edisi-4

Upload: mohd-zawani

Post on 10-Oct-2015

11 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

komik

TRANSCRIPT

  • Teknik MemilihProduk Affiliate

    Jadi Bilionair6 Tip Panas

    Bagaimana Email Yang Menjual!Strategi Promosi

    Produk Affiliate Dengan Berkesan

    Biografi Otai IMRahman Basri

    Richard BransonDuplikasi Sistem Diri

    Jana Pendapatan Lumayan MelaluiAffiliate

    Edisi#4

  • A ssalamualaikum dan salam sejahtera, pertama sekali kami ucapkan sekalung tahniah kepada semua warga krew Komik Niaga kerana ber-jaya melancarkan Edisi 4 pada bulan 5 2011 ini. Sedar tak sedar, sudah empat edisi diterbitkan selama 9 bulan Komik Niaga diwujudkan.

    Bermaknanya, sudah 4 cara ataupun teknik buat duit di internet telah kami kongsikan kepada pembaca sekalian. Persoalan yang selalu terlintas adalah, sudah berapa ramai pembaca yang mula mengambil tindakan serta berjaya menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM 1 di internet? Oleh itu, nasihat kami ke-pada pembaca, selengkap mana pun perkongsian kami disini , tidak menjanjikan sebarang pendapatan lumayan melainkan para pembaca sendiri yang bertindak.

    Perniagaan affiliate sememangnya menjadi satu cara mudah bagaimana anda

    boleh menjana pendapatan lumayan di internet tanpa perlu menghasilkan produk sendiri. Mudah bermakna menggunakan strategi pemilihan, teknik promosi yang betul dan berkesan. Perkara sebaliknya akan berlaku sekiranya anda tidak mem-pelajari perkara di atas secara betul dan membuat promosi hentam keromo sahaja.

    Komik Niaga Edisi 4 ini kami mengambil tema Jana Pendapatan Lumayan Mela-lui Affiliate. Jom sama-sama kita mempelajari teknik pemasaran affiliate yang

    berkesan dari saudara Rahman Basri dan mulai menjana pendapatan melalui af-filiate hari ini juga!

    Selamat membaca semua!

    www.KomikNiaga.comRujukan Santai, Selamba & Sempoi

  • PenerbitFlarebiz Network Sdn. Bhd

    PenaungHasbul Ariff

    PenasihatKartunis Ubi

    Pengarah UrusanAbang Is

    EditorAqif Azizan & Hasbul Aqill

    Penulis TetapAboi, Kid , Fathuallah, Mirlme, Khairul Hazwan, Dr. Minda

    Prof Niaga, Faezil, Asyraf Aziz. Bluedianthus, Haryzat

    KreatifZamzami, Emio, Momokz, Bekmen, Kia Kartunis, Ustaz

    Amir, Nik Wafdi, Edy

    Web DesignerBaloot

    Graphic Designer Luvleey

    PenerbitFlarebiz Network Sdn. Bhd.

    PenaungHasbul Ariff

    PenasihatKartunis Ubi

    Pengarah UrusanAbang Is

    EditorAqif Azizan & Hasbul Aqill

    Penulis TetapAboi, Kid , Fathuallah, Mirlme, Khairul Hazwan, Dr. Minda,Prof Niaga, Faezil, Asyraf Aziz. Bluedianthus, Haryzat

    KreatifZamzami, Emio, Momokz, Bekmen, Kia Kartunis, Ustaz Amir, Nik Wafdi, Edy

    Web DesignerBaloot

    Graphic Designer Luvleey

  • 1.

    2. 3.

    Secara amnya, konsep Affiliate merupakan satu perhubungan perniagaan. di antara 3 pihak :-

    Jika perniagaan biasa, hanya melibatkan 2 pihak, iaitu penjual dan pembeli tetapi dalam konsep affiliate,

    Ejen affiliate mendapat komisyen untuk setiap hasil yang berjaya dibuatnya.

    Pihak 1: Pengedar/pembekal/penjual/adminPihak 2: Ejen AffiliatePihak 3: Pembeli/pelanggan

    Kenapa Perlu Buat Duit Melalui Affiliate?Tidak perlu pening kepala untuk hasilkan produk sendiri.

    Potensi untuk mendapat pendapatan lumayan cukup besar kerana ia merangkumi

    pasaran tempatan serta luar negara.

    Risiko amat kecil kerana sekiranya anda tak berjaya menghasilkan jualan untuk satu

    produk, abaikan sahaja dan promosikan produk lain pula. Tiada komitmen yang meng-

    haruskan anda mempromosikan produk tertentu.

    Tidak perlu melayan karenah pembeli. Anda

    tak perlu risau tentang bantuan pembeli kerana ia

    adalah tanggungan sepenuhnya pemilik produk.

    Tidak perlu memproses jualan. Lupakan

    masalah yang boleh timbul ketika memproseskan

    jualan kerana ia tanggungjawab pemilik

    produk.

    kehadiran ejen affiliate mem-bantu penjual meningkatkan

    jumlah pembeli.

  • 5Pastikan sistem affiliate yang digunakan oleh pemilik produk tersebut benar-benar berfungsi serta dapat menghasilkan komisen tanpa sebarang masalah atau ralat.

    Diantara faktor yang perlu diambil kira dan diberikan perhatian penting ketika memilih produk affiliate yang mahu dipromosikan adalah:

    Sekiranya anda seorang pemasar affiliate tempatan, salah satu pusat program affiliate yang agak terkenal di Malaysia adalah seperti di la-man

    Manakala sekiranya anda seorang pemasar af-filiate yang gemar menjana komisen dalam nilai yang lebih tinggi iaitu USD, salah satu laman web yang menyediakan program affiliate berpusat yang terbaik adalah di laman

    Laman ini turut menyediakan program affili-ate secara percuma kepada umum. Terdapat puluhan ribu produk di dalam pelbagai niche/kategori yang dapat anda pilih di sana.

    Laman ini menyediakan program affiliate secara percuma serta mem-punyai senarai produk digital milik usahawan tempatan yang telah terbukti berkualiti tinggi.

    Selain itu, kebiasaannya, kebanyakan produk di pasaran seka-rang memberi peluang kepada affiliate untuk mempromosikan produk mereka.

