konsep penggunaan bahan ok
TRANSCRIPT
-
8/2/2019 Konsep Penggunaan Bahan OK
1/16
Nama Fail: Konsep penggunaan bahan
Sumber: http://spc.upm.edu.my/webkursus/EDU3305/notakuliah/
KONSEP PENYESUAIAN BAHAN
Bahan-bahan yang hendak digunakan dalam pengajaran perlulah menjalani proses
penilaian, pemilihan dan penyesuaian. Penyesuaian bahan/media adalah aktiviti mengolah
atau membuat adaptasi semula bahan-bahan pengajaran supaya aspek-aspek yang
berkaitan ayang akan dipelajari itu sesuai dan secocok dengan objektif serta bertepatan
dengan kehendak-kehendak pelajar, bagi mewujudkan suasana pengajaran dan
pembelajaran yang menarik dan berkesan.
Menurut Romiszowski (1988) media pengajaran yang disesuaikan harus mempunyai ciri-
ciri seperti kesesuaian, kewibawaan dan kemaskini. Penyesuaian juga bermaksud konsep
mata pelajaran boleh diikuti oleh pelajar. Perbendaharaan kata dan bahasa yang
digunakan boleh difahami oleh pelajar dan menepati seperti yang dikehendaki olehkumpulan atau individu. Keterangan isi kandungan tepat dan mampu menarik perhatian,
menggerak imaginasi, menambah minat dan yang lebih penting lagi berjaya menepati
objektif P&P.
KONSEP PENGGUNAAN BAHAN
Penggunaan membawa maksud keperihalan menggunakan sesuatu atau pemakaian
(Teuku Iskandar, 1992). Penggunaan juga bermaksud 'mengeksploitasikan' sesuatu untuk
tujuan tertentu. Penggunaan bahan/media bertujuan menjadikan sesi pengajaran dan
pembelajaran itu sebagai proses penyampaian maklumat dan penerimaan ilmu yang
berkesan. Dalam hubungan penggunaan bahan/media beberapa aspek perlu dinilai
umpamanya.
a. Adakah bahan/media tersebutmemberi manfaat kepada semua pelajar dalam sesi P&P
tersebut?
b. Adakah bahan tersebut boleh dipelbagaiguna?
c. Adakah bahan/media tersebut terhad kepada guru sahaja?
d. Adakah bahan tersebut boleh digunakan secara kumpulan dan juga secara individu?
e. Bagaimana tindakbalas murid/pelajar terhadap alat itudan adakah mesej yang hendak
disampaikan itu jelas?
f. Dapatkah pelajar-pelajar memperlihatkan kefahaman mereka sama ada melalui lisan
atau tulisan tentang idea yang dipelajari?
g. Dapatkah mereka erbincang, menganalisa atau membuat sintesis atau sebagainya?
h. Adakah bahan tersebut dapat merangsang untuk murid terus belajar.
1
http://spc.upm.edu.my/webkursus/EDU3305/notakuliah/http://spc.upm.edu.my/webkursus/EDU3305/notakuliah/ -
8/2/2019 Konsep Penggunaan Bahan OK
2/16
i. Murid digunakan?
KESIMPULAN
Bahan dan media pengajaran merupakan komponen penting dalam proses pengajaran danpembelajaran. Pada asasnya, bahan pengajaran merangkumi apa sahaja bahan, benda, alat
atau saluran yang digunakan dalam penyampaian maklumat dan ilmu.
Sebagai komponen utama dalam proses P&P, aspek-aspek pemilihan, penyesuaian dan
penggunaan bahan/media itu penting diambil kira dalam perancangan kurikulum Bahasa
Melayu dan Kesusasteraan Melayu, terutama di peringkat menengah atas. Kepentingan
ketiga-tiga aspek ini, iaitu pemilihan, penyesuaian dan penggunaan perlu dibuat dengan
teliti dan dirancangkan dengan sistematik demi menjamin keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini telah dibuktikan melalui kajian-kajian oleh
Torance (1962, 1963 dan 1965)
PEMILIHAN DAN PENGGUNAAN BAHAN
Pengenalan
Guru mempunyai tanggungjawab penting. Mereka perlu memikirkan tentang pemilihan
dan penggunaan bahan/media dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan
bahan/media perlu dirancang dengan teliti agar mampu menimbulkan rangsangan dan
keinginan para pelajar untuk mengetahui lebih mendalam tentang apa yang hendak
disampaikan oleh guru dan seterusnya mencapai objektif pengajarannya. Tujuan
kesesuaian sesuatu bahan dengan 'tuntutan-tuntuan' tertentu dalam menjamin
keberkesanan proses P&P.
Dalam konteks ini bahan dan media pengajaran digunakan untuk mencapai beberapa
tujuan utama, antaranya:
1. menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep dalam pengajaran
2. menjadi daya penarik yang penting untuk pelajar
3. menghasilkan kesan pembelajaran yang lebih kekal
4. memberi pengalaman sebenar yang boleh merangsangkan aktiviti sendiri di kalangan
pelajar
5. membina pemikiran yang berterusan, umpamanya melalui penggunaan filem bergerak
6. mengukuhkan pemahaman dan perkembangan perbendaharaan kata pelajar
7. menyediakan pengalaman-pengalaman yang tidak diperolehi daripada bahan-bahan lain
serta menjadikan pembelajaran lebih mendalam dan beragam
2
-
8/2/2019 Konsep Penggunaan Bahan OK
3/16
8. memudahkan pelajar memahami sesuatu pelajaran dengan cepat dan ini menjimatkan
masa guru
Terdapat juga objektif lain, iaitu;
1. memudahkan penjelasan
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, terdapat perkara-perkara yang sukar
difahami dan agak kabur. Media pengajaran dapat memberi gambaran yang nyata dan
jelas kepada pelajar-pelajar
2. sebagai motivasi atau penggerak
Dengan gabungan unsur bunyi, lihat, gerak dan warna, media pengajaran boleh
menggerak indera pelajar terhadap kegiatan pelajar dengan lebih cergas dan berkesan
3. sebagai pengukuh atau pengekal
Penggunaan media akan membantu menajam dan mengukuhkan lagi daya ingatan
terhadap ilmu yang dipelajari dalam sesuatu sesi P&P
KON PENGALAMAN DALE (DALE'S CONE OF EXPERIENCE)
Pemilihan, penyesuaian dan penggunaan media pengajaran berkait rapat dengan teori
pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran seharusnya bermula dengan yang konkrit
kepada yang abstrak. Daripada yang mudah kepada yang lebih susah. Pengajaran yang
baik adalah pengajaran yang menggunakan bahan atau contoh yang hampir dengan
pengalaman pelajar.
