fiqh ibadat topik 8 puasa

Upload: nooridzam

Post on 04-Nov-2015

108 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Pengertian puasa,bahagian puasa, syarat wajib puasa,

TRANSCRIPT

  • PENGENALAN

    Kebanyakan agama dan bangsa tertentu mempunyai ibadat puasanya yang tersendiri. Lebih-lebih lagi agama Allah yakni Islam yang disyariatkan sejak zaman Nabi Adam a.s lagi hinggalah ke zaman Nabi Muhammad s.a.w. Semuanya mempunyai ibadat puasanya yang tersendiri. Ini adalah berdasarkan firman Allah:

    Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa sama seperti diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, mudah-mudakan kamu bertakwa.

    (Surah al-Baqarah, 2:183)

    TTooppiikk

    88 Puasa

    HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. Menghuraikan definisi dan dalil pensyariatan;

    2. Membezakan empat jenis puasa;

    3. Menerangkan perkara-perkara sunat ketika berpuasa;

    4. Menjelaskan rukun dan perkara yang membatalkan puasa; dan

    5. Mengenal pasti rukhsah dalam ibadat puasa; dan

    6. Menghuraikan bagaimana menggantikan puasa Ramadan.

  • TOPIK 8 PUASA 127

    Dalam topik ini, kita akan membincangkan ibadat puasa dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya mengikut syariat Nabi Muhmmad s.a.w.

    DEFINISI PUASA DAN PENSYARIATAN PUASA

    Puasa dalam penggunaan bahasa Arab ialah menahan diri daripada sesuatu seperti makan, minum, hubungan kelamin, bercakap atau lainnya. Ini dinyatakan dalam firman Allah:

    Maksudnya: Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan. Kemudian kalau engkau melihat seseorang manusia, maka katakanlah: Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana (Allah) Ar-Rahman; (setelah aku menyatakan yang demikian) maka aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapapun dari kalangan manusia pada hari ini.

    (Surah Maryam, 19:26) Dalam perbincangan fiqh puasa diistilahkan sebagai,

    Tahukah anda, bila puasa disyariatkan kepada umat Islam? Puasa telah disyariatkan pada tahun kedua Hijrah. Kefarduannya sabit melalui dalil-dalil syarak: al-Quran, Hadis dan ijma ulama ummah. Nas Quran yang mensabitkan wajib puasa ialah ayat 183 Surah al-Baqarah, seperti dalam pengenalan tadi.

    8.1

    Puasa ialah menahan diri daripada sesuatu yang membatalkan puasa mulai dari naik fajar hingga tenggelam matahari.

  • TOPIK 8 PUASA

    128

    Nas hadis yang mensabitkan wajib puasa ialah yang diriwayatkan oleh Bukhari sabda Rasulullah s.a.w.:

    !" #$% &'() #* + #, -./ 01 2 3 45 678 $9 ";!< =>/ ?

    Maksudnya: Islam dibina di atas lima perkara: mengucap syahadah bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawa Muhammad itu Rasulullah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan haji dan puasa di bulan Ramadan. Puasa juga disabitkan melalui ijma ulama sejak zaman Rasulullah masih hidup hinggalah ke hari ini. Tiada sesiapa yang menafikannya.

    PUASA SEPANJANG SEJARAH

    Sejarah amalan berpuasa muncul serentak dengan kelahiran manusia di muka bumi ini. Puasa bukan sahaja telah menjadi ibadah kepada umat Islam, malahan puasa turut menjadi amalan lazim masyarakat bukan Islam termasuk Mesir kuno, Yunani, bangsa Rumawi dan Cina kuno. Semenjak permulaan sejarah tamadun manusia, puasa telah diterima sebagai salah satu kaedah mencapai ketinggian darjat di sisi Tuhan selain bertindak sebagai kaedah rawatan penyakit fizikal dan penyakit jiwa atau menghindari kemungkaran. Bukti yang menunjukkan ibadah puasa telah disyariatkan sebelum kedatangan Islam lagi ialah ayat 183 Surah al-Baqarah yang telah diberikan dalam subtopik 8.1.

    8.2

    AKTIVITI 8.1

    Anda dikehendaki membuat carian di laman web untuk mengumpulmaklumat-maklumat dan penulisan sarjana bagi menulis sebuah eseiyang bertajuk Puasa dalam Pelbagai Agama.

  • TOPIK 8 PUASA 129

    Ibadah puasa yang telah dilakukan oleh umat terdahulu dilakukan dalam empat cara seperti yang diterangkan dalam Rajah 8.1.

    Rajah 8.1: Empat bentuk utama puasa umat terdahulu Bagi umat Islam, ibadah puasa diriwayatkan oleh Bukhari daripada Abdullah Ibn Umar, beliau mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

    !" #$% &'() #* + #, -./ 01 2 3 45 678 $9 ";!< =>/ ?

    Maksudnya: Islam dibina di atas lima perkara: mengucap syahadah bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah Rasulullah, mendirikan solat, menunaikan zakat, menunaikan haji dan berpuasa di bulan Ramadan.

  • TOPIK 8 PUASA

    130

    KELEBIHAN PUASA

    Sebagai seorang Islam, kita harus yakin bahawa setiap ibadat yang disyariatkan oleh Islam tentu ada kelebihannya. Sebahagian hikmahnya boleh kita ketahui dan sebahagian hikmah yang lain tidak terjangkau akal untuk kita ketahui. Begitu juga dengan ibadah puasa yang sedang dibincangkan di mana puasa mempunyai beberapa kelebihan sama ada dari segi keagamaan hinggalah kesihatan. Dalam subtopik seterusnya, kita akan membincangkan kelebihan puasa dari sudut keagamaan. Terdapat banyak kelebihan berpuasa sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. (rujuk Jadual 8.1).

