hatiku milik siapa 1-66 final

614
HATIKU MILIK SIAPA? PENULIS : FARIN ASYIKIN JUMLAH BAB : 66 JUMLAH MUKA SURAT: 413 TERMASUK MUKA DEPAN DAN SINOPSIS

Upload: christopher-lawson

Post on 08-Feb-2016

1.063 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

HATIKU MILIK SIAPA?

PENULIS : FARIN ASYIKIN

JUMLAH BAB : 66

JUMLAH MUKA SURAT: 413 TERMASUK MUKA DEPAN DAN SINOPSIS

Page 2: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

SINOPSIS – HATIKU MILIK SIAPA?

Pertemuan yang tidak disengajakan antara dia dan Hariez telah membawanya jauh ke

negeri orang. Pelarian yang tidak berdestinasi dan atas dasar simpati, Hariez

membawanya masuk ke dunia gah miliknya. Tanpa sedar, bibit-bibit cinta lahir dan

menimbulkan rasa yang sukar ditafsirkan dalam hati milik Hariezul Zikri.

Namun, entah di mana silapnya, rahsia yang tersimpan kemas semakin hari semakin

terungkap dan tragedi yang bagai semalam baru dikuburkan semakin menjerut jiwa

Hafiqah.

Kehadiran Fariez teman yang mengubati hidup yang semakin dihimpit tekanan

membuatkan Hafiqah bagai terlupa kesedihan yang dialami. Perikemanusiaan sudah

semakin sirna, simpati semakin jauh tersisih, dan cinta tidak mungkin wujud dalam hati

milik lelaki itu. Kata-kata nista yang hampir dapat dijangka mindanya namun masih cuba

disangkal dek hati, akhirnya membuatkan Hafiqah nekad untuk pelarian kedua kali.

Meninggalkan setiap insan yang pernah wujud dalam seluruh kehidupannya. Hanya dia.

Ya, dia perlukan ketenangan. Walaupun bukan itu yang dipinta, namun hanya dia yang

membela nasibnya sendiri.

Hariez: “Sebelum kau berjaya musnahkan kebahagiaan kawan aku tu, aku akan

pastikan masa depan kau hancur sampai kau rasa hina untuk hidup di dunia ni. Apatah

lagi berangan-angan nak kahwin dengan orang yang macam kami ni. Perempuan

murah!”

Fariez: Andai ku punya hati, ingin ku berikan kepadamu. Dan andai hatimu kumiliki,

inginku jadikan ia satu dengan hatiku. Walau apapun masa silammu, aku akan setia

menanti saat kau bersedia menjadi suri hidupku…

Hafiqah: Andai aku punya rasa, pasti aku akan menangis di sini. Andai aku punya cinta,

pasti aku akan bahagia di sampingnya. Namun, hatiku tiada lagi. Bagaimanakah bisaku

merasakan cinta? Andai hati, seandainya kau mahu berbicara, milik siapakah hati ini….

2

Page 3: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

1

BOOM!! Serentak itu kaki Hariez menekan brek keretanya sekuat hati dan dipulas

stereng kereta agar terpusing 360°. Isyarat kecemasan juga terpasang memberitahu

kepada kereta teman-temannya yang mengekori rapat dan laju kala itu. Mereka juga

memberhentikan kereta dengan serta-merta, terkejut dengan bunyi yang amat kuat itu.

“Accident lah! Cepat-cepat, tolong orang tu!” Hariez berlari menuju ke arah

Perodua Kancil yang sudah terbalik diikuti Ikmal, Fariez, Armin dan Fikri.

“Ya Allah! Perempuan.. tolong Im, dah tak sedarkan diri dia ni.” Melihatkan

darah yang mengalir tak henti-henti dari dahi, hidung, dan hampir seluruh tubuh wanita

itu, Hariez dan Ikmal dengan berhati-hati cuba menariknya keluar. Mujur juga tubuh

wanita itu kecil dan kurus, tidak sukar untuk dikeluarkan.

Fariez yang melihat terus memegang pergelangan tangan wanita yang telah

terkulai layu itu, untuk diperiksa nadinya. Masih hidup lagi, detik hatinya.

“Kita bawa dia ke hospital. Masih boleh diselamatkan lagi ni.” Ujar Fariez.

“Tayar kereta ni meletup. Mungkin dipandu terlalu laju tadi, tu yang boleh

terbalik.” Fikri yang dari tadi berpusing-pusing di keliling Perodua Kancil itu

memberikan pendapat.

“Cepat angkat dia. Fariez, ambil kereta kau. Kereta kau yang paling dekat.”

Hariez memberikan arahan.

“Okey.” Dengan segera Fariez berlari dan sebentar sahaja Mitsubishi Lancer

kuning kesayangannya sudah berada di sisi mereka. Dengan penuh berhati-hati, wanita

3

Page 4: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

dalam lingkungan umur 20-an itu dimasukkan ke sebelah tempat pemandu agar tidak

memburukkan keadaan yang sudah sememangnya teruk itu.

“Hospital mana ni?” Ikmal yang masih terkejut itu bertanya. Masing-masing

berpandangan.

“Mana-mana yang kau nampak dulu tu la yang kita singgah nanti. Private or

government, anything will do.” Hariez berlari ke Mitsubishi Lancer putihnya dan sebentar

kemudian kelima-lima Lancer itu hilang daripada pandangan.

Hafiqah cuba membuka mata. Dapat dirasakan sakit yang menerpa urat saraf

otaknya saat ini. Tangan yang cuba menahan kesakitan itu digagahkan untuk memegang

kepala, namun tidak berjaya. Bisanya dirasakan sehingga ke tulang belikat. MasyaAllah,

apa dah jadi dengan aku ni…

Dalam kekaburan pandangannya, Hafiqah dapat melihat beberapa susuk tubuh

manusia duduk dan berdiri di kelilingnya. Siapa mereka ni? Di mana aku? Akhirnya,

mata itu dapat dibuka sepenuhnya dan dengan jelasnya Hafiqah dapat melihat wajah-

wajah mereka yang langsung tidak dikenalinya itu berdiri di hadapannya.

“Aaaa…” Tidak terkeluar bicaranya. Masih berperang emosi dan akalnya.

Memikirkan di mana dia berada dan apa yang telah terjadi.

“Cik jangan gerak-gerak sangat. Luka awak tu masih teruk lagi. Belum kering

betul tu. Nanti terbuka balik jahitannya.” Yang paling rapat dengannya itu bersuara.

“Awak dekat hospital Mersing ni, semalam awak kemalangan.” Sungguh. Saat itu, dia

4

Page 5: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

merasakan alangkah baiknya jika nyawanya ditarik terus. Semalam? Bermakna sudah

sehari dia tidak sedarkan diri. Peristiwa terakhir yang diingatinya adalah saat dia gagal

mengawal keretanya dan terbalik. Selepas…

“Kereta saya..”

“Dah kami hantarkan ke bengkel. Mungkin ambil masa berminggu juga untuk

disiapkan semula. Tayar depan awak meletup, tapi mungkin sebab awak memandu laju

sangat tu yang sampai terbalik.” Semakin lemah nadinya mendengarkan bicara itu. Ke

mana aku nak pergi? Macam mana?!

Selimut yang menutup hampir tiga suku badannya ditarik terus menutupi wajah.

Antara dengar dengan tidak sahaja kata-kata yang lahir dari mulut teman-teman lelaki itu.

“Orang dah selamatkan dia bukan nak ucapkan terima kasih.” Kata yang seorang

itu.

“Entahnya. Orang dah tolong tu agak-agak la pun!” Menusuk hingga ke sanubari.

Tambah yang lainnya.

“Eisy..tak baik betul la korang ni. Entah dia tengah fikirkan macam mana nak

bayar sewa hospital ni ke, nak bayar bil betulkan kereta ke, manalah tau! Korang ni

pun…,” Entah yang mana pula berbicara.

Hafiqah akhirnya tersedar. Sewa hospital? Bil betulkan kereta?Be..be..berapa

ribu tu?

Perlahan-lahan selimut dibukanya. Mereka semua telah tiada. Marah ke mereka

dengan sikap tidak mengenang budiku tadi? Hafiqah mengetap bibir. Menyesali

keterlanjuran tindakannya.

5

Page 6: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Dengan sepenuh usaha, dan cuba melawan kesakitan yang wujud di setiap urat

dan inci badannya, Hafiqah bangun dan berjalan menuju ke pintu. Ini wad peribadi, mesti

mahal. Aku kena tanya berapa kos yang aku dah tanggung sekarang ni.

Kaki yang masih berbalut itu diseretnya menuju ke koridor. Mencari di mana

kaunter. Hafiqah tidak mahu mengambil risiko untuk berlama-lama di hospital ini. Andai

dia sudah tidak mampu, dengan badan yang sakit ini dia sanggup berjalan kaki untuk ke

hentian bas. Dia sudah tidak mahu membazirkan masa, wang dan tenaga di Bandar ini. Di

daerah ini.

Sedaya upaya dia melangkah. Sakit yang mencucuk-cucuk seakan-akan tidak

dapat mengalahkan kesakitan jiwanya yang sememangnya sudah parah.

“Cik, boleh saya tau, berapa bil perubatan saya? Bilik no 308 tu.”

Gadis dalam lingkungan 20-an itu segera menaip-naip sesuatu di komputernya

dan kemudian, “Menurut di sini, sewa wad RM400, belanja ubat-ubatan RM250 dan

konsultan dan pemeriksaan doktor RM250. Jumlah keseluruhan RM900 hingga ke hari

ini.” Ya Allah, mana aku nak cari duit ni.. Serta merta itu, dia teringatkan beg duitnya

yang tidak diketahui lokasi semenjak dia sedarkan diri tadi.

“Barang-barang saya ada di mana ya? Ada sesiapa yang tinggalkan di sini?”

“Maaf cik, kalau tak silap saya, barang-barang cik masih ada dengan kawan-

kawan cik lagi. Ataupun mungkin mereka dah letakkan dalam laci di wad cik.”

“Kalau macam tu, tak mengapa ye. Terima kasih.” Langkah dihayun ke wad 308

semula. Berdoa agar beg duitnya ada diletakkan seperti yang dimaksudkan.

6

Page 7: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Hafiqah duduk di hadapan laci di sebelah katil. Mata dan tangannya mencari-cari

beg duit Milk Teddy buruknya. Itu sahaja yang sempat dibawa bersama-sama beg

bajunya. Entah di mana lah budak-budak tu letakkan.

Tiba-tiba jemarinya merasakan sesuatu. Aha..ada pun! Hehe.. nasib baik mereka

letak di sini. Senanglah aku nak larikan diri. Hehe..

Namun, senyuman itu hanya seketika. Di dalamnya hanya ada 2 keping RM50

dan 3 keping RM10 dan beberapa keping RM1 yang mewarnai beg yang lusuh itu.

Seingat Hafiqah, baki di dalam akaunnya pun ada tidaklah sebanyak mana. Cukuplah

untuk bertahan 2-3 bulan ini. Tapi tidak termasuk untuk kos membaiki kereta dan wad

yang sedang ditanggungnya kini. Sudahlah kereta itu dipinjam dari adiknya, mujur sudah

habis dibayar tiga bulan yang lalu.

“Mana aku nak cekau duit ni. Aku kena keluar dari sini malam ni jugak. Mungkin

boleh minta diskaun.” Masih berkira-kira lagi tentang baki yang tinggal sekiranya kos

hospital ini habis dibayar.

“Adui… apalah nasib aku ni. Masih tak hilang agaknya badi aku ni. Entah-entah,

mereka dah sumpah aku jadi macam ni.” Air mata mula membasahi pipi. Esakan halus

mula mengisi kesunyian ruang wad yang sunyi dan gelap itu.

Kalaulah aku bijak sedikit… Kalaulah aku sedar diri… Kalaulah aku tak mudah

percaya dengan mereka… Dan kalaulah aku masih di sana… Kalau itu hanya kalau

kerana saat ini, dia berada di sini. Di dunia baru yang masih gelap untuknya.

“Mak, abah, orang tak salah. Ini semua bukan salah orang. Kenapa mak dan abah

tak percayakan orang? Kenapa? Siapa mereka tu, kan mak dan abah yang besarkan orang.

7

Page 8: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Tak pelah kalau along dan adik-adik tak percayakan orang tapi, mak, abah…,” Bibir

diketap lagi. Sedang tangan pula menyeka air mata yang tak henti-henti berlinangan.

Hafiqah cuba memejamkan mata. Hidupnya kucar kacir kini. Tak sama seperti

yang dahulu. Peristiwa itu kian menghimpit segenap ruang yang gelap itu. Gelap dan

akhirnya dia tertidur bersama esakan yang lemah.

Tanpa disedari, setiap perlakuannya diperhatikan seseorang. Asyik dengan

kesungguhannya. Ada sesuatu tentang gadis itu yang tak dapat diluahkan dari kata-kata

tetapi terlahir dari raut wajahnya yang penuh kesedihan itu.

8

Page 9: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

2

Kad kredit miliknya bertukar tangan. Semua bil telah pun dijelaskan. Tak mahu

menimbulkan masalah kemudian kepada tuan punya badan. Dia tahu, gadis itu tidak

punya wang untuk membayar semua kos tersebut. Lagipun dia yang menghantar gadis itu

ke sini. Ditambah pula dengan wad kelas atasan yang memang tinggi bayarannya.

Hariez tidak kisah untuk menggunakan wangnya untuk membayar semua itu. Ini

pun dilakukan atas dasar tanggungjawab. Semalam dia mendengar gadis itu merintih

tentang sesuatu yang dia pun tak pasti. Menangis dan akhirnya tertidur. Dia yang duduk

di dalam gelap langsung tidak disedari kehadirannya, sekadar mendengar agar tidak

mengejutkan gadis itu.

“Awak jangan risau tentang bil hospital awak. Saya dah bayar tadi. Salah saya

yang hantar awak ke mari. Patutnya saya hantar awak masuk kelas biasa sahaja.” Gadis

itu tunduk. Diam.

Hariez mati kata-kata. Aku salah cakap ke? Aku cuma nak beritahu dia supaya

dia tak risaukan nak bayar bil hospital yang dia tak mampu ni.

“Terima kasih encik. Saya tak tahu dah berapa banyak saya berhutang dengan

encik. Hutang nyawa, hutang duit, hutang jasa. Dengan kawan-kawan encik pun. Saya

memang tak mampu nak bayar duit encik tu sekarang ni, tapi saya akan usahakan untuk

bayar secara beransur-ansur.” Jari-jemari yang runcing itu dikepal-kepal. Ada kekesalan

terpancar di raut itu.

“Tak apalah. Awak tak perlu risau tentang tu. Kawan-kawan saya pun tak marah

dengan awak. Boleh saya tahu, awak nak ke mana lepas ni? Kereta awak tu masih belum

9

Page 10: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

baik lagi.” Sekadar bertanya. Risau juga dia andai gadis itu tidak punya siapa-siapa di

sini.

“Saya tak pasti lagi encik. Ikut kaki melangkah. Kereta saya pun dah rosak. Nak

baiki tak mampu. Tengok lah ke mana ada rezeki saya encik.”

“Ikut rezeki? Awak tak ada saudara mara di sini? Awak dari mana sebenarnya?

Nak saya hubungi sesiapa?” Masih berbasa-basi. Hanya gelengan menjawab soalan-

soalannya.

“Andai di rumah encik perlukan orang gaji, ambillah saya. Mungkin saya tak

sebaik mana tapi saya akan sedaya upaya bekerja. Saya dah tak tahu ke mana arah tujuan

saya selepas ini encik.”

Kelu. Hariez tidak menyangka yang gadis itu sanggup untuk menjadi orang gaji.

Hariez garu kepala. Mana nak letak? Boleh caya ke ni? Entah-entah nak mengorat aku

tak?

“Eh, takkanlah sampai macam tu sekali. Jadi orang gaji ni bukan mahal pun

pendapatannya. Tak rasa menyesal ke? Kerja banyak, non-stop you see?” Hariez

menggeleng-gelengkan kepala. “Lagipun, saya bukan orang sini. Tempat tinggal saya

jauh dari sini.”

“Di… di… mana tu encik?” Hafiqah ragu-ragu. Dia sendiri pun tak pasti.

Betulkah dia ingin menjadi orang gaji?

“Saya tinggal di Kuala Lumpur.” Hafiqah terdiam. Jauhnya. Tapi, semakin jauh

aku pergi, semakin baik untuk diriku. Menjadi orang gaji, mungkin ini peluang untukku

hilang dari pandangan orang lain.

10

Page 11: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Andai saya rela kerja begitu, encik sudi ambil saya bekerja?” Hafiqah tidak

mahu berputus asa. Rasanya, kulit mukanya sudah tebal dari saat Hariez membayarkan

sewa hospitalnya. Andai Hariez benar-benar orang yang berhati mulia, dia rela menjadi

orang gaji seumur hidup selagi dia dapat bersembunyi jauh daripada mereka yang dia

kenali.

Hariez mendiamkan diri. Berfikir. Hm… mungkin dia betul-betul terdesak.

Lagipun apa salahnya tambah seorang lagi pembantu untuk Mak Teh. Setakat anak

saudara Mak Teh yang hingusan tu takkan larat nak kemas Villa Kasih yang gedabak

besar. Umi dan papa mesti tak kisah punya. Bukan senang nak cari orang gaji ni. Dah

dia pun tak kisah gaji kecil.

“Okey. Deal. Tapi jangan menyesal kalau gaji awak kecil. Tak cukup nak

bergaya-gaya. Cuma, makan dan tempat tinggal tu ditanggunglah. Jangan risau. Dan lagi

satu, saya tak terus balik ke KL. Sebenarnya, rancangan saya dan kawan-kawan dah

tergendala 2 hari gara-gara awak.” Tajam dia memandang Hafiqah.

“Ha? Saya? Rancangan apa?” Hafiqah bingung. Tak sangka dia telah

mengganggu rancangan orang lain. Patutlah kawan-kawan Hariez marah sangat dengan

dia.

“Ke Pulau Tioman!”

ANGIN malam yang sepoi dan lembut menampar-nampar ke pipi menjadikan Hafiqah

kesejukan di kala ini. Mengenangkan budi yang ditaburkan Hariez kepadanya semenjak

kemalangan itu membuatkan Hafiqah merasakan diri amat kerdil saat ini.

11

Page 12: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Tapi saya tak ada duit encik nak ke sana. Macam mana?”

“Macam nilah. Saya akan tanggung tempat tinggal dan makan minum awak masa

di sana. Tapi, semua bayaran tu akan ditolak secara ansur-ansur dari gaji bulanan awak.

Boleh? Atau awak ikut jalan awak dan awak boleh tunggu saya balik dari bercuti dengan

kawan-kawan saya minggu depan? Nak yang mana?” Eh, baik betul aku jadi majikan ni..

Hafiqah terdiam. Bersungguhkah apa yang dikatakan oleh Encik Hariez itu?

Sebaik itukah dia? Tanpa berfikir panjang dan tidak memikirkan kesan atau apa-apa yang

negatif, Hafiqah menurut syarat yang pertama. Dan akhirnya, di sinilah dia bersama-sama

Encik Hariez dan empat orang temannya.

Saat itu, mereka yang lain sedang makan di kafetaria resort penginapan mereka.

Untuk dirinya, Hafiqah telah belikan beberapa bungkus ‘Maggi Cup’ sebagai bekalan.

Dia tidak mahu semakin banyak gajinya yang dipotong. Cukuplah untuk kos penginapan.

Semenjak mereka tiba di pulau itu tengahari tadi, Hariez tidak langsung

memanggilnya untuk sebarang aktiviti mereka. Mungkin tidak mahu menyusahkan

dirinya yang masih terkial-kial berjalan. Mujur juga, setiap aktiviti mereka tidak

melibatkan dirinya. Jika tidak, mahu haru juga dia ke sana ke mari dengan luka yang

belum betul sembuh itu.

Kesunyian berada di tepi pantai begitu mencengkam jiwanya yang lara. Dalam

usia yang baru mencecah 23 tahun itu, dia kini sudah menjadi pelarian di dunianya

sendiri. Dibuang keluarga, dihina oleh teman-teman. Huh, itukah namanya teman?!

Menikam orang lain dari belakang. Air mata Hafiqah gugur lagi. Sarat hatinya dengan

pelbagai masalah. Jauh dari keluarga dan tiada hala tuju.

12

Page 13: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Dia pernah punya hidup yang bahagia. Amat bahagia. Dia ada segalanya.

Keluarga, teman, pendidikan, dan kerjaya. Walaupun tidak se-gah orang lain, tapi

padanya itu sudah memadai. Hafiqah langsung tidak terfikir tentang bala yang

mendatang. Baginya, hidup yang dimiliki sudah cukup untuk dirinya.

Tapi siapa sangka, bala itu memang sudah lama sedia menunggunya. Hanya

menanti masa yang sesuai untuk menunjukkan diri. Dan, bala itu adalah dari teman baik

dan adik kesayangannya sendiri.

Air mata yang jatuh diseka lagi. Cukuplah Fiqa. Mulai saat ini, bina satu Hafiqah

yang baru. Tinggalkan Hafiqah yang dah hancur tu. Tak usah bawa kenangan itu

bersama. Saat ini, tika ini, tanamkan ia. Biarkan ia karam di dasar pantai ini. Jangan

hidup bersama kenangan semalam, Fiqa. Jalan untukmu masih ada. Ya Allah, terima

kasih atas pertemuanku ini dengan Encik Hariez. Kau berkatilah hidupnya. Amin.

“KAU percaya ke kat perempuan tu Hariez? Entah-entah dia nak ambil kesempatan sebab

kau kaya. Kalau aku dah tak percaya dah.” Fariez meluahkan pendapatnya. Dia

sememangnya sukar untuk terus menyukai dan menerima kehadiran seseorang yang tidak

dikenali dalam masa yang singkat.

“Ish..tak baik betul kau fikir dia macam tu. Orang tengah ada masalah kau lagi

nak fikir buruk-buruk. Cubalah positif kan sikit pemikiran kau tu, Fariez. Dia tak kisah

kerja jadi orang gaji. Okeylah tu. Makan pakai ditanggung, gaji pun kecil. Tak rugi lah

aku ambil dia tu. Umi dan papa aku mesti tak kisah punya tambah seorang lagi.”

Bersungguh Hariez menjelaskan kepada Fariez.

13

Page 14: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Ke kau dah berkenan kat dia tu?” Armin pula menyampuk. Tersedak Hariez

yang sedang meneguk air di hadapannya.

“Kau gila ke apa?! Kau ingat aku dah tak ada taste lagi? Entah apa latar belakang

dia pun aku tak tau, nak kata aku berkenan. Kau nak aku kena buang keluarga dengan

papa aku ke? Lancer aku tu nak sedekah kat siapa?!” Teman-teman yang lain sudah

tergelak besar. Sedar dengan keadaan keluarga Hariez yang amat menjaga taraf dan latar

belakang mereka. Setakat orang gaji, apalah sangat pada mereka tu.

“Tapi, kau tanggung perbelanjaan dia dari hospital sampai ke sini, kau tak rasa ke

kau macam sedang buat pelaburan yang besar untuk sesuatu yang kecil? Tak berbaloi la

my dear friend. It’s not worth it, you know?” Fikri pula bersuara.

“Kau ingat ni semua percuma ke untuk dia? Eh, kena bayar baliklah my friend.

Bayar ansur-ansur tolak pada gaji dia tau. Kau ingat aku gila ke nak tolong dia free-free

macam tu aje. Kecuali kos kat hospital tu saja sebab kita yang hantar dia ke hospital dan

masukkan dia ke kelas satu. Memang dia tak mampu nak bayar pun. Aku boleh

halalkanlah yang tu.” Selamba dan penuh berlagak mereka berbicara. Sama ada Hariez

atau pun siapa-siapa dari mereka berlima, masing-masing tidak peduli. Mereka dilahirkan

dalam keluarga yang kaya dan berharta. Apa yang mereka inginkan boleh dibeli bila-bila

masa. Tidak pernah kenal erti kesusahan orang lain.

“Aku kasihankan dia tu. Mungkin betul dia memang tak ada duit. Tak salah

rasanya kita tolong dia. Kalau dia ada duit, takkanlah dia nak tinggalkan kereta dia tu kat

bengkel saja.” Setelah gelak mereka reda, barulah Hariez bersuara semula.

14

Page 15: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Iyalah. Kau tu memang baik hati sangat. Mudah sangat nak tolong orang. Kenal

pun tak, dah nak bawa balik rumah jadi orang gaji. Nasib baik jadi orang gaji, bukan jadi

isteri.” Fikri masih lagi mengusik.

“Senyap je Im, kau kenapa?” Armin bertanya kepada Ikmal yang lebih mesra

dengan panggilan Im itu demi melihat teman yang sentiasa ceria itu senyap sahaja malam

itu.

“Kau tak ajak dia makan sekali ke tadi?” Semua mereka bertukar pandangan.

“Tadi aku ada ajak dia. Tapi, dia cakap dia ada bawa bekal. Nak berjimatlah tu

kot. Nanti bil dia tinggi.” Hariez sempat lagi tersengih memikirkan reaksi gadis itu bila

diajak makan bersama tadi. Patutlah beriya-iya nak singgah ke kedai beli maggi cup.

“Bekal apa yang dia bawa?” Ikmal masih lagi bertanya. Pelik demi mendengarkan

soalan yang berterusan tentang gadis itu dari Ikmal, Hariez mengerutkan dahi.

“Aik, apasal kau risau sangat tentang dia tu? Aku majikan dia pun tak ambil

pusing. Kau ke yang dah jatuh hati pada dia ni?” Terhambur sekali lagi gelak mereka.

“Tak adalah. Tapi kalau iya pun, aku rasa okey saja. Rupa pun cute jugak. Masih

boleh tengoklah.”

“So, esok kita diving. Malam ni kita nak buat apa?”

“Aku ingat nak balik tidurlah. Kau orang pun macam tak biasa dengan aku ni.

Waktu macam ni, memang waktu berehat aku.” Bagi meyakinkan kata-katanya, serentak

itu juga, Fikri menguap.

“Kau tak sudah-sudah tidur. Datang Tioman jauh-jauh semata-mata nak tidur.

Buang masa betullah kau ni Fik.” Fariez menepuk bahu Fikri. Antara mereka berlima,

15

Page 16: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Fariez paling rapat dengan Hariez. Bagaikan kembar. Wajah mereka pun hampir seiras

ditambah pula dengan susuk tubuh yang hampir serupa.

Hubungan mereka bermula dari zaman universiti. Ditambah pula dengan ibu-ibu

mereka yang aktif dengan aktiviti datin-datin dan mem-mem besar di Kuala Lumpur itu,

menjadikan persahabatan mereka semakin akrab. Bapa mereka pula saling mengenali dan

apabila salah seorang menganjurkan parti hari lahir atau majlis di rumah, mesti teman-

teman perniagaan akan dijemput.

Ikmal dan Fariez pula sudah saling mengenali dari sekolah menengah lagi.

Berterusan sehingga masuk ke matrikulasi yang sama seterusnya ke peringkat universiti.

Armin pula mula mengenali mereka melalui kelab Mitsubishi Lancer mereka yang sering

berkumpul pada setiap malam Jumaat ketika zaman kolej. Fikri yang menjadi saudara

Armin pula berkenalan dengan mereka semua apabila sering diajak Armin mengikuti

aktiviti mereka.

Kesenangan hidup yang dimiliki, sehinggalah tamat pengajian dan kemudian

memasuki alam pekerjaan menjadikan mereka tidak pernah belajar untuk melihat ke

bawah. Seringkali bebas melakukan apa sahaja aktiviti yang disukai dan pergi ke mana

pun yang disukai. Ibu bapa mereka tidak pernah menghalang, lagi pula mereka sudah

saling mengenali.

Bekerja di syarikat milik keluarga. Punya setiap ciri yang diidamkan wanita. Ada

paras rupa yang kacak, susuk tubuh yang tough, kereta mewah, kerjaya, dan yang penting

wang. Walaupun begitu, mencari wanita bukanlah menjadi aktiviti mereka setiap kali

keluar membuang masa. Bila-bila saja mereka boleh dapatkan dan yang penting,

perkahwinan yang akan mereka miliki pasti dengan orang yang setaraf sahaja.

16

Page 17: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Selesai makan, mereka bingkas menuju ke pantai untuk menghirup udara malam

yang menyegarkan jiwa.

17

Page 18: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

3

“PEREMPUAN tak tahu malu! Kau ingat rumah ni apa ha? Tempat pelacuran ke?”

Dengan pandangan yang masih kabur, Hafiqah memandang keadaan sekeliling. Hairan

kepada siapakah ayat yang keras itu ditujukan.

“Hoi, perempuan! Ini rumah kami tahu. Kalau kau nak conteng arang ke muka

mak ayah kau, itu aku tak mahu campur. Tapi sekarang ni, kat rumah kami. Kau nak tarik

kami sekali dalam maksiat yang kau buat ni?” Serentak itu, rambutnya yang panjang

ditarik dan dirinya dihumbankan ke dinding. Berdentum bunyi kepalanya terhantuk.

“Kak Mi, tak baik buat macam tu. Ziq dengan dia tak ada buat apa-apa pun. Ziq

pun tak tahu macam mana Ziq boleh ada dalam bilik ni.” Haziq, adik bongsu Kak Mira

bersuara. Hafiqah terpempan. Dari mana pula datang Haziq. Apa yang dah berlaku ni

sebenarnya?

Hafiqah cuba mengingat semula peristiwa semalam. Balik dari kedai semalam,

Haziq memang sudah ada di rumahnya. Alasannya, sedang menunggu Kak Mira. Ada hal

urgent, katanya. Kebetulan, Alisa juga berada di dalam rumah. Jadi, dia langsung tidak

memikirkan apa-apa yang negatif. Sedang dia membuka pintu rumah, Alisa keluar

membawa air minuman. Dia yang tidak punya rasa syak, terus meneguk cawan yang

disuakan. Dah memang haus pun. Langkah kanan, harap-harap si Alisa ni dah siap

masak sekali.

Ya. Air itu. Selepas minum, dia memang tidak ingat apa-apa lagi. Pandangannya

kabur dan bangun-bangun dia dah dimaki sebegini rupa. Tapi, Hafiqah masih tidak dapat

menangkap situasi yang berlaku sekarang.

18

Page 19: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Sudahlah tu Kak Mi. Dia tak sangkalah tu kita dapat tangkap dia berdua. Buat

muka terkejut konon. Memang dasar tak tahu malu. Hei, Fiqa, macam ni ke cara kau

balas budi kami hah?!” Hafiqah terkedu mendengar herdikan Alisa. Bagaikan tidak

percaya dengan apa yang didengarinya.

“Lis, apa ni? Apa yang dah jadi? Kenapa Haziq ada kat bilik aku?” Masih lagi

berlembut walaupun sakit dihumban dan dipukul Kak Mira masih lagi terasa.

“Sudahlah Fiqa. Aku dah malas nak bercakap dengan kau. Tak sangka kau yang

selama ni nampak baik rupa-rupanya perangai macam pelacur!” Bagaikan dipanah petir,

kata-kata Alisa meresap ke dasar hati Hafiqah.

“Lis, cakap baik-baik sikit. Aku tak pernah buat benda-benda macam tu tahu! Kau

siapa nak cakap macam tu dekat aku! Haziq, tolong terangkan pada mereka yang saya tak

bersalah. Tolong terangkan macam mana awak boleh ada dalam bilik saya ni!

Tolonglah.” Di saat ini, wajah Haziq dipandangnya sayu. Air mata sudah mula bergenang

ke pipi.

Haziq pula masih kelu. Dia juga masih lagi kabur dengan kejadian yang berlaku.

Antara sedar dengan tidak, dia menjungkitkan kedua-dua belah bahu.

“Sudahlah Fiqa. Kau jangan nak berpura-pura lagi. Aku tahu kau yang perangkap

adik aku kan? Entah apa yang kau dah bagi sampai adik aku ni boleh tidur dengan kau.

Huh! Memang dasar perempuan murahan. Jangan harap aku nak suruh dia kahwin

dengan kau semata-mata nak cover malu kau tu. Dah pandai buat, tanggung sendiri. Adik

aku ni lelaki. Kau tu perempuan. Sedarlah diri tu sedikit!” Saat itu, wajah Haziq

dipandangnya. Lelaki itu masih lagi kaku. Tak bersuara. Juga masih terperanjat dengan

apa yang terjadi.

19

Page 20: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Aku bagi masa untuk kau berambus dari sini sampai tengahari ni. Angkut semua

barang kau. Kalau tak cukup masa, kau tak perlu risau. Aku boleh tolong campakkan

barang kau tu keluar. Berambus! Aku tak nak tengok muka kau lagi. Faham?!” Haziq

yang masih lagi terpisat-pisat itu diam tidak berkutik.

Hafiqah memandang wajah Alisa sekilas. Entah kenapa wajah Alisa dirasakan

bagai sedang mengejek kesuraman hatinya. Masih terlihat sumbingnya senyuman

temannya yang paling akrab itu. Persahabatan yang terjalin sejak 5 tahun yang dahulu

bagaikan tidak memberi erti demi mendengarkan kata-kata Alisa yang setajam belati itu.

Apakah itu sahabat? Yang selama ini berkongsi apa sahaja cerita. Tidur juga kadang-

kadang sebantal. Itukah dia rupanya seorang teman baik? Apa sebenarnya alasan Alisa

memperlakukan dirinya sedemikian rupa?

Seorang demi seorang termasuk Haziq meninggalkan rumah itu. Hafiqah masih

lagi diam tidak bergerak-gerak.

Ringtone OST cerita korea Without Words menyedarkannya dari lamunan.

Panggilan dari rumah. Mungkin mak atau abah atau mungkin juga adik. Segera ditekan

butang hijau dan dilekapkan telefon bimbit ke telinga.

“Angah! Kenapa kau buat macam ni kat mak dan abah? Apalah dosa kami

besarkan kau ngah! Apa mak dengan abah nak cakap pada jiran-jiran kita, ngah. Sampai

hati kau buat kami begini. Kami dah tua ngah. Tak lama lagi nak mati. Kenapa kau kejam

sangat ngah?!” Serentak dengan itu esakan mak kedengaran.

Hafiqah masih lagi menahan tangis. Mana emak dan abah tahu apa yang terjadi?

Siapa punya angkara sebenarnya ini? Apa alasan mereka?

20

Page 21: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Ngah, kau jangan balik lagi ke sini. Abah dan mak dah tak nak tengok muka kau.

Perangai kau tu dah macam perempuan pelacur tahu? Mereka tak ada anak macam kau

tu!” Aduhai… kata-kata daripada Aimi Adira adik bongsu kesayangannya terlalu kejam

kedengaran. Entah bila telefon bertukar tangan, Hafiqah kelu dan akhirnya talian telefon

diputuskan. Telefon dimatikan dan terus disimpan dalam saku seluarnya.

Dia sudah tidak sanggup berlama-lama di sini. Di daerah ini. Semuanya terlalu

perit untuk diterima. Segera dikemaskan barang-barangnya. Pakaian dan kesemua sijil

yang disimpan, beg tangan dan laptop yang dimilikinya. Mujur, itu semua milik

peribadinya dan tidak dikongsi dengan siapa pun.

Selesai berkemas, segera dia menulis surat letak jawatan. Dia ingin pergi jauh.

Jauh dari semua orang. Jauh yang mungkin. Agar boleh dilupakan apa yang telah terjadi.

Surat letak jawatan ini akan diserahkan kepada pak guard dalam perjalanan nanti. Biarlah

dia dihina masyarakat di sini. Sudah ditakdirkan sama ada dia masih kekal bekerja atau

tidak, maruahnya sudah hilang. Dia harus pergi. Pergi dan tidak mungkin kembali

sementara tidak ada orang di sini yang melihat pemergiannya. Kau kejam Alisa…

Dengan tangisan dalam hati yang masih berbeku, Hafiqah mengangkut barang-

barang peribadinya ke dalam Perodua Kancil milik adiknya yang digunakan semenjak

setengah tahun yang lalu. Dia masih belum mampu untuk memilikinya sendiri. Mujur

ada Uda. Uda tolong izinkan Angah pinjam kereta Uda ni ya?

Keluar dari perkarangan rumah yang telah mencipta kenangan kejam ini untuknya

membuatkan hati Hafiqah bertambah sebak. Nurul Hafiqah, bawalah dirimu jauh dari

sini. Kau layak untuk mengecapi bahagia seperti mereka.

21

Page 22: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

4

SUDAH hampir 3 bulan Hafiqah bekerja sebagai orang gaji di rumah Tuan Rizan.

Sepanjang berkhidmat, barulah Hafiqah mengenali kerenah dan perangai setiap penghuni

di Villa Kasih. Walaupun mereka kaya, tapi mereka tidak sombong hatta dengan orang

gaji. Itulah yang membuatkan Hafiqah merasakan dirinya selamat untuk terus tinggal di

sini. Tambahan pula, dia juga tidak keluar ke mana-mana dan dengan cara itu, rahsianya

kekal dan tidak diketahui.

Encik Hariez pula tidak menyusahkan dirinya. Kadang-kadang mereka

terserempak di villa itu. Tidak pula dia ambil kisah dengan aktiviti harian lelaki yang

seorang itu. Biarlah dia dengan dunianya, asalkan dia bahagia. Hafiqah sedar, dia hanya

menumpang di rumah orang.

Sehingga kini, Hafiqah banyak belajar memasak dengan Mak Teh, orang gaji

veteran di Villa Kasih. Petang-petang dia diajar membuat kuih kegemaran penghuni di

villa tersebut. Barulah dia tahu, Tuan Rizan dan Encik Hariez suka makan jemput-jemput

kentang dicecah dengan sambal kicap. Puan Hazrina pula suka makan puding jagung,

manakala Puan Azrin, kakak Encik Hariez suka makan kuih pengat. Untuk Encik Hafiz,

anak sulung keluarga itu, dia sememangnya tidak cerewet dalam bab makanan. Tapi bila

dihidangkan kuih koci, memang boleh dihabiskan semuanya seorang. Airin, adik yang

bongsu pula tidak begitu gemar dengan makanan tradisi. Dia begitu gemar membuat

spageti goreng kegemarannya walaupun usianya baru mencecah 15 tahun dan bakal

menduduki PMR pada tahun ini.

22

Page 23: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Itulah rutin Hafiqah semenjak 3 bulan yang lalu. Tanpa ragu-ragu dia diterima

bekerja di sini. Hubungannya dengan Airin juga rapat kerana sering mengajar Airin

memasak spageti kegemarannya. Al-maklumlah, Hafiqah mahir memasak spageti ketika

di zaman kolejnya. Tetapi itu masih kekal menjadi rahsia hidupnya. Tiada kolej, tiada

kerjaya. Dia sebagai Nurul Hafiqah yang baru. Yang menjadi pelarian di dunia sendiri.

Orang gaji kepada Tuan Rizan dan Puan Hazrina di Villa Kasih.

“Hah! Tak ada kerja lain ke? Berangan saja kerjanya. Kak Fiqa ni tak bosan ke

berangan je?” Sambil tangan mencapai jemput-jemput kentang yang sedang ditoskan

minyaknya di dalam bekas, sempat lagi Airin memeranjatkannya. Hariez yang berada di

belakangnya juga tidak disedari kehadirannya.

“Akak teringatkan Abang Hariez ya?” Keningnya diangkatkan sebelah.

“Airin jangan mengarutlah. Ada pulak ke situ. Akak tengah merancang masa

depan ni.” Sambil itu, tangan masih ligat menggoreng jemput-jemput ke dalam kuali.

“Iyalah tu. Fikirkan Abang Hariez pun masa depan jugak.”

“Pandailah dia. Ni ha, akak fikirkan macam mana nak ajar Airin basuh baju,

masak nasi, lauk pauk. Ni untuk masa depan Airinlah. Bukan masa depan akak!” Dengan

sengihan di bibir dia mengangkat tangan.

“Buat apa masa depan Airin pulak. Airin baru 15 tahun. Baru nak ambil periksa

tahun ni. Tak baik tahu akak paksa-paksa Airin kahwin. Akak tu, nak jadi orang gaji

sampai bila? Kahwin je dengan Abang Hariez tu. Dah kaya dah. Boleh dia makan

jemput-jemput kentang tiap hari. Papa pun merasa sama.” Tangan masih lagi menyuakan

jemput-jemput ke mulut.

23

Page 24: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Airin ni… dengar dek abang Hariez kamu tu, malu tau akak. Akak ni orang gaji

kamu je tau. Kalau setakat nak makan jemput-jemput kentang, tiap hari akak dan Mak

Teh boleh buatkan. Tak payah tunggu dia kahwin dengan akak pun tahu.” Hafiqah malu

berbicara soal Hariez. Dia sedar diri. Dia tidak mahu pisang berbuah dua kali. Dia juga

yang malu sendiri nanti.

“Iyalah tu. Nanti kak Azrin balik dia kata nak ajak akak keluar sekali. Jom kak.

Kita jalan-jalan. Mesti akak bosan duduk dalam rumah saja kan? Jomlah ye. Kan Abang

Hariezi?” Mahu tercabut dibuatnya jantung Hafiqah saat itu bila nama Hariez disebut

Airin tiba-tiba. Agaknya dia dengarlah tu apa yang dibebelkan oleh Airin sepanjang masa

tadi. Dirasakan mukanya sudah merah saat itu. Mesti dah kembang semua salur darah di

muka. Adoi…si Airin ni memang nak kena tahu. Siap dia malam nanti!

“Dah-dah. Jom ke depan. Jangan kacau cik akak kita ni memasak. Dahlah tak reti

nak tolong. Asyik menghabiskan saja. Bilalah nak habis orang tu menggoreng. Jom!”

Serentak itu, ditariknya tangan Airin bersamanya keluar dari dapur. Dibiarkan Hafiqah

terkulat-kulat seorang diri di dapur. Masih lagi bengang dengan kejadian tadi.

“Bye-bye kak. Jangan celup muka yang comel tu dalam kuali sebab nak cover

malu ye. Nanti Rin belikan topeng Power Rangers untuk akak tau!” Sempat lagi Airin

mengusik Hafiqah. Hafiqah yang sudah terbiasa dengan keletah si adik kecil itu sekadar

menggelengkan kepala. Entah apalah anak orang kaya yang satu ni. Suka sangat

bergurau. Aku yang malu dibuatnya.

Selesai menggoreng jemput-jemput, Hafiqah membawa hidangan beserta dengan

minuman ke meja taman. Memang begitulah aktiviti harian keluarga mereka di hujung

24

Page 25: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

minggu. Hariez pun jarang ada di villa. Kalau ada pun sekadar memerap di dalam bilik

dengan aktiviti tidurnya.

“Marilah duduk sekali kak Fiqa.” Ajak Airin sambil mulutnya mengunyah

jemput-jemput. Jika dahulu dia tidak begitu gemarkan sajian ini, sekarang pantang ada

pasti akan disumbatnya ke dalam mulut. Sering sahaja dia mengadu berat badannya

sudah bertambah. Tetapi melihatkan cara hidupnya yang malas bersenam dan asyik

makan sahaja, Hafiqah jadi geli hati. Complaint aje dia. Senam malas. Tengok tu, mulut

pun tak henti-henti mengunyah!

“Apalah akak ni. Dari dapur bawa ke luar asyik berangan saja. Dah tu ketawa

sendiri. Are you okay, kak?” Dengan mulut yang hampir tersembur makanan itu, Airin

masih lagi mengusiknya.

“Airin tulah. Asyik cakap dah gemuk, dah gemuk, tapi makan saja kerjanya. Akak

suruh bersukan petang-petang tak mahu pula.” Geram dengan keletah Airin yang suka

mentertawakannya.

“Betullah tu Rin. Abang tengok Airin asyik makan saja. Dulu, Airin bukan suka

makanan macam ni. Sekarang abang tengok macam dah tak cukup mulut. Tengah

bercakap pun boleh mengunyah lagi.” Hariez yang dari tadi senyap menambah. Sesekali

dia memandang ke arah Hafiqah yang masih lagi memandang Airin makan.

Hariez tidak menafikan kehadiran Hafiqah dalam keluarganya ada membawa

sedikit perubahan. Seluruh ahli keluarganya bagaikan menyenangi Hafiqah. Masakan

yang sedap. Kemasan rumah yang teliti. Hatta anak-anak saudaranya Aiman dan Helmi

juga menjadi rapat dengan Hafiqah. Tapi, sehingga kini, latar belakang Hafiqah masih

lagi menjadi tanda tanya di dalam benak fikirannya.

25

Page 26: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Ni semua salah kak Fiqa lah!” Tiba-tiba Airin membentak. Kemudian, dia

tersengih. “Akak masak sedap sangat. Airin tak mampu nak lawan. Hehe..”

Bulat mata Hafiqah mendengarkan kenyataan itu. Eh, budak ni! Aku tak masak

untuk dia karang!

“Akak, duduklah sini. Airin ada benda nak tanya kat akak ni. Akak ni asal dari

mana ya? Tak pernah pun Airin tengok akak telefon keluarga akak. Akak ada keluarga

lagi tak?” Hafiqah terpempan. Soalan yang tidak mahu dia jawab. Tidak terlintas sedikit

pun di hatinya Airin atau Hariez untuk bertanyakan soalan itu. Lehernya bagaikan dijerut

saat ini.

Hariez yang terdengar soalan berani mati Airin juga memandangnya. Sedikit

sebanyak dia juga mahu tahu apa yang bersembunyi di hati gadis itu.

Hafiqah masih lagi sepi tanpa kata. Akhirnya dia bangun. “Akak ada banyak kerja

nak buat. Saya ke belakang dulu lah Encik Hariez.”

Hariez juga terpempan. Itulah Hafiqah yang dibawanya ke dalam keluarga ini.

Masih lagi berahsia. Tetapi, andai itu yang membuatkan dia bahagia, Hariez rela. Entah

kenapa, sejak kebelakangan ini dia sering memikirkan tentang kewujudan gadis itu.

Rahsia yang tidak diketahui. Wajah itu sentiasa sepi tanpa kata. Hanya semenjak Airin

menjadi temannya, baru terlihat perbezaan. Jika tidak, sedikit ditanya, sedikit juga

jawapan yang lahir. Begitu payahnya dia mahu mendengar bibir itu berbicara.

“Abang, Airin ni bukan apa. Airin tahu kak Fiqa tu cuma orang gaji tapi, Airin

suka kawan dengan dia.”

“Abang pun tak kenal sangat dengan dia. Abang jumpa masa kami ke Pulau

Tioman hari tu. Bukan dia kawan abang pun.”

26

Page 27: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Kak Azrin kata nak ajak kita jalan-jalan minggu depan. Kita bawa kak Fiqa

sekali ya? Boleh ya?” Dipandang raut adik yang seorang tu. Penuh mengharap.

“Okey. Abang tak kisah. Tapi jangan libatkan abang ye kalau papa tanya.” Serta-

merta Airin menganggukkan kepala.

“FIQA, nanti tolong kemaskan bilik saya ya? Nanti malam dalam pukul 9 ada kawan

saya nak tumpang tidur di bilik saya. Kalau ada baju yang bersepah-sepah tu awak basuh

sajalah ya. Kemas apa-apa yang patut.” Selesai berkata-kata Hariez terus berlalu

meninggalkan Hafiqah yang masih terpinga-pinga.

Apa sajalah orang tua ni. Sedap-sedap dia saja kalau nak bagi arahan tu. Last

minute baru nak suruh kemas. Dah pukul berapa ni? Mata dikerling ke arah jam dapur

yang tergantung di dinding. Pukul 630?

Bagai lipas kudung, Hafiqah mencari bakul dan vakum untuk dibawa ke bilik

Hariez. Paling tidak pun cuma baju bersepah dan vakum sikit-sikit saja untuk sedut pasir

atau buang habuk-habuk dalam bilik tu.

Tetapi, buka sahaja pintu bilik Hariez bagai nak tercabut tangkai jantung Hafiqah.

Mak oii..bersepah gila! Dengan bekas CD di sana sini, baju bersepah macam dah tak

ada almari, plastik-plastik makanan ringan berterabur di atas lantai, ingatkan orang

kaya ni macam dalam tv tu semua bilik besar-besar, kemas-kemas. Rupa-rupanya…

Memandangkan masa yang sudah semakin suntuk, Hafiqah terus mengumpulkan

baju-baju yang berterabur di atas lantai dan kerusi. Berulang-alik dia ke dapur untuk

mencari kain basahan dan plastik sampah. Patutlah orang kaya ni perlukan orang gaji,

27

Page 28: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

sibuk sangat sampai tak boleh kemaskan bilik sendiri! Sempat lagi Hafiqah mengomel

dalam hati.

Hampir setengah jam juga dia mengemaskan hiasan yang bersepah sebelum dia

mula meng‘vakum’ bilik tersebut. Letih juga bila buat kerja macam caca-merba ni, kena

lagi bilik yang macam tongkang pecah. Sehingga kini, ini baru kali pertama dia

menjejakkan kaki ke bilik Hariez. Dia cuma pernah masuk ke bilik Airin sahaja sebelum

ini. Itupun kerana Airin memang sudah dari hari pertama dia bekerja, telah memberikan

arahan untuk membersihkan biliknya. Budak kecil tu memang nampak pun pemalasnya.

Hehe..

Sambil bernyanyi-nyanyi kecil, Hafiqah meneruskan kerjanya. Nasib baik dia

seorang yang agak teliti dan teratur. Mungkin sebab itu, kemasan dan hiasan di villa itu

menjadi tanggungjawabnya kini.

Selesai vakum, Hafiqah menanggalkan plug vakum. Dikemaskan dan diletakkan

di satu sudut. Bakul yang berisi penuh dengan baju Hariez diangkatnya. Banyak betul.

Nasib baik tak ada yang kecil-kecil. Ish..

“Maak…!” Terlepas pegangan di tangan. Mata ditutup dengan tangan. Dia ni dah

kenapa hah?!

Hariez tersengih. Tak teringat pula dia yang dia ada memberi arahan supaya

mengemaskan biliknya tadi. Sekarang ini, dia baru sahaja selesai mandi dan apabila dia

masuk ke bilik dilihatnya Hafiqah sedang bernyanyi kecil dengan gembiranya. Dia

terpaku melihat keceriaan gadis kecil itu. Hatinya bagaikan diusik. Tidak sedar yang dia

hanya bertuala sahaja saat itu. Mujur papa dan umi tak ada di rumah.

28

Page 29: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Melihatkan Hafiqah yang diam tidak bergerak, masih lagi menutup matanya

dengan tangan. Lucu pula Hariez melihat aksi comel itu. Pemalu juga dia ni.

“Fiqa..” Sepi.

“Nurul Hafiqah.”

“Encik Hariez, saya tahu saya cuma orang gaji. Tapi jangan anggap saya murah.

Jangan malukan saya macam ni. Saya anggap Encik Hariez orang baik-baik. Saya cari

rezeki saja di sini.” Dengan wajah yang masih tunduk dan mata yang masih terpejam,

Hafiqah bersuara. Ada air mata di tubir matanya. Bayangan peristiwa lalu terlayar di

mata.

“Hafiqah, saya tak ada niat nak buat apa-apa yang jahat. Saya baru saja mandi ni.

Awak dah salah faham ni,” Hariez garu kepala. Alamak, dia dah salah faham ni! Adoi…

“Macam nilah Encik Hariez. Saya minta maaf. Saya dah siap kemaskan bilik

encik ni. Jadi sekarang saya nak keluar. Tumpang lalu.” Tidak sedar dirinya menghalang

pintu, Hariez sekadar memandang Hafiqah berdiri di hadapannya.

“Encik Hariez, saya nak keluar ni. Boleh beri laluan? Kalau betul Encik Hariez

tak ada niat jahatlah.” Sempat lagi dia memerli Hariez. Serentak itu, Hariez bagaikan

tersedar dan bergerak ke sisi.

“Terima kasih.”

Namun, dengan pantas pergelangan tangan Hafiqah digapainya. Tubuh Hafiqah

yang kecil itu terdorong ke belakang sementelah tangannya ditarik.

“Encik Hariez, apa ni? Lepaslah!” Gadis itu sedikit cuak dengan perlakuan Hariez

yang tiba-tiba itu.

29

Page 30: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Kalau betul saya berniat jahat, Hafiqah, saya dah buat masa saya bawa awak ke

Tioman dulu. Saya ni baik hati tahu. Tak ada terfikir pula nak buat benda-benda jahat tu

dengan awak. Sudahlah Hafiqah, pergi siapkan kerja awak tu. Kejap lagi kawan saya

sampai, saya tak nak dia tengok bilik yang bersepah ni. Terima kasih daun keladi. Lain

kali tolong lagi ya. Jangan segan-segan.” Di hujung kata-katanya sempat lagi dia

menghadiahkan sebuah senyuman. Sekadar melegakan hati sang gadis. Pegangan tangan

dileraikan.

Saat memandang mata Hafiqah, ada satu perasaan aneh yang singgah di hati

miliknya. Cinta? Takkanlah! Sayang? Eh, mana ada! Lupakan perasaan ini.

Terkocoh-kocoh Hafiqah keluar dari bilik itu. Semakin dia lama di bilik itu,

semakin dia teringat akan peristiwa hitam itu. Selebihnya dia malu dengan Hariez kerana

memikirkan yang bukan-bukan tentangnya. Berdosa sungguh aku dengan dia tu.

Kenapa dia masih tidak boleh melupakan kata-kata penghinaan tersebut? Hafiqah

berteleku di sudut bilik. Mujur bilik tersebut tidak dikongsi dengan orang lain. Walaupun

kecil tetapi tetap selesa dan kemas.

Setelah lama berfikir, akhirnya Hafiqah bangun dan menuju ke bilik air. Baik aku

mandi dan solat. Tenangkan jiwa yang semakin bergelodak ni. Duhai hati, lukamu masih

belum kering lagi walaupun tidak berdarah.

Ya Allah, kau berikanlah ketenangan dalam jiwaku yang berduka ini. Andai aku

berdosa kepada-Mu, Kau ampunkanlah dosa-dosaku. Aku hamba-Mu menumpang di

bumi yang fana. Bantulah diriku dalam menghadapi hari-hari yang mendatang ini, Ya

Rabbul-alamin…

30

Page 31: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

5

JAM 830 malam, dua dari empat teman Hariez yang pernah membantu Hafiqah dulu tiba.

Air dihidangkan kepada mereka walaupun tahu mata mereka memandang ke arahnya.

Tidak selesa dengan pandangan mata mereka, Hafiqah dengan segeranya menuju ke

dapur.

“Boleh tahan dia gelabah. Aku baru je tengok dia. Laju mencicit ke belakang.

Haha..” Fariez ketawa besar sebaik sahaja Hafiqah hilang daripada pandangan.

“Dia memang macam tu. Pemalu. Dengan aku pun bukan dia bercakap sangat.

Airin okeylah. Budak tu pun memang terkenal dengan kepoh dia tu.” Hariez membuang

pandang ke kaca televisyen. Ikmal pula hanya tersengih-sengih.

“Eh, Abang Im dengan Abang Fariez! Dah lama sampai?” Airin yang kebetulan

baru turun dari tingkat atas menegur. Di tangannya ada beberapa buku latihan dan bekas

pensil.

“Baru saja. Rajin Airin belajar ya? Ni nak tengok t.v. ke?” Fariez berbasa-basi.

Airin agak rapat juga dengannya.

Airin menggeleng. “Airin nak pergi bilik kak Hafiqah. Nak minta dia ajar Airin

subjek matematik tambahan ni. Airin tak secekap dia.” Fariez dan Hariez saling bertukar

pandang.

“Iya? Mana Airin tahu ni?” Ditarik gadis sunti itu agar duduk di sebelahnya.

Walaupun usia sudah menjangkau 15 tahun tetapi tingkah kebudak-budakan Airin

menyebabkan dia masih dilayan seperti anak kecil oleh orang-orang di sekelilingnya.

31

Page 32: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Mestilah. Kak Hafiqah tu dulu dia SPM 8A tau. Dia ada degree in Business

Admin lagi. Hehe..” Sambil mendabik dada, Airin bercerita. Bangga kerana mengetahui

sesuatu tentang Hafiqah.

“Ish, Abang Hariez ni. Airin ada nampak dekat dalam fail kak Hafiqah hari tu

masa Airin cari barang dalam bilik dia. Airin nampak sijil SPM dia. Janganlah ingat Airin

geledah barang dia pulak. Ingat Airin ni James Bond ke?” Cepat-cepat Airin menjelaskan

sebaik terpandangkan mata Hariez yang sudah membulat kepadanya.

“Wow! Degree in Business Admin! Degree apa tu? Kau ni bagi gaji dia berapa

ha? Orang gaji ada degree. Dahsyat betul kau cari orang gaji.” Ikmal bagaikan tersampuk

hantu.

Hariez pula terdiam. Siapa dia ni sebenarnya? Apa motif dia? Ada degree tapi

masih nak bekerja sebagai orang gaji. Tak pernah keluar dari villa pula tu.

Manalah Hariez tidak pelik. Sepanjang perkenalannya dengan ramai gadis, tidak

ada satu pun yang tidak berminat untuk punya gaji besar, kereta sendiri, dan teman lelaki

yang kacak. Ada degree sekadar untuk melengkapkan hidup tetapi berlainan benar

dengan gadis yang mereka jumpai ini. Tidak ambil peduli dengan penampilan, gaji yang

kecil, jawatan sebagai orang gaji, tiada kereta, tidak keluar shopping dengan teman-teman

apatah lagi untuk bergaya dan mencukur harta lelaki. Pakaian pun sekadar t-shirt buruk,

seluar slack panjang dan bertudung ala kadar. Wajah pun tidak dioles dengan bedak

make-up seperti gadis-gadis lain.

Benar, dulu dia memang ada merasakan bahawa Hafiqah cuma mahu berkenalan

dengan lelaki-lelaki kaya dan kemudian cuba untuk mengambil kesempatan. Tetapi

32

Page 33: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

setelah diamati semenjak kehadirannya di Villa Kasih 3 bulan yang lalu, dia yakin gadis

itu seperti sedang melarikan diri daripada sesuatu.

Kalau lari dari bebanan hutang, tak mungkin dia tak kisah tentang gaji. Kalau dia

lari dari teman lelaki, takkan dia langsung tidak menghubungi ahli keluarganya seperti

yang diceritakan Airin. Dan jika dia lari dari keluarga, atas alasan apa dan tidakkah dia

punya kawan yang boleh diharapkan?

“Umi dan papa kau pergi mana?” Ikmal memulakan bicara malam itu. Hariez

menjemput mereka tidur di Villa Kasih malam itu memandangan Tuan Rizan dan Puan

Hazrina tiada.

“Umi aku ikut papa aku pergi seminar di Langkawi. Bosan aku tinggal berdua

saja dengan si Airin tu. Tu pasallah aku panggil kau orang ni datang tinggal sini.” Jelas

Hariez.

“Dulu kau bukan main rapat lagi dengan Airin, takkan sekarang dah ada individu

baru dalam rumah, jadi bertambah bosan pula? Dah beralih kasihkah Airin?” Dengan

tawa, Fariez menyampaikan perlinya.

“Kau tengoklah tadi tu. Macamlah aku ni tak pandai matematik. Dengan orang

gaji juga dia minta berguru. Apa punya adiklah budak kecil tu. Buat hilang muka saja aku

dengan Hafiqah tu.” Hariez mencebik. Sebenarnya dia tidak mahu bersendirian dengan

Hafiqah sahaja walaupun masih ada Airin. Mak Teh pun selepas makan malam pasti

pulang ke rumahnya dengan anak saudaranya, Ain. Semenjak akhir-akhir ini, dia suka

melihat Hafiqah. Dia boleh saja menonton televisyen di ruang atas tetapi dia memilih

untuk berada di ruang tamu bawah. Tingkah laku yang amat cermat dalam berbicara,

tidak ayu tetapi amat sopan. Very mysterious!

33

Page 34: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Kau tak takutkah kalau tiba-tiba kena tinggal berdua dengan Hafiqah tu? Hanya

berdua?” Ikmal bersuara dalam senyum sumbing karatnya.

“Mengarutlah engkau ni. Mana ada si Airin tu nak tinggalkan kakak sayang dia tu

dengan aku. Aku ni yang dia tak percaya kau tahu!” Kenyataan itu menambahkan ketawa

Fariez dan Ikmal meletus lagi. Begitu sekali sukanya Airin kepada Hafiqah?

“Aku ingat nak suruh orang siasat latar belakang Hafiqah tu. Rahsia sangat

sampai satu apa pun aku tak tahu tentang dia. Lagi-lagi dia tu ada ijazah dan SPM. Semua

tu merisaukan aku. Tak pernah telefon keluarga, tak ada kawan-kawan. Macam sebatang

kara. Kereta dia tu pun, kalau tak silap aku masih lagi tersadai di bengkel yang kita hantar

tu.” Hariez berfikir sejenak.

“Lagipun, ada sesuatu tentang dia tu yang buat aku nak tahu lebih lagi. Mungkin

kau orang kata aku ni dah gila, tapi aku rasa aku macam dah sukakan dia.” Wajah Hariez

ditenung dalam Fariez dan Ikmal. Pengakuan berani matikah itu?

“Hariez, macam nilah. Apa kata kau upah penyiasat persendirian? Mana tahu

boleh dapat maklumat lagi cepat. Lagipun dah tiga bulan dia tinggal di rumah kau.

Parents kau pun macam dah suka dia. Mungkin kena caranya, mereka boleh setuju kalau

kau nak ambil dia jadi isteri kau.” Ikmal memberikan pendapat.

“Isteri? Kau ni dah jauh sangat berfikir. Belum sampai tahap tu lagilah. Aku baru

cakap aku sukakan dia. Bukan cinta.” Hariez menafikan. Betul, suka bukan cinta.

34

Page 35: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“DASAR perempuan murahan! Berambus kau dari rumah ni!”

Serentak itu, Hafiqah membuka matanya. Subhanallah, aku bermimpi rupanya.

Tanpa sedar, air jernih itu kembali bertakung. Hafiqah cuba membangunkan diri,

namun kepalanya dirasakan amat berat. Diraba dahinya. Panas! Aku demam ke ni?

Demi melegakan tekak yang amat haus, Hafiqah tetap menggagahkan diri untuk

bangun ke dapur. Nasib baiklah biliknya terletak di belakang dapur. Jadi, tidak sukar

untuk dia ke sana mendapatkan minuman.

Aduhai, kenapa sakit sangat kepala aku ni? Hafiqah memicit-micit kepalanya

yang berat. Setibanya di ruangan dapur, Hafiqah menuju ke kabinet yang menyimpan

ubat-ubatan. Diambilnya 2 butir panadol dan diteguk secawan air. Kerana terlalu berat,

Hafiqah terduduk di sisi kabinet dapur.

Suatu ketika dahulu, apabila dia demam, pasti mak dah abah akan sibuk

bertanyakan, ‘Kepala demam lagi ngah?’ ataupun ‘Cuba tengok ubat abah atas peti tu’

dan yang paling dahsyat sekali bila abah sudah siapkan ubat dan air untuk dimakan

kerana yang pasti Hafiqah memang seorang yang penakut dalam hal makan ubat.

Bukan dia tidak mahu menghubungi keluarga atau teman-temannya, tetapi

Hafiqah malu. Dia pernah membuka Facebook menggunakan komputer riba Airin tetapi,

apa yang dibacanya amat menyayat hati.

Nurul Hafiqah aka Miss Hafiqah is not a virgin anymore.

Miss Hafiqah is missing due to loss of dignity.

Nurul Hafiqah is being punished by her own family.

35

Page 36: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Dan macam-macam lagi. Yang paling teruk, Hafiqah, jangan kembali pada

keluarga ini. Bagi kami, kamu dah mati. Biarpun tidak bernisan, tetapi kewujudan kamu

tiada ertinya pada kami.

Tidak cukup dengan itu, saat dia menghidupkan talian mudah alihnya, pelbagai

mesej menderu-deru masuk. Dia berdoa agar mesej pengampunan dan kasih sayang dari

mak dan abah atau dari adik beradiknya yang masuk. Tetapi,…

Hafiqah, kami tak tahu daripada siapa kamu dapat perangai buruk kamu tu. Tapi

abah memang dah tak mampu nak terima kehadiran kamu dalam keluarga kita. Pergilah

Hafiqah. Abah ampunkan dosa kamu. Tetapi jangan kembali lagi, sebab abah tak mampu

melihat wajahmu lagi.

Sesungguhnya, hati Hafiqah bagai dirobek-robek dan maruah dirinya bagai disiat-

siat dan tanpa rasa simpati dibuang ke jalan agar dipijak orang ramai. Hafiqah sedih.

Kata-kata itu senantiasa menemani tidurnya. Menjadi mimpi ngeri pada setiap malamnya.

Sampai bila dia harus begini? Sampai bila dia harus dikejar kenangan silam itu?

Hafiqah teresak di sudut kabinet. Dia terlalu lemah saat itu. Lemah untuk

melakukan apa sahaja. Walaupun untuk berjalan ke bilik. Pandangannya semakin

berbalam-balam dan akhirnya Hafiqah diam di dalam gelap malam.

FARIEZ yang kehausan di tengah malam itu perlahan-lahan bangun untuk ke dapur.

Entah kenapa, tekaknya begitu kehausan. Sampai di ruangan dapur yang gelap, dia

mencari-cari suis lampu. Namun, kedengaran suara tangisan seseorang di hujung dapur

36

Page 37: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

dan akhirnya senyap. Berderau juga darah Fariez. Tetapi sebagai lelaki, dia masih

memberanikan diri mencari suis lampu.

Masya Allah! Hafiqah! Dengan segera dia mendapatkan gadis yang sudah tidak

sedarkan diri itu. Fariez agak terpaku dengan keadaan Hafiqah yang tidak bertudung dan

terbaring di tepi kabinet dapur.

Cantik.

Sempat lagi Fariez memuji kebesaran Ilahi. Tangan Hafiqah disentuhnya.

Panas!

Tubuh Hafiqah segera dicempungnya. Ringan sahaja jika dibandingkan dengan

tubuhnya yang tegap itu. Satu rasa yang tidak pernah dialami mengalir dalam dirinya.

Inilah kali pertama dia berada sebegitu hampir dan dekat dengan seseorang wanita yang

bukan muhrim seumur hidupnya. Wajah dan desah nafas yang amat hampir itu

membuatkan dia hilang seketika dari dunia yang nyata.

Fariez membuka mata. Tubuh Hafiqah yang kini berada di dalam pangkuan

dihantar ke biliknya dengan teliti agar tidak menyedarkannya. Diletakkan di atas katil

dengan lembut agar demam yang terasa tidak ditambah dengan sakit di badan lagi.

Ketika dia mahu berpusing menuju ke dapur, dia mendengar jeritan halus dari

Hafiqah. “Tolong abah. Angah tak salah. Ampunkan Angah. Angah kena fitnah Bah.

Mak, Angah banyak buat dosa dengan mak. Tapi, Angah tak pernah malukan mak.

Jangan buang Angah dari hidup mak. Angah rindukan mak.” Tangisan yang lebih kuat

dari tadi mula kedengaran.

37

Page 38: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Fariez yang agak panik terus duduk di sisi katil Hafiqah dan cuba

menyedarkannya. “Hafiqah, bangun. Awak meracau ni.” Tubuh kecil itu digoncang

sedikit.

“Abah, Angah minta ampun dari abah. Jangan buang angah macam ni. Angah

sakit. Hati ni menderita. Angah sayang abah.” Pegangan Fariez ditepis tetapi dengan tiba-

tiba juga tubuh itu dipeluk kuat. Fariez terpempan.

“Angah janji, Angah takkan pernah sakiti hati keluarga kita. Angah takkan

tinggalkan mak dan abah lagi.” Teresak-esak wajah di dalam dakapannya. Tidak sedar.

Dan akhirnya senyap. Dengan perlahan-lahan, Fariez membaringkan tubuh Hafiqah yang

lesu ke pembaringan. Lama ditatap wajah itu. Inilah kali pertama dia melihat Hafiqah

tanpa tudung. Ketika di hospital dahulu, Hariez meminta agar jururawat yang bertugas

agar memakaikan tudung untuk Hafiqah. Tetapi, hari ini, pada jarak yang amat rapat ini,

Fariez melihat wajah itu sedalam-dalamnya.

Fariez tahu dia salah saat ini. Dengan cepat dia bangun dan keluar dari bilik itu.

Namun, sekali lagi dia terperanjat melihat Hariez sedang meneguk air di depan mata.

“Apa kau buat dalam bilik Hafiqah?” Jerkahan itu walaupun perlahan tetapi

cukup menampar pendengarannya.

“Aku angkat dia jatuh di dapur tadi.”

“Kau jangan tipu aku Fariez.”

“Sungguh! Aku nampak dia terbaring di tepi kabinet tadi dalam gelap. Dia

demam panas tu! Salah ke?” Suara Fariez sedikit meninggi. Bukan kerana cuba

menegakkan benang yang kelihatan basah pada pandangan orang lain tetapi kerana cara

Hariez yang seolah-olah tidak mempercayai kata-katanya sebagai teman baik.

38

Page 39: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Demam? Kau biar betul?!” Hariez terus menerpa ke bilik Hafiqah. Dilihatnya

Hafiqah sedang tidur dengan wajah yang amat lesu. Diletakkan tangan ke dahi. Memang

panas.

Segera dia keluar dari bilik kecil itu dan mengambil tuala kecil dan dibasahkan

sedikit. Diperah airnya agar tidak menitis dan kemudian masuk semula dan diletakkan ke

dahi Hafiqah. Kipas di dalam bilik itu dibuka semaksimumnya dan diselubungkan tubuh

Hafiqah dengan selimut.

“Macam mana kau boleh nampak dia?”

“Entah. Aku buka lampu tadi masa nak ambil air. Nampak-nampak sahaja dia

terbaring tak sedarkan diri. Terus aku angkat dia letak dalam bilik. Panas juga tu. Kalau

tak elok esok pagi, aku rasa kita hantar dia ke kliniklah.” Fariez memberikan pendapat.

“Apa-apa hal kita tunggu esok saja. Jomlah, kita tidur balik.” Bila dilihatnya

Fariez masih dengan muka risau seolah-olah mahu menemani Hafiqah tidur, dengan

selambanya tangan teman itu ditarik. Ada juga yang tak tidur ni.

39

Page 40: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

6

PAGI itu, Hafiqah bangun dengan penuh ketenangan. Mimpi yang dialami sungguh indah

dan memberi satu semangat baru kepadanya.

Abah dan mak dah maafkan aku. Walaupun cuma dalam mimpi, tapi itu dah

cukup bagiku. Akan aku ingat mimpi itu sampai bila-bila.

Walaupun demam yang dirasakan masih belum betul-betul sembuh, Hafiqah tetap

bersemangat meneruskan kerja hariannya seperti biasa. Malah bernyanyi-nyanyi kecil

walaupun lirik yang dinyanyikan entah apa-apa.

Bakul yang berisi pakaian yang telah diperah mesin itu diangkat ke ampaian. Hari

yang cerah. Satu demi satu helaian baju disidai. Bibir yang comel itu terus menyanyi

tanpa menyedari ada mata yang memerhati.

“Come stop your crying

It will be all right

Just take my hand Hold it tight

I will protect you

from all around you

I will be here

Don't you cry

For one so small,

you seem so strong

My arms will hold you,

keep you safe and warm

40

Page 41: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

This bond between us

Can't be broken

I will be here

Don't you cry

'Cause you'll be in my heart

Yes, you'll be in my heart

From this day on

Now and forever more

You'll be in my heart

No matter what they say

You'll be here in my heart, always

Why can't they understand

the way we feel

They just don't trust

what they can't explain

I know we're different but,

deep inside us

We're not that different at all

And you'll be in my heart

Yes, you'll be in my heart

From this day on

Now and forever more

Don't listen to them

41

Page 42: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

'Cause what do they know

We need each other,

to have, to hold

They'll see in time

I know

When destiny calls you

You must be strong

I may not be with you

But you've got to hold on

They'll see in time

I know

We'll show them together

'Cause you'll be in my heart

Yes, you'll be in my heart

From this day on,

Now and forever more

Oh, you'll be in my heart

No matter what they say

You'll be in my heart, always

Always”

Sehingga tamat lagu itu dinyanyikan. Hafiqah menujukan lagu itu kepada mak

dan abahnya. Gila juga aku ni kalau dah happy sangat. Nasib baik pagi-pagi macam ni

42

Page 43: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

orang di rumah ni belum bangun lagi. Kalau tak, malu juga aku mereka dengar suara

aku yang sumbang ni. Hehe..

“Dah lama jadi artis?” Satu suara kasar kedengaran betul di belakang Hafiqah.

Terhenti segala perlakuannya.

“Boleh tahan suara awak. Mana belajar menyanyi?” Sambungnya lagi.

“Maaf kalau suara saya mengejutkan encik.” Hafiqah sedaya-upaya tidak mahu

memandang empunya suara. Tak pusing pun dia sudah tahu siapakah tuannya.

“Awal awak bangun? Demam awak dah okey?” Lelaki itu masih lagi bertanya.

Mungkin dia berjalan-jalan untuk mengambil angin pagi. Pelik betul mamat ni! Tiba-tiba

rajin bangun pagi-pagi buta ni. Baru pukul 7!

“Saya okey je. Mana ada saya demam encik.” Hati lelaki Hariez berbunga. Dah

panjang sikit ayatnya.

“Encik nak sarapan ke? Saya belum siapkan lagi sebab selalunya encik sarapan

pukul 830 pagi.”

“Tak mengapa. Saya pun saja terbangun awal sebab dengar orang menyanyi dari

tadi. Nak tidur balik rasa macam rugi saja. Saya pun jalan-jalan di belakang ni.” Gadis itu

masih lagi meneruskan kerjanya menyidai pakaian. Sedikit pun dia tidak menoleh ke arah

Hariez. Mungkin masih lagi malu mengenangkan Hariez mendengar suaranya menyanyi.

Tidak perasan bahawa setiap tingkahnya menjadi perhatian Hariez.

“Saya ke dalam dulu ya encik.” Bakul baju yang telah kosong diangkat bersama.

“Hm, Hafiqah…” Serta-merta itu langkah Hafiqah terhenti. Tubuhnya

dipusingkan menghadap Hariez.

“Demam awak betul ke dah okey ni?” Wajah pucat gadis itu diperhatikannya.

43

Page 44: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Hafiqah diam. Mana dia tahu aku demam? Senyuman kosong dilemparkan

kepada Hariez.

“Saya dah makan ubat tadi. Sekarang ni dah okey. Dah tak apa-apa lagi. Boleh

saya sambung kerja saya?” Melihat Hariez membalas senyumannya, Hafiqah terus masuk

ke dapur untuk memulakan kerja memasak pula.

“Sebelum ni awak kerja di mana Fiqa?” Hariez mengekori Hafiqah dengan ekor

matanya. Di pagi yang sunyi itu, di kala penghuni lain di rumah itu masih belum terjaga

dari lena, dan Mak Teh yang belum tiba, Hariez menggunakan peluang itu untuk

mencungkil sedikit rahsia tentang Hafiqah.

“Kerja kilang.” Panjang itu sahaja.

“Belajar di mana?”

“Lepas SPM terus kerja.” Diam lagi.

“Airin kata awak ni degree holder in Business Admin. Boleh saya tahu apa

maksudnya tu?” Geram dia dengan jawapan yang lahir tadi. Aku nak tengok jauh mana

kau nak berahsia.

Hafiqah mula rasa terjerut. Manalah budak kecil tu tahu aku ada degree ni…

“Er…saya…” Kenapalah asyik kena sembur saja dengan Encik Hariez ni? Yang

dia ni pula kenapa nak sibuk-sibuk hal aku?

“Hafiqah, saya ni bukan nak menyibuk hal awak. Tapi, awak dah tinggal dengan

keluarga saya hampir 3 bulan tau! Satu benda pun kami tak tahu tentang awak. Entah-

entah awak ada niat jahat ke dengan kami. Saya cuma nak berhati-hati. Lagipun, saya

yang recommend awak bekerja di sini.” Hariez sekadar mengingatkan Hafiqah. Dalam

masa yang sama dia seronok mengenakan Hafiqah.

44

Page 45: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Saya berasal dari Johor Bahru dan bekerja di Mersing. Saya tinggal bersama

kawan saya dan sekarang saya bekerja di Villa Kasih. Umur saya 23 tahun ini dan saya

baru bergraduat dalam bidang Pentadbiran Perniagaan peringkat Sarjana Muda tahun

lepas di UPM. Saya lahir pada 25 Mei di Johor. Saya rasa cukuplah dengan maklumat

yang saya dah beri pada encik tu. Mungkin encik perlukan resume penuh saya? Atau

mungkin encik sudah tidak perlukan khidmat saya di sini?” Hafiqah jelas terasa dengan

kata-kata Hariez.

Hariez serba-salah. Bukan niat di hati untuk menyakiti gadis itu. Tetapi sekadar

untuk berbual-bual.

“Encik, kalau tak ada apa-apa lagi, boleh tak encik ke depan. Saya rasa tak boleh

buat kerja kalau encik terus-terusan di sini tanya macam-macam soalan.” Satu senyuman

ikhlas dilemparkan kepada Hariez.

Hariez terkesima. Gadis di hadapannya ini tidak pernah marah. Setiap tuturnya

begitu teratur dan dijaga agar tidak menyakiti hati orang lain.

“Teman lelaki ada?” Hafiqah memandang wajah Hariez. Dilihatnya lelaki itu

tersengih-sengih. “Ada?” Soalan itu diulangnya. Terkulat-kulat wajah itu dibuatnya.

“Apa yang encik mengarut ni? Dahlah tu. Encik ke depan ya?” Hafiqah masih lagi

bertutur lembut.

“Kenapa kak Azrin awak boleh panggil akak, Airin awak tak panggil cik tapi

dengan saya awak sentiasa letak encik di depan?” Terkedu lagi gadis itu.

“Sebab saya hormat encik.”

“Kak Rin dan Airin awak tak hormat?” Serta merta menggelengkan kepala.

Macam mana nak terangkan pada tuan aku yang satu ni?

45

Page 46: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Bukan macam tu. Kan encik yang selamatkan saya. Takkanlah saya nak layan

encik macam saya layan kak Azrin dan Airin. Mereka tu dah macam kakak dan adik

saya. Lagipun mereka kan perempuan?” Hafiqah cuba menjelaskan.

“Saya ni awak tak anggap macam abang awak pula?” Ish, kalau kau abang aku

dah lama aku sekeh kepala kau tu supaya tak tanya banyak-banyak soalan yang pelik-

pelik macam sekarang ni.

Hafiqah menggigit bibir. Geram dengan soalan demi soalan yang diutarakan.

Pelik dengan sikap Hariez yang tiba-tiba ramah pagi itu.

“Encik Hariez ni mamai lagi eh? Itu lah, kalau mengantuk lagi, pergi sambung

balik tidur tu. Saya tak kacau encik Hariez, encik pun tak kacau saya. Risau pulak saya

kalau encik ni sebenarnya tengah mengigau sambil berjalan. Karang kalau tiba-tiba encik

tertidur dekat dapur ni payah pula saya nak angkat.” Selesai mengungkapkan kata-kata

tersebut yang agak selamba kedengaran, Hariez melepaskan ketawanya. Belum pernah

dia mendengar Hafiqah berkata dengan cara yang sebegitu.

Hafiqah terkebil-kebil dengan aksi Hariez pagi itu. Betul ke tak betul dia ni?

Jangan buat aku takutlah!

“Awak tu cik Fiqa oi!” Seketika tawanya berhenti. “Tak pelik dengan diri sendiri

ke? Sebelum ni bukan main susah nak dengar awak bercakap. Tapi hari ni selamba saja

awak katakan saya ya?” Sengaja dia merenung ke wajah Hafiqah. Biar dia bertambah

gelabah.

“Ish! Encik Hariez ni dah kenapa hari ni? Tak kacau saya macam selalu tak boleh

agaknya. Encik Hariez duduklah kat depan ke kat luar ke, sekarang ni juga saya siapkan

sarapan ya?” Tak kacau dia macam selalu? Suka betul dia kalau aku biarkan dia tenang.

46

Page 47: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Saya bosan. Orang lain semua tengah tidur. Awak saja yang dah berjaga. Awak

sajalah yang boleh saya ajak berbual.” Pergilah tidur balik! Macam tak biasa tidur

bangun lewat pulak!

“Saya rasa saya dah banyak tidur sebelum ni. Tiba pagi ni tak boleh nak tidur

pula. Awak tahu kenapa?”

Hafiqah sekadar menjungkitkan bahu. Manalah aku tahu. Mata dia tanya orang

pulak!

“Sebab pagi tadi ada orang menyanyi. Dahlah sumbang, kuat pulak tu!” Meletus

tawa Hariez pagi itu.

“ENCIK HARIEZ!!!!!!” Hafiqah sudah mengejar lelaki itu.

Geramnya aku!!!!!!!!

47

Page 48: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

7

“HAH! Tengok apa tu?”

Airin yang entah dari mana datangnya muncul tiba-tiba. Hampir terlepas aiskrim

Aiman yang berada di tangan. Kak Azrin dan suaminya entah sudah ke mana. Tinggal dia

menjaga Aiman dan Helmi di foodcourt.

“Airin ni kalau tak terperanjatkan akak memang tak sah agaknya. Suka sangat

kalau akak kena heart attack.” Marahnya sambil tangan yang satu lagi mengurut dada.

Senak dengan tingkah gadis sunti yang suka menyakat itu.

“Akak tu yang suka sangat berangan. Orang lain pun berangan juga tapi tak

adalah sampai tak nampak orang keliling. Nak kata ada boyfriend tak pulak!” Airin masih

tersengih-sengih menayangkan sebaris gigi yang cantik.

“Akak bukan berangan tapi tengok orang yang lalu lalang ni.” Tidak sedar bila

pula Hariez muncul lalu duduk di sebelah Hafiqah.

Aiskirim Aiman yang dipegangnya diberikan semula kepada anak kecil itu. Helmi

yang masih menggunakan kereta bayi dicubit-cubit pipinya. Dia memang sukakan kanak-

kanak dari dahulu lagi. Jadi, Hafiqah memang tidak keberatan untuk menjaga kedua-dua

anak itu.

Petang itu, Kak Azrin dan Abang Hakimi mengajak mereka ke Mid Valley.

Memang itu perancangannya semenjak minggu lepas lagi. Tetapi setibanya di sini, Kak

Azrin dan Abang Hakimi telah menghilangkan diri meninggalkan dia dan Airin untuk

menjaga dua anak kecil mereka.

48

Page 49: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Namun, Hafiqah tidak keberatan. Memang itulah pentingnya mereka

mengajaknya. Apa guna ada orang gaji kalau mereka juga yang jaga. Hehe..

“Jom ikut Airin cari butik ni. Auntie Mell cakap baju kurung di sana cantik-

cantik.” Tangan Hafiqah dipegangnya sambil tangan yang satu lagi mengunjukkan

sekeping kertas iklan. Hariez sekadar memandang mereka.

“Airin pergilah. Akak duduk sini jaga Aiman dan Helmi. Ajak Encik Hariez.”

Sengaja dia menyebut nama Hariez agar lelaki itu beredar bersama Airin. Hafiqah jadi

tidak betah dengan kehadiran lelaki yang satu ini. Semenjak peristiwa seminggu yang

lalu, tingkahnya begitu berlainan daripada biasa. Menjadi ramah secara tiba-tiba.

“Akak ikut sekalilah ya. Boleh belikan baju untuk akak sekali.” Airin senyum

meleret. Entah kenapa dia bersungguh-sungguh mengajak Hafiqah bersama. Padanya,

rugi petang itu ke mari jika sekadar duduk di foodcourt.

“Ikut sajalah gerak si Airin ni Fiqa. Awak pun bukan selalu dapat keluar macam

ni.” Lembut sekali suara bisikan itu terjah di telinganya. Membulat mata Hafiqah.

Serentak itu dia bangun. Tersenyum sumbing Hariez dan Airin melihatnya. Hafiqah buat

tidak nampak sahaja.

“Cepatlah! Tadi nak jalan sangat. Kita dah bangun dia duduk-duduk lagi!” Yang

pasti, kulit mukanya sudah tebal saat ini.

Dengan senyuman yang masih bersisa, dua beradik itu bangun dan bergegas

mereka mengejar Hafiqah yang sudah menonong menolak kereta bayi Helmi sambil

memegang Aiman.

49

Page 50: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

TANGAN yang sakit dilibas dengan beg tangan yang keras itu diurut-urutnya. Itulah,

tadi orang ajak duduk dalam sekali taknak. Segan konon! Kan dah kena.

“Hei! You ni buta ke? Tak nampak orang lalu?!” Gadis itu tanpa segan silu sudah

bertempik ke arahnya tanpa melihat siapa yang melanggarnya. Eh, siapa langgar siapa

ni? Aku ke dia?

“Aku bercakap dengan kau ni! Bukan dengan tunggul. Dah langgar orang tak reti-

reti nak minta maaf. Ingat jalan ni kau yang punya ke?!” Suara itu seperti sering

didengarinya.

Hafiqah kaku. Tidak berpusing untuk melihat tuan empunya suara. Dia hanya

mahu lari dari situ. Mujur Helmi dan Aiman ditinggalkan di dalam butik baju itu bersama

Hariez dan Airin sementara dia menunggu di luar.

Melihat Hafiqah yang diam tanpa reaksi, gadis tadi menarik bahu Hafiqah kasar.

Wajahnya sungguh terkejut tidak terkata.

“Kau Fiqa?!” Perlahan-lahan matanya dibuka. Sungguh, Hafiqah tidak mahu

menghadapi hari ini. The day she stood still.

“Hidup lagi kau di sini ya? Aku ingatkan kau dah pergi cari pak sanggup kat

mana-mana. Tak malu lagi kau rupanya ya? Masih lagi keluar bebas macam biasa?”

Keras kedengaran suara Alisa. Wajah itu kelihatan begitu mengejek pada pandangan

Hafiqah. Inilah insan yang sering berkongsi rahsia dengannya. Suka dan duka.

“Kenapa aku perlu malu? Apa salah yang aku dah buat?” Tertahan-tahan bicara

yang ingin dikeluarkan. Matanya tidak sanggup memandang ke wajah itu. Wajah yang

boleh menaikkan kemarahannya. Tetapi dia tidak mampu saat ini. Cuma mahu

menghilangkan dirinya sahaja.

50

Page 51: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Hai… tak sangka aku kau ni memang tak tahu malu! Aku menyesal sangat jadi

kawan kau. Dah tidur dengan lelaki, lepas tu buat tak bersalah pulak!”

“Aku tak buat semua tu! Kau yang buat!” Hafiqah menekup telinganya dengan

tangan.

Hariez yang kebetulan baru keluar dari butik tersebut pelik dengan Hafiqah yang

sedang membelakangkannya. Kelihatan seorang wanita di hadapannya dengan pandangan

yang jelik.

“Aku pulak! Kau tu yang tidur dengan Haziq, ingat aku tak nampak? Bukan main

mesra lagi!” Bibir itu mencebik. Alisa puas hati. Memang dia punya angkara. Dia

memang benci dengan Hafiqah. Walaupun mereka teman baik, tetapi itu bukan halangan

untuknya menjatuhkan Hafiqah. Dia benci melihatnya!

“Kenapa?”Sinis soalan itu ditujukan kepada Hafiqah. Tangannya masih

ditekupkan ke telinga.

“Aku tak tahu macam mana dia ada dalam bilik tu. Aku tak tahu.” Hafiqah

menggelengkan kepala.

Tidur dengan Haziq? Siapa?

“Hah, yang ni siapa pulak? Mangsa baru? Nampak macam orang kaya. Oh, nak

tangkap orang kaya pulaklah sekarang ni? Pandai betul kau ni bermuka-muka ya?” Wajah

itu masih lagi mengejeknya.

Siapa? Hafiqah berpaling. Dilihat Hariez sedang memandang ke arahnya dengan

satu pandangan yang asing. Menggigil seluruh tubuh Hafiqah lebih-lebih lagi teringatkan

kata-kata Alisa tadi.

51

Page 52: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Saya bukan macam tu, encik. Saya bukan macam tu!” Langkah diundur ke

belakang. Kalaulah dia tidak mengikut mereka ke sini…

Hariez diam. Masih lagi memandangnya. Sedang Alisa sudah menuju ke arahnya

yang semakin mengundur ke belakang.

“Encik, saya bagi nasihat. Jangan percaya pada perempuan ni. Dia ni memang

suka ambil kesempatan. Tidur sama pun sanggup kalau encik offer kat dia ni. Gila

hartalah katakan!” Selamba sahaja Alisa berbicara sambil jarinya menuding-nuding ke

arah Hafiqah.

“Tipu! Tu semua tipu!”

Hafiqah sudah tidak sanggup mendengar apa-apa lagi. Tempat ini terlalu asing

baginya. Dia sudah melangkah. Bukan langkah, tetapi lebih tepat dikatakan berlari. Ya,

dia mahu lari jauh dari tempat ini. Dari mereka ini.

“Hafiqah!”

Namun, Hafiqah terus berlari. Tidak dipedulikan mata-mata yang memandang.

Lupa siapa dia yang sekarang. Dia dihimpit dengan kenangan lalu yang terlalu sukar

dilupakan.

There were days when the sun was so cruel

That all the tears turned to dust

And I just knew my eyes were

Drying up forever

I finished crying in the instant that you left

52

Page 53: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

And I can't remember where or when or how

And I banished every memory you and I had ever made

Kenapa perlu mimpi itu muncul lagi hari ini menjadi satu kenyataan yang sukar

dipadamkan? Kenapa perlu ada Hariez yang mendengarkan kata-kata nista itu

dilemparkan kepadanya? Kenapa saat dia sudah mula selesa dengan hidup ini? Dia sudah

hampir tiada air mata lagi untuk ditangiskan. Kenapa?

Mungkin kerana dia terlupa. Terlupa asal usul diri. Dia bukan dari keluarga ini.

