kisahpararasul - ebible.org · kisahpararasul1:9 2 kisahpararasul1:19 9 setelah dia berkata...

99
Kisah Para Rasul 1:1 1 Kisah Para Rasul 1:8 Kisah Para Rasul Isa dinaikkan ke syurga 1 Kepada Teofilus, dahulu di dalam kitabku yang per- tama aku telah menceritakan segala yang dilakukan dan diajarkan oleh Isa, 2 dari awal pelayanan-Nya hingga ke hari Dia diangkat ke syurga. Sebelumnya, Dia telah memberikan perintah melalui Roh Suci kepada para rasul yang telah dipilih-Nya. 3 Dia telah menam- pakkan diri-Nya dalam keadaan hidup kepada mereka selepas kesengsaraan-Nya dengan banyak keterangan sahih. Mereka melihat-Nya selama empat puluh hari dan dalam berbagai-bagai cara dan Dia bercakap tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan kerajaan Allah. 4 Pada suatu hari ketika Isa bersama mereka, Dia berpesan supaya mereka jangan meninggalkan Baitulmaqdis. Kata- Nya, ‘Haruslah kamu menantikan apa yang dijanjikan Bapa, dan yang telah kamu dengar daripada-Ku; 5 kerana Yahya telah mengimadkan orang dengan air, tetapi kamu akan diimadkan dengan Roh Suci tidak berapa lama lagi.’ 6 Oleh itu, ketika mereka berhimpun, mereka pun bertanya kepada Isa, ‘Ya Junjungan, pada masa inikah Junjungan mengembalikan kerajaan ini kepada bangsa Israel?’ 7 Dia berkata kepada mereka, ‘Tidaklah diberi bagi kamu mengetahui waktu atau saat yang sudah ditetapkan oleh Bapa dalam kekuasaan-Nya sendiri. 8 Tetapi kamu akan menerima kuasa apabila Roh Suci datang ke atasmu; dan kamu akan menjadi saksi-Ku di Baitulmaqdis, di seluruh Yudea dan Samaria, bahkan sampai ke hujung bumi.’

Upload: dangcong

Post on 15-Jul-2019

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Kisah Para Rasul 1:1 1 Kisah Para Rasul 1:8

Kisah Para RasulIsa dinaikkan ke syurga

1 Kepada Teofilus, dahulu di dalam kitabku yang per-tama aku telah menceritakan segala yang dilakukan dandiajarkan oleh Isa, 2 dari awal pelayanan-Nya hinggake hari Dia diangkat ke syurga. Sebelumnya, Diatelah memberikan perintah melalui Roh Suci kepadapara rasul yang telah dipilih-Nya. 3 Dia telah menam-pakkan diri-Nya dalam keadaan hidup kepada merekaselepas kesengsaraan-Nya dengan banyak keterangansahih. Mereka melihat-Nya selama empat puluh haridan dalam berbagai-bagai cara dan Dia bercakap tentangperkara-perkara yang berkaitan dengan kerajaan Allah.4Pada suatu hari ketika Isa bersamamereka, Dia berpesansupayamereka janganmeninggalkan Baitulmaqdis. Kata-Nya, ‘Haruslah kamu menantikan apa yang dijanjikanBapa, dan yang telah kamu dengar daripada-Ku; 5 keranaYahya telah mengimadkan orang dengan air, tetapi kamuakan diimadkan dengan Roh Suci tidak berapa lama lagi.’

6 Oleh itu, ketika mereka berhimpun, mereka punbertanya kepada Isa, ‘Ya Junjungan, pada masa inikahJunjungan mengembalikan kerajaan ini kepada bangsaIsrael?’

7 Dia berkata kepada mereka, ‘Tidaklah diberi bagikamumengetahui waktu atau saat yang sudah ditetapkanoleh Bapa dalam kekuasaan-Nya sendiri. 8 Tetapi kamuakanmenerima kuasa apabila Roh Suci datang ke atasmu;dan kamu akan menjadi saksi-Ku di Baitulmaqdis, diseluruh Yudea dan Samaria, bahkan sampai ke hujungbumi.’

Kisah Para Rasul 1:9 2 Kisah Para Rasul 1:199 Setelah Dia berkata demikian, di hadapan mata

mereka Dia diangkat lalu disambut awan dan lenyapdaripada pandangan mereka.

10 Sedang mereka merenung ke langit ketika Dia di-angkat, tiba-tiba dua orang yang berpakaian putih berdiridekat mereka. 11Orang itu berkata, ‘Wahai orang Galilea,mengapa kamu berdiri memandang ke langit? Seba-gaimana Isa telah diangkat ke syurga dari kalanganmu,begitu jugalah Dia datang kelak.’

Matias dipilih menggantikan Yudas12 Setelah itu para rasul pun kembali ke Baitulmaqdis

dari bukit bernama Zaitun yang dekat dengan kota itu,jaraknya sehari Sabat perjalanan. 13 Setibanya mereka diBaitulmaqdis, mereka naik ke bilik atas tempat merekamenumpang. Mereka ialah Petrus, Yahya, Yakobus, An-dreas; Filipus dan Tomas, Bartolomeus, Matius, Yakobusanak Alfeus, dan Simon, orang Patriot; serta Yudas anakYakobus. 14 Mereka semuanya dengan sehati terus-menerus berdoa, bersama orang perempuan danMaryamibu Isa, serta saudara-saudara-Nya.

15 Pada masa itu Petrus berdiri di kalangan parapengikut Isa (kesemuanya yang berhimpun kira-kira ser-atus dua puluh orang) lalu berkata, 16 ‘Saudara-saudara,pastilah berlaku firman yang dahulu disampaikan olehRoh Suci melalui lidah Daud tentang Yudas, yangmenjadipandu kepada orang yang menangkap Isa. 17 Dia telahdianggap sebahagian daripada kita dan diberi jawatandalam pekerjaan kita ini.’

18 (Dia memperoleh sekeping tanah dengan upahdurjananya; dia jatuh terjerumus, bahagian pertenga-han tubuhnya pecah dan segala isi perutnya terburai.19 Seluruh penduduk Baitulmaqdis mendapat tahu hal

Kisah Para Rasul 1:20 3 Kisah Para Rasul 2:3itu lalu menamakan tanah itu Hakal Dama dalam bahasamereka, iaitu Tanah Darah.)

20 ‘Sudah tersurat dalam kitab Zabur,‘ “Biarlah tempat kediamannya menjadi sepi;Dan jangan sesiapapun tinggal di situ,” dan,‘ “Biarlah orang lain mengambil jawatannya.”

21Oleh itu, di antara orang yang telah berserta dengankita sepanjangmasa Junjungan Isa, keluarmasuk bersamakita, 22 dari masa Isa diimadkan oleh Yahya sampailahke hari Dia diangkat naik dari kalangan kita, seorangdaripada mereka haruslah menjadi saksi di samping kitatentang kebangkitan-Nya.’

23 Mereka mencadangkan dua orang: Yusuf yang jugadipanggil Barsabas (juga dikenali sebagai Yustus), danMatias. 24 Mereka pun berdoa, ‘Ya Tuhan yang menge-tahui hati sekalian manusia, tunjukkanlah yang manaantara dua orang ini Engkau pilih 25 untuk memegangjawatan ini sertamenjalankan kerja kerasulan bagimeng-gantikan Yudas. Ini kerana Yudas telah meninggalkanjawatan dan pekerjaan ini untuk pergi ke tempat yangwajar baginya.’ 26 Mereka membuang undi lalu terkenakepada Matias. Dia pun diambil menyertai sebelas rasulitu.

2Kedatangan Roh Suci

1 Apabila tiba Hari Pentakosta, mereka semuanyabersama-sama di suatu tempat. 2 Tiba-tiba kedengaranbunyi dari langit seperti angin kencang menderu,memenuhi seluruh rumah tempat mereka sedang duduk.3 Kemudian kelihatan lidah-lidah yang berbelah-belah,

Kisah Para Rasul 2:4 4 Kisah Para Rasul 2:16seperti api rupanya, dan setiap satu hinggap di atas setiaporang daripada mereka. 4 Mereka semuanya dipenuhiRoh Suci lalumulai bertutur dalam pelbagai bahasa asing,seperti yang diberi oleh Roh itu.

5 Pada waktu itu terdapat orang Yahudi yang salihdaripada segala bangsa di dunia tinggal di Baitulmaqdis.6 Apabila mendengar bunyi itu, mereka datang beramai-ramai lalu tercengang kerana masing-masing mendengarorang bertutur dalam bahasanya. 7 Mereka hairan dantakjub lalu berkata sesama sendiri, ‘Bukankah semuanyayang berkata-kata ini orang Galilea? 8 Bagaimanakahmungkin masing-masing kita mendengar bahasa ibundasendiri? 9 Orang Partia, Media, dan Elam, orang yangtinggal di Mesopotamia, Yudea dan Kapadokia, Pontusdan Asia Kecil. 10 Frigia dan Pamfilia, Mesir dan kawasan-kawasan Libya yang bersempadan dengan Kirene, pen-gunjung dari Rom, 11 baik berbangsa Yahudi mahupunmualaf, orang Kreta dan orang Arab, kita mendengarmereka bercakap dalam bahasa kita masing-masing ten-tang perbuatan Allah yang menakjubkan.’ 12 Oleh itumereka hairan dan bingung lalu bertanya sesama sendiri,‘Apakah ertinya semua ini?’

13Ada pula yangmengejek, ‘Semua orang ini mabuk airanggur manis.’

Khutbah Petrus14Petrus berdiri bersama sebelas rasul lagi lalu berkata

dengan suara yang lantang, ‘Saudara-saudara orangYahudi dan semua penduduk di Baitulmaqdis, ketahuilahhal ini serta dengarlah baik-baik kata-kataku. 15Merekaini bukanlah mabuk seperti saudara-saudara sangka, ker-ana hari baru pukul sembilan pagi sekarang. 16 Tetapiinilah yang dikatakan oleh Nabi Yoel:

Kisah Para Rasul 2:17 5 Kisah Para Rasul 2:2517 ‘ “Bahawa akan berlaku pada akhir

zaman, firman Allah,Aku akan mencurahkan Roh-Ku ke atas

semua manusia.Anakmu lelaki perempuan akan bernubuat,

Orang mudamu akan melihatpenglihatan,Orang tuamu akan bermimpi.

18Dan ke atas hamba-Ku lelaki perempuan,Aku akan mencurahkan Roh-Kuketika itu, lalu mereka bernubuat.

19Aku akan menunjukkan keajaiban di langitdan alamat di bumi,darah dan api sertakepulan-kepulan asap.

20Matahari akan menjadi gelap,dan bulan menjadi seperti darah,sebelum tiba hari Tuhan yang besardan syahdu.

21Dan berlakulah kelak,bahawa sesiapa yang menyeru nama Tuhan akan

diselamatkan.”22 ‘Saudara-saudara orang Israel, dengarlah kata-kata ini:Isa orangNasaret itu seorangManusia yang dipersaksikanoleh Allah kepadamu denganmukjizat, keajaiban dan ala-mat yang dilakukan Allah melalui-Nya di kalangan kamu.Kamu sendiri tahu tentanghal itu. 23Dia, yang diserahkankepadamu seperti yang telah dirancangkan dan diten-tukan oleh Allah, telah kamu salib dan bunuh denganbantuan orang durjana. 24 Allah telah membangkitkan-Nya, setelah membebaskan-Nya daripada kesengsaraanmaut, kerana tidak mungkin maut dapat menahan-Nya.25Kerana Daud telah berkata tentang-Nya:

Kisah Para Rasul 2:26 6 Kisah Para Rasul 2:34‘ “Bahawa aku telah melihat Tuhan

sentiasa di hadapanku.Dia ada di sisi kananku,aku tidak akan goyah.

26Maka hatiku bersukacita,dan lidahku bergembira;dan jasadku juga akan bersandarpada harapan.

27 Kerana Kau tidak akan meninggalkan rohku di alammaut,

serta Kau tidak akan membiarkan jasad Orang Suci-Mu reput.

28Kau telah memberitahuku jalan hidup,dan Engkau akan memenuhiku dengan kebahagiaan

di hadirat-Mu.”29 ‘Saudara-saudaraku, aku akan bercakap terus terangkepadamu tentang moyang kita Daud, bahawa dia telahwafat dan dimakamkan, dan makamnya ada di tanahkita sampai hari ini. 30 Oleh sebab dia seorang nabidan sedar bahawa Allah telah berjanji kepadanya denganbersumpah bahawa Dia akanmengangkat daripada benihketurunan jasadnya dan mendudukkannya di atas takhtakerajaan-Nya. 31Dia telahmelihat terdahulu hal ini, makadia bercakap tentang kebangkitan al-Masih, bahawa roh-Nya tidak akan ditinggalkan di alam maut, dan jasad-Nyatidak akan reput. 32 Allah telah membangkitkan Isa inidan kami semua menyaksikannya. 33 Dia telah dinaikkanke syurga ke sebelah kananAllah, dandaripadaAllahBapadia telah menerima Roh Suci yang telah dijanjikan-Nya.Lalu Dia mencurahkan Roh itu seperti yang kamu lihatdan dengar sekarang. 34Daud tidak naik ke syurga, tetapidia sendiri berkata demikian,

Kisah Para Rasul 2:35 7 Kisah Para Rasul 2:46‘ “Tuhan berfirman kepada Junjunganku:

‘Duduklah di sebelah kanan-Ku,35 sehingga Kujadikan musuh-musuh-Mu alas kaki-Mu.’ ”

36 ‘Oleh itu, hendaklah seluruh orang Israel tahu den-gan pastinya, bahawa Allah telah menjadikan Isa, yangkamu salib itu, Junjungan dan al-Masih.’ 37 Apabilamereka mendengar ini, hati mereka pun berasa tertusuk,lalu mereka berkata kepada Petrus dan para rasul yanglain, ‘Saudara-saudara, apakah yang patut kami perbuat?’

38 Petrus pun berkata kepada mereka, ‘Bertaubatlah,dan hendaklah setiap orang daripada kamu diimadkanatas nama Isa al-Masih supaya dosa-dosamu diampunkan;dan kamu akan menerima pemberian Roh Suci daripadaAllah; 39 kerana janji itu telah dibuat kepada kamu dananak-anakmu, dan kepada semua yang jauh-jauh, seber-apa ramai yang akan dipanggil oleh Allah Tuhan kita.’

40 Petrus bersaksi dengan banyak perkataan lain lagi,dan menyeru mereka, ‘Selamatkanlah dirimu daripadaangkatan yang ingkar ini.’ 41Kemudian semua orang yangmenerima kata-katanya dengan rela hati diimadkan; padahari itu bilangan mereka bertambah kira-kira tiga ribuorang.

Jemaah yang pertama42 Mereka berpegang teguh kepada pengajaran para

rasul, dan kepada perpaduan, pembahagian roti dan doa.43Rasa takut memenuhi setiap hati dan banyak keajaibanserta alamat dilakukan melalui para rasul itu. 44 Ketikaitu semua yang beriman tetap bersatu dan berkongsisegala yang ada pada mereka, 45 serta menjual semuaharta benda mereka lalu membahagikan antara merekamenurut keperluan seseorang. 46Demikianlah setiap hari

Kisah Para Rasul 2:47 8 Kisah Para Rasul 3:10mereka di rumah ibadat dengan satu hati, dan mem-bahagi roti dari rumah ke rumah, lalu memakan rezekimereka dengan sukacita dan tulus hati, 47 sambil memujiAllah danmenerima rasamuhibah daripada semua orang.Setiap hari Tuhan menambah bilangan jemaah merekaitu dengan orang yang diselamatkan.

3Orang lumpuh disembuhkan

1 Petrus dan Yahya naik ke rumah ibadat bersama-samapada waktu sembahyang, iaitu pukul tiga petang. 2 Adaseorang lumpuh sejak dari rahim ibunya. Setiap hari diadiangkat orang dan diletakkan di pintu rumah ibadat ituyang dinamakan Pintu Indah, untuk meminta sedekahdaripada orang yangmasuk ke rumah ibadat itu. 3Apabiladia melihat Petrus dan Yahya sedang hendak masuk kerumah ibadat itu, dia pun meminta sedekah. 4 Petrusmerenungnya, bersama Yahya, lalu berkata, ‘Pandanglahkami.’ 5Orang itu pun menatap mereka, dengan harapanmendapat sesuatu daripada mereka.

6 Kemudian Petrus berkata, ‘Emas perak tiada padaku,tetapi apa yang ada padaku kuberikan kepadamu: Dalamnama Isa al-Masih, orang Nasaret, bangkit dan ber-jalanlah.’ 7 Petrus memegang tangan kanannya danmenolongnya berdiri, lalu serta-merta tulang kaki danbuku lalinya mendapat kekuatan. 8 Orang itu melompatbangun, berdiri lalu berjalan. Kemudian dia masuk kerumah ibadat itu mengikut Petrus dan Yahya sambilberjalan, melompat dan memuji Allah. 9 Semua orangmelihatnya berjalan sambil memuji Allah. 10 Ketika itumereka pun mengetahui dia itu orang yang duduk mem-inta sedekah di Pintu Indah rumah ibadat itu. Mereka

Kisah Para Rasul 3:11 9 Kisah Para Rasul 3:20pun dipenuhi rasa hairan dan ajaib akan apa yang telahberlaku kepadanya.

Petrus berkhutbah di rumah ibadat11 Sementara orang lumpuh yang telah disembuhkan

itu berpegang kepada Petrus dan Yahya, semua orangyang tersangat hairan itu berlari mengerumuni merekadi serambi yang dinamakan Serambi Sulaiman. 12ApabilaPetrus melihat keadaan ini, dia terus berkata kepadaorang yang berhimpun itu, ‘Saudara-saudara orang Israel,mengapa kamu takjub melihat kejadian ini? Mengapapula kamu merenung kami, seolah-olah dengan kuasaatau kewarakan kami sendiri kami telah membolehkanorang ini berjalan? 13 Tuhan Ibrahim, Ishak dan Yakub,Tuhan nenek moyang kita, telah memuliakan Hamba-Nya Isa yang telah kamu serahkan dan sangkal di hada-pan Pilatus walaupun dia membuat keputusan hendakmelepaskan-Nya. 14 Kamu menyangkal Yang Suci danBenar itu, serta meminta seorang pembunuh diserahkankepadamu, 15 lalu kamu membunuh sumber hayat itu;Allah membangkitkan-Nya daripada kematian, dan kamiini menjadi saksinya. 16 Iman pada nama Isa telahmenguatkan orang ini, yang kamu lihat dan kenali. Ya,iman yang datang daripada-Nya telah memberi orang inikesihatan yang sempurna di hadapan kamu sekalian.

17 ‘Namun, saudara-saudara, aku tahu bahawa kamuberbuat demikian dalam kejahilan, begitu juga parapemimpinmu. 18 Tetapi dengan cara demikianlah segalayang dinyatakan Allah melalui lidah nabi-nabi-Nya, ba-hawa al-Masih akan menderita, telah ditunaikan-Nya.19 Oleh itu bertaubatlah dan berpalinglah kepada Allah,supaya dosa-dosamu dihapuskan, dan supaya masa yangmemberikan kesegaran datang kelak daripada Tuhan.20 Dan juga supaya Dia menghantar Isa al-Masih yang

Kisah Para Rasul 3:21 10 Kisah Para Rasul 4:4telah ditentukan-Nya menjadi al-Masih bagimu. 21 Al-Masih mesti tetap di syurga hingga sampai masa Allahmemulihkan segala-galanya, seperti yang difirmankan-Nya dahulu kala melalui lidah nabi-nabi-Nya yang suci.22 Musa sesungguhnya telah berkata kepada nenekmoyang kita, “Allah Tuhanmu akan membangkitkan un-tukmu seorang Nabi sepertiku dari kalangan saudara-saudaramu. Dengarlah segala kata-Nya kepadamu dalamsemua hal. 23 Setiap jiwa yang tidak mendengar kataNabi itu akan dibinasakan sama sekali dari kalangankaumnya.”

24 ‘Ya, semua nabi, dari Samuel dan selepasnya, semuayang telah bersuara, juga telah bernubuat tentang zamanini. 25 Kamu adalah anak cucu nabi-nabi itu, dan warisperjanjian yang dibuat Allah dengan nenek moyang kitamelalui firman-Nya kepada Ibrahim, “Melalui benihmusemua kaum di dunia akan diberkati.” 26 Pertama sekalikepada kamu, Allah telah membangkitkan Hamba-NyaIsa dan menghantar-Nya untuk memberkatimu denganmemalingkan kamu sekalian daripada kejahatanmu.’

4Petrus dan Yahya di hadapan Majlis Agama

1 Sementara Petrus dan Yahya itu bercakap kepada orangramai, para imam dan ketua pengawal rumah ibadatserta orang Saduki datang kepada mereka. 2 Merekasangat gelisah bahawa rasul itumengajar orang ramai danmemberitakan kebangkitan daripada kematian melaluiIsa. 3 Mereka menangkap Petrus dan Yahya lalu mema-sukkanmereka ke dalam penjara sampai esok kerana harisudahmalam. 4Namun demikian, ramai orang yang telahmendengar apa yang diajarkan itu percaya, dan jumlahlaki-laki telah bertambah kira-kira lima ribu.

Kisah Para Rasul 4:5 11 Kisah Para Rasul 4:155 Pada esoknya, para pemimpin masyarakat Yahudi,

tua-tua dan guru-guru Taurat berhimpun di Baitul-maqdis, 6 dan juga imam besar Hanas, Kayafas, Yahya,Iskandar dan seluruh keluarga imam besar. 7 Merekamembawa Petrus dan Yahya untuk dihadapkan kepadamereka. Kemudian mereka pun bertanya, ‘Dengan kuasaapa dan dengan nama siapakah kamu telah melakukanperkara itu?’

8 Petrus yang dipenuhi Roh Suci berkata kepadamereka, ‘Para pemimpin masyarakat Israel! 9 Sekiranyahari ini kami dihakimi atas perbuatan baik kepada se-orang yang lumpuh, sehingga dia dipulihkan, 10 makaketahuilah kamu sekalian dan seluruh bangsa Israel,bahawa dengan nama Isa al-Masih dari Nasaret, yangtelah kamu salib dan telah dibangkitkan Allah daripadakematian, dengan nama Dialah orang ini berdiri di sini dihadapanmu dalam keadaan sihat sempurna. 11 Inilah‘ “batu yang dibuang oleh kamu

sebagai pembina,kini telah menjadi batu penjuru.”

12 Tiadalah penyelamatan melalui sesiapa yang lain, ker-ana tiada nama lain di bawah langit ini diberikan dikalangan manusia, yang dapat menyelamatkan kita.’

13 Apabila mereka melihat keberanian Petrus danYahya sedangkan kedua-duanya ternyata orang yangtidak berpelajaran serta tidak terlatih, mereka punhairan. Mereka sedar bahawa kedua-duanya telahbersama dengan Isa. 14 Apabila mereka melihat orangyang sudah disembuhkan itu berdiri di sisi kedua-duanya,mereka tidaklah dapat menyangkal lagi. 15 Tetapi setelahmereka menyuruh kedua-duanya keluar dari majlis itu,

Kisah Para Rasul 4:16 12 Kisah Para Rasul 4:25mereka pun bermesyuarat sesama sendiri, 16 ‘Apakahyang akan kita lakukan kepada mereka itu? Sesungguh-nya sudah nyata kepada semua orang Baitulmaqdis ba-hawa satu mukjizat yang mengagumkan telah dilakukanmelalui mereka, dan kita tidak dapat menafikannya.17 Tetapi supaya berita ini tidak tersebar lebih luas dikalangan bangsa kita, eloklah kita melarang merekaberkata-kata lagi kepada sesiapapun dengan menggu-nakan nama itu.’

18 Dengan demikian mereka pun memanggil kedua-duanya itu dan mengeluarkan perintah jangan sekali-kali bercakap atau mengajar dengan nama Isa. 19 TetapiPetrus dan Yahya menjawab, ‘Wajarkah pada pandan-gan Allah jika kami mendengar katamu lebih daripadamendengar kata Allah? Timbangkanlah, 20 kerana kamimesti bercakap tentang segala yang telah kami lihat dandengar itu.’