    Jadual 8.1: Kelebihan Berpuasa Menurut Sabda Rasulullah s.a.w.

    Kelebihan Sabda Rasulullah s.a.w.

    Sebagai perisai daripada melakukan maksiat

    ) @5A B BC #.9 # D) E" E3 FCG8 $C ;32 #, #8 3 HC I'A #.9 #6, B EJ.!C !K* 2 K C EL8 M>98

    D.KG Semua amalan anak Adam untuknya kecuali puasa, sesungguhnya ia adalah untuk Ku (Allah). Aku membalasnya. Puasa itu perisai, apabila seseorang kamu berpuasa janganlah melakukan rafath (perbuatan kotor dan keji), jangan maki hamun dan jangan berkelahi. Sekiranya seseorang memaki atau menyerangnya beliau hendaklah berkata sebanyak dua kali: Sesungguhnya aku berpuasa .

    Di hari kiamat, Allah akan menjauhkan muka orang yang berpuasa dari api neraka

    ' #. NO) ") E./ C 8 /" #98 P8G D.Q/ A D"

    Tidaklah seorang berpuasa satu hari kerana Allah melainkan Allah menjauhi mukanya dari api neraka pada hari itu (kiamat) sejauh tujuh puluh musim rubtuk.

    8.3

  • TOPIK 8 PUASA 131

    Pahala orang yang berpuasa tidak ada bandingannya

    ;! .!" !, -.K * I &) D" BC #9) N.!" * I'L '!8 EQ) BG -!JC

    #.9) N.!" JC .BR 7.K ;S " Abi Umamah meriwayatkan, aku datang menemui Rasulullah s.a.w. maka aku berkata: Perintahkan aku satu amalan yang membolehkan aku masuk syurga. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: Hendaklah engkau berpuasa, sesungguhnya puasa itu tidak ada tandingan. Kemudian aku datang kali kedua Rasulullah s.a.w. (mengulangi apa yang aku katakan pada kali pertama) kata hendaklah engkau berpuasa.

    Semua itu adalah kelebihan puasa yang boleh dipandang dari kaca mata syarak. Bagaimana pula pandangan saintis? Sebenarnya berpuasa banyak memberikan manfaat kepada kesihatan manusia. Selain dapat menurunkan berat badan, berpuasa dapat menurunkan paras gula di dalam darah dan mampu menolong proses detoksifikasi. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci mengenai perkara ini, sila buat pencarian di dalam Internet. Rujukan buku Quran Saintifik oleh Danial Zainal Adibin juga boleh membantu mengetahui kelebihan berpuasa dari aspek kesihatan dalam perspektif sains.

    JENIS PUASA

    Sebagaimana yang kita ketahui puasa merupakan salah satu daripada bentuk ibadah dalam Islam. Puasa boleh dilakukan pada bila-bila masa sepanjang tahun. Walau bagaimanapun terdapat juga beberapa hari yang diharamkan kita berpuasa.

    8.4

    SEMAK KENDIRI 8.1

    1. Bilakah ibadat puasa disyariatkan oleh Allah s.w.t. ke atas umatIslam?

    2. Apakah yang membezakan puasa dalam syariat Islam denganpuasa dalam budaya dan agama lain?

    3. Apakah keistimewan ibadat puasa berbanding ibadat-ibadat lainberdasarkan nas syarak?

  • TOPIK 8 PUASA

    132

    Rajah 8.2 berikut menyenaraikan empat jenis puasa.

    Rajah 8.2: Empat jenis puasa

    8.4.1 Puasa Wajib

    Puasa wajib terbahagi kepada tiga seperti yang diterangkan dalam Rajah 8.3.

  • TOPIK 8 PUASA 133

    Rajah 8.3: Puasa wajib

    Selain daripada puasa wajib, terdapat pula beberapa jenis puasa lain yang tidak wajib. Puasa yang dimaksudkan adalah puasa sunat, puasa makruh dan puasa haram. Bagaimana pula puasa boleh jadi haram? Mari sama-sama kita pelajarinya selepas ini.

    8.4.2 Puasa Haram

    Mengikut jumhur ulama, puasa haram adalah seperti yang diterangkan dalam Rajah 8.4.

  • TOPIK 8 PUASA

    134

    Rajah 8.4: Puasa haram

    Berikut adalah huraian puasa yang menjadi haram: (a) IIsteri Berpuasa Sunat Tanpa Izin Suami atau Tanpa Mengetahui

    Keredaannya Puasa isteri tersebut menjadi puasa haram kecuali suaminya tidak berhajat kepada isteri. Contohnya: Apabila suami tidak ada di dalam negeri atau masih dalam ihram haji atau umrah. Hal ini berdasarkan kepada hadis:

    T AU #9K G% E8 V)BH

    Maksudnya: Tidak halal bagi wanita berpuasa sedangkan suaminya ada bersama kecuali dengan keizinannya.

  • TOPIK 8 PUASA 135

    (b) PPuasa Hari Syak Iaitu puasa pada 30 Syaaban sekiranya orang ramai ragu-ragu bahawa pada hari itu 1 Ramadan atau tidak. Bagi mazhab Syafie, hukum berpuasa pada hari itu adalah haram, walaupun mazhab-mazhab lain menganggapnya makruh.