Dia menumpang. Dia sepatutnya berada di dapur Villa Kasih. Bukan mengikut mereka

berjalan-jalan di sini. Namun, layanan yang mereka berikan kepadanya membuatkan dia

terlupa kepada semua itu. Hafiqah tidak layak.

Langkah dihayun semakin laju. Akhirnya Hafiqah berhenti di tangga keluar. Di

situ dia terduduk dan menjatuhkan diri bersama air mata yang bagaikan sudah tidak sabar

untuk menitis.

Hafiqah memegang dadanya yang terasa sakit. Hatinya sakit dengan

kehidupannya. Sakit dengan tuduhan yang dilemparkan. Namun yang paling teruk,

Hariez pasti memandang serong terhadapnya.

Tanpa suara, Hafiqah menangis di sudut tangga itu. Empangan hatinya telah

pecah. Tangannya ditekupkan ke telinga. Bagai terngiang-ngiang kata-kata tadi di

telinganya.

Cukup! Aku tak mahu dengar lagi. Cukuplah! Ya Allah, hati ini terlalu parah.

Bantulah aku dalam meredakan kelukaan ini. Sesungguhnya aku begitu lemah saat ini.

53

Page 54: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Hafiqah masih lagi teresak di situ. Tidak tahu apa yang harus dilakukan. Jika

tidak pulang ke Villa Kasih, ke mana lagi dia mahu melarikan diri? Dia sudah tewas

menjadi pelarian di dunianya sendiri. Kakinya sudah tidak boleh berlari lagi.

Dia benar-benar malu dengan Hariez. Kenapa dia perlu mendengar semua

pembohongan itu? Pasti Hariez menganggapnya sebagai perempuan yang sanggup

menjual diri demi mendapatkan harta.

“Hafiqah.” Cepat-cepat air mata yang masih jatuh disekanya. Tidak mahu dilihat

dalam keadaan yang lemah begini. Namun, dia masih tidak mampu untuk menghadapi

lelaki itu.

Hariez berdiri di belakang Hafiqah yang masih lagi duduk di tangga. Tanpa suara,

tangan Hafiqah dipegangnya dan dipaksa gadis itu berdiri.

“Saya tak salah encik! Saya tak pernah buat macam tu!” Mata itu berair semula.

Hafiqah benar-benar terseksa saat ini.

“Ikut saya!” Dan bagaikan satu paksaan, Hafiqah menurut. Apalah dayanya mahu

melawan sedang pegangan tangan Hariez lebih kuat lagi.

Tiba di kereta Hariez, lelaki itu menyuruhnya masuk. Hafiqah sekadar menurut.

Entah apa yang mahu dilakukan kepadanya saat itu, Hafiqah tidak tahu.

Secara tiba-tiba bahu Hafiqah dipegang erat dan Hafiqah yang masih terkejut itu

cuba dicium pipinya. Melihat perlakuan tiba-tiba itu, Hafiqah segera menolak tubuh itu.

Terpempan Hariez seketika.

“Kenapa? Marah? Takut? Awak kan memang tunggu saya buat macam ni pada

awak? Awak memang nak lelaki kayakan?”

54

Page 55: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Menggigil tubuh Hafiqah. Bukan kerana takut tetapi kerana malu diperlakukan

sebegitu rupa. Sebegitu hebat kuasa fitnah. Patutlah dosa orang yang melemparkan fitnah

lebih dahsyat daripada membunuh!

Tanpa sepatah bicara, Hariez memandu keluar dari bangunan Mid Valley menuju

ke jalanraya. Ke mana tujuannya hanya Hariez sahaja yang tahu. Hafiqah masih diam

tidak bersuara. Sesekali dia membuang pandang ke arah Hariez yang menumpukan

pemanduan ke jalanraya. Mitsubishi Lancer itu dipandu laju merentas jalanraya yang

semakin suram di kelilingnya.

Akhirnya kereta itu memasuki perkarangan Tasik Putrajaya. Hariez berhenti di

kawasan yang tidak ramai pengunjung dan berlalu keluar dari keretanya. Hafiqah

mengikut tingkahnya.

“Siapa awak sebenarnya, Hafiqah? Apa yang awak nak sebenarnya daripada kami

sekeluarga?” Perlahan suara Hariez. Hafiqah tergamam.

“Saya Nurul Hafiqah, encik. Saya cuma minta untuk bekerja sebagai orang gaji

saja di rumah encik. Saya tak minta harta encik macam yang encik dengar tadi tu.”

“Tapi awak nakkan lelaki kaya macam saya. Itu sebenarnya matlamat awak kan?”

Pandangannya tajam jatuh ke wajah suram Hafiqah.

“Saya tak minta keluarga encik layan saya macam puteri. Saya sedar diri saya

orang gaji. Jadi tolong layan saya macam orang gaji encik. Bukan macam yang encik

buat tadi tu. Saya tak pernah harapkan layanan yang lebih baik daripada orang gaji. Siapa

saya untuk meminta encik? Encik siapa, saya siapa?” Sebak hati Hafiqah.

55

Page 56: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Awak memang minta diri saya! Dalam hati awak, saya tahu sedikit mesti ada.

Mana mungkin ada orang yang tidak ada niat untuk memiliki orang seperti saya?!” Kata-

kata dari lelaki itu semakin menusuk ke dasar hatinya.

Mungkin untuk perempuan lain, ya! Tetapi tidak dia. Dia tidak punya hati lagi.

Kaya atau tidak, dia bukan orangnya untuk ada impian itu lagi. Tidak pernah sekalipun

hati kecilnya memikirkan lelaki itu.

“Betulkan?” Hafiqah tidak mampu mengangkat wajahnya menentang pandangan

lelaki itu.

“Encik Hariez, kalaulah saya ni layak untuk bermimpi yang indah-indah, mungkin

itu perkara pertama yang saya akan buat sekarang ni. Sebelum ini encik asyik

bertanyakan asal-usul saya, siapa diri saya, tapi encik dah buka mata dan minda encik

untuk dengarkan semua tu? Sedangkan tadi pun encik dah terima bulat-bulat kata-kata

orang yang encik tak kenal. Pasti sekarang ni encik dah pun anggap saya ni perempuan

murahkan? Yang sanggup tidur dengan mana-mana lelaki untuk mendapatkan harta

kan?” Hafiqah menyeka air mata yang jatuh.

“Pernah saya minta duit encik? Pernah saya bermanja-manja dengan encik?

Bayaran untuk hospital dan ke Tioman dulu pun encik tolak dari gaji saya bulan-bulan.

Dan gaji tu, encik bagi percuma ke pada saya? Saya bekerja di rumah encik untuk gaji

itu! Saya bukan duduk goyang kaki buang masa jadi mem besar di rumah encik! Kalau

encik rasa gaji tu tak patut encik beri pada saya, jadi encik jangan bagi. Cukuplah

tanggung makan, minum dan tempat tinggal saya. Anggap saja saya ni orang menumpang

di rumah encik. Atau encik pun dah tak boleh nak tengok muka saya lagi? Halaulah saya

encik. Halaulah saya.” Suaranya semakin mengendur. Tenggelam dalam esakan.

56

Page 57: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Hariez tidak terkata apa. Memang benar. Tetapi itu mungkin satu langkah untuk

gadis sepertinya mendekati lelaki kaya sepertinya. Hariez bingung.

“Untuk pengetahuan encik, saya memang ada degree. Saya memang ada kerja

dahulu. Walaupun saya tak seberjaya kawan-kawan saya tapi saya masih mampu

menanggung diri sendiri. Saya hidup dengan usaha sendiri. Tetapi, itupun masih ada yang

tak puas hati dengan saya. Saya diperangkap tidur dengan lelaki yang saya kenali sebagai

adik tuan rumah yang saya sewa. Saya dihina, dimaki, dibuang keluarga kerana kesalahan

yang tidak saya lakukan. Maruah saya dah hilang lama encik semenjak peristiwa tu. Saya

sanggup campak semua yang saya miliki untuk jadi orang gaji di rumah encik, asalkan

saya ada tempat berlindung. Berlindung dari semua yang saya lalui tu. Dan mungkin

lebih baik lagi kalau encik biarkan saya mati saja hari itu supaya saya tak rasakan derita

yang sama ni untuk kali kedua.”

Sungguh hatinya sakit. Maruahnya yang baru dibina tercalar buat kesekian kali.

Hafiqah menutup matanya. Dapat didengar suara-suara mengejek di sekelilingnya.

“Kenapa awak tidur dengan dia? Masakan awak tak tahu dia tidur dengan awak?”

Soalan yang berbaur perli itu bertanya lagi.

“Entahlah Hafiqah. Saya tak kenal awak. Awak boleh reka seribu satu cerita

tentang hidup awak. Tapi, awak jangan harap awak boleh permainkan saya dengan

harapan nak jadi sebahagian daripada ahli keluarga saya. Lebih baik awak buangkan

harapan awak tu sekarang. Saya tak nak tengok lagi awak rapat dengan adik beradik saya.

Jalankan kerja awak seperti layaknya orang gaji. Jangan menangguk di air yang keruh.”

Adakah itu satu nasihat? Ya, itu nasihat. Untuk Hafiqah dan juga dirinya. Hati

lelaki Hariez juga merasakan sakit yang tidak tehingga saat itu. Melihat wajah sayu itu

57

Page 58: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

membuatkan hatinya jadi tidak tentu arah. Di saat dia sudah menyenangi kehadiran gadis

itu pada satu bahagian dalam dirinya, dia dihadiahkan dengan cerita kejam itu sebagai

tanda perkenalan. Hariez marah semula apabila memikirkan semua itu.

“Dan ingat, tolong jangan beritahu pada sesiapa tentang ni. Nanti, awak juga yang

malu. Lupakan semua angan-angan bodoh awak tu! Huh!” Hariez merengus kasar. Dia

benar-benar kecewa.

“Mari balik!” Langkah diatur semula ke kereta. Hafiqah buru-buru mengekorinya.

Mujur lelaki itu masih mahu membawanya pulang ke Villa Kasih. Jika tidak, entah ke

manalah boleh dibawa diri itu pergi.

Dan sepanjang perjalanan itu, tiada sepatah bicara pun yang terluah. Kedua-

duanya melayani perasaan sendiri. Marah dan malu pada diri sendiri.

Letih dengan kejadian yang menimpa diri, ditambah pula dengan kesunyian

malam, akhirnya Hafiqah terlena meninggalkan Hariez dengan perasaannya.

58

Page 59: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

8

HARIEZ menyandarkan kepalanya ke katil. Walaupun dia sudah menghalau bayangan

gadis itu, semakin banyak bayangan lain yang muncul. Semuanya dia. Hafiqah, Hafiqah,

Hafiqah!

Dia ragu-ragu. Padanya Hafiqah bukan orang yang sebegitu. Tak mungkin

Hafiqah orang yang semudah itu. Namun, begitu sukar untuk melupakan apa yang

didengarinya petang tadi. Membuat dirinya mencari kebenaran di sebalik cerita tersebut.

Hariez bangun dari katil dan menuju ke dapur. Dikerlingnya jam di dinding.

Pukul tiga pagi. Papa dan umi mesti dah tidur.

Perlahan-lahan dia melangkah ke dapur. Lampu dipasangnya dan kemudian

matanya melilau mencari peti ais. Sesekali matanya dikerling ke arah bilik Hafiqah yang

pastinya sudah berkunci itu.

Apa yang pasti, hatinya tidak mahu diri dipertemukan dengan Hafiqah. Ketika

waktu makan tadi pun Hariez menyembunyikan diri di dalam bilik dengan alasan sudah

makan. Hafiqah, sudah makankah dia?

Hariez ketuk kepala. Yang asyik nak fikirkan tentang dia tu kenapa?

Cawan yang sudah kosong diletakkan ke dalam sinki tidak berbasuh. Dia tidak

akan membasuhnya kecuali disuruh Airin. Adik kecilnya itu lebih garang daripada umi.

‘Jangan tambahkan kerja kak Fiqa.’ Itu katanya. Dah memang itu gunanya orang gaji.

Dibuka pula bahagian freezer dan dikeluarkan aiskrim vanilla kegemarannya.

Perasaan yang tidak menentu itu menjadikan dia kepingin untuk menikmati aiskrim

59

Page 60: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

tersebut walaupun pada saat yang sejuk itu. Tanpa mengambil bekas terus diceduk sedikit

dengan sudu dan disuakan ke mulut. Brurr….sejuknya!

Aiskrim tersebut dinikmati dengan sepenuh hati. Tadi pun dia ada nampak

sebekas lagi yang baru dibeli kak Azrin. Mungkin dibeli semasa di Mid Valley tadi. Airin

yang marah dengannya kerana menghilangkan diri bersama Hafiqah juga terpaksa pulang

dengan kak Azrin. Memuncung bibir gadis itu dan bagai boleh diikat dengan tali.

Kriuk! Pintu bilik itu terbuka. Hariez terkesima. Terhenti suapannya memandang

ke wajah Hafiqah. Kelihatan pucat dan berpeluh-peluh seolah-olah dia baru sahaja berlari

5 kilometer.

Hafiqah sekadar berlalu tanpa mengambil peduli kehadirannya. Terus menuju ke

bilik air. Hariez meneruskan suapannya. Demam ke dia? Pucat macam hari tu. Ah, tak

apalah. Esok mesti dah okey punya. Hari tu pun sama juga.

Tidak lama kemudian, Hafiqah keluar semula dari bilik air dengan muka yang

basah. Seboleh-boleh dia tidak mahu memandang ke arah Hariez dan dipercepatkan

langkah.

Hariez juga buat tidak ambil peduli dengan kewujudan Hafiqah. Dia tidak mahu

melayan perasaan dan kemudian membenarkan gadis itu mencapai apa yang dihajatkan.

Hajatnya untuk menjadi sebahagian daripada ahli keluarga ini. Jalan pintas untuknya

mengecapi segala kemewahan yang ada.

“Huh!” Terus terbantut selera Hariez. Dipandang ke bekas aiskrim. Tinggal lagi

dua sudu sahaja untuk dihabiskan. Dah alang-alang ni, baik suap saja. Hish, geram betul

aku dengan dia ni!

60

Page 61: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Selesai suapan terakhir, Hariez bingkas dan melangkah ke biliknya. Dibiarkan

bekas aiskrim itu di atas meja. Aku takkan biarkan kau rasa selesa lagi tinggal di sini,

Hafiqah!

HAFIQAH melipat telekung yang telah digunakan. Tangan mencapai Al-Quran di atas

meja kecil lalu dia mula membaca ayat suci tersebut.

Hatinya mulai tenang. Semenjak peristiwa petang tadi, dia asyik teringatkan kata-

kata Alisa. Sehingga terbawa-bawa dalam mimpi malah lebih teruk daripada biasa.

Bangun daripada tidur, bantalnya sudah bermandikan peluh.

Ketika hendak keluar ke bilik air tadi pula, dia terserempak dengan Hariez. Lelaki

itu kelihatan amat bersahaja. Makan aiskrim tanpa sedikit pun memandangnya. Hafiqah

tidak betah berhadapan dengan lelaki itu. Malu pada kejadian petang tadi, juga malu pada

dirinya sendiri.

Sebenarnya niat Hafiqah keluar dari bilik tadi untuk mencari panadol. Kepalanya

sakit lagi apabila terjaga dari mimpi ngeri itu. Namun, apabila terlihatkan Hariez yang

sedang enak menikmati aiskrim, terus dilupakan niatnya dan masuk ke bilik air. Setelah

solat, dirasakan kepalanya mula berdenyut. Mungkin migrain lagi.

Hafiqah sering sakit kepala setiap kali dia bermimpi seperti itu. Dahulu, dia cuma

mengalami sakit kepala yang teruk ketika musim peperiksaan ataupun jika dia

mempunyai tekanan yang boleh dikategorikan sebagai amat dahsyat. Tetapi kini, sakit

kepalanya pasti diiringi demam. Mujur selepas makan panadol, demamnya itu akan

kebah pada keesokan harinya.

61

Page 62: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Tamat satu muka membaca, Hafiqah meletakkan al-Quran kecil itu ke atas meja.

Kepala yang semakin sakit itu ditekan-tekan. Dengan kain telekung yang masih terikat di

kaki, Hafiqah baring perlahan-lahan di atas katil. Akhirnya, Hafiqah terlena.

62

Page 63: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

9

SELESAI mengemaskan diri, Hariez terus menggapai briefcase dan kunci kereta di atas

meja. Menuruni tangga dan terus menuju ke pintu utama.

“Kamu tak sarapan hari ni Hariez?” Tegur Tuan Rizan kepadanya. Hariez

berpaling. Kelihatan uminya sedang menyapu mentega ke roti sebelum disuapkan ke

mulut. Airin tiada. Sudah pergi ke sekolah, barangkali.

“Tak sempatlah pa. Hari ni Hariez ada temu janji dengan kawan. Nak

breakfast sekali.” Pandangannya tertancap pada wajah itu. Hafiqah meletakkan air

minuman di dalam teko ke atas meja makan tersebut.

“Hm, kalau dah macam tu tak apalah. Tapi Hariez jangan lupa makan tau.”

Begitu lembut suara Puan Hazrina kepada anak terunanya. Hariez mengangguk.

Cepat-cepat dia memakai kasut dan melangkah ke kereta. Dia cuba untuk

tidak bertentangan mata dengan Hafiqah yang masih tidak memandangnya itu.

Persetankan dia!

PINTU pejabat Hariez diketuk perlahan. Tanpa menunggu jawapan, dibukanya dan

Hariez yang sedang berada di talian hanya sekadar menganggukkan kepalanya. Fariez

yang memahami terus duduk di hadapan Hariez tanpa dipelawa.

Seminit dua kemudian Hariez meletakkan gagang. Tersenyum melihat teman

yang datang. Tersengih-sengih dan lagaknya seperti dilamun cinta.

63

Page 64: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Pagi kawan! Dah makan?” Sahlah dia dilamun cinta. Hariez melebarkan

senyuman.

“Kau ni dah gila ke? Tiba-tiba masuk pejabat aku tanya dah makan ke belum.

Tak pernah pun sebelum ni kau tanya aku.” Teman itu tertawa.

“Tak adalah. Aku ni ambil berat akan kesihatan kawan. Nanti kau gastrik aku

juga yang susah.” Sengihan itu semakin melebar.

“Kau ni dah kenapa? Jatuh cinta?”

Terhambur ketawa Fariez sekali lagi. Kali ini lebih kuat dari tadi. Kepalanya

digelengkan ke kiri dan ke kanan.

“Aku? Jatuh cinta? Kau ni dah mengarut ke? I’m just feeling great! Baru balik

dari New Jersey. Of course lah aku gembira pagi ni.” Fariez menghadiahkan mimik muka

yang pelbagai kepada Hariez. Semakin pelik Hariez dengan sikap Fariez pagi itu.

“Ha, yelah. Ni mesti kau jumpa someone masa atas flight. Tak pun kau dah

tangkap cintan dengan minah saleh kat sana ni..” Hariez terus-terusan mencucuk jarum.

Tidak pernah dia melihat Fariez segembira ini kecuali ketika Fariez jatuh cinta monyet

semasa di matrikulasi dahulu.

“So, tell me all about it friend! Janganlah nak simpan-simpan pulak!”

Melihatkan Hariez yang bersungguh-sungguh untuk mencungkil rahsianya, Fariez

menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Aku dah belikan hadiah saja. Tak tahu bila nak bagi.” Fariez mengeluarkan

sesuatu daripada beg yang dibawa bersama.

Hariez tergamam. Ini untuk awek! Perh, sejak bila pula si Fariez jadi

romantik bangat ni?!

64

Page 65: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Dibelek-belek kotak kristal itu. Cantik. Tiba-tiba tangan Fariez menekan

sesuatu pada kotak itu dan…

“Oh my! This is very romantic! Who do you want to give this to?” Hariez

terpegun dengan kekreatifan kotak muzik yang diperbuat daripada kristal itu.

Apabila Fariez menekan butang di luar kotak itu, keluar satu patung kristal

perempuan dengan seluruh tubuhnya menari. Tidak lama selepas itu, patung lelaki pula

menemani tarian sang gadis. Yang pasti, muzik yang mengiringi tarian itu adalah muzik

lagu klasikal yang jarang sekali didengar di radio.

“Lagu ni boleh ditukar. Boleh set macam MP3. Dalam ni aku dah masukkan

lagu-lagu yang aku rasa romantik untuk dihayati.” Ketika itu, baru Hariez perasan MP3

set yang terletak di bahagian bawah kotak itu. Keluar beberapa perkataan yang jelas

sekali menyatakan tajuk lagu yang dimainkan.

“Kau nak bagi pada siapa ni?” Keningnya diangkat sebelah. Cemburu juga

bila Fariez sudah ada teman. Tetapi bagus juga jika dia sudah bersedia untuk

berumahtangga.

“Mana boleh bagi tahu lagi! Aku in process nak mengurat lagi lah. Bila kami

dah go on steady, baru aku kenalkan dia dengan kau orang semua. Jangan takutlah. Yang

pasti dia ni memang cantik pada pandangan mata aku.”

Cinta. Tak cantik pun jadi cantik juga. Beauty lies in the eyes of the beholder.

Tak pasti sama ada luaran atau dalaman. Tetapi, Fariez selalunya memandang kecantikan

luaran, kemudian barulah dia menilai kecantikan dalaman. Dia mencari seorang yang

sempurna dalam hidup. Tak mungkin ada untuk mereka!

65

Page 66: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Hariez mengeluh. Hafiqah sebagai contoh. Luaran sedap mata memandang.

Dalam hati, siapa menyangka yang dia punya niat lain.

“Hei, apa ni? Aku gembira yang kau mengeluh ni kenapa? Takkan sebab aku

rahsiakan siapa dia kau dah merajuk dengan aku ni? Alahai, lelaki merajuk dengan lelaki

tak sesuailah! Geli tahu!” Menggeletik badan Fariez saat menyebut kata-kata itu. Lucu

memikirkan keakraban seumpama itu walaupun dengan teman-teman rapatnya.

“Mengarutlah kau ni! Apa pulak aku nak merajuk dengan kau? Tak ada

kaitanlah! Dah, dah. Ambil hadiah kau ni sebelum aku simpan buat harta pusaka.” Kotak

kristal itu diserahkan semula kepada Fariez. Tersengih Fariez mendengar kata-kata itu.

Kotak kristal itu dimasukkan kembali ke dalam beg yang dibawanya tadi.

“Tengahari ni kau balik rumah ke makan kat luar?” Hariez angkat kepala.

“Kenapa, kau nak belanja aku makan ke?” Fariez tersenyum. Entah apa yang

bermain di fikirannya kali ini.

“Tak adalah. Aku ada nak pergi satu tempat tengahari ni. Tak dapat join kau

orang lunch sekali.” Semakin melebar senyumannya. “Nak aku belanja, next time lah

ya?”

“Ha, iyalah tu! Nak jumpa dengan wanita idaman tulah kan? Macam aku tak

tahu. Ingatkan kau nak join kami lunch dengan Dato’ Zahir. Dia tu baru balik dari umrah.

So, dia jemput makan tengahari ni di rumah dia. It’s okay if you don’t want to join us.”

Dalam ketawa, Hariez sempat lagi mahu menyindir Fariez. Namun Fariez sekadar

ketawa, faham dengan sindiran teman yang umpama adik beradiknya sendiri itu.

“Penatlah aku layan kau tu. Dah tua-tua pun masih nak merajuk. Bilalah kau

nak ada isteri kalau macam tu selalu. Girlfriend kau mesti pening kepala punya.”

66

Page 67: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Langkah terus dihalakan ke pintu. Beg di tangan digenggamnya kemas. Ada misi penting

tengahari ini.

67

Page 68: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

10

ANAK kucing comel yang tidak pernah dilihat itu diberikan makanan. Dihidangkan

sedikit susu. Hafiqah bukan seorang yang mesra dengan haiwan, oleh itu kucing itu

sekadar dilihat dari tepi dan dibiarkan makan sendiri.

Rumah besar itu telah siap dikemas sejak pagi tadi. Sekarang dia hanya

menunggu Mak Teh pulang dari pasar bersama Ain. Bosan menunggu, Hafiqah bangun

dan mula bergerak ke laman. Kepala yang masih pening itu sekadar dipicit kuat. Kalau

diikutkan nanti makin malaslah dia.

Pili dibuka dan air dipancurkan ke pokok-pokok yang terhias indah di sekeliling

Villa Kasih. Luas dan cantik, itulah yang sering diucapkan Hafiqah.

Seperti biasa, pada waktu seperti ini, Puan Hazrina memang tiada di rumah kerana

ke rumah teman-temannya untuk aktiviti persatuan. Pak Sim pemandu pun bersamanya.

Airin ke sekolah. Tinggallah dia, Mak Teh dan Ain di villa ini.

Sedang enak menyiram pokok-pokok itu, Hafiqah merasakan kepalanya semakin

berat. Lantas dia menggulung semula getah paip dan menutup pili air. Malangnya,

tubuhnya dirasakan semakin ringan dan nyaris Hafiqah tersembam ke pasu bunga melur

yang berada di situ. Segera Hafiqah mendudukkan diri di atas tanah.

Subhanallah… kenapa dengan kepala aku ni? Sakit sungguh!

Dalam bias menahan kesakitan yang menyerang, Hafiqah sayup-sayup terdengar

bunyi loceng ditekan berulang kali.

Digagahkan kaki untuk berdiri, namun, Hafiqah akhirnya tersungkur dengan

pandangan yang dirasakan semakin kelam.

68

Page 69: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

FARIEZ masih lagi menekan loceng. Masakan tiada orang di villa pada waktu ini. Pasti

Mak Teh atau Hafiqah sibuk di dapur. Tangan terus dibiarkan menekan loceng. Dia

yakin, pasti ada seseorang di dalam.

“Kamu buat apa di sini Fariez?” Suara menyergah daripada belakang itu hampir

menerbangkan seluruh semangat Fariez yang berkobar-kobar dari tadi.

Mak Teh dan Ain yang sedari tadi memerhatikan perlakuan anak muda itu

sekadar tersengih. Tak pernah-pernah datang sorang-sorang tiba-tiba hari ni buang

tabiat pulak! Bisik hati Ain.

“Eh, Mak Teh! Ain! Keluar rupanya. Patutlah dari tadi saya tekan loceng tak ada

orang yang buka. Tak ada orang rupanya.” Sengaja tidak mahu menjawab soalan Mak

Teh.

“Mak Teh ke pasar tadi dengan Ain. Hafiqah ada di dalam tu. Entah apa

dibuatnya anak dara seorang tu sampai tak dengar bunyi loceng.” Tangannya sibuk

mencari lubang kunci. Melihat kepayahan Mak Teh membuka pintu dengan segala

barang di tangan, Fariez segera menawarkan pertolongan.

“Abang Fariez ke sini sebab apa? Tak pernah pun datang tengah-tengah hari

macam ni. Peliknya!” Fariez sekadar tersenyum. Tanpa bicara, langkah diatur ke pintu

hadapan. Namun, telinganya menangkap bunyi sesuatu.

Air? Hafiqah tengah siram pokok bunga kot…

Dengan senyuman sumbing masih bersisa di bibir, Fariez terus menuju ke laman.

Namun,…

69

Page 70: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Hafiqah!”

Fariez dengan pantas menerpa ke tubuh yang terbaring di tanah itu. Habis lencun

baju gadis itu dek disiram air.

“Hei, Hafiqah, awak ni kenapa?” Digoncang-goncang tubuh kecil itu lagi.

Melihatkan tiada reaksi, pantas Fariez mencempung Hafiqah.

Mak Teh dan Ain yang terpempan melihat Hafiqah yang pengsan di tengah laman

sekadar memerhati. Barang-barang di tangan terus diletakkan ke atas kerusi di tepi garaj.

Terkocoh-kocoh mereka mendapatkan Fariez dan Hafiqah yang masih tidak sedarkan diri

itu.

“Mak Teh, saya bawa Hafiqah ke kliniklah. Risau pula saya tengok dia ni.

Demam agaknya. Panas juga badan dia ni. Mak Teh tolong ambilkan baju dia. Nanti kena

sakit perut pula.” Bungkusan di tangannya masih tidak dilepaskan. Fariez pun hampir

terlupa dengan hadiah itu, tetapi mujur tangannya tidak terlepas pegang beg yang

dibawanya itu.

Tiada pesakit ketika mereka tiba di Klinik Perdana tengahari itu. Doktor yang

bertugas mengarahkan agar Hafiqah ditempatkan di wad manakala Fariez diarahkan

keluar. Fariez mengambil kesempatan itu untuk membuat panggilan ke pejabat.

“Hello, Hariez, aku tak dapat masuk cepat lepas lunch ni. Ada emergency

sikitlah.”

“Emergency apa? Teruk ke?” Hariez di hujung talian menjawab. Ketika itu, dia

dan Tuan Rizan sedang menikmati hidangan tengahari di rumah Dato’ Zahir.

“Kawan aku ni sakit. Ni aku kat klinik hantarkan dia. Sorry sangat-sangat!” Kesal

juga dia, dalam masa yang sama Fariez tidak mahu Hariez mengesyaki apa-apa tentang

70

Page 71: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

perasaannya kepada Hafiqah sehingga dia jelas bahawa Hariez tiada apa-apa dengan

gadis itu.

“Okeylah kalau macam tu. Nanti aku inform bos untuk kau.” Sekilas matanya

dikerling ke wajah Tuan Rizan yang sedang asyik berbual mesra dengan Dato’ Zahir.

Entah apa tajuk perbincangan mereka, tetapi Hariez yakin yang mereka pasti sedang

membicarakan soal perniagaan.

71

Page 72: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

11

SELESAI menyiapkan kertas kerja yang dibawa pulang ke rumah, Hariez bangun.

Niatnya ingin ke dapur. Malam ini, Hafiqah tidak menyediakan air seperti kebiasaannya.

Hendak bertanya, segan pula dia. Akhirnya, Hariez sendiri mendapatkannya.

Tiba di ruang tamu, Airin dilihatnya sedang tekun menyiapkan kerja sekolahnya.

Semakin rajin adik bongsunya itu belajar semenjak akhir-akhir ini. Mungkin kerana

Hafiqah seorang yang gemar memberi semangat kepadanya.

“Tak minta tunjuk dengan kak Fiqa?” Dia mula berbasa-basi.

“Tak. Airin tak mahu ganggu dia. Mak Teh kata dia tak sihat hari ni.”

“Tak sihat kenapa pulak? Sakit apa lagi dia tu? Banyak betul penyakit dia ye?

Kalau dah malas tu, malas jugalah. Sengaja nak bagi banyak-banyak alasan. Huh!” Bibir

dicebikkan. Geram pula dengan Hafiqah yang semenjak akhir-akhir itu seringkali

memberi alasan tidak sihat.

“Apa abang Hariez ni! Dia memang tak sihatlah! Siang tadi dia pengsan kat

laman tu. Abang Fariez yang tolong hantarkan dia ke klinik. Kalau tak, tak tahulah Mak

Teh nak buat apa. Dahlah Kak Ain tu pun bukan besar sangat.” Airin menggelengkan

kepalanya tanda tidak berpuas hati dengan tuduhan abangnya itu.

“Tu semua alasan dia saja. Dia nak mengada-ngada minta simpati Fariez lah tu.

Macamlah abang tak tahu. Perempuan macam tu memang ramailah Airin, jenis yang suka

ambil kesempatan. Airin janganlah jadi macam tu. Kalau nak duit, beritahu je dengan

abang. Jangan sesekali buat perkara tak bermaruah macam tu!”

72

Page 73: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Tanpa disedari, setiap bait kata yang terucap itu didengari oleh satu hati yang

telahpun terluka. Menusuk, dan mencarik-carik jiwa yang telah rapuh dan semakin

hancur itu.

“Abang Hariez tak sepatutnya cakap macam tu. Airin tak suka. Kalau abang tak

suka dengan kak Fiqa sekalipun, abang jangan pernah cakap macam tu tentang dia

dengan Airin. Airin tak suka!” Habis sahaja berkata-kata, segala buku yang ada di atas

meja dikemas dan diangkut bersama ke biliknya. Hariez tercengang melihat kemarahan

Airin.

Airin tak kenal lagi Hafiqah tu macam mana. Abangi cuma tak nak Airin

terpengaruh saja dengan dia tu.

Hariez meneruskan langkahnya ke dapur. Perut yang lapar bagai minta diisi. Pintu

peti ais dibuka dan dikeluarkan kepingan pizza segera yang ada dan dimasukkan ke

dalam ketuhar. Kalau dah nama pun bujang yang pemalas…

Beberapa ketika, matanya mengerling ke bilik Hafiqah yang tertutup. Entah

kenapa, semakin dia cuba membenci gadis itu, semakin kuat naluri lelakinya menyuruh

untuk mengambil tahu semua yang berkaitan dengannya. Biarpun cuba dihapuskan wajah

gadis itu, semakin kuat pula ingatannya terhadap Hafiqah.

Kenapalah aku mesti teringat tentang dia tu? Tak sangka wujud lagi perempuan

yang macam dia ni. Hariez menggelengkan kepala.

Wait a minute! Apahal Fariez datang rumah aku tengah hari tadi? Bukan dia

kata dia ada emergency ke? And most importantly, bukankah dia nak…

Hariez tepuk dahi. Oh no Fariez, kau dah terperangkap dalam permainan cinta

Hafiqah!

73

Page 74: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

DI dalam bilik itu, Hafiqah menangis menyesali nasib diri yang terus-terusan diuji. Luruh

hatinya mendengarkan kata-kata yang diucapkan Hariez. Begitu rendah martabatku pada

pandangan matanya.

Air mata yang jatuh disekanya perlahan. Namun, semakin diseka, semakin banyak

yang berguguran.

Ubat migrain yang diberikan Doktor Hazmi tadi dikeluarkan dari bekas. Ditelan

satu persatu bagi mengurangkan sakit kepala yang semakin terasa.

“Ubat ni sekadar untuk membantu mengurangkan sakit yang dirasa untuk satu

jangka waktu sahaja. Jangan terlalu bergantung pada ubat. Cuba kawal emosi dan

uruskan tekanan yang awak hadapi. Itu merupakan satu faktor besar yang menyumbang

kepada migrain yang awak alami. Mungkin, kalau awak tenang sedikit, rasa sakit kepala

tu pun tak selalu awak rasa.” Bagai terbayang-bayang di fikiran nasihat yang diberikan

oleh Doktor muda dalam lingkungan 30-an itu.

Hafiqah mengambil beg yang diberikan Fariez ketika di klinik Doktor Hazmi

siang tadi. Dikeluarkan sebuah kotak kecil yang berbalut cantik di dalam beg itu. Helaian

demi helaian balutan ditanggalkan. Alangkah terperanjatnya Hafiqah melihat isi di

dalamnya.

Sungguh cantik. Tapi, kenapa Encik Fariez beri aku barang ni?

Segera dia mencari seandainya ada apa-apa nota yang ditinggalkan bersama. Ya,

sekeping kad kecil yang diselitkan bersama di dalam beg tersebut dibuka lipatannya.

74

Page 75: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Andai ku punya hati, ingin ku berikan kepadamu. Dan andai hatimu milikku,

inginku jadikan ia satu dengan hatiku. Walau apapun masa silammu, aku akan setia

menanti saat kau bersedia menjadi suri hidupku.

Fariezul Fikri

Ikhlaskah dia? Mahukah Fariez menerima andai dia tahu masa silamku? Hafiqah

pejam mata. Wajah ikhlas Fariez siang tadi terlayar di mata. Lelaki itu yang

menghantarnya ke Klinik Doktor Hazmi dan dia juga yang menghantarnya pulang.

Ketika itu, hanya Airin yang sudah pulang dari sekolah. Risau gadis itu melihat keadaan

Hafiqah yang letih dan begitu lemah.

Kedengaran sayup di telinga Hafiqah bunyi telefon yang tidak dikenalinya.

Semakin lama semakin kuat berdering dan barulah Hafiqah menyedari ada sebuah telefon

bimbit Sony Ericsson Z550i diletakkan bersama di dalam beg hadiah tersebut.

Dipandangnya dalam ke telefon itu, nama Fariezul Fikri terpapar di skrin.

“Assalamualaikum.” Senyap

“Hello, Hafiqah, awak ke ni?” Masih diam tidak bersuara.

“Waalaikumussalam Encik Fariez. Ya, saya ni.” Kedua-duanya kelu.

“Awak dah makan ubat? Dah okey?” Hafiqah mengangguk.

“Hafiqah…” Fariez bersuara lagi apabila Hafiqah diam membisu.

“Encik Fariez, kenapa buat macam ni? Kenapa Encik buat baik dengan saya?

Bagi saya hadiah dan beri saya telefon. Kenapa…hm…Encik tulis macam tu?” Perkara

yang asyik bermain di benak akhirnya terluah jua.

75

Page 76: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Fariez diam. Di raut wajahnya, senyuman terukir, walaupin tidak dapat dilihat

Hafiqah.

“Siang tadi, saya memang ikhlas tolong awak. Awak tak sihat. Kalau jadi pada

Mak Teh pun saya akan buat perkara yang sama.”

“Maksud saya, tentang hadiah ni. Encik akan bagi pada Mak Teh juga ke? Atau

Ain?”

“Tentang hadiah tu, saya memang nak beri pada awak. Masa saya ke oversea

minggu lepas, bila saya nampak kotak Kristal tu, saya cuma rasa nak beri pada awak saja.

Bukan untuk orang lain. Saya tak tahu Hafiqah. Kenapa sejak saya kenal awak, saya tak

boleh nampak orang lain. Saya harap awak faham.” Sungguh, hatinya sudah terlalu

menyukai Hafiqah.

“Encik Fariez, orang macam saya ni tak layak pun untuk berkawan apatah lagi

untuk bergandingan dengan orang macam encik. Kalau encik terlupa, lebih baik saya

ingatkan yang saya ni orang gaji encik. Dan majikan saya tu kawan encik, Encik Hariez.

Saya sedar siapa diri saya encik.” Hafiqah mengetap bibir. Semua yang diucapkan Hariez

sebentar tadi mula berlegar-legar di ruang mata. Sungguh, dirinya rasa sangat terhina.

“Saya tak pandang pangkat atau kedudukan awak Hafiqah. Saya dah ada semua

tu. Untuk apa saya perlukan seorang isteri yang ada apa yang saya ada kalau saya mampu

untuk berikan apa yang terbaik untuknya?” Fariez tarik nafas dalam-dalam sebelum

meneruskan bicara.

“Bagaimanapun layanan Hariez atau keluarganya pada awak, tak mampu ubah

persepsi dan perasaan saya pada awak. Saya nak bawa awak keluar dari rumah itu. Saya

76

Page 77: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

nak awak hidup bebas seperti yang awak patut dapat. You deserve so much better Fiqa.

You can be someone!”

“Encik, saya ni bukan sama taraf dengan encik. Malah lebih rendah. Terlalu

rendah. Saya tak nak, nanti orang kata saya ambil kesempatan pada kesenangan hidup

encik. Saya tak sanggup nak dengar kata-kata manusia yang menghina maruah saya. Saya

rasa lebih baik begini.”

“Listen here Hafiqah! Saya tak pernah nak pilih orang untuk saya jatuh cinta.

Perasaan tu datang dengan sendiri tahu! Saya pun tak pernah sangka untuk sukakan awak.

Tapi, inilah hakikatnya. Saya kenal awak, saya lihat awak, dan perasaan tu ada sendiri.

Bukan saya pilih-pilih sama ada awak kaya ataupun tidak. Dan saya tahu, awak bukan

orangnya yang suka ambil kesempatan. Kalau tak, awak mesti dah larikan diri lepas dapat

apa yang awak nak. Ah! I don’t even give a damn even if you do such things to me as

long as you love me the way I do love you.”

Hafiqah menahan sebak di dada. Ikhlaskah dia? Jujurkah kata-katanya itu?

Hafiqah menyandarkan kepalanya ke dinding.

“Encik Fariez, saya tak mampu nak teruskan hidup saya macam ni. Saya cuma

harap, saya boleh cari ketenangan dari hidup yang saya baru nikmati ni. Saya tak yakin

saya mampu lakukannya. Encik Fariez carilah orang lain yang lebih baik. You deserve

better than me.”

“Hafiqah, saya tak tahu masalah awak sebab awak sendiri pun tak pernah

ceritakan pada sesiapa. Saya tak kisah kalau awak tak nak ceritakan pada saya. Tapi,

kalau awak tak mampu hadapinya seorang diri, saya ada di sini, di sisi awak untuk bantu

awak. Saya sanggup serahkan bahu saya ni untuk awak basahkan dengan air mata awak.

77

Page 78: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Saya nak jadi orang yang awak boleh percayai sebab saya nak awak percayakan saya

Awak faham tak?”

Di dalam kesuraman lampu meja, Hafiqah menundukkan wajah. Tangisan yang

ditahan semakin meruntun jiwa. Tidak, aku tak boleh menangis padanya. Aku bukan

lemah. Tapi, aku sudah tak mampu. Ya Allah, berilah aku petunjuk dan hidayah-Mu.

“Mungkin, kita boleh bermula sebagai kawan yang saling mempercayai satu sama

lain. Peganglah janji saya ini Hafiqah, untuk siapa pun awak pada masa silam, saya nak

kenal siapa awak yang sekarang. Masa silam tu kita sama-sama jadikan ia pengajaran

supaya kita tak mudah untuk dijatuhkan lagi. Yakinilah saya.”

“Encik Fariez…”

“Dan sebagai permulaan, jangan panggil saya Encik lagi. Mungkin dengan Hariez

awak kena panggil dia encik sebab dia memang majikan awak, tapi saya, just Fariez.”

“Betul ke boleh saya panggil dengan nama Fariez saja?”

“Ya, Fiqa. Cukuplah sekadar Fariez. Sekarang kita kawan ya?” Hafiqah

melakarkan senyuman ke wajahnya. Tika itu, satu ketenangan mengalir dalam tubuhnya.

Malam itu, buat pertama kalinya Hafiqah tidur tanpa ditemani mimpi-mimpi ngeri

yang seringkali bertandang di kala tidur.

78

Page 79: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

12

SAMBIL bernyanyi-nyanyi kecil, Hafiqah menyiapkan sarapan pagi di Villa Kasih hari

itu. Hafiqah benar-benar bersyukur mengenali Fariez ketika ini. Semenjak hari itu, Fariez

pasti akan menelefonnya setiap malam. Kesudian Fariez menjadi teman berbicara

mencuri hatinya untuk mempercayai dan meyakini keikhlasan lelaki itu sebagai seorang

teman yang didambakan.

Namun, tanpa diketahui, keceriaan yang dimiliki telah menarik perhatian Hariez.

Hairan dengan tingkah dan lagak yang bahagia itu, Hariez yang telah sekian lama tidak

duduk bersarapan pagi merupakan orang yang paling awal menjamu selera.

“Bahagia nampak! Dah dapat tangkap anak orang kaya mana pulak kali ni?”

Pedas dan tanpa selindung Hariez berbicara. Terhenti setiap perlakuan Hafiqah. Tanpa

memandang ke wajah Hariez, kerjanya kembali diteruskan. Air Milo panas yang telah

dibancuh dituangkan ke dalam cawan Hariez.

“Dah tenang ke sekarang? Dah tak ada sakit kepala lagi? Dah sihat?” Seolah-olah

mengambil berat, tetapi Hafiqah tahu soalan itu hanya sekadar perlian untuk ke

penghinaan yang seterusnya.

“Aku tahu, kau sengaja nak curi tulang kan? Nak tarik perhatian orang dalam

rumah ni. Airin tu bolehlah kau nak tipu dia. Dia budak lagi. Kalau dia tahu niat kau tu

mesti dia pun menyampah dengan kau.” Selesai berkata-kata, Hariez terus bangun tanpa

menghabiskan makanan di pinggan.

“Ah… dah tak ada selera nak makan tengok muka kau tu! Huh!”

79

Page 80: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Terkulat-kulat wajah Hafiqah demi mendengarkan kata-kata Hariez. Bagai baru

ditikam dengan belati yang sangat tajam, Hafiqah hampir jatuh terduduk di situ. Mujur

dia sempat bertahan di dinding. Ditahan air mata agar tidak gugur. Dia tidak mahu

menangis lagi. Dia tidak mahu mimpi-mimpi buruk itu muncul lagi. Hafiqah tekad,

semua kisah semalam itu pasti dilupuskan.

Di dalam kereta, Hariez menghentak tangannya ke stereng dengan kuat.

Melepaskan kemarahan yang amat terhadap Hafiqah. Ketenangan dan keceriaan yang

dipamerkan telah mengganggu egonya.

Namun begitu, Hariez sebenarnya pelik, apa yang menyebabkan Hafiqah berubah

menjadi segembira itu. Betulkan dia telah bertemu dengan seseorang? Tetapi siapa dan

bila? Sepanjang hari dia hanya duduk di villa dan tidak bertemu dengan orang luar selain

dari ahli keluarganya.

Fariez! Mungkinkah Fariez yang menyebabkan perubahan Hafiqah? Bila

difikirkan semula, Hariez mula mencari kemungkinan-kemungkinan yang ada. Gadis

yang sering disebut-sebut Fariez dan kehadiran Fariez ketika dia tiada di villa.

Damn you girl! Kalau betul kau berani perangkap kawan aku, aku akan pastikan

hidup kau lebih menderita dari yang kau sedang alami. Akan aku pastikan kau menyesal

bertemu denganku, Hafiqah!

SEPANJANG pagi Fariez mengemas fail-fail di kabinet di dalam pejabatnya. Dia

sebenarnya sedang mencari pelan rekaannya yang hampir siap minggu lepas. Puas dicari

di rumahya semenjak semalam tetapi tidak ditemui. Mungkin ditinggalkan di pejabat.

80

Page 81: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Semenjak ketiadaan Emili yang cuti bersalin semenjak dua minggu yang lalu,

kerja Fariez memang semakin tunggang-langgang. Mujur ciri-ciri 5S yang diamalkan

memudahkannya mencari dokumen-dokumen yang diperlukan. Tetapi kini, yang

dicarinya itu merupakan gulungan kertas A3 yang entah dimana diletakkan.

Bingung mencari tetapi masih tidak berjumpa, Fariez duduk bersandar di sofa.

Nasib baiklah tiada mesyuarat pada hari ini. Jika tidak, haru biru juga jadual kerjanya hari

ni.

Seketika wajah Hafiqah melintas di minda. Cantik dan tenang. Hm…bukanlah

cantik sangat pun tapi, adorable. Tengok sekali pasti nak tengok lagi.

Tiap kali menjawab panggilannya, Hafiqah pasti tidak banyak bercakap. Tetapi

kini, Fariez sudah mengerti tekanan yang dihadapi. Nyata, Hafiqah selesa menceritakan

kisah hidupnya kepada Fariez.

Pintu pejabatnya diketuk dari luar. Tidak lama, Hariez menjengulkan kepalanya.

Pelik melihat Fariez bersandar di sofa.

“Oit, apahal dengan kau ni?”

Fariez sekadar memandang Hariez yang mundar-mandir dan akhirnya duduk di

hadapannya.

“Ada apa?”

“Kau tu kenapa?” Dia memandang sekilas ke sekitarnya. “Kau mengamuk ke apa

ni?”

“Kau tahulah. Design yang minggu lepas aku buat tu kan dah 70% siap. Aku ingat

minggu ni cuma nak buat touch-up sikit. Lepas tu baru aku nak finalize kan dia. Tapi, aku

81

Page 82: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

cari dari semalam tak jumpa. Ingatkan kat rumah, pun tak jumpa jugak.” Tangan meraup

rambut yang terurai jatuh.

Walaupun dateline untuk rekaan tersebut masih ada sebulan lagi, Fariez bukan

orangnya yang akan menyiapkan kerja pada saat-saat akhir. Mungkin, jika perlu, dia

bermula dari awal.

“Fariez, aku nak tanya kau sesuatu ni.” Fariez mengangkat muka.

“Gadis yang kau suka tu, bila kau nak kenalkan dengan kawan-kawan kau

terutamanya aku?”

Fariez melebarkan senyum. “Kau dah kenal pun. Tak perlu aku kenalkan lagi.

Nanti tiba masanya, aku akan umumkan siapa dia.”

Masih nak berteka-teki? I don’t think so. Yup, aku akan cuba tengok di bilik

Hafiqah sama ada kotak muzik Kristal itu ada padanya ataupun tidak.

“Apalah yang kau nak berahsia sangat ni? Kau ingat aku nak rampas girlfriend

kau ke? Ups… kau orang dah declare couple ke?” Hariez masih lagi cuba untuk

mendapatkan rahsia.

“Setakat ni belum lagi. Kami mula sebagai kawan dulu. Well, build people trust

first. Aku tunggu dia sampai dia sedia.” Senyuman di wajah Fariez semakin menyeri.

Hariez sedar, setiap kali berbicara tentang gadis misteri itu, sinar bahagia terpancar di

wajah Fariez. Sudah lama Hariez tidak melihat sinar itu.

“Nantilah. Aku akan umumkan pada kau orang semua. Buat masa ni aku masih

lagi tak pasti tentang perasaan dia pada aku. Nanti aku juga yang malu. If we start as a

friend, we might as well end it as a friend. Kan lebih baik macam tu daripada lepas putus

nanti, masing-masing dah tak nak tunjuk muka lagi?” Bahu Hariez ditepuk.

82

Page 83: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Don’t worry my dear friend. Anyway, I need to start working now. If you don’t

mind, can we continue our conversation later?” Hariez mengangguk-angguk tanda faham

dan mulai bergerak ke pintu. Kemudian dia berpaling.

“Aku harap kau tak terkecewa lagi kawan. Aku tak nak dia permainkan kau. Take

care.” Hariez menutup pintu dan beredar ke pejabatnya.

83

Page 84: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

15

“SAMPAI hati ya bang Fiqa buat kita macam ni. Apalah salah kita dalam membesarkan

dia tu sampai jadi macam ni.” Sambil menongkat dagu, Halimah memandang suaminya

yang sedang asyik membersihkan kereta di laman.

Haji Amir masih tetap meneruskan aktiviti membasuhnya. Cermin hadapan kereta

dilap dan disimbah dengan air. Langsung tidak diendahkan kata-kata kesalan isteri

kesayangannya itu.

Namun, jauh di sudut hati, dia juga masih terkilan dengan Hafiqah yang sehingga

kini masih tidak pulang-pulang ke kampung untuk mempertahankan diri dan menjelaskan

perkara yang sebenar.

Tetapi, adakah dia memberikan peluang untuk anaknya itu membela diri? Dan

untuk apakah dia membela dirinya lagi sedangkan tindakan yang dipamerkan ini sudah

jelas menunjukkan keterlanjuran tingkahnya? Anaknya itu mungkin telah dilepaskan

lama untuk menjadi lebih dewasa. Malang itu sesungguhnya memang tidak berbau. Anak

yang sangat ceria, suka mengusik terlalu tega menconteng arang ke muka ibu bapanya

sendiri.

Lantas, dari berita yang disampaikan Aimi kepadanya, disampaikan amarah

kepada seluruh keluarga. Tiada seorang pun yang dibenarkan berhubung dengan Hafiqah.

Hubungan keluarga telah ditamatkan bermula dari saat tragedi yang memalukan itu

terjadi.

Melihat soalan yang dilemparkan tidak berjawab, Halimah perlahan-lahan bangun

menuju ke taman. Bangku yang ditempatkan di laman sememangnya berguna tika

84

Page 85: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

petang-petang hari begini. Di kawasan perumahan mereka, pasti suasana meriah dengan

penghuni di kawasan sibuk beriadah di kawasan taman permainan kanak-kanak yang

berhampiran.

“Kita ni Imah, tak perlu fikirkan sangat tentang si Hafiqah tu. Dia dah besar. Itu

jalan yang dia pilih. Saya pun tak nak bersubahat dengan perangai buruk dia tu. Biarlah

dia pergi dari dia terus memalukan kita di sini. Biar dia tak balik-balik lagi daripada jiran-

jiran kita ni tahu perkara sebenar. Saya malu dah nak mengaku dia tu anak saya lagi.”

Halimah diam. Haji Amir menarik nafas. “Mujur dia tak balik lagi. Kalau tak,

saya takut saya dah bunuh dia tu Imah.”

Mengucap panjang Halimah demi mendengarkan ungkapan terakhir suaminya itu.

Semarah-marah dia kepada Hafiqah, masih tidak tergamak untuk dia mengakhiri nyawa

anaknya itu.

“Jangan sampai begitu bang. Kita dengarkan dulu apa yang dia nak kata. Selama

ini pun bukan dia pernah buat perkara-perkara macam tu. Hafiqah tu budak baik. Saya

yakin dia masih ada pegangan. Mungkin ada orang nak aniayakan dia tu.” Dia masih

cuba untuk bersangka baik terhadap anaknya itu. Jauh di sudut hati, Hafiqah bukan jenis

yang liar dan tegar seperti yang orang perkatakan.

“Itulah awak! Dah perangai macam tu pun awak masih tak nak buka mata lagi.

Bukalah mata awak tu Imah oi! Hafiqah yang sekarang ni dah 23 tahun! Bukan anak

kecil 3 tahun lagi!” Mencerlung mata Haji Amir merenung tajam ke arah isterinya.

Bukan dia tidak menyayangi Hafiqah, tetapi, kini setiap bicara tentang Hafiqah

membuatkan hati tuanya semakin terguris. Dia terlalu kecewa. Sukar untuk dia percaya.

85

Page 86: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Tetapi, kehilangan tanpa berita itu, benar-benar membuktikan bahawa dia memang

bersalah.

“Siapalah yang nak aniayakan dia tu mak? Cuba mak beritahu Aimi. Kan yang

sampaikan tu kak Alisa, kawan baik kak Fiqa? Kalau tak betul, takkanlah kak Alisa tu

nak aniayakan dia pulak? Cuba mak beritahu.” Aimi yang entah dari mana datangnya

tiba-tiba muncul di belakang Halimah.

“Emak bukan tak percaya, cuma mak masih tak boleh terima Fiqa tu akan buat

perkara terkutuk. Dia belajar tinggi, kerja pun bagus, teman lelaki pun tiada. Macam

mana pula dia boleh –“

“Emak tu kalau tentang kak Fiqa semua memang nampak baik. Sebab itulah mak

tak nampak benda buruk walaupun dah jadi depan mata. Macam mana dia nak bawa

teman lelaki kenalkan kat mak abah kalau dia sendiri pun tak tahu nak pilih yang mana?

Perempuan kalau dah banyak duit ni, kebanyakan mereka dah tak kisah kalau tak

berkahwin. Ramai wanita sekarang dah berkerjaya. Dah mula menyombong diri. Lupa

asal usul. Lupa keluarga. Lupa agama semua. Banyak dah Aimi tengok terjadi pada

budak-budak satu tempat kerja dengan Aimi dulu. Mujur Aimi dah tak kerja di situ lagi.

Alhamdulillah, Allah masih sayangkan Aimi.” Panjang berjela penerangan yang

diberikan Aimi kepada emaknya yang masih jelas tidak percaya dengan setiap peristiwa

yang telah terjadi.

Halimah bangun semula dari duduknya dan berjalan ke pintu rumah. Dia juga

sudah tidak mampu untuk memikirkan yang mana benar dan yang mana palsu. Bukti

sudah jelas, apa lagi yang dia mahukan untuk menerangkan lagi keadaan yang sudah

sedia bersuluh itu.

86

Page 87: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Tika ini, dia hanya mahu berehat. Masuk ke dapur dan ingin mencari sedikit kerja

di dalam yang masih ada. Dia mahu melepaskan semua kekesalan yang masih ada di hati.

Haji Amir sekadar memandang. Merajuklah tu.

“Kamu ni pun Aimi, janganlah berkeras sangat dengan emak kamu tu. Nanti dia

kecil hati, merajuk, kamu juga yang kena memasak nanti. Siap sedia sajalah kamu nak

memujuk. Kamu bukan tak tahu perangai emak kamu tu!” Sempat juga dia membebel

kepada anak bongsunya sebelum dia menyudahkan aktiviti membasuh keretanya. Air

sabun di dalam baldi, disimbah ke dalam longkang di hadapan rumah.

Aimi tersengih. “Biasalah abah. Nanti sejuklah tu. Sampai bila mak tu nak tetap

tegakkan apa yang dah jelas-jelas salah dibuat kak Fiqa tu? Biarlah mak ambil masa,

asalkan dia sedar, yang kak Fiqa tu bukan orang yang sama macam sepuluh dua puluh

tahun dulu.”

Haji Amir juga setuju. Aimi melihat sahaja perbuatan ayahnya yang masih

mengemas laman itu sebelum orang tua itu akhirnya masuk ke rumah mencari emaknya.

Dalam hati Aimi tersenyum puas. Dendamnya terhadap Hafiqah akhirnya terbalas. Sudah

lama dia cemburu dengan layanan abah dan emak yang keterlaluan menyayangi Hafiqah

biarpun dia anak yang bongsu. Mungkin kerana Hafiqah menjadi anak yang sentiasa

membanggakan ibu dan bapanya.

Semenjak dari sekolah rendah lagi, jika dibandingkan dengan dirinya, keputusan

Hafiqah sentiasa berada di antara kelompok yang teratas. Mungkin kerana Along juga

mempunyai keputusan yang baik, oleh itu, Aimi seringkali dibandingkan. Uda pula

walaupun keputusannya tidak secemerlang Hafiqah, dia cemerlang di dalam bidang

87

Page 88: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

sukan dan aktif berkokurikulum. Mampu juga menjejakkan kaki ke universiti. Sedangkan

dia, hanya mampu berjaya sehingga ke Politeknik.

Berkenalan dengan Alisa di rumah sewa Hafiqah menjadikan mereka semakin

rapat. Dan akhirnya, dia juga menyedari ada cemburu di hati Alisa. Haziq, adik lelaki kak

Mira si tuan rumah hanya nampak Hafiqah sahaja di mata. Sedikit demi sedikit rahsia

hati Alisa dicungkil dan akhirnya terbit rancangan untuk menyingkirkan Hafiqah dari

hidup mereka.

“Kak Lis, aku tak boleh ada dekat rumah kau masa kejadian tu. Kalau aku ada, macam

mana aku nak sampaikan berita tu dengan segera?”

Alisa berfikir sejenak. Ada benarnya juga kata-kata Aimi.

“Baiklah, macam ni. Akak tunggu dekat rumah. Once dia dah balik saja, akak

terus keluar beri air pada dia. Tentang si Haziq tu, akak katalah dekat dia yang kak Mira

nak jumpa dan dia suruh tunggu sekejap sebab dia akan sampai lambat sedikit. Lebih

cantik lagi kalau akak minta dia tunggu sebab Hafiqah pun dah nak pulang. Dasar jantan

gatal, mahu perempuan cantik saja. Macamlah dia tu kacak sangat dan aku terhegeh-

hegeh pada dia!” Tangan dikepal-kepal dan ruas-ruas jari dipatah-patahkan. Keletap-

keletup bunyinya.

“Tapi make sure dua-dua dah terlingkup tau kak? Kak Mira pun kalau boleh

jangan sampai dia ada dekat rumah. Baru senang nak buat orang yakin yang diorang

berdua dalam rumah.” Aimi mengangguk-anggukkan kepala. Sudah terbayang-bayang

wajah dua manusia itu dianiayanya dan menangis-nangis minta dibantu.

88

Page 89: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Cuma nanti penat sikitlah akak nak angkut dua orang makhluk tu letak dalam

bilik. Mujur bilik bawah. Kalau bilik atas, mesti aku kena seret saja badan 2 orang tu naik

tangga.”

“Nanti akak bagi kaw-kaw punya ubat pada Haziq tu. Biar dia mamai dan tak

boleh bercakap. Kalau dia ingat, nanti jadi cerita lain pula!” Sambil tergelak-gelak

mereka merancang. Sungguh, benci dia melihat Haziq asyik menyebut nama Hafiqah

sedangkan gadis itu langsung tidak memandangnya.

Kak Mira tu pun satu. Yang duk gatal nak recommend si Hafiqah tu dekat adik

dia buat apa? Dah perempuan tu tak mahu, transferlah dekat aku. Ni sibuk nak paksa-

paksa. Padan muka dia. Biar dengan dia, dan adik dia sekali malu!

Abah dengan emak mesti kecewa habis dengan Angah. Biarkan dia rasa macam

mana kecewanya bila asyik nama dia saja yang disebut-sebut. Jumpa mak cik ni sebut

nama Angah, jumpa pak cik ni sebut nama dia lagi. Sampai sibuk orang nak kenenkan

dia jadi menantu. Aku yang memang duduk dekat rumah ni macam tunggul kayu! Huh!

Apa pun tak boleh!

Hutang mesti dibayar. Biar kena pada harganya. Itu prinsip yang Aimi simpan

sejak dari dahulu lagi. Kalau sekali orang lukakan hati manusia bernama Aimi Adira

Binti Haji Amir, selamanya dia akan menyesal. Dendam itu pasti akan dibayar walau apa

pun cara. Biar betapa banyakpun hati lain yang akan sama terluka dek kerana dendam

yang tiada penghujungnya itu.

Dan yang pasti, ada jiwa yang akan merana kerana perbuatan kejam dan tidak

berhati mereka itu.

89

Page 90: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Kisah pertemuan Alisa dengan Hafiqah di Kuala Lumpur baru-baru ini juga tidak akan

sesekali disampaikan kepada emak dan abahnya. Biar itu menjadi senjata pada suatu

masa nanti. Namun, kisah itu kadang kala menambah tahap kekejaman mereka terhadap

Hafiqah.

“Kau tau Mi, akak jumpa dengan si Fiqa tu tadi. Haha, kasihan betul aku dengan

dia tu. Tapi masih tak bunuh diri lagi gamaknya dia tu kan?” Dengan gelak jahat yang

masih bersisa Alisa masih berusaha untuk menyampaikan cerita.

“Aku jumpa dia dekat Mid Valley tadi. Kau tahu aku jumpa dengan siapa?

Dengan jantan! Ui… bukan main kacak lagi! Pandai juga dia cari orang ya nak

ditangkap? Aku terlanggar dia depan butik yang orang kaya saja berani masuk.”

Aimi semakin melekapkan telefon di cuping telinga. Kalau boleh, mahu disatukan

sahaja telefon itu dengan telinganya agar setiap butir bicara Alisa jelas dan menangkap

masuk ke otaknya.

“Lepas tu, apa reaksi dia nampak akak tadi?”

“Muka dia macam tak berdarah. Tegak tak cakap apa. Takut sangatlah tu!” Ingat

aku ni kalau dah buat sesuatu tu separuh jalan saja? Sia-sialah kerja jahat aku macam

tu. Hehe…

“Habis tu, boyfriend baru dia tu tak pelik pula tengok dia macam tu kak?”

“Mahunya tak pelik? Akak sembur dia kaw-kaw tadi depan mamat tu. Kalau aku

jadi lelaki tu mesti aku terus tinggalkan dia. Akak cakap dia memang suka nak perangkap

lelaki kaya. Tu sebab dia sanggup tinggalkan keluarga dan tak tahu malu masih berani

90

Page 91: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

tunjuk muka depan orang lagi.” Selebihnya hanya ditambah bagi menyedapkan lagi

cerita.

“Betul akak buat macam tu? Bagus! Biar padan dengan muka dia. Ingat dia bagus

sangat? Baik tak bertempat. Kerja nak menyusahkan orang saja.” Aimi turut tergelak

mendengar cerita tersebut. Dalam hatinya sudah tiada rasa sayang lagi buat kakaknya itu.

Walau lahirnya dari rahim yang sama, namun itulah manusia. Andai kejahatan dan

syaitan sudah bertakhta di dalam hati, memang hilang semua pertalian kasih sayang yang

dibina selama ini.

“Tapi aku tengok mamat tu macam orang kaya. Hai, macam manalah dia asyik

dapat orang yang kacak dan kaya saja kan? Yang bagus semua nak bagi dekat dia. Habis

tu, kita ni nak dapat apa?” Alisa tekad. Dia selagi Hafiqah masih disukai orang selagi

itulah dia akan menghancurkan hidup wanita itu. Wanita yang pernah menjadi teman

tidurnya. Yang sentiasa bersama dengannya semenjak bertahun yang dahulu.

Aimi mengangguk-angguk kepala walaupun tidak dapat dilihat oleh Alisa.

Terkadang, dia juga pelik kenapa Alisa yang begitu rapat dengan Hafiqah boleh ditikam

sebegitu rupa oleh Alisa. Sedangkan Hafiqah begitu mempercayainya. Itulah sahaja

sahabat yang paling rapat dia pernah ada. Dan sahabat itulah yang telah memusnahkan

seluruh hidupnya.

Bahaya juga dia ni! Kalau Kak Fiqa dia boleh buat macam tu, tak mustahil aku

yang lagi muda daripada dia, dia akan buat benda yang sama. Aku kena berhati-hati.

Baik-baik juga dengan aku, tapi jangan sampai kena dekat aku pula.

91

Page 92: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Kalau dah tengok muka macam orang innocent, mestilah orang suka kak. Orang

pandai berlakon, memang hebat. Dari dulu lagi perangai dia dah memang macam tu.”

Kedua-duanya diam sebelum Aimi menyambung semula bicara.

“Hm, okey kak. Aku nak pergi ke luar ni. Nanti kita sambung semula ya bila ada

masa lagi. Bye!” Sengaja menipu. Bukan Alisa ada di Johor Bahru pun saat ini. Dia jauh

di Kuala Lumpur. Malas pula nak memanjang-manjangkan cerita tentang Hafiqah. Kalau

boleh dia mahu menamatkan cerita tentang wanita yang hampir boleh dikatakan sudah

tiada lagi dalam daftar keluarganya.

Dan dengar cerita dari emak, abah telah sedikit demi sedikit menukar penama

untuk harta-hartanya. Marah sungguh abah! Tapi, baguslah, tinggi sedikit syer aku nanti.

Aimi mengilai tawa kegembiraan sebelum melangkah keluar dari bilik menuju ke

laman.

92

Page 93: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

16

“MALAM ni kau ikut aku pergi kondo. Dua hari lagi kawan aku dari oversea datang nak

tumpang tinggal di sana. Jadi, aku nak kau kemaskan kondo tu seelok mungkin. Lepas

maghrib ni kau siap-siap kita terus gerak.” Selesai memberikan arahan, Hariez terus

beredar mendaki tangga di banglo dua tingkat itu menuju ke biliknya.

Hafiqah yang terkulat-kulat kebingungan hanya sekadar memerhati susuk tubuh

Hariez yang semakin menghilang. Hafiqah juga sedar, Hariez kini semakin berbeza

dengan Hariez yang dikenalinya semasa kemalangan tempoh hari. Hariez hari ini sudah

tidak betah tersenyum kepadanya. Hanya pandangan sinis dilemparkan dan lirikan mata

yang penuh kejelikan untuk dirinya.

“Tak apalah Fiqa, kita ni orang gaji, ikut saja rentak tuan rumah.” Hafiqah

memujuk hati sendiri.

“Hah, kak Fiqa membebel apa lagi tu? Bebelkan Airin ke?” Airin yang muncul

entah dari mana hampir membuatkan Hafiqah terkena kejutan jantung.

“Airin ni kan kalau tak terperanjatkan akak tak sah agaknya. Kalau akak dah gol

nanti baru nak bercakap sopan santun dengan akak. Dah ada dua tiang, baru pandai nak

bagi salam bila nak bercakap dengan akak, kan?” Dalam memarahi Airin, dia masih

mampu berseloroh. Ah, aku bukan macam tuan Hariez tu yang suka ikut perasaan.

Marahkan orang pun aku boleh senyum lagi.

“Ha, tu senyum seorang-seorang dah kenapa pula? Buang tebiat agaknya kak Fiqa

ni? Mesti tengah syok bercinta ni… Ceritalah pada Airin. Nak juga Airin tahu, siapa

mamat yang bertuah dapat mengorat akak tu?” Sambil mulutnya sibuk berceloteh,

tangannya jugak sibuk membantu Hafiqah menguli karipap. Dia tidak pandai mengelim

93

Page 94: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

bahagian tepi karipap seperti kak Hafiqah, oleh itu, Airin hanya sekadar membantu

mengisi inti ke tepung yang telah siap dileperkan.

“Ish, akak ni orang gaji saja Rin, jadi kelas-kelas akak pun mestilah orang gaji

juga. Macam Pak Sim ke?” Sambil itu dia menyenggolkan siku ke bahu Airin. Habis

bersepah inti sardin tidak sempat jejak ke kulit karipap.

“Ha, siapa berani mengorat Pak Sim tu? Meh khabar dengan Mak Teh. Amboi,

orang tua tu pun bukan main ye, ada hati juga nak kahwin lagi.” Kemunculan Mak Teh

yang tiba-tiba di dapur meletuskan tawa dua gadis itu.

“Bukanlah Mak Teh. Tak ada orang pun yang berani berebut Pak Sim tu dari Mak

Teh. Tu bunuh diri namanya.” Sambil berusaha menghabiskan sisa tawanya, Airin masih

cuba menyambungkan hujahnya, “Kami ni tengah bagi contoh saja calon-calon jodoh

yang bersesuaian untuk kak Fiqa ni. Bukannya cerita pasal Pak Sim tu pun. Sekali saja

kot tersebut nama dia dalam cerita kita tadi kan Kak Fiqa?”

Mak Teh berpaling kepada Hafiqah meminta kepastian. Hafiqah mengangguk

kepala dalam tawanya yang masih bersisa itu. “Kami pun tak ada hati nak jadi madu Mak

Teh lagi buat masa ni. Hehe…”

“Ingatkan Pak Sim kamu tu ada skandal dah tua-tua macam ni. Terkejut Mak Teh

dibuat kamu berdua ni.” Dalam hati, dia bersyukur diberi peluang berbakti kepada

keluarga ini. Hafiqah juga menyenangkan hatinya.

“Itulah Mak Teh, orang cakap lain kali bagi salam dahulu sebelum menyampuk.

Kan dah malu sendiri.” Saat itu juga telinga Airin ditarik oleh Mak Teh.

“Amboi! Tak habis lagi gelakkan Mak Teh ya? Ambil ni, pulasan telinga Mak

Teh!” Terlompat-lompat Airin menahan sakit dalam cubaannya melepaskan diri. Hafiqah

94

Page 95: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

hanya mampu tersenyum dalam cubaannya menahan tawa dari meletus. Kalau tidak, dia

juga bakal menerima nasib yang sama.

“Tunggu Airin siapkan karipap ni, akak dah boleh goreng dan makan sekali.

Macam mana nak siap kalau kerjanya nak main-main saja.” Airin semakin melebarkan

sengihannya. Masakan kak Hafiqah memang kadangkala lebih sedap berbanding

masakan uminya. Uminya juga boleh dikatakan jarang memasak. Iyalah, orang sudah

punya orang gaji, apa guna masih duduk di dapur, kan?

“Akak nak kena siapkan kerja cepat. Malam ni abang Airin nak bawa akak ke

kondo dia. Nak suruh akak kemaskan sebab lagi 2 hari ada kawan yang nak menumpang

di situ dari oversea. Nanti kalau akak lambat siap, lagilah dia marahkan akak.”

“Eh, kawan mana pula yang baru balik dari oversea?” Ish, budak Airin ni.

Macamlah aku kenal semua kawan abang dia tu!

“Nanti Airin nak ikut sekalilah. Boleh Airin tolong akak kemas kondo tu kan?”

Semoga abang Hariez membenarkan dia ikut sekali.

Hafiqah juga mengharapkan perkara yang sama. Takut juga dia bila difikirkan

semula. Hanya dia dan Hariez di sana. Pelbagai perkara boleh berlaku. Tetapi,

mungkinkah pelbagai perkara itu berlaku sepertimana berlakunya tragedi itu? Encik

Hariez tidak mungkin akan melakukan perkara yang sama. Pujuk hati Hafiqah.

Petang itu, seusai keluarga Tuan Rizan menikmati minum petang, Hafiqah mengemas

semula pinggan kotor di sinki dan membersihkan bahagian dapur sebelum masuk ke bilik

bagi menyiapkan diri untuk ke kondominium milik Hariez.

95

Page 96: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Tatkala itu, telefon pemberian Fariez berbunyi dan pohon diangkat. Dan demi

melihat nama lelaki itu tertera di skrin, Hafiqah mengukirkan senyuman.

“Assalamualaikum. Selamat Sore bu Fiqa, gimana keadaan kamu hari ini sih?”

Lembut suara lelaki itu menyapa telinganya. Melahirkan pelbagai rasa yang sukar

diungkap. Inilah sebabnya suara itu boleh menyumbang kepada penzinaan kecil.

Nauzubillah!

“Waalaikumussalam. Saya baik-baik aja. Pak Parij nya gimana sih keadaannya?

Baik-baik aja kan pak?” Tiap kali berbicara, lelaki ini bagaikan mengubati luka yang

tidak terlihat zahirnya.

“Oh tidak. Cukuplah. Tak sanggup saya untuk bercakap bahasa Indonesia ni lagi.

Rasa macam lagi teruk daripada Indon yang belajar cakap Malaysia saja.” Fariez ketawa.

“Ha, tahu pun awak! Dah tu, yang gatal-gatal mulut nak bercakap Indonesia

dengan saya lagi tu kenapa? Mau cari cewek Indonesia ya Pak buat bikin isteri?” Hafiqah

masih mahu mengusik.

“Buat apalah saya nak cari yang jauh-jauh kalau yang dekat Malaysia ni dah ada

depan mata. Lagipun teruk sangat bunyi nama saya tu bila di Indonesiakan oleh awak.

Pak Parij, kalau silap sebut boleh jadi Pak Parit.” Tawa Fariez berderai lagi.

“Dah, jangan nak mengarut pula ya petang-petang begini En Fariez. Goosebump

saya dibuatnya.” Namun, ada bunga-bunga bahagia pada kata-kata Fariez itu.

“Eh, mana ada saya mengarut pula. Saya cakap benda yang betul ni. Saya ikhlas

dah nak kenalkan awak sebagai teman istimewa saya ni. Itupun kalau awak setuju.” Ada

getar saat dia mengungkapkan kata-kata itu.

“Saya tak sedia lagi.” Itulah jawapannya.

96

Page 97: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Saya akan tunggu. Kali ini saya serius. Saya nak awak jadi isteri saya. Keluarga

saya tak seperti keluarga Hariez. Mereka tak kisah siapa awak. Yang penting, saya

bahagia dengan pilihan saya. Dan saya tahu, pilihan saya ni tepat.” Saya sanggup tunggu

awak. Sejauh mana awak berlari, selama mana awak bersembunyi.

“Saya tak mahu awak menanggung beban hidup saya.” Jawapannya masih lagi

sesingkat itu sahaja.

“Awak pernah dengar orang lelaki lafazkan akad? Aku terima nikahnya?

Pernah?”

“Lafaz akad itu mudah.”

“Tak semudah itu. Bukan setakat aku terima nikahnya, tapi aku terima setiap

dosa, kekurangan, kelebihan, serta apa sahaja tentang dirinya, yang meletakkan

tanggungjawab di atas bahu suami. Maka terlepaslah, bapa dari tanggungan dosa si anak

perempuannya itu. Awak pernah dengar? Itulah yang tersirat di sebalik lafaz yang

diucapkan.” Panjang lebar penjelasan Fariez dan dia mengharapkan agar Hafiqah

memahami apa yang tersirat di hatinya.

“Saya lebih selesa begini.”

“Sampai bila?”

“Mungkin sampai bila-bila.”

“Awak tak mahu ubah hidup awak?”

“Saya dah penat berubah.”

“Awak berubah kerana orang lain. Cuba ubah untuk diri sendiri.”

Diam. Ada betulnya. Tapi, saat ini, dia tidak mahu berubah lagi. Dia hanya mahu

mengikut rentak kehidupannya. Takut tersasar lagi.

97

Page 98: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Awak pasti semua orang dalam hidup awak akan menerima saya? Keluarga?

Kawan baik awak kalau dia tahu saya sukakan awak?”

“Awak sukakan saya?” Sama ada Fariez tersilap dengar atau Hafiqah yang

tersilap cakap.

“Maksud saya, tentang hubungan awak dan saya?” Hafiqah sedar dia terlepas

bicara. Namun, dia masih tidak mahu berterus terang.

“Hm… selagi keluarga saya tak menentang, saya tiada masalah dengan kawan-

kawan baik saya. Mereka pasti akan menyokong saya.” Ada nada kecewa saat mendengar

penjelasan Hafiqah. Terlalu sukar untuk membuka hati gadis ini.

“Beri saya masa.” Itulah yang terluah. Hafiqah sudah habis idea mahu menolak.

Dia tidak mahu menyakiti hati lelaki itu. Fariez terlalu baik untuknya. Bukan dia tidak

sukakan Fariez. Hanya kerana dia yang tidak cukup istimewa untuk Fariez.

“Tak apalah Fariez. Saya pun nak bersiap-siap ni. Malam ni saya kena kemas

rumah Encik Hariez. Nanti lambat saya kena marah lagi.”

“Oh, yakah? Baiklah. Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.”

Bila dia mendekati diriku,

Hatiku rasa sesuatu,

Bila dia senyum pada diriku,

Hatiku rasa tak menentu

Kekadang hatiku bertanya,

98

Page 99: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Adakah dia dah berpunya,

Kerana diriku berasa,

Aku jatuh hati padanya

Aku ingin memilikinya,

Aku ingin menjaga dia,

Aku ingin mencinta dia,

Aku ingin hidup dengannya,

“Aku suka dia.” Ya, aku sukakan Hafiqah! Hati Fariez menjerit.

Pandang ke kiri, ke kanan, hanya wajah Hafiqah yang bermain di mata. Seperti

bait-bait lagu yang berkumandang itu, seolah-olah kena dengan apa yang dirasainya saat

ini. Mahu sahaja dia terus ke rumah Hariez dan melamar gadis itu untu dijadikan surinya.

“Amboi-amboi, anak ibu ni bukan main gembiranya! Macam orang tengah angau,

sampai ibu panggil minum petang pun tak dengar ya? Teringatkan siapalah tu ya?” Puan

Jasmin menyinggahkan punggung ke katil Fariez.

Fariez tersipu-sipu malu. Terlalu asyik mengingati Hafiqah sehingga tidak

mendengar panggilan ibunya. Bahkan entah bila ibunya membuka pintu bilik pun dia

tidak sedar.

“Tak adalah ibu, Fariez berangan je tadi. Layankan lagu dekat radio tadi.”

“Amboi! Ni kalau dah berangan bila dengar lagu dekat radio mesti dah ada ehem-

ehem ni. Tak nak kenalkan pada ibu ke?” Diusap-usap kepala anak bujangnya itu. Itulah

satu-satunya anak tunggal lelakinya. Sudahlah satu-satunya lelaki, sulung pula. Adik

Fariez, Izy Natasha kini sudah belajar di Kolej Matrikulasi.

99

Page 100: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Nantilah, kalau Fariez dah sedia nanti Fariez bawa jumpa ibu ye?” Kepala

dilabuhkan ke riba Puan Jasmin.

Walaupun sudah dewasa, anak terunanya tetap manja dengan dirinya. Melihat

anaknya ceria, hatinya juga turut ceria. Kerana itu, dia tidak pernah memaksa anak-

anaknya untuk menurut setiap kehendaknya. Asalkan anak-anaknya tidak melanggar

peraturan Negara dan agama, dia sudah cukup bersyukur.

“Kalau dia bukan orang berduit macam kita, ibu terima tak dia?” Sekadar untuk

melihat reaksi ibunya.

“Kenapa? Dia orang susah ke?”

“Taklah susah sangat. Cuma tak semewah kita. Ibu terima tak?” Diulang soalan

yang sama. Masih tidak berpuas hati tanpa jawapan yang jelas daripada Puan Jasmin.

“Ibu tak kisah, janji kalau ibu tengok Fariez bahagia, itu dah cukup untuk ibu.

Apa yang nak diberatkan isu mewah atau tak. Asal Fariez bahagia pun cukuplah.”

Lega. Dia tahu ibunya tidak menitikberatkan isu harta benda dan pangkat. Ibunya

juga berasal dari kampung. Cuma mungkin kerana asal datuk dan nenek mereka memang

orang berharta yang memungkinkan dirinya untuk menikmati kemewahan yang

dikurniakan.

“Anak ibu ni kan dah kaya. Buat apalah nak isteri kaya lagi kan? Janji dia boleh

jaga makan pakai Fariez sudah. Takkanlah ibu juga yang nak kena jaga Fariez sampai ke

tua kan?”

“Promise you will not treat the woman I love differently just because she’s not as

wealthy as us? Promise me?” Tersengih Fariez meminta perakuan janji dengan Puan

100

Page 101: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Jasmin. Dan bagai melayan keletah anak kecil, Puan Jasmin membuat kinky promise

dengan Fariez.

101

Page 102: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

17

“Airin nak ikut abang Ri ni, bolehlah ye?” Airin masih lagi masih cuba untuk memujuk

Hariez agar membawanya ke kondominiumnya bersama.

Namun, wajah Hariez masih keras seperti tadi. Tanpa senyuman dan penuh

dengan keseriusan. Semenjak akhir-akhir ini, abang Harieznya amat tegas. Gurau senda

juga sudah semakin kurang didengari.

“Kan Abang cakap tak boleh tu tak bolehlah maknanya! Airin dah besarkan

takkan tak faham lagi apa yang abang cakapkan tadi?” Suara Hariez yang lantang di

ruang tamu benar-benar membuatkan Hafiqah semakin kecut perut.

Hancurlah harapan aku nak si Airin ni ikut sekali, detik hatinya.

“Yang perempuan seorang ni tak siap-siap lagi ni kenapa? Bukan aku nak bawa

pergi candlelit dinner pun nak siap cantik-cantik. Hafiqah!” Jeritan itu membuatkan

Hafiqah terkocoh-kocoh ke ruang tamu. Mujur dia hanya akan ke kondo lelaki itu, maka

dia sekadar bersiap ala kadar. Dengan kemeja T dan seluar sukan dihiaskan dengan

tudung segera di kepala.

Serabai macam ni pun ada orang nak dekat kau ya Fiqa, perli Hariez dalam

hatinya. Satu sengihan sumbing dihadiahkan kepada Hafiqah menunjukkan betapa

jeleknya diri melihat pemakaian gadis itu. Kemudian ditinggalkan dan terus menuju ke

Lancer.

Hafiqah buat-buat tidak mengerti. Dah kau kata tadi bukan nak ajak aku pergi

candlelit dinner pun. Buat apa nak cantik-cantik sangat kan?

Langkah dihayun mengekori Hariez ke kereta. Dan tiba saat yang paling

membuatkan dirinya kekok, bersama dengan lelaki itu di dalam ruangan yang sempit.

102

Page 103: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Walaupun penghawa dingin dipasang, tetapi nafas dirasakan tercungap-cungap. Peluh

dingin membasahi dahi walaupun kesejukan terasa sehingga ke tulang belakang. Dan

sungguh, senyuman lelaki itu benar-benar menyentap sanubarinya.

Hafiqah kaget. Hati mula terasa tidak selesa. Menggeletar seketika tubuhnya.

Serta-merta kenangan lalu singgah di fikiran.

Sesekali Hariez menjeling ke arah Hafiqah. “Kau ni kenapa? Sejuk sangat?”

Pantas tangan menurunkan suhu penghawa dingin kereta.

“Tak, saya okey.” Dia cuba menenangkan diri. Dihalau pergi kenangan lalu.

“Dah tu, aku tengok kau macam tak sihat je, kalau tak sihat aku patah balik. Nanti

aku bawa Mak Teh je untuk kemas esok.” Dalam hati Hariez mengharap agar Hafiqah

masih tetap ke kondonya.

“Eh, tak apa. Saya tak ada apa-apa.” Dan, dia berjaya mengawal diri walaupun

tadi dia sedikit cuak. Tidak mahu membebankan Mak Teh dengan tugas yang masih

boleh dilakukannya.

“Kau tidurlah dulu. Dah sampai nanti aku kejut. Setengah jam juga nak ke kondo

aku tu. Kalau jalan sesak lagi lambat.” Dia perlu bersabar. Biarkan dia berehat. Sebentar

lagi dia mesti penat.

You will have a very long journey ahead Hafiqah. Just because you met me.

Dan Hafiqah tertidur dalam jaganya…

103

Page 104: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

18

“KAU ingat aku nak bagi kau berbahagia dengan Fariez, dan biarkan kawan baik aku tu

ditipu kau hidup-hidup? Jangan kau berani nak bermimpi Hafiqah! Not even in your

dreams!” Hariez melemparkan senyuman sinis kepada Hafiqah.

“Sebelum kau berjaya musnahkan kebahagiaan kawan aku tu, aku akan pastikan

masa depan kau hancur sampai kau rasa hina untuk hidup di dunia ni. Apatah lagi

berangan-angan nak kahwin dengan orang yang macam kami ni. Perempuan murah!”

Herdikan demi herdikan yang diluahkan Hariez begitu mencengkam ke lubuk hati

Hafiqah. Betapa kerdilnya diri dirasakan.

Petang itu, Hariez mengatakan mahu membawanya ke kondo itu untuk

dikemaskan. Sebaik sahaja berada di dalam Lancer milik lelaki, dia tertidur dan memang

di sinilah destinasi mereka. Dirinya diminta untuk mengemas kondominium mewah yang

baru dibeli itu. Namun, kondominium itu sudah dikemas sepenuhnya. Dan motif lelaki

itu, hanya untuk mempermainkan dirinya.

“Untuk pengetahuan kau Hafiqah, aku dah buat laporan pada JAKIM yang ada

orang berkhalwat dalam rumah ni. Mungkin sekejap lagi ada penguatkuasa tiba.

Bersedialah kau untuk dimalukan Hafiqah.”

Sesungguhnya, seluruh jiwa Hafiqah sudah hilang. Ditelan ketawa Hariez yang

bergembira dengan kehancuran hidupnya. Hanya kerana dia dan Fariez, sebegini teruk

dan hina balasan yang diberikan.

Hafiqah bangkit dan berlari ke pintu. Dan dengan tangkas, tubuhnya ditarik

Hariez dan dihumban ke atas sofa.

104

Page 105: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Kau ingat aku nak biarkan usaha aku ni sia-sia? Jangan harap!”

Hafiqah sudah teresak-esak. “Encik Hariez nak buat apa? Kalau kena tangkap,

Encik sanggup nak berkahwin dengan saya? Tidak bukan? Jadi tolonglah lepaskan saya

dan jangan buat saya begini. Kenapa? Apa salah saya? Kalau Encik sangat bencikan saya

dan tak suka saya berkawan dengan Encik Fariez, saya boleh pergi. Saya tak akan muncul

lagi dalam hidup sesiapa yang Encik kenal. Tapi, tolong jangan aniaya saya begini

Encik,” Rayuan yang meniti dari bibir kecil itu disertai dengan tangisan. Mengerekot

tubuh Hafiqah apabila Hariez semakin menghampiri dirinya.

“Kau ingat aku akan yakin dengan kata-kata perempuan murah macam kau ni?

Akan datang kau akan muncul semula. Ataupun kau pergi tapi dalam diam kau main

cinta lagi dengan Fariez. Kau ingat aku ni bodoh?! Ya… Aku memang akan kahwin

dengan kau, tapi kau jangan ingat nak jadi mem besar dalam rumah aku! Walaupun kau

dah jadi isteri aku, kau akan tetap kekal sebagai orang gaji dalam rumah tu. Cuma kau,

takkan ada peluang untuk berkahwin dengan mana-mana lelaki lain terutama Fariez

selagi aku tak lepaskan kau. Faham?!”

Tudung gadis itu ditarik kasar. Suasana sepi, hanya tangisan Hafiqah yang

semakin kuat kedengaran. Hariez mendengus kasar. Benci melihat tangisan itu. Benci

melihat wajah gadis itu. Benci dengan segala-galanya tentang dia.

Ketukan di pintu mematikan setiap kata. Sinis senyuman yang terukir di bibir

Hariez. Dengan segera jemari meleraikan kemeja yang dipakai dan tudung Hafiqah

direntap ganas tanpa mempedulikan reaksi Hafiqah yang semakin ketakutan. Dicampak

ke sudut dan langkah segera diatur ke pintu, dan sebelum sempat Hafiqah mencapai

tudungnya, muncul beberapa lelaki sebaik pintu dibuka.

105

Page 106: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Ya Encik, ada apa-apa yang boleh saya bantu?” Manis bicara Hariez dengan

wajah tenangnya. Benci Hafiqah terhadapnya.

“Kami dapat laporan bahawa ada orang yang belum bernikah duduk berdua-duaan

dalam rumah ni. Boleh kami periksa? Boleh bagi kami kad pengenalan dan surat nikah

anda berdua kalau ada?” Lelaki yang berkopiah itu menyatakan.

Sedang Hafiqah sudah terkaku, kelu tanpa kata. Ini kali kedua maruahnya dihina.

Dan kata-kata seterusnya yang lahir dari mulut lelaki berkopiah itu membuatkan seluruh

nafasnya pergi.

“Anda berdua didapati telah duduk berdua-duaan di dalam rumah ini dalam

keadaan mencurigakan tanpa hubungan yang sah. Anda boleh disabitkan dengan

kesalahan berkhalwat.”

Cukup hanya itu! Aku tak mahu dengar lagi! Tolong hentikan!

Tangannya dilekapkan ke telinga. Tidak sanggup mendengar kata-kata seterusnya.

Hafiqah berdiri. Dia sudah tidak punya apa-apa lagi untuk dipegang. Sedang mereka

sibuk berbicara tentang masa depan yang tiada lagi untuknya, kakinya melangkah ke

balkoni.

Untuk apa dia hidup lagi sedangkan hidupnya sudah tiada makna lagi. Apalah

gunanya menjadi isteri Hariez jika kebahagiaan itu sudah dijamin tiada oleh Hariez? Itu

belum lagi dengan pandangan masyarakat tentangnya. Keluarga lelaki itu. Fariez. Dan

keluarganya…

Kaki sudah memanjat ke dinding balkoni. Dan sesaat, tubuhnya ditarik ke

belakang. Terbaring dalam dakapan yang entah milik siapa.