Berdasarkan konsep ini Edgar Dale (1969) telah mengemukakan satu model yang boleh
menjadi dasar kepada pemilihan dan penggunaan bahan dan media pengajaran. Kon
Pengalaman Dale memperlihatkan tingkat-tingkat pengalaman, daripada yang konkrit
kepada yang abstrak. Tingkat-tingkat tersebut tidaklah rigid sifatnya. Dalam hubungan
yang sama, Heinich (1993) juga berpendapart bahawa pemahaman akan menjadi lebih
bermakna apabila bahan yang lebih konkrit diutarakan apabila membincangkan sesuatu
yang abstrak dan tidak diketahui.
Melalui Kon Pengalaman Dale, kita boleh membuat tafsiran tentang pemilihan,
penyesuaian dan penggunaan bahan/media pengajaran.
1.Pengalaman langsung atau terus
Merujuk kepada pengalaman yang diperolehi oleh pelajar melalui penyertaan ikut serta
atau daripada pengalaman hidupnya sendiri atau pengalaman-pengalaman yang
diperolehi menerusi interaksinya dengan sesuatu benda atau situasi. Pengalaman-
pengalaman terus ini boleh memberi kesan kepada pembelajaran pelajar Antaranya,
sumber komuniti, alam persekitaran, menjalankan kaji selidik, hidup dan ikut serta
dalam penerbitan dan sebagainya.
3
-
8/2/2019 Konsep Penggunaan Bahan OK
4/16
2. Pengalaman salinan
Penggunaan model 3 dimensi umpamanya adalah teknik pengajaran yang lebih sesuai
dan cukup membantu andainya sukar membawa para pelajar ke sungai-sungai, bukit-
bukit, gunung-gunung atau lautan kerana ia melibatkan pengelolaan yang sukar dan
rapi. Dengan menggunakan model-modeltersebut ia memudahkan proses pengajaranguru dan pembelajaran pelajar, disamping menambah pemahaman dan pengalaman
mereka terhadap kehidupan sebenar di luar. Pengalaman salinan termasuklah simulasi
dan perkara-perkara atau persekitaran yang di 'salin' daripada yang asal untuk para
pelajar berinteraksi dengannya.
3. Pengalaman Drama
Melakonkan sesuatu cerita, watak, mendeklamasikan sajak, pembacaan teks dengan
intonasi yang betul dan gabungan unsur gerak dan bunyi adalah lebih menarik,
berkesan, dan menyeronokkan dalam proses penyampaian ilmu, berbanding membaca
teks sahaja. Termasuk dalam tingkat pengalaman ini ialah simulasi dan segala bentukyang diterangkum dalam drama termasuklah nyanyian. Dalam tingkat pengalaman ini
perbezaan akan terdapat antara berlakon, yang menjadi krew dan yang menonton.
4. Tunjuk cara
Demontrasi/ tunjuk cara secara praktikal adalah teknik penggunaan bahan/media yang
baik dalam menambahkan lagi daya ingatan pelajar-pelajar. Umpamanya tunjuk cara
pembacaan sajak oleh penyajak-penyajak yang berbeza. Pembacaan suara latar atau
gaya pembacaan filem dokumentari.
5. Lawatan
Lawatan memberi pengalaman yang berguna kepada pelajar. Dengan melihat sendiri,
pelajar-pelajar akan lebih faham, menambah minat dan mampu mengingati serta
menyimpan fakta lebih lama tentang apa yang telah mereka pelajari. Umpamanya
lawatan ke Kota Melaka dihubungkaitkan dengan pantun, syair atau tugasan tertentu
dalam pengajaran bahasa. Lawatan ke Muzium boleh melahirkan pelbagai idea kepada
pelajar jika mereka dibimbing dengan sistematik.
6. Pameran
Pembelajaran manusia banyak bergantung kepada deria lihat dan dengar. Melihat
sendiri sesuatu perkara, bahan atau situasi lebih berkesan daripada hanya mendengar
atau mengilustrasi dalam fikiran. Dalam konteks ini, dengan membawa pelajar-pelajar
melihat pameran adalah lebih baik daripada hanya menentukan apa yang ada di dalam
pameran. Di sini termasuk juga pertunjukan seperti pementasan dan sebagainya.
7. Televisyen, Filem dan Interaksi Komputer
Pengalaman yang dibawa melalui televisyen cukup penting dalam proses P&P kerana
ia membawa pelbagai maklumat dari seluruh dunia ke hadapan mata pelajar.
Penggunaan filem dapat membawa kembali pengalaman atau peristiwa silam, meninjaupengalaman semasa dan meneroka peristiwa akan datang (futuristik). Terdapat juga
4
-
8/2/2019 Konsep Penggunaan Bahan OK
5/16
filem-filem yang boleh digunakan bersama dengan teks, sebagai saling lengkap
melengkapi dalam proses P&P. Filem-filem Melayu lama umpamanya dapat digunakan
dan disesuaikan dengan pengjaran bahasa dan sastera.
Ketika Dale membentuk Kon Penglaman dalam tahun 1946, komputer masih belum
wujud dengan sempurna. Tingkat ini adalah tambahan, terutama melihat perkembanganteknologi alat yang berlaku sekarang ini.