    1Pastikan produk yang mahu dipromosikan tersebut benar-benar berkualiti serta dapat mem-bantu menyelesai-kan masalah bakal prospek anda.

    2Lihat dan kaji latar belakang pemilik sesebuah produk terlebih dahulu sama ada beliau benar-benar seorang yang pakar dalam niche bidang produk yang beliau pasarkan.

    3Pilih produk yang mempu-nyai laman web jualan yang kemas dan cantik dari segi grafik dan susun atur surat jualannya (salesletter).

    4Pemilik produk seorang yang jujur dalam uru-san pembayaran komisen setiap ejen affiliater-nya pada setiap bulan.

    Program Affiliate Berpusat (Malaysia)

    Program Affiliate Berpusat (Luar Negara)

    KaedahPembayaran Komisen

    Oleh: Asyraf Aziz

    www.Klikjer.com

    www.Clickbank.com

    Apabila anda memasarkan sesebuah produk affili-ate, sama ada produk tempatan mahupun luar negara,

    pastikan pihak pemilik produk (vendor) menyediakan kaedah pembayaran yang dapat diterima oleh akaun

    bank tempatan anda seperti:

    Manakala bagi produk luar negara pula, pastikan pihak pemilik produk menyediakan kaedah pem-bayaran komisen melalui salah satu dari kaedah popular seperti dibawah:

    Maybank CIMB Al-Rajhi

    Paypal AlertPay Kad Kredit

    RHB Bank Islam

  • Oleh: Adly Flarebiz

    Memahami & Menjiwai produk

    Pastikan web produk berpengaruh

    Tawarkan bonus yang menarik & berkualiti

    Jumlah komisyen yang ditawarkan Pemasaran melalui emel & forum

    Perkara pertama yang perlu diambil berat sebelum mempromosikan adalah memahami dan menjiwai produk tersebut. Dengan cara ini kita sendiri perlu mencuba dahulu atau menjadi pelanggan terlebih dahulu untuk produk tersebut. Jadi, lebih senang untuk kita terangkan dengan lanjut kepada bakal prospek.Kepercayaan dan keyakinan prospek kepada kita juga terjalin disebabkan kita sendiri tahu mengenai produk tersebut.

    Antara cara untuk kita pastikan web produk berpengaruh adalah andaikan diri kita sebagai prospek yang sedang membaca surat jualan di web produk. Sekiranya anda sendiri tergerak hati untuk memiliki produk tersebut, berkemungkinan besar conversion rate produk tersebut adalah tinggi dan inilah masanya untuk anda turut serta mempromosikannya.

    Antara teknik saya gunakan untuk menarik minat hari pel-anggan ialah dengan menawarkan bonus berkaitan dengan produk yang ingin dipromosikan. Kebanyakan top affiliate pasti menawarkan bonus lumayan kepada prospek sebagai daya tarikan supaya mereka membeli.Sebagai contohnya, saya telah menawarkan Pakej Newbie Clickbank sebagai pelengkap kepada subsriber yang rata-rata tidak mempu-nyai pengalaman dalam dunia Clickbank.

    Salah satu faktor utama yang perlu diambil kira adalah mengenai jumlah komisyen yang ditawarkan. Antara sebab utama saya berjaya mendapat komisyen sebanyak RM10k melalui produk Rahsia Clickbank ialah harga produk itu sendiri iaitu 50% daripada harga asal produk (RM123.5). Agak susah untuk saya memperolehi RM10k melalui produk ini dalam masa yang singkat sekiranya jumlah komisyen kecil.

    Seperti kata kebanyakan usahawan internet, senjata utama yang diguna-kan top affiliate ketika mempromosikan produk affiliate adalah melalui pemasa-ran emel. Ketika mempromosi produk Rahsia Clickbank, saya menghantar emel perkongsian berkaitan apa itu clickbank dan perkara asas tentang clickbank. Kemudian barulah saya mempromosi Rah-sia Clickbank. Ini merupakah satu teknik soft selling dimana kita dianggap se-olah-olah bukan sekadar ingin menjual, malah ingin membantu para subsriber kita.

  • Untuk berjaya dalam perniagaan, kita perlu mempunyai mentor yang sudah berjaya, agar kita dapat meniru sifat-sifat mereka, yakni dipanggil sistem diri.

    Richard Branson merupakan pengasas Virgin Group. Menurut carta Forbes 2010, aset be-liau kini mencecah US$4.0 bilion.

    Mari kita sama-sama pelajari 3 sistem diri Richard Branson, bagi membolehkan kita untuk meniru, seterusnya menjadikan kita se-orang bilionair satu hari nanti.

    Jadikan bisnes itu satu keseronokan Dalam buku Business The Richard Branson Way, karya Des Dearlove, beliau menyata-kan bahawa Richard Branson sentiasa me-nerapkan unsur-unsur keseronokan, bagi membuatkan pekerja beliau selesa berada dalam syarikat.

    Bergerak lebih laju daripada peluruBisnes yang bergerak pantas akan sentiasa berada di hadapan, berbanding pesaing-pesaing lain. Richard Branson percaya setiap usahawan perlu elakkan daripada penyakit Paralysis by Analysis, yakni ter-lalu banyak berfikir. Mereka perlu pantas bertindak.

    Bersaing dengan syarikat yang lebih hebat Jika kita memilih untuk bersaing dengan syarikat yang lebih hebat, pelbagai idea kre-atif dan inovatif akan muncul, untuk diterap-kan dalam perniagaan kita. Ini dapat dilihat menerusi Virgin Cola, yang menjadikan Co-ca-cola dan Pepsi sebagai pesaing utama.

    Sebagai seorang usahawan, kita boleh mengamalkan ketiga-tiga sistem diri Rich-ard Branson, untuk menjadikan diri kita usa-hawan yang lebih baik.

    Semoga kalian semua bakal menjadi bilionair dalam jangka masa

    5 tahun akan datang!

