika membeli ticket wayang bersama dengan kawannya.

Bila Joshua berbasikal ke sekolah, dia mengelakkan lorong-lorong kecil yang sunyi.Halina membawa bekalan nasi lemak ke sekolah.Kumar menyimpan wang sakunya di dalam tabung.Rena menyimpan wang saku yang dikumpulnya di bank.Sikap boros ketika berbelanja perlu dielakkan ketika berbelanja.Ravi mengucapkan terima kasih kepada pemandu bas sebelum turun dari bas itu.

Lee Chong Wei tidak berputus asa tetapi berlatih dengan lebih gigih apabila kalah dalam pertandingan badminton itu.Amir mendeklamasikan sajak “Merdeka” dengan penuh semangat.Negara kita telah merdeka pada 31 Ogos 1957.Semua murid berdiri tegak ketika lagu Negaraku dinyanyikan.William suka membaca buku untuk meluaskan pengetahuannya.

Page 2: Latihan Nilai Murni

Kim Seng mendengar nasihat ibu bapanya.Omari sentiasa mengingati pesanan ibunya agar tidak bermain di tepi jalan raya.

Pemuda itu terjun ke dalam sungai untuk menyelamat budak yang terjatuh ke dalam sungai itu.Suria mencuci basikalnya yang kotor.Ah Chong bercakap benar mengatakan bukan dia mengambil wang itu.Dia memulangkan wang yang dijumpainya kepada guru yang bertugas.Alia membuat ulang kaji pelajaran di perpustakaan sekolah.Amirul akan menyiapkan kerja sekolahnya selepas makan tengah hari.Mereka membaca buku di perpustakaan.Semua murid-murid berdiri tegak ketika menyambut ketibaan pemimpin Negara ke sekolah.Tolong senyap sewaktu berada di dalam kelas.Sami membuang sampah ke dalam tong sampah.Fatimah sentiasa mengamalkan makan makanan yang berkhasiat and seimbang.Sara suka makan makanan yang berkhasiat.Kes penderaan kanak-kanak kian merunsingkan masyarakat Malaysia pada hari ini.

’Ibrahim,ambillah wang ini buat belanja’,kata Ah Chong apabila melihat Ibrahim tidak makan apa-apa semasa rehat kerana tidak membawa wang saku.

Winnie membetulkan kesilapan kawannya.Tina tidak marah walaupun kawannya datang lewat ke majlis perkahwinannya.

Penduduk Kampung Sungai Kertas bergotong-royong membersihkan kawasan masjid.Puan Siti memberi sepiring kuih karipap kepada jirannya.Ali berkawan tanpa mengira bangsa dan agama.

Jawapan :

Contoh Nilai MurniGuru itu menghukum semua murid yang telah membuat salah. adil / saksamaAnis memberikan susu kepada anak kucing yang dijumpainya. baik hati

Azizah menyelamatkan seekor kuching yang terjatuh di dalam longkang. baik hati

Dheva kasihan melihat peminta sedekah itu lalu menghulurkan wang sebanyak RM2.00. baik hati

Page 3: Latihan Nilai Murni

Semua penduduk kampung bergotong-royong untuk memerangi penyakit denggi dari merebak.

bekerjasama / bergotong-royong

Budak itu membuat kerja rumah sendiri, tanpa suruhan ibu. berdikariBudak yang berumur 4 tahun itu boleh menukar baju and seluar sendiri. berdikariAbu akan memastikan dia akan sampai he sekolah sebelum loceng berbunyi. berdisiplin / bertatatertib

Johan beratur ketika membeli ticket wayang bersama dengan kawannya. berdisiplin / bertatatertib

Bila Joshua berbasikal ke sekolah, dia mengelakkan lorong-lorong kecil yang sunyi.

berhati-hati / berwaspada / cermat

Halina membawa bekalan nasi lemak ke sekolah. berjimat-cermatKumar menyimpan wang sakunya di dalam tabung. berjimat-cermatRena menyimpan wang saku yang dikumpulnya di bank. berjimat-cermatSikap boros ketika berbelanja perlu dielakkan ketika berbelanja. berjimat-cermatRavi mengucapkan terima kasih kepada pemandu bas sebelum turun dari bas itu.

bersopan / beradab / berbudi bahasa

Lee Chong Wei tidak berputus asa tetapi berlatih dengan lebih gigih apabila kalah dalam pertandingan badminton itu.

cekal / keazaman / berazam

Amir mendeklamasikan sajak “Merdeka” dengan penuh semangat. cinta akan negara / semangat patriotik

Negara kita telah merdeka pada 31 Ogos 1957. cinta akan negara / semangat patriotik

Semua murid berdiri tegak ketika lagu Negaraku dinyanyikan. cinta akan negara / semangat patriotik

William suka membaca buku untuk meluaskan pengetahuannya. cinta ilmuKim Seng mendengar nasihat ibu bapanya. hormat, taatOmari sentiasa mengingati pesanan ibunya agar tidak bermain di tepi jalan raya. patuh