    (c) PPuasa Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Aidil Adha

    Fuqaha sepakat mengatakan bahawa berpuasa pada hari raya puasa dan hari raya korban adalah haram, sama ada puasa itu fardu seperti puasa qada, sunat atau nazar wajib atau sunat. Hukum ini telah disabitkan oleh hadis riwayat Umar Bin al-Khattab r.a.:

    D.. D8OT #.9 D" B , D ;3GWXC GWX #8 ;Y ;YY

  • TOPIK 8 PUASA

    136

    (e) PPuasa Wanita yang Didatangi Haid dan Nifas Wanita yang sedang mengalami kedatangan haid dan sedang bernifas, sama ada kerana melahirkan secara normal, pembedahan atau kerana mengalami keguguran dilarang dan haram sekiranya berpuasa.

    (f) PPuasa bagi Mereka yang Dibimbangi boleh Mengakibatkan Kehilangkan Nyawa Menurut Pandangan Doktor Pakar Pesakit kronik yang dibimbangi oleh doktor pakar tidak dibolehkan berpuasa kerana takut boleh kehilangan nyawa. Contohnya seperti puasa bagi ibu sedang mengandung yang dibimbangkan akan mengakibatkan kematian janin di dalam kandungannya, ibu yang sedang menyusukan bayinya atau pesakit yang dikenal pasti jika dia berpuasa akan membawa maut.

    8.4.3 Puasa Makruh

    Sekarang mari kita pelajari empat jenis puasa yang dimakruhkan (rujuk Rajah 8.5).

    Rajah 8.5: Puasa makruh

    Berikut adalah huraian puasa yang dimakruhkan: (a) Puasa Hari Jumaat Sahaja

    Mengikut jumhur ulama, puasa pada hari Jumaat sahaja adalah makruh melainkan digabungkan dengan sebelum hari Jumaat atau selepasnya. Begitu juga tidak makruh berpuasa pada hari Jumaat sekiranya hari

  • TOPIK 8 PUASA 137

    bertetapan dengan sunat puasa kerana hari Arafah atau hari 10 Muharam. Sebagaimana hadis:

    ?Q) 8 !/* 8 #98 IQL #8 ;32 #98

    Maksudnya: Tidak boleh seseorang kamu berpuasa pada hari Jumaat kecuali dia berpuasa sehari sebelumnya atau sehari selepasnya.

    (b) Puasa Hari Sabtu Sahaja Hal ini sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w.:

    M'" " ;32 L8 ; BC ;Y.!" ^G7C .C -/

  • TOPIK 8 PUASA

    138

    : !" # $ % ! %&' () *+ ,

    - . /01 23 : ! 0 4 5'6 :7 . 89" ;? @#A *2 ," ;B C D. C D. E 0" &F G A +3

    23 HI " : 84JK LM4 &F G A * N I 0#8F O Maksudnya: Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah s.a.w. melarang menyambung puasa. Salah seorang daripada muslimin berkata: Engkau sendiri menyambung puasamu ya Rasulullah. Baginda bersabda: Siapa antara kamu sama denganku?. Sesungguhnya aku bermalam, Tuhanku memberiku makan dan minum. Apabila mereka enggan berhenti daripada menyambung puasa, Baginda berpuasa bersama mereka, sehari ke sehari, kemudian mereka melihat anak bulan lalu Baginda bersabda: Kalaulah anak bulan itu lewat nescaya aku tambah (puasa) untuk kamu. Ini dilakukan Baginda seolah-olah mengenakan hukuman ke atas mereka apabila mereka enggan berhenti (menyambung puasa).

    8.4.4 Puasa Sunat

    Kita telah mempelajari puasa wajib, puasa haram dan puasa makruh. Sekarang, kita akan melihat jenis yang terakhir iaitu puasa sunat (rujuk Rajah 8.6).

    Rajah 8.6: Puasa sunat

  • TOPIK 8 PUASA 139

    Berikut adalah huraian kepada puasa sunat: (a) PPuasa Nabi Daud a.s.

    Puasa Nabi Daud a.s. ialah puasa yang dilakukan selang sehari dengan berpuasa satu hari berbuka satu hari. Hadis bersabit dengan puasa ini ialah sabda Rasulullah s.a.w.:

    Maksudnya: Paling afdal puasa ialah puasa Nabi Daud a.s, dia berpuasa sehari dan berbuka (tidak puasa) sehari.

    (b) PPuasa Aiyam al-Baiydh ( ) Puasa aiyam al-Baiydh atau puasa tiga hari di pertengahan bulan iaitu pada hari ke-13, 14 dan 15 pada setiap bulan. Hadis bersabit dengan puasa ini ialah sabda Rasulullah s.a.w. kepada Abu Dzar:

    Maksudnya: Jika engkau berpuasa tiga hari daripada satu bulan, puasalah pada hari ke-13, 14 dan 15.

    (c) PPuasa Isnin dan Khamis

    Puasa yang dilakukan pada hari Isnin dan Khamis sahaja, selain daripada hari-hari yang diharamkan dan dimakruhkan berpuasa. Aisyah meriwayatkan:

    Maksudnya: Bahawa Rasulullah s.a.w. sangat ambil berat dengan puasa hari Isnin dan Khamis.

    (d) PPuasa Enam Hari dalam Bulan Syawal

    Puasa yang dilakukan sebanyak enam hari dalam bulan Syawal selepas Hari Raya Aidil Fitri. Hadis bersabit dengan puasa ini ialah sabda Rasulullah s.a.w.:

  • TOPIK 8 PUASA

    140

    Maksudnya: Siapa yang berpuasa Ramadan kemudian mengiringinya dengan enam hari bulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun.

