jika hari ini sesiapa saja menjadi dewasa

3
.....jika hari ini sesiapa saja menjadi dewasa, sejarahnya dimulakan oleh GURU biasa... Assalamualaikum dan salam 1Malaysia... Pada pandangan saya, untuk merealisasikan hasrat FPK ke arah yang menjadi nyata, maka warga guru perlu dapat melihat perkaitan antara objektif pengajaran yang dirancang dengan objektif nilai-nilai murni dengan memahami maksud Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi matlamat seluruh proses pendidikan yang dirancang. Warga guru juga perlu meneliti bagaimana kurikulum, sukatan pelajaran, kaedah penilaian, pendekatan dan strategi pengajaran mengarah kepada tuntutan merealisasikan hasrat falsafah pendidikan tersebut. Dalam proses memikirkan dan merancang objektif nilai- nilai murni, adalah sama prosesnya dengan merancang bagi kemahiran kognitif (kefahaman) atau kemahiran psikomotor kerana objektif nilai-nilai murni adalah objektif afektif. Objektif afektif ini dapat diterjemah ke dalam bentuk unit-unit tingkah laku yang dapat dilihat, didengar dan diukur jika dirancang dengan teliti. Jika tingkah laku yang baik sudah disemai dari peringkat awal lagi, maka hasrat untuk menghasilkan kemenjadian murid yang menyumbang kepada negara akan terlaksana kerana mereka telah dididik sejak dibangku sekolah. Asas yang baik kukuh tertanam disanubari mereka dan menjadi pemangkin untuk mereka melakukan jenayah yang meruntuhkan akhlak mereka. Sekian, waallaualam... Berikut adalah beberapa cadangan yang difikirkan perlu dilihat oleh warga guru dan pihak pengurusan pendidikan dalam mencapai hasrat dan aspirasi yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan: • Guru seharusnya terlebih dahulu perlu diberi pemahaman dan penghayatan tentang pengertian setiap pernyataan yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan supaya mereka berkeupayaan untuk mendidik pelajar- pelajar ke arah matalamat yang bersesuaian dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini kerana kejayaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan banyak bergantung kepada sejauh mana guru memahami konsep-konsepnya dan bagaimana mereka menerapkannya dalam pengajaran dan pembelajaran. • Kajian semula dan kemaskini kurikulum latihan perguruan agar lebih terkini dan releven selaras dengan perubahan dalam bidang pendidikan yang bersifat global sebagai persiapan untuk melaksanakan tanggungjawab mendidik dan menyampaikan ilmu kepada pelajar. Disamping itu kurikulum pendidikan guru seharusnya bersifat intelektual yang tinggi dari segi akademik dan profesionalisme.

Upload: haslinda-linda

Post on 12-Apr-2016

228 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

contoh

TRANSCRIPT

Page 1: Jika Hari Ini Sesiapa Saja Menjadi Dewasa

.....jika hari ini sesiapa saja menjadi dewasa, sejarahnya dimulakan oleh GURU biasa...

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...

Pada pandangan saya, untuk merealisasikan hasrat FPK ke arah yang menjadi nyata, maka warga guru perlu dapat melihat perkaitan antara objektif pengajaran yang dirancang dengan objektif nilai-nilai murni dengan memahami maksud Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi matlamat seluruh proses pendidikan yang dirancang. Warga guru juga perlu meneliti bagaimana kurikulum, sukatan pelajaran, kaedah penilaian, pendekatan dan strategi pengajaran mengarah kepada tuntutan merealisasikan hasrat falsafah pendidikan tersebut. Dalam proses memikirkan dan merancang objektif nilai-nilai murni, adalah sama prosesnya dengan merancang bagi kemahiran kognitif (kefahaman) atau kemahiran psikomotor kerana objektif nilai-nilai murni adalah objektif afektif. Objektif afektif ini dapat diterjemah ke dalam bentuk unit-unit tingkah laku yang dapat dilihat, didengar dan diukur jika dirancang dengan teliti. Jika tingkah laku yang baik sudah disemai dari peringkat awal lagi, maka hasrat untuk menghasilkan kemenjadian murid yang menyumbang kepada negara akan terlaksana kerana mereka telah dididik sejak dibangku sekolah. Asas yang baik kukuh tertanam disanubari mereka dan menjadi pemangkin untuk mereka melakukan jenayah yang meruntuhkan akhlak mereka.