21 Setelah membuat beberapa ugutan lagi, merekamelepaskan kedua-dua rasul itu kerana tidak tahubagaimana hendakmenghukummereka, memandangkanseluruh masyarakat memuji Allah atas apa yang telah di-lakukan itu; 22 padahal orang yang disembuhkan melaluimukjizat itu sudah berumur lebih daripada empat puluhtahun.

Doa orang beriman23Setelah dilepaskan, Petrus danYahya segera pergimen-dapatkan rakan-rakannya lalu menceritakan segala yangdikatakan oleh imam-imam besar dan para pemimpinmasyarakat itu kepada mereka. 24 Apabila mendengarsegalanya, mereka semua berseru dengan satu hati, ‘YaAllah, EngkaulahTuhan yangmenjadikan langit dan bumiserta laut dengan segala isinya, 25 yang melalui lidahhamba-Mu Daud telah berfirman:

Kisah Para Rasul 4:26 13 Kisah Para Rasul 4:36‘ “Mengapa bangsa-bangsa asing naik

berang dan kaum-kaum berkomplot dengan sia-sia?26Raja-raja bumi ini menegakkan pendirian,

dan para pemimpin bermuafakatuntuk melawan Tuhandan melawan Dia yang diurapi-Nya.”

27 Sesungguhnya Herodes dan Pontius Pilatus, bersamaorang asing dan bangsa Israel telah berhimpun dalamnegeri ini melawan Hamba Suci-Mu Isa yang telah Kau-urapi, 28 untuk melakukan segala yang sudah ditentukanoleh kuasa dan tujuan-Mu. 29 Ya Tuhan, lihatlah ugutanmereka dan kurniakanlah kepada hamba-hamba-Muini, sepenuh keberanian untuk menyampaikan firman-Mu. 30 Hulurkan tangan-Mu untuk menyembuhkan,dan melakukan tanda-tanda ajaib serta mukjizat dengannama Hamba Suci-Mu Isa.’

31 Setelah mereka berdoa, tempat mereka berhimpunitu bergoncang. Mereka semua dipenuhi dengan Roh Sucidan mengucap firman Allah dengan berani.

Orang beriman berkongsi segalanya32 Semua orang yang sudah percaya itu sehati sejiwa.

Tiada seorang pun yang mengatakan sesuatu itu mi-liknya; mereka berkongsi segalanya. 33 Dengan kuasayang hebat rasul-rasul itu bersaksi tentang kebangkitanJunjungan Isa. Kasih kurnia besar melimpahi merekasekalian. 34 Tiada seorang pun di antara mereka yangkekurangan; kerana semua yang memiliki harta ataurumah telah menjualnya, membawa wang jualan itu35danmeletakkannya di kaki para rasul; lalu dibahagikan-lah di antara mereka menurut keperluan masing-masing.

36 Yusuf yang digelar para rasul Barnabas (yang diter-jemahkan sebagai Anak Pendorong), orang Lewi dari

Kisah Para Rasul 4:37 14 Kisah Para Rasul 5:9

Kuprus, 37 ada mempunyai tanah. Dia menjualnya lalumembawa wang jualan itu, dan meletakkannya di kakipara rasul.

5Ananias dan Safira

1 Seorang yang bernama Ananias, serta isterinya Safira,telah menjual sebidang tanah milik mereka. 2 Dia meny-impan sebahagian wang jualan itu dengan pengetahuanisterinya danmembawa sebahagian lagi untuk diletakkandi kaki para rasul.

3 Petrus berkata, ‘Ananias, mengapakah Iblismemenuhi hatimu sehingga kau berdusta kepada RohSuci dengan menyimpan sebahagian wang jualan tanahitu untuk dirimu? 4Ketika tanah itu masih ada, bukankahtanah itu milikmu? Setelah dijual, bukankah wangnyadalam kawalanmu juga? Mengapakah kamu membentukniat ini dalam hatimu? Kamu bukan berdusta kepadamanusia tetapi kepada Allah.’

5 Apabila Ananias mendengar kata-kata itu, dia punrebah lalu meninggal dunia. Oleh yang demikian se-mua orang yang mendengar hal itu amat ketakutan.6Orangmuda-mudabangun lalumengkafankannya,men-gangkatnya keluar dan menguburkannya.

7 Kira-kira tiga jam kemudian, isterinya masuk tanpamengetahui apa yang telah terjadi. 8 Petrus berkatakepadanya, ‘Katakanlah kepadaku, adakah kamu menjualtanah itu dengan harga sekian?’ Perempuan itu men-jawab, ‘Ya, dengan harga sekian.’

9 Petrus berkata kepadanya, ‘Bagaimana pula kamuberdua telah bermuafakat untuk mencubai Roh Tuhan?Lihatlah, kaki orang yang telah menguburkan suamimu

Kisah Para Rasul 5:10 15 Kisah Para Rasul 5:20

ada di muka pintu, danmereka akanmengangkatmu pulakeluar.’

10 Perempuan itu serta-merta rebah di kakinya lalumeninggal dunia. Orangmuda-muda itumasuk danmen-dapati perempuan itu sudah mati lalu mengangkatnyakeluar dan menguburkannya di sisi suaminya. 11 Olehyang demikian, seluruh masyarakat yang beriman amatketakutan, begitu juga semua yang mendengar hal itu.

Tanda-tanda ajaib dan mukjizat12 Melalui rasul-rasul itu banyak alamat ajaib

dan mukjizat dilakukan di kalangan masyarakat itu.Semuanya berhimpun dengan sehati di SerambiSulaiman. 13Walaupun orang lain tidak berani menyertaimereka, namun orang ramai sangat menghormatimereka. 14 Semakin lama semakinlah bertambahbilangan orang yang mempercayai Tuhan, baik lelakimahupun perempuan. 15 Orang membawa orang sakitkeluar ke tengah jalan, membaringkan mereka di ataskatil dan kaus, dengan harapan sekurang-kurangnyabayang-bayang Petrus akan menyentuh sesetengahnyaapabila dia lalu kelak. 16 Ramai pula orang dari kota-kotasekeliling Baitulmaqdis datang berhimpun, membawaorang yang sakit dan yang dirasuk roh-roh durjana, lalusemuanya disembuhkan.

Para rasul dianiaya17 Imam besar dan semua yang bersamanya (iaitu dari

mazhab orang Saduki) amat iri hati 18 lalu menangkaprasul-rasul itu dan memasukkan mereka ke penjaraumum. 19 Tetapi pada malam itu malaikat Tuhan mem-buka pintu penjara lalu membawa rasul-rasul itu keluarsambil berkata, 20 ‘Pergilah berdiri di rumah ibadat dan

Kisah Para Rasul 5:21 16 Kisah Para Rasul 5:30nyatakan segalanya tentang hidup baru ini kepada orangramai.’

21 Setelah mendengar kata-kata itu, ketika fajar meny-ingsing, mereka pergi ke rumah ibadat dan mula menga-jar.

Kemudian tibalah imam besar dan pengikut-pengikutnya. Mereka memanggil para tua-tua baniIsrael berkumpul untuk mengadakan mesyuarat MajlisAgama, lalu memerintahkan rasul-rasul itu dibawa daripenjara untuk dihadapkan kepada mereka. 22 Apabilapegawai-pegawai itu sampai di penjara dan mendapatirasul-rasul itu tidak ada di situ, mereka pun pulangmelaporkan hal itu, 23 ‘Kami dapati pintu penjara tetapberkunci dan pengawal-pengawal berjaga di situ, tetapiapabila kami membuka pintu, kami dapati tiada seorangpun di dalam penjara itu.’ 24 Apabila ketua rumah ibadatdan ketua-ketua imam mendengar laporan itu, merekakebingungan tentang apa yang mungkin terjadi kelak.

25 Kemudian seorang lelaki masuk dan berkata kepadamereka, ‘Orang yang tuan-tuan penjarakan itu sedangmengajar orang ramai di dalam rumah ibadat!’ 26Dengandemikian, ketua rumah ibadat pergi diiringi pegawai-pegawai lalu membawa rasul-rasul itu beredar dari situtanpa menggunakan kekerasan, kerana takut direjamoleh orang ramai.

27 Mereka membawa para rasul ke hadapan MajlisAgama. Imam besar berkata, 28 ‘Bukankah kami telahmelarang keras kamu mengajar atas nama itu? Tetapilihatlah, kamu telah menyebarkan ajaran itu ke ser-ata Baitulmaqdis dan berniat mempertanggungjawabkankami atas kematian-Nya!’

29 Petrus dan rasul yang lain menjawab, ‘Kami harustaat akan Allah, bukan manusia! 30 Allah Tuhan yang

Kisah Para Rasul 5:31 17 Kisah Para Rasul 5:40disembah oleh nenek moyang kita telah membangk-itkan Isa yang telah kamu bunuh dengan menyalib-Nya.31 Allah mengangkat Isa kepada kedudukan mulia di se-belah kanan-Nya, sebagai Anak Raja dan Penyelamat, su-paya umat Israel dapat bertaubat dan dosa-dosa merekadiampuni. 32 Kami menjadi saksi dalam semua hal ini,begitu juga Roh Suci yang dikurniai Allah kepada semuayang taat akan perintah-Nya.’

33 Apabila anggota-anggota Majlis Agama mendengarkata-kata itu, mereka sangat marah sehingga berura-urahendak membunuh para rasul. 34Akan tetapi di kalangananggota Majlis Agama itu ada seorang Farisi bernamaGamaliel, seorang guru Taurat yang sangat disegani. Diabangkit lalu mengarahkan orang membawa para rasulkeluar sejurus. 35 Kemudian dia berkata kepada Ma-jlis Agama, ‘Saudara-saudara orang Israel! Timbangkanhalus-halus apa yang hendak saudara semua lakukanterhadap orang itu. 36 Suatu masa dulu, Teudas telahbangkit dan mengaku dirinya pemimpin besar. Kira-kira empat ratus orang menjadi pengikutnya. Tetapidia dibunuh, lalu semua pengikutnya kucar-kacir danpergerakannya hilang begitu saja. 37 Selepas itu munculpula Yudas, orang Galilea, pada masa pembancian. Diamempengaruhi ramai orang untukmemberontak, namundia juga dibunuh, lantas semua pengikutnya kucar-kacir.38Dengan demikian, dalam hal ini, aku cadangkan janganambil apa-apa tindakan terhadap orang itu. Bebaskanmereka. Kalau rancangan atau usaha ini daripada manu-sia, segalanya akanhilang begitu saja. 39Sebaliknya, kalausegalanya itu datang daripada Allah, saudara-saudaratidak mungkin menumpaskannya, malah mungkin akanternyata bahawa saudara-saudara melawan Allah.’

40Majlis Agamamenerima nasihat Gamaliel. Para rasul

Kisah Para Rasul 5:41 18 Kisah Para Rasul 6:6dipanggil, dipukul, dilarang lagi bercakap dengan namaIsa, lalu dibebaskan.

41 Ketika beredar pergi dari Majlis Agama, para rasulbersukacita kerana dianggap layak menanggung aib atasnama Isa. 42 Setiap hari, di rumah ibadat dan di setiaprumah orang, mereka terus-menerus mengajarkan danmenyebarkan bahawa Isa itulah al-Masih, Penyelamatyang diutus Allah.

6Tujuh orang dipilih untuk berkhidmat

1 Tidak berapa lama selepas itu, ketika pengikut Isakian meningkat bilangannya, timbullah aduan daripadaorang Yahudi peranakan Yunani terhadap orang YahudiIbrani. Orang Yahudi peranakan Yunani berkata bahawabalu di kalangan mereka diabaikan dalam pengagihanbantuan harian. 2 Dengan demikian, dua belas rasul itumenghimpunkan semua pengikut Isa lalu berkata, ‘Kamiini tidaklahwajarmengetepikan kewajipanmenyebarkanfirman Allah untuk melayan di meja makan. 3 Oleh itu,pilihlah tujuh orang di kalangan saudara-saudara yangmempunyai nama baik dan dipenuhi Roh Suci serta kebi-jaksanaan, supaya kami tugaskanmereka mengendalikanhal itu. 4Kami akanmemenuhi masa kami dengan berdoadan menyampaikan firman Allah.’

5Semua bersetuju dengan cadanganpara rasul. Merekamemilih Stefanus, seorang yang sangat teguh imannyaserta dikuasai oleh Roh Suci. Di samping itu merekamemilih Filipus, Prokhorus, Nikanor, Timon, Parmenas,dan Nikolaus dari Antiokhia, seorang penganut agamaYahudi. 6 Tujuh orang itu dibawa ke hadapan para rasul.Para rasul pun berdoa dan meletakkan tangan ke atasmereka.

Kisah Para Rasul 6:7 19 Kisah Para Rasul 6:157 Dengan demikian firman Allah semakin tersebar dan

bilangan pengikut Isa di Baitulmaqdis kian meningkat,dan ramai imam menjadi orang beriman.

Stefanus ditangkap8 Stefanus, yang dipenuhi iman dan kuasa rohani, banyakmelakukan keajaiban dan alamat di kalangan orang ra-mai. 9 Tetapi ada beberapa orang yang bangkit menen-tangnya, iaitu anggota saumaah yang disebut SaumaahOrang Yang Dibebaskan (terdiri daripada orang Yahudidari Kirene, Iskandaria, Kilikia dan Asia). Mereka mulaiberbahas dengan Stefanus. 10 Namun, mereka tidakdapat menewaskan kebijaksanaan dan Roh Suci yangmengilhamkan kata-katanya.

11 Setelah itu mereka senyap-senyap mendorongbeberapa orang berkata, ‘Kami telah mendengar diamelafazkan kata-kata kufur terhadap Musa dan Allah.’

12 Mereka menghasut orang ramai, tua-tua dan guru-guru Taurat sehingga Stefanus ditangkap dan dihadapkanke Majlis Agama. 13 Mereka membawa saksi-saksi palsuyang berkata tentang Stefanus, ‘Orang ini tidak putus-putus meluahkan kata-kata kufur tentang tempat suci inidan hukum agama kita. 14 Kami mendengar dia berkatabahawa Isa orangNasaret itu akanmembinasakan tempatini dan mengubah segala adat yang telah disampaikankepada kita oleh Musa.’

15 Ketika itu semua orang yang duduk di Majlis Agamamerenung Stefanus dan melihat mukanya seperti wajahmalaikat.

7Pembicaraan Stefanus

Kisah Para Rasul 7:1 20 Kisah Para Rasul 7:101 Kemudian imam besar bertanya kepada Stefanus, ‘Be-narkah segala tuduhan ini?’ 2 Stefanus menjawab, ‘Bapa-bapa dan saudara-saudara! Dengarlah: Sebelum moyangkita Ibrahim berpindah ke Haran, Allah YangMaha Tinggitelah menampakkan diri kepadanya di Mesopotamia.3 Allah berfirman kepadanya, “Tinggalkanlah negerimudan keluargamu. Pergilah ke negeri yang akan Kutun-jukkan kepadamu.”

4 ‘Ibrahim pun terus meninggalkan negeri Kasdimdan tinggal di Haran. Setelah bapa Ibrahim mening-gal dunia, Allah memindahkan pula Ibrahim ke negeritempat saudara-saudara dan bapa-bapa tinggal sekarangini. 5 Ketika itu Allah tidak memberikan warisan apapunkepada Ibrahim sebagai miliknya, secebis tanah puntidak. Namun begitu, Allah berjanji akan mengurniakantanah ini kepada Ibrahim sebagai miliknya dan milikketurunannya, walaupun pada masa itu Ibrahim tidakmempunyai anak. 6 Namun Allah berfirman kepadanyabahawa keturunannya akan tinggal di negeri orang, danakan diperhamba serta ditindas selama empat ratustahun. 7 “Aku akan menghukum bangsa yang memper-hamba mereka,” Allah berfirman. “Kemudian merekaakan keluar dari negeri itu dan menyembah-Ku di sini.”8 Kemudian Allah membuat perjanjian sunat denganIbrahim; maka Ibrahim mendapat anak lelaki bernamaIshak dan menyunatkannya pada hari kelapan; Ishakmendapat Yakub dan Yakub mendapat dua belas oranganak lelaki yang menjadi nenek moyang bangsa kita.

9 ‘Nenekmoyang bangsa kita itumenaruh hasad dengkiterhadap Yusuf lalu menjualnya sebagai hamba di Mesir.Tetapi Allah menyertainya 10 dan menyelamatkannyadaripada segala kesusahannya. Apabila Yusuf mengadapFiraun raja Mesir, Allah mengurniainya budi dan ke-

Kisah Para Rasul 7:11 21 Kisah Para Rasul 7:22bijaksanaan, sehingga raja Mesir melantiknya menjadigabenor yang berkuasa ke atas seluruh negeri itu danistananya.

11 ‘Kemudian seluruh Mesir dan Kanaan dilanda ke-buluran, dan nenek moyang kita tidak dapat mencarimakanan. 12 Apabila Yakub mendengar bahawa diMesir ada gandum, dia menyuruh anak-anaknya, nenekmoyang kita, pergi ke situ bagi kali pertama. 13 Ketikamereka ke sana bagi kali kedua, Yusuf diperkenalkankepada saudara-saudaranya itu dan keluarga Yusuf dike-tahui oleh Firaun. 14 Lalu Yusuf mengirim khabar danmeminta bapanya, Yakub, serta seluruh keluarganyaberpindah ke Mesir; tujuh puluh lima orang semuanya.15 Yakub sekeluarga pun berpindah ke Mesir. Di situlahdia dan nenek moyang kita meninggal dunia. 16 Jenazahmereka dibawa ke Sikhem dan dikebumikan di kuburanyang telah dibeli oleh Ibrahim dengan sejumlah wangdaripada suku Hamor, bapa Sikhem.

17 ‘Apabila masa bagi Allah menunaikan janji-Nyakepada Ibrahim semakin hampir, bilangan bangsa kitadi Mesir telah meningkat banyak sekali. 18 Kemudianseorang raja lain yang tidak kenal akan Yusuf naik takhtakerajaan Mesir. 19 Raja itu memperdaya bangsa kita danmenindas nenek moyang kita, dengan memaksa merekamembuang bayi yang baru lahir dan membiarkannyamati.

20 ‘Padamasa itulahMusa dilahirkan, seorang bayi yangelok di mata Allah. Dia dipelihara di rumah bapanyaselama tiga bulan. 21Apabila dia terpaksa dibuang, puteriRaja Mesir mengambilnya dan memeliharanya sebagaianak sendiri. 22 Musa menjadi arif dalam segala ilmupengetahuan serta kebijaksanaan orang Mesir dan men-jadi seorang yang sangat handal, baik dari segi perkataanmahupun perbuatan.

Kisah Para Rasul 7:23 22 Kisah Para Rasul 7:3423 ‘Sewaktu Musa berusia empat puluh tahun, hatinya

tergerak hendak mengunjungi saudara-saudaranya baniIsrael. 24 Dia terpandang salah seorang daripada merekasedang dianiaya oleh seorang Mesir. Dia pun membelaorang yang dianiaya itu dan membunuh orang Mesir itu;25keranaMusamenyangka saudara-saudara sebangsanyamengerti bahawa Allah akan membebaskan merekamelaluinya, tetapi mereka tidak mengerti. 26 Esoknya,dia terlihat pula dua orang Israel sedang bergaduh lalucuba mendamaikan mereka, katanya, “Kamu bersaudara.Mengapa kamu saling menganiaya?”

27 ‘Tetapi orang yangmenganiaya saudara sebangsanyaitu menolak Musa ke tepi sambil bertanya, “Siapayang menjadikan kamu pemerintah dan hakim kami?28 Adakah kamu ingin membunuhku seperti kamu mem-bunuh orang Mesir itu kelmarin?” 29 Ketika Musamendengar kata-kata itu, dia lari dari Mesir lalu menetapdi negeri Midian. Di situ dia mendapat dua orang anaklelaki.

30 ‘Empat puluh tahun kemudian, malaikat menam-pakkan diri kepada Musa di dalam api belukar yangbernyala, di tanah gurun dekat Gunung Sinai. 31Musa ke-hairananmelihatnya lalu menghampirinya. Dia menden-gar suara Tuhan berfirman, 32 “Akulah Tuhan nenekmoyangmu; Tuhan Ibrahim, Ishak dan Yakub.” Musagementar ketakutan dan tidak berani memandang lagi.

33 ‘Tuhan berfirman seterusnya, “Tanggalkan kasutmu,kerana tempat kamu berdiri itu tanah suci. 34 Akutelah melihat penindasan umat-Ku di Mesir. Aku telahmendengar rintihan mereka, dan telah turun untukmembebaskan mereka. Sekarang marilah, Aku akanmengutusmu ke Mesir.”

Kisah Para Rasul 7:35 23 Kisah Para Rasul 7:4235 ‘Musa inilah yang telah ditolak oleh umat Israel

dengan kata-kata, “Siapa yang menjadikan kamu pe-merintah dan hakim kami?” Justeru dialah yang di-utus Allah sebagai pemerintah dan pembebas, melaluimalaikat yang menampakkan diri kepadanya di belukaritu. 36 Musa memimpin orang Israel keluar dari Mesirsetelah melakukan pelbagai mukjizat dan keajaiban diMesir, di Laut Merah dan kemudian di tanah gurunselama empat puluh tahun.

37 ‘Musa inilah yang berkata kepada bangsa Israel, “Al-lah akanmengutus seorangNabi kepadamu, sebagaimanaDia telah mengutusku dari kalangan bangsamu.” 38Musainilah yang bersama bangsa Israel berhimpun di tanahgurun. Dia di sana berserta nenek moyang kita danmalaikat yang berkata-kata kepadanya di Gunung Sinai.Dialah yang menerima firman hidup, untuk disampaikankepada kita.

39 ‘Tetapi nenek moyang kita enggan taat kepadanya.Mereka menolaknya dan dalam hati mereka berpalingsemula ke Mesir. 40 Mereka berkata kepada Harun,“Buatkan kami patung pujaan yang dapat memimpinkami, kerana kami tidak tahu apa yang telah terjadikepada Musa yang membawa kami keluar dari Mesir.”41 Setelah itu mereka membuat berhala berbentuk anaklembu dan mempersembahkan korban kepada berhalaitu. Mereka bersuka ria meraikan buatan tangan merekasendiri. 42 Oleh itu Allah berpaling daripada mereka danmembiarkan mereka menyembah segala yang di langit.Demikianlah yang tersurat di dalam kitab nabi-nabi:

‘ “Adakah kamu mempersembahkan kepada-Kubinatang sembelihan dan korban

Kisah Para Rasul 7:43 24 Kisah Para Rasul 7:50selama empat puluh tahun di tanah gurun, hai orang

Israel?43Malah kamu mengusung khemah Molokh

dan bintang berhalamu Refan,patung-patung yang kamu buat untuk kamu sem-

bah;maka Aku akan membuangmu

jauh ke seberang Babel.”44 ‘Nenek moyang kita mempunyai Khemah Kesaksiandi tanah gurun. Khemah ini dibuat sebagaimana yangdiperintahkan kepada Musa menurut contoh yang telahdilihatnya. 45Nenek moyang kita, setelah menerimanya,bersama Yusak telah membawanya masuk ke negeri kitayang dikuasai oleh bangsa-bangsa asing. Allah telahmengusir bangsa-bangsa asing itu di hadapan mereka,dan khemah itu tetap di tanah tersebut hingga zamanDaud. 46 Daud mendapat keredaan Allah dan memohonizin-Nya untuk membina sebuah rumah untuk Tuhanyang disembah oleh Yakub. 47 Tetapi Sulaiman yangmembina rumah untuk-Nya.

48 ‘Namun, Tuhan Yang Maha Tinggi tidak tinggal didalam rumah buatan tangan manusia, seperti kata nabi:49 ‘ “Syurga arasy-Ku,

dan bumi alas kaki-Ku.Rumah apakah yang hendak

kamu bina untuk-Ku,dan dimanakah tempatrehat-Ku?” firman Tuhan.

50 ‘ “Bukankah Aku sendiri yang telah mencipta se-muanya?”

Kisah Para Rasul 7:51 25 Kisah Para Rasul 8:251 ‘Hai yang keras kepala dan tidak bersunat hati dan

telingamu! Kamu sentiasa melawan Roh Suci seba-gaimana yang dilakukan oleh nenek moyangmu. 52 Nabimanakah yang tidak dianiaya oleh nenek moyangmu?Mereka membunuh nabi-nabi yang telah menubuatkankedatangan Yang Benar itu, yang kamu khianati danbunuh. 53Kamu telahmenerima Taurat Allah yang disam-paikan oleh malaikat, tetapi kamu tidak mematuhinya.’