    (e) PPuasa Hari Arafah

    Berpuasa pada hari Arafah ialah melakukannya pada hari ke-9 dalam bulan Zulhijjah bagi mereka yang tidak mengerjakan haji. Hadis bersabit dengan puasa ini ialah sabda Rasulullah s.a.w.:

    ?Q) &7 I'

  • TOPIK 8 PUASA 141

    Maksudnya: Diriwayatkan daripada seorang lelaki yang (datang) dari (kabilah) Bahilah, dia datang menemui Rasulullah s.a.w. dan berkata: Saya ialah lelaki yang datang menemui engkau pada tahun pertama. Sabda Rasulullah s.a.w.: Kenapa kamu menyeksa diri kamu? Kemudian Baginda bersabda lagi: Puasalah pada bulan kesabaran dan sehari setiap bulan. Lelaki itu berkata lagi: Tambahlah untuk saya lagi, saya punya kekuatan. Rasulullah bersabda: Puasalah dua hari. Lelaki itu berkata lagi: Tambahlah lagi untuk saya. Rasulullah s.a.w. bersabda: Puasalah daripada bulan al-Haram dan tinggalkan. Puasalah daripada bulan al-Haram dan tinggalkanlah. Puasalah daripada bulan al-Haram dan tinggalkanlah. Dan Baginda memberi isyarat dengan tiga jejarinya, Baginda merapatkannya (tiga jari) kemudian menjarangkannya.

    Menurut para fuqaha, puasa dalam bulan Rejab tiada kelebihan daripada puasa dalam bulan-bulan lain. Cuma bulan Rejab tersebut berada dalam salah satu daripada bulan-bulan haram. Tiada dalam sunnah yang sahih secara khusus menyatakan kelebihan berpuasa dalam bulan Rejab. Kalau adapun, riwayat hadis mengenainya tidak mencapai tahap boleh dijadikan hujah. Kata Ibn Hajar: Maksudnya: Tiada nas mengenai kelebihannya yang boleh dijadikan hujah; tidak juga berkaitan puasanya, tidak juga berkaitan puasa tertentu padanya dan tidak juga berkaitan qiamullail (pada malam) tertentu daripadanya.

    (h) PPuasa Sunat Bulan Syaaban

    Puasa beberapa hari dalam bulan Syaaban dan melalui riwayat al-Nasaie dalam hadis fi`ili Rasulullah s.a.w. bersabda:

    * '" &Z 8U D) I D" : 8 -!* : D G D #9K i ;

    * g/Q D #9K k : MA D.) e'" .C l' EXmK G iH B &!" nCG8 M2 eD.Q ] "o .C nCGK G T e+

    ;p,

    Daripada Usamah Bin Zaid r.a beliau berkata: Aku katakan kepada Rasulullah s.a.w.: Saya tidak melihat engkau berpuasa daripada mana-mana bulan seperti engkau puasa pada bulan Syaaban. Baginda bersabda: Itulah bulan yang manusia dilalaikan daripadanya antara Rejab dan Ramadan. Ia adalah bulan yang amalan manusia diangkatkan kepada Allah Rabbul `alamin. Dan saya suka amalan saya diangkat sewaktu saya berpuasa.

  • TOPIK 8 PUASA

    142

    Puasa bulan Syaaban juga sabit dengan hadis riwayat Muslim berikut yang menyatakan bahawa Ummul Mukminin `Aisyah mengatakan:

    G `* G #., EY7 ;! .!" !, -8

    /Q &C ' ., GR3 G &C 78 e+. Maksudnya: Aku tidak sama sekali melihat Rasulullah s.a.w. menyempurnakan puasa sebulan kecuali puasa bulan Ramadan dan aku tidak melihat Baginda paling banyak berpuasa berbanding dalam bulan Syaaban.

    SEMAK KENDIRI 8.2

    1. Berikan definisi terma-terma berikut:

    a. , #,

    b. WC E.LQK

    c. b8Gk7 #8 #,

    d. #,

    e. e i< 2. Senaraikan hari-hari yang diharamkan berpuasa dan hari-hari yang

    makruh berpuasa.

    3. Berikan beberapa contoh orang yang harus meninggalkanpuasanya kerana doktor pakar bimbang ia boleh mengakibatkankematian.

    1. Anda diminta untuk membuat kajian terperinci mengenai khilaf jumhur dan mazhab Syafie mengenai puasa di hari Tasyriq dan hari Syak.

    2. Sila buat carian di laman-laman web secara terperinci mengenai khilaf fuqaha mengenai hukum berpuasa dalam bulan Rejab.

    3. Buat kajian secara rawak mengenai amalan puasa pada hari Isnin dan Khamis dalam qariah anda.

    AKTIVITI 8.2

  • TOPIK 8 PUASA 143

    PERKARA SUNAT SEMASA PUASA

    Puasa adalah suruhan Allah s.w.t yang wajib kita lakukan. Nabi Muhammad s.a.w. pula mengajar kita amalan-amalan lain yang sunat dilakukan semasa kita berpuasa. Tujuannya ialah supaya kita mendapat ganjaran yang berlipat kali ganda dari Allah s.w.t. Antara perkara sunat tersebut adalah seperti yang diterangkan dalam Rajah 8.7.

    Rajah 8.7: Perkara sunat semasa puasa

    8.5

  • TOPIK 8 PUASA

    144

    Berikut adalah huraian lanjut bagi amalan sunat tersebut: (a) BBersahur

    Sebagaimana hadis yang menyatakan sunat bersahur berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w.:

    I3G)

  • TOPIK 8 PUASA 145

    (e) MMemelihara Ucapan Disunatkan umat Islam supaya memelihara lidah daripada percakapan yang tidak berfaedah ( !m ) seperti berbohong, mencaci, memaki, menimbulkan permusuhan dan riyak. Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Hakim daripada Rasulullah s.a.w. bersabda:

    E3o D #.9 .FCG m! D #.9 B ]Gk 2 N) C N.!" EA;p, B e ;p, B EJ

    Maksudnya: Puasa itu bukan setakat (menahan) makan dan minum, tetapi puasa itu (menahan) daripada sesuatu yang tidak berfaedah dan lucah. Jika seseorang mencaci atau memaki kamu, katakanlah: Aku berpuasa, aku berpuasa.

