islam dan wanita

Upload: najihaiqlima

Post on 09-Apr-2018

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/8/2019 Islam Dan Wanita

    1/6

    ISLAM DAN WANITA

    Dewasa kini, melihat kepada situasi seluruh dunia, pelbagai NGO mahupun badan

    kerajaan berusaha digerakkan untuk membela hak wanita. Dalam hal ini sebenarnya ada NGO atau badan-badan mahupun persatuan yang membela hak wanita memiliki pemikiran

    liberal. Mereka berjuang atas nama badan tertentu dan cuba menyebarkan pengaruh

    liberalisasi dalam masyarakat Islam. Soal hak mahupun kesamarataan dalam pewarisan harta,

    hak menjadi Imam dan pemimpin diperjuangkan oleh golongan ini. Persoalan demi persoalan

    menerjah sehingga menuntut hak-hak persamaan penuh dengan lelaki. Malah ada yang

    ekstrimis pula sanggup menggunakan nama Islam ketika mengemukakan dakwaan mereka.

    Jika dilihat pada sejarah gerakan pembebasan wanita di negara barat, kedudukan

    wanita sangat dipandang hina. Wanita-wanita di negeri-negeri Eropah dan dunia seluruhnya

    dipandang sebagai makhluk yang tidak mempunyai sebarang hak dan nilai. Dalam

    masyarakat Greek, kedudukan istimewa yang dinikmati bukanlah kepada semua golongan

    wanita, hanya mereka yang tinggal di bandar sahaja merasainya. Namun ia bukanlah sebagai

    penghormatan, tetapi sebagai hiasan majlis-majlis keraian, selaku alat-alat kemewahan

    kepada hartawan untuk berfoya-foya.

    Begitu juga pada zaman tamadun Romawi, kaum wanita juga tidak mendapat

    penghormatan dalam kehidupan mereka. Semasa remaja kaum wanita dikongkong di bawahkekuasaan penjaganya, sama ada bapa, datuk dan sebagainya. Kekuasaan seorang penjaga

    adalah mutlak dan tidak dihadkan, malah mereka bebas menghalau wanita keluar daripada

    rumah atau menjualnya dan tidak ada pembelaan undang-undang ke atas golongan ini.

    Apabila seorang wanita berkahwin, maka putuslah hubungan keluarga dengan kaum

    kerabatnya dan suaminya pula berhak menentukan corak kehidupan mereka.

    Dan apabila berlakunya Revolusi Perindustrian di Eropah, nasib kaum wanita menjadi

    semakin parah. Mereka dipaksa keluar bekerja lebih masa sedangkan upah yang diterima

    lebih rendah daripada lelaki walaupun hasil dan jenis kerja itu sama sahaja. Apabila

    meletusnya pula perang dunia pertama, berjuta-juta pemuda terbunuh. Ini memaksa semua

    wanita menyara hidup sendiri, mengenepikan persoalan-persoalan akhlak dan sifat-sifat

    kewanitaan. Malah untuk mendapatkan pekerjaan pula, hanya mereka yang menyerahkan

  • 8/8/2019 Islam Dan Wanita

    2/6

    tubuh sahaja dibolehkan bekerja. Wanita pada ketika itu tidak lain hanyalah sebagi pemuas

    nafsu golongan lelaki semata-mata.

    Akhirnya, untuk mengembalikan semula hak, kaum wanita terpaksa bertarung.

    Mereka melancarkan mogokan demi mogokan, demonstrasi jalanan, menggunakan pentas

    pidato dan ruangan-ruangan akhbar untuk memperjuangkan hak-hak mereka. Begitulah kisah

    perjuangan wanita Eropah yang terpaksa melalui kehidupan yang menyeksakan sebelum

    mendapat kembali penghormatan mereka sebagai wanita.

    Berbeza pula dengan Islam, tanpa perlu berjuang merebut hak seperti yang dilakukan

    oleh wanita barat, kaum wanita telah pun diberi kedudukan dan penghormatan yang

    sewajarnya . Wanita telah diangkat kedudukannya, dimuliakan, dikembalikan haknya yang

    telah dirampas dan mereka telah diiktiraf oleh lelaki dalam kehidupan. Malahan mereka

    diberikan kedudukan dan berperanan sama seperti dalam kehidupan individu dan masyarakat.

    Menurut Islam, apa yang membezakan antara sesama manusia ialah ketakwaan kepada Allah.

    Islam juga memberi hak kebebasan ekonomi kepada wanita di mana mereka bebas

    dapat memilik, mengurus harta milik dan menggunakan harta miliknya secara langsung tanpa

    sebarang campur tangan dari pihak lain. Ini sangat berbeza dengan masyarakat Eropah

    sehingga kini hak mereka masih lagi dinafikan dan jika ada hak secara tidak langsung iaitu

    melalui lelaki sama ada suami atau bapa atau penjaga.

