kata tugas.ppt

126

Upload: hasnah-bte-hassan

Post on 12-Aug-2015

346 views

Category:

Documents


27 download

DESCRIPTION

Para guru haruslah mengikuti perkembangan bahasa supaya dapat mendidik anak didik mereka dengan lebih sempurna dan terkini.

TRANSCRIPT

Page 1: KATA TUGAS.ppt
Page 2: KATA TUGAS.ppt

Kata tugas ialah perkataan yang tergolong ke dalam golongan kata yang bersifat pelbagai jenis atau heterogen, iaitu tidak boleh menjadi unsur inti frasa-frasa endosentrik: frasa nama, frasa kerja, dan frasa adjektif.

Kata-kata tugas hadir dalam ayat, klausa, atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu sama ada sebagai penghubung, penerang, penentu, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri, atau tugas-tugas lain. Berdasarkan tugas-tugas yang disebutkan di atas, maka kata tugas dapat dijeniskan kepada jenis-jenis yang berikut:

Page 3: KATA TUGAS.ppt

Jenis Kata Tugas Jenis Kata Tugas1. Kata hubung 10

.Kata pemeri

2. Kata seru 11.

Kata sendi nama

3. Kata tanya 12.

Kata pembenar

4. Kata perintah 13.

Kata arah

5. Kata pangkal ayat 14.

Kata bilangan

6. Kata bantu 15.

Kata penekan

7. Kata penguat 16.

Kata pembenda

8. Kata penegas 17.

Kata adverba

9. Kata nafi

Page 4: KATA TUGAS.ppt

1.2 Kelompok Dasar Kata TugasUntuk memudahkan penghuraian, bolehlah dikelompokkan 16 jenis kata tugas ini ke dalam empat kelompok, berdasarkan kriteria kedudukan dan fungsinya dalam binaan ayat, sebagai berikut:1.Kata penyambung ayat2.Kata praklausa 3.Kata prafrasa4.Kata pascakata

Page 5: KATA TUGAS.ppt

Tiap-tiap kelompok mengandungi jenis-jenis kata tugas tertentu, iaitu kata hubung. Kata hubung terdiri daripada dua jenis:Kata penyambung ayat, yang terdiri daripada satu jenis kata tugas, iaitu kata hubung. Kata hubung terdiri daripada dua jenis:Kata hubung gabunganKata hubung pancangan1.Keterang2.Komplemen3.Relatif

Page 6: KATA TUGAS.ppt

 (II) Kata praklausa1.Kata seru2.Kata tanya3.Kata perintah4.Kata pembenar5.Kata pangkal ayat

Page 7: KATA TUGAS.ppt

  

(III) Kata prafrasa1.Kata bantu2.Kata penguat3.Kata penegas4.Kata nafi5.Kata pemeri6.Kata sendi nama7.Kata arah8.Kata bilangan9.Kata adverba

Page 8: KATA TUGAS.ppt

 (IV) Kata pascakata1.Kata penekan2.Kata pembenda

Page 9: KATA TUGAS.ppt

1.2.1 Kata Penyambung AyatKata penyambung ayat ialah kata hubung, iaitu sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat berlapis, yang dikenali sebagai ayat majmuk. Terdapat dua jenis ayat majmuk yang terbentuk. Iaitu ayat majmuk gabungan dan ayat majmuk pancangan. Ayat majmuk gabungan dihubungkan dengan kata hubung gabungan, manakala ayat majmuk pancangan dihubungkan dengan kata hubung pancangan.

Page 10: KATA TUGAS.ppt

1.2.1.1 Kata hubung gabunganKata hubung gabungan ialah jenis kata yang menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya. Ayat yang berbentuk yang menggunakan kata hubung gabungan ini disebut ayat majmuk gabungan. Berikut diberi beberapa contoh kata hubung gabungan:

dan laluatau malahan

tetapi sambilserta kemudian

Page 11: KATA TUGAS.ppt

Penggunaan dalam ayat seperti yang berikut:1.Ezora mengemas rumah dan kakaknya membasuh kain.2.Saiful ke meja tulisnya lalu membuka laci.3.Pelancong-pelancong itu dijadualkan pergi ke Melaka atau ke Negeri Sembilan..

Page 12: KATA TUGAS.ppt

1.2.1.2 Kata hubung pancanganKata hubung pancangan ialah sejenis kata hubung yang menyambung klausa-klausa tak setara atau klausa pancangan pada klausa utama atau klausa induk. Kata hubung pancangan terbahagi kepada tiga jenis, iaitu:1.Kata hubung pancangan relatif2.Kata hubung pancangan komplemen3.Kata hubung pancangan keterangan

Page 13: KATA TUGAS.ppt

 I) Kata hubung pancangan relatifKata hubung pancangan relatif atau ringkasannya kata relatif ialah kata yang berfungsi menghubungkan klausa utama dengan satu klausa kecil yang lain. Bentuk kata hubung jenis ini ialah yang.

Beberapa contoh ayat yang mempunyai kata relatif adalah seperti yang berikut:1.Mereka menonton wayang yang hangat diperkatakan sekarang.2.Ayah menghalau lipas yang sedang bergerak pantas.3.Kakak membeli baju kebaya yang berwarna merah jambu.

Page 14: KATA TUGAS.ppt

 II) Kata hubung pancangan komplemenKata hubung pancangan komplemen, ringkasnya kata komplemen, berfungsi menghubungkan satu klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada satu klausa utama. Dua contoh komplemen yang sering digunakan ialah bahawa dan untuk. Contoh ayatnya seperti:1.Majikan itu mengatakan bahawa semua pekerja di bawah jagaannya rajin-rajin belaka.2.Penduduk-penduduk di perumahan itu tahu bahawa pemimpin mereka akan datang.3.Alat-alat canggih itu akan digunakan untuk konsert esok.4.Untuk hidup bahagia pada masa hadapan, berusahalah dari sekarang.

Page 15: KATA TUGAS.ppt

 III) Kata hubung pancangan keteranganKata hubung pancangan keterangan, ringkasnya kata keterangan, berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada satu klausa utama. Beberapa contoh kata keterangan seperti berikut:

kerana agar meskipunsekiranya semoga supayakalau andai kata kendatipunhingga jika(lau) semasasementara setelah sewaktuketika tatkala untukwalaupun sungguhpun apabila

Page 16: KATA TUGAS.ppt

 Penggunaan dalam ayat adalah seperti yang berikut:1.Sementara menunggu nasi masak, ibu membuat sambal belacan.2.Tatkala hari sudah gelap, penyeledup-penyeludup rokok itu mula berurusan.3.Apabila guru masuk ke dalam kelas, murid-murid pun berdiri memberi hormat.4.Andai kata saya seorang jutawan, saya tidak lupa untuk berderma.

Page 17: KATA TUGAS.ppt

 1.2.2 Kata PraklausaKata praklausa ialah sejumlah perkataan yang terletak di hadapan klausa, iaitu yang terdiri daripada kata seru, kata tanya, kata perintah, kata pembenar, dan kata pangkal ayat. Tugas perkataan-perkataan yang demikian adalah untuk menimbulkan seruan, pertanyaan, pengiyaan, atau penerang pangkal kepada klausa.Bentuk-bentuk kata yang tergolong sebagai kata praklausa ialah:1.Kata seru2.Kata tanya3.Kata perintah4.Kata pembenar5.Kata pangkal ayat

Page 18: KATA TUGAS.ppt

 1.2.2.1 Kata seru

Kata seru ialah bentuk kata yang berfungsi melahirkan berbagai-bagai perasaan dan digunakan dalam ayat seruan. Contoh kata seru seperti:

aduh amboicis ohcelaka ehwah syabasaduhai wahai

Page 19: KATA TUGAS.ppt

Penggunaan dalam ayat adalah seperti yang berikut:

1.Aduh, pedihnya lukaku ini!2.Celaka, bekalan makanan aku yang dipijaknya!3.Wah, besarnya kereta awak ini!4.Tahniah, awak telah menjadi johan pertandingan silat ini!