8. Audio
Rakaman audio dan radio adalah antara yang terbaik. Bahan-bahan pengajaran, isi
kandungan pelajaran, bunyi-bunyi unggas, haiwan, air yang mengalir serta muzik
daripada rakaman dapat memberi pengalaman yang berguna kepada semua peringkat
pelajar. Begitu juga lirik lagu yang boleh juga dimanfaatkan.
9. Simbol-simbol visual (penglihatan)
Semua alat yang boleh dilihat seperti peta, carta, gambar pegun, lukisan, catatan dan
lain-lain adalah berfaedah dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Termasuk simbol-simbol visual ialah simbol-simbol yang dilakukan oleh manusia. Ada
simbol setempat dan ada sejagat. Juga bahasa-bahasa isyarat.
10. Simbol verbal (lisan)
Meliputi simbol lisan (pertuturan, dan bacaan) dan tulisan sama ada dari segi idea,
perkataan, nama, formula, sebutan-sebutan abstrak dan perasaan. Biasanya
pengalaman-pengalaman pembelajaran di peringkat ini dicapai apabila seseorang
pelajar telah matang fikirannya. Simbol verbal termasuk bahasa yang bersifat abtrari.
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN DAN PENGGUNAAN
BAHAN/MEDIA PENGAJARAN - (ROMISZOWSKI-1988)
Berdasarkan model ini proses pemilihan media pengajaran adalah interaksi dan
dipengaruhi oleh beberapa pembolehubah yang berkaitan dengan objektif pembelajaran,faktor guru, perwatakan pelajar, persekitaran dan tempat, kemudahan dan kekangan-
kekangan dalam pelaksanaan.
Romiszowski (1988:57) menjelaskan bahawa isi pelajaran dan tahap pencapaian pelajar
yang dikehendaki haruslah dipilih dan disesuaikan dengan objektif pembelajaran dan
kumpulan sasaran. Dalam hubungan ini, objektif pembelajaran yang ditetapkan dan
dikehendaki terhadap pelajar akan menentukan pemilihan dan penggunanan media
pengajaran yang sesuai bagi mencapai objektif tersebut.
Selain daripada itu pemilihan dan penggunaan bahan.media oleh guru dalam pengajaran
juga berdasarkan kepada pembolehubah konteks yang dapat dikaji daripada ciri danperwatakan pelajar-pelajar seperti cara belajar, kemahiran dan minat mereka terhadap
5
-
8/2/2019 Konsep Penggunaan Bahan OK
6/16
pengajaran guru. Adalah tidak realistik andainya guru menyuruh kumpulan pelajar lemah
membaca untuk menghayati bait-bait puisi dengan menggunakan bahan cetak kerana ia
akan memberi beban dan masalah kepada mereka. Jadi pemilihan dan penggunaan media
elektronik (kesan audio-visual) akan lebih membantu proses penghayatan puisi tersebut.
Pembolehubah-pembolehubah seperti sikap guru, pengalaman mengajar, kursus dalamperkhidmatan, kualiti dan kreativiti guru juga turut memberi kesan kepada proses
pemilihan dan penggunaan bahan/media dalam pengajaran. Umpamanya guru yang lama
dan berpengalaman mengajar akan lebih mudah menghurai sesuatu konsep bahasa dan
sastera dengan contoh-contoh yang lebih jelas dan menepati maksudnya daripada guru
baru. Begitu juga dengan guru yang menghadiri kursus biasanya lebih cekap bermotivasi
dan kerap menggunakan media dalam pengajaran. Kemahiran guru mengolah bahan, isi
kandungan pelajaran dan menggunakan media juga penting. Kalau guru tiada pengalaman
dan berkemahiran, bahan/media pengajaran yang amat berguna dalam mencapai objektif
akan menjadi kurang berguna atau membawa kesan yang tidak merangsang dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Cara bahan/media itudiintegrasi (disepadukan) dalam
pengajaran dan persepsi guru adalah juga faktor penting yang boleh mempengaruhikejayaan dalam pengajaran.
Selain daripada itu, pembolehubah-pembolehubah konteks sekolah dan sosial umpamnya
peranan pihak pentadbir, kekurangan bahan/media yang kemaskini, kekurangan perkakas
dan perisian, peralatan yang rosak, masalah kewangan, sumber perolehan bahan,
kemudahan bilik tayangan dan sebagainya boleh memberi kesan dalam pemilihan dan
penggunaan media pengajaran.
Adalah penting sebelum membuat keputusan pemilihan dan penggunaan bahan serta
kaedah yang digunakan maka wajarlah guru mengambil kira semua faktor di atas supaya
objektif pengajarannya dapat dicapai dengan berkesan dan bermakna.
KESIMPULAN
Bahan/media pengajaran mempunyai peranan penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Selain daripada menyediakan asas yang kuat untuk sesuatu konsep
pengajaran ia juga membantu memberi pengalaman pembelajaran kepada ara pelajar dan
merangsang mereka untuk memperoleh ilmu dengan cara yang lebih menarik.
Pemilihan dan pengunaan bahan/media juga seharusnya selaridengan teori danpendekatan asas pendidikan yang menuntut bahawa pengajaran mestilah bermula dari
konsep yang mudah kepada yang lebih sukar, daripada konkrit kepada abstrak, daripada
keseluruhan kepada bahagian, daripada umum kepada yang spesifik (deduktif) daripada
spesifik kepada umum (induktif) daripada dekat kepada jauh dan daripada diketahui
kepada yang belum diketahui.
Dalam konteks ini, guru juga seharusnya mengambil kira tingkat-tingkat pengalaman
seperti yang disarankan oleh Dale dan faktor-faktor pemilihan dan penggunaan
bahan/media oleh Romiszowski.
