keberkesanan pengajaran dan pembelajaran apresiasi...

17
4 Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Apresiasi Pendidikan Seni dengan Menggunakan Multimedia Interaktif Bertajuk ‘Lawatan ke Bala Seni Lukis Negara’ Hj. Iberahim Hassan Hassan Mohd Ghazali • Jamilah Omar Latar Belakang Bidang apresiasi seni merupakan salah satu daripada topik sukatan pelajaran pendidikan seni. Bidang ini menitikberatkan pengetahuan dalam bidang sejarah seni lukis Malaysia, Perkembangan Serii Visual serantau dan penghayatan karya pelukis Malaysia. Bidang ini juga merupakan bidang yang paling sukar diajar di peringkat persekolahan, kerana realitinya bidang pendidikan seni dibebani dengan pengajaran berdasarkan aspek psikomotor. Justeru itu pengajaran dalam bentuk teori agak sukar untuk diajar kerana terdapat pelajar membuat tanggapan bahawa pendidikan seni adalah mata pelajaran kerajinan yang tidak melibatkan aspek teori. Penggunaan bahan pengajaran dalam pendidikan seni telah pun lama digunakan, guru-guru kebiasaannya menggunakan carta, slaid dan overhead projector sebagai bahan pengajaran dalam bilik seni. Namun demikian penggunaan bahan multimedia masih belum diuji keberkesanannya terutama dalam pembelajaran kendiri dalam pendidikan seni. Oleh yang demikian dapatan kajian ini merupakan dapatan awal yang akan membantu penyelidikan di kemudian hari. Penyataan Masalah Kurikulum Pendidikan Seni KBSM 1988 hingga 2000 ( DBP, 1988) menekankan tiga komponen utama iaitu Asas Seni Reka, Pemahaman dan Penghargaan; dan Organisasi Rekaan. Pemberatan kandungan ketiga-tiga komponen ini adalah sama seimbang dalam pengajaran dan pembelajaran. Dari segi strategi pengajaran guru

Upload: vubao

Post on 06-Feb-2018

254 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Apresiasi ...pustaka2.upsi.edu.my/eprints/396/1/Keberkesanan Pengajaran dan... · Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Apresiasi Pendidikan

4Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran

Apresiasi Pendidikan Seni dengan Menggunakan Multimedia Interaktif Bertajuk ‘Lawatan ke Bala

Seni Lukis Negara’

Hj. Iberahim Hassan • Hassan Mohd Ghazali • Jamilah Omar

Latar Belakang

Bidang apresiasi seni merupakan salah satu daripada topik sukatan pelajaran pendidikan seni. Bidang ini menitikberatkan pengetahuan dalam bidang sejarah seni lukis Malaysia, Perkembangan Serii Visual serantau dan penghayatan karya pelukis Malaysia. Bidang ini juga merupakan bidang yang paling sukar diajar di peringkat persekolahan, kerana realitinya bidang pendidikan seni dibebani dengan pengajaran berdasarkan aspek psikomotor. Justeru itu pengajaran dalam bentuk teori agak sukar untuk diajar kerana terdapat pelajar membuat tanggapan bahawa pendidikan seni adalah mata pelajaran kerajinan yang tidak melibatkan aspek teori.

Penggunaan bahan pengajaran dalam pendidikan seni telah pun lama digunakan, guru-guru kebiasaannya menggunakan carta, slaid dan overhead projector sebagai bahan pengajaran dalam bilik seni. Namun demikian penggunaan bahan multimedia masih belum diuji keberkesanannya terutama dalam pembelajaran kendiri dalam pendidikan seni. Oleh yang demikian dapatan kajian ini merupakan dapatan awal yang akan membantu penyelidikan di kemudian hari.