Pemuda itu terjun ke dalam sungai untuk menyelamat budak yang terjatuh ke dalam sungai itu. keberanian / berani

Suria mencuci basikalnya yang kotor. KebersihanAh Chong bercakap benar mengatakan bukan dia mengambil wang itu. kejujuran / jujurDia memulangkan wang yang dijumpainya kepada guru yang bertugas. kejujuran / jujur

Alia membuat ulang kaji pelajaran di perpustakaan sekolah. kerajinan / rajin / ringan tulang

Amirul akan menyiapkan kerja sekolahnya selepas makan tengah hari. kerajinan / rajin / ringan tulang

Mereka membaca buku di perpustakaan. kerajinan / rajin / ringan tulang

Semua murid-murid berdiri tegak ketika menyambut ketibaan pemimpin Negara ke sekolah. menghormati

Page 4: Latihan Nilai Murni

Tolong senyap sewaktu berada di dalam kelas. patuh, menghormati guru

Sami membuang sampah ke dalam tong sampah. menjaga kebersihan persekitaran

Fatimah sentiasa mengamalkan makan makanan yang berkhasiat and seimbang. menjaga kesihatan

Sara suka makan makanan yang berkhasiat. menjaga kesihatanKes penderaan kanak-kanak kian merunsingkan masyarakat Malaysia pada hari ini.

peka kepada isu-isu sosial

’Ibrahim,ambillah wang ini buat belanja’,kata Ah Chong apabila melihat Ibrahim tidak makan apa-apa semasa rehat kerana tidak membawa wang saku.

prihatin

Winnie membetulkan kesilapan kawannya. prihatinTina tidak marah walaupun kawannya datang lewat ke majlis perkahwinannya. sabar

Penduduk Kampung Sungai Kertas bergotong-royong membersihkan kawasan masjid. semangat kejiranan

Puan Siti memberi sepiring kuih karipap kepada jirannya. semangat kejiranan

Ali berkawan tanpa mengira bangsa dan agama. toleransi / bertolak ansur

10.Contoh nilai-nilai murni

AdilBantu-membantuBerdisiplinBelas kasihanMematuhi peraturanBermaaf-maafanBersabarBertindak pantasBerusahaBergotong-royongHormati ibu bapaKasih-sayangBekerjasamaMembri salamHargai masaMengikut peraturanPerpaduanRamah mesraSimpati

AmanahRajinBeraniTabahBerdikariTolong-menolongBertanggungjawabMurah hatiCekalTekunHormati guruKejujuranKesopananMenepati masaMengenang budiMenjawab salamPersaudaraanRasionalSedia memaafkan

Baik hatiSayangBertanggungjawabSemangat kejirananBerhati-hatiToleransiBerterima kasihBerhati-hatiGigihJimatIkhlasKebersihanKesyukuranKerajinanMengakui kesalahanMerendah diriPrihatinRedhaSopan

Page 5: Latihan Nilai Murni

Semangat kesukanan patriotik Taat ibu bapa

Soalan Latihan

Latihan 3

Tulis lima nilai/pengajaran yang dapat kamu perolehi daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak melebihi 50 patah perkataan. Tulis dalam satu perenggan.

18 Febuari 2010

Persatuan kajian Tempatan Sekolah Kebangsaan Seri Murni telah mengadakan lawatan ke Menara Condong. Apabila semua berkumpul di pintu pagar sekolah, guru pengiring telah memberi penerangan tentang peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi. Kami mendengar penerangan yang disampaikan dengan teliti.

Ketika di menara itu, kami memanjat 100 anak tangga untuk ke puncaknya dengan berhati-hati. Kami berasa bangga dapat melawat bangunan warisan negara yang masih ada di negara kita.

Setelah penat, kami berehat dan solat zohor. Guru pengiring kami tidak kering gusi untuk menceritakan tentang sejarah pembinaan Menara Condong itu. Kami tidak menang tangan untuk mencatat maklumat yang disampaikan oleh guru itu. Sebelum pulang, kami berkumpul dan bergambar di hadapan menara tersebut sebagai kenang-kenangan. Kami berterima kasih kepada guru pengiring kerana memberi peluang menyertai program yang bermakna ini.

****************************

Latihan 4

Tulis lima nilai/pengajaran yang dapat kamu perolehi daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak melebihi 50 patah perkataan. Tulis dalam satu perenggan.

Page 6: Latihan Nilai Murni

Anak-anakku

Ayunlah langkahmu segera

Mendaki gunung cita-cita

Biar lelah, biar merana

Biar luka, biar cedera

Biar beribu ranjau menimpa

Namun jangan sekali-kali mengaku kalah

Jika engkau terjatuh

Ayuh, segera bangkit semula!