“Kau dah gila? Nak mati?!” Benci dia mendengar suara itu.

106

Page 107: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Lepaskan aku! Kenapa tak biarkan aku mati? Biar kau puas hati! Kan kau nak

jaminan supaya kau yakin aku tak musnahkan hidup kau dan kawan-kawan kaya kau?”

Hafiqah meronta minta dilepaskan. Tidak dipedulikan lagi berapa banyak mata yang

memandang. Maruahnya sudah lama ditelan angin lalu.

PANG!

“Kau ingat aku nak biarkan kau mati terjun dari balkoni rumah aku? Perempuan

tak sedar dek untung! Dahlah kau menyusahkan aku sekarang kau nak tunjuk baik?!”

Berjuraian air mata Hafiqah. Segera dia melarikan tubuhnya ke sudut. Sudah tidak

betah dengan mata-mata yang memandang. Tersedu-sedu tubuhya menahan tangis.

Hariez pula bagaikan tidak tercuit dengan peristiwa yang berlaku terus bangun dan

menuju ke arah pegawai yang ada.

Tidak lama selepas itu, Tuan Rizan tiba bersama Abang Hakimi. Fariez juga

muncul dari belakang mereka berdua. Terperanjat besar Hariez. Tidak menyangka Fariez

juga mendapat berita itu. Rupa-rupanya Fariez berada di Villa Kasih ketika berita itu

disampaikan.

“I cannot believe this Hariez. Macam mana Hariez boleh duduk dekat sini dengan

Fiqa?” Lembut tetapi begitu tegas diiringi dengan jelingan tajam ke Hafiqah.

“Kami memang suka sama suka ayah.”

DUSH!

Penumbuk yang amat kuat singgah di muka Hariez membuatkan dirinya jatuh

terduduk.

“Apa ni Fariez?!” Diraba pipinya. Sakit.

107

Page 108: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Kau ingat aku nak percaya?! Hafiqah tak mungkin sukakan kau, bangsat!”

Kemarahan yang tidak pernah ditunjukkan Fariez selama ini.

“Mana kau tau? Kau ada hubungan dengan dia juga?” Sinis.

“Damn you!” Dengan pantas Fariez ingin menuju ke Hariez, namun sempat

ditahan Abang Hakimi.

“Sabar Fariez, bergaduh tak akan selesaikan apa-apa. Baik kita ke balai polis. Kita

selesaikan perkara ni dengan baik. Uncle tak mahu kau orang ni bergaduh. Kau orang dah

kenal lama. Tak kan sebab perempuan yang entah siapa-siapa tu kau orang nak

berbunuhan pula?”

Fariez terdiam. Lantas teringatkan Hafiqah. Saat dia berpaling ke posisi gadis itu,

Hafiqah sudah pun terkulai di lantai. Tubuh lemah itu diterpa dan dirapatkan ke

tubuhnya.

“Kalau apa-apa jadi pada dia, aku putuskan hubungan dengan kau Hariez!”

Dicempung tubuh itu dan diusung keluar. Kesihatan Hafiqah lebih penting daripada

segala-galanya.

“And you, young man! I want full explanation and your responsibility on this!”

Hariez sekadar menundukkan wajah tanda kesal sedang hatinya, bersorak

keriangan kerana kejayaan yang hina itu.

Be prepared for the worst to come Hafiqah! Hahaha…

Hariez gelak jahat dari dalam hatinya. Maafkan Hariez, Umi, Papa…

108

Page 109: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

19

“Hariez memang sukakan dia. Dah dia pun sukakan Hariez. Hariez tak sangka pulak yang

Fariez pun kawan dengan dia.” Dikerling sahabat baik yang masih kekal berdiam diri.

“Don’t tell me you don’t know she’s being friend with both of you? What is she? A

princess?” Hariez sekadar menjungkitkan bahu. Tuan Rizan sudah menyinga. Hafiqah

sudah disuruh mendiamkan diri di dalam bilik belakang.

“Umi tak sangka Hariez sanggup buat macam ni pada kami. Kenapa pilih

perempuan macam tu untuk jadi pilihan Hariez? Umi dan papa dah pilihkan anak Dato’

Zahir. Kan malu umi dan papa pada mereka.” Sayup tapi suara itu sedikit sebanyak

mengganggu emosi Hariez. Puan Hazrina sudah teresak-esak di bahu Kak Azrin.

Bukan Hariez tidak kasihankan uminya, tetapi hatinya nekad untuk

memperjudikan maruah Hafiqah demi dendamnya.

“Macam ni lah papa, Hariez akan bertanggungjawab untuk kes ni. Hariez sedia

untuk berkahwin dengan Hafiqah demi maruah keluarga kita.”

Tersentak Fariez mendengarkan kata-kata Hariez itu. Berkahwin?

“No no no! Papa tak setuju. Hariez ni dah memang betul-betul gila agaknya!

Dahlah sukakan perempuan yang kita tak tahu asal usul. Dah tu berani-berani pulak dia

untuk kawan dengan kamu berdua. Sekaligus pulak tu. No! Papa tak mahu terima dia

sebagai menantu papa.”

“Habis tu papa sanggup biar kes Hariez turun naik mahkamah? Keluar dekat surat

khabar biar satu Malaysia tahu?” Gertak Hariez. Selebihnya, dia sudah nekad, dia tetap

akan memperisterikan Hafiqah.

109

Page 110: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Macam manalah Hariez sanggup sukakan perempuan macam tu. Hariez tak sedar

ke yang Hariez dan Fariez ni dah kena perangkap dia?” Kak Azrin yang sedari tadi

menenangkan uminya menyampuk.

“Kak, macam mana dia perangkap Hariez pun, Hariez tetap akan kahwin dengan

dia. Hariez tak nak kes ni jadi meleret-leret kemudian hari. Mungkin ini lebih elok

daripada dia terus-terusan perangkap kawan-kawan Hariez. Mana tahu, lepas kahwin

nanti Hariez boleh ubah dia jadi perempuan yang ada maruah diri?” Mujur Airin sudah

disuruh papa dan umi awal-awal supaya menguncikan diri di dalam bilik dan tidak

mencampuri urusan orang tua. Jika tidak, pasti rancangannya tidak berjaya.

“Hariez bukan kenal mak dan ayah dia pun. Macam mana Hariez nak kahwin

dengan dia?” Puan Hazrina sudah mula kelihatan tenang.

“Hariez akan pergi jumpa mak ayah Hafiqah. Mungkin lebih baik Hariez

percepatkan semua ni sebelum dia melarat jadi lebih teruk lagi.”

“What do you think Fariez? You are so damn quiet about this. Don’t you have

anything to say?” Baginya Fariez juga berhak untuk mengatakan sesuatu. Lelaki itu

hanya mendiamkan diri sedari tadi.

“Saya nak jumpa dengan Hafiqah dulu Uncle. Masih ada urusan yang tak selesai

antara kami berdua.” Dia masih lagi tidak mempercayai setiap patah bicara Hariez.

Baginya, Hafiqah yang dikenali sehingga kini tidak mungkin akan menyukai Hariez.

“Aku rasa tu tak perlu. Kenapa? Apa hubungan kau dengan dia?” Hariez perlu

mendapatkan pengesahan tentang perasaan sebenar lelaki itu. Masih tega

menyembunyikan setiap perasaannya.

110

Page 111: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Aku juga rasa aku tak perlu jelaskan apa-apa pada kau. Urusan aku hanya

dengan Hafiqah.” Kali ini Fariez perlu tegas. Hati dan perasaannya perlu diberikan

jawapan yang paling jelas.

“Setiap urusan Hafiqah dah jadi urusan aku sebab aku akan berkahwin dengan

dia. Aku cintakan dia dan lebih baik kau lupakan apa-apa sebab aku tahu dia tak pernah

sukakan kau. Selama ini pun dia tak pernah sebut tentang kau, jadi tak mungkin dia ada

perasaan pada kau.”

Tuan Rizan yang sedari tadi membiarkan dua sahabat itu bertelagah kini semakin

marah dengan gadis itu. Ternyata gadis itu terlalu licik sehingga berjaya membuat

hubungan dua teman yang selama ini terlalu akrab menjadi renggang deminya.

“Dia belum jadi isteri Hariez lagi. Jadi papa rasa Fariez masih ada peluang untuk

berjumpa dengan Hafiqah buat kali terakhir sebelum dia jadi isteri Hariez. So, Fariez,

uncle nak kamu selesaikan apa yang patut dengan Hafiqah dan tolong, selepas ini lupakan

apa saja tentang dia. Kita selesaikan semuanya malam ini. Dan Hariez, I think you are

making a very big mistake for wishing to marry her. Papa akan ikut kehendak Hariez ni

tapi papa tak mahu Hariez menyesal kemudian hari dengan perkahwinan ni. Papa beri

masa sehingga hari Ahad ini untuk Hariez selesaikan majlis perkahwinan Hariez. Ada 3

hari lagi dari sekarang, jadi, papa serahkan segalanya pada Hariez. Papa tak mahu ada

lagi kisah ni selepas hari Ahad nanti.” Selesai berkata-kata, Tuan Rizan terus beredar

meninggalkan ruang tamu banglo itu yang kini bagaikan dilanggar garuda.

Pintu bilik kecil itu ditolak perlahan. Sungguh dia merasa tidak selesa dengan keadaan

ini. Kekecewaan dan kesabaran yang silih berganti masih menakluki hati.

Kosong! Mana pula dia ni?

111

Page 112: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Hafiqah…” Sepi.

Diteliti ke setiap sudut bilik. Terlihat sekujur tubuh cuba menyembunyikan diri di

antara celah kecil di sebelah almari baju bilik itu. Didekatinya perlahan.

Tolonglah pergi Fariez. Saya malu berdepan dengan awak. Hafiqah cuba

menahan tangis. Semenjak pulang dari balai polis tadi dia menangis. Namun, dia tidak

mahu lelaki yang sedikit demi sedikit menakluki hatinya melihat dia menangis.

“Hafiqah.” Sukar untuk dia meluahkan rasa. Bagai dijerut.

Fariez duduk berteleku di hadapan Hafiqah. Melihat wajah suram gadis yang

terlalu misteri itu. Apa sebenarnya yang terjadi padamu sayang?

“Awak nak sayangkan saya?” Diam. Tiada reaksi. Masih diam membisu menahan

tangis seperti tadi.

“Kenapa awak tak pernah cakap yang awak sukakan Hariez?” Kelihatan air mata

semakin banyak bertakung di tubir mata.

“Kenapa awak sampai hati buat kami berdua macam ni? Kan awak tahu saya

kawan baik Hariez. Semua yang awak beritahu saya selama ni bohong ke?” Esakan gadis

itu sudah semakin kedengaran. Tersedu-sedu dia menahan tangis. Namun masih membisu

dan wajah masih memandang ke lantai.

“Patutlah setiap kali saya minta jawapan dari awak, awak masih berteka-teki saja.

Rupa-rupanya…”

“Saya tak tipu! Saya diperangkap! Semua yang Encik Hariez cakap tu tipu! Dia

bencikan saya. Dia tak pernah sukakan saya!” Air mata mengalir semakin deras. Esakan

semakin kuat. Namun, untuk memandang ke wajah lelaki itu, dia masih tidak mampu.

112

Page 113: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Untuk apa dia perangkap awak kalau dia boleh dapat yang lebih baik dari awak?

Semua ni tak logik! Tak masuk dek akal! Awak cakap yang awak ke kondo tu untuk

mengemas. Tapi kondo tu dah terlalu kemas. Nak kemaskan apa lagi!” Suaranya sudah

mula meninggi. Fariez tidak menyedari setiap kata-katanya itu benar-benar menjerut hati

Kristal Hafiqah. Dia tidak mempercayaiku.

“Itu cuma alasan kamu berdua kan? Alasan untuk berdua-duaan jauh dari orang

lain kan?” Nada suara sudah mulai longgar. Hatinya sungguh sakit.

“Hafiqah… Awak sukakan saya atau dia?” Hafiqah tidak terkata apa.

“Saya nak kahwin dengan awak. Jadi awak pilih, sama ada awak nak kahwin

dengan saya atau Hariez. Saya tak akan paksa awak. Jadi, awak buatlah pilihan sekarang.

Beritahu saya.”

“Saya tak pernah sukakan dia. Dan dia juga tak pernah sukakan saya. Saya juga

tak berharap untuk jatuh cinta pada awak Fariez. Saya tak mahu hidup yang macam ni.

Tolonglah bebaskan saya daripada semua ini.” Dia merayu dengan suara yang amat

perlahan. Bukan kerana mahu mendapat simpati lelaki ini, tetapi di luar, Hariez kelihatan

merenung tajam kepadanya.

“Saya sanggup dipermainkan awak. Sanggup terima semua keburukan awak.

Dengan harapan awak boleh beri saya satu jawapan yang pasti. Terima saya.”

Hafiqah memang mahu menjawab ya, tapi melihat Hariez yang masih memerhati

Hafiqah jadi kelu. Teringat janjinya dengan Hariez di kondo tadi.

“Saya tak sanggup nak lukakan awak Fariez. Dengan satu masa depan yang saya

tak pasti. Saya tak mahu awak tertanggung dengan semua dosa silam saya. Dengan

113

Page 114: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

semua beban yang ada. Saya minta maaf.” Bukan itu yang dia mahu. Bukan itu yang

ingin diluahkan. Fariez, fahamilah aku. Maafkan aku.

“Saya tak mampu terima awak walaupun saya mahu. Saya minta maaf sangat-

sangat sebab kecewakan awak. Awak berhak dapat yang lebih baik. Lebih baik daripada

saya. Seseorang yang sesuai dengan awak. Perempuan yang baik pasangannnya adalah

lelaki yang baik. Dan saya bukan perempuan itu. Saya minta maaf.” Hanya kemaafan

yang mampu dipinta dari lelaki itu. Lelaki yang sudah mula mendapat tempat di hatinya.

Tetapi, mungkin itu yang sudah tertulis. Fariez bukan untuk dirinya.

“Buat kali terakhir, dan tolonglah beritahu saya sejujurnya, awak sukakan saya?”

Tolonglah, hanya sekali ini.

Perlahan dia melihat Hafiqah menggangguk. “Awak sukakan Hariez dan awak

mahu berkahwin dengannya?”

“Tak, saya tak sukakan dia dan saya tak mahu berkahwin dengan dia. Tetapi

keadaan tak menyebelahi saya. Tolong fahami saya.” Dikesat air mata dengan hujung

jari. Dia terlalu penat menangis. Terlalu letih. Mengharap pengertian terakhir dari lelaki

bernama Fariezul Fikri.

Biarlah, hanya untuk sekali ini. Dan ini mungkin kali terakhir dia menikmati

kebahagiaan. Saat punya teman dan seseorang untuk disukai.

“Terima kasih. Saya tak akan lupakan perasaan awak ini. Mungkin, andai suatu

masa awak bukan milik dia lagi, saya akan tetap menunggu untuk awak kembali ke sisi

saya. Saya minta maaf kerana selepas ini, kita mungkin tak akan bertemu lagi.” Fariez

bangkit.

114

Page 115: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Saat itu, mata Fariez dan Hafiqah bertembung. Sungguh aku cintakan kau

Hafiqah. Terlalu dalam kulihat kekecewaanmu. Tapi, aku tak mampu. Aku terpaksa

melepaskanmu kepada Hariez.

Terima kasih Fariez kerana pernah memberiku bahagia. Maafkan aku kerana

tidak bisa memberimu kebahagiaan yang kau harapan. Dan sesungguhnya, aku terpaksa.

115

Page 116: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

20

SIAPA sangka rumah mewah itu sedang mengadakan satu majlis perkahwinan, sedang

suasananya bagai meratapi suatu kematian. Semuanya sedang berkumpul di ruang tamu,

sama-sama menyaksikan pernikahan yang berlangsung antara Hariezul Zikri bin Rizan

dan Nurul Hafiqah Binti Haji Amir.

“Aku nikahkan dikau, Hariezul Zikri bin Rizan dengan Nurul Hafiqah Binti Haji

Amir dengan mas kahwinnya RM30 tunai.”

“Aku terima nikah Nurul Hafiqah binti Haji Amir dengan mas kahwinnya RM30

tunai.”

Maka, dengan ini, terikatlah Hafiqah dengan ikatan perkahwinan antara dia dan

Hariez. Meraung pun sudah tiada gunanya lagi.

Memang benar, siapa tidak punya impian untuk mengecapi sebuah perkahwinan,

namun ini bukanlah yang dia harapkan. Malah, ini juga bukan mimpinya. Berkahwin

dengan Hariez dan menjadi isterinya.

Hafiqah melihat ke wajah mereka yang berada di ruang tamu saat ini. Akhirnya

jatuh ke wajah abahnya, Haji Amir. Semenjak dari tiba tadi Haji Amir langsung tidak

memandang ke arahnya. Hina sungguh diri dirasakan.

Hafiqah tunduk. Terasa seperti ingin menitiskan air mata. Ternampak baju kurung

yang dipakainya. Hariez belikan 2 hari lepas untuknya.

“Baju ni kau pakai untuk majlis kita nanti. Aku tak mahu orang tengok kau

dengan rupa yang selekeh tu masa kau jadi isteri aku.” Itulah kata-katanya saat

menyerahkan baju itu kepadanya. Cantik, tidak sehodoh hati busuk Hariez.

116

Page 117: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Tanpa disedari, Hariez sudahpun berada di hadapannya untuk menyarungkan

cincin. Saat wajahnya diangkat, mata mereka saling bertemu. Lantas Hariez memberi

isyarat untuk Hafiqah mengangkat tangannya.

Cincin belah rotan disarungkan ke jari. Begitu ringkas bentuknya, sama ringkas

seperti majlisnya. Tiada keistimewaan. Mungkin cincin itu dibeli sekadar untuk

melengkapkan syarat. Tanpa hantaran dan sekadar majlis doa selamat yang dihadiri oleh

ahli keluarga Hariez dan Hafiqah sahaja.

Tangan Hariez disalami dan dicium. Terbit satu rasa yang tidak dikenali di dalam

hati Hariez saat mereka bersentuhan. Bukan kemarahan dan kebencian seperti yang biasa

dirasakannya. Dan tanpa disangka, bibirnya menyentuh dahi Hafiqah. Terpempan

Hafiqah seketika. Merah padam mukanya.

Ah, ini semua lakonan dia! Hatinya berbisik.

Apa yang aku buat ni? Ah, tak kisahlah. Bukan haram pun. Dah sah jadi milik

aku. Sengihan Hariez lemparkan kepada Hafiqah.

“Mari salam abah.” Pergelangan tangan Hafiqah disambar lembut. Hafiqah

sekadar menuruti lelaki itu. Untuk berhadapan dengan Haji Amir sendiri, dia jadi takut.

“Abah, Hariez ucapkan terima kasih sebab sudi hadiri majlis kami.” Tangan bapa

mertuanya dikucup lembut.

“Abah minta maaf sebab tak ajar dia dengan baik. Lepas ni, kamu jagalah dia.

Bentuklah dia jadi isteri yang solehah. Jadi isteri yang boleh bawa kamu ke syurga.

Semua dosa dia di bawah tanggungan kamu. Abah dah lepaskan tanggungjawab ini

kepada kamu. Pandai-pandailah kamu bina rumah tangga kamu sendiri. Sampai setakat

ini sahaja tanggungjawab abah kepada dia. Terima kasih sebab kamu sudi ambil dia

117

Page 118: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

sebagai isteri.” Bahu menantunya dipegang. Syahdu hatinya demi melihatkan wajah

Hafiqah. Kesedihan jelas terpancar di wajahnya.

Mulanya dia masih berperang dengan emosi sama ada untuk pergi ataupun tidak

ke majlis ini. Namun, kerana lelaki muda ini, dia lupakan seketika. Hariez lelaki yang

baik, dan oleh itu, dia yakin Hariez pasti akan menjaga anak yang telah dilepaskan itu

sebaik-baiknya.

Dia beralih memandang Hafiqah. Mungkin ini kali terakhirnya melihat wajah

anak itu. Ada sendu yang bertamu di mata itu. Kolam matanya sudah tidak mampu

menakung air mata lagi, dan tatkala salam yang dihulurkan bersambut, kedengaran

esakan halus darinya.

“Abah, Fiqa minta ampun.” Sukar sekali untuk melafazkan kata-kata.

“Hafiqah, kamu dah besar. Dah tahu bezakan yang mana baik, mana buruk. Cuma

kerana ini jalan yang kamu pilih, buat abah rasa abah dah gagal dalam membesarkan

kamu. Kamu anak yang paling baik selama ini, dan abah tak sangka kamu sanggup buat

kami sekeluarga jadi begini.” Terhenti seketika bicaranya.

Tubuh Hafiqah sudah terhenjut-henjut menangis. Namun, dalam keadaan

menahan tangis, dia terlalu sukar untuk meluahkan apa yang terbuku di hati.

“Abah dah maafkan semua dosa-dosa kamu. Abah dan mak dah halalkan segala

makan dan minum kamu. Selepas ini, kamu di bawah tanggungjawab suami kamu

sepenuhnya. Belajarlah untuk berubah dan jadi isteri yang baik. Jangan malukan suami

kamu lagi. Selepas ini, abah dah tak akan masuk campur dalam hidup kamu berdua. Abah

dah serahkan tanggungjawab abah kepada Hariez. Abah…” Dia seakan tidak sanggup

118

Page 119: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

untuk melafazkan kalimah itu. Terlalu sayang kepada anak ini. Tetapi hatinya harus

tegas.

“Mulai saat ini, abah lepaskan kamu daripada tanggungan abah. Kamu, abah

relakan pergi untuk bentuk hidup kamu sendiri. Kamu bukan lagi anak aku dan aku sudah

tidak ada lagi anak bernama Nurul Hafiqah. Dan jangan kamu sesekali pulang ke

pangkuan kami sebab aku tidak akan menerima kamu kembali.” Tangannya ditarik dan

dengan segera dia mahu meninggalkan rumah mewah itu.

Hafiqah tersentak. Bagai luluh hatinya. Bersepai bagai Kristal.

“Abah! Jangan buat Fiqa macam ni abah! Jangan tinggalkan Fiqa!” Segera dia

mengejar Haji Amir. Orang lain yang berada di rumah itu sekadar menonton drama yang

watak utamanya dilakonkan oleh Hafiqah dan Hariez.

Hariez juga bagai terpaku dengan ucapan Haji Amir dan turut sama mengejar

Hafiqah.

“Abah, maaafkan Fiqa! Maafkan Fiqa! Tolong jangan buang Fiqa macam ni. Fiqa

nak jadi anak abah!” Lengan Haji Amir digapainya dan cuba ditahan sekuat mungkin.

Namun, hati Haji Amir terlalu keras. Lengannya disentap semula dan terkocoh-kocoh dia

melulu keluar.

Hafiqah yang berjaya mengejarnya sudah tidak mampu bertahan. Kaki Haji Amir

dipeluk sekuat hati. Cuba menghalang Haji Amir dari terus meninggalkannya.

“Fiqa sayang abah! Fiqa tak mahukan keluarga ni. Fiqa nak keluarga kita. Fiqa

sayang mak dan abah! Fiqa anak abah!” Haji Amir turut menangis. Tidak dipedulikan

mata-mata yang memandang. Niatnya untuk hadir ke sini pun hanya kerana untuk

119

Page 120: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

mewalikan Hafiqah. Bukan dihadap sangat pun makanan yang disediakan. Selepas ini

pun mereka tidak akan bertemu lagi. Biarkanlah ini terjadi untuk sekali ini sahaja.

“Aku dah tak ada hubungan dengan kamu! Lepaskan aku. Kamu bukan anak aku

lagi!” Sekuat mana Hafiqah memeluk kakinya, sekuat itu juga dia cuba melepaskan diri.

“Tak! Tak! Ini abah Fiqa. Fiqa cuma ada abah dan mak saja yang sayangkan Fiqa.

Fiqa tak ada orang lain lagi. Fiqa tak sayangkan Hariez. Fiqa sayangkan mak dan abah

saja. Terimalah Fiqa semula! Maafkanlah Fiqa!”

Namun, tangisan kuat dan rayuan itu seolah-olah tidak berbekas di hatinya.

Hafiqah dibiarkan terjelepok di atas lantai. Haji Amir mahu beredar dari situ secepat

mungkin. Dia sudah tidak sanggup melihat wajah itu lagi. Dia terlalu malu dengan

keluarga Tuan Rizan. Malu dengan Hariez. Dan selebihnya, dia malu dengan sikap

Hafiqah.

Haji Amir meneruskan langkah, membawa pergi hati tua yang kecewa dan

terluka. Membawa bersama maruah keluarga yang telah habis punah dek perangai

Hafiqah, anak yang selama ini ditatang bagai minyak yang penuh. Meninggalkan Hafiqah

dengan raungannya yang semakin lama semakin sayup-sayup dan tidak kedengaran lagi.

Semoga kamu berbahagia dengan jalan baru ini anakku. Abah maafkan kamu…

Sampai hati abah buat Fiqa macam ni… Sampai hati abah…

120

Page 121: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

21

LELAKI muda di hadapannya kelihatan begitu segak dan berpelajaran. Tampak seperti

anak orang berada. Namun, berita yang disampaikan dan permintaannya itu amat tidak

boleh diterima akal fikiran.

Aimi Nadia yang mendengar perbualan antara lelaki itu dengan ayahnya agak

terpempan saat melihat ketampanan lelaki itu. Air yang dibuat dituang ke dalam cawan

dengan penuh sopan dan santun persis wanita melayu terakhir lagaknya. Selebihnya, dia

mahu berada di situ lebih lama untuk mendengar sendiri kisah yang sedang dibincangkan.

Tak adalah miskin sangat pun si Hafiqah ni. Kenapalah dia sanggup jadi orang

gaji ya?

Melihat kepada reka bentuk rumah yang didiami dan suasana kejiranan rumah

tersebut, Hariez mengagak keluarga Hafiqah tidaklah sesusah mana. Masih seperti orang

kebanyakan yang lain dengan cara hidup yang serba sederhana.

“Kalau kau dengan Hafiqah dah suka sama suka, kenapa nak minta restu aku

pulak? Dah tu, kenapa dia sendiri tak datang jumpa aku? Entah-entah kau orang ni dah

kahwin pun dekat Golok.” Haji Amir sesungguhnya tidak memahami apa maksud

sebenar lelaki yang mengakui dirinya sebagai bakal suami Hafiqah. Datangnya tidak

diundang dan secara mengejut mahu meminta dirinya sebagai bapa untuk mewalikan

Hafiqah yang bakal dikahwini.

“Saya datang sebagai wakil Hafiqah. Kami sebenarnya dalam proses untuk

berkahwin serta-merta kerana kes khalwat. Saya benar-benar tak bermaksud untuk

menconteng arang di muka pakcik dan makcik sekeluarga.” Kenyataan ini membuatkan

121

Page 122: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

jantung Haji Amir bagaikan hampir luruh. Halimah yang sama mendengar sudah

mengurut-urut dada tuanya.

“Fiqa, kenapa kau buat macam ni nak! Sanggup kau malukan mak dan abah ni..

Apa dosa mak dan abah dalam membesarkan kau..” Halimah merintih, seolah-olah

rintihan itu didengari Hafiqah.

“Anak tak guna tu memang tak habis-habis nak memalukan aku!” Terus

dicekaknya kolar baju Hariez. “Apa yang kau orang dah buat hah sampai kena tangkap

khalwat?!”

Kini kemarahan terhadap anak itu sudah tidak boleh tertahan lagi. Satu demi satu

perkara dilakukan Hafiqah yang membuatkan jiwa tuanya semakin lama semakin lemah.

Mengenangkan Hafiqah, Haji Amir mula rebah.

“Saya minta dia kemaskan kondo saya memandangkan dia bekerja di rumah

orang tua saya. Saya tak sangka pula malam tu ada pegawai Jakim buat rondaan. Saya

betul-betul menyesal pakcik. Tapi saya memang akui yang saya sukakan Hafiqah. Oleh

sebab itu, saya sanggup peristerikan dia. Dan saya harap pakcik boleh mewalikan dia.”

Melihat Haji Amir perlahan-lahan mulai rebah, Hariez menangkap tubuh lelaki itu

dan menyuruhnya duduk. Disambut tangan lelaki itu dan disalaminya. Wah, bersopan

sungguh aku jadi menantu. Tak apa, berlakon memang kena tunjuk baik macam ni.

“Manalah aku nak letak muka aku ni. Jiran-jiran dah mula tanya kenapa si

Hafiqah tu tak balik-balik. Sekarang ni tiba-tiba jantan mana yang dia jumpa datang nak

kahwin dengan dia. Dianya entah dekat mana. Lain kali datang dah bawa anak pula. Baik

dibunuhnya saja aku ni gamaknya.” Setitis air mata mengalir dari matanya. Halimah pula

sudah tersedu-sedu menangis. Sedang Aimi, yang mulai mengerti dengan apa yang

122

Page 123: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

berlaku terasa seolah-olah takdir menyebelahinya. Lelaki itu yang masih tidak dikenali

secara tidak langsung bagai menambah minyak ke dalam api. Kegembiraan yang tidak

terpancar menyelubungi hatinya.

“Apa yang dibuatnya di rumah kamu? Kenapa dia berani-berani sangat nak ke

rumah kamu tu seorang diri?” Haji Amir sebenarnya masih tidak berpuas hati. Kenapalah

anaknya yang seorang itu buat sesuatu tak memikirkan tentang mereka.

“Dia nak tolong kemaskan rumah saya. Saya nak suruh makcik yang seorang lagi.

Tapi dia sanggup nak tolong, jadi saya pun tak keberatan. Mungkin salah saya juga sebab

tak fikirkan semua ni sebelum terjadi. Sekali lagi saya minta maaf pada pakcik dan

makcik sebab terpaksa harungi masalah ni sekali.” Selebihnya, dia hanya mahu ibu bapa

Hafiqah memikirkan yang Hafiqah memang sengaja menawarkan diri untuk ke

rumahnya.

“Sekarang awak dah nampak Halimah apa yang anak kesayangan awak tu dah

buat?” Dipandang ke wajah sayu isterinya. Masih lagi teresak-esak.

“Bila majlisnya? Kau orang cuma sekadar nak aku mewalikan dia saja kan? Baik,

aku akan pergi.”

Tersentap juga Halimah mendengar keputusan suaminya. Biar benar orang tua

ni? Bukan tadi marah sangat ke dengan anak tu?

Aimi juga turut terperanjat dengan kenyataan abahnya. Kalau dah marah sangat

kenapa diikutkan lagi kehendak mereka?

“Pakcik minta maaf sebab anak pakcik tu dah malukan keluarga kamu. Untuk itu,

kali ini, pakcik akan tanggung kesalahan dia untuk kali yang terakhir sebelum pakcik

lepaskan dia kepada kamu. Pakcik harap, lepas ni kamu bentuklah dia seelok-eloknya

123

Page 124: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

supaya dia jadi isteri yang solehah. Pakcik minta maaf sebab beri kamu anak yang tak

elok ini.”

Ya, ini salahku. Aku yang gagal membentuk dirinya menjadi muslimah yang

beriman. Yang menurut perintah agama. Aku gagal dalam menjadikan dia insan yang

memuliakan keluarga. Oleh itu, biarlah, ini menjadi kali yang terakhirnya untuk aku dan

seluruh keluargaku menanggung dosa yang dilakukan. Aku gagal menjadi bapa yang

terbaik untuk anakku. Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku dan seluruh ahli keluargaku.

Hariez turut bersimpati dengan nasib yang menimpa keluarga bakal bapa

mertuanya. Saya juga minta maaf dengan pakcik sekeluarga kerana terpaksa terlibat

dalam kancah dendam saya ini. Tetapi, ini sebenarnya bukan salah saya. Semua ini

sebenarnya berpunca darimu, Hafiqah!

124

Page 125: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

22

BAJU perkahwinan telah pun berganti dengan dengan seluar sukan lusuh semula. Dilipat

seelok mungkin agar tiada cela, mana tahu lelaki itu minta dipulangkan semula. Iyalah,

umpama seorang pelakon, Hafiqah bagai sedang memainkan watak di dalam drama yang

diterbitkan oleh Hariez sendiri.

Pintu bilik dibuka dari luar. Dari derap tapak kaki, Hafiqah sudah boleh meneka

empunyanya. Dia tidak mahu menoleh, dan membiarkan sahaja.

Hariez melangkah menuju ke arah Hafiqah. Wanita itu seolah-olah tidak

menyedari kehadirannya di dalam bilik itu. Lantas dia duduk di sofa di belakang Hafiqah.

“Seronok dapat kahwin dengan aku?” Lagak umpama memerli, namun Hafiqah

yang masih membelakangkannya diam tidak berkutik. Dipandang sepi baju perkahwinan

yang diberikan Hariez. Pandai juga dia pilih baju untuk aku ni. Dah lah sama saiz.

Terima kasih.

Eh, diam pulak dia ni!

Namun, Hariez masih cuba bersabar. Dipandang daripada belakang susuk tubuh

Hafiqah. Tidak bertudung, tetapi masih berpakaian lusuh, kemeja T dan seluar sukan

kegemarannya.

Baru Hariez sedari yang rambut Hafiqah sudah lebih panjang dari saat mula-mula

dia melihat gadis itu tidak bertudung berbulan dahulu. Dari rambut, turun ke tengkuknya.

Putih melepak. Bergetar rasa di jiwa Hariez. Cepat-cepat dialihkan pandangan. Dia tidak

mahu terjadi apa-apa lagi pada malam ini. Masih terlalu awal untuk dia menyentuh

Hafiqah.

125

Page 126: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Mulai hari ini, kau dah berkahwin dengan aku. Kau kena ingat yang kau tu isteri

aku. Ingat, ISTERI aku. Kau bukan kahwin dengan Fariez atau orang lain. Jadi, aku nak

kau sedar diri kau tu sedikit. Depan orang kau kena panggil aku abang. Tapi dalam bilik

ini, panggil aku Encik Hariez. Faham?”

Tadi baru kata aku ni isteri dia.Lepas tu suruh aku panggil dia Encik Hariez

pulak. Apa yang dia ni nak sebenarnya?

Namun masih tidak berani untuk menjawab.

“Aku bercakap dengan kau ni Hafiqah! Kau dengar tak?” Terus dicengkam dagu

Hafiqah. Geram pula dia.

Hafiqah yang ketakutan tidak berani bertentang mata dengan Hariez. Peluang itu

diambil sepenuhnya untuk dia melihat sepuas-puasnya wajah Hafiqah. Wajah itu pucat,

dan penuh ketakutan. Hariez tersenyum. Semakin dia mahu menyakiti hati Hafiqah.

“Oleh kerana kau nak sangat jadi mem besar dalam rumah aku ni, aku tak izinkan

kau buat satu kerja pun. Hatta mencuci pinggan ataupun buat air sekalipun. Aku pun tak

mahu kau sediakan aku minuman sebab aku tak ingin apa-apa yang kau sediakan. Kalau

kau degil dan aku tengok kau buat walaupun sedikit kerja, siaplah kau! Faham?” Hafiqah

mengangguk perlahan. Cengkaman lelaki itu terlalu kuat dan menyakitkan.

Serentak itu dia menolak wajah Hafiqah kuat. Terkebelakang tubuh Hafiqah.

Hafiqah langsung tidak mengerti apa yang dimahukan lelaki itu. Namun untuk

membantah tidak sesekali. Lelaki itu suaminya. Dan dia berhak penuh ke atas dirinya.

Hafiqah takut untuk memikirkan segala kemungkinan yang ada.

“Lagi satu, aku nak kau tolong jaga penampilan kau tu. Aku tak mahu tengok kau

pakai macam yang kau pakai sekarang ni bila bersama dengan aku. Baju kau semua aku

126

Page 127: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

dah letak dalam almari tu.” Jari telunjuk menghala ke arah belakang pintu bilik. Sebuah

almari plastik kecil kelihatan di situ.

“Aku nak kau campak semua baju-baju buruk kau dalam plastik hitam ni. Aku

nak buang semua baju-baju kau tu. Sila pindahkan sendiri barang-barang kau dalam bilik

dapur ke dalam bilik aku. Aku tak mahu apa yang terjadi dalam bilik aku ni orang lain

tahu.” Segulung plastik sampah hitam dilemparkan ke arah Hafiqah.

“Dan lagi satu, tolong jangan naik atau jejakkan kaki kau ke atas katil aku ni

tanpa kebenaran aku. Begitu juga untuk semua barang aku yang lain termasuklah yang

ada dalam bilik air tu. Semua tu hak aku, dan kau jangan sentuh kecuali bila aku bagi

arahan, faham?”

“Tapi, kenapa encik buat macam ni?”

“Aku nak orang tahu yang aku kahwin dengan kau sebab aku memang sayangkan

kau. Tapi, hakikatnya, kau tu cuma orang gaji aku dalam bilik ini. Aku yang akan bayar

gaji bulanan kau.” Dengan selamba, Hariez menanggalkan bajunya dan memakai tuala.

Dia mahu mandi. Hari ini, dia letih mendengar ceramah daripada papanya tentang Fariez.

Mengingati sahabatnya itu, Hariez jadi tidak keruan. Rasa bersalah menghantui

diri, tetapi apakan daya, dia tidak mahu berundur lagi. Lajak perahu boleh diundur, tetapi

terlajak kata buruk padahnya.

Bukan mudah untuknya melepaskan sabahat itu pergi. Dan keputusan yang amat

drastik dari Fariez itu benar-benar mencabar hatinya. Fariez sanggup memutuskan

hubungan mereka demi Hafiqah. Wanita yang hanya dikenali beberapa bulan yang lalu.

Sedangkan dia sanggup untuk memusnahkan masa depan dan maruah keluarganya, demi

menyelamatkan sahabatnya dari perempuan itu.

127

Page 128: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Sudahlah semasa kes khalwatnya tempoh hari, sebiji tumbukan daripada Fariez

singgah ke mukanya. Kali ini, dia dikejutkan lagi dengan berita penghijrahan Fariez ke

Amsterdam bersama ibunya, Puan Jasmin. Ayahnya, Tuan Badri yang bekerja dengan

kedutaan di sana telah mencarikan kerja untuk Fariez.

Namun bukan itu yang dimarahkan. Semuanya kerana Hafiqah. Pengaruh wanita

itu terlalu kuat dalam hidup mereka. Papa baru sahaja memberikan peringatan untuknya

keluar dari Villa Kasih dalam tempoh 2 bulan. Tetapi, tempoh 2 bulan itu terlalu singkat

untuk dia melaksanakan rencananya.

Airin pula sepanjang hari tidak keluar daripada bilik. Mengurungkan diri demi

tidak bertemu dengan dirinya dan Hafiqah. Marah sungguh adik kecilnya itu sehingga

enggan bersua muka dengan mereka, lebih-lebih lagi dirinya. Manakan tidak, bagi

menjauhkan Airin dengan Hafiqah, dan merenggangkan kemesraan mereka, Tuan Rizan

dan Puan Hazrina sepakat untuk menghantar Airin ke sekolah berasrama. Sedangkan

selama ini mereka melarang keras Airin masuk ke sekolah asrama. Takut merindui anak

gadis itu. Tetapi kini, yang sebaliknya berlaku.

Airin langsung tidak diberikan peluang untuk bertemu dengan Hafiqah walaupun

duduk dalam rumah yang sama. Semakin hari semakin bertambah kemarahan terhadap

Hariez, dan selepas pernikahan itu berlangsung, Hafiqah terus berpindah ke bilik Hariez.

Masakan dia mahu masuk ke bilik abangnya pada malam perkahwinan mereka.

“Abang Hariez tipu! Kak Fiqa tak jahat pun macam yang abang cakap. Ni semua

mesti rancangan abang.” Sambil menekup muka dengan bantal, Hariez masih dapat

melihat Airin tersedu-sedu menangis.

“Abang tak tipu. Abang cuma tak beritahu perkara yang sebenarnya.”

128

Page 129: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Jadi betullah kan yang abang sebenarnya memang bawa kak Fiqa pergi ke sana

sebab nak kemaskan rumah abang tu? Abang sengaja tak benarkan Airin ikut sebab

abang takut rancangan abang gagal kan sebab ada Airin?” Betul. Itulah yang sebenarnya.

Tetapi lain pula yang terbit dari bibir Hariez.

“Memang abang suruh kak Fiqa beritahu orang lain macam tu. Abang tak mahu

orang lain syak. Abang tak sangka semua ni terjadi. Jadi abang minta maaf pada Airin

dan semua yang lain sebab jadikan perkara macam ni. Abang tak mahu perkara macam ni

jadi pada Airin, jadi abang harap Airin tak contohi perangai kami.” Sengaja disebutkan

kami, supaya Airin sedar yang Hafiqah juga terlibat dalam rancangan ini.

“Airin tak percaya. Tak mungkin kak Fiqa sanggup buat macam ni. Bila masa dia

sukakan abang? Macam mana abang sukakan kak Fiqa? Sebab Airin yakin, orang yang

betul-betul sukakan kak Fiqa cuma abang Fariez seorang saja. Dan hari ini pun dia tak

datang ke majlis ni. Sebab abang tak jemput dia kan? Abang memang sengaja nak

pisahkan mereka kan?” Hariez terkedu. Setiap patah bicara Airin betul belaka. Adik itu

terlalu mengenalinya. Tetapi, dia tidak harus mudah melatah. Dia perlu lebih licik lagi.

“Abang minta maaf sebab kecewakan Airin dan Fariez. Abang pun tak tahu yang

Fariez pun sukakan Hafiqah sama seperti abang sukakan dia. Tetapi, percayalah, hati

abang memang betul-betul suka dan sayangkan Hafiqah. Dia juga sayangkan abang.

Cuma Airin yang tak tahu. Airin boleh tanya sendiri pada kak Fiqa.”

“Sampai hati abang dan kak Fiqa tipu Airin. Airin tak sangka. Kenapa tak

beritahu Airin? Kan Airin boleh elakkan kes khalwat tu. Keluarga kita pun tak malu.

Abang pun tak kahwin dengan kak Fiqa macam ni.” Airin masih menutup muka dengan

bantal. Malu untuk menayangkan wajah sembapnya kepada Hariez.

129

Page 130: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Kalau abang tak kahwin dengan kak Fiqa dengan cara ni, Airin rasa papa dan

umi nak ke bagi abang kahwin dengan kak Fiqa macam biasa? Sekurang-kurangnya

abang bersyukur sebab peristiwa ni terjadi. Mungkin sakit untuk dihadapi, tetapi, abang

berjaya dapat apa yang abang nak. Umi dan papa dah nak carikan abang jodoh dengan

orang lain tahu?” Dielus lembut rambut panjang Airin. Tidak sampai hati pula dia

melibatkan Airin dalam konspirasi ini. Namun, untuk membiarkan adiknya

menggagalkan, tidak sama sekali.

Keluar daripada bilik air, Hariez melihat Hafiqah masih berteleku di tepi sofa. Dia

masih tidak betah untuk melakukan apa. Arahan tidak melakukan kerja sudah dikeluarkan

Hariez. Dan dalam masa yang sama, dia masih memikirkan masa depan yang tidak pasti

untuknya.

“Kalau kau nak mandi, kau boleh gunakan bilik air aku tu. Tapi, aku tak mahu

barang kau bersepah dalam bilik air tu. Semua barang kau, kau letakkan dalam almari kau

tu. Tilam kau, kau boleh lipat dan letakkan sekali dalam almari tu.” Tanpa memandang

ke arah Hafiqah, Hariez memberi arahan. Sedang dia bersiap-siap untuk keluar dan

Hafiqah pula sudah bangun menuju ke almari miliknya.

“Oh ya, aku nak keluar ni. Tetapi, aku tak mahu kau keluar dari bilik ni sehingga

aku balik. Kalau kau nak tidur, tidur atas lantai tepi katil aku tu. Tilam, bantal dan selimut

dah aku sediakan, ada dalam almari kau tu.”

Benar, semuanya telah disediakan. Hafiqah jadi keliru. Lelaki ini membencinya,

tetapi semua keperluan untuknya telah disediakan. Permainan apa yang sedang

dimainkan?

130

Page 131: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Kunci kereta diambil, telefon bimbit dicapai, lalu, dia keluar meninggalkan

Hafiqah seorang diri.

131

Page 132: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

23

PAGI itu, Hariez bangun awal. Tidak seperti kebiasaanya. Namun, isterinya bangun lebih

awal darinya. Hafiqah sedang mandi ketika dia terjaga. Baru jam 6 pagi kot!

Semalam ketika pulang, Hafiqah sudah pun tertidur di tepi katil. Dia juga tidak

mahu mengejutkan Hafiqah. Badan pun sudah penat. Apatah lagi kepalanya yang sudah

letih mendengarkan leteran kawan-kawannya.

Bertemu dengan Ikmal, Armin dan Fikri diharap dapat mengurangkan sedikit

bebanan emosi yang ditanggung. Ternyata mereka juga marah dengan tindakannya

mengahwini Hafiqah sehingga menyebabkan Fariez membawa diri ke Amsterdam.

“Don’t be so selfish lah kawan. Kita kenal dah lama kan? Takkan kau sanggup

buat kawan kau sendiri macam tu?” Ikmal sentiasa menjadi orang tengah setiap kali dia

dan Fariez bertengkar.

“Eh, come on lah. Takkan aku bercinta dengan orang gaji aku pun salah kot?

Kami suka sama suka. Yang Fariez tak nak beritahu yang dia syokkan orang gaji aku tu

kenapa? Salah aku ke? Bukannya aku ni ahli nujum kot nak baca-baca hati orang!”

Hariez meraup rambutnya yang jatuh di muka ke belakang.

Isu perkahwinannya sudah menjadi isu besar kini di kalangan dia dan teman-

teman. Yang menjadikan kisah itu lebih besar kerana Hafiqah orang gajinya dan Fariez

sanggup meninggalkan mereka demi Hafiqah.

“Engkau pun satu! Kenapa tak nak declare je dengan kami yang kau serius suka

dekat dia? Tak adalah kawan tu merajuk sampai bawa diri jauh. Kita ni dah macam adik-

beradik tau. Kau jatuh aku tolong kau bangun, jadi tak ada bezanya kalau Fariez jatuh.

132

Page 133: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Aku tetap akan tolong dia bangun.” Membebel lagi si Im ni. Ada kena lepuk dengan aku

juga karang.

“Bukan aku tak fikirkan dia. Tapi, ini soal hati dan perasaan. Mungkin isteri aku

tu layan dia macam kawan je sebelum ni. Dia yang salah anggap. Aku pun tak sangka

juga dia berkawan dengan Hafiqah. Jadi, tak adillah kalau kau salahkan aku seorang saja.

Kenapa dia sanggup tinggalkan kita ni semata-mata demi seorang perempuan? Dan

kenapa kau orang tak back-up aku langsung ni? Aku pun mangsa keadaan okey untuk

kes ni! Papa aku marah aku, kau orang pun marah aku. Apa guna kawan-kawan yang aku

ada ni?”

“Bertenang kawan, jangan naik angin macam ni. Kami cuma terkejut dengan kes

kau dan Fariez ni. Whatever the reason, you and him still our best buddies. Kami cuma

nak kau orang berdua sama-sama gembira. Tak cantiklah kan kalau kau gembira, tapi

Fariez makan hati di sana.” Melihat Ikmal bagai mencurah minyak ke api, Fikri mula

bersuara. Tidak mahu pertelagahan mereka menjadi semakin teruk. Sudah cukup hilang

seorang kawan, tidak perlu mereka berempat turut sama berpecah.

Kerutan di wajah Hariez mulai pudar. Bukan dia tidak ada rasa bersalah, malah

lebih hebat lagi. Dia kehilangan teman terbaiknya. Tetapi, keputusan sudah dibuat. Cuma

dia berharap agar isu itu tidak dipanjangkan lagi.

“Aku dah pun berkahwin dengan Hafiqah. Jadi, sama ada kau orang ataupun

Fariez suka ataupun tidak, aku tak akan berpatah balik. Sebagai kawan-kawan aku, aku

harap kau orang akan doakan kebahagiaan aku.”

133

Page 134: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Bunyi pintu bilik air menyedarkan dia daripada lamunan. Pura-pura menyambung

tidur, sedangkan dia cuba melihat dari celahan mata yang sedikit terbuka, mengintai

setiap perlakuan Hafiqah.

Keluar daripada bilik air sudah lengkap berpakaian. Dia tidak mahu dikatakan

Hariez cuba menggoda pula. Memang menurut hukum sudah tiada batasan aurat untuk

mereka berdua. Namun, dia sentiasa mengingatkan diri, dia hanya seorang orang gaji,

yang dipilih Hariez untuk melakonkan watak seorang isteri di hadapan orang lain. Tuala

di kepala menutup helaian rambut yang basah. Berdiri di hadapan almari kecil

mengambil telekung dan sejadah dan kemudian dibentangkan di sudut bilik. Hafiqah

mula mengerjakan solat subuh.

Hariez sekadar memerhatikan. Leka melihat setiap aksi Hafiqah. Ya, dia tidak

tinggal solat. Wajahnya juga tenang. Terlalu tenang.

Selesai solat subuh, perlahan Hafiqah mula mengaji. Sangat perlahan. Dengan

berbekalkan Quran kecil miliknya, Hafiqah bagaikan berada di dalam dunianya sendiri.

Langsung tidak menyedari yang Hariez sudah pun bangkit dari pembaringan.

Sedap juga dia baca Quran. Kenapa tak jadi guru mengaji je kalau dah tak ada

duit? Kenapa nak jadi orang gaji dekat rumah orang kaya juga?

Ah, semua ni pura-pura je! Serentak itu Hariez mendengus kasar. Hafiqah

berpaling seketika ke arahnya. Terkejut mendengar jeritan lelaki itu. Ingatkan dia

mengigau tadi. Rupanya angin tak betul dia dah sampai pagi-pagi buta ni. Hm…

Segera Hafiqah menghabiskan bacaan ayat suci al-Quran di muka surat tersebut.

“Sodaqallahul-azim…….”

134

Page 135: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Cepat-cepat dia mengemas telekung dan sejadah dan menyimpannya semula. Dia

tidak mahu dimarah atas sebab yang remeh temeh. Ini merupakan hari untuknya bermula

sebagai isteri Hariez yang sah. Bagai hari permulaan orientasi di Universiti, dia perlu

memulakan hidup yang baru hari ini. Cuba untuk beradaptasi dengan pandangan

masyarakat terutama penghuni di Villa Kasih terhadapnya.

135

Page 136: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

24

Baru sejam penerbangannya tiba dari Turki. Menghabiskan masa di Tanah Suci dan

kemudian membawa kaki merentasi bumi Arab dan berakhir di Turki, kini dia kembali

semula ke tanah air tercinta.

Misi yang terhenti, perlu diteruskan semula. Pencarian yang tertangguh demi

menenangkan hati yang masih diburu dosa-dosa semalam tidak akan berakhir selagi

kemaafan itu tidak diperoleh.

Rancangan demi rancangan difikirkan. Walaupun dia tidak tahu mahu bermula

dari mana, namun itu bukan alasan untuk dia terus berlengah.

Telefon berbunyi pinta diangkat. Baru jejakkan kaki dah ada orang telefon. Entah

siapalah ni nak menyebuk.

“Hello, assalamualaikum. Saya dah sampai ni.”

“Wah, makin bersopanlah kamu ni. Sekarang ni kamu di mana? Nak kami ambil

ke? Dah sampai ke Senai ke?”

“Eh, tak, belum lagi. Saya baru sampai di KLIA. Saya nak duduk di KL dulu.

Minggu depan saya balik JB.” Lama dia membawa hati. Membawa bersama penyesalan

yang tak sudah.

Kini, dia kembali. Nasib gadis itu harus dibela. Dia pernah melepaskan gadis itu,

dalam keadaan yang penuh dengan kekurangan di pihaknya. Membiarkan hidupnya

dikhianati dan dianiaya, termasuk oleh dirinya sendiri.

“Hello, Zul. Macam mana? Kau dah dapat cari perempuan yang aku emailkan

tu?” Dia amat mengharapkan berita baik di sebelah sana.

136

Page 137: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Mujur kau telefon. Aku hilang telefon minggu lepas. Tak dapat nak contact kau

semula. Maaflah ya?” Zulkifli ketawa.

“Kau ni memang tak boleh haraplah Zul. So, hopefully you are not that useless.

Give me some good news, please?” Dia turut sama tertawa. Semenjak mengerjakan

umrah tempoh hari, hatinya sedikit tenang. Dan berkat ketenangan itu, dia mendapat

kekuatan untuk menjelaskan hutang yang tertunggak.

“Sure aku ada berita baik untuk kau. Patutnya dah dua hari lepas aku sampaikan

pada kau, tapi sebab telefon aku kena rembat dengan mat pet mana, tu yang terlewat sikit.

Anyway, aku dah jumpa perempuan tu.” Menarik nafas seketika sebelum menyambung

percakapannya semula.

“Dia sekarang ni ada dekat KL. Dua minggu lepas kes kau tu, dia pindah dekat

area KL ni. Tapi, kalau kau nak lebih terperinci, lebih baik kita jumpa face-to-face.

Cerita dalam telefon ni leceh sikitlah. Aku nak tunjuk kau dia kerja dekat mana pun susah

takut kau tak biasa dengan kawasan KL ni.”

“Okey, kita jumpa, tapi kau kena ambil aku la dekat KLIA ni. Aku bukan ada

kereta pun nak pergi. Dah alang-alang tu, aku tumpang dekat rumah kau je lah untuk

seminggu dua ni sampai hal aku ni selesai. Jimat sikit, dah lah aku baru balik

menghabiskan duit ni.” Tawa mereka meletus. Zulkifli turut sama tertawa. Kawan lama

punya pasal. Semua boleh jadi. Mujur dia juga masih bujang.

Dari jauh mereka melihat wanita itu keluar dari bangunan The Garden menuju ke

Midvalley. Lantas mengekori setiap langkahnya agar tidak kehilangan.

137

Page 138: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Pergerakan mereka semakin menghampiri kawasan parking bawah tanah. Masih

lagi tidak menyedari setiap pergerakannya diekori, wanita berskirt labuh itu terus menuju

ke kotak parking di mana kereta Toyota Vios miliknya berada.

Ketika mahu membuka kereta, tangannya disentap oleh seorang lelaki yang tidak

dikenali dan dia dipaksa masuk ke dalam kenderaannya. Mujur tiada orang yang berada

di sekitar kawasan itu, jika tidak pasti mereka mati dihempuk kerana dianggap cuba

merompak atau melakukan perkara buruk yang lain kepada wanita itu.

“Hei perempuan! Ingat aku lagi?” Lelaki yang duduk di tempat duduk pemandu

menoleh ke belakang.

Tersentak. Macam mana dia boleh jumpa aku?

“Kau pelik? Kau ingat kau dah dapat larikan diri lepas apa yang kau buat? Kau

pedajalkan hidup kami lepas tu kau nak lepas tangan?” Kunci kereta diambil daripada

temannya dan enjin kereta dihidupkan. Dengan cermin tinted gelap, kereta itu semakin

memudahkan operasi mereka.

“Apa kau orang nak buat dekat aku ni ha?” Rontaan semakin dikuatkan. Namun,

tidak mungkin dia dapat melepaskan diri daripada cengkaman lelaki di sisinya itu.

Dia cuba untuk membuka pintu. Dan alangkah bodoh diri dirasakan kerana dia

mengaktifkan childlock bagi pintu di sebelah belakang dan menyukarkan dirinya untuk

membuka pintu dari dalam.

“Aku nak kau duduk diam-diam dekat belakang. Kalau tak…” Dikerling teman

melalui cermin pandang belakang.

“Kalau tak apa?!” Suara semakin meninggi. Rontaan demi rontaan namun,

cengkaman tangan lelaki itu semakin kuat.

138

Page 139: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Kalau tak, kau dapat ini!” Sehelai sapu tangan ditekupkan ke mukanya.

Bau yang tidak enak semakin menyesakkan salur nafasnya. Bukaan mata semakin

lemah dan akhirnya, dia tidak sedarkan diri lagi.

“Sekarang baru senang kita buat kerja. Make sure dia tak bising-bising masa aku

bayar parking. Cantikkan posisi dia tu. Nanti orang perasan kita culik dia. Aku tak nak

ada kes lain pula karang.”

Pemanduan dimulakan dengan berhati-hati keluar daripada bangunan Midvalley

merentasi kesesakan jalan raya di kota Kuala Lumpur yang saban hari seperti tidak

berkesudahan.

SAAT Alisa membuka mata, dia melihat dirinya tertidur di tempat duduk belakang

kereta. Cuba mengimbas kembali bagaimana dia berada di situ. Memandang ke alam

sekeliling. Dia berada di satu tempat yang tidak dikenali. Hanya dia dan keretanya sahaja.

Pintu kereta dibuka dari luar. Wajah lelaki itu yang dilihat sebelum dia pengsan

tadi. Senyuman sumbing lelaki itu ke tubuhnya seolah-olah menyedarkan dia dengan

keadaan bajunya yang agak terdedah. Segera dia membetulkan pakaiannya. Malu dilihat

lelaki itu.

“Aku tak teringin pun nak tengok apa yang ada dekat kau tu. Lagi-lagi aku tau

perangai kau tu tak cantik.”

“Kau nak apa?” Ada getar dalam suaranya. Sedikit takut. Pandangan dialihkan

keluar. Cuak dengan apa yang bakal dilakukan oleh lelaki itu.

139

Page 140: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Takkan kau tak boleh agak apa yang aku nak?” Agak tergoda juga dia sebentar

tadi melihat susuk tubuh yang terbuka tadi. Sebab itu dia hanya menunggu saat Alisa

terjaga barulah dia masuk ke dalam kereta.

“Aku tak tahu.” Dan serentak, tawa lelaki itu meletus.

“Kau tak tahu atau pun kau buat-buat tak tahu?” Tubuh disandarkan ke tepi pintu.

Betul-betul menghadap Alisa yang masih memalingkan wajah darinya.

“Dah tentulah aku susah-susah cari kau ni sebab aku nak balas dendam. Kau ingat

senang ke aku nak buat benda ni?” Semakin dia merapatkan tubuh. Dapat dilihat dengan

jelas, jemari Alisa cuba untuk membuka pintu namun tidak berjaya.

“Atas sebab apa? Apa salah aku?” Suara dikendurkan untuk meminta simpati. Dia

semakin takut berhadapan dengan lelaki ini. Lelaki di sebelahnya jauh berbeza dengan

yang pernah dikenali lama dahulu.

“Kau dah gunakan aku untuk perangkap kawan kau! Kau lupa apa yang kau buat

dulu?” Nada tingginya menggerunkan.

Haziq ketawa. Bukan kisah dirinya diperangkap yang dihairankan sebenarnya.

Namun, kerana dia tidak mampu membela gadis kesukaannya saat diperlukan yang

membuatkan diri sangat terkilan.

Berhadapan dengan Alisa saat ini benar-benar mencabar kelelakiannya. Mahu

sahaja dia melakukan seperti yang dilakukan ke atas Hafiqah berbulan dahulu. Biar dia

rasakan apa yang dialami Hafiqah. Namun, untuk menyentuh wanita di hadapannya, dia

jadi jijik.

140

Page 141: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Aku tak buat apa-apa. Kau orang sendiri yang buat. Kenapa nak libatkan aku?”

Alisa cuba memesongkan keadaan. Tetapi, dia tahu, lelaki ini sudah memahami dengan

jelas apa yang terjadi tempoh hari.

“Hei!” Ditarik dengan kuat rambut Alisa. Alisa menjerit kesakitan.

“Kau ingat aku ni bodoh?! Kau boleh tipu aku?” Ditelan liur.

“Kau ingat Hafiqah tu murah macam kau? Hei, aku pun tak bodoh lah sampai nak

tidur dengan dia siang-siang hari macam tu. Kalau tak kerana kau guna nama Kak Mira,

mati hidup semula pun aku takkan masuk kalau aku tahu kau seorang je yang ada tahu!

Kalau aku tahu, air yang kau buat tu kau ada letak sesuatu, memang aku tak akan

minum!”

“Kau tunggu sebab aku guna nama Fiqa. Pantang ada perempuan tu je terus kau

pun nak ada juga.” Bibirnya dicebikkan.

“Aku ni yang depan mata bukan kau nak nampak! Si Hafiqah yang tak pandang

kau tu jugak yang kau nak kejar. Bodoh!” Alisa berpeluk tubuh. Hati yang gentar

sebentar tadi sudah mulai tenang. Semakin berani untuk bersemuka dengan Haziq.

“Engkau tu yang bodoh! Hei perempuan, rupa kau tu dah la tak secantik mana,

tambah dengan perangai buruk, hati tu pun aku dah boleh bau busuknya. Kak Mira pun

dah tau cerita sebenarnya tau. Kau tak perlulah nak putar belitkan fakta lagi.” Alisa buat

muka selamba. Marah juga dia mendengarkan kutukan Haziq. Tetapi, diakui,

tembelangnya pasti akan pecah. Sebab itu dia segera berhijrah ke Kuala Lumpur. Dengan

alasan, tidak sanggup menanggung malu atas setiap perbuatan Hafiqah ke atas keluarga

kak Mira.

141

Page 142: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Sekarang ni, aku nak kau beritahu aku, di mana Hafiqah? Rumah dia dekat

mana?” Digenggam erat kedua-dua belah bahu Alisa. Alisa menahan kesakitan. Hati

yang tiba-tiba berani jadi kecut semula melihat kemarahan Haziq.

“Aku tak tahu! Aku dah lama tak jumpa perempuan tu!” Lengan yang tidak

bertutup itu kelihatan mula memerah.

“Aku nak alamat rumah dia!”

“Dia dah kahwinlah!” Jeritan yang kuat dilepaskan.

“Penipu!” Satu tamparan kuat hinggap ke wajah Alisa. Alisa terkaku.

“Kau jangan nak tipu aku lagi. Aku nak alamat rumah dia.” Wajah menyinga

Haziq terlalu menggerunkan.

“Aku cuma tahu dia dah kahwin dengan orang kaya. Aku tak tahu dia dekat mana

lagi. Kau jangan pukul aku lagi.” Tangisan simpati, diiringi esakan yang semakin

kedengaran.

“Kau bagi alamat keluarga dia. Tak mungkin kau tak tahu. Kan kau kawan

dengan adik dia? Baik kau bagi sebelum aku suruh kawan aku dekat luar tu rogol kau.

Baru kau tahu perasaan bila maruah dah diragut.” Astagfirullahalazim… aku baru buat

umrah kot 3 bulan lepas! Takkan lah aku nak aniaya orang macam tu…

Tetapi, Alisa benar-benar membuatkan kesabarannya semakin menipis. Walhal,

tidak terniat pun untuknya menjadikan kata-kata itu suatu kenyataan. Dia pun masih

dapat membezakan yang halal dan haram. Namun, gertakan itu ternyata memberi kesan

ke atas Alisa yang benar-benar ketakutan.

“Tak, tak, aku bagi kau alamat kelaurga dia di JB. Tapi, kau lepaskan aku dan

jangan ganggu aku lagi. Kau boleh ambil nombor telefon adik dia ni.” Tergesa-gesa dia

142

Page 143: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

mengeluarkan telefon bimbit daripada beg tangannya. “Dia yang beritahu aku Hafiqah

dah kahwin.”

Terketar-ketar suaranya menjelaskan. Berharap agar Haziq melepaskan dirinya

dan tidak tega melakukan perkara yang tidak baik.

“Diam.” Jari telunjuk diletakkan di bibir, sebagai isyarat agar Alisa tidak

mengeluarkan suara.

“Hello, assalamualaikum, ni Aimi ke? Saya Zul. Saya ni kawan Alisa. Boleh

berkenalan?” Sebaik sahaja panggilan dijawab, segera dia memperkenalkan diri. Alisa

yang masih lagi takut, hanya sekadar memerhati. Tidak berani untuk bersuara.

“Saya yang mana? Awak tak kenal saya. Alisa yang kenalkan awak pada saya.

Hm, saya ingat nak jumpa dengan awak? Awak dekat kawasan mana ni? Kalau dekat

dengan MV, bolehlah kita berjumpa. Teringin sangat nak kenal.” Bagai pucuk dicita

ulam mendatang, Aimi juga menyambut huluran salam perkenalan daripada Haziq yang

mengenalkan diri sebagai Zul.

“Kalau macam tu, hujung minggu ni saya turun JB. Bolehlah kita jumpa lagi

nanti. Terima kasih ya?” Senyuman semakin melebar. Talian diputuskan.

“Kalau kau berani cakap pada Aimi ni tentang urusan kita, aku akan datang

semula cari kau. Waktu tu, aku tak akan teragak-agak buat apa yang aku cakapkan tadi.

Ingat?” Bagai pak turut, Alisa menganggukkan kepala.

143

Page 144: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

25

SUDAH seminggu dia melalui kehidupan sebagai isteri Hariez. Seperti yang diduga, ia

tidak semudah biasa. Tidak dibenarkan melakukan apa-apa kerja, Hafiqah bagai orang

bodoh, sekadar menghabiskan masa melayani perasaan yang masih berduka.

Bukan dia tidak mahu membantu Mak Teh seperti sebelumnya, namun tamparan

di wajahnya pada hari kedua menikahi lelaki itu telah menghentikan setiap apa-apa yang

biasa dilakukan.

Hanya kerana pagi itu dia membantu Mak Teh mengangkat sedulang air dari

dapur ke meja makan, habis dipanggil naik ke bilik. Sudahnya, setiap hari inilah

aktivitinya. Duduk di taman memerhatikan laman yang semakin hari semakin kering,

sekering hati Hariez.

Hafiqah mula mengira-ngira wang simpanan sehingga ke bulan lepas. Wang gaji

yang diberikan Hariez hanya dimasukkan ke dalam akaun. Itu pun dengan mengirim

kepada Pak Sim. Hendak dia sendiri ke bank, alamatnya memang tidak bersimpanlah.

Dia tidak pernah keluar daripada Villa Kasih seorang diri, walaupun untuk ke kedai

berhampiran. Dia hanya akan keluar jika disuruh oleh Hariez ataupun Airin.

Kepulangan Hariez dari kerja hanya disambut dengan pandangan yang sayu

sebelum dia mengekori lelaki itu ke bilik. Mengenangkan huluran salam yang tidak

bersambut beberapa hari lalu, dia jadi malu sendiri. Dia juga malu dengan ahli keluarga

Tuan Rizan dan Mak Teh kerana tidak menolong apa-apa kerja dan hanya duduk

melayani perasaan sendiri. Pasti mereka semakin memandang serong terhadapnya.

144

Page 145: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Sudahlah berkahwin dengan cara yang tidak elok, mahu pula bermalas-malas di rumah

orang kaya.

“Siapa yang lipat baju aku ni?” Suara Hariez menyedarkannya dari leka. “Kau?”

Direnung wajah Hafiqah tajam.

“Saya Encik Hariez.” Selangkah demi selangkah lelaki itu semakin menghampiri.

“Kan aku dah cakap, jangan sentuh barang aku tanpa kebenaran. Aku tak mahu

kau sentuh barang-barang aku. Sekarang kau ambil semua baju-baju aku tu, kau bagi

pada Mak Teh untuk dia gosok semula dan lipat. Esok aku nak pakai. Cepat! Berambus

dari sini!” Terkial-kial Hafiqah mengambil baju yang telah dicampakkan Hariez ke lantai

itu untuk dibawa kepada Mak Teh.

Bukan dia kata hari tu aku ni orang gaji dekat dalam bilik dia ke? Bukan aku

bawa baju ni keluar pun untuk gosok. Apa punya perangai la dia ni.

“Mak Teh, Fiqa nak minta tolong Mak Teh gosokkan dan lipatkan baju Encik

Hariez ni.” Diletakkan bakul baju Hariez ke lantai. Mak Teh merenungnya pelik.

“Kenapa Fiqa tak buat sendiri?” Tetapi kemudiannya Mak Teh tepuk dahi. “Mak

Teh lupa Fiqa dah kahwin dengan Hariez. Takpelah, nanti Mak Teh buat ya?” Mak Teh

kembali menyambung tugasnya mengelap pinggan.

“Fiqa nak apa-apa lagi? Nanti Mak Teh buatkan.” Dia seboleh-bolehnya tidak

mahu memandang ke wajah Hafiqah. Dia juga marahkan gadis itu. Wajahnya terlalu

tulus, dan tidak sangka begitu sekali sikapnya.

Terasa sungguh kelainan dari cara Mak Teh melayaninya. Kepala digelengkan

walaupun diketahui wanita itu tidak dapat melihatnya. “Tak apalah Mak Teh, Fiqa naik

dulu ya?”

145

Page 146: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Langkah diatur, perlahan dan lemah. Namun, dapat didengari bait-butir kata yang

disebutkan Mak Teh.

“Dah dapat gading bertuah, tanduk pun dah boleh buang. Baju yang buruk, dah

boleh buang. Apa punya manusia la dia ni.”

Sungguh, pedih! Air matanya bagai mahu tumpah. Dia berlari-lari anak menaiki

tangga, masuk ke bilik dan pintu ditutup. Mujur Hariez di dalam bilik mandi.

Benar, Hariez punya perancangan sendiri. Setiap yang disuruh lelaki itu ada

muslihat yang tersembunyi. Kini, dia semakin mula memahami. Dan yang lebih jelas, dia

hanya perlu mematuhi wataknya agar lebih diyakini.

Cuma yang dia masih tidak mengerti, motif disebaliknya. Apa yang akan lelaki itu

dapat di penghujungnya? Sampai bila semua penipuan ini akan berlangsung.

Aku kena positif. Aku tak boleh lemah. Nanti aku yang jadi semakin sakit dengan

perkara yang belum terjadi lagi. Ni baru sedikit. Aku kena bersedia dengan yang lebih

teruk lagi.

Minda positif. Dah lama dia tak lakukan. Bagai sedang bermotivasi, kedua-dua

jari telunjuk diletakkan di kiri dan kanan dahi. Nafas ditarik dalam-dalam dan dilepaskan

dengan penuh tenaga. Terlalu asyik menguatkan semangat diri sehingga tidak sedar

Hariez telah keluar dari bilik mandi.

“Yang kau tu dah kenapa?”

Terperanjat Hafiqah. Diurut-urut dadanya. Hampeh betul dia ni, aku baru nak

kuatkan semangat, dia dah buat semangat aku terbang. Suka sangat kot sergah-sergah

aku macam tadi!

146

Page 147: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Bibir mencebik. Bagai terdengar-dengar suara Hafiqah membebel di cuping

telinganya, lantas dia menoleh. “Kau marahkan aku?”

Ingin mengangguk, tetapi itu hanya akan menambahkan kemarahan Hariez

kepadanya. Segera dia menggelengkan kepala. Hariez terus dengan aktivitinya

berpakaian. Dia sengaja berpakaian di hadapan Hafiqah. Suka melihat reaksinya yang

seolah-olah terpaku melihat tubuhnya.

Hafiqah memerhatikan lelaki itu dari jauh. Setelah beberapa hari, dia cuba

membiasakan diri dengan cara Hariez yang gemar memakai baju di hadapannya.

Sedangkan dia boleh saja memakainya di dalam bilik air.

Macamlah aku tergoda sangat! Huh! Tapi memang tough pun dia ni. Sengajalah

tu nak tayang dekat aku, nak tunjuk betapa handsome nya dia kan?

Pandangan segera dialihkan. Hafiqah pura-pura mencari sesuatu di almarinya.

Kemudian, dia mengambil tuala dan terus masuk ke dalam bilik air.

Hariez tertawa kecil. Kalut sungguh Hafiqah. Namun, sesuatu yang nakal

melintas di fikirannya. Dia membatalkan keputusan untuk keluar dahulu. Lewat sedikit

makan pun tak apalah.

Hafiqah membasahkan diri di pancuran. Semenjak dahulu lagi dia suka begini.

Setiap kali hatinya gundah, dia suka melihat air yang mengalir. Orang kata tak bagus

untuk minda. Ingatan jadi tidak kuat. Tapi itulah yang diperlukan. Dia mahu lupakan

memori yang menyakitkan. Biar semuanya pergi bersama air yang mengalir.

Lama dia berteleku di bawah pancuran. Kedinginan air yang menyentuh tubuh

tidak dihiraukan. Dia lebih selesa begini. Lutut dirapatkan ke dada dan dipangku dagu di

antara dua lutut.

147

Page 148: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Ini cara dia berfikir. Berfikir tentang apa saja. Tetapi, untuk kebanyakan masa,

mindanya jadi kosong. Kosong, kosong, kosong, bak lagu Najwa Latif. Tidak sedar masa

yang berlalu.

Menunggu terlalu lama, Hariez bangun. Pelik kerana hampir empat puluh minit

Hafiqah mandi. Dia hanya mendengar air pancuran sahaja. Diketuk pintu bilik air kuat.

“Kau mandi ke kau buat bilik mandi dalam tu?” Kata-katanya tidak pernah

lembut. Sentiasa sinis.

Senyap. Tiada jawapan.

Ketukan di pintu dikuatkan. “Oi! Kau tidur ke?” Bagai mahu pecah pintu itu

digendangnya.

Ketika itu juga bunyi pancuran itu hilang. Dalam bilik air pun boleh tidur. Apa

punya orang la dia ni…

Hafiqah tergesa-gesa menutup pili air saat mendengar gendangan hebat Hariez.

Takut lelaki itu semakin marah, dia segera mencapai tuala dan dilapkan tubuh yang

basah. Namun, tika itu baru dia perasan, dia terlupa mengambil baju tidur dan baju yang

dipakai tadi telahpun dicampakkan ke dalam baldi baju kotor.

Ah sudah! Cemana gayanya ni? Macam mana nak keluar ni? Nanti orang tu kata

aku nak goda dia pulak. Bangangnya aku ni! Sibuk sangat motivasi, jadi roti basi

adalah!

Hafiqah mengetuk-ngetuk kepala. Terasa diri betul-betul bodoh. Dia juga tidak

mahu tubuhnya dilihat Hariez dalam keadaan begini. Malu masih beraja dalam diri. Dia

masih punya harga diri walaupun lelaki itu terlalu memandang rendah kepadanya.

148

Page 149: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Hei, kau ni memang tidur ke kat dalam tu? Tak reti-reti nak keluar?” Pelik.

Hafiqah hanya diam dari tadi.

“Suka hati kaulah nak tidur dalam tu ke, aku nak turun makan dulu.” Sedangkan

dia akhirnya berbaring semula di atas katil.

Saat mata dipejamkan, dia dapat mendengar bunyi pintu dibuka dengan perlahan.

Dan bagai nak terkeluar biji matanya apabila melihat Hafiqah hanya berkemban tuala.

Sungguh! Dia terlalu cantik.

Sedang Hafiqah sudah tergamam di muka pintu bilik air. Dia dengar dengan jelas

tadi lelaki itu berkata mahu turun makan dahulu. Kenapa dia masih berbaring di atas katil

itu?

Masalah lagi! Kenapalah makhluk Allah yang seorang ni tak habis-habis nak

menyusahkan aku?

Cepat-cepat dia berjalan menuju ke almari. Mencari apa sahaja baju yang sempat

dicapai. Dia ingin segera masuk ke dalam bilik air. Tidak betah berlama-lama di situ,

apatah lagi dirasakan mata Hariez tidak dialihkan dari dirinya.

Namun, belum sempat dia tiba ke pintu bilik air, tubuhnya disambar rakus.

Ditolak ke katil. Mujur tuala itu diikat kemas. Baju yang dipegang, dipeluk erat agar

dapat menutupi mana-mana bahagian yang terdedah.

Hariez sedikit tergoda dengan wangian syampu badan yang digunakan Hafiqah.

Walaupun diyakini syampu murah, tetapi baunya tetap wangi dan terlalu menggoda.

Dijelajahi segenap tubuh itu, sedang Hafiqah sudah memejamkan mata ketakutan.

“Hm, wangi. Pandai kau pilih syampu.” Itu yang terluah tanpa sedar. Dia jadi

asyik. Wajahnya semakin mendekati Hafiqah.

149

Page 150: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Sabun Lux je tu. Murah. Boleh pakai lama.” Perlahan dia menggumam.

Tawa Hariez meletus mendengarkan jawapan Hafiqah. Scared but she dare to

answer in mumbles.

Dia melihat bibir mungil itu terkumat-kamit. Entah baca doa ataupun tengah

jampi aku tu. Bukan boleh percaya dia ni.

Namun, sengihan semakin dilebarkan. Dan, CHUP!

Hafiqah buka mata. Gila punya manusia! Berani kau-

“Nak berdosa dengan aku? Marah? Kutuk aku dalam hati?”

Dia tidak berani bersuara. Terlalu malu. Lelaki itu benar-benar gila. Benci, tetapi

ada selera pula nak cium dia. Apa kes?!

Kalau ikutkan hati mahu sahaja dia memukul kepala lelaki itu. Namun, semua itu

terpaksa dilupakan. Tangan yang sibuk dengan baju dan tuala, tidak mampu digerakkan.

Yang kau tu pun kenapalah boleh tak bawa baju nak mandi tadi?

“Saya nak bangun.” Wajah dipalingkan daripada memandang lelaki itu. Tidak

mahu Hariez melihat wajahnya yang kian memerah.

“Nak buat apa? Kau tak suka macam ni?” Dia jadi semakin berani. Langsung

tidak menoleh ke arah lain.

Memang saya tak suka. So, back off! “Saya nak pakai baju. Sejuk.” Sudahlah tadi

dia berhujan di bawah pancuran. Bilik ni pula ada pendingin hawa. Suhu kalau tak 16˚C

memang tak sah. Iyalah, orang banyak dosa memang sentiasa rasa panas. Kepala

digeleng-gelengkan tanda tidak setuju.

Baru Hariez tersedar tubuh isterinya itu sedang menggigil kesejukan. Nanti tak

pasal-pasal demam pula. Seketika dia bangun dan duduk di hujung katil.

150

Page 151: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Dah, siaplah. Kita turun makan.” Niat di hati untuk mengusik, tetapi nampaknya

hati sendiri yang terusik.

Hafiqah pun apa lagi, terburu-buru berlari ke bilik air meninggalkan lelaki itu

sendirian.

151

Page 152: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

26

PUAN HAZRINA sedang leka memberi makan ikan di kolam ketika Hariez datang.

Sudah lama mereka tidak berbual mesra. Uminya itu senantiasa sibuk dengan kerja amal

dan aktiviti kelabnya. Namun, itu semua bukan alasan untuk dia menjadi anak yang tidak

berjaya seperti anak-anak orang lain yang sering menyalahkan ibu bapa mereka kerana

mengabaikan kebajikan anak-anak demi menyara keluarga.

“Umi!” Dipeluk tubuh Puan Hazrina daripada belakang. Tangan Hariez yang

melingkari pinggangnya dipukul manja.

“Hish, apa ni? Dah tua-tua pun nak peluk umi lagi.” Makin cuba dilonggarkan

pelukan Hariez, semakin kuat pula tangan itu memeluknya.

“Dah lama tak manja-manja dengan umi macam ni. Umi tu selalu sibuk je!” Bibir

dimuncungkan. Kemudian dia ketawa.

“Umi yang sibuk ke Hariez yang makin sibuk? Iyalah , Hariez kan dah ada isteri.

Dalam diam-diam bercinta. Takkanlah nak ingatkan umi pula kan?” Jelas dia terasa hati

dengan perbuatan Hariez.

“Umi masih marahkan Hariez lagi? Hariez minta maaf ya umi? Hariez sayang

umi.” Tangan Puan Hazrina dicium lembut. Kesal kerana perbuatan itu melukai hati umi

kesayangannya.

“Nak buat macam mana. Perahu dah pun terlajak. Susah nak berpatah balik.”

Sengaja dia tidak menyebut perkataan tidak boleh berpatah balik.

“Maksud umi, masih boleh berpatah balik?” Puan Hazrina mengangguk.

152

Page 153: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Umi sebenarnya tak kisah pun siapa pilihan Hariez. Tapi biarlah dia boleh jaga

kebajikan Hariez juga. Umi lebih suka kalau Hariez berkahwin dengan orang yang setaraf

dengan kita macam anak Dato’ Zahir tu. At least, kalau dia tak pandai memasak atau

menguruskan rumah tangga, keluarga Hariez tak ada masalah untuk ambil orang gaji. Tak

adalah semuanya guna duit Hariez saja kan?” Hariez mendengar dengan teliti setiap patah

kata uminya.

“Tapi Hariez pun mampu untuk bagi kemewahan pada isteri Hariez. Jadi, tak

perlulah nak dia kaya. Asalkan dia pandai masak dan uruskan pakai Hariez semua.”

“Fiqa bagi Hariez semua tu ke lepas kahwin?” Sengaja mahu menduga hati

anaknya.

“Maksud umi?”

“Macam yang Hariez cakap tadi, asalkan dia pandai masak dan uruskan pakai

semua. Masa sebelum kahwin dengan Hariez, adalah umi tengok dia uruskan semua tu

untuk Hariez dan seluruh ahli keluarga kita. Tapi, selepas Hariez kahwin dengan dia, umi

tak nampak langsung dia ada layan Hariez macam yang Hariez nak tu. Sarapan Mak Teh

yang buat, makan tengahari pun Mak Teh juga, makan malam pun sama. Kalau dulu,

setiap kali minum petang mesti macam-macam yang dia buat. Nak tarik hati kononnya.

Sekarang ni, nak angkat cawan dengan pinggan pun tidak.” Hariez terangguk-angguk.

“Ala umi, biasalah, nama pun isteri Hariez, bukan orang gaji lagi. Takkanlah

Hariez nak biarkan dia kerja-kerja macam tu.” Hariez cuba memujuk.

“Umi tak suka dengan cara dia tu. Sepanjang hari dia duduk lenggang kaki je di

rumah. Langsung tak buat apa-apa kerja. Taman umi ni, dah seminggu tak bersiram. Ikan

153

Page 154: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

pun tak diberi makan.” Hariez memerhati sekeliling. Memang benar, kawasan rumah itu

semakin tidak terurus.

“Baju Hariez siapa yang siapkan dan gosokkan?”

“Fiqa yang gosokkan.” Sedangkan dia tahu jawapan sebenar.

“Dah terang lagi jelas dia memang penipu. Perempuan tu memang pandai

berpura-pura. Baru beberapa hari lepas umi nampak dia bagi Mak Teh sebakul baju kerja

kamu minta orang tua tu gosokkan, lipatkan. Bila masanya dia gosok baju kamu?” Hati

wanitanya jadi panas. Teganya Hafiqah memperdayakan anak lelakinya itu.

“Hariez tak tahu pula umi yang dia buat macam tu. Dia tak tolong langsung dekat

rumah ni dan cuma duduk lenggang kaki pun Hariez tak perasan.” Dia melutut di

hadapan uminya. Mengharapkan kemaafan bagi pihak isterinya.

“Umi bukannya tak suka. Tapi, itulah yang terjadi. Bila kaduk naik junjung. Umi

tengok, baju dia pun dah berubah. Hari tu, seplastik besar baju lama dia dibuang. Itupun

mujur Mak Teh ada masuk ke bilik belakang tu nak mengemas. Kalau tak, memang dah

ke tong sampah luarlah agaknya. Kan baju-baju lama tu boleh didermakan kepada orang

miskin. Kalau dah lupa daratan, jadi macam itulah gamaknya.” Leteran itu bersambung

lagi.

Jumpa dalam bilik belakang? Aik, bukan hari tu aku suruh dia buang dekat tong

sampah luar terus ke? Yang dia pergi simpan dalam bilik belakang tu kenapa? Ini boleh

membangkitkan kemarahan. Sengaja nak melawan akulah tu!

“Hariez betul-betul tak tahu Mi. Memang Hariez ada belikan baju baru untuk dia,

tapi tak sangka pulak dia terus buang baju-baju lama dia tu. Patutlah Hariez dah tak

154

Page 155: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

nampak dia pakai baju-baju macam selalu dia pakai tu semenjak kami kahwin.” Kepala

dilentokkan ke riba Puan Hazrina.

Sambil mengelus rambut anaknya, Puan Hazrina menyambung. “Umi tahu Hariez

sukakan dia sebab dia tu cantik. Tapi, jangan sebab tu, Hariez abaikan kebajikan hidup

Hariez sendiri. Umi tak suka anak umi terpedaya dengan perempuan-perempuan

sembarangan. Nanti, anak umi juga yang merana.”

Pada mula kemunculan Hafiqah di rumahnya, dia sudah merasakan sesuatu

tentang gadis itu. Ada sesuatu yang cuba disembunyikan. Dari riak wajahnya, dia bukan

orang susah sehingga hanya mampu menjadi orang gaji. Ternyata telahan itu benar. Gadis

itu hipokrit. Punya misi tersendiri.

“Umi tak mahu Hariez dengar cerita-cerita buruk daripada umi saja. Nanti Hariez

ingat umi sengaja nak pisahkan kamu. Cuma umi harap, Hariez buka mata dan tengok

betul-betul perangai isteri kesayangan kamu tu. Baru saja beberapa hari kamu bernikah,

dah ketara sangat perubahannya. Papa kamu pun tak suka.” Selesai menghabiskan kata-

katanya, Puan Hazrina bangun meninggalkan Hariez sendirian. Berdoa agar anak itu

berfikir sedalam-dalamnya dan menyedari kesilapannya mengambil Hafiqah, bekas orang

gajinya sebagai isteri sekaligus menjadi menantu di Villa Kasih.

Namun, bukan itu yang difikirkan Hariez. Bukan kekecewaan yang dirasakan

daripada luahan uminya, tetapi perasaan gembira. Nampaknya misinya sudah mula

membuahkan hasil. Umi pun dah nampak apa yang aku nak buat. Hehe, bagus, bagus,

Hafiqah. Kau memang pelakon yang bagus.

**********************

155

Page 156: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Sampul surat itu ditolak perlahan ke celah bawah pintu. Esok, adik itu akan dihantar ke

asrama. Orang kaya punya pengaruh, semuanya boleh dibuat dalam masa yang singkat.

Selama dua minggu itu Airin tidak menyapanya. Balik dari sekolah, terus

mengurungkan diri di dalam bilik. Walaupun bertembung ketika di tangga ataupun di

mana-mana bahagian Villa, Airin akan cuba untuk mengelakkan diri dari

memandangnya. Dan dengan cepat dia akan melarikan diri dan masuk terus ke bilik.

Untuk itu, surat sebagai pengganti diri dikarang. Untuk diserahkan secara

bersemuka, dia tidak mampu. Biarlah Airin menilai sendiri dengan cara ini.

Hafiqah bergerak ke bilik Hariez. Takut kalau-kalau bertembung dengan orang

lain di hadapan bilik Airin. Dia seboleh-bolehnya mahu mengelak dari bertemu dengan

sesiapa dari ahli keluarga ini. Walaupun dia masih boleh bersabar dan menahan telinga

mendengar cemuhan orang, tetapi hatinya tetap rapuh dan terasa sakit.

Bersendiri di bilik yang besar ini sebenarnya membuatkan diri terasa kerdil.

Lebih-lebih lagi apabila memikirkan kedudukannya hanya secebis ruang di sebelah katil

Hariez. Menerawang mengingati lelaki itu, Hafiqah jadi keliru. Peristiwa beberapa hari

lepas benar-benar membuatkan dia jadi semakin tidak mahu berdepan dengan Hariez.

Setiap saat dia jadi lebih berhati-hati dengan lelaki itu.

Entah atas mimpi apa, ciuman itu singgah ke bibirnya. Semasa makan malam tadi

juga lelaki itu melayannya dengan baik sekali, lebih-lebih lagi di hadapan ahli

keluarganya. Dapat dilihat wajah jelek mereka melihat kemesraan Hariez terhadapnya.

Lauk dicedukkan ke pinggan. Nasi juga diambilkan untuknya. Tangan pula sentiasa

menyentuh lengan Hafiqah.

156

Page 157: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Mungkin itu semua adalah sebahagian daripada lakonan lelaki itu, Hafiqah

berpendapat sendiri. Mempermainkan orang lain dan juga perasaannya dalam masa yang

sama. Agar dia terleka dan suatu masa nanti dia akan dijatuhkan dengan teruk sekali.

Astaghfirullahal-azim… Kalau tak betul tu, aku dah boleh dikira memburuk-

burukkan suamiku sendiri. Semakin berdosalah aku nampaknya.

Hafiqah beristighfar. Tidak mahu menambah dosa yang sedia ada tidak berampun.

Walau seburuk mana pun layanan lelaki itu terhadapnya, dia harus bersabar. Lelaki itu

tetap suaminya walaupun telah diisytiharkan oleh Hariez bahawa dia adalah orang gaji

dan sekadar isteri di depan orang lain. Namun, hukum tetap hukum. Akan sedaya upaya

dia menepis setiap buruk sangka dan bertahan selagi mampu. Takkanlah kerana diri

sudah dituduh tidak elok, dia harus menunjukkan seperti yang disangka mereka semua.

Hafiqah tidak mengharapkan pengertian mereka mahupun simpati. Apa yang dimahukan

hanya kebebasan untuk dia mendapatkan sedikit kebahagiaan dalam hidupnya.

Hafiqah memejamkan mata saat mendengar pintu dibuka. Dia dah masuk.

Awalnya tidur. Dengan perlahan, Hariez menghampiri Hafiqah. Digoncang

tubuhnya perlahan. Lambat, tetapi Hafiqah sedikit demi sedikit membuka mata. Pura-

pura seperti baru bangun dari tidur yang lena.

“Ya Encik?” Mata yang konon-konon mengantuk digosok-gosok.

“Aku nak tanya, mana kau letak baju kau yang lama dulu?” Membuntang mata

Hafiqah. Aik, takkan nak suruh aku pakai balik kot!

“Saya dah buang macam yang encik suruh.” Terpaksa berbohong. Sekali dia

menipu.