    Antara bukti lain yang menunjukkan bagaimana tingginya penghargaan Islam

    terhadap rukun-rukun kewujudan manusia ialah sewaktu manusia sedang berada di zaman

    kejahilan dan kegelapan lagi, Islam telahpun menganggap ilmu dan mempelajari ilmu itu

    sebagai satu keperluan. Malah Islam juga telah menggalakkan wanita mencari ilmu

    pengetahuan sama seperti kaum lelaki untuk menyempurnakan keperibadiannya serta dapat

    meninggikan taraf pemikiran sebagaimana mereka meninggikan roh dan badan mereka

    sendiri. Demikianlah Islam mengangkat wanita bukan seperti yang dikatakan oleh mereka-

    mereka yang jahil bahawa Islam meletakkan wanita sebagai makhluk nombor dua atau hamba

    lelaki atau mempunyai peranan yang kecil sahaja. Jika begitu, mana mungkin Islam

    menggalakkan wanita menuntut ilmu kerana dengan itu sudah cukup membuktikan satu

    kedudukan bukan sahaja tinggi di sisi Allah, malah tinggi di sisi manusia seluruhnya.

    Dalam pada Islam mengaku hak-hak kemanusiaan yang sama kepada lelaki dan

    wanita, maka Islam juga bertindak membezakan antara keduanya sesetengah hak dan

  • 8/8/2019 Islam Dan Wanita

    3/6

    kewajipan. Maka di sinilah timbul pula permasalahan dan kekecohan yang sengaja

    diwujudkan oleh mereka-mereka yang menentang Islam. Dengan bermodalkan menuntut hak-

    hak persamaan itulah, mereka menimbulkan salah faham yang tentunya mengelirukan orang

    ramai yang kurang memahami Islam. Antaranya ialah mereka melaungkan tuntutan hak-hak

    persamaan dalam kedudukan, tugas-tugas hidup, pembahagian pusaka 1, kesaksian dansebagainya.

    Islam meletakkan wanita dalam tiga kategori penting mengikut keupayaannya iaitu

    sebagai ibu, isteri dan anak perempuan. Ibu diletakkan di tempat yang paling tinggi selepas

    Allah dan RasulNya. 2 Di sinilah tugas-tugas mengandung, melahirkan dan menyusukan bayi

    diberikan pada wanita. Sesuatu tugas biologi itu tidak akan dapat dilaksanakan tanpa

    penyesuaian jiwa dan fizikal yang khusus. Dengan kekuatan sentimen dan emosi yang tinggi,

    perasaan kasih yang mendalam, kesediaan memberi khidmat yang tidak putus-putus inilah

    yang menolong kaum wanita melaksanakan tugas keibuannya.

    Berbeza pula dengan kaum lelaki yang ditugaskan memikul kewajipan melindungi

    keluarganya daripada bahaya, merancang perbelanjaan keluarga, mencari nafkah dan

    sebagainya. Untuk melakukan tugas ini, kaum lelaki tidak memerlukan sentimen dan emosi

    yang tinggi sepertimana yang dianugerahkan kepada wanita kerana ia hanya akan membuat

    seseorang berubah-ubah sikap dan tidak tabah dalam melaksanakan sesuatu tindakan. Kerana

    itu kejadian lelaki lebih banyak memerlukan kepada ciri kekuatan fikiran dan intelektual.

    supaya mereka lebih mampu mentadbir dan membuat rancangan-rancangan teliti seelum

    melaksanakannya. Nyatalah Islam memberi hak persamaan antara keduanya dalam perkara-

    perkara yang memang wajar disamakan dan membezakan dalam perkara yang wajar

    dibezakan mengikut hukum kejadian semulajadi.

    Selain itu, pertikaian juga berlaku dalam pembahagian pusaka. Menurut Islam hak

    perempuan adalah separuh daripada lelaki. Pembahagian sedemikian sebenarnya memang

    wajar kerana Islam mewajibkan lelaki menanggung semua perbelanjaan keluarga, sedangkan

    perempuan tidak diwajibkan mengeluarkan perbelanjaan seperti itu melainkan hanya untuk kepentingan diri dan perhiasannya sahaja. Walau sebanyak manapun harta isteri, suami tidak

    berhak menggunakan sedikit pun tanpa persetujuannya malah suami pula harus menyara

    perbelanjaan isteri. Hakikatnya, kaum wanitalah yang lebih banyak mendapat bahagian.

    1 Paizah Ismail, Status wanita dalam Islam : Antara Prinsip Syariah dan Ijtihad Fuqaha . 2 Che Zarrina binti Sa'ari, Peranan Wanita Dalam Pengukuhan Akidah Umat Islam

  • 8/8/2019 Islam Dan Wanita

    4/6

    Mana mungkin berlakunya ketidakadilan seperti mana yang dikatakan oleh pejuang yang

    menuntut persamaan mutlak antara lelaki dan wanita.

    Penilaian kesaksian dua orang perempuan sama dengan kesaksian seorang lelaki juga

    tidak boleh dijadikan bukti bahawa nilai wanita dalam Islam itu sama dengan separuh nilai

    lelaki. Malah apa yang ditetapkan oleh Islam itu merupakan satu langkah bijak untuk benar-

    benar menjamin keutuhan kesaksian sama ada untuk kepentingan pihak tertuduh atau untuk

    menentangnya. Ini kerana tabiat wanita itu mudah dan cepat terpengaruh kepada emosi dan

    sebab itulah kesaksian seorang wanita itu perlu disokong oleh seorang wanita lain.

