guru agen perubahan

Upload: noridan-noh

Post on 04-Apr-2018

252 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 Guru Agen Perubahan

    1/21

    disepadukan dan dihayati ke dalam kelima-lima pendekatanpengajaran yang akan digunakan iaitu kognitif, motivasi dan jaya

    diri, tingkahlaku, interaksi sosial dan penggunaan ilmu

    Guru Sebagai Agen Pembentukan Akhlak Dan Moral Pelajar :Bagaimana Melaksanakannya Dalam Pengajaran DanPembelajaran Di Bilik Darjah

    Pemasalahan akhlak masa kini menjadi semakin ketara dikalangan pelajar sekolah. Sering terjadi pelajar terlibat dengan

    dadah, peras ugut, lepak atau berkeliaran di tempat hiburan danpasaraya. Sekolah memainkan peranan yang penting selepaskeluarga di dalam pembentukan akhlak dan ini jelas termaktub didalam Falsafah Pendidikan Negara dan melalui penerapan nilaidalam KBSM.Sejak kebelakangan ini, apabila orang berbicaradan mengaitkan soal pendidikan, maka tidak terlepas isu moral dikalangan pelajar atau remaja dibicarakan sebagai satu topikbesar. Kalau pada suatu masa dahulu, zaman sebelum perluasanpengaruh media komunikasi, terutama sebelum meluasnyapengaruh media elektronik, sedikit sangat orang yang berbicaradan mempersoal tentang moral. Malah pada zaman itu parapemimpin, cendiakawan atau orang biasa banyak yang berbicaratentang kepasifan pelajar-pelajar dan remaja kita. Pelajar-pelajarkita dikatakan kaku dan tidak berani tampil ke hadapan berhujahuntuk membentangkan pendapat. Pelajar-pelajar kita gagalberkomunikasi dengan baik. Dengan kata lain, pelajar kita tidakagresif dan berani seperti sekarang.Tetapi keadaan masa kini

    sudah jauh berubah. Pelajar-pelajar dan remaja kita sudahmenerjah keluar daripada kepompong kepasifan yangmembelenggukan. Era baru dalam pembentukan sahsiahgolongan ini terpapar di hadapan mata kita. Era baru sahsiahgolongan pelajar dan remaja kita yang dulunya pasif, malangnyabukan berubah atau bertukar menjadi manusia yang aktif malah

  • 7/30/2019 Guru Agen Perubahan

    2/21

    memaparkan model kerosakan dan keruntuhan moral yangsemakin menjadi-jadi sehingga mengancam masa depanNegara.Di manakah silapnya? Salahkah para guru mengasuhdan mendidik benih-benih muda ini? Atau apakah Dasar

    Pendidikan Negara tidak berkesan? Mungkinkah unsur-unsurluaran amat berpengaruh dan berkesan sehingga dapatmengubah halatuju dan pendirian serta sikap para pelajar atauremaja kita? Segala-galanya berkemungkinan menjadi punca danmenjadi sebab akibat menularnya kepincangan moral yangberleluasa dan akan berterusan jika tidak dibendung secepatmungkin.Tetapi sebelum kita berbicara lebih lanjut tentang salahsilap yang berada di mana-mana, yang memungkinkan

    berlakunya kerosakan dan keruntuhan moral, elok kita menyelaksejenak dan menghayati Falsafah Pendidikan Negara yangmenjadi dasar yang kuat bagi para pendidik dalam menghadapitugas seharian mereka.Pendidikan di Malaysia adalah suatuusaha berterusan kearah memperkembangkan potensi individusecara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yangseimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan

    jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu,bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraandiri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dankemakmuran masyarakat dan Negara.2.0 Moral dan Akhlak:Latarbelakang IsuSistem Pendidikan Negara sekarang bolehdikatakan terbaik dan mungkin ia diakui oleh dunia. Walupunwujud sistem dualisme dalam pendidikan kita namun kelihatansemacam kesepaduan antara ilmu naqliah dan aqliah. Sistempendidikan masih menekankan pendidkan moral, nailai dan

    aqidah melalui Pendidikan Agama Islam, Pendidikan Moral danpenerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran. Untuk menjayakanpendidikan moral dan nilai dalam sistem pendidikan negara kita,setiap orang harus berusaha ke arah memperbaiki kerosakan dankeruntuhan akhlak yang menjadi-jadi, di samping terusmenerapkan nilai-nilai akhlak yang baik selaras dengan tuntutan

  • 7/30/2019 Guru Agen Perubahan

    3/21

    agama.Isu keruntuhan akhlak telah menjadi perbincanagn hangatdi kalangan masyarakat sekaramg. Isu ini telah dibincangkan disemua peringkat masyarakat, dari kedai kopi, kaki-kaki lima,sekolah, IPT hatta di Dewan Negeri dan Parlimen. Ini

    menunjukkan betapa seriusnya masalah keruntuhan akhlakdalam masyarakat serta betapa pentingnya masalah keruntuhanini ditangani dengan sebaik-naiknya agar ia tidak menjadi lebihparah.Keruntuhan akhlak telah berlaku di kalangan pemimpinperingkat atasan dalam bentuk penyalahgunaan kuasa, pecahamanah, rasuah, minum arak dan berpoya-poya. Gejala ini jugaterdapat di kalangan remaja seperti pergaulan bebas, bohsia, laridari rumah, bersekedudukan dan lain-lain lagi. Selain itu,

    keruntuhan moral di kalangan masyarakat dapat juga dilihatdalam bentuk putusnya hubungan kekeluargaan, hilangnya rasakasih sayang serta wujudnya sikap pulau memulau dan bencimembenci terutama di kalangan masyarakat Islam.Gejalakeruntuhan akhlak pada umumnya adalah disebabkan olehkealpaan dan kelalaian masa lampau tentang betapa pentingnyaPendidikan Akhlak Islam di ajar, disemai dan disuburkan dalamdiri anak-anak kita. Kesedaran terhadap pentingnya pengukuhanakhlak ummah dan moral masyarakat telah diberi perhatian yangserius oleh kerajaan. Pada hari ini, beberapa program telahdilancarkan yang bertujuan melahirkan rakyat berakhlak danbermoral tinggi.3.0 Konsep Moral dan AkhlakSecara kasar danpada laras bahasa yang biasa kedua-dua istilah di atasmenampakkan maksud yang sama. Kedua-dua membawamaksud perlakuan atau tingkah laku yang baik. Walaubagaimanapun kalau dihalusi akan terserlahperbezaannya.Menurut T.Iskandar (1970) dalam Kamus Dewan

    mengatakan moral adalah sesuatu yang berkaitan dengan apayang betul dan adil. Moral bermaksud perlakuan baik mengikutnorma, peraturan dan ketetapan yang dibuat dan dipersetujui olehsatu komuniti manusia. Pengertian ini betul untuk komunititersebut, masa tersebut dan lingkungan yang tertentu sahaja.Dengan keadaan yang lain persetujuan tersebut mungkin tidak