    (f) MMemelihara Penglihatan

    Umat Islam yang berpuasa disunatkan untuk memelihara mata daripada melihat perkara tercela dan dibenci oleh agama.

    (g) MMemelihara Pendengaran

    Selain ucapan dan penglihatan, umat Islam disunatkan untuk memelihara pendengaran daripada mendengar perkara yang dilarang.

    (h) MMemelihara Seluruh Anggota

    Umat Islam disunatkan untuk memelihara seluruh anggota yang lain daripada membuat dosa seperti tangan dan kaki. Begitu juga menahan perut daripada makan makanan syubhat semasa berbuka.

    (i) MMemperbanyakkan Sedekah

    Puasa seseorang akan menjadi lebih berkat apabila dibanyakkan bersedekah kepada golongan fakir dan miskin. Sunat banyak bersedekah di bulan puasa thabit dengan hadis fi`li:

    3)r (Y8 A 3 l' AE8G/A ?J!8 D.2 + C

    Maksudnya: Rasulullah s.a.w. paling pemurah dan Baginda paling pemurah di bulan Ramadan apabila Jibrail bertemu dengannya.

  • TOPIK 8 PUASA

    146

    (j) MMemperbanyakkan Amalan Lain Mereka yang berpuasa disunatkan untuk memperbanyakkan amalan lain seperti menghadiri majlis-majlis ilmu, membaca al-Quran, bertadarus al-Quran, berzikir dan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.

    tGJ .C + D I!. E3 C ?J!8 3

    Maksudnya: Baginda bertemu Jibrail pada setiap malam bulan Ramadan dan bertadarus Quran dengannya.

    (k) BBeriktikaf 10 Hari Terakhir dalam Bulan Ramadan Galakkan membanyakkan ibadat iktikaf dalam bulan Ramadan, terutama 10 hari terakhir dalam bulan Ramadan. Hal ini dapat dilihat dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Ummul Mukminin `Aisyah r.a.:

    -* '" Z Ikp" D" : /' )r ( E.! .2 Go GkQ H 3

    Of !T uJ8

    Maksudnya: Daripada `Aisyah r.a dia berkata: Bahawasanya Rasulullah s.a.w. apabila sampai 10 hari terakhir (Ramadan) Baginda akan menghidupkan malam-malam (Ramadan). Baginda menggerakkan para isterinya dan mengetatkan ikatan kainnya.

    RUKUN PUASA

    Seperti yang telah sedia maklum, setiap ibadat dalam Islam mempunyai syarat dan rukunnya. Puasa merupakan salah satu ibadat dalam Islam. Oleh itu, untuk menjadikan ibadat itu sah di sisi Allah, kita mestilah menjaga syarat dan rukunnya. Rukun puasa ialah sesuatu yang kita mesti patuhi, jika tidak, maka puasa kita tidak sah.

    8.6

    AKTIVITI 8.3

    Imam Syafie dan Imam Hanafi khilaf mengenai wajib niat puasaRamadan pada setiap malam. Sila sediakan bahan-bahan untuk andabincangkan tajuk ini dengan rakan tutorial anda.

  • TOPIK 8 PUASA 147

    Rajah 8.8 berikut menunjukkan rukun puasa yang perlu dipatuhi.

    Rajah 8.8: Beberapa rukun puasa

    PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA

    Selain daripada rukun dan syarat, kita juga harus tahu apakah perkara-perkara yang membatalkan puasa. Tanpa mengetahuinya, kita akan tersalah melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa. Akibatnya puasa kita menjadi sia-sia sahaja, kerana tidak diterima oleh Allah s.w.t. sebab puasa itu telah terbatal. Apakah antara perkara yang membatalkan puasa? Perkara yang membatalkan puasa terbahagi kepada dua isu seperti yang diterangkan dalam Rajah 8.9.

    8.7

  • TOPIK 8 PUASA

    148

    Rajah 8.9: Perkara yang membatalkan puasa

    8.7.1 Perkara Membatalkan Puasa dan Diwajibkan Qada

    Subtopik ini membincangkan perkara yang membatalkan puasa dan diwajibkan untuk qada puasa tersebut (rujuk Rajah 8.10).

    Rajah 8.10: Perkara yang membatalkan puasa dan diwajibkan qada

  • TOPIK 8 PUASA 149

    Berikut adalah huraian lanjut perkara yang membatalkan puasa: (a) MMemasukkan Sesuatu ke dalam Rongga dengan Sengaja

    Seperti memasukkan ke dalam mulut, hidung, telinga, qubul dan dubur. Beberapa masalah bersabit memasukkan sesuatu ke dalam rongga ialah seperti berikut:

    (i) Menyuntik ubat di bawah kulit atau melalui urat walaupun ubat itu sampai ke rongga tidak membatalkan puasa kerana urat bukan rongga yang biasa.

    (ii) Menitikkan ubat ke dalam mata tidak membatalkan puasa kerana mata bukan rongga biasa.

    (iii) Memasukan ubat melalui dubur bagi orang yang mengalami penyakit buasir. Mengikut Ibn Hazm, Ibn Taimiyyah dan Yusuf Qardhawi tidak batal puasa kerana ubatan itu tidak termasuk ke dalam kategori makan dan minum. Mazhab Syafie pula berpendapat memasukkan sesuatu ke dalam boleh membatalkan puasa kerana dubur dianggap sebagai rongga.