Page 20: KATA TUGAS.ppt

1.2.2.2 Kata tanya

Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu atau menyoalkan sesuatu, contohnya mengapa, berapa, bila, dan bagaimana. Kata tanya hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripada predikat. Sekiranya kata tanya dikedepankan, maka kehadirannya dalam bentuk tulisan hendaklah disertai partikel -kah. Penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut:

1.Pak Demang tiba bila?

2.Bilakah Pak Demang dan isteri akan pulang?

3.Bagaimanakah cerita hantu itu berakhir?

Page 21: KATA TUGAS.ppt

Ada tiga bentuk kata ganti nama yang digunakan juga sebagai kata tanya, iaitu apa, siapa, dan mana, contohnya:

1.Yang di dalam mangkuk itu apa?

2.Buku hitam itu mana?

3.Siapakah yang menolong awak semalam?

Page 22: KATA TUGAS.ppt

1.2.2.3 Kata perintah

Kata perintah ialah perkataan yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap perintah, arahan, larangan, silaan, atau permintaan. Contohnya kata perintah ialah jangan, usah, sila, jemput, minta, tolong, dan harap. Penggunaanya dalam ayat adalah seperti berikut:

1.Jangan buang sisa makanan di sini.

2.Jemput duduk!

3.Silalah tuan-tuan kemukankan soalan.

4.Tolonglah senyap sebentar.

Page 23: KATA TUGAS.ppt

1.2.2.4 Kata pembenar

Kata pembenar ialah perkataan yang mengesahkan sesuatu pernyataan. Contoh kata pembenar ialah ya, benar, dan betul. Penggunaannya dalam aya adalah seperti berikut:

1.Ya, inilah rumah penyanyi itu.

2.Benar, guru tidak hadir hari ini.

3.Betul, itulah angkasawan yang kacak itu.

Page 24: KATA TUGAS.ppt

1.2.2.5 Kata pangkal ayat

Kata pangkal ayat ialah perkataan yang hadir di bahagian hadapan ayat yang menjadikan penanda kesinambungan ayat dalam wacana. Contoh kata pangkal ayat adalah seperti yang berikut:

hatta kalakianmaka sebermulasyahadan sekali peristiwaadapun arakianalkisah

Page 25: KATA TUGAS.ppt

Perkataan ini umumnya digunakan dalam bahasa Melayu Lama. Penggunaanya dalam ayat adalah seperti yang berikut:

1.Kalakian berlakulah permusuhan antara kedua-dua kerajaan itu.

2.Sekali peristiwa Sultan Mahmud berangkat ke Pahang.

3.Arakian bersemayamlah baginda di Melaka.

Page 26: KATA TUGAS.ppt

1.2.3 Kata Prafrasa dan Kata Pascafrasa

Kata Prafrasa dan Kata Pascafrasa ialah sejumlah perkataan yang terletak di hadapan frasa, iaitu sama ada frasa nama, frasa kerja, atau frasa adjektif. Kata prafrasa ini mendukung tugas-tugas maksud yang terkandung dalam ayat seperti tugas membantu, menguatkan, menegaskan, menafikan, memerikan, menyendikan, menunjukkan arah, dan membilang. Berdasarkan tugas-tugas ini, maka kata prafrasa mengandungi sembilan jenis, iaitu:

Page 27: KATA TUGAS.ppt

1.Kata bantu 6. Kata sendi nama

2. Kata penguat 7. Kata arah

3. Kata penegas 8. Kata bilangan

4. Kata nafi 9. kata adverba

5. Kata pemeri

Page 28: KATA TUGAS.ppt

1.2.3.1 Kata bantu

Kata bantu ialah sejenis perkataan yang bertugas membantu frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama, iaitu dengan menimbulkan makna-makna tambahan dari segi aspek waktu atau ragam. Oleh yang demikian, kata bantu boleh dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kata bantu aspek dan kata bantu ragam.

Page 29: KATA TUGAS.ppt

i) Kata bantu aspek

Kata bantu aspek menimbulkan suasana perbezaan masa, iaitu sama ada masa lampau, masa kini, atau masa hadapan. Bentuk-bentuk kata bantu ialah telah, sudah, pernah, sedang, masih, akan dan belum yang masing-masing digunakan seperti di alam ayat-ayat berikut:

Page 30: KATA TUGAS.ppt

Ayat kata bantu aspek masa

1. Pelajar itu telah pulang dari sekolah. lampau

2. Pelayan-pelayan restoran itu sudah makan. lampau

3. Saya pernah ke Sentosa. lampau

4. Mereka sedang berkhemah di kaki bukit. kini

5. Pegawai polis masih menyiapkan laporan itu. kini

6. Cikgu Bedah akan ke perputakaan esok. hadapan

7. Pertanyaan kami mengenai surat itu belum berjawab.

hadapan

Page 31: KATA TUGAS.ppt

ii) Kata bantu ragam

Kata bantu ragam ialah bentuk kata yang menyatakan atau menerangkan ragam perasaan yang berkait dengan perbuatan yang dilakukan, seperti hendak, mahu, harus, mesti, boleh, dan dapat. Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti berikut:

1. Penghuni-penghuni rumah tumpangan itu hendak masuk ke bilik.

2. Rita harus cepat supaya tidak ketinggalan bas.

3. Kita boleh bertolak ke Langkawi lusa.

4. Ayah dapat pulang ke kampung pada cuti hari raya nanti.

Page 32: KATA TUGAS.ppt

1.2.3.2 Kata penguat

Kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti kata adjektif dan berfungsi menguatkan maksud yang terkandung dalam kata adjektif. Terdapat tiga jenis kata penguat:

i)Penguat hadapan

ii)Penguat belakang

iii)Penguat bebas

Page 33: KATA TUGAS.ppt

i) Kata penguat hadapan

Kata penguat hadapan ialah perkataan yang letaknya di hadpan kata adjektif. Contohnya, terlalu, paling, dan agak. Penggunaannya dalam ayat adalah seperti berikut:

1. Pokok mangga itu terlalu tinggi.

2. Bagi Roslinah, masakan neneknya yang paling sedap.

3. Pondok itu agak jauh di dalam hutan.

Page 34: KATA TUGAS.ppt

i) Kata penguat belakang

Kata penguat belakang ialah perkataan yang letaknya di belakang kata adjektif. Contohnya sekali, benar, dan nian, seperti dalam ayat-ayat yang berikut:

1. Prestasi pelajar-pelajar bijak itu baik sekali.

2. Lambat benar teksi itu sampai.

3. Indah nian pemandangan di atas bukit ini.

Page 35: KATA TUGAS.ppt

i) Kata penguat bebas

Kata penguat bebas ialah perkataan yang letaknya atau kedudukan bebas, iaitu sama ada di hadpan atau di belakang kata adjektif. Contohnya amat, sangat, dan sungguh sebagaimana yang terdapat dalam ayat-ayat berikut:

1a. Pakaian seragam sekolahnya amat kemas.1b. Pakaian seragam sekolahnya kemas amat.2a. Pemandangan di pantai ini sungguh indah.2b. Pemandangan di pantai ini indah sungguh.3a. Wajah pramugari ini sangat cantik.3b. Wajah pramugari ini cantik sangat.