Penyataan Masalah

Kurikulum Pendidikan Seni KBSM 1988 hingga 2000 ( DBP, 1988) menekankan tiga komponen utama iaitu Asas Seni Reka, Pemahaman dan Penghargaan; dan Organisasi Rekaan. Pemberatan kandungan ketiga-tiga komponen ini adalah sama seimbang dalam pengajaran dan pembelajaran. Dari segi strategi pengajaran guru

Page 2: Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Apresiasi ...pustaka2.upsi.edu.my/eprints/396/1/Keberkesanan Pengajaran dan... · Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Apresiasi Pendidikan

46 / Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan

seharusnya mengajar ketiga-tiga perkara tersebut dalam setiap satu tajuk pengajaran. Pelaksanaan pengajaran sebenarnya dalam bnik darjah menimbulkan masalah kerana guru kekurangan bahan bantu mengajar terutama bagi topik Sejarah Seni Lukis Malaysia dan topik kajian karya-karya Pelukis Moden Malaysia. Guru juga menghadapi masalah bahan kandungan pembelajaran berkaitan dengan topik tersebut terlalu luas dan memerlukan masa yang panjang untuk menghabiskannya. Kajian awal secara temu duga menunjukkan bahawa guru hanya menggunakan beberapa buah buku untuk mengajar topik-topik tersebut. Masalahnya pihak kementerian tidak menetapkan karya dan pelukis yang sesuai untuk dipilih sebagai bahan pembelajaran. Terdapat dalam buku panduan guru yang menunjukkan beberapa pelukis dan karya namun demikian ia sangat minimum. Tambahan pula gambar dalam buku tersebut dalam bentuk hitam dan putih dan tidak menunjukkan warna yang tepat untuk kajian pelajar.

Masalah yang ketara ialah guru tidak dapat mengajar topik tersebut dengan sempuma dan implikasi pembelajaran dalam bilik darjah hanya memberatkan penekanan psikomotor sahaja tanpa memberatkan nilai kognitif dan afektif. Bidang apresiasi sangat tidak diberatkan kerana masalah yang diterangkan di atas.

Tujuan Kajian

Kajian ini dibuat untuk mengetahui keberkesanan penggunaan bahan multimedia interaktif terhadap pengajaran dan pembelajaran pemahaman dan penghargaan pada topik Sejarah Seni Lukis Malaysia dan kajian karya-karya Pelukis Moden Malaysia di tiga buah sekolah daerah Batang Padang, Perak. Tujuan kajian tersebut adalah seperti yang berikut:

a. Membangunkan sebuah koswer multimedia untuk pengajaran dan pembelajaran pendidikan sem dan melihat keberkesanan dari aspek pencapaian pelajar.

b. Mengkaji adakah terdapat perbezaan signifikan terhadap pencapaian pelajar setelah menerima pembelajaran melalui multimedia interaktif.

c. Apakah kesan pembelajaran dengan menggunakan multimedia akan memberi motivasi dan minat belajar di kalangan pelajar tingkatan empat dalam mata pelajaran pendidikan seni topik Sejarah Seni Luk's Malaysia dan kajian karya-karya Pelukis Moden Malaysia.

Persoalan Kajian

Kajian ini dilaksanakan untuk menjawab persoalan-persoalan kajian berikut:

Page 3: Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Apresiasi ...pustaka2.upsi.edu.my/eprints/396/1/Keberkesanan Pengajaran dan... · Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Apresiasi Pendidikan

Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Apresiasi Pendidikan Seni / 47

a. Adakah pembelajaran dengan menggunakan multimedia interaktif bagi tajuk ‘Melawat ke Balai Seni lukis Negara’ boleh menyebabkan perbezaan signifikan terhadap pencapaian pelajar tingkatan 4?

b. Adakah perbezaan pencapaian kumpulan lelaki dan perempuan yang belajar dengan menggunakan multimedia interaktif?

c. Adakah perubahan sikap - terhadap penggunaan komputer setelah mengikuti pembelajaran melalui multimedia interaktif yang bertajuk ‘Melawat ke Balai Seni lukis Negara’?

Hipotesis

Berdasarkan kepada tujuan kajian, maka penyelidik telah mempertimbangkan beberapa hipotesis alternatif yang dibina pada aras keertian 0.05 berdasarkan persoalan kajian yang telah diberikan.

Hipotesis ITerdapat perbezaan yang signifikan dari segi pencapaian di kalangan pelajar yang belajar dengan menggunakan multimedia interaktif dengan menggunakan kaedah tradisional.