    Oleh: Dr. Minda

    Duplikasi SistemDiri RichardBranson

  • Contoh Link:

    Contoh Blog:

    Langkah-langkah

    http://komikniaga.com

    1. Buat satu file format .php dan isi kandungan file .php tersebut men-gandungi:

    2. Ganti http://www.contohlink.com kepada link affiliate anda.

    3. Namakan file .php tadi kepada nama link affiliate, sebagai contoh ini saya namakan komikniaga.php.

    4. Upload file tersebut ke dalam hosting anda dan jika blog anda http://balootisme.com, masukkan ke dalam public_html.

    5. Selepas anda upload, mungkin file format .php tadi anda buat jadi komikniaga.php.txt. Jika ada masalah ini, namakan kepada komikniaga.php sahaja file yang anda upload tadi.

    6. Sekarang saya boleh akses http://komikniaga.com hanya melalui link blog saya iaitu http://balootisme.com/komikniaga.php.

    http://balootisme.com

  • Dalam pemasaran affiliate, satu aspek yang paling penting & perlu dititikberatkan ialah PROMOSI.

    Gunakan pemasaran email

    Pilih nama domain laman web berkaitan

    Bina kredibiliti dan kepercayaan menggunakan Facebook fanpage

    Tanpa promosi yang betul dan berkesan, memang sukar untuk anda menjana penda-patan melalui affiliate. Berikut adalah teknik-teknik promosi yang telah terbukti sekian lama paling berkesan dan efektif dalam memprmosikan produk-produk affiliate:

    * Langkah pertama ialah dapatkan akaun autoresponder berbayar.* Contoh terbaik ialah Aweber, Getresponse, atau Imnica Mail.* Bina borang optin dan letakkan di squeeze page anda untuk mengumpul email dan nama prospek.* Promosikan squeeze page tersebut.

    * Pilih dan beli nama domain yang bersesuaian dan berkaitan dengan produk affiliate yang ingin anda promosikan.

    * Ini dapat memberi kesan SEO di enjin carian yang lebih baik jika ada prospek anda melakukan search.* Contoh: Produk affiliate anda ialah ProdukXYZ. Anda boleh dapatkan domain ReviewProdukXYZ.com

    atau BonusProdukXYZ.com.

    * Bina satu fanpage berkaitan niche produk affiliate anda.* Kongsikan pelbagai tips, info dan tulis Notes artikel berkaitan niche tersebut.* Promosikan produk affiliate anda di fanpage tersebut menggunakan teknik

    soft-selling.* Kongsikan manfaat yang bakal fans anda perolehi melalui produk affiliate

    tersebut.

    * Promosikan produk dan link affiliate di profile Facebook anda.* Tapi AWAS, gunakan teknik soft-selling ketika mempromosi. Caranya ialah

    dengan berkongsi manfaat yang bakal rakan-rakan Facebook anda perolehi melalui produk affiliate yang anda promosikan

    Optimumkan penggunaan Facebook profile anda

  • * Jika anda mempunyai modal besar, anda boleh gunakan teknik berbayar iaitu Facebook Ads.

    * Tips yang paling penting dalam menggunakan FB Ads ialah, pastikan anda tentukan secara spesifik siapakah prospek produk affiliate anda.

    * Tetapkan jantina, linkungan umur, tempat tinggal (disaran-kan sasarkan bandar-bandar besar), pekerjaan, dan Interest mereka.

    * Anda boleh tawarkan bonus-bonus produk lain berkaitan dengan produk affiliate yang anda promosikan kepada pembeli yang membeli melalui link affiliate anda.

    * Sebagai contoh, jika anda mempromosikan produk affiliate berkaitan Buat duit dengan blog, anda boleh tawarkan template-template design blog yang nampak lebih profesional dan cantik serta kemas.

    * Aktif di forum-forum online berkaitan niche produk affiliate anda.* Banyakkan menjawab pertanyaan ahli forum lain dan perkongsikan info-info bermanfaat.* Di bahagian signature anda, anda boleh letakkan link affiliate produk yang ingin anda promosikan* Abaikan perbincangan di luar bidang perniagaan untuk memastikan nama & kualiti post anda di forum ter-

    jaga.

    * Jika anda mempunyai blog yang bertrafik tinggi, anda boleh membuat satu blog post review produk affiliate yang anda promosikan.

    * Dalam review tersebut, tekankan masalah dan manfaat yang bakal prospek anda akan dapat melalui produk affiliate tersebut.

    * Beli ruangan pengiklanan di forum-forum online dan blog-blog berkaitan niche produk affiliate anda.

    * Iklankan banner produk affiliate yang anda promosikan* Contoh forum yang bertafik tinggi ialah seperti forum WangCyber.com* Anda boleh search di Google dengan menaip forum + kata kunci niche

    anda atau blog + kata kunci niche anda.

    Gunakan FB Ads

    Tawarkan bonus berkaitan

    Beramah-mesra di forum sambil mempromosi

    Lakukanreviewprodukaffiliate

    Iklandiforumdanblogbertrafiktinggi

  • Salah satu pemasaran yang sentiasa menjadi senjata utama para affiliater adalah pemasaran emel. Memang tidak boleh dinafikan lagi ramai affiliater berjaya mendapat keuntungan berlipat ganda selepas menggunakan pemasaran ini. Antara kelebihan pemasaran ini adalah :

    Kelemahan Autoresponder Percuma

    Perlukah NewbieMelanggan Autoresponder Berbayar?

    Hubungan dengan pelanggan lebih terjamin disebabkan kita sentiasa menghantar emel kepada mereka. Dengan syarat kurangkan emel berbentuk promosi serta perbanyakkan emel berbentuk perkongsian. Percayalah, jualan akh-irnya akan terhasil selepas jalinan dan hubungan telah kuat. Anda juga boleh mempromosi produk affiliate tiap kali produk tersebut dilancarkan. Namun jangan pula promosi sampai tak hengat dunia sampaikan mengganggu ketenteraman pelanggan anda. Prospek yang disasarkan! Ya, secara umumnya, pemasaran emel lebih berkesan daripada pemasaran terus direct selling seperti pengiklanan online. Automatik. Sebahagian kerja juga akan terhasil secara automatic. Dan ketika inilah, peranan autoresponder diperlu-kan seperti blast ke semua emel. Berbanding dengan mengumpul emel secara manual yang memerlukan 100% kerja dari anda sendiri dan sesungguhnya, ia meletihkan!