Ayunlah langkah perkasamu semula

Kerana perjalananmu masih jauh

Anak-anakku

Perjalanan ini memang pahit

Telanlah agar menjadi penawar

Kelak nanti...

Pasti kau akan merasa manisnya.

*********************************

Latihan 5

Tulis lima nilai/pengajaran yang dapat kamu perolehi daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak melebihi 50 patah perkataan. Tulis dalam satu perenggan.

Doris menangis teresak-esak. Giginya sakit lagi. Doris sangat suka makan gula-gula dan kek. Ibunya telah berkali-kali melarangnya namun Doris tidak pernah mengendahkan kata-kata ibunya itu.

Page 7: Latihan Nilai Murni

Duit belanja yang diberikan oleh ibunya setiap hari digunakan untuk membeli gula-gula dan kek. Doris juga tidak suka menggosok gigi. Kawan-kawannya juga menasihati Doris supaya tidak makan makanan yang manis. Tetapi kawan-kawannya pula akan dimarahi oleh Doris.

Ibu Doris amat kasihan melihat keadaan Doris yang tidak berhenti-henti menangis. Ibu Doris pun membawa Doris ke klinik gigi. Setelah diperiksa didapati gigi Doris banyak yang rosak dan terpaksa dicabut. Sekarang gigi Doris sudah rongak dan tidak cantik lagi. Doktor menasihati Doris supaya rajin menggosok gigi dan mengurangkan makanan yang manis-manis.

Doris berasa malu dan dia berjanji kepada doktor yang dia akan menggosok giginya setiap hari. Semenjak hari itu, Doris menjaga giginya dengan baik. Giginya sudah tidak sakit lagi. Kawan-kawan mula mahu mendekati Doris kerana giginya sudah tidak berbau busuk lagi.

****************************

Latihan 6

Tulis lima nilai/pengajaran yang dapat kamu perolehi daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak melebihi 50 patah perkataan. Tulis dalam satu perenggan.

Sejak malam tadi Kasim dan ibunya tidak nyenyak tidur kerana kedua-dua orang adiknya demam. Jadi, pagi-pagi lagi, Kasim mengajak ibunya membawa adik-adiknya ke hospital.

"Ke hospital? Tapi ibu tidak ada wang, nak,”kata si ibu.

”Jangan risau. Semalam Pak Hassan bagi RM50 kerana menolongnya memetik dan menjual sayur di pasar tani. Ambilah untuk belanja perubatan adik,” Kassim berkata kepada ibunya.

Sepantas itu juga Kassim ke rumah Farid. Dia meminta Farid menghantar surat permohonan cutinya kepada guru kelasnya. Ayah Farid terdengar perbualan antara Farid dan Kassim. Jadi, dia segera menawarkan bantuan untuk menghantar mereka ke hospital. Kassim amat berterima kasih atas pertolongan keluarga Farid.

***************************

Latihan 7

Tulis lima nilai/pengajaran yang dapat kamu perolehi daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak melebihi 50 patah perkataan. Tulis dalam satu perenggan.

Page 8: Latihan Nilai Murni

Azizan kasihan melihat Mak Bedah terketar-ketar membawa bakul berisi sayur. Dengan segera, dia menyapa Mak Bedah dengan melafazkan dengan ucapan salam.

Kemudian dia menawarkan diri untuk membantu Mak Bedah. Mak Bedah memberikan bakul tersebut kepada Azizan.

Setelah kenderaan agak lenggang, barulah Azizan memimpin tangan Mak Bedah melintas jalan. Mak Bedah amat berterima kasih atas pertolongan Azizan itu. Mak Bedah menghulurkan wang RM 5.00 kepada Azizan. Walau bagaimanapun, Azizan menolaknya dengan sopan. Dia hanya mahu menolong Mak Bedah. Setelah Mak Bedah sampai di rumah, barulah Azizan meneruskan niatnya menziarahi rakannya yang sakit.

***************************

Latihan 8

Tulis lima nilai/pengajaran yang dapat kamu perolehi daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak melebihi 50 patah perkataan. Tulis dalam satu perenggan.

Kehidupan Mila sekeluarga amat susah. Bapanya telah meninggal dunia setahun yang lalu. Ibunya mengambil alih menyara keluarga. Mila membantu ibunya menjaja kuih setiap pagi sebelum pergi ke sekolah. Walaupun Mila sibuk membantu ibunya, namun dia tidak pernah lupa akan tanggungjawabnya sebgai pelajar. Mila rajin mengulangkaji pelajaran. Mila juga suka membantu rakan-rakannya yang lemah dalam pelajaran.

Suatu hari, ibunya jatuh sakit. Mila tidak dapat hadir ke sekolah. Dia terpaksa menjaga ibunya yang sakit dan menguruskan adik-adiknya yang masih kecil. Setelah beberapa hari tidak ke sekolah, cikgu Rahimah pergi ke rumah Mila. Beliau berasa terharu akan nasib yang menimpa mila sekeluarga. Cikgu Rahimah berjanji akan membantu Mila. Kesusahan hidup Mila diceritakan kepada guru besar. Pihak sekolah mengadakan kutipan derma bagi meringankan beban Mila dan keluarganya. Mila dan keluarganya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kerana sudi membantu mereka.