    (iv) Memasukkan air glukos ke dalam tubuh melalui pembuluh darah. Ulama khilaf mengenai hukum masalah ini. Pendapat pertama mengatakan batal puasa kerana glukos dianggap telah masuk ke dalam rongga dan mengenyangkan. Pendapat kedua mengatakan tidak batal puasa kerana tidak masuk ke dalam rongga, tetapi masuk melalui saluran darah.

    (b) MMuntah dengan Sengaja

    Muntah yang disengajakan boleh membatalkan puasa, tetapi muntah yang tidak disengajakan tidak membatalkan puasa seperti ibu mengandung yang tidak dapat menahan muntah. Rasulullah s.a.w. bersabda:

    &J "H D6 T;p, vJ.!C 6J7 D 6+* .!" .!C

    Maksudnya: Sesiapa dikuasai muntah (muntah tanpa sengaja) sedangkan dia berpuasa, dia tidak diwajibkan mengqada (puasanya). Sesiapa yang sengaja muntah beliau hendaklah mengqada puasanya.

    (c) OOnani Sekiranya orang yang berpuasa beronani iaitu mengeluarkan mani dengan tangan, keluar mani dengan bersentuh atau berkucup tanpa berlapik, dia perlu mengqada puasanya.

  • TOPIK 8 PUASA

    150

    (d) KKeluar Darah Haid atau Nifas Wanita yang berpuasa mendapati keluar darah haid atau nifas walaupun di saat hampir berbuka puasa wajib qada.

    (e) TTerbukti Kesilapan Makan dan Minum Selepas Tamat Sahur atau Sebelum

    Berbuka Puasa Terbukti kesilapan makan dan minum selepas tamat waktu sahur ataupun sebelum waktu berbuka puasa iaitu ketika matahari naik atau sebelum tenggelam matahari. Kes ini boleh digambarkan apabila seseorang bangun terlewat dan terus bersahur dengan anggapan bahawa waktu bersahur belum luput, tetapi setelah dia makan ternyata waktu fajar atau Subuh telah masuk sewaktu dia makan. Begitu juga seorang yang berbuka puasa dengan anggapan waktu Maghrib telah masuk, tetapi setelah dia berbuka ternyata waktu Maghrib belum masuk lagi ketika dia berbuka.

    (f) MMakan dan Minum dengan Sengaja

    Sekiranya orang yang berpuasa, tidak sengaja termakan atau terminum, maka masih boleh diteruskan puasanya. Manakala, perbuatan makan dan minum dengan sengaja, puasanya perlu diqada.

    (g) TTertelan Kahak

    Bagi mazhab Syafie dan Hambali, tertelan kahak boleh mambatalkan puasa manakala tertelan air liur walaupun setelah dikumpulkan tidak membatalkan puasa.

    8.7.2 Perkara Membatalkan Puasa, Wajib Qada dan Bayar Kaffarah

    Mengikut jumhur ulama perkara yang membatalkan puasa, wajib qada dan membayar kaffarah ialah melakukan jimak di siang hari dalam bulan Ramadan. Ini berdasarkan hadis riwayat Abi Hurairah yang bermaksud:

    Seorang lelaki telah datang menemui Nabi Muhammad s.a.w. lalu berkata: saya telah melakukan kebinasaan, wahai Rasulullah. Rasulullah bertanya Apa yang menyebabkan engkau melakukan kebinasaan?. Dia menjawab: Saya telah melakukan persetubuhan ke atas isteri saya pada siang hari dalam bulan Ramadan. Rasulullah bersabda: Adakah engkau boleh dapati hamba untuk di merdekakan?. Dia menjawab: Tidak. Baginda bersabda lagi: Adakah engkau mampu berpuasa dua bulan berturut-turut?. Dia menjawab: Tidak. Baginda bersabda lagi: Adakah engkau mampu memberi makan enam puluh orang miskin?. Dia menjawab: Tidak. Lalu Baginda s.a.w. membawa segantang buah tamar, baginda

  • TOPIK 8 PUASA 151

    bersabda kepadanya: Sedekahlah ini. Lelaki itu berkata: Adakah orang yang paling fakir daripada aku? Tidak ada orang yang paling berhajat di lembah ini daripada aku. Baginda tersenyum sehingga nampak gigi bongsu. Lalu berkata: Pergilah dan berilah makan (ini) kepada ahli keluargamu.

    Hukum membayar kaffarah bagi orang yang mengulangi perbuatan jimak di siang hari bulan Ramadan adalah seperti berikut:

    (a) Ulama khilaf menentukan hukum ke atas orang yang mengulangi jimak di

    siang hari bulan Ramadan pada hari yang berlainan sebelum membayar kaffarah:

    (i) Mazhab Hanafi dan Hanbali mewajibkannya membayar satu kaffarah

    sahaja kerana alasan dikenakan membayar kaffarah adalah sama iaitu melakukan jimak di siang hari; cuma dia belum menyempurnakan bayaran kaffarah. Jadi kaffarah yang kedua termasuk dalam kaffarah pertama yang belum disempurnakan lagi.

    (ii) Mazhab Syafie dan Maliki mewajibkannya membayar dua kaffarah

    kerana setiap hari ibadat adalah berasingan. (b) Dalam hukum kes mengulangi jimak di siang hari Ramadan dalam satu

    hari, fuqaha sepakat mengatakan dia wajib membayar satu kaffarah sahaja.

    Syarat-syarat wajib qada dan kaffarah bagi orang berjimak di siang hari mengikut mazhab Syafie adalah seperti yang diterangkan dalam Rajah 8.11.

