golongan kata(kata tugas)

29
GOLONGAN KATA KUMPULAN 1 Mohd Hamdan Bin Pallao Herman Marius Ellif Mopilin Jessyca Anak Ungat Nur Hidayah Bte. Jhon

Upload: jessyca-ungat

Post on 17-Jan-2015

3.522 views

Category:

Education


6 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Golongan kata(kata tugas)

GOLONGAN KATAKUMPULAN 1

-Mohd Hamdan Bin Pallao

-Herman Marius

-Ellif Mopilin

-Jessyca Anak Ungat

-Nur Hidayah Bte. Jhon

Page 2: Golongan kata(kata tugas)

Golongan Kata

Kata Nama

Kata Kerja

Kata Adjektif

Kata Tugas

Page 3: Golongan kata(kata tugas)

KATA TUGAS Kata Tugas ialah golongan kata yang berbeza

daripada kata nama, kata kerja dan kata adjektif kerana kata ini tidak berfungsi sebagai unsur inti dalam binaan frasa.

Semua perkataan yang bukan kata nama, kata kerja dan kata adjektif digolongkan sebagai kata tugas, iaitu perkataan yang hadir dalam binaan frasa atau klausa untuk mendukung sesuatu tugas sintaksis.

Page 4: Golongan kata(kata tugas)

JENIS KATA TUGASa) Kata Penyambung Ayat Kata penyambung ayat ialah perkataan

yang bertugas menghubungkan dua atau lebih daripada dua binaan ayat.

Terbahagi kepada dua jenis: Kata hubung gabungan Kata hubung pancangan

Page 5: Golongan kata(kata tugas)

A) I. KATA HUBUNG GABUNGAN Kata Hubung Gabungan ialah sejumlah

perkataan yang digunakan untuk menghasilkan ayat majmuk gabungan, iaitu perkataan yang menghubungkan dua atau lebih klausa yang sama taraf seperti lalu, dan, serta, tetapi, atau dan sambil. Contohnya:

- Kami akan pulang ke kampung pada hari ini atau esok.

- Kakak memandu kereta sambil mendengar radio

Page 6: Golongan kata(kata tugas)

A) II. KATA HUBUNG PANCANGAN Kata Hubung Pancangan ialah sejumlah

perkataan yang digunakan bagi menghubungkan klausa yang tidak setara pada klausa utama dalam ayat majmuk pancangan.

Terbahagi kepada tiga, iaitu:- Kata Hubung Pancangan Relatif,- Kata Hubung Pancangan Komplemen,- Kata Hubung Pancangan Keterangan.

Page 7: Golongan kata(kata tugas)

1. KATA HUBUNG PANCANGAN RELATIF Terdiri daripada perkataan yang, iaitu kata

yang berfungsi untuk menghubungkan klausa utama dengan satu klausa kecil, contoh:

- Kakak memujuk adik yang sedang menangis itu.

- Mereka suka menikmati permandangan yang cantik.

Page 8: Golongan kata(kata tugas)

2. KATA HUBUNG PANCANGAN KOMPLEMEN Terdiri daripada perkataan bahawa, dan

untuk, iaitu perkataan yang berfungsi untuk menghubungkan klausa pelengkap kepada satu klausa utama. Contoh:

- Kami percaya bahawa dia tidak bersalah.- Fairuz datang untuk menziarahi kawan

baiknya.

Page 9: Golongan kata(kata tugas)

3. KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN Terdiri daripada perkataan yang

menghubungkan klausa utama dengan klausa yang menjadi keterangan. Contohnya, semoga, ketika, sekiranya, sungguhpun, takala, agar, kalau, setelah, walaupun, meskipun, kerana, dan supaya. Contoh:

- Saya berdoa semoga para pelajar saya berjaya.

- Dia dirawat di hospital kerana kemalangan jalan raya.

Page 10: Golongan kata(kata tugas)

B) KATA PRAKLAUSA Ialah perkataan yang berada di bahagian

hadapan klausa dan bertugas untuk menimbulkan seruan, pertanyaan atau penerang pangkal klausa.

Berdasarkan tugas tersebut kata ini dapat di bahagikan kepada jenis yang berikut:

Page 11: Golongan kata(kata tugas)

1. KATA SERU Perkataan yang digunakan untuk melahirkan

berbagai-bagai perasaan. Kata ini menggunakan penanda seru pada

akhir ayat. Contoh kata seru:

Oh Eh Wah Amboi

Aduh Syabas Nah Cis

Page 12: Golongan kata(kata tugas)

2. KATA TANYA Perkataan yang digunakan untuk

menanyakan sesuatu perkara atau seseorang.

Kata tanya ialah sebahagian daripada predikat ayat dan jika diletakkan pada pangkal ayat, kata ini hendaklah disertai oleh partikel “-kah”.

Contoh kata tanya:

Page 13: Golongan kata(kata tugas)

Contoh kata tanya:

Apa Siapa Bagaimana

mengapa bila berapa

Page 14: Golongan kata(kata tugas)

3. KATA PEMBENAR Perkataan yang digunakan untuk

membenarkan sesuatu pertanyaan. Contoh kata pembenar:

jemput Jangan Sila

tolong harap minta

Page 15: Golongan kata(kata tugas)

4. KATA PANGKAL AYAT Perkataan yang digunakan sebagai penanda

kesinambungan ayat dalam wacana dan kedudukannya adalah pada hadapan ayat.

Kata ini banyak teks klasik. Contoh:

Alkisah Adapun Sebermula

Hatta Syahadan Maka

Page 16: Golongan kata(kata tugas)

C) KATA PRAFRASA Kata prafrasa ialah perkataan yang terletak di

bahagian hadapan frasa. Seperti frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif.