  • 7/30/2019 Guru Agen Perubahan

    4/21

    berlaku. Dengan kata lain moral walaupun baik dan betul tetapitidak universal. Kebiasaannya moral lebih menekankanperhubungan yang harmoni di antara manusia sesama manusia(disiplin-disiplin kemanusiaan) dan hubungan yang harmoni di

    antara manusia dengan alam sekitar (disiplin-disiplin sains tabii).Moral menekankan kepentingan dan keselesaan individu sertamasyarakat tetapi bersifat peribadi. Moral tidak membenarkanberlakunya krisis atau pertentangan peribadi. Oleh sebab itulahnilai moral biasanya tidak dikaitkan dengan Maha Pencipta ataudengan soal-soal metafizik.Kolhbeg (1981) dalam menghuraikanperkembangan prinsip asas moral memberi penegasan sepertiberikut:..the main factors which have been shown to correlate

    with the development of a principled, predictable morality areintelligence, moral knowledge (that is, knowledge of the rules of asociety) the tendency to anticipate future events, the ability tomaintain focused attention, thecapacity to control unsocialisedfantasies, and self-esteem.Goleman (1995) telah memberikankonsep baru tentang emotional intelligence (EI) atau kecerdasanemosi yang boleh dikaitkan dengan amalan nilai dan moralindividu yang boleh berjaya dalam kehidupan sejagat atau globalvillage.Moral berbeza dangan akhlak dari segi sumber yangmenentukan sesuatu perlakuan yang baik. Sesungguhnya akhlakbersumberkan wahyu, iaitu hubungan dengan MahaPencipta.Firman Allah S.W.T. yang bermaksud ;Dansesungguhnya kamu (Muhammad) benar-benar berakhlakmulia.Dalam hal yang sama Nabi Muhammad SAW bersabdayang maksudnya Sesungguhnya aku diutuskan demimenyempurnakan akhlak. Aishah pernah ditanya tentang akhlakNabi SAW maka dia menjawab; Akhlaknya adalah Al-

    Quran.Menurut Abdul Raof Dalip (1986), akhlak dapat diertikansebagai kelakuan tatatertib, maruah dan merangkum seluruhperbuatan lahiriah yang dihasilkan daripada dorongan batiniah didalam diri manusia. Ini bermaksud akhlak berakar umbi daripadasifat kerohanian yang suci. Dengan ini jelaslah bahawa akhlakbersumberkan wahyu daripada Maha Pencipta. Justeru,

  • 7/30/2019 Guru Agen Perubahan

    5/21

    pendidikan akhlak akan membawa insan semakin dekat denganPenciptanya.Persoalan akhlak dan moral ada kaitannya denganiman. Orang yang beriman kepada Allah ialah orang yangsentiasa takut untuk melakukan perbuatan yang terlarang di

    samping mengerjakan yang disuruh Allah. Iman ini harus dimilikidan menjadi benteng penghalang pengaruh-pengaruh negatif.Orang yang beriman ialah orang yang berakhlak mulia ( bermoraldan memiliki nilai murni ), orang yang sentiasa melakukan yangbaik dan menjauhi dosa iaitu tidak melakukan perbuatan negatifyang bertentangan dengan norma-norma masyarakat.Sekiranyahal ini tidak diberi perhatian yang serius, maka pembentukanmoral dan insan yang murni akhlak tidak akan berhasil. Walaupun

    kita berjaya melahirkan manusia berilmu tinggi namun tanpadisertai pendidikan moral dan akhlak, kita juga akan melahirkaninsan yang akan menjadi perompak, perogol, pembunuh danpenjenayah yang lain di kalangan orang yang berijazah atauberpendidikan tinggi.4.0 Moral dan Akhlak Dalam SistemPendidikan di Malaysia. Matlamat pendidikan di Malaysia yangasalnya adalah rujukan daripada barat telah diubahsuai kepadakonsep pendidikan bersepadu. Kurikulum pendidikan barat yangdiasaskan daripada falsafah humanisme menekankankeharmonian dan keseimbangan di antara manusia denganmanusia, dan di antara manusia dengan alam sekitar. Kedua-duahubungan ini adalah perlu dan baik tetapi ia masih berkisar danbertitiktolak pada ilmu akal. Mana mungkin ilmu akal semata-matadapat memahami hukum alam yang dicipta oleh Maha Pencipta.Justeru, untuk lebih memahami hukum-hukum alam yang diciptaoleh Tuhan, maka satu lagi dimensi yang paling penting perludimasukkan iaitu hubungan manusia dan alam sekitar dengan

    Maha Pencipta. Bagi hubungan dengan Maha Pencipta mestilahdirujuk kepada ilmu wahyu iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.Dengan wujudnya kurikulum tiga dimensi ini, maka ia bolehlahdikatakan sebagai kurikulum bersepadu.Pengubahsuaian kepadabidang-bidang matlamat pendidikan perlu dilakukan agar iabersesuaian dengan konsep bersepadu. Pengubahsuaian ini

  • 7/30/2019 Guru Agen Perubahan

    6/21

    boleh dilihat dalam rajah 1 yang ditunjukkan dibawah.KognitifAqidah Akhlak Nilai Murni AfektifPsikomorRajah 1 :Kesepaduan ilmu Akal dan +ilmu WahyuMatlamat Pendidikanmestilah dimulakan dengan kekuatan aqidah. Kemurnian aqidah

    akan menjelmakan akhlak yang baik. Dari akhlak yang baik iniakan terpancarlah nilai murni yang akan dimanifestasikan olehtingkah laku yang baik. Dan seterusnya dihayati dalam bidang-bidang kognitif, afektif dan psikomotor. Oleh yang demikian,matlamat pendidikan akan tercapai iaitu dapat melahirkan pelajaryang berintelek, berakhlak dan bertaqwa.Bagaimanamengaplikasikan konsep sepadu dalam pengajaran danpembelajaran? Pengajaran menurut tradisi barat adalah bersifat