Page 36: KATA TUGAS.ppt

1.2.3.3 Kata penegas

Kata penegas yang disebut juga partikel ialah sejumlah perkataan yang memberi penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Terdapat dua jenis kata penegas, iaitu:

i)Yang menegaskan hanya frasa predikat atau bahagian-bahagiannya. Contohnya, -kah, -tah, dan –lah.

ii)Yang menegaskan kedua-dua bahagain ayat, iaitu frasa nama sebagai subjek atau bahagiannya atau frasa predikat atau bahagian-bahagiannya. Contohnya, juga, jua, pun, sahaja, lagi dan memang.

Page 37: KATA TUGAS.ppt

Kehadiran -kah, -tah, dan –lah sebagai kata penegas frasa predikat hanya berlaku apabila frasa predikat atau bahagian-bahagian yang ditegaskan itu mengalami proses pendepanan seperti dalam contoh ayat-ayat yang berikut:

1a. Siapakah bapa kamu?1b. Bapa kamu siapakah?2a. Apatah daya saya?2b. Daya saya apatah?

Page 38: KATA TUGAS.ppt

Kedudukan kata penegas dalam ayat (1b) dan (2b) menyalahi hukum tatabahasa, kerana bentuk yang menerima –kah, -tah, dan –lah mesti dikedepankan. Kesemua kata penegas –kah, -tah, dan –lah merupakan bentuk pascafrasa.

Page 39: KATA TUGAS.ppt

Jenis kata penegas yang kedua, iaitu hanya, memang, juga, pun, jua dan lagi bersifat bebas dari segi kehadiran dalam ayat, sama ada dalam subjek atau predikat. Contohnya:

Ayat Subjek Predikat

1. Hanya Patimah seorang yang sudah

hantar kerja rumah

1. Memang Kanak-kanak perempuan

suka permainan itu.

1. Kami juga ingin ke bandar.1. Salji hanya turun pada musim dingin

sahaja.

1. Mereka ingin juga memiliki barang antik itu.

1. Pengurus pun datang.1. Para pembangkang belum tiba lagi. [MARI

BERBINCANG]

Page 40: KATA TUGAS.ppt

1.2.3.4 Kata nafi

Kata nafi ialah perkataan yang menjadi unsur nafi frasa-frasa predikat, iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama. Ada dua bentuk kata nafi, iaitu bukan dan tidak.

Kata nafi bukan boleh menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama. Contihnya:

1.Anak patung itu bukan untuk Siti tetapi untuk adiknya.

2.Projek Robot itu bukan usaha saya.

Page 41: KATA TUGAS.ppt

Kata nafi tidak pula ialah unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif. Contohnya:

1.Anak perempuannya tidak ke sawah hari ini.

2.Kawasan perumahan itu tidak besar sangat.

Walau bagaimanapun, kata nafi bukan boleh juga hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua-dua frasa tersebut mendukung maksud pertentangan maklumat. Contohnya:

1.Rossa bukan sahaja bijak, teapi juga rajin.

2.Ceramahnya bukan menyindir kita tetapi sekadar menasihati sahaja.

Page 42: KATA TUGAS.ppt

1.2.3.5 Kata pemeri

Kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Pemerihalan itu dapat dilakukan melalui dua cara iaitu:

i)Secara persamaan antara subjek dengan predikat atau ekuatif dengan penggunaan kata pemeri ialah,

ii)Secara huraian tentang subjek oleh predikat, dengan penggunaan kata pemeri adalah.

Page 43: KATA TUGAS.ppt

Penggunaan kata pemeri ialah secara persamaan atau ekuatif hadir di hadapan frasa nama seperti dalam ayat-ayat yang berikut:

1.Antara mesej yang penting dalam seminar ibu bapa dan remaja itu ialah usaha memahami isi hati anak remaja dan mengajak mereka sama-sama menyelesaikan keluarga.2.Dalam pengajaran drama pentas, penulisan skrip yang bermutu sangat penting dan perkara yang mustahak juga ialah pengarah yang berkaliber dan bertimbang rasa

Page 44: KATA TUGAS.ppt

Penggunaan kata pemeri adalah pula hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama, seperti dalam ayat-ayat yang berikut:

1. Sumbangan besar pengetua itu adalah dari segi bantuan untuk pelajar-pelajar miskin dan yang lemah.

2. Salah satu ciri pelajar cemerlang adalah rajin mengulang kaji nota-nota yang diberikan oleh guru.

Page 45: KATA TUGAS.ppt

Perlu diingat bahawa penggunaan kata pemeri amat terbatas, dan sebenarnya kurang digalakkan dalam pembentukan ayat bahasa Melayu. Perlu juga diingat bahawa kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja atau kata kerja. Oleh demikian, penggunaan kata pemeri adalah dalam ayat-ayat berikut dianggap menyalahi tatabahasa bahasa Melayu.

Page 46: KATA TUGAS.ppt

1a. Adalah diberitahu sekolah akan ditutup esok.

Χ

1b. Ibu bapa diberitahu bahawa sekolah akan

ditutup esok.

2a. Adalah dimaklumkan bahawa kerja gotong-

royong akan dimulakan pada bulan hadapan.

Χ

2b. Dengan ini dimaklumkan bahawa kerja

gotong-royong akan dimulakan pada bulan

hadapan.

Page 47: KATA TUGAS.ppt

1.2.3.6 Kata sendi nama

Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama. Antara kata-kata sendi nama yang lazimnya digunakan dalam bahasa Melayu ialah:

di bagi laksana antarake demi sejak untukdari tentang terhada

pdengan

daripada

seperti akan dalam

kepada bagai oleh sampaipada umpama hingga

Page 48: KATA TUGAS.ppt

Walaupun semua kata sendi nama hadir di hadapan kata nama atau frasa nama, namun tiap-tiap satu mempunyai tugas atau fungsi yang berlainan dan penggunaannya ditentukan oleh peraturan-peraturan yang khusus, yang akan dijelaskan seterusnya. Tambahan lagi antara kata sendi nama ini terdapat juga iaitu akan (juga berfungsi sebagai kata bantu), dalam (juga berfungsi sebagai kata nama arah dan kata adjektif), sampai (juga berfungsi sebagai kata kerja) dan antara (juga berfungsi sebagai kata arah).

Page 49: KATA TUGAS.ppt

(i)Kata sendi nama “di”

Kata sendi nama di digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi nama ini ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya. Contoh dalam ayat:

1. Ayahnya bekerja di kilang yang canggih itu.

2. Dompet mahalnya terletak di atas meja.

Page 50: KATA TUGAS.ppt

Kata sendi nama di tidak boleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menerangkan waktu, masa, atau zaman. Contohnya:

1a. Cuaca sangat terang pada pagi ini.

1b. Cuaca sangat terang di pagi ini. Χ2a. Para pekerja kilang itu pulang pada waktu malam.

2b. Para pekerja kilang itu pulang di waktu malam.

Χ

Page 51: KATA TUGAS.ppt

(ii) Kata sendi nama “ke”

Kata sendi nama ke digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju dan digunakan juga di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan waktu atau masa. Kata sendi nama ke sebagai kata hadapan juga dieja sebagai satu kata yang terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya. Contohnya:

(a)menunjukkan tempat atau arah

1. Burung merpati itu terbang ke arah rumah kosong itu.

2. Para pelajar sekolah itu akan ke Johor esok.

(b) menunjukkan waktu atau masa

1. Radhiah menanti tunangnya di perhentian kereta api hingga ke malam.

2. Mereka melakukan pemeriksaan mengejut dari semasa ke semasa.

Page 52: KATA TUGAS.ppt

(ii) Kata sendi ke tidak boleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia atau binatang. Oleh sebab itu penggunaannya dalam contoh-contoh kedua (b) tidak betul.

