kosa kata - kata kerja

32
Lyn6764 memapah mendukung Wak Pian terpaksa memapah Si Dogol yang sedang mabuk. Hasan selalu mendukung anaknya yang baru berusia dua tahun.

Upload: norazlina-mohamad-nor

Post on 21-Jul-2015

517 views

Category:

Education


61 download

TRANSCRIPT

Lyn6764

memapah

mendukung

Wak Pian terpaksa memapah Si Dogol yang sedang mabuk.

Hasan selalu mendukung anaknya yang baru berusia dua tahun.

Lyn6764

mengendong

mengandar

Jamali mengendong barang-barang keperluannya untuk bermusafir.

Hang Nadim mengandar pakaiannya untuk dibawa pulang.

Lyn6764

melunjur

meniarap

Sani melunjurkan kakinya untuk melakukan senaman.

Hamid meniarap sambil menulis sepucuk warkah untuk kekasihnya.

Lyn6764

bersandar

mencangkung

James bersandar pada sebatang pokok sambil berpeluk tubuh.

Dani mencangkung.

Lyn6764

menyinsing

meriba

Hang Lekir menyinsing lengan bajunya dan bersedia untuk beradu tenaga.

Ibu meriba adik yang sedang menangis kelaparan.

Lyn6764

mendongak

tunduk

Opie terpaksa mendongak untuk melihat burung di atas dahan itu.

Farid tunduk apabila dimarahi oleh gurunya.

Lyn6764

menyentap

memagut

Peragut itu menyentap beg tangan Mila dalam sekelip mata.

Ular itu memagut mangsanya yang sedang menoreh getah.

Lyn6764

membongkok

menonggeng

Pak Tam membongkokkan badannya untuk masuk ke bawah rumahnya.

Adik suka tidur sambil menonggeng.

Lyn6764

menjulang

mengepit

Hasnah mengengam segulung ijazah sambil menjulangnya.

Tok Ki mengepit sebatang curut sambil menghelakan asap curut itu ke udara.

Lyn6764

topang

palang

Azli menggunakan topang untuk berjalan kerana kakinya patah.

Dogol memalang meja yang sudah longgar itu dengan palang kayu.

Lyn6764

menyirat

merenggut

Setiap petang Pak Dollah menyirat jalanya yang koyak.

Walid merenggut kailnya apabila ikan memakan umpan yang dipasang.

Lyn6764

menjenguk

mengintai

Ramli menyelak tingkap untuk menjenguk hujan yang turun.

Pian menyelak langsir tingkap untuk mengintai kejadian yang berlaku di luar rumahnya.

Lyn6764

meneropong

membidik

Hobi Pak Malim ialah meneropong burung-burung yang berterbangan di udara dengan binokular.

Encik Yahya membidik senapangnya ke arah burung di atas dahan itu.

Lyn6764

tersadung

terperosok

Lamin hampir tersungkur akibat kakinya tersadung pada akar pokok.

Akibat terperosok, Jamali hampir terjatuh.

Lyn6764

menebar

Gulam menebar roti canai yang diminta oleh pelanggannya.

mencanai

Kakak mencanai tepung itu sebelum menerapnya.

Lyn6764

mengumpil

menerap

Bala mengumpil papan yang rosak dimakan anai-anai itu.

Razak menerap marmar itu dengan berhati-hati agar susunannya kelihatan kemas.

Lyn6764

takuk

menyangga

Deraman menyangga pokok yang hampir tumbang itu.

Tamin memanjat pokok kelapa dengan memijak takuk-takuk yang dibuat sebelumnya.

Lyn6764

mencelup

menyadur

Nenek mencelupkan pisang itu ke dalam bancuhan tepung sebelum digoreng.

Koman menyadur rantai nikel itu dengan emas.

Lyn6764

terompah

selipar

Kita digalakkan memakai terompah apabila ke tandas.

Walaupun masih baharu dibeli ayah, selipar itu sudah melengkung.

Lyn6764

mencedok

mencebok

Nazri mencedok nasi yang baru sahaja diletakkan di atas meja itu.

Fatin mencebok air di dalam kolam itu dengan gayung.

Lyn6764

engsel

picagari

Engsel tingkap rumahnya masih elok.

Doktor menggunakan picagari untuk memasukkan ubat ke dalam badan pesakitnya.

Lyn6764

bersemayam

duduk

Sultan Mahmud bersemayam di atas singgahsana sambil dikawal oleh dua orang pengawal.

Fuad duduk di atas sofa itu lalu tertidur.

Lyn6764

menerpa

menempa

Sesampai sahaja di kampung, Naim, Zaim dan Mila terus sahaja menerpa datuk mereka.

Pak Ali menempa parang yang ditempah oleh rakannya.

Lyn6764

menemu duga

menemu ramah

Tuan Kamal menemu duga Zainal untuk mengisi jawatan kosong di pejabatnya.

Wartawan menemu ramah tok guru yang sangat terkenal itu.

Lyn6764

labuh

terkekeh-kekeh

Kain yang dipakai adik sangat labuh manakala kain yang dipakai Jali senteng.

Cerita yang didengar sangat lucu hingga menyebabkan Wahid dan Musa tertawa terkekeh-kekeh.

Lyn6764

menjerut

menarik

Bakri menjerut guni itu dengan seutas tali.

Osman menarik upih yang dinaiki oleh adiknya.

Lyn6764

compang-camping

kot

Pakaian pengemis itu compang-camping.

Ayah selalu memakai kot birunya apabila bermesyuarat.

Lyn6764

menyabung

mengherdik

Penduduk di kampung itu suka menyabung ayam.

Bapa mengherdik adik kerana memecahkan telefon awam.

Lyn6764

mengepal

mengembang

Mek Jah mengepal pulut itu untuk diberi kepada cucunya.

Burung itu mengembangkan sayapnya untuk terbang lebih laju.

Lyn6764

bidai

berpaut

Setiap pagi Zakuan menaikkan bidai tingkap rumahnya.

Tarzan berpaut pada dahan pokok itu agar tidak jatuh.

Lyn6764

menadah

menganduh

Wak Basir memadah titisan air hujan yang masuk melalui atap rumahnya yang tiris.

Doktor terpaksa menganduh kaki pesakit yang cedera itu.

Lyn6764