    sekular. Terdapat beberapa model atau pendekatan pengajaranseperti pendidikan kognitif, pendekatan aktiviti-aktiviti motivasidan jaya diri, pendekatan pembinaan tingkah laku, pendekataninteraksi sosial dan pendekataan penggunaan ilmu. Guru bolehmemilih mana-mana pendekatan yang sesuai dengan matlamatpendidikan yang telah ditentukan. Kelima-lima pendekatan inihanyalah mencakupi ilmu akal.. Ilmu akal mempunyai had danbatasan tertentu. Kekangan ini akan menyebabkan kita gagalmemahami ilmu dengan sebenarnya. Oleh yang demikian setiappendekatan atau model pengajaran yang disebutkan di atasmestilah disasarkan kepada konsep-konsep ilmu wahyu. Ini dapatditunjukkan oelh rajah 2 di bawah.Kognitif Motivasi & TingkahInteraksi PenggunaanJaya Diri Laku Sosial IlmuAl-Guran KonsepKonsep Konsep KonsepAs-Sunnah Insan Fitrah KeseimbanganIbadahMODEL (Nilai Murni)AkhlakAqidahRajah 2 MenunjukkanKesepaduan Dalam Pendidikan PengajaranSetiap pendekatanpengajaran mestilah dimulakan dengan aqidah. Seterusnya

    dikembangkan ke dalam akhlak dan moral. Nilai-nilai moral inidihayati ke dalam konsep-konsep daripada ilmu wahyu iaitukonsep insan, konsep fitrah, konsep keseimbangan dalamhukum-hukum Allah swt dan konsep ibadah. Konsep-konsepdaripada ilmu wahyu ini seterusnya disepadukan dan dihayati kedalam kelima-lima pendekatan pengajaran yang akan digunakan

  • 7/30/2019 Guru Agen Perubahan

    7/21

    iaitu kognitif, motivasi dan jaya diri, tingkahlaku, interaksi sosialdan penggunaan ilmu.Apakah tindakan selanjutnya yang perludilakukan? Untuk memastikan matlamat pendidikan tercapaiseperti yang termaktub di dalam Falsafah Pendidikan

    Kebangsaan dan Wawasan 2020, maka: Kepentingan manusia(insan) mestilah lebih utama dan istimewa daripada kepentinganekonomi, sains, teknologi dan industri. Nilai dan harga dirimanusia mesti berada pada tempat yang tertinggi. Dengan carayang demikian, nilai dan moral dapat dilaksanakan dalampendidikan negara. Untuk memastikan wujudnya acuan Malaysiayang berasaskan nilai, guru dan para pemikir hendaklah bersediauntuk mengubah suai dan menilai semula seluruh komponen

    pendidikan supaya benar-benar mengikut nilai, sejarah, budaya,agama dan tamadun bangsa kita. Kita perlu kembali kepadasumber wahyu yang hakiki dan benar untuk rujukan nilai kerananiali-nilai ciptaan manusia adalah bersifat subjektif dan tidakuniversal. Dalam konteks ini konsep bersepadu adalah yangpaling sesuai diterapkan. Pembinaan acuan Malaysia yangberasaskan moral dan nilai perlulah dimulakan dengan anjakanparadigma terhadap konsep dan falsafah ilmu. Kalau dulunya kitabertunjangkan barat dan kini sudah sampai masanya kita kembalikepada ilmu yang bersifat sepadu di antara ilmu akal dan ilmuwahyu. Usaha untuk membina acuan Malaysia dengan fokuspembangunan manusia sebagai agenda istimewa perlulahdilaksanakan serentak dengan konsep pembinaaan masyarakatmadani. Ini bermaksud persoalan moral, nilai dan manusiamestilah selari dengan konsep Ad-Din sebagai satu cara hidup.Ini bermakna setiap aktiviti kemajuan negara sama adapendidikan, ekonomi, pengurusan,, perundangan, politik,

    kesenian dan sebagainya mestilah dilaksanakan secarabersepadu di antara ilmu akal dan ilmu wahyu. Inilah asas atauteras pembinaan acuan Malaysia.Penekanan kepada moral dannilai direalisasikan dengan menjadikan Pendidikan Islam danPendidikan Moral sebagai mata pelajaran wajib, dan selarasdengan wawasan 2020 di mana diharapkan masyarakat Malaysia

  • 7/30/2019 Guru Agen Perubahan

    8/21

    dalam abad ke-21 akan mempunyai warga yang bukan sahajamampu berdaya saing dalam Negara perindustrian, jugamenekankan penerapan nilai-nilai murni melalui pendekatanpendidikan nilai merentasi kurikulum, termasuk kurikulum tersirat,

    iaitu kegiatan kokurikulum dan amalan tingkah laku di sekolah,yang diharapkan menghasilkan budaya sekolah yangberetika.Sebenarnya jika dikaji dengan teliti, pendidikan nilai inimendasari falsafah pendidikan Negara kita kerana matlamat FPNadalah untuk menghasilkan insan yang seimbang dari semuaaspek iaitu aspek emosi, intelek, rohani dan jasmani. Tanpamemasukkan program pendidikan nilai dalam kurikulum, cita-citauntuk melahirkan generasi cemerlang dari semua segi tidak akan

    berhasil. Hanya penerapan nilai dan pendidikan moral sahajayang mampu mendidik dan membentuk individu menjadi seorangyang benar-benar rasional, amanah, bertimbang rasa,bertanggungjawab dan memiliki sifat-sifat mulia yang lain yangdipersetujui masyarakat.Di antaranya, Taylor (1961)mengemukakan pandangan bahawa nilai adalah darjah danperaturan yang secara tergabung membina cara hidup manusia.Nilai menggariskan iadea-idea dan matlamat-matlamat hidup.Nilai adalah darjah normative dan peraturan kerana ia menjadiasas pegangan yang mempengaruhi pemikiran manusia semasaia menjadi asas pegangan yang mempengaruhi pemikiran mnusiasemasa membuat pertimbangan dalam menentukan cara dangaya bertindak serta bertingkahlaku sebaik-baiknya untukmengekalkan kesejahteraan dirinya (dalam Sufean Hussin,1989).Mengikut seorang penulis lain dari India, RadharkamanMukerjee (1965), beliau menyatakan bahawa nilai terbit daripadakeinginan dan motif yang dibentuk serta diperakukan oleh budaya

    dan masyarakat. Nilai mengikat indidividu secara halus dansenyap. Bagi Allporrt (1961) pula, beliau menyebut bahawa nilaiialah kepercayaan yang mengakibatkan manusia memilih sesuatutingkah laku. Wiliams (1968), mentafsirkan nilai sebagai apa sajayang dipegang oleh seseorang yang menjadi kriteria untukmembuat keputusan bagi memilih tingkah laku dalam angka

