definisi pengajaran dan pembelajaran

Upload: w-sobre-wan-ismail

Post on 18-Oct-2015

462 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

u

TRANSCRIPT

1.Definisi sumber pengajaran dan pembelajaranSegala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran yang merangkumi semua benda yang boleh dilihat, didengar, dipegang, dibaca, dikisahkan, dirasai, dihidu, digunakan dan sebagainya .Sumber pengajaran dan pembelajaran juga boleh didefinisikan sebagai apa-apa sahaja alat atau bahan yang boleh dan sesuai digunakan dalam membantu guru-guru supaya dapat menyampaikan isi pelajaran agar pelajar dapat memperolehi pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai berdasarkan objektif kurikulum yang telah ditetapkan. Alat-alat atau bahan-bahan ini merupakan sesuatu yang dapat membantu guru dalam penyampaian isi pelajaran. Terdapat beberapa jenis sumber atau alat yang boleh membantu dalam pengajaran guru. Jenis- jenis alat tersebut dikenali sebagai bahan bercetak ,bahan teknologi maklumat (ICT) dan bahan maujud. Tujuan penggunaan BBM ini adalah untuk memudahkan murid-murid memahami atau membantu mereka ke arah pembentukan konsep yang betul.Dengan adanya BBM, murid-murid dapat menerima pembelajaran dengan cepat dan membantu mencapai tanggapan (konsep) yang tepat. Dengan lain perkataan, objektif Pengajaran dan pembelajaran mudah tercapai.Semua sumber P&P yang digunakan ini mempunyai beberapa tujuan dan bukan hanya sekadar dapat menyampaikan isi pelajaran sahaja. Apatah lagi sekiranya guru dapat menyediakan BBM atau media yang paling berkesan dalam usaha untuk mencapai objektif pengajaran yang telah dirancang bermula dari set induksi sehinggalah ke penutupnya. Ianya juga dapat merangsang deria rangsangan murid-murid, memberi kefahaman dan interpretasi maklumat kepada murid-murid, pengekalan minat dan tumpuan melalui pelbagai media, peningkatan daya ingatan, kemahiran berfikir, peningkatan motivasi, peningkatan kreativiti, keseronokan dalam pembelajaran, kemahiran interpersonal dan intrapersonal dan akhir sekali kemahiran psikomotor.Guru-guru perlu tahu menggunakan sumber ini mengikut kesesuian murid-murid dari segi tajuk,objektif, dan isi pelajaran. Selain itu aspek tahap kebolehan danperkembangan kognitif pelajar juga harus diambil perhatian oleh guru. Sumber pengajaran yang digunakan juga harus menepati keperluan murid iaitu dari segi mutunya iaitu sesuai dengan mesej, tahan lasak serta tidak mudah rosak. Penghasilan sumber ini harus dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Ini adalah bertujuan supaya dapat merangsang dan memotivasikan pelajar untuk memberi lebih perhatian kepada proses pengajaran tersebut sekaligus menjadikan proses pembelajaran menjadi lebih efektif serta berkesan.Bahan-bahan sumber pengajaran dan pembelajaran kadangkala dianggap sebagai media pengajaran atau media yang boleh membantu guru dan membolehkan para pelajar mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran serta membentuk sikap yang baik. Proses penilaian dan pemilihan bahan-bahan yang diperlukan untuk memenuhi hasrat ini bukanlah satu kerja yang mudah. Kerja ini melibatkan kerja-kerja penyuntingan bahan supaya ianya sesuai dengan objektif pengajaran yang seharusnya selaras dengan kehendak dan matlamat Sukatan Pelajaran dan Objektif Pendidikan Negara secara keseluruhannya.Dale (1974) telah mengemukakan pendapatnya dalam teori pembelajaran manusia yang mana disebut sebagai Cone of Experience, Dale memperjelaskan kesan media yang berbeza dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat mengubah kefahaman pelajar daripada sukar kepada yang lebih mudah.Konsep ini disokong oleh Heinich, Molenda dan Russel, 1989. Teori Dale ini telah mengubah persepsi ahli pendidikan seluruh dunia tentang pentingnya penggunaan media dalam pengajaran dan pembelajaran.