    Tidak mempunyai sistem khusus untuk track sales Mempunyai fungsi yang agak terhad dan kadar penghantaran emel kepada pelanggan juga kurang memuaskan. Emel yang berjaya dikumpulkan berkemungkinan besar juga akan hilang disebabkan kita tiada kuasa sepenuhnya terhadap autoresponder tersebut.

    Ya, sememangnya saya menggalakkan newbie turut serta melanggan autoresponder berbayar. Namun, saya saran-kan untuk anda pelajari serba sedikit tentang pemasaran emel serta senaraikan aktiviti yang anda akan gunakan selepas melanggan autoresponder berbayar nanti.

    Ini sebagai langkah berjaga-jaga supaya selepas anda melanggan autoresponder, anda bersedia untuk mengguna-kan autoresponder, bukan terus menjadi liabiliti padahal anda tetap membayarnya tiap-tiap bulan.

    Secara peribadi, saya galakkan untuk anda memilih Aweber ataupun Getresponse ini sekiranya anda mempunyai modal yang tinggi untuk membayarnya tiap-tiap bulan.

    Kebiasaannya, autoresponder yang murah mempunyai fungsi yang agak terhad dan peratusan penghantaran emel yang berjaya dihantar ke emel pelanggan juga sedikit. Tidak seperti autoresponder Aweber serta Getresponse yang mempunyai fungsi yang banyak dan memudahkan kita untuk membuat kajian dan sebagainya. Anda boleh lihat maklumat selanjutnya berkenaan autoresponder di bawah :

    Aweber https://www.aweber.comGetresponse - http://www.getresponse.com/

  • Rahsia Jutawan Kini Terbongkar? Semalam aku jumpa seorang

    Oleh: Nik Wafdi

    Semalam aku jumpa seorang jutawan. Malik bagitahu Iwan kawan rapatnya dengan penuh excited.Fuh! Best tu! Apa yang korang sembang? Iwan bersinar biji mata. Jutawan!

    Macam-macam! Sampai ke pagi jugalah kitorang bersembang. Malik sambung. Muka dia macam orang tak cukup tidur.

    Wah! Cuba cerita apa yang korang sembangkan. Bukan senang nak dapat sembang dengan jutawan. Kau tanya dia tak rahsia macam mana dia jadi kaya? Iwan tahu ini peluang keemasan.

    Bodoh dan bangaklah sesiapa yang jumpa orang macam ni dan tak minta rahsia jadi jutawan.

    Mestilah tanya beb! Rugilah duduk bersembang dengan jutawan kalau tak tanya soalan cepumas tu. ternyata Malik tak bodoh mahupun bangak.

    Huih! Tak sabar aku nak tahu re-sepi kejayaan dia. Agak-agak orang macam kita boleh tak jadi kaya-raya macam dia tak? Iwan sedar dia takde modal nak mula berniaga. Teh tarik kat tangan pun dia harap Malik sudi belanja.

    Boleh sangat beb! Dia kata, aku ingat lagi, semua orang dilahirkan kaya sekaya-kayanya cuma kita aje tak sedar. Malik bagitau penuh semangat.

    Hah? Biar betul! Ni mesti jutawan segera sebab dapat harta pusaka mak bapak dia ni. Iwan macam kurang percaya.

    Kau boleh tak dengar dulu apa aku nak cerita. muka Malik nampak

    menyampah. Potong stim sungguh.

    Eh sori beb. Gua memang kaki nyampuk. Ok, sambung balik. Iwan minta maaf.

    Dia kata semua kekayaan dalam dunia ni bermula dari dalam. Malik sambung sembang gaya pakar moti-vasi.

    Dalam kocek? Iwan kacau lagi. Otak Iwan memang selalu kacau-bilau.

    Kau nak dengar ke kau nak aku lem-pang kau? Dari dalam diri kita la Dol. Kaya jiwa. Dia kata siapa yang miskin jiwa dapat harta banyak mana pun su-dahnya miskin juga. Malik menyirap tengok perangai kawannya yang suka potong Q.

    Habis tu apa kekayaan yang kita semua ada sejak kita lahir? Iwan memang tak sabar. Tak sabar nak jadi jutawan gamaknya.

    Haaaa...kita di anugerahkan dengan something yang tak ternilai harganya sampaikan Bill Gates pun tak boleh nak beli walau dia manusia terkaya

    dalam dunia ni. Nyawa! Malik bagi point yang sangat benar walau ramai benar yang tak ambil endah.

    Memang le. Siapa boleh beli nyawa. Iwan mengiakan dengan nada ke-cewa.

    Pandai pun kau. Sebab tu kita kena hargai nyawa yang kita ada sebab tak semua yang bernyawa tahu menilai nyawa yang dia ada. Ramai yang take it for granted. Sampai ada yang sanggup ambil nyawa sendiri cuma kerana sesuatu masalah dalam hidup. Malik cuba nak tegaskan kepentingan nyawa serta betapa ia amat berharga.

    Ye tak ye jugak kan. Bill Gates pun walau banyak harta tak terkira tapi bila sampai masa hilang nyawa, tak mampu dia beli nyawa dia sendiri walau dengan segala kekayaan yang dia ada. Apa lagi dia bagitahu kau? Iwan nak cepat-cepat skip ke tips yang seterusnya.

    Dia kata kita semua ada aset yang sama cuma kita aje tak perasan. Malik tak kedekut ilmu.

  • Aset yang sama tapi tak perasan? Aset apa yang aku ada yang sama dengan Bill Gates? Biar betul! Iwan dapat rasa tips kedua ni pun lebih kurang dengan yang per-tama, biasa-biasa sahaja.

    Aset masa. Kita semua ada dua puluh empat jam sehari. Tak ada orang yang ada dua puluh lima jam sehari. Fair and square. Malik bagi tahu dengan ceria seolah bagi jawapan teka-teki.

    Ler...Itu aku pun tahu. Iwan kecewa. Dia buat lagi, Ma-lik ni memang nak kena. Mana punya jutawan tak guna yang dia jumpa ni.