***************************

Latihan 9

Page 9: Latihan Nilai Murni

Tulis lima nilai/pengajaran yang dapat kamu perolehi daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak melebihi 50 patah perkataan. Tulis dalam satu perenggan.

Halim murid tahun enam. Setiap hari dia ke sekolah dengan berjalan kaki. Lagi pun jarak rumah dengan sekolah hanya 2 kilometer sahaja. Dia tidak mahu menyusahkan ayah dan ibunya. Dia berpendapat dengan berjalan kaki dapat menyihatkan badan. Suatu hari semasa pulang dari sekolah, Halim ternampak akan kepulan asap keluar dari belakang kadai Pak Shuib. Melihat keadaan itu, Halim terus menjerit untuk meminta bantuan. Orang kampung yang terdengar jeritan Halim, terus datang memberikan bantuan.

Mereka menyelamatkan barang-barang yang ada di dalam kedai itu, dan mencuba untuk memadamkan api. Berkat kesungguhan orang-oranmg kampung, akhirnya api dapat dipadamkan. Pak Shuib mengucapkan terima kasih kepada Halim dan orang-orang kampung yang telah membantunya. Pak Shuib pula memberikan saguhati kepada halim atas pertolongannya. Namun Halim menolak dengan baik dan mengatakan bahawa dia ikhlas membantu Pak Shuib.

***************************

Latihan 10

Tulis lima nilai/pengajaran yang dapat kamu perolehi daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak melebihi 50 patah perkataan. Tulis dalam satu perenggan.

Siti Haida sentiasa bangun awal setiap pagi. Dia selalu memastikan tempat tidurnya sentiasa kemas. Selepas bersarapan pagi, dia tidak lupa bersalam dengan kedua ibu bapanya sebelum pergi ke sekolah. Semasa bersalam dia mohon restu agar ibu bapanya mendoakan kejayaannya dalam pelajaran. Ibu bapanya juga menaruh harapan yang tinggi terhadap siti Haida. Mereka mahu Siti Haida berjaya dan menjadi anak yang baik dan tinggi budi pekertinya serta berpelajaran.

Setiap hari Siti Haida ke sekolah dengan menaiki bas bersama rakan-rakannya. Dia sentiasa menjaga keselamatannya ketika berada di dalam bas. Di sekolahnya pula, Siti Haida merupakan ketua kelas. Dia prihatin dan sentiasa memastikan kelasnya dalam keadaan bersih dan ceria sebelum pengajaran dan pembelajaran bermula. Siti haida akan menumpukan perhatian ketika guru mengajar. Dia sering memperoleh pencapaian yang cemerlang dalam peperiksaan.

**************************

Latihan 11

Page 10: Latihan Nilai Murni

Tulis lima nilai/pengajaran yang dapat kamu perolehi daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak melebihi 50 patah perkataan. Tulis dalam satu perenggan.

Noni merupakan anak sulung dalam keluarganya. Dia seorang kakak yang baik hati dan penyayang. Dia sering membimbing dan mengasuh adik-adiknya. Noni juga sangat rajin membantu ibu dan ayahnya di rumah. Apabila ibunya memasak, Noni akan menjaga adiknya yang masih kecil. Adik-adiknya sangat manja dengan Noni. Dia juga ringan tulang membantu adik-adiknya menyiapkan kerja sekolah.

Di sekolah, Noni sangat disenangi oleh rakan-rakannya kerana sikapnya yang baik hati dan peramah. Bukan sahaja pintar, Noni juga seorang yang berdisiplin. Setiap hari dia membersihkan kelasnya bersama-sama rakannya. Kelas Enam Bestari sentiasa ceria dan bersih. Noni juga amat gemar belajar secara berkumpulan. Mereka berbincang dan menyelesaikan masalah pembelajaran bersama-sama. Noni dan kawan-kawannya mempunyai azam yang tinggi untuk memperoleh kejayaan cemerlang dalam pelajaran. Merekalah yang bakal mengharumkan nama sekolah.

************************

Latihan 12

Tulis lima nilai/pengajaran yang dapat kamu perolehi daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak melebihi 50 patah perkataan. Tulis dalam satu perenggan.