PRINSIP PEMILIHAN BAHAN
6
-
8/2/2019 Konsep Penggunaan Bahan OK
7/16
Pengenalan
Pemilihan merupakan salah satu aspek penting untuk menjamin pencapaian matlamat dan
objektif pengajaran dan pembelajaran.Dalam konteks pengajaran bahasa dan
kesusasteraan Melayu, adalah sukar dan tidak mungkin bagi seseorang guru mengajarsemua bahan bahasa dan sastera yang ada di dalam koleksi bahan, kerana faktor masa
yang terbatas. Justeru itu bahan yang bakal digunakan dalam pengajaran haruslah dipilih
terlebih dahulu. Proses pemilihan ini hendaklah mengikuti prinsip, kaedah dan prosedur
tertentu. Proses inilah yang akan menentukan sama ada bahan itu dapat dimanfaat dan
berguna secara berkesan atau sebaliknya. Bahan yang dimaksudkan ialah semua teks
pegangan, teks tambahan dan media pengajaran yang akan digunakan.
Dalam konteks P&P Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu, bahan yang dipilih itu
seharusnya dapat mewakili semua keperluan pengajaran bahasa dari aspek kemahiran
lisan, bertutur,bacaan, pemahaman serta penulisan. Begitu juga bagi mata pelajaran
Kesusasteraan Melayu, bahan yang terpilih itu harus dapat mewakili semua genre yangtercakup di dalam Sukatan Pelajaran KM iaitu prosa (moden dan klasik), puisi (moden
dan klasik) serta drama dan dapat disampaikan dengan cara yang berkesan dan bermakna.
Sesuatu yang perlu diingat, sebelum memilih sesuatu bahan, seseorang itu harus melalui
proses penilaian dahulu. Setelah menilai dari pelbagai sudut barulah pemilihan dibuat.
Namun biasa juga terjadi penilaian dan pemilihan berjalan serentak.
PRINSIP PEMILIHAN BAHAN PENGAJARAN
Bahan-bahan yang hendak digunakan dalam pengajaran perlu menjalani proses pemilihan
yang rapi. Proses ini haruslah dilakukan dengan memberi perhatian terhadap beberapa
prinsip asas iaitu:
1. Kepentingan dari segi objektif pengajaran
Dalam sesuatu pengajaran, terdapat dua objektif iaitu objektif am dan objektif khusus.
Objektif am merupakan matlamat yang hendak dicapai dalam jangka masa yang
panjang. Sementara objektif khusus ialah matlamat jangka pendek, matlamat selepas
sesuatu pengajaran. Oleh itu bahan pengajaran sastera yang dipilih mestilah
bersesuaian dengan objektif pengajaran Bahasa Melayu. Dengan berpandukan objektifkhusus, guru dapat memikirkan jenis bahan yang akan digunakan dalam
pengajarannya. Sama aa bahan premier atau sekunder agar pengajarannya mencapai
objektif yang telah ditetapkan.
2. Kepentingan terhadap pelajar
Bahan sastera yang telah dipilih perlu disesuaikan supaya menjadi lebih menarik,
berkesan dan bermakna. Bahan-bahan yang sedemikian akan merangsang dan
mencabar pemikiran pelajar untuk bertindak dan mendorong mereka untuk terus maju
dalam pelajaran. Rangsangan dan dorongan penting kerana dapat mewujudkan
7
-
8/2/2019 Konsep Penggunaan Bahan OK
8/16
tanggapan, pemerolehan, penyimpanan, peringatan, generalisasi, prestasi dan maklum
balas.
Bahan-bahan yang digunakan dalam pengajaran juga haruslah sesuai dengan minat dan
pengetahuan pelajar. Di samping itu, guru perlu juga menyedari bahawa di dalam
sesebuah kelas pelajar tidak banyak berbeza dari segi umur tetapi berbeza dari segikebolehan, perkembangan mental, fizikal, emosi dan juga latar belakang serta
persekitaran. Guru perlu memberi lebih perhatian kepada pelajar-pelajar yang
mempunyai perbezaan dari segi mental dan kebolehan dalam membuat pemilihan dan
penyesuaian bahan pengajaran. Pelajar yang pintar tidak sama kadar pembelajarannya
dengan pelajar yang kurang cerdas. Pelajar-pelajar yang kurang cerdas biasanya akan
menghadapi kesulitan dalam memahami isi pelajaran yang diajarkan kepada mereka.
Sebaliknya pelajar yang cerdas akan cepat merasa bosan jika bahan-bahan pengajaran
yang diberikan kepada mereka terlalu mudah dan tidak mencabar pemikiran mereka.
Selain daripada itu, persekitaran juga merupakan salah satu faktor yang membentuk
perangai dan mempengaruhi tingkahlaku pelajar seperti berbudi bahasa, dan memilikimoral yang baik. Oleh itu latar belakang dan persekitaran juga perlu diambil kira dalam
pemilihan dan penyesuaian bahan pengajaran di sekolah. Bahan-bahan yang telah
dipilih hendaklah disesuaikan dengan keadaan semula jadi pelajar seperti sifat suka
bersaing, bermain dan ingin tahu. Bahan-bahan pengajaran juga hendaklah disesuaikan
dengan minat, nilai dan kebolehan pelajar agar hasil pembelajaran mencapai tahap
yang dikehendaki.
3. Kepentingan dari segi masa
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah, masa adalah
satu aspek yang amat penting. Oleh itu guru bahasa perlu merancang penggunanan
masanya dengan teliti dan munasabah. Perancangannya berbeza-beza mengikut perkara
yang diajarkan atau dirancangkan umpamanya ojektif yang hendak dicapai, ruang yang
hendak digunakan, cara pentadbiran dan kebolehan serta minat para pelajar.