Stefanus direjam54 Apabila mendengar kata-kata ini, mereka tersangat

sakit hati dan berang terhadap Stefanus. 55 Akan tetapidia dipenuhi Roh Suci lalu merenung ke langit dan meli-hat kemuliaan Allah serta Isa berdiri di sebelah kananAllah. 56 Dia berkata, ‘Lihatlah! Aku nampak syurgaterbuka dan Putera Insan berdiri di sebelah kanan Allah!’

57Mereka pun bertempik sambil menutup telinga lalumenyerang Stefanus serentak. 58 Mereka menyeret diake luar kota lalu merejamnya. Orang yang menyaksikansegalanya itu meletakkan jubah mereka di kaki seorangmuda bernama Saul.

59 Ketika mereka merejam Stefanus, dia berseru, ‘Jun-jungan Isa, terimalah rohku.’ 60 Kemudian dia berlututdan berteriak dengan suara yang kuat, ‘Junjungan, jangantanggungkan dosa ini atas mereka.’ Setelah berkatademikian, dia pun meninggal dunia.

8Penganiayaan terhadap jemaah di Baitulmaqdis

1 Saul menyetujui kematian Stefanus. Pada masa itupenganiayaan yang dahsyat dilakukan terhadap jemaahdi Baitulmaqdis; dan mereka pun bercerai-berai di serataYudea dan Samaria, kecuali para rasul. 2 Beberapa orangyang salih mengebumikan Stefanus dan amat meratapi

Kisah Para Rasul 8:3 26 Kisah Para Rasul 8:13kematiannya. 3 Saul berusaha untuk menghapuskan je-maah; dia memasuki setiap rumah dan menyeret keluarlelaki perempuan lalu memasukkan mereka ke dalampenjara.

Filipus di Samaria4 Mereka yang bercerai-berai pergi merata-rata menga-jarkan firman Allah. 5 Kemudian Filipus pergi ke se-buah kota di Samaria danmemberitakan al-Masih kepadaorang di situ. 6 Apabila orang ramai mendengar apayang dikatakan Filipus dan melihat segala keajaiban yangdilakukannya, mereka semua memperhatikan dengansepenuh hati apa yang dikatakannya; 7 kerana roh-rohdurjana keluar sambil melolong daripada ramai orangyang kerasukan, manakala sebilangan besar yang lumpuhdan tempang telah disembuhkan. 8 Seluruh kota itu amatbersukacita.

Simon ahli sihir9 Akan tetapi ada seorang lelaki bernama Simon, yang

dahulunya mengamalkan sihir di situ dan mengagumkanorang Samaria serta mengaku dirinya seorang yanghebat. 10 Mereka semua, daripada yang paling rendahtarafnya hinggalah kepada yang tertinggi, mendengarkatanya. Mereka berkata, ‘Orang ini dikenal sebagaiKuasa Besar Allah.’ 11Mereka mendengar katanya keranadia telah lama mengagumkan mereka dengan sihirnya.12 Namun apabila mereka mempercayai Filipus ketikadia bercakap tentang hal-hal berkaitan dengan kerajaanAllah dan nama Isa al-Masih, mereka pun diimadkan, baiklelaki mahupun perempuan. 13 Kemudian Simon sendiripercaya; dan setelah diimadkan dia terus menyertai Fili-pus dan amat kagummelihat keajaiban serta alamat yangdilakukan.

Kisah Para Rasul 8:14 27 Kisah Para Rasul 8:2714 Apabila para rasul di Baitulmaqdis mendengar

bahawa orang Samaria telah menerima firman Allah,mereka mengutus Petrus dan Yahya ke sana. 15 Setelahsampai di situ, kedua-duanya berdoa semoga merekamenerimaRohSuci, 16keranamereka belum lagi dipenuhioleh-Nya. Mereka baru diimadkan sahaja dengan namaJunjungan Isa. 17Kemudian Petrus dan Yahyameletakkantangan atas mereka lalu mereka menerima Roh Suci.

18 Setelah Simon melihat betapa Roh Suci diberi ketikapara rasul meletakkan tangan, dia menawarkan wangkepada mereka 19 sambil berkata, ‘Berilah aku kuasa itujuga, supaya sesiapa yang kuletakkan tangan atasnyaakan menerima Roh Suci.’

20Tetapi Petrus berkata kepadanya, ‘Punahlahwangmubersamamu, kerana kamumenyangka kurnia Allah dapatdibeli dengan wang! 21 Kamu tidak ada bahagian dalampekerjaan kami, kerana hatimu tidak ikhlas di sisi Allah.22 Oleh itu bertaubatlah daripada kejahatanmu itu, danberdoalah kepada Tuhan semoga kamu dapat diampunikerana niat di hatimu itu; 23kerana kulihat kamu diracuniperasaan kepahitan dan dibelenggu dosa.’

24Simonmenjawab, ‘Berdoalah kepadaTuhanuntukku,supaya apa yang kamu sebutkan tadi tidak menimpaku.’

25 Setelah mereka memberi kesaksian dan menyam-paikan firman Tuhan, mereka pun pulang ke Baitul-maqdis, sambil menyebarkan perkhabaran baik tentangIsa di banyak kampung orang Samaria.

Filipus dan sida-sida dari negeri Habsyah26Malaikat Tuhan berkata kepada Filipus, ‘Bangkit dan

pergilah ke arah selatan di jalan antara Baitulmaqdisdengan Gaza. Sekarang tempat itu lengang.’ 27 Dia punbangkit lalu pergi. Ada seorang Habsyi, seorang sida-sida yang besar pangkatnya di bawah perintah Kandake,

Kisah Para Rasul 8:28 28 Kisah Para Rasul 8:37ratu negeri Habsyah, dan ditugaskan menjaga seluruhperbendaharaannya. Dia telah pergi ke Baitulmaqdis un-tuk sembahyang. 28 Ketika dia sedang dalam perjalananpulang dan sambil duduk di dalam kereta kudanya, diamembaca kitab Nabi Yasyaya. 29 Roh Suci berkata kepadaFilipus, ‘Pergi dekati kereta kuda itu.’

30 Filipus pun berlari mendapatkannya lalu menden-garnya membaca kitab Nabi Yasyaya. Filipus berkata,‘Fahamkah apa yang kamu baca itu?’

31 Jawabnya, ‘Bagaimana aku dapat memahaminya, ke-cuali ada orang yangmembimbingku?’ Dia punmengajakFilipus naik duduk di sisinya.

32 Bahagian Kitab Suci yang dibacanya ialah:‘Dia dibawa seperti domba untuk disembelih

seperti anak domba yang senyap ketika bulunyadigunting.

Demikianlah Dia tidak membuka mulut.33Dia dihina dan keadilan direntap daripada-Nya,

maka siapa akan mengisahkan keturunan-Nya?Nyawa-Nya direnggut dari muka bumi.’

34Sida-sida itu berkata, ‘Aku bertanya kepadamu, tentangsiapakah nabi itu bercakap, tentang dirinya atau seseo-rang lain?’ 35 Filipus pun membuka mulutnya: bermuladari bahagian Kitab Suci itu, dia mengajar berita baiktentang Isa kepada sida-sida itu.

36 Sedang mereka meneruskan perjalanan, merekasampai ke suatu tempat yang berair. Sida-sida ituberkata, ‘Lihat, di sini ada air. Apa yang menghalangaku daripada diimadkan?’ 37 Filipus berkata, ‘Jika kamupercaya sepenuh hati, kamu boleh diimadkan.’ Sida-sida itu menjawab, ‘Aku percaya bahawa Isa al-Masih

Kisah Para Rasul 8:38 29 Kisah Para Rasul 9:9itu Putera Allah.’ 38 Lalu dia mengarahkan kereta kudaitu dihentikan. Dia bersama Filipus turun ke dalam air,lalu Filipus mengimadkannya. 39 Setelah mereka keluardari air, Roh Suci mengambil Filipus dari situ. Sida-sidaitu tidak melihatnya lagi, lalu meneruskan perjalanandengan sukacita. 40 Filipus mendapati dirinya di Asdod.Dia meneruskan perjalanan sambil mengkhabarkan Injildi segala kota hingga sampai di Kaisarea.

9Saul bertaubat

1 Saul, yang terus-menerus mengancam hendak mem-bunuh pengikut-pengikut Junjungan Isa, pergi menda-patkan imam besar 2 dan meminta surat untuk ditun-jukkan kepada saumaah di Damsyik, supaya sekiranyadia menjumpai sesiapa yang mengikut Jalan Isa, baiklelaki mahupun perempuan, dia boleh memberkas danmembawa mereka ke Baitulmaqdis. 3 Dalam perjalanan-nya, apabila dia hampir sampai di Damsyik, tiba-tibacahaya dari langit bersinar sekelilingnya. 4 Dia rebah kebumi lalu mendengar suara berkata, ‘Saul, Saul, mengapakauaniaya Aku?’

5 Saul bertanya, ‘Siapakah Engkau, Tuan?’ Suara itumenjawab, ‘Akulah Isa yang kauaniaya. 6 Bangkitlah,masuklah ke kota. Di sana engkau akan diberitahu apayang harus kaubuat.’

7Orang seperjalanan Saul terpegun kerana mendengarsuara itu tanpa melihat sesiapapun. 8 Saul bangkit sambilmembukamata tetapi tidak dapatmelihat suatu apa. Olehdemikian mereka memegang tangannya dan memimpin-nya masuk ke Damsyik. 9 Selama tiga hari dia tidak dapatmelihat dan tidak makan atau minum.

Kisah Para Rasul 9:10 30 Kisah Para Rasul 9:1910 Ada seorang pengikut Isa yang bernama Ananias

tinggal di Damsyik. Dalam suatu penglihatan diamendengar Junjungan berkata, ‘Ananias!’

‘Ya, Junjungan,’ sahut Ananias.11 Junjungan berkata kepadanya, ‘Bersiaplah dan pergi-

lah ke rumah Yudas di Jalan Lurus. Tanyakanlah seorangyang bernama Saul dari kota Tarsus. Dia sedang berdoa,12 dan melihat seorang bernama Ananias meletakkantangan di atasnya supaya dia dapat melihat semula.’

13 Ananias menjawab, ‘Ya Junjunganku, aku telahmendengar ramai orang mengatakan hal orang itu. Diatelah banyak menganiaya umat-Mu yang salih di Baitul-maqdis. 14 Sekarang dia datang ke Damsyik membawakuasa daripada ketua-ketua imam untuk menangkap se-mua orang yang menyebut nama-Mu.’

15 Namun, Junjungan berkata, ‘Pergilah, keranaAku telah memilihnya sebagai alat pilihan-Ku untukmengkhabarkan nama-Ku kepada bangsa-bangsaasing, raja-raja, dan umat Israel. 16 Aku akanmenunjukkan kepadanya segala kesengsaraan yangakan ditanggungnya kerana-Ku.’

17 Dengan demikian Ananias pun pergi lalu masuk kerumah itu dan meletakkan tangannya ke atas Saul sambilberkata, ‘Saudaraku Saul, Junjungan telah mengutusku.Isa yang menampakkan diri-Nya kepadamu dalam per-jalanan ke sini telah mengutusku supaya engkau dapatmelihat semula dan dipenuhi Roh Suci.’ 18 Serta-mertasesuatu seperti sisik gugur daripada mata Saul dan diadapat melihat semula. Dia pun bangun lalu diimadkan.19Kemudian dia makan dan kekuatannya pun pulih.

Saul di Damsyik dan Baitulmaqdis

Kisah Para Rasul 9:20 31 Kisah Para Rasul 9:31Saul tinggal beberapa hari di Damsyik bersama parapengikut Isa. 20 Dia terus mengkhabarkan di saumaah-saumaah tentang Isa, bahawa Dia Putera Allah. 21 Semuayang mendengarnya tercengang lalu berkata, ‘Bukankahdia ini yang menganiaya semua yang menyebut namaitu di Baitulmaqdis? Malah dia datang ke mari un-tuk menangkap semua orang yang demikian di sinidan menyeret mereka ke hadapan ketua-ketua imam.’22Makin sehari makin bertambah kuasa yang diberi Allahkepada Saul. Semua orang Yahudi di Damsyik tercengangapabila dia menyatakan bahawa Isa itu al-Masih.

23 Selepas beberapa hari, orang Yahudi berpakat hen-dak membunuh Saul 24 tetapi dia mendapat tahu tentangpakatan itu. Orang yang hendak membunuhnya itu me-nunggu di pintu gerbang siangmalam; 25 tetapi pengikut-pengikut Saul mengambilnya pada waktu malam danmenurunkannyamelalui tingkap ke kaki tembok di dalamsebuah keranjang.

26 Apabila Saul sampai di Baitulmaqdis, dia cubamenghubungi para pengikut Isa tetapi mereka takutdan tidak percaya bahawa dia benar-benar pengikut Isa.27 Barnabas membawa Saul ke hadapan para rasul danmenceritakan bagaimana dia telah melihat Junjunganketika dalam perjalanan, kata-kata Junjungan kepadanyadan keberanian Saul menyebarkan nama Isa di Damsyik.28 Selepas itu Saul keluar masuk di Baitulmaqdis bersamapara rasul 29 serta menyebarkan nama Junjungan denganberani. Dia bercakap dan berhujah dengan orang Yahudiperanakan Yunani; mereka pun hendak membunuhnya.30Apabila para pengikut Isa yang lain mengetahui hal itu,mereka membawa Saul ke Kaisarea dan menghantarnyake Tarsus.

31 Dengan demikian sejahteralah jemaah di seluruh

Kisah Para Rasul 9:32 32 Kisah Para Rasul 9:40tanah Yudea, Galilea dan Samaria. Jemaah itu diberikekuatan dan hidup bertakwa kepada Allah. Denganpertolongan Roh Suci bilangan mereka semakin besar.

Petrus di Lida dan Yope32 Ketika Petrus melawat daerah-daerah, dia mengun-

jungi orang salih yang tinggal di Lida. 33 Di situ dia men-emui seorang bernama Eneas yang sudah lapan tahunlumpuh terlantar di tempat tidur. 34 Petrus berkatakepadanya, ‘Eneas, Isa al-Masihmenyembuhkanmu. Ban-gunlah, kemaskan tempat tidurmu.’ Pada saat itu jugaEneas bangun. 35 Semua penduduk Lida dan Saron meli-hatnya lalu beriman kepada Tuhan.

36 Di Yope ada seorang perempuan pengikut Isabernama Tabita (dalam bahasa Yahudi disebut Dorkas);dia sentiasa membuat kebajikan dan memberi sedekah.37 Pada masa itu dia jatuh sakit lalu meninggal dunia.Setelah dimandikan, jenazahnya dibaringkan di dalambilik di tingkat atas. 38Oleh sebab Lida berdekatan denganYope, para pengikut Isa di Yopemendapat tahu Petrus adadi Lida lalu menghantar dua orang berjumpa dengannyadan memintanya datang secepat mungkin.

39 Petrus segera pergi bersama mereka. Setibanya disitu, dia dibawa naik ke bilik di tingkat atas itu. Se-mua balu di situ berdiri di sisinya sambil menangis danmenunjukkan pelbagai pakaian yang telah dijahit olehDorkas untuk mereka sewaktu hidupnya.

40 Petrus menyuruh semuanya keluar; kemudian diabertelut dan berdoa. Selepas itu dia berpaling kepadajenazah itu lalu berkata, ‘Hai Tabita, bangunlah.’ Tabitamembuka matanya dan apabila dia melihat Petrus, dia

Kisah Para Rasul 9:41 33 Kisah Para Rasul 10:9pun duduk. 41 Petrus memegang tangannya dan mem-bantunya berdiri. Seterusnya Petrus memanggil se-mua pengikut Isa termasuk balu-balu itu dan menun-jukkan kepada mereka perempuan yang sudah hidup itu.42 Berita itu tersebar di seluruh Yope dan ramai orangberiman kepada Tuhan. 43 Petrus tinggal beberapa haridi Yope di rumah Simon, seorang penyamak kulit.

10Petrus dan Kornelius

1 Di Kaisarea ada seorang bernama Kornelius, ketua ten-tera yang disebut pasukan Itali. 2 Dia seorang yangbertakwa dan takut akan Allah, begitu juga seisi rumah-nya. Dia banyak bersedekah kepada orang yang miskindan sentiasa berdoa kepada Allah. 3 Pada suatu harikira-kira pukul tiga petang, dalam suatu penglihatan diamelihat dengan nyata malaikat Allah mendapatkannyadan berkata kepadanya, ‘Hai Kornelius!’

4Dia merenung dengan ketakutan sambil bertanya,‘Ya tuan, ada apa tuan?’Malaikat itu berkata, ‘Segala doa dan sedekahmu telah

diredai Allah. 5 Suruhlah orang pergi ke Yope me-manggil seorang bernama Simon bergelar Petrus. 6 Diamenumpang di rumah Simon penyamak kulit, di tepilaut.’

7 Setelah malaikat itu pergi, Kornelius memanggil duaorang hambanya dan seorang askar yang takut akan Allahdari kalangan orang yang bertugas melayaninya. 8 Diamenceritakan segala yang berlaku itu kepadamereka danmenyuruh mereka pergi ke Yope.

Penglihatan Petrus9Esoknya, ketika mereka dalam perjalanan dan hampir

sampai ke Yope, Petrus naik ke atas bumbung rumah

Kisah Para Rasul 10:10 34 Kisah Para Rasul 10:22untuk berdoa, kira-kira pukul dua belas tengah hari.10 Kemudian dia berasa lapar dan hendak makan, tetapisementaramakanan sedang disediakan, dia diliputi kuasailahi. 11 Dia melihat langit terbuka dan sesuatu sepertikain yang amat lebar, terikat keempat-empat penjurunya,diturunkan ke arahnya lalu ke bumi. 12 Di dalamnyaada segala jenis binatang, yang berkaki empat dan yangmelata, juga burung-burung. 13 Dia terdengar suaraberkata, ‘Hai Petrus, bangunlah, sembelih danmakanlah.’

14 Petrus berkata, ‘Ya Tuhan, jangan demikian, akubelum pernah makan barang yang haram atau najis.’

15 Suara itu berkata pula kepadanya, ‘Barang yangdihalalkan oleh Allah, jangan kauharamkan.’

16 Ini berulang tiga kali, kemudian kain itu terangkatnaik ke langit.

17 Sedang Petrus bertanya-tanya apa agaknya ertipenglihatan itu, orang yang disuruhkan oleh Korneliusitu telah bertanyakan rumah Simon. 18 Mereka berdiridi muka pintu sambil berseru bertanya sama ada Simonbergelar Petrus ada menumpang di situ.

19 Petrus masih lagi memikirkan penglihatannya itu.Roh Suci berkata kepadanya, ‘Ada tiga orang mencarimu.20 Bangunlah, turun dan pergi bersama mereka tanparagu-ragu, kerana Aku yang menyuruh mereka datang.’

21 Petrus pun turun mendapatkan orang itu laluberkata, ‘Aku inilah orang yang kamu cari itu; apa ha-jatmu datang ke mari?’

22 Mereka berkata, ‘Kornelius, seorang ketua tenterayang benar dan takut akan Allah serta disegani oleh selu-ruh bangsa Yahudi, telah menerima pesan Allah melaluimalaikat yang suci bahawa dia hendaklah menjemputtuan datang ke rumahnya untuk mendengar apa yang

Kisah Para Rasul 10:23 35 Kisah Para Rasul 10:33akan tuan katakan.’ 23 Petrus mengajak ketiga-tiga orangitu masuk dan menumpang bermalam di rumah itu.

Petrus di rumah KorneliusEsoknya dia bangun lalu pergi bersamamereka; beberapaorang saudara seiman di Yope turut serta. 24 Keesokanharinya mereka sampai di Kaisarea. Kornelius sedangmenantikan kedatangan mereka, bersama semua kaumkeluarga dan sahabat handai yang diajaknya berhimpundi situ. 25Apabila Petrus masuk, Kornelius mendapatkan-nya lalu sujud menyembah di kakinya; 26 tetapi Petrusmenariknya bangkit berdiri sambil berkata, ‘Bangkitlah;aku in pun seorang manusia juga.’

27 Sambil bercakap dengan Kornelius, Petrus masukke dalam rumah itu dan melihat betapa ramainya orangyang berhimpun di situ. 28 Petrus berkata kepadamereka, ‘Saudara-saudara sedia maklum bahawa orangYahudi dilarang berhubung dengan orang bangsa lainataumengunjungimereka; tetapi Allah telahmenyatakankepadaku supaya jangan memandang sesiapapun sebagaiharam atau najis. 29 Oleh itu apabila aku dipanggil, akuterus datang tanpa teragak-agak. Sekarang aku bertanyakepadamu, apakah sebabnya aku dipanggil datang kesini?’

30 Kornelius berkata, ‘Empat hari lalu, kira-kira pukultiga petang, aku sedang berdoa di rumah; tiba-tiba se-orang berdiri di hadapanku, pakaiannya bersinar-sinar.31Dia berkata, “Hai Kornelius! Segala doa dan sedekahmutelah diredai Allah. 32 Suruhlah orang pergi ke Yopememanggil seorang bernama Simon bergelar Petrus. Diamenumpang di rumah Simon penyamak kulit, di tepilaut.” 33Aku terusmenyuruhkan orangmendapatkanmu;kamu sungguh baik hati datang ke mari. Sekarang kamisemua hadir di sini di hadapan Allah untuk mendengar

Kisah Para Rasul 10:34 36 Kisah Para Rasul 10:45segala perkara yang diperintahkan Tuhan kepadamu un-tuk disampaikan kepada kami.’

34 Petrus pun berkata, ‘Sesungguhnya aku mengertisekarang bahawa Allah tidak memilih kasih. 35 Sesiapayang takut akan Allah danmengerjakan yang benar, tidakkira apa bangsanya, dialah yang diredai-Nya. 36 Firmanyang disampaikan Allah kepada bangsa Israel adalah fir-man yang mengkhabarkan kesejahteraan melalui Isa al-Masih, Junjungan semua manusia. 37 Saudara-saudaratahu akan apa yang berlaku di seluruh tanah Yudeamulaidari Galilea, selepas pengimadan yang dikhabarkan olehYahya. 38 Perkhabaran itu tentang Isa orang Nasaret,betapa Allah telah memilih-Nya sebagai al-Masih danmemberi-Nya Roh Suci serta kuasa. Dia telah pergimerata-rata membuat kebajikan dan menyembuhkanorang yang diseksa oleh Iblis, kerana Allah menyertai Isa.

39 ‘Kami ini menjadi saksi akan segala yang dilakukan-Nya di tanah orang Yahudi malah juga di Baitul-maqdis. Dia telah dibunuh dengan disalib; 40 tetapiAllah membangkitkan-Nya pada hari yang ketiga sertamemperlihatkan Dia; 41bukan kepada semua orang tetapikepada kami yang telah dipilih oleh Allah sebagai saksi,kami yang semakan seminum dengan-Nya setelah Diabangkit dari kalangan orang mati. 42 Dia memerintahkami mengkhabarkan kepada semua orang dan mem-berikan kesaksian bahawa Dialah yang dijadikan Allahhakim ke atas orang hidup dan orang mati. 43 Semua nabibersaksi tentang-Nya bahawa setiap orang yang percayakepada Isa akan diampunkan dosanya dengan nama-Nya.’

44 Ketika Petrus sedang bercakap, Roh Suci turundan memenuhi semua yang mendengar perkhabaran itu.45 Beberapa orang Yahudi yang percaya kepada Isa dandatang bersama Petrus dari Yope berasa hairan melihat

Kisah Para Rasul 10:46 37 Kisah Para Rasul 11:10

Allahmencurahkan Roh Suci kepada orang bukan bani Is-rael juga. 46Mereka mendengar orang itu bertutur dalamaneka bahasa memuji Allah. Kemudian Petrus berkata,47 ‘Lihatlah, mereka telahmenerima Roh Suci seperti kita.Dapatkah sesiapamenghalangmereka diimadkan denganair?’ 48 Petrus pun menyuruh mereka diimadkan dengannama Isa al-Masih. Selepas itu mereka meminta Petrustinggal dengan mereka beberapa hari.