157

Page 158: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Betul kau dah buang? Kau buang dekat mana?” Dapat dilihat Hafiqah

menganggukkan kepala. Dua kali.

“Saya dah buang di tong sampah luar macam yang encik nak. Kenapa, encik nak

saya pakai baju yang lama tu semula ke?” Tiga kali.

PANG! Tersorong ke belakang tubuh kecil itu. Segar terus biji matanya.

Kepalanya sakit, terkena kayu palang katil.

“Kenapa kau nak tipu aku? Kau ingat aku tak tahu?” Pipi yang merah itu

diperhatikan. Dapat dilihat wajah itu sedang menahan sakit.

“Saya tak sampai hati encik.” Jujur dia mengakui walaupun sebentar tadi dia cuba

menyorok. Ada sendu dalam nada itu.

“Aku memang pantang kalau ada orang nak tipu aku. Hei, kan aku dah cakap,

buang baju tu. Kenapa kau degil sangat ha? Yang kau pergi letak dalam bilik belakang tu

siapa suruh?” Satu lagi penampar hinggap di pipi itu. Hampir tersembur air mata Hafiqah

dibuatnya.

“Saya tak boleh buang baju tu encik. Dalam almari tu semua baju daripada duit

encik. Yang saya buang tu saja baju yang saya beli dengan duit saya sendiri. Kalau encik

buang saya nanti, saya dah tak ada apa-apa baju lagi nanti.” Dia tidak sanggup

mengambil apa-apa daripada milik lelaki itu saat dia diminta meninggalkan Villa Kasih.

“Dah berani menjawab. Dah berani melawan cakap aku. Dah berani menipu. Kau

ni sebenarnya memang perempuan tak reti dek untung tau! Aku dah belikan baju untuk

kau tu, kau pakai jelah. Yang kau degil sangat nak simpan baju-baju buruk kau tu

kenapa? Kau nak jadi orang gaji balik? Dah tak nak jadi orang kaya lagi?” Cengkaman

pada dagu itu membuatkan Hafiqah kehilangan bicara.

158

Page 159: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Saya memang lebih rela jadi orang gaji, daripada jadi isteri yang encik benci.”

Entah datang dari mana keberanian itu, kata-kata yang selama ini disimpan terluah.

“Apa dia? Kau nak jadi orang gaji. Baik. Kau tunggu. Aku bagi kau apa yang kau

nak. Tapi ingat, hidup kau tak berakhir di sini. Aku bagi kau peluang, nikmati hidup yang

aku bagi pada kau malam ni, sebaik-baiknya.” Bagai pucuk dicita ulam mendatang.

Hafiqah semakin memudahkan setiap perjalanan.

Ya, lebih baik aku menjadi orang gaji yang didera daripada aku jadi isteri yang

sentiasa dihinanya di belakang. Biar mereka melihat sendiri layanan sebenar Hariez

kepadaku, bukan yang penuh kepura-puraan.

Hariez baring dengan membelakangkan Hafiqah. Bagaikan tiada simpati, Hafiqah

dibiarkan tidur tanpa beralaskan tilam tebal yang selesa. Menahan diri dari kesejukan

dengan selimut nipis. Sedang dia, dengan comforter, dan beralaskan tilam mewah, tidur

dengan lenanya di dalam kedinginan yang tidak tertanggung Hafiqah.

**************************

SAMPUL itu dibuka perlahan. Bagaikan tahu siapa yang mengutuskan warkah itu, Airin

begitu berdebar-debar untuk membacanya.

Saat mula membaca bait-bait tinta di warkah itu, Airin menangis.

Hanya untuk Airin yang paling disayangi,

Setelah tidak lama berbicara denganmu, akhirnya hanya surat menjadi pengganti

diri. Akak tidak punya kekuatan untuk bertemu denganmu sepertimana dirimu tidak betah

bertemu denganku. Namun, ada sesuatu yang tidak mampu akak luahkan kepada Airin

dan akak pasti suatu masa nanti Airin akan mengerti.

159

Page 160: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Pasti Airin kini sudah membenci akak. Namun, ketahuilah, ini semua bukan

kemahuan akak. Airin yang akak kenal, tidak akan mudah membenci, tidak akan mudah

mengkhianati perkenalan kita ini.

Saat pertama kali akak menjejakkan kaki ke Villa Kasih, Airinlah insan pertama

yang menghulurkan persahabatan kepada akak. Dan kini, Airin juga berhak untuk

menariknya kembali.Tetapi, percayalah, akak bukan seperti apa yang diceritakan.

Andai ada suatu masa kita akan bertemu lagi, akak berharap agar waktu itu,

Airin akan mengerti situasi yang sebenarnya walaupun ia tidak seindah yang Airin

apatah lagi akak harapkan.

Namun, akak akan cuba untuk berdiri semula. Akak akan terus untuk bernyawa,

dan andai ada jodoh kita, akak berdoa agar hati Airin dibuka semula untuk menerima

akak dalam hidup Airin.

Salam sayang dari akak untuk Airin. Semoga Airin bahagia hingga ke akhirnya.

Nurul Hafiqah Binti Haji Amir

“Kenapa tak nak cakap dengan Airin?” Esakan itu disembunyikan, menekup

wajahnya dengan bantal.

“Sampai saat-saat akhir ni pun akak masih berahsia.” Tangisan demi tangisan.

Dan akhirnya, Airin tertidur bersama surat yang erat digenggam.

160

Page 161: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

27

PAGI itu semua orang sedang bersiap sedia untuk menghantar Airin ke sekolah barunya.

Jauh dari Kota Kuala Lumpur. Jauh di Pahang. Malangnya, Hariez tidak akan turut serta.

Tinggal bersama Hafiqah dan Mak Teh di Villa.

Selesai bersarapan, Puan Hazrina, Tuan Rizan, Kak Azrin sekeluarga masing-

masing sudah bersedia untuk bergerak. Wajah suram Airin hanya dipandang Hafiqah dari

jauh.

“Fiqa, ini Airin ada kirim pada Mak Teh, minta diberikan kepada kamu.” Satu

sampul besar diserahkan kepada Hafiqah. Sampul itu bertukar tangan.

Dengan segera Hafiqah menuju ke bilik belakang. Tidak sabar untuk melihat isi di

dalamnya.

Apa ni? Sambil tangannya membelek-belek gambar yang ada. Ada sekeping nota

disertakan di dalamnya.

Airin minta maaf sebab lukakan hati akak. Tapi, Airin tak pernah salahkan akak.

Airin lebih kenal siapa kak Fiqa. Airin pergi kali ini untuk mengurangkan beban yang

sedang akak tanggung. Airin tahu, akak tak cintakan abang Hariez. Dan Airin juga tahu

yang kak Fiqa sukakan abang Fariez dan dia juga ada perasaan yang sama terhadap

akak. Gambar ini dia kirimkan untuk akak, dan andai suatu masa nanti akak perlukan

dia, dia akan sentiasa ada. Begitu juga Airin. Di sini Airin sertakan alamat untuk akak

kirimkan surat. Airin sentiasa doakan kebahagiaan kak Fiqa. Kalau akak ada masa,

jangan lupa hantar mesej pada Airin ya?

161

Page 162: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Gambar Fariez dan di belakangnya tertulis nombor telefon dan alamat. Juga

disertakan sebentuk cincin.

Untuk Hafiqah, walaupun ku tahu kau bukan milikku. Namun, cincin ini, khas

untukmu.

Demikian tertulis pada kad yang diikat bersama cincin itu. Dibelek, ada nama

Hafiqah terukir di dalamnya.

Sebutir air mata jatuh. Namun, untuk memakai cincin itu tidak mungkin bagi

dirinya. Dia kini isteri orang. Sebelum Hariez nampak, baik aku simpan semua ni. Dan

akhirnya, kesemua pemberian Airin itu dimasukkan ke dalam laci meja kecilnya.

Tidak mahu dikatakan malas oleh Hariez, cepat-cepat Hafiqah keluar dari bilik

kecil itu. Semalam sudahlah dimarahi gara-gara baju yang tidak mahu dibuangnya, hari

ini entah apa pula sebab yang akan dijadikan punca untuk dia dimarahi. Dan seperti yang

dijangka, Hariez memang sedang mencarinya.

“Perempuan! Kau jangan nak sembunyikan diri pulak. Ke mari kau.” Kasar

panggilan Hariez kepadanya. Namun, Hafiqah tetap kelihatan seperti tidak terusik.

“Semalam kau nak sangat kan jadi orang gaji aku. Mulai hari ini, dan mulai saat

ini, semua kerja di dalam rumah ini akan diuruskan oleh kau dan kau seorang. Mak Teh

pun tak perlu buat apa-apa kerja.” Mak Teh yang kebetulan baru masuk dari pintu

belakang sedikit terkejut dengan permintaan Hariez.

“Kenapa? Hariez nak berhentikan Mak Teh ke?” Air mata sudah berlinangan.

Tidak sampai sepuluh minit rombongan menghantar Airin pergi, Hariez sudah tidak

perlukan khidmatnya lagi.

162

Page 163: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Bukan Mak Teh, mulai hari ini, Mak Teh akan saya lantik jadi penyelia orang

gaji di rumah ni. Mak Teh tak perlu buat apa-apa kerja. Semua kerja mengemas,

memasak, berkebun, mencuci dan lain-lain akan diuruskan oleh Puan Hafiqah kita ni

sendiri. Tapi, Mak Teh tak perlu risau sebab gaji Mak Teh tetap akan jalan seperti biasa

tanpa ada sedikit kekurangan pun. Cuma ingat, jangan buat apa-apa kerja pun. Faham

Mak Teh?” Bingung, lantas wajah Hafiqah dipandang. Wanita itu sedari tadi hanya

menundukkan muka.

“Kalau Mak Teh nak balik terus hari ini pun tak apa. Saya benarkan Mak Teh

bercuti untuk seminggu ini.” Almaklumlah, semua penghuni yang lain pun tiada. Sebab

itu dia sengaja tidak mahu mengikut mereka semua. Lagipun selepas menghantar Airin,

mereka semua telah sepakat untuk pergi bercuti ke Cameron Highlands pula selama

hampir seminggu dan dalam masa yang sama pergi menziarahi keluarga abang Hakimi,

suami kak Azrin yang juga terletak di Pahang.

“Betul ni Mak Teh boleh balik? Bukan sebab Hariez nak berhentikan Mak Teh

ye?” Mata Hariez direnungnya. Lega dengan penjelasan Hariez walaupun tidak difahami

maksud sebenarnya.

“Betul. Mak Teh naik kerja semula minggu depan hari Isnin ya? Bukan Isnin esok

tau?” Mak Teh yang kegembiraan serta merta berkemas pulang. Kalau dah tinggal

berdua tu, nak honeymoon laa agaknya tu, kata hati Mak Teh walaupun sedikit

menyampah apabila memikirkan kemungkinan itu.

Untuk Hafiqah pula, dia sendiri sudah seram sejuk bila Hariez memberi Mak Teh

cuti sehingga seminggu. Entah apa pula yang akan dilakukan lagi kepadanya.

163

Page 164: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Kepulangan Mak Teh disambut gembira Hariez tanda kemenangan sudah berada

di pihaknya. Hafiqah yang sepi di sudut dapur dipandangnya atas ke bawah. Perlahan dan

dengan aura yang sangat menggerunkan dia menghampiri Hafiqah.

Dicengkam tangan Hafiqah dan ditariknya kasar agar membuntutinya berjalan

menuju ke laman.

“Kau nampak apa yang ada dekat luar ni?” Pegangan itu masih tidak dilepaskan.

Hafiqah cuma mengangguk walaupun tidak mengerti apa yang dimaksudkan.

“Aku nak, kau bersihkan laman ni. Potong rumput yang ada. Siram bunga-bunga

yang dah nak mati tu. Lepas tu aku nak kolam ikan tu kau cuci sampai bersih. Aku tak

mahu ada walau sedikit pun lumut dekat dinding kolam tu. Kalau aku tengok tak bersih,

engkau yang akan aku mandikan dengan air kolam tu nanti.” Selesai satu perkara.

Hafiqah menelan liur. Banyaknya kerja? Dia ni dah gila ke? Berapa lama dia

bagi aku masa nak siapkan semua kerja ni?

Namun, tanpa menjawab soalan yang tidak terluah itu, Hafiqah ditarik pula ke

ruang tamu. “Untuk kawasan ni, aku nak kau sapu, mop dan sentiasa pastikan kawasan ni

bebas daripada habuk. Semua barang yang ada ni kau kena pastikan kau lap setiap hari.”

Jari dicalit sedikit pada satu pasu yang terletak di tepi televisyen. “Kau nampak ni?”

Habuk itu terus disapu ke muka Hafiqah. Dan seperti biasa, Hafiqah hanya tenang.

“Sekarang, aku bawa kau ke tempat kau yang sebenarnya.” Dan di sini mereka

kembali semula. Di dapur.

“Setiap pagi, kau yang akan buatkan sarapan untuk semua ahli keluarga. Faham?

Makan tengahari, minum petang dan makan malam. Pukul 8 pagi aku nak dah siap

164

Page 165: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

terhidang. Makan tengahari pukul 1, minum petang pukul 5.30 petang dan makan malam

setiap pukul 8.” Menarik nafas seketika.

“Hari bekerja pun saya kena masak tengahari juga ke Encik?” Sekadar untuk

pengesahan.

“Ada aku kata untuk cuti saja ke? Tak kan… Jadi sama ada hari bekerja ataupun

hari cuti kau sepatutnya masak kecuali kalau aku ada bagi arahan supaya tak payah

masak! Aku akan balik makan tengahari dan untuk tu aku mahu kau layan aku seperti

yang sepatutnya. Faham?” Hafiqah masih juga begitu, mengangguk dan terus

mengangguk.

“Lepas ni, semua baju yang ada dalam rumah ni kau yang perlu basuh, lipat dan

gosok. Aku tak mahu orang lain yang buat. Ingat, aku bayar gaji kau setiap bulan bukan

percuma. Bilik air pastikan kau basuh setiap hari. Aku tak suka bilik air aku kotor!

Semua kerja yang aku cakapkan tadi tu aku nak kau buat setiap hari dan bukan cuma

untuk hari ini. Sekali kau gagal, kau tahulah nasib kau nanti.” Terus ditinggalkan

Hafiqah.

Sebelum ini, bukan semua kerja dibuatnya sendiri. Ada kerja yang dilakukan oleh

Mak Teh dan juga dirinya. Kini, semua kerja itu diletakkan di atas bahunya yang kecil

itu. Sabar Fiqa, ini baru permulaan. Kau dah pernah kena lebih teruk daripada ni, jadi

apa kata kau mulakan kerja?

Kemudian Hafiqah menggaru kepala. Nak mula daripada mana? Dia juga keliru.

Terlalu banyak arahan Hariez yang perlu dilakukan. Hafiqah tersenyum. Ada idea. Dia

masuk ke bilik dan diambil buku nota dan pen dan duduk semula di meja dapur.

165

Page 166: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Sebelum aku lupa nak kena buat kerja apa, baik aku tulis dulu. Nanti barulah aku

nampak semua kerja yang aku kena buat tu.”

Ha, bila dah susun-susun tak adalah banyak sangat pun. Yang paling teruk pun

sebab kena basuh kolam ikan dengan cabut rumput dekat luar tu je.

*********************

“HA, macam nak putus pinggang aku hari ni!” Keluh Hafiqah. Peluh di dahi yang sudah

melimpah jatuh ke leher dikesat dengan hujung tudung. Badan yang sudah berbau masam

membuatkan hidungnya sedikit ternaik. Bau badan sendiri pun tak boleh tahan.

Hahaha…

Mana taknya, siap memasak untuk lauk tengahari Hafiqah terus dengan kerja-

kerja pembersihan kolam. Sudah lama tidak dibersihkan, memang berlumut tebal.

Kenapalah tak bela ikan DBKL je orang-orang kaya ni? Kan tak payah nak bersih-bersih

lagi.

Itu belum lagi dengan kerja-kerja mencabut rumput. Kerja tu buat petang sedikit

pun boleh kot. Hatinya berkata-kata. Pandai-pandai mengikut jadual yang dibuatnya

sendiri. Lagipun lelaki itu tidak menetapkan masa, cuma dia mahu kerja itu dibuat setiap

hari sahaja. Sambil-sambil itu dia menyapu laman yang sudah dipenuhi dengan daun-

daun kering yang jatuh dari pokok-pokok bunga kertas. Puan Hazrina ni suka nak

menghias rumah dengan pokok-pokok bagai, tapi nak mengemas malas. Tidak habis-

habis Hafiqah mengomel di dalam hati. Kemudian dia tersedar lalu beristighfar. Mak

mertua aku juga.

166

Page 167: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Walaupun penat, namun Hafiqah tetap cuba menceriakan diri menjalankan tugas

yang telah diserahkan. Selagi Hariez tak mengganggu dia buat kerja, dia tidaklah rasa

terlalu terbeban. Dan serta-merta, Hafiqah mengerling jam di ruang tamu. Dah pukul

1200. Patutlah teriknya lain sangat. Mujur aku dah masak awal. Cuma nak hangatkan

lauk saja, tak perlu lama sangat.

Hafiqah segera bangun. Ikan yang diletakkan awal tadi di dalam baldi,

dimasukkan semula ke dalam kolam. Ditaburkan sedikit makanan ikan sebelum dia

mengemaskan bahagian sekitar kolam.

Selesai dengan kolam, terus Hafiqah masuk ke bilik belakang. Telah disiapkan

sedikit pakaian untuknya sekiranya perlu. Iyalah, sudah main kotor dalam kolam tadi,

takkanlah dengan baju yang basah itu nanti dia nak masuk semula ke dalam bilik Hariez

yang bersih itu. Makin marahlah dia nanti. Cepat-cepat Hafiqah masuk ke bilik air.

Sedang Hariez, baru terjaga daripada tidur. Perut yang terasa lapar diraba-raba.

Mencari-cari baju yang dicampak ke tepi katil sebelum tidur tadi. Tanpa melihat jam, dia

bangun dan menuju ke tingkat bawah.

Melihat ruang tamu yang kelihatan sudah tersusun, Hariez menuju ke ruang

laman. Walaupun sedikit mamai, tetapi Hariez tetap ingat dengan jelas arahan yang telah

diberikan kepada Hafiqah. Diperhatikan kawasan sekitar. Kolam ikan sudah pun berganti

air, tiada lagi lumut. Bersih. Bagus.

Namun, melihat daun-daun yang berserakan di tanah, membuatkan Hariez sedikit

terbakar. Lantas, wajah Hafiqah dicari di dapur.

Aik, dia boleh mandi pulak? “Hafiqah!” Diketuk pintu bilik air berulang kali.

167

Page 168: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Sekejap Encik!” Laung Hafiqah daripada dalam. Apa lagi dia ni nak? Terburu-

buru Hafiqah memakai pakaian. Asal boleh dipakai.

“Kau buat apa dekat dalam tu?”

“Mandi encik.”

“Mandi? Kau dah kemas semua dekat luar tu ke kau nak mandi?” Membuntang

mata memandang Hafiqah.

“Saya baru lepas basuh kolam tadi. Bau hanyir encik.” Mata memandang ke

bawah.

“Lepas tu kau nak sapu luar lagi, lepas tu mandi lagi? Kau saja nak menghabiskan

duit aku buat bayar bil air kau kan?” Lagak seperti mak tiri zaman dahulu, Hariez sudah

bercekak pinggang.

“Tak, tak. Saya ingat nak hidangkan encik lauk tengahari dulu. Nanti encik tak

selera makan kalau saya berbau busuk. Laman tu saya kemaskan petang. Maafkan saya

encik.” Sedih hati dianggap serong oleh Hariez. Eleh, bukan luak pun kalau aku mandi

setakat tiga kali sehari. Cit!

“Dah, sekarang sebelum aku hilang selera tengok muka kau tu, baik kau

hidangkan aku makan. Aku dah lapar!” Sengaja Hariez duduk di meja makan. Menunggu

Hafiqah menghidangkan makanan tengahari kepadanya.

“Baik Encik.”

168

Page 169: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

28

Airin : Barang yang abang kirim tu Airin dah bagi pada dia.

Fariez : Terima kasih. Apa respond dia?

Airin : Tak tahu. Airin pass pada Mak Teh. Abang macam mana?

Fariez : Macam nilah. Thanks ya sebab support abang jadi BF kak Fiqa instead of

abang Hariez..

Airin : Airin tak rasa yang kak Fiqa sukakan Abang Hariez. Dia nampak macam

tak happy je semenjak kahwin ni.

Fariez : Kita tengok je la Airin. Apa-apa pun kita doakan dia bahagia. Abang

harap Airin boleh laporkan berita tentang kak Fiqa pada abang. Abang

jauh, cuma harapkan pada Airin je.

Airin : Sekarang Airin pun dah jauh. Airin dah kena hantar sekolah dekat

Pahang. Umi dan papa tak suka Airin kawan dengan kak Fiqa lagi. Tapi

Airin tahu ni semua idea abang Hariez.

Fariez : Abang tahu dia memang tak sukakan Hariez, tapi itu pilihan yang dia

buat. Kita kena hormati keputusan dia. Cuma make sure, apa-apa yang

jadi pada dia, inform abang. Abang akan terus fly ke sana. Do me a

favour, let me know. Okey?

Airin : Okay. Noted with love. Make sure. Nanti rampas balik dia daripada abang

Hariez, ya?

Fariez : Only and only if she’s not happy with him, I will. Thanks for the love

anyway. Dah pergi study.

169

Page 170: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Airin meletakkan Samsung SII miliknya ke tepi bantal. Buat masa ini, Abang

Fariez itulah temannya. Berada di sekolah baru, benar-benar membawa perubahan dalam

hidupnya. Dia yang tidak betah hidup berjauhan dari keluarga kini merasa sunyi. Mujur

sekolah berasrama ini membenarkan pelajarnya membawa telefon ke asrama. Dengan

syarat, sebarang kehilangan tidak akan ditanggung. Eleh, mana ada sekolah nak

tanggung kot.

Sering berhubungan dengan Fariez, dia jadi serba sedikit tahu dan mengerti

tentang pembohongan yang Hariez katakan. Jadi benarlah, peristiwa itu memang

didalangi oleh Hariez sendiri. Dan seperti yang dinasihatkan Fariez, mereka harus

melihat sejauh mana rentak Hariez dan selama mana Hafiqah akan terus berlakon.

Hari pertama di asrama, papa dan umi sudah pun pergi berjalan, Airin pula masih

tawar hati untuk mengenal rakan-rakan. Hanya duduk mendiamkan diri di bilik. Tidak

betah mengenal dunia baru. Mungkin inilah yang dirasakan kak Fiqa saat pertama kali

masuk ke Villa Kasih. Salah pilih kawan, mungkin nasibnya juga sama seperti kak Fiqa,

dianiaya oleh insan sekejam abang Hariez.

Terkenang pula apakah reaksi Hafiqah saat menerima cincin yang dikirimkan

Fariez sebelum pemergiannya ke Amsterdam. Entah Mak Teh dah bagi ke belum, dia

tidak sempat pula bertanya. Nak bertanya sekarang, sudah pun malam lewat. Akhirnya,

Airin mengambil novel ‘Andai itu Takdirnya’ dan membacanya.

***************

170

Page 171: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

FARIEZ memandang ke arah langit yang terbentang luas. Berbaring di balkoni rumah

barunya sedikit sebanyak membawanya ke arah ketenangan. Haish, dah macam orang

gila bayanglah aku ni.

Jauh dia membawa diri ke negara orang dek hati yang ditoreh Hafiqah dan Hariez.

Sayangkan kawan, lepaskan cinta. Akhirnya aku sendiri yang merana. Sedih

mengenangkan apa yang dilakukan Hariez, tetapi lebih sedih lagi bila mengenangkan

Hafiqah yang sanggup menerima Hariez walaupun dia amat yakin Hafiqah tidak

mencintai Hariez.

“Apalah aku nak buat? Pandang kiri dia, pandang kanan pun dia. Mana-mana pun

tetap dia.” Pantas tangan menaip pesanan ringkas kepada seseorang.

Kau rasa-rasa diorang bahagia tak lepas buat aku macam ni? – Fariez

Tidak sampai lima minit, telefon berbunyi. SMS baru masuk.

Kenapa? Tak tentu arah? Kau nak aku checkkan untuk kau ke? – Ikmal

Kalau kau naklah. Kalau mangkuk tu aniaya dia, aku balik Malaysia malam ni

jugak. – Fariez

Kalau tak? Kau nak menetap dekat sana terus ke? Dahlah tu, bawak-bawaklah

bertenang. Bunga bukan sekuntum. Kenapa perempuan tu jugak yang kau rebutkan ha? –

Ikmal

May be! – Fariez

Ya, bunga bukan sekuntum, tetapi bunga itu yang telah menawan hatinya. Bunga

itu yang telah merebut hatinya. Ikmal satu-satunya orang yang diharapkan untuk

membawa pengkhabaran terbaru tentang mereka. Dengan Airin jauh di Pahang, Cuma

Ikmal sahajalah jalan yang terdekat. Cuma sekali ini dia mahu cerita tentang mereka.

171

Page 172: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Andai mereka bahagia, mungkin dia boleh berlega hati dan membuka lembaran baru di

sini.

Fine. For you lah my friend. Jangan bawa hati lama-lama sangat. Nanti aku

checkkan untuk kau. Make sure, kau balik sini. Kita keluar sama-sama balik. Jangan

gaduh-gaduh, kita kan sworn brothers. – Ikmal

Thanks. But no promise. Love you, bro. – Fariez

Tertawa kecil Fariez membaca mesej terakhir kepada Ikmal. Mesti mereka marah

dengannya kerana terlalu sanggup meninggalkan mereka demi berebut cinta dengan

Hariez.

But who cares, aku juga punya hati dan perasaan. Damn!

172

Page 173: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

29

MENGENALI lelaki ini, Aimi terasa bagaikan di awang-awangan. Lelaki kacak yang

sering diidam-idamkan ingin berkenalan dengannya. Malah, dia memiliki lebih dari

wajah yang kacak. Dengan kereta mewah BMW 5 Series miliknya, Aimi rela hati

mengekorinya walau ke mana sahaja dibawa.

“I tak biasalah kalau bawa you tapi tak kenal dengan parents you. Nanti apa pula

kata they all kan. Nak bawa anak dara mereka keluar tapi tak jumpa mereka, I rasa tak

sedap hatilah. I tak pernah ada kawan perempuan. You ni pun Alisa yang kenalkan pada

I.” Lelaki bernama Zulkifli ini sangat pandai bermadah. Rambut Aimi yang keperangan

itu dibelai-belai hujungnya.

Duduk berduaan sambil mengadap ke pantai sangat membahagiakan. Ditambah

lagi dengan kelembutan angin yang membelai pipi.

Aimi pula semakin termakan dengan kata-kata manis Zulkifli. Pelik juga kenapa

lelaki sekacak ini tidak disapu oleh Alisa dahulu. Lelaki ini kacak, kaya dan bergaya.

Nampak rupa pun macam baik. Takkanlah Alisa tak perasan. Entah-entah dia ni yang tak

nak si Kak Lis tu. Dia pun bukan cantik sangat pun. Cantik lagi aku ni. Ops, terpuji

dirilah pulak!

“Kita pun baru beberapa hari je kenal. Takkan I nak bawa jumpa parents I pula.

Nanti diorang ingat you dah nak masuk meminang I pulak!” Dengan gaya berseloroh,

Aimi tersipu-sipu malu ketawa. Dalam hati pula, owh please say yes!

“Apa salahnya. Kalau ada jodoh, dan family you suka I, kita kahwinlah. Kita

kenal-kenallah dulu kan. At least, record I dengan parents you elok. Tak adalah they all

173

Page 174: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

ingat I ni suka merambu je dengan anak dara diorang kan?” Bertambah berbunga-bunga

hati Aimi mendengarkan kenyataan Zulkifli yang sememangnya diharap-harapkan.

Barulah seluruh ahli keluarga buka mata melihat calon menantu yang dibawa Aimi Adira

untuk keluarga Haji Amir. Bukan macam Hafiqah yang dibangga-banggakan sangat dan

akhirnya cuma memalukan keluarga tu!

“Okey, I tak kisah kalau you betul-betul serius nak jumpa my parents. Tapi nanti,

kalau parents I tanya, you pandai-pandai jawablah ya?” Dengan selamba Aimi mencuit

dada bidang Zulkifli. Tangan yang halus itu ditangkap Zulkifli. Dan dibawa kepala Aimi

dekat ke dadanya.

Bagai merpati dua sejoli, dan bagaikan pasangan suami isteri, tanpa memikirkan

pandangan orang terhadap tingkah laku mereka, Aimi semakin mengemaskan pelukan ke

tubuh sasa itu. Zulkifli juga tidak melepaskan peluang untuk menikmati keindahan alam

yang tertadah luas di dakapannya.

“Tapi my mum tak ada dekat rumah sekarang ni. Yang ada abah I je.” Masih

berada dalam posisi yang sama, melentokkan kepala di dada lelaki itu sambil jemari

menguit-nguit hujung rambut.

“Your mum pergi mana? Your dad tak ikut sekali?”

“Kak long I baru lepas bersalin. So, currently dia stay di rumah kak long I dekat

Pontian. Tolong jaga orang berpantang. Abah I ada kerja dekat sini. So, takkanlah dia nak

ikut mak I bercuti pula kan?” Bagaikan Aimi dapat melihat kepalanya terangguk-angguk,

Zulkifli senyap. Cuma menikmati saat-saat yang ada.

“Okey, kalau macam tu, I hantar you balik lepas ni. Next time, bila I datang JB

lagi, I jumpa dengan parents you, boleh?” Wah, semakin mudah dia untuk memujuk

174

Page 175: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

perempuan di dakapannya ini. Silap-silap hari bulan kalau diajak ke bilik pun dia

sanggup.

“Betul ni? You takkan tipu I?” Dengan wajah pura-pura manja, Aimi menadah

wajah mengharap simpati. Semoga ini bukan kali terakhir dia bertemu dengan lelaki ini.

Lelaki ini cukup sempurna, dan tidak mahu melepaskannya kepada wanita lain.

“Of course la my dear. I kan kena kerja. Ni pun I datang JB sebab nak jumpa

dengan you tau. Semata-mata untuk you. Next two weeks, I datang lagi JB. Waktu tu, you

bawa I jalan-jalan round JB ni ya?” Aimi semakin tidak sanggup berjauhan dengan

Zulkifli. Mahu segera memiliki lelaki ini. Zulkifli pula tidak menolak pelukan yang

diterimanya, namun tidak juga dia menyukainya.

“Anyway, you kerja apa dekat KL tu? Tak cakap pun dengan I.” Aimi mencebik.

Pelukan itu dilepaskan. Ingin juga diketahui lelaki yang bakal bergelar suami kepadanya

ini.

“I ni Engineer.” Haha, belajar pun tak habis lagi. Masih lagi dalam peringkat

Master. Tetapi, perempuan di sebelahnya ini belajar pun setakat paras-paras hidung.

Sekali petik pun, apa sahaja yang diceritakan akan dipercayainya. Dengan mudah sekali,

segala-gala yang diceritakan akan ditelan hidup-hidup.

Manakan tidak. Semua ini hanya dijalankan demi suatu misi. Misi yang hanya

diketahui Haziq apakah langkah seterusnya. Dia cuma diminta untuk mendekati Aimi dan

mendapatkan alamat rumah wanita tersebut.

Dia bukan punya duit pun. Dengan berumpankan wajah yang kacak ini, Haziq

menawarkan dia wang upah yang cukup lumayan. Cuti yang tiba juga memudahkan dia

untuk membantu. Haziq senior sekolahnya merangkap jiran lamanya. Teman yang ramai

175

Page 176: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

digunakan sebaik mungkin. Malah, dia juga yang mengekori wanita Mid Valley itu

semenjak dari hari pertama wanita itu meninggalkan rumah sewa kakak Haziq.

Alasannya, tidak juga diketahui. Asalkan, upahnya masih tetap lumayan.

Kereta yang dipandu, disewakan oleh Haziq daripada seorang rakan. Siapa, tidak

diketahui. Segala perbelanjaan ke mari ditanggung penuh oleh Haziq. Wang perbelanjaan

untuk menunjuk-nunjuk kepada Aimi juga telah disiapkan Haziq awal-awal lagi.

Jumlahnya, usah ditanya berapa. Dia cuma menumpang mewah lelaki itu. Kereta

miliknya pula sedang digunakan Haziq untuk mengekori mereka. Juga tidak diketahui

lokasinya kini. Hanya yang pasti, lelaki itu pasti berada di sekitar kawasan ini, agar tidak

dilihat oleh Aimi.

Apa yang perlu dilakukan, menawan hati wanita itu, dan mengumpannya supaya

membawa dia ke rumah keluarganya. Ternyata, tugas itu paling mudah dilakukan berkat

kebodohan Aimi yang terlalu murah pada pandangan matanya.

“Betul ke you memang tak ada girlfriend ni dekat KL? Selalunya orang dekat KL

ni ramai girlfriend.” Aimi masih lagi cuba menduga hatinya.

“Kalaulah I ni dah ada girlfriend, takkanlah I sanggup buang masa semata-mata

nak jumpa you macam ni. Jauh tau JB-KL ni. Dahlah, jangan risau, I ni tak ada kawan

perempuan macam I dengan you ni.” Lalu kepala itu ditarik semula ke dadanya.

Lama mereka berdua berpelukan sebelum Zulkifli akhirnya menawarkan diri

sekali lagi untuk menghantar Aimi pulang memandangkan hari yang sudah hampir lewat

petang.

176

Page 177: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

30

“KAMBING punya budak! Dia boleh ambil kesempatan betul eh pakai duit aku!” Haziq

yang sepanjang masa hanya memerhatikan dua merpati itu memadu asmara, memegang

stereng kegeraman. Tidak disangka, Zulkilfli yang dianggap masih budak itu dapat

menjalankan tugasan yang diberi dengan begitu baik. Untuk seorang player, dia memang

terbaik!

“Siap meraba bagai, memang ambil kesempatan betul budak ni. Bukan main kau

yer. Aku suruh mengorat kau tibai boleh pegang habis. Yang perempuan tu pun

kenapalah bodoh sangat pergi bagi buaya sengkek tu pegang-pegang kau! Bukannya dia

nak kat kau pun. Jangan nak jual body sangatlah.!” Tidak sudah-sudah dia mengomel

sendirian sepanjang menyaksikan sandiwara yang dilakonkan Zulkifli.

Naik geli-geleman pula dia melihat kemesraan yang dilakukan. Sedang dia yang

di dalam kereta begitu malu dengan perlakuan mereka, apa pula perasaan mereka? Saat

dipandang oleh insan-insan yang lalu lalang.

“Mujur kau dah bangun. Lambat sikit lagi, memang aku telefon kau. Malam

sikitlah kau nak buat maksiat depan mata aku ni lama-lama.” Memikirkan betapa

banyaknya dosa yang telah dikumpul sepanjang usahanya menjejak Hafiqah, Haziq

kembali beristighfar. Sama ada Hafiqah sudah bersuami atau pun belum, wanita suci itu

harus ditemui. Keampunannya harus dipinta bagi melangsaikan semua dosa-dosa silam.

Seketika, satu pesanan ringkas masuk ke telefon bimbitnya.

OTW. Follow me. – Zulkifli

177

Page 178: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Haziq senyum. Enjin Proton Saga yang dinaikinya segera dihidupkan. Tidak

mahu berlengah. Setiap saat adalah begitu berharga. Lebih-lebih lagi semakin dia

menghampiri Hafiqah.

Dia juga tidak begitu mahir dengan jalan di bandaraya Johor Bahru. Silap jalan

mahu tersesat dia dibuatnya. Diekori BMW itu dengan penuh berhati-hati. Sempat juga

berpesan kepada Zulkifli, jika ada lampu trafik yang akan bertukar ke merah supaya dia

tidak melepasinya dan menunggunya untuk lepas bersama. Kalau sahabatnya itu boleh

memberi arahan jalan yang tepat, tak apalah juga. Ini, dia pun lebih kurang sama juga.

Mereka memasuki jalan ke Taman Perumahan JP Perdana. Meredahi satu demi

satu lorong yang ada. Dan akhirnya berhenti di hadapan deretan rumah yang berdepan

dengan tanah yang dipenuhi dengan pelbagai jenis pokok bunga. Alhamdulillah, rajin

orang-orang dekat sini berbudi pada tanah.

Tidak mahu terleka, Haziq kembali semula memerhatikan Zulkifli dan Aimi.

Tidak cukup bermesra-mesra di dalam kereta, hingga tiba di depan rumah pun masih lagi

berpegangan tangan. Haziq sekadar menggeleng kepala. Lain orang lain caranya. Namun,

sepanjang dia mengenali Hafiqah, tidak pula wanita itu sanggup membiarkan tangannya

dipegang oleh orang lain.

Lima minit berlalu. Sepuluh minit berlalu. Haziq masih lagi setia menanti.

Hampir tiba lima belas minit, Zulkifli masih tiada tanda akan beredar. Haziq hanya mahu

memastikan Aimi masuk ke rumah yang tepat sebelum dia ke langkah seterusnya.

Akhirnya, telefon diambil dan ditaipkan mesej.

Dah sampai rumah dia tu. Tugas kau dah habis Blah!. – Haziq

178

Page 179: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Rileks la der… Dia tengah layan sama aku ni. Bagi dia syiok sikit, pastu aku blah.

– Zulkifli.

Banyak kau punya syiok. Nak maghrib. Takkan nak tunggu aku azan dekat telinga

kau pulak? – Haziq

Hehe.. Noted with love – Zulkifli

Banyaklah kau punya love! Alhamdulillah, bergerak juga mamat ni. Haziq sudah

boleh menarik nafas kelegaan saat melihat Zulkifli akhirnya melambaikan tangan dan

bergerak memasuki keretanya. Diperhatikan sehingga Aimi masuk ke dalam rumahnya.

Ya, rumah yang bercat kelabu itu. Haziq terus memandu ke depan dan melihat ke nombor

rumahnya. Jarinya juga pantas menaipkan pesanan ringkas kepada Zulkifli.

Thanks Zul, you are my long life friend! Tunggu aku depan Domino. Jangan pergi

jauh.

**********

HAJI Amir memandang dari atas hingga ke bawah lelaki itu. Kali ini entah siapa pula

lelaki yang masuk ke rumahnya. Sekarang ini dia begitu pesimis dengan mana-mana

lelaki tidak dikenali yang muncul di hadapan rumahnya.

Dahulu, seorang lelaki yang tidak dikenali datang untuk memberitahu bahawa dia

ingin menikahi anak perempuan kesayangannya kerana telah ditangkap khalwat. Petang

tadi, lelaki yang entah mana dilihat memegang tangan anak perempuannya yang satu itu.

Anak perempuannya yang ini pula walaupun sudah dipesan berulang kali, masih juga

tetap degil berkeliaran dengan sembarangan lelaki yang dia sebagai bapa pun tidak kenal.

179

Page 180: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Sekarang ini, entah siapa pula. Nampak seperti orang baik-baik, tetapi seingatnya, dia

tidak pernah melihat ada kawan-kawan Aimi seperti lelaki ini.

“Yang kamu ni ada apa pula datang ke rumah aku?” Sengaja disergah lelaki muda

itu. Biar dia tahu, dia tidak mudah melepaskan anak-anaknya kepada orang sembarangan.

Orang muda zaman kini kebanyakannya sudah tidak menghiraukan hati tua sepertinya.

“Saya datang ke sini sebenarnya sebagai kawan Hafiqah.” Mujur Aimi tiada di

ruang tamu saat ini.

“Aku tak ada anak nama Hafiqah. Kamu dah salah rumah.” Silap besar anak

muda itu kerana menyebut nama Hafiqah kepadanya.

“Saya yakin saya berada di rumah yang betul. Tadi anak perempuan pak cik kan?

Aimi?” Lagak gaya Haziq yang bagaikan sudah menyiasat seluruh latar belakang

keluarganya membuatkan hatinya sedikit cuak. Lantas dicekup leher baju Haziq.

“Kau nak apa datang rumah aku? Tak habis-habis lagi si Hafiqah tu memalukan

aku?” Mencerlung matanya menikam ke mata Haziq. Takut juga Haziq memandangnya.

Namun, dia harus cekalkan hati.

“Saya datang untuk membetulkan fakta. Kenyataan yang saya rasa pak cik pun

tak tahu asasnya. Kalau pak cik boleh bertenang, saya harap untuk selesaikannya supaya

semua salah faham yang ada ni terlerai dengan segera.” Dia sudah lama bertekad. Kalau

malam ini, dia teruk dibelasah oleh ayah Hafiqah pun dia sanggup. Memang salahnya

kerana mengambil masa yang terlalu lama untuk berterus terang.

“Kau tak payah cakap nak berbelit-belit. Sekarang kau cakap, siapa kau dan apa

kau nak dengan keluarga aku!” Melihat Haji Amir masih dengan reaksi marahnya, Haziq

memejamkan mata. Dikumpulkan segala kekuatan yang ada sebelum meneruskan bicara.

180

Page 181: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Pak cik mesti pernah dengar tentang kes Hafiqah kena tangkap khalwat dengan

adik tuan rumah dia menyewa. Sayalah lelaki tu pak cik!”

Duk!

Haziq jatuh terduduk ke lantai. Dipegang pipinya dan sebelum dia sempat

bangun, tubuhnya sudah diragut ganas oleh Haji Amir.

“Berani kau cakap dengan aku macam tu, lahanat!” Dengan kemarahan yang

begitu meruap-ruap satu lagi tumbukan dilepaskan ke muka Haziq. Darah yang

bersembur ke lantai itu dibiarkan sahaja. Itu semua belum cukup selagi wajah Hafiqah itu

tidak dilihat dengan matanya sendiri. Dia tidak mahu nyawanya berakhir di sini.

“Ya pak cik, memang saya yang ditangkap khalwat dengan Hafiqah tapi itu bukan

bermaksud kami suka sama suka. Ada orang yang aniayakan kami. Kalau pak cik boleh

bersabar dan dengar penjelasan saya sebelum pak cik ambil keputusan untuk pukul saya

lagi.” Ditahan tangan tua itu dengan tangan mudanya. Agak sukar juga memandangkan

posisinya yang masih terduduk.

“Apa lagi alasan yang kau nak bagi? Apa yang Hafiqah dah pesan pada kau?

Siapa yang nak aniayakan kau!” Akhirnya Haji Amir terduduk di kerusi. Takut Haji Amir

bertindak kasar semula, Haziq cepat-cepat mengeluarkan telefon bimbitnya.

“Saya bukan nak mereka-reka cerita atau nak tegakkan benang yang basah. Tapi

itu memang hakikat yang Hafiqah dan saya dah difitnah oleh orang yang tak sukakan

kami. Orang tu Alisa, kalau pak cik kenal, dia tu kawan Hafiqah yang duduk serumah

dengan Hafiqah.”

Haji Amir tercengang. Mengurut-urut dada menahan sabar. “Kenapa dia nak buat

macam tu? Takkan lah dia sanggup nak aniaya kawan baik dia sendiri?”

181

Page 182: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Macam yang saya cakapkan tadi. Saya bukan nak tegakkan benang yang basah

pak cik. Tapi ini lah perkara yang berlaku. Pak cik dengar sendiri pengakuan dia masa

saya berjumpa dengan dia baru-baru ni.” Rakaman suara semasa menculik Alisa tempoh

hari diperdengarkan semula. Tersandar ke sofa tubuh tua itu. Tangannya memicit-micit

dahi yang berkedut seribu. Tanpa rasa bersalah anak itu mengakui perasaan cemburunya

terhadap Hafiqah.

Namun, yang lebih membuatkan dirinya merasa terkilan adalah apabila

mengenangkan hukuman yang telah dijatuhkan kepada Hafiqah. Anak itu dihukum tanpa

dibicarakan. Dibuang dari rekod keluarga, bagai tidak pernah dilahirkan dalam keluarga

ini.

“Ya Allah, apa yang aku dah buat ni?” Meraup wajah tuanya dengan berjuta

penyesalan. Terlalu ingin bertemu dengan Hafiqah saat itu jua.

Yang paling menambahkan penyesalannya, nombor telefon menantunya dan

Hafiqah telah dibuang lama dahulu. Hanya alamat yang diketahui. Namun, untuk terus ke

Kuala Lumpur pada malam-malam begini tidak mungkin. Esok dia harus ke Pontian

dahulu mengambil isterinya dan kemudian baru mereka boleh bergerak ke Kuala Lumpur

dengan serta merta. Dia tidak mahu menambah rasa bersalah itu dengan menjauhkan lagi

kasih sayang isterinya terhadap anak yang satu itu.

“Kenapa kamu tak cari pak cik awal-awal lagi? Kenapa baru sekarang? Kamu

tahu tak apa yang pak cik dah buat pada dia?” Digoncang kuat bahu Haziq. Haziq yang

terpempan melihat Haji Amir menangis di hadapannya sekadar menggeleng.

182

Page 183: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Kamu tahu tak aku dah kahwinkan dia walaupun dia beriya-iya tak mahu kahwin

dengan lelaki tu. Dia beriya-iya kata yang dia tak salah. Entah-entah kali ini pun dia kena

aniaya.” Entah apalah dosa anaknya itu sehingga dianiaya oleh orang di sekelilingnya.

“Maksud pak cik Hafiqah dah kahwin? Bila?” Tertunduk Haji Amir.

“Aku baru kahwinkan dia dua minggu lepas. Aku tak kenal pun lelaki tu. Dia pun

kata dia kena tangkap khalwat macam kamu. Sedangkan aku tak kenal pun dia tu siapa.

Aku marah dia. Aku buang dia. Aku lebih percayakan orang yang aku tak kenal daripada

anak aku sendiri. Kenapa kamu lambat sampaikan cerita ni pada aku?”

Menyesal sekarang pun sudah tiada guna. Terlajak kata buruk padahnya.

“Saya tak tahu pak cik. Puas saya cari di mana dia sekarang ni. Dengan harapan

saya dapat membetulkan kesalahan saya. Saya tak tolong dia untuk jelaskan keadaan

yang sebenar hari tu. Masa kejadian tu saya tak sedar lagi. Saya pun tak tahu apa yang

berlaku. Kakak saya terus bawa saya jauh dari Mersing. Dan bila saya nak cari dia

semula, kawan dia tu pun dah pindah pak cik. Saya memang dah buntu pak cik. Bila saya

dah tenangkan hati saya barulah saya cari dia semula sebab selagi saya tak berjumpa

dengan Hafiqah, saya memang tak rasa gembira pak cik. Saya memang bersalah sebab

tak betulkan keadaan ni daripada mula.”

“Kamu ingat sekarang ni aku gembira bila tahu aku sendiri dah aniaya hidup anak

aku?” Meninggi sedikit suaranya, namun cuba ditahankan gelodak amarahnya.

“Sekarang ni, saya betul-betul minta ampun dengan pak cik sekeluarga. Saya

minta jasa baik pak cik, untuk berikan alamat Hafiqah. Saya perlu berjumpa dengan dia

secepat mungkin supaya hal ni boleh diselesaikan dengan segera. Saya tak kisah,

walaupun saya memang sukakan dia, tapi saya akur, kalau jodoh dia bukan dengan saya.

183

Page 184: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Sebab daripada mula perkenalan, dia memang tak pernah sukakan saya. Jadi, saya minta

tolong sangat-sangat pak cik, tolonglah saya.” Haziq sudah berlutut di hadapan Haji

Amir. Entah bagaimana, hatinya begitu rapuh melihat keluhuran anak muda itu yang

bersungguh-sungguh untuk menemui Hafiqah. Jika tidak, masakan setabah itu dia cuba

mencari Hafiqah sehingga ke Johor Bahru.

184

Page 185: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

31

AIMI yang sedari tadi mendengar perbualan itu dari belakang dinding senyap tidak

terkata. Macam mana si Haziq ni boleh tahu tentang rumah mereka? Menjelaskan

kesemuanya kepada abah tanda kematiannya juga sudah semakin hampir.

Dengan seberapa segera Aimi berlari menuju ke biliknya. Telefon di atas meja

dicapai dan cepat-cepat didail nombor Alisa. Tidak berangkat. Damn! Gerutu Aimi dalam

hati.

Tiga kali panggilannya tidak berangkat dan cuma masuk ke peti suara. Namun itu

tidak mungkin akan melemahkan semangatnya untuk mengkhabarkan berita yang tidak

diduga itu kepada Alisa.

“Hello.” Akhirnya berjawab juga. “ Kak Lis, you have no idea what have just

happened over here.”

“Hm…” Malas dia untuk melayani Aimi saat ini. Dia kembali ke rumah ibu

bapanya pun semata-mata untuk menyelamatkan diri.

“Haziq datang rumah aku tadi! Habis dia beritahu abah aku tentang kau yang

aniaya si Hafiqah. Macam mana ni?” Aimi masih tidak mengesyaki apa-apa.

“Apa pulak aku! Kan kau yang buat rancangan ni. Kau tanggunglah sendiri. Aku

tolong kau je.” Alisa mula naik angin. Sudahlah Haziq mengugutnya hari itu, sekarang ini

senang-senang sahaja Aimi meletakkan dia seorang untuk menanggung permasalahan itu.

“Eh kak Lis. Kau yang buat kat rumah tu seorang-seorang. Kau jangan nak

babitkan aku pulak!” Geram pula dia. Dia cuma menyampaikan berita kepada emak dan

185

Page 186: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

ayahnya sahaja. Bukan dia pun yang merancang. Dia cuma menolong Alisa

melaksanakan proses itu.

“Kau jangan lupa Aimi, aku boleh cakap dengan parents kau tu yang kau tu

memang terlibat sekali. Nampak macam kau tak ada kan? Tapi kau juga yang mengapi-

apikan mak abah kau tu. Kan kau sibuk sangat nak harta diorang tu?” Hah, kalau macam

ni, si Haziq tu nak buat apa pun pada Aimi dia sudah tidak ambil peduli. Pandai-pandai

Aimilah untuk menjaga dirinya.

“Tapi aku tak ada masa kejadian tu. Tak ada bukti pun kalau kau nak melibatkan

aku sekali. Si Haziq tu pun tak ada bukti nak sabitkan aku dengan kes dia.” Yakin, dia

tidak akan dipersalahkan.

“Menyesal aku buat benda ni dengan kau. Nak lepaskan tengkuk kau je! Lantak

kau lah Aimi kau nak buat apa. Kau yang menghadap mak abah kau. Aku dekat sini.

Peduli apa aku dengan kau!” Terus talian diputuskan.

Sebodoh-bodoh Aimi, dia juga tidak mahu namanya terlepas sehingga abahnya

tahu. Aimi juga turut mencampakkan telefon bimbitnya ke katil. Ada hati dia nak letak

nama aku sekali. Kurang ajar betul!

“Buat air lagi baguslah daripada fikirkan benda ni. Si Hafiqah punya pasallah ni!

Balik-balik dia, dia, dia, dia!” Membentak-bentak kakinya dan keluar untuk ke dapur.

Alangkah terperanjatnya Aimi saat melihat Haji Amir sudah terbaring tidak

sedarkan diri di hadapan biliknya.

Ah, masalah! Takkan abah dengar apa aku cakap tadi? Matilah aku…

Pantas, didail nombor telefon Uda agar segera pulang dari kerja malam.

186

Page 187: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

32

SEMALAM seharian dia kepenatan melayan karenah Hariez. Dan entah apa mimpi,

malam tadi dia disuruh tidur di bilik lamanya. Bagai orang mengantuk disorongkan

bantal, Hafiqah lantas mengambil apa yang perlu untuk keperluan pada hari yang baru

nanti. Dan dek kepenatan yang teramat, tidurnya lena hingga ke pagi. Pagi ini, Hafiqah

bangkit lebih awal daripada semalam. Kerja semalam telah disusun dalam jadual sebaik-

baiknya supaya tidak bertindihan dengan kerja lain yang entah apa akan diberikan oleh

Hariez kepadanya.

Usai bersolat Subuh dan mandi, Hafiqah mengemas dapur. Kalau dia bising di

dapur tidaklah ketara bunyinya di bilik Hariez di tingkat atas. Kalau seawal subuh ini dia

sudah mulakan operasi mengemas ruang tamu, takut bunyi bising vakum pula

mengganggu ketenteraman lelaki itu yang pasti sedang lena diulit mimpi.

Orang kata kalau buka pintu dan tingkap awal pagi, rezeki mudah masuk. Untung

orang kaya ni ambil aku bekerja, sepatutnya mereka fikir macam aku ni. Tak adalah si

Hariez tu sibuk asyik kata aku ni nak menghabiskan rezeki yang dia cari tu.

Baju kotor mula diasing-asingkan ke dalam baldi yang tersedia. Pelik juga, entah

bila masanya tiga baldi yang telah dikosongkan semalam sudah penuh semalaman. Ini tak

lain mesti kerja encik Hariez ni. Sabar, sabar. Macam budak kecil!

Masih tekun meneruskan kerjanya, baju yang telah siap diasingkan dimasukkan

ke dalam mesin basuh. Sabun pencuci dituangkan mengikut sukatan sebelum operasi

mesin di ‘on’ kan.

187

Page 188: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Ah, sudah! Apa pulak tak kena dengan mesin ni? Semalam elok je aku basuh baju

orang tua tu? Dah lah dengan baju yang berlambak-lambak hari ni. Jangan dia nak

main gila dengan aku pulak. Putus karang urat pinggang aku ni nak cuci tangan baju-

baju ni semua!

Hafiqah sudah bercekak pinggang. Satu demi satu punat pada mesin itu ditekan.

Tiada tanda ianya akan berfungsi. Mencari punca elektrik dan dimatikan, sebelum

dihidupkan seketika kemudian. Namun, mesin itu masih tetap pegun seperti tiada apa.

Ini memang sengaja nak membunuh akulah. Wahai encik mesin, kasihanilah

daku, janganlah dianiayai diriku ini.

Dipeluk dan dicium mesin basuh itu. Wajahnya yang baru tidak seperti akan rosak

dalam tempoh walaupun lima bulan akan datang. Tetapi, yang pasti mesin itu sudah

rosak, dan saatnya adalah sekarang ini!

Hafiqah bagaikan ingin mengalirkan air mata. Tidak disangka yang ia akan

menjadi punca utama kelewatan dalam setiap jadual yang telah disusun semalam. Hajat

di hati ingin menyiapkan kerja-kerja membasuh seawal pagi supaya dia boleh

meneruskan dengan kerja-kerja memasak dan mengemas kawasan laman yang semalam

tidak bersiap.

Dengan perlahan Hafiqah menapak ke bilik Hariez. Nak tak nak dia perlu

bersemuka dengan lelaki itu. Harapannya, Hariez sudah bangun dan boleh bertolak ansur

untuk dia menyiapkan kerja itu sedikit demi sedikit ataupun dihantar sahaja baju-baju

yang bertimbun itu ke dobi.

188

Page 189: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Namun, doanya mati saat melihat Hariez masih lagi tidur dengan lenanya. Tanpa

bunyi, Hafiqah masuk dan duduk bersimpuh di hadapan Hariez yang masih terpejam

matanya. Lama dia begitu.

Sedang Hariez, sebelum dinihari lagi sudah bangun. Dia yang baru hendak

melelapkan mata dapat mendengar keluh kesah Hafiqah yang baru menapak masuk ke

biliknya. Namun mata masih dipejamkan, tetapi dia jadi tidak sampai hati pula. Pura-pura

membuka mata dan alangkah terkejut melihat Hafiqah memandang tepat ke arahnya.

“Hah! Kau nak apa pagi-pagi buta ni dekat bilik aku?” Jerkahannya jelas

menambahkan kesayuan di wajah yang sudah sedia polos itu.

Takut-takut, tetapi apa yang tersurat harus disampaikan. Diberanikan diri

bersuara, walaupun nadanya agak terketar-ketar. “Mesin basuh rosak encik.”

“Jadi?” Kepala dipalingkan ke sebelah sana. Serasa ringan sahaja tangan Hafiqah

untuk melepuk kepala encik suami yang TERAMAT disayanginya itu. Cool!

“Baju yang encik letakkan semalam tu boleh hantar dobi ke? Banyak tu encik

kalau saya nak basuh.”

What? Dobi? Terus tubuh diangkatnya dan mata merenung tajam ke dalam mata

Hafiqah. Berani betul minta benda-benda macam ni dengan aku!

“Sekarang ni dah tau nak membazir pulak? Yang aku bayar gaji kau bulan-bulan

tu buat apa? Gaji buta?” Menguncup tubuh Hafiqah kerana terlalu takutkan kemarahan

Hariez pagi ini.

“Tapi, mesin basuh kan rosak…” Mengharap simpati lelaki di hadapannya kini

bagai mencurah air ke daun keladi.

189

Page 190: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Dah! Aku tak mahu dengar. Apa cara pun kau basuh sendiri. Pandai-pandai kau

lah nak siapkan kerja. Sekarang berambus! Aku nak tidur!” Kepala dipaling

membelakangkan Hafiqah. Bibir mengukirkan senyum sumbing. Suka dapat menambah

kepenatan Hafiqah.

Sebenarnya Hariez semakin sakit hati apabila melihat Hafiqah yang sentiasa

tenang. Kerja yang bertimbun banyak diberikan bagaikan tidak mencuit walau sedikit pun

perasaan tenang itu. Masih boleh ceria melayani kerja-kerjanya walaupun kulit dimamah

matahari yang terik dan kepenatan yang tidak terhingga.

Sengaja dia berjaga seawal tiga pagi untuk merosakkan mesin basuh itu. Biar

langsung tidak boleh digunakan. Kemudian, digeledah bilik ke bilik mencari pakaian

kotor. Walaupun tiada, dicapainya sebarang jenis kain yang bersidaian. Habis-habis

telekung umi dan tuala yang bergantungan dimasukkan sekali ke baldi baju kotor.

Mahu dilihat bagaimana reaksinya hari ini. Cubalah bersabar kalau kau nak

Hafiqah. Kau kan orangnya penyabar. Senyuman semakin memekar dan Hariez mula

untuk bermimpi kembali.

Geram dengan reaksi Hariez, akhirnya Hafiqah akur. Bangun dan kembali untuk

cuba meneruskan kerja-kerja terbengkalai sebentar tadi semata-mata untuk mengharap

bantuan lelaki itu yang sudah boleh diagak daripada mula memang tidak akan

diperolehinya.

Kau tengoklah! Ada masa aku balas memang aku balas!

Hafiqah menarik nafas geram. Namun, apa yang wajib tetap harus dilakukan

dahulu.

************

190

Page 191: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

HAZIQ masih lagi menunggu di dalam kereta. Berkira-kira sama ada mahu menemui

Hafiqah atau pun tidak. Meninjau ke sekeliling rumah itu yang bagaikan tidak

berpenghuni, Haziq akhirnya mengambil keputusan untuk terus menunggu.

Dia sudah berada di hadapan banglo mewah itu semenjak jam empat pagi lagi.

Walaupun gelap malam semakin menganjak pergi, namun Haziq masih setia menanti.

Sudah terjaga dari tidur yang hanya sempat dinikmati selama tiga jam itu menjadikan dia

lebih segar selepas hampir seharian memandu.

Kaya juga suami dia ni kalau betullah ni memang rumah suami dia macam yang

Pak Cik Amir cakapkan tadi. Macam mana dia boleh kenal dengan suami dia tu? Detik

hati Haziq. Cepat-cepat diusir sebarang anasir dan prasangka buruk yang cuba bersarang

di ruang mindanya itu.

Dikerling jam di dashboard kereta. Lagi beberapa minit ke jam sembilan. Suasana

rumah itu masih kekal sunyi. Dan seketika kemudian, coretan senyuman mulai menghiasi

wajah lesu Haziq.

Wajah suci yang amat dirindui, wajah yang amat disayangi dan yang paling

penting wajah yang telah dia cemari dengan noda kehidupan. Masih cantik seperti yang

aku lihat dulu.

Hafiqah mengambil sarung tangan berkebunnya dan asyik melaksanakan tugas.

Hari ini dia tidak boleh lewat dan lari dari masa yang telah ditetapkan. Sebelum pukul

sepuluh nanti dia perlu masuk semula untuk membilas pakaian yang telah direndam

dengan pelembut. Sementara itu, laman yang kelihatan tandus ini perlu diberikan sedikit

sentuhan.

191

Page 192: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Rumput-rumput yang mengelilingi kawasan tapak bunga dicabut satu per satu.

Namun, dia masih boleh mendengar dengan jelas suara insan memberi salam dari luar.

Tak dapat dilihat dengan jelas kerana kawasan di mana dia berada terlindung oleh pokok

bunga kertas yang besar.

Siapa pula yang datang pagi-pagi buta ni? Takkan Mak Teh dah balik dari

kampung kot? Langkah tetap dihalakan ke pintu pagar.

Dan, wajah itu yang dia nampak. Wajah itu tersenyum kepadanya. Kakinya kaku.

Tidak pantas berlari mahupun beredar dari situ. Syukur, batas lelaki itu hanya setakat di

pintu pagar. Dia benci, amat benci dengan wajah itu.

“Assalamualaikum Fiqa. Awak apa khabar?” Lembut bicara. Namun menerjah ke

gegendang telinga Hafiqah bak ribut yang menggegar seluruh saraf jantungnya.

Salam itu tidak bersambut. “Kau nak apa? Untuk apa kau datang dalam hidup aku

lagi? Kalau sekadar nak meminta maaf, sorry, aku tak boleh bagi kemaafan untuk kau

buat masa sekarang ni.” Berpeluk tubuh dan langsung tidak memandang ke wajah Haziq.

Haziq sekadar melemparkan senyum paksa. Nyata dia kecewa. Jelas-jelas Hafiqah

membencinya. Mampukah diperoleh kemaafan itu saat ini?

“Mereka tak bagi saya ruang Fiqa untuk jelaskan keadaan. Masa tu terlalu suntuk!

Awak pun pasti tak jelas kan, dengan keadaan masa tu yang kelam kabut? Saya tak

berdaya untuk jelaskan apa-apa. Memang salah saya dan saya minta maaf sebab awak

terpaksa hadapi semuanya seorang diri.” Dia mahu menjelaskan semuanya. Betapa diri

terlalu malu untuk berdepan dengan Hafiqah. Dia lelaki, tekanan yang dihadapi pasti

tidak sehebat apa yang dilalui Hafiqah. Dia pasti dan yakin tentang itu.

192

Page 193: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Tak berdaya? Kenapa? Suntuk? Hei! Come on lah Haziq! Don’t give me those

lame excuses!” Sambil memandang jelek. “You have no idea what I have gone through

these days. Because of you and your damn sorry!” Sakit hatinya memandang Haziq.

Kenapalah lelaki itu perlu muncul dalam hidupnya selepas semua yang berlaku antara dia

dan Hariez. Kenapa terlalu lewat?

“Awak memang ada hak untuk marahkan saya. Nak benci pun bencilah. Tapi, kali

ini saya datang sebab saya nak jelaskan pada awak. Nak minta kemaafan awak. Macam

yang saya beritahu pada ayah awak. Yang awak memang tak salah. Semuanya berpunca

daripada saya yang mendiamkan diri. Saya tak jelaskan semuanya semenjak dari mula

kejadian tu berlaku. Saya minta maaf Hafiqah.” Ingin sekali dia berlutut di kaki Hafiqah.

Namun jarak antara mereka tidak memungkinkan itu untuk terjadi.

“Dah terlambat Haziq! Dah terlambat. Semua orang dah bencikan saya. Saya pun

tak boleh nak lari dari bencikan awak. Sebab awak, semua benda ni terjadi. Betapa

sakitnya cemuhan yang saya terima dari orang yang saya sayang. Sekarang awak datang,

untuk minta maaf. Ada apa dengan maaf awak tu?! Awak pengecut Haziq! Pengecut!”

Bagai diserang histeria, Hafiqah menjerit kecil.

“Hafiqah, saya…” Cuba untuk menyambung penjelasan, segera dipotong oleh

Hafiqah.

“Awak nak minta maaf kan? Okey, fine, saya maafkan awak. Tapi, saya tak boleh

nak tengok muka awak dalam hidup saya lagi. It’s best if you leave. Go! Jangan tunjuk

lagi muka awak depan mata saya. Berambus!” Lagak seperti rumah itu miliknya,

dihalaunya Haziq pergi. Dia tidak perlukan lelaki itu dalam hidupnya lagi. Sama ada dia

193

Page 194: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

telah menjelaskan kepada abah ataupun tidak, dia hanya akan yakin jika abahnya datang

untuk memberi kemaafan yang dia dahagakan. Mana mungkin abah percaya dia.

Semenjak dari mula mengenali lelaki itu, Hafiqah memang tidak sudi untuk

berkawan dengannya. Sikap lelaki itu yang terlalu suka menunjuk-nunjuk kekayaan

keluarganya memang amat menjengkelkan. Datangnya untuk menghulurkan salam

perkenalan suatu masa dahulu juga dengan cara yang begitu memualkan.

“Saya betul-betul minta maaf. Saya tak pernah bermaksud nak biarkan awak

sengsara. Saya sukakan awak daripada mula. Tapi saya tak sanggup tengok awak

berduka. Tolonglah Hafiqah. Tolong maafkan saya.” Dirayu keampunan dari Hafiqah.

“Kau tak dengar ke apa yang aku cakap tadi? BERAMBUS! Aku tak nak tengok

muka kau lagi dekat sini. Macam yang kau nampak, aku dah bahagia. Jadi, tolong jangan

nak merosakkan rumah tangga aku dengan cerita-cerita sayang kau tu. Kalau tak, aku

report polis. GO!” Suaranya mulai dikendurkan.

Ada tiga sebab kenapa dia terlalu marahkan Haziq. Pertama; gara-gara dia Alisa

sanggup menganiaya dirinya. Kedua; lelaki itu pengecut. Membiarkan dia melalui semua

musibah ini seorang diri. Dan terlalu lama masa yang diambil untuk meminta maaf.

Ketiga; Ini rumah Hariez. Bila-bila masa lelaki itu boleh keluar dan menambahkan lagi

beban yang ditanggung. Sudah cukuplah.

“Please, kalau kau betul sayangkan aku macam yang kau cakap tadi, kau

tinggalkan aku untuk bahagia. Cukup kalau mak dan abah aku yang datang cari aku. Aku

tak perlukan kau dalam hidup aku. Adanya kau, semuanya jadi tunggang-langgang. Jadi,

aku rayu pada kau Haziq. Jangan cari aku lagi. Untuk ketenangan hati kau, aku maafkan

kau. Pergilah.” Semoga lelaki itu mengerti. Semoga dia segera pergi. Semoga Hariez

194

Page 195: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

tidak bersangka yang bukan-bukan seandainya dia melihat semua ini. Doa Hafiqah di

dalam hati.

Dia berjaya memperoleh kemaafan itu saat akhirnya satu senyuman yang paling

ikhlas Hafiqah hadiahkan buatnya. Untukmu Hafiqah, aku tinggalkan kau untuk

mengecapi bahagia. Terima kasih untuk kemaafan ini. Aku sentiasa mendoakan

kebahagiaan untukmu.

Haziq mengerti. Kali ini apa yang dicari telahpun diperolehi. Walaupun tidak

seindah yang diharapkan. Namun, untuk wanita impiannya yang tidak bisa untuk dimiliki

lagi, dia tega untuk melepaskan agar kebahagiaan akan tetap menjadi milik Hafiqah.

Terlupa sama sekali untuk memberitahunya yang Haji Amir akan datang esok untuk

menemuinya.

Hafiqah menyeka air mata yang bersisa. Kenapa dia terlalu pemaaf? Dia teringat

madah yang pernah didapati dalam satu filem korea. A Moment to Remember. Forgiving

isn’t that hard. It’s just giving away your hate a little room in your heart. Pergilah Haziq.

Saya dah maafkan awak. Tetapi untuk menerima awak sebagai teman, mungkin tidak.

Saat berpusing untuk kembali meneruskan kerja, Hafiqah jadi kaget. Hariez

sedang merenungnya dengan tanggapan yang sukar ditafsirkan dari tingkat atas. Jarinya

menunjukkan isyarat agar menuju ke arahnya. Hafiqah akur. Dada semakin berdegup

kencang. Takut dengan sebarang kemungkinan.

Tangga didaki terasa begitu jauh bagaikan sedang mendaki gunung Everest. Penat

dan lesu. Doa mengiringi setiap langkah, agar pertemuan kali ini berakhir dengan

kegembiraan di pihaknya.

195

Page 196: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Hariez sedang duduk memerhatikan dirinya di ruang tamu tingkat atas. Meremang

bulu roma Hafiqah. Terasa diri bakal diterkam bila-bila masa sahaja daripada sekarang.

Hariez menarik nafas panjang sebelum memulakan kata. Kemarahan yang tidak

tertahan. Walaupun mengantuk tetapi dia tetap berusaha untuk bangun awal pagi.

Ingatkan selepas bersarapan untuk lena di pembaringan, ternyata ada perkara yang lebih

hebat terjadi. Meluap-luap rasanya gunung berapi marahnya dan hampir-hampir sahaja

meletus.

Cemburu? Tentu sahaja dia cemburu. Dia suami. Mana boleh Hafiqah berbicara

dengan lelaki lain di belakangnya. Ingatkan dah tamat cerita cinta Fariez, sudah

berakhirlah kisah cinta Hafiqah, namun tidak. Masih ada lagi insan lain yang mencarinya.

“Dah bahagia? Seronok jumpa kekasih lama?” Hafiqah masih menekur lantai.

Tiada keberanian untuk mengangkat muka menghadap wajah Hariez yang pasti amat

menggerunkan saat ini.

Hariez bangun. Langkah demi langkah dan dia kini berada betul-betul di hadapan

Hafiqah. “Siapa jantan tadi tu?” Menipu bermaksud bahana untuk Hafiqah.

“Kawan lama.” Ringkas. Pasti itu bukan jawapan yang tepat, namun Hafiqah juga

tidak berbohong kali ini. Berahsia tidak semestinya menipu.

“Dah pandai bawa jantan dekat rumah aku. Sekarang ni depan pintu pagar, lepas

ni? Masuk bilik?!” Jerkahan yang disertai dengan kekuatan tangan Hariez yang menarik

kasar bahagian belakang kepalanya. Terasa seperti hendak tertanggal urat rambut yang

ada.

“Bukan! Bukan saya yang suruh dia datang. Saya tak tahu pun dia datang.” Ya

Allah, bantulah aku!

196

Page 197: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Kau ingat aku nak percaya?” Tamparan yang begitu kuat itu menghumban

dirinya jatuh ke belakang. Namun, Hariez tidak begitu mudah melepaskannya. Dipegang

kedua belah tangan Hafiqah dan diseret masuk ke bilik tidurnya.

“Oh, kau ingat aku nak biarkan kau bebas macam tu je?! Sini kau! Aku ajar kau

cukup-cukup hari ini.” Pintu dikunci dan dicampak Hafiqah ke katil. Menggeletar tubuh

kecil Hafiqah. Ini kali pertama dia melihat Hariez menggila. Cuba melarikan diri, namun

dengan pantas ditangkap Hariez.

Pergelutan terjadi antara mereka. Sehabis daya dia meronta, tetapi apalah yang

dapat dilakukan jika dibandingkan tenaga lelaki Hariez. Habis berbekas merah wajahnya

dilempang Hariez. Tidak cukup dengan itu, kerakusan Hariez merentap pakaiannya

menambahkan lagi ngeri di hati Hafiqah.

Bergelodak nafsu Hariez apabila terpandangkan tubuh Hafiqah yang menggebu.

Bertambah-tambah rasa ingin menikmati tubuh itu.

“Tolong jangan buat saya macam ni encik! Lepaskan!” Rontaan demi rontaan.

Rintihan dan tangisan sudah bersilih ganti. Hafiqah pejam mata.

Dapat dirasakan betapa kasarnya Hariez menyentuh setiap inci tubuhnya. Bukan

ini mimpinya. Tidak, dia tidak mahu! Bukan ini cara yang diinginkannya untuk dimiliki

oleh seorang suami.

“Diam!” Hanya raungan yang akhirnya menemani. Hafiqah pasrah. Kenapa perlu

begini caranya dia mengakhiri makhota yang tersimpan rapi selama ini?

Kau kejam Hariez! Kau kejam!

197

Page 198: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

33

HARIEZ sudah terbaring kepuasan, sedang Hafiqah masih lagi menangisi nasib diri;

dinodai suami sendiri. Hariez menjeling ke tubuh yang telah dijamahnya tadi. Tidak

disangka, walaupun sudah melampiaskan nafsu amarahnya sebentar tadi, dia masih

belum puas. Dibelek-belek belakang tubuh Hafiqah yang berselubung membelakanginya.

Disentuh lembut, sarat dengan emosi yang menggila, mendekati Hafiqah yang

masih tersedu-sedu menangis. Dapat dirasakan getar tubuh Hafiqah setiap kali dia

menahan diri daripada tersedu.

“Aku suka tubuh kau.” Lembut di cuping telinga, namun terlalu menyesakkan

dada Hafiqah. “Sekarang ni aku lagi suka kau sebab dah tak orang nak kan kau lagi.”

Tawanya begitu menjengkelkan, dan jemari yang mengulit rambut panjang Hafiqah

seperti ingin diusir jauh-jauh.

“Lepas ni, sama ada Fariez ataupun sesiapa sahaja, tak kan nak perempuan yang

dah tak ada apa-apa macam kau ni. Kau ingat aku nak sangat dekat kau? Come on Fiqa.

Nah, aku bayar kau!” Dompet yang terletak di atas meja dicapai. Dikeluarkan wang

RM1000 darinya. Diselitkan ke bawah pipi kiri Hafiqah.

Hina? Ya, terlalu hina dirinya saat ini. Tidak cukup dijadikan orang gaji, kini

dijadikan pula pelacur miliknya. Siapa sebenarnya dia di pandangan mata Hariez? Bibir

yang menggeletar menahan tangis digigitnya agar tidak didengari oleh lelaki itu.

“Sekarang aku dah penat. Sebab kau dah layan aku tadi, aku beri penghormatan

pada kau untuk turun dari katil aku ni. Kalau kau nak tidur, kau tidur dekat bawah. Tapi

pukul satu tengahari ni aku nak makan. Now, you may get lost, out from this bed of

198

Page 199: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

mine.” Dengan selambanya Hariez menarik comforter yang menyelubungi tubuh

Hafiqah, membiarkan tubuh itu terdedah tanpa seurat benang.

Dek kerana malu, dan tidak rela tubuhnya dijelajahi Hariez lagi, Hafiqah segera

turun ke lantai. Malu yang teramat, dan dengan cepat dia menuju ke almari untuk

menutup tubuh dengan tuala atau apa sahaja yang ada.

“Sebelum aku lupa, in-case kalau kau ada terasa macam kau nak mengandung,

tolong beritahu aku. Sebab, aku tak nak kau mengandungkan anak aku. Aku nak kau

gugurkan. Aku tak nak kau ada zuriat sebab, nanti, harta aku semua jatuh ke tangan kau

dan anak kau tu.” Begitu bersahaja dan tanpa ada sekelumit belas mahupun rasa bersalah

kerana menuturkan kata-kata itu.

“Kau ingat lepas aku buat macam ni, sengsara kau dah habis? Kau boleh lupakan.

Aku tak akan sesekali lepaskan kau. Sama ada Fariez atau mana-mana jantan lain yang

nakkan kau ataupun tidak. Kau, akan aku gantung tak bertali bila tiba masa aku dah tak

perlukan khidmat kau lagi.”

Dilapkan air mata yang masih lagi setia menemani dengan telapak tangan. Lelaki

itu terlalu tega membuat dirinya begini. Dia isteri, kenapa perlu dilayan sebegitu rupa?

Bukan dipinta wang, emas, atau permata. Cuma diharapkan belas ihsan daripadanya.

Hafiqah sudah tidak sanggup berada di dalam bilik Hariez lebih lama lagi.

Meninggalkan Hariez dan cuba untuk mencari ketenangan yang nampaknya kian

terumbang-ambing.

Membasahi tubuhnya di bawah pancuran bilik air dapur. Sudah tidak dapat

dibezakan air mata yang semakin kian laju mengalir dengan air pancuran yang mengenai

199

Page 200: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

tubuh. Diri yang terasa terlalu kotor dek perlakuan suami sendiri, ingin dicuci sebersih

mungkin. Tidak dipedulikan kesejukan yang melanda.

Hatinya kian beku. Mengenang setiap patah kata Hariez yang benar-benar

menghancurkan segenap rasa yang ada.

Mengandung? Bagaimana jika dia termengandung nanti? Tegakah dia

membenarkan Hariez membunuh benih itu seandainya ada? Tidak! Aku bukan Hariez.

Aku tak rela diriku jadi sekejam dia!

Terlalu lemah dirasakan saat ini. Tubuhnya turut merasakan kesakitan yang ada di

hati. Hafiqah sudah tidak tahu apa lagi yang harus dilakukan.

“Hariez, tak adakah walau sekelumit simpati darimu padaku? Kenapa kau buat

aku macam ni?” Sakit sungguh dadanya, menggeletar bibirnya, menggigil seluruh

tubuhnya menahan esakan yang tidak terhingga.

Lama Hafiqah di mandian. Dengan fikiran yang semakin kosong, dia memandang

ke dinding. Memikirkan hari esok yang masih tidak pasti ada untuknya mengecapi

kegembiraan.

Akhirnya, Hafiqah bangun. Menyiapkan diri untuk meneruskan tugasan tadi yang

sudah terbengkalai.

Aku harus lakukan sesuatu. Seandainya ada untuk benih ini. Aku bukan pelacur.

Duit yang dia bagi tadi aku anggap sebagai nafkah. Bukan wang bayaran untuk aku

memuaskan nafsu dia.

Hafiqah akui kali ini dia harus bangkit. Dia bukan lemah. Tindakan yang perlu

harus diambil. Dia perlu lebih kuat dari ini. Hariez tidak patut dibiarkan menikmati

kemenangan ini.

200

Page 201: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Sepanjang pagi itu, Hafiqah mengemas rumah, memasak untuk lauk tengahari dan

menyidai baju.

Hampir ke jam satu tengahari, Hariez kelihatan menuruni tangga. Telah siap

dihidangkan makanan untuk lelaki itu. Kali ini, Hafiqah tidak mahu sebarang kesilapan

muncul. Dia perlukan sedikit masa untuk memaksa dirinya menerima semua yang terjadi

hari ini.

Menjadi isteri secara paksa, Hafiqah masih boleh terima. Dijadikan orang gaji

kehormat, dia masih rela. Namun, disetubuhi oleh suami dengan sebegitu rupa, dia

memang perlukan masa.

Hariez perasan, layanan Hafiqah hari ini begitu kaku. Apa sahaja yang

dimintanya, dipenuhi dengan wajah tidak berperasaan. Pelik, namun kenapa dia perlu

ambil peduli tentang hati dan perasaan Hafiqah.

Entah kenapa tubuhnya terasa terlalu letih hari ini. Mungkin kerana dia kurang

tidur, dan pagi-pagi lagi telah menggunakan semua tenaga yang ada ke atas Hafiqah.

Terbayangkan peristiwa pagi tadi, Hariez tersenyum. Dia lelaki pertama memiliki tubuh

Hafiqah. Dan tidak dinafikan, Hafiqahlah wanita pertama yang mendapat sentuhannya.

“Pukul dua setengah nanti kau masuk bilik aku. Aku nak kau layan aku macam

pagi tadi. No. Lebih baik daripada pagi tadi. Faham?” Dicengkam dagu tirus itu. Namun,

matanya langsung tidak terasa ketakutan lagi. Kosong.

Hariez bagaikan terpukau dengan pandangan itu. Rindu yang menebal untuk

Hafiqah hadir tiba-tiba. Dah kenapa pula aku ni? Damn!

201

Page 202: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

34

LELAKI itu berdiri di sisinya. Di atas, setinggi lebih kurang seribu kaki dari paras laut.

Bersama menikmati keindahan alam yang terbentang luas.

Desiran ombak yang jauh di bawah kaki, terasa seperti begitu hampir, seperti

hampirnya mereka dengan tebing yang tinggi itu. Terasa hangatnya tangan yang

menggenggam erat jari-jemarinya yang halus, menambahkan lagi rasa tenang yang sekian

lama menyembunyikan diri.

Angin sepoi-sepoi yang menampar-nampar lembut pipi dirasakan membawa pergi

semua kedukaan yang ada. Dunia terasa sangat indah saat ini. Lama dia menunggu,

walaupun hanya untuk bermimpi, bersama lelaki yang begitu dicintai dengan seluruh jiwa

dan raganya di dunia asing yang hanya dipenuhi ketenangan dan kenangan yang

membahagiakan. Tidak tahu, selama mana suasana itu akan dapat dinikmatinya, namun

setiap saat yang ada sekarang, tidak akan dilepaskan.

“Abang cintakan Fiqa.” Lalu dia menoleh dan senyuman paling istimewa hanya

untuk lelaki itu. Dia dan hanya dia. Genggaman tangan semakin dikemaskan. Terlalu

bahagia sehingga tiada kata yang mampu diluahkan. Pandangan dilemparkan semula ke

arah laut yang terbentang luas. Jauh.

Ditolak bayu laut membuatkan dirinya bagai terbang. Sejuk dan deras. Deras dan

semakin deras. Dan goncangan itu terasa semakin hebat. Bumi bagai turut bergegar

dengannya. Dan akhirnya mereka tersedar, tebing itu semakin merekah.

Panik. Tangan yang sedari tadi menggenggam erat jemarinya semakin longgar

dan dilepaskan. Cuba menyelamatkan diri ke bahagian yang lebih rata, namun terlewat.

202

Page 203: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Tebing yang merekah di tapak Hafiqah berdiri semakin jatuh. Jarak mereka semakin jauh

dan Hafiqah redha. Mata ditutup rapat, dapat dirasakan kecut perut jatuh dari tempat

setinggi itu.

Peliknya, terasa tangan hangat itu kembali menggenggam kuat pergelangan

tangannya. “Abang takkan lepaskan Fiqa.” Sayup suaranya membuatkan mata Hafiqah

kembali terbuka.

Keperitan lelaki itu menahan diri untuk mengangkatnya yang kini tergantung di

tebing tinggi itu terlalu ketara. Dia kelihatan sedaya upaya untuk menarik Hafiqah ke

atas. Namun, permukaan tanah yang kasar itu benar-benar menyeksanya. Darah mulai

mengalir dari kulit lengannya yang semakin melecet dan tercalar. Menitik, menitik, dan

menitik jatuh tepat ke wajah Hafiqah.

Hafiqah menangis. Lelaki itu terlalu mencintainya. Dan dia juga terlalu menyintai

lelaki itu. Sedalam laut yang tidak terlihat dasarnya. Seluas alam yang tidak terpandang

indahnya.

“Abang tak akan lepaskan Fiqa. Abang cintakan Fiqa.”

Kini air matanya pula menitik ke wajah Hafiqah. Hangat. Sehangat cintanya.

Hafiqah tidak sanggup melihat wajah itu menangis lagi.

“Fiqa cintakan abang.” Sebelah lagi tangannya menangkap tangan yang

memegang pergelangan tangannya. “Fiqa nak bahagiakan abang. Untuk selama-

lamanya.” Batu kecil yang tergolek di kiri dan kanan mengganggu konsentrasinya. Tidak

berani memandang ke bawah. Terlalu menakutkan!

“Bahagiakan abang, sayang. Jangan tinggalkan abang!” Terpapar jelas, begitu

kuatnya dia cuba untuk menarik tubuh kecil Hafiqah itu ke atas. Namun, setiap kali tubuh

203

Page 204: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

itu bergerak ke atas, semakin banyak tanah yang jatuh. Tidak tertanggung rasanya sakit di

tangan.

Hafiqah memberanikan diri memandang ke bawah. Perasaan gayat terlalu

mengerikan. Hafiqah mencengkam kuat tangan yang masih kekal menahan seluruh

kesakitan deminya. Dipandang ke atas dan dilihat wajah yang terlalu disayangi, penuh

penderitaan dan kesakitan.

Satu demi satu jemari lelaki itu dirungkaikan. “Tak! Jangan lepaskan abang!

Abang akan tarik Fiqa! Abang akan selamatkan Fiqa. Bertahan sayang!” Ya, bertahan,

tapi selama mana?

Keputusan sudah pun dibuat. Sama ada dia melepaskan tangan itu, ataupun

mereka jatuh bersama. Namun, dia tidak sanggup. “Abang, Fiqa minta halalkan semua

yang Fiqa ambil dari abang. Sama ada abang sedar ataupun tidak, abang izinkan atau

tidak, Fiqa tak mampu jadi isteri terbaik untuk abang. Fiqa tidak sempurna. Jadi, Fiqa

minta izin, lepaskan Fiqa dan ampunkanlah Fiqa. Fiqa mahukan abang terus bahagia.

Abang, suami Fiqa, insyaAllah, dunia dan akhirat.”

“Jangan…” Tangisannya tidak tertahan lagi saat mendengar kata-kata Hafiqah.

Namun, untuk melepaskan pegangan itu tidak sesekali. Keperitan yang semakin hebat

dirasakan bagaikan tidak membantu. Jemari halus itu pula semakin berusaha menolak

tangan kasarnya.

Dan akhirnya, wajah itu semakin jauh, jauh, dan tidak terlihat lagi. Tenggelam

jauh di dasar laut, entah di mana dilambung badai yang mendatang.

204

Page 205: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

35

HAFIQAH buka mata. Air mata yang mengalir entah bila disekanya perlahan. Memerhati

ke sekeliling. Suasana ini terlalu biasa untuknya. Dan entah, untuk kali yang ke berapa,

satu keluhan dilepaskan. Tangan menyentuh dada yang terasa sakit. Sama ada bahagian

dadanya benar-benar sakit atau dia hanya merasakan sakit yang tiada.

Kenapa mimpi itu terlalu menyakitkan? Tidak, ia juga terlalu menggembirakan.

Kenapa melepaskan lelaki itu terlalu mengguris hati dan perasaanku? Siapa dia? Dan

untuk apa dan bagaimana aku menyintainya?

Tanpa membuat sebarang bunyi, Hafiqah merangkak perlahan menuju ke almari

yang terletak jauh di sebelah pintu. Telekung dan sejadah yang tergantung dicapai dan

perlahan dia membuka pintu dan bergerak ke luar.

Selesai mandi dan mengambil wudhu’, Hafiqah menunaikan solat asar di bilik

belakang. Dia tidak mahu mengejutkan Hariez dari tidur. Lebih-lebih, dia juga

memerlukan ketenangan yang lebih saat ini. Dari tadi, hatinya tidak berhenti berdegup

sehingga terasa begitu sesak setiap nafas yang dihela.

Jam kecil yang masih setia terletak di atas meja di bilik kesayangannya ini sudah

menunjukkan jam lima suku petang. Masih banyak masa lagi. Mata pun segar. Lama dah

rasanya tak baca yaasin. Baik baca, sekali pun jadilah kan?

Usai bersolat, bacaan yaasin dialunkan perlahan. Seperti biasa, penuh merdu dan

dengan tajwid yang pasti terdengar elok oleh setiap yang mendengarnya.

Lebih kurang sejam membaca, akhirnya tiba ke ayat yang terakhir. Diraub

perlahan surat yaasin di tangan ke muka. Dijunjung tiga kali, seperti yang biasa

205

Page 206: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

dilakukannya semenjak dari kecil lagi. Walau apapun yang dikatakan orang terhadapnya,

dia harus menerimanya. Teringat kata-kata bijak pandai yang pernah didengarinya.

‘We don’t meet people by accident. They are meant to cross our path for a

reason.’ Setiap kejadian itu ada hikmahnya. Hanya, itulah pencariannya kini. Hikmah

yang masih tidak ditemui.

“Maha suci zat yang menghilangkan segala kehinaan, Maha suci zat yang

menghilangkan segala kedukaan; Maha suci zat yang memerintahkan apabila

menghendaki sesuatu hanya berkata “kun” maka jadilah ia. Wahai zat yang

menghilangkan dukacita; wahai zat yang menghilangkan, hilangkahlah! Wahai zat yang

menghilangkan, hilangkanlah! Hilangkanlah daripada kami segala kesusahan dan

dukacita kami; wahai zat yang hidup! Wahai zat yang berdiri dengan sendiri! Wahai zat

Yang Maha Agung dan Maha Mulia! Ya Allah, kurniakanlah kesejahteraan dan

keselamatan ke atas penghulu kami Nabi Muhammad; dan ke atas keluarga dan sahabat

baginda sekalian. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh alam.”

Sungguh, doa itu tidak pernah gagal untuk menyembuhkan segala luka yang ada.

Hati akan menjadi tenang semula. Dan kepadaMu, Ya Allah, aku serahkan seluruh

kehidupanku. DariMu aku datang dan kepadaMu aku akan kembali. Sesungguhnya,

setiap yang baik itu datang dariMu dan yang buruk itu berpunca dari diriku yang gagal

mensyukuri nikmat yang telah Engkau kurniakan.

Menyandarkan tubuh ke dinding, perlahan-lahan mindanya melayarkan semula

mimpi yang dialami tadi. Cuba untuk mentafsirkan maksud sebenar mimpi itu. Ianya

terlalu indah, dan dalam sekelip mata, menjadi suatu mimpi yang terlalu menyakitkan.

206

Page 207: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Lelaki itu terlalu menyintainya, sedangkan di dunia nyata, sekelumit kasih sayang

pun tidak pernah ditunjukkan. Hanya kebencian yang tidak tertanggung sahaja terpamer

dari riak wajahnya.

“Dia tak cintakan kau, kenapa kau sanggup berkorban untuk dia?” Memandang

kedua-dua belah tangannya. “Tangan ni yang lepaskan dia. Kenapa kau sanggup bergadai

nyawa untuk dia walaupun itu cuma dalam mimpi? Siapa dia di hati kau, Hafiqah?”

Hafiqah bermonolog dengan dirinya sendiri.