Dalam pengajaran Bahasa Melayu, peruntukan masa yang diberikan lazimnya ialah
antara 40 hingga 80 minit bagi satu sesi pengajaran. Dalam peruntukan masa yang
singkat ini, para guru perlu merancang waktu yang diperuntukkan dengan baik, untuk
induksi set, langkah-langkah penyampaian pelajaran, aktiviti-aktiviti pelajar, penerapan
nilai serta penilaian untuk memastikan bahan berunsur kesuasateraan dapat digunakan
dengan berkesan dalam pengajaran bahasa. Bahan yang dipilih dan disesuaikanberdasarkan kriteria yang berikut, antaranya:
(i) Sesuai dengan strategi pengajaran dan pembelajaran, berdasarkan prinsip
penggabungjalinan kemahiran bahasa,
(ii) Sesuai dari segi isi dan dapat mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran
kemahiran bahasa sebagai yang dirancang bagi sesuatu masa pengajaran,
(iii) Sesuai dengan kebolehan dan minat pelajar khususnya dari segi umur, latar
belakang dan teknik yang digunakan,
(iv) Perlu disesuaikan dengan bahan sokongan atau alay bantu mengajar yang akan
digunakan,
(v) Dapat disampaikan melalui kaedah dan teknik pengajaran bahasa yangmenekankan aspek kemahiran bahasa ,
8
-
8/2/2019 Konsep Penggunaan Bahan OK
9/16
(vi) Dapat merangsang para pelajar untuk berinteraksi dengan bahan yang
digunakan,
(vii) Keanjalan bahan yang digunakan untuk disesuaikan dengan situasi pengajaran
dan pembelajaran ,
(viii) Mutu bahan tersebut daripada segi fizikaldan isinya,
(ix) Mudah guna dan tidak menimbulkan banyak kerumitan.
Selain daripada kepentingan objektif pengajaran, pelajar, masa, situasi dan persekitaran
terdapat lagi beberapa prinsip pemilihan bahan yang perlu diambil kira antaranya:
(i) Bahan haruslah mengandungi unsur-unsur yang berkaitan dengan Falsafah
Pendidikan Negara,
(ii) Bahan yang dipilih mempunyai peranan dalam kegunaan bahasa dan boleh
melengkapkan pelajar untuk menggunakan bahasa secara efektif,
(iii) Guru hendaklah memikirkan tentang kaitan dengan aspek bahasa,proses
pembelajaran dan pelajar, pelbagai guna, untuk pengajaran bahasa dan sastera,
(iv) Bahan tersebut bukan sahaja sesuai dengan pelajar dan objektif tetapi sesuaijuga dengan nilai dan budaya.
Selain daripada itu, sebelum pemilihan, terdapat beberapa prinsip lagi yang perlu
diperhatikan:
(i) Memikirkan topik yang dipilih,
(ii) Matlamat pengajaran yang hendak dicapai,
(iii) Kebolehan penuntutnya dan perbezaan mereka,
(iv) Isi kandungan mata pelajaran secara terperinci,
(v) Menentukan objektif pengajaran.
KRITERIA PEMILIHAN BAHAN PENGAJARAN
Media pengajaran yang sesuai harus mempunyai ciri-ciri berikut, antaranya:
1. KESESUAIAN
Kesesuaian dengan objektif,
Perbendaharaan kata dan bahasa boleh difahami oleh penuntut ,
Konsep mata pelajaran boleh diikuti oleh penuntut Tajuk dan keterangan berkaitan dengan mata pelajaran
Dialog, penjelasan dan kesan-kesan khas berkaitan dengan mata pelajaran
Penggunaan untuk individu/kumpulan adalah seperti yang dikehendaki
Mempunyai hubungan dengan pengalaman pelajar
Keterangan isi kandungan tepat dan boleh dipercayai
Penyampaian dan isi tidak membosankan dan tersusun
Penyampaian dan isi menarik imaginasi, minat dan perasaan
Kesesuaian dengan pelajar
2. Kewibawaan/Kredibiliti dan Kemaskini
9
-
8/2/2019 Konsep Penggunaan Bahan OK
10/16
Fakta-fakta tepat dan sah
Fakta-fakta yang dikemukakkan tidak berat sebelah
Maklumat dikemaskinikan
Perkembangan isi pelajaran mengikut logik
Disediakan oleh tenagan pakar atau guru mata pelajaran
3. Aspek-aspek Teknikal
Kualiti suara dan bunyi
Kualiti gambar
Visual dihubungkan dengan saiz semulajadi
Gubahan gambar disatupadukan dan tidak bercerai
Penggunaan warna yang berkesan dan menarik
Mudah alih dan mudah dioperasi
4. Berkaitan
Media adalah cara yang baik untuk menjelaskan sesuatu konsep
Isi kandungan adalah diperlukan
Isi kandungan dapat dijalinkan dengan mata pelajaran lain
5. Ciri-ciri Fizikal/Format
Mudah digunakan oleh pengguna dan mudah disimpan
Tidak memerlukan banyak alat kelengkapan
Ketahanan kotak atau alat untuk penyimpanan
Media tahan lasak
Senang dibaiki jika rosak
Bahan media ini boleh digunakan dengan mesin.alat yang sedia ada
Tegasnya, pemilihan sesuatu bahan atau media itu perlu dilihat daripada pelbagai aspek
dalaman yang menyentuh isi kandungan dan luaran yang menyentuh sifat fizikalnya.
Pemilihan media juga harus dilihat daripada sudut perisiandan perkakasannya. Kedua-
duanya perlu.
PRINSIP DAN KAEDAH PENYESUAIAN BAHAN DAN MEDIA DALAM
PENGAJARAN BAHASA MELAYU DAN KESUSASTERAAN MELAYU.
PENDAHULUAN
10
-
8/2/2019 Konsep Penggunaan Bahan OK
11/16
Memilih serta menyesuaikan sesuatu bahan dan media adalah merupakan satu peringkat
yang cukup penting dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Ditinjau dari segi
realitinya, proses pemilihan dan penyesuaian ini berkait rapat antara satu dengan lainnya.
Dalam konteks ini sebelum sesuatu proses pembelajaran bermula seharusnya
mempertimbangkan beberapa faktor penting bagi memastikan proses tersebut dapat
dijalankan dengan berkesan dan jaya.