Kata sendi nama ke sering berpadanan dengan sendi nama dari untuk membawa maksud arah ke suatu tempat, atau waktu, seperti yang terdapat dalam contoh-contoh yang berikut:

1.Dari semasa ke semasa

2.Dari penjuru kiri ke penjuru kanan

1a. Berita baik itu hanya sampai kepada pihak pengetua.

1b. Berita baik itu hanya sampai ke pihak pengetua.

Χ

2a. Sisa makanan semalam diberikan kepada kucing.

2b. Sisa makanan semalam diberikan ke kucing. Χ

Page 53: KATA TUGAS.ppt

iii) Kata sendi nama “dari’

Kata sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat, atau waktu atau masa. Ciri ini membezakannya daripada kata sendi nama daripada yang hanya digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber, atau unsur perbandingan atau perbezaan. Contoh penggunaan kata sendi nama dari adalah seperti yang berikut:

Page 54: KATA TUGAS.ppt

(a) menunjukkan tempat atau arah

1a. Para ulama akan membincangkan isu ginjal dari

segi moral.

1b. Para ulama akan membincangkan isu ginjal

daripada segi moral.

Χ

2a. Pasukan pengakap itu meredah hutan dari

Selangor hingga ke Pahang.

2b. Pasukan pengakap itu meredah hutan daripada

Selangor hingga ke Pahang.

Χ

Page 55: KATA TUGAS.ppt

(b) menunjukkan waktu dan masa

1a. Berita buruk itu telah diketahui dari waktu

subuh lagi.

1b. Berita buruk itu telah diketahui daripada

waktu subuh lagi.

Χ

2a. Raja itu terkenal dari kurun ke- 15 lagi.

2b. Raja itu terkenal daripada kurun ke- 15 lagi.

Χ

Page 56: KATA TUGAS.ppt

(iv) Kata sendi nama “daripada” Kata sendi nama daripada hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda, dan unsur mujarad[abstrak], sumber atau asal kejadian sesuatu benda, dan perbezaan atau pertandingan.

Page 57: KATA TUGAS.ppt

a) menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda, dan unsur mujarad. Contohnya:

1a. Jurulatih di zoo itu telah menerima bola

daripada anjing laut itu.

1b. Jurulatih di zoo itu telah menerima bola dari

anjing laut itu.

Χ

2a. Daripada siapakah gerangan hadiah itu?

2b. Dari siapakah gerangan hadiah itu? Χ3a. Benda bulat itu keluar daripada muntah jin.

3b. Benda bulat itu keluar dari muntah jin. Χ4a. Borang permohonan itu boleh didapati

daripada Kementerian Tenaga Manusia.

4b. Borang permohonan itu boleh didapati dari

Kementerian Tenaga Manusia.

Χ

Page 58: KATA TUGAS.ppt

Dalam hubungan ini, perlu ditegaskan bahawa penggunaan kata sendi nama daripada bagi maksud punca hanya terhad kepada manusia, haiwan, dan benda termasuk unsur mujarad jua. Penggunaan kata sendi nama tersebut bagi maksud punca tempat seperti negeri, bandar, pekan, kampung, dan sebagainya dianggap tidak betul. Contohnya:

1a. Abang baru pulang dari Amerika Syarikat.

1b. Abang baru pulang daripada Amerika

Syarikat.

Χ

2a. Pelancong-pelancong itu datang dari

mana?

2b. Pelancong-pelancong itu datang daripada

mana?

Χ

Page 59: KATA TUGAS.ppt

 a)Menyatakan maksud sumber atau asal kejadian sesuatu benda. Contohnya:

1a. Bingkai gambar itu diperbuat daripada kayu jati.

1b. Bingkai gambar itu diperbuat dari kayu jati. Χ2a. Daripada perbincangan itu lahirlah projek mega itu?

2b. Dari perbincangan itu lahirlah projek mega itu?

Χ

Page 60: KATA TUGAS.ppt

  

c) menunjukkan perbezaan atau perbandingan. Contohnya:

1a. Sufiah lebih baik daripada Rozita. √

1b. Sufiah lebih baik dari Rozita. Χ

2a. Harga mainan robot itu lebih mahal daripada harga

biasa.

2b. Harga mainan robot itu lebih mahal dari harga biasa.

Χ

Page 61: KATA TUGAS.ppt

v) kata sendi nama “kepada”

Kata sendi nama kepada terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan.

a)menyatakan sasaran yagn merujuk manusia, haiwan, dan unsur mujarad. Contohnya:

1a. Suzanna mengirim surat kepada ibunya di kampung.

1b. Suzanna mengirim surat ke ibunya di kampung. Χ2a. Ikan goreng panas itu diberikan kepada kucing itu.

2b. Ikan goreng panas itu diberikan ke kucing itu. Χ3a. Pihak sekolah itu menasihat supaya para pelajar tidak

terdedah kepada masalah keciciran.

3b. Pihak sekolah itu menasihat supaya para pelajar tidak

terdedah ke masalah keciciran.

Χ

Page 62: KATA TUGAS.ppt

Namun demikian, kata sendi nama kepada boleh juga digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk institusi yang ada kaitan dengan manusia. Contohnya:

1.Surat rayuan itu telah dikirimkan kepada Kementerian Pendidikan.

2.Persatuan ibu bapa itu menulis surat bantahan kepada sekolah tersebut.

Page 63: KATA TUGAS.ppt

b) menyatakan pecahan. Contohnya:

1.Para penonton dibahagikan kepada dua kumpulan.

2.Aktiviti-aktiviti persatuan itu dipecahkan kepada dua semester.

 

c) menyatakan perubahan keadaan. Contohnya:

1.Prestasi Jabatan Bahasa Melayu itu meningkat kepada tahap yang membanggakan.

2.Keadaan rumah tangga berubah kepada tahap yang membimbangkan.

Page 64: KATA TUGAS.ppt

Kata sendi nama kepada sering digunakan untuk berpadanan dengan kata sendi nama daripada, seperti contoh berikut:

daripada Zaid kepada Rashid

daripada sepuluh kepada lima belas orang

daripada hijau bertukar kepada kuning

Walau bagaimanapun, penggunaannya yang merujuk tempat seperti yang berikut tidak betul:

1a. dari Melaka ke Selangor. √

1b. daripada Melaka kepada Selangor.

Χ

2a. dari ruang tamu ke dapur. √

2b. daripada ruang tamu kepada dapur.

Χ

Page 65: KATA TUGAS.ppt

vi) Kata sendi nama “pada”

Kata sendi nama pada digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat, dan digunakan dalam ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan) dalam beberapa situasi tertentu, seperti yang beikut:

a) menunjukkan keterangan waktu apabila mendahului kata nama yang menyatakan waktu atau masa. Contohnya:

1. Seminar itu bermula pada pukul lapan pagi.

2. Pada waktu pembunuhan itu, ibu bapa remaja itu belum pulang.

3. Bas pelancong itu bertolak pada malam nanti.

Page 66: KATA TUGAS.ppt

b) Kata sendi nama “pada” apabila didahului “ada” mesti diikuti oleh kata nama yang merujuk manusia dan haiwan. Contohnya:

1. Sifat rajin dan kritis ada padanya.

2.Beg berjenama itu ada pada kakaknya.

 

c) Sebagai perkataan yang terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja. Contohnya:

1.Layang-layang itu tersangkut pada pokok mangga yang tinggi.