Hipotesis IITerdapat perbezaan yang signifikan dari segi pelajar lelaki dan perempuan setelah menerima pembelajaran dengan menggunakan multimedia interaktif.

Hipotesis IIITerdapat perbezaan signifikan sikap - terhadap penggunaan komputer setelah mengikuti pembelajaran melalui multimedia interaktif yang bertajuk ‘Melawat ke Balai Seni Lukis Negara’.

Kepentingan Kajian

Kajian ini penting untuk mengetahui bahawa pembelajaran menggunakan multimedia dalam pendidikan seni memberi kesan kepada pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni sekolah menengah khususnya bahagian Pemaharnan dan Penghargaan. Dapatan kajian juga akan memberi implikasi terhadap gambaran pelaksanaan pengajaran bestari dalam pendidikan seni. Secara khususnya, dapatan kajian ini amat berguna kepada para perancang kurikulum, pembina koswer multimedia dan guru-guru pendidikan seni.

Kajian ini juga melibatkan pembangunan multimedia interaktif pendidikan seni, secara lang.su ng memberi sumbangan kepada penerbitan sebuah bahan dalam bentuk elektronik dalam pendidikan seni.

Page 4: Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Apresiasi ...pustaka2.upsi.edu.my/eprints/396/1/Keberkesanan Pengajaran dan... · Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Apresiasi Pendidikan

48 / Menanggapi Keberkesanan clan Perubahan

Batasan Kajian

Kajian ini tidak bertujuan untuk memberi gambaran yang menyeluruh kepada masalah yang dikaji. Walau bagaimanapun, batasan berikut turut diambil kira:

a. Kajian ini hanya memusatkan kepada pelajar-pelajar tingkatan empat yang mengambil mata pelajaran pendidikan seni di tiga sekolah rendah bantuan penuh kerajaan, iaitu di Tanjong Malim, Tapah, dan FELDA Besaout, Perak. Sampel akan dipilih secara rawak daripada ketiga-tiga sekolah yang dipilih.

b. Pembangunan koswer multimedia interaktif Pendidikan Seni hanya tertumpu kepada topik Sejarah Seni Lukis Malaysia dan kajian karya- karya Pelukis Moden Malaysia.

Reka bentuk Kajian

Penyelidikan yang dijalankan adalah bercorak kajian eksperimen yang mengkaji keberkesanan persembahan multimedia dan menggunakan kaedah pengajaran tradisi sebagai perbandingan, menggunakan reka bentuk satu kumpulan prauiian dan lepas ujian (Van Dalen D.P. 1979), analisis ujian- t digunakan pada paras signifikan .05.

Kajian ini menggunakan reka bentuk eksperimen ‘The Pretest Posttest Control Group’.

R -----► O i -----X i---------► 02

R - Agihan sampel secara rawak

01 - Ujian Pra

0 2 - Ujian Pasca

Xi - Kumpulan pelajar

Kajian ini melibatkan dua bentuk pembelajaran, iaitu secara tradisi dan menggunakan multimedia interaktif.

Pemboleh ubah

Kajian ini akan menentukan terdapatnya perhubungan antara beberapa pembolehubah. Pemboleh ubah-pemboleh ubah yang terlibat ialah:

Page 5: Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Apresiasi ...pustaka2.upsi.edu.my/eprints/396/1/Keberkesanan Pengajaran dan... · Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Apresiasi Pendidikan

Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Apresiasi Pendidikan Seni / 49

Pemboleh ubah bebas - Penggunaan bahan pengajaran apresiasi senidengan menggunakan kaedah multimedia interaktif dan kaedah tradisional.

Pemboleh ubah moderator - Pelajar-pelajar tingkatan 4.

Pemboleh ubah Bersandar - Pencapaian pelajar daripada persembahanmultimedia interaktif dan kaedah tradisional.