    Baru tadi kau tanya, ni aku dah cakap baru nak men-gaku tahu. Ceh! Malik bengkek. Iwan jelas tak im-pressed dengan tip kedua ini.

    Yelah, aku ingatkan aset duit dalam bank ke, bond ke, saham ke, setakat masa memanglah semua orang dapat bahagian yang sama. Apa nak hairan. jawab Iwan den-gan muka toya.

    Masa tu emas orang kata. Masa yang dah lepas kita tak boleh beli walau sesaat. Mana ada orang yang mampu beli masa muda bila dia dah tua walau be-rapa billion dia ada dalam bank. Malik cuba nak jelaskan kepent-ingan masa. Iwan bukan tak per-caya cuma dia mengharapkan tip yang luarbiasa. Tip rahsia yang takde orang terfikir.

    Betul jugak kan. Semua orang ada masa tapi tak semua orang hargai masa. Kita den-gan selamba sempoinya menghabiskan masa dengan benda-benda tak berfaedah semata-mata kerana tak tau nak hargai masa. Bila dah sampai masa, baru sedar masa dah tinggalkan kita. Nak reverse dah tak boleh. Sungguh, masa semua orang ada dua puluh empat jam sehari. Untunglah orang yang tahu menghargai masa. Apa lagi dia cerita? Iwan cuba sokong kenyataan kawannya agar cepat dapat beralih ke tip yang seter-usnya.

    Dia kata kita ada satu harta yang kita cuma akan hargai bila dah tak ada. Bila dah hilang baru ada value. Malik beriya-iya menyampaikan amanat jutawan semalam agar kawannya Iwan dapat terima dengan lapang dada.

    Dah tak ada baru ada harga? Aik? Ni prinsip ekonomi mana pulak yang dia pakai ni? ternyata dada Iwan penuh dengan prasangka. Belum apa-apa dah nak kon-

    dem.

    Haaa...Itulah kesihatan. Masa sihat ada kau letak harga atau menghargai kesihatan yang kau ada? Tak tau kan berapa harga? Cuba jatuh sakit. Kena demam la ka-takan. Sekali jumpa doktor dia cas tiga puluh ringgit. Sekarang harga kesihatan kau yang dah hilang sebab kau demam ialah tiga puluh ringgit. Faham? Malik dengan sabar menerangkan fakta ini siap dengan con-tohnya sekali.

    Ya sungguh. Mana ada orang tahu berapa harga kesiha-tan dia sampailah dia jatuh sakit. Buatnya sakit kronik, kena sampai puluh ribu ringgit, baru tahu selama ni dia ada puluh ribu ringgit yang tak dia sedar dia ada. Susah jugak nak sedar harga sihat ni ye. Patutnya kita kena banyak-banyak bersyukur cuma kerana kita diberi sihat. Tak ramai orang tahu nak bersyukur dengan nikmat sihat ni, kita nak tunggu dapat duit baru nak bersyukur. kali ni Iwan agak terkesan. Bukan sebab gembira dapat tip ketiga tapi jelas dia tak sangka kesi-hatan boleh dinilai dengan harga bil klinik dan hospital. Contoh yang menarik fikirnya.

    Apa lagi? Tah apa-apa punya tips jutawan la yang kau dapat ni. Takde ke tips nak dapat duit juta-juta? tanya Iwan selamba lambada.

    Ada. Tapi menurut jutawan ni, semua aset dia yang berjuta tu yang dalam bentuk wang ringgit, itu le aset yang dia tak pandang. Takde nilai katanya. Malik ke-cewa. Nada suaranya tak seceria tadi. Dia tahu Iwan tak terkesima dengan tip-tip yang dia sampaikan.

    Biar betul! Kalau dia tak nak, bagi la kat aku. Aku nak! Nak sesangat! Apa la kau tak panggil aku masa kau jumpa dia semalam. Mau aje aku sapu semua duit yang dia tak pandang tu. Haduih! Takde nilai kepala hang-guk dia, dia dah kaya boleh le kata macam tu. Kita yang sengkek-mengkek ni kalau dapat suku juta pun dah ba-hagia gila khinzir dibuatnya. kali ni bukan sahaja Iwan tak nampak seronok, siap temper lagi. Hangin satu badan bila dengar ada orang kata duit takde harga.

    Tu la pasal, berapa ramai orang kaya yang sakit jantung, sakit high-blood, sakit diabetes, dan macam-macam

    jenis penyakit lagi, bila dikira-kira balik dengan kita yang sihat ni, plus-minus lebih kurang aje. Silap-silap kita lagi

    kaya. Bedal nasi lemak, roti canai, teh tarik, selamba aje. Diorang nak makan tak berani. Silap bedal masuk hos-pital. Kena duit lagi. jelas Malik juga tumpang gembira

    Iwan dapat rasa betapa tip kali ni cukup berharga.

  • Sungguh. Aku mula-mula macam tak percaya jugak tapi bila dia explain baru aku faham. Memang betul. Sikit pun takde nilai. Malik berkerut dahi. Apa kena dengan kawannya ni dia pun tak tahu.

    Wei! Kau pun dah hilang akal apa? Macam la kau tu kaya sangat. Takde nilai kau kata? Kalau macam tu bak sini semua duit dalam wallet kau tu. Bagi kat aku. Tapi kau bukan ada sen pun. Paling banyak pun aku ingat ada la dalam sepuluh ringgit je dalam tu. Cakap besar. Macam la kaya sangat. Sengkek-marang-skeper sama aje macam aku nak cakap besar. Peeegidah! Iwan makin bara. Terbakar dia dengar dakyah sesat kawannya yang tak masuk akal. Bodoh! Bangang! Badigol! Bonjol! Ha-mun Iwan sambil terkumat-kamit.

    Dengar la apa aku nak cakap dulu. Tak nak dengar sudah. Belum apa-apa dah nak hangin. Malik dah tak kuasa nak layan angin amarah Iwan.

    Mau tak hangin. Orang punya la susah payah nak cari duit, usahkan juta, ribu pun jarang dapat tengok. Sekali ada pulak jutawan yang tak tau nak hargai wang ringgit, pastu kau pulak support, mau tak hangin satu badan. terang Iwan dengan nada yang lebih rasional. Marah belum reda sepenuhnya, masih ada bara.