Diraub wajah yang basah. Dia juga ingin dicintai. Mimpi itu bagai memberi

harapan palsu untuk dia mencintai lelaki itu. Perasaan yang hanya pernah wujud untuk

kali pertama saat mengenali Fariez itu muncul kembali.

Cuba diusir jauh-jauh. Agar dia tidak tersasar lagi. “Ya Allah, permudahkan

setiap urusanku di dunia Mu ini.” Hanya di bilik ini, Hafiqah mampu meluahkan apa

yang dirasakan setelah saban hari, menerima tekanan yang tidak berpenghujung dari

Hariez.

Di luar, Hariez tersandar lemah. Terjaga secara tiba-tiba dari mimpi yang pelik.

Wajah Hafiqah dicari. Namun hampa. Wanita itu tiada di sisi. Segera dia bangun dan

mencari. Bagai terlalu merindui wajah isterinya itu. Perasaan terlalu mencintai,

menyayangi dan merindui. Sesuatu yang selama ini cuba dinafikan. Namun, mimpi itu

menyedarkannya bahawa dia tidak sanggup melepaskan Hafiqah. Tidak di dalam mimpi,

dan tidak sesekali di dunia nyata.

Terdengar lunak merdu suara Hafiqah mengalunkan ayat-ayat suci itu sentiasa

melembutkan hatinya yang selalu keras bak kerikil. Kali ini, mendengar bait-bait doa

207

Page 208: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

yang dipanjatkan ke hadrat Ilahi, membuatkan kakinya terketar. Lemah dan bagaikan

tiada bertulang.

Dingin terasa meresap sehingga ke tulang hitam. Hafiqah, abang betul-betul dah

lupa. Begitu banyak sengsara yang abang dah berikan. Kenapa abang terlalu jahil dan

bodoh? Abang terlalu sayangkan Fiqa selama ni.

Dia tiada kawan wanita yang rapat. Satu-satunya yang dia ada hanya Hafiqah. Dia

sendiri tidak dapat membezakan perasaan yang dialami itu kerana inilah kali pertama dia

mencintai seseorang yang bernama isteri.

Dan buat kali pertama, air mata lelakinya menitis. Jatuh menyembah bumi. Dia

hanya kuat apabila menganiaya isterinya sendiri. Kekuatan yang disalahgunakan untuk

kepentingan sendiri. Sedang dia sebagai seorang suami sepatutnya melindungi dan

menyayangi isterinya yang lemah.

Betapa berdosanya aku. Dia tidak pernah melawan setiap kata-kataku. Walaupun

aku yakin, dia tahu setiap yang aku lakukan hanya untuk menyakitinya. Kenapa aku

terlalu buta, untuk menilai kesucian hati isteriku? Dan aku lupa, setiap dosanya

tertanggung di bahuku. Sedangkan aku, aku sendiri yang menambah beban dosa

untukku!

Mata yang berair terlalu pedih dan panas. Tidak mampu membuka mata. Hariez

tidak sanggup berjauhan lagi. Namun, kakinya terus kaku. Suaranya beku. Hanya

tangisan yang semakin deras membasahi pipi dan esakan semakin kedengaran. Tubuh

menggigil membayangkan hanya kesedihan yang sering dihadiahkan kepada Hafiqah

sepanjang perkenalannya.

208

Page 209: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Hafiqah yang baru hendak terlelap seakan mendengar suara halus di belakangnya.

Menoleh ke kiri dan kanan. Esakan seseorang.

Ah sudah, dah macam cerita hantu pulak ni! Siapa pulak ni? Nak memainkan aku

pun agak-agak la… Sepositif-positif thinking aku ni pun masih ada tahap paling tinggi

berani tau. Cool babe!

Cuba menarik nafas sedalam-dalamnya. Bunyi esakan itu semakin kuat dari arah

dapur. Ditolak pintu yang tidak tertutup rapat. Sedikit demi sedikit kepala dijengukkan ke

luar. Dan alangkah terperanjatnya dia melihat Hariez sudah terjelepok di lantai.

Tergesa-gesa Hafiqah bangun mendapatkan Hariez. Kain telekung sudah

tercampak entah ke mana gara-gara terkejut.

Dipegang kepala Hariez. Panas!

“Encik Hariez, macam mana boleh ada dekat sini ni?” Susun atur pernafasan

Hariez kedengaran tidak teratur. Desahannya semakin kasar. Lelaki ini demam, tetapi

kenapa dia boleh berada di sini? Takkan dia cari aku sampai ke dapur?

Cuba mencempung tubuh besar Hariez, ternyata tubuhnya yang sekali ganda lebih

kecil langsung tidak dapat menggerakkan Hariez. Lantas, dia menuju ke kabinet dapur

dan mengambil panadol dan air suam.

“Encik Hariez makan ubat dulu ya. Lepas tu cuba bangun. Saya tak mampu

angkat kalau encik tak sokong badan encik.” Hariez hanya senyap membisu. Dia senyap

macam ni lagi menakutkan aku.

Tetapi, sesuatu melintasi di kotak fikiran Hafiqah dan membuatnya tersenyum

sinis. Hehe, kan dia dah demam tu. Bukan dia boleh buat apa pun. Kalau dia nak buat

pun dia kenalah tunggu sampai dia dah sihat dulu. Muahaha…

209

Page 210: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Secara paksa, dua biji panadol actifast disumbat masuk ke mulut Hariez. Sama

ada lelaki itu rela atau memaksa rela dirinya, Hafiqah tidak tahu. Air dituangkan ke

dalam mulut Hariez dan dia berdoa agar encik suami itu menelannya.

Alhamdulillah, dia nak juga telan ubat ni. Hafiqah menghadiahkan senyuman

untuk Hariez walaupun nyata senyuman itu tidak dapat dilihat oleh lelaki yang sudah

separa sedar itu.

“Dan sekarang, awak kena tolong saya encik Hariez. Tolonglah bangun ya. Saya

tak boleh nak angkat awak seorang diri. Tolonglah ya?” Dua kali syukur, Hariez

meringankan badannya dan dengan perlahan-lahan cuba bangun dengan bantuan Hafiqah.

Walaupun kadangkala sedikit melayang ke kiri dan ke kanan, Hafiqah masih terus

cuba untuk membantu Hariez ke biliknya di tingkat atas.

Dibaringkan Hariez ke katil dan dibalut tubuhnya dengan selimut tebal.

Kemudian, Hafiqah turun semula dan mengambil pek sejuk Cool Fever yang

sememangnya telah disimpan di dalam peti ais.

Brr…. Sejuknya! Aku pulak yang ngilu ni kenapa? Kemudian Hafiqah ketawa

kecil yang jahat. Sudah lama dia tidak sekejam ini.

Ha, masa ni lah aku nak kenakan dia. Nanti dia dah sihat, aku ni dilempar balik.

Biar dia rasakan dulu. Aku nak tampalkan benda beku ni kat muka dia biar dia rasa..

Hahaha…

Melihat wajah Hariez yang terlena, Hafiqah jadi tidak sampai hati. Ketika Hariez

tidak sedarkan diri, inilah masa untuknya menatap wajah Hariez. Dia jarang dapat

peluang untuk menatap wajah itu dari jarak dekat. Inilah masanya.

210

Page 211: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Meneliti satu per satu inci wajah Hariez, tidak dapat dinafikan suaminya seorang

yang tampan. Berkulit cerah dan sedikit berjambang di kiri dan kanan rahangnya

menyerlahkan lagi wajah yang sedia kacak persis model iklan Brylcreem, Henry Golding

yang amat diminati suatu masa dahulu.

Handsome juga dia ni. Kenapa aku tak pernah perasan muka dia macam Henry

tu? Haha, masa ni lah kau nak tengok dekat-dekat Fiqa. Dah sedar nanti kau tak boleh

buat apa dah kat dia.

Asyik meneliti sehingga tidak sedar, jemarinya sudah berani menyentuh wajah

Hariez. Bermain-main di dahi, turun ke kening yang hitam lebat, jatuh ke hidung

mancung, dan berhenti di bibirnya.

Bibir itu… Hafiqah menyentuh bibirnya. Berani-berani dia je hari tu buat cium

aku ya. Dahlah tak minta izin, lepas tu buat perangai tak bersalah dia pula.

Chup! Bibirnya bersatu lagi dengan bibir Hariez. Hafiqah tutup mata. Indahnya

perasaan ini. Ya Tuhan, jikalau masa boleh dihentikan saat ini.

Perlahan mata dibuka. Bagai nak gugur jantung Hafiqah, saat matanya bertentang

dengan mata Hariez yang sedang memandang tepat ke arahnya. Tercampak ke belakang

tubuhnya dek kerana terlalu terkejut.

Mujur, hanya seketika, mata itu semakin tertutup kembali. Kurang hasam! Bikin

gempak je. Harap-harap dia mengigaulah tu. Jangan dia ingat balik sudah.

Sumpah dia terkejut tadi dengan renungan Hariez. Hafiqah tidak berani lagi untuk

meneruskan sebarang niat nakal yang ada. Cukuplah satu itu dan itulah yang akan

diingatinya sehingga akhir nanti.

211

Page 212: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Hafiqah tersenyum simpul dan mula meniti mimpi-mimpi terindah dalam

hidupnya. Terima kasih untuk kenangan ini abang… walaupun Hafiqah yakin, Hariez

tidak akan pernah mengingatinya.

212

Page 213: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

36

JAM sudah menginjak ke pukul sembilan malam. Dengan penuh perlahan, Hafiqah

mengambil beg yang bersaiz beg sekolah itu dan disandang ke bahu. Tidak mahu ada

sebarang kesilapan, kerana dia pasti akibatnya tersangatlah buruk. Sengaja tidak

membuka lampu bilik tidur, Hafiqah menyusur ke pintu bilik dan mula bergerak di dalam

gelap menuju ke dapur.

Alhamdulillah, malam itu hujan turun dengan lebatnya. Seakan merelakan

pergerakannya. Hujan lebat di malam hari. Takut juga jika tidak hujan pasti ada kereta

yang lalu lalang yang akan menganggap dirinya sebagai pencuri.

Dia tidak perlu membawa banyak benda, lagipun tiada satu pun barang di dalam

Villa Kasih miliknya lagi. Pakaian lamanya sudah dibuang Hariez dan kalau ada pun,

sudah dijadikan kain buruk. Minta dihalalkan ya encik Hariez baju yang saya pakai

sekarang ni. Doa Hafiqah.

Baju hujan jernih disalutkan ke tubuh bagi melindungi diri dan beg yang

disandang daripada basah. Jika dia memakai payung, pasti sukar untuk membuka pintu

pagar dalam keadaan angin kuat seperti ini. Tidak disia-siakan kepandaian yang ada

untuk saat-saat seperti yang sedang dilaluinya.

Melangkah dengan sepenuh perhatian, untuk mengelakkan diri daripada jatuh

ketika meniti ruang tepi yang licin. Hafiqah yakin, Hariez telah tidur dengan lena. Lelaki

itu demam dan ubat selsema dan ubat batuk yang kuat telah diberikan dan dia tidak

mungkin terjaga. Ahli keluarga Hariez yang lain pasti sedang berhibur sakan di Cameron

Highlands lagi.

213

Page 214: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Pintu pagar yang kecil dibuka dengan penuh berhati-hati agar tidak berkeriut

ketika digerakkan. Walaupun hujan, Hafiqah tidak sanggup mengambil sebarang risiko

untuk dijumpai orang lain akibat sikap sambil lewa.

Dia mahu keluar dari rumah besar ini secepat mungkin. Mahu pergi jauh dari

lelaki ini. Tidak mahu dijumpai lagi oleh sesiapa pun dari kalangan mereka. Dia tidak

sanggup menghadapi hari-hari mendatang nanti dengan penuh sengsara. Biarlah dia tidak

berduit. Dia masih mampu untuk menyara dirinya sendiri. Sedangkan ulat dalam batu pun

masih boleh makan. Inikan pula dia manusia, khalifah di bumi Allah.

Walaupun tubuh disirami hujan, Hafiqah tetap meneruskan langkahnya. Dia

harus pergi segera. Mujur dia sudah biasa melatih diri duduk di bawah pancuran untuk

masa yang lama. Melatih diri menahan sejuk yang meresap sehingga ke sum-sum.

Matlamatnya, stesen bas.

Langkah dicepatkan sehingga dia tiba ke simpang utama. Dari situ, dia teruskan

berjalan lagi. Walaupun kaki semakin lenguh, tetapi berkat hati yang tekad dan semangat

cekalnya, akhirnya dia tiba di bangunan-bangunan kedai yang berdekatan. Melangkah

lagi, agar berada di tepian jalan. Mudah untuk dia menahan bas yang lalu nanti.

Kesejukan semakin menikam setiap inci tubuh. Hafiqah akhirnya berhenti di

sebuah perhentian bas. Sambil mengurut-urut kaki yang kepenatan. Hafiqah mula

menanggalkan baju hujan yang dipakainya. Mujur perhentian bas itu berbumbung dan

jauh dari tempias kenderaan yang lalu-lalang.

Kelihatan sebuah bas semakin menghampiri. Tangan diangkat sebagai isyarat

untuk meminta bas itu berhenti. Tidak kisah ke mana tujuan bas itu, kerana dia amat pasti

hentian terakhirnya pasti di stesen bas utama.

214

Page 215: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Nak ke mana kak?” Pemandu bas itu bertanya.

“Stesen bas. Berapa?”

“Dua ringgit je. Naik bas ni pergi mana-mana satu hari pun sama. Boleh buat

pergi balik.” Jelasnya ramah.

Wang dihulurkan. Dengan pantas, tangan pemandu muda itu mengeluarkan tiket

dan diserahkan kepada Hafiqah. Hafiqah terus mengambil tempat di belakang pemandu.

Mujur sudah hampir lewat malam begini, tidak ramai penumpang yang menaiki bas itu.

Jika tidak, dia juga sedikit takut dengan mata-mata yang memandang.

“Nak pergi mana kak?” Melihatkan penumpang lain hanyalah sepasang kekasih

yang duduk di tempat duduk yang jauh ke belakang, pemuda itu ramah untuk bertanya.

Wanita di belakangnya itu sungguh berani keluar rumah pada waktu malam seperti ini.

Tidak terbacakah dia di dada-dada akhbar tentang kes rogol, ragut dan bunuh yang

semakin berleluasa sekarang ini?

“Balik kampung. Dapat tiket malam.” Ringkas dan penipuan semata-mata.

“Oh, kampung dekat mana?” Dikerling sekali imbas ke wajah itu. Jelas kelihatan

raut tidak selesanya. Tengok, suka sangat jaga tepi kain orang. Nak peramah pun tengok

tempatlah.

Menyedari kesilapan diri yang bertanyakan soalan peribadi, pemuda itu akhirnya

berdiam diri. Sesekali dikerling ke belakang, terlihat wanita itu sudah tertidur.

“Dah sampai kak.” Dicuit bahu itu perlahan. Tiada tindak balas.

“Kak?” Digoncang kuat sedikit. Jangan mati atas bas aku sudah!

Perlahan-lahan Hafiqah membuka mata. Baru nak tidur sekejap.

“Dah sampai mana dik?” Sambil menggosok-gosok mata yang berair.

215

Page 216: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“TBS. Saya nak kena kosongkan bas ni kak.” Sudah hampir ke pukul sebelas

setengah malam.

Hafiqah segera bangun dan tergesa-gesa keluar meninggalkan pemuda yang

tidak diketahui nama itu. Namun, ketika melangkah turun dari bas, dia berpaling dan

melemparkan senyuman. “Terima kasih kejutkan saya.”

Pemuda itu sekadar membalas senyumannya dan hanya memerhatikan wanita itu

yang semakin lama semakin hilang daripada pandangan.

Walaupun sudah hampir tengah malam, tetapi kelihatan masih ramai orang yang

berada di terminal bas baru itu. Dek kerana tidak pasti arah tujuannya, Hafiqah akhirnya

hanya duduk di atas kerusi yang disediakan.

Selamat tinggal Hariez. Selamat tinggal Fariez. Selamat tinggal Airin. Selamat

tinggal semua.

216

Page 217: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

37

BUKU yang terbentang luas di depan mata semenjak tadi hanya diselak-selak sahaja.

Tiada hati untuk membaca. Nora, teman sebiliknya sudah lama dibuai mimpi. Mujur

teman itu bukan jenis yang banyak cakap dan tidak banyak karenah yang merepek-repek.

Suka ambil tahu hal orang lain misalannya.

Bukan dia seorang yang sombong apatah lagi pendiam, Cuma hati yang terluka

masih lagi tidak dapat diubati. Dia jadi tidak ambil kisah dengan perihal orang sekeliling.

Bangun pagi ke kelas, kembali semula ke asrama untuk tidur dan melayani perasaan

sendiri. Alhamdulillah, kebijaksanaan yang dikurniakan Ilahi digunakan sebaiknya. Kerja

sekolah yang diberikan siang-siang lagi sudah disiapkan semasa di dalam kelas dan tidak

langsung dibawa pulang ke asrama. Banyak lagi benda boleh buat daripada menghadap

kerja sekolah siang malam.

Nak kata mengantuk, entahlah. Perasaan itu sudah lama tidak dirasainya. Dengan

tangan menongkat kepala, Airin memandang ke depan dengan pandangan yang kosong.

MP3 yang terpasang di telinga hanya menambahkan lagi kekosongan yang dirasakan.

Boringlah duduk dekat sini. – Airin

Facebooking la dengan abang Riez. Online now. – Fariez

Serta-merta akaun Facebooknya diaktifkan. Sekarang dia lebih selesa untuk

bercerita dengan Fariez tentang apa sahaja. Sedangkan dia punya abang yang sama usia

dengan Fariez. Malah, akaun Facebook Hariez juga telah dibuang daripada senarai teman.

Fariez : Tak study ke?

Airin : Malas!

217

Page 218: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Fariez : Janganlah macam tu. Tahun ni kan nak exam besar.

Airin : Kita bijak. Tak baca buku pun tak apa. Haha..

Fariez : Berlagak! So, ada cerita baru? Tengoklah gambar abang dekat

Amsterdam ni. Pergi boot sales dia best.

Airin : Untunglah dapat pergi oversea. Airin ni kena campak je dekat Pahang ni.

Tempat jin bertendang pulak tu!

Fariez : Biasalah. Biar belajar semangat sikit. Boleh tenangkan diri. Petang-

petang pergilah melepak tepi laut.

Airin : Tak mahulah. Ada budak pelik-pelik suka melepak dekat tepi pantai.

Semalam Airin baru kena kacau.

Fariez : Wah! Ada peminat. Interesting. Handsome macam abang tak?

Airin : Mana nak cari yang handsome kat ceruk macam ni! Muka macam orang

utan adalah.

Fariez turut ketawa. Kadangkala melayan Airin yang masih mentah itu menambat

hatinya. Adik itu lebih mesra berbanding Izy Natasha, satu-satu adik perempuan yang

dimilikinya. Tambah-tambah lagi dia kini jauh dengannya.

Telefon yang menyanyikan lagu Christina Perri A Thousand Years itu

menandakan ada pesanan ringkas masuk. Siapa pula yang rajin nak hantar SMS malam-

malam buta ni? Takkan abang Riez kot, dah tentu-tentu dia tengah online dengan aku ni.

Salam Airin, adik akak yang tersayang. Pertama sekali, akak nak minta maaf.

Maaf kerana mengecewakan Airin sekeluarga. Maaf kerana pernah muncul dalam hidup

kamu semua., Maaf sekali lagi untuk apa yang akan akak katakan selepas ini. Akak dah

218

Page 219: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

tak mampu bertahan lagi sayang. Akak terpaksa pergi dulu. Akak minta maaf pada Airin

sebab buat macam ni. Ada masa akan datang kita jumpa lagi. – Hafiqah

Pelik! Pantas didail nombor tersebut. Nombor itu terlalu asing. Hafiqah mana pula

yang menghantar mesej itu kepadanya? Setahunya, kak Fiqa tidak pernah menggunakan

telefon bimbit sepanjang dia di Villa Kasih.

Hampa. Panggilan itu tidak berjawab.

Kak Fiqa ke ni? Akak kenapa, nak pergi mana? Akak buat apa dengan Airin? –

Airin

Akak tak boleh tunggu lama lagi. Maaf sebab tak dapat jumpa Airin lagi. Tidak

untuk masa terdekat ini. Tolong beritahu mereka supaya jangan cari akak lagi. –

Hafiqah

Akak nak pergi mana? Tolong jangan tinggalkan Airin lagi. Kan Airin dah jauh

dari akak. Kenapa? Apa dah jadi dengan akak? Ceritalah pada Airin! – Airin

Airin, akak tak sepatutnya pilih Hariez. Akak bersalah sangat pada Fariez. Akak

tak sanggup nak berdepan dengan semua orang lagi. Terima kasih sebab sudi jadi adik

akak selama ni. Lepas ni akak takkan muncul lagi dalam hidup semua orang terutama

sekali pada Hariez. Semoga Airin akan terus berjaya. Jangan risaukan akak ye. Sayang

Airin! – Hafiqah

Airin sudah tidak tahu hendak membalas apa. Bergoncang seluruh tubuh. Cubaan

untuk mendapatkan Hafiqah di talian hanya menemui jalan buntu. Setiap SMS yang

diterima dihantarkan kepada Fariez. Bagai hendak meraung rasanya saat itu.

Lalu teringat pula pada Abang Harieznya. Kak Fiqa kena halau ke dengan abang

Hariez ni? Tak, tak mungkin!

219

Page 220: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Didail pula nombor telefon Hariez. Sama seperti Hafiqah. Juga tidak berangkat.

Arh! Apa nak buat ni?!

Panggilan daripada Fariez tiba-tiba masuk. Pantas ditekan butang hijau dan

diletakkan telefon ke telinga.

“Abang! Tolong Airin. Apa Airin nak buat ni?” Sudah berjujuran air mata yang

jatuh.

“Apa yang Airin forwardkan pada abang tu? Abang tak faham.” Risau benar dia

dengan mesej yang menderu-deru masuk ke telefonnya sebentar tadi.

“Airin tak dapat call dia. Dia tak nak angkat. Call abang Hariez pun dia tak

angkat. Apa yang dah jadi ni? Tolonglah Airin.” Disapu air mata yang meleleh dengan

tangan. Jiwa remajanya terlalu rapuh. Langsung tidak mengerti dengan apa yang

sebenarnya terjadi di dalam keluarganya.

“Siapa? Hafiqah?” Airin sekadar mengangguk, macamlah Fariez boleh

melihatnya.

“Dia mana pernah hantar mesej macam ni pada Airin. Langsung tak pernah hantar

mesej pun pada Airin. Tiba-tiba malam ni pulak dia hantar mesej pelik-pelik ni. Mesti

ada something dah jadi dekat sana. Airin nak balik sekarang juga. Airin nak balik!”

Sudah mengongoi tangisnya. Dia panik. Hatinya sudah tidak boleh tenteram lagi.

“Airin jangan risau okey? Tak ada apa-apa pun tu. Macam ni lah. Cuba Airin

telefon papa atau umi Airin. Minta mereka ambil Airin semula. Airin pun bukannya

boleh balik terus kan? Jangan risaulah, tak ada apa-apa pun tu sebenarnya.” Cuba

menenangkan hati Airin sedang hatinya sendiri sudah tidak tentu arah.

220

Page 221: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Tak mahu! Airin nak balik!” Jeritannya itu mengejutkan Nora. Terperanjat Nora

melihat Airin yang sedang menangis di katilnya.

“No! Airin jangan nak buat kerja gila pula dekat sana. Airin nak balik macam

mana? Nak cabut asrama? Don’t be ridiculous! Kalau kena culik nanti, macam mana

pula? Now, take a deep breath, call your parents, okay?” Airin diam. Dia juga tidak tahu

bagaimana untuk pulang malam-malam begini. Kepala tetap dianggukkan.

“Okey, Airin call papa and umi. Tapi, Airin tetap nak balik. Kalau papa dan umi

tak nak ambil sampai esok, Airin lari je dari sini.” Ugutnya.

“Jangan macam tu sayang. Call dulu. Abang tengok ada flight lagi tak malam ni

ke Malaysia. Abang datang secepat mungkin ke sana. Okay? Deal?” Cubaan

memujuknya berjaya.

Panggilan telefon itu Airin tamatkan. Fariez pula terus menelefon Hariez.

Perasaan marah yang masih ada terhadap teman yang seorang itu diketepikan dahulu.

Yang penting, dia perlu tahu apa yang terjadi dengan Hafiqah.

Sekali lagi dia turut hampa. Lima kali panggilannya tidak berjawab. Segera didail

pula nombor Ikmal. Ikmal yang separa sedar menjawab panggilannya.

“Apahal kau telefon aku malam-malam ni?” Lupa teman itu berada di satu daerah

yang tidak selari waktunya dengan Malaysia.

“Kat tempat aku ni masih siang lagi, jadi tak salah sangat pun kalau aku telefon

kau malam-malam kat Malaysia ni kan?” Dipegang dadanya yang berombak. Cuba

ditenangkan perasaan yang kini kacau bilau.

221

Page 222: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Im, aku betul-betul nak minta tolong kau urgent gila! I only can accept you say

yes, you do and nothing else. Please?” Benar, tiada lain yang boleh difikirkan lagi saat

ini.

“What?” Mata yang terpejam itu terlalu sukar terbuka.

“Aku nak kau pergi rumah Hariez sekarang. Please, I truly and urgently need you

to go there. Tolong tengokkan Hafiqah.” Terbuntang mata Ikmal yang dari tadi sukar

untuk dibuka sebaik mendengar permintaan pelik Fariez.

“Wait a minute! Kot ye pun kau angau gila dekat bini dia tu, tak payahlah nak

libatkan aku okey? Kau gila ke nak aku pergi kacau isteri orang tengah-tengah malam ni?

Mahu putus kawan aku dengan si Hariez tu nanti!” Ikmal menggeleng-gelengkan

kepalanya.

“Aku bukannya nak kacau lagi isteri dia tu. Masalahnya ni hal hidup dengan mati.

Si Airin ni dapat mesej yang Hafiqah ni dah lari dari rumah. Sekarang ni, aku call Hariez

tak dapat, aku call si Hafiqah pun tak berangkat. So, aku tak ada option lain selain kau

sebagai kawan aku yang aku boleh harapkan. Please, bro. Tengok kan saja. Aku dapat

rasa ada sesuatu dah jadi. Tolonglah.” Kali ini dia benar-benar merayu kepada Ikmal.

Hanya itulah pilihan yang dia ada. Jika betul Hafiqah memang sudah tiada lagi seperti

yang dinyatakan dalam mesejnya, memang Fariez akan terus terbang ke Malaysia dengan

penerbangan terawal yang ada.

“Apasal Airin tak call family dia saja?” Letihnya bila terlibat dalam masalah

orang lain ni. Ikmal mengeluh. Terganggu sungguh tidurnya malam itu.

“Masalahnya, semua orang tak ada dalam rumah tu! Parents dia masih di Pahang

lagi. Yang tinggal cuma Hafiqah dengan si Hariez tu je. Mak Teh aku tak tahulah.”

222

Page 223: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Sekali lagi Ikmal mengeluh. Menggaru kepala yang tidak gatal.

“Fine. Aku pergi. Kau punya pasal bro! Make sure kau ingat hal ni bila aku

mengorat si Izy nanti.”

Fariez sengih. Ada hati lagi tu nak jadi adik ipar aku! Tak guna betul!

“Yelah, aku ingat. So, cepat, jangan buang masa lagi. Aku dah macam nak gila

ni.”

“Okay. Chow!” Talian dimatikan. Betullah aku ni boleh jadi gila layan dua orang

jantan gila ni!

Ikmal bangkit dari katil dan terus menyiapkan diri untuk ke rumah Hariez malam

itu juga. Tak pasal-pasal aku jadi spy si Fariez ni tau!

223

Page 224: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

38

MEREKA sekeluarga akhirnya selamat tiba di Villa Kasih hampir jam sepuluh pagi.

Terlewat tiba gara-gara menguruskan proses pengambilan keluar Airin daripada asrama.

Manakan tidak, pihak asrama juga pasti terkejut, baru beberapa hari menetap di situ,

sudah mahu dibawa pulang. Tambahan pula mereka sudah tiba di asrama Airin jam lima

pagi lagi.

Masing-masing berwajah penat. Tergesa-gesa bersiap sebaik menerima panggilan

telefon daripada Airin pukul dua pagi. Dengan Hariez yang sehingga pagi masih tidak

dapat dihubungi, makin menambahkan kerisauan di hati mereka.

Walaupun sudah menganjak ke sepuluh pagi, Villa Kasih masih lagi kekal sunyi

seperti tidak berpenghuni. Mak Teh juga tidak kelihatan di mana-mana bahagian rumah.

Iyalah, Hariez juga langsung tidak memberitahu mereka yang Mak Teh sudah pulang ke

kampung hujung minggu lepas.

Tanpa mempedulikan barang-barang yang masih berada di dalam kenderaan

Toyota Alphard itu, Tuan Rizan disertai Airin terus menuju ke tingkat atas, ke bilik

Hariez. Ternyata, Airin yang mempunyai tenaga lebih muda berbanding Tuan Rizan tiba

dulu dan terus mengetuk pintu bilik abangnya bertalu-talu.

“Abang Hariez! Oh, Abang Hariez! Buka pintu ni! Kak Fiqa!”

Ketukan yang tidak berhenti dan sangat membingitkan telinga itu mengejutkan

Hariez dari lena. Dengan kepala yang masih mengantuk, Hariez akhirnya bangun untuk

membuka pintu.

224

Page 225: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Aik, Airin buat apa dekat sini? Airin kan dekat asrama?” Sungguh, dia masih

mamai, bahkan dia menganggap kemunculan Airin di hadapan biliknya umpama satu

mimpi.

“Hariez, Hafiqah mana?” Pelik, papanya yang muncul kemudian itu terus

bertanyakan tentang Hafiqah.

“Entah, dekat dapur tak?” Serentak itu, dia menguap besar. Tidak ambil peduli

pun jam di dinding sudah pukul berapa.

“Tepi!” Airin menolaknya kasar dan menjengah ke dalam biliknya. Membuka

pintu bilik air dan cuba mencari Hafiqah di balkoni. Kemudian, keluar semula untuk

mencari Hafiqah di segenap ruang Villa Kasih sebelum akhirnya dia menuju ke bilik

belakang. Tidak dipedulikan langsung Hariez yang masih pelik dengan kemunculan dan

tingkah mereka yang jelas mencari Hafiqah sedari tadi.

Bilik kecil itu terlalu kemas. Dibuka pula almari baju, pakaian yang tersidai di

dalam itu tidak banyak, namun barang peribadi milik Hafiqah sudah tiada lagi di

dalamnya mahupun di dalam meja kecil di sebelah katil.

Airin terduduk lemah di atas katil Hafiqah. Sekeping kertas yang terlipat di atas

meja kecil itu diambil. Buat Encik Hariez, tertulis di bahagian luarnya.

Dibaca setiap yang tercoret di atasnya. Sudah tidak mampu berkata apa. Ternyata

Hariez dan Hafiqah menyimpan seribu satu rahsia yang tidak mungkin dapat dijangka

oleh mereka semua.

Hariez masuk ke bilik itu setelah tidak berjumpa mencari Hafiqah. Selalunya

Hafiqah akan bangun seawal enam pagi untuk memulakan kerja hariannya. Namun pagi

225

Page 226: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

ini, sudah hampir ke pukul sepuluh pun masih tiada sarapan yang disediakan dan ruang

tamu yang telah disepahkan pagi semalam juga tidak berkemas lagi.

Airin menghulurkan surat itu kepada Hariez dengan wajah yang cukup

menjengkelkan. “Sekarang abang dah puas hati? Dapat apa yang abang nak? Kenapa tak

lepaskan saja dia kalau memang tak nak dia daripada mula?” Air mata disekanya. Sudah

sembap wajahnya asyik menangis daripada semalam.

Kertas yang dihulurkan itu diambil dan dibacanya satu persatu.

Selamat Pagi encik Hariez,

Saya ingin minta maaf kerana tak dapat nak sediakan sarapan untuk pagi ini.

Pasti encik marahkan saya bukan dan terpaksa simpan pula marah tu kerana saya kini

sudah tiada lagi di sini. Saya tahu, banyak perkara lagi yang encik rancangkan untuk

saya dan saya tahu, tak ada satu pun yang akan menggembirakan hati saya lagi.

Encik, semalam adalah pengalaman yang tidak dapat saya lupakan. Sehingga

semalam saya boleh memaafkan apa yang encik dah buat pada saya, tetapi saya tak

boleh lupakan setiap kata-kata yang encik ucapkan saat kita bersama. Saya tahu saya ni

bukanlah isteri impian encik, tetapi saya juga manusia. Kenapa encik mengahwini saya

sedangkan encik tak menyukai saya? Kenapa encik begitu membenci saya sedangkan apa

yang encik dengari dulu tidak satu pun saya lakukan. Saya bukan sekeji itu. Dan untuk

pengetahuan encik, lelaki yang datang semalam itu adalah Haziq. Ya Haziq, kalau encik

masih ingat lagi nama itulah yang disebut oleh perempuan yang kita temui di Mid Valley.

Dia bukan teman lelaki saya, dan bukan juga kawan saya. Dialah lelaki yang ditangkap

tidur bersama saya. Dan saya sebenarnya diperangkap oleh kawan baik saya sendiri.

226

Page 227: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Dan kisah itu saya pendam, kerana saya yakin, encik pun tidak ingin tahu dan tidak akan

percaya sekalipun saya ceritakan bukan?

Saya tak pernah bermimpi untuk jadi isteri kepada encik semenjak dari mula lagi,

dan apa yang encik lakukan semalam, buatkan saya sedar, saya memang tak layak untuk

encik. Dan sampai bila-bila pun saya tak mungkin jadi isteri encik dalam erti kata yang

sebenarnya.

Untuk itu, sebagai seorang isteri dan jika encik kotakan apa yang encik katakan

bahawa encik tak akan lepaskan saya, saya juga tidak akan minta untuk dilepaskan.

Andai encik mahu gantung saya tak bertali, saya rela. Sampai bila-bila saya tak akan

gegarkan arasy untuk diceraikan. Cuma, saya minta izinkanlah saya pergi dan janganlah

cari saya lagi. Saya tak akan lupakan janji saya di kondo encik tempoh hari yang saya

tak akan muncul lagi dalam hidup mana-mana orang yang encik kenal. Sama ada encik,

Fariez, Airin ataupun sesiapa sahaja.

Dan seandainya, encik mahu untuk berkahwin lain, saya izinkan. Tanpa syarat

dan dengan rela.

Memang takkan mudah bagi saya untuk lupakan segalanya, saya pergi untuk

mencari bahagia milik saya.

Tak pernahkah encik sedari saya adalah isteri yang encik sakiti? Kini saya pergi

dengan janji yang telah saya buat kepada encik. Ya Allah, ku mohon kepadaMu agar kau

hapuskanlah perasaannya kepadaku kerana sesungguhnya aku juga ingin bahagia walau

tak bersama dia.

Lemah dirasakan tulang kakinya untuk menampung dosa-dosa yang telah

dilakukan. Bukan ini yang ingin dilakukannya pagi ini. Bukan surat ini yang ingin

227

Page 228: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

dibacanya pagi ini. Dia hanya ingin melihat Hafiqah. Dia hanya ingin menyayangi

Hafiqah.

Semalam dia telah berjanji untuk membahagiakan Hafiqah. Semalam juga dia

menyentuh Hafiqah. Semalam juga Hafiqah melayaninya dengan penuh kasih sayang.

Semalam dan semalam itulah kali terakhirnya melihat Hafiqah.

Hafiqah sanggup mengangkatnya yang demam ke tingkat atas. Dia juga yang

memberikan ubat. Dan wajah itu, yang tidak akan dilupakan, tertangkap ketika mata

mereka bertemu di saat bibir mereka berkucupan. Sungguh dia ingat semua itu.

Egonya runtuh saat ini. Dan untuk kali keduanya, air mata lelakinya jatuh.

Penyesalan yang tidak dapat diluahkan. Hariez menangis di bilik itu. Menjerit memanggil

nama Hafiqah. Sungguh dia cintakan Hafiqah! Sungguh dia menyesal tidak membuatnya

bahagia. Dan kini dia kehilangan Hafiqah saat membuka mata. Tidak disangka mimpi

yang dialami semalam menjadi suatu kenyataan.

Fiqa, kenapa tinggalkan abang? Semalam kan Fiqa layan abang dengan baik?

Lemah, tiada kekuatan untuk menghadapi hari yang mendatang. Itu yang

dirasakan Hariez saat ini. Tersandar di muka pintu.

Tuan Rizan dan ahli keluarga yang lain yang masih tidak mengerti apa yang

terjadi memandang wajah masing-masing. Airin yang turut menyaksikan memandang

Hariez penuh kebencian sebelum keluar dari bilik itu. “I hope whatever you give to kak

Fiqa you’ll get them back twice!”

****************************

228

Page 229: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

DI luar pula sudah kecoh dengan kehadiran keluarga Hafiqah secara tiba-tiba. Haji Amir

tiba bersama isteri, anak lelaki dan seorang lagi anak perempuan mereka. Mereka juga

ingin bertemu dengan Hafiqah sedangkan Hafiqah kini sudah tidak diketahui lokasinya.

Tuan Rizan tetap menyambut mereka dengan elok walaupun kehadiran mereka

pada pagi yang kecoh ini tidak begitu dialu-alukan. Entah apa pula yang mereka mahukan

dengan keluarganya lagi. Kisah yang satu itu pun masih tidak berjawab, bertambah pula

dengan misi mereka mencari Hafiqah.

Haji Amir yang tidak sihat itu duduk di sofa. Aimi yang semenjak dari mula tiba

hanya menundukkan wajah. Tidak berani memandang mata yang memandang. Afiq anak

lelaki tunggal Haji Amir pula duduk di sebelah Aimi bagaikan sedang mengawal gadis

itu agar tidak hilang daripada pandangan. Halimah pula mencari-cari wajah Hafiqah,

namun kehampaan jelas terpapar di wajahnya.

“Hariez dan Hafiqah mana?” Semenjak tadi mereka berdua tidak kelihatan.

“Ada apa abah?” Hariez yang muncul dari dapur dengan wajah yang berkerut.

Tidak disangka keluarga mertuanya muncul pula setelah dia sendiri baru menerima berita

kehilangan Hafiqah. Bagaimana untuk menjelaskan kepada mereka tentang kehilangan

Hafiqah?

“Fiqa mana Hariez? Abah ada benda nak beritahu pada dia.” Dia benar-benar

sebak. Jauh perjalanannya semata-mata untuk berjumpa dengan Hafiqah. Hendak

bergerak pagi semalam, dia tidak mampu. Dia diserang sakit darah tinggi sebaik

mendengar pengakuan Aimi yang berbicara dengan Alisa di telefon tentang

penglibatannya dalam mengenakan Hafiqah. Dipandang ke wajah itu sekilas, Aimi masih

diam menekur lantai. Tidak berani untuk mengangkat muka.

229

Page 230: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Hariez diam. Tidak tahu apa jawapan yang harus diberikan. “Dia tak ada, bah.

Dah keluar.” Cuba untuk memusingkan keadaan.

“Bila dia balik nak?” Ibu mertuanya pula kini bertanya. Pada wajah itu terlihat,

tangisan yang sudah berempang di tubir mata.

“Saya tak tahu mak. Boleh saya tahu kenapa mak dan abah datang tak beritahu?”

Dia perlu tahu. Semua ini terlalu mengejut. Terlalu serentak.

“Abah nak minta maaf dengan Fiqa, Hariez. Abah kena jumpa dengan dia. Dia ke

mana?” Pelik. Kenapa bapa mertuanya pula perlu meminta maaf dengan Hafiqah?

“Kenapa? Untuk apa abah?” Berkerut keningnya.

“Selama ini abah dah salah faham dengan dia.” Air mata yang ingin jatuh cuba

ditahan selama mungkin. “Dia tak salah dengan abah. Abah yang hukum dia.”

Perlukah dia ceritakan kisah itu kepada Hariez? Tahukah lelaki ini tentang kisah

itu?

“Tentang apa bah? Saya tak faham.” Adakah bapa mertuanya sudah tahu tentang

kes khalwat dia dan Hafiqah? Tetapi bagaimana pula dia tahu?

“Mungkin kamu tak tahu, tapi biarlah abah ceritakan. Yang Hafiqah tu abah

buang dari keluarga kerana dia ditangkap orang tidur bersama lelaki.” Menarik nafas

dalam-dalam sebelum meneruskan cerita. Yang lain cuma mendengar. Sedang Aimi pula

hanya ingin lari dari situ.

“Itu saya tahu.” Ringkas.

“Jadi kamu tahu yang dia tak salah? Kamu tahu yang dia dianiaya?” Perlahan

mata memandang ke dalam mata Haji Amir.

“Dianiaya?”

230

Page 231: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Ya nak. Dia kena aniaya. Bukan dia yang buat. Tapi anak abah yang ni yang

buat.” Ditarik tangan Aimi. Semakin tebal dirasakan pipinya. Dapat dirasakan semua

mata menumpukan pandang kepadanya.

“Abah dengar sendiri dia mengaku pada kawan Fiqa yang sama-sama menganiaya

si Fiqa tu Hariez.”

Dialih pandang kepada Aimi. “Betul ke? Kamu yang aniaya Fiqa?”

Aimi mengangguk.

“Kamu tahu tak apa yang kamu dah buat tu?! Tahu tak apa yang dah jadi pada

akak kamu tu sebab perbuatan kamu?!” Laksana orang histeria, Hariez memekik kepada

Aimi.

“Sebab itulah abah datang hari ni sebab nak jumpa dengan dia. Tapi dia tak ada.

Bila dia nak balik nak?” Tatkala itu, Hariez sudah memeluk kaki Haji Amir. Tidak

dipedulikan lagi ahli keluarganya yang masih diam dengan kejadian ini.

“Saya minta ampun pada abah! Saya berdosa pada abah dan keluarga abah! Saya

tak tunaikan janji saya untuk jaga Hafiqah elok-elok! Saya minta ampun pada abah dan

mak!”

Haji Amir kaget. Terkejut dengan reaksi di luar jangkaan itu. Kenapa pula Hariez

yang meraung-raung meminta maaf dengannya?

“Semua ni salah saya! Saya tak sepatutnya buat dia macam tu! Sepatutnya saya

kahwin dengan dia dengan cara yang elok. Tapi saya malukan dia. Malukan mak dan

abah. Hariez juga malukan papa dan umi. Hariez malukan semua orang!” Hariez sudah

meraung di hujung kakinya. Namun Haji Amir masih kaku.

231

Page 232: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Apa pulak yang kamu dah buat Hariez kali ni?” Tuan Rizan yang dari mula tadi

cuba memahami apa yang sedang terjadi semakin hilang sabar. Ini rumahnya dan dia

tidak tahu apa yang telah terjadi.

“Hafiqah tak salah langsung selama ni. Saya yang perangkap dia. Saya yang

paksa dia kahwin dengan saya. Saya salah faham tentang dia. Saya ingatkan dia

perempuan jahat. Saya ingatkan dia sanggup jual maruah demi harta. Saya salah, bah.

Saya aniaya isteri saya sendiri. Saya seksa dia. Dan sekarang, saya dah kehilangan dia.

Dia dah tak ada. Saya tak tahu dia pergi mana! Saya tak tahu kisah sebenarnya. Saya juga

dah menghukum dia!” Sakit sungguh dada Haji Amir mendengar pengakuan Hariez.

Darah yang menyerbu ke muka cuba ditahan.

“Apa maksud kamu ni Hariez? Apa yang kamu cuba cakapkan ni sayang?” Puan

Hazrina yang berdiri di sisi Tuan Rizan benar-benar tidak dapat menerima kenyataan

anaknya itu.

“Nah! Umi bacalah surat ni. Umi nak tahu? Abang Hariez ni sebenarnya tak

pernah sukakan kak Fiqa tu. Dia memang bencikan kak Fiqa. Bila dia tahu yang abang

Fariez juga sukakan kak Fiqa, dia perangkap kak Fiqa supaya orang benci dengan dia.

Supaya kita semua anggap yang jahat tu sebenarnya kak Fiqa. Betulkan? Semua orang

dalam rumah ni anggap kak Fiqa jahat kan?” Sebak sungguh hatinya. Dia sudah tidak

boleh menahan kemarahan melihat semua yang berlaku hari ini.

“Airin, pergi masuk dalam. Jangan campur hal orang dewasa.” Arah Tuan Rizan.

“Tak, kali ini Airin dah tak boleh nak bersabar lagi. Apa yang abang dah buat tak

patut didiamkan lagi. Kenapa abang kahwin dengan kak Fiqa? Kenapa kahwin kalau tak

suka? Kalau abang sukakan dia kenapa biar dia tidur di atas lantai? Kenapa belikan baju

232

Page 233: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

baru untuk kak Fiqa? Bukan abang ke yang tak bagi kak Fiqa buat kerja rumah lepas

kahwin? Bukan Abang ke yang suruh kak Fiqa buang baju-baju lama dia dalam tong

sampah tu?” Satu demi satu penipuan Hariez dibongkar. Dia dengar dengan jelas di

sebalik pintu bilik yang tertutup itu. Dia dengar dengan jelas setiap kali dia ingin bertemu

dengan Hafiqah di bilik Hariez. Namun, untuk membantu dia tidak berani.

“Memang Airin muda lagi, tapi Airin bukan budak bodoh yang tak tahu dan tak

boleh baca perasaan orang! Airin tahu yang kak Fiqa memang sukakan abang Fariez

sebelum kahwin lagi. Dan abang Fariez juga sukakan kak Fiqa. Dan apa yang Airin

nampak, abang tak pernah pun bertegur secara baik dengan kak Fiqa. Macam mana pulak

abang boleh sukakan kak Fiqa? Abang cuma anggap dia orang gaji je, kan?”

Tengkingan halus itu menambahkan lagi penyesalan di jiwa Hariez. Betapa

bodohnya dia dengan setiap perbuatannya. Ego lelakinya telah membutakan mata hati

yang terang-terang mencintai Hafiqah.

“Abang memang cintakan Hafiqah. Tapi abang ego. Abang sukakan dia, tapi

dalam masa yang sama abang bencikan dia bila dapat tahu yang dia ada kisah tu. Abang

tak tahu perkara sebenarnya.” Cuba disentuh bahu Airin namun ditepis kasar oleh adik

itu.

“Tak ada istilah suka tapi benci dalam cinta, abang Hariez. Kalau abang sukakan

dia, abang akan sukakan dia sepenuhnya. Kalau abang bencikan dia, abang akan bencikan

dia sepenuhnya juga. Sama ada abang membencinya kerana abang terlalu mencintai dia

ataupun abang suka kerana abang membencinya. Itulah yang dinamakan ego! Ego bodoh

abang! Sekarang, abang nak buat apa? Menangis? Sebab dah tak ada guna. Kak Fiqa

memang tak akan kembali lagi. Dia tak nak muncul dalam hidup sesiapa yang abang

233

Page 234: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

kenal. Semua termasuk Airin.” Sudah memerah wajah putihnya itu kerana terlalu banyak

menangis. Hari ini ingin dilepaskan semua. Dia hanya mendiamkan diri selama ini.

Sehingga mereka menghantarnya jauh ke Pahang juga dia turut menerimanya sahaja.

“Sekarang kamu dah nampak Aimi apa yang kamu dah buat?” Afiq menarik

tubuh Aimi agar berdiri. “Sukalah hati kamu kan? Dah dapat apa yang kamu nak sangat?

Kamu nak sangat dia hilang, kan? Kamu nak sangat dia sengsara kan? Ke kamu nak

tunggu akak kamu tu mati depan mata kamu baru kamu puas hati?” Nada itu terlalu

bersahaja, tetapi menyedarkan semua yang mendengar. Mereka juga terlalu mudah

menilai. Terlalu mudah membuat keputusan hanya dengan mendengar penjelasan

daripada satu pihak sahaja.

“Dah la abah. Kita nak sedih-sedih pun tak guna lagi dah. Patutnya masa dia

kemalangan hari tu kita dah dapat jenazah dia baru kita semua tenang. Tak adalah kita

nak dengar cerita-cerita mengarut macam sekarang ni.” Geram Afiq selama ini dengan

kemarahan abahnya. Terus sahaja membenci kak ngahnya dengan bersandarkan cerita

yang dibawa Aimi. Pantang dia menyebut tentang Hafiqah, pasti dia juga turut terkena

tempias. Sehinggakan semasa dia memberitahu tentang berita kemalangan Hafiqah

daripada pihak polis juga, Haji Amir sanggup berkata ‘Kenapa tak mampus terus saje?

Senang, tak adalah nak tanggung malu lagi kalau Hafiqah buat perangai’.

“Abang nak pergi cari dia. Mesti dia tak pergi jauh lagi.” Hariez bangun semula.

Dia harus segera. Pasti Hafiqah masih ada di sekitar Kuala Lumpur.

“Tak payahlah abang nak susah-susahkan diri lagi cari dia. Airin rasa dia dah

pergi jauh. Tak mungkin dia nak abang cari dia lagi. Kita doakan saja dia bahagia. Tak

payah nak menangis lagi sebab kalau nak minta maaf dengan dia, nak menyesal kena

234

Page 235: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

tunggu sampai berjumpa dengan dia.” Selesai berkata-kata, Airin terus menuju ke

biliknya. Meninggalkan semua yang ada tercalar dengan kata-katanya; seperti calar

hatinya.

Hariez tidak menunggu lama. Terus mendapatkan Lancernya. Dia perlu mencari

Hafiqah semula. Walaupun untuk selama-lamanya, dia perlu bertemu dengan Hafiqah. Di

mana dan bagaimana caranya, Hafiqah harus ditemui.

Kan abang dah janji, abang tak akan lepaskan Fiqa. Abang sayangkan Fiqa.

Kembalilah sayang!

235

Page 236: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

39

IKMAL yang masih setia menunggu di hadapan balai ketibaan memandang ke jam di

tangan. Menunggu teman yang lama tidak bertemu. Sudah hampir tiga minggu teman

yang satu ini membawa diri. Dia juga sudah tidak sabar menyampaikan kisah yang

diketahuinya itu siang tadi.

Hampir setengah jam menunggu, akhirnya wajah yang dinanti itu sudah

ternampak dari balik orang ramai yang berpusu-pusu keluar. Melemparkan senyum dan

kegembiraan yang tidak terkata.

“Akhirnya kau balik juga kawan!” Tubuh itu dipeluk erat.

“Well, I told you already. If she’s…”

“Yeah, yeah, I know that. Iyalah, takkanlah kau nak balik sebab semata-mata nak

jumpa aku kan?” Tidak sempat menghabiskan kata-katanya, Ikmal sudah menyampuk.

Fariez hanya mampu tersengih. Kecil hati la tu!

“Kau ni kenapa? Dah jadi gay boy ke? Excuse me!” Tawanya berhamburan.

Terasa sedikit lapang hatinya, Ikmal masih tetap melayannya seperti dahulu tanpa ada

prejudis.

“So, barang kau ni saja ke? Takkan kau balik sana semula lepas ni?” Seketika dia

memerhatikan barang yang dibawa Fariez. Hanya sebuah bagasi besar.

“Ini pun dah banyak aku bawa. Aku lapar. Jom, aku belanja. Aku pun dah tak

sabar nak dengar cerita kau ni.” Dipaut bahu teman itu dan mereka sama-sama beredar.

“Well, aku admit yang aku salah sebab aku sendiri pun dah pandang serong pada

Hafiqah. Iyalah, mana taknya, gara-gara dia, kita berlima ni berpecah. Kau bawa diri, si

236

Page 237: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Hariez tu pula dengan cerita dia sendiri. Makhluk Allah yang lagi dua tu kau faham-

faham sendirilah macam mana kan? Nama pun sepupu. Tinggallah aku sorang-sorang

bawa diri jadi spy tak bertauliah kau tu.” Fariez menganggukkan kepala. Dia sedar itu

semua, namun itu bukan salah Hafiqah. Itu salah mereka sendiri.

“Jadi betullah yang dia dah tak ada di Villa Kasih sekarang ni? Dia memang dah

larikan diri?” Memandang ke luar kafe.

“Memang dia tak salah. Aku dengar sendiri yang Hariez mengaku memang dia

sendiri yang rancangkan kes khalwat tu. Dan yang paling best adalah, Hafiqah tu pun

pernah kena tangkap juga macam kes Hariez tu, dan secara kebetulannya, orang yang

pasang perangkap tu adalah adik perempuan Hafiqah sendiri. Kau tak rasa apa yang

diorang buat pada Hafiqah tu kejam ke?” Ikmal menyedut Cappucino yang dipesan

sebentar tadi sebelum menyambung semula ceritanya.

“Hariez buat si Hafiqah tu macam orang gaji je sebenarnya. Cuma yang aku tak

faham, kenapa dia beriya-iya nak kahwin dengan Hafiqah, kalau dia tak sukakan

perempuan tu? Takkan sebab nak berebut dengan kau? Semata-mata tu je?” Kali ini dia

memang keliru. Keliru dengan motif sebenar Hariez.

Fariez masih lagi mendiamkan diri. Menjadi pendengar yang setia kepada setiap

cerita yang disampaikan Ikmal. Sedangkan, di dalam mindanya, sudah ligat memikirkan,

di mana dia perlu bermula untuk mencari Hafiqah. Entah sudah sampai ke mana Hafiqah

saat ini. Langsung tiada idea.

“Tak ada klu langsung kan dia tinggalkan kita?” Tiba-tiba itu yang keluar

daripada mulutnya.

237

Page 238: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Setakat waktu aku dengar tadi masa dekat depan rumah tu, diorang pun tak dapat

agak dekat mana si Hafiqah tu sekarang ni. Kalau nak kata dia dah balik ke JB, ayah si

Hafiqah tu kata macam tak mungkin. Hafiqah tu bukan jenis yang akan berterus-terang.

Mungkin macam sebelum ni, dia larikan diri lagi. Cuma tak tahu ke mana.” Ikmal

menambah.

Dia memang sudah menunggu sejak dari pagi lagi. Sebelum kepulangan keluarga

Tuan Rizan dan diikuti dengan kehadiran keluarga Hafiqah. Untuk dia turut serta dalam

masalah keluarga itu, dia tidak mahu. Oleh itu, dia hanya mencuri dengar setiap

perbualan mereka dari balik pintu hadapan sahaja. Mujur semua orang sibuk berada di

dalam Villa Kasih. Jika tidak, pasti dia akan ditemui.

“Telefon yang aku bagi pada dia tu on, tapi bila aku cuba call, tak berangkat. Aku

pun tak tahu apa cara lagi nak hubungi dia.” Dia juga buntu. Ke mana agaknya Hafiqah

akan pergi untuk menyembunyikan diri. Tak mungkin dia nak jadi orang gaji lagi!

Kalau beginilah kesudahannya, memang lambat lagi dia akan dapat bertemu

Hafiqah. Fariez tersandar ke kerusi sebelum meraut rambutnya ke belakang. Ikmal

sekadar memerhati temannya yang semakin kusut itu. Air yang dipesan juga tidak

bersentuh.

Hafiqah, apa sebenarnya yang awak dah buat pada saya sampai saya jadi seperti

ini; tidak dapat melupakan awak. Saya rindukan awak, Hafiqah. Sungguh, saya rindu.

238

Page 239: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

40

TELEFON yang semenjak tadi berdering tidak henti-henti hanya dipandang sepi. Hampir

menyampah dibuatnya akibat lagu He is Mine dendangan Wonder Girls itu yang terus-

terusan berbunyi.

Perempuan ni nak apa lagi dengan aku? Pergi matilah dia dengan keluarga dia!

Sumpah Alisa dalam hati. Memang tidak akan diangkat panggilan Aimi itu lagi. Baginya

hubungan mereka sudah putus saat orang lain sudah mengetahui tentang penipuan

mereka.

Berbaring di katil mendepakan tangan sambil menghadap ke siling biliknya yang

berwarna biru itu dengan harapan untuk mendapat ketenangan. Jujur mengakui, Alisa

masih takut dengan kejadian diculik Haziq tempoh hari. Oleh kerana itu, dia akhirnya

pulang ke teratak keluarganya di Kuala Lumpur. Takut ditemui Haziq lagi.

Alisa memandang gambar keluarganya. Hanya dia, papa dan mama. Menjadi anak

tunggal dalam keluarga menjadikan dia seorang yang pentingkan diri sendiri. Manja dan

tidak mempunyai ramai kawan.

Tidak dinafikan Hafiqah memang satu-satunya kawan yang boleh bertahan begitu

lama dengannya. Satu-satunya yang mampu melayani segala karenahnya. Namun,

semakin lama bersama, cemburu di hati semakin kuat. Lebih-lebih lagi apabila setiap

lelaki yang diminatinya sentiasa jatuh hati kepada Hafiqah dan bukan kepada dirinya.

Apabila dibandingkan antara Aimi dan Hafiqah, walaupun mereka itu adik-

beradik daripada ibu dan bapa yang sama, Alisa jadi pelik. Tidak faham bagaimana dua

orang yang lahir dari rahim yang sama boleh mempunyai sikap yang jauh berbeza. Aimi

239

Page 240: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

langsung tidak menyukai Hafiqah dan perangai mereka juga bagaikan langit dengan

bumi.

Saat-saat bersendirian seperti ini, Alisa jadi rindu pada Hafiqah. Teman sebantal

di kala tidur, malah, Hafiqah juga rajin memasak untuknya. Mamanya sendiri tidak

pernah memasak untuk keluarga, apatah lagi untuk dirinya. Sepanjang masa di rumah

hanya mampu menikmati masakan bibik yang saban bulan bertukar ganti dek tidak tahan

dengan perangai cerewetnya.

Pintu bilik yang diketuk dari luar menyedarkannya kembali ke alam nyata.

“Masuk!” Diangkat kepala sedikit dan kemudian dijatuhkan semula.

Memandang sekilas mamanya yang kelihatan masih muda bergaya walaupun

sudah berusia hampir lima puluh tahun. “Mama nak pergi mana ni?”

“Mama nak pergi jumpa auntie Rina. Ada hal nak bincang tentang kamu dengan

Hafiz. Kamu ingat lagi pada Hafiz?” Datin Emelda membelai rambut Alisa lembut.

Alisa menjungkitkan kening kanannya. Hafiz? “Anak auntie Rina ke?” Dia

bukannya kenal pun dengan ahli keluarga auntie Rina. Dia kenal auntie Rina pun melalui

kelab kenamaan mamanya. Bukan dia pernah berjumpa dengan keluarga wanita tersebut.

“Ala, yang mama selalu cerita pada kamu dulu. Anak sulung dia. Hari tu mama

ingat nak kenalkan kamu dengan anak lelaki dia yang nombor tiga. Tapi, dia baru je

kahwin. So, mama tukar plan. Hafiz ni pun boleh tahan juga orangnya.” Datin Emelda

sudah memasang angan.

“Nak ke dia dengan Lis ma? Kalau dah tahap boleh tahan tu, takkanlah tak ada

orang nakkan dia pula?” Walaupun hatinya bernyanyi riang mendengar perkhabaran

daripada mamanya, namun dia tidak mahu ditolak lagi.

240

Page 241: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Apa pula tak nak dengan anak mama ni? Anak mama ni pun cantik lagi! Seksi,

kaya! Apa lagi yang dia nak? Bodohlah dia tu kalau dia tolak anak mama ni.” Dicium

dahi anak itu. Jarang dia dapat membelai satu-satu anak yang dia miliki ini kerana terlalu

sibuk dengan urusan sosialnya.

“Setahu mama lah, menurut auntie Rina, si Hafiz tu masih tak ada kekasih lagi.

Dia tu orangnya sibuk sangat belajar dan bekerja. Tak macam yang lagi seorang tu suka

mengular saja. Takut anak mama ni saja yang tak tahan sebab auntie Rina kata, anak dia

yang seorang ni serius orangnya.” Tambahnya lagi.

“Yang tu Lis boleh handle. As long as, ciri-ciri yang diperlukan untuk jadi

husband impian Lis tu ada. Kan Mama?” Dipeluk tubuh solid Datin Emelda. Walaupun

sering diabaikan, namun dia sentiasa diberikan apa sahaja yang diinginkan.

“Tahu pun anak mama ni! Tak sia-sia mama ajar selama ni. Ingat, biar tak kacak,

yang penting berduit. Tak cinta pun boleh cinta kalau ada duit. Okey, mama dah lambat

ni. Betul ni tak mahu join mama?”

Alisa menggeleng. Semenjak pulang ke Teratak Cahaya, Alisa sudah jarang

keluar. Trauma dengan kejadian itu masih tidak surut lagi. Takut juga jika Haziq masih

ada menghantar orang untuk sentiasa mengekorinya. Tak mungkin terlalu mudah untuk

lelaki itu mencarinya jika tiada orang suruhan yang mengekori dirinya sepanjang masa.

Apalah yang kau pandang sangat pada si Hafiqah tu Haziq sampai aku ni

langsung kau tak nampak? Akhirnya Alisa melepaskan keluhan yang panjang.

*********************************

241

Page 242: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

SELAGI dia terus terkurung di dalam rumah ini, selagi itulah dia akan berhadapan

dengan kemarahan seluruh ahli keluarga. Tembelangnya sudah pecah, semua orang

memandang rendah terhadapnya. Imej yang sudah sedia buruk semakin tercalar dengan

pandangan serong orang lain.

Gril yang melindungi tingkap cermin lutsinar itu dibuka kuncinya perlahan agar

tidak didengari oleh ahli keluarganya yang lain. Kemudian, dengan penuh berhati-hati

tingkap lutsinar itu ditolaknya keluar. Memanjat tepi tingkap itu dan menyusuri tebing

belakang rumah itu untuk turun ke tingkat bawah. Aimi sengih. Macamlah aku baru

sekali keluar malam! Macam ni kena kurung setiap hari pun tak ada hal lah!

Berkat kegigihannya, Aimi berjaya tiba ke tanah. Senyuman puas dilepaskan.

Sepasang kasut yang memang sentiasa disimpan di balik tong kosong di belakang

rumahnya diambil. Itu memang caranya untuk keluar malam. Beg kecil berisi beg tangan

dan beberapa helai baju untuk keperluan beberapa hari.

Berjalan seorang diri pada malam hari seperti ini sudah jadi perkara biasa

kepadanya. Aimi berjalan terus sehingga ke simpang. Langkah dipercepatkan. Tidak

mahu ada orang perasan ketiadaannya, lebih-lebih dalam keadaan darurat seperti

sekarang.

Tiba di simpang, sebuah kereta Honda City sudah sedia menanti. Aimi semakin

melebarkan senyuman. Setelah memasuki perut kereta itu, lock pada pintu ditekan dan

kereta itu meluncur laju membelah kepekatan malam.

“Kenapa you lambat?” Dikuis-kuis pipi gebu itu dengan jemarinya. Aimi senyum

Kali ini dia terpaksa meminta bantuan Joe, teman yang dikenalinya ketika menemani

rakan sekerjanya bermain boling pada suatu masa dahulu. Penat dia menunggu panggilan

242

Page 243: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

daripada Zulkifli, sudahlah begitu, nombor yang digunakan semasa mula perkenalan

mereka itu juga sudah tidak dapat dihubungi lagi.

“Mestilah I lambat. I nak keluar bukannya ikut pintu depan. Kan I dah cakap yang

I ni dah kena perintah berkurung. Bukannya senang I nak dapat lepas ni tau!”

Memuncung bibirnya. Pura-pura merajuk konon.

“So, sekarang ni you nak pergi mana?”

“I ikut je you nak bawa I ke mana-mana pun. You are the driver kan?”

“Kalau I bawa you balik ke rumah I?”

“Yang penting I tak kena bayar sewa.” Dia sudah biasa ikut lelaki hingga pulang

ke rumah. Dan kali ini sudah tiada beza. Yang penting, dia perlu menyelamatkan diri

dahulu.

Senang kerja. Lelaki itu tersenyum. Pedal minyak ditekan dan kereta yang

dipandu itu membelah kepekatan malam, membawa dua manusia itu menuju lautan

asrama yang penuh dosa. Dan Aimi ceria, tidak menyedari bahana apa yang menanti di

hari depan.

*******************************************

Aku pernah alpa, aku pernah lupa, 

aku pernah terlena, dibuai cahaya indah. 

Hidupku jadi megah, tanpa bersusah payah, 

tanpa aku menduga, ku dalam leka. 

Rupa-rupanya cahaya itu hanya sementara, 

243

Page 244: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Suram mengambil tempat, lumrah sudah tersirat, 

jaminan menjadi berat, tamparan begitu hebat, 

sekarang baru ku sedar, setelah menempuh sukar.

Ku memikirkannya setiap saat.

LAMA Hariez duduk di atas tikar sejadah. Terasa begitu lama tidak mengabdikan diri

kepada Tuhan yang satu. Bukan tidak pernah bersolat, Cuma solat yang dilaksanakan

hanya sekadar memenuhi syarat dia sebagai seorang Islam.

Hariez teringatkan sesuatu. Perlahan bangun menuju ke meja tempat dia bekerja.

Dibuka laci meja itu dan diambil satu buku yang diselitkan di bahagian dalam sedikit

lagi. Dibuka dan diselak-selak.

“Eh, mana pulak benda ni?” Habis digeledah segenap inci meja itu. Diselongkar

sehingga hilang kekemasannya.

Hariez meraup rambut. Cuba menenangkan diri dan akhirnya tersandar di kerusi.

Dia dah ambil! Tapi bila?

Surat nikah mereka telah hilang satu salinan daripada simpanan. Dia yakin dan

pasti kini, Hafiqah telah ambil semasa dia demam tempoh hari. Ia bukti untuk segala-

galanya yang terjadi antara mereka. Bukti andai ada yang meragui hubungan mereka.

Juga bukti andai ada hasil daripada peristiwa itu.

Airin kini telah kembali semula ke asramanya. Walaupun pada hakikat adik kecil

itu tidak sukakan kehidupan di sekolah berasrama, namun, dek kerana kebencian yang

kini semakin menjalar terhadapnya, dia akhirnya kembali juga. Entah bila akan terubat

hati kecil itu untuknya.

244

Page 245: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Hariez buntu. Ingin mencari Hafiqah, tapi dia tidak tahu di mana. Wanita itu tidak

pernah diambil peduli. Kebencian yang terlalu dalam mengaburi hatinya untuk ambil tahu

tentang kebajikan isteri yang satu. Saban hari dia akan merayau-rayau mencari Hafiqah.

Mencari-cari di perosok kampung, pergi ke stesen-stesen bas, untuk bertanya andai ada

sesiapa yang menemui Hafiqah. Lebih malang lagi, tiada gambar walaupun sekeping

yang disimpan untuk dijadikan rujukan. Langsung tiada.

Begitu mudah aku mendapatkanmu, terlalu mudah untuk kau pergi dariku

Hafiqah. Tetapi, kenapa terlalu sukar untuk aku menjumpai dirimu, walaupun kau

senantiasa ada di hadapan mataku?

245

Page 246: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

41

EMPAT TAHUN BERLALU…

TALI leher yang tersangkut di leher ditanggalkan dan dicampakkan ke atas sofa. Kondo

yang selama ini tidak diduduki kini menjadi tempat tinggal tetapnya. Sudah lama tidak

kembali ke Villa Kasih. Semenjak dari tarikh Hafiqah meninggalkannya, dia membawa

diri ke kondo mewah ini, kondo yang mencatat sejarah silam mereka berdua. Hanya

sesekali tibanya pagi syawal dia akan kembali, itupun tiba tengahari dia sudah kembali

semula ke kondo.

Hariez memandang keluar dari balkoni. Menikmati panorama malam dari sudut

tinggi. Kerja yang bertimbun senantiasa menemani harinya kini. Setiap hari pasti ada

sahaja temu janji yang perlu dihadiri. Namun, hujung minggu tetap dikhaskan untuk

mencari insan yang sehingga kini masih tidak dapat dijejaki.

Umi pula sudah berpuluh kali mengajaknya pulang. Namun, hatinya seakan

tertutup untuk kembali ke Villa Kasih. Airin juga masih lagi marahkan dirinya. Sudah

pun menyambung pelajaran kolej matrikulasi Pahang. Pulang ke Villa pun hanya akan

menambahkan lagi sayu dan rasa bersalah yang tidak henti-henti bertandang.

Keluhan berat dilepaskan. Hendak buat macam mana, hati yang lara perlu

ditenangkan dahulu. Dan untuk ketenangan itu, dia perlu bertemu dengan punca

kegembiraan, Hafiqah. Isteri yang telah lama hilang dari mata, menghilang jauh tanpa

jejak. Tubuh yang tidak pernah mengenal erti penat sebelum ini bagaikan terasa begitu

lesu. Masakan tidak, hari Isnin hingga Jumaat, masanya dihabiskan di pejabat. Pulangnya

246

Page 247: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

pun hanya selepas jam Sembilan malam. Sabtu dan Ahad pula dihabiskan sepenuhnya

dengan keluar Bandar, merantau ke pelbagai pelosok negeri, demi mencari Hafiqah.

Kepala berpusing ke sofa saat mendengar telefon miliknya berdering kuat. Malam

pun mamat ni call. Tak reti balik ke dia ni?

Tidak lain dan tidak bukan pastinya Irfan, personal assistant yang dilantik

semenjak tiga tahun lalu. Dengan fikiran yang sentiasa meronda jauh, dia tidak betah

mengingati semua perkara dalam masa yang sama. Dan Irfan, sentiasa setia menjadi diari

bergeraknya; mencatit dan mengingatkannya untuk setiap temu janji yang menanti.

Hariez menggelengkan kepala. Walaupun begitu, butang hijau tetap ditekan dan telefon

ditekapkan segera ke telinga.

“Yes?”

“Saya baru dapat call daripada Salang Pusoka tadi, pengarah dia dah balik semula

ke Salang pada Rabu ni. Jadi, dia dah setuju untuk perbicangan tu diadakan pada Khamis

ni sehingga Rabu depan. Since kita bertiga yang akan pergi, bos nak saya book kan flight

ke?”

“Bertiga? Siapa lagi seorang?”

“Encik Fariez. Since dia arkitek yang Tuan Rizan pilih sendiri untuk projek resort

ni.” Irfan menjelaskan. Hariez terdiam sejenak memikirkan sesuatu.

“No, kau tak perlu book flight. Aku rasa aku nak ke sana naik kereta. Kita pergi

bertiga naik kereta aku. Nanti kau inform Fariez tentang ni. Kita gerak Rabu malam, naik

feri pagi. Kita ikut Mersing.” Dia sebenarnya ada perancangan tersendiri.

Irfan senyum. Bos yang satu ini masih tidak berputus asa mencari wanita bernama

Hafiqah itu. Tidak diketahui siapa Hafiqah, mungkin teman wanita yang hilang, atau

247

Page 248: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

mungkin juga teman baik semenjak dari kecil lagi. Tak mungkin isterinya, kerana dia

tidak pernah melihat gambar perkahwinan mereka. Tambahan pula, status perkahwinan

lelaki itu masih lagi bujang dalam daftar syarikat.

“So, confirmlah ni tak perlu book flight ye? Duit tong-tong ke atau bos sponsor?

Hehe… Almaklumlah bos, dah nak hujung-hujung ni!” Tanpa segan-silu Irfan bertanya.

“Iyalah, aku sponsor. Apa-apa pun, make sure kau inform si Fariez tu.” Faham

sangat dengan maksud Irfan.

“Baik bos!” Talian diputuskan.

Minda Hariez mula menerawang memikirkan Fariez. Sahabat itu sudah kembali

ke Malaysia semula. Kembali bekerja di syarikat Tuan Rizan, namun sebagai arkitek

bebas dan bukan sebagai staf tetap mereka.

Ah, papa sebenarnya simpati dengan Fariez. Cinta yang terkorban dek

kebodohan aku!

Papanya juga mungkin sengaja hendak merapatkan kembali hubungan mereka

berdua yang terjejas akibat Hafiqah. Bukan dia tidak mahu berbaik semula dengan Fariez,

tetapi kemarahan teman yang satu itu masih belum surut. Dan projek resort ini pun

mungkin idea papanya untuk menyatukan kembali hubungan mereka.

Tioman. Gara-gara hendak ke Tioman dia bertemu dengan Hafiqah. Tidak

terlintas di fikiran yang perbualan secara gurau senda itu akhirnya menjadi kenyataan.

Bermula dengan sekadar gurauan kepada tuan punya chalet di Salang Pusoka itu,

akhirnya, pengarah chalet itu menghubunginya untuk projek menaiktaraf chalet miliknya

menjadi resort yang lebih mewah.

248

Page 249: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Guruh di langit sedikit sebanyak kelihatan begitu menggerunkan jika dilihat dari

tempat tinggi seperti sekarang. Terus mematikan niat untuk melepak di balkoni. Lantas,

ditolak pintu sliding kaca itu dan ditutup dengan langsir tebal.

Baru sahaja hendak melangkah menuju ke bilik, telefonnya berdering lagi. Kali

ini umi. Sudah ditetapkan lagu untuk umi. Malas, namun tetap dirajinkan diri untuk

menjawab panggilan uminya.

“Assalamualaikum Umi.” Malas sungguh rasanya untuk berbicara saat ini.

“Waalaikumussalam. Anak umi sihat?” Senyuman dilebarkan. Lama sudah tidak

melihat anaknya. Laksana anaknya itu sudah jauh dari pandangan, walhal masih berada di

kota yang sama dengannya.

“Sihat.” Sepatah juga jawabnya. Puan Hazrina simpati dengan nasib Hariez.

Namun, apakan daya, nasi sudah menjadi bubur.

“Hujung minggu ni, keluarga kita nak pergi menghantar rombongan untuk

pertunangan abang Hafiz kamu tu. Akhirnya dia setuju juga nak bertunang dengan si

Alisa anak Auntie Mell tu. Umi nak Riez ikut sekali ya?” Diam. Tiada jawapan daripada

Hariez.

“Riez janganlah menjauhkan diri daripada kami. Kami tak salahkan Riez. Balik

ye sayang?”

Hariez menghela nafas dalam. “Riez minta maaf sangat-sangat, Umi. Minggu ni

Riez ada temu janji dengan client dekat Pulau Tioman. Rabu ni Riez gerak ke sana. Minta

maaf sebab tak dapat join majlis abang Hafiz tu. Next time dia kahwin Riez akan spend

masa untuk majlis dia. Okay?”

249

Page 250: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Kali ini Hariez dapat mendengar keluhan uminya. “Sampai bila Riez nak bawa

diri jauh daripada keluarga Riez sendiri? Lupakanlah Hafiqah tu. Umi tak nak anak umi

terus-terusan mendera diri sendiri. Takkan Riez sanggup tinggalkan umi, sayang?”

Puan Hazrina masih lagi cuba memujuk. Dengan harapan agar Hariez pulang

ketika majlis pertunangan Hafiz.

“Lain kali Riez balik. Tapi buat masa ni Riez memang betul-betul sibuk. Lagipun

Riez baru tahu tadi. Nanti Riez inform papa ye?” Kali ini Hariez pula yang memujuk.

Bukan dia sengaja tidak mahu pulang ke sana, cuma kali ini dia benar-benar tidak dapat

mengelak temu janji yang telah ditetapkan. Selebihnya, dia masih belum bersedia untuk

bertemu dengan ahli keluarganya yang lain.

“Kalau dah macam tu, tak apalah. Tapi, janganlah tak jaga kesihatan Riez sendiri

ye? Sesekali hujung minggu tu baliklah ke sini ye, sayang?” Nadanya kecewa, namun

hati Hariez lebih keras daripada yang disangka. Anaknya kini jauh berbeza daripada yang

dikenalinya dahulu.

“Okey. Umi jangan kecil hati ye? Riez tetap sayangkan umi.” Talian diputuskan.

Telefon dimatikan agar tiada sesiapa yang akan menghubunginya malam ini. Dia mahu

bersendiri.

Sungguh dia rindu, sungguh dia teringatkan Hafiqah. Hafiqah isterinya. Ya, masih

lagi isterinya dan tidak akan diceraikan sampai bila-bila. Akan dipujuk isteri itu sampai

lembut hatinya andai bertemu. Oleh sebab itu, dia tidak akan berputus asa. Kerana dia,

sememangnya insan yang paling dicintai.

Dahulu dia malu untuk mengakui perasaan ini, tapi kini tidak lagi. Fiqa di mana

sayang? Baliklah, abang rindukan Fiqa…

250

Page 251: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

251

Page 252: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

42

“TAK NAK!”

Sudah berulang kali dia mengucapkan perkataan itu. Bahagian mana lagi yang

tidak difahami lelaki yang satu ini?

“Please? Just malam ni je. Abang dah janji nak bagi cuti pada Erni dua hari.

Takkan abang nak tarik suruh dia patah balik? Malulah abang!” Kay menggosok kedua

tapak tangannya bagi mendapatkan simpati Afi.

“No, no, no! Part mana yang abang tak faham lagi ni? Afi bukan pandai menyanyi

pun! Ish, tak sesuai la Afi nak duduk kat stage tu. Pleaselah jangan paksa-paksa boleh?

Tau kan Afi tak suka kena paksa?” Mata dijegilkan. Sedang tangan pula sibuk

menggumpal dan kemudian mencampakkan kain tuala dan cadar kotor ke dalam troli.

Dahlah siang bekerja di bahagian khidmat pelanggan dan merangkap juga tukang kemas

bilik, sekarang ni nak ditambah pula dengan kerja sebagai penyanyi pula! Orang tua ni

nak mengarutlah tu dengan aku!

“Just malam ni je. Esok Erni dah balik kan? Abang lupa la yang group mat saleh

tu ada function makan malam dan dia nak entertainer malam ni. Please, please, please?”

“Siapa suruh abang lupa? Bukan Afi pun. Abang nyanyi lah sendiri. Abang yang

bagi Erni cuti kan? Apa pulak nak suruh Afi.” Selesai dengan chalet 5, dia terus bergerak

ke chalet 6 bersama trolinya.

“Afi nak suruh tsunami ke dekat sini?” Afi tergelak. Bukan dia tidak tahu betapa

berguruhnya suara lelaki Kay.

“Afi bukan pandai menyanyi pun. Lagu apa je yang Afi nak nyanyi nanti? Ha,

cuba jawab. Kalau Erni tu macam-macam lagu dia tahu. Afi ni radio pun tak dengar tau!”

252

Page 253: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Abang tahu Afi pandai nyanyi. Abang pernah…” Tidak jadi meneruskan kata.

Afi mengangkat wajah memandangnya. Namun, Kay hanya tersengih menayangkan gigi

yang tersusun. Dia pernah mendengar Afi mengaji ketika lalu di hadapan rumah yang

didiaminya. Dia juga pernah mendengar Afi menyanyi ketika sibuk mengemas sendirian

di bilik-bilik chalet yang ditinggalkan pengunjung. Dengar suaranya saja pun sudah boleh

jatuh cinta tanpa perlu dia menyanyi lagi. Aku ni dah gila baying sebenarnya. Hehe…

“Knock! Knock! Hello, anybody home? Abang ni kenapa? Afi kan cakap dengan

abang tadi. Tak dengar ke?” Tangan yang dikepal seperti penumbuk itu dilayang-layang

di hadapan Kay. Kay sengih lagi.

“Apa dia sayang?” Dia malu sebab ditangkap red handed sedang berangan oleh

Afi. Dan ia akan lebih memalukan kalau Afi tahu yang dia sedang berangankan Afi

sendiri.

“Dah jangan nak mengarut lagi. Jangan kacau Afi dekat sini. Pergi buat kerja

abang tu macam selalu. Shh.. shh..” Cuba menghalau Kay, namun, usaha itu hanya sia-

sia. Kay yang dikenali tidak akan pergi selagi tidak berjaya mendapatkan apa yang

diinginkan. Pasti pelbagai cara memujuk dan memaksarela akan digunakan.

Dan nampaknya, kali ini juga Afi masih betul. Kay duduk bersila di tengah-

tengah pintu masuk ke chalet.

“Ni dah kenapa pulak?” Kay diam. Afi sudah menggaru kepala. Apa pula yang

cuba dibuatnya kali ini.

“Janganlah paksa Afi. Kan abang tahu yang Afi tak suka dipaksa.” Suaranya

sudah mula kendur.

253

Page 254: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Abang cuma minta tolong Afi sekali ni saja. Bukan banyak pun permintaan

abang ni. Takkan itu pun Afi tak boleh nak tolong? Malulah abang kalau tiba-tiba abang

kata yang kita tak ada entertainer malam ni. Next time mesti diorang dah tak nak datang

lagi sebab ingat kita suka mungkir janji. Lagipun, bukannya selalu abang minta tolong

Afi pun.” Sudah tidak mahu mengangkat muka melihat Afi. Merajuklah tu!

Ah, kenapalah lelaki yang seorang ini terlalu manja? Nampak saja perangai

luarannya perkasa dan macho, tapi yang sebenarnya sikap lelaki itu terlalu kebudak-

budakan. Merajuk tidak kira tempat.

Afi melepaskan keluhan kecil. Dia tahu, kalau Kay berkehendakkan sesuatu, pasti

lambat laun dia akan mengalah juga. Cuma tidak untuk kes-kes yang melibatkan hati dan

perasaannya.

“Fine. But no camera allowed!”

“Deal!” Serentak, Kay melompat kegirangan.

*******************

Lagu It’s All Coming Back To Me nyanyian Celine Dion yang dialunkan sebentar tadi

oleh penyanyi wanita itu benar-benar memukau empunya telinga yang mendengar.

Tepukan yang gemuruh diberikan sebagai tanda penghargaan.

Kay yang memandang dari kaunter cashier tersenyum ceria. Tidak sia-sia wanita

itu dipilih menggantikan Erni yang pulang ke kampung di Mersing untuk dua hari.

Memandang Afi yang sedang menuju ke arahnya sebaik meletakkan mikrofon dan

memberi peluang kepada para pengunjung untuk berkaraoke pula.

“Sporting la pengunjung malam ni abang Kay. Best juga jadi penyanyi ni ya?

Kalau Afi jadi penyanyi je boleh?” Sambil tersengih Afi memandang kepadanya.

254

Page 255: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“So, customer service siapa nak uruskan? Amboi, nak kerja yang best je ye…”

Terasa seperti ingin menarik hidung comel Afi, tetapi hukum melarangnya. Ditahan

sahaja jiwa yang sentiasa bergelora.

“Saja je bergurau. Kalau tak boleh gurau, duduk surau lah!” Serta-merta tawanya

turut meletus. “Macamlah Afi nak sangat. Malam ni je tau! Esok suruh Erni nyanyi

balik.”

“Aizul mana? Dah tidur ke?” Ingatan singgah pula kepada anak kecil berusia tiga

tahun yang disayangi mereka.

Sambil menyedut minuman jus tembikai di hadapannya, Afi menggeleng. “Abang

lupa la tu, kan ke Erni bawa dia berjalan ke Mersing sekali. Lusa dia baliklah.” Serentak

itu Kay menepuk dahi. Benar-benar terlupa anak kecil itu yang melambai-lambai gembira

kepadanya petang tadi ketika menaiki feri. Rindu sebenarnya setiap kali berjauhan

dengan Aizul.

“Disebabkan Erni pun balik lusa, Afi ingat nak pergi ke Mersing lusa. Lagipun,

Erni pun boleh jaga Aizul kan?” Dia tersengih lagi mempamerkan dua baris gigi yang

sentiasa cantik tersusun itu.

“Berapa lama nak pergi tu? Ada apa nak pergi ke Mersing?” Dia perlu tahu. Tidak

sanggup menanggung rindu jika berjauhan dengan Afi. Tidak nampak Afi depan mata

walaupun di sudut pulau yang sama, tetap membuatkan hatinya jadi tidak keruan.

Afi kelihatan berfikir seketika. “Dalam dua hari je. Ada benda sikit nak buat.

Nanti Afi nak pinjam kereta abang yang tinted gelap tu ye? Please?” Gayanya manja dan

pura-pura comel. Macam manalah si Kay ni hendak tidur lena. Matanya sentiasa saja

terpandangkan Afi dengan gayanya yang cukup bersahaja.

255

Page 256: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Kay geleng kepala melihat keletah Afi. Tidak mampu untuk menolak. Akhirnya

dia mengangguk bersetuju. “Kalau abang ikut boleh?”

Hampir tersembur air yang sedang disedut Afi itu dek terkejut dengan permintaan

Kay. Mengadalah pulak pak cik ni!

“Kalau Afi kata tak boleh?”

“Pakai kereta orang lainlah.” Dah agak. Nak merajuklah tu! Dia pakai syarat

pulak sekarang ni!

“Hm, okey. Tapi sampai ke Bandar Mersing je. Lepas tu Afi nak pakai kereta

seorang ye?” Pandai-pandailah aku tinggalkan dia nanti. Hehe…

“No, no, kali ni abang ikut. Abang pun ada benda nak buat. Abang nak ke JB

nanti. Kalau Afi nak Afi tumpanglah nanti.” Mati terus senyumannya. Afi mencebikkan

bibir. Fail plan aku! Dan-dan ni dia pun ada benda nak buat juga di JB tu.

Kay perasan dengan reaksi protes Afi, namun kali ini dia sengaja ingin mengekori

wanita itu untuk mengetahui apa urusannya. Semenjak empat tahun mengenali wanita itu,

kisah hidupnya begitu rumit. Ditambah dengan aktiviti misteri wanita itu setiap kali

mengambil cuti untuk ke Mersing dan kadang kala ke Pahang semata-mata untuk

mengeluarkan duit, tetapi perginya sehingga dua tiga hari.

“Afi ikut abang je lah. Nanti dekat JB, Afi tinggalkan abang dekat Bandar. Abang

ada urusan bank. Mungkin lama. Nanti Afi gunalah kereta abang untuk buat urusan Afi

tu.” Kay cuba bermain tarik tali. Tidak sampai hati pula melihat muncung Afi yang

semakin panjang itu.

“Betul? Okay, I’ll take that as a promise.” Terus senyuman dilebarkan semula.

256

Page 257: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Amboi, senangnya? Tarik baliklah!” Senang hatinya tertawa. Bukan betul-betul

pun.

“Oit-oit! Tak baik mungkir janji. Haha!” Takut dikejar Kay, Afi kembali semula

ke khalayak. Memilih-milih lagu untuk dinyanyikan lagi. Siang jadi customer service dan

menguruskan operasi chalet, malam pula secara sambilan menjadi penyanyi.

Upah yang diterima tidaklah selumayan mana, tetapi suasana yang tenang dan

tenteram serta kos hidup yang sekadar cukup itu membantu dia untuk meneruskan hidup.

Lari dari dunia asal yang penuh dengan permasalahan manusia.

Kay hanya mampu ketawa. Kemesraannya dengan Afi kadangkala boleh

membuatkan orang lain juga cemburu dengan hubungan mereka. Namun, siapa sahaja

yang hendak cemburu. Rata-rata penghuni pulau ini bagaikan sudah menjadi ahli

keluarga kepada mereka. Mereka sendiri faham, dengan usia yang semakin meningkat,

dan masih lagi tidak mempunyai calon isteri, Kay pasti akan jatuh cinta dengan Afi.

Cuma, masalahnya pada Afi sendiri yang seakan-akan tidak mengerti perasaan lelaki

Kay. Sekadar menganggap Kay sebagai seorang abang dan akan sedaya upaya untuk

menolak perasaannya sebaik mungkin. Terkenangkan saat pertama kali mengenali Afi

ketika mula-mula tiba di chalet mereka empat tahun yang lalu.

****************************

LAMA wanita itu diperhatikannya. Sudah dua hari dia tiba ke Pulau Tioman, namun

tiada tanda-tanda dia sedang bercuti dengan gembiranya. Tidak pernah mengikuti

sebarang aktiviti pantai yang memang disediakan oleh pihak chalet.

257

Page 258: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Semenjak ketibaannya di sini, aktivitinya hanya makan, berjalan-jalan di pantai

dan duduk termenung sehingga menjelang senja dan kembali semula ke bilik, dan keluar

semula untuk makan malam. Duduk diam di meja yang paling hujung itu tanpa

mempedulikan orang yang lalu lalang. Sibuk dengan novel di tangan yang tidak habis-

habis dibaca.

Bukan kerana wajah yang lembut itu dia jadi prihatin, tetapi kerana sebagai

pemilik chalet, dia harus memastikan kebajikan para pengunjungnya agar mereka

sentiasa seronok dan ingin kembali semula ke sini.

Kay bangkit dari duduknya dan bergerak menuju ke meja hujung itu. Wanita itu

sedang khusyuk membaca sebuah buku ketika itu dan tidak menyedari kehadiran Kay

sehinggalah kerusi di hadapannya ditarik. Barulah wajahnya itu diangkat. Kay terpana.

Kagum dengan anugerah Allah di hadapannya.

“Assalamualaikum. Apa khabar?” Senyuman dilemparkan. Wanita itu turut

tersenyum.

“Waalaikumussalam. Alhamdulillah baik. Boleh saya bantu?” Lembut bicaranya,

menggetarkan jiwa yang kian gundah.

“Tak ada apa. Saya Khairul Amri. Boleh panggil saya Kay.” Hanya senyum yang

dihadiahkan. Kay duduk dan apabila melihat wanita itu hanya senyap, Kay menyambung

bicara. “Lama bercuti dekat sini?”

Mengangguk tanpa suara.

“Siapa nama?”

“Afi.”

“Nama penuh? Asal dari mana?”

258

Page 259: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Dari KL.” Dan mengabaikan soalan pertama yang ditanya.

“Ok. Minat baca novel? Saya pun ada banyak koleksi novel. Adik saya Erni tu

suka baca novel. Dah bertimbun novel dia dekat rumah saya.” Sambil jari menunjuk ke

arah seorang gadis yang sedang menyanyi di atas pentas yang kecil itu.

