hidangan sepinggan lengkap

2
Hidangan sepinggan lengkap Merupakan satu hidangan yang mempunyai keseimbangan nutrien dan zat yang diperlukan oleh badan.Antara nutrien yang diperlukan oleh tubuh kita ialah karbohidrat, lemak, protein, vitamin dan garam mineral yang harus di ambil pada kuantiti tertentu. Hidangan boleh dihidangkan sebagai hidangan utama dan hidangan sampingan atau snek. Antara faktor-faktor yang harus di ambil kira dalam menyediakan hidangan sepinggan lengkap ialah: 1. Mempunyai semua nutrien yang diperlukan oleh badan bagi mengekalkan kesihatan, membekalkan tenaga yang mencukupi dan menggalakkan tumbesaran. 2. Mudah disediakan dan tidak memerlukan masa yang lama untuk disediakan. 3. Mengandungi nutrien-nutrien yang boleh disediakan secara peranggu meja atau berpek. Hidangan sepinggan lengkap boleh disediakan secara berikut: 1. Bergoreng – mi goreng, makaroni goreng, nasi goreng 2. Berkuah – tomyam, mi rebus, sup ayam, soto 3. Makanan segera – kebab, burger, sandwich Hidangan sepinggan lengkap boleh dibahagikan kepada tiga cara iaitu cara timur, cara barat dan mengikut budaya setempat: ****************************************************************** ** 1. Hidangan sepinggan lengkap cara timur Hidangan ini merupakan hidangan utama di negara kita yang digemari oleh semua kaum. Hidangan seperti nasi lemak, mihun goreng sering dihidangkan sebagai sarapan pagi atau semasa berkelah. Kebiasaannya disediakan secara menggoreng (mi goreng, nasi goreng) dan merebus (mi sup dan mihun sup). 2. Hidangan sepinggan lengkap cara barat Banyak hidangan makanan kita dipengaruhi oleh masakan cara barat. Di negara kita makanan cara barat mudah di dapati seperti di kedai Pizza Hut, Kentucky Fried Chicken, Burger King. Dalam menyediakan makanan ini, antara bahan utama yang sering digunakan ialah tepung gandum, sos tomato, mentega, susu dan keju.

Upload: yudhie-pratama

Post on 15-Sep-2015

88 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

nnn

TRANSCRIPT

Hidangan sepinggan lengkap Merupakan satu hidangan yang mempunyai keseimbangan nutrien dan zat yang diperlukan oleh badan.Antara nutrien yang diperlukan oleh tubuh kita ialah karbohidrat, lemak, protein, vitamin dan garam mineral yang harus di ambil pada kuantiti tertentu. Hidangan boleh dihidangkan sebagai hidangan utama dan hidangan sampingan atau snek. Antara faktor-faktor yang harus di ambil kira dalam menyediakan hidangan sepinggan lengkap ialah:1. Mempunyai semua nutrien yang diperlukan oleh badan bagi mengekalkankesihatan, membekalkan tenaga yang mencukupi dan menggalakkan tumbesaran.2. Mudah disediakan dan tidak memerlukan masa yang lama untuk disediakan.3. Mengandungi nutrien-nutrien yang boleh disediakan secara peranggu meja atau berpek. Hidangan sepinggan lengkap boleh disediakan secara berikut:1. Bergoreng mi goreng, makaroni goreng, nasi goreng2. Berkuah tomyam, mi rebus, sup ayam, soto3. Makanan segera kebab, burger, sandwich

Hidangan sepinggan lengkap boleh dibahagikan kepada tiga cara iaitu cara timur, cara barat dan mengikut budaya setempat:********************************************************************1. Hidangan sepinggan lengkap cara timur Hidangan ini merupakan hidangan utama di negara kita yang digemari oleh semua kaum. Hidangan seperti nasi lemak, mihun goreng sering dihidangkan sebagai sarapan pagi atau semasa berkelah. Kebiasaannya disediakan secara menggoreng (mi goreng, nasi goreng) dan merebus (mi sup dan mihun sup).2.Hidangan sepinggan lengkap cara barat Banyak hidangan makanan kita dipengaruhi oleh masakan cara barat. Di negara kita makanan cara barat mudah di dapati seperti di kedaiPizza Hut, Kentucky Fried Chicken, Burger King. Dalam menyediakan makanan ini, antara bahan utama yang sering digunakan ialah tepunggandum, sos tomato, mentega, susu dan keju. Roti burger, spageti dan makaroni adalah contoh hidangan sepinggan lengkap cara barat.3.Hidangan sepinggan lengkap mengikut budaya setempat Hidangan ini adalah mengikut budaya setempat dan terkenal mengikut sesuatu negeri atau daerah. Kebiasaannya ia menjadi hidangan kegemaran penduduk setempat. Dalam penyediaan hidangan ini, mereka banyak menggunakan rempah-ratus seperti kulit kayu manis, ketumbar, kunyit, buah pelaga dan sebagainya. Nasi kerabu, laksa Johor, nasi dagang adalah contoh hidangan sepinggan mengikut budaya setempat.http://ertmasakan.wordpress.com/2012/05/15/maksud-hidangan-sepinggan-lengkap-11/