    Relax beb. Bagi gua terangkan dulu. Jangan cepat lompat ke conclusion. Dengar dulu dia punya explana-tion. Dia tak kata wang ringgit tak ada nilai. Dia kata wang ringgit tak ada nilai bagi dia! Bukan sebab duit dia banyak sangat sampai dia tak tahu nak menilai kekayaan yang dia ada. Dia pun sama macam kita jugak, suka, ghairah, cinta pada harta kekayaan. Kalau boleh semua kekayaan atas dunia ni dia nak kaut. Masalahnya dia dah tak tinggal atas dunia ni. Dia dah meninggal dunia. terang Malik menguak awan kejahilan yang memayungi akal fikiran Iwan.

    Innalillahi wainnailaihi rajiun. Bila dia meninggal du-nia beb? Iwan terperanjat.

    Lama dah. Dia pun tak bagitahu aku bila tapi ikut ceritanya memang dah lamalah. Malik tak tanya tarikh yang tertera di batu nesan jutawan tersebut.

    Habis tu yang kau kata jumpa sembang borak dengan dia semalam tu apa cerita bro? Iwan musykil.

    Dia datang dalam mimpi akulah. Malik jawab pendek.

    Ooooo...mimpi ke? Apa pasal tak mention awal-awal. Mimpi jumpa jutawan yang dah lama mati la ni? Iwan baru faham.

    Yep. Entah apa kena mengena aku dengan dia, tahu-tahu muncul macam tu aje. Nak taknak kena la aku layan sampai pagi. nyata Malik tak lena tidur semalam. Mimpi ngeri jumpa hantu jutawan rupanya.

    Balik pada kisah wang ringgit yang tak ada nilai buat dia tu, kenapa jadi macam tu? Iwan dah tak marah-marah.

    Dia masa hidup dulu sibuk kejar kekayaan dunia. Memang atas dunia dulu dia banyak harta tak larat nak kira. Malangnya bila dia mati baru dia sedar dia seorang yang muflis sebenarnya. Semua harta yang dia kumpul bermati-matian semasa dia hidup dulu sikit pun tak membantu dia di alam kubur. Malah harta-harta itulah yang buat dia kena siksa tak putus-putus sampai seka-rang. jelas Malik dengan penuh penghayatan. Bukan selalu dapat jumpa orang mati dalam mimpi.

    Habis tu semalam kau jumpa dia tu macam mana? Iwan masih kabur. Andai si mati sibuk di siksa, masa bila pulak dia dapat pelepasan untuk di interview?

    Aku sebenarnya seram juga nak cerita. Rupa dia dah macam zombi kampung pisang malah lebih buruk lagi. Sambil sembang aku nampak api menjulang-julang menyambar dia. Bila dia dah berhenti meraung-meronta baru dia

    sambung cerita. Jenuh nak faham apa yang dia kata. Siksa sungguh aku tengok dia. Fikir-fikir balik biar aku

    macam ni pun tak apa, sengkek-meng-kek, asalkan aku tak kena siksa macam dia. sambil pegang cawan teh, Malik

    menerangkan suasana temuramah yang disulami sambaran api serta raun-

    gan ngeri.

    Huih! Apa pasal teruk sangat? Iwan mencebikkan muka seolah tersambar api. Ngeri.

    Dia cerita semasa hayat dia tak tahu nak bersedekah, berzakat pun kalau boleh nak lari. Bila ada orang mis-kin ke, anak yatim ke, anak tahfiz ke mintak derma dia pandang serong. Dia kata diorang tu tau nak mintak sedekah aje, usaha malas, tau nak mintak duit kat orang aje. Kalau dia bagi pun tak ikhlas. Sekadar nak diorang

  • berambus. Sekarang dah jadi macam ni baru dia menye-sal tak sudah. Malik letak balik cawan tehnya yang dah sejuk. Sembang sampai tak ingat nak minum.

    Mak aih! Susah jugak jadi jutawan ni ye. Susah nak selamat dalam kubur. Tu belum kira hari Kiamat, Mah-syar, Mizan, Sirat, Neraka. Kalau ada sekelumit iman dalam hati yang melayakkan masuk syurga pun entah berapa juta-lion tahun nak lalu azab siksa baru sampai pintu syurga. Enjoy kat dunia ni tak berapa tahun aje. Sungguh tak berbaloi-baloi. Iwan insaf. Nyata nak jadi jutawan bukan senang, mati dalam status jutawan lagi tak senang.

    Sungguh. Lepas jumpa dia semalam, aku dah tak hingin nak jadi jutawan lagi dah. Biar le aku hidup sengkek-mengkek asalkan mudah untuk aku bersyukur dengan apa yang dah Allah anugerahkan pada aku selama ini, nikmat nyawa, nikmat masa, nikmat sihat, itupun dah tak terkira banyaknya rahmat yang Allah berikan. Andai aku susah, aku harap aku boleh bersa-bar dengan ujian Allah yang tak selama mana, sekadar hayat dikandung badan, habis hayat, habis ujian. Moga di alam-alam seterusnya tidaklah aku tergolong dalam golongan hambanya yang tak syukur dan tak sabar barang beberapa tahun kat atas dunia yang sebentar ni sampai kena azab tak terperi dan tak terukur lamanya. Nauzubillahi min zalik. Malik dah putuskan harapan-nya untuk meraih title jutawan yang menjadi motivasinya selama ini. Ternyata kiblat hatinya jauh tersasar dari menghadap kepada Allah Rabbul Jalil.

    Habis tu apa jutawan tu nak sampai jumpa kau dalam mimpi semalam? Iwan nak tahu kesuda-han interview semalam.

    Dia sekarang dah jadi pengemis. Dia mengemis simpati dari orang yang dia tak kenal agar disedekahkan barang sedikit al-fatihah untuk meringankan siksa yang dia tanggung. Malik tenung cawan teh sejuknya. Nampak ada rasa simpati dalam hati.

    Anak-anak dia tak ada ke? Bini? Sedara-mara? Iwan bertanya dengan suara yang penuh simpati. Simpati pada nasib si mati.