11Petrus menjelaskan tindakannya

1 Para rasul dan saudara-saudara di seluruh Yudeamendengar khabar bahawa orang bukan bani Israel jugatelah menerima firman Allah. 2 Apabila Petrus pergi keBaitulmaqdis, orang Yahudi yang percaya kepada Isa danmasih berpegang kepada upacara sunat, membantah per-buatannya. 3 Mereka berkata, ‘Kamu telah menumpangdi rumah orang bangsa asing yang tidak bersunat; malahkamu telah makan bersama mereka!’

4Oleh yang demikian, Petrusmenerangkan segala yangtelah berlaku, satu persatu: 5 ‘Ketika aku sedang berdoa diYope, aku telah melihat satu penglihatan. Aku melihatsesuatu seperti kain yang amat lebar, terikat keempat-empat penjurunya, diturunkan dari langit lalu terletakdekat denganku. 6 Aku memerhatikannya lalu melihatbinatang yang berkaki empat, yang liar dan yang melata,juga burung-burung. 7 Aku mendengar suara berkata,“Hai Petrus, bangunlah, sembelih dan makanlah.”

8 ‘Aku berkata, “Ya Tuhan, jangan demikian, aku belumpernah makan barang yang haram atau najis.”

9 ‘Suara itu berkata pula kepadaku, “Barang yang diha-lalkan oleh Allah, jangan kau haramkan.” 10 Ini berulang

Kisah Para Rasul 11:11 38 Kisah Para Rasul 11:20tiga kali, kemudian semuanya terangkat naik semula kelangit.

11 ‘Pada ketika itu tiga orang yang diutus dari Kaisareakepadaku berdiri di hadapan rumah yang kami tumpang.12 Roh Suci menyuruh aku pergi bersama mereka tanparagu-ragu. Enam orang saudara seiman di Yope menyer-taiku ke Kaisarea lalu kami masuk ke rumah Kornelius.13 Kornelius bercerita kepada kami bahawa dia telahmelihat malaikat berdiri di hadapannya di rumahnya danberkata kepadanya, “Suruhlah orang pergi ke Yope me-manggil seorang bernama Simon bergelar Petrus. 14 Diaakan menyampaikan perkhabaran yang menyelamatkankamu sekeluarga.”

15 ‘Apabila aku mula bercakap, Roh Suci memenuhimereka, seperti yang terjadi kepada kita dahulu. 16Ketikaitu aku teringat kata-kata Junjungan: “Yahya mengimad-kan dengan air, tetapi kamu akan diimadkan dengan RohSuci.” 17 Jelaslah bahawaAllah telahmemberi orang asingitu kurnia yang sama seperti yang kita terima ketika kitaberiman kepada Junjungan Isa al-Masih. Siapakah akuuntuk cuba menghalang kuasa Allah?’

18 Setelah mendengar penjelasan Petrus, mereka tidakmembantah perbuatannya lagi, lantasmerekamemuji Al-lah danberkata, ‘Kalau begitu, Allahmemberikanpeluangkepada orang bukan bani Israel juga untuk bertaubat danmendapat hidup.’

Jemaah di Antiokhia19 Setelah Stefanus dibunuh, orang yang tercerai-

berai kerana dianiaya sampai ke Finisia, Siprus dan An-tiokhia. Mereka menyampaikan firman hanya kepadaorang Yahudi; 20 tetapi sesetengah daripada mereka dariSiprus dan Kirene datang ke Antiokhia lalu menyam-paikan berita baik tentang Junjungan Isa kepada orang

Kisah Para Rasul 11:21 39 Kisah Para Rasul 12:4bukan bani Israel. 21Melalui kuasa Tuhan yangmenyertaimereka, ramai orang percaya dan berpaling kepada-Nya.

22 Jemaah di Baitulmaqdis mendengar hal itu lalumenyuruh Barnabas pergi ke Antiokhia. 23 Setelahdia sampai dan melihat kasih kurnia Allah itu, diaamat sukacita dan menggalakkan mereka semua supayameneguhkan azam untuk tetap setia kepada Tuhan.24 Barnabas orang baik, penuh dengan Roh Suci daniman. Semakin bertambahlah bilangan orang yang per-caya akan Tuhan.

25 Kemudian Barnabas pergi ke Tarsus mencari Saul;26 setelah menemuinya, dibawanya ke Antiokhia. Selamasetahun kedua-duanya berserta dengan jemaah danmen-gajar ramai orang. Di Antiokhialah para pengikut mula-mula disebut Masihi.

27 Pada masa itu beberapa orang nabi turun dariBaitulmaqdis ke Antiokhia. 28 Seorang yang bernamaAgabus bernubuat dengan ilham Roh Suci bahawa ben-cana kebuluran akan melanda seluruh dunia; ini sesung-guhnya terjadi pada zaman Klaudius. 29 Para pengikutIsa membuat keputusan hendak menghantar bantuan,menurut kemampuan masing-masing, kepada saudara-saudara di Yudea. 30 Mereka mengirimkannya kepadatua-tua melalui Barnabas dan Saul.

12Petrus dipenjarakan

1 Pada masa itu Raja Herodes pula turut menganiaya be-berapa orang daripada jemaah. 2 Yakobus saudara Yahyadibunuhnya dengan pedang. 3 Apabila dilihatnya orangYahudi sukacita dengan tindakannya, dia menangkapPetrus pula, pada PerayaanRoti Tidak Beragi. 4Diamema-sukkan Petrus ke dalam penjara dan menyerahkannya

Kisah Para Rasul 12:5 40 Kisah Para Rasul 12:11kepada enam belas orang askar yang bertugas menja-ganya bergilir-gilir, empat orang segiliran. Niatnya hen-dak membawa Petrus ke hadapan orang Yahudi selepasperayaan Paska.

5 Sementara itu Petrus dikawal rapi di dalam penjara;tetapi jemaah berdoa dengan sungguh-sungguh kepadaAllah untuknya.

6 Pada malam sebelum hari perbicaraan yang dite-tapkan oleh Herodes itu, Petrus tidur antara dua orangaskar, terikat dengan dua rantai; di samping itu parapengawal berjaga di hadapan pintu penjara itu. 7 Tiba-tiba malaikat Tuhan terdiri di situ dan cahaya menyinaribilik itu. Malaikat itu menepuk Petrus dan memban-gunkannya lalu berkata, ‘Cepat bangun.’ Dalam sekelipmata gugurlah rantai dari tangan Petrus.

8 Malaikat itu berkata lagi, ‘Ikatlah tali pinggang danpakailah kasutmu.’ Setelah Petrus berbuat demikian,malaikat itu berkata lagi, ‘Pakailah jubahmu dan ikutlahaku.’ 9 Petrus mengikut malaikat itu keluar dari penjaratanpa mengetahui sama ada segalanya itu benar-benarterjadi atau hanya suatu penglihatan. 10Mereka melaluitempat pengawal berjaga yang pertama dan yang kedua.Akhirnya mereka sampai di pintu besi yang menghala kekota lalu pintu itu terbuka dengan sendirinya danmerekapun keluar. Ketika mereka berjalan di suatu lorong,malaikat itu pun tiba-tiba meninggalkan Petrus.

11 Pada saat itu barulah Petrus sedar apa yang telahterjadi. Dia berkata, ‘Sekarang tahulah aku bahawasegalanya benar-benar berlaku. Tuhan telah mengutusmalaikat-Nya untuk menyelamatkan aku daripada RajaHerodes dan segala yang hendak dilakukan oleh orangYahudi kepadaku.’

Kisah Para Rasul 12:12 41 Kisah Para Rasul 12:2012 Setelah itu, Petrus pergi ke rumah Maryam, ibu

kepada Yahya yang bergelar Markus. Di situ ramai orangberhimpun dan sedang berdoa. 13Apabila Petrus menge-tuk pintu, seorang perempuan bernama Rode datang kepintu. 14 Dia mengenali suara Petrus. Akan tetapi diabegitu sukacita hinggakan terus masuk semula tanpamembukakan pintu. Diamemberitahu bahawa Petrus adadi luar.

15 ‘Kamu gila!’ seru mereka, namun Rode beria-iamengatakan orang yang di luar itu Petrus. Merekaberkata, ‘Tentu itu rohnya!’ 16 Petrus mengetuk pintulagi berulang-ulang. Akhirnya mereka membukakanpintu dan tercengang apabila melihat Petrus. 17 Petrusmemberikan isyarat meminta mereka bertenang lalumengisahkan betapa Tuhan telah mengeluarkannya daripenjara. Selepas itu Petrus berkata, ‘Khabarkanlah hal inikepada Yakobus dan saudara-saudara lain.’ Kemudian diapun pergi ke tempat lain.

18 Setelah hari siang, askar-askar yang berkawal itugempar, tertanya-tanya apakah yang telah terjadi kepadaPetrus. 19 Raja Herodes menyuruh orang mencari Petrustetapi tidak berjaya. Lantas Raja Herodes mengeluarkanperintah supaya askar-askar yang berkawal itu disoalsiasat dan kemudiannya dihukum bunuh.

Kematian Raja HerodesSelepas itu Raja Herodes berpindah dari Yudea keKaisarea lalu tinggal di sana. 20Raja Herodes amat murkaterhadap orang Tirus dan Sidon. Oleh yang demikian,mereka datang bersama-sama untuk menghadap RajaHerodes. Pertama sekali mereka mendapatkan sokonganBlastus, ketua istana Raja Herodes. Selepas itu mereka

Kisah Para Rasul 12:21 42 Kisah Para Rasul 13:6menghadap Raja Herodes dan meminta berdamai, ker-ana bekalan makanan negeri mereka bergantung kepadanegeri Raja Herodes.

21 Pada hari yang telah ditetapkan, Raja Herodes men-genakan pakaian kebesaran diraja, duduk di atas singgah-sana lalu berkata kepada rakyat. 22 Mereka berseru,‘Itu suara seorang dewa, bukan manusia.’ 23 Pada saatitu malaikat Tuhan memukul Raja Herodes kerana tidakmenghormati Allah. Raja Herodes punmati dimakan ulat.

24 Firman Allah semakin luas tersebar dan kian ramaiorang percaya kepada Isa.

25 Setelah Barnabas dan Saul menjalankan tugasmereka pulang dari Baitulmaqdis dan membawa Yahyayang bergelar Markus itu bersama mereka.

13Paulus dan Barnabas dihantar kepada bangsa asing

1 Di antara jemaah di Antiokhia ada beberapa orangnabi dan guru: Barnabas, Simeon yang bergelar Niger,Lukius dari Kirene, Menahem, yang dibesarkan bersamaraja Herodes, dan Saul. 2 Sedang mereka beribadat danberpuasa, Roh Suci berkata kepada mereka, ‘KhaskanBarnabas dan Saul untuk-Ku, bagi melaksanakan tugasyang telah Kutetapkan untukmereka.’ 3Setelah berpuasadan berdoa, mereka meletakkan tangan ke atas Barnabasdan Saul lalu melepaskan mereka pergi.

Di Siprus4 Barnabas dan Saul diutus ke Seleukia oleh Roh Suci.

Dari situ mereka belayar ke pulau Siprus. 5 Apabilasampai di Salamis, mereka menyampaikan firman Allahdi saumaah-saumaah, dibantu oleh Yahya.

6 Mereka pergi ke serata pulau itu hingga sampai diPafos. Di situ mereka bertemu dengan seorang ahli sihir

Kisah Para Rasul 13:7 43 Kisah Para Rasul 13:17bernama Bar-Yusha, seorang nabi palsu Yahudi. 7 Diaberkawan baik dengan Sergius Paulus, pemerintah pulauitu, seorang yang bijaksana. Sergius Paulus memanggilBarnabas dan Saul kerana ingin mendengar firman Allah.8 Akan tetapi Elimas ahli sihir itu (ini namanya dalambahasa Yunani) cuba menghalang pemerintah itu dari-pada percaya kepada Isa. 9 Saul, yang juga disebut Paulus,dipenuhi oleh Roh Suci lalu merenung ahli sihir itu dan10berkata, ‘Hai kamu anak Iblis, seteru segala yang benar,kamu yang penuh dengan tipu daya! Tiadakah kamumahu berhenti memesongkan jalan Tuhan yang betul?11 Tuhan akan menghukum kamu pada saat ini juga.Kamu akan buta, tidak dapat melihat cahaya mataharibuat beberapa waktu.’

Dalam sekelip mata Elimas merasa kabus gelap menye-laputi matanya. Dia pun berjalan teraba-raba mencariorang yang dapat memimpinnya. 12 Apabila pemerintahitumelihat apa yang terjadi, dia punmempercayai Isa danamat kagum akan pengajaran Tuhan.

Di Pisidia13 Paulus dan rakan-rakannya belayar dari Pafos ke

kota Perga di tanah Pamfilia. Dari situ Yahya mening-galkan mereka lalu pulang ke Baitulmaqdis. 14 Yanglain meneruskan perjalanan dari Perga ke kota Antiokhiadi Pisidia. Pada hari Sabat mereka masuk ke rumahibadat lalu duduk di situ. 15 Selepas pembacaan Tau-rat Musa dan Surah Nabi-nabi, ketua-ketua saumaah itumenghantar orang berkata kepada kedua-dua rasul itu,‘Saudara-saudara, sekiranya ada sesuatu nasihat untukmenggalakkan orang di sini, silalah sampaikan.’

16 Paulus bangkit, memberikan isyarat lalu berkata,‘Saudara-saudara orang Israel dan sekalian yang taatkepada Allah, dengarlah! 17 Allah, Tuhan umat Israel,

Kisah Para Rasul 13:18 44 Kisah Para Rasul 13:27telahmemilih nenekmoyang kita untuk dijadikan bangsabesar, ketika mereka tinggal menumpang di Mesir. Allahmembawa mereka keluar dari Mesir dengan kuasa-Nya.18 Selama empat puluh tahun di gurun, Dia bersabardengan kelakuan mereka. 19 Dia membinasakan tujuhbangsa di tanah Kanaan dan menjadikan kawasan itukepunyaan umat-Nya. 20 Segala ini berlaku selama 450tahun.

‘Selepas itu Allah mengurniai mereka hakim-hakimsampai ke zaman Nabi Samuel. 21 Kemudian merekamemohonkan seorang Raja lalu Allah memberi merekaSaul anak Kis daripada suku Benyamin sebagai rajamereka selama empat puluh tahun. 22 Setelah Al-lah memecatnya daripada takhtanya, Allah memberimereka Daud pula sebagai raja. Allah berfirman tentangDaud, “Aku mendapati Daud, anak Isai, seorang yangmenyenangkan hati-Ku; dia akan melakukan segala yangKuingini.”

23 ‘Dari keturunan Daud inilah Allah membangkitkanIsa, seorang Penyelamat bagi umat Israel sebagaimanatelah dijanjikan-Nya. 24 Sebelum Isa memulakan tugas-Nya, Yahyamenyeru supaya semua orang Israel bertaubatdaripada dosa dan diimadkan. 25Ketika tugas Yahya ham-pir selesai, dia berkata kepada orang ramai, “Siapakahaku ini pada sangkaanmu? Aku bukanlah Dia yang kamunanti-nantikan itu. Dia akan datang kemudian, dan akuini tidak layak membuka kasut-Nya pun.”

26 ‘Hai saudara-saudara keturunan Ibrahim, dan se-mua yang takut akan Allah! Kepada kitalah Allah telahmenyampaikan berita penyelamatan itu. 27 PendudukBaitulmaqdis dan ketua-ketua mereka tidak sedar ba-hawa Penyelamat itu ialah Isa. Mereka tidak mema-hami ajaran nabi-nabi yang dibacakan setiap hari Sabat,

Kisah Para Rasul 13:28 45 Kisah Para Rasul 13:35maka mereka menghukum Isa. Dengan tindakan merekaitu, segala yang telah dinubuatkan oleh nabi-nabi men-jadi kenyataan. 28 Walaupun mereka tidak ada apa-apa asas untuk menjatuhkan hukuman bunuh kepadaIsa, mereka mendesak Pilatus menjatuhkan hukumanitu ke atas-Nya. 29 Setelah mereka melakukan segalayang tersurat di dalam Kitab Suci tentang-Nya, merekamenurunkan jenazah-Nya dari salib dan meletakkannyadi dalam makam. 30 Akan tetapi Allah membangkitkan-Nya daripada kematian. 31 Selepas itu selama beberapahari Dia menampakkan diri-Nya kepada mereka yangdahulu mengiringi-Nya dalam perjalanan dari Galilea keBaitulmaqdis. Kini mereka itu menjadi saksi bagi-Nyakepada umat Israel.

32 ‘Dengan demikian kami datang ke sini untukmenyampaikan berita baik ini kepada kamu. 33Allah telahmelaksanakan untuk kita apa yang dijanjikan-Nya kepadanenek moyang kita, denganmembangkitkan Isa daripadakematian, sebagaimana yang tersurat di dalam Zabur babdua:‘ “Engkaulah Putera-Ku;

pada hari ini Aku menjadi Bapa-Mu.”34 Allah telah membangkitkan-Nya daripada kematian.Dia tidak akan mati lagi. Tentang ini Allah berfirman:‘ “Aku akan memberkati-Mu

dengan berkat yang suci,sebagaimana telah Kujanjikankepada Daud.”

35Dalam suatu ayat lagi firman-Nya:‘ “Engkau tidak akan membiarkan

Kisah Para Rasul 13:36 46 Kisah Para Rasul 13:45Hamba-Mu yang setia itu reput didalam kubur.”

36 ‘Daud melakukan suruhan Allah ketika dia hidup. Apa-bila dia wafat dia dimakamkan di sisi nenek moyangnyadan jasadnya reput. 37Namun, ini tidak terjadi kepada Diayang dibangkitkan Allah daripada kematian.

38 ‘Oleh itu, ketahuilah saudara-saudara, melalui Isaberita pengampunan dosa disampaikan kepada saudarasekalian. 39 Setiap orang yang percaya kepada-Nya di-ampunkan segala dosanya yang tidak dapat diampunkanmelalui Taurat Musa. 40 Berhati-hatilah, supaya apa yangtelah disebutkan oleh nabi-nabi tidak menimpa saudarasekalian:41 ‘ “Dengarlah hai orang yang

menghina Allah!Kamu akan terkejut dan punah!

Apa yang Kulakukan kinitidak akan kamu percayai,walaupun diterangkan kepadamu!” ’

42 Apabila Paulus dan Barnabas hendak meninggalkanrumah ibadat itu, orang Yahudi meminta mereka datanglagi pada hari Sabat berikutnya untuk meneruskan pen-erangan mereka tentang hal-hal tersebut. 43 Setelahbersurai perhimpunan di rumah ibadat itu, ramai orangYahudi mahupun orang bangsa lain yang telah memelukagama Yahudi mengikut Paulus dan Barnabas. Kedua-dua rasul itu menasihati mereka supaya sentiasa hidupberpegang teguh kepada kasih kurnia Allah.

44 Pada hari Sabat berikutnya, hampir seluruh pen-duduk kota itu berhimpun mendengar firman Allah.45 Setelah dilihat oleh orang Yahudi betapa ramainya

Kisah Para Rasul 13:46 47 Kisah Para Rasul 13:52orang datang itu, timbullah hasad dengki dalam hatimereka lalumerekamembangkang kata-kata Paulus sertamencelanya.

46 Namun demikian, Paulus dan Barnabas bercakapdengan berani. Mereka berkata, ‘Memang seharusnyafirman Allah disampaikan kepada kamu terlebih dahulu.Akan tetapi disebabkan kamu menolak firman-Nya danmenganggap dirimu tidak layak menerima hidup kekal,kami berpaling daripadamu dan pergi kepada bangsaasing. 47 Inilah perintah Tuhan kepada kami:

‘ “Aku telah menetapkan bahawakamu menjadi cahaya kepada semua bangsa asing,

dan melalui-Mu Allah akan menyelamatkanseluruh dunia.” ’

48 Orang bangsa asing bersukacita dan memuji firmanAllah setelah mendengar kata-kata itu. Mereka yangdipilih Allah untukmenerimahidup kekal punpercayalahkepada Isa.

49 Firman Tuhan tersebar di serata daerah itu. 50OrangYahudi menghasut orang yang berkuasa di kota itu danwanita-wanita terkemuka bangsa asing yang takut akanAllah. Merekamulamenganiaya Paulus dan Barnabas lalumengusir kedua-duanya dari daerah tersebut. 51 Rasul-rasul itu punmengebaskan debu dari kakimereka sebagaibantahan terhadap orang di situ lalu pergi ke Ikonium.52Bagaimanapun, para pengikut Isa amat bergembira dandipenuhi Roh Suci.

14Penganiayaan terhadap Paulus dan Barnabas

Kisah Para Rasul 14:1 48 Kisah Para Rasul 14:131Di Ikonium, Paulus danBarnabas jugamasuk ke saumaahdan kata-kata mereka begitu berkesan sehingga ramaiorang Yahudi dan orang Yunani percaya kepada Isa.2 Akan tetapi orang Yahudi yang tidak mahu percayakepada Isamenghasut orang bangsa lain sehinggamerekamarah dan menentang pengikut Isa. 3 Rasul-rasul itutinggal lama di situ dan berkata-kata dengan berani ten-tang Tuhan. Tuhan pun menunjukkan kebenaran kata-kata mereka tentang kasih kurnia-Nya dengan memberimereka kuasa melakukan pelbagai alamat dan mukjizat.4 Penduduk bandar itu terbahagi dua: sebahagian memi-hak kepada orang Yahudi dan yang sebahagian lagikepada rasul-rasul itu. 5 Kemudian orang Yahudi danbangsa lain serta ketua-ketua mereka berpakat untukmenganiaya dan merejam rasul-rasul itu. 6Apabila rasul-rasul itu mendapat tahu tentang hal itu, mereka larike Listra dan Derbe, kota-kota di Likaonia, serta daerahsekitarnya. 7Di situ mereka menyampaikan berita baik.

Di Listra dan Derbe8Di Listra ada seorang lelaki yang lumpuhkakinya sejak

lahir dan tidak pernah berjalan. 9 Dia duduk mendengarkata-kata Paulus. Pada pandangan Paulus orang itu dapatdisembuhkan kerana dia mempunyai iman. 10 Oleh yangdemikian Paulus merenungnya sambil bersuara lantang,‘Bangunlah berdiri tegak!’ Lalu orang itu melompatberdiri dan mula berjalan.

11Orang ramai melihat apa yang dilakukan oleh Paulusitu lalu berseru dalam bahasa Likaonia, ‘Lihatlah, dewa-dewa telah menjelma sebagai manusia dan turun kedunia.’ 12 Dengan demikian Barnabas dipanggil mereka‘Zeus’ dan Paulus disebut ‘Hermes’ kerana dia yangterutama bercakap. 13 Imam Dewa Zeus, yang rumahberhalanya di luar kota, datang membawa lembu jantan

Kisah Para Rasul 14:14 49 Kisah Para Rasul 14:22dan kalungan bunga ke pintu gerbang untuk dijadikankorban persembahannya dan orang ramai kepada rasul-rasul itu.

14 Apabila Barnabas dan Paulus mendengar apa yanghendak dilakukan oleh orang di situ, mereka mengoyak-ngoyakkan pakaian dan berlari ke tengah-tengah orangramai sambil berseru, 15 ‘Mengapa kamu berbuat begini?Kami manusia biasa seperti kamu sekalian! Kami datangmembawa berita baik supaya kamu berhenti daripadapemujaan yang sia-sia ini dan datang kepada Allah yanghidup, yang menjadikan langit, bumi dan laut sertasegala yang di dalamnya. 16 Pada zaman silam, Allahmembiarkan manusia mengikut jalan masing-masing.17 Namun, Allah sentiasa memberikan kesaksian tentangdiri-Nya dengan kebaikan yang dilakukan-Nya. Dia men-gurniaimu hujan dari langit dan hasil dari bumi menurutmusimnya. Dia mengurniaimu makanan dan kegem-biraan.’ 18 Sungguhpun rasul-rasul itu berkata begitu,sukar jugamerekamenghalangorang ramaimempersem-bahkan korban kepada mereka.