“Really? Ni pun kebetulan saja saya baca nak mengisi masa lapang.” Tidak sia-sia

Kay memilih tajuk novel untuk dibicarakan apabila mendapati novel yang dibacanya

daripada tadi.

“Adik saya tu memang suka menyanyi. Siang dia tolong saya jadi penyambut

tetamu, malam pula dia menyanyi. Since dia pun minat nak jaga chalet, jadi saya bagi dia

pengalaman dulu.” Afi menoleh ke arah Erni yang masih lagi sedang menyanyi.

“Oh, berapa umur dia tu? Nampak macam muda lagi?” Sudah mula ramah untuk

berkata-kata. Kay senyum.

“22. Baru lepas belajar dekat Politeknik Pasir Gudang. Awak?” Inilah masanya

untuk mengenali wanita di hadapannya.

“Saya baru 23.”

“Bekerja or belajar?” Afi menggeleng.

“Dua-dua tak. Baru lepas berhenti kerja. Sekarang ni jadi penganggur terhormat.”

“Kenapa berhenti? Ada problem kerja? Sekarang ni tengah menikmati cutilah ni?”

Sedikit demi sedikit ingin diketahui tentangnya. Afi menggeleng lagi.

“Bukan problem kerja. Ada masalah keluarga sedikit. Ke sini pun untuk dapatkan

ketenangan.” Sambil matanya meliar memandang sekeliling. Tidak selesa sebenarnya

berbicara dengan lelaki ini. Baru 5 minit dikenali.

259

Page 260: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Macam tu. Anyway, kalau ada apa-apa masalah dekat sini, beritahu saya saja ye?

Jangan malu-malu. Minta diri dulu sebab ada kerja sedikit.” Kay segera bangun apabila

melihat ada pengunjung yang memanggilnya. Sebenarnya, dia juga perasan Afi tidak

selesa apabila berbicara tentang hal peribadi.

Semenjak hari itu, Kay akan sentiasa bertegur sapa dengannya apabila melihat Afi

duduk berseorangan di tepi pantai. Dan daripada cerita wanita itu, masalah keluarganya

berpunca selepas perkahwinannya dengan anak orang kaya yang tidak direstui keluarga

lelaki itu. Perkahwinan itu hanya bertahan selama sebulan sahaja. Setelah kematian

suami, ibu mertuanya menghalau Afi keluar dari rumah arwah suaminya dan

menyebabkan wanita itu kini merempat. Diganggu juga Afi di tempat kerja dan Afi juga

takut diburu oleh keluarga mertuanya kerana takut dirinya mengandungkan anak

suaminya; takut-takut kalau suatu masa nanti Afi akan datang menuntut harta suami

menggunakan anaknya. Lantas, kerana takut diketahui diri mengandung, Afi lari ke Pulau

Tioman yang jauh daripada gangguan kota.

Petang itu dia melihat Afi masih duduk di tepi pantai dengan setianya bersama

novel yang tidak habis-habis dibacanya. Kay tersenyum. Aku juga yang jadi sponsor.

Hehe..

“Nah, untuk awak.” Afi memandangnya pelik. Namun, sampul yang dihulurkan

itu disambutnya jua. Dikoyak dengan penuh sopan, takut dikatakan gelojoh pula oleh Kay

nanti.

“Apa ni?” Dahi berkerut, dan kening sedikit terangkat.

Kay sengih. “I am offering you a job. Interested?”

260

Page 261: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Tapi saya tak ada hantar application form ataupun resume pun. Macam mana

pula awak boleh tergerak hati nak offer saya kerja dekat sini? Tak takut kena tipu ke?”

“Tak kisahlah. Kalau awak nak tipu saya ke apa. Sebab niat saya ikhlas nak

tolong awak. Pada saya, bila kita buat baik dengan hati yang ikhlas, insyaAllah,

semuanya akan dipermudahkan. Mana nak tahu, awak memang betul-betul dalam

kesusahan, kan? Kalau awak menipu, itu antara awak dengan Allah.”

Afi tersenyum tawar. Niat lelaki itu nampak seperti tulus. Cuma dia ragu-ragu

sama ada perlu atau tidak untuk dia menerimanya. Jika diikutkan pada masa yang tinggal

untuk dia berada di sini cuma tinggal dua hari sahaja lagi. Dan tawaran daripada Kay

bagaikan bulan jatuh ke ribanya. Sama ada untuk menerima ataupun tidak, dia betul-betul

berada di atas pagar.

“Take all the time you need. But let me remind you, you have only two days left on

this island. Then, where are your destinations? Back to normal? Being hunt again?”

Afi menarik nafas panjang. Dia buntu. Menerima atau menolak. Menerima beerti

dia akan kekal di pulau ini bersama insan-insan yang baru dikenalinya selama hampir

seminggu di sini. Menolak pula, dia akan kembali ke dunia lamanya yang masih tidak

pasti.

261

Page 262: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

43

“TATA ibu!” Tangan halus itu melambai kepadanya. Wajah yang comel itu dipandang

sayu. Baru pagi tadi anak itu tiba, tengahari ini dia pula yang harus meninggalkan anak

yang tidak tahu apa-apa itu selama sehari lagi. Wajah polos Aizul yang masih ceria

melambai-lambai kepadanya dilihat semakin lama semakin jauh dan jauh. Rindu pada

anak yang satu itu masih tidak terubat lagi. Mujur juga Aizul bagaikan mengerti

kesukaran hidup yang dialami dan pandai membawa diri.

“Afi nangis ke? Hai, selalu Erni bawa Aizul ke sana ke mari tak menangis pun.

Kali ni menangis pula ke? Kenapa ni?” Kay merenung ke wajahnya. Temu janji dengan

wakil daripada syarikat yang akan bertanggungjawab ke atas ubah suai chalet mereka

sudah ditetapkan pada hari esok. Telah dipesan kepada Erni supaya membiarkan mereka

berehat dahulu apabila mereka tiba petang nanti memandangkan dia juga tiada untuk

menyambut kedatangan mereka.

“Tak. Budak kecil tu bukannya tahu pun. Cuma terbayangkan Afi masa kecil

dulu, kalau mak dan abah nak pergi tinggalkan Afi dekat asrama, mesti hati pun rasa sayu

macam ni juga.” Pantas senyum dihadiahkan. Kay juga turut membalas senyuman itu.

Kali ini, mereka berdua pula yang akan ke Tanah Besar. Tiba di Mersing untuk

mengambil kereta milik Kay di rumah keluarganya, dan awal pagi esok, bergerak terus ke

Johor Bahru untuk dia menguruskan perihal kewangan syarikatnya. Afi pula dibenarkan

untuk menggunakan keretanya itu untuk ke tempat yang ingin dituju sementara

menunggu dia yang tidak tahu bila masa selesai dengan urusan perbankannya.

262

Page 263: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Feri yang mula bergerak terasa begitu memeningkan kepala. Afi memejamkan

mata. Jantung juga berdegup semakin kencang. Itulah satu-satunya kelemahan yang

masih tidak berjaya diatasinya sehingga kini. Mabuk laut!

Kay yang sudah perasan wajah Afi yang semakin memucat tidak mengajaknya

berbual lagi dan hanya membiarkan Afi untuk menenangkan diri. “Tidurlah.” Ucapnya

perlahan.

“Hm.” Dikunyah gula-gula angin yang memang telah disediakan di dalam beg

sebelum dia akhirnya lena di sebelah Kay.

*******************

GAMBAR yang terpapar di skrin kamera Nikon D5100 miliknya itu ditatap dalam-dalam

dan berulang kali. Bagaikan tidak mempercayai apa yang dilihatnya itu. Wajah itu begitu

jelas. Pantas kepala diangkat dan mata mula mencari-cari si pemilik wajah di dalam

kesesakan orang yang turut sama berada di jeti Mersing ini.

Serius, itu memang dia!

Begitu sukar untuk mencari wajah yang satu di dalam ratusan manusia yang sibuk

keluar dan masuk kini. Keadaan yang terlalu sesak juga menyukarkan dirinya untuk turut

sama bergerak. Hanya leher yang dipanjangkan dan hati juga turut sama berdoa semoga

pencarian selama ini berakhir pada hari ini. Mungkin ada hikmah feri yang sepatutnya

bergerak pagi tadi untuk mereka terpaksa ditunda ke sebelah petang.

“Fariez! Sinilah! Kita punya turn ni!” Jeritan Hariez bergema di celah-celah

kebisingan.

263

Page 264: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Fariez hampa. Namun Fariez pasti, memang gambar Hafiqah yang ditangkapnya

tadi. Terasa seperti ingin membiarkan Hariez menunggunya sementara dia ingin mencari

bayang Hafiqah lagi.

Lambaian tangan Hariez yang semakin menjauh telah menyedarkannya bahawa

dia harus segera mengekori lelaki itu untuk masuk ke Feri. Jika tidak, dia akan

ketinggalan.

Sekurang-kurangnya, aku tahu dia ada di Johor ni lagi. Ada jodoh kita akan

berjumpa lagi Fiqa.

Dengan penuh kehampaan, Fariez akhirnya melangkah masuk ke Feri.

Membiarkan Hariez duduk di sebelah pembantu peribadinya, Irfan sedang dia lebih

selesa duduk bersama orang yang tidak dikenali.

Hariez mengambil kesempatan untuk bertukar duduk dengan Irfan. “Kau cari apa

tadi?”

“Tak ada apa.” Malas dia hendak melayan Hariez berbual. Mata terus dipejamkan.

Semenjak dari dalam perjalanan mereka lagi, Hariez bagaikan cuba untuk beramah mesra

dengannya. Namun, entahlah, hatinya masih lagi sakit dengan pengakuan Hariez empat

tahun dahulu terhadap apa yang telah dilakukan kepada Hafiqah.

Kamera yang berada di tangan terus disimpan. Tidak mahu Hariez turut melihat

gambar Hafiqah tadi. Biar nanti tiba di chalet dan di saat dia bersendiri kemudian barulah

dia akan meneliti semula gambar itu di laptopnya.

Hariez terpana. Terasa sia-sia pula dia cuba berbaik-baik dengan Fariez. Namun,

dia sedar, memang tidak mudah untuk sesiapa pun memaafkan dosa-dosa yang telah

264

Page 265: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

dilakukan. Sedangkan Airin dan Fariez sudah tidak memaafkan dirinya, tidak dapat

dibayangkan bagaimana nanti saat dia meminta keampunan Hafiqah.

Hariez mula bangun. Dia terasa begitu sesak duduk di dalam feri ini. Bangun dan

bergerak ke belakang feri untuk mengambil angin dan menikmati pemandangan laut yang

terbentang luas. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang dua jam itu terpaksa

ditempuh dengan perasaan yang berkecamuk.

Lembut angin yang menyapa pipi mengingatkannya pada mimpi yang sering

dialaminya semenjak empat tahun dahulu; sebelum Hafiqah meninggalkannya. Sebelum

dia sempat memohon kemaafan isteri yang satu itu. Perasaan itu indah seperti yang

dirasainya sekarang. Cuma bezanya, tiada Hafiqah di sisi. Hanya dia sendiri.

Kalaulah Fiqa tahu yang abang cintakan Fiqa sangat-sangat dan abang rindukan

Fiqa, mesti Fiqa akan kembali pada abang. Abang minta maaf sebab tak pernah ucapkan

sayang abang pada Fiqa semasa Fiqa ada di sisi abang...

265

Page 266: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

44

RUMAH yang masih kekal sama seperti semasa kali terakhir dia melihatnya itu

dipandang dari jauh. Hendak menjejakkan kaki ke dalam rumah itu tidak mungkin

sesekali. Tidak dalam tempoh yang terdekat ini. Emaknya sedang mencantas pokok

bunga kertas yang ditanam di tanah lapang seberang jalan rumah mereka tanpa menyedari

Hafiqah memerhatikannya dari dalam kereta yang diparkir jauh dari rumah mereka.

Fiqa rindu emak. Air mata yang jatuh diseka lagi. Cermin mata hitam itu masih

kekal di atas batang hidungnya. Takut-takut jika ada yang lalu berdekatan. Walaupun

cermin kereta Kay itu bertinted gelap, namun dia masih perlu berwaspada. Dia masih

belum bersedia untuk menunjukkan diri. Dia takut dikejar bayang-bayang Hariez lagi.

Dia juga masih takut diperlekehkan oleh keluarganya sendiri.

Seorang anak kecil yang keluar dari rimbunan pokok itu dengan wajah yang calar

dan menangis manja ke arah Halimah. Mungkin anak kak long. Hafiqah teringat, semasa

kali terakhir sebelum tragedi yang menjadi permulaan kepada seluruh masalah hidupnya

itu berlaku, kandungan kak long sudah pun berusia tiga bulan. Namun, mungkin juga

anak jiran-jiran yang dijaga emaknya bagi mengisi kekosongan masa lapang.

Sudah masuk tahun ke empat, dia beraya bersama keluarga abang Kay. Bahkan,

keluarga lelaki itu terlalu baik dengannya. Sehingga dia sendiri takut, pisang berbuah

untuk kali yang ketiga. Cukuplah hanya dua kali. Mujur, keluarga lelaki itu menerima

dirinya seadanya dan menganggap dia seperti ahli keluarga mereka sendiri. Cuma dia

sendiri yang tidak selesa begitu. Terus-terusan menerima budi tanpa dapat membalasnya.

266

Page 267: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Telefon yang dihadiahkan Fariez dahulu diangkat. Cuma nombornya sudah

ditukarkan kepada nombor baru. Itupun atas nama abang Kay. Ah, lelaki itu memang

terlalu banyak budinya kepada aku.

“Assalamualaikum. Ye abang? Dah siap ke?” Hafiqah melirik jam di pergelangan

tangan. Sudah pukul dua belas tengahari. Patut pun emaknya sudah mula beredar masuk

ke dalam rumah bersama anak kecil tadi.

“Waalaikumussalam. Ya, dah siap. Nanti Fiqa ambil abang dekat depan Public

Bank tadi ya. Abang tunggu dekat sini. Fiqa dekat mana? Lagi setengah jam boleh

sampai?”

Kay membuka butang di pergelangan tangan. Baru selesai temu duga untuk

pinjaman bank. Alhamdulillah, dalam tempoh seminggu lagi urusan pinjamannya akan

diluluskan.

“Mestilah boleh. Abang ni jangan pandang rendah kat Afi tau. Sekali Afi rempit,

ketar tau kaki Schumaker.” Meletus tawanya. Kay menggelengkan kepala.

“Haah, ye la tu. Nak rempit guna kereta sendiri ye. Honda Civic tu kereta abang

tau. Pandu hati-hati sikit. Kalau ada calar nanti, Afi kena kahwin dengan abanglah

nampaknya.” Saja dia hendak menyakat wanita itu.

“Boleh. Tapi, kereta tu kena terus tukar nama Afi la kan?” Sambil itu, tangan

sudah mula mengawal stereng. Hafiqah yang dulu sudah jauh berbeza dengan Hafiqah

masa ini. Dia sudah tidak mahu diri terus diperkotak-katikkan. Tidak mahu lagi diri terus

ditindas. Dia perlu bangun dan mengorak langkah ke hadapan. Masa silam hanya akan

dijadikan panduan agar dia tidak tersasar lagi. Agar dia tidak mudah tewas lagi.

267

Page 268: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Pengalaman sememangnya guru yang paling baik dalam hidup. Terima kasih wahai guru-

guruku semua!

****************

HALIMAH memegang tangan Akif dengan penuh kasih sayang. Membawanya masuk

semula ke dalam rumah. Tangisan yang tidak henti-henti itu hanya mampu ditenangkan

dengan kata-kata sayang sahaja. Habis tubuh dan wajah comel itu tercalar. Itulah, nakal

sangat pergi main dalam semak depan rumah tu siapa suruh? Kan dah luka-luka.

Gumam Halimah dalam hati. Degil Akif tidak ubah seperti anak bongsunya, Aimi yang

kini menghilangkan diri entah ke mana.

Semenjak tembelangnya menganiaya Hafiqah pecah, Aimi melarikan diri

daripada rumah sekembalinya mereka ke Johor Bahru. Dan sehingga kini, langsung tiada

berita yang dikirimkan Aimi kepada mereka. Sudahlah Hafiqah pergi meninggalkan

mereka dengan kisah yang begitu tragik, kini Aimi juga pergi dan tidak tahu bila akan

kembali lagi.

“Mari sini Nenek sapukan ubat. Yang Akif pergi masuk bawah pokok tu kenapa,

sayang? Kan dah luka-luka ni. Dah tak comel lagi cucu nenek ni.” Hanya cucu ini

peneman jiwanya kini. Mengisi kekosongan yang ditinggalkan Hafiqah dan Aimi.

“Sakit nenek. Sakit.” Rengekan itu terus berlagu. Halimah senyum.

“Meh sini nenek tiup ye? Puh, puh, sakit pergi jauh-jauh. Jangan dekat-dekat lagi.

Akif budak baik, jangan kacau Akif ye?” Tertawa kecil Akif melihat neneknya meniup-

niup pada luka-luka di tubuhnya.

268

Page 269: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Nenek ni kelakar. Kenapa tiup-tiup? Gelilah!” Meliuk-lentok tubuhnya menahan

kegelian.

“Kata tadi sakit. Nenek nak hilangkan sakitlah ni!” Sambil itu tangan sudah liar

menggeletek tubuh Akif. Sudah semakin hilang perasaan sakit itu. Dan akhirnya Akif

turut ketawa sebelum tubuh tua itu dipeluk erat.

“Nenek jangan sedih-sedih ye? Nanti Akif dah besar, Akif pergi cari Mak Ngah

dan Mak Su ye? Akif sayang nenek!”

Bibir kecil itu singgah di pipi Halimah. Perasaan ini cukup indah. Hatinya yang

dirundung mendung semakin bersinar kembali. Tidak sia-sia dia meminta supaya cucu itu

dijaganya.

“Iyalah, tapi Akif jangan nakal-nakal ye? Nenek tak larat dah nak kejar Akif lagi.

Nenek kan dah tua.”

“Nenek minumlah susu Anlene. Macam mak Akif!” Dan tubuh menunjukkan

gaya Michelle Yeoh yang beraksi seperti di dalam iklan Anlene.

“Pandainya cucu nenek!” Tubuh Akif itu dipeluk erat. Inilah intan payungnya

sekarang. Inilah kebahagiaannya sekarang. Ya Allah, janganlah dijauhkan juga dia

daripadaku.

269

Page 270: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

45

PENAT melayan ombak laut bagaikan hilang saat dapat meneroka pemandangan yang

indah dan permai. Desiran ombak yang tidak pernah lekang memukul pantai menemani

jiwanya yang telah sekian lama kekosongan. Ombak dan pantai tidak akan boleh

dipisahkan. Itulah antara bait-bait lagu kumpulan Search yang pernah didengarinya suatu

masa dahulu.

Di persisiran pantai, terdapat beberapa orang anak pelancong yang sedang

bermain-main ombak. Tidak takut langsung dicuit badai yang menerkam ke kaki. Di

antara beberapa orang anak mat saleh itu, terpandang pula seorang anak kecil yang

langsung tidak ternampak seperti pelancong ceria bermain bersama mereka.

Comel sungguh anak kecil itu. Wajahnya seperti pernah dilihat tetapi entah di

mana, dia lupa. Jiwa seakan bergelodak bila melihat dalam-dalam wajah anak itu. Kerana

terlalu tertarik dengan anak kecil itu, Hariez bangun menuju ke arah mereka. Dengan

baju yang sudah basah lencun bermain air, berlari-lari ke pantai dan mencari sesuatu di

pasir pantai dan kemudian kembali semula ke kumpulan teman-temannya tanpa

mempedulikan orang dewasa yang sedang turut sama bergembira di sekitar mereka.

Duk!

“Auch!” Dalam kepelatannya berbicara, terduduk sambil mengurut-urut lutut

yang terluka.

“Are you okay?” Anak kecil yang berada di bawah kakinya itu memandang ke

arahnya yang berdiri tegak di atas kepala. Hariez mencangkung untuk menyetarakan

kedudukan.

270

Page 271: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Hehe, sakit sikit. Aizul minta maaf uncle. Terlanggar pulak.” Masih pelat,

namun kata-kata yang dituturkan sungguh bersopan sekali.

“Aizul buat apa ni?” Erni berdiri di sebelahnya tanpa sedar. Dibangunkan Aizul

dengan hati-hati agar tidak mencederakannya lagi.

“Tak apa. Dah tak sakit dah. Aizul nak main dekat sana ye uncle. Terima kasih.”

Secara tidak langsung Hariez tahu nama anak itu. Hariez senyum. Erni itu turut sama

tersenyum.

“Aizul faham ke apa yang kawan-kawan Aizul tu cakap?” Pelik juga dia

bagaimana anak itu bertutur dengan kawan-kawannya itu.

“Mestilah! Ibu pun kadang-kadang cakap dengan Aizul macam tu.” Mulutnya

memuncung ke arah kumpulan temannya. Anak pula itu bagaikan sudah tidak sabar

untuk meninggalkannya. Mungkin kerana melihat kawan-kawannya masih menantinya

membawakan sesuatu.

“Nanti dah main, Aizul kawan dengan uncle pulak ye?” Pandai sungguh meminta

izin dan tidak terus meninggalkannya. Hariez mengangguk. Perasaan masih ingin berbual

dengan anak itu akhirnya terpaksa dipendamkan sahaja di dalam hati.

“Anak cik ke?” Soalan itu diajukan kepada wanita yang muncul tiba-tiba itu.

Wanita itu menggeleng.

“Tak, anak staf sini. Ibu dia tiada di sini, pergi ke Tanah Besar. Saya tolong jaga

dia.” Kacak betul mamat ni, desis hati Erni.

Patut pun! Muda sangat, takkanlah dah ada anak sebesar ni… hehe… Bisik hati

Hariez.

271

Page 272: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Kalau awak ada kerja tak apalah. Saya boleh tolong jaga dia. Comel pulak!” Dan

serentak itu, Erni mengucapkan terima kasih kepadanya dan beredar. Dia masih perlu

menjaga pelanggan lain memandangkan abang Kay nya masih belum tiba lagi.

Hariez jadi leka melayani keletah anak kecil itu daripada jauh. Terlalu asyik dan

kadang-kala tertawa apabila melihat si kecil itu turut ketawa diusik teman-temannya.

Dari jauh, Hariez nampak Fariez bersama kameranya ditemani Irfan sedang

berjalan di atas jeti. Dari jeti menuju pula ke kedai cenderamata yang berada di hadapan

jeti. Terlalu asyik mengambil gambar sehingga tidak sedar bahawa setiap tingkahnya

Hariez perhatikan. Dari semalam lelaki itu asyik menilik gambar di kameranya. Setiap

kali Hariez menghampiri, cepat-cepat dimatikan kamera itu. Takut sangat Hariez mencuri

gambar yang ada di dalamnya. Entah apalah yang hendak dirahsiakan sangat. Lainlah

kalau kau jumpa Hafiqah sampai nak sembunyi-sembunyi dari aku. Kalau kau jumpa

pun, bukan kau boleh kahwin dengan dia pun!

Akal jahat Hariez tetap tidak mahu melepaskan Hafiqah. Dan, tidak akan sesekali

ataupun berkali-kali dia melepaskan Hafiqah dalam erti kata sebenarnya melepaskan.

Tit, Tit! Punat pada telefon ditekan. Mesej baru masuk dan dibaca. Hampir

terbeliak biji matanya. What?!

Latest bank transaction: ATM Petronas Mersing, 230pm – Armin

Dia ada dekat Mersing? Hariez mencengkam rambutnya. Terasa seperti sudah

tidak tertanggung kekesalan di hati. Mujur sudah meminta bantuan Armin yang

sememangnya bekerja di Bank yang digunakan Hafiqah untuk memantau setiap transaksi

yang dilakukan. Itupun mujur juga, Hafiqah menggunkan bank tempat Armin bekerja.

272

Page 273: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Jika tidak, agak sukar juga untuk dia mendapatkan maklumat seperti itu. Namun, Hafiqah

juga tidak kurang bijaknya, dia juga seperti tahu bagaimana untuk menutup jejak sendiri.

Dua minggu lepas pengeluaran wang dilakukan di Cherating, Pahang. Kali ini di

Mersing pula. Di mana sebenarnya lokasi dia? Kenapa aku sering terlepas peluang

bertemu denganmu Fiqa?!

*******************

FARIEZ dan Irfan sibuk mencari-cari cenderamata yang sesuai untuk diberikan kepada

kenalan mereka. Bukan untuk dibeli sekarang ini memandangkan mereka tiba pun baru

satu hari. Sekadar untuk buat survey, mana tahu jika kedai yang satu lagi boleh

memberikan tawaran yang lebih hebat.

“Kau dengan Hariez tu dah kawan lama ke?” Fariez mengangkat wajah. Irfan

lelaki yang suka bercakap terus terang. Langsung tidak pernah takut untuk menyuarakan

setiap persoalan yang bertakhta di hati.

“Well, since Tuan Rizan suka betul dengan kau walaupun kau bukan permanent

staff dekat company ni.”

“Sepanjang kau kenal Hariez, apa pendapat kau tentang dia?” Kali ini, dia pula

yang bertanyakan soalan. Sedang soalan lelaki itu terbiar tidak berjawab.

“He’s okay. Tak susah juga kerja dengan dia. Cuma kalau dia kata nak buat

macam A, pening jugalah kepala aku kalau arahan dari atas B.” Dia tak apalah kalau nak

melawan pun, company ni memang company bapa dia, dan dia pun ada share juga.

Namun, kata-kata itu hanya sekadar bermain di minda Irfan. Tidak mungkin diluahkan

kepada Fariez.

273

Page 274: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Dalam erti kata lain, dia ego, kan? Ataupun degil?” Fariez meneka.

“Both.” Sepatah perkataan itu sudah cukup untuk menjawab soalan itu.

“Cuma something yang aku tak faham, tapi mungkin kau tahu, kenapa kau orang

ni tak macam kawan pun? Born enemies ke apa?” Tengok tu! Berani-berani dia saja nak

cakap aku dengan Hariez tu born enemies. Tak ada insurans langsung mulut budak ni!

“Kenapa kau cakap macam tu? Aku rasa okey je. Kita kerja professional. So, tak

perlu kot kalau nak jadi over mesra.”

“But, tell me something, kau tahu tak tentang perempuan yang dia cari tu?”

Terhenti terus perbuatannya. “Meaning?”

“Ala, perempuan yang dia sibuk cari tu! Girlfriend lama dia kot? Kau kenal?”

Hafiqah ke maksud mamat ni? Aik, takkan Hariez tak cakap yang dia dah kahwin?

“Itu kau kena tanya dia lah. Apa pulak tanya aku? Berani pergi tanya dialah!”

Terus dia keluar dari kedai itu. Jam di tangan diperhatikan. Hampir jam lima petang.

Sudah hampir tiba masa untuk minum petang. “Minum jom?”

“I follow!” Irfan menyambut ajakan itu dan membuntutinya ke kedai minum yang

berhampiran.

Di kejauhan, ternampak kelibat Hariez bersama seorang kanak-kanak yang tidak

dikenali. Fariez menatap wajah comel itu dalam-dalam. Terasa ada sesuatu pada wajah

anak itu. Macam…

“Kau orang nak pergi mana?” Sapa Hariez. Kanak-kanak itu memandang ke arah

mereka pelik. Namun, dengan penuh sopan, tangan kecil itu menghulurkan tangan untuk

bersalam dengan Fariez dan Irfan.

274

Page 275: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Wah, bila bos masuk program anak angkat ni?” Begitu berseloroh pertanyaan

Irfan. Dan dengan ringan tangan Hariez mengetuk kepalanya.

“Anak orang, mana aku boleh ambil sembarangan.” Namun, hanya tawa yang

keluar dari mulut Irfan dan Fariez.

“Tadi Erni inform saya yang encik Khairul tu sampai petang ni. Jadi, dia

sampaikan pesan encik Khairul tu supaya kita jumpa untuk makan malam bersama nanti.

Pukul lapan.” Mujur Irfan teringat pesanan Erni sebentar tadi.

“Kau orang nak pergi mana tadi? Minum? Jom, aku nak join. Jom Aizul ikut

uncle minum.” Aizul tersengih ceria. Uncle ini terlalu baik dengannya.

Serentak tiga sekawan itu menuju ke kafe yang terletak di tengah-tengah chalet

yang mereka diami. Dan sesungguhnya, Allah itu Maha Kaya, Maha Berkuasa,

seandainya ada jodoh pasti mereka akan dipertemukan walau sejauh mana pun mereka

terpisah.

Tangan kecil yang dipegang terlerai. Hariez terpaku tanpa kata.

Hati Fariez mula menyanyikan lagu cinta.

Irfan hanya kelu melihat dua lelaki itu tegak di hadapannya. Dan Aizul…

“IBU!”

********************

JIKA ditoreh wajahnya saat ini pasti tidak berdarah. Aizul berlari ceria kepadanya.

Namun bukan itu yang mengganggu emosinya kini. Dua wajah itu muncul setelah sekian

lama dia membuang mereka jauh dari hidupnya. Dan kenapa perlu muncul lagi pada hari

275

Page 276: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

ini. Dan kenapa perlu Aizul dipertemukan dengan mereka sekali dalam keadaan ini?

Dalam keadaan dia tidak bersedia untuk berdepan dengan mereka?

“Ibu!” Ceria suara Aizul yang kini menggenggam tangannya. Sedang Hafiqah

hanya mampu kaku.

“Fiqa.” Sungguh suara itu yang pernah dibencinya. Suara itu yang pernah

mengherdiknya. Dan suara itu pernah mencarik dan merabik segala maruahnya.

“Fiqa.” Itu pula suara yang dirinduinya. Suara yang pernah berjanji untuk setia

melindunginya. Untuk sentiasa percaya dengannya. Namun, terlalu tega

meninggalkannya sendiri untuk menghadapi hari-hari berliku.

“Afi.” Sentuhan jemari Kay di bahu menyedarkannya untuk kembali berpijak di

bumi yang nyata. Derap selipar yang semakin menghampiri, membuatkan selangkah

demi selangkah Hafiqah ke belakang.

Dicempung tubuh kecil Aizul ke pangkuan. Tidak akan dilepaskan tubuh anak itu.

Berlari, laju dan semakin laju. Meninggalkan Hariez dan Fariez yang pasti sedang

mengejarnya di belakang. Menyusup ke dalam celahan kedai yang terletak di sekitar jeti.

Akhirnya Hafiqah menyorok di dalam bilik kecil di kedai yang paling hujung.

Dengan jari yang menggeletar ketakutan, Hafiqah membuat isyarat supaya Aizul

diam. Anak itu hanya menurut. Dipeluk Aizul ketat-ketat. Tidak mahu Hariez

menganiaya Aizul pula. Cukuplah dahulu dia yang teraniaya. Kak Nas yang kebetulan

masuk terkejut dengan keadaan Hafiqah yang terlalu ketakutan itu. Pucat lesi wajahnya,

dan apabila disentuh, terasa begitu sejuk.

“Fiqa kenapa?” Cuba merungkai pelukan Hafiqah kepada Aizul apabila dilihat

anak kecil itu seperti tidak selesa dipeluk terlalu kuat oleh ibunya. Namun, getaran tubuh

276

Page 277: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Hafiqah terlalu jelas ketara. Menggeletar bibirnya untuk berbicara. Hanya kepala yang

mampu digelengkan. Lagaknya seperti baru berjumpa dengan hantu yang mengerikan.

“Ibu Aizul kenapa?” Dipalingkan kepalanya ke arah Aizul. Dan anak kecil itu

pula masih menurut arahan ibunya agar mendiamkan diri.

Sedang Hariez, Fariez dan Kay masih lagi tercari-cari Hafiqah yang terlalu pantas

berlari. Tubuh itu terlalu lincah menghilangkan diri. Memang tidak dinafikan, Hafiqah

memang hebat dalam menghilangkan diri. Menyusup di celah-celah kesesakan orang

ramai sehingga tidak terkesan jejaknya. Jika tidak, takkanlah dia mampu melarikan diri

daripada mereka selama bertahun-tahun tanpa kesan.

“You all kenal Afi ke?” Kay cuba untuk mencungkil rahsia. Peristiwa ini terlalu

mengejutkan. Ini orang suruhan keluarga suami Afi ke? Tak mungkin. Hariez merupakan

anak kepada pemilik syarikat yang besar. Tetapi, mungkin juga mereka ini adik kepada

arwah suami Afi.

Hariez dan Fariez saling berpandangan. Tidak tahu untuk memberikan jawapan

apa. Dan Kay, masih lagi menanti.

“Afi?” Hariez ingin kepastian.

“You mean, Nurul Hafiqah?” Fariez pula bertanya. Irfan yang kebetulan baru tiba

tercungap-cungap menarik nafas. Masih tidak mengerti apa yang sedang berlaku kepada

dua sahabat itu. Sibuk mengejar perempuan yang baru sekali ini dilihatnya.

“Yes. Hafiqah.” Kay mengiyakan. Lama dia tidak menyebut nama penuh Afi.

Wanita itu sendiri jarang menyebut nama penuhnya. Seolah-olah tidak mahu, nama

penuhnya diketahui oleh sesiapapun.

Fariez hanya mampu meraup muka.

277

Page 278: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Hariez sudah bercekak pinggang kepenatan. “Fiqa, she’s my wife.”

Dan Kay, tercengang. What is actually happening?

Dan Kak Nas keluar dari kedai kecilnya dengan wajah sarat kebingungan, “Kay!

Afi pengsan dekat dalam!”

278

Page 279: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

46

“SUAMI?” Hariez yang duduk di sudut bertentangan dipandang sinis. Hariez

mengangguk. Memang itulah hakikatnya. Buat apa dia ingin menyembunyikannya lagi?

“Untuk empat tahun ni aku tengok dia seorang diri membesarkan Aizul dan tiba-

tiba kau datang mengaku diri suami?” Terasa diri begitu bodoh sekali kerana

mempercayai Afi. Terasa mudah sekali dia dipermainkan Afi.

Hariez tidak tahu apa yang diceritakan Hafiqah kepada Khairul Amri atau lebih

dikenali sebagai Kay itu. Lelaki itu nampak muda, berusia dalam lingkungan awal tiga

puluhan sepertinya dan namun, tidak diketahui status perkahwinan. Berkulit gelap dan

Kay tampak begitu mengambil berat tentang Hafiqah, dan Hariez nampak dengan jelas,

perasaan Kay kepada Hafiqah atau Afi itu.

“Dia tinggalkan aku. Empat tahun dulu. Dan aku rasa, aku tak perlu beritahu kot

masalah apa antara aku dan dia.”

Damn! Berlagak bagus betul dia ni! Kutuk Kay dalam hati.

“Aku tak percaya.”

“Up to you. Kau boleh confirmkan sendiri dengan dia.” Begitu bersahaja sekali

wajah lelaki yang menggelarkan diri sebagai suami Hafiqah. Anak orang kaya KL,

memang macam tulah agaknya diorang ni berlagak kot! Huh!

“Hariez, aku nak cakap dengan kau.” Fariez yang dari tadi duduk di atas bangku

laman yang terletak di hadapan rumah kecil Hafiqah memanggil Hariez. Sejak tadi dia

hanya mendiamkan diri. Ada sesuatu yang ingin diucapkan, namun begitu sukar untuk

dilafazkan.

279

Page 280: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Hariez bangun perlahan. Semenjak bertemu semula dengan Hafiqah, dia seperti

tidak jadi untuk berbaik semula dengan Fariez. Pasti Fariez juga merasakan apa yang dia

rasa saat ini.

Duk!

Tumbukan keras Fariez mengenai tulang pipinya. Perh! Apa bangsat sangat si

Fariez ni?!

“Kau ni dah kenapa?” Pekiknya kepada Fariez. Kay yang melihat dari atas

beranda juga terkejut dengan tindakan drastik Fariez itu. Tidak pernah dia melihat Fariez

semarah itu. Merah padam kulit mukanya yang semulajadi cerah itu.

“Kau sentuh dia?!” Tempik Fariez semula. Benci sungguh dia melihat Hariez saat

ini.

“Dia isteri aku! Apa hak kau nak pertikaikan tentang tu?!” Bengkeng sungguh dia

melihat Fariez yang kelihatan begitu kecil sekali. Lalu, sebiji penumpuk singgah ke pipi

Fariez pula. Terundur ke belakang tubuh sasa Fariez tidak dapat menahan penangan

Hariez.

“Dia rela? Hah? Dia rela? Kau memang bangsat!” Dicekak pula kolar baju Hariez

sebelum ditolak ke belakang tubuh Hariez dan ditumbuk lagi.

“Lantak aku lah dia suka ke tak! Yang kau nak sibuk sangat tu kenapa?! Kau

suami dia? Hei, aku ni yang suami dia! Bukan kau!” Kali ini dia pula yang

menghadiahkan satu lagi tumbukan ke perut Fariez.

“Damn you!”

280

Page 281: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Melihat Fariez yang meluru untuk menghentam Hariez, Kay berlari turun dan

menangkap tubuh Fariez. “Cukup! Cukup! Kau orang jangan nak tambahkan lagi

masalah yang dah sedia ada pulak! Jangan sampai ada orang mati dekat pulau aku ni!”

Dan ditahan Hariez yang seperti ingin menambahkan pukulan yang diberi. Parah

budak berdua ni! Aish! Macam mana lah aku boleh terlibat sekali?

“Kau sepatutnya tak perlu masuk campur urusan rumah tangga aku! Kau siapa?

Kau tu tak ada kaitan dengan Hafiqah untuk bagi kau kebenaran masuk campur dalam

hidup kami!” Tambah Hariez lagi. Semakin berapilah wajah Fariez.

“Cukup Hariez! Aku cakap cukup! Fikir sikit Hafiqah dekat dalam tu! Kau orang

tak ada otak ke?” Serentak dilepaskan tubuh Fariez ke tanah. Terdiam dua lelaki bengis

itu. Kembali semula memikirkan Hafiqah.

“Aku nak tengok dia.” Langkah diatur untuk menaiki tangga. Namun, cepat-cepat

ditahan Kay.

“I said clearly, ENOUGH! Sama ada kau suami dia ataupun tak, sekarang ni aku

tak nak ada sesiapa pun yang ganggu Hafiqah selagi dia tak bersedia untuk berjumpa

dengan kau semua.” Tegas dan cukup untuk menghentikan kedegilan Hariez.

Hariez akhirnya kembali duduk di beranda. Memikirkan kembali kata-katanya

sebentar tadi. Terasa menyesal pula menghamburkan kata-kata itu. Bagaimana jika

Hafiqah sudah terjaga dan mendengar dengan jelas setiap butir patah perkataan itu?

Argh!!!!!!!!!!

Ya, sememangnya Hafiqah mendengar setiap butir pergaduhan mereka. Dia sudah

sedar. Aizul yang berada dalam dakapan hanya diam. Tidak mahu melihat ibunya sakit

lagi. Tidak mahu melihat ibunya tidur lebih lama lagi. Dia mahu bermain dengan ibu. Dia

281

Page 282: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

mahu ibu ketawa dengannya. Dan dia mahu ibu yang sentiasa ceria dengannya. Seperti

sebelum kemunculan dua orang lelaki yang baru dikenali petang tadi.

“Aizul ikut ibu ya?” Anak kecil itu mengangguk. Langsung tidak membantah.

Aizul anak yang baik. Mujur anak lelakinya itu berperangai sepertinya. Tidak banyak

kerenah.

Pantas tangan mengambil tas tangan di atas meja solek. Dibelek barang di dalam

beg itu. Kad pengenalan, buku bank, surat beranak Aizul dan semua dokumen penting

lain ada di dalamnya. Kali ini dia perlu segera. Tidak perlu membawa barang lain. Dia

boleh datang lain kali atau meminta sesiapa saja untuk menghantarnya kemudian. Yang

penting, Hafiqah tidak sanggup bertemu dengan Hariez lagi.

Empat tahun Hafiqah melarikan diri daripada Hariez. Empat tahun! Bukan satu

tempoh masa yang pendek. Empat tahun juga Aizul dibesarkan sendiri bersama keluarga

baru di Salang. Empat tahun juga dia berjaya membina Hafiqah yang baru. Empat tahun

juga dia berjaya melupakan wajah lelaki itu yang senantiasa menemani mimpi malamnya.

Namun, tempoh empat tahun itu nampaknya tidak berjaya membuatkan dia

menghilangkan ketakutan yang ada dalam diri. Trauma dengan wajah Hariez. Trauma

dengan mimpi ngeri yang Hariez hadiahkan kepadanya. Hilang semua keberanian yang

dibina untuk berdepan dengan Hariez selama ini.

“Ibu nak pergi mana?” Aizul pelik melihat ibunya berkemas-kemas dan

membawanya ke pintu belakang. Sedang papa Kay ada di pintu hadapan lagi.

Hafiqah berlutut di hadapan Aizul.“Ibu nak bawa Aizul pergi jalan jauh. Tak

mahu duduk sini lagi. Aizul sayang ibu kan?”

282

Page 283: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Aizul mengangguk lagi. “Mari sayang. Dengar cakap ibu ye? Aizul anak ibu yang

baik.” Diusap-usap rambut Aizul sebelum bangun dan mendukung tubuh kecil Aizul.

Semoga Allah mempermudahkan segala urusanku…

Hafiqah menyusuri belakang rumah itu dengan penuh berhati-hati agar tidak

didengari oleh sesiapa.

Sedang Hariez, Fairez dan Kay, masih lagi melayani perasaan masing-masing

dengan pelbagai tanggapan yang singgah, langsung tidak menyedari bahawa Hafiqah

sudah semakin jauh meninggalkan mereka.

283

Page 284: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

47

IRFAN masih asyik memerhatikan setiap tingkah laku wanita yang baru lalu di

hadapannya tadi sehingga wanita itu tiba di hujung jeti. Rupa-rupanya itu adalah isteri

Hariez dan wanita yang dicarinya selama bertahun-tahun ini.

Tetapi kenapa pula wanita itu kelihatan begitu tergesa-gesa menuju ke jeti dan

Hariez pula tiada mengekorinya? Adakah Hariez tahu tentang pemergiannya wanita

bernama Hafiqah itu ke jeti? Pelbagai persoalan yang muncul tidak mampu dijawabnya.

Aku dok pelik-pelik dekat sini sorang-sorang buat apa? Baik aku pergi cari

diorang, mana tahu diorang pun tak tahu ke?

Terus Irfan berlari mencari mereka. Hingga akhirnya berhenti di tengah jalan dan

kemudian menepuk dahinya kuat-kuat.

“Bodoh betullah kau ni Irfan! Belajar tinggi-tinggi tapi tak pakai otak. Telefon

kan ada. Telefon je lah! Lagi cepat!” Dengan tergesa-gesa dan nafas yang tercungap-

cungap nombor telefon Hariez didailnya.

Hariez yang masih lagi setia menunggu bersama Kay dan Fariez tercari-cari

telefonnya yang berdering. Baru dia perasan yang telefon itu terjatuh di atas tanah ketika

ditumbuk Fariez tadi. Melompat terus untuk menjawab panggilan Irfan itu.

“Kau nak apa?” Dijerkah Irfan. Terkedu mamat itu.

“Janganlah macam ni bos. Saya cuma nak tanya, bos dekat mana sebab saya

nampak wife bos ada dekat jeti tu. Macam tengah tunggu bot.” Malas nak ambil hati

dengan cara Hariez, laju sahaja dia memberitahu. Mungkin sebab itu dia seorang sahaja

yang mampu bertahan dengan cara Hariez sehingga tiga tahun bekerja.

284

Page 285: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Hah!” Terus dibuka pintu rumah Hafiqah tanpa mempedulikan wajah Kay yang

menyinga namun akhirnya turut sama mencari Hafiqah dan Aizul yang nyata sudah tiada

lagi di dalam rumah itu.

“Kau make sure dia jangan naik mana-mana bot! Aku ke sana sekarang!”

Terasa bagai kaki sudah tidak berpijak di bumi yang nyata lagi. Langkah

dipercepatkan agar segera tiba ke jeti. Jarak ke jeti dirasakan terlalu jauh. Tidak

dipedulikan mata-mata yang memandang. Tidak dipedulikan juga Fariez dan Kay yang

masing-masing turut sama berlari mengekorinya.

Dari jauh, Hafiqah dan Aizul dilihat sedang duduk di atas bangku di tepi jeti.

Semakin lama semakin jelas wajah itu. Wajah yang terlalu dirinduinya. Hanya, wajah itu

langsung tidak berseri melihat dirinya yang semakin menghampiri lalu Hafiqah bangun

bersama Aizul yang duduk di ribaan.

“Tolong jangan dekat saya lagi. Saya merayu sangat dengan encik. Dah cukuplah

apa yang encik bagi pada saya selama ni. Saya tak mahu dah. Kan saya tak cari encik?”

Satu demi satu tapak diundurkan ke belakang.

“Afi jangan benda bodoh!” Marah Kay yang turut sama tiba di jeti bersama

dengan Fariez. “Abang tak marahkan Afi sebab tipu abang. Cuma abang nak Afi jangan

lari lagi. Tolonglah ye?”

“Afi dah tak nak balik semula pada dia. Afi tak mahu! Abang tak tahu apa yang

dia dah buat. Abang tak tahu!” Seperti mahu gila Hafiqah rasakan saat ini. Aizul yang

melihat ibunya sudah mula menangis turut sama menangis.

285

Page 286: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Fiqa, awak ingat janji saya pada awak? Yang saya tak akan tinggalkan awak

lagi? Saya akan ada untuk melindungi awak. Ingat? Saya akan jaga awak Fiqa.” Fariez,

terlalu mudah untuk kau melafazkan janji yang tak mampu untuk kau ataupun aku tepati.

“Janji awak tu tak berguna Fariez untuk saya. Sebab saya dah berjanji pada dia

untuk tidak muncul lagi dalam hidup orang yang dia kenal. Dalam hidup dia.” Setapak

lagi dia ke belakang.

“Fiqa, abang dah berubah. Abang sayangkan Fiqa. Abang nak Fiqa balik dengan

abang. Abang nak kita hidup bersama semula. Abang nak bahagiakan Fiqa dan Aizul.

Abang cintakan Fiqa!” Tangan dihulurkan kepada Hafiqah. Semakin mendekati.

“Pergi mati dengan awak punya sayang encik Hariez!” Air mata yang semakin

laju bercucuran sudah tidak mampu lagi diseka. “Masa kahwin dengan saya itulah yang

awak canangkan pada orang! Tapi apa yang awak tunjukkan pada saya?! Apa yang awak

bagi pada saya? Anak ni pun awak suruh gugurkan, kan?”

“Kau!” Fariez mencerlung kepadanya sebelum dia kembali focus kepada Hafiqah.

“Abang tak bermaksud macam tu! Abang bersalah pada Fiqa. Tapi abang dah

berubah, sayang. Abang bersalah sebab tak percayakan perasaan abang ni. Abang-” Tidak

sempat dihabiskan kata, Hafiqah sudah memintas.

“Awak memang pandai berkata-kata depan orang encik Hariez. Awak cakap pada

semua orang yang awak sayangkan saya. Tapi, hakikatnya, awak kahwin dengan saya

sebab awak ego. Awak benci saya baik dengan Fariez. Saya ni kan perempuan murah

yang hanya nakkan duit awak. Cukuplah. Dah cukuplah setakat ni saja. Tolonglah bagi

saya ruang untuk bahagia dengan anak saya.”

286

Page 287: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Anak kita Fiqa. Anak kita, sayang. Aizul anak ayah.” Didepangkan tangan

kepada Aizul. Cepat-cepat ditekap telinga Aizul agar tidak mendengar apa yang

diucapkan Hariez. Dan Aizul memandang Hafiqah dan Hariez bersilih ganti. Langsung

tidak difahami apa yang diucapkan oleh dua orang dewasa ini.

“Ayah?” Hafiqah pejam mata. Setapak lagi dia ke belakang. Tangan yang

memegang Aizul sudah mula dilepaskan. Tubuh yang berpijak bagai ringan ditolak angin

laut. Tidak sedar, kaki itu sudah berada di hujung jeti. Setapak lagi ke belakang,

bermakna…

Semuanya nampak berbalam-balam. Dan aku bukan lagi di atas. Kini aku jatuh

jauh ke dalam. Aku juga ingin menikmati syurga, namun mampukah aku? Ya Allah,

ampunkan dosa-dosaku…

“FIQA!!!”

Kau tahu kau disakiti, hatimu sedang kau melindungi

Percayakan pada cinta ini, relakan ia berterbang tinggi

Aku ingin menjadi pembuka hatimu yang sekian lamanya

Terkunci kerna selalu terluka

Ku ingin menjadi penutupnya

Babak tentang pencarian cinta

Aku untukmu sepanjang hayat

Hariez turut terjun ke dalam laut. Menyelam mendapatkan Hafiqah yang semakin jauh ke

dalam. Tidak pandai berenangkah dia?

287

Page 288: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Tidak dipedulikan betapa dalamnya laut ini. Tidak dipedulikan betapa jauhnya

Hafiqah pergi. Kali ini akan dikejar Hafiqah sampai dapat. Dan tubuh yang semakin jauh

akhirnya berjaya digapai Hariez.

Dipeluk dan dibawanya ke tangga jeti. Fariez dan Kay turut sama membantu.

Irfan pula hanya berdiri di tepi menjaga Aizul yang sudah melalak melihat ibunya tidak

sedarkan diri lagi. Beberapa orang pengunjung yang turut berada di jeti sama-sama

memberikan bantuan. Semenjak tadi mereka hanya mampu melihat drama air mata itu

tanpa berani untuk masuk campur. Namun, masing-masing jadi kaget apabila Hafiqah

terjatuh ke dalam laut.

Dibaringkan tubuh Hafiqah rata di atas papan. Hafiqah sudah tidak bernafas.

Masing-masing sudah begitu takut. Takut kehilangan Hafiqah lagi, lebih teruk untuk

selama-lamanya. Hariez tidak menunggu lama. CPR perlu dilakukan segera. Mujur

semua itu pernah dipelajari semasa mengikuti aktiviti kolej.

Dua tiga kali diulang langkah-langkah CPR. Dan akhirnya Hafiqah tersedak dan

mengeluarkan air yang ditelannya tadi.

Dengan rakus Hariez memeluk tubuh Hafiqah. Langsung tidak mengambil pusing

orang ramai yang turut berada di situ. Syukur dengan bantuan yang Allah berikan

kepadanya. Bersyukur dengan peluang yang dibukakan di depan mata. Antara dia dan

Hafiqah. Terima kasih Allah!

288

Page 289: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

48

BAJU sendat yang diberikan itu kelihatan terlalu seksi pada pandangan matanya.

Walaupun dia sudah biasa berpakaian begitu, namun entah kenapa, dirinya sendiri tidak

pernah gembira memakainya, apatah lagi apabila memikirkan tujuan pakaian itu

diberikan.

“Apa pandang je? Nah, pakailah! Aku tunggu kau dekat bawah. Ada orang dah

book kau malam ni. Turun dalam 15 minit lagi. Jangan lambat. Ada dua appointment

untuk kau malam ni tahu?” Joe terus keluar meninggalkannya sendirian bersama baju itu.

Aimi memandang ke sekeliling bilik kecil itu. Terasa diri begitu jijik sekali. Inilah

kesilapan yang paling besar dilakukan. Mungkin juga balasan untuk setiap yang

dilakukan kepada Hafiqah dulu. Allah bayar cash kepadanya di dunia. Di akhirat belum

tahu lagi apa pula balasan untuknya. Keluh Aimi.

Namun, baju itu tetap digapainya dan dalam sekelip mata, baju di tubuh sudah

berganti. Kerja ini bukan kerelaannya. Namun, dia sudah terjerat di dalam perangkap

yang Joe sediakan untuk dirinya. Salahkan orang pun tak guna kalau aku sendiri yang

bodoh pergi ikut dia dulu!

Menyesal kini pun sudah tidak berguna lagi. Keluh kesah itu hanya berpusing-

pusing di dalam minda. Kalau diluahkan kepada Joe, pasti tidak akan membawa apa-apa

perbezaan. Joe manusia tidak berhati, binatang yang bertopengkan manusia. Kejam!

“Hoi! Cepat sikit! Orang bayar bukan untuk tunggu kau tau! Nanti komisen aku

kena tolak siap kau!” Ugut Joe sedang tangannya pula begitu ganas mengetuk pintu.

289

Page 290: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Aku dah siap ni! Kejap-kejap!” Tidak berani menjawab panggilan Joe kasar-

kasar. Nanti habis dia tidak dapat bekerja. Bukan duit yang dia dapat, bahkan hanya

pukulan kejam Joe ke atas tubuhnya saja yang dihadiahkan.

“Macam nilah baru ada orang selera nak makan kau. Macam ni baru boleh cari

duit.” Sengihan Joe begitu menjengkelkan di pandangan mata Aimi. Ditambah pula

dengan matanya yang meliar menilik setiap inci tubuhnya dari atas ke bawah. Aimi jadi

malu pula dilihat begitu.

“Ah, tak payah nak malu-malu dengan aku sangat! Aku dah tengok lebih dari tu

pun! Sekarang, kau pergi bilik nombor 2-1. Orang tua tu dah tunggu kau. Malam ni dia

bayar empat ratus. Pukul tiga keluar. Next customer pulak!” Begitu sinis, dan arahan

yang diberikan kepadanya seolah-olah kerjanya amat mudah. Namun, Aimi akur. Untuk

melarikan diri dari tempat ini tidak mungkin baginya. Orang-orang Joe sentiasa ada di

setiap pintu masuk. Bahkan, polis dan badan pencegah maksiat juga tidak dapat

mengesan kegiatan pelacuran yang dijalankannya.

Manakan tidak, pemilik hotel ini adalah tuan punya kelab pelacuran ini. Dan

hanya orang-orang tertentu sahaja yang boleh check-in di hotel murahan ini. Sepanjang

masa full, kecuali kepada orang-orang yang telah menjadi pelanggan tetap mereka.

Dengan langkah yang tidak bersemangat, Aimi menghalakan tujuannya ke bilik

bernombor 2-1 itu. Dia tahu siapa pelanggan yang dimaksudkan itu. Tidak lain dan tidak

bukan pasti orang tua tidak sedar diri itu. Orang tua yang sudah boleh dianggap datuk

kepadanya. Namun, kekayaan orang tua itu yang membuatkan dia dihormati oleh orang-

orang Joe.

290

Page 291: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Pintu itu dibuka. Orang Kaya Masiron sedang berbaring di atas katil

menunggunya. Jijik sungguh Aimi melihat perlakuan orang tua kutuk itu! Tidak ada rasa

bersalahkah dia melakukan dosa ini sedang anak dan isterinya di rumah menunggu

kepulangannya yang sedang enak diulit wanita muda seperti dia?

Secara paksa, senyuman dilemparkan kepada Masiron. “Dah lama tunggu? Sorry,

lambat. Emi baru bersiap. Cantik tak Emi malam ni?” Sambil tubuh berpusing-pusing di

hadapan Masiron. Bagai hendak tersembul biji mata tua itu melihat susuk tubuh Aimi

yang menggiurkan nafsu tuanya.

Baru sahaja Aimi hendak membuka zip bajunya, bunyi kecoh dari luar

membatalkan niatnya. Segera dia membuka pintu.

“Polis!” Masiron kelam-kabut mencapai baju yang sudah ditanggalkan tadi.

Dalam keadaan yang kalut itu, Aimi yang berada di pintu dirempuh oleh mereka daripada

luar. Langsung jatuh terduduk. Manakala Masiron sudah pucat lesi kerana tidak dapat

melarikan diri lagi.

Seorang wanita dan dua orang lelaki yang masing-masing berlagak seperti

pegawai polis sudahpun masuk ke dalam bilik mereka. Masiron yang sudah malu mula

menutup muka dengan kemeja yang tidak sempat dipakai. Dah kena tangkap macam ni

baru nak malu. Nak buat dosa tak malu pula!

“Cik boleh bagi kad pengenalan?” Aimi angkat muka.

“Kad pengenalan saya tak ada pada saya puan.” Jujur jawapan Aimi. Tetapi tidak

pasti sama ada jawapan itu boleh diterima ataupun tidak oleh pegawai wanita itu.

“Memang tak ada kad pengenalan ke? Awak ni pendatang ke?” Sinis. Mungkin

kerana sudah terbiasa dengan jawapan yang diberikan oleh pendatang tanpa izin yang

291

Page 292: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

menyamar sebagai rakyat Malaysia. Aimi langsung tidak terasa dengan soalan sinis itu.

Hatinya sudah lama mati untuk terasa hati.

“Kad pengenalan saya pada tauke. Pada Joe. Kalau nak nombor IC saya boleh

bagi.” Aimi sebenarnya bersyukur dengan ambush yang dilakukan malam ini.

Sesungguhnya, Allah masih sayangkan dia. Tidak sia-sia dia kembali bersolat, walaupun

tidak yakin sama ada amalannya itu diterima Allah ataupun tidak. Itu jugalah yang

diherdik Joe semasa dia mula-mula kembali bersolat dulu.

“Awak isi borang ni. Saya nak dapatkan keterangan awak. Sarjan, boleh bawa si

tua ni keluar?” Lelaki yang dipanggil Sarjan itu mengangguk dan terus membawa

Masiron keluar dari bilik itu meninggalkan Aimi dan pegawai wanita itu.

Sebaik pintu bilik itu ditutup, Aimi terus menangis di dalam dakapan pegawai

wanita itu. Betapa bersyukurnya dia kerana akhrinya ditunjukkan jalan keluar dari sini.

“Terima kasih puan. Terima kasih sebab selamatkan saya. Saya tak tahu macam

mana lagi cara untuk keluar dari sini. Saya tak tahu berapa lama lagi saya akan terus

berada di sini. Terima kasih sebab bantu saya.” Tersedu-sedu Aimi menangis.

“Tugas kami memang untuk membantu semua rakyat Malaysia. Cuma ramai yang

tak tahu. Sudahlah. Biar kami bawa awak ke balai dulu. Keluar dari tempat ni.”

“Kalau nak hukum saya masuk dalam penjara pun tak apa puan. Yang penting

saya bebas dari maksiat ni. Saya dah tak sanggup lagi nak terus hidup macam ni.”

Cahaya petunjuk sudah hampir dapat dilihatnya. Aimi bersyukur kerana diberikan

peluang kedua untuknya. Semoga ada peluang kedua untuk Hafiqah turut sama

mengecapi bahagia yang pernah dihancurkannya dahulu.

292

Page 293: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

***************************

WAJAH yang dilihat di sebalik cermin itu dipandangnya berulang kali. Bagai tidak

percaya apa yang dilihatnya. Tadi cuma membaca pada borang yang dibawakan oleh

Inspektor Atikah kepadanya sahaja. Namun kini, dia dapat melihat secara live wanita itu

di dalam bilik di hadapannya.

Semenjak tadi Aimi tidak henti-henti mengesat air matanya yang bagaikan tidak

pernah kering itu. Sehingga lahir perasaan simpati kepada wanita yang pernah

ditinggalkan itu. Berjumpa untuk sehari dan kemudian ditinggalkan untuk selama-

lamanya. Ternyata ada hikmahnya dia tidak dapat kerja dapat bidang yang dipelajari

namun masuk ke bidang polis sekarang ini.

“Kesian budak ni. Dia kena tipu dengan Joe. Kad pengenalan budak ni pun pada

dia. Aku nak declarekan dia punya IC hilang je. Biar boleh buat IC baru.” Inspektor

Atikah yang berusia dua tahun lebih tua darinya itu berdiri di sebelahnya. Semenjak tadi

dia perasaan Zulkifli tidak henti-henti merenung Aimi.

“Siapa suruh dia ikut si Joe tu? Senang sangat kena tipu. Inilah perempuan, kena

ayat sikit dah mudah-mudah ikut orang lelaki. Kesudahannya, bukan jadi isteri, jadi

pelacur adalah!” Selamba sahaja dia menghamburkan kemarahannya. Dia sendiri tahu

betapa bodohnya Aimi dalam berkenalan dengan lelaki. Begitu mudah mengikut mereka

walaupun baru dikenali sehari dua. Itu tidak bermakna, dia tidak ada perasaan belas

kasihan dengan nasib yang menimpa teman itu.

“Ada orang nasib dia baik Zul. Ada orang nasib dia sebaliknya. Kalau kita nak

sentiasa berada di atas, kita kena hentikan masa. Tetapi sampai bila kan? Akan ada masa,

orang yang berada di bawah, yang dah lama ditindas tu akan naik semula ke atas. Cuma,

293

Page 294: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

yang membezakan tu adalah keupayaan kita sendiri dalam hidup. Kalau kita ada peluang

dan jalan, rajin mengayuh, cepatlah kita naik. Cuma bila dah sampai ke atas tu jangan

lupa diri, sebab bila-bila masa kita boleh turun semula ke bawah.” Inspektor Atikah, tidak

pernah lokek dengan falsafah hidupnya yang panjang berjela tu.

“Baik puan!” Dan pintu bilik Aimi berada dibuka. Aimi yang baru mengangkat

muka cepat-cepat menundukkan kepalanya kembali.

Malu dirasakan sudah menyelubungi diri. Tidak menyangka lelaki ini muncul

kembali. Lama ditunggu, dan munculnya pula pada masa yang tidak diingini.

“Assalamualaikum Aimi.”

“Waalaikumussalam.”

“Ingat saya lagi?”

“Hm.” Tidak mengangguk dan tidak pula dia menggeleng. Hanya sepatah itu

jawapannya.

“Awak apa khabar?” Tidak tahu soalan apa yang harus diberikan. Sedang diri

sendiri sudah tahu jawapan untuk soalannya tadi.

“Kalau awak datang ni sekadar untuk mencemuh atau menghina saya, saya harap

awak boleh keluar. Saya pun tak berharap untuk jumpa awak di sini.” Aimi masih kekal

dengan posisi yang sama.

“Look here, Aimi. Saya pegawai yang bertanggungjawab untuk kes awak. Saya

dan Inspektor Atikah. Niat saya nak bantu awak, bukan nak menghina awak. Cuma saya

tak faham, macam mana awak boleh terjebak dengan kes ni? Awak tahu tak, bertahun-

tahun polis nak tangkap si Joe tu? Macam manalah awak boleh percayakan dia tu? Awak

memang tak pernah belajar daripada kesilapan kan Aimi?”

294

Page 295: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Entah kenapa dia begitu terasa dengan ucapan Zulkifli. Semenjak ditipu Joe,

hatinya sudah tidak betah untuk marah, ataupun merajuk. Semua perangai kebudak-

budakannya hilang sama sekali. Tetapi, kali ini, dia jadi begitu rapuh.

Dia sudah berubah. Dan dia ingin terus berubah. Berubah jadi Aimi yang lebih

baik. Tetapi, bolehkah dia berubah dengan pandangan masyarakat seperti Zulkifli? Yang

akan terus-terusan mengungkit kesilapan masa lalunya? Tidakkah mereka terlalu prejudis

untuk manusia sepertinya yang ingin berubah?

“Saya memang bodoh Zul. Dah lama saya akui kebodohan saya semenjak awak

tinggalkan saya lepas saya bawa awak balik ke rumah saya tu. Awak yang bawa Haziq

kan? Cuma saya tak sempat ucapkan terima kasih pada kebijaksaan awak tu. Awak buka

peluang untuk saya kenal dunia yang kejam ni. Kenalkan saya dengan semua kejahatan

yang saya dah buat. Dan bagi peluang untuk saya ubah diri saya. Semua tu terima kasih

pada awak. Like people say, everything happened for a reason kan? Inilah hikmahnya

untuk saya. Supaya saya kembali pulang ke jalan yang benar dan kejam pada orang lain.

Setiap benda yang kita buat pasti ada balasannya.”

Zulkifli pula yang terdiam kali ini. Tidak menyangka kata-kata seumpama itu

lahir dari mulut Aimi. Jauh berbeza dengan Aimi yang dikenali itu. Aimi kali ini tampak

lebih matang dan lebih waras.

“Kalau boleh, saya nak minta Inspektor Atikah yang jaga kes saya. Boleh?”

Zulkifli sekadar mengangguk sebelum dia bangun dan keluar daripada bilik itu.

295

Page 296: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

49

IRFAN menghampiri Hafiqah yang sedang duduk bersendirian di tepi pantai sambil

menemani Aizul bermain ombak sendirian. Anak kecil yang tidak mengerti apa-apa

kelihatan begitu ceria, hanya yang dia tahu, ibunya menemaninya bermain-main pantai

petang ini.

Hafiqah menoleh sekilas. Lelaki yang kian menghampirinya itu tidak dikenali.

Bukan di kalangan rakan-rakan Hariez ataupun Fariez. Entah, dia tidak tahu. Dan dia juga

tidak mahu ambil tahu.

“Boleh duduk sini?” Memandang sekilas dan tanpa menjawab soalan yang

diajukan, pandangan dialihkan kembali kepada Aizul. Gembira sungguh Aizul. Ibu

sayang Aizul, dunia ibu hanya ada Aizul seorang, sayang!

Tanpa mempedulikan soalannya tidak berjawab, Irfan duduk di sebelah Hafiqah.

“Mesti tenang tinggal dekat sini. Dah lama awak duduk sini?”

Apa pulak mamat ni nak dengan aku? Tak ada mood lah nak layan dia ni!

Hafiqah terasa seperti ingin segera bangkit, namun ditahankan sahaja perasaan yang

berbaur itu.

“Well, saya bukanlah orang yang suka jaga tepi kain orang ke apa. Saya pun

bukan kenal awak. Cuma sepanjang saya kenal Hariez, dia memang ego. Tapi, sebagai

seorang lelaki, dia terlalu setia sampai setiap hujung minggu dan cuti yang ada akan

dihabiskan untuk mencari awak.” Irfan menarik nafas panjang.

Melihat Hafiqah kekal tiada reaksi, Irfan menyambung lagi. “Saya tak tahu pun

awak ni isteri dia. Saya ingatkan dia cari girlfriend ataupun kawan sekolah lama dia.

296

Page 297: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Tiada gambar sebagai rujukan, tapi dia tak pernah putus asa. And for your info, dia tak

pernah merambu ataupun keluar dengan mana-mana perempuan pun. PA dia pun

semuanya lelaki.”

Penjelasan itu hanya mampu membuatkan Hafiqah mengeluh. Hanya Irfan tidak

pasti keluhan itu untuk apa. Wanita itu hanya diam membisu seribu bahasa.

Dia ni memang tak ada sixth sense ke? Dia tak perasan ke aku memang tak nak

layan dia? Hafiqah sudah menayangkan wajah bosan.

“Berapa lama awak kenal dia?”

“Lebih kurang tiga tahun.” Jawab Irfan.

“Tiga tahun, dan awak tak tahu tentang perkahwinan kami?” Sinis sungguh soalan

itu untuknya. “Maknanya awak tak adalah kenal dia sedalam saya kenal dia.”

“Awak kenal dia dah lama?”

“In only six months, I realized how cruel he is, how bad he is, and I lived as his

wife for only three weeks! And you wanna know the best part is? He marries me just

because he wants to pay his revenges! Awak tak tahu betapa sengsaranya hidup saya.

Awak tahu macam mana kami berkahwin? Tahu? You don’t, so will never understand

what I had gone through these past few years!”

Kemarahan itu bukan untuk Irfan. Cuma dia perlu luahkannya. Hatinya terlalu

banyak bersabar. Selama ini dia hanya menerima kesalahan terletak di pundaknya.

Namun, kenyataan dari Irfan seolah-olah dia lari dari Hariez tanpa memikirkan kesetiaan

Hariez. Peduli apa aku dengan dia punya setia?!

“People change with time, Hafiqah. So do you. Dia sanggup ke sana ke mari

mencari awak. Saya tahu dia sangat-sangat sayangkan awak walaupun dia tak pernah

297

Page 298: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

ucapkan pada saya. Tapi, saya tahu betapa dalamnya cinta Hariez pada awak.” Padanya,

hati Hafiqah terlalu beku untuk kembali menerima Hariez.

“Tak payahlah awak nak cuba pujuk saya lagi. Awak pun bukannya kenal saya.

Jadi, saya rasa awak tak berhak nak berikan pendapat awak yang baik tu tentang Hariez.

Thanks, but no thanks. I do appreciate your concern.” Hafiqah cuba bangun, namun

tangan Irfan selamba menarik tangannya duduk kembali.

“HEI! Mind your attitude!” Mencerlung matanya menikam ke dalam anak mata

Irfan. Terpana Irfan seketika. Kecut juga melihat wajah Hafiqah yang sudah merona

merah.

“Walau apa pun dia tu suami awak! Tak masuk syurga tahu perempuan yang

nusyuz pada suami! Tak guna awak buat amal semua tapi tak taat pada suami sendiri.

Dan if your still not aware, Aizul tetap darah daging Hariez tau! Awak tak boleh

sembunyikan fakta tu. Tidak selagi awak bergelar isteri dia!” Tazkirah perlu diberikan

bagi menyedarkan wanita yang degil ini. Selama mana Hafiqah mahu bersikap keras hati

seperti ini? Sejauh mana dia mahu terus-terusan marahkan Hariez?

Apa hak dia nak marahkan aku? Apa hak dia untuk tentukan aku masuk syurga

ataupun tidak? Dia siapa untuk menilai hidup aku?? Marah sungguh Hafiqah kepada

Irfan.

“Aizul mari balik sayang!” Dipanggil Aizul supaya segera datang kepadanya.

Cepat-cepat Aizul tiba dengan seluar dan baju yang sudah basah kuyup.

Tanpa mempedulikan baju yang sudah basah itu, Hafiqah terus mendukung Aizul.

Tergelak kesukaan Aizul apabila didukung ibunya. Seronok sungguh hari ini. Dia ada

298

Page 299: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

ibu, dia ada kawan baru, dan dia juga sudah punya ayah sama seperti teman-temannya

yang lain.

“Bila ayah nak jumpa Aizul, ibu?” Soalan itu membuatkan langkah Hafiqah

terhenti. Diturunkan Aizul ke tanah sedang dia sudah mencangkung menatap wajah

Aizul.

“Aizul sayang ibu?” Pantas Aizul mengangguk. “Aizul suka ada ibu dekat dengan

Aizul?” Mengangguk lagi.

“Aizul sayang ibu.” Satu ciuman dikucupkan ke pipi Hafiqah.

“Aizul nak ayah?” Angguk lagi.

“Aizul sedih tak kalau ibu kata yang Aizul tak ada ayah?” Terdiam. Namun, riak

wajah Aizul sudah berubah. Tidak seceria tadi.

“Kawan-kawan Aizul semua ada ayah. Tu!” Jari telunjuk dihalakan ke tepi pantai.

Beberapa anak kecil sedang gembira bermain bersama ayah dan ibu mereka.

Hafiqah terkesima. Air mata sudah mula bergenang. Terlalu pentingkan dirikah

aku sehingga melupakan apa yang dirasakan Aizul?

“Tapi, Aizul tak nak ibu sedih-sedih lagi. Tak apa, ibu jangan nangis-nangis lagi.

Aizul tak kisah tak ada ayah sebab ayah jahat. Ayah asyik buat ibu menangis je. Aizul tak

nak ayah. Aizul nak ibu je.” Tubuh ibunya dipeluk erat. Sedang air mata Hafiqah sudah

tidak mampu ditahan lagi. Mencurah jatuh laju ke bumi.

“Ibu juga sayangkan Aizul. Terlalu sayangkan Aizul. Aizul lah pengarang jantung

hati ibu. Aizul satu-satunya harta yang ibu ada.”

299

Page 300: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Aku bersyukur kepadaMu, Ya Allah kerana mengurniakan aku seorang perwira

yang sentiasa membahagiakan aku. Terima kasih untuk cahaya yang Kau anugerahkan

dalam hidupku yang sentiasa diselubungi kegelapan ini, Ya Allah…

300

Page 301: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

50

“KAU tahu Hariez, aku rasa macam aku nak tumbuk muka kau tu sampai pecah je

sekarang ni. Tapi, aku sedar, semua tu tak akan selesaikan semua yang berlaku. Antara

kau dan aku, antara aku dah Fiqa dan antara kau dan Fiqa. Hubungan kau dah Fiqa terlalu

complicated. Dan aku tahu, yang aku tak akan dapat Fiqa walau apa pun caranya selagi

kau tak lepaskan dia.”

Fariez ditenung. Tiba-tiba petang ini Fariez ingin menemuinya setelah begitu

lama mereka tidak berbual seperti sahabat yang akrab. “Jadi?”

“Aku cuma nak kau cakap jujur dengan aku. Aku nakkan hubungan kita yang

dulu semula cuma aku tak boleh terima apa yang kau dah lakukan selama ni. Jujur aku

memang akui yang aku memang sayangkan dia dan aku memang nak melamar dia malam

tu. Cuma apa yang kau buat, lebih pantas daripada apa yang aku rancangkan.”

Hariez telan liur. Fariez sedang meluahkan perasaan kepadanya. “Kau tak kisah

kalau waktu tu dia tipu kau?”

“Aku tak pernah percaya apa yang kau cakapkan. Aku percaya apa yang aku

nampak, apa yang aku rasa. Cuma aku tak sangka, kau sebagai kawan aku sanggup tikam

aku macam tu sekali.” Sebenarnya, hatinya sakit dengan apa yang dirasakan. Lebih-lebih

lagi dengan apa yang bakal diluahkan kepada Hariez sebentar lagi.

“Kau salah tentang aku Fariez. Aku tak pernah pun terlintas nak tikam kawan aku

macam yang kau selalu anggap tu. Aku sebenarnya tak tahu apa yang terjadi pada diri

aku. Lama baru aku sedar lepas aku kehilangan dia, yang selama ni apa yang aku rasa

301

Page 302: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

adalah perasaan cemburu semata-mata. Cemburu bila aku tahu yang kau sukakan dia, dan

dia juga ada perasaan yang sama dengan kau.” Hariez mengeluh seketika.

“Kau tak tahu, betapa marahnya aku bila aku tahu tentang masa silam dia yang

tak pasti tu. Aku dengar daripada mulut kawan dia. Dan aku jadi makin keliru bila dia tak

nak berterus terang dengan aku. Aku tak boleh percayakan dia macam waktu mula-mula

kita kenal dia. Aku tahu, mesti kau nak kata betapa bodohnya aku sebab percayakan apa

yang orang lain katakan pada aku. Ego aku terlalu kuat, Fariez. Aku cuma nak dia

gembira bila dia di samping aku. Tapi, aku tak pernah akui yang aku memang sukakan

dia daripada mula aku bawa dia dalam hidup aku. Aku hanya iktiraf dia bila dia pergi.

Bawa pergi separuh dari hidup aku bersama dia.” Dan kau pasti membenci aku Fariez.

Sebab aku memang cintakan dia, lebih dari kau mencintai dia.

“Kau tak tipu aku macam dulu?” Kali ini dia akan beralah lagi. Beralah untuk kali

kedua dengan Hariez.

“Aku memang cintakan dia. Dari mula sehingga kini, dan aku tak akan lepaskan

dia. Sampai bila-bila.”

“Aku tak akan kejar dia lagi untuk diri aku. Sebagai orang yang sayangkan dia,

aku minta kau sebagai kawan yang aku paling hargai dalam hidup aku, jangan sia-siakan

hidup dia. Dia dan Aizul. Aku akan sentiasa perhatikan dia, sebagai guardian angel, dan

aku tak akan pergi jauh. Sekali lagi, kalau kau lukakan hati orang yang aku cintai, dan

aku tak akan biarkan dia kembali pada kau semula.” Begitu sukar untuk dia merelakan

Hafiqah kembali ke sisi Hariez. Kerana, Hafiqah tidak pernah jadi miliknya. Dan tidak

mungkin akan menjadi miliknya, mungkin untuk suatu tempoh yang lama. Andai ada

jodoh antara kita, pasti kita akan disatukan juga.

302

Page 303: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Thanks friend. Aku tak akan ulang kesilapan dulu lagi. Janji aku pada kau, kalau

aku jahat lagi, kau boleh buat apa saja pada aku. But please, don’t take my wife and my

son.”

Fariez mengangguk. Kata-kata itu telah dilafazkan. Namun, mampukah dia hanya

untuk melihat insan yang dicintai berbahagia di hadapan mata bersama teman baik

sendiri?

Cinta itu kita yang corakkan. Cinta itu milik kita. Namun, cinta tidak semestinya

kita memiliki.

*****************************

So, how is your engagement, bro? – Hariez

Hm…not sure. 50-50. – Hafiz

Meaning? – Hariez

It’s all about our parents and her parents. Aku tak pasti betul ke pilihan yang aku

buat ni. – Hafiz

You should take your time to really know her. I had mine. And I already had

enough. Time to be real. – Hariez

Telefon terus berdering. Hariez senyum. “Yes bro! Congrats!”

“Haha, belum lagi. Tunggu majlis yang lebih besar. Kalau yang ni pun dah besar,

yang actual punya majlis kahwin aku tak tahu macam mana nanti.” Hafiz tergelak.

Baru tiba di Villa Kasih setelah setengah hari bertandang ke Teratak Cahaya

sempena majlis pertunangannya dengan Alisa. Hai, Alisa… Keluh Hafiz.

303

Page 304: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Untung tak buat majlis macam Hariez punya? Thinking about having me as your

wedding planner?” Tawa Hariez dan Hafiz bersatu.

“No, no, not in your dreams la brother!” Sedang cuba untuk meredakan tawanya.

Kembali semula kepada motif utama panggilan telefon kepada Hariez. “You sound so

happy today. Anything happy happened recently out of my knowledge?”

“Well, macam-macam. Terlalu banyak. Tak terkira dengan kalkulator.” Masih

cuba untuk berahsia.

“Iyalah tu! Kau tu bukannya boleh percaya. Buat benda pelik-pelik je. Dulu bawa

balik orang gaji. Lepas tu, diam-diam kau nak kahwin dengan orang gaji pulak! Sekarang

ni entah apa pula yang buat kau happy sangat tu. Ke kau dah jumpa orang gaji yang kau

kahwin tu?” Hafiz masih terbiasa memanggil Hafiqah dengan panggilan orang gaji.

Masakan tidak, dia sendiri pun jarang bertemu dengan Hafiqah. Pulang ke Villa Kasih

pun sekali sekala cuma. Tup-tup dapat berita ketika dia sedang belajar, yang Hariez telah

berkahwin dengan Hafiqah. Dan kembali sekali lagi, Hafiqah sudah melarikan diri

daripada Hariez. Apa-apa sahajalah yang terjadi dengan hidup adik yang seorang itu!

“Bingo!” Tidak dapat Hariez gambarkan perasaan gembiranya saat ini kerana

telah berjaya menemukan Hafiqah semula dalam hidupnya.

“What?!” Tersembur air yang baru diminumnya. Habis bersepah ke lantai. Airin

yang kebetulan turun ke dapur terkejut dengan perangainya itu. “Abang Hafiz ni dah

kenapa?”

Hafiz hanya tersengih.

304

Page 305: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Airin ke tu bro? Don’t tell her anything. Not until I bring her back myself.”

Hafiz mengangguk. Dia tidak menyebelahi sesiapa. Tidak di pihak Hariez dan tidak juga

di pihak Airin. Dia mengamalkan dasar berkecuali.

“Okey. Cuma bila tu kau nak balik?”

“Minggu depan. Hariez ingat nak extend cuti panjang sikit dengan papa. Tapi tak

sempat nak inform dia.” Nak minta tolong aku lah tu sampaikan pada papa. Kambing

betul budak ni! Dah tentu-tentu lah papa tu bos dia, bukan bos aku pun!

“Thanks bro!”

Tengoklah tu! Aku tak bagi jawapan pun dia dah ucap terima kasih. Hafiz

sekadar mampu menggelengkan kepala dengan sikap Hariez.

****************

SELESAI menidurkan Aizul tadi, Hafiqah keluar sendirian menuju ke jeti. Beberapa

orang pengunjung yang kelihatan sedang memancing tersenyum melihat dirinya. Sudah

kenal benar dengan wanita yang mudah menguntumkan senyuman kepada setiap orang

yang ditemuinya.

Duduk di bangku tua menghadap laut. Memerhatikan beberapa orang kanak-

kanak yang sedang asyik menaburkan roti ke dalam laut untuk dimakan ikan. Dia juga

sering mengajarkan benda yang sama kepada Aizul. Tiada bezanya dengan mereka.

Semenjak kemunculan semula masa lalunya, Hafiqah sukar sekali untuk berasa

tenang seperti selalu. Tidur malamnya juga diganggu mimpi tragis itu. Namun, pasti akan

diakhiri dengan mimpi yang sama lagi.

305

Page 306: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Afi dah tak sama macam selalu.” Kay yang muncul tiba-tiba bersuara lalu duduk

di sebelah Hafiqah. Langsung Hafiqah tidak sedar bila masa Kay tiba di situ sedangkan

Kay memang mengekori sejak dari mula dia keluar dari rumahnya.

“Kenapa cakap macam tu?” Kay menjungkitkan bahu.

“Selalu Afi ceria. Happy go lucky. Marah-marah pun still boleh senyum lagi. Tapi

sekarang ni, Afi senyap je. Kembali jadi Afi yang abang baru kenal dulu.”

Hafiqah melepaskan keluhan yang amat berat. Memang benar kenyataan Kay itu.

Semuanya berlaku secara drastik sehingga dia tiada peluang untuk bersedia, dari segi

mental dan juga fizikal.

“Bahagian mana je yang Afi ceritakan pada abang tentang hidup Afi tu betul?”

Dia mengharapkan penjelasan Hafiqah. Walaupun niat di hati tidak mahu memaksa,

tetapi dia ada hak untuk tahu tentang kebenaran itu.

“Everything about my life is a lie except for the part about Aizul. Dia memang tak

mahukan Aizul.” Hafiqah memalingkan wajah daripada memandang Kay. Dia malu

sebenarnya apabila Kay kini tahu tentang semua penipuan itu.

“Cerita tentang mak mertua yang cari Afi sampai tempat kerja tu semua tipulah

ya? Kenapa Afi tak nak ceritakan pada abang perkara yang sebenarnya? Afi rasa abang

tak akan terima Afi?” Wajah sisi tepi Hafiqah dipandang lama.

“Afi tak mahu terus terbeban dengan kisah tu kalau Afi ceritakan perkara yang

sebenarnya. Afi nak lupakan semua yang terjadi dalam hidup Afi tu. Jadi macam mana

Afi nak lupakan kalau Afi bagi orang lain tahu dan kisah ni tak berkesudahan?” Rasa

bersalah yang menggunung tidak pernah pergi. Sehingga dia tidak sanggup untuk

bersemuka dengan Kay lagi.

306

Page 307: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Afi sedar tak yang Afi dah bagi abang harapan palsu selama empat tahun ni?

Abang sanggup untuk terima Afi dan Aizul jadi sebahagian daripada hidup abang. Abang

nak kita bina keluarga kita. Patutlah Afi sentiasa menolak. Rupa-rupanya Afi tak pernah

dibebaskan. Kalau Hariez tak datang ke sini, sampai bila-bila pun memang abang tak

akan tahu tentang Afi yang masih lagi milik orang.” Betapa kecewanya dia. Bunga yang

diangan-angankan rupanya masih isteri orang. Dia umpama pungguk yang menantikan

bulan jatuh ke riba.

Matanya sudah memerah. Hidung sudah berair. Namun, bagi Hafiqah, tidak perlu

dia menjelaskan lagi. Kasih sayang lelaki bernama Khairul Amri itu terlalu sarat

untuknya. Tak diluahkan pun, dia sudah dapat merasakan dan melihatnya. Keikhlasan

hatinya tidak ada tolok bandingan dengan mana-mana lelaki yang pernah dikenali selama

ini. Terlalu istimewa lelaki ini dalam hidupnya.

“Afi minta maaf. Kalaulah Afi tahu, tak mungkin Afi akan terima tawaran yang

abang bagi pada Afi.” Semakin diseka air mata itu, semakin deras pula ia mengalir.

“Entahlah Afi. Abang tak boleh buang perasaan sayang abang pada Afi. Apatah

lagi nak buang Afi dari hidup abang. Tapi, untuk memiliki Afi, itu juga tak mungkin.”

Rasa kesakitan dalam dada, menghilang apabila kau berada.

“Abang tahu, empat tahun Afi di sini, adalah waktu yang paling membahagiakan

Afi. Sampai Afi kadang-kala terlupa siapa Afi sebenarnya. Abang terlalu menghargai Afi,

sedangkan Afi tahu yang Afi tak layak untuk abang. Dan bila Afi terlupa, kehadiran

Aizul sebenarnya menyedarkan Afi yang Afi ini masih isteri orang. Cuma Afi tak sedar,

harapan palsu yang Afi dah bagi pada abang sepanjang mengenali Afi.”

307

Page 308: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Dan kali ini, Kay pula yang tidak sanggup untuk memandang wajah Hafiqah.

Patah seribu hatinya. Sayang, namun tidak kesampaian. Cinta namun tidak memiliki.

Milik siapakah cintamu Hafiqah?

Hanya bunyi laut yang menghempas jeti kedengaran nyata. Tiada kata yang

terluah lagi. Masing-masing dengan hati sendiri.

“Walau apapun, abang rasa, Afi masih isteri dia dan sebaik-baiknya Afi

kembalilah pada Hariez. Abang doakan Afi akan bahagia dengan hidup Afi. Dan

seandainya suatu masa, Afi nak kembali kepada abang, abang akan tunggu Afi di sini.”

Selesai mengucapkan ayat itu, Kay bangun meninggalkan Hafiqah menafsirkan

sendiri kata-katanya tadi.

308

Page 309: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

51

“PAPA!” Aizul menjerit kegirangan sambil berlari menuju ke arah Kay. Kay tersenyum

senang, mendepakan tangan lalu menangkap tubuh Aizul ke dalam dakapannya. Hafiqah

hanya sekadar menggelengkan kepala melihat kenakalan Aizul.

“Anak papa ni dah makan belum?” Aizul menggeleng. “Belum lagi? Habis tu ibu

pun mesti belum makan, kan?” Cuba meneka.

“Belum. Aizul teman ibu pergi chalet. Banyak kain ibu basuh. Kasihan ibu.”

Kepala dilentokkan ke bahu Kay. Kay senyum lagi. Aizul sememangnya manja. Dia

sendiri pun memang berharap untuk menjadikan mereka keluarganya. Nampaknya, hajat

itu terpaksa dibatalkan.

“Iya? Okey, jom papa teman Aizul makan dengan ibu ye?” Berpaling dan

terpandangkan wajah Hariez yang sedang merenung mereka. Mungkin cemburu melihat

kemesraan mereka.

“Aizul tak nak duduk dengan ayah Aizul?” Aizul menggelengkan kepala. Air

mukanya yang sebentar tadi begitu ceria serta merta berubah apabila melihat Hariez.

“Kenapa?”

“Aizul tak suka ayah. Ayah buat ibu menangis. Malam-malam pun ibu menangis.

Dulu ibu tak nangis pun. Aizul tak suka.” Kepala dipalingkan daripada menghadap

Hariez. Tersentap jiwa Hariez mendengarkan pengakuan Aizul. Lantas menoleh ke arah

Hafiqah yang turut sama sedang memandangnya.

Mata mereka bertemu, kata tak terluah. Perasaan yang ada semakin sukar untuk

digambarkan.

309

Page 310: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Ayah pun tak suka Aizul. Kalau suka mesti dia dah cari Aizul.” Nyata dan jelas,

Hariez tidak dapat menggambarkan perasaannya saat ini.

“Habis tu, Aizul tak nak ayah?” Tanya Kay. Aizul terdiam. Hendak diluah mati

emak, ditelan mati bapa. Dia juga inginkan seorang ayah. Terkadang cemburu melihat

teman-teman bersama ibu dan ayah mereka menemani bermain di pantai. Sedang dia

seringkali bermain seorang diri tanpa ibu yang sibuk bekerja dan kadangkala hanya

ditemani Acik Erni.

Tetapi, untuk melihat ibunya saban malam menangis kerana ayah, dia juga tidak

mahu. Dia lebih sayangkan ibu.

Air mata sudah mula bertakung di tabir mata Hafiqah. Anak itu terlalu tulus.

Terasa dia seorang yang terlalu mementingkan diri. Selama ini dia melarikan diri,

bersama hanya Aizul. Hidup mereka hanya berdua. Tanpa Hariez.

Setapak demi setapak langkah diatur mendekati Aizul. Mengambil Aizul dari

dukungan Kay. Dan meletakkan tubuh itu ke bawah. Hafiqah sendiri sudah berlutut

menghadap Aizul. Tanpa disangka-sangka, tangan comel itu ditekapkan ke wajah

Hafiqah dan mengesat air mata yang sudah mula berjuraian.

“Aizul nak ayah?” Aizul tunduk. Hendak tetapi tidak mahu melukakan hati ibu.

“Tapi ayah tak sayang Aizul.” Air mata turut mengalir di pipi yang polos itu.

“Tak, ayah sayang Aizul. Ayah pun sayangkan ibu. Ayah nak Aizul dengan ibu

ikut ayah balik rumah.” Hariez sudah turut berlutut di tepi Hafiqah. Digenggam tangan

kiri Hafiqah. Hafiqah ingin menariknya kembali, namun di hadapan Aizul, dia hanya

merelakan.

“Tapi ibu tak suka ayah! Tengok, ibu nangis lagi.”

310

Page 311: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Cepat-cepat Hafiqah menyeka air mata yang mengalir laju. Dikuntumkan sebuah

senyuman kepada Aizul. “Tak, ibu suka. Tengok ni ayah pegang tangan ibu. Ibu

menangis sebab ibu gembira sayang. Ibu gembira ayah datang untuk bawa kita pulang.

Sebab ayah sayangkan kita. Sayang ibu, sayang Aizul.”

Hariez bahagia. Dipeluk tubuh Hafiqah dan dikucup dahinya. Kay sejak tadi

hanya berdiri tegak. Dia terlalu cemburu melihat kemesraan itu. Ingin sahaja dia berlalu,

meninggalkan mereka. Mujur tiada orang pada waktu seperti ini. Kebetulan dia, Hariez

dan Fariez sedang mengadakan perbincangan di pondok kecil ini. Menyebut tentang

Fariez, barulah Kay tersedar tentang kewujudan Fariez di situ.