Berjalan-jalan ke kuala kubu

Penat berjalan duduk bersembang

Ringan tulang pada yang perlu

Pasti hidup akan dikenang

Pergi membeli ikan tenggiri

Beli juga ikan gelama

Jangan suka meninggi diri

Kelak diri akan binasa

Page 11: Latihan Nilai Murni

Gelang emas gelang suasa

Cincin berlian indah sekali

Jangan suka membuang masa

Nanti rugi diri sendiri

Pagi-pagi menyapu sampah

Sambil berehat makan kuini

Cakap ibu jangan dibantah

Perintah bapa mesti turuti

Mari menanam pokok pegaga

Tanam sama sebaris cili

Orang berbudi kita berbahasa

Jasa dikenang hingga ke mati

************************

Latihan 13

Tulis lima nilai/pengajaran yang dapat kamu perolehi daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak melebihi 50 patah perkataan. Tulis dalam satu perenggan.

Pada setiap hari Rabu, sekolah Aiman mengadakan perjumpaan untuk aktiviti persatuan. Aktiviti itu bermula pada pukul 4.00 petang. Cikgu Zainuddin selalu berpesan kepada murid-muridnya supaya datang awal.

Petang itu, Aiman segera bersiap-siap dan mengayuh basikal kesayangannya menuju ke sekolah. Dia tidak mahu terlewat tiba di sekolah, dia sentiasa berhati-hati dan mematuhi peraturan jalan raya supaya tidak mengalami sebarang kecelakaan.

Page 12: Latihan Nilai Murni

Apabila sampai di sekolah, Aiman menuntun basikalnya untuk diletakkan di tempat yang disediakan. Semasa berjumpa dengan guru, Aiman bersalam dengan gurunya dan melakukan apa-apa yang diarahkan.

Apabila gurunya memberi penerangan tentang cara-cara membuat buku skrap, Aiman akan mendengarnya dengan teliti. Dia tidak mahu melakukan kesilapan semasa menjalankan aktiviti tersebut. Aiman gembira kerana dapat menyertai setiap aktiviti yang diadakan disekolahnya.

************************

Latihan 14

Tulis lima nilai/pengajaran yang dapat kamu perolehi daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak melebihi 50 patah perkataan. Tulis dalam satu perenggan.

Anak-anakku

Ayuh melangkah segera

Mendaki gunung cita-cita

Biar lelah biar merana

Biar luka biar cedera

Biar seribu sengsara

Biar seribu ranjau menduga

Namun jangan sekali-kali mengalah

Jika engkau terjatuh

Ayuh, segera bangun semula

Ayunkan langkah perkasamu

Kerana perjalanan belum selesai

Page 13: Latihan Nilai Murni

Anak-anakku

Liku-liku kehidupan memang pahit

Tempuhi keperitan

Lalui lorong onak berduri

Telanlah agar menjadi penawar

Kelak nanti

Pasti kau merasai manisnya

*************************

Latihan 15

Tulis lima nilai/pengajaran yang dapat kamu perolehi daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak melebihi 50 patah perkataan. Tulis dalam satu perenggan.

Pencapaian akademik yang cemerlang merupakan alat pengukur prestasi sesebuah sekolah. Lantaran itu, ”Sekolahku Rumahku” amat sesuai dihayati dan diaplikasikan oleh semua murid agar dapat menjamin kebersihan kawasan sekolah. Ini kerana sekolah yang ceria dapat menjamin suasana pembelajaran yang kondusif. Oleh itu, barulah kecemerlangan sesebuah sekolah tercapai.

Untuk merealisasikannya, budaya bergotong-royong hendaklah menjadi amalan di setiap sekolah. Maka fenomena wabak denggi yang melanda negara dapat diatasi. Selain itu, amalan bergotong-royong adalah baik untuk pembentukkan sahsiah murid. Mereka akan bersama-sama melakukan tugasan walaupun dari latar belakang keluarga yang berbeza. Murid-murid juga dapat membiasakan diri dengan rakan-rakan yang berbilang bangsa.

Sekolah yang cemerlang juga bermula daripada kelas yang bersih. Lantaran itu, pertandingan kecerian kelas di sekolah adalah amat wajar. Sudut-sudut pembelajaran yang terdapat di dalam kelas dapat menjana minda murid-murid ke arah kecemerlangan. Begitu juga sudut bacaan pula dapat menggalakkan minat murid untuk membaca. Minda akan terangsang untuk membaca pelbagai bahan bacaan yang disediakan. Maka mereka boleh mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah.

Justeru, melentur buluh biarlah dari rebungnya amat bertepatan. Hal ini demikian, murid-murid perlu mematuhi jadual tugasan yang disediakan. Mereka juga perlu datang awal pagi untuk memastikan kebersihan kelas sentiasa terjamin. Kesimpulannya, semua warga sekolah perlu menitikberatkan faktor kebersihan dan keceriaan sesebuah sekolah.

Page 14: Latihan Nilai Murni

***********************

Latihan 16

Tulis lima nilai/pengajaran yang dapat kamu perolehi daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak melebihi 50 patah perkataan. Tulis dalam satu perenggan.