Populasi Kajian

Populasi kajian ini dijalankan ke atas pelajar-pelajar tingkatan empat di tiga buah sekolah menengah bantuan penuh kerajaan, di Tanjong Malim, Perak, Sekolah Menengah di Tapah, Perak, dan Sekolah Menengah di FELDA Besaout. Jumlah populasi pelajar tingkatan 4 ialah seramai 50 orang. Umur pelajar adalah julat 15 ke 16 tahun dan kedua-dua jantina lelaki dan perempuan terlibat dalam kajian ini. Pelajar tersebut sedang belajar dalam tingkatan 4 yang sememangnya mengikuti pelajaran pendidikan sen KBSM berdasarkan huraian sukatan pelajaran yang disediakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) Kementerian Pendidikan Malaysia.

Persampelan

Kajian ini melibatkan tiga buah sekolah menegah daerah Batang Padang, Perak. Persampelan adalah dipilih di kalangan pelajar tingkatan 4 di sekolah tersebut. Pemilihan dibuat secara rawak. Seramai 50 orang daripada 91 orang pelajar tingkatan 4 di sekolah tersebut dipilih secara rawak untuk sampel kajian. Jadual rawak digunakan untuk tujuan tersebut.

Reka bentuk pengajaran

Pembangunan koswer multimedia interaktif adalah berpandukan kepada teori kognitif adegan pengajaran Gagne (Gagne dan Briggs, 1979) dan Model Perkembangan Dick & Carey iaitu Model ISD (Instructional System Design) atau Reka bentuk Sistem Pengajaran (Dick, 1996).

Pembangunan koswer multimedia interaktif

Koswer multimedia interaktif yang dibina khas oleh penyelidik digunakan untuk penyelidikan. Bahan multimedia interaktif yang dibangunkan digunakan sebagai

Page 6: Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Apresiasi ...pustaka2.upsi.edu.my/eprints/396/1/Keberkesanan Pengajaran dan... · Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Apresiasi Pendidikan

50 / Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan

bahan pengajaran dan menjadi sumber bahan penyelidik untuk menentukan keberkesanan tajuk kajian. Oleh yang demikian pembangunannya perlu bersistematik dan bersesuaian dengan teori pengajaran dan model pengajaran.

Teori pemprosesan maklumat yang dipelopori oleh Gagne (1985) dan model ISD (Instructional System Design) Dick & Carey edisi keempat digunakan sebagai panduan pembangunan. Tumpuan model ini adalah berdasarkan kepada psikologi perlakuan dan penumpuan kepada objektif perlakuan, menganalisis tugas dan aktiviti pembelajaran dan pengajaran pada tahap tertentu bagi pencapaian pelajar. Model ini lebih sesuai digunakan untuk pembelajaran secara individu.

Model ISD ini melibatkan sembilan komponen asas bermula dengan menganalisis kandungan kurikulum dan kemudian mentakrifkan objektif secara global. Proses seterusnya ialah ’ membentuk keperluan kursus berdasarkan kurikulum dan ia diteruskan dengan memilih kaedah dan media pengajaran dan mereka bentuk pengajaran. Setelah selesai mereka bentuk kandungan pelajaran maka pembangunan sistem penyaluran dilakukan dan akhir sekali menilai sistem tersebut.

Berdasarkan Model ISD Dick dan Carey, penyelidik menggunakan model yang dikemukakan oleh Alessi dan Trollip (1985) untuk membangunkan bahan pengajaran berasaskan multimedia interaktif. Model Alessi dan Trollip (1985) ini mula digunakan dalam bahagian carta alir komponen ‘memilih dan membina bahan pengajaran’ dalam model Dick dan Carey edisi empat. Model Alessi dan Trollip (1985) mi dip.,ih adalah berdasarkan kepada pembentukannya yang berorientasikan'penyampaian pengajaran berkomputer.