2.Ketika darurat, pergerakan orang ramai terhad pada kawasan itu sahaja.

3.Tulis keterangan mengenai diri anda pada kertas ini.

Page 67: KATA TUGAS.ppt

Kata sendi nama pada tidak boleh digunakan di hadapan kata nama yang membawa maksud sasaran, seperti contoh yang berikut:

1a. Bungkusan ini dikirimkan kepada para

penghuni rumah itu.

seharusnya

1b. Bungkusan ini dikirimkan pada para penghuni

rumah itu.

2a. Serahkan bukti-bukti kes itu kepada pihak polis.

seharusnya

2b. Serahkan bukti-bukti kes itu pada pihak polis.

Page 68: KATA TUGAS.ppt

Sebagai hasil perkembangan bahasa Melayu, kata sendi nama pada digunakan juga dalam bentuk-bentuk ungkapan seperti yang berikut:

1.Pada pendapat saya, kejayaan yang saya capai itu belum memuaskan.

2.Pada hemat saya, jurang perbezaan antara kaum harus dirapatkan supaya hidup lebih harmoni.

Page 69: KATA TUGAS.ppt

vii) Kata sendi nama “untuk” dan “bagi”

Kata sendi nama untuk dan bagi digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, dengan fungsi tertentu seperti yang berikut:

a) menunjukkan kegunaan untuk sesuatu. Dalam penggunaan yang demikian, kata sendi nama untuk dapat bervariasi dengan kata sendi nama bagi. Contohnya:

1. Asrama

untuk

bagi

pelajar-pelajar sedang dibina.1. Derma orang-orang miskin akan

diusahakan.1. Bas itu kegunaan orang-orang kampung

sahaja.1. Buku-buku kanak-kanak pintar telah

dicetak.

Page 70: KATA TUGAS.ppt

b) menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan. Dalam penggunaan yang demikian, untuk tidak boleh bertukar ganti dengan bagi. Contohnya:

1a. Jam berjenama ini untukmu. √

1b. Jam berjenama ini bagimu. X

2a. Datuk membeli rumah itu untuk ibu.

2b. Datuk membeli rumah itu bagi ibu. X

Page 71: KATA TUGAS.ppt

 

i)Kata sendi nama “demi”

Sebagai kata sendi nama, perkataan demi bertugas membawa makna tujuan dan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama. Contohnya:

1.Semua rakyat mesti bersatu padu demi keharmonian keluarga.

2.Demi kemajuan negara, marilah mempertingkatkan pendidikan dan kemahiran kita.

3.Patuhilah semua peraturan demi menjamin kelancaran acara ini.

Page 72: KATA TUGAS.ppt

 

Oleh sebab perkataan demi sudah membawa maksud tujuan, makna perkataan untuk yang sering digunakan dalam bentuk demi untuk dianggap lewah[berlebih-lebihan] dan seterusnya digugurkan. Contohnya:

1.Semua rakyat mesti bersatu padu demi untuk keharmonian keluarga.

2.Demi untuk kemajuan negara, marilah mempertingkatkan pendidikan dan kemahiran kita.

3.Patuhilah semua peraturan demi untuk menjamin kelancaran acara ini.

Page 73: KATA TUGAS.ppt

 

Kata sendi nama demi digunakan sebagai unsur penegas dalam ungkapan seperti yang berikut:

1.Demi Allah, aku tidak akan mengulangi kesalahan-kesalahan aku yang lalu.

Selain itu, demi juga digunakan dalam ungkapan untuk melahirkan makna urutan satu atau sekumpulan. Contohnya:

1.Majalah itu diatur di rak-rak buku satu demi datu.

2.Dalam pembukaan acara Olimpik di Beijing, kontinjen demi kontinjen berbaris keluar ke stadium.

3.Penulisan perkataan demi perkataan dalam membuat penterjemahan memang membuang masa.

Page 74: KATA TUGAS.ppt

 

ix) Kata sendi nama “tentang”

Kata sendi nama tentang digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarad. Kata nama atau frasa nama yang mengikuti kata sendi nama ini menjadi hal yang diperlakukan atau dibicarakan. Contohnya:

1.Para peserta dikehendaki berbincang tentang masalah masyarakat.

2.Penduduk-penduduk itu berbual tentang kemalangan itu.

3.Tentang rujukan itu, mereka perlu buat kesimpulan.

Page 75: KATA TUGAS.ppt

 

Kata sendi nama tentang sering juga digantikan penggunaannya dengan bentuk mengenai. Perlu diingat bahawa perkataan mengenai sebenarnya tergolong sebagai kata kerja yang membawa maksud kena pada. Contohnya:

1.Anak panah itu mengenai batang pokok itu.

2.Maki hamun itu mengenai dirinya sendiri.

3.Bola itu dilambung mengenai jaringannya.

Page 76: KATA TUGAS.ppt

 

Walau bagaimanapun, penggunaan mengenai yang disamakan dengan tentang serupalah dengan penggunaan bentuk kata kerja lain seperti melalui, mengikuti dan menerusi iaitu, berfungsi sebagai kata sendi nama walaupun kata-kata ini sebenarnya tergolong dalam kerja kerja. Cohtohnya penggunaan kata kerja ini sebagai kata sendi nama adalah seperti yang berikut:

1.Antara laporan yang disediakan termasuklah ringkasan mengenai keperluan modal insan dan keperluan pengangkutan.

2.Berita kecelakaan disebarkan melalui surat khabar rasmi.

Page 77: KATA TUGAS.ppt

 x) Kata sendi nama “seperti”, “bagai”, ”umpama”, dan “laksana”

Keempat-empat kata sendi nama ini bersifat kelainan atau varian antara satu sama lain, kerana mempunyai fungsi yang sama, iaitu sebagai perkataan di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa maksud perbandingan. Contohnya:

1. Hatinya degil seperti

bagai

umpama

laksana

batu1. Wanita itu menyamar ahli

perniagaan1. Pasangan pengantin

itubelangkas.

1. Tendangan pesilat itu pantas

kilat.

Page 78: KATA TUGAS.ppt

xi) Kata sendi nama “dengan”

Sebagai kata sendi nama, perkataan dengan di hadapan kata nama atau frasa nama digunakan untuk membawa maksud seperti yang berikuti:

a)membawa maksud bersama-sama atau berserta. Contohnya:

1.Pensyarah itu berkhemah di hutan dengan para pelajarnya.

2.Aiman bermain dengan adik perempuannya.

b) membawa maksud cara sesuatu itu dilakukan. Contohnya:

1.Penyambut tamu di majlis itu menyambut kami dengan senyuman manis.

2.Keluarga Pak Uda memulakan kenduri dengan membaca doa.

Page 79: KATA TUGAS.ppt

c) membawa maksud memakai atau menggunakan, iaitu sebagai alat. Contohnya:

1. Petani itu menggemburkan tanah tanamannya dengan traktor.

2. Radhiah menghiris cili hidup dengan pisau tajam.

d) menyatakan keadaan perbandingan yang serupa atau sama. Contohnya:

1. Saya selalu bersependapat dengan ayah saya.

2. Baju kurung ibu berwarna yang serupa dengan ayah.

Page 80: KATA TUGAS.ppt

xii) Kata sendi nama “sejak”

Sebagai kata sendi nama, perkataan sejak atau semenjak bertugas membawa maksud penanda waktu atau masa dan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama. Contohnya:

1. Faridah kelihatan sugul [sejak/semenjak] kematian ayahnya.

2. [Sejak/Semenjak] kejadian itu, Borhan tidak berani meninggalkan rumah.