    Ada. Malangnya dia kata diorang semua dah jadi macam dia. Harta peninggalan dia yang dah di wasi-atkan dah buat diorang lupa pada tikar sejadah, lupa pada janji Allah yang pasti, lupa pada ajal. Semua sibuk dengan duniawi. Sibuk menguruskan bisnes si mati

    yang mereka pusakai, sibuk bermewah-mewah, sibuk-lah. Dia tak nampak macam mana nak mintak secebis doa dari darah dagingnya sendiri. Sampaikan dia pulak rasa macam nak berdoa agar diorang tu kembali ke pangkal jalan agar tak terima nasib yang sama tapi apa kan daya. Malik menunduk. Terasa betapa dirinya pun akan terima nasib yang sama andai peristiwa semalam tak berlaku. Dia pun bercita-cita nak punya harta ber-juta agar boleh bermewah-mewah. Siapa tak nak.

    MasyaAllah. Sekarang baru aku nampak. Patut le Nabi S.A.W. tak tekankan kita ummatnya supaya usaha sekuat hati untuk jadi kaya raya untuk membela agama sebab Baginda S.A.W. tahu bila ummatnya dah kaya, usahkan nak bela agama, diri sendiri pun tak terbela. Mudah sangat kita lupa diri dengan harta dunia yang sementara. Nabi S.A.W. sendiri pun hidup sederhana walau pernah di offer oleh Malaikat Jibril untuk jadi-kan dia sekaya Nabi Allah Sulaiman Alaihissalam. Dia mintak dua saja. Mintak agar dia dapat sabar bersama Allah dan mintak agar dapat syukur pada Allah sepan-jang hayat Baginda S.A.W. Iwan termenung. Hanya kata-kata yang keluar dari bibir. Bila mata hati terbuka, mata kasar tiada terlihat pada alam lagi.

    Siapa lagi yang patut kita ikut kalau nak selamat dunia akhirat kalau bu-

    kan Rasulullah S.A.W. Lepas ni siapa yang bercita-cita nak ikut Bill Gates

    ke siapa-siapa yang kaya gila sampai hilang akal atas dunia ni, satu per-

    kataan aje yang terlintas kat kepala hotak aku:

    Kesian! Malik pandang Iwan. Iwan

    masih termenung. Terpaku. Hanya kepalanya sahaja men-

    gangguk setuju.

    Tamat.

  • 1 - Pemilihan produk Kita perlu tahu siapa penulis produk bagi mengenalpasti kredibilitinya, atau nilai sendiri produk itu dengan melaburkan wang untuk membelinya. Kita juga boleh lihat pada 3 elemen pada minisite tersebut, iaitu saleslet-ter, desain dan kreativiti.

    Apabila wujudnya persaingan, kita akan rasa teruja untuk bersaing dalam mempromosikan produk-produk niche Internet Marketing. Oleh itu, jangan gentar pada saingan. Pandang pada sudut positif.

    Promosikan juga produk-produk bukan niche Internet Marketing. Terdapat banyak pilihan

    produk di luar sana. Manfaatkan mana yang ada. 2 - Marketing Terdapat 4 teknik pemasaran yang dijamin efektif untuk pemasaran internet. 4 Teknik tersebut adalah pemasaran Facebook, forum, blog, dan emel.

    Pemasaran emel paling relevan dan sentiasa berkesan.

    3 - Mindset Kita perlu menetapkan sasaran jualan. Apabila menetapkan sasaran, lihat kemampuan diri terlebih dahulu. Sebagai contoh, kita mahu menjual 10 produk A sebagai affiliate, dalam masa satu hari.

    Sasaran yang baik adalah sasaran yang memberikan tekanan pada diri

    sendiri. Ia secara automatik memberi kesan dan tekanan positif kepada diri

    sendiri. Berdasarkan pengalaman, saya berjaya mencapai jualan sebanyak 53 unit, ketika mempromosikan

    produk Eruwan Gerry, iaitu Jana Trafik Ebay. Ketika itu, sasaran jualan saya adalah 50 unit sahaja.

    Apa yang paling penting, kita perlu mempunyai pelan tindakan selepas menetapkan sasaran, supaya ia

    mudah untuk dicapai. 4- Promosi banyak produk dalam satu masa Jika kita sudah berpengalaman dalam pemasaran affiliate, maka kita boleh cuba mempromosikan pelbagai produk dalam satu masa.

    Bagi yang baru menceburi bidang affiliate, maka fokus pada satu produk sahaja,

    sehingga mencapai sasaran jualan yang ditetapkan.

    5 - Pelaburan untuk belajar affiliate Kita perlu berani melaburkan wang untuk belajar mengenai pemasaran affiliate menerusi semi-nar, bengkel atau ebook yang ditulis oleh individu yang mempunyai ilmu tentang subjek affiliate.

    Berani melaburkan wang tidak menjamin kita boleh ber-jaya. Ia harus disertakan sekali dengan tindakan selepas belajar.

    Kita perlu sentiasa merendah diri, dan terus belajar menge-nai pemasaran affiliate. Walaupun pada ketika itu kita sudah mempunyai pengalaman yang luas mengenai subjek ini.

  • Pada zaman sekarang orang berhubung dengan melalui Internet. Juga orang membuat kepu-tusan dan membeli produk juga melalui Internet. Justeru itu penulisan email copy di dalam bidang perniagaan Internet adalah fasa kritikal yang menentukan kejayaan sesebuah per-niagaan Internet milik anda. Malah tidak keterlaluan jika saya katakan andaikata sebesar mana pun empayar perniagaan Internet nya tidak dapat tidak ianya bergantung pada setiap emel yang dihantar.

    Malah kejayaan empayar itu bermula dari angka 1 pelangggan newsletter nya sendiri

    Subjek Yang Menarik Dan Berkuasa - Subjek adalah perkara pertama yang menentukan emel anda dibuka atau pun tidak. Ada juga yang mengatakan ianya perlu disokong dengan siapakah status anda (pengirim emel) . Subjek perlu menarik perhatian. Tekankan dengan unsur faedah, sp-esifik, segera dan peribadi di dalam subjek. Jangan gunakan huruf besar pada kesemua perkataan kerana ianya kelihatan seolah SPAM.