Model ini mempunyai sepuluh langkah bagi membangunkan bahan pengajaran, khususnya koswer multimedia interaktif. Antaranya ialah:

Langkah 1: Menentukan keperluan dan matlamatLangkah 2: Mengumpul sumber materialLangkah 3: Mempelajari isi kandunganLangkah 4: Menjana idea umumLangkah 5: Mereka bentuk pengajaranLangkah 6: Membina carta alir koswer pengajaranLangkah 7: Menghasilkan papan ceritaLangkah 8: Membina pengaturcaraan - Perisian Flash 5Langkah 9: Menyediakan bahan sokonganLangkah 10: Menilai dan ujian rintis

Instrumen Kajian

Kajian ini melibatkan penggunaan koswer multimedia yang dibina oleh penyelidik. Instrumen yang digunakan untuk kajian adalah seperti yang berikut:

Page 7: Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Apresiasi ...pustaka2.upsi.edu.my/eprints/396/1/Keberkesanan Pengajaran dan... · Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Apresiasi Pendidikan

Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Apresiasi Pendidikan Seni / 51

Instrumen I:

Ujian Pra dan Pasca

Ujian pra dibuat secara kaedah pengajaran tradisional. Guru bebas menggunakan strategi pengajaran yang biasa digunakan dalam pengajaran apresiasi seni Juga bertujuan untuk menentukan tahap pengetahuan sedia ada dan pencapaian - yang terlibat dalam kajian sebelum dan selepas menerima rawatan bahan multimedia interaktif Pendidikan Seni. Tajuk yang akan diuji ialah Melawat Balai Seni Lukis Negara (Sama seperti persembahan multimedia). Sebanyak 20 soalan objektif dikemukakan dan mengambil masa selama 30 minit untuk menyiapkannya. Soalan-soalan ini adalah dalam bentuk objektif. Skor ditentukan mengikut item demi item di mana jawapan betul diberi 1 markah dan jawapan salah 0 markah.

Ujian pasca pula merangkumi 20 soalan yang merupakan soalan yang sama daripada ujian pra, tetapi nombor soalan telah diubah. Ujian ini juga diberikan kepada kedua-dua kumpulan iaitu kumpulan yang belajar melalui kesan persembahan multimedia interaktif sejurus selepas rawatan penggunaan multimedia diberikan. Pelajar diberi masa selama 30 minit untuk menjawab soalan tersebut.

Kesahihan (validity) kandungan akan ditentukan oleh guru-guru pakar dalam bidang pendidikan seni dan pensyarah-pensyarah yang terlibat melalui jadual ‘persetujuan item ’. Pengelasan item memberatkan konsep konkrit, kerana bersesuaian dengan kajian yang memerlukan pelajar membuat pengamatan kepada bahan melalui multimedia.

Kebolehpercayaan soalan-soalan ujian ini akan ditentukan selepas mengadakan ujian rintis kepada pelajar dari sekolah lain, iaitu Sekolah Menengah Seri Perak Teluk Intan dan Sekolah Menengah Sungkai, Perak.

Bagi menentukan koefisien kebolehpercayaan (reliability coefficient) untuk ujian yang dibina, ‘Kaedah Berbahagi Dua’ (split half) digunakan, iaitu dua set markat yang didapati daripada gerak balas pada butiran bernombor ganjil diasingkan dari gerak balas pada butiran bernombor genap. Kemudian kedua-dua set markat ini dikorelasikan. Penyelidik menggunakan teknik ‘rho rank’. Formulanya ialah:

6 (D2)ro = ------- --------

N (N2 - 1)

ro = koefisien kebolehpercayaan

D2 = perbezaan pangkat digandaduakan

bilangan pasangan

Page 8: Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Apresiasi ...pustaka2.upsi.edu.my/eprints/396/1/Keberkesanan Pengajaran dan... · Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Apresiasi Pendidikan

52 / Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan

Formula ‘Spearman-Brown’ pula digunakan untuk membuat anggaran sepenuhnya ujian yang telah dijalankan. Formulanya adalah seperti berikut:

_ 2 x (korelasi di antara dua ujian)

1 + (korelasi di antara dua ujian)

n ialah korelasi bagi ujian sepenuhnya

Kebiasaannya anggaran ‘Spearman-Brown’ lebih tinggi keputusannya.Kesimpulannya koefisien korelasi yang diperoleh ialah 0.583 dan korelasi

‘Spearman-Brown’ yang diperoleh ialah 0.736. Daripada analisis ini jelas menunjukkan bahawa soalan-soalan yang dibina untuk tujuan kajian mempunyai koefisien kebolehpercayaan yang tinggi.