2.Jenis-jenis sumber pengajaran dan pembelajaran Terdapat tiga jenis bahan bantu mengajar iaitu ; 1) Bahan bantu mengajar bukan elektronik2)Bahan bantu mengajar berbentuk elektronik3)Bahan bantu mengajar bercorak pengalaman 1.1 Bahan Bantu Mengajar Bukan Elektronik i. Papan tulis atau papan hitam

Papan tulis merupakan bahan asas dalam pengajaran.Biasanya diletakkan dihadapan kelas dan berhadapan dengan pelajar atau murid-murid.Digunakan untuk mencatat isi-isi pelajaran ketika guru memberi penerangan. Papan tulis juga merupakan ruang untuk guru menulis soalan atau arahan. Papantulis juga boleh dijadikan tempat untuk menguji dan menilai kebolehan murid-mengeja sesuatu perkataan. ii. Buku teks

Buku teks merupakan alat bantu mengajar yang dikarang khusus oleh beberapa orang penulis dan pengarang. Digunakan secara meluas dan merupakan sumber utama pengajaran dan latihanku. Buku teks juga adalah sumber rujukan utama murid dan juga guru. Bahan bantu belajar ini dibekalkan (pinjam) secara percuma ke pada murid melalui skim Pinjaman Buku Teks ( SPBT ). iii. Papan Pamer Dikenali sebagai papan buletin. Papan pamer ini ialah sumber pangajaran yang produktif. Selain itu, ia juga dapat memperkenalakan idea baru, memberi maklumat, memberi kefahaman, memperkayakanperbendaharaan kata, merangsang perbincangan, menimbulkan daya kreaMtiviti, membentuk sikapdan nilai serta menambah pengekalan pembelajaran seseorang pelajar. iv. Fail tegak dan bahan bacaan Fail tegak ini terdiri daripada bahan-bahan cetak iaitu bahan-bahan bacaan bukan buku. Contoh seperti majalah, kalendar, poskad, surat khabar, risalah atau buletin, poster, carta,peta, gambar skrip dan sebagainya. Fail ini disimpan sebagai koleksi fail dalam kabinet fail. Selain itu, fail tegak dapat menambah dan mempelbagaikan bahan-bahan bacaan dan punca rujukan dalam pusatsumber sekolah atau bilik darjah v. Gambar Gambar digunakan untuk memulakan pengajaran untuk menarik minat pelajar ataupun jika bahan sebenar sukar dibawa ke dalam bilik darjah. Gambar juga boleh digunakan ketika sesi penerangan isi pelajaran. Penggunaan gambar yang menarik dan jelas membantu meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembrlajaran. vi. Kad imbasan atau kad cantuman

Kad imbasan atau kad cantuman ini terdiri daripada kata-kata atau rangkai kata. Alat bantu mengajar ini akan dapat memperkenalkan perkataan-perkataan baru. Oleh itu, ianya sesuai untuk pelajar-pelajar peringkat sekolah rendah.

vii.Carta

Carta merupakan satu susunan maklumat yang sistematik. Mengandungi huruf, angka, gambar, jadual, gambarajah, lakaran, nota ringkas, rangkai kata,simbol dan lukisan. Jenis carta yang digunakan dalam bilik darjah : a.Carta flip/selak b.Carta pusing c.Carta aliran d.Carta graf e.Carta pai viii. Grafik Bahan yang dilukis sebagai karangan visual yang dapat memberi satu atau lebih keteranganvisual. Grafik akan dapat meningkatkan prestasi pengajaran dan pemahaman pelajarannya. ix. Papan pengajaran Sesuai digunakan untuk mengajar secara berkumpulan lebih kurang 25 orang pelajar.Berguna untuk menunjukkan gambaran sesuatu pelajaran yang mempunyai daya komunikatifdan dapat memotivasikan pelajar. Jenis papan pengajaran a.Papan buletin b.Papan kenyataan c.Papan flanel-papan plywood yang dialaskan dengan kain flanel d.Papan putih e.Papan magnet f.Papan selit g.Papan gulung-dapat menggantikan papan tulis biasa h.Papan poket i.Papan sorong tarik x. Model