3. Para relawan berjaga-jaga [sejak/semenjak] pagi lagi.

Page 81: KATA TUGAS.ppt

 

xiii) Kata sendi nama “terhadap”

Kata sendi nama terhadap biasanya digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu, sama, ada manusia, haiwan, atau benda. Contohnya:

1.Pengorbanan ibu bapa terhadap anak-anak harus diingati selalu.

2.Kajian terhadap keciciran pelajar-pelajar lemah akan dijalankan.

3.Pengetua sekolah itu dikatakan bersikap tidak adil terhadap semua gurunya.

Page 82: KATA TUGAS.ppt

 Terdapat kecenderung penggunaan kata sendi nama terhadap sebagai membawa maksud rujukan umum atau mujarad. Dalam hal ini, penggunaan yang demikian harus digantikan dengan kata sendi nama tentang. Contohnya:

1a. Pengurus itu selalu curiga tentang

keikhlasan anak buahnya.

seharusnya

1b. Pengurus itu selalu curiga terhadap

keikhlasan anak buahnya.

2a. Wakil rakyat itu mengambil berat tentang

kebajikan penduduk di kawasan

undinya.

seharusnya

2b. Wakil rakyat itu mengambil berat

terhadap kebajikan penduduk di

kawasan undinya.

Page 83: KATA TUGAS.ppt

xiv) Kata sendi nama “akan”

Kata sendi nama akan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia, dan penggunaannya mesti didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif. Contohnya:

1. Kami benci akan tabiat yang tidak bermoral itu.

2. Nenek tua itu rindu akan cucunya yang berada jauh di rantau orang.

3. Semua rakyat dinasihati supaya sayang akan negara sendiri.

Page 84: KATA TUGAS.ppt

Penggunaan akan sebagai kata sendi nama seperti contoh di atas ialah bentuk yang seharusnya digunakan. Bagaimanapun ada kecenderungan dalam kalangan penutur untuk menggunakan kan sebagai kelainan pad kata sendi nama akan. Contohnya:

1.Kami bencikan tabiat yang tidak bermoral itu.

2.Nenek tua itu rindukan cucunya yang berada jauh di rantau orang.

3.Semua rakyat dinasihati supaya sayangkan negara sendiri.

Bentuk-bentuk demikian hanya digunakan sebagai bentuk bahasa lisan dan seharusnya dielakkan dalam bahasa rasmi atau tulisan.

Page 85: KATA TUGAS.ppt

xv) Kata sendi nama “oleh”

Kata sendi nama oleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud yang berikut:

a) menunjukkan hubungan pembuat dalam ayat pasif yang menggunakan bentuk-bentuk berikut: di-, ter-, dan kena. Contohnya:

1. Lauk lodeh itu dimasak oleh nenek.

2. Ungkapan-ungkapan indah ini tertulis oleh P.Nasir.

3. Pengganas itu kena tangkap oleh polis yang meronda di situ.

Page 86: KATA TUGAS.ppt

b) menunjukkan hubungan yang membawa maksud sebab. Oleh yang demikian, dapat dikatakan bahawa penggunaan kata sendi nama oleh di sini sebenarnya berpunca daripada oleh sebab, yang kemudiannya berlaku pengguguran sebab secara pilihan. Contohnya:

1. Kaki Azman patah oleh (sebab) kesalahannya sendiri.

2. Pemain tenis meja itu tewas oleh (sebab) kekurang latihan.

3. Oleh (sebab) kesungguhannya berlakon, Susi telah dipilih sebagai pelakon terbaik .

Page 87: KATA TUGAS.ppt

Oleh dalam penggunaan ini dapat bertukar ganti dengan kata sendi nama lantaran yang membawa maksud yang sama. Penggunaan oleh yang diikuti dengan kerana dalam ungkapan oleh kerana untuk menunjukkan hubungan yang membawa maksud sebab merupakan penggunaan yang salah. Sepatutnya bentuk yang betul ialah oleh sebab. Ini disebabkan oleh merupakan kata sendi nama yang mesti diikuti oleh kata nama atau frasa nama, sedangkan kerana bukan kata nama tetapi kata hubung keterangan (sila lihat kata hubung pancangan keterangan). Oleh itu, contoh ayat yang berikut adalah salah:

Page 88: KATA TUGAS.ppt

1a. Album lagu Laila belum diedarkan oleh

sebab kekurangan wang.

seharusnya

1b. Album lagu Laila belum diedarkan oleh

kerana kekurangan wang.

X

2a. Puan Zila tidak dapat menempah baju hari

raya oleh sebab tukang jahit terlalu banyak

tempahan.

seharusnya

2b. Puan Zila tidak dapat menempah baju hari

raya oleh kerana tukang jahit terlalu

banyak tempahan.

X

Page 89: KATA TUGAS.ppt

 xvi) Kata sendi nama “hingga” dan “sampai”

Kata sendi nama hingga dan sampai digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud perihal peringkat dan had masa, waktu atau tempat. Hingga dan sampai dapat bertukar ganti antara satu sama lain. Contohnya:

1. Pengawal itu berjaga hingga

sampai

esok pagi.

1. Para pelajar digalakkan belajar

menara gading.

1. Mereka bertadarus Al-Quran

waktu sahur.

Page 90: KATA TUGAS.ppt

xvi) Kata sendi nama “dalam” dan “antara”

Perkataan dalam dan antara yang berfungsi sebagai kata sendi nama dapat juga berfungsi sebagai kata arah. Sebagai kata sendi nama, kedua-dua dalam dan antara hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Contohnya:

Page 91: KATA TUGAS.ppt

a) dalam

1a. Rakyat Singapura digalakkan berjimat dalam

masa darurat ini.

1b. Rakyat Singapura digalakkan berjimat di

dalam masa darurat ini.

X

2a. Isu rasuah sudah dibincangkan dalam forum

yang lepas.

2b. Isu rasuah sudah dibincangkan di dalam

forum yang lepas.

X

Page 92: KATA TUGAS.ppt

b) antara

1a. Antara ilmu sosiologi dan sosiolinguitik,

ada persamaannya.

1b. Di antara ilmu sosiologi dan sosiolinguitik,

ada persamaannya.

X

2a. Perjanjian antara Waris dengan Masayu

telah membawa padah buruk.

2b. Perjanjian di antara Waris dengan

Masayu telah membawa padah buruk.

X

Page 93: KATA TUGAS.ppt

1.2.3.7 Kata Arah

Kata arah ialah sejumlah perkataan yang hadir sebelum frasa nama dan lazimnya sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau jurusan. Antara contoh kata arah yang sering digunakan dalam bahasa Melayu ialah atas, antara, bawah, tepi, belakang, tengah, dalam, luar, sisi, penjuru, sudut, segi, selatan, samping, timur, barat, hadapan, utara dan sebagainya. Contohnya penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut:

1. Mereka bermain bola di dalam gelanggang.

2. Kapal terbang terhempas di utara Malaysia.

3. Suami Letchumi berdiri di sisinya.

4. Di timur Singapura terdapat ramai orang Melayu.

Page 94: KATA TUGAS.ppt

 

1.2.3.8 Kata bilangan

Kata bilangan ialah sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah pada frasa nama dan hadir sebelum frasa tersebut. Kata bilangan dapat dibahagikan kepada beberapa jenis mengikut ciri maknanya.

i)Kata bilang yang menunjukkan jumlah yang tentu sifatnya disebut bilangan kardinal. Contohnya: dua dua puluh, tiga ratus, sepuluh ribu, sejuta, dan sebagainya. Contohnya dalam ayat:

1.Tiga hari lagi abang akan bertolak ke Brunei.