Dalam penyelidikan ujian pra dan ujian pasca olahan menggunakan bahan koswer multimedia interaktif adalah seperti yang berikut:

Persembahan tajuk Melawat ke Balai Seni Lukis Negara

Persembahan multimedia iaitu persembahan mengenai sejarah Balai Seni Lukis Negara, Bangunan Balai Seni Lukis Negara, karya-karya dan ulasan karya himpunan tetap dan pelukis-pelukis. Tajuk apresiasi adalah merupakan tajuk yang perlu diajar oleh guru pendidikan seni kerana terkandung dalam sukatan pelajaran pendidikan seni KBSM. Namun demikian kandungan visual ini diubah suai semula oleh pengkaji mengikut kesesuaian objektif/matlamat yang dicapai serta bersesuaian dengan koswer multimedia interaktif di samping penilaian yang dikehendaki. Bagi memastikan persembahan koswer tersebut benar-benar sesuai dan berkesan pengkaji akan merujuk kepada pakar tertentu dan diuji kepada kumpulan ujian rintis serta kelompok pelajar lain yang tidak terlibat langsung dalam kajian ini untuk mendapatkan maklum balas.

Semua kertas jawapan pelajar diperiksa untuk menentukan skor peratus (%) betul masing-masing terhadap topik-topik yang dikaji.

Peningkatan pencapaian setiap orang pelajar pula diperoleh daripada hasil tolak markah-markah skor ujian pasca dengan markah skor ujian pra. Perbezaan skor ini dipanggil sebagai skor peningkatan.

Instrumen II

Soal selidik sikap terhadap penggunaan komputer

Soal selidik sikap - terhadap penggunaan komputer sebagai alat membantu pembelajaran telah diberi pada hari terakhir dalam kelas eksperimen. Soal selidik ini adalah menilai kesedaran dan kenal faham komputer (Minnessota Educational

Page 9: Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Apresiasi ...pustaka2.upsi.edu.my/eprints/396/1/Keberkesanan Pengajaran dan... · Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Apresiasi Pendidikan

Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Apresiasi Pendidikan Seni / 53

Computing Consortium, 1979). Instrumen pengukuran direka bentuk oleh Anderson, Hanson, Johnson dan Klassen (Anderson et al. 1979) yang dikenali sebagai alat pengukuran ‘Minnessota’. Versi yang diubah suai mempunyai 20 item daripada bahagian afektif (Toh, 1991). Item-item ini meliputi subskala mengenai sikap kesukaan iaitu:

1. Kesukaan: terhadap komputer dan kesukaan - belajar menggunakan komputer. (item 1, 5, 6, 7, 10, 12, 13, 15, 17, 18, 20)

2. Sikap kegelisahan, iaitu kegelisahan atau desakan: apabila menghadapi komputer (item 2, 3, 4, 8, 9, 11, 14, 16, 19)

Kebolehpercayaan bagi domain afektif dalam ujian ini ialah 0.81 untuk sikap kesukaan dan 0.64 untuk kegelisahan (Anderson et al.1979).

Penyelidikan sebenar

Ujian Pasca pencapaian dilakukan setelah dua minggu ujian pra dijalankan. Guru mata pelajaran pendidikan seni (sekolah yang terlibat) melakukan pelaksanaan ujian pra dan ujian pasca pada masa kajian dilakukan dan penyelidik hanya bertindak sebagai penyelaras. Ini adalah bagi mengelakkan berlakunya ‘experimental bias’ semasa proses penyelidikan berjalan.

Penerangan mengenai pengendalian dan cara perlaksanaan diberitahu kepada guru yang terlibat. Perkakasan komputer yang digunakan ialah Pentium 100 dilengkapkan dengan perkakasan multimedia seperti audio dan CD ROM. Perisian multimedia adalah yang dibangunkan oleh penyelidik. Kebenaran untuk menggunakan makmal komputer sekolah juga telah diperoleh daripada Pengetua sekolah berkenaan.