Model merupakan satu bahan gantian yang menyerupai bahan sebenar. Bahan tiga dimensi yang mewakili struktur, rupa bentuk atau begaimana sesuatu itu berfungsi.Boleh diperbuat daripada kertas, tanah liat, simen, habuk kayu, styrafoam atau plaster of Paris.Jenis model terbahag kepada tiga iaitu : a.Model berskala-kadar pembesaran/pengecilan yang berbeza daripada bahan sebenar b.Model potongan-keratan c.Model olok-olok-gambaran tiga dimensi perjalanan sesuatu

xi. Boneka Boneka merupakan satu objek yang berbentuk orang, binatang ataupun tumbuh-tumbuhan. Digunakan dalam pengajaran bercerita ataupun berdialog. Boneka biasanya diperbuat daripada kain, kapas, tanah liat dan kertas rendaman xii. Diorama

Diorama merupakan sebuah rekabentuk gabungan bahan-bahan sebenar, patung dan model diletakkan dalam satu susunan. kedudukan seperti keadaan sebenar tetapi dalam skala yang dikecilkan dalam persembahan tigadimensi 1.2 Bahan Bantu Mengajar Berbentuk Elektroniki. Overhead projektor (OHP )

Digunakan untuk penyampaian taklimat dan pengajaran kaedah kuliah.Keberkesanan trasparensi sangat dipengaruhi oleh jumlah dan mutu maklumat yang dimuatkanke dalamnya.(ringkas, menarik dan bermakna)ii.Trasparensi Terdapat banyak kebaikan menggunakan trasparensi. Antara kebaikan menggunakan trasparensi ialah ianya boleh disediakan dalam bentuk warna supaya memberi penegasan dan menarik perhatian, memberi keselesaan semasa penyampaian terutama jika trasparensi itu disediakan awal, boleh digunakan berulang kali dan penyampaian lebih bersistematik dan trasparensi juga bersih berbanding papan kapur Cara penyediaan trasparensi : a-Kaedah tetingkap b-Kaedah singkapan c-Kaedah tindihan d-kaedah pusing e-kaedah urutan f-kaedah tampalan iii.Pita slaid ( Filem slaid ) Filem Slaid-Sejenis media tanpa gerak yang merupakan sejenis trasparensi positif berukurankecilSangat kerap digunakan dalam pengajaran sains terutamanya dalam pengajaran Biologi. Pita Slaid-rakaman yang disinkeroniskan dengan satu siri slaid. Pita slaid dapat menarik perhatian pelajar dan dapat menggambarkan keadaan sebenar dan membawa situasi luar ke dalam kelas. Isi kandungan persembahannya kemas dan teratur dan boleh digunakan berulang kali, diubahdan ditambah.

iv. Radio Radio sangat sesuai untuk pengajaran bahasa. Siaran-siaran radio pendidikan yang mengikut sukatan pelajaran boleh digunakan. V. Televisyen dan VCR

Alat bantu mengajar ini dapat menggalakkan pelajar-pelajar menggunakan deria pandang dan dengar. Selain itu, dapat memodenkan pendekatan guru-guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran yanglebih berkesan vi. Filem tayangan /Filem jalur

Dapat memberi pandangan yang jelas mengenai sesuatu perkara melalui deria penglihatan dan pendengaran. Bahan yang ditayangkan boleh berbentuk cerita, lakonan, ataupun berbentuk dokumentari .

vii. Komputer

Komputer merupakan alat bantu mengajar yang boleh diprogramkan untuk mengajar. Komputer dapat menggabungkan teks, suara, muzik, grafik, dan animasi sebagai bahan pengajaran.Pengajaran dalam bentuk persembahan bahana kuliah, soal jawab, dialog, kuiz, ujian dansebagainya. 1.3 Bahan-bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar dari alam sekitar Bahan-bahan bercorak pengalaman seperti lakonan, pantomin, lawatan dan projek pameran. Ianya dapat mengekalkan keberkesanan pengetahuan dan pemahaman kerana melibatkan pelajar-pelajar secara langsung.Bahan daripada alam sekitar atau 'realia' yang dikelaskan sebagai bahan tiga dimensiRealia terbahagi kepada beberapa kumpulan seperti: i-bahan bukan hidup:batu, tanah, pasir, air, logam dan sebagainya

ii-bahan buatan:kerusi, jam, permainan, dan sebagainya

iii-tumbuhan:rumput, paku pakis, bunga dan sebagainya iv-benda hidup:ikan, katak, nyamuk, rama-rama dan sebagainya.