Sekian, waallaualam...

Berikut adalah beberapa cadangan yang difikirkan perlu dilihat oleh warga guru dan pihak pengurusan pendidikan dalam mencapai hasrat dan aspirasi yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan:

• Guru seharusnya terlebih dahulu perlu diberi pemahaman dan penghayatan tentang pengertian setiap pernyataan yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan supaya mereka berkeupayaan untuk mendidik pelajar-pelajar ke arah matalamat yang bersesuaian dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini kerana kejayaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan banyak bergantung kepada sejauh mana guru memahami konsep-konsepnya dan bagaimana mereka menerapkannya dalam pengajaran dan pembelajaran.

• Kajian semula dan kemaskini kurikulum latihan perguruan agar lebih terkini dan releven selaras dengan perubahan dalam bidang pendidikan yang bersifat global sebagai persiapan untuk melaksanakan tanggungjawab mendidik dan menyampaikan ilmu kepada pelajar. Disamping itu kurikulum pendidikan guru seharusnya bersifat intelektual yang tinggi dari segi akademik dan profesionalisme.

• Guru perlu lengkapkan diri dengan akhlak dan peribadi mulia yang akan menjadi role model kepada anak didiknya. Guru seharusnya menjadi teladan kepada pelajar bukan sahaja dari aspek ketrampilan tetapi juga dari aspek pendidikan dan profesionalisme dalam pembinaan generasi masa hadapan.

• Sebarang rombakan dalam sistem pendidikan bukan dibuat secara ad hoc tetapi perlu secara menyeluruh meliputi guru, sekolah dan pelajar. Elakkan amalan ujicuba tanpa membuat sebarang kajian mendalam dan berhati-hati terhadap implikasinya pelaksanaannya dan supaya ia tidak bersifat situasi.

• Dapat melihat perkaitan antara objektif pengajaran yang dirancang dengan objektif nilai-nilai murni dengan memahami maksud Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi matlamat seluruh proses pendidikan yang dirancang. Disamping itu penerapan nilai-nilai murni ini seharusnya dimulakan dari peringkat rendah dan dilaksana secara berterusan. Komponen unsur nilai murni ini sangat penting sebagai teras di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan kerana apa yang hendak dilahirkan adalah

Page 2: Jika Hari Ini Sesiapa Saja Menjadi Dewasa

perwatakan insan dalam diri manusia yang dijadikan Tuhan. Oleh itu unsur-unsur ini perlu dinyatakan dengan sengaja dan jelas agar dapat dijadikan panduan oleh pelajar di dalam menghayatinya (Hussein 1993).

• Merealisasikan transformasi pendidikan dan sebagai agen perubahan, guru seharusnya dapat menterjemah hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam aktiviti kurikulum dan ko kurikulum. Penekanan yang lebih dalam bidang ko kurikulum, contohnya dalam sukan dan aktiviti persatuan dan kelab merupakan salah satu cara yang berkesan ke arah pembentukkan individu yang terpelajar, terdidik dan mempunyai sahsiah yang lebih positif.

• Pengoperasian Falsafah Pendidikan Kebangsaan hendak dilaksanakan di semua peringkat dengan kurikulum yang digubal berasaskan pendidikan bersepadu, oleh itu adalah penting untuk guru benar-benar dapat mentafsir dan memahami apa yang dihasratkan di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

• Matlamat untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berpengetahuan, bertanggungjawab dan berkebolehan sebenarnya mencakupi tiga unsur asas yang penting iaitu kognitif (akal), afektif (sikap) dan psikomotor (kemahiran). Oleh itu tumpuan yang seimbang dalam bidang kognitif, afektif dan psikomotor harus diberi penekanan supaya proses pengajaran dan pembelajaran serta pendidikan dapat memberikan manafaat dan kesan yang positif kepada diri pelajar.

• Meneliti bagaimana kurikulum, sukatan pelajaran, kaedah penilaian, pendekatan dan strategi pengajaran mengarah kepada tuntutan merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.