Nani murid yang sentiasa mengambil berat tentang pelajarannya. Pada masa yang sama dia mempunyai pelbagai hobi. Mengumpul setem adalah antara hobi yang paling digemarinya. Dia memiliki lima buah album setem yang disimpan di dalam almari yang berkunci. Setem-setem yang dikumpulkannya diperoleh daripada beberapa buah negara. Nani bertukar-tukar setem dengan kawan-kawan sekolahnya dan sahabat dari negeri-negeri di malaysia dan luar negara. Kini dia memiliki pelbagai setem dan mempunyai ramai kawan. Melalui hobinya Nani dapat mengetahui berbagai-bagai maklumat tentang negara luar seperti mata wang, kebudayaan, makanan dan pemimpin negara. Dia amat gembira kerana hobinya mendatangkan banyak faedah. Di samping itu dia dapat mengelakkan dirinya daripada terlibat dengan perkara-perkara yang tidak bermanfaat dan membuang masa.

**********************

Latihan 17

Tulis lima nilai/pengajaran yang dapat kamu perolehi daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak melebihi 50 patah perkataan. Tulis dalam satu perenggan.

Pak Utih tinggal sebatang kara di kampung Layar Patah. Isteri dan anak tunggalnya telah meninggal dunia. Pak Utih melakukan apa sahaja pekerjaan yang diminta oleh penduduk. Antara pekerjaan yang biasa beliau lakukan seperti membersih kebun, memotong rumput, memanjat pokok kelapa, membaikli bumbung rumah yang bocor. Walau pun semakin dimamah usia, beliau masih ligat mencari rezeki untuk menampung hidupnya. Beliau tidak mahu menagih simpati dari jiran tetangga. Selagi terdaya beliau tetap bekerja. Ada juga jiran tetangganya yang bermurah hati menghulurkan makanan kepadanya. Beliau terpaksa menerima untuk mengambil hati jiranya.

Pak utih suka melayan kanak-kanak. Sebab itulah kanak-kanak suka pergi ke rumah Pak Utih untuk mendengar cerita daripada Pak Utih. PaK Utih juga secara sukarela mengajar kanak-kanak kampung itu mengaji Al-Quran. Budi baik Pak Utih itu tidak terbalas oleh penduduk kampung Layar Patah.

Page 15: Latihan Nilai Murni

Pada waktu petang Pak utih bercucuk tanam sayur-sayuran di sekitar rumahnya untuk kegunaan sendiri. Selebihnya beliau menjual kepada penduduk kampung itu. Wang itu dapat digunakan untuk membeli keperluan hariannya dan selebihnya disimpan untuk kegunaan sakit peningnya.

********************

Latihan 18

Tulis lima nilai/pengajaran yang dapat kamu perolehi daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak melebihi 50 patah perkataan. Tulis dalam satu perenggan.

Hati Puan Zubaidah resah kerana Irfan belumlagi pulang. Jam telah menunjukkan pukul 7.30 malam. Puan Zubaidah mundar-mandir di ruang tamu. Sekejap duduk, sekejap berdiri. Belaiu khuatir Irfan ditimpa malapetaka. Suaminya yang keluar mencari Irfan belum juga pulang.

Sejam kemudian Irfan terjenguk di muka pintu. Puan Zubaidah menerpa ke arah Irfan. Irfan menceritakan segala peristiwa yang berlaku kepada ibunya. Puan Zubaidah bangga mempunyai anak seperrti Irfan. Irfan meminta maaf kerana tidak menelefon ibunya terlebih dahulu. Dia berjanji akan menelefon ibunya jika dia terlambat pulang ke rumah.

Pagi esoknya, Irfan membawa ibunya ke hospital melawat orang tua yang ditolongnya. Orang tua itu mengucapkan terima kasih di atas pertolongan Irfan itu. Jika Irfan tidak tolong mungkin beliau telah meninggal dunia. Selama satu jam Irfan dan ibunya berasda di hospital. Selepas itu mereka pun pulang ke rumah.

**********************

Latihan 19

Tulis lima nilai/pengajaran yang dapat kamu perolehi daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak melebihi 50 patah perkataan. Tulis dalam satu perenggan.

Hari ini Hakimi terlambat ke sekolah kerana menyediakan keperluan kepada ibunya yang sakit. Apabila semuanya selesai, dia pun pergi ke sekolah dengan berjalan kaki. Tiba-tiba hujan turun renyai-renyai. Hakimi terpaksa berlari anak untuk sampai ke sekolah.

Sebuah kereta berhjenti di hadapannya, pemandu kereta mengajak Hakimi menaiki keretanya. Tanpa membuang masa Hakimi pun memasuki ikereta tersebut. Hakimi terkejut kerana pemandu kereta

Page 16: Latihan Nilai Murni

itu adalah guru besar sekolahnya. Hakimi terpaksa mencerita segalanya kepada guru besar sebab dia lewat ke sekolah. Guru besar memuji sikap mulia Hakimi itu.

