ibadah pelajaran 14 sembelihan
TRANSCRIPT
PENDIDIKAN ISLAM
IbadahPelajaran 14Sembelihan
Muka surat : 133-136
Isi Pelajaran
Sembelihan
Definisi
Rukun serta Syarat
Sunat sembelihan
Makruh sembelihan
Hikmah Sembelihan
Definisi Sembelihan
• Menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan dengan cara memutuskan urat halkum(saluran pernafasan) dan urat Merih(saluran pemakanan) dengan menggunakan alat yang tajam dengan niat kerana Allah swt.
Hukum sembelihan• WAJIB dengan tujuan dimakan dagingnya.• Binatang yang mati tanpa
sembelihan@sembelihan tidak mengikut syariat haram dimakan kerana ia dipanggil bangkai.
• Bangkai adalah najis maka ia haram dimakan
Rukun sembelihan dan syarat sah
Penyembelih
Syarat sah1.Islam2.Tidak dalam ihram haji @ umrah
Binatang yang disembelih
Syarat sah1.Halal dimakan
2. Mati dengan sekali sembelihan
3. Putus Urat Halkum dan Urat Mareh
Alat Sembelihan
Syarat sah1. Benda yang tajam
kecuali gigi, tulang, kaku, rambut dan tali.
Sunat sembelihan
1. Menyebut nama Allah serta selawat ke atas nabi.
2. Menyembelih pangkal leher dengan memutuskan kedua-dua urat yang terletak di kiri dan kanan leher supaya lebih cepat mati
3. Menghadapkan binatang itu ke arah kiblat dengan membaringkan ke sebelah rusuk kiri.
4. Menggunakan alat sembelihan yang tajam.5. Melakukan sembelihan di siang hari
Makruh sembelihan1. Guna alat@pisau tumpul2. Menampakkan alat sembelihan kepada binatang
yang hendak disembelih.3. Mematahkan leher binatang sebelum nyawanya
hilang.4. Tidak membaca Basmallah5. Menghalakan binatang ke arah lain daripada
kiblat6. Melakukan sembelihan di hadapan binatang lain
yang hendak disembelih
Hikmah Sembelihan1. Dapat mematikan binatang dengan cepat dan
selamat.2. Dapat mengeluarkan semua darah binatang
dengan cepat serta membersihkan daging daripada darah yang mengalir bagi menghindari penyakit.
3. Memastikan daging yang dimakan bersih dan bermutu.
4. Sembelihan dengan nama Allah untuk pelihara aqidah
Hikmah sembelihan
5. Tanda penghormatan manusia ke atas makhluk ciptaan Allah.
6. Binatang yang disembelih tidak terseksa berbanding dengan cara yang lain.
7. Pembeza antara daging halal dan daging haram.
8. Binatang yang tidak disembelih mudah busuk dan reput. Ia tidak sesuai di makan.
Info tambahan• Sembelihan ahli kitab halal ke haram di
makan?Harus dimakan dan hendaklah menyebut
nama Allah sebelum memakannya.Tidak disyaratkan juga untuk umat Islam
menyelidiki cara penyembelihan mereka.
Q : Ada atau tidak bahagian yang tidak boleh dimakan daripada binatang sembelihan?
A : Ada, antaranya : Pundi kencing, ketumbuhan antara kulit dan daging, darah kecuali hati dan jantung.
• Mana-mana anggota binatang yang terpotong tanpa disembelih haram dimakan kerana hukumnya sama dengan bangkai.
• Negara ahli kitab ialah negara yang rakyat dan pemerintahnya terdiri daripada penganut beragama Yahudi dan Nasrani.