    Gunakan ruang dengan baik - Menulis emel yang lintang pukang tentu sekali membuatkan emel anda tak dibaca habis. Tulis dalam format yang ringkas dan kemas. Gunakan bullet point jika sesuai dan selalulah gunakan pengasingan bahagian. Jika gunakan system autoresponder sentiasa patuh pada had lebar ruang tulisan yang ditetapkan.

    Buddy Mail - Tulis emel anda seolah anda menulis kepada kenalan dan kawan-kawan anda. Gu-nakan penerapan tulisan seperti bercerita dan seolah anda berbual perkara yang biasa di dalam kehidupan seharian anda. Hanya promosikan produk secara soft selling bakal memberikan hasil yang lebih lumayan.

    Link Jualan - Anda boleh menyatakan terus terang link jualan produk anda tetapi terdapat satu cara yang lebih menarik. Semasa anda menulis emel secara buddy mail cuba selitkan link produk anda di dalam karangan dan penceritaan anda secara santai dan tak nampak seperti anda ingin menjual secara terus. Bercerita sambil menjual!

    Fokus - Sebelum anda menghantar emel pastikan anda periksa ejaan dengan teliti. Jangan nanti penerima menyangkakan anda jenis orang yang kurang cerdik. Juga cuba untuk promosi hanya satu produk pada setiap emel yang dihantar. Mempromosikan sekali tiga produk menampakkan anda seorang yang tak ikhlas dan tamak.

    Masa - Mungkin ada yang berpendapat emel mudah dibuka oleh pengirim pada wantu pagi. Ya betul tetapi mudah juga untuk dipadam. Jadi cuba hantar pada waktu tengahari selepas makan. Hari yang terbaik? Jumaat adalah pilihan tepat tanpa saingan. Selasa jangan sekali kerana anda bersaing dengan beratus emel yang lain. Tetapi Ahad adalah hari terbaik untuk CLICK-THROUGH RATES (CTR) .

    Contoh: Ahmad, ebook semalam ada saya attachkan. Cepat download!

  • 1 BagaimanakaH proses pembayaran komisyen dibuat KEpada para affiliate?

    2 Produk apakah yang sesuai untuk dipromosi oleh newbie yang baru nak berjinak-jinak dalam pemasaran affiliate?

    3Sekiranya pembeli dari link affiliate saya meminta pulangan wang kembali kepada pemilik produk, adakah komisy-en saya juga turut ditolak?

    Komisyen akan dibayar oleh pemilik produk selepas komisyen anda melepasi minimum yang telah ditetap-kan. Untuk produk tempatan, kebanyakannya komisyen akan dibayar ke akaun Maybank , CIMB serta Paypal. Manakala untuk produk luar negara, mereka akan mem-bayar komisyen melalui cek, wire transfer, Paypal ataupun Western Union.

    Pada pendapat Prof, produk bukan niche make money adalah produk yang sesuai untuk mereka promosi. Ini bagi mengelakkan daripada bersaing hebat dengan otai-otai affiliate. Masih banyak lagi produk bukan niche make money di pasaran tempatan ini. Pendapat ini han-yalah pendapat peribadi Prof.Sekiranya anda mempunyai list dan strategi pemasaran yang cukup berkesan, mungkin anda juga boleh mempromosi produk make money. Belum cuba belum tahu kan?

    Untuk produk pasaran tempatan, memang pe-milik produk tersebut perlu menanggung risiko sepenuhnya sekiranya pembeli produk meminta pulangan wang kembali. Namun, ia bergantung kepada terma & syarat yang dipersetujui oleh pemilik produk dan para affiliate. Jika di pasaran luar seperti Clickbank, Click-bank akan menolak kembali komisyen affili-atesekiranya terdapat pembeli meminta pulangan wang kembali.

  • 4Sekiranya saya mempromosikan produk di Facebook, adakah cara TAGGING gambar kepada rakan-rakan adalah satu strategi yang betul?

    5Kadang-kadang saya ternampak para affiliate menawarkan terlampau banyak bonus di forum. Adakah ini satu strategi yang berkesan?

    Ya, tagging gambar kepada rakan-rakan merupakan satu cara yang amat berkesan. Namun, elakkan daripada TAG gambar secara keterlaluan sehingga menganggu ketenteraman rakan anda. Guna-kan teknik soft selling kerana terbukti teknik tersebut membantu ra-mai affiliate mendapat jualan produk mereka promosikan.

    Ya, antara tip dan strategi berkesan yang dikongsikan oleh Rahman Basri ada-lah dengan menawarkan bonus berkaitan. Tapi, ia tak bermakna anda boleh mena-warkan terlampau banyak bonus sehing-gakan para pembeli hilang fokus. Cukup hanya menawarkan bonus berkualiti serta ada kaitan dengan produk yang hendak dibeli.

  • http://www.tenniswelcomecenter.com/

    http://www.betterbadminton.com

    http://www.howplaysoccer.com/

    Sekarang ini, semua perkara kita boleh belajar melalui in-ternet termasuklah bermain tenis dengan mempelajari melalui video training dan sokongan melalui forum online. Menakjubkan!

    Mungkin selepas ini jurulatih negara kita boleh mem-pertimbangkan untuk membuat training secara maya. Sistem membership untuk siapa yang ingin belajar ber-main badminton secara profesional. Cukup mudah!

    Bukan itu sahaja, nak belajar bermain bola sepak pun boleh. Dunia sekarang ini memang cukup mudah. Jadi, terserah kepada diri sendiri untuk gunakannya ataupun tidak!

  • TUNGGU KEMUNCULAN

    EDISI # 5 KOMIK NIAGA JULAI INI!

    UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT LANJUT BERKENAAN PERNIAGAAN INTERNET

    SERTA AKTIVITI-AKTIVITI YANG KAMI ANJURKAN, ANDA DISARANKAN

    UNTUK MELANGGAN NEWSLETTER KAMI MELALUI LINK DI BAWAH

    Ikuti perkembangan Matbiz & Komik Niaga di Facebook!

    www.KomikNiaga.com

    http://www.facebook.com/KomikNiaga