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi prinsip pemilihan dan penyesuaian
bahan/media. Umpamanya faktor umur, kebolehan dan juga pengalaman pelajar. Guru
juga harus memikirkan kesesuaian topik yang dipilih, matlamat, isi kandungan dan juga
objektif dalam pengajarannya yang mahu dicapai. Guru juga harus peka dalam
menyesuaikan media/bahan yang dipilih dengan faktor masa pengajaran, tempat dan
persekitaran. Seharusnya juga ada penyesuaian bahan dengan media yang dipilih dari segi
fizikal, kemudahandan minat pelajar. Selain daripada itu, media yang dipilih itu harus
disesuaikan dengan konteks masyarakat majmuk di Malaysia agar tidak menyentuh isu-
isu sensitif ras dan agama.
Keberkesanan P&P juga harus mempertalikan prinsip, penyesuaian bahan/media
pengajaran dengan kaedah penggunaan media itu sendiri dalam pengajaran. Antara
kaedah yang dicadangkan ialah melalui:
1. Kaedah terus (langsung)
2. Kaedah adaptasi
3. Kaedah ubahsuai
4. Kaedah contoh (example)
Dalam proses tersebut, penggunaan kaedah dan media yang sesuai haruslah disepadukan
dengan konsep asas dalam penyampaian bahan yang bersifat ia boleh dibaca, dilihat,
didengar dan akhirnya boleh dilakukan.
PRINSIP PENYESUAIAN BAHAN/MEDIA
Setiap pemilihan media perlu diambil kira dan disesuaikan dengan para pelajar sama ada
pencapaian tinggi, rendah dan sederhana. Peranan sesuatu media/bahan dalam
pembelajaran haruslah ditentukan sebelum ia digunakan. Guru hendaklah memastikan
sama ada ia bahan utama, bahan sokongan atau bahan rangsangan.
Secara keseluruhannya, penyesuaian bahan dan media yang digunakan harus mengambil
kira dan mempertimbangkan prinsip-prinsip berikut:
1. FAKTOR UMUR DAN PENGALAMAN
Guru mesti mengambil kira keadaan pelajar-pelajarnya yang datang daripada latar
belakang pengalaman sosial ekonomi tahap pencapaian dan juga peringkat umur yang
pelbagai. Bahan-bahan dan media yang sesuai dengan golongan pelajar tertentu akan
11
-
8/2/2019 Konsep Penggunaan Bahan OK
12/16
menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih mudah dan lebih berkecenderungan
untuk berjaya.
Dengan menggunakan alat bantu mengajar (media) yang sesuai sesuatu konsep lebih
mudah dikaitkan dengan pengalaman pelajar melalui deria mereka semasa proses
tersebut. Ini penting kerana pelajar mempelajari sesuatu bergantung kepada kriteriakeadaan lingkungannya (peer group) kebolehan inteleknya juga mempengaruhi
psikologi pelajar itu sendiri (Atan Long, 1980)Sebagai contoh belajar di kelas,
penggunaan simulasi dan permainan sastera mungkin sesuai bagi pelajar-pelajar di
kelas yang agak 'lemah' berbanding kaedah terus di kelas-kelas yang lebih baik.
2. FAKTOR SUASANA PEMBELAJARAN
Bahan dan media yang disesuaikan dengan suasana pembelajaran tentulah akan
meninggalkan kesanyang baik. Pelajar, isi pelajaran, media pengajaran dan juga guru
merupakan elemen yang penting dalam mewarnakan suasana pembelajaran. Dalamproses pembelajaran terdapat juga tiga ciri yang penting iaitu rangsangan yang
mengarah kepada pemikiran dan seterusnya mewujudkan kepada perubahan dalam
tindakan tingkah laku.
Rangsangan ....... Pemikiran ....... Perubahan tingkah laku tindakan
Oleh itu bahan/ media yang dipilih itu mestilah disesuaikan dalam erti kata ia dapat
memberi rangsangan pelajar berfikir dan mendorong mereka untuk terus belajar.
Umpamanya penggunaan muzik instrumental yang sentimental atau pun takbir Hari
Raya dalam induksi set pengajaran sajak "Ke Makam Bonda" (Usman Awang) boleh
menimbulkan rangsangan di jiwa pelajar dan mengarah minat mereka kepada sesi
pembelajaran seterusnya dengan lebih menarik dan berkesan.
3. FAKTOR MINAT PELAJAR
Bahan-bahan yang dipilih juga perlu disesuaikan dengan minat pelajar. Di sinilah
peranan media yang sesuaikan dengan bahan dalam membantu mengeksploitasikan
minat pelajar sastera. Oleh sebab pemilihan pelajar dalam sistem pendidikan kita yang
mengalirkan pelajar yang baik ke jurusan sains, manakala peajaryang dianggap kurang
baik ke aliran sastera, jadi pada asasnya pelajar-pelajar yang tinggal dan mengambilkesusasteraan (sebagai mata pelajaran elektif) biasanya diletakkan di kelas-kelas
hujung. Justeru itu penggunaan media sebagai pemudah cara dan sumber keseronokan
amat dipwerlukan. Sesi pembelajaran juga perlu disesuaikan agar tidak terlalu rigid di
dalam bilik darjah. Perlu juga ada sesi pembelajaran secara tidak langsung melalui
filem televisyen, video atau di luar bilik darjah
4. FAKTOR OBJEKTIF DAN MATLAMAT
Bahan yang dipilih itu perlu disesuaikan dengan matlamat dan objektif yang hendak
dicapai dalam sesuatu sesi p&p itu. Kriteria ini seharusnya dialami sungguh-sungguhkerana penyesuaian bahan media akan menentukan sama ada ia dapat dimanfaatkan,
12
-
8/2/2019 Konsep Penggunaan Bahan OK
13/16
berguna, berkesan atau sebaliknya. Media yang digunakan itu seharusnya bersabit
dengan tujuan pelajaran dan bahan yang hendak disampaikan. Sekiranya tidak usaha
menyediakannya akan menjadi sia-sia sahaja.