Kata ini dapat di bahagikan kepada lapan jenis yang berikut:

Page 17: Golongan kata(kata tugas)

1. KATA BANTU Perkataan yang digunakan bagi menimbulkan

makna-makna tambahan dalam frasa kerja. Kata ini terbahagi kepada dua, iaitu:

i. kata Bantu Aspek – bertugas menimbulkan suasana perbezaan masa, sama ada masa ini, masa akan datang, atau masa lampau. Contoh: Pernah, sudah, telah, belum, sedang, masih dan akan.

Page 18: Golongan kata(kata tugas)

ii. Kata Bantu Ragam – bertugas untuk menyatakan atau menerangkan raga perasaan berkaitan perbuatan yang dilakukan. Contohnya: Harus, mahu, hendak, mesti, boleh dan dapat.

Page 19: Golongan kata(kata tugas)

2. KATA PENGUAT Perkataan yang digunakan bagi menguatkan

maksud yang terkandung dalam kata adjektif. Kata ini terbahagi kepada tiga jenis:

i. Kata Penguat Hadapan – kedudukannya adalah di hadapan kata adjektif. Contoh: Paling, terlalu dan agak.

ii. Kata Penguat Belakang – kedudukannya adalah di belakang kata adjektif. Contoh: sekali, benar dan nian.

iii. Kata Penguat Bebas – kedudukannya sama ada di hadapan atau di belakang kata adjektif. Contoh: sungguh, amat dan sangat.

Page 20: Golongan kata(kata tugas)

3. KATA PENEGAS Juga disebut sebagai partikel, iaitu perkataan

yang digunakan bagi memberikan penekanan pada bahagian tertentu dalam ayat.

Kata ini terbahagi kepada dua. Iaitu:

i. Kata yang menegaskan kata adjektif, iaitu apabila frasa predikat atau bahagian yang ditegaskan itu mengalami proses pendepanan. Contoh: -kah, -tah dan –lah.

Page 21: Golongan kata(kata tugas)

ii. Kata yang bersifat bebas iaitu perkataan yang boleh digunakan untuk menegaskan kedua-dua bahagian ayat, sama ada subjek atau predikat. Contoh: hanya, lagi, memang, juga, pun dan jua.

Page 22: Golongan kata(kata tugas)

4. KATA NAFI Perkataan yang digunakan bagi menafikan

atau menidakkan seseorang atau sesuatu perkara. Contoh: bukan dan tidak.

Page 23: Golongan kata(kata tugas)

5. KATA PEMERI Perkataan yang digunakan untuk memerikan

sesuatu hal atau sebagai perangkai antara subjek ayat dengan frasa utama dalam predikat ayat. Contoh: ialah, (digunakan secara persamaan atau ekuatif dan hadir di hadapan frasa nama) dan adalah (digunakan secara huraian atau kualitatif dan hadir di dalam frasa adjektif dan frasa sendi mana)

Page 24: Golongan kata(kata tugas)

6. KATA ARAH Perkataan yang digunakan bagi menunjukkan

hala atau jurusan sesuatu perkara. Kata ini digunakan sebelum frasa nama dan

lazimnya disertai oleh kata sendi nama. Contoh: atas, bawa, tepi, tengah, hadapan, belakang, selatan, sisi, dalam, luar, dan antara.

Page 25: Golongan kata(kata tugas)

7. KATA BILANGAN Perkataan yang digunakan bagi menunjukkan jumlah

atau bilangan sesuatu perkara, orang atau benda. Kata ini terbahagi kepada lima. Iaitu

i. Bilangan Tentu – contoh: dua, tiga, sepuluh lima ratus.

ii. Bilangan Tak Tentu – contoh: beberapa, seluruh, sekalian, semua.

iii. Bilangan Himpunan – contoh: bertin-tin, berhari-hari, kedua-dua.

iv. Bilangan Pisahan – contoh: masing-masing, tiap-tiap, setiap.

v. Bilangan Pecahan – contoh: separuh, setengah, sepertiga, dua per tiga.

Page 26: Golongan kata(kata tugas)

8. KATA SENDI NAMA Perkataan yang biasanya terdapat di bahagian

hadapan frasa nama. Setiap kata sendi nama mempunyai tugas serta fungsi yang tersendiri dan haruslah digunakan dengan betul.

Terdapat sebilangan kata sendi nama yang juga menjadi golongan kata yang lain seperti antara(juga sebagai kata arah), sampai(juga sebagai kata kerja), dalam(juga sebagai kata adjektif) dan akan(juga sebagai kata bantu).

Contoh lain ialah: di, ke, pada, kepada, daripada, dari, untuk, dengan, oleh, tentang, terhadap, demi, sejak, seperti, bagai, umpama, laksana, hingga dan sampai.

Page 27: Golongan kata(kata tugas)

D) KATA PASCAKATA Dalam bahasa melayu terdapat satu

bentuk kata yang hadir selepas perkataan.

Bentuk itu ialah –nya yang berfungsi sebagai penekan dan pembenda. Contoh: sesungguhnya, nampaknya, lajunya, dan datangnya.

Page 28: Golongan kata(kata tugas)

Terbahagi kepada dua:i) Kata penekan – bentuk yang

memberikan penegasan kepada kata yang bergabung dengannya. Contoh dalam ayat:

- Lapisan ozon sesungguhnya semakin menipis.

- Pokok durian itu nampaknya akan berbuah lebat.

ii) Kata pembenda – bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama. Contoh dalam ayat:

- Lajunya ialah 100 km sejam.- Bukan kepalang sakitnya

Page 29: Golongan kata(kata tugas)

SEKIAN, TERIMA KASIH….