  • TOPIK 8 PUASA

    152

    Rajah 8.11: Syarat wajib qada dan kaffarah bagi orang berjimak di siang hari mengikut

    mazhab Shafie

  • TOPIK 8 PUASA 153

    KEUZURAN YANG MEMBOLEHKAN BERBUKA PUASA

    Islam ialah agama yang bersifat thabat wa murunah. Maknanya tetap tetapi anjal. Merujuk kepada ibadat puasa, Islam tetap mewajibkan setiap umat Islam yang telah cukup syaratnya supaya berpuasa dalam bulan Ramadan. Walaupun begitu, jika ada keuzuran maka ia boleh diringankan. Kewajipannya itu bersifat anjal. Mereka yang uzur boleh berbuka puasa dalam bulan Ramadan sekiranya tidak berdaya, tetapi selepas Ramadan dan keuzurannya telah pulih, maka puasanya wajib diqada. Syariat Islam mesra kepada penganutnya kerana memberikan keringanan (rukhsah) untuk berbuka puasa. Siapakah yang layak mendapat keringanan atau rukhsah dalam ibadat puasa. Rujuk Rajah 8.12 untuk mengetahui jawapannya.

    8.8

    SEMAK KENDIRI 8.3

    1. Ulama khilaf mengenai hukum kes memasukkan glukos melaluisuntikan dan memasukkan ubat melalui dubur. Apakah perbuatanini boleh membatalkan puasa atau tidak? Anda dimintamengemukakan hujah para ulama dan berikan pendapat pilihananda serta nyatakan justifikasinya.

    2. Kelaskan puasa yang wajib diqada tetapi tidak wajib kaffarahdengan puasa yang wajib qada dan kaffarah. Bincangkan jawapananda bersama rakan sekelas anda.

  • TOPIK 8 PUASA

    154

    Rajah 8.12: Sebab yang layak mendapat keringanan atau rukhsah dalam ibadat puasa

    Berikut adalah huraian lanjut bagi rukhsah ini: (a) MMusafir

    Seseorang yang dalam keadaan musafir diharuskan oleh syarak dibolehkan membuka puasanya, tetapi wajib mengqadanya. Ini telah dijelaskan dalam firman Allah s.w.t.:

  • TOPIK 8 PUASA 155

    Maksudnya: (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; ddan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya, dan supaya kamu bersyukur.

    (Surah al-Baqarah, 2:185) (b) SSakit yang ada Harapan Sembuh

    Pesakit yang masih ada harapan untuk sembuh dibolehkan membuka puasanya dan wajib mengqadanya setelah mampu untuk berbuat demikian.

    (c) SSakit yang tidak ada Harapan Sembuh

    Pesakit yang tidak ada harapan untuk sembuh dibolehkan membuka puasanya dan tidak perlu diqada. Namun, wajib membayar fidyah dengan memberikan makanan kepada orang miskin, satu cupak untuk satu hari puasa yang ditinggalkan.

    (d) WWanita Mengandung atau Menyusukan Anak Wanita ini dibenarkan tidak berpuasa, yakni bimbang kemudaratan ke atas dirinya, kandungannya atau yang disusukannya. Beliau diwajibkan mengqada puasa yang ditinggalkannya.

  • TOPIK 8 PUASA

    156

    (e) OOrang Tua yang Terlalu Uzur Orang tua yang terlalu uzur dibolehkan membuka puasanya dan wajib membayar fidyah seperti pesakit yang tiada harapan sembuh. Firman Allah s.w.t.:

    Maksudnya: (Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; ddan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih daripada yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.

    (Surah al-Baqarah, 2:184) (f) OOrang yang Dipaksa Membuka Puasanya

    Seseorang itu dibolehkan membuka puasanya dan wajib mengqadanya setelah dia mampu berbuat demikian.

    AKTIVITI 8.4

    Sila lawati laman web www.yasaloonak.net. Rumuskan pendapat fuqaha mengenai isu wanita hamil meninggalkan puasa.

  • TOPIK 8 PUASA 157

    MENGGANTIKAN PUASA RAMADAN

    Menggantikan atau menqadakan puasa Ramadan, hukumnya wajib bagi mereka yang berbuka puasa kerana keuzuran atau sengaja. Firman Allah s.w.t.:

    Maksudnya: (Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan kepada orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih daripada yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.

    (Surah al-Baqarah, 2:184) Qada puasa juga sabit dengan hadis marfu` riwayat Dar al-Qutni daripada Ibn Umar:

    Maksudnya: Mengqada (puasa) Ramadan, jika dia mahu dia boleh memisah-misahkannya, jika dia mahu dia lakukan berturut-turut. Hadis riwayat `Aisyah:

    8.9

  • TOPIK 8 PUASA

    158

    Maksudnya: Sesungguhnya seorang wanita bertanya kepada `Aisyah: Kenapa wanita haid mengqada puasa dan tidak mengqada solat?. `Aisyah bertanya: Adakah kamu seorang daripada kabilah Haruriyah?. Wanita itu menjawab, aku bukan Haruriyah, tetapi aku ingin bertanya. `Aisyah berkata: Keadaan sedemikian telah berlaku kepada kami ketika bersama Rasulullah s.a.w., kami diperintah dan tidak diperintah. Baginda memerintahkan mengqada puasa dan tidak memerintahkan mengqada solat. Waktu mengganti atau mengqada puasa bermula sejak awal Syawal tahun tersebut hingga ke akhir bulan Syaaban tahun yang sama. Begitu juga waktu melaksanakan pembayaran kaffarah sama dengan masa untuk mengqada puasa. Sesiapa yang membuka puasa tanpa keuzuran adalah haram dan berdosa. Rasulullah s.a.w. bersabda:

    + D 8 GWC D, !3 GT #, +J8 ; ^G I9 G.d D Maksudnya: Siapa yang tidak berpuasa satu hari daripada bulan Ramadan tanpa rukhsah dan tanpa sakit, puasa setahun tidak dapat menggantinya, sekalipun dia melakukannya.