Dapatan Kajian

Seramai 50 orang pelajar dipilih daripada tiga buah sekolah. Kesemua pelajar yang dipilih dapat hadir semasa eksperimen dibuat. Berdasarkan bilangan sampel adalah seperti berikut:

Jadual 1: Sekolah dan bilangan pelajar terlibat

BIL SEKOLAH JUMLAH

1 SEK. MEN. DI TANJONG MALIM 16

2. SEK. MEN. DI TAPAH 17

3. SEK. MEN. DI BESOUT 17

JUMLAH 50

Page 10: Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Apresiasi ...pustaka2.upsi.edu.my/eprints/396/1/Keberkesanan Pengajaran dan... · Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Apresiasi Pendidikan

54 /M enanggapi Keberkesanan dan Perubahan

Berikut adalah dapatan kajian untuk menjawab persoalan-persoalan kajian bagi menentukan hipotesis yang telah ditetapkan.

Adakah pembelajaran dengan menggunakan multimedia interaktif bagi tajuk ‘Melawat ke Balai Seni Lukis Negara’ boleh menyebabkan perbezaan signifikan terhadap pencapaian pelajar tingkatan 4?

Ujian pencapaian pasca dilakukan tiga bulan selepas bermulanya ujian pra. Ujian ini mengandungi 20 soalan dan kandungan soalan adalah sama. Namun demikian bagi ujian pasca kedudukan nombor soalan diubah supaya tidak serupa dengan ujian pra.

Jadual 2 menunjukkan huraian statistik bagi keputusan markat ujian pra, pasca dan skor beza (gain score). Berdasarkan huraian didapati peningkatan pada nilai min pada ujian pasca. Nilai min dalam skor ujian pra ialah 20.38 berbanding dengan nilai min bagi skor ujian pasca ialah 25.28. Ini bermakna peningkatan min skor pencapaian (Beza) ialah 4.9000. Perbandingan nilai min menunjukkan bahawa prestasi pelajar telah meningkat setelah diberi rawatan dengan menggunakan pembelajaran melalui multimedia interaktif.

Jadual 2: Huraian statistik keputusan markat ujian pra, pasca dan skor pencapaian

N = 50

Minimum Maksimum Jumlah Min Sisihan Piawai

PRA 10 29 1019 20.38 3.70

POS 16 35 1264 25.28 4.27

BEZA -2.00 13.00 245.00 4.9000 2.9294

Berdasarkan analisis Ujian-T (Jadual 3) dapatan ujian pra menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan (pada paras keertian 0.05). Setelah dibuat ujian pasca kepada pelajar yang mengikut pembelajaran melalui multimedia interaktif didapati terdapat perbezaan yang signifikan (p =.005). Namun demikian terdapat perbezaan yang signifikan (pada paras keertian 0.05) apabila dibuat korelasi antara ujian pra dengan ujian pasca yang dilihat signifikan pada (p = .000).

Hipotesis 1 diterima yang menyatakan terdapat perbezaan yang signifikan dari segi pencapaian di kalangan pelajar yang belajar dengan menggunakan multimedia interaktif dengan menggunakan kaedah tradisional.

Page 11: Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Apresiasi ...pustaka2.upsi.edu.my/eprints/396/1/Keberkesanan Pengajaran dan... · Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Apresiasi Pendidikan

Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Apresiasi Pendidikan Seni / 55

Jadual 3: Korelasi Sampel Berpasangan

Min N Sisihan Piawai

Berpasangan PRA 20.38 50 3.70

1 POS 25.28 50 4.27

* Sig. pada aras 0.05

Jadual 4: Korelasi Sampel Berpasangan

N Korelasi Sig.

Berpasangan 1 PRA & POS 50 .738 0.001

* Sig. pada aras 0.05

Adakah perbezaan pencapaian kumpulan lelaki dan perempuan yang belajar dengan menggunakan multimedia interaktif?

