konsep dan teori elemen senireka

24
SENI REKA FESYEN VED3043 ELEMEN SENI REKA

Upload: nady240496

Post on 11-Jan-2017

292 views

Category:

Design


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: konsep dan teori elemen senireka

SENI REKA FESYENVED3043

ELEMEN SENI REKA

Page 2: konsep dan teori elemen senireka

GARISAN/LINE

Garisan ialah satu deretan titik yang bersambung-sambung yang mempunyai jarak tertentu. Garisan boleh diolah untuk mencipta rupa, jalinan, ton, corak, dan untuk menimbulkan bentuk, ruang, dan pergerakan.

Page 3: konsep dan teori elemen senireka
Page 4: konsep dan teori elemen senireka

RUPA

Rupa adalah hasil pertemuan titik hujung dengan titik mula. Rupa adalah kawasan rata yang dilingkari garisan luar. Rupa pula terbahagi kepada dua iaitu rupa geometri dan

rupa organik. • Rupa geometri merupakan rupa yang bersudut seperti segi

tiga, segi empat, pyramid, bulat dll.• Rupa organik merupakan rupa bebas yang tidak bersudut

seperti rupa daun, buah, batu dll. Rupa boleh diolah kepada dua bentuk iaitu rupa positif dan

rupa negatif.• Rupa positif  merupakan rupa objek yang terletak di sesuatu

kawasan.• Rupa negatif merujuk kepada ruang di sekeliling rupa

sesuatu objek.

Page 5: konsep dan teori elemen senireka

RUPA ORGANIK

Page 6: konsep dan teori elemen senireka

RUPA GEOMETRIK

Page 7: konsep dan teori elemen senireka

RUPA POSITIF

Page 8: konsep dan teori elemen senireka

RUPA NEGATIF

Page 9: konsep dan teori elemen senireka

BENTUK/SHAPE

Bentuk mempunyai keluasan, ketinggian, jisim dan lebih daripada satu permukaan.

Bentuk terbahagi kepada 2 iaitu bentuk konkrit dan bentuk ilusi.

• Bentuk konkrit merupakan bentuk objek sebenar yang bersifat 3 dimensi iaitu boleh disentuh, dilihat, dan dirasai. (bukan berbentuk gambar).

• Bentuk ilusi ialah bentuk visual yang bersifat 2 dimensi yang digambarkan melalui lukisan atau catatan.

Page 10: konsep dan teori elemen senireka

BENTUK KONKRIT (3D)

Page 11: konsep dan teori elemen senireka

BENTUK ILUSI (2D)

Page 12: konsep dan teori elemen senireka

JALINAN

Jalinan ialah kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda.

Terbahagi kepada 2 iaitu jalinan sentuh dan jalinan tampak.

• Jalinan sentuh ialah jalinan yang dapat dirasai dengan sentuhan/tangan seperti kolaj, arca, dll.

• Jalinan tampak merujuk jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasai dengan tangan seperti corak batik, jalur buah tembikai dan gambar foto.

Page 13: konsep dan teori elemen senireka

JALINAN SENTUH

Page 14: konsep dan teori elemen senireka

JALINAN TAMPAK

Page 15: konsep dan teori elemen senireka

RUANG/ SPACE

Ruang ialah kawasan kosong di sekeliling objek, jarak antara dua objek, atau rongga dalam sesuatu objek.

Ruang juga dibahagikan kepada 2 iaitu ruang nyata dan ruang tampak.

• Ruang nyata ialah ruang sebenar yang terdapat pada bentuk-bentuk konkrit.

•  Ruang tampak ialah ruang yang hanya dapat dilihat dalam seni tampak seperti lukisan, catatan dan cetakan (bukan sebenar).

Page 16: konsep dan teori elemen senireka

RUANG NYATA

Page 17: konsep dan teori elemen senireka

RUANG TAMPAK

Page 18: konsep dan teori elemen senireka

WARNA/COLOR

Warna boleh dibahagikan kepada warna harmoni,warna penggenap dan warna sewarna.

• Warna harmoni ialah warna bersebelahan dalam roda warna (warna sekeluarga, selesa dan seimbang).

• Warna penggenap ialah warna yang bertentangan dalam roda warna (menimbulkan kesan segar, kaya, kontra, getaran dan pergerakan. 

• Warna sewarna pula ialah hanya satu warna yang mempunyai pelbagai ton (daripada terang kepada gelap).

Mempunyai 2 suhu warna iaitu  warna panas dan warna sejuk.

• Warna panas ialah warna antara warna merah ungu hingga kuning hijau pada roda warna (menimbulkan kesan bertenaga, garang, harapan, perang, meriah dsb).

• Warna sejuk ialah  warna antara hijau hingga ungu pada roda warna (menimbulkan kesan sejuk, sedih, damai dan tenang.

Page 19: konsep dan teori elemen senireka

WARNA HARMONI

Page 20: konsep dan teori elemen senireka

WARNA PENGGENAP

Page 21: konsep dan teori elemen senireka

WARNA SEWARNA

Page 22: konsep dan teori elemen senireka

WARNA PANAS & SEJUK

Page 23: konsep dan teori elemen senireka

TUGASAN 3:INDIVIDU (20%)

FOLIO SILHOUETTE PAKAIAN : MENGAPLIKASIKAN ELEMEN

SENI REKA KE DALAM SILHOUETTE

Page 24: konsep dan teori elemen senireka

PERKARA PENTING

Mengaplikasikan elemen rekaan ke dalam 32 silhouette.

Menyiapkan folio silhouette dengan lengkap.