    Masalah Melewatkan Qada Puasa Fuqaha khilaf mengenai kes seseorang yang melewatkan mengqada puasa Ramadannya sehingga masuk Ramadan tahun yang berikutnya:

    (i) Mazhab Hanafi berpendapat orang yang membatalkan puasa mestilah menqada puasa tersebut bila-bila masa sahaja dan tidak diwajibkan membayar fidyah.

    (ii) Mazhab Syafie, Maliki dan Imam Ahmad pula berpendapat orang yang membatalkan puasa wajib mengqada puasa tersebut. Di samping itu juga diwajibkan membayar fidyah secupak makanan asasi atau nilainya bagi setiap hari puasa yang ditinggalkan sehingga melangkah tahun.

    (iii) Bagi mazhab Syafie kadar fidyah akan bertambah apabila tahun kelewatan puasa itu diqada bertambah. Contohnya, Ali tidak mengqada tiga hari puasa Ramadan yang ditinggalkannya tiga tahun lepas. Dia wajib mengqada tiga hari puasa yang ditinggalkannya dan wajib menbayar fidyah tiga cupak untuk satu hari yang ditinggalkan. Ini bererti Ali wajib membayar fidyah sebanyak sembilan cupak untuk tiga hari yang tidak diqadanya selama tiga tahun.

  • TOPIK 8 PUASA 159

    Dalam bahasa Arab, puasa ialah menahan diri daripada sesuatu seperti

    makan, minum, hubungan kelamin, bercakap atau lainnya. Dari sudut fiqh pula, puasa bermaksud menahan diri daripada sesuatu yang membatalkan puasa mulai dari naik fajar hingga tenggelam matahari.

    Dalil bagi pensyariatan puasa adalah daripada al-Quran, hadis dan ijma ulama ummah. Antaranya ialah Surah Maryam, ayat 26 dan hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari.

    Terdapat empat jenis puasa iaitu puasa wajib, puasa haram, puasa sunat dan puasa makruh. Puasa wajib terdiri daripada puasa bulan Ramadan, puasa kaffarah dan puasa nazar. Puasa haram pula terdiri daripada enam jenis. Antaranya puasa hari tasyriq, puasa hari syak dan puasa pada dua hari raya (Aidil Fitri dan Aidil Adha). Bagi puasa makruh pula, ia terdiri daripada puasa sepanjang tahun, puasa hari Jumaat sahaja, puasa hari Sabtu sahaja dan puasa berterusan tanpa berbuka. Akhir sekali, puasa sunat terdiri daripada lapan jenis. Antaranya ialah puasa hari Asyura, puasa hari Arafah dan puasa enam hari dalam bulan Syawal.

    Antara perkara sunat yang digalakkan semasa berpuasa ialah bersahur, menyegerakan berbuka, memelihara penglihatan, pendengaran dan seluruh anggota badan, memperbanyakkan sedekah dan membaca doa semasa berbuka.

    Rukun puasa ada dua iaitu niat dan menahan diri daripada perkara yang boleh membatalkan puasa. Perkara yang boleh membatalkan puasa pula terbahagi kepada dua iaitu (i) batal puasa dan wajib qada dan (ii) batal puasa, wajib qada dan membayar kaffarah.

    SEMAK KENDIRI 8.4

    1. Terangkan bentuk keuzuran yang membolehkan seseorangmukallaf meninggalkan puasanya.

    2. Ulama mazhab khilaf mengenai hukum melewatkan mengqadapuasa Ramadan hingga ke tahun berikutnya. Huraikanpandangan-pandangan dan hujah ulama mazhab-mazhabtersebut.

    3. Nyatakan pandangan ulama mengenai hukum menggantikanpuasa orang yang telah mati.

  • TOPIK 8 PUASA

    160

    Antara perkara yang membatalkan puasa dan wajib qada ialah tertelan kahak, onani, keluar darah nifas atau haid dan muntah dengan sengaja. Perkara yang membatalkan puasa, wajib qada dan membayar kaffarah ialah melakukan jimak di siang hari dalam bulan Ramadan.

    Rukhsah bagi puasa diberikan kerana beberapa sebab seperti musafir, sakit yang ada harapan sembuh, sakit yang tiada harapan sembuh, wanita mengandung atau menyusu, orang tua yang terlalu uzur, orang yang dipaksa membuka puasanya.

    Menggantikan atau menqadakan puasa Ramadan, hukumnya adalah wajib bagi mereka yang berbuka puasa kerana keuzuran atau sengaja. Waktu mengganti atau mengqada puasa bermula sejak awal Syawal tahun tersebut hingga ke akhir bulan Syaaban tahun yang sama. Begitu juga waktu melaksanakan pembayaran kaffarah sama dengan masa untuk mengqada puasa.

    Berbuka puasa Fajar Fidyah Imsak Jimak Kaffarah Puasa haram

    Puasa makruh Puasa sunat Puasa wajib Qada Rukshah Sahur

    Al-Nawawi. (t.t). Raudah al-Talibin (Jld. 1). Beirut: Dar al-Kutub

    al-Ilmiyah.

    Al-Sayyid, Sabiq. (t.t). Fiqh al-Sunnah (Jld. 1) Kaherah: Maktabah Dar al-Turath.

    Al-Zuhaili. (1997). Al-Fiqh al-Islami wa adillatuhu. Damsyikascus: Dar al-Fikr.

    Mustafa, al-Khin. (1987). al-Fiqh al-manhaji ala mazhab al-Imam al-Syafii. Damsyik: Dar al-Qalam.