19 Setelah itu beberapa orang Yahudi dari Antiokhiadan Ikoniummempengaruhi orang ramai sehingga berpi-hak kepada mereka. Mereka merejam Paulus, kemudianmenyeretnya ke luar kota, dengan sangkaan dia sudahmati. 20Akan tetapi apabila pengikut Isamengelilinginya,dia bangun lalumasuk semula ke dalam kota. Esoknya diakeluar pergi ke Derbe bersama Barnabas.

Kembali ke Antiokhia21 Setelah menyebarkan berita baik kepada semua pen-

duduk dan membawa beberapa orang menjadi pengikutIsa, kedua-duanya kembali ke Listra, ke Ikonium dan An-tiokhia. 22Di sanamerekamenguatkan hati para pengikutIsa dan mengingatkan mereka supaya berpegang teguh

Kisah Para Rasul 14:23 50 Kisah Para Rasul 15:3kepada kepercayaan mereka, katanya, ‘Memang tidakdapat dielakkan bahawa kita masuk ke dalam kerajaanAllah dengan menanggung banyak kesusahan.’ 23 Setelahmenetapkan para tua-tua bagi setiap jemaah dan berdoaserta berpuasa, mereka menyerahkan mereka kepadaTuhan yang sudahpun dipercayai oleh mereka. 24 Setelahmelalui tanah Pisidia, rasul-rasul itu sampai ke tanahPamfilia. 25Merekamenyampaikan firman Allah di Perga,kemudian pergi ke Atalia.

26 Dari sana mereka belayar ke Antiokhia, tempatmereka dahulunyamenyerahkan tugas yang barumerekaselesaikan kepada kasih kurnia Allah. 27Setelah sampai disana, merekamenghimpunkan jemaah lalumenceritakansegala yang telah dilakukan Allah melalui mereka danbagaimana Allah telah membukakan pintu kepercayaanbagi orang bangsa asing. 28Mereka tinggal di situ beber-apa lama bersama pengikut Isa yang lain.

15Persidangan di Baitulmaqdis

1 Kemudian, beberapa orang datang dari Yudea danmengajar pengikut Isa di Antiokhia, ‘Jika kamu tidakdisunat menurut adat Musa, kamu tidak akan men-dapat penyelamatan.’ 2 Ini menyebabkan Paulus danBarnabas banyak berbahas dan berbantah dengan orangdari Yudea itu. Akhirnya diputuskan bahawa Paulusdan Barnabas serta beberapa orang lain pergi ke Baitul-maqdis berjumpa dengan para rasul dan tua-tua untukbertanyakan persoalan tersebut. 3 Jemaah menghantarmereka sampai ke luar kota. Semasa mereka meneruskanperjalanan melalui Fenisia dan Samaria, mereka mem-beritahu bagaimana orang bangsa asing telah percayakepada Isa. Pengikut-pengikut Isa di situ amat sukacita

Kisah Para Rasul 15:4 51 Kisah Para Rasul 15:14mendengarnya. 4Setelah sampai ke Baitulmaqdis, jemaahdan para rasul serta tua-tua menyambut mereka. Merekapun menceritakan segala perkara yang telah dilakukanAllah melalui mereka.

5 Akan tetapi beberapa orang daripada mazhab Farisiyang telah mempercayai Isa bangkit lalu berkata, ‘Orangbangsa asing itu haruslah disunat dan wajib menurutTaurat Musa.’

6 Para rasul dan tua-tua berkumpul untuk menyelidikserta membincangkan perkara itu. 7 Setelah perkaraitu banyak dibincangkan, Petrus berdiri lalu berkata,‘Saudara-saudara semuanya tahu bahawa Allah telahmemilihku sejak dahulu kala dari kalangan kita semuauntuk menyampaikan firman-Nya tentang berita baikkepada bangsa asing, lalu mereka percaya. 8 Allah yangmengetahui hati manusia telah bersaksi akan mereka itudan memberi mereka Roh Suci sebagaimana diberi-Nyakepada kita. 9 Allah tidak membezakan mereka dengankita sedikit pun. Dia menyucikan hati mereka keranaiman mereka. 10 Sekarang ini mengapa saudara-saudaramenduga Allah dengan meletakkan ke atas mereka suatubeban yang tidak dapat ditanggung oleh nenek moyangkita, malah oleh kita ini juga? 11 Kami percaya hanyadengan kasih kurnia Junjungan Isa dapat kita berharapuntuk diselamatkan, samalah seperti orang bangsa asingitu.’

12Orang ramai pun diam lalu mendengar Barnabas danPaulus menceritakan segala alamat dan mukjizat yangdilakukan Allah di kalangan bangsa asing melalui merekaberdua. 13 Setelah mereka habis bercerita, Yakobus pulaberkata, ‘Saudara-saudara, dengarlah. 14 Simon telahmenceritakan bagaimana Allah pada mulanya menun-jukkan kasih-Nya kepada orang bangsa asing danmemilih

Kisah Para Rasul 15:15 52 Kisah Para Rasul 15:23dari kalangan mereka suatu kaum untuk menjadi umat-Nya. 15 Hal ini selaras dengan nubuat nabi-nabi yangtersurat:16 ‘ “Setelah itu Aku akan kembali

dan membina semula khemah Daud yang roboh;dan segala keruntuhannya akan Kubangunkan,

lalu Kutegakkan semula,17 supaya semua bangsa yang lain akan mencari Tuhan,

bangsa asing yang Kupanggil menjadi umat-Ku.”18 Demikianlah firman Tuhan yang telah melakukan se-

mua inidan yang telah menyatakannya sejak dahulu kala.

19 ‘Oleh itu pada fikiranku janganlah kita menyusahkanorang bangsa asing yang telah mempercayai Allah;20 tetapi hendaklah kita berkirim surat kepada merekadanmenasihati mereka supayamenjauhkan diri daripadamemakan makanan yang telah dipersembahkan kepadaberhala, binatang yang mati dicekik, dan darah; dan dari-pada melakukan zina. 21 Sejak dahulu kala dalam setiapnegara ada orang yangmenyebarkan berita tentangMusadan membaca Tauratnya di saumaah-saumaah pada hariSabat.’

Surat kepada jemaah bukan Yahudi22 Selepas itu, para rasul dan tua-tua serta seluruh

jemaah bersetuju memilih beberapa orang di antaramereka untuk ke Antiokhia bersama Paulus dan Barn-abas. Orang yang dipilih itu ialah Yudas yang bergelarBarsabas, dan juga Silas, yangmengetuai saudara-saudaraitu. 23 Mereka diamanahkan membawa sepucuk suratyang berbunyi:

Kisah Para Rasul 15:24 53 Kisah Para Rasul 15:33‘Salam daripada para rasul, tua-tua jemaah dan saudara-

saudaramu kepada saudara-saudara bukanYahudiyang tinggal di Antiokhia, Siria dan Kilikia.

24 Kami telah mendengar khabar bahawa ada beberapaorang daripada bangsa kami telah mengganggusaudara-saudara dengan kata-kata yang bukandaripada kami. 25Oleh itu kami bermuafakat hen-dak memilih orang untuk pergi bertemu dengansaudara-saudara bersama Barnabas dan Paulusyang kami kasihi, 26 iaitu orang yang telah mem-pertaruhkan nyawa kerana nama Junjungan kitaIsa al-Masih. 27 Kami telah memilih Yudas danSilas untuk pergi menyampaikan kepada saudara-saudara 28 pesan daripada Roh Suci dan dari-pada kami: iaitu janganlah diletakkan ke atassaudara-saudara beban yang lebih berat daripadayang perlu. 29 Cuma, jauhkanlah diri daripadamemakan makanan yang telah dipersembahkankepada berhala, binatang yang mati dicekik,dan darah; dan daripada melakukan zina. Jikasaudara-saudara memeliharakan diri daripadasegala ini, saudara-saudara melakukan hal yangbetul.

Sekian, selamat sejahtera.’30 Mereka yang diutus itu bertolak ke Antiokhia. Di

sana mereka menghimpunkan jemaah dan menyam-paikan surat. 31 Apabila jemaah membaca surat itu,mereka bersukacita kerana surat itumemberi perangsangkepada mereka. 32 Yudas dan Silas itu kedua-duanyanabi. Mereka menasihati dan menetapkan hati saudara-saudara seiman di situ. 33 Setelah Yudas dan Silas tinggal

Kisah Para Rasul 15:34 54 Kisah Para Rasul 16:4di situ, jemaah melepaskan mereka untuk pulang dengansejahtera kepada orang yang mengutus mereka. 34 Akantetapi Silasmemutuskan untuk tetap tinggal di Antiokhia.35Paulus dan Barnabas tinggal di situ beberapa lama sam-bil mengajar dan menyampaikan firman Tuhan bersamaramai orang lain.

Paulus dan Barnabas berpisah36 Kemudian, Paulus berkata kepada Barnabas,

‘Sekarang baiklah kita melawat semula saudara-saudarayang percaya kepada Isa di semua kota yang telah kitasampaikan firman Tuhan, untuk melihat bagaimana halmereka.’ 37 Barnabas hendak membawa Yahya yang jugabergelar Markus 38 tetapi Paulus tidak bersetuju keranaMarkus telah meninggalkan mereka di Pamfilia dantidak ikut serta menjalankan tugas. 39 Oleh itu timbulperselisihan sengit dan mereka berpisah: Barnabasmembawa Markus belayar ke Siprus 40 manakala Paulusmemilih Silas sebagai teman seperjalanannya. Setelahjemaahmenyerahkanmereka kepada kasih kurnia Tuhan,mereka pun berangkat. 41 Mereka menjelajahi Siria danKilikia sambil menetapkan hati jemaah di situ.

16Timotius menyertai Paulus dan Silas

1 Paulus meneruskan perjalanan ke Derbe dan dari situke Listra. Di situ ada seorang pengikut Isa bernamaTimotius, ibunya orang Yahudi yang percaya kepada Isatetapi bapanya orang Yunani. 2 Timotius dipandangtinggi oleh para pengikut Isa di Listra dan di Ikonium.3 Paulus hendak membawa Timotius bersamanya. Diapun menyunatkan Timotius kerana semua orang Yahudidi daerah itu tahu bapanya orang Yunani. 4 Di setiap

Kisah Para Rasul 16:5 55 Kisah Para Rasul 16:15kota yang dikunjungi, mereka menyampaikan peraturanyang telah ditetapkan oleh para rasul dan ketua-ketuadi Baitulmaqdis kepada jemaah di situ untuk dipatuhi.5Dengan demikian setiap jemaah semakin teguh imannyadan setiap hari bilangan mereka meningkat.

Paulus melihat suatu penglihatan6 Mereka menjelajahi pula Frigia dan Galatia, kerana

Roh Suci melarang mereka menyampaikan firman Allahdi Asia. 7 Setelah sampai di sempadan Misia, merekamencuba masuk ke Bitinia, tetapi dilarang oleh RohIsa. 8 Oleh itu mereka terus ke Troas melalui Misia.9 Pada malam itu Paulus mendapat suatu penglihatan:seorang Makedonia berdiri di hadapannya sambil mem-ohon, ‘Marilah ke Makedonia menolong kami.’ 10 SetelahPaulus melihat penglihatan itu, kami pun hendak segerabertolak ke Makedonia, kerana pada hemat kami Allahmemerintahkan kami menyampaikan berita baik kepadaorang di situ.

Paulus di Filipi11 Oleh yang demikian, kami belayar dari Troas terus

ke Samotrake dan esoknya ke Neapolis; 12 dan dari situ keFilipi, sebuah kota di Makedonia, yang termasuk jajahanEmpayar Rom; kami tinggal beberapa hari di situ.

13 Pada hari Sabat kami pergi ke luar pintu gerbangkota ke tepi sungai, kerana di situ kami jangka ada tempatorang berdoa. Kami duduk bercakap dengan perempuanyangberhimpundi situ. 14Salah seorang yangmendengarkami bercakap ialah seorang perempuan bernama Lidia,yang berjual kain ungu dan berasal dari Tiatira. Diapenyembah Allah. Tuhan membukakan hatinya lalu diamenerima segala yang dikatakan oleh Paulus. 15 Setelahdia dan seisi rumahnya diimadkan, dia berkata, ‘Jika

Kisah Para Rasul 16:16 56 Kisah Para Rasul 16:24

pada hemat kamu, aku ini benar-benar percaya akanJunjungan, marilah tinggal di rumahku.’ Demikian diabersungguh-sungguh mengajak kami ke rumahnya.

Paulus dan Silas di penjara16 Di tempat orang berdoa itu juga ada seorang hambaperempuan yang dirasuk roh penilik; diamembawa keun-tungan yang besar kepada tuan-tuannya dengan tilikan-nya itu. 17 Hamba perempuan itu mengikut Paulus dankami sambil berseru-seru, ‘Orang ini hamba Allah YangMaha Tinggi; mereka memberitahu kamu bagaimanaAllah dapat menyelamatkan kamu!’ 18 Demikianlah di-lakukannya selama beberapa hari. Akhirnya Paulus gusardan berpaling sambil berkata kepada roh itu, ‘Dengannama Isa al-Masih aku perintahkan kamu keluar dari-padanya!’ Roh itu pun keluar serta-merta.

19 Apabila tuan-tuan budak perempuan itu sedarbahawa sumber keuntungan mereka telah dihapuskan,mereka menangkap Paulus dan Silas lalu menyeretmereka ke hadapan pihak berkuasa di medan kota.20 Mereka menghadapkan Paulus dan Silas kepadapegawai-pegawai kerajaan Rom dan berkata, ‘Merekaberdua ini membuat kacau di kota kita. Mereka orangYahudi 21 dan mereka menyebarkan ajaran yang tidakpatut kita terima atau ikut kerana kita ini orang Rom.’

22 Orang ramai pun bangkit menentang Paulusdan Silas. Pegawai-pegawai melucutkan pakaiankedua-duanya dan mengarahkan supaya merekadisebat. 23 Setelah disebat beberapa kali, kedua-duanyadimasukkan ke dalam penjara; ketua penjara itu diberiarahan mengawal mereka dengan ketat. 24 Oleh itu,ketua penjara memasukkan Paulus dan Silas ke bahagian

Kisah Para Rasul 16:25 57 Kisah Para Rasul 16:36

penjara yang di dalam sekali serta membelenggu kakimereka.

25Namun demikian, pada waktu tengah malam Paulusdan Silas berdoa danmemuji Allah. Sekalian yang terpen-jara itu mendengar doa dan pujian mereka. 26 Tiba-tibaberlaku gempa bumi yang besar, sehingga bergoncangasas penjara itu. Serta-merta semua pintu penjara ter-buka dan belenggu semua orang yang terpenjara ituterlucut. 27 Apabila ketua penjara terjaga daripadatidur dan melihat semua pintu penjara itu terbuka,dia menghunus pedang hendak membunuh diri, keranasangkanya semua orang yang terpenjara telah lepas lari.28 Akan tetapi Paulus berseru dengan lantang, ‘Janganapa-apakan dirimu, kami semua ada di sini.’

29 Ketua penjara meminta pelita lalu berlari masukserta sujud dengan gementar di hadapan Paulus dan Silas.30 Kemudian dia membawa mereka keluar lalu berkata,‘Tuan-tuan, apakah yang patut aku lakukan supaya dis-elamatkan?’

31 Mereka menjawab, ‘Percayalah kepada JunjunganIsa, dan kamu akan diselamatkan, kamu dan seisirumahmu.’ 32Mereka pun menyampaikan firman Tuhankepadanya dan seisi rumahnya. 33 Pada malam itujuga ketua penjara membasuhkan luka-luka Paulus danSilas. Dia dan seisi rumahnya diimadkan. 34 Selepasitu dia membawa Paulus dan Silas naik ke rumahnyaserta menghidangkan makanan untuk mereka denganamat sukacita kerana dia sekeluarga telah percaya kepadaAllah.

35 Setelah hari siang, pegawai-pegawai kerajaan Rommenghantar anggota polis untuk menyampaikan perin-tah membebaskan Paulus dan Silas. 36 Ketua penjaramemberitahu mereka tentang perintah itu, ‘Pegawai-

Kisah Para Rasul 16:37 58 Kisah Para Rasul 17:4pegawai menyuruh tuan-tuan dibebaskan. Oleh itu kelu-arlah dan pergilah dengan sejahtera.’

37Akan tetapi Paulus berkata, ‘Mereka telah menyebatkami di hadapan orang ramai tanpa menyiasat, sungguh-pun kami orang Rom. Mereka telahmemasukkan kami kedalam penjara. Sekarang mereka hendak membebaskankami senyap-senyap? Tidak boleh begitu! Hendaklahmereka sendiri datang membawa kami keluar.’

38Kata-kata Paulus itu disampaikan oleh anggota poliskepada pegawai-pegawai itu. Apabila mendengar ba-hawa Paulus dan Silas orang Rom, pegawai-pegawai itupun takut 39 lalu datang memujuk mereka, membawamereka keluar dan meminta mereka meninggalkan kotaitu. 40 Paulus dan Silas keluar dari penjara lalu pergi kerumah Lidia. Setelah bertemu dengan pengikut-pengikutIsa di situ dan menetapkan hati mereka, Paulus dan Silaspun meneruskan perjalanan.

17Paulus di Tesalonika

1 Paulus dan Silas melalui Amfipolis dan Apolonia lalusampai di Tesalonika. Di situ ada saumaah. 2Seperti biasa,Paulus masuk dan berbincang dengan orang di situ tigahari Sabat berturut-turut tentang ayat-ayat Kitab Suci.3 Dia menyatakan dan menunjukkan bahawa al-Masihmengalami kematian dan kemudian bangkit daripadakematian; juga katanya, ‘Isa yang kusebutkan kepadamuinilah al-Masih.’ 4 Beberapa orang di situ percaya lalubersahabat dengan Paulus dan Silas; antara mereka ter-dapat sebilangan besar orangYunani yang taat akanAllahserta cukup ramai wanita yang terkemuka.

Kisah Para Rasul 17:5 59 Kisah Para Rasul 17:155 Tetapi orang Yahudi berasa dengki lalu

mengumpulkan orang jahat dan memulakan huru-hara di kota itu; mereka menyerang rumah Yason untukmembawa keluar rasul-rasul itu menghadap orang ramai.6Apabilamereka tidakmenemui Paulus dan Silas, merekamenyeret Yason dan beberapa orang lagi pengikut Isa kehadapan pegawai-pegawai yang berkuasa sambil berseru,‘Orang ini telah menimbulkan kekacauan di merata-ratadan sekarang mereka datang pula ke sini 7 lalu dialu-alukan oleh Yason ke rumahnya. Mereka ini melanggarundang-undang Kaisar Rom dengan mengatakan adaorang lain yang menjadi raja, bernama Isa.’ 8 Apabilaorang ramai dan pegawai kerajaan mendengar kata-kataitu, mereka pun gempar. 9 Mereka menerima ikat jaminuntuk Yason dan yang lain lalu membenarkan merekapergi.

Di Beria10 Para pengikut Isa itu segera menyuruh Paulus dan

Silas bertolak ke Beria padawaktumalam. Setelah sampaidi sana, mereka masuk ke saumaah. 11 Orang Yahudidi situ lebih mulia rohaninya daripada yang di Tesa-lonika kerana mereka menerima firman Allah denganamat sukacita dan menyelidik Kitab Suci untuk memas-tikan setiap kebenaran yang dikatakan Paulus. 12 Olehyang demikian ramailah di antara mereka yang percaya,baik wanita-wanita Yunani yang berkedudukan tinggimahupun kaum lelaki.

13Akan tetapi apabila orang Yahudi di Tesalonika men-dapat tahu bahawa Paulus menyebarkan firman Allahdi Beria juga, mereka pergi menghasut dan mengapi-apikan orang di situ supaya merusuh. 14 Para pengikutIsa di Beria segera menyuruh hantar Paulus ke pantaimanakala Silas dan Timotius masih di Beria. 15 Orang

Kisah Para Rasul 17:16 60 Kisah Para Rasul 17:23yang menghantar Paulus itu membawanya hingga keAtena; setelah menerima pesan Paulus menyuruh Silasdan Timotius segera menyertainya, orang itu pun pulangke Beria.

Di Atena16 Sementara Paulus menantikan kedua-duanya di

Atena, dia berasa amat sedih melihat kota itu penuh den-gan berhala. 17Oleh itu, dia berhujah di saumaah denganorang Yahudi dan orang Yunani yang taat akan Allah; dandi medan kota juga dia berbincang dengan siapa sahajayang ditemuinya. 18 Beberapa orang yang berpegangkepada ajaran Epikuros dan Stoa berhujah dengannya.Ada yang berkata, ‘Apa yang dibebelkannya itu?’ Yanglain berkata, ‘Nampaknya orang ini menyebarkan beritatentang dewa-dewa orang bangsa asing.’ Demikianlahkata mereka kerana Paulus menyebarkan berita baik ten-tang Isa dan kebangkitan daripada kematian. 19 Merekamembawanya ke Areopagus sambil berkata, ‘Bolehkahkami mengetahui apakah ajaran baru yang kamu katakanini? 20 Kamu menyampaikan ke telinga kami perkara-perkara yang aneh; oleh itu kami hendak mengetahuiertinya segala perkara ini.’ 21 (Semua orang Atena danorang asing di situ asyik sekali membincangkan ataumendengar tentang perkara-perkara terbaru).

22 Paulus berdiri di tengah Areopagus itu lalu berkata,‘Saudara-saudara orang Atena, aku lihat dalam semuahal saudara-saudara sentiasa ingat menyembah tuhan.23 Sedang aku berjalan-jalan sambil memerhatikan apayang saudara-saudara sembah, di suatu tempat akudapatisuatu tempat korban yang ditulis begini: “Kepada Tuhanyang tidak diketahui.” Tuhan yang saudara-saudarasembah tanpa mengetahui-Nya itulah yang hendak akunyatakan kepada saudara-saudara.

Kisah Para Rasul 17:24 61 Kisah Para Rasul 17:34

24 ‘Allah yang menjadikan dunia dengan segala isinyasertamemerintah langit dan bumi tidak tinggal di tempatsembahyang buatan manusia, 25 dan tidak dilayani olehmanusia kerana Dia tidak kekurangan apa-apa. Malah Di-alah yangmemberimanusia hidup dan nafas serta segala-galanya. 26 Daripada seorang manusia Dia menjadikansemua bangsa manusia yang menduduki seluruh mukabumi; Dia juga menetapkan masa dan tempat merekahidup. 27Masing-masing diharapmencari Tuhan,mudah-mudahan mereka menemui-Nya. Dia tidaklah jauh dari-pada kita. 28 “Kerana-Nya kita bergerak serta ada di duniaini.” Sebagaimana kata penyair bangsamu, “Kita adalahanak-Nya.”

29 ‘Oleh sebab kita anak-Nya, tidak patut kita sangka Diaserupa dengan emas, perak atau batu yang diukir dengankepandaian dan akal manusia. 30 Allah membiarkanmanusia melalui zaman kejahilan itu; tetapi sekarangDia menyuruh manusia di seluruh dunia ini bertaubat;31 kerana Dia telah menetapkan bahawa pada suatu hariseisi dunia ini akan dihakimkan dengan adil oleh seorangyang ditentukan-Nya. Allah bersaksi akan hal ini kepadasemua manusia dengan membangkitkan-Nya daripadakematian.’

32 Apabila mendengar ‘membangkitkan-Nya daripadakematian’, ada yang mengejek-ejek; tetapi ada yangberkata, ‘Kami mahu mendengar lagi kamu bercakaptentang perkara itu.’ 33Selepas itu Paulus keluar daripadaperhimpunan itu. 34 Namun, ada beberapa orang yangmenjadi pengikut Paulus dan percaya akan kata-katanya;di antaranya ialah Dionisius anggota Areopagus, danseorang wanita bernama Damaris, serta beberapa oranglagi.

Kisah Para Rasul 18:1 62 Kisah Para Rasul 18:11

18Paulus di Korintus

1 Seterusnya, Paulus berangkat dari Atena ke Korin-tus. 2 Apabila tiba di situ, dia bertemu dengan seorangYahudi bernama Akwila, yang lahir di kota Pontus. Diabaru datang dari Itali dengan isterinya Priskila, keranaKlaudius telah menitahkan semua orang Yahudi keluardari Rom. Paulus pergimenemuimereka 3 lalu tinggal danbekerja bersama mereka kerana mata pencarian merekasama iaitu sebagai tukang khemah. 4 Pada setiap hariSabat, Paulus berhujah di saumaah untuk meyakinkanorang Yahudi dan juga orang Yunani menjadi pengikutIsa.