Keesokkannya guru besar melawat ibu Hakimi. Beliau merasa terkejut kerana sakit ibu Hakimi teruk. Beliau membawa ibu Haklimi ke hospital untuk mendapat rawatan. Hakimi mengucapkan terima kasih atas pertolongan guru besar itu. Hakimi bertekad untuk belajar bersungguh-sungguh supaya cita-citanya untuk menjadi seorang doctor tercapai agar dia dapat merawat ibunya suatu hari nanti.

NILAI MURNI (BAHAGIAN C)BM 012 UPSR : SENARAI NILAI MURNI (BAHAGIAN C)

 

NILAIPERBUATAN / AKTIVITI / TINDAKAN / FRASA

RAJIN Mengulang kaji pelajaran/mengemas rumah/buat kerja rumah/buat jadual waktu belajar/menyiapkan kerja sekolah/buat latihan

TOLONG-MENOLONG

MEMBANTU ibu pergI ke kedai/membasuh pinggan/mengajar rakan/memberi derma/ tolong guru di sekolah/

BEKERJASAMA bergotong-royong / bermain dgn. bersungguh-sungguh/ bermuafakat/berbincang/berganding  bahu bahu/berpadu tenaga/bersama-sama/bergilir-gilir/bersepakat

BAIK HATI Memaafkan kesalahan/menolong orang/menghulurkan

Page 17: Latihan Nilai Murni

derma/belanja kawan makan/tidak berdendam

PEMURAH/

MURAH HATI

Memberi hadiah/menghulurkan derma/belanja kawan makan/menolong/membantu/berkongsi…

JUJUR bercakap benar/mengakui kesalahan/tidak mengambil harta benda orang/memulangkan/menyerahkan/mengembalikan

AMANAH melakukan  tugas yang diberi oleh guru/ ibu bapa/menyimpan rahsia/wang yang diamanahkan.

RELA/SANGGUP BERKORBAN

Menawarkan diri untuk melakukan sesuatu perkara/

secara sukarela

MENGHARGAI MASA

Bangun awal/ membaca buku/mengulang kaji pelajaran /mengemas rumah/buat kerja rumah/buat jadual waktu belajar/menyiapkan kerja sekolah/buat latihan

MENGHARGAI / MEMBALAS JASA

Mengucapkan terima kasih/memuji kebaikan/

memberikan hadiah/memberikan ganjaran/duit

PRIHATINMenolong orang/menghulurkan bantuan/menderma /menyumbang/mengutip sampah di atas lantai/menegur

Page 18: Latihan Nilai Murni

BERDISIPLINMengenal diri dengan cara menerima dan mematuhi  peraturan dan undang-undang.

MENJAGA KEBERSIHANMenjaga kebersihan diri/rumah/sekolah/alam sekitar/menebas rumput/membakar sampah

MENJAGA KESIHATAN Makan makanan berkhasiat/ makanan seimbang/bersukan/berjoging/

bermain badminton

MENJAGA KESELAMATANBerhati-hati/memeriksa kenderaan/memandang ke kiri dan kanan/memakai topi keledar

SEMANGAT PATRIOTIK Berdiri apabila mendengar lagu Negaraku/

melawat Tugu Negara/tempat bersejarah

TABAH/SABAR/

CEKAL

Tidak kecewa dengan kematian/kesusahan/

dugaan/diejek/dihina/dibuli

Page 19: Latihan Nilai Murni

PERAMAH/MUDAH MESRABertanya khabar/menyapa kawan

IKHLASMenolak ganjaran/pemberian/melakukan sesuatu tanpa mengharapkan balasan

KASIH SAYANG/ SIMPATIMemeluk anak/cucu kerana lama tak jumpa/ menghulurkan derma kepada orang miskin

RASIONALMelakukan sesuatu setelah memikirkan kebaikannya

TAAT / PATUHMengikut arahan/nasihat ibu bapa/guru

Mengikut peraturan

SEMANGAT BERMASYARAKAT

/ KEJIRANAN

Gotong-royong kenduri / ziarah jiran sakit

Ziarah kematian – ucap takziah

Beri makanan kepada jiran / tolong jiran

BERTANGGUNGJAWABMemulangkan harta benda orang / melaksanakan tugas / menegur perbuatan  negatif

Page 20: Latihan Nilai Murni

BERDIKARIMembuat sesuatu perkara sendiri tanpa mengharapkan orang lain/gosok baju/basuh kasut

 

KEBEBASANMengeluarkan pendapat dalam perbincangan, mencadangkan sesuatu…

BERSIKAP SEDERHANAMerendah diri/tidak sombong/tidak bermegah-megah/berkongsi kejayaan dengan ibu bapa/guru

BIJAKSANA /

BIJAK BERFIKIR /

BIJAK MEMBUAT KEPUTUSAN

Bertindak dengan bijak / melakukan sesuatu setelah berfikir.

