jenis makna idiomatikal dan peribahasa

2
Jenis Makna Idiomatikal dan Peribahasa Untuk kita memahami apa yang dimaksudkan idiomatikal terlebih dahulu kita perlu ketahui apa yang dimaksudkan dengan idiom. Idom adalah satuan bahasa (kata, frasa, kalimat) yang maknanya tidak dapat “diramalkan” dari makna leksikal unsur-unsurnya mahupun makna gramatikal satuan tersebut. umpamanya, menurut kaedah gramatik kata-kata ketakutan, kesedihan, keberanian, dan kebimbangan memiliki makna hal yang disebut bentuk bentuk dasarnya. Tetapi kata kemaluan tidak memiliki makna seperti itu. Oleh sebab makna idiom ini tidak lagi berkaitan dengan makna leksikal atau makna gramatik, maka bentuk-bentuk idiom ini ada juga yang menyebutkan sebagai satuan-satuan leksikal tersendiri. Idiom ini mempunyai dua jenis bentuk idiom iaitu idiom penuh dan idiom sebahagian. Idiom penuh adalah idiom yang unsur- unsurnya secara keseluruhan sudah merupakan satu kesatuan dengan satu makna. Manakala, idiom sebahagian masih ada unsur yang memiliki makna leksikalnya sendiri. Namun terdapat kekeliruan terhadap penggunaan istilah idiom, ungkapan dan metafora. Ketiga-tida istilah ini mencakupi bidang yang hampir sama. Hanya segi pandangannya yang berlainan. Idiom dilihat dari segi makna iaitu ”menyimpang” makna idiom ini dari makna leksikal dan makna gramatik dalam pembentukannya. Ungkapan dilihat dari segi ekspresi kebahasaan, iaitu dalam usaha penutur untuk menyampaikan fikiran, perasaan, dan emosinya dalam bentuk satuan bahasa

Upload: ni

Post on 13-Jun-2015

2.644 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Jenis Makna Idiomatikal Dan Peribahasa

Jenis Makna Idiomatikal dan Peribahasa

Untuk kita memahami apa yang dimaksudkan idiomatikal terlebih dahulu kita perlu

ketahui apa yang dimaksudkan dengan idiom. Idom adalah satuan bahasa (kata, frasa,

kalimat) yang maknanya tidak dapat “diramalkan” dari makna leksikal unsur-unsurnya

mahupun makna gramatikal satuan tersebut. umpamanya, menurut kaedah gramatik kata-

kata ketakutan, kesedihan, keberanian, dan kebimbangan memiliki makna hal yang

disebut bentuk bentuk dasarnya. Tetapi kata kemaluan tidak memiliki makna seperti itu.

Oleh sebab makna idiom ini tidak lagi berkaitan dengan makna leksikal atau makna

gramatik, maka bentuk-bentuk idiom ini ada juga yang menyebutkan sebagai satuan-

satuan leksikal tersendiri. Idiom ini mempunyai dua jenis bentuk idiom iaitu idiom penuh

dan idiom sebahagian. Idiom penuh adalah idiom yang unsur-unsurnya secara

keseluruhan sudah merupakan satu kesatuan dengan satu makna. Manakala, idiom

sebahagian masih ada unsur yang memiliki makna leksikalnya sendiri. Namun terdapat

kekeliruan terhadap penggunaan istilah idiom, ungkapan dan metafora. Ketiga-tida istilah

ini mencakupi bidang yang hampir sama. Hanya segi pandangannya yang berlainan.

Idiom dilihat dari segi makna iaitu ”menyimpang” makna idiom ini dari makna leksikal

dan makna gramatik dalam pembentukannya. Ungkapan dilihat dari segi ekspresi

kebahasaan, iaitu dalam usaha penutur untuk menyampaikan fikiran, perasaan, dan

emosinya dalam bentuk satuan bahasa tertentu yang dianggap paling tepat. Sedangkan

metafora dilihat dari segi penggunaanya dalam perbandingan seperti matahari dikatakan

atau dibandingkan sebagai raja siang, pahlawan sebagai bunga bangsa, dan bulan

sebagai puteri malam. Oleh sebab peribahasa ini bersifat membandingkan atau

mengumpamakan, maka lazim juga disebut dengan nama perumpamaan. Kata-kata

seperti, bagai, bak ,laksana, dan umpama sering digunakan dalam peribahasa. Memang

banyak juga peribahasa yang tidak menggunakan kata-kata tersebut, namun kesan

peribahasanya itu tetap nampak. Misalnya, Tong kosong nyaring bunyinya. Peribahasa ini

dapat diertikan ’orang yang tiada berilmu itu dibandingkan dengan tong yang kosong’.

Apabila tin kosong yang diketuk akan menghasilkan bunyi nyaring manakala tin yang

berisi penuh tentu tidak akan berbunyi. Sebaliknya orang yang bijak pandai biasanya

pendiaam dan menunduk. Keadaan ini disebutkan dengan peribahasa yang berbunyi

Bagai padi, semakin kecil, semakin berisi.

Page 2: Jenis Makna Idiomatikal Dan Peribahasa