Fariez berundur setapak demi setapak ke belakang, dan akhirnya berlalu pergi.

Kay turut mengekori. Meninggalkan Hafiqah, Hariez dan Aizul untuk menikmati saat-

saat bahagia mereka bersama.

“Fariez!” Langkah Fariez terhenti. Serentak itu dia berpaling.

“Kau okey?” Dan Kay amat pasti ia adalah yang sebaliknya.

“Kau rasa? Argh!!!” Menjerit kepada pantai yang luas.

Disentuh bahu Fariez. “Sama seperti aku. Mungkin menyesal, tapi kalau aku

sayangkan dia, aku tak patut biarkan dia terus berdosa kerana tinggalkan Hariez.” Kay

masih lagi tenang. Siapa sangka, apa yang ada dalam hatinya saat ini.

Fariez tersenyum sinis. Dia melepaskan orang yang dicintai dan dicarinya selama

ini setelah berjumpa, kepada lelaki yang menjadi punca pelarian itu. Mengutuk diri

sendiri di atas kebodohan diri, namun lelaki di sebelahnya lebih optimis dan positif

memandang ke depan.

311

Page 312: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Aku sepatutnya dah bersedia untuk saat-saat macam ni lama dulu. Tapi,

entahlah, bila dah jadi depan mata sendiri, rasa macam menyesal pulak.” Fariez

melemparkan pandangan ke pantai semula.

“Kau tahu kenapa dia ke sini?” Fariez menggeleng.

“Dia pernah kata yang dengan melihat laut yang lepas, dia boleh lupakan semua.

Ombak akan bawa semua memori jauh dari hidup dia.”

Fariez teringatkan sesuatu. “Kau tak kenal dia dulu?”

“Maksud kau?”

“Dia pernah datang sekali dengan group kami dulu. Perempuan yang Hariez bawa

dulu?” Dahi Kay berkerut. Ya, dia ingat ada seorang gadis bersama kumpulan itu.

Dengan tubuh berbalut kerana kemalangan.

“Yang kau orang kata orang gaji dia tu? Yang baru lepas accident masa kau orang

datang sini dulu?” Fariez mengangguk laju.

Kay tepuk dahi. “Ya Allah! Macam manalah aku boleh tak perasan muka dia?”

“Mungkin sebab dia baru lepas accident. Tengah serabai lagi. Waktu tu aku pun

tak suka lagi dengan dia.” Kelakar juga jika mengingatkan tentang saat itu.

“Oh, mungkin juga. Lain sangat waktu aku mula-mula jumpa dengan dia dekat

sini.” Kay tergelak. Kemudian, wajah itu kembali serius. “Maknanya, Hariez kahwin

dengan orang gaji dia?”

Fariez mengangguk lagi. “Kau mesti tak percaya kan? Macam mana sampai dia

boleh datang bawa diri ke sini. Kalau aku tahu dia di sini, pasti aku dah datang lama

dulu.”

312

Page 313: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Kay turut bersetuju. Kalaulah dia tahu lama dahulu masa Hafiqah datang bersama

group Hariez, tentu awal-awal lagi dia dah mengorat Hafiqah. Membenarkan Hafiqah

hanya untuk bahagia bersama dengannya. Cuma, jodoh itu sudah ditetapkan oleh Allah

bukan untuknya dengan Hafiqah. Siapa tahu masa depan yang akan tiba. Dia perlu

positif. Sentiasa yakin akan qada’ dan qadar yang Allah dah tentukan dalam hidup.

“So sekarang ni, kau nak buat apa? Nak tak nak kau kena lepaskan juga kan?”

Fariez mengeluh. Ini kali kedua dia melepaskan Hafiqah dari sisi. Sama ada dia mampu

ataupun tidak. Melihat Hafiqah bahagia di depan mata bersama Hariez. Akan bahagiakah

dia?

“Tak pasti lagi. Whatever pun aku kena clearkan projek resort kau ni. Takkan nak

tinggal macam tu je kan? Tolong aku book flight balik. Malas aku nak bersesak-sesak

dalam kereta si Hariez tu. Kau faham-faham ajelah kenapa kan?”

Kay senyum. Faham sangat! Nak disentuh tak dapat, nak dilepaskan terasa

sayang. “Anything for you, friend. Nanti aku call member aku. Bila kau nak?”

“Next week. Dalam Rabu atau Khamis. Aku nak stay sini lama sikit.”

“Okey. Ha, sebut tentang sesak-sesak dalam kereta Hariez tu, nanti aku tanya

sekali dengan PA Hariez tu. Takkan dia pun nak sesak-sesak sekali kan dalam kereta

Hariez tu!” Tawa mereka meletus. Langsung terlupa sebenarnya dengan kewujudan Irfan

di pulau ini. Masing-masing sibuk dengan urusan cinta mereka sehingga terlupa

kehadiran Irfan.

“Iyalah! Silap-silap nanti melongo je dia tengok si Hariez bawa balik Hafiqah dan

anak dia. Tak sedar langsung si Irfan tu kena tinggal.” Kali ini tawa mereka bersatu lagi.

313

Page 314: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

52

DUDUK berduaan di tepi pantai yang permai sambil memerhatikan Aizul yang berlari-

lari bermain pasir pantai sendirian terasa begitu mendamaikan jiwa Hariez yang telah

sekian lama kekosongan.

Dapat menatap wajah lembut Hafiqah sedekat ini sudah cukup dihargai. Semoga

dia tidak pergi lagi, pohon Hariez. Namun, Hariez sedar, layanan Hafiqah kepadanya

masih lagi kaku. Sepatah ditanya, sepatah dijawab. Untuk menatap wajahnya juga,

Hafiqah tidak mahu. Dapat dirasakan betapa kerasnya hati Hafiqah untuk menerima

dirinya kembali.

“Maafkan abang sebab tak dapat berada dengan Fiqa sepanjang Fiqa

membesarkan Aizul.”

“Hm.” Hanya itu reaksinya.

“Fiqa marahkan abang lagi?” Kali ini lebih senyap. Wajah itu terlalu tidak

berperasaan padanya. “Fiqa langsung tak boleh terima abang lagi ke?”

“Saya harap Encik Hariez tak salah faham niat saya. Saya tak nak bersikap

pentingkan diri sendiri hingga sanggup biarkan anak saya tanggung semua beban tu.”

Berhenti untuk menarik nafas. Kemudian menyambung. “Saya ingat lagi apa yang encik

katakan pada saya malam tu. Tak mungkin saya akan lupakan.”

Betapa peritnya dia dihantui ingatan itu. Namun, demi Aizul dia cuba untuk

membuang jauh-jauh semua itu. Dan dapat diingat lagi betapa kejamnya Hariez ketika

mengucapkan bahawa dia tidak mahukan Aizul sebagai warisnya. Jadi, dia perlukan masa

untuk menerima Hariez kembali wujud dalam hidupnya semula.

314

Page 315: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Fiqa, hentikan panggilan encik Hariez tu. Abang mengaku, abang memang salah,

tapi, tak ada ruang ke dalam hati Fiqa untuk abang?” Hariez sudah berubah posisi. Kini

bertentangan menghadap Hafiqah. Hafiqah pula, menundukkan muka, tidak mahu mata

terus memandang lelaki ini.

“Kenapa encik Hariez cari saya lagi? Apa perlunya saya dan Aizul dalam hidup

encik? Kalau betul encik sayangkan saya dan Aizul macam yang encik cakap, encik akan

bagi saya ruang untuk bahagia. Sebab, sepatutnya encik sedar yang saya tak pernah

bahagia dengan encik! Saya ni, orang gaji encik!” Hafiqah sedikit berang. Lama

dipendam kemarahan itu. Lama dipendam perasaan itu. Menundukkan wajah, takut Aizul

melihat dia menangis lagi.

“Abang minta maaf Fiqa. Tapi hidup abang tak sama lagi lepas Fiqa pergi. Abang

sangat-sangat rindukan Fiqa. Abang cintakan Fiqa. Abang cuma minta Fiqa bagi abang

satu peluang saja untuk abang perbaiki semula kesalahan yang abang dah buat. Bagi

abang peluang untuk bahagiakan Fiqa dan Aizul. Sekali saja? Dan abang janji, kali ni,

abang tak akan sia-siakan Fiqa dan Aizul.”

“Awak cakap senang encik Hariez. Awak tahu apa pandangan orang pada saya?

Keluarga awak? Keluarga saya? Awak tak fikir semua tu?”

“Fiqa, abah dah lama terima Fiqa. Abah dah tahu semuanya. Aimi dah pun

mengaku kesalahan dia. Cuma sekarang ni, Aimi pun dah hilangkan diri. Takkan Fiqa

nak emak dan abah bersedih lagi? Kita balik sayang ye?” Pujuk Hariez. Hafiqah serta-

merta angkat muka. Aimi hilang?

“Bila Aimi hilang? Aimi mengaku apa?” Lupa semua tentang kemarahan pada

Hariez.

315

Page 316: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Lepas Fiqa hilang, abah dan emak datang. Aimi mengaku yang dia dan kawan

Fiqa yang kenakan Fiqa.” Tidak sanggup mengucapkan perkataan yang boleh

mengundang tragedi lama itu. “Lepas balik JB, Aimi larikan diri daripada rumah. Sampai

sekarang tak jumpa lagi.”

Lemah semangat Hafiqah. Marah juga dia kepada Aimi, tetapi sayang kepada

adik yang bongsu itu masih melebihi segala-galanya. Adik itu hanya cemburu, bukannya

jahat mana. Hafiqah masih lagi bersangka baik kepada Aimi, sedangkan dialah yang

menjadi punca segala-galanya.

“Aizul! Mari balik sayang!” Hafiqah sudahpun bangun dan melambai-lambai

memanggil Aizul. Hariez sedikit terpinga-pinga.

“Fiqa nak pergi mana?”

“Fiqa nak balik jumpa mak dan abah!” Rindu yang menggunung tinggi dan

kekesalan kerana membiarkan emak dan abahnya semakin sengsara selama beberapa

tahun ini.

**************************

FARIEZ dan Kay saling berbalas pandang. Ini mungkin kali terakhir buat Kay melihat

wajah Hafiqah, sebelum wanita itu dan keluarganya pulang bersama ke Johor Bahru.

Irfan pula sedang sibuk membantu Hariez mengangkat barang-barang ke atas feri.

Bukan banyak sangat pun barang yang nak dibawa balik Hafiqah. Kebanyakan

barang ditinggalkan di sini. Kay perasan, Hafiqah cuma membawa barang sepertimana

saat dia datang dahulu.

316

Page 317: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Hafiqah hanya mendiamkan diri sepanjang masa di jeti. Membiarkan Aizul terus

berada di sisi Hariez. Kay memerhatikan sahaja Hafiqah sebelum akhirnya menghampiri

Hafiqah.

“Afi okey?” Keluhan berat dilepaskan.

“Tak tahu.”

“Apa yang Afi tak tahu? Nak cerita dengan abang?” Dia sudah duduk di sebelah.

Entah bila lagi akan dapat peluang untuk duduk seperti ini dengan Hafiqah.

“Sama ada patut ataupun tidak keputusan Afi ni. Afi pun keliru. Kesan daripada

keputusan Afi sebelum ni, semuanya buat Afi makin celaru. Mesti semua orang fikir

yang buruk-buruk tentang Afi.”

Jelas wajah itu kekusutan. Kay senyum. “You see Afi, ada banyak benda yang

kita tak tahu tentang hidup kita ni. Semuanya rahsia Allah. Macam laut ni, kita nampak

luaran dia dan apa yang ada di depan mata kita. On the other side, kita tak nampak lagi

apa yang berlaku di sebalik batasan yang kita tak nampak selepas itu. Kita cuma boleh

tahu, bila kita dah ke sana. Baru kita akan dapat alami sendiri sama ada, laut yang di sana

tu masih tenang dan biru sama seperti yang di depan mata ataupun sebaliknya.”

Panjang lebar nasihat Kay. “Dalam erti kata lain, kita kena berani hadapi risiko

untuk berubah. Baru kita boleh nampak hasil perubahan tu dalam hidup kita sendiri.

Sampai bila kita nak duduk dalam comfort zone ni sedangkan dunia sebenar kita adalah

yang sebaliknya. Satu masa nanti kita mesti hadapi juga hari tu.”

“Afi tak sedia lagi. Nak berdepan dengan semua orang-orang ni. Macam mana

penerimaan mereka? Lagi pula, Afi tak tahu betul ke apa yang Hariez tunjukkan pada

317

Page 318: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Afi. Betul ke dia sayangkan Afi macam yang dia cakapkan tu?” Ah, Hafiqah masih tidak

yakin dengan diri sendiri.

“Itu Hariez yang dulu. Untuk kenal Hariez yang sekarang, Afi kenalah berdepan

dengan dia. Kalau dia masih macam dulu, dan Afi rasa nak kembali ke sini, abang

sentiasa alu-alukan kehadiran Afi di sini. Afi dah macam keluarga abang sendiri.”

Macam keluarga. Kecewa sungguh dia menyebut perkataan itu kepada Hafiqah.

“Cuma Afi janganlah tipu-tipu abang lagi. Jangan lari tempat lain lagi. Lari

kepada abang je dah cukup. Afi masih ada keluarga yang sentiasa terima Afi di sini.”

Wajah Kay tidak pernah kedekut dengan senyuman. Nasihatnya juga sentiasa berjaya

melembutkan hati kerikil Hafiqah.

“Dahlah, lembutkan hati untuk buka mata supaya Afi kenal Hariez tu. Dendam

yang lama buang je dekat sini. Mulakan kembali hidup baru. Tapi, nombor abang jangan

buang pulak!”

Ya, sebut tentang nombor, baru Afi teringat, bil telefonnya semua atas nama Kay.

“Nanti nombor Afi tu Afi matikan, Afi ganti dengan nombor baru ye?”

Pantas Kay menggeleng. “Tak payah mengada-ngada nak tukar nombor pulak.

Nanti silap-silap Afi tak ingat abang lagi. Bil tu biar je pada abang. Nanti abang

hantarkan pada Afi. Afi bayarlah.”

“Betul ni? Kalau abang tak bagi, abang bayarkan lagi, siaplah Afi matikan

nombor ni biar abang tak boleh contact Afi lagi.” Sekarang dah berani mengugut!

Kay ketawa. “Jangan nak mengarut! Kalau tak kenang abang, buatlah macam tu!”

Kali ini dia pula yang ingin merajuk.

318

Page 319: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Funny laa abang Kay ni. Iyalah, Afi tak tukar. Kalau abang dah jumpa girlfriend

baru nanti baru Afi tukar. Kalau tak, matilah Afi kena serang nanti.”

Kan indah kalau suasana ini tidak berakhir di sini – Kay

Aku harus berani – Hafiqah

Kenapa mereka terlalu mesra? Sungguh aku cemburu! – Hariez

Bukankah bahagia itu juga milik aku? Kenapa sukar aku lupakan perasaan ini? –

Fariez

Aku ni mangsa keadaan sebenarnya. Kenapa mesti aku yang ditinggalkan? –

Irfan

Bunyi hon feri yang begitu membingitkan telinga menyedarkan mereka bahawa

masa kian singkat.

“Jaga diri Afi elok-elok. Nanti raya datanglah rumah. No, bila-bila ada masa,

ajaklah Hariez datang rumah abang dekat Mersing. Nak datang sini pun boleh.”

Hafiqah senyum. Memang Kay terlalu banyak jasa kepada dirinya. Hanya dia

yang tak mampu membalasnya. “Aizul sayang, mari sayang papa Kay!”

Dengan terkedek-kedek Aizul berlari ke arah Kay. Meninggalkan Hariez yang

cemburu dengan kemesraan mereka. Mereka ahli keluarganya, namun kenapa kemesraan

mereka lebih nyata apabila bersama Kay? Namun dia tidak mahu terus dibuai emosi.

Hafiqah sudah jelas menjadi haknya. Itu tidak boleh dinafikan lagi.

Hariez berjalan perlahan mendapatkan Fariez. Tersenyum Fariez melihat wajah

teman itu.

319

Page 320: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Thanks friend sebab bagi aku peluang kedua ni. Thanks juga sebab memahami.

Thanks sebab tolong aku bawa balik Irfan tu.” Sempat dia berbisik kepada Fariez. Fariez

tersengih.

“Jangan lupa, aku sentiasa dekat dengan kau orang. Whatever pun, take very good

care of them. Aku tahu, kau memang sayangkan diorang.” Perbualan itu hanya antara

mereka berdua.

Hon yang dibunyikan kali kedua membuatkan mereka saling berpelukan. Hariez

mendukung Aizul menaiki feri manakala tangannya memegang erat pergelangan tangan

Hafiqah.

Aizul pula ceria melambai-lambai kepada Kay dan Fariez. Feri berundur perlahan

demi perlahan sebelum akhirnya hilang daripada pandangan.

320

Page 321: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

53

MENGHAYATI saat-saat bersendirian membuatkan Kay semakin sukar melepaskan

bayangan Hafiqah dan Aizul. Terkenangkan Afi yang dikenali, betapa sukarnya dia

mengharungi hidup selama empat tahun bersama mereka di sini.

Wanita itu terlalu cekal meneruskan hidup, tanpa suami dan keluarga di sisi.

Betapa nekadnya dia dalam meredah liku-liku hidup yang seringkali tidak dapat diduga

kekejamannya. Hanya yang pasti, andai kita tabah, dengan izin Allah, kejayaan dan

kebahagiaan hidup itu pasti menjadi milik kita akhirnya.

Wajah Hafiqah di dalam gambar itu disentuh dengan sepenuh perasaan rindu.

Memang dia melepaskan Hafiqah pergi, walaupun itu bukan kemahuannya. Hanya dia

sentiasa berdoa agar kebahagiaan masih ada untuk Hafiqah dan Aizul di sisi Hariez.

Hariez lelaki bertuah yang telah melepaskan peluangnya untuk dicintai Hafiqah.

Namun, lelaki itu diberikan peluang kedua, tidak sepertinya yang langsung tidak

memiliki walaupun sekelumit ruang untuk dicintai. Semuanya kerana batasan agama. Ya,

pulangnya hati kita kerana pegangan agama.

Dia sentiasa memujuk hati yang terluka itu. Namun, sekuat mana pun dia, nama

Hafiqah terlalu kebal memenuhi ruang hati. Gambar Hafiqah di tepi jeti yang diambil

tanpa sedar itu diletakkan kembali. Ketika itu, jari tersentuh gambar kecil Aizul. Anak

kecil Hafiqah dan Hariez yang diharapkan untuk menjadi miliknya itu diambil. Begitu

kuat rindu bila berjauhan dengan anak ini. Begitu tebalnya sayang yang ada untuk Aizul.

321

Page 322: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Manakan tidak, dia umpama ayah yang bersama-sama menemani saat-saat

genting Hafiqah untuk melahirkan Aizul. Hafiqah hanya ada dia dan seluruh keluarganya

menemani. Bukan suami ataupun ibu bapa Hafiqah sendiri.

********************

“ABANG!” Jeritan itu begitu kuat memecah keheningan malam. Kay yang sedang sibuk

bermain game Angry Bird segera bangun menuju ke bilik tengah, bilik di mana Hafiqah

tidur.

“Ada apa tu, Long?” Puan Maria yang sedang berbual dengan Tuan Haji Ashraf

juga turut sama bergegas menuju ke arah Kay apabila mendengar jeritan Hafiqah tadi.

“Tolong! Abang, tolong!” Hafiqah sudah tidak tertanggung sakit yang dialami

saat ini. Bagai mahu putus segala urat nyawanya. Dia sendiri sudah terduduk di tepi katil,

tidak mampu untuk berjalan keluar dari bilik mendapatkan Kay.

Kay cuba untuk membuka pintu yang berkunci itu namun, tidak berjaya. “Afi

duduk dekat belakang pintu ke? Kalau ya, alih ke tepi. Abang nak tendang pintu ni!”

Dalam keadaan yang separuh nyawa itu, Hafiqah cuba untuk menjawab. “Tak. Afi

kat tepi katil ni.” Suaranya kian lemah. Menahan sakit di bahagian pinggang dan ari-ari.

Dung!

Habis terkopak pintu kayu itu ditendang Kay. Mujur Hafiqah tidak berada di

sekitar itu dan jauh sedikit ke kanan. Dan dengan penuh kesyukuran melihat Hafiqah

masih lagi bernafas walaupun kelihatan tercungap-cungap, Kay segera mencempung

Hafiqah. Darurat ni! Tak boleh nak fikir sangat!

322

Page 323: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Puan Maria dan Tuan Haji Ashraf yang baru tiba itu terkejut melihat keadaan

Hafiqah yang sudah tercungap-cungap. Sedangkan kalau ikut perkiraan bulan, kandungan

Hafiqah baru berusia tujuh bulan. Takkanlah sudah hendak bersalin kot!

“Afi dah nak bersalin ke Long?” Kay hanya mampu menggelengkan kepala.

“Tak tahu. Along nak bawa dia ke hospital dulu. Abah tolong ambilkan kunci

kereta along dekat atas tv tu!” Dalam keadaan yang kelam kabut itu pun Kay masih tidak

lupa di mana dia meletakkan kunci keretanya.

Sepantas kilat Tuan Haji Ashraf menuju ke arah kabinet televisyen rumahnya.

Membantu membuka pintu tempat duduk belakang untuk memudahkan Kay

memasukkan Hafiqah ke dalam kereta. Puan Maria juga turut sama masuk ke dalam perut

kereta bersama-sama mereka.

“Awak tak kunci rumah ke emaknya?” Tegur Tuan Haji Ashraf kepada isterinya.

“Ala abahnya. Biar jelah. Bibik kan ada dekat dalam tu. Nanti pandailah dia!” Dia

juga tidak mahu ketinggalan membawa Hafiqah ke hospital. Hafiqah sudah dianggap

seperti anak kandungnya. Tambahan lagi dalam keadaan dirinya yang berbadan dua itu,

hati ibu manalah yang sanggup untuk mengabaikan dia daripada keluarga.

“Suka hatilah emaknya.” Malas dia hendak bertekak dengan isterinya. Akhirnya

Tuan Haji Ashraf mengambil tempat duduk di sebelah pemandu sebelum Kay akhirnya

memandu keluar daripada kawasan rumah mereka menuju ke hospital Mersing.

Tangan Puan Maria digenggam Hafiqah kemas. “Kalau Afi tak ada…” Dengan air

mata yang semakin merembes ke pipi.

323

Page 324: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Jangan fikir macam tu. Sabar sayang. Sikit lagi.” Pujuk Puan Maria sambil

tangan sudah mula mengusap rambut Afi. Tidak tercapai tudung Afi dalam keadaan yang

begitu tergesa-gesa tadi.

“Afi jangan fikir macam-macam. Abang tahu Afi tak apa-apa punya.” Kay

mengerling dari cermin pandang belakang. Dia sendiri tidak mahu apa-apa terjadi kepada

Hafiqah. Masih belum bersedia kehilangan Hafiqah.

“Afi… tak tahan… Sakit…” Hafiqah sudah mengongoi kesakitan. Nafas pula

semakin tercungap-cungap.

Melihat keadaan Hafiqah yang semakin tenat itu, Kay terus menekan pedal

minyak dan memecut Honda Civicnya pantas membelah kepekatan malam.

Tiba di Wad Trauma dan Kecemasan, Hafiqah terus dikejarkan ke bilik

pembedahan. Lama Kay menunggu sehingga selesai urusan pendaftaran sehingga keluar

seorang doktor pakar puan datang kepadanya untuk memberitahu keadaan Hafiqah.

“Encik suami pesakit tadi ke?” Tanpa ragu-ragu Kay mengangguk. Dalam

keadaan macam ni dah tak ada masa nak fikir tentang patut ataupun tidak.

“Ya Doktor. Macam mana dengan isteri saya?” Ah, kan bagus kalau realitinya

adalah yang seperti diakui sekarang!

“Macam ni encik. Terdapat komplikasi pada kandungan isteri encik. Jadi isteri

encik perlu menjalani pembedahan untuk mengeluarkan kandungan dia. Tapi, sebelum tu

saya nak minta kebenaran encik untuk menandatangani surat kebenaran pihak kami

melakukan pembedahan.”

324

Page 325: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Komplikasi? Tapi kandungan dia dan dia akan selamat, kan doktor?” Gusar

sungguh wajah Kay saat itu. Puan Maria memegang bahu Kay untuk menenangkan

perasaan Kay yang jelas tergambar cemas.

“Kita nak lakukan pembedahan supaya kandungan tu dikeluarkan. Jadi anak encik

akan mengalami kelahiran pra-matang dan seterusnya perlu menjalani rawatan susulan.”

Jelas doktor wanita itu lagi.

Tanpa membuang masa lagi, Kay terus dengan prosedur pembedahan yang perlu

ditandangani. Setiap detik begitu berharga sehingga dia sendiri tidak senang duduk

ataupun berdiri. Mundar-mandir di luar bilik pembedahan menunggu berita yang bakal

disampaikan kepadanya.

Puan Maria dan Tuan Haji Amir saling berpandangan sebelum akhirnya

tersenyum sesama sendiri melihat telatah Kay yang pertama kali mengalami pengalaman

menyambut kelahiran anak. Hanya, itu bukan anaknya.

Lama dia begitu. Sehingga lebih kurang tiga jam selepas itu barulah pintu bilik

pembedahan itu dibuka, dan doktor wanita tadi bertemu dengannya.

“Isteri encik selamat dan dah selamat melahirkan seorang bayi lelaki. Namun,

pihak kami perlu beritahu encik yang anak encik tu mengalami kelahiran pra-matang.

Jadi, dia ada masalah pernafasan dan kita perlu masukkan dia dalam inkubator. Dan kita

juga perlu lihat perkembangan anak encik buat masa ni. Jadi, kalau encik nak tengok bayi

encik, encik boleh ikut nurse ni.” Bagai memahami apa yang bermain di benak Kay,

doktor wanita itu menjelaskan tanpa sempat Kay bertanyakan soalan lagi.

“Isteri saya tak ada masalah apa-apa doktor?” Masih tidak berpuas hati selagi

tidak dapat melihat Hafiqah di depan mata.

325

Page 326: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Tak ada.” Lega dan sungguh bersyukur dia saat ini.

“Terima kasih doktor.” Dan dia mengekori jururawat yang menolak troli bayi

untuk membawa bayi itu ke bilik rawatan. Tidak sabar-sabar untuk mengazankan anak itu

seperti yang telah dipesan oleh abah sebelum itu.

326

Page 327: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

54

TANGAN Hafiqah digenggam kemas oleh Hariez. Walaupun Hafiqah masih tidak

bersedia menerima lelaki itu lagi, namun di kala ini, kehadirannya di sisi banyak

membantu. Dia tidak mampu untuk menghadapi keadaan sekarang sendirian.

Tangan kiri Hariez memaut bahu Hafiqah perlahan. Cuba untuk menenangkan

perasaan gusar Hafiqah. Pasti pelbagai andaian sedang bermain di fikirannya saat ini.

“Abang ada dengan Fiqa.” Lembut dan begitu menusuk ke hati Hafiqah. Tidak

pernah Hariez sebaik itu dengannya.

Aizul yang tidak mengerti apa-apa hanya berdiri di sebelah kiri sambil memegang

tangan kiri Hafiqah. Membuntuti langkah ibu dan ayahnya yang berjalan menuju ke pintu

depan rumah seseorang.

“Assalamualaikum.” Pintu pagar dibuka Hariez perlahan-lahan. Hafiqah bagaikan

mahu berpatah balik saat itu. Berpaling. Namun pada masa yang sama suara Haji Amir

kedengaran menjawab salam yang diberikan oleh Hariez.

“Waalaikumussalam. Eh, Hariez lah Imah. Dengan…” Tidak habis berkata-kata

kerana terlalu pegun melihat tubuh anak yang sekian lama dirindui kini sedang

membelakangkannya. Walaupun tanpa melihat wajah, dia kenal itu susuk tubuh Hafiqah.

Dan ada anak kecil di sebelahnya memandang wajahnya tidak mengerti.

“Hafiqah anak abah.” Sayu suara tua itu berkumandang di gegendang telinga

Hafiqah. Masih tidak berani untuk berdepan dengan abah yang telah ditinggalkan sekian

lama.

“Angah.” Suara emaknya pula berganti.

327

Page 328: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Hariez yang perasan dengan kekakuan Hafiqah lantas menyentuh bahu Hafiqah

perlahan. Dan memusingkan tubuh itu dengan lembut agar berhadapan dengan ayah dan

ibu mertuanya.

“Mana Angah pergi? Lama mak tunggu angah balik rumah! Angah dah tak

sayangkan mak dan abah lagi ke?” Tangisan Halimah sudah mula kedengaran. Hafiqah

juga sudah tidak sanggup menahan air mata yang ingin melimpah.

“Angah minta maaf mak sebab derhaka dengan mak. Angah minta maaf sebab

kecewakan mak dan abah!” Dia sudahpun berlutut di kaki Halimah.

“Tak. Abah yang salah. Abah yang tak percayakan anak abah sendiri. Angah tak

salah apa-apa dengan abah. Bangun nak.” Ditarik tubuh kecil itu agar berdiri semula.

Hafiqah hanya menurut.

“Lama abah tunggu Angah balik ke sini. Angah pergi mana nak?” Dicium dahi

anaknya berulang kali. Terlalu banyak rindunya yang terpendam tidak dapat diluahkan.

Setiap hari selepas pulang daripada kerja dia akan duduk di ruang depan rumah untuk

menunggu Hafiqah. Raya yang berlalu saban tahun juga disambut tanpa ada makna.

Hafiqah tidak mampu menjawab. Menahan tangis semenjak tadi dengan emosi

yang bercampur baur. Hariez yang memerhati sedari tadi sudah memegang tangan Aizul.

“Mak, abah, ini anak kami. Aizul.”

Aizul menghulurkan tangannya; memahami untuk bersalaman dengan kedua

orang tua yang tidak dikenali apabila melihat ayahnya menyalami tangan Halimah dan

Haji Amir.

“Anak? Bila Angah bersalin?” Kali ini Halimah sudah mula mengongoi. Kesal

kerana tidak berada di sisi anak itu ketika menghadapi saat-saat kelahiran Aizul. Hafiqah

328

Page 329: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

yang masih kelu tanpa kata memandang ke arah Hariez meminta bantuan. Dia sendiri

tidak dapat menjawab, sedang dirinya sendiri sudah tersedu-sedu menahan tangis.

“Aizul dah masuk tiga tahun setengah.” Mujur Hariez mengerti. Mujur ada

Hariez. Syukur Hariez di sini bersamanya. “Marilah kita masuk ke dalam mak, abah.

Nanti jiran-jiran tengok tak manislah. Apa pula nanti kata mereka.” Dipaut pula tubuh tua

Haji Amir. Manakala Hafiqah pula sudah memeluk tubuh Halimah dan mengajaknya

masuk ke rumah.

“Mak dan abah tak marahkan Angah lagi?” Dia duduk di antara emak dan

abahnya di sofa. Terlalu lama tidak bermanja sehingga terlupa bahawa dia sudah

mempunyai seorang suami dan seorang anak kecil.

“Tak! Lama dah kami terima Angah balik. Cuma angah je yang tak datang-datang

cari kami. Kenapalah angah pergi lama sangat? Angah tak rindukan kami ke?” Tangisan

Halimah sudah mula reda.

Lapang dada Hafiqah mendengarkan jawapan emaknya. Sebenarnya dia masih

takut-takut untuk kembali walaupun telah dijelaskan berulang kali oleh Hariez bahawa

emak dan abahnya telah lama menerima dia kembali. Lagipun, semua yang terjadi bukan

salah Hafiqah. Untuk apa mereka marahkan dia? Bahkan, dialah yang mereka tunggu-

tunggu selama ini.

“Rindu! Mana boleh Angah tak rindu mak dan abah! Cuma Angah takut mak dan

abah tak boleh terima Angah lagi.”

“Tak. Semuanya Hariez dah jelaskan. Bukan salah Angah pun!” Halimah

berpaling kepada Hariez. “Terima kasih Hariez sebab bawa anak emak balik semula!”

329

Page 330: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Hariez mengangguk. Aizul pula masih diam tidak memahami kisah orang dewasa

di hadapannya.

“Aizul sayang! Mari dekat dengan atuk!” Haji Amir menghulurkan tangan. Pada

mulanya Aizul kelihatan amat keberatan untuk menuju ke tempat Haji Amir, tambahan

apabila melihat wajah Haji Amir yang agak garang itu. Namun, setelah melihat senyuman

yang terukir di bibir ibunya, langkah demi langkah diaturkan menuju ke Haji Amir.

“Cucu atuk!” Dicium-cium pipi polos itu sehingga kegelian dan menggeletik

minta dilepaskan. Hafiqah dan Hariez berbalas pandang. Gembira anak mereka diterima

sepenuhnya oleh Haji Amir dan Halimah.

“Ni dah boleh kawan dengan Akif anak Along. Rasa-rasa mak, budak berdua ni

sebaya.”

“Tua beberapa bulan je mak. Yang beza cuma tahun je.” Hati yang gundah

semakin sirna. Berganti dengan kebahagian yang tidak dapat digambarkan. Bagai terbang

terus segala memori kejam semalam setelah diterima kembali oleh emak dan abahnya.

Telefon Haji Amir yang berdering di atas meja diambil Hariez lalu dihulurkan

kepada ayah mertuanya. Haji Amir menyambutnya dan tanpa sedar membaca nama yang

terpapar di skrin. “Haziq?”

Mendengar nama itu, Hafiqah lantas berpaling. Haji Amir pula sudah bangun.

“Ha, assalamualaikum Haziq. Lama tak dengar khabar kamu? Sihat?”

Bagai mahu pecah juga gegendang telinga Hafiqah mendengar perbualan abahnya

di telefon. Tak berubah langsung! Tetap juga suara gegak gempita macam dulu!

“Ha, ye ke? Dekat mana tu? Kamu dapat maklumat ni daripada siapa?” Wajah

berkerut Haji Amir mula menimbulkan tanda tanya kepada mereka yang lain. Entah apa

330

Page 331: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

yang dibincangkan sehingga berubah sekali air muka abahnya yang baru hendak ceria

tadi.

“Kamu tolong pak cik SMS kan alamat tempat tu. Kalau sempat malam ni pak cik

gerak, kalau tak esok pagi-pagi lagi pak cik ke sana. Tapi, kamu yakin memang dia? Tak

salah orang?” Dia tidak boleh menerima maklumat yang baru diterima daripada Haziq

itu.

“Kalau macam tu, baiklah. Terima kasih Haziq sebab beritahu pak cik. Lupa pak

cik nak beritahu kamu, Hafiqah anak pak cik dah balik hari ini.” Kembali mengukirkan

senyuman walaupun tidak dapat dilihat oleh Haziq yang berada di talian.

“Baiklah. Nanti pak cik sampaikan pada dia. Assalamualaikum!” Talian

diputuskan.

“Kenapa Haziq telefon abah?” Kemusykilan itu tidak dapat diusir semenjak nama

Haziq meniti dari bibir Haji Amir. Tidak menyangka walaupun sudah bertahun-tahun dia

menghilangkan diri, abahnya pula masih lagi berhubung dengan Haziq yang suatu masa

dahulu langsung tidak disukainya.

“Haziq kirim salam pada Angah.” Berhenti seketika, memikirkan apa yang baru

disampaikan kepadanya sebentar tadi. “Dia kata kawan dia dah jumpa Aimi.”

Serentak itu, bunyi SMS masuk ke telefon bimbit Haji Amir. “Ni dia dah hantar

alamat tempat Aimi menetap sekarang.”

“Dekat mana tu abah?” Hariez bertanya. Semenjak tadi dia hanya menjadi

pemerhati, memikirkan nama Haziq yang pernah didengarinya. Namun, apabila teringat,

cepat-cepat diusir kenangan tentang nama itu jauh-jauh.

“Dekat Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan.”

331

Page 332: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Ha? Macam mana boleh ada dekat sana?” Namun soalan itu tidak mampu

dijawab oleh Haji Amir sendiri.

*******************

DARI jauh Aimi sudah dapat melihat lelaki berpakaian seragam polis itu menuju ke

arahnya. Dia yang sedang duduk di bangku taman itu tidak sempat untuk melarikan diri.

Boleh dikatakan hampir setiap hari dia melawat Aimi di sini semenjak beberapa hari

selepas dia dihantar ke Pusat Perlindungan ini.

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.” Salam yang diberi wajib dijawab oleh setiap yang

mendengar.

Aimi menundukkan kepala. Dia sebenarnya tidak selesa dengan layanan baik

yang Zulkifli berikan semenjak pertemuan kali kedua mereka tempoh hari. Malu dengan

dirinya yang sudah tidak sempurna dan penuh dengan noda.

“Dah makan?” Mengangguk. Itu soalan wajib yang dilontarkan setiap kali

memunculkan diri.

“Sihat?” Masih lagi mengangguk. Suara terasa begitu sukar untuk dikeluarkan.

Laksana ada butiran emas yang akan terkeluar saat bibirnya berbicara.

“Kenapa tak nak tengok saya? Tak handsome eh?” Kecil tawanya terluah, lalu

Aimi mengangkat kepala.

“Awak tak malu ke datang sini jumpa dengan saya? Awak kan polis. Pegawai

pulak tu! Lagipun sini kan tempat perempuan.”

332

Page 333: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Senyuman kacak menghiasi raut kacak Zulkifli. “Sebab saya polislah saya tak

kisah datang sini. Urusan polis pun banyak dekat sini.”

Aimi terpesona lagi. Suatu masa dahulu, wajah itu pernah mengiringi tidurnya.

Namun, wajah itu tidak muncul lagi dan berganti dengan wajah ngeri Joe. Kini, pemilik

sebenar wajah itu muncul semula. Cuma, dia yang tidak pernah bermimpi lagi untuk

dilawati wajah itu.

“Saya ada hadiah untuk awak hari ni. Untuk tebus semula kesalahan saya sebab

pernah permainkan awak dahulu. Dan juga sebagai hadiah, untuk perubahan yang awak

alami sekarang ni.” Pelik sungguh dengan kata-kata yang Zulkifli ucapkan. Walhal, dia

sendiri pun tidak pernah mengharapkan sebarang hadiah.

“Hadiah apa?” Zulkifli terlalu baik dengannya. Dia takut ditipu lagi.

“Tu!” Tangan kanan diangkat dan dihalakan ke tapak parkir kenderaan yang

terletak kira-kira 100 meter daripada tempat duduk mereka.

Abah! Mak! Aimi sudah kelam-kabut bangun. Tidak bersedia berhadapan dengan

emak dan abahnya dalam keadaan begini. Namun, reaksi itu terhenti apabila

terpandangkan wajah suci Hafiqah di belakang mereka.

“Angah.” Nama itu yang disebutnya. Tidak menyangka masih ada peluang lagi

untuk bertemu Hafiqah. Langsung terlupa dengan kedudukan diri. Langsung terlupa

betapa kotor diri yang telah mencemarkan maruah suci kakaknya itu. Perasaan rindu dan

rasa bersalah yang sekian lama bertakhta dalam hati memberi kekuatan untuk kakinya

terus mengorak langkah, semakin lama semakin laju dan akhirnya berlari mendapatkan

Hafiqah.

333

Page 334: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Zulkifli turut sama mengekori pergerakan Aimi. Dia yang memberitahu Haziq

tentang Aimi. Kerana dia tahu dari Haziq yang keluarga Aimi mencarinya yang telah

sekian lama menghilangkan diri.

“Adik minta maaf Angah. Adik tahu Adik memang salah. Tapi sekarang ni Adik

dah insaf. Adik dah dapat balasan Adik. Adik minta maaf sangat-sangat pada Angah.”

Begitu erat pelukan yang Aimi berikan ke tubuh Hafiqah.

Hariez yang menjadi permerhati, beralih pandang kepada Zulkifli. Boleh tahan

juga mamat polis ni!

Hafiqah juga sudah mula mengalirkan air mata kegembiraan. Dapat kembali ke

pangkuan keluarga sudah begitu membahagiakan. Ditambah dengan penemuan Aimi

lebih-lebih lagi menceriakan hatinya.

“Dahlah tu Adik. Lupakan je perkara yang dah lepas tu. Angah datang jumpa

Adik ni nak bawak Adik balik. Ni abah dan mak datang pun sebab kami semua rindukan

Adik. Tak ada orang pun yang nak marah Adik lagi. Semua orang sayangkan Adik. Kami

marah sebab kami sayang. Bukan sebab kami benci.”

Lembut diusapkan kepala Aimi. Semakin cantik dia apabila bertudung. Dibawa

pula tubuh Aimi ke pangkuan emak dan abahnya. Pasti adik itu masih lagi malu dengan

perbuatannya melarikan diri dari rumah dan masih tidak yakin untuk berhadapan dengan

kedua orang tua mereka.

“Mak abah dan tak marahkan Aimi kan?”

Terus Halimah merangkul tubuh Aimi. Diikuti dengan Haji Amir. Hafiqah pula

sudah berundur dan berdiri di sisi Hariez bagi memberi ruang untuk tiga beranak itu

334

Page 335: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

meluahkan rasa yang terpendam. Digenggam jemari Hariez bagi menahan air mata

supaya tidak gugur lagi. Sudah beberapa hari ini dia asyik menangis. Kini, cukuplah.

Kembang hati Hariez apabila Hafiqah meraih tangannya. Dia juga turut membalas

genggaman tangan itu. Malah, lebih dari itu, terus dipeluk pinggang Hafiqah agar isteri

itu terasa lebih selamat di sisinya.

Dan tanpa sedar, Hafiqah yang penuh dengan emosi sebak, turut membalas

pelukan di pinggangnya dan melentokkan kepala ke dada Hariez. Kembang kuncup hati

Hariez apabila diperlakukan sebegitu.

“Abang sayang Fiqa.” Sempat pula dia membisikkan kata-kata itu ke telinga

Hafiqah sementara orang lain sedang sibuk mengalirkan air mata kegembiraan bercampur

kesedihan.

Serta merta Hafiqah melepaskan pelukan di pinggang Hariez. Dengan wajah yang

memerah, terus dia mendapatkan Zulkifli yang semenjak tadi hanya menyaksikan drama

air mata keluarganya.

“Encik yang jumpa adik saya kan? Saya nak ucapkan terima kasih sangat-sangat

sebab kembalikan adik saya kepada kami semua. Terima kasih sangat-sangat. Tak

terbalas jasa encik pada kami sekeluarga.” Sungguh dia teramat bersyukur.

“Saya jumpa dia secara kebetulan. Yang betul-betul membantu sebenarnya Haziq.

Bukan saya. Lagipun, saya memang kenal dengan Aimi sebelum ni.” Zulkifli mengorak

senyuman manis untuk Hafiqah. Kakak Aimi juga masih cantik. Memang wajarlah Haziq

tergila-gilakan wanita ini dahulu. Dan rasanya, masih lagi sehingga kini.

335

Page 336: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Jadi, Aimi ni kami boleh bawa dia balik hari ini ke encik Zul?” Hariez

menyampuk. Dia sebenarnya cemburu apabila melihat pegawai polis muda itu

memberikan senyuman kepada isterinya sedang dia masih di sisi wanita itu.

“Oh ya, Aimi, awak dah boleh kemas barang untuk ikut keluarga awak balik.

Urusan pengeluaran awak juga saya dah uruskan. Nanti awak cuma minta keluarga awak

untuk ke pejabat untuk tandatangan borang penjaga ye?” Aimi mengangguk. Haji Amir

dan Halimah juga turut mengangguk.

“Terima kasih ye Zul. Yang lain tu nanti pak cik uruskan. Lagipun abang ipar dia

pun ada di sini boleh tolong pak cik.”

“Kalau macam tu, saya minta diri dulu. Sebab saya pun masih ada urusan lagi di

balai. Gerak dulu, mak cik, pak cik.” Tangan Haji Amir dan Hariez disalam sebelum

Zulkifli akhirnya beredar meninggalkan keluarga itu sendiri.

336

Page 337: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

55

PINTU pagar itu Airin buka. Itupun atas sebab terpaksa apabila melihat wajah umi dan

papanya yang sudah menjeling kepadanya sebagai isyarat untuk membuka pintu pagar.

Hariez dapat melihat cebikan pada raut wajah Airin dari dalam keretanya yang

bertinted gelap itu. Pasti Airin tidak tahu kejutan yang dibawakan untuknya hari ini.

Malah, tiada seorang pun daripada penghuni Villa Kasih yang mengetahui rahsia ini.

Mitsubishi Lancer itu masuk ke kawasan parking dengan perlahan. Sengaja dia

berkompromi dengan keluarga mertuanya agar Hafiqah keluar akhir sekali untuk

dijadikan kejutan buat Airin.

Melihat Haji Amir, Puan Halimah turun daripada kereta abang Harieznya, Airin

kembali semula ke kereta itu, walaupun sebentar tadi, langkah sudah dihalakan kembali

menuju ke dalam Villa.

“Assalamualaikum Pak Cik, Mak Cik. Eh, Kak Aimi pun ada?” Pelik sungguh dia

dengan kehadiran Aimi. Setahunya, Aimi sudah lama menghilangkan diri. Lebih-lebih

pelik lagi, Aimi kini muncul semula dengan penampilan bertudung. Kelihatan sungguh

ayu dan cantik dengan baju kurung yang sepadan dengan tudungnya itu.

“Waalaikumussalam. Airin apa khabar? Puan Hazrina dan Tuan Rizan mana?”

“Ada dekat taman. Sekejap ye, Airin panggilkan.” Serentak itu dia berlari

mendapatkan kedua orang tuanya. “Umi, papa, mak ayah mertua abang Hariez datang.”

Tanpa membuang masa, Tuan Rizan dan Puan Hazrina bergegas ke tempat parkir

kereta. Bersalaman dan berpelukan antara mereka. Mungkin rasa bersalah kerana

337

Page 338: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

bertanggungjawab di atas kehilangan Hafiqah masih menebal sehingga menjadikan

mereka lebih mesra lagi dengan keluarga besan ini.

“Umi, papa, Airin, sebenarnya Hariez ada sesuatu nak hadiahkan pada semua

daripada Tioman.” Pintu belakang kereta dibuka.

Airin sudah terjenguk-jenguk. Memang dia masih marah dengan Hariez, tetapi,

dia juga tetap menunggu setiap cenderamata yang Hariez akan belikan untuknya setiap

kali ke mana-mana.

Namun, bagai hendak tertanggal rahangnya kerana terlalu terpaku dengan apa

yang disaksikan di depan matanya. Hafiqah keluar dari perut kereta itu bersama seorang

anak kecil di sisinya.

“Kak Fiqa!” Berlari menuju ke Hafiqah. Sungguh gembira tidak terkata. Rindu

melebihi segala-galanya. “Sampainya hati akak! Tak pernah nak cari Airin lagi.” Air

mata sudah mencurah-curah ke pipi.

Hafiqah senyum. Dia juga turut bersalah dengan adik yang satu ini kerana pergi

hanya meninggalkan SMS untuknya. Bukan juga niat di hati untuk melupakan Airin. Dek

kerana janji yang dibuat sendiri kepada Hariez apabila dia menghilangkan diri, dia tidak

akan menghubungi sesiapa yang dikenali Hariez lagi.

“Siapa ni kak?” Anak kecil itu dipandang penuh minat.

“Aizul.” Tangan mak cik di hadapannya itu disalami. Memang sudah dilatih ibu

supaya bersalam dengan orang yang lebih tua.

“Anak akak?” Hafiqah masih lagi mengangguk. Namun senyuman di bibir masih

lagi terukir.

338

Page 339: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Macam mana akak dengan abang-” Tidak mampu menghabiskan kata. Hanya

memandang wajah Hariez dan Hafiqah silih berganti mendapatkan jawapan.

“Rahsia.” Sepatah itu jawapan untuk Airin.

“Mari sayang, salam dengan datuk dan nenek. Mari Fiqa.” Dibawa kedua-dua

mereka bertemu dengan Umi dan Papanya yang masih lagi terkejut dengan kemunculan

Hafiqah. Masing-masing juga terkesima dan pelik dengan kehadiran Aizul anak Hafiqah.

Jika Hariez tidak pernah menceraikan Hafiqah, bermaksud anak itu adalah anak Hariez.

“Fiqa sihat nak?” Puan Hazrina menyambut huluran salam Hafiqah. Dia pernah

tersalah anggap tentang Hafiqah. Sekarang ini, segala-galanya sudah berubah. Dia

mengucapkan syukur kepada Allah kerana mengembalikan Hafiqah ke sisi Hariez. Hanya

dengan itu sahaja caranya Hariez kembali semula ke pangkuan mereka sekeluarga.

“Sihat umi. Umi sihat?”

“Alhamdulillah.” Beralih pula menyalami tangan ayah mertuanya.

“Papa sihat?” Tuan Rizan mengangguk. Senyuman ikhlas yang diberikan sudah

cukup untuk menenangkan hati Hafiqah. Sepanjang jalan dia berdoa agar dirinya diterima

kembali oleh keluarga Hariez dan semoga segala urusannya di dunia dipermudahkan.

Sudah lama dia tidak berada di sini sehingga dia jadi kekok untuk melakukan apa-apa.

“Hariez, kamu bawa isteri kamu ni berehat. Kasihan dia. Airin, nanti-nantilah

kamu tanya dengan kak Fiqa kamu tu ye? Papa tahu, kamu mesti dah tak sabar-sabar nak

bercerita berdua. Kasihan Aizul tu, mata dia pun merah lagi tu.”

Didukung tubuh kecil Aizul. “Eh, anak sedara mak Su ni penat ye? Meh tidur

bilik Mak Su ye?”

339

Page 340: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Aizul yang selalunya lincah itu hanya melentokkan kepala di bahu Airin. Memang

begitulah sikapnya apabila bangun daripada tidur. Mesti lambat enjinnya hendak panas.

Cuma yang bagusnya, dia tidak meradang seperti kanak-kanak lain yang sebaya

dengannya.

“Mari sayang. Rehat dulu ye. Abang tahu sayang mesti penat. Tak berehat lagi

daripada hari kita gerak dari Tioman kan?” Memang benar dia penat. Dan bersyukur yang

amat apabila diajak Hariez untuk berehat. Cuma janganlah lelaki ini nak buat macam-

macam.

“Eh, Fiqa nak pergi mana tu?” Segera Hariez memanggil apabila dilihatnya

Hafiqah sudah bergerak ke bilik belakang.

“Tidurlah. Mana lagi.” Langkah disambung.

“Jangan nak mengada-ngada nak tidur dekat bilik belakang tu. Tidur dekat bilik

abang.” Tubuh Hafiqah sudah dicempungnya. Meronta-ronta Hafiqah minta dilepaskan,

namun tidak berjaya. Tubuh Hariez terlalu tegap sehinggakan pelukannya terasa begitu

kemas sekali.

Merah muka Hafiqah apabila begitu dekat dengan dada Hariez. Mujur orang lain

semua berada di ruang laman, manakala Airin dan Aizul awal-awal lagi sudah masuk ke

bilik.

“Lain kali jangan buat saya macam tu. Saya tak selesa.” Lembut, namun cukup

tegas di pendengaran Hariez. Hariez tersengih.

“Rindulah sayang. Lama abang tak dekat dengan Fiqa macam ni.” Hafiqah

menjeling menyampah. Nak membodek aku lah tu! Ingat aku ni makan bodek?

340

Page 341: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Oh, please. Sebelum ni bolehlah depan keluarga saya awak nak buat macam tu.

Sebab mood saya pun tak berapa nak baik. Sekarang ni, semua dah okey, jadi tolong,

kawal sikit diri awak tu. In addition, saya tak suka tidur dalam bilik encik Hariez ni. Bilik

ni bukan bilik saya. Bilik saya dekat bawah.” Hafiqah berpaling, cuba hendak keluar dari

bilik Hariez. Namun, tindakan Hariez lebih pantas menghalang Hafiqah membuka pintu.

“No, abang tak benarkan Fiqa tidur dekat bilik belakang. Tidur je lah dekat sini.

Kalaupun Fiqa tak sedia lagi, nak sekatil dengan abang, takut abang apa-apakan Fiqa,

Fiqa tidur atas katil tu seorang. Abang tidur dekat bawah ataupun dekat kerusi.” Hariez

sudah mula beralah. Dia tidak mahu, gara-gara katil itu, dia bergaduh dengan Hafiqah.

Namun, bukan itu sahaja yang membuatkan Hafiqah tidak mahu berada di bilik

ini. Dia dibawa Hariez masuk ke sini secara paksa. Serta merta dia diserang kenangan

lalu. Semuanya bagaikan jelas bermain di ruang mata. Dari hari pertama berkahwin

sehingga ke hari terakhir dia pergi daripada rumah ini. Semuanya kembali lagi.

“Fiqa menangis?” Cepat-cepat diseka air mata yang berada di tubir mata Hafiqah.

Ah, aku tak boleh beremosi sangat! Jangan lemah sangat depan dia!

“Saya tak sukakan bilik ni.” Ditolak tubuh Hariez kasar, sebelum dia berjaya

memboloskan diri keluar dari bilik Hariez dan menguncikan diri di dalam bilik kecil di

dapur.

Hariez kecewa. Hati Hafiqah masih terlalu keras untuk menerimanya kembali.

Tetapi, dia masih bersyukur, sekurang-kurangnya Hafiqah sudah berada dekat

dengannya. Sudah berada di hadapan mata dan boleh dipandang sepanjang hari dan bila-

bila masa. Rindunya abang pada Fiqa walaupun Fiqa ada dekat dengan abang sayang….

341

Page 342: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

342

Page 343: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

56

AIZUL begitu ceria malam ini. Dikelilingi ibu dan bapa saudara yang tidak pernah

dikenali semenjak kelahirannya membuatkan dia rasa lebih disayangi. Selama ini dia

hanya punya ibu, papa Kay dan juga Acik Erni, tetapi hari ini, dia miliki lebih daripada

itu. Dia sudah punya ayah, ibu, nenek Imah, Atuk Amir, Nenek Ina, Atuk Rizan, Mak Su

Aimi, Mak Su Airin, Pak Long Hafiz dan Mak Ngah Azrin. Bak kata orang lengkap pakej

keluarganya.

Hafiqah juga turut gembira dengan suasana itu. Dia bersyukur diri masih diterima

dan dibukakan hati semua orang untuk melihat kebenaran dalam hidupnya. Cuma dia

masih lagi sukar untuk menerima Hariez. Hariez juga tidak begitu memaksa dia untuk

tinggal di biliknya semenjak petang tadi.

Sedang Hariez, terasa begitu jauh dengan Hafiqah. Hanya dapat memandang isteri

yang amat dirindui itu daripada jauh. Setiap kali dia menghampiri, setiap kali itu juga

Hafiqah bergerak menjauh. Kesudahannya, Hariez sekadar membiarkan dia pergi. Tak

apalah, janji dia masih lagi ada depan mata aku.

Halimah juga perasan dengan setiap tingkah Hafiqah. Hati ibu mana yang tidak

memahami apa yang tersirat di dalam hati anaknya. Semenjak di rumah mereka tempoh

hari Hafiqah menunjukkan sikap tidak selesa apabila berdekatan dengan Hariez. Keadaan

itu lebih ketara apabila Hafiqah meminta untuk tidur di bilik Aimi dengan alasan terlalu

rindukan Aimi. Bukan Aimi ada pun untuk dia melepaskan rindu.

Namun, begitu sukar untuk menebak apa yang bermain di fikiran menantunya

pula. Menerima Hafiqah yang terlalu lama meninggalkan mereka kembali dengan hati

343

Page 344: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

yang terbuka. Masih setia pula memujuk agar hati yang terluka itu menerima diri

kembali.

Ketika mengangkat pinggan seusai makan malam ke dapur, Halimah memegang

bahu Hafiqah. Hanya mereka berdua di dapur. Airin dan Aimi sudah kembali semula ke

ruang makan untuk mengemas saki-baki lauk yang ada. Halimah mengambil kesempatan

itu untuk bertanya kepada Hafiqah.

“Mak nampak Angah masih dingin lagi dengan Hariez. Angah marahkan Hariez

lagi?”

Hafiqah mengeluh kecil. Wanita ini emaknya. Masakan dia mahu berbohong?

“Angah tengah cuba sesuaikan diri dengan dia. Dahulu, layanan yang Angah terima lain.

Jadi sekarang ni Angah tengah cuba untuk terima keadaan yang baru ni. Lagipun baru je

beberapa hari Angah jumpa dia semula.”

Sebaik mungkin dia memberikan alasan kepada emaknya. Halimah mengangguk.

“Emak faham kalau Angah masih lagi marahkan Hariez. Tapi, kita ni nak sebagai

seorang isteri, tak boleh abaikan keperluan suami. Ketaatan kita pada dia yang bawa diri

kita ni ke syurga. Walau seburuk mana pun dia, dia tetap suami Angah. Lagipun, mak

tengok dia pun boleh terima Aizul dan Angah semula. Cubalah Angah bukakan hati

semula dan maafkan dia.”

Sekali lagi Hafiqah mengeluh. Hatinya bak Kristal kini. Begitu rapuh. Cantik

dipandang, namun andai pecah apabila disentuh, tidak mungkin akan bercantum lagi.

“Nantilah mak. Bagi Angah masa. Angah tak boleh paksa hati ni. Orang lain tak

rasa apa yang Angah rasa. Jadi tak boleh samakan dengan hati orang lain. Nasib kita,

344

Page 345: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

lain-lain rasa.” Sudah beberapa orang yang memujuknya untuk memaafkan Hariez.

Tetapi, dia terlalu berhati-hati kini. Takut peristiwa lama berdarah kembali.

Kehadiran Airin dan Aimi di dapur bersama pinggan mangkuk kotor dan saki-

baki lauk menghentikan perbualan mereka. Puan Hazrina yang muncul kemudian turut

tersenyum melihat dua beranak itu duduk di dapur.

“Tak payah basuh pinggan tu Fiqa. Biar si Airin ni basuh. Dia pun bukan ada

kerja pun nak dibuat di rumah ni. Lagi-lagi sekarang ni tengah musim cuti. Seronoklah

dia ada orang nak manjakan dia.” Ucap Puan Hazrina kepadanya. Memuncung bibir Airin

mendengar bebelan uminya. Biarlah kak Fiqa rajin buat kerja rumah. Umi ni pun….

“Hah! Nak melawanlah tu! Umi ikat nanti muncung tu, baru padan muka.” Tawa

mereka kedengaran. Semakin panjang muncung Airin.

“Anyway Fiqa, umi nak beritahu, yang hujung minggu ni, umi ada buat makan-

makan dengan bakal besan umi. Umi jemput keluarga bakal isteri abang Hafiz kamu tu

makan di sini. Iyalah, hujung minggu lepaskan majlis di rumah dia, jadi minggu ni buat

makan-makanlah. Lagipun, nak merapatkan hubungan Hafiz tu dengan tunang dia tu

bukan main susah! Asyik nak fikir kerja je. Ni sementara dia ada cuti panjang, umi nak

biar dia kenal-kenal keluarga kita sekali.”

“Orang mana tu umi? Macam mana umi boleh nak kenenkan dengan abang

Hafiz? Siapa nama dia?”

“Jangan beritahu umi! Biar jadi surprise.” Hafiz yang tiba-tiba muncul melarang

uminya.

“Ish abang ni! Biarlah Fiqa tahu. Bakal biras dia juga nanti.” Hariez yang

mengekori di belakang terus menuju ke sebelah Hafiqah. Terasa ingin memeluk tubuh

345

Page 346: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

itu, namun ditahankan sahaja takut ditempelak di hadapan ahli keluarganya yang lain. Dia

juga yang malu nanti!

“No, no. Biar kau orang berdua tahu sendiri nanti. Siapa suruh berdating dekat

Tioman waktu abang tunang? Padan muka!”

“Eh, kalau aku tak pergi Tioman bang, aku tak jumpa isteri aku ni balik tau! Tak

apalah aku tak kenal bakal kakak ipar aku tu. Janji aku dapat jumpa isteri aku ni balik.”

Tawa Hariez meletus. Terus kucupan manis hinggap di pipi Hafiqah. Terpana Hafiqah

seketika. Muka pula sudah memerah. Malu diperlakukan sebegitu rupa di hadapan

keluarga.

“Imah pun jemputlah datang sekali ye nanti. Kita kenal-kenal semua. Lagipun

saya pun dah lama tak jumpa dengan Imah.” Ajak Puan Hazrina.

“Kami tak boleh datang lagi. Lagipun ni dah datang, kira dah jumpa lah. Tak

apalah. InsyaAllah, nanti kami berjumpa juga di majlis kahwinnya.” Dengan lembut

Halimah menolak. Supaya tidak terkecil hati besannya itu.

“Iyalah Auntie Rina. Lagipun mak dah rindu nak jumpa cucu dia Akif tu. Ni pun

sebab nak datang sini, mak pulangkan balik pada kak long. Balik nanti confirm terus

ambil.” Aimi tersengih. Dengan keluarga ini, dia mampu ceria kembali. Syukur, Allah

masih memberinya peluang untuk bertaubat. Masih memberinya peluang untuk

menikmati hidup ini dengan cara yang betul.

“Kalau macam tu, tak apalah. Nanti ada masa, kami pula yang ke sana. Dapatlah

berjalan-jalan sekali.”

“Ibu…” Aizul pula muncul dengan tangannya sudah menggosok-gosok mata.

346

Page 347: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Alalala… anak ibu ni dah nak tidur ye? Meh sini dekat ibu.” Didepakan tangan

dan menyambut tubuh Aizul ke dukungan. “Fiqa tidurkan Aizul dulu ye semua. Selamat

malam.”

Terus berlalu menuju ke bilik belakang. Ahli keluarga yang lain sudah

mempamerkan wajah pelik. Namun, masing-masing cepat memahami dan tidak mahu

memanjangkan cerita. Seorang demi seorang berlalu ke ruang tamu. Meninggalkan

Hariez yang masih tegak memandang bilik kecil yang sudah tertutup pintunya itu dengan

hati yang sebal.

*************************

PINTU kayu itu dibuka dengan perlahan. Sungguh berhati-hati gerak langkah Hafiqah

untuk masuk ke bilik itu. Tidak mahu Hariez tahu. Jika lelaki itu ada di dalam biliknya,

dia mahu cepat-cepat kembali semula ke tingkat bawah.

Alhamdulillah, tak ada. Lalu cepat-cepat Hafiqah menuju ke tepi almari kecil

yang diberikan Hariez dahulu kepadanya untuk mendapatkan bagasi pakaiannya. Konon-

konon marahkan Hariez, sampai terlupa untuk mengangkat pakaiannya dari kereta.

Kesudahannya, semua barangannya Hariez angkat dan letakkan di biliknya sendiri.

Tidak mahu bertembung dengan Hariez, dengan lincah tangannya mengangkat

bagasi yang besar itu. Aik, apasal ringan sangat ni?

Hafiqah tunduk. Dibuka zip bagasi dan tercengang. Kesemua barang di dalamnya

sudah tiada lagi. Dibuka pula almari pakaian itu, juga kosong.

347

Page 348: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Baju Fiqa dan Aizul abang dah masukkan dalam almari sana.” Suara Hariez

bergema hampir di telinganya. Entah daripada mana muncul, dan sangat memeranjatkan

Hafiqah. Terus diurut dada yang berdegup kencang.

Hariez tersengih. Dia berdiri di balkoni ketika Hafiqah masuk. Dia hanya

memerhati setiap tindakan Hafiqah di balik langsir yang menutupi cermin sliding balkoni.

Dan bergerak tapak demi tapak supaya Hafiqah tidak sedar kehadirannya di situ.

“Kenapa pandai-pandai alihkan? Saya boleh buat sendiri.” Memberanikan diri

untuk bersikap tegas di hadapan Hariez. Sedangkan hati sudah semakin tidak keruan

lebih-lebih lagi dengan keadaan Hariez yang semakin mendekati sehingga membuatkan

dirinya terperangkap ke sudut bilik.

“Baju isteri dan anak abang, abang tolonglah masukkan. Lagipun nanti kalau

abang tak kemas, senanglah Fiqa nak bawa beg tu keluar. Tak naklah abang!” Aduhai,

kenapa romantik sangat suara dia malam ni?

“Lain kali jangan susah-susahkan diri untuk saya. Saya ni cuma orang gaji je.

Takkan tu pun saya nak kena ingatkan encik!” Dalam getaran suaranya itu tetap

kedengaran tegas di telinga Hariez.

“Fiqa, Fiqa, kan abang dah cakap banyak kali. Fiqa isteri abang. Bukan orang

gaji. Dahulu abang memang silap besar sebab buat benda-benda buruk tu pada Fiqa.

Sekarang ni abang cuma minta satu je lagi peluang untuk abang buktikan yang abang

memang sayangkan Fiqa. Abang nak kita jadi macam keluarga bahagia yang lain. Abang

tak mahu Fiqa terus-terusan bersikap negatif pada abang macam ni. Tak boleh ke?”

Hariez merenung ke dalam anak mata Hafiqah.

348

Page 349: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Terpana Hafiqah dengan renungan mata itu. Menikan jauh ke dalam hatinya.

Serta merta sesak nafas dirasakan. Dengan degupan jantung yang sudah tidak tentu hala,

Hafiqah akhirnya meletakkan kedua-dua telapak tangannya ke dada Hariez.

“Encik Hariez yang cakap dulu-”

“Tolong jangan ulang lagi apa yang abang cakap dulu. Fiqa nak terus hidup dalam

masa silam ke? Fiqa tak nak rasa hidup bahagia dengan abang? Fiqa lebih suka terus

hidup marahkan abang daripada buka hati untuk terima abang supaya abang dapat

bahagiakan Fiqa dan Aizul? Macam tu?”

Terdiam Hafiqah dibuatnya. Apa yang diucapkan Hariez itu semuanya betul. Dia

juga mahukan bahagia. Tetapi, hatinya bagaikan beku untuk Hariez.

“Kalau Fiqa masih tak boleh terima abang sebagai suami Fiqa, tak apalah. Abang

cuma harap agar sekurang-kurangnya, Fiqa dapat terima abang sebagai seorang kawan

dalam rumah ni. Macam Fiqa bercakap dengan orang lain. Apa-apa yang Fiqa nak minta

pada abang, nak minta abang tolong, Fiqa beritahu je pada abang. Abang tak nak Fiqa

tidur dekat bilik belakang lagi. Fiqa tidurlah dalam bilik ni. Abang boleh tidur dalam bilik

abang Hafiz dulu. Nanti abang angkat Aizul naik atas.”

Dipegang kedua-dua belah tangan Hafiqah. Dikucup belakang telapak tangan itu

dengan lembut sambil mata menatap mata Hafiqah. Sekali lagi Hafiqah terkesima.

Membiarkan sahaja perlakuan Hariez, kerana dia bagaikan tiada daya saat ini untuk

melawan lelaki itu.

“Abang cintakan Fiqa.” Hafiqah pejam mata. Kucupan di dahi itu terasa begitu

indah untuknya.

349

Page 350: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

57

PAGI yang meriah itu membuatkan hati Hafiqah tertanya-tanya siapakah tunang abang

Hafiz yang sering disebut-sebut oleh ibu mertuanya itu. Namun, tidak seorang pun

daripada mereka yang terlepas kata menyebut nama tunangan abang Hafiz di

hadapannya. Memang bersungguh-sungguh mereka untuk memperkenalkan dia dan

Hariez kepada wanita itu.

“Sayang!” Lembut bisikan suara Hariez menerjah ke cuping telinganya. Tangan

yang turut sama melingkari pinggang rampingnya ditarik sedaya upaya. Rimas dengan

perlakuan manja lelaki ini. Hari itu bukan main kata kawan dahulu. Tetapi bila depan

orang, bukan main mengada-ngada ambil kesempatan dia!

Hariez pada mulanya semakin mengeratkan pelukan itu. Namun, apabila melihat

wajah Hafiqah yang semakin mencuka, perlahan-lahan dilepaskan. Tetapi, masih sempat

lagi mencuit sisa ikan di dalam sinki dan disapukan ke pipi Hafiqah. Apalagi, menjerit

marah Hafiqah dengan tindakan Hariez yang tidak dijangka itu.

“Wah, berani awak ye?” Hafiqah sudah bercekak pinggang. Seminggu tinggal

bersama lelaki ini menjadikan Hafiqah kadang kala tidak mampu mengawal amarahnya.

Dia kini sudah lebih mudah baran berbanding dahulu. Jauh berbeza dengan perangainya

selama ini.

Hariez tersengih. Amat pasti Hafiqah memang akan mencekiknya sampai mati

kalau dia berjaya menangkap dirinya. “Sabarlah sayang. Abang bergurau je.” Hariez

sudah menyorok di belakang Puan Hazrina. Kalau sembunyi di belakang Airin, terang-

terang sahaja Airin akan menolak dia ke dalam mulut harimau isterinya.

350

Page 351: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Bergurau?” Hafiqah sudah menyingsing lengan baju. “Kalau bergurau marilah

ke sini. Saya pun nak bergurau juga.” Sambil itu tangan sudah sedap menggumpal isi

perut ikan siakap yang disiang tadi.

Hariez sudah mula cuak. Apa pula yang dipegang Hafiqah di dalam

genggamannya itu? Apa yang hendak dibuatnya?

“Iye? Betul ke Fiqa nak bergurau ni?”

“Mestilah. Kan awak memang nak saya bergurau. Selalu awak kata saya ni serius

je kan? Meh sini sayang…” Senyumannya penuh dengan misi tersirat. Menjadikan

Hariez lebih seram sejuk. Hafiqah semakin menghampiri. Dan daripada telapak tangan

itu, mengalirkan cecair coklat melalui celahan jari.

“Sayang nak buat apa tu?” Setapak Hafiqah mara kepadanya, dua tapak dia

berundur.

“Aish, mari la sayang…” Begitu manja kedengaran suara itu. Dengan jari

telunjuknya menguit-nguit Hariez agar menghampiri. Hariez sedikit sebanyak terpesona

dengan kemanjaan itu, namun cepat-cepat dia berpaling, dan akhirnya berlari menuju ke

pintu dapur dan keluar ke belakang rumah.

Semua yang lain hanya tergelak gembira menyaksikan aksi kejar-mengejar antara

Hariez dan Hafiqah. Pada mereka, syukurlah hubungan itu sudah menampakkan cahaya

kebahagiaan dan kegembiraan.

“Janganlah macam ni sayang. Semua orang nak memasak tu. Kalau Fiqa kejar

abang macam ni, bila diorang nak mula masak?” Hariez mula mencari akal untuk

melepaskan diri daripada Hafiqah. Hafiqah bersungguh-sungguh mengejarnya sehingga

ke luar walaupun hanya berkaki ayam.

351

Page 352: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Hafiqah tidak main-main. Geram sungguh dia dengan Hariez. Berani-berani

sahaja dia menyapukan sisa siangan ikan ke pipinya. Sudahnya, habis meleleh cairan itu

menitis ke bajunya. Kalau tahu macam ni, memang dia tak mandi!

“Dahlah sayang. Abang dah penat nak lari ni. Sayang lepaskanlah abang ye?”

Kakinya tetap tidak mahu mengalah. Pantas sahaja menyusuri celahan pasu bunga di

taman itu. Dan Hafiqah masih setia mengekori.

“Aduh!” Hafiqah melompat sebelum dia terduduk di atas tanah. Hariez kaget.

Kenapa pulak tu?

“Fiqa kenapa?” Mata sudah mula melilau meneliti setiap inci tubuh isterinya

daripada jauh. Hendak mendekati takut sekadar penipuan semata-mata.

Tetapi, wajah Hafiqah yang begitu menahan sakit itu menjadikan kakinya

semakin menghampiri. Semakin lama semakin cepat. Tanpa sedar, dia sudah berlulut di

hadapan Hafiqah.

“Sakit ke?” Pergelangan kaki Hafiqah disentuh. Ditepis sekali oleh Hafiqah.

Tetapi ada sesuatu yang pelik dengan tepisan itu. Berair!

“Yah!” Habis dilumurkan segala isi perut ikan ke muka kacak Hariez. Biar dia

tahu betapa hanyirnya bau ikan itu. Rasa macam sudah berjaya membalas dendamnya

tadi. Hafiqah melepaskan tawa.

Hariez mencebik kegelian. “Mana aci main tipu macam ni! Abang beriya-iya

datang nak tolong Fiqa sebab ingatkan Fiqa betul-betul cedera.” Bau hanyir sudah

memenuhi rongga pernafasan Hariez. Nak kena mandi lagi la nampaknya ni!

Hafiqah ketawa. Puas hatinya dapat mengenakan Hariez. Ini baru sedikit.

Memang dia betul-betul sakit tadi. Kakinya terseliuh. Memang amat mudah kakinya

352

Page 353: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

terseliuh jika terlalu banyak berlari. Cuma ia tidaklah sesakit mana pun sehinggakan dia

tidak boleh mengenakan Hariez langsung. Hanya ideanya serta-merta datang untuk

memastikan Hariez segera datang kepadanya dalam keadaan sebegitu.

Walaupun begitu, kaki Hafiqah tetap terasa sakit. Hendak minta Hariez

membantunya, tidak mungkin sekali. Lelaki itu telah pun bangun dan beredar

meninggalkannya. Timbul pula rasa sebak di hati Hafiqah melihat susuk tubuh itu

meninggalkannya terkapai-kapai cuba untuk bangun sendiri.

Cepat-cepat ditepis harapan itu. Selama ini dia lebih daripada berani lagi.

Melahirkan anak sendirian tanpa seorang suami di sisi. Dengan perlahan, menggagahkan

kaki yang sedikit sakit itu untuk bangun. Tulah, yang pergi nak aniaya orang tu kenapa?

Ha, nak balas dendam sangat. Kan orang dah cakap, buat jahat mesti dapat balasannya.

Allah bayar cash lagi! Hafiqah membebelkan dirinya di dalam hati.

“Kaki akak tu kenapa?” Tegur Airin yang melihat Hafiqah berjalan terhencut-

hencut menuju ke pintu dapur.

“Orang jahat macam ni lah balasannya.” Dia sengih.

“Habis tu macam mana nak masak ni?” Puan Hazrina yang turut sama berdiri di

tepi pintu menyambut tubuh Hafiqah dan membantunya untuk duduk di kerusi.

“Tak apalah umi. Airin kan ada nak tolong masak? Fiqa tolong siang barang je la

kat meja. Hehe…” Saja dia mahu menyakat Airin.

“Wah! Akak ni memang pandai gila nak kenakan orang!” Airin tepuk tangan.

Kagum sungguh dengan cara Hafiqah. “Boleh je Airin masak! Tapi ada orang ke yang

berani nak makan tu nanti?” Tawa Airin meletus. Pernah juga dia belajar memasak

dengan Mak Teh dahulu semasa ketiadaan Hafiqah. Namun, satu pun tidak menjadi. Kali

353

Page 354: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

ini, Hafiqah mahu dia pula yang memasak? Alamatnya, tak makan tengaharilah tetamu

mereka hari ini!

“Boleh punya. Kan senang, kalau kena kes emergency macam ni, orang lain

semua tak boleh masak, Airin boleh masak. Dah boleh act sikit depan tunang abang Hafiz

yang Airin yang masak semua makanan hari ni!” Hafiqah cuba untuk menyemarakkan

semangat Airin. Airin pernah juga menolongnya untuk memasak sebelum ini. Cuma tidak

pernah dibiarkan seorang diri.

“Kenalah sediakan barang-barangnya dahulu. Barulah boleh memasak.”

Peringatan demi peringatan diberi sebelum Airin mula memasak.

“Hm, okay, mana nak mula ni? Apa nak buat first sekali ni? Nak sediakan apa?”

Begitu semangat sekali Airin. Dia gembira Hafiqah sudah pulang. Apa sahaja kata

dan nasihat Hafiqah akan didengarnya. Sayang sungguh dia kepada Hafiqah!

Puan Hazrina dan Mak Teh hanya memerhati arahan demi arahan diberikan

kepada Airin. Begitu tekun anak gadis itu melakukannya.

Tak sia-sia Fiqa balik, nak. Fiqa bawa balik dua anak umi dalam rumah ni. Fiqa

bawa bahagia pada kami semua. Terima kasih Fiqa!

*******************

ALISA tiba di Villa Kasih bersama mamanya Datin Emelda dan Dato’ Zahir. Berpakaian

baju kebaya pendek, menjadikan dia kelihatan lebih ayu. Rambut pendeknya separas

bahu itu hanya dibiarkan lepas tanpa sebarang pin.

354

Page 355: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Kedatangan mereka disambut oleh Puan Hazrina dan Tuan Rizan. Alisa sedikit

kecil hati. Walaupun Hafiz tunangannya, batang hidung lelaki itu langsung tidak

kelihatan. Sudahlah saban malam dia menunggu Hafiz menelefonnya. Kini, dia sudah

berada di Villa Kasih, malangnya, Hafiz langsung tidak memunculkan diri.

Puan Hazrina sedar dengan perubahan riak muka Alisa. Dia juga kecewa dengan

sikap Hafiz. Entah kenapa dengan anak yang seorang itu. Membantah tidak, tetapi suka

sangat buat hal sendiri.

Hafiz siang-siang sudah keluar bersama Hariez untuk bertemu dengan Irfan.

Sedangkan, dia bukan ada kaitan pun dengan urusan Hariez itu. Urusan kerja, mana

mungkin ada kaitan dengan Hafiz. Hafiz bukan bekerja di syarikat suaminya itu pun!

Sudah diingatkan berulang-kali agar tunggu sahaja di rumah. Kepada Hariez pun sama.

Tetapi, nama pun adik-beradik, sama sahaja perangai mereka berdua.

“Sekejap sahaja umi. Irfan nak bagi barang je. Dia baru balik daripada Tioman

dengan Fariez. Sebelum tunang abang Hafiz sampai kami dah ada dekat rumah semula.”

Itu janji Hariez. Namun, sampai sekarang, bayang mereka pun tidak menjengah lagi.

“I dengar, you punya menantu perempuan dah balik Rina. Mana dia? Nak juga I

jumpa dengan dia.” Datin Emelda sekadar bertanya. Sebenarnya dia memang kepingin

bermenantukan Hariez. Hariez lebih kacak dan lebih berkarisma berbanding Hafiz yang

kurang bersosial. Jadi tidak hairanlah, jika dia mahu melihat wanita yang berjaya

mendapatkan Hariez itu lebih dahulu daripada anaknya Alisa.

“Ada dekat dalam tu. Dia dan Airin tengah memasak tu. You datang awal sangat

ni. Almost done.” Tangan Datin Emelda ditarik. Alisa turut sama diajak masuk ke dalam.

Tuan Rizan pula sudah lama jalan beriringan dengan Dato’ Zahir ke Villa Kasih.

355

Page 356: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Tin, Tin!

Puan Hazrina berpaling. Kelihatan Lancer Hariez sedang masuk ke parkir.

Kenderaan itu diparkir dan Hariez dan Hafiz kemudian keluar dari perut Lancer sambil

tersengih-sengih. Kedua-duanya menghampiri Datin Emelda dan Puan Hazrina. Alisa

yang berdiri di sebelahnya memandang lelaki itu dengan perasaan yang berbelah bahagi.

Hendak senyum tetapi dalam masa yang sama masih ingin merajuk. Sampai hati Hafiz

tidak menjemputnya.

Hariez memandang Alisa yang berada di sebelah Datin Emelda. Wanita itu seperti

pernah dilihatnya. Namun, tidak dapat diingat di mana dan siapa dia. Beralih pandang

pula kepada Hafiz minta diperkenalkan. Malangnya, abangnya itu sekadar tersenyum dan

menjungkitkan bahu.

“Jom, sayang. Kita makan dulu.” Puan Hazrina menarik tangan Alisa apabila

melihat Hafiz bagaikan tidak endah sahaja dengan Alisa. Tidak mahu Alisa lebih berkecil

hati sehingga mahu memutuskan pertunangan mereka, sedangkan dia tahu, Hafiz

memang seorang yang kurang bersosial.

“It’s okay Auntie Rina. Lis pun memang tengah lapar ni.” Alisa juga turut

memaut lengan bakal ibu mertuanya itu. Dalam hati turut sama memuji kekacakan

Hariez. Sedikit rasa cemburu bertandang dalam hati apabila memikirkan siapalah wanita

bertuah yang berjaya merebut Hariez itu.

Duduk seketika di ruang tamu Villa Kasih membuatkan Alisa turut sama

mengagumi kekemasan dan reka hiasan dalamannya. Begitu cantik! Pandai Puan Hazrina

mendekorasi rumahnya sehingga ternampak ciri-ciri ala Inggeris lama di bahagian ruang

356

Page 357: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

tamunya itu. Perabot yang menghiasi ruang itu kebanyakannya adalah perabot import dan

kelihatan ringkas namun menarik hati.

“Hariez, pergi panggil isteri kamu tu. Biar si Airin yang tolong Mak Teh

hidangkan lauk. Umi nak kenalkan tunang abang Hafiz kamu ni sekali.” Arah Puan

Hazrina.

Serta merta Hariez menuju ke dapur. Hafiqah dilihat sedang duduk di kerusi

sedang Airin pula sibuk menyiapkan hidangan ke dalam bekas makanan.

“La… isteri abang ni bukan tolong pun! Daripada sayang tak buat kerja apa ni,

mari ikut abang ke depan. Umi nak kenalkan dengan tunang abang Hafiz.” Ditarik tangan

Hafiqah.

Hafiqah bangun perlahan-lahan dan dengan kaki yang sedikit terhencut-hencut,

dia mula bergerak ke ruang tamu. Pelik juga Hariez dengan pergerakan Hafiqh itu. “Kaki

Fiqa tu kenapa?”

“Tak ada apa. Terseliuh je.” Malas hendak melayan Hariez lagi. Gara-gara dia

kakinya terseliuh tadi. Ish!

“Boleh jalan tak ni?” Hariez masih cuba untuk mengambil berat. Kasihan pula

melihat Hafiqah cuba bergerak seperti biasa, dengan wajah menahan sakit.

“I’m okay. Biasa je ni. Sekejap je. Jangan risau.” So be it. Kata Hariez dalam hati.

Hariez tiba lebih awal daripada Hafiqah di ruang tamu. Hafiqah masih bergerak

perlahan-lahan.

Puan Hazrina dan yang lain semua berdiri. Saling salam-menyalami. “Hariez, ni

umi kenalkan, Auntie Mell. Yang ini anak mereka, tunang abang Hafiz, nama dia Alisa.”

357

Page 358: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Demi mendengarkan nama Alisa, Hafiqah yang baru tiba di meja makan

tersentap. Tidak bergerak ke hadapan mahupun ke belakang. Hariez yang menantikan

kehadiran Hafiqah menoleh ke belakang. Memandang Hafiqah masih tercegat jauh di

belakang. “Fiqa buat apa tu dekat sana?”

Alisa berpaling ke arah yang dimaksudkan Hariez. “Kau?!”

Semua yang berada di situ terkejut. Tidak percaya, kedua wanita itu saling

mengenali. Walhal masing-masing mempunyai latar belakang yang berbeza.

“Lis kenal Fiqa ke?” Tanya Puan Hazrina. Alisa mengangguk. “Dia kawan Lis.”

Hariez mendekati Hafiqah. Ada sebab kenapa Hafiqah kelihatan begitu terkejut

melihat Alisa. Jika mereka kawan, pasti mereka saling gembira apabila dapat bertemu.

“Fiqa…” Disentuh lembut bahu kecil itu.

Hafiqah angkat muka. Memandang ke dalam mata Hariez, dengan pandangan

sayu. Mengharap agar lelaki itu mengerti. Agar lelaki itu ingat kembali tanpa perlu dia

berkata apa-apa lagi.

“Kenapa sayang?” Digenggam jemari itu. Sejuk. “Mari, kita jumpa semua.”

“Tapi, dia Alisa.” Hariez melemparkan pandangan pelik. Memandang semula ke

arah Alisa. Apa yang tidak kena dengan Alisa?

Alisa sudah tidak senang duduk. Dia perlu melakukan sesuatu. “Fiqa, tak sangka

jumpa kau dekat sini. Lama kau tak cari kami.” Dan mendekati Hafiqah yang masih kaku

di sebelah Hariez. Mati dia kalau Hafiqah canangkan keburukan dia memfitnah Hafiqah

selama ini.

“Wait a minute. Now when I hear you speak, I rembember very well who you are.

Kau perempuan yang aku jumpa dekat Mid Valley dulu kan? Kau yang cakap isteri aku

358

Page 359: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

ni sanggup buat apa saja untuk duit kan??” Hariez terlebih dahulu menghentikan langkah

Alisa yang semakin menghampiri. Dia ingat kini siapa wanita itu. Wanita itulah puncanya

hubungan dia dan Hafiqah jadi seperti sekarang ini.

“Excuse me? Kau cakap apa ni?” Alisa senyum sinis. Pura-pura tidak mengerti

kata-kata Hariez.

“Betullah tu! Kau lah yang buruk-burukkan isteri aku ni hari tu. Jangan sebab kau

ingat kau dah potong rambut, orang dah tak kenal kau lagi. Tak perlu nak pura-pura. Kau

yang fitnah Hafiqah kan? Kau kawan dia yang sanggup tikam dari belakang kan?”

Selamba sahaja Hariez menghamburkan kata-kata marahnya itu. Tidak dipedulikan sama

ada Dato’ Zahir yang masih memandang, Datin Emelda yang sudah mencerlung mata

mahu membahamnya, waimma umi dan papanya sendiri yang tidak terkata apa kerana

terlalu terkejut dengan kenyataannya itu.

“Kau cakap apa ni Hariez? Apa masalah kau orang ni? Fiqa, tell us something,

will ya?” Hafiz cuba untuk memahami setiap butir pergaduhan mereka itu. Namun

Hafiqah diam seribu bahasa memandang ke wajahnya.

“Dah Fiqa. Tak perlu cakap-apa lagi pada mereka ni. Jom kita ambil Aizul, abang

bawa Fiqa balik rumah abang.” Ditarik tangan Hafiqah. Sepantas itu juga Hafiqah

merentap tangannya.

“Fiqa!”

“Antara kita takkan ada apa-apa. Kan saya dah cakap, saya memang tak mahu

kembali pada awak. Sekarang awak nampak apa yang dah jadi?” Menggeletar tubuhnya.

Marah, takut semuanya bercampur baur.

359

Page 360: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Aku tak tahu apa salah aku pada kau Lis. Sampai hati kau yang aku anggap

selama ni sebagai kawan baik aku, tidur sebantal, makan kadang-kadang pun aku

suapkan, sanggup buat aku macam tu. Kau lupa agaknya setiap perbuatan tu akan ada

balasannya.”

Hafiqah menahan amarah yang tersimpan. Inilah pertama kali setelah bertahun-

tahun tidak bertentang mata dengan Alisa. Mengumpul segala kekuatan yang ada

sebelum menyambung semula bicaranya. “Aku percayakan kau, aku sayangkan kau, aku

anggap kau macam sebahagian daripada aku. Kalau kerana kau cemburu sebab Haziq,

kenapa? Kenapa libatkan sekali adik aku? Kenapa aku? Kenapa?!” Masing-masing diam

tidak berkutik. Barulah Puan Hazrina sedar Alisa inilah punca permasalahan hidup

Hafiqah yang disebut-sebut oleh keluarga besannya dahulu. Cuma dia tidak tahu

namanya. Memandang ke wajah Datin Emelda dan Dato’ Zahir yang tampak tidak

berpuas hati dengan apa yang diterima mereka untuk makan tengahari pada hari ini.

“Aku.. Aku tak faham apa yang kau cakapkan ni.” Tergagap-gagap Alisa. Tidak

tahu apa alasan yang harus diberikan. Dia sebenarnya rindu dengan Hafiqah. Ingin

memeluk tubuh itu, tetapi apa yang telah terjadi antara mereka mematikan segala rencana

itu. Dia malu untuk bertemu dengan Hafiqah. Dia malu kalau tiba masa berdepan dengan

Hafiqah dan Aimi. Dia juga tidak mampu untuk memunculkan diri di hadapan keluarga

Haji Amir lagi.

“You know what Lis, aku nak ucapkan terima kasih yang teramat untuk semua

yang kau dah bagi pada aku selama ni. Sebab kau, aku berjaya dapat apa yang kau

nakkan. Apa yang kau mahukan untuk diri kau, semua aku yang dapat. Aku tak minta,

tapi kau yang bagi peluang tu pada aku. Aku dapat suami yang kaya, aku dapat suami

360

Page 361: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

yang kacak, aku ada anak yang comel. Apa lagi yang aku harapkan? It’s all thanks to

you. Walaupun semua tu tak semudah mana.” Dia kembali bertenang. Sudah mula

mendapat kekuatan diri semula.

“Eh, what is this Rina? Apa yang menantu you ni merapu?” Datin Emelda sudah

mula berang. Benci betul dia melihat Hafiqah dengan selambanya memerli anaknya di

hadapan keluarga bakal besannya ini.

“Sabar Mell. I pun tak tahu apa yang berlaku ni. Ni semua urusan budak-budak

ni.” Puan Hazrina cuba untuk menenangkan keadaan yang semakin keruh itu.

“Hariez, papa rasa better Hariez bawa Fiqa naik ke atas dulu. Kita bincang satu

demi satu. Mungkin ada masalah dalaman antara mereka berdua ni.” Tuan Rizan

akhirnya bersuara. Tidak tahu untuk menyebelahi pihak yang mana kerana dia sendiri

tidak tahu duduk perkara yang sebenar.

“No papa. Hariez rasa better Hariez bawa Fiqa balik ke rumah Hariez. Hariez tak

mahu dia terus-terusan rasa sakit hati di sini. Hariez tahu kenapa, jadi it is best kalau you

all semua proceed je dengan urusan makan tengahari ni tanpa kami sekeluarga.”