  • 7/30/2019 Guru Agen Perubahan

    9/21

    mencapai hasrat dan keinginan.Model Pendidikan Nilai 3KModelini dikemukakan berasaskan kepada anggapan dan keyakinanbahawa ;I(a) Manusia terbina dari tiga komponen iaitu akal, rohdan jasad (Al Ghazali (1967) Maslow,A.H. (1954),

    Taylor,P.W.(1961), Fathi Yakan (1988).(b) Penerapan nialaiadalah satu proses yang berjalan secara tabie(Abdullah,N.U.(1988), Ismail Jusoh, (1993).(c) Manusia harusmengenali dirinya dan hubungannya dengan sistem alam danPencipta alam (Al Ghazali (1967), A.A.Maududi (1984). Denganandaian dan kesedaran di atas maka model penerapan nilaidigambarkan seperti berikut (Rajah 3) .NILAI MURNIINSANSEIMBANGTAAT DAN PATUHKEPERCAYAAN KEPADA

    TUHANPENERAPAN KEFAHAMAN,KESEDARAN DANKEYAKINAN (3K)TOPIK PELAJARANRajah 3Model PenerapanNilai 3KRajah 3 di atas menunjukkan fasa-fasa yang harusberlaku atau diwujudkan dalam proses penerapan nilai. Individuyang menghayati niali-nilai murni akan terbina sekiranyapendidikan yang dijalani itu melibatkan ketiga-tiga bidang iaituakal, roh dan jasad. Dalam model 3K di atas, penerapan nilaisecara langsung boleh dilaksanakan melalui mata pelajaran yangdiajar dalam kelas (Ismail Jusoh, 1993). Ia boleh dilakukansemasa membuat rumusan atau penutup pengajaran.Guru bolehmengaitkan isi pelajaran geografi, apabila belajar tentang tajukkejadian hujan, kondensasi, proses sejatan, tekanan rendah dantekanan tinggi dan sebagainya. Proses-proses tersebut tidakberlaku secara kebetulan. Semua kejadian ada Pencipta danPenguasanya. Begitu juga dalam pelajaran Biologi, pelajaranmengenai sel, menunjukkan kekuasaan Tuhan. Sel yang seni itumustahil wujud dengan sendiri tanpa ada sebab dan akibat

    disebaliknya. Tindak blas yang berlaku dalam sel tidak mungkinterjadi tanpa ada kawalan. Siapakah yang mengawalnya? Hakikatinlah yang patut ditonjolkan dalam pengajaran dalam rangkamemberi kesedaran, kefahaman dan keyakinan (3K) kepadapelajar supaya mereka dapat menginsafi kewujudanTuhan.Proses penerapan nilai melalui model ini boleh

  • 7/30/2019 Guru Agen Perubahan

    10/21

    dilaksanakan secara langsung atau secara tidak langsung.Secara langsung, guru boleh menghubungkan terus isi pelajarandengan nilai kepercayaan kepada Tuhan yang mana dengan nilaiini akan tersemai nilai-nilai murni yang dihajati seperti kerjasama,

    jujur, bersikap positif dan lain-lain seperti yang tersurat dalamFalsafah Pendidikan Negara.. Proses penerapan ini bukan terhadkepada jangka masa tertentu (semasa pelajar berada di alampersekolahan), bahkan ianya berjalan sepanjang hayat dan disetiap tempat. Proses ini juga bergantung kepada persekitaran,iaitu yang terdiri daripada keluarga, pendidik, masyarakat, mediadan rakan sebaya. Jadi, penerapan nilai yang berkesan hanyaterhasil jika terdapat persekitaran yang positif.Falsafah Moral dan

    Tingkah LakuFalsaafh yang relevan kepada profesion keguruandan perkembangan pendidikan di negara ini ialah falsafah moraldan tingkah laku. Falsafah ini memerlukan peranan positif dankonstruktif profesion keguruan ke arah membina moral dantingkah laku pelajar. Guru yang baik perlu mempunyai komitmenmoral yang tinggi dan menjadikan diri mereka teladan yang baikkepada pelajar.Contohnya, guru tidak seharusnya mendenda danmelarang pelajar merokok sedangkan pada masa yang samaguru merokok di kawasan sekolah dan di mana-manasahaja.Falsafah moral dan tingkah laku juga mendasariperkembangan pendidikan, perkembangan profesion keguruandan perkembangan institusi sekolah. Bagaimanapun, pengaruhlain seprti agama, budaya, etika, pemodenan, sekularisme, dasardan peraturan sekolah seringkali menimbulkan konflik danpercanggahan dari segi falsafah moral dan tingkah laku. Olehsebab itu, pengajaran dan pembelajarn di sekolah sering kaliberhadapan dengan isu kontroversi dan menyulitkan peranan

    guru serta peranan sekolah menangani krisis yang berlaku dalammasyarakat.Ideologi buku teks yang digunakan di sekolah-sekolah di Malaysia begitu kuat dipengaruhi oelh aliran falsafahmoral dan tingkah laku bagi tujuan mengawal tindakan dantingkah laku golongan muda. Pada masa yang sama terdapatunsur-unsur pemodenan dan revolusi moral dan tingkah laku

  • 7/30/2019 Guru Agen Perubahan

    11/21

    yang menyebabkan berlakunya tingkah laku baharu iaitu agresif,konfrontasi, kecenderungan untuk mencabar dan mengkritik dansebagainya.Falsafah moral dapat menolak fahaman kebendaanyang menguasai masyarakat dan memberikan kesan tertentu

    kepada dunia pendidikan dan profesion keguruan. Bersifatkebendaan memanglah penting dalam kehidupan, terutama isukemiskinan dan kemunduran dalam masyarakat Malaysia yangmasih begitu kuat menghalang berlakunya perubahan danmenjejaskan kualiti pendidikan golongan miskin. Semangatberusaha kuat untuk mencapai perubahan perlu ditanamkankepada anak-anak golongan miskin supaya kemajuan kebendaandapat membantu dan membentuk mereka mencapai kehidupan

