folio sains bero

Upload: che-ramlah-che-ali

Post on 13-Oct-2015

261 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

ISI KANDUNGAN

BILPERKARAM/S

1.ISI KANDUNGAN2

2PENGHARGAAN3-4

3.BIODATA 5

4.MAKSUD PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR6

5LANGKAH PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN7

6.KEPENTINGAN PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR8-9

7.MAKSUD AMALAN KURANGKAN PENGGUNAAN, GUNA SEMULA DAN KITAR SEMULA BAHAN10-11

8.CARA UNTUK KITAR SEMULA12

9.KESAN DAN USAHA KITAR SEMULA13-14

7.PENUTUP15

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah izinnya dapat saya menyiapkan folio untuk mata pelajaran sains ini. Banyak faedah yang saya perolehi hasil pembacaan saya. Saya dapat mengenali dan mengetahui mengenai pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar serta kepentingan kitar semula untuk memelihara alam sekitar. Dengan cara ini dapat memupuk semangat cintakan alam sekitar dan akan menjadi pendorong untuk saya mengamalkan cara hidup yang mampu menyelamatkan alam sekitar daripada mengalami kemusnahan kerana alam sekitar ini bukan hak mutlak kita, hanya dipinjamkan dari nenek moyang kita dan akan kita warisi kepada anak cucu kita nanti.

Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru sains iaitu Pn. Shakinah yang telah banyak membantu dan memberi bimbingan untuk saya menyiapkan folio ini. Tidak dilupakan juga kepada kawan-kawan yang telah memberikan kerjasama yang baik . Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada keluarga saya yang banyak memberikan dorongan dan semangat sehingga terhasilnya folio Sains ini. Budi baik kalian tidak terbalas. Semoga Allah sahaja yang membalas segala jasa dan pengorbanan semua yang terlibat dalam menghasilkan folio ini. Amin..

BIODATA DIRI

NAMA:AMIRUL MUJAHID BIN SUKRI ABADIKELAS:1 KHAS ALIRAN AGAMA 1UMUR:13 TAHUNTARIKH LAHIR:29 OKTOBER 2001TEMPAT LAHIR:HOSPITAL BESAR KUALA TERENGGANU, TERENGGANUHOBI:MEMBACA BUKUMAKANAN:NASI GORENG U.S.A KEGEMARANMINUMAN:MILO AISKEGEMARANCITA-CITA:GURUKATA-KATA:PRACTISE MAKE PERFECTSEMANGATUNIT BERUNIFORM:PERSATUAN BULAN SABIT MERAHPERSATUAN/KELAB:KELAB KOMPUTERPERMAINAN: BADMINTON

MAKSUD PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR

Pemeliharaan bermaksud perbuatan memelihara, pembelaan, perawatan.

Pemuliharaan adalah perihal proses, usaha, perbuatan memulihara sesuatu.

Pemeliharaan tindakan melindungi sumber-sumber di bumi tersebut supaya dapat mengekalkan keadaan semula jadinya.

Pemuliharaan cara penggunaan, pengendalian dan pengurusan sumber alam untuk mengelakkan kerugian ,kerosakan dan pembaziran

Pemeliharaan dan pemuliharaan sumber dapat memastikan kesinambungan sumber alam untuk generasi akan dating

Dalam konteks alam sekitar, sudah tentu kedua- dua perkataan tersebut berkaitan dengan perbuatan atau proses pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar melalui amalan kitar semula merupakan satu perkara yang patut diamalkan dalam usaha kita untuk mencapai pembangunan yang lestari ( tidak berubah-ubah, kekal, tetap), berkualiti dan seimbang.

Langkah-Langkah Pemuliharaan dan Pemeliharaan1. Penguatkuasaan undang-undang- menguatkuasakan Akta Perhutanan Negara dan Akta Perlindungan Hidupan Liar- mengawal kegiatan pembalakanharam- mencegah perdagangan haram haiwan dan tumbuhan

2. Hutan Simpanan-memastikan tumbuhan dan haiwan di dalamnya tidak terancam

3. Tanam Semula- menggantikan pokok yang telah ditebang

4. Pendidikan- meningkatkan kesedaran orang awam tentang kepentingan pemuliharaan dan pemeliharaan hidupan liar dan persekitarannya

5. Pembalakan secara berpilih-hanya menebang pokok yang matang

6. Santuari- mewujudkan tempat perlindungan haiwan dan tumbuhan

7. Pusatpembiakan- membiakkan haiwan yang hampir pupus

8. Kitar Semula- menggunakanbahan seperti kertas

KEPENTIGAN PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR

Alam sekitar merupakan segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud secara semula jadi di permukaan bumi, atau sebahagian daripadanya. Alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian kita.