Oleh sebab objektif dan matlamat pengajaran kesusasteraan Melayu mementingkan
aspek penghayatan dan penerapan nilai. Penggunaan media harus disesuaikan denganempat aspek utama dalam teknologi pengajaran iaitu bagi tujuan:
a. menyeronokkan
b. selesa
c. humanistik
d. berkesan
5. FAKTOR PERSEKITARAN (tempat/masa)
Pengajaran harus disesuaikan dengan tempat dan masa. Oleh itu pemilihan bahan danmedia yang sesuai perlu diberi perhatian penting. Sebagai contoh ada masanya dalam
menghadapi masalah gangguan kebisingan dari jalan raya atau kelas sebelahan,
penggunaan muzik pita rakaman dalam bilik darjah kurang sesuai bagi sesi lakonan.
Sebagai alternatif dan penyesuaian, guru boleh menjalankan p&p di luar bilik darjah,
sama ada di bawah pokok, kantin sekolah atau pun di dewan (jika ada). Pengagihan
masa mengajar yang pendek perlu diubahsuai di mana yang perlu (waktu
petang/hujung minggu). Sebenarnya, pemilihan tempat, masa penyesuaian dan
penggunaan media amat berkait rapat dengan kreativiti dan daya usaha guru. Yang
utama di sini ialah alat itu seharusnya fleksibel, mobiliti, murah dan sesuai dengan
objektif pelajaran tersebut.
6. FAKTOR RAS DAN AGAMA.
Malaysia adalah sebuah negara majmuk. Rakyatnya terdiri daripada pelbagai bangsa
dan agama. Persoalan agama dan bangsa adalah cukup sensitif dan boleh meretakkan
hubungan antara kaum dan mengancam kestabilan negara. Justeru itu, pemilihan bahan
dan media perlulah disesuaikan dengan keadaan tersebut. Penggunaan gambar-
gambar/filem yang menyentuh mana-mana kaum perlulah dielakkan. Unsur-unsur
negatif dalam teks sastera, umpamanya gambaran orang Melayu sebagai pemalas dan
pengotor seperti dalam Hikayat Pelayaran Abdullah dan konsep kemiskinan sertapenagih dadah yang didominasikan kepada kaum-kaum tertentu perlu mendapat
penjelasan/bimbingan dan dalam kawalan guru sebelum sesuatu sesi pembelajaran
bermula.
KAEDAH PENYESUAIAN MEDIA DALAM PENGAJARAN
Pendekatan Teknologi Pengajaran bukan sahaja mengandungi bahan-bahan pengajaran
seperti alat-alat elektronik seperti TV, filem, slaid dan sebagainya.Namun ia jugamengeksploitasikan sumber-sumber manusia dan bukan manusia untuk menghasilkan
13
-
8/2/2019 Konsep Penggunaan Bahan OK
14/16
pengajaran yang lebih berkesan. Sumber manusia yang dimaksudkan itu ialah
guru/pengajar dan manusia sendiri. Sumber bukan manusia pula merujuk kepada alam
semula jadi seperti bandar, desa, sungai, laut dan sebagainya. Penggabungjalinan di antara
perisian, perkakasan, manusia dan kaedah pengendalian adalah antara unsur penting
dalam penggunaan pendekatan Teknologi Pengajaran.
Yang lebih utama di sini ialah bagaimana guru dengan lebih kreatif menyesuaikan media
pengajaran dalam kaedah pengajaran untuk mencapai matlamatnya dengan berkesan,
menyeronokkan, selesa dan penuh humanistik. Penyesuaian bahan/media dalam kaedah
boleh dilakuakn melalui kaedah terus (langsung), kaedah adaptasi dan kaedah contoh.
Kaedah Terus (langsung)
Dalam kaedah ini guru boleh menyesuai dan mengeksploitasikan penggunaan
bahan/media pengajaran secara langsung dalam pengajarannya. Umpamanya melalui:
a. temu bual langsungb. lawatan, penggunaan sumber komuniti dan alam
c. menonton drama secara langsung
d. mengaplikasi teks secara langsung
Temu bual secara langsung boleh disesuai dan diaplikasikan umpamanya dalam
pengajaran sajak. Bagi disesuaikan bahan/media dalam pengajaran supaya lebih menarik,
guru boleh mengatur sesi temu bual secara langsung antara pelajar dengan seorang tokoh
ternama dalam dunia persajakan seperti Usman Awang dan sebagainya. Tokoh itu sendiri
akhirnya akan menjadi media dalam pengajaran tersebut (secara tidak langsung) melalui
temu bual langsung tersebut. Sesi akan menjadi cukup menarik dengan deklamasi sajak,
soal jawab dan biasanya penuh humoristik dan humanistik.
Bahan yang dikumpul ini akhirnya akan disesuaikan dan digunakan dalam sesi
pembelajaran lanjutan dalam bilik darjah/perbincangan sesama sendiri di kalangan pelajar
dalam kumpulan masing-masing. Bagi menyesuaikan dengan keselesaan pelajar, adalah
baik jika sesi tersebut diatur di luar waktu sekolah dan di tempat yang boleh menampung
audiens yang banyak dengan sistem audio visual yang sempurna.
Guru juga boleh menjadikan lawatan sebagai media yang boleh disesuaikan dalam
pengajarannya untuk semua peringkat umur pelajar, tanpa mengira latar belakang
pengalaman dan sosio-ekonomi mereka. Lawatan secara berkumpulan ke tempat-tempatmenarik dan bersejarah, akanmenjadi satu sesi pembelajaran langsung/tidak langsung
kekal lama dalam ingatan pelajar.