    yang lebih baik dan menyediakan peluang pelajaran dankemudahan belajar di rumah yang mendorong kemajuanmereka.5.0 Guru: Agen Pembentukan Akhlak dan Moral.Guruadalah satu golongan masyarakat yang khas. Atan Long (1980)mendefinisikan guru sebagai satu golongan masyarakat untukmemberikan pendidikan secara formal dan bersistematik kepadagenerasi muda dalam masyarakat itu. Memang dikatakan gurumemainkan peranan penting dalam menjayakan pendidikan moraldan nilai kerana ketika anak-anak berada di sekolah guru-gurulahyang memainkan peranan sebagai ibu bapa. Oleh itu perananguru dan ibu bapa sama penting dalam pendidikan.Sebagaimanaibu bapa, guru-guru juga dipandang oleh anak-anak didiknyasebagai contoh atau role model. Kalau tidak masakan adapepatah berbunyi Guru kencing berdiri, murid kencing berlari.Oleh itu, setiap guru mesti memiliki akhlak yang mulia agar sifat-sifat mulia itu dapat diteladani dan diikuti. Apa kata kalau gurusendiri tidak dapat menjadi sebagai role model yang baik, bak

    kata pepatah tadi, muridnya tentu tidak berguna. Tegasnya, anak-anak didik akan menjadi lebih biadap lagi.Sebagai role modelbukan mudah. Segala gerak geri, tingkah laku dan perwatakanmenjadi ikutan. Cara guru bercakap, berjalan, berpakaian danpaling utama dari segi akhlaknya diperhatikan. Guru yang baikdisenangi anak-anak didiknya. Apatah lagi kalau guru ini jujur dan

  • 7/30/2019 Guru Agen Perubahan

    12/21

    ikhlas, segala tunjuk ajar, ingatan atau nasihat serta bimbinganyang diberikan mudah diterima.Kejayaan dalam menerapkannilai-nilai murni bergantung kepada kesabaran guru kerana gurumerupakan orang yang paling berpengaruh dalam pembentukan

    sahsiah dan mind set seseorang individu pada tahun-tahunformatif anak-anak didiknya. Anak-anak ini memerlukan asuhandan belaian kasih saying sebagaimana yang dicurahkan oleh ibubapa mereka.Guru merupakan orang paling penting dalammewujudkan suasana pembelajaran yang harmonis sehinggaanak-anak didiknya akan berasa sekolah seperti rumahkeduanya. Sekaligus suasana yang harmonis itu dapat pulamembentuk apa yang dikatakan Sekolah tanpa takut (No fear

    school). Kalau dapat diwujudkan suasana seperti itu maka sudahtentu anak-anak didik dapat memperkembangkan potensi danmengawal emosi secara menyeluruh dan seimbang. Dan yangpastinya suasana pembelajaran yang sedemikian dapatmembantu guru-guru atau pihak sekolah mewujudkan sekolahpenyayang.Guru juga dapat memberi tunjuk ajar yang berkesandan bertanggungjawab membentuk minda, sikap dan kelakuananak-anak didiknya yang bakal menjadi anggota masyarakatselepas tamat persekolahan, sama ada menjadi pemimpin politik,pegawai kerajaan, ahli korporat, atau setidak-tidaknya menjadiisteri atau suami yang berakhlak mulia.Untuk mewujudakansekolah penyayang atau sekolah tanpa takut, maka guruseharusnya berupaya menjadi contoh dan teladan yang baik,pendorong yang berkesan, pembimbing yang bertimbang rasa,pendengar yang penuh rasa simpati dan menjadi sumber inspirasikepada anak-anak didiknya. Selain itu, guru juga seharusnyamenunjukkan sikap dedikasi dalam menjalankan tugas

    sehariannya dan mengamalkan apa yang disampaikan kepadaanak-anak didiknya dengan penuh tanggungjawab danberetika.Hubungan guru dengan masyarakat juga menjadiperhatian. Selain mewujudkan sekolah penyayang guru jugaberperanan dalam mewujudkan permuafakatan denganmasyarakat setempat. Ini kerana guru telah sekian lama dikanali

  • 7/30/2019 Guru Agen Perubahan

    13/21

    sebagai pemimpin kecil yang dapat menyatupadukan masyarakatmelalui jalinan mesra dalam pergaulan mereka denganmasyarakat.Setiap guru harus komited terhadap kerjayapendidikan, berperibadi tinggi an bersikap terbuka tanpa memilih

    kaum atau keturunan dalam menyampaikan ilmu pengetahuanterutamanya dalam menjayakan pendidikan moral. Dalammasyarakat majmuk di Malaysia ini, anak-anak didik terdiridaripada pelbagai keturunan dan fahaman keagamaan. Jadidalam menangani masalah moral atau menjayakan pendidikanmoral, guru mestilah menjauhi sikap prejudis. Keikhlasan dankejujuran patut wujud dalam diri guru dan menampilkanpengajaran mengikuti aspirasi Negara. Dalam hal ini guru-guru

    yang dedikasi dan komited terhadap tugasnya ialah guru yangsejati, berinovatif dan kreatif.Dengan kata lain, falsafah yangmengemudikan amalan pendidikan di sekolah ialah bahawasemua guru merupakan guru dalam Pendidikan Moral danPendidikan Nilai. Lebih penting ialah guru diperlukan menerapnilai-nilai murni, sepertimana yang dikenalpasti sebagai nilai inti(core values) dalam pengajaran mereka masing-masing. Selaindari itu, guru juga ialah role model, kepada pelajar mereka dantingkahlaku guru melambangkan keprofesionalan profesionitu.Dengan penekanan nilai di sekoah, dan guru diharapkanmelambangkan diri sebagai agen pendidikan moral di sekolah,maka kepentingan Pendidikan Moral dan Nilai dalam profesionperguruan tidak perlu dipersoalkan.Martabat profesion perguruanbiasanya dibayangkan daripada perspektif bagaimana seseorangguru menjalankan tugasnya iaitu membantu peajar-pelajarmereka belajar. Tugas guru ialah menyampaikan pengetahuankepada pelajarnya, berbentuk isi kandungan yang ditetapkan

    dalam mata-mata pelajaran tertentu. Tetapi, lebih dari itu, tugasguru ialah mendidik, dan dengan ini bermakna membantuperkembangan individu pelajar mereka, bukan sahaja dari segipenguasaan ilmu tetapi juga perkembangan individu itu sendiri,pembangunan insan pelajar itu mengikut lunas-lunas nilaimasyarakat dalam konteks masyarakat Malaysia. Kejayaan