5 Setelah Silas dan Timotius sampai di situ dari Make-donia, Paulusmenumpukanmasa kepada usahamenyam-paikan firman Allah serta memberikan kesaksian kepadaorang Yahudi bahawa Isa itulah al-Masih. 6 Akantetapi mereka menentang dan mencelanya; maka Paulusmengebaskan debu daripada pakaiannya lalu berkata,‘Jika kamu musnah, kamu sendirilah yang bertanggung-jawab, aku tidak salah, aku bersih. Dari sekarang akuhendak pergi kepada orang bangsa asing.’

7Paulus pun berpindah ke rumah Titus Yustus, seorangyang menyembah Allah; rumahnya bersebelahan dengansaumaah. 8Krispus, ketua saumaah itu, serta seisi rumah-nya, percaya kepada Junjungan Isa; ramai lagi orangKorintus turut mendengar dan percaya lalu diimadkan.

9 Pada suatu malam Tuhan berfirman kepada Paulusdalam satu penglihatan, ‘Jangan takut, berkata-katalahterus dan jangan berhenti, 10 kerana Aku menyertaimu.Tiada seorang pun akan dapat mencederakanmu, keranaramai orang di kota ini umat-Ku.’ 11 Paulus tinggal di

Kisah Para Rasul 18:12 63 Kisah Para Rasul 18:22

situ setahun setengah sambil menyebarkan firman Allahkepada orang di situ.

12 Semasa Galio menjadi pemerintah negeri Akhaya,orang Yahudi bangkit dengan sehati melawan Pauluslalu membawanya ke muka keadilan. 13 Mereka berkata,‘Orang ini cuba mempengaruhi orang ramai supayamenyembah Allah dengan cara yang bercanggah denganhukum Taurat.’

14 Apabila Paulus hendak menjawab, Galio berkata,‘Hai orang Yahudi, jikalau perkara ini tentang kesala-han atau jenayah, patutlah aku bersabar mendengar-nya; 15 tetapi jikalau pertikaianmu tentang perkataan,nama dan hukummu hendaklah kamu menyelesaikan-nya sendiri; aku tidak mahu mengadili perkara yangdemikian.’ 16 Lalu Galio mengusir mereka keluar daritempat pengadilan itu. 17 Kemudian mereka menangkapSostenes, ketua saumaah, lalu memukulnya di hadapantempat pengadilan itu, tetapi Galio tidak menghiraukan-nya.

Paulus kembali ke Antiokhia18 Paulus tinggal dengan para pengikut Isa di Korintus

beberapa hari lagi. Selepas itu dia meninggalkan merekalalu belayar bersama Priskila dan Akwila ke Siria. Se-belumbertolak, Paulusmencukur rambutnya di Kengkreasebagai menunaikan nazarnya. 19Apabila mereka sampaidi Efesus, Paulus meninggalkan Priskila dan Akwila disitu. Dia masuk seorang ke saumaah lalu berbincangdengan orang Yahudi. 20 Ketika mereka memintanyatinggal lebih lama lagi di sana, dia menolak permintaanitu 21 lalu bermohon diri sambil berkata, ‘Insya-Allah, akuakan kembali bertemudenganmu.’ Selepas itu dia belayarmeninggalkan Efesus. 22 Setelah sampai di Kaisarea,

Kisah Para Rasul 18:23 64 Kisah Para Rasul 19:2dia naik memberi salam kepada jemaah, lalu turun keAntiokhia.

23 Di sana dia tinggal beberapa lama, kemudian be-rangkat melawat seluruh daerah Galatia dan Frigia sertamengukuhkan iman para pengikut Isa di situ.

Apolos di Efesus24Pada masa itu seorang Yahudi bernama Apolos, yang

lahir di Iskandaria, pandai berpidato dan amat mema-hami Kitab Suci, datang ke Efesus. 25 Dia telah diajartentang jalan Tuhan, dan dengan bersungguh-sungguhdia berkata-kata dan mengajarkan ajaran Isa dengan be-tul, walaupun dia hanya mengetahui pengimadan Yahya.26 Dia mula bercakap dengan berani di saumaah. Priskiladan Akwila mendengar dia bercakap lalu membawanyake tempat tinggal mereka dan menerangkan jalan Allahkepadanya dengan lebih betul lagi.

27 Apabila dia hendak menyeberang ke Akhaya, parapengikut Isa di Efesus membantunya dengan menulissurat kepada saudara-saudara seiman di Akhaya, supayamereka menyambut Apolos. Setibanya di Akhaya, diabanyak menolong orang yang dengan kasih kurnia Allahtelah beriman. 28 Dengan wibawa yang penuh Apolosmengalahkan orang Yahudi dalam perbahasan di hada-pan orang ramai. Dengan memetik ayat-ayat Kitab Suci,dia membuktikan bahawa Isa itu al-Masih.

19Paulus di Efesus

1 Sementara Apolos berada di Korintus, Paulus menjela-jahi kawasan pedalaman lalu sampai di Efesus. Di situdia bertemu dengan beberapa orang pengikut Isa 2 laluberkata, ‘Adakah kamu menerima Roh Suci pada waktukamu percaya kepada Isa?’

Kisah Para Rasul 19:3 65 Kisah Para Rasul 19:12Mereka menjawab, ‘Kami belum pernah mendengar

pun tentang adanya Roh Suci.’3 Paulus bertanya, ‘Kalau begitu, dalam pengimadan

apakah kamu diimadkan?’Kata mereka, ‘Dalam pengimadan Yahya.’4 Paulus berkata, ‘Yahya telah mengimadkan orang

dengan pengimadan taubat dan berkata kepada merekabahawa mereka hendaklah mempercayai Dia yang akandatang selepasnya, iaitu Isa.’ 5Setelahmerekamendengarpenerangan itu, mereka diimadkan dengan nama Jun-jungan Isa. 6 Paulus meletakkan tangan di atas merekalalu datanglah Roh Suci menguasai mereka dan merekasemuanya bercakap dalam berbagai-bagai bahasa sertabernubuat. 7 Semuanya ada kira-kira dua belas orang.

8Paulusmasuk ke saumaahdanbercakapdi situ denganberaninya selama tiga bulan. Dia berbincang denganorang di situ dan berusaha meyakinkan mereka tentangkerajaan Allah. 9 Akan tetapi beberapa orang berkerashati dan tidakmahu percayamalahmemburuk-burukkanJalan Tuhan di hadapan orang ramai. Oleh itu Paulusmeninggalkan mereka lalu membawa pengikut-pengikutIsa bersamanya ke dewan syarahan Tiranus dan di situlahdia mengadakan perbincangan. 10Hal itu berlaku selamadua tahun, hingga semua penduduk Asia, baik orangYahudi mahupun orang Yunani, telah mendengar firmanTuhan.

11 Allah melakukan mukjizat yang luar biasa melaluiPaulus. 12 Sesetengah mereka membawa pulang saputangan atau kain yang pernah dipakai Paulus kepadaorang yang sakit lalu mereka sembuh dan roh-roh iblisyang merasuk mereka keluar dari tubuh mereka.

Kisah Para Rasul 19:13 66 Kisah Para Rasul 19:2413 Beberapa orang Yahudi yang mengamalkan ilmu si-

hir turut sertamenyebut nama Junjungan Isa untukmen-gubat orang yang dirasuk roh-roh iblis, dengan berkata,‘Aku menyumpahi kamu demi Isa yang dikhabarkan olehPaulus.’ 14 Ada tujuh orang anak Skewa, imam besarorang Yahudi, yang berbuat demikian. 15Akan tetapi rohdurjana itu menjawab, ‘Aku kenal akan Isa, dan tahu akanPaulus, tetapi kamu ini siapa?’ 16 Lalu orang yang dirasukroh durjana itu menerkam dan mengerjakan mereka.Mereka pun lari dari dalam rumah itu dalam keadaantelanjang dan luka.

17 Berita itu tersebar di kalangan orang Yahudimahupun Yunani di Efesus; mereka ketakutan lalu namaJunjungan Isa semakin dimuliakan. 18 Ramai orangyang mempercayai Isa datang sambil mengakui segalaperbuatan jahat mereka yang lalu. 19 Beberapa orangyang mengamalkan ilmu sihir mengumpulkan semuabuku sihirnya dan membakarnya di hadapan orangramai. Semua buku sihir itu dianggar nilainya kira-kiralima puluh ribu keping wang perak. 20 Demikianlah,firman Tuhan tersebar luas dan semakin berkuasa.

Rusuhan di Efesus21 Setelah selesai peristiwa itu, Paulus berniat dalam

hatinya hendak menjelajahi Makedonia dan Akhaya dankemudian ke Baitulmaqdis. Dia berkata, ‘Selepas itu,aku mesti pergi ke Rom pula.’ 22 Dia pun menyuruhTimotius dan Erastus, dua orang daripada pembantu-pembantunya, pergi dahulu ke Makedonia, manakala diatinggal lebih lama di Asia.

23 Pada masa itu berlaku huru-hara di Efesus ker-ana ajaran tentang Jalan Tuhan. 24 Seorang tukangperak bernama Demetrius membuat balai-balai berhala

Kisah Para Rasul 19:25 67 Kisah Para Rasul 19:34Dewi Artemis daripada perak. Pekerjaan ini mem-bawa hasil lumayan kepada pekerja-pekerjanya. 25 Diamenghimpunkan para pekerja serta tukang-tukang yangsama mata pencariannya lalu berkata, ‘Saudara-saudarasekalian tahu bahawa daripada pekerjaan inilah kitamen-dapat keuntungan. 26 Saudara-saudara juga melihat danmendengar bahawa di Efesus ini malah hampir di seluruhAsia, Paulus itu telahmempengaruhi ramai orang denganberkata bahawa barang yang diperbuat oleh manusiabukannya dewa. 27Dengan demikian, apa yang dikhuatiribukan saja mata pencarian kita ini dihina, bahkan rumahArtemis, dewi yang besar itu pun tidak akan diindahkanlagi, lalu hilanglah kebesaran dewi yang disembah orangdi seluruh Asia malah di serata dunia.’

28 Setelah mendengar kata-kata itu, semua yang hadirnaik berang dan berseru, ‘Maha besar Artemis, dewiorang Efesus!’ 29 Dengan demikian orang ramai merusuhdi kota itu. Mereka menangkap Gayus dan Aristarkhus,orang Makedonia yang menemani Paulus dalam per-jalanannya, lalu menyeret mereka ke stadium kotaitu. 30 Paulus hendak pergi bercakap kepada orangramai tetapi para pengikut Isa tidak membenarkannya.31 Beberapa orang pegawai kerajaan yang bersahabatdengan Paulus berpesan kepadanya supaya janganmasukke stadium itu.

32Orang yang berkumpul di situ berseru-seru, seseten-gah berkata begini dan sesetengah begitu; kerana se-muanya dalam keadaan kelam-kabut dan sebilangan be-sar daripadamereka tidak tahumengapamereka berhim-pun. 33 Orang Yahudi menolak Iskandar ke hadapanuntuk menghadapi orang ramai. Iskandar memberikanisyarat dengan tangannya kerana dia hendak menje-laskan segalanya kepada mereka. 34 Akan tetapi apabila

Kisah Para Rasul 19:35 68 Kisah Para Rasul 20:3mereka mengenalinya sebagai orang Yahudi, semuanyaberseru serentak selama kira-kira dua jam, ‘Maha besarArtemis, dewi orang Efesus!’

35 Ketika itu setiausaha kota menyuruh mereka diamlalu berkata, ‘Hai orang Efesus, siapa yang tidak tahubahawa orang kota Efesuslah yang memelihara kuil dewibesar Artemis dan patung sucinya yang turun dari lan-git? 36 Ini tidak dapat dinafikan. Oleh itu kamu patutbertenang dan jangan bertindak gopoh-gapah. 37 Kedua-dua orang ini tidak merampas harta tempat berhala dantidak pula menghina dewi kita, tetapi kamu membawamereka ke mari. 38 Jika Demetrius dan tukang-tukangyangmenyertainya itu ada sesuatu yanghendakdiadukantentang sesiapa, kitamempunyai mahkamah perbicaraandan hakim; hendaklah mereka mendakwa orang berke-naan di mahkamah. 39 Jika kamu menuntut perkara lain,hendaklah diselesaikan dalam majlis yang berpatutan.40Oleh sebab apa yang berlaku hari ini, kita akan didakwamenimbulkan huru-hara tanpa sebab; dan kita tidak da-pat memberikan alasan yang wajar untuk membenarkanperhimpunan ini.’ 41 Selepas itu, setiausaha kota menyu-ruh perhimpunan itu bersurai.

20Paulus melalui Makedonia dan Yunani

1 Setelah kota itu aman semula, Paulus memanggil parapengikut Isa dan menasihatkan mereka, kemudian mem-ohon diri lalu bertolak ke Makedonia. 2 Dia menjelajahiseluruhMakedonia sambilmemberi nasihat kepada orangdi situ. Kemudian dia tiba di Yunani dan 3 tinggal disana selama tiga bulan. Apabila dia hendak belayarke Siria, dia mendengar bahawa orang Yahudi berpakathendak membunuhnya. Oleh itu dia membuat keputusan

Kisah Para Rasul 20:4 69 Kisah Para Rasul 20:16hendak berangkat melalui Makedonia. 4 Dia diiringihingga ke Asia oleh Sopater anak Purrus orang Beria, olehAristarkhus dan Sekundus orang Tesalonika, oleh Gayusorang Derbe, Timotius, dan dua orang dari Asia, Tikhikusdan Trofimus. 5 Mereka berjalan dahulu, menantikankami di Troas. 6Kami belayar dari Filipi selepas PerayaanRoti Tidak Beragi, lalumenemuimereka di Troas limaharikemudian. Kami tinggal di situ selama tujuh hari.

Paulus di Troas7 Pada hari pertama minggu itu, kami berkumpul un-

tuk memecah-mecahkan roti. Paulus yang akan belayaresoknya bercakap dengan orang di situ sampai tengahmalam. 8 Di dalam bilik atas, tempat kami berhimpunitu, ada beberapa pelita. 9 Seorang pemuda bernamaEutikhus duduk di jendela. Dia tertidur sementara Paulusmasih bercakap. Oleh sebab lena tidurnya, pemuda itujatuh dari tingkat ketiga itu sampai ke bawah. Orangmengangkatnya dan mendapatinya sudah mati. 10Paulusturun lalu merebahkan diri ke atas pemuda itu sertamemeluknya sambil berkata, ‘Jangan bimbang, keranaada lagi nyawanya.’ 11Selepas itu dia naik,membahagikanroti, makan lalu bertutur sampai dinihari. Kemudian diapun berangkat. 12 Pemuda itu didapati hidup dan dibawapulang ke rumahnya. Mereka semua amat terhibur.

Dari Troas ke Miletus13Kami berjalan dulu naik ke kapal lalu belayar ke Asos

untukmenyambut Paulus di sana; demikianlah yang telahdirancangnya, kerana dia sendiri hendak berjalan kaki.14 Setelah menyambutnya di Asos, kami mengiringinyake Metilene. 15 Kami belayar dari sana: Esoknya kamibertentangan dengan pulau Khios; lusanya kami singgahdi Samos; dan tulatnya kami sampai di Miletus. 16 Paulus

Kisah Para Rasul 20:17 70 Kisah Para Rasul 20:26telah membuat keputusan untuk belayar melalui Efesus,supaya jangan berlarutan di Asia; dia hendak cepat,dengan harapan sampai di Baitulmaqdis pada PerayaanPentakosta.

Perpisahan dengan para tua-tua jemaah di Efesus17Dari Miletus Paulus menyuruh orang pergi ke Efesus

memanggil tua-tua jemaah di situ. 18 Apabila merekadatang menemuinya, Paulus berkata, ‘Kamu semua tahucara hidupku sejak aku bersamamu, dari hari pertamaaku datang ke Asia. 19 Aku telah memperhambakan dirikepada Tuhan dengan sehabis-habis rendah hati dan den-gan airmata. Sudah beberapa cubaanmenimpa diriku ak-ibat pakatan orang Yahudi. 20Aku tidak pernah menyem-bunyikan daripadamu sesuatu yang berfaedah kepadamu.Aku menyatakan segalanya kepadamu dan mengajarmudi khalayak ramai mahupun di rumah masing-masing,21 sambil memberikan kesaksian kepada orang Yahudidan orang Yunani tentang pertaubatan kepada Allah daniman akan Junjungan Isa.

22 ‘Sekarang aku pergi ke Baitulmaqdis mentaati per-intah Roh Suci sedangkan aku tidak tahu apa yangakan berlaku kepadaku. 23 Yang kuketahui hanyalah ini:Dari kota ke kota Roh Suci telah memberikan kesak-sian kepadaku dan berkata bahawa penjara dan pender-itaan ada lagi menantikan aku. 24 Tetapi sekali-kali akutidak mengindahkan soal nyawaku, asalkan aku dapatmenyempurnakan tanggungjawab dan tugas yang kuter-ima daripada Junjungan Isa iaitu memberikan kesaksianakan berita baik tentang kasih kurnia Allah.

25 ‘Sekarang ingatlah. Aku tahu bahawa kamu tidakakan memandang mukaku lagi, setelah sekian lama akubersamamu dan mengajarmu tentang kerajaan Allah.26 Oleh itu pada hari ini aku bersaksi bahawa aku tidak

Kisah Para Rasul 20:27 71 Kisah Para Rasul 20:38

bersalah terhadap penumpahan darah manusia. 27 Akutelah menyatakan kepadamu seluruh kehendak Allahdengan sepenuh kerelaan. 28 Jagalah dirimu dan semuaorang yang telah diamanahkan oleh Roh Suci kepadakamu untuk memeliharanya seperti gembala memeli-hara domba, iaitu jemaah Tuhan yang telah ditebus-Nya dengan darah-Nya sendiri. 29 Aku tahu bahawasepeninggalanku nanti, beberapa serigala garang akanmasuk menyerang jemaah ini; 30malah dari antara kamusendiri akan bangkit beberapa orang yang memesongkanajaran yang benar dan berusahamenarik ahli-ahli jemaahmengikut mereka. 31 Oleh itu berjaga-jagalah, sertaingatlah bagaimana selama tiga tahun aku tidak berhenti-henti siangmalammenasihatkan setiap orang dengan airmataku.

32 ‘Sekarang aku menyerahkan kamu kepada Allah dankepada perkhabaran tentang kasih kurnia Allah, yangberkuasa meneguhkan imanmu danmemberimu warisanyang diperuntukkan bagi seluruh umat Allah. 33 Akutidak pernah ingin memiliki emas perak atau pakaianorang. 34 Kamu tahu bahawa kedua belah tangankuini telah bekerja untuk mencukupkan sara hidupku danorang yang bersamaku. 35Dalam semua perkara aku telahmenunjukkan teladan kepadamu iaitu bagaimana kamujuga patut bekerja demikian untuk menolong orang yanglemah; dan ingatlah firman Junjungan Isa, “Memberi itulebih berkatnya daripada menerima.” ’

36 Setelah berkata demikian, Paulus berlutut danberdoa-doa bersama semua yang hadir. 37 Semuanyamenangis seraya memeluk dan mencium Paulus.38 Mereka berdukacita terutamanya kerana dia berkatabahawa mereka tidak akan memandang mukanya lagi.Kemudian mereka menghantarkannya ke kapal.

Kisah Para Rasul 21:1 72 Kisah Para Rasul 21:1121

Paulus pergi ke Baitulmaqdis1 Setelah berpisah dengan mereka, kami belayar ke Kos,dan esoknya ke Rodos, dan dari sana ke Patara. 2 Kamimendapati ada sebuah kapal yang hendak menyeberangke Fenesia. Kami menaikinya lalu belayar. 3 Setelahkelihatan Kiprus di sebelah kiri, kami terus belayar keSiria lalu turun di kota Tirus kerana kapal itu hendakmemunggah muatannya di situ. 4 Kami menemui parapengikut Isa lalu tinggal di kota itu selama tujuh hari.Melalui pimpinan Roh Suci mereka menggesa Paulussupaya jangan pergi ke Baitulmaqdis. 5 Setelah sampaiwaktu yang dirancang, kami bertolak dari situ. Semuapengikut Isa bersama anak isteri menghantarkan kamisampai ke luar kota. Kami semua berlutut di pantai laluberdoa dan bersalam-salaman. 6 Selepas itu kami naik kekapal dan mereka pulang ke rumah masing-masing.

7 Dari Tirus kami meneruskan pelayaran ke Ptole-mais. Di situ kami memberi salam kepada saudara-saudara seiman lalu tinggal dengan mereka selama se-hari. 8 Esoknya kami pergi ke Kaisarea lalu masuk kerumah Filipus, pemberita Injil yang menjadi salah se-orang daripada tujuh pembantu para rasul, lalu kamitinggal dengannya. 9 Dia mempunyai empat orang anakgadis yang belum berkahwin dan mereka bernubuat.

10 Setelah kami tinggal di situ beberapa hari, seo-rang nabi bernama Agabus datang dari Yudea. 11 Diamendapatkan kami lalu mengambil tali pinggang Paulusdan mengikat kaki tangannya sendiri sambil berkata,‘Demikianlah kata Roh Suci, bahawa orang yang mem-punyai tali pinggang ini akan diikat demikian di Baitul-maqdis oleh orang Yahudi dan diserahkan ke tanganorang bangsa asing.’

Kisah Para Rasul 21:12 73 Kisah Para Rasul 21:2412 Apabila mendengar kata-kata itu, kami dan pen-

duduk kota itu meminta Paulus supaya jangan pergike Baitulmaqdis. 13 Paulus menjawab, ‘Mengapa kamumenangis dan menyedihkan hatiku? Aku bersedia bukansahaja untuk diikat, malah untuk mati di Baitulmaqdisdemi Junjungan Isa.’ 14 Oleh sebab dia tidak mahumendengar kata kami, kami pun berhenti memujuknyalalu berkata, ‘Berlakulah kehendak Tuhan.’

15Selepas itu kami berkemas lalu pergi ke Baitulmaqdis.16 Beberapa orang pengikut Isa dari Kaisarea menyertaikami lalu membawa kami berjumpa Menason, orangSiprus, yang sudah lama percaya akan Isa; di rumah-nyalah kami menumpang.

Paulus melawat Yakobus17 Setelah sampai di Baitulmaqdis, kami disambut oleh

saudara-saudara seiman dengan sukacita. 18 Pada es-oknya Paulus bersama kami masuk berjumpa denganYakobus; ketua-ketua yang lain pun ada di situ. 19 Setelahmemberi salam kepada mereka, Paulus menceritakansegala yang telah dilakukannya secara terperinci di kalan-gan bangsa asing dengan kehendak Allah.

20 Apabila mendengar kisah itu mereka memuji Allahdan berkata kepada Paulus, ‘Saudara, sebagaimana kamulihat, ada berpuluh ribu orang Yahudi yang sudah per-caya akan Isa dan mereka itu berpegang teguh kepadaTaurat. 21Ada orang memberitahu mereka bahawa kamumengajar orang Yahudi yang tinggal di kalangan orangbangsa asing supaya berpaling daripada Musa, janganmenyunatkan anak-anak dan jangan menurut adat orangYahudi. 22 Sekarang bagaimana? Mereka tentu menden-gar berita kedatanganmu ke sini. 23 Oleh itu, ikutlahseperti kata kami. Di antara kami ada empat orangyang telah bernazar. 24 Bawalah mereka bersamamu dan

Kisah Para Rasul 21:25 74 Kisah Para Rasul 21:31sucikan dirimu bersama mereka serta tanggung belanjamencukur kepalamereka. Dengan demikian semua orangakan tahu bahawa apa yang dikatakan tentangmu itutidak benar, sebaliknya kamumengikut Taurat. 25Namun,tentang orang bangsa asing yang percaya akan Isa, kamitelah berkirim surat memberikan hukum bahawamerekahendaklah memeliharakan diri daripada makanan yangdipersembahkan kepada berhala, daripada darah danbinatang yang mati dicekik, dan daripada zina.’