Penggunaan sumber komuniti, alam dan persekitaran atau menjadikan alam sebagai bilik
darjah dan sumber pembelajaran juga didapati baik. Semua bahan-bahan ini dapat
disesuaikan dan diintegrasikan ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Drama adalah gambaran kehidupan sebenar manusia yang dilakonkan semula di hadapan
para penonton. Menonton drama yang dilakonkan secara langsung di hadapan mata
mereka sendiri boleh menjadi satu pengalaman yang cukup menarik kepada pelajar-
pelajar. Bahan dari drama ini boleh disesuaikan secara langsung semasa merekamenganalisis teks tersebut bagi tujuan melihat aspek tema/persoalan, plot, perwatakan,
14
-
8/2/2019 Konsep Penggunaan Bahan OK
15/16
latar dalam sesi perbincangan dalam bilik darjah kelak.
Kaedah Adaptasi Media
Media juiga boleh diadaptasi ke dalam proses P&P. Ia bukan sahaja memudahkan bahkan
membantu memahamkan lagi bahan/teks yang dikaji dengan lebih berkesan. Umpamanya
melalui simulasi/lakonan, nyanyian dan penggunaan filem/televisyen.
Menyesuaikan teks ke dalam sebuah simulasi/lakonan boleh menjadikan sesi
pembelajaran lebih hidup, menarik dan mengesankan. Yang jelas di sini, penyesuaian
media ini telah menyepadukannya ke dalam bentuk yang berkesan iaitu teks itu dibaca,
dilihat, didengar dan akhirnya dilakukan sendiri oleh para pelajar.
Bahan dari media elektronik seperti filem dan televisyen boleh diadaptasi dengan baik
bagi tujuan pembelajaran. Sungguhpun begitu, bagi keberkesanan dalam objektifpembelajaran ia haruslah disesuaikan dengan saiz audiens. Televisyen mungkin sesuai
bagi jumlah pelajar di sekitar 50 orang, tetapi bagi audiens yang lebih banyak dan besar
jumlahnya menjangkaui ratusan pelajar, mungkin penggunaan projektor dan filem lebih
sesuai dan berkesan dalam pembelajaran, bagi menjamin keberkesanan penggunaan
media tersebut, sesi perbincangan perlu diadakan sebaik selesai sesautu tayangan. Ini
perlu bagi tujuan mengukuhkan pemahaman dan mengelakkan kekeliruan serta
pembaziran waktu dalam pengajaran.
Kaedah Ubah Suai Media
Bagi menghidupkan aktiviti P&P dan memberi impak yang lebih lagi terhadap bahan
yang dikaji, guru juga boleh mengubahsuai beberapa media umpamanya dengan
menggunakan bahan bercetak dan juga model tiga dimensi.
Antara bahan bercetak yang boleh diubahsuai sebagai media pengajaran ialah bahan
lukisan atau kartun yang banyak terdapat dalam akhbar dan majalah. Bahan ini boleh
disesuaikan sebagai bahan rangsangan atau induksi set dalam pengajaran. Misalnya
penggunaan kartun sebenarnya menjadi pencetus idea dan sumbangsaran dalam
mendekati cerita sebenarnya dalam teks.
Penggunaan kartun dan lukisann lain juga sesuai bagi pengenalan peribahasa, cerita-cerita
rakyat, sejarah asal-usul dan sebagainya dalam pelajaran Kesus. Melayu. Ideanya di sini
ialah sebagai lanjutan pelajar pula dapat mengubahsuai bahan bacaan mereka dalam
bentuk luisan bercerita dan sebaliknya atau melanjutkan cerita daripada lukisan kartun
tadi. Walau bagaimanapun kawalan dan bimbingan guru juga perlu kerana di sana sini,
lukisan kartun itu mempunyai dialog yang mungkin menyalahi laras dan tatabahasa
Melayu dalam kegunaan harian. Namun begitu, kekurangan ini boleh dieksploit oleh guru
yang kreatif umpamanya dengan menyenaraikan perkataan yang salah dan membaikinya
dengan perkataan yang sempurna.
Model tiga dimensi juga boleh disesuaikan bagi pengajaran Kesus. Melayu. Contoh yangterbaik ialah dengan bentuk drama. Gerak kerja secar kumpulan boleh disarankan untuk
15
-
8/2/2019 Konsep Penggunaan Bahan OK
16/16
membuat drama mengikut tajuk pilihan dalam teks sastera. Pelajar-pelajar cukup gembira
menterjemahkan idea mereka daripada bacaan/pemahaman teks untuk disesuaikan ke
dalam bentuk yang konkrit.
Bagi tujuan pameran/pembelajaran, model-model ini boleh disesuaikan juga dengan
empat unsur utama media dalam pengajaran iaitu mempunyai unsur gerak, unsurbunyi(muzik), unsur warna dan juga unsur cahaya sebagai pameran.
Kaedah Penggunaan Contoh (Example)
Pada dasarnya permainan sastera seperti permainan bahasa dan menonton
filem/video/komersial di pasaran dapat di pasaran dapat disesuaikan sebagai media dalam
P&P Kesus. Melayu Heinich et. al (1993) mengatakan bahasa pengalaman telah
menunjukkan permainan dan simulasi dapat membantu ke arah mencapai pembelajaran
yang paling berkesan, jika sekiranya bahan ini benar-benar difahami dan digunakandengan sempurna.
Dalam pengajaran Kesus. Melayu, permainan boleh disesuaikan contohnya dalam
pengajran pantun. Guru boleh menguji tahap kefahaman, kebolehan menggarap/mencipta
pantun melalui satu permainan seperti 'kotak beracun' dengan iringan muzik. Pelajar
'didenda' berdasarkan kad yang dipungutnya dalam kotak tersebut. Aktiviti permainan ini
akan menjadi satu sesi pembelajaran dengan menggunakan contoh pantun-pantun yang
telah dipelajri yang cukup menarik, selesa, humanistik dan berkesan keran banyak
contoh-contoh, jenis pantun dan cara pengucapan pantun yang diucapkan.
16