BERWAWASAN / BERCITA-CITA TINGGI / BERJIWA

BESAR

Ingin berjaya dalam hidup / ingin mengubah nasib keluarga / melanjutkan pelajaran ke menara gading/ ingin menjadi doctor

DEDIKASIBerminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga dalam melakukan sesuatu yang berfaedah / bekerja dengan bersunggguh-sungguh

Page 21: Latihan Nilai Murni

BERDIKARIMembuat sesuatu perkara sendiri tanpa mengharapkan orang lain/gosok baju/basuh kasut

BERTOLERANSI / BERTOLAK ANSUR

Memaafkan kesalahan orang / bagi pinjam pensel kepada kawan/ tidak berasa marah atas tindakan rakan / tidak mengambil hati

MEMPUNYAI JATI DIRITahan lasak / cekal hati / tabah menghadapi cubaan/rintangan/kesusahan

BERANIMenyatakan kebenaran / tolong orang lemas / berlawan dengan penjahat / penjenayah

/ mempertahankan diri

HORMAT / MENGHORMATIMemberi salam / ucapan selamat/ menyapa seseorang dengan baik / bangun apabila guru masuk ke dalam kelas.

 

 

KEBAIKAN MEMBAWA BEKAL KE SEKOLAH

 

 

Setiap hari kita diberikan wang saku oleh ibu bapa untuk membeli makanan dan minuman di kantin sekolah. Namun begitu, kita juga boleh membawa bekal ke sekolah. Membawa bekal ke sekolah sebenarnya membawa banyak kebaikan kepada kita.

Page 22: Latihan Nilai Murni

 

Apabila kita membawa makanan sendiri ke sekolah, kita akan dapat menjimatkan wang kita. Wang saku yang diberikan oleh ibu bapa kita boleh disimpan di dalam tabung atau di bank. Lama-kelamaan wang tabungan kita akan bertambah,  seperti kata pepatah, “sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit”.

 

Selain itu, makanan yang dibekalkan oleh  ibu kita semestinya sedap dan berkhasiat. Ini dapat mengelakkan  kita daripada terkena keracunan makanan.  Kita juga akan lebih berselera untuk menikmati makanan yang dimasak oleh ibu pada waktu rehat.

 

Di samping itu, kita tidak perlu lagi  berebut-rebut atau beratur untuk membeli makanan di kantin. Kita dapat menjamah terus makanan yang dibawa dari rumah.  Masa rehat kita dapat dijimatkan. Oleh itu, kita masih ada masa untuk membaca buku atau akhbar di perpustakaan.

 

Kita juga boleh bertukar-bertukar atau berkongsi bekal dengan kawan-kawan kita. Dengan ini, perhubungan kita dengan kawan-kawan akan menjadi lebih erat. Selain itu, hubungan kasih sayang antara kita dan ibu juga akan bertambah erat.

 

Kesimpulannya, membawa bekal ke sekolah memang mendatangkan banyak manfaat kepada kita. Oleh, itu ada baiknya amalan tersebut kita lakukan untuk kebaikan diri kita sendiri.

 

 

 

 

 

 

 

Page 23: Latihan Nilai Murni

 

 

 

 

KEBAIKAN BELAJAR BERKUMPULAN

 

        Terdapat banyak cara untuk belajar. Sebagai pelajar kita boleh belajar sendiri atau belajar secara berkumpulan. Belajar berkumpulan sebenarnya mendatangkan banyak kebaikan kepada kita.

Apabila kita belajar secara berkumpulan, kita dapat bertanya tentang pelajaran yang tidak kita fahami. Kata pepatah, “malu bertanya, sesat jalan”. Oleh itu, segala masalah kita dalam pelajaran akan dapat diatasi serta-merta dengan bantuan kawan-kawan kita.

 

Kita juga akan lebih memahami sesuatu perkara jika kita belajar secara berkumpulan. Kawan-kawan kita yang lebih pandai akan memberikan penerangan yang jelas. Sebaliknya, apabila kawan kita pula yang tidak memahami sesuatu perkara, kita boleh membantunya dengan memberikan penerangan yang dimintanya.

 

Di samping itu, kita juga tidak akan berasa jemu atau mengantuk. Pembelajaran secara berkumpulan yang diselang-selikan dengan perbualan dan gurauan tentunya akan menjadi lebih menarik. Oleh itu,

Kita akan menjadi lebih bermotivasi untuk belajar.

 

Kita juga boleh bertukar-bertukar atau berkongsi pendapat dengan kawan-kawan kita. Dengan cara ini, ilmu pengetahuan kita akan bertambah dari semasa ke semasa. Perhubungan kita dengan kawan-kawan juga akan menjadi lebih erat.

 

Kesimpulannya, belajar secara berkumpulan memang mendatangkan banyak manfaat kepada kita. Oleh, itu amalkanlah belajar secara berkumpulan untuk kebaikan kita bersama.

Page 24: Latihan Nilai Murni