Keberkesanan penggunaan realia ialah pelajar-pelajar dapat melihat secara nyata dan semulajadi

3. Ciri-ciri sumber pengajaran dan pembelajaran

Tidak ada satu bahan sumber yang unggul dan sesuai untuk digunakan dalam semua keadaan dan semua bidang mata pelajaran. Untuk mempastikan keberkesanan bahan sumber yang digunakan seseorang guru perlu mengetahui cirinya seperti berikut :

a) Menjelaskan idea yang kabur

Adanya bahan sumber, fakta atau idea yang kabur dapat disampaikan dan dijelaskan dengan lebih efisyen dan terperinci. Di samping itu bahan sumber juga dapat menerangkan hubungan antara idea dengan isi pelajaran.

b) Menjelaskan bahagian yang sukar difahamiDalam setiap pelajaran, tedapat bahagian yang senang dan sukar difahami oleh pelajar (Wifa al-Tajl dan Rana al-Fauri, 2006). Pengunaan bahan sumber dapat membantu proses pembelajaran dan kelas dengan tumpuan diberikan kepada bahagian yang sukar difahami. Contohnya penggunaan grafik banding beza. c) Besar dan jelasBahan sumber yang digunakan dalam proses P&P mestilah besar dan jelas mengikut keadaan kelas jumlah pelajar. Sekurang-kurang kadar bahan sumber mestilah boleh dilihat dengan jelas oleh pelajar yang berada dalam pandangan yang paling jauh daripada bahan sumber.d) Warna yang menarik dan saiz yang tepatPelajar lebih suka kepada bahan (objek, teks dan lain-lain) berwarna berbanding dengan hitam putih. Bagi kalangan pelajar sekolah rendah warna menarik minat mereka dan sekaligus menggalakan pembelajaran. Selain itu, warna juga dapat menonjolkan fakta penting. Manakala saiz sesuatu bahan sumber juga penting semasa proses pembelajaran. Sebagai contohnya saiz tajuk hendaklah lebih besar daripada isi kandungan, dihitamkan (gelap) dan kedudukannya hendaklah di tengah-tengah.e) Tahan lamaBahan sumber yang hendak dipilih juga hendaklah jenis yang tidak membebankan guru, tahan lama dan mudah dibawa ke mana-mana saja sama ada dari bilik guru ke dalam kelas, dari kelas ke perpustakaan dan sebagainya (Ahmad, 1997). Contohnya slaid.

f) Paling memberi kesanPelajar biasanya suka kepada permainan. Oleh itu, kalau boleh pilih bahan sumber yang berbentuk permainan tetapi pada masa yang sama pelajar mendapat input yang berfaedah hasil daripada permainan tersebut. Contohnya permainan berbentuk teka silang kata, kuiz dan sebagainya.