  • 7/30/2019 Guru Agen Perubahan

    14/21

    pendidikan sukar diukur tetapi boleh dikatakan adalah diharapkanlebih dari semata-mata pelajar mencapai dalam peperiksanawam. Yang penting ialah sama ada guru berjaya memberi:pertama (i) pengetahuan kepada pelajarnya dengan

    menanamkan nilai mencari ilmu di kalangan mereka,menanamkan semangat pembelajaran sepanjang hayat dankedua (ii) membentuk peribadi mulia, manusia berilmu danberketrampilan serta mempunyai nilai-nilai masyarakat Malaysia,khususnya mencapai matlamat yang dimaktubkan dalamFalsafah Pendidikan Kebangsaan.Martabat profesion perguruan

    juga dibayangkan dari perspektif bagaimana seorang gurubertindak sebagai seorang agen moral, dan contoh moral kepada

    murid-murid mereka. Personaliti guru dan nilai-nilai tersendiriyang dipamerkan melalui tingkahlakunya, mempengaruhiperanannya sebagai agen moral dan contoh kepada murid-murid.Dalam pengajarannya, seorang guru mungkin secara tidaklangsung menerapkan nilai tersendiri dalam situasi pengajarandan pembalajaran melalui pemilihan isi kandungan, prosedur danbahan untuk pengajaran dan pembelajaran. Ini akan membawakesan yang negatif jika nilai tersendiri tidak selaras dengan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia, seperti yang digariskan dalampanduan penerapan nilai murni merentasi kurikulum. Kegagalanguru untuk mempraktikkan nilai-nilai yang seharusnya merekaterapkan kepada pelajar mereka akan merendahkan martabatprofesion itu sendiri.Profesion keguruan pada abad ke-21terdedah kepada berbagai-bagai cabaran baharu. Setengahcabaran adalah berbentuk kebendaan, intelektual, pemikiran,kerohanian, kebudayaan, ideologi baru dan isu-isu yang berkaitandegan masalah etika. Cabaran penting profesion keguruan ialah

    membina dan membentuk masyarakat beretika yang mampumembangun dan membina kekuatan sendiri serta menentukammasa depan yang bebas daripada berbagai-bagai krisis sosialdan moral.Fenomena sosial seperti merokok, gangguan seksual,pesta seks di kalangan pelajar, lari dari rumah, menagih dadah,bergaduh, gengterisme, mencuri, membuli adalah gejala juvana

  • 7/30/2019 Guru Agen Perubahan

    15/21

    dan delinkuen yang meluas di kalangan remaja disekolah.Masalah ini mencerminkan kelemahan sekolah danprofesion keguruan dalam membendung dan menangani masalahsosial di sekolah. Oleh sebab itu, timbul berbagai-bagai penulisan

    yang mencerminkan kelemahan sekolah yang dikaitkan denganmasalah sosial seperti sekolah melahirkan jenayah, sekolahtanpa roh dan watak. Pengurusan tingkah laku yang tidakberkesan di sekolah menunjukkan kelemahan peranan guru-gurudi sekolah. Dengan bertambah ramainya guru perempuan,peranan bapa di sekolah semakin lenyap. Kesan daripadamasalah ini ialah meningkatnya masalah disiplin dan sosial dikalangan pelajar. Wawasan pembangunan dan pendidikan di

    sekolah tidak berkesan kerana asas kerangka tindakanpengurusan tingkah laku yang tidak berkesan.Kualiti pendidikanyang diterima oleh pelajar-pelajar bergantung kepada kualitipengajaran dan ini bergantung kepada guru-guru mereka. Untukmendapatkan kualiti pendidikan yang sewajarnya, makaseseorang guru itu mestilah bersikap professional. Professionalbukan bermakna mendapat gaji yang lumayan tetapi ia termasukpenetapan standard yang tinggi untuk memasuki kerjayaperguruan, calon guru yang terbaik, persediaan dan pendidikanguru yang berkualiti, pendidikan berterusan semasa bekerja,suasana kerja yang selesa yang cukup dengan peralatanmengajar, peluang untuk berinteraksi dengan rakan sekerja danboleh membuat keputusanMohd Sani Ibrahim merumuskanbahawa guru yang professional ialah (Rujuk rajah 4): Guru yangberilmu (content knowledge)o Ilmu yang berkaitan isi kandunganmata pelajaran, pengetahuan pedagogi, bahan, kaedah danteknologi. Guru yang mempunyai kemahiran dan ketrampilan

    dalam proses pengajaran pembelajaran (Pedagogical knowledgeand pedagogical content knowledge)o Meliputi merancang,mengurus, memilih starategi dan meransang pengajaranpembelajaran, kemahiran teknologi, kemahiran generik,kemahiran kaunseling dan menilai p-p Guru yang mempunyaisahsiah yang boleh menjadi contoh teladan dan ikutan kepada

  • 7/30/2019 Guru Agen Perubahan

    16/21

    golongan yang dipimpin. Antara ciri-ciri sahsiah yang perlu dimilikiialah peribadi dan tingkah laku yang mulia, menggunakan bahasayang standard dan mempunyai komitmen yang tinggi untukmenjayakan usaha yang dilakukan.o Meliputi taqwa, akhlak,

    peribadi mulia, komitmen, sopan, positif dan budaya ilmu.Rajah 4: Model Guru Yang Profesional6.0 Pembentukan Akhlak DanMoral: Aplikasi Di Bilik Darjah6.1 Pendekatan langsung melaluipengajaran Pendidikan Islam dan MoralPendekatan langsungmembabitkan pengajaran dua mata pelajaran yang khusus diperingkat sekolah rendah dan menengah, yang bertumpu secaralangsung terhadap perkembangan moral, etika, akhlak, danpendidikan nilai, iaitu mata pelajaran Pendidikan Islam bagi

    pelajar Islam dan Pendidikan Moral bagi pelajar bukan Islam.6.2Pendekatan tak langsungPendekatan tak langsung membabitkanpenggunaan mata pelajaran-mata pelajaran dalam kurikulumsekolah sebagai alat untuk merealisasikan pendidikan nilai danmoral. Sebagai contoh, pengajaran Bahasa Melayu dan Sejarahmembekalkan peluang atau sumber yang baik bagi pendidikannilai dan moral. Para pelajar boleh mengenalpasti dilema moral,penaakulan moral dan membuat keputusan moral dalam noveldan penulisan sejarah. Pendekatan tak langsung adalahsebahagiannya berlandaskan andaian bahawa pemahamantentang manusia dan kemanusiaan memerlukan perkembangandaya imaginasi dan intuisi yang membolehkan seseorangmeningkatkan kepekaan moral dan kepekaan intelektual(Gambell 1988).Penerapan nlai murni telah diwajibkan di dalamsemua mata pelajaran. Persoalannya sejauhmanakah guruberjaya mengimplimentasikan penerapan nilai tersebut danadakah penilaian dibuat tentang proses dan produknya. Satu

    kaedah yang dapat memupuk beberapa nilai murni ialahpengajaran secara kooperatif. Pembelajaran ini bukan setakatpelajar duduk dalam kumpulan kecil tetapi kumpulan itu adasemangat kekitaan yang mana murid dapat bantu membantu ahlikumpulan belajar dan meningkatkan prestasi sendiri dankumpulan.6.3 Aktiviti KokurikulumKita maklum bahawa di sekolah

