Download - Konsep Profesion Dan Professional
KONSEP PROFESION DAN PROFESSIONAL
Ahli Kumpulan :Ang Li KhoonChia Sing YeeChan Mei Hung
KONSEP PROFESIONSesuatu pekerjaan yang khusus dan
dilaksanakan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab & bermoral tinggi, mempunyai autonami bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya.(Mok Soon Sang ,1996 )
Konsep Profesional
Ciri-ciri atau atribut yang
terdapat dalam kalangan ahli
dalam suatu profesion.
Ornstein & Levine (1993) > 4 atribut dalam suatu profesion:
a) penguasaan ilmu yang mendalam b) kecekapan dan kepakaran dalam bidang c ) kod etika d) kebenaran/persetujuan diberi kepada suatu profesion oleh masyarakat untuk beroperasi.
Konsep Profesion dan nilaitaranya
Sesuatu profesion yang sebenar adalah sesuatu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti kepentingan kemahiran intelek, latihan iktisas yang mencukupi, khidmat yang diperlui masyarakat, mementingkan mutu perkhidmatan, mempunyai tatasusila perkhidmatan atau kod etika dan mempunyai organisasi tersendiri untuk menguruskan soal-soal yang berkaitan dengan pendidikan (Lieberman 1956).
Menurut Kamus Dewan ‘profesion’ ialah suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas.( contohnya : perundangan, perubatan, perguruan dan lain-lain.)
Di negara kita,perguruan ini lebih mirip kepada pekerjaan (vocation) daripada profesion. ( Awang Had Salleh 1980 ).
Nilaitara-nilaitara sesuatu profesion merupakan peraturan yang ditetapkan oleh organisasi supaya setiap ahli profesional akan mematuhinya, demi mengawal kualiti dan nilaitara perkhidmatan tersebut .
KONSEP PROFESSIONALJacques(2003),sesuatu kerjaya
dikatakan bertaraf profesional jika penjawatnya
mempunyai autonomi profesionalBertanggungjawabBerorganisasi adilBerpendidikanBerkemahiran
berperaturan diriBebas terbukaNutralakauntabel terpelajar.
Lieberman berpendapat bahawa:memberi perkhidmatan penting dan mempunyai
matlamat yang jelas.menggunakan keupayaan serta kebolehan intelek
semasa menjalankan tugas-tugas profesionalnya.mementingkan mutu serta dedikasi yang tinggi
dengan tidak mementingkan keuntungan wang atau saraan semata-mata.
pakar dalam bidang masing-masing serta mempunyai kuasa autonomi dalam tugas dan tanggungjawabnya.
• Menurut Kizlik (2000),sesuatu kerjaya yang bertaraf profesional perlu boleh
memberi perkhidmatan kepada masyarakat.
membuat keputusan ke atas pelanggan. mempunyai bidang pengkhususan yang tertentu.mempunyai organisasi profesionalnya
sendiri.mempun.yai standard kriteria untuk
dipenuhi oleh ahli baru.
• Musgrave(1972),pula menganggap bahawa sesuatu kerjaya adalah bertaraf profesional jika pengamal kerjaya tersebut menggunakan ilmunya hanya untuk faedah pelanggan.
Flexner(1915),kerjaya profesional adalah dirujuk kepada enam ciri:penglibatan operasi intelektual di dalam
tugasnyakeilmuan yang dipunyai dan
dipraktikkankejelasan matlamat yang praktikalkemahiran yang berasas kepada ilmu.berorientasikan kepada keperluan
masyarakattidak untuk kepentingan diri sendiri
dengan mengenepikan kepentingan sosial
• Menurut Hammond,Wise&Klein(1999) , profesion yang memberi khidmat kepada orang awam perlu kepada kawalan kualiti.
• Perkhidmatan yang tidak sesuai yang diberikan akan membawa akibat buruk kepada pelanggan.
Ciri-ciri pekerjaan yang dianggap profesional
1. Pekerjaan itu merupakan perkhidmatan
yang unik dan penting.
Sesebuah pekerjaan yang profesional mestilah merupakan pekerjaan yang unik dan penting, sama ada kepada masyarakat atau negara.
2.Banyak menggunakan keupayaan intelek.
Memerlukan keupayaan intelek yang tinggi untuk melakukannya.
Contohnya,Tugas guru merupakan suatu pekerjaan yang perlu ada intelek yang tinggi agar guru-guru dapat menyampaikan ilmu dengan berkesan.
3. Pakar dalam bidang pekerjaannya dan mempunyai autonomi semasa menjalankan tugas.
Pekerjaan yang profesional memerlukan seorang yang pakar dalam suatu bidang tersebut dan benar-benar mahir dalam bidangnya.
4. Mendapat latihan khusus.
Bidang kerja profesional adalah pekerjaan yang penting dan harus dilakukan dengan betul. Latihan ikhtisas membolehkan mereka mahir dan faham tanggungjawab yang harus mereka pikul semasa melaksanakan tugas mereka.
5. Mementingkan mutu perkhidmatan serta dedikasi terhadap kerja.
Bidang profesional memerlukan seseorang pekerja yang rajin, cekap dan dedikasi terhadap kerjanya.
Sikap ini akan menjamin kualiti kerana mementingkan mutu dan perkhidmatan yang cemerlang merupakan ciri penting dalam pekerjaan profesional.
6. Merupakan ahli kepada autonomi yang menentukan nilaitaranya. Seseorang yang terlibat dalam pekerjaan profesional mestilah menjadi ahli kepada organisasi di mana mereka bekerja. Ahli dalam organisasi itu pula terikat dengan autonomi organisasi yang akan menentukan peraturan-peraturan yang harus dipatuhi oleh semua ahli organisasi. Peraturan-peraturan tersebut diwujudkan demi mengawal kualiti perkhidmatan.
7. Mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasi profesion tersebut.
Setiap jenis profesion mempunyai kod etika tersendiri dan berlainan dengan profesion yang lain. Untuk membolehkan seseorang pekerja itu mematuhi garis panduan dan dasar etika yang telah ditetapkan oleh organisasi.
8. Bertanggungjawab terhadap semua keputusan yang dibuatnya.
Pekerjaan yang profesional memerlukan pekerja yang bukan sahaja rajin dan cekap, malahan juga perlu ada tanggungjawab.Tanggungjawab bermaksud merangkumi segala keputusan-keputusan yang telah dibuat.