g) MurahBahan yang digunakan hendaklah tidak memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi dan seelok-eloknya boleh dibuat sendirisupaya tidak membebankan guru dan juga pihak sekolah4. Pengurusan sumber pengajaran dan pembelajaran Bahan pelajaran yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran biasanya boleh diklasifikasikan kepada dua kategori, iaitu bahan pengajaran dan bahan pembelajaran. Bahan pembelajaran adalah bahan yang digunakan oleh guru seperti carta, graf, peta, spesimen, model, gambar, slaid, radio, perakam pita, video, televisyen dan projektor. Bahan pembelajaran adalah bahan yang digunakan oleh murid dalam aktiviti pembelajaran seperti buku teks, kad kerja, bahan bercetak, radas, alat- alat ujikaji dan komputer. Untuk menyediakan bahan-bahan yang sesuai dalam sesuatu situasi pengajaran dan pembelajaran itu, guru hendaklah memproses bahan-bahan tersebut sebelum ianya digunakan. Beberapa langkah boleh digunakan, umpamanya proses memilih, mengolah, membina, menggunakan dan menilai. Proses ini merupakan satu proses yang berterusan dan ianya harus dilakukan berdasarkan kriteria pemilihan bahan yang telah ditetapkan. Di bawah srategi pemusatan bahan pelajaran, bahan pembelajaran memainkan peranan penting dalam proses pengajaran & pembelajaran. Dengan menggunakan strategi ini, guru menyampaikan pelajarannya dengan lebih mudah, lebih menarik serta lebih berkesan, manakala murid- murid pula boleh memahami pelajaran dengan lebih bermakna serta menjalankan aktiviti pembelajaran dengan secara sendiri atau secara kumpulan tanpa kehadiran guru. Di antara kaedah- kaedah yang berkaitan dengan strategi pemusatan bahan pelajaran ialah kaedah audio-visual dengan penggunaan televisyen, perakam pita, projektor dan video, pengajaran terancang melalui mesin- mesin mengajar seperti komputer dan modul yang melibatkan penggunaan bahan- bahan bercetak.Sesetengah-setengah strategi pengajaran pemusatan bahan pelajaran berkait rapat dengan strategi pemusatan guru. Misalnya, strategi penggunaan kaedah demonstrasi atau teknik bersyarah kadangkala melibatkan penggunaan alat bantu mengajar seperti transparensidan projektor. Sesetengah strategi pengajaranpemusatan bahan pelajaran pula berkait rapat dengan strategi pemusatan murid. Misalnya, strategi penggunaan kaedah inkuiri- penemuan, kaedah penyelesaian masalah dan kaedah projek perlu melibatkan penggunaan radas dan bahan- bahan pembelajaran yang lain.Untuk memilih alat bantu mengajar yang baik dan berkesan, guru haruslah mematuhi kriteria- kriteriaberikut seperti alat bantu mengajar haruslah bersesuaian dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Isi kandungannya haruslah tepat dan berkait rapat dengan topik yang hendak diajarkan. Alat bantu mengajar harus mengandungi idea- idea dan reka bentuk yang asli dan tersendiri. Alat bantu mengajar boleh membantu guru dalam aktiviti pengajaran atau boleh juga digunakan oleh murid- murid dalam aktiviti pembelajaran mereka. Dengan perkataan lain, dengan adanya alat atau bahan ini, guru boleh menyampaikan konsep dengan lebih mudah, lebih tepat dan lebih cepat kepada murid-murid. Guru seharusnya bijak mengendalikan atau memberi arahan kepada murid-murid mengendalikan bahan-bahan tersebut. Alat bantu mengajar yang terlalu berat dan besar akan mengganggu kelancaran pencapaian guru atau dan menimbulkan masalah penggunaan murid. Sumber pengajaran & pembelajaran haruslah mengandungi nilai- nilai murni yang tinggi. Guru tidak harus menggunakan bahan- bahan seperti gambar