  • 7/30/2019 Guru Agen Perubahan

    17/21

    masa kini terdapat pelbagai aktiviti kokurikulum seperti unitberuniform, persatuan dan kelab serta sukan permainan. Padaumumnya di sekolah satu hari pada hujung minggu dikhususkanuntuk kegiatan ini dan semua pelajar diwajibkan terlibat. Begitu

    juga untuk guru, mereka perlu hadir sekolah pada hari Sabtu. Bilaguru tidak datang maka pelajar pun begitu juga dan akhirnyaaktiviti tidak berjalan langsung. Pengetua / guru besar haruslahberhikmah dan memujuk guru-guru agar memenuhitanggungjawab mendidik anak bangsa melalui kokurikulum.

    Aktiviti ini perlu dijalankan dengan menarik. Apabila semuapelajar sudah senang hati dan seronok, mereka tidak akan terfikiratau berpeluang untuk keluar ke tempat-tempat awam. Dengan

    cara ini mereka terhindar dari gejala sosial yang meruntuhkanakhlak.6.4 Pendekatan Pendidikan Rasulullah SAWPendidikanRasulullah SAW bergantung kepada beberapa faktor. Satudaripadanya ialah objektif pengajaran itu sendiri sama ada untukmenanam keimanan, mengajar ibadah atau akhlak. Di dalammengajar akhlak yang terpenting ialah akhlak beliau sendiri.Perkataan dan perbuatan beliau adalah contoh untuk diikuti.Beliau mempunyai sifat terpuji iaitu tabah, pemaaf, pemurah,sopan santun, belas kasihan, rendah diri, adil, amanah, pendiam,takut dan taat kepada Allah serta banyak beribadat.RasulullahSAW mengajar ibadat ialah melalui demontrasi atau tauladanseperti cara beliau sembahyang, berpuasa dan menunaikan haji.Baginda juga membetulkan kesalahan yang dibuat olehpengikutnya dengan cara yang betul. Begitu jugalah di sekolah,guru-guru hendaklah selalu menggunakan kaedah demontrasiatau tunjukajar selain daripada kaedah soaljawab dan bertukar-tukar fikiran. Akhlak dan kewibawaan Rasulullah telah

    menyebabkan umatnya sayang dan hormat kepadanya. Sahsiahbeginda inilah yang dapat menarik musuh menjadi kawan danyang bukan Islam memeluk Islam. Guru-guru juga dapat menukarakhlak murid dengan dirinya sendiri dahulu mengamalkan nilaimurni yang bakal diterapkan kepada murid. Murid berada disekolah selama sebelas tahun dan dari 6-8 jam sehari. Ini adalah

  • 7/30/2019 Guru Agen Perubahan

    18/21

    masa yang lama untuk membentuk sahsiah dan guru adalahmodel yang sentiasa diperhatikan oleh murid.6.5 Sokongandaripada Pentadbir sekolahUntuk membentuk akhlak parapelajar, pihak pentadbir sekolah khasnya pengetua dan guru

    besar harus memainkan peranan ini dengan bersungguh-sungguh. Mereka boleh menekankannya dengan memberiucapan mingguan di samping pengumuman yang lain. Ucapanyang diberi hendaklah yang memberi penekanan kepada moraldan akhlak pelajar. Dengan cara yang demikian pelajar akanmerasa mereka diberi perhatian. Selain itu program berbentukpendidikan akhlak diadakan di sekolah atau di luar sekolahcontohnya kem motivasi. Aktiviti perlulah menarik minat remaja

    seperti sukan, nyanyian dan di samping itu diberi pendidikanmoral dan agama.6.6 Kepimpinan inspirationalGuru seringdilihat sebagai pemimpin yang penting dalam memberikandorongan dan membina watak serta sahsiah pelajar. Kepimpinaninspirational berperanan memberi dan membina semangat,mempunyai kekuatan bagi mengubah dan mendorong kejayaanpelajar, dapat memberi keinsafan dan menanamkan kesedarandiri, memulihkan moral dan keyakinan diri pelajar, memberiinpirasi serta mengilhamkan perubahan yang dinamik serta positifkepada pelajar. Golongan pendidik seharusnya mempunyaiinpirasi dan aspirasi yang tinggi untuk memimpin ke arahperubahan. Inpirasi boleh dicetuskan melalui pemikiran dan idea-idea, sentuhan emosi atau perasaan serta stail dan gayakepimpinan yang berpotensi dan berwibawa mempengaruhiorang lain.6.7 Kepimpinan KerohanianGuru harus mempunyaicorak kepimpinan ini kerana ia penting untuk membina sahsiahpelajar. Kepimpinan kerohanian ialah kepimpinan yang

    menekankan soal-soal moral, agama, ibadah, tingkahlaku yangbaik, adab dan hubungan yang bersopan santun. Guru perlumembina sikap toleransi antara kaum dan budaya dalamkepimpinan pendidikan agar dapat membentuk budaya dinamiksekolah terutamanya keadaan sekolah yang mempunyai pelajardan guru berbilang kaum, agama dan kepercayaan. Peranan