26 Paulus pun membawa empat orang itu bersamanyadan pada esoknya dia menyucikan diri bersama mereka.Kemudian dia masuk ke rumah ibadat dan memberitahuorang di situ bilangan harinya upacara penyucian ituakan selesai dan korban akan dipersembahkan bagi setiapmereka.

Paulus ditangkap27 Apabila hampir genap tujuh hari, beberapa orang

Yahudi dari Asia terpandang Paulus di dalam rumahibadat. Mereka menghasut orang ramai lalu menangkapPaulus 28 sambil berseru, ‘Hai orang Israel, marilah tolongkami! Inilah dia orang yang menyebarkan merata-rataajaran yang menghina kaum kita, Taurat dan rumahibadat. Dia juga telah membawa orang Yunani ke dalamrumah ibadat, menajiskan tempat suci ini.’ 29 Merekaberkata begitu kerana pernah melihat Trofimus orangEfesus bersama Paulus di kota itu lalumerekamenyangkabahawa Paulus telah membawanya ke dalam rumah iba-dat.

30 Ini menggemparkan semua orang Yahudi di kota itulalumereka berlari dan berhimpunmengerumuni Paulus.Mereka menangkapnya dan menyeretnya ke luar rumahibadat. Semua pintu rumah ibadat pun segera ditutup.31 Ketika mereka hendak membunuhnya, ketua pasukan

Kisah Para Rasul 21:32 75 Kisah Para Rasul 21:40

tentera Rom mendengar bahawa seisi kota Baitulmaqdissedang merusuh. 32 Dia segera membawa beberapaorang ketua tentera dan askar-askar untuk mendapatkanperusuh-perusuh itu. Apabila melihat mereka datang,perusuh-perusuh itu berhenti memukul Paulus.

33Ketua pasukan tentera itu datangmenangkap Paulus,disuruhnya ikat dengandua rantai. Dia bertanya siapakahitu dan apakah yang telah dilakukannya. 34 Di antaraorang ramai itu sesetengahmenjawab begini dan seseten-gahnyabegitu. Oleh sebab ketuapasukan tentera itu tidakdapat memastikan punca huru-hara itu, dia menyuruhorangnya membawa Paulus ke dalam kubu. 35 Setelahsampai ke tangga, askar-askarmengangkat Paulus keranaorang ramai mengganas. 36 Mereka mengikut sambilberseru-seru, ‘Hapuskan dia!’

Paulus berucap kepada orang ramai37 Ketika Paulus hendak dibawa masuk ke dalam kubu,

dia berkata kepada ketua pasukan tentera itu, ‘Bolehkahaku menyatakan sesuatu kepadamu?’

Ketua pasukan tentera itu berkata, ‘Kamu tahu bahasaYunani? 38 Bukankah kamu ini orang Mesir yang dulumencetuskan pemberontakan danmemimpin empat ribuorang pengganas ke gurun?’

39 Paulus berkata, ‘Aku ini orang Yahudi dari kotaTarsus di tanah Kilikia iaitu kota yang agak terkenal, danaku meminta kamu benarkan aku bercakap kepada orangramai itu.’

40 Setelah mendapat kebenaran daripada ketua pa-sukan tentera, Paulus berdiri di atas tangga dan mem-berikan isyarat dengan tangannya supaya mereka diam.Setelah orang ramai itu senyap, Paulus berucap dalambahasa Ibrani,

Kisah Para Rasul 22:1 76 Kisah Para Rasul 22:1122

Paulus membela diri di Baitulmaqdis1 ‘Bapa-bapa dan saudara-saudara sekalian. Dengarlah

peneranganku.’2 Setelah mereka mendengar Paulus bertutur dalam

bahasa Ibrani, mereka terus senyap.Paulus berkata, 3 ‘Aku ini orang Yahudi, dilahirkan di

Tarsus di tanah Kilikia, tetapi dibesarkan di kota ini,berguru kepada Gamaliel. Aku diajar hukum nenekmoyang kita dengan betul, dan aku pula tekun beribadatkepadaAllah, sama seperti saudara-saudara sekalian padahari ini. 4 Aku pernah menganiaya pengikut Jalan Tuhanmalah membunuh mereka di samping mengikat danmemenjarakanmereka, baik lelaki mahupun perempuan.5 Imam besar dan seluruh anggota Majlis Agama bolehbersaksi akan perbuatanku itu. Aku telah mendapatkanbeberapa surat daripada mereka lalu pergi ke Damsyikuntukmenangkap danmengikat para pengikut Isa di sanadan membawa mereka ke Baitulmaqdis ini untuk diseksa.

6 ‘Dalam perjalanan, ketika hampir sampai di Damsyik,sekitar tengah hari, tiba-tiba suatu cahaya yang besarbersinar dari langit mengelilingiku. 7Aku rebah ke tanahlalu mendengar suara berkata kepadaku, “Saul, Saul,mengapa engkau aniayakan Aku?”

8 ‘Aku berkata, “Siapakah Engkau, Tuan?”‘Jawab-Nya, “Akulah Isa orang Nasaret yang kauani-

ayakan.” 9 Semua orang yang bersamaku turut melihatcahaya itu tetapi tidak mendengar suara yang berkata-kata denganku itu.

10 ‘Aku berkata, “Tuan, apakah yang harus kulakukan?”‘Dia menjawab, “Bangunlah, pergi ke Damsyik. Di sana

engkau akan diberitahu segala yang sudah ditetapkanuntukmu melakukannya.” 11 Aku tidak dapat melihat

Kisah Para Rasul 22:12 77 Kisah Para Rasul 22:21

langsung akibat cahaya yang terang itu. Teman seper-jalananku memimpin tanganku masuk ke Damsyik.

12 ‘Ada seorang bernama Ananias yang kuat beribadatmenurut hukum Taurat. Dia dipandang tinggi oleh orangYahudi di Damsyik. 13 Dia datang berdiri di sisiku laluberkata, “Saudaraku Saul, kamu dapat melihat semula!”Pada saat itu juga aku dapat melihat semula lalu meman-dangnya.

14 ‘Dia berkata, “Allah, Tuhan nenek moyang kita, telahmenetapkan bahawa kamu akan mengetahui kehendak-Nya, danmelihat Isa sertamendengar suara-Nya. 15Kamuakan menjadi saksi tentang-Nya kepada semua manusia,termasuk segala yang telah kamu lihat dan dengar itu.16 Sekarang mengapa kamu berlengah-lengah lagi? Ban-gunlah untuk diimadkan dan minta dihapuskan segaladosamu sambil menyeru nama-Nya.”

17 ‘Setelah aku pulang ke Baitulmaqdis, sedang akuberdoa di rumah ibadat, aku terlalai 18 lalu melihatDia dan mendengar kata-kata-Nya kepadaku, “Segeralahkeluar dari Baitulmaqdis, kerana mereka tidak akanmenerima kesaksian daripadamu tentang-Ku.”

19 ‘Aku berkata, “Ya Junjungan, mereka tahu bahawaaku pernah memenjarakan dan memukul orang yangmempercayai-Mu dalam semua saumaah; 20 dan apabiladarah Stefanus saksi-Mu itu ditumpahkan, aku turutberdiri berdekatan dan menyetujui pembunuhan itu,serta menjaga pakaian orang yang membunuhnya.”

21 ‘Kata-Nya kepadaku, “Keluarlah dari sini, keranaAku hendakmengutusmu jauh-jauh kepada orang bangsaasing.” ’

Paulus warganegara Rom

Kisah Para Rasul 22:22 78 Kisah Para Rasul 22:3022 Orang ramai mendengar ucapan Paulus setakat itu,

kemudian berseru lantang, ‘Hapuskan orang begini darimuka bumi, tidak patut dia dibiarkan hidup!’

23 Mereka berteriak-teriak sambil mengebas-ngebaspakaian sehingga debu berterbangan. 24 Ketua pasukantentera itu menyuruh orangnya membawa Paulus kedalam kubu. Dia mengarahkan mereka menyebat danmenyoalnya untuk mengetahui mengapa orang ramaiberseru-seru demikian tentangnya. 25 Paulus diikat den-gan tali kulit lalu dia berkata kepada ketua tentera yangberdiri di situ, ‘Jikalau seorang warganegara Rom belumdiadili dan didapati bersalah, berkuasakah kamu menye-batnya?’

26 Apabila ketua tentera itu mendengar kata-kataPaulus, dia pergi memberitahu ketuanya tentang perkaraitu. Katanya, ‘Apa kamuhendak buat? Orang ini wargane-gara Rom.’

27 Ketua pasukan tentera itu mendapatkan Paulus laluberkata, ‘Katakanlah kepadaku, adakah engkau ini war-ganegara Rom?’

Paulus menjawab, ‘Ya.’28 Ketua pasukan tentera itu berkata, ‘Aku dapat men-

jadi warganegara dengan bayaran yang tinggi.’Paulus menjawab, ‘Tetapi aku dilahirkan sebagai war-

ganegara Rom.’29Semua orang yang hendakmenyoalnya itu berundur,

dan ketua pasukan tentera itu ketakutan kerana telahmengikat warganegara Rom.

Paulus di hadapan Majlis Agama30 Esoknya, untuk mengetahui dengan pasti apa se-

babnya Paulus dituduh oleh orang Yahudi, ketua tenteraitu meminta imam besar dan semua ahli Majlis Agama

Kisah Para Rasul 23:1 79 Kisah Para Rasul 23:9berhimpun. Kemudian dia melepaskan Paulus daripadaikatan dan menghadapkannya kepada perhimpunan itu.

231 Paulus merenung perhimpunan itu lalu berkata,‘Saudara-saudara, dengan setulus hati aku telahmelakukan segalanya di sisi Allah sampai hari ini.’2 Ananias, imam besar, menyuruh orang yang berdiridi sisi Paulus menampar mulutnya. 3 Paulus berkatakepadanya, ‘Allah akan menampar mulutmu nanti.Kamu seperti tembok yang dicat putih! Kamu sekarangduduk untuk mengadiliku menurut hukum tetapi kamusendiri melanggar hukum itu dengan menyuruh orangmenamparku!’

4 Orang yang berdiri di sisi Paulus berkata, ‘Beranikahkamu mencela imam besar Tuhan?’

5 Paulus menjawab, ‘Saudara-saudara, aku tidak tahudia itu imam besar. Memang tersurat di dalam Kitab Suci,“Jangan hinakan pemimpin bangsamu.” ’

6 Paulus mengetahui bahawa dalam perhimpunan ituseparuhnya orang Saduki dan separuhnya orang Farisi.Dia pun berkata, ‘Saudara-saudara, aku ini orang Farisidan anak orang Farisi. Aku didakwa kerana percayaakan kebangkitan daripada kematian.’ 7Dengan demikianorang Farisi dan orang Saduki mula berbahas. Seluruhperhimpunan berpecah kepada dua pihak. 8Orang Sadukimengatakan bahawa tiada kebangkitan daripada kema-tian, tiada malaikat dan tiada roh; tetapi orang Farisipercaya akan semuanya.

9 Pertengkaran besar tercetus. Beberapa orang guruTaurat dari pihak orang Farisi bangkit dan menegaskandengan penuh kesungguhan, ‘Kami dapati orang ini tidakbersalah langsung. Mungkin sekali roh atau malaikat

Kisah Para Rasul 23:10 80 Kisah Para Rasul 23:18

telah bercakap dengannya.’ 10 Perkelahian menjadi be-gitu sengit sehingga ketua pasukan tentera itu takutkalau-kalau Paulus diserang. Dia menyuruh askar-askarsegera mengambil Paulus dengan paksaan dari tengah-tengah orang itu dan membawanya ke dalam kubu.

11 Pada malam berikut itu Tuhan berdiri di sisinya danberkata, ‘Tetapkanlah hatimu; kerana sebagaimana kamutelah bersaksi tentang-Ku dengan sungguh-sungguh diBaitulmaqdis ini, begitulah kamu akan bersaksi di Rompula.’

Pakatan Yahudi Baitulmaqdis untuk membunuh Paulus12 Setelah hari siang, orang Yahudi membuat pakatan.

Mereka bersumpah tidak akan makan dan minum hinggamereka membunuh Paulus. 13 Lebih empat puluh orangsepakat mengangkat sumpah itu. 14Mereka semuameng-hadap ketua-ketua imam dan para pemimpin masyarakatmereka lalu berkata, ‘Kami telah bersumpah tidak akanmakan dan minum hingga kami membunuh Paulus itu.15 Kamu dan ahli-ahli Majlis Agama tolonglah minta ke-tua pasukan tentera itu hadapkan Paulus kepada kamuesok, seolah-olah kerana kamu hendak meneliti perkaraitu dengan lebih halus lagi. Kami akan bersedia untukmembunuhnya sebelum dia sampai ke sini.’

16Anak saudara Paulusmendengar tentang pakatan itulalu masuk ke kubu memberitahunya.

17 Paulus memanggil dan berkata kepada seorang ke-tua tentera, ‘Bawalah pemuda ini kepada ketua pa-sukan tentera kerana ada suatu perkara yang hendakdikatakan kepadanya.’ 18 Pegawai itu membawa pemudaitu berjumpa ketuanya lalu berkata, ‘Paulus, orang yangterpenjara itu, memanggilku dan meminta pemuda ini

Kisah Para Rasul 23:19 81 Kisah Para Rasul 23:26dibawa berjumpa tuan kerana ada suatu perkara yanghendak dikatakannya kepada tuan.’

19 Ketua pasukan tentera memegang tangan pemudaitu danmembawanya ke tempat yang sunyi lalu bertanya,‘Apa hal yang hendak kaukatakan kepadaku itu?’

20 Pemuda itu berkata, ‘Orang Yahudi telah berpakathendak meminta tuan membawa Paulus menghadap Ma-jlis Agama esok, seolah-olah hendak meneliti halnyalebih halus lagi. 21 Janganlah tuan terpedaya oleh kata-kata mereka, kerana lebih empat puluh orang daripadamereka telah bersumpah tidak akan makan dan minumhingga mereka membunuh Paulus. Mereka akan mem-bunuhnya sebelum dia sampai ke hadapan Majlis Agamaitu. Sekarang punmereka semua sudah sediamenantikantuan berjanji demikian.’

22 Ketua pasukan tentera itu menyuruh pemuda itupulang setelah berpesan, ‘Jangan beritahu sesiapapunbahawa kamu telah menyatakan hal ini kepadaku.’

Paulus dibawa ke Kaisarea23 Kemudian dia memanggil dua orang ketua tentera

lalu berkata, ‘Lengkapkan dua ratus orang askar untukpergi ke Kaisarea; askar bertombak dua ratus orangdan askar berkuda tujuh puluh. Mereka mesti bertolakpada pukul sembilan malam ini.’ 24 Ketua tentera itujugamenyuruhmelengkapkan kenderaan danmenaikkanPaulus ke atasnya untuk dibawa kepada Feliks, pemerin-tah negeri, dengan selamat.

25Ketua tentera itu menulis surat seperti berikut:26 ‘Salam daripadaku, Klaudius Lisias,kepada Feliks, pemerintah yang amat mulia.

Kisah Para Rasul 23:27 82 Kisah Para Rasul 23:3527 ‘Orang ini telah ditangkap oleh orang Yahudi.

Mereka hendak membunuhnya, lalu aku datangdengan askar-askar dan menyelamatkannya. Akumendapat tahu dia warganegara Rom. 28 Akuingin mengetahui apa sebabnya dia dituduh olehbangsanya. Oleh itu aku membawanya untukmenghadap Majlis Agama mereka. 29 Aku men-dapati dia tertuduh atas beberapa pertikaian ten-tang hukum agama; tetapi tiada suatu tuduhanpun yang patut dihukum bunuh atau penjara.30 Apabila aku diberitahu tentang suatu pakatanhendak membunuh orang ini, aku segera meng-hantarkannya kepada tuan. Aku berpesan kepadamereka yang menuduhnya supaya mendakwanyadi hadapan tuan.’

31 Askar-askar mengambil Paulus sebagaimana di-arahkan lalu membawanya pada waktu malam ke Antipa-tris. 32 Esoknya askar berkuda sahaja meneruskan per-jalanan bersama Paulus manakala askar yang lain pulangke Baitulmaqdis. 33 Setelah sampai ke Kaisarea, suratitu dipersembahkan kepada pemerintah dan Paulus pundihadapkan kepadanya. 34 Selepas membaca surat itu,pemerintah itu bertanya kepada Paulus di mana negeriasalnya. Apabila dia mendengar bahawa Paulus orangKilikia, 35 dia berkata, ‘Aku akan mengadili perkara inisetelah pendakwa-pendakwa kamu sampai.’ Kemudiandia mengarahkan supaya Paulus ditahan di dalam istanayang dulu dibina oleh Herodes.

24Paulus di hadapan Feliks

Kisah Para Rasul 24:1 83 Kisah Para Rasul 24:121 Selepas lima hari, Ananias imam besar datang keKaisarea dengan beberapa orang pemimpin masyarakatYahudi dan seorang peguam bernama Tertulus. Merekamenuduh Paulus di hadapan pemerintah itu. 2 SetelahPaulus dipanggil hadir, Tertulus memulakan dakwaan-nya: ‘Feliks yang mulia, dengan limpah kurnia dankebijaksanaanmu, kami hidup sejahtera dan menikmatiperubahan yang baik di negeri ini. 3Kami amat berterimakasih atas segala yang telah kamu lakukan. 4Kerana tidakingin mengambil terlalu banyak masamu, aku memohonkamu mendengar dakwaanku yang ringkas ini.

5 ‘Kami telah mendapati orang ini pengacau danmenimbulkan huru-hara di kalangan orang Yahudi diserata dunia. Dialah pemimpin mazhab ajaran orangNasaret itu. 6 Malah dia cuba menajiskan rumah ibadattetapi kami menangkapnya dan hendak mengadilinyamenurut hukum kami. 7 Akan tetapi ketua pasukantentera Lisias datang lalu merampasnya daripada kami.8Dia mengarahkan kami, pendakwa-pendakwa orang ini,supaya menghadapmu. Jika kamu menyoal orang ini,kamu akan mendapati bahawa segala tuduhan kami inibenar.’

9Orang Yahudi turut serta menuduh Paulus, dan men-gatakan bahawa segala yang dikatakan itu benar.

10 Setelah menerima isyarat daripada pemerintah itumenyuruhnya bercakap, Paulus menjawab dakwaan itudemikian: ‘Aku tahu kamu telah lama menjadi hakimdi negeri ini. Oleh itu aku dengan senang hati men-gadukan hal kepadamu. 11 Hanya dua belas hari yanglalu aku telah pergi ke Baitulmaqdis untuk beribadat.12 Aku tidak didapati berbincang dengan sesiapa ataumenghimpunkan orang ramai itu untuk menimbulkan

Kisah Para Rasul 24:13 84 Kisah Para Rasul 24:23

huru-hara, baik di rumah ibadat, saumaah, atau di mana-mana di kota itu. 13Para pendakwa juga tidak dapatmem-buktikan kepadamu segala tuduhan mereka terhadapku.14 Aku mengaku di hadapanmu bahawa aku menyembahAllah, Tuhan nenek moyangku, menurut Jalan Tuhanyang dianggap salah oleh mereka. Aku juga percayadan berpegang kepada hukum Taurat, dan segala yangtersurat di dalam kitab nabi-nabi. 15 Seperti merekajuga, aku berharap kepada Allah bahawa semua orangakan dibangkitkan daripada kematian kelak, sama adaorang benar ataupun orang jahat. 16 Oleh itu aku sen-tiasa berusaha supaya hatiku bersih daripada kesalahankepada Allah dan kepada manusia.

17 ‘Selepas beberapa tahun di tempat-tempat lain, akuke Baitulmaqdis membawa derma untuk bangsaku, danmempersembahkan korban. 18 Mereka mendapati akudi dalam rumah ibadat setelah aku menyucikan diri;aku tidak membawa kumpulan yang besar dan tidakmencetuskan huru-hara. 19Ketika itu ada beberapa orangYahudi dari Asia. Merekalah yang patut menghadapkamu di sini untuk mendakwa, kalaulah ada sesuatu yangpatut didakwa tentang aku. 20 Ataupun biarlah orang inimenyatakan apa kesalahan yang didapatinya pada dirikuketika aku berdiri di hadapan majlis mereka itu. 21 Padawaktu itu aku hanya melafazkan kata-kata yang sama,iaitu, “Tentang kebangkitan daripada kematianlah akudidakwa di hadapanmu pada hari ini.” ’

22 Feliks menangguhkan perbicaraan walaupun diamemahami selok-belok agama berkenaan. Dia berkata,‘Apabila Lisias, ketua pasukan tentera itu, datang nanti,aku akanmenyelesaikan perkara ini.’ 23Diamengarahkanketua tentera menahan Paulus tetapi secara longgar,dan membenarkan sahabat-sahabatnya membawa apa-

Kisah Para Rasul 24:24 85 Kisah Para Rasul 25:6apa untuknya.

24 Beberapa hari kemudian, Feliks datang bersama is-terinyaDrusila, seorangYahudi. Diamenyuruhorangme-manggil Paulus lalu mendengar penerangannya tentangiman terhadap Isa al-Masih. 25 Apabila Paulus bercakaptentang kebenaran, tentang penguasaan diri, dan tentanghukuman yang akan datang pada hari kemudian, Feliksketakutan lalu berkata, ‘Pergilah sekarang. Apabila adakesempatan nanti, aku akanmemanggilmu lagi.’ 26Dalampada itu dia berharap Paulus akan memberikan wangkepadanya. Oleh itu dia kerapkali menyuruh orang me-manggil Paulus lalu bercakap dengannya.

27 Dua tahun kemudian, Feliks digantikan oleh PerkiusFestus. Feliks membiarkan Paulus terpenjara keranahendak mengambil hati orang Yahudi.

25Penghakiman Paulus di hadapan Festus

1 Tiga hari selepas Festus menjadi pemerintah negeri itu,dia berangkat dari Kaisarea ke Baitulmaqdis. 2 Ketua-ketua imam dan para pemimpin masyarakat Yahudimenuduh Paulus di hadapan Festus. 3 Mereka memo-hon jasa baik Festus menghantar Paulus ke Baitulmaqdiskerana mereka telah berpakat hendak membunuhnyadi pertengahan jalan. 4 Akan tetapi Festus menjawabbahawa Paulus terpenjara di Kaisarea dan dia sendiri punhendak segera ke sana. 5 Dia berkata, ‘Oleh itu hendak-lah orang yang berkuasa di antara kamu berangkat kesana bersamaku dan mendakwa orang itu, jika dia telahmelakukannya.’

6 Setelah tinggal di Baitulmaqdis kira-kira lapan atausepuluh hari lagi, Festus pun berangkat ke Kaisarea.Pada esoknya dia duduk sebagai hakim di mahkamah

Kisah Para Rasul 25:7 86 Kisah Para Rasul 25:15lalu menyuruh orang membawa Paulus menghadap-nya. 7 Setelah Paulus masuk, semua orang Yahudi yangdatang dari Baitulmaqdis itu berdiri mengelilinginyaserta menuduhnya atas beberapa kesalahan yang berat,yang tidak dapat dibuktikan oleh mereka.

8 Kemudian Paulus membela dirinya sendiri danberkata ‘Satu pun tiada kesalahanku, terhadap hukumorang Yahudi, atau terhadap rumah ibadat, atau terhadapKaisar.’

9 Akan tetapi Festus hendak mengambil hati orangYahudi lalu bertanya kepada Paulus, ‘Mahukah kamupergi ke Baitulmaqdis supaya aku mengadili perkaramuini di sana?’

10 Paulus menjawab, ‘Aku sekarang berdiri dimahkamah Kaisar, dan di sinilah aku patut dibicarakan.Aku tidak pernah melakukan sesuatu yang burukterhadap orang Yahudi, sebagaimana kamu terlebihmaklum. 11 Kalaulah aku bersalah, atau telah melakukansesuatu yang patut aku dibunuh, aku tidaklah engganmati; tetapi jika segala tuduhan mereka ke atasaku itu tidak benar, tiada seorang pun yang bolehmenyerahkanku kepada mereka. Aku hendak mengadukepada Kaisar.’

12 Setelah berbincang dengan semua penasihatnya,Festus menjawab, ‘Kamu hendakmengadu kepada Kaisar;pergilah menghadap Kaisar!’