yang tidak sopan, misalnya memakai baju yang menjolok mata, atau menggunakan bahan- bahan yang mengandungi unsur negatif seperti berjudi dan merokok.Tujuan utama menggunakan alat bantu mengajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran adalah untuk membantu guru menyampaikan pengajaran dengan mudah, tepat, cepat serta menarik. Untuk mencapai tujuan ini, guru haruslah memahami teknik penggunaan alat bantu mengajar dan menggunakannya dengan cekap. Berikut ialah beberapa garis panduan menggunakan alat bantu mengajar untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Alat bantu mengajar seperti carta haruslah digantung di suatu tempat yang sesuai supaya semau murid oleh melihatnya dengan mudah. Semasa menggunakannya guru haruslah membimbing murid- murid meneliti perkara yang penting supaya tidak membazirkan masa murid- murid serta boleh mencapai hasil pembelajaran yang di kehendaki. Jika carta itu mengandungi beberapa bahagian, guru boleh menutupnya terlebih dahulu, kemudian menunjukkan kepada murid- murid bahagian demi bahagian mengikut urutan penerangan guru. Cara ini boleh menarik minat murid serta membangkitkan daya pemikiran mereka. Sebelum alat bantu mengajar diedarkan kepada murid- murid untuk menjalankan kerja praktik, guru harus memberi arahan yang tegas dan jelas supaya aktiviti pembelajaran itu dapat dijalankan dengan tepat, berdisplin dan mengikut masa yang ditetapkan. Tunjukkan alat bantu mengajar kepada murid- murid hanya pada ketika yang perlu. Jika sesuatu alat bantu mengajar ditunjukkan lebih awal, murid- murid akan asyik tumpukan perhatian mereka kepada alat itu dan kurang memberi perhatian kepada aktiviti pengajaran atau penerangan guru. Guru harus membimbing murid- murid membincang fakta- fakta penting yang terkandung dalam alat bantu mengajar. Selepas itu, harus diadakan pula aktiviti penilaian terhadap tindak balas murid- murid berdasarkan hasil penggunaan alat bantu mengajar itu dengan tujuan untuk mengetahui pencapaian objektif pembelajaran. Alat bantu mengajar yang telah selesai digunakan haruslah dikumpul balikdan disimpan dengan baik di tempat yang sesuai. Alat bantu mengajar hanya digunakan untukmembantu guru dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan ia tidak boleh menggantikan tempat guru. penggunaan alat bantu mengajar haruslah sesuai dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya mencapai objektif pelajaran yang ditentukan. Pada amnya, cara menggunakan alat bantu mengajar hendaklah diuruskan dengan betul dan cekap, supaya murid- murid dapat memahami dan mengekalkan konsep atau fakta dalam ingatan mereka. Nilai sesuatu alat bantu mengajar yang baik akan dihapuskan sekiranya alat itu tidak disediakan mengikut kriteria- kriteria yang telah dihuraikan atau penggunaanya kurang cekap ataupun kurang berkesan. Bahan bantu mengajar adalah sebahagian daripada faktor yang membantu sesuatu pengajaran dan pembelajaran dapat mencapai matkamatnya. Sebagai seorang guru yang berdedikasi aspek tersebut tidak boleh dipandang ringan. Pengajaran guru yang menggunakan bahan bantu pengajaran berbanding dengan guru yang mengajar secara tradisi tentu sekali mempunyai perbezaan yang ketara dari segi penerimaan dan tumpuan pelajar, aktiviti yang dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran serta pencapaian pelajar. Apa yang penting, seseorang guru yang dedikasi perlu menyedari hakikat bahawa pengajaran yang menggunakan bahan bantu mengajar lebih diharapkan oleh anak didik yang dahagakan ilmu daripada gurunya.

