karangan contoh

4
 Langkah-langkah Untuk Menanam Budaya Membaca Dalam Kalangan Masyarakat “Membaca itu jambatan ilmu,” merupakan satu kata-kata hikmat yang jelas menunjukkan kepentingan amalan membaca dalam hidup kita. Namun begitu, kata-kata hikmat ini sering dipandang enteng oleh sebahagian besar masyarakat Malaysia terutamanya para remaja yang akan menjadi pemimpin negara pada suatu masa kelak. Masyarakat Malaysia sering kali menganggap bahawa amalan membaca itu bukan sekada r untuk lulu s pepe ri ksaan sema ta -mat a te tapi j uga untuk me nget ahui keadaan semasa, me luaskan il mu pe nget ahuan dan sebagainya. Oleh hal yang demikian, seti ap pihak haruslah mel aksa nakan memain kan per anan mas ing -masin g unt uk memupuk tabiat suka membaca dalam kalangan rakyat Malaysia.  Antara langkah untuk menerapkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat ialah ibu bapa harus menjadi suri teladan kepada anak -anak dala m aspek memb aca. esteru it u, ib ubapa pe rl ul ah memulakan budaya membaca di rumah dengan menyediakan persekitaran yang boleh merangsang minat anak-anak untuk membaca

Upload: imah

Post on 02-Nov-2015

11 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

karangan contoh

TRANSCRIPT

Langkah-langkah Untuk Menanam Budaya Membaca Dalam Kalangan Masyarakat

Membaca itu jambatan ilmu, merupakan satu kata-kata hikmat yang jelas menunjukkan kepentingan amalan membaca dalam hidup kita. Namun begitu, kata-kata hikmat ini sering dipandang enteng oleh sebahagian besar masyarakat Malaysia terutamanya para remaja yang akan menjadi pemimpin negara pada suatu masa kelak. Masyarakat Malaysia sering kali menganggap bahawa amalan membaca itu bukan sekadar untuk lulus peperiksaan semata-mata tetapi juga untuk mengetahui keadaan semasa, meluaskan ilmu pengetahuan dan sebagainya. Oleh hal yang demikian, setiap pihak haruslah melaksanakan memainkan peranan masing-masing untuk memupuk tabiat suka membaca dalam kalangan rakyat Malaysia.

Antara langkah untuk menerapkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat ialah ibu bapa harus menjadi suri teladan kepada anak-anak dalam aspek membaca. Jesteru itu, ibubapa perlulah memulakan budaya membaca di rumah dengan menyediakan persekitaran yang boleh merangsang minat anak-anak untuk membaca buku-buku ilmiah. Contohnya, membaca surat khabar di waktu senggang. Perbuatan ibu bapa yang suka membaca pasti akan dicontohi dan diikuti oleh anak-anak kerana pepatah menyatakanbagaimana acuan begitulah kuihnya, ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi. Jelasnya, ibu bapa harus menjadi suri teladan yang baik kepada anak-anak kerana anak-anak akan menjadikan membaca sebagai satu amalan ke mana-mana sahaja.

Selain itu, pihak kerajaan juga memainkan peranan untuk memupuk tabiat membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia. Dalam hal ini, pihak kerajaan bolehlah mengadakan kempen-kempen yang menggalakkan amalan membaca. Ibu bapa haruslah melibatkan anak-anak dalam kempen membaca dan membawa anak-anak berkunjung ke pesta buku. Anak-anak juga dapat memilih buku yang diminatinya di pesta buku yang menjual pellbagai jenis buku. Pihak kerajaan juga seharusnya tidak memandang rendah terhadap usaha mengadakan kempen untuk memupuk minat membaca dalam diri masyarakat kerana dengan adanya usaha yang bersungguh-sungguhpasti matlamat untuk mewujudkan masyarakat yang minat membaca dapat diwujudkan. Pihak sekolah juga harus menggalas tanggungjawab untuk memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia. Dalam hal ini, guru merupakan insan terpenting yang berperanan memupuk minat membaca dalam diri pelajar. Sebagai guru yang penyayang dan ingin pelajarnya berjaya, pasti guru-guru sedar akan kepentingaan membaca dalam kehidupan. Guru-guru di sekolah seharusnya bekerjasama dalam mengadakan pertandingan bagi memupuk minat membaca dalam diri pelajar. Mungkin pada mulanya, pelajar-pelajar ini membaca kerana ingin memenangi pertandingan tersebut, tetapi pasti lama-kelamaan minat membaca akan timbul dalam diri mereka. Oleh hal yang demikian, guru-guru haruslah menjalankan peranan mereka untuk memupuk minat membaca dalam diri pelajar sekali gus membentuk masyarakat Malaysia yang minat membaca.

Akhirulkalam, semua pihak haruslah berganding bahu untuk memupuk minat membaca dalam diri masyarakat dan tidak melepaskan tanggungjawab itu kepada pihak kerajaan semata-mata kerana muafakat membawa berkat. Semua pihak haruslah bersikap, bagai aur dengan tebing dalam menjayakan usaha untuk memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat. Sebagai rakyat Malaysia pula, kita seharusnya turut mempunyai inisiatif dalam mengubah diri bagi memupuk minat membaca dalam diri kita sendiri kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Janganlah kita terlalu mengharapkan pihak lain dalam membentuk peribadi kita kerana segala-galanya yang berlaku adalah pilihan kita sendiri. Ilmu it pelita hati. Membaca buku meluaskan pengetahuan kita. Oleh itu, budaya membaca haruslah disematkan dalam jiwa kita kerana ia membawa banyak faedah kepada kita.