Menurut Ford, P.M. (1981), Pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar amat perlu dilaksanakan kerana alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Pencemaran alam sekitar sama ada pencemaran air, udara, bunyi dan sebagainya akan memberi kesan secara langsung dan tidak langsung kepada alam sekitar dan juga manusia itu sendiri. Antara kepentingan Pemeliharaan dan Pemuliharaan alam sekitar ialah :-

Mengelakkan kepupusan flora dan fauna.

Mendapat sumber air yang bersih dan tidak tercemar.

Mengelakkan suhu bumi meningkat dan menyebabkan pemanasan global.

Untuk mengelakkan organisma-organisma seperti harimau dan tumbuh-tumbuhan tertentu daripada ancaman kepupusan (extinction).

Untuk memastikan bahawa komposisi gas di udara kekal seimbang.

Untuk memastikan bahawa bekalan keperluan asas manusia tidak terjejas (not jeopardized).

Untuk memastikan bahawa bekalan logam (metal) dan bukan logam (non-metal) di dalam kerak Bumi (Earth's crust) tidak kehabisan (not depleted).

MAKSUD GUNA SEMULA

Menggunakan semula barang-barang yang telah digunakan , contohnya Beg jinjing (beg plastik) dan beg ikatan berpintal. Beg jinjing (beg plastik) boleh digunakan semula sebagai beg untuk membuang sampah sisa dapur di rumah.

Beg kertas berguna sebagai kertas pembalut dan beg ikatan berpintal boleh digunakan untuk mengikat wayar komputer.

Sampul surat. Dengan melekatkan label baru pada alamat penerima anda dapat menggunakan semula sampul surat tersebut. Sampul surat yang lama boleh juga digunakan semula sebagai kertas untuk membuat nota.

Bekas botol kaca dan pasu. Dengan membersihkan botol kaca dan pasu kecil, anda boleh menggunakannya semula sebagai bekas makanan atau untuk menyimpan barang barang lebihan yang tidak diperlukan.

Surat khabar, kertas kadbod dan pembalut beg udara (bubble wrap). Boleh digunakan untuk membungkus barang barang apabila berpindah rumah atau untuk menyimpan barang barang yang mudah pecah.

MAKSUD KITAR SEMULA

Mengitar semula mengikut jenis barang. Banyak barang yang boleh dikitar semula contohnya Kertas Plastik, Logam Kaca.

Barangan lain seperti

Perabot Barangan elektrik Bahan binaan dan kenderaan juga boleh dikitar semula tetapi masyarakat kurang peka untuk memulakannya.

CARA UNTUK KITAR SEMULA

Beli produk yang boleh dikitar semula

Jika membeli barang di pasar raya, kita harus membeli barang dalam bekas yang boleh dikitar semula seperti tin, bekas plastik dan bekas kaca.

Beli produk yang di buat daripada bahan kitar semula . Anda boleh mengetahui sesuatu produk itu mesra pengguna daripada label produk tersebut.

Elakkan dari membeli barangan yang merbahaya Produk yang mengandungi bahan berbahaya dan sukar untuk dikitar semula. Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan tidak membeli produk yang mengandungi bahan-bahan toksik.

Tong kitar semula dan pusat pengumpulan Kenalpasti lokasi tong kitar semula atau pusat pengumpulan yang berhampiran dengan kawasan anda bagi memudahkan penghantaran barangan kitar semula.

KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Pencemaran alam sekitar akan menyebabkan penurunan taraf kesihatan dan keselamatan penduduk .

penipisan lapisan ozon, penghapusan hidupan akuatik serta kepupusan flora dan fauna.

organismaorganisma seperti harimau dan tumbuh-tumbuhan tertentu daripada ancaman kepupusan

USAHA UNTUK MENGATASI PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Membenteras aktiviti pembalakan secara haram dan membuat hutan simpan di tempat-tempat tertentu untuk memastikan flora dan fauna terjaga dengan rapi.

Memastikan bahawa bekalan logam dan bukan logam di dalam kerak Bumi tidak kehabisan.

Memastikan bahawa komposisi gas di udara kekal seimbang.

Memastikan bahawa bekalan keperluan asas manusia tidak terjejas.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah izinnya dapat saya menyiapkan folio Sains ini. Saya dapat mengenali dan mengetahui mengenai pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar serta kepentingan kitar semula untuk memelihara alam sekitar . Dengan cara ini dapat memupuk semangat cintakan alam sekitar dan akan menjadi pendorong untuk saya mengamalkan cara hidup yang mampu menyelamatkan alam sekitar daripada mengalami kemusnahan kerana alam sekitar ini bukan hak mutlak kita, hanya dipinjamkan dari nenek moyang kita dan akan kita warisi kepada anak cucu kita nanti.

1