ikan seluang
DESCRIPTION
cerita kanak-kanak. sesuai untuk dibaca oleh kanak-kanak bawah 12 tahun. ibu bapa digalakkan untuk mendedahkan cerita ini kepada anak-anak untuk pertumbuhan minda mereka.selamat mencuba. :)TRANSCRIPT
IKAN SELUANG DENGAN
IKAN HARUAN
NAMA :
KELAS :
SEKOLAH :
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
1
Pada suatu hari, ikan seluang
merayau-rayau pergi mencari makanan.
Tiba-tiba ikan seluang terkejut kerana
terserempak dengan ikan haruan.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
2
“Jangan takut! Aku tidak makan
engkau, wahai Sang Seluang!
Engkau sangat kecil. Kalau aku
makan engkau tentu tidak akan
kenyang,” kata haruan.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
3
Ikan seluang gembira mendengar
kata-kata itu.
Pada suatu hari yang lain, ikan
seluang terserempak lagi dengan
ikan haruan itu.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
4
“Engkau tiap-tiap hari makan, tetapi
tidak pernah besar. Cuba engkau lihat
badan aku ini. Aku sebesar betis
manusia,” haruan mengejek ikan
seluang.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
5
Demikianlah, setiap kali ikan
seluang terserempak dengan haruan,
haruan itu selalu mengejek-ngejek
ikan seluang.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
6
Ikan seluang berdiam diri sahaja. Ikan
seluang tidak berani melawan haruan.
Pada suatu hari, ikan seluang
terdengar suara haruan menjerit
minta tolong.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
7
“Tolong! Tolong! Tolong!” haruan
menjerit-jerit.
Rupa-rupanya haruan terperangkap
di dalam pukat.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
8
“Maafkan aku, haruan! Badan aku
kecil. Aku tidak dapat menolongmu.
Badan engkau besar. Itulah
sebabnya engkau terperangkap
dalam pukat itu,” kata ikan seluang.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
9
“Mujurlah badan aku kecil. Aku
sentiasa selamat. Manusia tidak
menangkapku,” ujar ikan seluang
lagi.
Haruan berasa menyesal.