  • 7/30/2019 Guru Agen Perubahan

    19/21

    kepimpinan kerohanian amat penting dalam pembentukan watakdan sahsiah seterusnya dapat membina kekuatan moral dikalangan pelajar dan guru. Tanpa agama dan moral yang baik,pendidikan akan gagal membentuk warganegara yang

    mempunyai asas-asas moral yang baik untuk dijadikan panduandalam kehidupan mereka.6.8 PembelajarankoperatifPembelajaran koperatif merupakan pembelajarankumpulan kecil yang diperkenalkan dengan meluas sebagaisesuatu strategi pengajaran yang dapat meningkatkanpembelajaran dan sosialisasi (Cohen 1994). Pembelajarankoperatif adalah satu strategi pengajaran di mana pelajarnyabekerja secara koperatif dalam sesuatu kumpulan kecil yang

    heterogenus.Menurut Slavin (1995) pembelajaran koperatifmembabitkan pelajar bekerja bersama untuk menyelesaikanmasalah secara berkongsi. Beliau menyatakan pembelajarankoperatif membantu pelajar untuk mengembangkan perasaansatu kumpulan dalam memperkenalkan keperluan salingmembantu dan saling menyokong situasi pembelajaran. Pelajarakan bekerja bersama-sama, belajar untuk saling memberi danmenerima, bantu-membantu, berkongsi idea dan mencari carabaru bagi menyelesaikan masalah. Ahli-ahli kumpulan dalampembelajaran koperatif terdiri daripada pelajar yang mempunyaikebolehan dan sosioekonomi yang berbeza, berbeza etnik,

    jantina dan pencapaian akademik. Setiap pelajar dalam kumpulanboleh meningkatkan pencapaian, meningkatkan harga diri pelajar,memiliki kemahiran berkolaborasi sesama rakan dan pergaulansekitarnya.Kaedah pembelajaran ini memerlukan usaha gurumelatih murid bekerja dalam kumpulan dengan betul, iaitubersikap mahu mendengar pendapat orang lain, memberi

    pengukuhan, menjadi pemimpin / ketua yang demokratik,membantu rakan sekumpulan dan berusaha mendapat kejayaan.Guru harus bersedia memupuk semangat kekitaan terlebihdahulu sebelum mengajar perkara akademik. Kajian Kooperatif di

    Amerika (Nor Azizah 1992) dan di Malaysia (Jamilah Karim1992), Ida Fadil (1995) menunjukkan bahawa beberapa nilai

  • 7/30/2019 Guru Agen Perubahan

    20/21

    murni dapat dipupuk seperi sayangkan sekolah dan rakan-rakan,bekerjasama, berani bersuara dan berinteraksi antara kaum.Kajian Yee Cheng Teik (1995) menunjukkan di dalam kaedahMatematik kaedah ini dapat empertingkatkan kebolehan murid

    dalam menyelesaikan masalah dan meninggikan pencapaian.7.0PenutupPengajaran dan pemupukan nilai-nilai murni ke dalam diripelajar merupakan tugas suci (mission) sekolah sejak zamanberzaman. Namun dewasa ini, baik di negara barat ataupun dinegara timur persoalan ini jugalah yang menjadi isu hangatkerana ternyata sekolah begitu berjaya mencungkil danmengembangkan hamper seluruh potensi yang ada pada diripelajar yang bersifat kognitif dan psikomotor tetapi kurang mampu

    untuk turut sama mempertingkatkan nulai-nilai moral dan akhlak.Sejaka zaman dahulu lagi iaitu para filosof Greek, golonganskolastik dan ahli-ahli fikir tradisional tanpa merasa jemumembuat penegasan bahawa fungus utama pendidikan adalah kearah membangun peribadi diri, khususnya aspekaspek yangberkaitan dengan perkembangan moral dan akhlak.Di sampingkepentingan peribadi, perwatakan dan sahsiah guru yang menjadirole model kepada murid-murid yang memberi sumbangan yangbesar dalam menerapkan budaya moral dan akhlak yang baik,peranan Pendidikan Moral dan Agama Islam itu sendiri juga tidakboleh dipertikaikan. Secara teori, kerangka konseptual, matlamatdan organisasi kandungan, kurikulum Pendidikan Moral diMalaysia adalah sesuatu yang ideal, lengkap dansenpurna.Pelaksanaan Pendidikan Moral menuntut sekolahmenyempurnakan dua tanggungjawab yang besar dan berat iaituyang pertama:sekolah terpaksa mengajar nilai-nilai murni kepadapeljar yang mana nilai-nilai tersebut tidak di ajar di rumah dan

    kedua: demi untuk menjamin proses pengajaran danpembelajaran berlaku dengan berkesan, sekolah mestiberperanan sebagai caring moral communities yang bolehmembantu kanak-kanak yang terabai dan sugul dari rumah agarmereka dapat dimotivasi dan dipupuk minat mereka kepadapelajaran, dapat mengawal perasaan marah dan kecewa, serta

  • 7/30/2019 Guru Agen Perubahan

    21/21

    dapat merasai bahawa diri mereka sebenarnya masih disayangidan berpotensi menjadi insan yang bertanggungjawab.Dalammenjayakan pendidikan moral dan akhlak sepenuhnya, semuapihak mesti melakukan reformasi terhadap diri masing-masing

    serta memandang ke hadapan dengan fikiran yang terbuka danpositif, mengamalkan cara hidup yang bermoral, berhemah tinggiserta sanggup menjadi model dalam masyarakat. Guruterutamanya amatlah penting memahami bahawa penghayatanmoral, nilai dan akhlak merupakan asas kepada kehidupanmanusia dan asas martabat sesuatu profesion khasnya profesionkeguruan yang bertanggungjawab untuk memanjangkan tradisidan budaya masyarakat Malaysia. Di samping itu, penghayatan

    amalan moral dan akhlak yang baik di harap dapatmerealisasikan matlamat pendidikan seperti yang telah termaktubdalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta mencapaiWawasan 2020.Bibliografi

    Abd.Rahim Abd Rashid (2005) Profesionalisme Keguruan :Prospek dan Cabaran.Kuala Lumpur. Dewan Bahasa danPustakaPendidikan Moral dan Nilai (1997). Prosiding KonvensyenKebangsaan.Fakulti Pendidikan, UKM. Bangi.Shahrin Awaludin &Kamaruzaman Abd. Ghani (2003). Pendidikan RohaniDalamSistem Pendidikan Negara : Satu Pemikiran Semula.Pemikiran Dalam PendidikanFakulti Pendidikan, UKM.BangiZainab Hanim et.al (2004) Penggunaan KaedahPembelajaran Koperatif (PK)Dalam Pengajaran Matematik :Penyelidikan Di Sekolah Rendah.Jurnal Pendidikan 29 m.s 105124. Fakulti Pendidikan, UKM. BangiZarin Ismail (1998)Pendidikan Moral di Sekolah : Apa Dualisme Dan

    Dikotominya?Prosiding Seminar Isu-isu PendidikanNegara.Fakulti Pendidikan. UKM, Bangi.