Pergelangan tangan Hafiqah kembali dipegang. Hafiqah menurut kata Hariez kali ini.

Lupa semua tentang orang lain. Hanya dia dan Alisa sahaja kini.

“Tunggu kejap Hariez. Abang nak tahu apa yang sebenarnya dah berlaku antara

Fiqa dan Alisa?” Hafiz pula yang menahan langkah Hariez di tangga. Tidak puas hati

selagi tidak memahami cerita sebenar antara mereka.

“Macam nilah, bang. Kau tunggu nanti aku ceritakan. Buat masa ni, apa yang

lebih penting, hati isteri aku dan anak aku. Jadi, if u can excuse us daripada isteri aku

361

Page 362: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

dimalukan lagi oleh keluarga bakal mertua kau tu. Thanks.” Tanpa menunggu Hafiz

berkata lebih lagi, Hariez terus berlalu.

“Mama, papa, I think we better go. We are not welcomed here.” Alisa akhirnya

bersuara. Tidak sanggup lagi berlama-lama di Villa Kasih. Tidak sanggup membiarkan

dia dihina seperti ini lagi. Juga tidak sanggup memalukan diri sendiri di hadapan keluarga

bakal mertuanya. Terutama sekali Hafiz yang kelihatan bersungguh-sungguh untuk

mengetahui hubungan antara dia dan Hafiqah.

“Betul tu sayang. Mama pun setuju. Dahlah Rina, I rasa I makan dekat luar je la.

Hilang pulak selera nak makan dekat rumah you tengahari ni. Maybe next time je la.”

Cepat-cepat dia mengambil tas tangan dan menarik sekali tangan suaminya. Alisa di sisi

hanya menurut.

Hafiz yang terpinga-pinga juga hanya memandang tanpa rasa untuk menahan

ataupun memujuk tunangnya itu. Perlukah aku untuk baik dengan dia? Layakkah dia?

Dikerling Hafiz sebelum melangkah masuk ke perut BMW milik papanya.

Untung Fiqa. Aku yang bodoh sebab aniaya dia. Hariez tu jauh lebih prihatin daripada

Hafiz ni. Kalau aku tak aniaya dia, mesti aku yang dah kahwin dengan Hariez tu.

Bodohnya aku!

362

Page 363: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

58

SEDANG Alisa dan keluarganya mula beredar dari Villa Kasih, Hariez pula membawa

Hafiqah masuk ke bilik mereka. Sejak tadi Hafiqah diam membisu seribu bahasa.

Hariez berdiri betul-betul di hadapan Hafiqah. Wanita itu hanya paras dadanya.

Begitu kecil dan comel sahaja susuk tubuhnya. Dan tanpa disangka-sangka tubuh sasanya

dipeluk. Hafiqah menghamburkan esakan halus, dan semakin lama tangisan itu semakin

meruntun hati lelaki Hariez.

Begitu kuat sekali cengkaman jemari Hafiqah di belakangnya. Begitu hebat sekali

luahan perasaannya. Hariez terpana. Hanya semakin mengemaskan pelukannya ke tubuh

kecil Hafiqah.

Dan Hafiqah tenggelam dalam dakapan Hariez. Terasa pentingnya kewujudan

lelaki itu di sisinya saat ini. Melampiaskan segala kesedihan dan keperitan yang

dirasakan dalam jiwanya. Dada bidang Hariez menjadi tempat untuknya meluahkan

segala tangisan yang selama ini hanya terpendam dalam hati.

“Kenapa Hariez? Kenapa? Kenapa semua orang nak aniaya saya macam ni? Apa

salah saya pada awak semua?” Hampir basah bahagian dada Hariez.

“Shhh… jangan macam ni sayang. Abang ada.” Diusap belakang kepala Hafiqah

perlahan.

“Bodoh sangat ke saya ni? Buruk sangat ke saya ni sampai semua orang benci

saya? Saya ni pun manusia biasa macam awak semua. Saya ada hati, ada perasaan. Saya

pun nak hidup bahagia macam awak semua. Walaupun saya tak kaya macam awak

363

Page 364: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

semua, tapi saya pun ada hak untuk hidup macam orang lain. Kenapa nak permainkan

saya macam ni sekali?”

Namun, semakin kuat dia menangis, semakin kuat cengkaman dan pelukannya

kepada Hariez. Tanpa sedar, dia meluahkan rasa bersyukur kerana memiliki Hariez untuk

meluahkan perasaan. Sudah terlalu lama perasaan ini terpendam dalam hatinya dan dia

sudah tidak mampu menanggungnya seorang diri lagi.

“Fiqa tak bodoh. Kami semua ni yang bodoh sebab tak dapat menilai kebaikan

hati Fiqa. Abang yang bodoh sebab terlalu mudah percayakan kata-kata orang berbanding

Fiqa yang abang jumpa setiap hari. Abang salah sayang. Abang tak sempurna.” Air

matanya turut mengalir. Betapa tebal rasa bersalahnya kerana menghukum Hafiqah tanpa

usul periksa. Tidak tahu kesan akibat perbuatannya itu menghancurlumatkan seluruh

kegembiraan yang pernah wujud dalam hati Hafiqah.

“Fiqa…” Namanya disebut begitu lembut. Selembut pegangan tangan Hariez di

bahunya. Perlahan matanya dibuka.

“Listen. What past is past. Yesterday is history. Tomorrow is mystery. But today,

we must treat it like treasure. Live happily like there is no tomorrow. Apa sahaja yang

mendatang, abang akan hadapi dengan Fiqa. Abang nak Fiqa yakin pada abang. Memang

abang buat silap besar dulu. Tapi, semuanya dah berubah. Abang yakin dengan perasaan

abang pada Fiqa. Abang nak jadi satu-satunya lelaki yang akan memberikan Fiqa

bahagia. Abang takkan benarkan orang lain sakiti Fiqa lagi. Termasuklah abang. Abang

cuma nak Fiqa letak abang dalam satu tempat di hati Fiqa. Yang mana, abang boleh

nampak setiap apa yang berlaku dalam hati Fiqa. Dalam hidup Fiqa. Satu tempat yang

mana abang boleh rasa semua kasih sayang Fiqa. Abang nak sentiasa jadi sebahagian dari

364

Page 365: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

hidup Fiqa. Abang nak jadi mata, hidung, mulut, telinga dan segala-galanya yang ada

pada Fiqa. Abang cuma nak Fiqa. Abang cintakan Fiqa.”

Apa yang ada di hadapannya bukan palsu. Renungan mata itu juga bukanlah

palsu. Inilah kali pertama dia berani bertentang mata dengan Hariez. Redup pandangan

mata itu begitu mendamaikan. Seolah-olah ianya menjanjikan syurga.

Ya, andai aku terus membenci suamiku sendiri, bagaimana akan ku nikmati

peluang untukku ke syurga? Terlalu banyak keterlanjuran yang kulakukan kepadanya

selama ini. Masihkah ada maaf untukku di hatinya? Dan dia, masih setia denganku.

Menunggu ku dan tidak henti-henti memujukku.

Layakkah aku untuk memilikinya? Terasa diri masih kerdil di hadapannya.

Namun masih terlalu banyak yang bermain di fikiran Hafiqah. Yang nyata masih ada saki

baki perasaan yang tidak terluah untuk lelaki itu. Perjalanan mereka masih jauh. Dia

masih perlu masa untuk benar-benar menerima kembali kehadiran Hariez dalam hidup

mereka.

Ketukan di pintu mengejutkan mereka berdua yang sedang leka dibuai perasaan

indah. Suara Aizul di balik pintu menyedarkan Hafiqah kewujudan anak itu dalam

hidupnya lebih penting daripada Hariez.

“Ibu!” Raungan Aizul yang tidak henti-henti menyebabkan Hafiqah tergesa-gesa

sehingga kakinya tersadung bucu pintu ketika membukanya. Bagai hendak tercabut

dirasakan jari kakinya kerana kulit yang putih bersih itu terkopek.

“Ergh!” Tubuh sudah tergolek di lantai, rasa ingin dicabut sahaja kaki daripada

tubuh. Sakit sehingga mencengkam ke seluruh jantung. Aizul yang melihat ibunya

365

Page 366: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

mengerang kesakitan sudah pucat tidak berdarah. Takut sungguh melihat ibunya dalam

keadaan seperti itu.

“Airin bawa Aizul pergi dekat papa dan umi. Biar abang jaga kak Fiqa.” Arah

Hariez. Tidak mahu Aizul pula yang meraung-raung sama dengan Hafiqah.

“Argh!!!” Hafiqah menjerit sakit. Ingin dilepaskan semua rasa sakit itu, namun ia

tetap terasa. Bisanya menyengat hingga ke ulu hati.

Hariez kelam kabut mencari peti kecemasan. Masa nak guna ni lah tak jumpa! Ni

yang aku bengang sangat!

“Siapa ada ambil first aid kit Hariez?” Menjerit dari tingkat atas.

“Fiqa bawa masuk bilik belakang. Cuci luka Mak Teh hari tu.” Dalam keadaan

yang menahan sakit itu, Hafiqah cuba untuk menahan Hariez daripada memarahi orang

yang tidak berkenaan.

Dan dengan seluruh kekuatan dan kepantasan yang ada, Hariez menuju ke bilik

belakang. Sebaik peti kecemasan itu ada di tangannya, Hariez berlari semula ke tingkat

atas mendapatkan Hafiqah. Airin dan Hafiz turut sama mengekori Hariez. Terkejut Hafiz

melihat jari Hafiqah yang dilumuri darah.

Berkedut seribu t-shirt yang dipakai Hariez dek dicengkam Hafiqah. Demi

membiarkan Hafiqah menahan sakit, Hariez membiarkan sahaja. Cengkaman yang

mengenai tubuhnya itu tidaklah sesakit luka yang sedang dirasai isterinya itu.

Hafiz turut sama membantu menyapukan iodine dan antiseptik. Peritnya, hanya

Allah yang tahu. Dibalut dengan plaster, dan kemudian dibalut dengan kain pembalut

kerana takut darah masih lagi mengalir keluar memandangkan besar luka itu.

366

Page 367: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Bengkak mata Hafiqah sedari tadi menahan tangis. Menangis kerana Alisa, dan

kemudian kerana kecuaian sendiri pula, terluka. Lalu, Hariez, mencempung tubuh kecil

itu dan diletakkan di atas katil.

“Dah, Fiqa rehat je hari ni. Jangan banyak-banyak gerak. Tadi dah terseliuh. Nanti

abang ambilkan lauk kita makan dekat atas je ye?” Malu pula Hafiqah dilayan sebegitu

dengan kehadiran abang Hafiz di antara mereka.

“Tak apa. Fiqa tak lapar lagi.” Tangan sibuk menyeka sisa air mata yang ada.

“La, tak lapar pun kenalah makan. Lagipun abang lapar. Nak makan sama dengan

Fiqa. Aizul biar je makan dengan umi. Adalah orang yang nak suapkan dia tu nanti.”

Sempat lagi dikerling abang Hafiz agar turut sama menyokongnya.

“Iyalah Fiqa. Perkara tadi tu lupakan je. Sakit tu biasa.” Kening Hafiqah sedikit

terangkat. Dia rujuk kepada perkara yang mana? Sakit hati ke sakit terluka?

“Mana-manalah. Haha..”

“Dah, dah, jom bang. Ikut Hariez pergi dapur. Kesian papa dan umi, mesti dia

tunggu kita dari tadi. Tak kisahlah bakal isteri abang tu ada ke tak, janji kita sekeluarga

makan dulu.” Dan Hafiz, yang langsung tidak terusik dengan adegan makan tengahari

tidak jadi bersama keluarga tunangnya ketawa kegembiraan dan bersama-sama Hariez

menuruni tingkat atas untuk bersama dengan ahli keluarganya yang lain menjamu juadah

yang telah dihidangkan Airin tadi.

367

Page 368: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

59

TERNGANGA Hafiz apabila mendengar cerita daripada Hariez. Mengakui bahawa ada

sesuatu tentang Hafiqah dan Alisa, namun tidak menyangka sejauh itu Alisa bertindak

demi sikap mementingkan dirinya.

“No wonderlah aku pun tak berapa nak berkenan dengan perangai dia tu. Entah

apa yang dia dan Auntie Mell dah hembus pada umi sampai umi beriya-iya nak jodohkan

aku dengan dia tu. Ish, tak mahu la aku macam ni!” Hafiz mengerutkan dahi. Tidak tahu

bagaimana cara untuk memutuskan hubungan yang sememangnya diri sendiri pun tidak

merelakan.

Hati Hariez berbunga. Inilah masanya untuk dia cucuk jarum. Bengang dengan

Alisa yang bertindak keterlaluan terhadap Hafiqah sehingga dia sendiri turut terlibat sama

menganiaya isterinya tanpa sedar. Sesuatu perlu dilakukan untuk membalas setiap apa

yang telah diterima Hafiqah agar dia sedar bahawa setiap manusia ada hati dan perasaan

yang perlu sama dijaga.

“Well, kalau nak cakap terus terang pada umi yang kau tak nak pada dia pun

susah juga. Lagi-lagi bila ini melibatkan Dato’ Zahir, papa Alisa. Nanti silap-silap dia

main politik kotor kenakan kita balik.” Hariez telan liur. Idea jahat serta-merta datang

mengetuk ruang minda.

Hafiz pula masih sedia menanti. “Kita kena buat sesuatu agar dia yang minta

untuk putuskan pertunangan tu, seolah-olah dia malu nak bertemu kita lagi sebab sedar

semua tu salah dia. Nanti, Dato’ Zahir pun mesti tak boleh buat apa-apa,kan? Kalau dia

nak buat pun, aku akan buat back up plan untuk cover semua possibilities yang akan

368

Page 369: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

muncul masa tu. Kalau kita direct sekarang, anytime dia boleh serang kita sebab aku

sendiri pun tak ready. So, kita kena buat berperingkat.”

Panjang lebar penjelasan Hariez kepadanya. Walaupun dia tidak dapat

menjangkakan apa yang berada di dalam kotak fikiran Hariez pada masa ini, Hafiz pasti,

mesti ada trick jahat yang berputar ligat di dalamnya. Kalau tak, masakan semua orang

boleh tertipu dengan hubungan antara dia dan Hafiqah selama ini.

“Well, aku tak kisah. Kalau kau dah ready, kau inform aku supaya aku boleh start

ambil tindakan. Lagi cepat lagi bagus. Nanti umi tak adalah nak harap apa-apa lagi

dengan aku.” Hafiz senyum. Dia sememangnya kurang arif tentang hati dan perasaan.

Dia lebih senang melakukan perkara sendiri, namun tidak untuk kes-kes seperti ini. Dia

juga bukan jenis yang suka berinteraksi dengan kaum wanita terutamanya. Sebab itu

sehingga kini, dia masih tidak mempunyai teman wanita walaupun ada ramai wanita yang

meminati dirinya semenjak dari zaman persekolahan lagi.

“Trust me. This is my specialty.” Hariez sengih dan ketawa mereka bersatu lagi.

******************

PAKAIAN yang tidak dipakai sudah bertebaran di atas katil. Tiada satu pun yang

menambat hatinya. Semuanya serba tidak kena pada pandangan mata.

Alisa menilik pakaian yang tersarung di tubuh pada cermin. Ada sesuatu yang

tidak cantik pada pakaian itu. Tetapi, entah. Tidak diketahui apa dia.

Semenjak dari siang tadi dia sibuk memilik pakaian yang sesuai untuk dipakai

malam ini. Hatinya gembira sekali. Inilah kali pertama Hafiz mengajaknya makan malam

369

Page 370: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

semenjak empat tahun perkenalan mereka. Hati begitu teruja sehingga dia menjadi terlalu

cerewet dengan pemakaiannya.

Walaupun begitu, rasa tidak enak tetap bertandang di dalam hati. Apakah

sebenarnya yang ingin diperkatakan Hafiz kepadanya? Adakah untuk memutuskan

hubungan mereka? Adakah mereka sudah tahu tentang keburukan dirinya? Alisa terus-

terusan bermonolog dan mengajukan soalan kepada dirinya sendiri.

Semenjak kehilangan Hafiqah dari hidupnya, Alisa merasakan hidupnya terlalu

kosong. Dia tidak punya adik beradik. Dia juga tidak punya sahabat lain sebaik Hafiqah.

Terlalu menyesali perbuatan yang dilakukan sehingga menyebabkan dia sedar betapa

perlunya ada Hafiqah dalam hidup. Betapa besarnya pengaruh Hafiqah dalam hidup.

Bertahun-tahun dia merindui kehadiran semula Hafiqah. Apabila bertemu, ia hanya jadi

satu ilusi, menyedari tidak mungkin semudah itu untuk Hafiqah memaafkan dirinya yang

terlalu busuk hati. Sanggup menganiaya insan yang paling banyak menerangi hidupnya

selama ini.

Alisa menyandarkan dirinya ke katil. Terpandangkan sepasang blaus biru turqois

miliknya yang pernah dihadiahkan Hafiqah kepadanya semasa mereka mula-mula bekerja

di Mersing dahulu. Disarungkan blaus itu ke tubuh. Muat lagi!

Lalu dipasangkan pula dengan seluar jeans putih. Diri kelihatan elegan dan cantik.

Kagum dengan penampilan diri dan Alisa terus mempersiapkan diri dengan make-up

sesimple mungkin kerana sudah hampir terlewat untuk ke tempat temu janjinya. Tas

tangan dicapai bersama kunci kereta Vios. Kereta itu dipandu laju menuju ke destinasi.

Lebih kurang setengah jam perjalanan, akhirnya Alisa tiba di Restoran Kenny

Rogers yang dijanjikan. Berjalan memasuki restoran itu dengan hati yang berdebar-debar.

370

Page 371: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Masih lagi tertanya-tanya akan tanggapan Hafiz kepadanya; tentang peristiwa yang

berlaku antara dia dan Hafiqah di Villa Kasih tempoh hari.

Dari jauh, dia sudah dapat melihat Hafiz duduk di seat yang agak terlindung

sambil memerhatikan dirinya menghampiri. Senyuman yang dihadiahkan Hafiz sedikit

sebanyak meringankan resah yang ditanggung.

“Abang dah lama sampai?” Membahasakan diri Lis dan memanggil Hafiz dengan

panggilan abang, lebih kepada menghormati jarak usia antara mereka.

Hafiz senyum. “Lis bawa kereta seorang je ke?” Alisa mengangguk. Seorang

pelayan datang untuk mengambil pesanan mereka.

Selesai dengan pesanan, mereka kembali kepada perbualan. Namun, ternyata

masing-masing kelihatan kekok. Lagipun, inilah kali pertama mereka berduaan. Dan ia

juga pengalaman pertama kali Hafiz keluar berdating dengan perempuan. Cuma ia,

bukanlah berduaan yang sebenarnya.

“Assalamualaikum. Hi.” Alisa terkedu. Macam mana boleh dia tiba-tiba muncul

pulak ni?

“Er.. Waalaikumussalam. Ingatkan abang seorang tadi.” Lalu wajah Hafiz

dipandang semula meminta penjelasan. Hariez mengambil tempat duduk di sebelah Hafiz

dan Alisa duduk bertentangan dengan Hafiz.

“Tak. Abang memang ajak Hariez sekali. Ada benda yang nak dibincangkan.

Since abang rasa, macam abang seorang je yang masih blur-blur dengan apa yang berlaku

hari tu.” Jantung Alisa berdegup semakin kencang. How can I not know this!!!!!!!

“Yeah Alisa. Why don’t you tell us your story?” Senang cerita. Tak payah nak

belit-belit buang masa. Dah dia depan mata. Terjah ajelah!

371

Page 372: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Geram sungguh Alisa melihat muka Hariez yang kerek itu. Kalau adiknya, mesti

sudah dilempang-lempangnya.

“Look, abang panggil Lis ke sini sebenarnya untuk apa?” Dia benar-benar

perlukan penjelasan Hafiz. Atau dalam erti kata sebenarnya, dia sendiri tidak mampu

untuk memberikan penjelasan yang diminta Hafiz tadi.

“Are you deaf? Have you been listening? Like he said just now, you owe him an

explanation, Mem!” Sinis senyuman di wajah Hariez, menambah rasa sakit hati Alisa.

“I’m not talking to you. This, is between he and me. So, can you please shut up?”

Alisa sudah semakin berang. Panas hatinya setiap kali Hariez bersuara.

“Hariez, please. Let her.” Kasihan pula Hafiz melihat Hariez menghentam Alisa.

Walaupun dia juga bengang dengan cerita Hariez dulu. Cuma, dia masih perlu mendengar

penjelasan daripada Alisa sepenuhnya sebelum betul-betul membuat pilihan.

“So, dear, please continue. I’m still waiting for an answer.” Lembut tetapi tegas

kata-kata Hafiz.

“Itu cerita lama. Tak perlu nak ungkit.” Sungguh, dia memang mahu lupakan.

“Pada abang perlu sebab hal ni melibatkan ahli keluarga abang. Hafiqah adik

abang, Hariez pun adik abang, jadi abang nak tahu sebelum abang kahwin dengan Lis,

apa sebenarnya yang terjadi antara kamu berdua?”

“Kami kawan baik. Satu masa dulu.”

“Sekarang?”

“I don’t know. Kalau dia masih mahu Lis jadi kawan dia, Lis akan jadi kawan

dia.”

372

Page 373: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Hah! Mana ada orang yang masih sanggup nak terima nak orang yang sanggup

tikam dia daripada belakang, jadi kawan dia lagi?” Tempelak Hariez. Malu sungguh

dirasakan Alisa saat ini. Mujur tidak ramai orang di situ dan kedudukan mereka juga

sedikit tersorok daripada pelanggan lain.

“Kenapa kau sanggup buat dia macam tu ye Lis?” Intonasi Hariez kali ini sudah

berubah lembut. Menatap wajah Alisa. Sedang Alisa sudah menundukkan kepala

menghadap meja. Terasa bagaikan ingin menangis saat ini.

“Lis minta maaf abang. Lis salah. Buat semua benda tu pada Fiqa. Tapi, Lis dah

berubah. Lis tak nak lagi ulang perkara lama.”

“Kenapalah Lis kejam sangat buat perkara macam tu dulu? Tergamak sungguh

Lis buat macam tu. Lis tak terfikir ke kesan dia pada Fiqa? Apa yang Lis harapkan?”

Hafiz sudah tidak sanggup menahan kecewanya lagi. Sedikit sebanyak kata-kata Alisa itu

menunjukkan bahawa dia mengakui memang dia yang bertanggungjawab.

“Lis minta maaf. Lis tak sanggup lagi nak berdepan dengan abang. Nanti Lis

minta mama putuskan hubungan kita. Lis malu pada abang. Pada Fiqa, Lis memang harap

dia maafkan Lis.”

Selesai mengucapkan kata-kata itu, Alisa bangkit dan terus berlari keluar daripada

Kenny Rogers.

Hariez senyum puas. Puas hati dapat membalas dendamnya kepada Alisa. Namun

itu masih tidak cukup lagi. Tidak sekejam apa yang telah dibuat kepada Hafiqah.

Hafiz memandang Hariez berulang kali. Akhirnya dia berjaya membuatkan Alisa

memutuskan hubungan mereka. Tetapi, ada yang kurang. Dia kasihan pada Alisa dan rasa

bersalah. lebih-lebih lagi pasti dia malu untuk berdepan dengan seluruh ahli keluarga

373

Page 374: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

mereka selepas ini. Namun, apabila memikirkan apa yang telah dilakukan sebelum ini,

memang wanita itu layak untuk menerima semua ini.

374

Page 375: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

60

SETIBANYA di Teratak Cahaya, Alisa terus berlari menuju ke biliknya. Langsung tidak

mempedulikan Datin Emelda dan Dato’ Zahir yang sedang duduk beristirehat di ruang

tamu.

Dato’ Zahir dan Datin Emelda saling berpandangan. Entah siapa pula yang

sanggup mengguris hati anak kesayangan mereka kali ini. Memang akan dimusnahkan

masa depannya nanti.

Semenjak dari peristiwa di Villa Kasih tempoh hari, Alisa bagaikan tidak

bersemangat. Sentiasa mengasingkan diri di dalam biliknya. Tidak pergi bekerja dan

hanya mendiamkan diri apabila ditanya. Sepatah ditanya, sepatah jugalah jawapannya.

“Lis sayang, buka pintu ni.” Pintu itu dibuka. Berdiri di hadapannya adalah Alisa

dengan mata yang masih berair dan sembap. Tubuh mamanya dipeluk kuat dan

melepaskan perasaan yang terpendam.

“Shh… Kenapa ni sayang? Siapa yang buat anak mama ni menangis?” Dibawa

tubuh Alisa duduk ke katil. Air mata anak daranya itu masih lagi deras mengalir.

Sehingga tersedu-sedu.

“Mama, Lis tak nak kahwin dengan Hafiz. Lis nak putuskan pertunangan kami.”

Sungguh dia malu dengan apa yang dilaluinya malam ini. Sampai hati sungguh Hafiz

memalukan dia di hadapan Hariez seperti itu.

“Eh, kenapa ni? Kan Lis suka Hafiz. Hafiz ada buat apa-apa pada anak mama ni

ke?” Dielus rambut halus Alisa dengan tangannya. Entah apalah yang telah terjadi

sehingga Alisa sanggup untuk meminta pertunangannya dengan Hafiz diputuskan.

375

Page 376: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Lis malu mama! Lis malu pada keluarga Auntie Rina! Mesti mereka fikir yang

perangai Lis ni memang teruk! Lis tak sanggup nak berdepan dengan abang Hafiz lagi!

Lis malu!” Semakin kuat esakannya. Dan semakin kuat dia memeluk Datin Emelda.

“Apa yang Lis dah buat sampai Lis nak kena malu dengan mereka? Lis bagitahu

pada mama biar mama faham. Mama tak percaya anak mama ni teruk! Anak mama ni

kan baik, pandai, ayu. Mesti mereka ada buat apa-apa sampai Lis cakap macam ni. Tell

me, sayang. Jangan buat mama risau macam ni.” Risau pula dia melihat Alisa meraung

sebegitu. Dia juga tidak memahami perkara sebenar, tetapi, dia tetap percaya dengan

kebaikan satu-satunya anak perempuan mereka.

“Lis memang jahat mama! Lis pentingkan diri sendiri! Sebab tu, sampai sekarang

Lis tak ada kawan langsung. Semua orang tak nak kawan dengan Lis sebab perangai Lis

ni teruk!” Sebak sungguh hatinya melihat Alisa begini. Hati ibu mana yang tidak

tersentuh apabila melihat kesengsaraan hati anak mereka.

“Mama tak percaya. Lis tak pernah pun pergi clubbing ke apa. Lis pergi balik

kerja saja tiap-tiap hari. Hujung minggu pun cuma keluar dengan mama je, tu pun

kadang-kadang. Apa yang pentingkan dirinya? Orang tak nak berkawan dengan kita,

bukan salah kita. Mereka yang tak pandai menilai diri mereka sendiri. Bukan kita yang

tak setaraf dengan mereka, mereka yang tak sama taraf dengan kita.”

“Mama, Fiqa tu kawan Lis. Satu-satunya kawan Lis. Itu pun mama tak kenal. Dia

yang ada dalam gambar ni. Mama tengok ni.” Dihulurkan bingkai gambar yang

mempamerkan wajah mereka berdua. Gambar itu diambil semasa mereka belajar di

universiti dahulu. Itulah tandanya dia tidak pernah melupakan Hafiqah dan sentiasa

menyesali apa yang telah dilakukan kepadanya selama ini.

376

Page 377: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Ya, wajah yang sama. Cuma berbeza pada kematangan wajahnya sahaja. Alisa

juga sudah berbeza. Tidak pernah dia bersikap begini. Prihatin pada orang lain.

“Mama tak rasa dia layak untuk berkawan dengan Lis. Biarkanlah dia Lis kalau

dia tak nak kawan dengan Lis lagi. Lis masih lagi ada mama, ada papa. Kami berdua

sayangkan Lis. Lis satu-satunya anak mama dan papa.” Dikucup dahi Alisa dan

dipeluknya erat.

Alisa bangkit. “Mama tak faham apa-apa. Mama tahu tak betapa sunyinya hidup

Alisa selama ni? Kenapa Lis sanggup merantau jauh ke Johor dulu? Sebab Lis ada Fiqa.

Tapi, sebab Lis pentingkan diri, Lis sanggup aniaya dia.”

Alisa berhenti. Menyeka air mata. “Lis tak pernah pun fikirkan sama ada dia

layak ataupun tidak jadi kawan Lis. Sebab bukan dia yang tak layak jadi kawan Lis, tapi

Lis ni yang tak layak. Walaupun dia tak sekaya kita, tapi dia tak pernah abaikan Lis. Dia

percaya yang Lis tak macam yang orang lain cakap. Dia tahu, Lis ni baik. Dia orang yang

sentiasa anggap yang terbaik tentang Lis.”

Sendunya sudah tidak tertahan lagi. “Mama, demi Lis, tolonglah, Lis nak

putuskan pertunangan ni.”

Keputusan ini sudah muktamad. Walaupun hati terlalu kecewa dengan apa yang

diterima pada malam ini, dia masih mahu menunjukkan yang dia juga ada maruah untuk

dijaga. Dia perempuan. Nama baik papa dan mama harus dijaga. Biarlah, dia rela

melepaskan Hafiz. Lagipun, dia sedar kedudukan dirinya di dalam hatinya Hafiz yang

terlalu samar.

Abang, terima kasih sebab sedarkan Lis…

377

Page 378: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

*********

“HAFIZ ni dah kenapa? Apa yang Hafiz dah buat pada Lis? Cakap pada umi Fiz!” Umi

sudah terpekik di ruang tamu. Abang Hafiz dilihatnya suram menundukkan wajah

menekur ke lantai. Sedang suaminya pula diam tidak berkata apa, tidak berani melawan

amarah umi yang sedang menggunung tinggi.

“Sabar Rina. Sabar. Bawak mengucap. Kalau awak berkeras macam ni, macam

mana dia nak cakap?” Tuan Rizan cuba meredakan kemarahan isterinya. Dia juga kalau

boleh tidak mahu masuk campur urusan antara Hafiz dan Alisa. Tetapi, hal ini melibatkan

air muka dia apabila berhadapan dengan Dato’ Zahir nanti.

“Macam manalah saya tak marah bang. Tak ada angin melintang, tiba-tiba aje si

Alisa tu nak putuskan pertunangan mereka! Mana saya nak letak muka bila jumpa si Mell

tu?!” Masih lagi bercekak pinggang. Mujur dia tidak punya sakit darah tinggi. Kalau

tidak, mesti sudah masuk ke hospital diserang strok!

“Umi tak faham betul dengan Hafiz ni. Hafiz dengan Hariez pergi mana tadi? Ha?

Cakap!” Suara Puan Hazrina semakin meninggi.

Barulah Hafiqah faham apa yang telah berlaku. Alisa minta putuskan

pertunangan? Kerana diakah? Atau kerana Hafiz?

Ah, kacau! Hafiqah tidak pernah terfikir kehadirannya akan mengganggu

hubungan antara abang Hafiz dan Alisa. Dia tidak mahu menjadi penyebab berakhirnya

hubungan mereka. Apa yang terjadi antara dia dan Alisa, itu cuma perlu berlaku antara

mereka. Tidak perlu melibatkan abang Hafiz sekali.

378

Page 379: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Dalam diam, dia yang duduk di tangga teratas, menyelinap masuk ke bilik Airin.

Sesuatu perlu dilakukan untuk menjernihkan kembali keadaan. Dia tidak tega hubungan

keluarga ini jadi porak peranda gara-gara dia muncul semula. Kalau tahu jadi macam ni,

memang aku tak nak duduk sini lagi!

“Airin boleh tolong akak?”

Airin yang sedang menelaah buku berpaling. Dia yang balik ke Villa Kasih pada

setiap hujung minggu langsung tidak menyedari kehadiran Hafiqah. “Tolong apa?”

Diperlahankan volume radio yang terpasang.

Dalam nada berbisik, Hafiqah bertanya, “Airin ada nombor telefon Alisa? Boleh

bagi akak?”

“Oh, ada. Tapi, akak nak buat apa?” Pelik juga dia. Bukankah hari itu Hafiqah

begitu marah sekali dengan Alisa? Apa perlunya nombor telefon itu kepadanya? Namun,

mujur dia pernah menerima mesej raya daripada Alisa. Setiap tahun dia akan menerima

mesej daripada Alisa. Dari mana dia mendapat nombor telefon Airin, sudah pasti

daripada umi!

“Eh, adalah! Bagi je, nanti dah sudah, baru akak beritahu.” Cuba buat muka cute

sehingga Airin turut sama tergelak.

“Sudah, sudahlah tu! Nak perasan muda lagi. Tak sesuai okey?!” Alisa surrender.

Kadang-kadang dia sendiri tidak menyangka Hafiqah juga seorang yang ada sense of

humor. Dia ingatkan Hafiqah seorang yang pendiam dan serius. Tetapi, itulah

keistimewaan Hafiqah. Dia boleh membuatkan orang suka dengannya tanpa sedar.

Nombor telefon Alisa kini sudah berada di tangan Hafiqah. Yang pasti, Hafiqah

sendiri tidak tahu apa yang harus dilakukannya. Masih lagi di dalam dilema sama ada

379

Page 380: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

harus terus menelefon, mesej, atau biarkan sahaja. Perlukah dia yang mencari Alisa? Dan,

kenapa dia harus masuk campur dalam urusan mereka?

Aish, ni semua kerja gila la Fiqa!

380

Page 381: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

61

“SAYA nak minta izin keluar tengahari ni. Jumpa kawan.” Itu kata-kata Hafiqah pagi

tadi semasa bersarapan pagi. Dan kini, dia sedang mengekori teksi yang dinaiki isterinya

ke destinasi tujuan.

Rasa ingin tahu yang menebal memaksa Hariez untuk mengekori Hafiqah hari ini.

Tambahan pula Hafiqah begitu keberatan sekali untuk memberitahunya dengan siapa dia

ingin bertemu. Namun, kebenaran tetap jua diberikan kepadanya.

Mengekori Hafiqah menggunakan kereta Myvi miik Irfan ternyata memberi

kelebihan kepadanya. Hafiqah langsung tidak meyedari bahawa dirinya diekori sepanjang

perjalanan. Dipaksa Irfan menghantar kereta itu ke rumahnya dalam diam dan

diparkirkan jauh dari Villa Kasih. Berpura-pura keluar untuk bertemu dengan rakan lain,

sedangkan diri menunggu Hafiqah keluar daripada jauh.

Teksi itu berhenti di Bangunan Mid Valley. Dari situ dia akan berjalan sendiri

mencari lokasi Hafiqah. Cermin mata, topi dan sedikit jambang dikenakan untuk

penyamaran supaya Hafiqah tidak perasan dia berada dekat. Lebih-lebih lagi untuk

mencari Hafiqah secara bebas di bangunan yang sentiasa penuh dengan orang ini

bukanlah sesuatu perkara yang mudah.

Selesai memarkirkan kenderaan, Hariez berjalan laju untuk pergi ke tempat

Hafiqah turun daripada teksi. Kemudian dari situ dia mula mencari Hafiqah. Doanya agar

Hafiqah tidak pergi terlalu jauh. Jangan juga dia masuk ke panggung wayang.

Syukur, Alhamdulillah, di kejauhan dapat melihat Hafiqah sedang beratur di

hadapan mesin ATM. Berdiri jauh, leka memerhatikan setiap perlakuan Hafiqah. Dalam

381

Page 382: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

masa yang sama, dia juga dapat melihat ada beberapa lelaki muda yang berdiri di

hadapan Hafiqah cuba mengorat isterinya itu. Cuba-cuba berborak, namun Hafiqah buat

selamba seolah-olah tidak menyedari kewujudan lelaki-lelaki di hadapannya itu. Ingin

sahaja Hariez berdiri di hadapan mereka dan mengatakan bahawa itu isterinya dengan

gaya yang macho supaya mereka sedar wanita cantik itu sudah bersuami!

Namun, ditahankan sahaja supaya tidak menggagalkan misi yang sedang

dijalankan. Akhirnya, selesai mengeluarkan wang, Hafiqah menuju ke Chicken Rice

Shop. Sedang Hafiqah leka memilih menu, Hariez pula masuk dan duduk di sudut yang

agak terlindung. Turut sabar menanti teman Hafiqah tiba.

********************

Jumpa aku di CRS, Mid Val. 11 pagi. Aku Hafiqah. Kita settle.

Debar semalam masih tidak berakhir, Hafiqah pula secara tiba-tiba menghantar

mesej kepadanya untuk bertemu. Apakah makna semua ini? Alisa bingung. Masih

menimbangkan sama ada patut atau tidak dia pergi bertemu dengan Hafiqah. Masih lagi

di tempat mereka selalu membuang masa sewaktu di universiti dahulu.

Hendak membalas SMS itu, Alisa tidak berani. Tetapi sampai bila dia harus

menyembunyikan diri daripada Hafiqah seperti sekarang ini. Dahulu dia yang

memulakan semua. Bukankah dia juga sepatutnya jadi orang yang sama untuk

mengakhiri semua ini?

Dan keputusan yang dibuat telah membawa dirinya ke sini. Hampir tiba di

destinasi yang dimaksudkan. Dari luar, dia dapat melihat Hafiqah sedang leka menilik

382

Page 383: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

menu di tangan. Alisa menghampiri dengan langkah yang tenang, walaupun hati sedang

bergelora dihambat resah.

“Assalamualaikum.” Hafiqah mendongakkan kepala. Dada berdebar, dan bibir

bagaikan kaku untuk menawarkan sebuah senyuman kepada Alisa.

“Waalaikumussalam. Duduklah.” Salam itu masih bersahut dan sebagai orang

yang mengajak Alisa untuk bertemu, dia perlu mengekalkan budi bahasanya.

“Order?” Dipanggil pelayan untuk mengambil pesanan.

Sedang Alisa, hanya mengangguk. Tidak pasti apa pula rencana Hafiqah untuk

bertemu dengannya hari ini. Sudah terlalu lama tidak bertemu, dia langsung tidak dapat

membaca apa yang berada di dalam hati dan minda wanita yang pernah menjadi

temannya itu.

“Well Lis, dengar cerita kau nak putuskan pertunangan dengan abang Hafiz. Betul

ke?”

Itu bunga-bunga. Tapi sudah cukup menggetarkan hati Alisa. Kenapa Hafiqah

perlu mengungkit cerita itu? “Kenapa? Kau suka?”

“Hm… Kenapa kau masih kekal pesimis terhadap aku? Kau memang tak pernah

sukakan aku ke Lis?”

Pertemuan kali ini, Hafiqah sudah tekad. Dia ingin mencungkil apa yang ada di

dalam hati Alisa sebenarnya. Tidak mahu terus-terusan berdendam, sedangkan dia sendiri

dihimpit kekesalan yang tidak bertepi.

“No.. I mean, kenapa kau sebut tentang hal aku dan abang Hafiz? Apa yang kau

nak sebenarnya? Sepatutnya kau happy kan sebab aku lepaskan abang Hafiz?” Ingin

menebak hati Hafiqah, tetapi riak wajah itu seperti kebiasaannya hanya tenang.

383

Page 384: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Antara kau dan abang Hafiz, aku tak mahu masuk campur. Kalau kau nak

kahwin dengan dia ataupun tidak, pilihan tu terserah pada kau sendiri. Kalau kau saling

suka-menyukai, kenapa perlu korbankan perasaan kau kerana aku wujud kembali? Apa

sebenarnya yang kau rasa bila aku masih lagi ada dalam hidup kau Lis?”

Alisa diam. Dirinya terlalu banyak bersalah. Bersalah kepada Hafiqah, kepada

keluarganya dan keluarga abang Hafiz. Sebab itu dia telah memikirkan dalam-dalam

tentang keputusannya itu. Dia malu berhadapan dengan mereka lagi. Dia harus tinggalkan

semua dalam hidup ini. Mulakan semula kehidupan baru.

“Aku bersalah pada kau Fiqa.” Ada getar dalam suaranya. Digigit bibir. Cuba

menahan air mata yang sudah bertakung di birai mata. Hafiqah diam. Menanti kata-kata

seterusnya.

“Aku memang cemburu dengan kau. Kau ceria, happy, semua orang suka. Semua

orang sayang. Haziq suka kau, kak Mira suka kau, semua orang suka. Tapi aku, tak ada

orang pandang pun. Daripada di Universiti lagi kau dah ramai peminat. Tapi, aku cuma

jadi orang tengah untuk mereka luahkan perasaan je. Sedangkan, aku, suka sangat pada

Haziq. Aku cemburu sangat Fiqa!” Bergetar bibirnya.

“Tapi aku kan kawan kau Lis! Sampai hati kau buat aku macam tu. Kenapa

tergamak sangat kau aniayakan aku macam tu sekali? Kau tak pernah terfikir hubungan

kita selama bertahun-tahun dulu?” Sampai hati Alisa. Kerana cemburu sanggup

dikorbankan persahabatan mereka itu. Betapa kejamnya dia!

“Aku menyesal Fiqa! Kau tahu, lepas aku buang kau dari hidup aku, baru aku

sedar aku tak ada orang lain macam kau dalam hidup aku. Hidup aku terlalu kosong.

Betapa bodohnya aku sebab tak hargai kau selama ni. Dan aku tahu, takkan semudah tu

384

Page 385: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

untuk kau maafkan aku. Kan?” Air matanya terlalu murah saat ini. Hafiqahlah tempat dia

mengalirkan air mata dahulu. Dan kini, dia bagaikan terlalu selesa, menitiskan air mata

itu sekali lagi di hadapan Hafiqah.

“Sekarang baru kau tahu menyesal ke Lis? Mesti kau tak terfikirkan masa kau

jumpa aku di sini, kata-kata yang kau ucapkan dulu tu, dah musnahkan kegembiraan aku?

Maruah aku dilenyek-lenyek orang. Seolah-olah aku ni tak ada hati dan perasaan. Kau

punca Lis, kau orang yang aku paling percayai!” Dia cuba untuk kuat. Tidak mahu

menitiskan air mata di hadapan Alisa.

“Aku minta maaf Fiqa! Aku minta maaf. Aku rindukan kau Fiqa. Maafkan aku.

Aku nak kau balik jadi kawan aku. Aku menyesal sangat.” Digenggam tangan Hafiqah.

Kalau orang tengok, mesti boleh salah anggap ingatkan lesbian. Perh! Cepat-

cepat Hafiqah menarik tangannya. Alisa kaget. Pasti Hafiqah benci kepadanya, sehingga

untuk membiarkan tangannya disentuh pun dia tidak mahu.

“Lepas ni, aku tak akan kacau hidup kau lagi. Abang Hafiz pun dah memang tak

sukakan aku. Aku tahu dia cuma ikutkan cakap Auntie Rina je untuk kahwin dengan aku.

Jadi, aku rasa, aku tak patut buat dia dan kau sama-sama tak gembira sebab aku lagi.”

Kening Hafiqah berkerut. Abang Hafiz tak sukakan Alisa? Then kenapa bukan

abang Hafiz sendiri yang putuskan pertunangan tu?

“Meaning?”

“Dapat jumpa kau, face-to-face macam ni pun dah cukup baik untuk aku. Lagi-

lagi bila kau yang ajak. Walaupun kau tak maafkan aku, tapi sekurang-kurangnya aku

dapat luahkan apa yang aku rasa selama ni.” Alisa bangkit. Hafiqah kaget.

“Eh, kau nak pergi mana?”

385

Page 386: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“This may be the last day we see each other. Aku takkan berada di Malaysia lagi.

Kalau ada rezeki, kita jumpa lagi.” Salam dihulurkan. Disambut Hafiqah, walaupun

genggaman itu terlalu lama.

“Sebelum kau pergi, aku nak ucapkan terima kasih untuk semua peluang yang kau

beri pada aku. Kerana kau, aku berjaya dapat kehidupan yang tak pernah aku impikan.

Tanpa kau, tak mungkin aku akan dapat lahirkan seorang anak yang comel seperti

sekarang. Walaupun apa yang kau buat tu semuanya menyakitkan, tapi itu semua cuma

penyebab untuk aku nikmati hidup seperti apa yang aku ada sekarang. Aku maafkan kau

Lis.” Kepada Alisa, seraut senyuman diukirkan. “Kita kawan?”

Alisa mengangguk. Tenang kembali hati ini.

386

Page 387: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

62

GAMBAR yang terpapar di skrin computer ribanya ditatap. Mencari persamaan gambar

itu dengan tempat yang selama ini dicari-carinya. Nama tempat itu dicatatkan dan telefon

yang berada di atas meja dicapai, kemudian mendail nombor telefon seseorang.

“Hello, Fan, esok tolong aku, dapatkan nombor telefon travelling agency.”

“Bos nak ke mana?” Dengan suara yang serak-serak basah dia bertanya. Melihat

jam loceng di atas meja. Pukul 2 pagi? Tak tidur lagi orang tua ni?

“Adalah. Tapi oversea. Haha, jangan harap aku nak bawa kau!” Saja mengejek,

sedangkan, dia juga akan membawa Irfan. Sebagai hadiah. Lagipun, apa nak kisah. Dia

MD di syarikat ayahnya sendiri, tambahan pula jika dia dan Irfan tiada, mereka masih

boleh menyerahkan urusan rasmi kepada pejabat Tuan Rizan sendiri.

“Iyelah bos. Faham. Nak berbulan madu lah tu!” Sedih juga dia tak mahu dibawa

Hariez keluar negara. Teringin juga dia melawat negara orang. Huhu…

“Tak adalah. Aku bawa kau. Nanti kau tolong arrangekan trip aku ni.”

“Baik bos, tapi boleh tak kita bincang esok je bos? Dah tengah malam ni.

Mengantuk tu!” Huargh! Serta-merta Irfan menguap besar.

Hariez ketawa. Kerana terlampau excited dia terus menelefon Irfan tanpa

menyedari hari sudah lepas tengah malam. “Ha, okey, okey. Esok pagi-pagi, kau uruskan

hal ni.”

Irfan mengangguk walaupun tidak dapat dilihat oleh Hariez. Terus memutuskan

panggilan telefon tanpa mempedulikan sama ada Hariez sudah meletakkan telefon

ataupun belum.

387

Page 388: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Hariez senyum sumbing. Abang Hafiz yang sudah lama enak dibuai mimpi

dipandangnya sepintas lalu. Kuat betul dia berdengkur! Nasib aku lah nak offer diri tidur

dalam bilik dia ni..

Hariez sudah berkira-kira untuk membawa Hafiqah dan keluarganya untuk pergi

bercuti. Iyalah, kalau pergi berdua, siapa yang akan menjaga Aizul saat dia dan Hafiqah

mahu beromantika di tasik madu? Tawa kecil meletus, hampir mengejutkan Hafiz yang

kelenaan. Cepat-cepat Hariez menutup mulut, mengawal diri yang terlalu kegembiraan.

Sukar sungguh dia untuk lena malam ini. Beberapa hari lepas, dia mengekori

Hafiqah bertemu dengan Alisa. Sungguh dia tidak menyangka Hafiqah sanggup bertemu

muka dengan Alisa. Orang yang terlalu banyak membuat onar dkepada dirinya. Malahan

lebih daripada itu, sanggup pula memaafkan dirinya kembali dan mahu meneruskan

persahabatan mereka yang telah lama terlerai.

Hariez menongkat dagu. Memandang ke luar jendela, yang telah lama dibuka dan

membiarkan angin malam masuk dan terasa kesegarannya. Tidak dipedulikan Hafiz yang

kesejukan kerana tidak berselimut. Malahan, dibiarkan sahaja abang itu kegigilan.

Bukan Hariez tidak suka mereka berbaik. Hanya, dia tidak pernah terfikir Hafiqah

sebaik itu. Begitu mudah dia memaafkan orang yang pernah menyakiti hatinya. Namun,

yang Hariez pelik, kenapa dengan dirinya, Hafiqah masih lagi berkeras. Bukan dia tidak

berusaha untuk memujuk hati yang terluka itu. Sudah pelbagai cara dilakukan. Namun

ianya hanya semakin menambah kemarahan yang sudah sedia ada.

Fiqa, Fiqa, apa lagi cara yang abang ada untuk lembutkan hati Fiqa supaya

terima abang kembali?

388

Page 389: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Hariez berharap semoga apa yang ingin dilakukannya kali ini akan membawa

kejayaan dan membuahkan hasil. Semoga Hafiqah nampak ketulusan hatinya dan

membuka pintu hati yang sudah sekian lama tertutup untuknya.

************

TERKEBIL-kebil mata Hafiqah malam ini. Jam sudah hampir merangkak pagi, namun

tanda-tanda hendak tidur lena masih tidak muncul lagi. Aizul yang lena di sisi juga

langsung tidak berkalih tidur. Betapa tenangnya dia!

Sedang dia, tidak tahu apa yang berlaku dengan hatinya. Semenjak akhir-akhir ini,

dia mula mencari-cari siapa dirinya yang sebenar. Apakah yang dicari-cari dalam

hidupnya selama bertahun-tahun ini? Kegembiraan, kebahagiaan? Apakah ia sebenarnya?

Hafiqah jadi keliru.

Tit,tit! Telefon berbunyi tanda ada mesej baru yang masuk. Pantas jemari

menekan butang telefon. Hariez!

Semoga mimpi abang malam ni. – Hariez

Aik, tak tidur lagi dia? Terus diletakkan telefon itu ke sisi. Tidak mahu membalas

mesej yang dihantar.

Tit,tit! Satu lagi mesej masuk. Mesti dia lagi ni!

Ternyata betul tekaannya. Masih lagi nama Hariez yang tertera.

Abang nak ajak Fiqa pergi bercuti oversea. – Hariez

Segar terus mata Hafiqah. Apa ke pelik pak cik ni dah pagi-pagi ni nak ajak aku

bercuti pulak. Haish!

Blacklist! – Hafiqah

389

Page 390: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Kemudian Hafiqah mengetuk dahi. Kenapalah gatal tangan tu pergi balas mesej

Hariez?

Tak tidur lagi? Kenapa? Teringatkan abang? Apa yang blacklist? – Hariez

Tak boleh tidur. Blacklist PTPTN. – Hafiqah

Hariez yang menerima mesej daripada Hafiqah ketawa. PTPTN? Tak sangka

isterinya juga salah seorang peminjam PTPTN.

Banyak ke hutang? Tak dapat biasiswa? – Hariez

Adalah. Belas-belas ribu lagi nak bayar. Saya pun dah tak kerja lagi. Macam

mana nak bayar. – Hafiqah

Nak abang bayarkan? – Hariez

Tak apa. Nanti tak mampu bayar pada awak pulak! – Hafiqah

Kerja jaga makan pakai abang je. Jaga anak-anak, tiap-tiap bulan dapat gaji. –

Hariez

Tak nak. Serik. – Hafiqah

So, tak nak pergi oversea la ni? Tak apa. Nanti abang tanya Aizul. - Hariez

Kesudahannya, keputusan bergantung kepada Aizul juga. Dan tak mungkinlah

Aizul yang kini sudah mula rapat dengan Hariez tidak terpengaruh. Benci!

Kalau difikirkan, dia ingin juga pergi ke oversea, walaupun entah ke mana sahaja

yang dimaksudkan Hariez itu. Sesekali melawat ke negara orang dan menimba

pengalaman cara hidup orang luar juga satu peluang yang jarang sekali diperoleh.

Tetapi, dek kerana telah terlalu lama dia tidak membayar hutang PTPTN, dia

yakin namanya pasti sudah disenaraihitamkan oleh kerajaan untuk keluar negara. Haish,

apalah nasib!

390

Page 391: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

391

Page 392: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

63

SAMPUL surat berwarna coklat itu diserahkan kepada Hafiqah. Sengaja dia masuk ke

dalam bilik itu secara diam-diam setelah memastikan Aizul tiada dan telah dipastikan

pintu bilik itu tidak berkunci. Hafiqah yang baru hendak melipat pakaian yang

berlonggok di dalam bakul terkejut apabila mendapati Hariez tiba-tiba masuk. Namun,

sampul yang dihulurkan itu tetap juga disambut.

Sekeping surat dan resit yang kini berada di tangan, dipandang silih berganti

dengan wajah Hariez. Tidak faham apa yang cuba disampaikan Hariez.

“Hadiah hari lahir Fiqa. Selamat Hari Lahir sayang.” Diambil pergelangan tangan

itu dan dikucupnya perlahan.

Hafiqah terpempan. Tidak menyangka Hariez mengingati hari lahirnya. Sudah

lama dia melupakan tentang hari lahir sendiri. Apatah lagi untuk mengingati hari lahir

orang selain Aizul anak kesayangannya. Yang lebih menakjubkan sempena hari lahirnya,

hutang PTPTNnya sudah habis dilangsaikan oleh Hariez. Langsung tidak menyangka

Hariez bersungguh-sungguh melangsaikan hutangnya yang sebanyak RM18,000 itu!

“Abang dah check, nama Fiqa tak ada kena blacklist pun.”

“How am I ever going to pay back the debt?” Hafiqah buntu. Terlalu besar apa

yang telah diberikan Hariez kepadanya. Walaupun sekadar untuk memujuk kembali.

Takut ada helah di sebaliknya.

“Macam ni, kalau Fiqa nak bayar abang balik pun tak apa, tak bayar pun tak apa.

Yang penting, abang dapat bawa Fiqa ke luar negara. Boleh ye sayang? Please?” Hariez

buat muka manja di hadapan Hafiqah.

392

Page 393: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Saya tak ada passport. Macam mana nak pergi?”

Hariez senyum. “Esok atau lusa, Fiqa dan Aizul ikut abang pergi buat passport

ye? Yang lain semua abang dah uruskan. Kita beli pakaian baru sekali.”

“Siapa lagi yang pergi?” Kalau boleh dia tidak mahu pergi hanya bertiga dengan

Hariez dan Aizul. Masih tidak betah apabila tinggal berduaan dengan Hariez sahaja.

“Abang ajak Airin dan Irfan sekali.” Hariez senyum sinis.

“Kenapa Airin dan Irfan?” Pelik juga dia. Namun, jauh di sudut hati, Hafiqah

bersyukur Hariez mengajak mereka berdua.

“Hehe… siapa nak tolong jaga Aizul nanti bila kita berdua honeymoon? Kena ada

babysitter kan?” Oh, itulah yang dimaksudkan dengan senyuman sinis Hariez tadi.

“Iyalah tu honeymoon! Siapa nak honeymoon dengan awak?” Hafiqah malu-

malu. Bangun dari tempat duduknya di sofa dan pura-pura masuk ke bilik air. Hariez

ketawa kecil melihat sikap malu-malu Hafiqah.

Hariez rasa beruntung. Tidak sia-sia dia memilih Irfan. Lelaki muda itu

sememangnya seorang PA yang teramat bagus! Segalanya begitu mudah apabila setiap

urusan yang diberikan kepada Irfan diselesaikan dalam masa yang singkat. Agen

pelancongan juga telah disiapkan olehnya. Hanya menyediakan passport untuk Hafiqah

dan Aizul, kemudian menunggu tiba hari untuk mereka semua pergi ke sana.

Dia mahu membawa Hafiqah pergi dalam masa yang terdekat. Lebih-lebih lagi,

Ramadhan akan menjelang tiba dalam beberapa bulan lagi. Dan, Ramadhan yang bakal

tiba itu bakal menjadi pengalaman menyambut puasa dan beraya bersama ahli

keluarganya yang tercinta.

393

Page 394: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

*********************************

BAGAIKAN déjàvu… Berdiri di hadapan O'Brien's Tower yang terletak di Cliffs of

Moher, Ireland bagaikan sebuah mimpi menjadi nyata. Tidak pernah terfikir akan dibawa

melawat ke negara ini. Fikirnya, pasti Hariez akan membawa mereka ke Korea ataupun

Jepun. Namun, saat mengetahui mereka akan ke Ireland, Hafiqah jadi begitu teruja.

Menikmati panorama indah yang terbentang luas di depan mata, bagai

mengingatkan kembali sebuah mimpi yang hampir serupa. Bezanya, mereka berada

betul-betul di tebing tanpa ada sebarang penghadang dengan lautan yang berada jauh di

bawah kaki. Tempat pelancongan ini masih dipelihara dengan baik oleh kerajaan Ireland

dan menerima lebih kurang sejuta pelawat setahun.

Cliffs of Moher juga pernah dijadikan lokasi penggambaran lagu My Love

nyanyian kumpulan Westlife yang juga pernah menjadi lagu yang mendapat tempat

paling lama di hati Hafiqah. Kagum bagaimana Hariez boleh terlintas untuk membawa

mereka ke sini.

Berpaling ke belakang, kelihatan Airin yang sedang mendukung Aizul untuk

menggunakan teropong yang sememangnya diletakkan untuk para pengunjung gunakan.

Hariez dan Irfan entah sudah hilang ke mana, langsung tidak disedari.

Hafiqah kembali memandang ke hadapan. Mujur ada tembok yang dibina. Jika

tidak, kalau dilihat ke bawah, mahu kecut perut juga dia dibuatnya. Dengan ketinggian

mencecah 700 kaki ke dasar laut, sesiapa sahaja boleh maut jika terjatuh daripada tempat

setinggi ini. Namun, masih boleh didengar dengan jelas, kekuatan ombak yang

menghempas kaki-kaki tebing yang masih kukuh berdiri sebagai teman yang sejati.

394

Page 395: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Dia juga mahu menjadi seperti tebing tinggi ini. Setia, walau sehebat mana pun

dugaan yang mendatang. Setiap hari, tanpa ada prejudis. Tetapi, jika dibandingkan

dengan tebing ini, dia jauh lebih lemah. Jika badai yang tiba itu terlalu kuat, dia pasti

sudah bersedia untuk melarikan diri. Kalau boleh pergi sejauh mungkin. Persoalannya,

sampai bila?

Sedang leka melayani perasaan, terasa sepasang tangan hangat merangkul

pinggangnya. Hafiqah hanya membiarkan. Tidak mahu mencemarkan panorama alam

semata-mata untuk memarahi Hariez. Tidak elok pula, lagipun Hariez yang membawanya

datang ke sini.

“Fiqa suka?” Hafiqah mengangguk. Mata masih menghadap ke depan. Rangkulan

di pinggangnya semakin kuat dan semakin kemas dirasakan.

“Mana jumpa tempat ni?” Gembira tetapi itu yang ingin diketahui.

“Jumpa dalam mimpi.”

Hafiqah mencebik. “Tipulah!”

“Betul! Sebab tempat ni lah abang sedar abang memang cintakan Fiqa.” Itulah

kenyataannya. Sama ada orang lain percaya atau tidak.

Hafiqah serta merta meleraikan pelukan tangan Hariez seraya berpaling

menghadap Hariez. “Maksudnya?”

“Masih ingat lagi malam Fiqa jumpa abang demam dekat dapur dulu?” Hafiqah

buat muka pelik. Demam? Bila masa dia demam?

“Bila?”

395

Page 396: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Sebelum Fiqa pergi tinggalkan abang malam tu! Kan Fiqa yang tolong angkat

abang dari dapur ke tingkat atas kan?” Serta-merta Hafiqah teringat keadaan itu. Macam

mana boleh dia lupa. Malam dia jadi nakal tanpa Hariez sedari!

“Kenapa?” Takut juga dia kalau-kalau Hariez masih sedar waktu itu.

“Fiqa nak tahu kenapa abang boleh berada di dapur?” Apa yang nak dipelikkan?

Mesti dia nak marah aku waktu tu!

Namun, kepala bagaikan akur mengangguk. “Abang cari Fiqa, sebab dalam

mimpi abang, kita berada di hadapan tebing tinggi ni. Abang begitu cintakan Fiqa. Tetapi

tanpa disangka-sangka, tebing tinggi ni runtuh dan Fiqa jatuh, tinggalkan abang sendiri.

Fiqa lepaskan tangan abang supaya abang teruskan hidup. Waktu tu, abang sedar yang

selama ini, abang memang dah sukakan Fiqa. Cuma abang terlalu ego untuk mengakui

perasaan abang pada Fiqa. Lagipun, inilah perasaan abang yang pertama sampaikan

abang tak dapat bezakan sama ada perasaan yang hadir tu benci atau pun cinta. Abang

marahkan Fiqa, tapi dalam masa yang sama abang tak boleh lupakan Fiqa. Fiqa cinta

pertama dan terakhir abang.”

Saat itu, Aizul datang kepada mereka membawa sebuah bekas kecil di tangan

yang di dalamnya terletak indah sebentuk cincin yang amat cantik. Pipi Hafiqah sudah

merona merah. Hariez sudah pun berlutut di hadapannya, dan di sekeliling mereka

terdapat beberapa orang pengunjung yang turut sama menyaksikan aksi mereka.

Cincin itu Hariez keluarkan daripada bekas dan dihulurkan kepada Hafiqah.

“Maafkan abang kerana berikan Fiqa sebuah perkahwinan yang tidak sempurna. Maafkan

abang kerana tak berikan permulaan hidup rumahtangga yang bahagia. Maafkan abang

kerana selalu hadiahkan air mata untuk hidup yang lepas-lepas.”

396

Page 397: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Hariez berhenti untuk mengambil nafas sebelum menyambung semula. “Semasa

kita bernikah dulu abang hadiahkan cincin perderitaan kepada Fiqa, tapi kali ini, abang

nak hadiahkan cincin perkahwinan yang bahagia. Abang nak, Fiqa jadi isteri abang yang

akan abang bawa bersama-sama ke syurga. Yang akan sama-sama meniti hidup dengan

abang sampai bila-bila. Oleh itu, sanggup Fiqa maafkan abang dan terima abang kembali

dalam hidup Fiqa?”

Hidup baru yang ditawarkan Hariez ini terlalu indah sekali. Hafiqah seperti tidak

mahu mengelipkan walaupun sekejap matanya agar dia tidak terlepas walaupun sedetik

saat-saat bahagia ini. Hidupnya sudah begitu sempurna sekali. Langsung tidak diduga

sebegitu sekali perasaan Hariez kepadanya. Sebegitu hebat kesungguhan Hariez

kepadanya.

Tanpa sedar dia mengangguk, tanpa sedar dia menarik Hariez bangun, dan tanpa

sedar dia memeluk tubuh itu membawanya ke dalam dakapan. “Fiqa dah lama maafkan

abang. Fiqa perlu lari dari abang supaya abang sedar apa yang abang rasa tentang Fiqa.

Kerana mimpi yang abang alami, adalah mimpi yang sama Fiqa alami malam itu yang

membuatkan Fiqa buat keputusan untuk pergi dari hidup abang. Fiqa tak minta

kemewahan, tetapi cukup sekadar sebuah perkahwinan yang membahagiakan.”

Hanya kegembiraan dan ketenangan yang Hariez rasakan saat ini. Menikmati

pemandangan indah, sesekali tubuh terhuyung-hayang ditolak kasar bayu laut sambil

berpegangan tangan dengan Hafiqah, isteri yang amat dicintai. Aizul yang sesekali berlari

mendapatkan mereka dan kemudian kembali mendapatkan Airin dan Irfan sudah cukup

untuk melengkapkan hidup mereka bersama. Ternyata, cinta itu masih berpihak kepada

mereka.

397

Page 398: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Boleh abang tanya Fiqa sesuatu?”

“Hm…” Kali ini mereka sudah duduk di tangga. Melihat Aizul yang sudah

kepenatan sementelah berlarian semenjak mula tiba lagi.

“Kenapa Fiqa cium abang malam tu ye?”

Soalan itu membuatkan jantung Hafiqah tersentap. Ah, sudah! “Er.. Cium abang?”

Hafiqah sudah memalingkan muka agar tidak menatap wajah Hariez. “Fiqa lupa?

Ke Fiqa ingat abang tak sedar malam tu?”

“Er…” Dia pasti, rona wajahnya pasti sudah semerah jika dia memakai pemerah

pipi. “Mana ada Fiqa cium abang…”

“Abang rasa, Fiqa memang cium abang, Cuma abang tak pasti tu mimpi ataupun

realiti, sebab abang pun tak mampu buka mata abang. Tapi, abang memang dapat rasakan

yang Fiqa ada buat.”

“Memang sah abang mimpi! Fiqa tak ada cium abang pun. Kan abang tengah

demam.” Hafiqah lantas bangun. Tidak mahu Hariez melihat wajahnya yang malu.

Demi melihat reaksi kalut Hafiqah, Hariez pantas yakin, bahawa apa yang

diarasakan bukan suatu mimpi, tetapi ia pasti terjadi.

“Sama ada ia mimpi ataupun reality, kali ini, abang akan pastikan ia suatu realiti.”

Berlari dan mendapatkan Hafiqah. Lantas, tubuh itu bersatu lagi dan…

Chup!

Indahnya dunia… Ya Allah, semoga Kau kekalkan kebahagiaan ini…

398

Page 399: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

64

“ABANG… Bangun…” Suara itu kedengaran begitu sayup di telinga Hariez. Dengan

mata yang masih terpejam rapat, dia berpusing, bertukar posisi. Terlalu mengantuk

walaupun sekadar untuk membuka mata.

“Bangunlah sayang…” Suara itu semakin dekat dan sedikit kuat. Nadanya juga

sudah mula berubah. Namun, itu tidak langsung menggugat nafsu tidurnya yang terlalu

kuat ini. Tambahan pula, semalam dia tidur lewat kerana mengikut abang Hafiz dan

abang Hakimi berpeleseran di Jalan Tunku Abdul Rahman sehingga ke jam dua setengah

pagi.

“Ish, orang tua ni! Makin dah hujung puasa, makin malas pulak dia nak bangun!

Abang, bangunlah… dah pukul 445 ni…” Dalam pada dia membebel itu, Hafiqah masih

lagi setia mengejut sang suami yang masih tidur. Dengan keadaan membelakangi

Hafiqah, Hariez masih sempat tersenyum mendengar bebelan itu.

“Hm…” Liat sungguh dia hendak bangun. Kalau boleh, sudah tidak mahu bangun

bersahur lagi. Inilah bahananya jadi anak bujang seketika dengan abang Hafiz. Pasti kak

Azrin juga menghadapi masalah yang sama dalam usahanya mengejut suami tercinta.

“Sayang, bangunlah… tinggal ni je sekali nak bangun sahur. Lepas ni dah tak ada

lagi. Esok dah raya. Jadi, tolonglah bangun ya…” Dan seperti tadi, kata-kata itu umpama

mencurah air ke daun keladi.

“Ibu…” Kali ini, Aizul pula yang merengek. Anak itu tidur di sebelah Hariez.

Lain yang dikejut, lain pula yang bangun. Keluh Hafiqah.

399

Page 400: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Anak ibu tidur ye? Shh…” Kembali menidurkan Aizul. Namun, jauh berbeza

daripada Hariez, Aizul terus segar membuka mata demi melihatkan wajah ibunya.

“Ibu nak makan…” Rengeknya lagi sambil tangan kecilnya menggosok-gosok

mata.

Hafiqah senyum. “Anak ibu nak makan? Kena basuh muka dulu. Mari!”

Mengambil tangan Aizul dan membawanya turun dari katil.

“Abang tak nak bangun, Fiqa tak nak kejut lagi. Tak sahur, jangan salahkan

Fiqa.” Sempat lagi Hafiqah memberi peringatan kepada Hariez sebelum dia dan Aizul

hilang ke dalam bilik air.

Cepat-cepat Hariez membuka mata. Dia sudah terjaga sebenarnya. Tetapi

matanya terlalu mengantuk pagi ini. Mujur hari ini sudah mula cuti, dapatlah juga

sekiranya dia ingin bangun lewat walaupun sudah pasti hari ini tidak mungkin baginya

untuk tidur di siang hari. Umi pasti sudah menyiapkan tugas-tugas untuk anak-anak

lelakinya sempena hari raya yang bakal tiba esok.

Berbekalkan semangat untuk menyambung tidur semula secepat mungkin, Hariez

bingkas bangkit dari pembaringan dan turut sama dengan ahli keluarganya di bilik air.

Sama-sama mencuci muka dan kemudian turun ke ruang makan menyertai ahli keluarga

mereka yang lain untuk bersahur.

“Cepat Hariez! Mesti payah Fiqa nak kejut kamu. Samalah Fiqa dengan abang

Kimi kamu ni! Payah betul nak kejut dua orang ni.” Kak Azrin sudah menggelengkan

kepala. Bagai memahami apa yang baru sahaja dilalui oleh Hafiqah sebentar tadi.

Hafiqah dapat melihat bagaimana rupa mengantuk abang Hakimi di meja makan

walaupun mukanya sudah dibasahkan dengan air.

400

Page 401: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Mujurlah abang tak tidur lagi daripada tadi. Kalau tak mesti tak sahur punyalah!”

Hafiz sudah ketawa besar melihat Hakimi dan Hariez sama-sama hadir ke meja makan

dengan wajah mengantuk. Dia juga mengantuk, tetapi masih sempat melayan Anime

Bleach di komputer memandangkan jika dia tidur, pasti akan jadi lebih mengantuk dan

sukar untuk bangun sahur.

“Eh, Aizul pun nak sahur sekali?” Hafiz mengambil Aizul dari pangkuan Hariez.

Anak kecil itu, sama seperti ayahnya, mata Aizul yang kuyu itu jelas sekali menunjukkan

dia juga mahu sambung tidur lagi.

“Nak sahur.” Dengan wajah yang lemah, anak kecil itu tetap menganggukkan

kepala. Terganggu tidurnya sebentar tadi kerana ibu mengejutkan ayah. Dan kerana itu,

dia juga mahu turut serta bersahur bersama mereka walaupun dia tidak memahami sebab

mereka makan seawal pagi seperti ini.

“Seronok betul umi, raya tahun ni mesti rumah kita meriah. Mak abah Fiqa beraya

mana tahun ni?” Puan Hazrina sudah mengambil tempat seperti biasa di sebelah Tuan

Rizan. Walaupun baru pukul hampir 5 pagi, suasana rumah ini sudah mula meriah

dengan anak dan cucu turut sama bersahur. Itu belum lagi dengan kehadiran dua orang

lagi anak Azrin, Helmi dan Aiman.

“Mak abah Fiqa beraya dekat JB je umi. Tiap-tiap tahun macam tu.

Selalunyalah!” Al-maklumlah, beberapa tahun yang lepas ini dia sendiri tidak beraya

bersama mereka. Tahun ini juga dia akan beraya bersama keluarga Hariez untuk kali

pertamanya. Itupun selepas buat cabutan!

“Meriah raya di sana?” Tuan Rizan juga ingin tahu tentang keluarga besannya.

Kalau ada kesempatan, dia juga akan turun ke Johor untuk menziarahi mereka.

401

Page 402: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Biasalah papa. Budak-budak zaman sekarang ni semua dah maju. Dah kurang

budak-budak datang beraya kat rumah kata mak. Lagipun, adik-beradik mak dan abah

selalunya yang datang ke rumah kami. Oh ye, lupa nak beritahu, mak abah saya jemput

datang ke rumah raya ketiga ni. Adik saya yang bongsu tu nak bertunang.” Hampir sahaja

dia terlupa untuk memaklumkan kepada mereka tentang majlis itu sedangkan sudah

hampir seminggu amanah itu disampaikan kepadanya.

“Aimi nak bertunang? Dengan siapa?” Hariez turut sama terkejut. Dia juga baru

mengetahui berita itu. Dalam diam adik iparnya itu sudah bertemu jodoh. Dan siapa pula

lelaki yang begitu mulia hatinya sanggup menerima Aimi seadanya?

“Dengan kawan Haziq yang jumpa Aimi tu. Zulkifli, budak polis tu. Ingat lagi

tak?” Maklumat yang disampaikan Hafiqah cuba diterjemah dalam bentuk imej. Mencari

gambaran tentang lelaki itu.

“Owh!” Akhirnya dia ketemu dengan jawapan yang dicari.

“Wah, dah nak bertunang. Kamu tengok tu Hafiz, adik-adik semua dah nak

kahwin, nak bertunang. Kamu tu bila lagi? Umur dah nak jadi bujang terlajak dah! Ish,

tak fahamlah aku dengan budak yang satu ni!” Hafiz sengih. Mengerling ke arah Hariez

yang sudah sama-sama tersenyum.

“Ha, umi dengar kata yang kamu tu memang tak nak balik semula dengan Alisa?”

Nampaknya semakin panjanglah bebelan Puan Hazrina pagi ini. Oh umiku sayang!

“Hafiz minta maaf ye umi. Nasi Hafiz dah habis. Hafiz naik atas dulu ye. Dari

semalam Hafiz tak tidur lagi.” Dengan pantas, pinggan dan cawan diangkat ke sinki.

Sementara yang lain termasuk Tuan Rizan sendiri hanya mampu tersenyum melihat

402

Page 403: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

perihal abang sulung mereka. Aizul pula sudah berdiri di tepi meja menunggu untuk Pak

Long Hafiz membawanya naik ke bilik.

“Apalah nak jadi dengan anak awak tu bang…” Keluh Puan Hazrina. “Dah, dah,

cepat makan semua. Dah nak imsak ni!” Maka, dengan cepat yang lain menghabiskan

makanan sebelum subuh mengambil tempat.

Selesai sudah sebulan bersahur dan kini hanya tinggal sehari untuk menunaikan

ibadah puasa. Semoga puasa Ramadhan ini diberkati Allah dan semoga syawal yang

menjelang tiba menjadi satu permulaan baru untuk mereka semua…

403

Page 404: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

65

“SELAMAT hari raya abang. Sempena hari ini, Fiqa mohon semoga abang ampunkanlah

dosa Fiqa dari semenjak mula kita berkenalan sehingga ke akhir hayat Fiqa. Fiqa tahu,

banyak sangat dosa Fiqa pada abang.” Suasana sayu menyelubungi pagi raya antara dia

dan Hariez, hanya mereka berdua di dalam bilik ini.

“Abang dah lama maafkan. Apa sahaja kesalahan Fiqa, abang sentiasa maafkan.

Dan abang halalkan semua yang abang beri pada Fiqa. Jangan risau tentang apa-apa ya.

Selamat hari raya.” Ucap Hariez tenang seraya mengucup lembut dahi Hafiqah.

“Mari, kita turun ke bawah. Aizul pun mesti dah tak sabar nak dapat duit raya tu.”

Serentak itu, mereka beriringan berjalan ke ruang tamu, di mana semuanya sedang

menunggu mereka untuk menikmati juadah di pagi syawal selepas masing-masing

kembali dari menunaikan solat raya di masjid.

“Ayah, ibu, Aizul dapat duit raya!” Bersorak keriangan Aizul. Gembira bersama-

sama dengan Helmi dan Aiman.

“Iye? Banyak tak?” Laju kepalanya mengangguk. Terlalu gembira kerana dapat

menerima duit raya yang banyak seperti tahun-tahun yang sudah. Raya kali ini bersama

keluarga baru, berbeza dengan tahun-tahun sudah bersama keluarga Papa Kay dan Acik

Erni.

“Ni duit raya untuk Aizul.” Sekeping sampul duit raya dikeluarkan daripada

kocek dan dihulurkan kepada Aizul. Serentak itu juga, Aiman dan Helmi beratur di

sebelah Aizul. Gembira tidak terkata wajah masing-masing apabila turut sama menerima

duit raya pemberian Hariez.

404

Page 405: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Lepas ni nak pergi mana umi?” Airin keluar membawa sedulang air oren ke meja

makan. Semenjak kepulangan Hafiqah, Airin sudah banyak berubah. Sudah rajin

membantu Puan Hazrina di dapur, lebih-lebih lagi tahun ini Mak Teh dan Pak Sim beraya

di kampung mereka di Melaka. Puan Hazrina pula dengan rela hati memberikan cuti

panjang kepada dua pembantu mereka yang setia sementelah kesemua anak dan

menantunya beraya bersama kali ini.

“Tengahari ni Pak Uda dan Pak Itam nak datang beraya. Malam ni mereka tidur di

sini. Jadi, hari ni umi pergi rumah jiran-jiran saja.” Hariez dan Hafiz mengangguk-

angguk. Seperti kebiasaannya kedua lelaki itu tidak akan mengikut ibu bapa mereka

beraya ke rumah jiran-jiran. Hanya akan menghabiskan masa terluang di rumah

sepanjang hari.

“Kalau macam tu, apa kata kita beraya rumah abang Fariez? Abang Im dan abang

Fariez pun dah lama tak datang ke rumah kan?” Airin memberi cadangan. Mengerling

mata ke arah Hafiqah dengan harapan mendapat sedikit sokongan untuk cadangan itu.

“Boleh juga. Ke abang ada idea nak pergi ke mana-mana lepas ni?” Seketika dia

beralih kepada Hariez. “Lagipun, setahu Fiqa abang masih belum minta maaf officially

dengan Fariez kan?”

“Hm… Not a bad idea! Boleh juga. Lepas tu, kita baliklah semula. Lagipun esok

pagi dah nak balik ke JB kan?” Hariez serta merta teringatkan majlis yang akan

berlangsung di rumah keluarga Hafiqah. Lagi pula Hafiqah juga ada menyatakan hasrat

untuk beraya ke rumah Kay di Mersing jika mereka pulang ke Johor Bahru. Tidak mahu

menjadi seorang yang lupa diri setelah kembali ke sisi Hariez sedangkan, selama ini

405

Page 406: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

merekalah yang banyak membantunya dalam usaha meneruskan hidup yang penuh

kesukaran.

“Boleh juga kalau umi dan papa nak pergi sekali kan? Lagipun, umi rasa dah lama

tak jumpa Jasmin, lagi-lagi lepas kamu buat onar kan Hariez?” Hariez tersengih. Balik-

balik itu yang menjadi bahan untuk mengenakan dia. Puan Hazrina juga tidak terkecuali.

“Baik umi. Anak umi yang satu ni masih ingat lagi. Terima kasih kerana ingatkan

Hariez lagi…” Panjang penerimaan itu sambil ekor mata menjeling ke arah Hafiqah.

Namun Hafiqah hanya membalas dengan menjelirkan sedikit lidah kepadanya tanda

mengejek.

Begitulah cerianya suasana satu Syawal di Villa Kasih pada tahun ini. Masing-

masing sibuk dengan cerita tentang diri mereka, tidak terkecuali keletah nakal Aiman

yang asyik-asyik diusik Helmi. Tuan Rizan pula sibuk melayani cucu-cucu bermain

sehingga tidak sedar ada tetamu yang sudah mula datang berkunjung ke rumah mereka.

“Assalamualaikum!” Salam yang diberi itu disahut oleh penghuni Villa Kasih.

Siapakah tetamu yang sudah tiba itu? Jiran sebelah menyebelah kah? Pantas Hafiqah

berlari ke pintu, lagaknya seperti ada tetamu yang sedang ditunggu.

“Sampai pun semua! Jemputlah masuk! Selamat Hari Raya” Ajak Hafiqah ceria

kepada tetamu yang baru tiba. Masing-masing pelik dan begitu teruja untuk memastikan

siapakah orang yang dimaksudkan itu. Sudah berdiri dan leher sudah mula memanjang

untuk menjengah ke muka pintu.

Alisa? Sudah berbaikkah mereka? Lebih kagum lagi apabila melihat Alisa dan

Hafiqah saling berpelukan. Puan Hazrina turut sama menyambut teman karibnya masuk.

406

Page 407: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Hariez yang sememangnya sudah tahu tentang hubungan dua sahabat itu akhirnya turut

bersalaman dengan Dato’ Zahir. Hanya Hafiz yang seakan-akan kaku untuk bertindak.

Airin yang semenjak tadi memerhatikan kelakuan Hafiz, menarik tangan abang

sulungnya dan membawanya ke arah Dato’ Zahir. Bersalaman dengan Dato’ Zahir dan

berhenti di hadapan Alisa.

“Selamat hari raya, Lis sihat?” Tidak mampu mengucapkan maaf zahir dan batin

seperti yang akan dilakukan oleh orang lain. Bukan kerana dia masih lagi diselubungi

rasa bersalah kerana melukakan hati bekas tunangannya itu, tetapi kerana dia malu

dengan Alisa. Walau apa sekalipun hubungan mereka, dia tetap tidak biasa bertentangan

mata dengan seorang wanita yang bukan dari kalangan ahli keluarganya sendiri.

Tambahan kini, dia sedikit terpaku dengan penampilan terbaru Alisa yang sudah

bertudung. Baju kurung yang digayakannya juga kelihatan lebih longgar berbanding

semasa free hair.

“Alhamdulillah sihat.” Hanya hujung senyum yang mampu dihadiahkan kepada

Hafiz. Sudah lama tidak bersua muka, Alisa terasa sedikit janggal. Apatah lagi, kali

terakhir mereka bertemu dalam situasi yang amat menjengkelkan hati masing-masing.

“Eh, apa diri dekat sini je? Jomlah masuk semua. Raya ni, banyak makanan dah

sedia. Mari semua, uncle, auntie. Abang Hafiz, apa lagi? Ajaklah Lis tu makan!” Hafiqah

cuba untuk memecahkan kejanggalan yang wujud. Hariez juga turut sama memainkan

peranan dan mula berbual ceria dengan Hafiz. Sambil itu sengaja membiarkan Hafiz

duduk bersebelahan Alisa di meja makan.

“Fiqa, jom naik atas kejap. Abang ada benda nak cakap dengan Fiqa.” Bisikan

Hariez itu begitu dekat di telinga Hafiqah. Berpaling ke belakang dan Hariez sudahpun

407

Page 408: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

memanjat anak tangga menuju ke tingkat atas. Hafiqah tidak membuang masa dan

bergegas mengekori sang suami yang sudah menghilang di dalam bilik.

“Pandai Fiqa ye nak satukan abang Hafiz dengan Alisa! Owh, tak nak beritahu

abang pun! Tak beritahu pun yang Fiqa dah berbaik dengan Alisa ye?” Hafiqah tersengih.

Baginya, dia mahu buat kejutan kepada semua. Mujur semuanya berjalan lancar dengan

izin Allah.

Hariez masih lagi menantikan jawapan daripada Hafiqah. “Nasib baik abang ikut

Fiqa hari tu. Kalau tak, mesti abang pun terkejut masa Fiqa dan Alisa tadi dah boleh

berpeluk-peluk. Sungguh tak sangka, pandai betul isteri abang ni simpan rahsia ya?”

“Eh, bila masa abang ikut Fiqa?” Terkejut sungguh Hafiqah mendengar

pengakuan Hariez yang tidak disangkanya. Bermakna, Hariez sudah tahu tentang hal ini

lebih awal lagi!

“Mestilah abang ikut Fiqa hari tu bila Fiqa beritahu Fiqa nak keluar jumpa kawan.

Mahu tak jealous abang kalau kawan Fiqa tu lelaki? Cukuplah ada dua pesaing, tak mahu

abang tambah lagi. Mujur Fiqa jumpa Alisa je. Tapi itu pun abang dah pelik. Cuma apa

yang abang tak faham, macam mana Fiqa boleh dengan tenangnya maafkan Alisa lepas

apa yang dia dah buat pada hidup Fiqa?” Sungguh dia mahukan penjelasan. Baginya, apa

yang Hafiqah lakukan tidak mungkin untuk dirinya sendiri melakukan perkara yang

sama. Berdendam itu memang lumrah manusia, tetapi, untuk memaafkan seseorang itu

amat sukar sekali!

“Memaafkan seseorang itu adalah memberikan kebencian satu ruang yang kecil

dalam hati kita. Dan Fiqa tak mahu, penuhkan hati Fiqa yang sememangnya kecil ni

dengan kebencian. Sememangnya apa yang Alisa buat tu tak betul dan amat

408

Page 409: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

menyakitkan, tetapi, kalau difikirkan semula, tanpa apa yang dia buat, tak mungkin Fiqa

dapat peluang mengenali abang. Tak mungkin Fiqa akan lalui hidup yang sengsara

selama bertahun-tahun ni. Fiqa yang sepatutnya berterima kasih pada dia, sebab di hujung

kisah ni, Allah berikan Fiqa suami yang akan membahagiakan Fiqa. Dan abang pula,

tanpa abang, tak mungkin Fiqa akan lahirkan Aizul. Mungkin hidup Fiqa jauh berbeza

dari yang dulu. Tapi Fiqa bersyukur, sebab apa yang berlaku tu, ada hikmah di

sebaliknya. Fiqa bersyukur sangat.” Tubuh sasa Hariez, Hafiqah peluk erat. Dan Hariez

turut sama membalas pelukan itu dengan dakapan yang semakin dikemaskan.

Ya Allah, terima kasih kerana mengurniakan aku wanita ini, wanita yang

dijadikan daripada tulang rusukku, dan kerana anugerah ini akan aku jaga sehingga ke

akhir hayatku…

Ya Allah, aku memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran di atas anugerah

kehidupan ini. Dan kerana Mu, Ya Allah, hatiku kini telah berjumpa pemiliknya yang

sejati…

Aku ingin menjadi pembuka,

Hatimu yang sekian lamanya,

Terkunci kerna selalu terluka…

Ku ingin menjadi penutupnya,

Babak tentang pencarian cinta,

Aku untukmu sepanjang hayat…

409

Page 410: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

EPILOG

TELEVISYEN yang terpasang ditonton tanpa reaksi. Izy Natasha dan Ikmal yang

semenjak tadi saling berborak kemudian menyedari Fariez yang bagaikan berada dalam

dunianya sendiri.

Semenjak kepulangan Hariez dan Hafiqah tadi, Fariez mula melayani perasaan

sendiri. Langsung tidak mempedulikan mereka yang turut sama berada di ruang tamu itu.

“Hello brader, tak habis kecewa lagi ke?” Ikmal sudah pun melabuhkan punggung

di sofa sebelah Fariez. Menjeling mata Fariez, marah sungguh dengan soalan itu

gamaknya!

“Aik, along ni sudah-sudahlah ingatkan kak Fiqa. Dah boleh settle down cari

bakal isteri yang baru. Ibu pun boleh tolong carikan kan?” Berpusing kepada Puan Jasmin

untuk mendapatkan sokongan. Takut juga dia dengan jelingan tadi walaupun tidak

diberikan secara langsung kepadanya.

“Kau cerita kat dia ke Im?” Sudah mencerlung mata Fariez menikam ke wajah

Ikmal. Hal ini kan sepatutnya jadi rahsia mereka?

“Sorry ye bro. Pusing-pusing pun kat adik kau jugak! Lagipun dia yang beriya-iya

nak tahu siapa awek yang berjaya rabakkan hati salju kau tu!” Hehe, tersengih seperti

kerang busuk! Macam lah handsome sangat. Tak guna punya kawan!

“Ala, apa salahnya! Lagipun, tinggal lagi dua tiga bulan lagi je aku dan Izy nak

kahwin. Bakal adik ipar kau jugak kan?” Kali ini Ikmal sudah buat muka kiut depan

410

Page 411: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

Fariez. Geli geleman Fariez dibuatnya. Cepat-cepat dia memusingkan kepala dan kembali

ke kaca televisyen.

“Sebut pasal tu, ni dah pukul sepuluh, takkan tak reti-reti nak balik kot?” Selamba

sahaja dia memerli Ikmal. Semenjak dari lepas maghrib tadi dia sudah tiba. Sudah

beberapa orang tetamu yang pulang, tetapi hanya tinggal dia seorang yang masih kekal di

sini.

Ikmal tersengih lagi, berpaling kepada Izi Natasha dan kemudian memandang

kepada Fariez. “Yelah, nanti kejap lagi aku balik la. Tak sporting betul bakal abang ipar

aku ni!”

Melihat keceriaan mereka, Puan Jasmin bangun dan duduk di sebelah Fariez

untuk menyertai perbualan mereka. Ada sesuatu yang ingin dibicarakan dengan Fariez.

Tambahan pula, kali ini merupakan peluang memandangkan suaminya juga ada pulang

ke Malaysia untuk berhari raya di sini bersama mereka.

“Fariez sayang, ni ibu nak tanya, ibu ada berkenan dengan seorang anak kawan

ibu. Berkenan sangat! Ibu ingat nak kenalkan dengan Fariez.”

Serta-merta Fariez merenung ke wajah ibunya meminta kepastian. Lain macam

sungguh ayat ni!

“Kenalkan untuk apa?” Lagak seperti orang bodoh dia bertanya kepada Puan

Jasmin walaupun sudah dapat diagak apa yang cuba disampaikan kepadanya.

“Kawan-kawan je dulu. Kalau ada jodoh, bolehlah kahwin. Tapi, ibu memang

harap sangat dengan Fariez. Budaknya pun cantik, pandai.” Semakin lembut semakin

berharap lah dia. Sedangkan, hal sebenar masih tidak didedahkan kepada Fariez. Tunggu

sehingga tiba masa yang sesuai.

411

Page 412: Hatiku Milik Siapa 1-66 Final

“Kalau setakat kawan-kawan Fariez tak kisah, tapi jangan expect tinggi sangat

sebab Fariez rasa Fariez tak boleh nak terima siapa-siapa lagi. Nanti laa ibu, bagi Fariez

bertenang dulu ye?” Bagi menambahkan kemanjaan, Fariez dengan sengaja melentokkan

kepala ke bahu Puan Jasmin.

“Tak apa, take your sweet time dear.” Puan Jasmin tersenyum sambil mengelus-

elus rambut Fariez lembut.

Yes dear, take your sweet time. Sebab, apa-apa pun jawapan Fariez, ibu dan ayah

dah tetapkan semuanya. Kerana ibu yakin dan pasti, semua ini demi kebahagiaan Fariez.

Semuanya telah dibincangkan. Antara dia dan temannya, hanya menanti suatu

masa yang sesuai untuk mempertemukan dua hati yang jauh.

Fariez: Haish, kalau nasib aku terpaksa ikut arrange-marriage macam orang

dulu-dulu nak buat macam mana…. Terpaksalah terima… kerana kini, aku pasti, jodoh

aku bukan lagi dengan insan yang pernah kuimpikan selama ini…

Dan sesungguhnya, jodoh dan pertemuan itu di tangan Allah yang Esa...

412