2.Kakak membayar harga beg itu tiga puluh dolar.

3.Penduduk Singapura akan mencecah sejumlah enam juta orang.

Page 95: KATA TUGAS.ppt

 

 

ii) Kata bilang yang menunjukkan jumlah yang tak tentu. Contohnya: segala, semua, para , beberapa, sekelian, seluruh, banyak, sedikit dan sebagainya. Contohnya dalam ayat:

1.Semua kelengkapan persandingan Zubir telah dibuat.

2.Bilangan para pelajar di sekolah itu semakin meningkat.

3.Hanya sedikit gula yang dibancuh dalam secawan kopi itu.

Page 96: KATA TUGAS.ppt

 Oleh sebab perkataan ini sudah menandakan jamak, kata nama yang mengikuti tidak perlu diulang. Ayat yang berikut, misalnya, dianggap salah.

1. Semua murid-murid berhimpun di dewan sekolah.

X

2. Segala cawan-cawan itu berserak di atas meja.

X

3. Kegiatan itu melibatkan para juruterbang-juruterbang handalan.

X

Page 97: KATA TUGAS.ppt

  

iii) Kata bilangan yang membawa maksud himpunan. Contohnya: beratus-ratus, ketiga-tiga, beribu-ribu, berabad-abad, berguni-guni, dan sebagainya. Contohnya:

1.Beribu-ribu mayat mangsa tsunami telah dijumpai di Acheh.

2.Kelima-lima perompak itu telah ditembak mati.

3.Berabad-abad lamanya barang-barang artifak itu tertanam di situ.

Page 98: KATA TUGAS.ppt

  

 

iv) Kata bilangan yang membawa maksud pisahan. Contohnya: masing-masing, setiap, tiap-tiap, dan sebagainya. Contohnya:

1.Setiap ibu dikehendaki mengisi borang jika ingin jadi ahli persatuan itu.

2.Kami berbasikal pada pukul lapan pagi tiap-tiap hari.

3.Masing-masing pengurus membawa gambar orang dicintai.

Page 99: KATA TUGAS.ppt

iv) Kata bilangan yang membawa maksud pecahan. Contohnya: setengah, sepertiga, separuh, seperempat, dua pertiga, dan sebagainya. Contohnya:

1.Setiap pelancong dari China itu dihadiahkan minyak setengah botol kecil.

2.Anak-anak Allahyarham Gulam gembira kerana setiap mereka mendapat seperenam dari hartanya.

3.Separuh makanan dalam dulang itu telah dimakannya.

Page 100: KATA TUGAS.ppt

Perkataan setengah-setengah atau sesetengah membawa maksud sebilangan daripada sesuatu dan ini berbeza daripada perkataan setengah yang bermaksud separuh. Contohnya seperti ayat yang berikut:

1. Setengah-setengah penduduk bandar tidak menaiki kereta.

2. Setengah penduduk bandar tidak menaiki kereta.

X

Page 101: KATA TUGAS.ppt

Lazimnya kata bilangan berpasangan dengan penjodoh bilangan untuk menjadi sejenis penerang kepada kata nama yang mengikutinya. Contohnya:

tujuh orang murid

tiga bilah pisau

beberapa bauh kapal

setiap batang lampu

Page 102: KATA TUGAS.ppt

 

1.2.3.9 Kata adverba

Kata adverba ialah perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama, dan frasa sendi nama dari segi cara, masa dan tempat. Dalam ayat di bawah ini, perkataan selalu, sentiasa, esok, dan sering kali ialah kata adverba, kerana masing-masing menerangkan kata kerja memperkatakan, kata adjektif sihat, kata nama hari dan frasa sendi nama ke London.

1.Kami selalu memperkatakan hal itu.

2.Doktor itu sihat sentiasa.

3.Hari perkahwinannya ialah hari esok.

4.Ahli politik itu sering kali ke London.

Page 103: KATA TUGAS.ppt

 Seperti yang kelihatan dalam ayat contoh di atas, kata adverba dapat hadir di hadapan dan juga di belakang frasa. Tegasnya, dalam ayat [1.] kata adverba selalu hadir di hadapan kata kerja memperkatakan, manakala dalam ayat [4.] kata adverba sering kali hadir di hadpan frasa sendi nama ke London. Contoh kehadiran kata adverba di belakang frasa ialah sentiasa dalam ayat [2.] yang hadir sesudah kata adjektif sihat, dan esok dalam ayat [3.] yang hadir sesudah kata nama hari.

Page 104: KATA TUGAS.ppt

 Kata adverba tidak dianggap sebagai golongan kata utama, bahkan golongan kata tugas, kerana tidak boleh menjadi unsur inti kepada konstituen frasa predikat, seperti halnya dengan kata nama, kata kerja, dan kata adjektif. Ayat-ayat berikut yang berikut walaupun nampaknya mengandungi kata adverba yang berfungsi sebagai predikat, tetapi sebenarnya ayat-ayat ini merupakan ayat minimal. Ayat minimal bermaksud ayat yang ada bahagiannya telah digugurkan kerana dipengaruhi oleh bahasa lisan

1.Perhubungannya langsung.

2.Ketibaan mereke esok.

3.Jawapannya demikian.

Page 105: KATA TUGAS.ppt

 Ayat penuh bagi ayat minimal di atas adalah seperti yang berikut:

1a. Perhubungan secara langsung.

2a. Ketibaan mereka pada hari esok.

3a. Jawapannya secara demikian.

Page 106: KATA TUGAS.ppt

 Dalam ayat penuh [1a.] kata adverba langsung menerangkan frasa nama secara, dalam ayat penuh [2a.] kata adverba esok menerangkan frasa sendi nama pada hari, dan dalam ayat penuh [3a.] kata adverba demikian menerangkan frasa nama secara, yang menunjukkan bahawa kata adverba tidak boleh menjadi unsur inti bagi predikat.

Page 107: KATA TUGAS.ppt

i) Bentuk kata adverba

Kata adverba dapat digolongkan kepada empat bentuk, seperti yang berikut:

a)Kata adverba jati

b)Kata adverba yang asalnya kata adjektif.

c)Kata adverba yang asalnya kata kerja.

d)Kata adverba bentuk gandaan

Page 108: KATA TUGAS.ppt

a)Kata adverba jati

Kata adverba jati terdiri daripada perkataan yang sememangnya berfungsi sebagai penerang kepada golongan kata yang terdiri daripada kata kerja dan frasa kerja, kata adjektif dan frasa adjektif atau frasa sendi nama, yang tidak termasuk ke dalam mana-mana golongan kata lain. Contohnya:

Page 109: KATA TUGAS.ppt

1. semalam 12. sering kali 23. sempat

2. kelmarin 13. acap kali 24. langsung

3. esok 14. kerap kali 25. nyaris

4. lusa 15. julung kali 26. begitu

5. tulat 16. sentiasa/ senantiasa

27. begini

6. kelak 17. kadnga-kadang

28. demikian

7. sekarang 18. kadangkala 29. pertama kali

8. dahulu 19. saling 30. agaknya

9. tadi 20. sekali gus 31. nanti

10. kemudian 21. serentak

11. barangkali 22.jarang kali

Page 110: KATA TUGAS.ppt

Contoh dalam ayat:

1.Zahari mengeluh kerana tulat hari raya dan masih belum bekerja.

2.Kadangkala saya terfikir untuk mengharungi jeram yang deras itu.

3.Julung kalinya di mana sebuah novel itu ditulis oleh seorang pakar jantung.

4.Nyaris dia dilanggar oleh lori itu jika dia tidak berhati-hati tadi.

