kepentingan pendidikan terhadap pembangunan negara

Upload: armadaramor-shi

Post on 03-Jun-2018

1.134 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

  • 8/12/2019 Kepentingan Pendidikan Terhadap Pembangunan Negara

    1/2

    KEPENTINGAN PENDIDIKAN TERHADAP PEMBANGUNAN NEGARA

    Dengan pendidikan seseorang manusia itu dapat dibezakan. Seorang menjadimulia kerana pendidikan manakala seorang lagi boleh menjadi hina kerananya.

    Pendidikan dapat mengubah hala tuju dan nasib hidup seseorang

    Pertamanya, Pendidikan dapat membangunkan masyarakat dalam sesebuahnegara. Melalui pendidikan seseorang indidvidu yang buta boleh menjadi celikdan seorang yang dungu boleh menjadi cerdik. Dengan itu ia akan menyumbangkepada institusi masyarakat seterusnya membangunkan asyarakat dalamsesebuah negara.

    Keduanya, dengan pendidikan ini, ia mampu mengeluarkan seseorang atausesebuah keluarga daripada kepompong kemiskinan

    Walau bagaimanapun, bagi merealisasikannya kita memerlukan komitmensemua pihak. Kita maklum bahawa pada tahun ini Negara kita bakal menyambut50 tahun kemerdekaan. Apakah pada usia 50 tahun ini bangsa kita masih lagiberada di takuk yang lama, membiarkan bangsa-bangsa asing memonopolibidang yang sepatutnya bangsa kita sendiri yang mengunggulinya. Sebenarnyadalam mengejar pembangunan ini, selain pendidikan, sikap bangsa kita juga

    perlu berubah. Masa untuk menunggu peluang datang bergolek ke atas ribasudah lama berlalu. Setiap orang perlulah mengintai peluang kekosongan yangada dalam membangunakan segala projek yang telah direncanakan.

    Baru-baru ini terdapat beberapa projek mega untuk pembangunan negara telahdilancarkan, antaranya adalah Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) danWilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER). Sekilas pandang, projek-projek inimencerminkan satu kekuatan ekonomi jangka panjang yang terancang untukpembangunan negara. Jadi persoalannya kini bagaimanakah peluang ini dapatdiambil oleh bangsa kita jika mereka masih ketinggalan dalam aspekpendidikan? Terdapat segelintirnya yang masih lagi dilihat malas, membuangmasa menjadi hanya pak turut' dalam gejala sosial yang negatif, dan bagaimanapula kemajuan negara hendak dicapai dalam masa yang telah ditetapkan? Jikapeluang yang ada, tidak direbut oleh bangsa kita, di manakah letaknya bangsakita pada masa akan datang? Itu yang perlu difirkan.

  • 8/12/2019 Kepentingan Pendidikan Terhadap Pembangunan Negara

    2/2

    Justeru kita merasakan, pendidikan yang sempurna itu penting dalam menerajuisesebuah pembangunan negara. Kita tidak mahu pembangunan yang dirancangini semata-mata hanya menampilkan peluang pekerjaan kepada bangsa lain

    atau warga asing yang sentiasa mengintai peluang yang ada. Kita mahu bangsaMelayu itu sendiri memanfaatkan ilmu pengetahuan dalam menjayakan projekyang ada seterusnnya mengubah nasib hidup mereka.

    Apa yang pasti, ilmu itu amatlah penting untuk diteroka dan didalami. Maksudmendalaminya bukan lagi secara akademik ataupun ilmiah tetapi lebih menjuruskepada penghayatan ilmu itu sendiri. Memang benar kita banyak mempunyaipara ilmuan yang dilahirkan oleh beberapa universiti, tetapi itu bukan bermaknakita mempunyai segala-galanya. Kini kita memerlukan mereka yang mempunyai

    pelbagai cabang ilmu. Terutama ilmu kemahiran yang pelbagai bagi kepentingannegara di masa mendatang.

    Justeru itu, kepentingan pendidikan atau ilmu pengetahuan itu sangatlahpenting untuk diberikan ruang yang selayaknya dalam kita sama-samamenyambut 50 tahun kemerdekaan. Moga-moga dengan berbekalkan ilmupendidikan yang seimbang, ia mampu menjadi wadah ke arah kecemerlanganummah dan negara.

    seseorang untuk menjadi apa yang dia hendak jadi. Dengan pendidikan