Selain bahan bantu mengajar, seseorang guru juga hendaklah peka tentang penyediakan soalan-soalan latihan atau soalan-soalan peperiksaan. Mengikut Taksanomi Bloom terdapat enam aras kognitif yang berbeza. Justeru guru yang baik perlu menguasai kemahiran membina soalan, untuk disesuaikan dengan kemampuan dan latar belakang para pelajar, kandungan pelajaran serta tujuan sesuatu soalan tersebut dikemukakan.

Kesimpulannya sekiranya kedua-dua faktor di atas dapat diberi perhatian yang sewajarnya oleh para guru, maka pembelajaran Pendidikan Moral akan mencapai matlamat seperti yang diharapkan oleh pihak kerajaan. Mata pelajaran Pendidikan Moral tidak lagi dilabelkan sebagai mata pelajaran yang membosankan atau sebagai mata pelajaran suka-suka sahaja.

kriteria pemilihan bahan pengajaran dan pembelajaran

selaras dengan falsafah pendidikan negara

tidak bercanggah dengan nilai masyarakat

releven dengan kurikulum

selaras dengan prinsip pedagogi

memberi maklumat terkini

cost effective

mudahdiperolehi

mudahdigunakan

pelbagai rangsangan

dapat digunakan berulang kali dan dalam situasi yang berlainan- fleksibel

2. Bahagian B : Pengajaran Mikro Kemahiran kemahiran mikro

2.1 Set induksiSet induksi adalah bahagian permulaan sesuatu proses pengajaran. Ia bertujuan membina aliran pemikiran serta menimbulkan minat murid-murid supaya mereka menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran yang hendak disampaikan. Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk menyampaikan set induksi . Antaranya penggunaan alat bantu mengajar, motivasi, teknik menyoal, mengulangkaji topik yang berkaitan, membimbing murid mengingat kembali pelajaran yang telah dipelajari dan sebagainya.Oeh kerana set induksi cuma bertujuan membina aliran pemikiran murid sahaja dan bukan merupakan salah satu bahagian isi pelajaran yang hendak disampaikan, masa yang diperuntukkan tidak seharusnya melebihi 5 minit dalam sesuatu waktu pelajaran.

2.2 Variasi RangsanganKemahiran variasi rangsangan ialah teknik mempelbagaikan kaedah dalam penyampaian guru dengan tujuan menarik perhatian dan minat murid terhadap aktiviti pengajarannya. Ianya meliputi kemahiran mengubah tingkahlaku murid, mempelbagaikan aktiviti pengalihan deria murid menukar corak interaksi guru dengan murid dan juga mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran.

2.3 Kemahiran penyoalanHampir semua kativiti pengajaran dan pembelajaran melibatkan penggunaan teknik penyoalan, samada peringkat permulaan, perkembangan atau penutup. Di peringkat perkembangan penyoalan digunakan bagi mencungkil fikiran murid untuk membantu mereka mengikuti pelajaran dengan lebih berkesanManakala di peringkat penutup penyoalan digunakan untuk menilai pencapaian objekif pelajaran.

PEMBENTUKAN SOALAN Jelas, ringkas, tepat

FOKUS TUNGGAL Soalan ditumpukan kepada satu idea. Soalan konvergen

FOKUS PELBAGAI Soalan ditumpukan lebih daripada satu idea. Soalan divergen

SEBARAN Soalan disebarkan kepada seluruh kelas

HENTIAN Memberi masa kepada murid memikirkan jawapan

MELAYANI JAWAPAN Memberi pujian Melengkapi jawapan Memperbaiki jawapan.

MEMBERI PETUNJUK JAWAPAN Memberi petua atau petunjuk untuk membantu murid.

MENCUNGKIL FIKIRAN Mengemukakan satu ciri soalan untuk mencungkil fikiran

Membuat perkaitanPengetahuan lepas muridIsi pelajaran baruPeristiwa semasa2.4 Kemahiran penutupPenutup pelajaran adalah bahagian terakhir dalam proses pengajaran pembelajaran.

Tujuan Guru boleh menggunakan bahagian ini untuk:

Menilai pencapaian objektif serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan.Mengukuhkan konsep atau kemahiran yang baru dipelajari

Kesimpulan

Sebagai seorang guru yang bertanggungjawab dan ingin mempertingkatkan mutu dan kemahiran profesionalismenya,beliau mestilah sentiasa memikirkan kaedah dan pendekatan yang bersesuaian dengan murid. Antara kemahiran yang perlu dikuasai ialah kemahiran-kemahiran dalam pengajaran mikro / makro. Guru juga perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajarannya agar terhasil P&P yang berkesan sesuai dengan kehendak dan falsafah Negara. Justeru itu kita perlulah sentiasa berusaha supaya pengajaran yang bermakna dapat diwujudkan melalui kreativiti dan inovasi kita.Kita juga perlulah melibatkan murid secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sepatutnya kita rancang lebih awal.Insya Allah,dengan izin Allah pengajaran dan pembelajaran yang kita laksanakan akan menyeronokkan dan bermakna bagi pelajar-pelajar. Sesungguhnya guru yang berkualiti akan melahirkan murid yang berkualiti.Insya Allah..