Page 111: KATA TUGAS.ppt

b) Kata adverba yang asalnya kata adjektif

Kata advera jenis ini berasal dari pada kata adjektif yang berfungsi sebagai penerang kepada kata kerja, kata adjektif, atau frasa sendi nama. Contohnya ialah perkataan yang dicetak miring di bawah:

Page 112: KATA TUGAS.ppt

berjalan laju sakit kuat

ketawa besar besar panjang

mengalir lesu panjang lebar

terbang tinggi tinggi lampai

hampir terjatuh ke hospital segera

kurang behati-hati dari rumah selalu

bertiup kencang sering di pejabat

Page 113: KATA TUGAS.ppt

Contoh dalam ayat:

1.Pemandangan burung-burung helang yang terbang tinggi itu sungguh menarik.

2.Angin yang bertiup kencang telah menerbangkan bumbung rumah nenek saya.

3.Pesakit yang diserang semput harus dihantar ke hospital segera.

4.Peragawati yang tinggi lampai itu menjadi rebutan syarikat-syarikat periklanan.

Page 114: KATA TUGAS.ppt

c) Kata adverba yang asalnya kata kerja

Kata adverba jenis ini berasal daripada kata kerja yang berfungsi sebagai penerang kepada kata kerja, kata adjektif, atau frasa sendi nama. Contohnya ialah perkataan yang dicetak miring di bawah:berjalan mengiring hitam berkilat

terbang meninggi merah menyala

berenang melentang tenang membiru

putih berseri di rumah bersendirian

tinggi mengawan ke hutan menyendiri

Page 115: KATA TUGAS.ppt

Contoh dalam ayat:

1.Anggota polis itu menggosok botnya sehingga hitam berkilat.

2.Wirawan yang dirasuk jin itu memperlihatkan matanya yang merah menyala kepada penonton.

3.Anak-anak gadis sunti yang suka duduk di rumah bersendirian harus diperhatikan selalu.

4.Tao Li yang ahli berenang menelentang telah menang dalam pertandingan itu.

Page 116: KATA TUGAS.ppt

d) Kata adverba berbentuk gandaan

Kata adverba berbentuk gandaan ialah perkataan yang mengalami proses penggandaan yang berfungsi menerangkan kata kerja, kata adjektif, atau frasa sendi nama. Terdapat tiga bentuk kata adverba berganda seperti berikut:

i) Kata adverba penggandaan penuh

ii) Kata adverba penggandaan separa

iii)Kata adverba penggandaan berentak

Page 117: KATA TUGAS.ppt

Kata adverba penggandaan penuh ialah perkataan yang terhasil daripada proses menggandakan seluruh kata dasarnya.

Contohnya:

Contoh dalam ayat:

1.Wirawati itu pura-pura pengsan ketika segerombolan penjahat mendekatinya.

2.Kenderaan yang melalui lebuh raya itu laju-laju belaka.

3.Penyeludup-penyeludup itu menghulur kotak rokok cepat-cepat.

betul-betul pura-purasedikit-sedikit cepat-cepatjarang-jarang sama-samalaju-laju tinggi-tinggimalam-malam diam-diam

Page 118: KATA TUGAS.ppt

ii) Kata adverba penggandaan separa

Kata adverba penggandaan jenis ini terhasil daripada proses menggandakan kata dasarnya, yang mengandungi imbuhan tanpa menggandakan imbuhannya. Terdapat dua jenis penggandaan separa, iaitu:

1. Penggandaan separa berawalan

2. Penggandaan separa berakhiran

Page 119: KATA TUGAS.ppt

1. Kata adverba penggandaan separa berawalan

Kata adverba penggandaan separa berawalan ialah perkataan yang terhasil daripada proses menggandakan kata dasar sahaja tetapi tidak awalannya.

Contohnya:

Page 120: KATA TUGAS.ppt

Contoh dalam ayat:

1.Wanita yang tersandung batu itu terkeseng-keseng meneruskan perjalanannya.

2.Jika dia sudah bersumpah, dia sekali-kali tidak akan memungkirinya.

berdikit-dikit terkedek-kedek

bermalam-malam terkial-kial

bersungguh-sungguh berderet-deret

sekali-kali sepandai-pandai

setinggi-tinggi terburu-buru

teresak-esak terjengket-jengket

terkeseng-keseng tersipu-sipu

Page 121: KATA TUGAS.ppt

Contoh dalam ayat:

1.Pesakit jwa itu telah ditempatkan di hospital mental buat selama-lamanya.

2.Derma anda yang seikhlas-ikhlasnya yang sangat diharapkan oleh kami.

Terdapat juga kata adverba penggandaan separa yang setelah menerima awalan se- boleh juga menerima bentuk –nya. Contohnya:

selama-lamanya sebodoh-bodohnya

seikhlas-ikhlasnya setinggi-tingginya

secepat-cepat semahu-mahunya

Page 122: KATA TUGAS.ppt

2. Kata adverba penggandaan separa berakhiranKata adverba penggandaan separa berakhiran ialah perkataan yang tehasil daripada proses menggandakan hanya kata dasar tetapi tidak akhirannya. Contohnya:

gila-gilaanhabis-habisanbesar-besarankecil-kecilanmati-matian

Contoh dalam ayat:Kebanyakan pasangan pengantin di Singapura tidak menyambut hari persandingannya secara besar-besaran.Para perajurit itu berjuang mati-matian untuk memerdekakan negara mereka.

Page 123: KATA TUGAS.ppt

i) 2. Kata ganda penggandaan berentak

Kata adverba penggandaan berentak ialah perkataan yang terhasil daripada proses menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu. Contohnya:

menangis sedu-sedan

berbunyi hingar-bingar

berlari susup-sasap

berjalan mundar-mandir

lari lintang-pukang

berjalan huyung-hayang

datang serta-merta

Contoh dalam ayat:

1. Pasar yang sudah terbengkalai itu kedengaran hingar-bingar setiap malam.

2. Pemandu lori yang merempuh rumah banglo itu turun huyung-hayang dari kenderaan itu.

Page 124: KATA TUGAS.ppt

1.2.4 Kata Pascakata

Dalam bahasa Melayu terdapat satu bentuk kata yang hadir selepas perkataan. Bentuk itu ialah –nya yang berfungsi sebagai penekan dan pembenda. Antara bentuk kata yang demikian ialah sesungguhnya, nampaknya, lajunya, dan datangnya.

 

1.2.4.1 Kata penekan

Kata penekan ialah bentuk yang memberikan penegasan kepada kata yang bergabung dengannya. Contoh dalam ayat:

1.Fesyen wanita kini sesungguhnya semakin jarang.

2.Bahawasanya masalah keciciran pelajar bukan masalah orang Melayu lagi.

Page 125: KATA TUGAS.ppt

1.2.4.2 Kata pembenda

Kata pembenda ialah bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama, misalnya lajunya, sakitnya, lantangnya. Contohnya dalam ayat:

1.Dengan lantangnya ahli politik itu berhujah di hadapan khalayak.

2.Pesakit barah itu menjerit-jerit kesakitan untuk menunjukkan betapa sakitnya dia sekarang.

Page 126: KATA TUGAS.ppt

BIBLlOGRAFI:

Abdullah Hassan, 1986. Penerbitan Kata Dalam Bahasa Malaysia. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Nik Safiah Karim [et al], 2008. Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Prof.Abdullah Hassan, 2002. Tatabahasa Bahasa Melayu Morfologi dan Sintaksis, untuk Guru dan Pelajar. Kuala Lumpur: Percetakan Cergas (M) Sdn. Bhd.

 

 

SELESAI