Festus berbincang dengan Raja Agripa13 Beberapa hari kemudian, Raja Agripa berangkat

bersama Bernike ke Kaisarea untukmeraikan kedatanganFestus. 14 Dalam beberapa hari raja itu tinggal di sana,Festus menceritakan hal Paulus kepadanya, ‘Di sini adaseorang yang ditinggalkan oleh Feliks di dalam penjara.15Ketika aku di Baitulmaqdis, ketua-ketua imam dan para

Kisah Para Rasul 25:16 87 Kisah Para Rasul 25:24pemimpin masyarakat Yahudi menuduh orang itu danmeminta supaya dia dihukum.

16 ‘Tetapi aku menjawab bahawa menurut adat orangRom, seseorang itu tidak boleh diserahkan sebelumberhadapan dengan pendakwanya dan diberi peluangmembela diri. 17 Apabila mereka datang ke sini, es-oknya tanpa berlengah-lengah aku duduk sebagai hakimdan mengarahkan supaya orang itu dibawa masukke mahkamah. 18 Para pendakwanya mengemukakantuduhan tetapi tiada satu pun merupakan perbuatanjahat sebagaimana aku jangkakan. 19 Semua tuduhan ituberlegar sekitar perselisihan tentang agama, tentang se-orang bernama Isa yang sudah mati dan dikatakan hidupsemula oleh Paulus. 20 Aku pun tidak tahu bagaimanahendakmengadili hal itu, lalu bertanya kalau diamahu keBaitulmaqdis supaya dibicarakan di sana. 21Tetapi Paulusmeminta tangguh, hendak mengadukan halnya supayadibicarakan di hadapan yang maha mulia Kaisar; lalu akumenyuruh dia dipenjarakan hingga aku menghantarnyakepada Kaisar.’

22Agripa berkata, ‘Aku pun inginmendengar orang itu.’Festus menjawab, ‘Esok dapatlah kamu mendengar-

nya.’Paulus di hadapan Agripa

23 Pada esoknya Agripa dan Bernike berangkat den-gan selengkap kebesarannya, masuk ke dalam balaimahkamah bersama para panglima dan orang yang terke-muka di kota itu. Dengan perintah Festus, Paulus dibawamasuk. 24 Festus berkata, ‘Tuanku Raja Agripa dansidang hadirin. Orang ini didakwa oleh semua orangYahudi, baik yang di Baitulmaqdis mahupun yang disini. Mereka berteriak-teriak bahawa dia tidak patut

Kisah Para Rasul 25:25 88 Kisah Para Rasul 26:7dibiarkan hidup lagi. 25 Tetapi pada pandangan aku,dia tidak melakukan apa-apa kesalahan yang patut di-jatuhkan hukuman mati. Oleh sebab dia sendiri hendakmengadukan halnya kepada yang maha mulia Kaisar, akutelah memutuskan akan menghantarnya kepada Kaisar.26Namun, tiada suatu pun yang pasti untuk aku tuliskantentangnya kepada Kaisar. Itulah sebabnya aku mem-bawanya menghadapmu, dan terutamanya Raja Agripa.Setelah dia disoal nanti, bolehlah didapati sesuatu untukaku tuliskan. 27Pada pandanganku, tidaklah wajar meng-hantarkan seseorang untuk diadili tanpa menyatakantuduhan ke atasnya dengan jelas.’

26Paulus membela diri di hadapan Agripa

1 Setelah itu Agripa berkata kepada Paulus, ‘Sekarangkamu diberi izin untuk membela dirimu.’

Paulus punmemberikan isyarat dengan tangannya lalumembela dirinya demikian, 2 ‘Tuanku Raja Agripa, akuberasa bahagia kerana dapat menjawab tuduhan orangYahudi ke atasku di hadapan kamu pada hari ini; 3 lebih-lebih lagi kerana kamu memahami adat dan perselisihanyang berlaku di kalangan orang Yahudi. Oleh itu akumemohon kamu mendengarku dengan sabar.

4 ‘Semua orang Yahudi telah maklum tentang dirikudari muda lagi, ketika di negeriku dan kemudiannya diBaitulmaqdis. 5Dari mulanya mereka telah mengenaliku,kalaulah mereka mahu bersaksi. Mereka tahu bahawaaku menurut ajaran yang paling keras dalam agama kamikerana aku orang Farisi. 6Sekarang pun aku berdiri di sinidan didakwa kerana aku berharap akan janji Allah kepadanenek moyang kami. 7Dua belas suku bangsa kami tekunmenyembah Allah siang malam dan berharap akan janji

Kisah Para Rasul 26:8 89 Kisah Para Rasul 26:18itu juga. Oleh sebab harapan inilah, aku dituduh olehorang Yahudi. 8 Jika benar Allah membangkitkan orangdaripada kematian, mengapakah pada hematmu hal itutidak dapat dipercayai orang?

9 ‘Satu masa dulu, pada perasaan hatiku, wajar sekaliaku mengambil pelbagai tindakan terhadap pengikut Isaorang Nasaret itu; 10dan aku sudahpun berbuat demikiandi Baitulmaqdis. Setelah mendapatkan kuasa daripadaketua-ketua imam, aku telah memenjarakan ramai orangyang salih; dan apabila mereka dibunuh, aku menyetujuipembunuhan itu. 11 Kerapkali di saumaah-saumaah akumenyeksa mereka dalam usaha memaksa mereka berpal-ing daripada Isa; dan oleh sebab terlalu berang terhadapmereka, aku memburu mereka hingga ke negeri asing.

12 ‘Pada suatu hari sedang aku dalam perjalanan keDamsyik, dengan membawa surat kuasa daripada ketua-ketua imam, 13 pada waktu tengah hari, aku melihatdi tengah jalan suatu cahaya datang dari langit, lebihterang daripada sinar matahari, bersinar mengelilingikudan semua orang yang berjalan bersamaku. 14Aku rebahke bumi, lalu aku mendengar suatu suara berkata dalambahasa Ibrani kepadaku, “Saul, Saul, mengapakah engkaumenganiaya Aku? Sukarlah bagimu, seperti menendangsesuatu yang tajam.”

15 ‘Aku bertanya, “Siapakah Engkau, Tuan?”‘Dia menjawab, “Akulah Isa yang kauaniayakan.

16 Tetapi bangunlah, berdirilah. Aku menampakkandiri kepadamu untuk memberitahumu bahawa engkauakan membuat kerja-Ku, dan bersaksi tentang engkaumelihat-Ku ini, dan tentang apa yang akan Kutunjukkanlagi kepadamu. 17 Aku akan menyelamatkanmudaripada orang Yahudi dan bangsa lain juga. Aku akanmengutusmu kepada mereka, 18 untuk mencelikkan

Kisah Para Rasul 26:19 90 Kisah Para Rasul 26:26mata mereka dan membawa mereka daripada kegelapankepada cahaya, daripada kuasa Iblis kepada kuasa Allah.Dengan demikian dosa mereka akan diampunkan danmereka akan menjadi umat yang dipilih oleh Allahkerana mereka percaya akan Aku.”

19 ‘Oleh itu, Tuanku Raja Agripa, aku dengan sepenuhrela menurut perintah dari penglihatan yang datangdari syurga itu. 20 Aku telah menyampaikan kepadasemua orang Damsyik, Baitulmaqdis dan seluruh tanahYudea, juga kepada orang bangsa asing, bahawa merekahendaklah bertaubat dan berpaling kepada Allah sertaberkelakuan selaras dengan pertaubatan itu. 21 Itulah se-babnya orang Yahudi menangkapku di dalam rumah iba-dat, serta mencari jalan hendak membunuhku. 22 Tetapihingga saat ini Allah telah menolongku dan aku berdiridi sini sambil bersaksi kepada orang besar dan orangbiasa, dengan mengatakan perkara yang telah dinubu-atkan oleh nabi-nabi dan oleh Musa: 23 iaitu al-Masihpasti mengalami kematian dan menjadi orang yang per-tama bangkit daripada kematian. Dengan demikian Diamengisytiharkanpenyelamatan kepada orangYahudi danbangsa lain, penyelamatan yang seperti cahaya bagi se-mua.’

24 Sedang Paulus menegakkan pembelaannyademikian, Festus berkata dengan suara nyaring, ‘Kamugila, Paulus; ilmu yang terlalu banyak menjadikan kamugila.’

25 Paulus menjawab, ‘Aku bukannya gila, Festus yangmulia. Aku mengatakan perkara yang benar dan bi-jaksana. 26 Tuanku Raja Agripa, aku berani berkata-kata di hadapanmu dengan bebas kerana aku tahu didalam hati bahawa kamu faham akan perkara-perkaraini, memandangkan segalanya tidaklah berlaku di tempat

Kisah Para Rasul 26:27 91 Kisah Para Rasul 27:4yang tersembunyi. 27 Tuanku Raja Agripa, percayakahkamu akan kata nabi-nabi itu? Aku tahu bahawa kamupercaya.’

28 Agripa berkata kepada Paulus, ‘Dengan sepatah duakatamu, kausangka dapat menjadikanku orang Masihi?’

29 Paulus menjawab, ‘Sepatah dua atau banyak, akuberdoa kepada Allah, mudah-mudahan kamu dansekalian yang mendengar kata-kataku hari ini akanmenjadi sama sepertiku, cuma tidak diikat denganrantai.’

30 Raja Agripa, Festus pemerintah Kaisarea, Bernikedan semua yang bersama mereka, 31 berangkat keluardari mahkamah sambil berbincang. Seorang daripadamereka berkata, ‘Orang itu tidakmelakukan apa-apa yangmenyebabkan dia patut dibunuh atau dipenjara.’

32 Agripa berkata kepada Festus, ‘Orang ini bolehdibebaskan, kalau tidak kerana dia hendak mengadukanhalnya kepada Kaisar.’

27Pelayaran Paulus ke Rom

1 Setelah diputuskan bahawa kami akan belayar ke Itali,Paulus dan beberapa orang tahanan diserahkan kepadaseorang ketua tentera dari Rejimen Kaisar, bernamaYulius. 2 Kami menaiki sebuah kapal yang datang dariAdramitium dan hendak menyusur teluk rantau tanahAsia. Aristarkhus, orang Makedonia dari Tesalonika,menyertai kami.

3Esoknya kami singgah di Sidon. Yulius berasa kasihandan melayani Paulus dengan baik serta membenarkan-nya bertemu dengan sahabat-sahabatnya untuk menda-patkan apa-apa yang diperlukannya. 4 Kemudian kami

Kisah Para Rasul 27:5 92 Kisah Para Rasul 27:15belayar menyusur Siprus di sebelah bawah angin, ker-ana ketika itu angin bertiup ke arah yang bertentangandengan hala tujuan kami. 5 Setelah menyeberang lautKilikia dan Pamfilia, kami sampai ke Mira di tanah Likia.6Di sana ketua tentera Kaisar itu mendapati sebuah kapaldari Iskandaria yang hendak belayar ke Itali, lalu diamenumpangkan kami dalam kapal itu. 7 Kami belayardengan lambat dan susah payah kerana melawan arahtiupan angin. Selepas beberapa hari, kami tiba di kotaKnidus. Oleh sebabmasalah angin itu, kami belayar ke se-latanpulauKreta,melalui Salmone. 8Dengan susahpayahjuga kamimenyusur pulau itu, lalu sampai ke tempat yangbernama Lindungan Indah, berdekatan Lasea.

9Beberapa hari kemudian, keadaan kian berbahaya un-tukmeneruskanpelayaran. Hari RayaPuasa orangYahudipun sudah berlalu. Paulus mengingatkan ketua tenteraitu, 10 ‘Saudara-saudara, pada pandanganku, jika kitabelayar, banyak bencana dan kerugian akan menimpa,bukan sahaja kapal ini dan muatannya malah nyawa kitajuga.’ 11 Tetapi ketua tentera itu lebih mempercayai katakapten dan tuan punya kapal itu daripada kata Paulus.12Pelabuhan itu memang tidak selesa untuk tinggal sepa-njangmusimdingin. Oleh itu kebanyakanmereka hendakmeneruskan pelayaran dengan harapan akan sampai keFeniks lalu tinggal di situ, di pelabuhan di pulau Kretayang menghadap barat daya dan barat laut.

Kapal terkandas13 Apabila bertiup angin selatan sepoi-sepoi bahasa,

sangka mereka telah tercapailah hasrat mereka. Merekapun membongkar sauh lalu menyusur pulau Kreta.14Tidak berapa lama kemudian, angin ribut yang bergelarTimur Laut membadai dari arah pulau itu. 15 Kapal kami

Kisah Para Rasul 27:16 93 Kisah Para Rasul 27:27dipukul ribut dan tidak terdaya belayar melawan arahangin. Kami punmembiarkannya berhanyut, 16 sampai keselatan sebuah pulau kecil bernama Kauda. Dengan susahpayah kami menyelamatkan sekoci kapal itu. 17 Setelahdinaikkan sekoci itu ke kapal, diusahakan memperkukuhkapal itu dengan ikatan tali. Oleh sebab takut terdamparke tebing Sirtis, layar diturunkan dan kapal itu dibiarkanmengikut angin. 18 Kami begitu teruk dipukul ributsehingga esoknya muatan kapal mula dibuang ke laut;19dan lusanya sebahagian alat kapal itu pula dibuangkan.20Beberapa hari kami tidakmelihatmatahari dan bintangserta dipukul ribut yang dahsyat; akhirnya putuslah hara-pan kami diselamatkan.

21 Sekian lama orang di dalam kapal itu tidak makan,lalu Paulus berdiri dan berkata, ‘Saudara-saudara, sep-atutnya dulu saudara-saudara menurut kataku, janganbelayar meninggalkan Kreta, nanti ditimpa bencana dankerugian demikian. 22 Sekarang aku berkata kepadasaudara-saudara, tetapkan hati masing-masing, keranaseorang pun tidak akan kehilangan hidup, hanya kapal initidak dapat diselamatkan. 23Malam tadi, di sisi aku terdirimalaikat daripada Allah, Tuhan yang memiliki seluruhdiriku dan yang aku sembah. 24 Malaikat itu berkata,“Paulus, jangan takut. Kau pasti akan berdiri di hadapanKaisar. Semua yang belayar bersamamu akan disela-matkan juga sebagai kurnia Allah kepadamu.” 25 Olehitu, saudara-saudara, tetapkanlah hati masing-masing.Aku percaya akan Allah dan janji-Nya yang disampaikankepadaku itu. 26 Tetapi tidak dapat dielakkan, kita akanterdampar di sebuah pulau.’

27 Sampai ke malam yang keempat belas kami masihberhanyut dalam Laut Adria. Kira-kira tengah malam,anak kapal merasakan kami sudah hampir ke darat.

Kisah Para Rasul 27:28 94 Kisah Para Rasul 27:4128Mereka membuang batu duga untuk mengukur dalam-nya laut, didapatinya dua puluh depa; kemudian, apa-bila diduga lagi, didapatinya lima belas depa dalamnya.29Mereka takut kalau-kalau terdampar pada batu karang,lalu mereka menurunkan empat sauh dari buritan kapalserta menanti hari siang. 30Ketika itu anak kapal hendakmenyelamatkan diri sendiri. Mereka menurunkan sekocike laut dengan berpura-pura hendakmenurunkan sauhdihaluan kapal. 31Paulus pun berkata kepada ketua tenteradan askar-askar, ‘Jika mereka itu meninggalkan kapal,saudara-saudara tidak akan selamat.’ 32 Oleh itu askarmengerat tali sekoci dan membiarkannya hanyut.

33 Sementara menunggu hari siang, Paulus memintasemua orang makan. Dia berkata, ‘Sekarang sudah em-pat belas hari saudara-saudara berlapar. 34 Aku mem-inta kepada sekalian, makanlah sesuatu, kerana itulahyang akan membuat saudara-saudara selamat. Tiadaseorang pun di antara kita yang akan binasa sehelairambutnya pun.’ 35 Setelah berkata demikian, Paulusmengambil roti lalu mengucapkan syukur kepada Allahdi hadapan semua. Kemudian dia membahagi roti itulalu makan. 36 Masing-masing pun berasa bersemangatlagi lalu makan bersama-sama. 37 Bilangan kami yangdi dalam kapal itu dua ratus tujuh puluh enam orang.38Setelah kenyang sekaliannya, kapal itu diringankan lagidengan membuang gandum ke laut.

39 Apabila hari siang, mereka melihat daratan yangtidak dikenali; di situ ada teluk yang berpantai rata lalumereka bercadang hendak mengandaskan kapal itu kesitu. 40Mereka memotong tali sauh dan membiarkannyatenggelam di laut. Selepas itu mereka melucutkan talikemudi lalu menaikkan layar di haluan supaya angin me-niup kapal itu menuju ke pantai. 41 Kapal itu terlanggar

Kisah Para Rasul 27:42 95 Kisah Para Rasul 28:6busung pasir lalu terkandas haluannya, dan tidak dapatbergerakmanakala buritannyapecahdipukul gelombang.42 Askar-askar mula berura-ura hendak membunuh se-mua orang tahanan supaya tidak seorang pun berenangmelarikan diri.

43 Tetapi ketua tentera itu hendak menyelamatkanPaulus lalu melarang askar-askarnya berbuat demikian.Dia menyuruh mereka yang tahu berenang terjun dahuludan berenang ke darat. 44 Yang lain berpegang padapapan atau pecahan-pecahan kapal. Dengan demikiansemuanya selamat naik ke darat.

28Paulus di Pulau Malta

1 Setelah selesai segalanya, barulah kami mendapat tahubahawa pulau itu bernama Malta. 2 Penduduk pulau itubersikap ramah mesra kepada kami. Mereka menyalakanapi dan menyambut kami sekalian masuk berlindungdaripada hujan dan kesejukan. 3 Paulus memungut rant-ing dan apabila dia meletakkannya di atas api, seekorular keluar melarikan diri dari kepanasan lalu memaguttangan Paulus. 4 Apabila penduduk pulau itu melihatular tersebut pada tangan Paulus, mereka berkata samasendiri, ‘Tentu dia ini seorang pembunuh; sungguhpundia selamat daripada bahaya laut, tetapi Dewi Keadilantidak membiarkan dia hidup.’ 5 Paulus mengebaskan ularitu ke dalam api tanpa mengalami sebarang kecederaan.6 Semuanya menantikan kalau-kalau dia naik bengkakatau rebah mati; tetapi lama mereka menanti-nanti,tidak jugamerekamelihat apa-apa bencanamenimpanya.Sangkaan mereka pun berubah, mengatakan Paulus ituseorang dewa.

Kisah Para Rasul 28:7 96 Kisah Para Rasul 28:177 Di daerah itu ada tanah yang dipunyai oleh Pub-

lius, pemerintah pulau itu. Dia menyambut kami danmelayani kami selama tiga hari dengan budi bahasa yangbaik. 8Ketika itu bapa Publius terlantarmengidap demamdan mengalami cirit-birit. Paulus masuk mengham-pirinya lalu berdoa sambil meletakkan tangan ke atasnyadan menyembuhkannya. 9 Selepas itu, beberapa orangyang mengidap penyakit di pulau itu datang berjumpaPaulus, lalu dia menyembuhkan mereka. 10 Mereka me-nunjukkan penghargaan yang tinggi kepada kami; danapabila kami hendak belayar, mereka membawa pelbagaibarang yang berguna ke dalam kapal sebagai bekalanuntuk kami.

Paulus tiba di Rom11 Tiga bulan kemudian, kami belayar dalam sebuah

kapal bernama Dioskuri yang telah datang dari Iskan-daria dan tinggal di pulau itu sepanjang musim dingin.12 Kami singgah di Sirakusa lalu tinggal di sana tiga hari,13 kemudian belayar ke kota Regium. Esoknya anginmula bertiup dari selatan dan lusanya kami sampai kePutioli. 14Di sana kami bertemu saudara-saudara seimanlalu menerima ajakan tinggal bersama mereka selamatujuh hari. Kemudian sampailah kami ke Rom. 15 Parapengikut Isa di Rommendengar khabar tentang kami laludatang dari sana sampai ke Pasar Apius dan Kedai Tigauntuk bertemu dengan kami. Apabila Paulus melihatmereka, dia mengucapkan syukur kepada Allah dan men-jadi tabah. 16 Di Rom Paulus dibenarkan tinggal seorangdiri, hanya dijaga oleh seorang askar.

Khutbah Paulus di Rom17Tiga hari kemudian, Paulus meminta para pemimpin

masyarakat Yahudi datang berjumpa dengannya. Dia

Kisah Para Rasul 28:18 97 Kisah Para Rasul 28:26berkata kepada mereka, ‘Saudara-saudara, sungguh-pun aku tidak melakukan sebarang kesalahan terhadapbangsa kita atau melanggar adat nenek moyang kita,namun aku ditahan di Baitulmaqdis lalu diserahkan ketangan orang Rom. 18Mereka memeriksa perkaraku danhendak membebaskanku kerana mereka mendapati akutidak melakukan satu kesalahan pun yang patut dihukummati. 19 Apabila orang Yahudi menentang keputusanitu, terpaksalah aku meminta hendak mengadu kepadaKaisar; tetapi bukanlah kerana hendak mengajukan apa-apa dakwaan terhadap bangsa kita. 20 Itulah sebabnya akumeminta saudara-saudara bertemu dan bercakap denganaku. Aku dibelenggu begini kerana Dia yang diharapkanoleh orang Israel.’

21 Mereka berkata kepada Paulus, ‘Kami belum men-dapat surat dari Yudea tentang saudara. Tiada seorangpun yang datang ke sini menyebutkan apa-apa kesala-han saudara. 22 Tetapi kami ingin mendengar penda-pat saudara, kerana kami tahu orang di serata tempatmencela ajaran yang saudara anuti.’

23Merekamenetapkan hari untuk bertemu lagi denganPaulus. Pada hari itu lebih ramai lagi yang datang ketempat dia menumpang itu. Dia menerangkan segala-galanya, bersaksi tentang kerajaan Allah dan berusahameyakinkan mereka tentang Isa dengan menunjukkanbukti dalam Taurat Musa dan tulisan para nabi, dari pagihingga ke malam. 24 Ada yang percaya akan katanya itudan ada yang tidak. 25 Mereka pergi dari situ denganpendapat yang bercanggah sesama sendiri, setelah Paulusberkata, ‘Benarlah apa yang dikatakan oleh Roh Sucimelalui Nabi Yasyaya kepada nenek moyang kita,26 ‘ “Pergilah kepada bangsa ini dan katakan:

Kisah Para Rasul 28:27 98 Kisah Para Rasul 28:31‘Kamu akan mendengartetapi tidak mengerti;Kamu terus melihattetapi tidak mengetahui.’

27Kerana hati umat ini telah buntu,mereka pekakkan telinga,dan pejamkan mata.

Kalau tidak demikian, mereka tentu melihatdengan mata,mendengar dengan telinga,dan mengerti dengan hati,lalu berpaling kepada-Kudan Aku menyembuhkan mereka. ” ’

28 Paulus berkata, ‘Saudara-saudara, ketahuilah:perkhabaran tentang penyelamatan yang dikurniakanAllah sekarang telah disampaikan kepada orang bangsaasing. Merekalah yang akan menerimanya.’ 29 SetelahPaulus berkata demikian, orang Yahudi meninggalkantempat itu sambil bertengkar hebat sesama mereka.

30 Paulus tinggal selama dua tahun di rumah yangdisewanya sendiri. Dia menyambut semua yang mengun-junginya 31 dan menyampaikan ajaran tentang kerajaanAllah serta Junjungan Isa al-Masih dengan berani danbebas, tiada siapa yang menghalangnya.

99Kitab Suci Zabur dan Injil

Contextualized New Testament in the Malay language of Malaysia.Copyright © 2013 Pengamat Kitab MuliaLanguage: Bahasa Malaysia (Malay)This translation is made available to you under the terms of the Creative CommonsAttribution-No Derivatives license 4.0.Youmay share and redistribute this Bible translation or extracts from it in any format,provided that:

You include the above copyright and source information.You do not make any derivative works that change any of the actual words or

punctuation of the Scriptures.Pictures includedwith Scriptures and other documents on this site are licensed just forusewith those Scriptures and documents. For other uses, please contact the respectivecopyright owners.2014-04-01PDF generated using Haiola and XeLaTeX on 13 Jun 2019 from source files dated 1 Dec2018648b665b-0b0d-5152-8152-17df023a0827