SETINDUKSIPENYOALANVARIASIRANGSANGANPENUTUPKOMPONENKEMAHIRANMIKROMenarikPerhatian12MenggunaNada suaraAlat bantu mengajarGerakan, isyarat, kontek mataNada suaraMewujudMotivasiMenunjukkan suatu aktviti bergunaMenunjukkan soalan yang mencabarMembangkit rasa ingin tahuMengguna teknik berceritaSET INDUKSIMembuatPerkaitan34MenstrukturMengaitkanPeristiwa semasaMinat dan pengalaman muridPengetahuan lepasIsi pelajaran baruNada suaraAlat bantu mengajarGerakan, isyarat, kontek mataNada suaraMenyata/ gunaSET INDUKSIMenarik perhatianMewujudkanmotivasiMembuatperkaitanMenstruktur01. Komponen Kemahiran Set Induksi Dan Cara Melakukannya1. Mewujudkan nada suara2. Menggunakan alat bantu mengajar3. Menggunakan gerakan, kontek mata, isyarat4. Menunjukkan suatu aktiviti yang luar biasa

1. Membangkitkan rasa ingin tahu2. Menggunakan teknik bercerita3. Menunjukkan suatu aktiviti yang berguna4. Menggunakan soalan mencabar

1. Mengaitkan pengetahuan lepas murid2. Mengaitkan isi pelajaran baru3. Mengaitkan peristiwa semasa4. Mengaitkan minat dan pengalaman murid

1. Menyatakan had tugas yang akan dijalankan2. Menggunakan satu siri soalan yang berkaitan3. Menyatakan cara-cara melaksanakan tugas4. Menyatakan aktiviti, tugas atau projek

Tandakan ( / ) pada ruang yang berkenaan.AdasesuaiAda: taksesuaiTidakkelihatanKiri - kananDepan - belakangPergerakan Langkah GuruTangan - kepalaTangan - hentianPergerakan Anggota GuruMendatar - lantangLantang - senyapNada Suara GuruMendengar - menontonMelihat - merasaFokus Deria GuruMenyoal - menjawabBertukar - membacaBercerita - berbincangBentuk Lisan GuruMenulis - melukisDuduk - berdiriDemonstrasi -5 lakonanBentuk Fizikal GuruVARIASI RANGSANGAN01. Pergerakan Langkah Guru Yang Sesuai03. Komponen Kemahiran Variasi Rangsangan30 saat bagi tiap-tiap ruang123456789101112131415Tandakan ( / ) pada ruang yang berkaitan apabila berlaku perubahan tingkahlaku guru dan murid Dapat diperhatikan02. Pergerakan AnggotaGuru yang Berpatutan03. Perubahan Nada Dalam Pertuturan04. Perubahan Fokus Deria murid06. Perubahan BentukLisan Murid06. Perubahan BentukFizikal MuridPembentukan soalan jelasRingkas dan tepat02.Komponen Kemahiran Teknik MenyoalNombor Soalan123456789101112131415Fokus kepada satu ideaFokus lebih satu ideaSebaran seluruh kelasHentian yang sepatutMelayan jawapan dgn baikMemberi petua/ petunjukMencungkil fikiranARAS KEMAHIRANPengetahuanKefahamanAplikasiAnalisisSintesisPenilaianTandakan ( / ) pada ruang yang berkaitan dengan ciri-ciri yang dapat dilihat bagi tiap-tiap soalanYang dikemukakan dalam sesi pengajaran ,mikro123456789101112131415JENIS2PENUTUPPERKAITANKOGNATIFPERKAITANSOSIALMembuat rumusanMengulangi Isi pentingMelaksana aktiviti susulanMencadangkanaktiviti susulanMenjalankan aktiviti pengukuhanMenimbulkan PerasaanPencapain muridMemberi peneguhan positifMemujudkan rasa ingin tahuMevotivasikan rasa ingin belajarMengaitkan dgn pelajaran akan datangPerkaitanKogitif07. Komponen dan Kriteria Kemahiran Penutup1. Membuat rumusan2. Mengulangi isi-isi penting3. Menjalankan aktiviti penilaianMencadangkan aktiviti susulanMenjalankan aktiviti pengukuhan

Tandakan ( / ) pada ruang yang berkenaan.AdasesuaiAda: taksesuaiTidakkelihatanPerkaitanSosial1. Menimbulkan2. Memberi peneguhan positif3. Mewujudkan perasaan ingin tahuMemotivasikan perasaan ingin belajarMengaitkan dengan pelajaran akan datang