    Antara pertikaian lain yang dibangkitkan oleh mereka-mereka yang jahil ini ialah

    masalah dalam pengetuaan keluarga. Sesuatu yang pasti ialah perkongsian rumah tangga

    antara lelaki dan wanita itu harus diserahkan kepada seorang ketua untuk mentadbirnya,

    melindungi anak-anak serta memikul tanggungjawab-tanggungjawab kekeluargaan yang lain.

    Hakikatnya kejadian lelaki yang lebih banyak dilengkapkan dengan kematangan berfikir dan

    kesanggupan berjuang memikul tanggungjawab adalah lebih sesuai untuk memegang tampuk

    pimpinan dalam keluarga. Apabila Islam menyerah tugas pengetuaan keluarga kepada lelaki,

    itu tidak beerti mereka oleh bertindak dengan sewenang-wenangnya terhadap perempuan dan

    pentadbiran rumah tangga, malah sebaliknya perlu berlaku adil dan saksama.

    Namun, dalam hubungan kekeluargaan ini, masih banyak juga yang menimbulkan

    kekeliruan dan penjelasan. Antaranya bersangkutan dengan kewajipan isteri terhadap suami,nusyuz, talak dan poligami. Salah satunya isteri harus mentaati suami apabila dijemput

    bersetiduran dengannya. Sudah sememangnya perkahwinan itu bertujuan untuk memenuhi

    keinginan sex di samping memenuhi keperluan jiwa, sosial dan ekonomi, kerana itu sekiranya

    isteri tidak dapat memenuhi kewajipannya, maka suami akan mencari kepuasan yang haram

    di luar rumah. 3 Oleh itu, tidakkah kewajipan yang dituntut oleh Islam sebenarnya melindungi

    isteri dan memberi kebahagiaan kepada keluarga itu sendiri.

    Apabila berlaku keretakan rumah tangga yang berpunca daripada isteri, kuasa suami

    iaitu dengan mendisiplinkan isteri diperlukan untuk mengembalikan semula keharmonian

    rumah tangga. Tertib disiplin telah pun digariskan dalam Al-Quran bermula dengan memberi

    nasihat, memisahkan tempat tidur dan memukul. Di sini mungkin timbul kekeliruan bahawa

    tindakan itu menghina maruah wanita atau berunsurkan kekasaran terhadap wanita. Namun,

    3 Muhammad Qutb, Salah Faham Terhadap Islam

  • 8/8/2019 Islam Dan Wanita

    5/6

    hakikatnya tertib disiplin ini cukup sistematik dan menunjukkan Islam melindungi wanita.

    Tindakan disiplin dengan memukul merupakan satu perkara terakhir dilakukan, dan benar-

    benar hanya ketika darurat setelah menemui kegagalan dalam berdamai. Kadar pukulan yang

    dibenarkan pula hanyalah pukulan ringan yang tidak meninggalkan kesan. Jika dibandingkan

    dengan agama lain, mungkin tidak wujud tertib disiplin seperti ini sehingga cara memukul juga dijelaskan dalam Islam.

    Kesimpulannya, memang tidak diragui lagi bahawa Islam sangat mengangkat kaum

    wanita dan member hak-hak keistimewaan yang tersendiri. Jika benarlah wanita Islam berada

    pada kedudukan yang buruk seperti yang ditimbulkan, cara untuk membetulkan kedudukan

    itu bukanlah dengan meniru cara hidup wanita barat yang jelas mempunyai latar belakang

    dan penyelewengan yang tersendiri. Perlembagaan yang telah ditetapkan oleh Allah dan

    Rasul boleh dipertikai dengan mudah hanya untuk mereka yang jahil ilmu Islam sahaja.

    Mereka yang kurang agama mahupun iman, pasti menunggu masa untuk mengangguk

    mahupun mengatakan ya pada kejahilan dan kekeliruan yang ditimbulkan itu. Semua

    disandarkan atas dasar itu hak saya.

    Satu-satunya jalan untuk mereformasikan kehidupan kaum wanita ialah kembali

    kepada sistem hidup Islam. Agama Islam sudah pun sempurna dan jelas segala perlembagaan

    dan peraturannya. Ini adalah satu perjuangan kerana apabila kita percaya dan bertindak

    melaksanakan kepercayaan itu, maka beerti kita telah menyerahkan kepada Islam untuk

    memerintah kita dan membetulkan kedudukan-kedudukan yang salah dengan adil dan

    saksama.

  • 8/8/2019 Islam Dan Wanita

    6/6

    Rujukan

    Muhammad Qutb, Salah Faham Terhadap Islam

    Paizah Ismail, Status wanita dalam Islam : Antara Prinsip Syariah dan Ijtihad Fuqaha.

    Che Zarrina binti Sa'ari, Peranan Wanita Dalam Pengukuhan Akidah Umat Islam