Jadual 5, 6 dan 7 menunjukkan huraian statistik dan ujian T bagi keputusan markat ujian pra, pasca dan skor pencapaian (Beza). Sebagai perbandingan, dapatan nilai min dalam skor ujian pra adalah tidak terdapat signifikan. Min lelaki 19.76 sementara perempuan 20.83 Begitu juga setelah diberi rawatan menggunakan multimedia min lelaki ialah 24.14 dan perempuan 26.10. Bagi min skor ujian pencapaian lelaki dan perempuan adalah tidak terdapat signifikan iaitu .012 berdasarkan Ujian T (Independent sampals Test). (Jadual 8)

Hipotesis 2 ditolak kerana tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi pelajar lelaki dan perempuan setelah menerima pembelajaran dengan menggunakan multimedia interaktif.

Jadual 5: Huraian statistik menunjukkan min bagi Ujian Pra lelaki dan Perempuan

JAN N Min Sisihan Piawai Std. Min Kesilapan

PRAlelaki 21 19.76 3.700 .807

perempuan 29 20,83 3.694 .686

Jadual 6: Huraian statistik menunjukkan min bagi Ujian Pos lelaki dan Perempuan

JAN N Min Sisihan Piawai Std. Min Kesilapan

POS lelaki 21 24.14 4.339 .947

perempuan 29 26.10 4.091 .760

Page 12: Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Apresiasi ...pustaka2.upsi.edu.my/eprints/396/1/Keberkesanan Pengajaran dan... · Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Apresiasi Pendidikan

56 / Menanggapi Keberkesanan clan Perubahan

Jadual 7: Huraian statistik menunjukkan min bagi pencapaian (Beza) lelaki dan perempuan

l JAN N Min Sisihan Piawai Std. Min Kesilapan

BEZA lelaki 21 4.3810 3.63973 .79425

perempuan 29 5.2759 2.28186 .42373

Jadual 8: Ujian-T menunjukkan min bag) Ujian Pra lelaki dan perempuan (Ujian Sampel Bebas)

Ujian LaVene untuk

Persamaan Variasi

Ujian-t untuk Persamaan Min

F Sig T dfSig.(2-

ekor)

PerbezaanMin

Std.PerbezaanKesilapan

95% Perbezaan Sela

Keyakinan

Bawah Atas

AnggaranPersamaanVariasi

6.868 .012 "1.068 48 .291 -.8949 .83819 -2.58020 .79038

BukanAnggaranPersamaanVariasi

• -.994 31.200 .328 -.8949 .90022 -2.73043 .94062

Adakah perubahan sikap - terhadap penggunaan kom puter setelah mengikuti pembelajaran melalui multimedia interaktif yang bertajuk ‘Melawat ke Balai Seni lukis Negara’?

Jadual 9 menunjukkan pencapaian ujian pasca setelah pelajar diberi soal selidik mengenai sikap pelajar lelaki dan perempuan menggunakan bahan multimedia. Ujian T menunjukkan tidak terdapat signifikan (0.324).

Page 13: Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Apresiasi ...pustaka2.upsi.edu.my/eprints/396/1/Keberkesanan Pengajaran dan... · Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Apresiasi Pendidikan

Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Apresiasi Pendidikan Seni / 57

Jadual 9: Ujian-T menunjukkan min bagi ujian pasca untuk menunjukkan sikap(Ujian Sampel Bebas)

Ujian Lavene untuk

Persamaan Variasi

Ujian-t untuk Persamaan Min

F Sig t dfSig.(2-

ekor)

PerbezaanMin

Std.PerbezaanKesilapan

95% Perbezaan Sela

Keyakinan

Bawah Atas

AnggaranPesamaanVariasi

.991 .324 -1.631 48 .110 -1.96 1.20 -4.38 .46

BukanAnggaranPersamaanVariasi

-1.615 41.696 .114 -1.96 1.21 -4.41 .49

Walau bagaimanapun jika dilihat kepada setiap soalan yang dikemukakan mendapati kebanyakan pelajar suka menggunakan komputer dalam pembelajarannya ini dapat dibuktikan dalam jadual-jadual berikut:

Soalan 7: Saya rasa seronok apabila menggunakan komputer untuk belajar: Berdasarkan huraian statistik menunjukkan sangat setuju (SS) mencapai 68.0 peratus. Ini menunjukkan sikap pelajar suka menggunakan komputer.

Jadual 10: Huraian Statistik untuk soalan sikap nombor 7

Kekerapan Peratus Peratus Sah Kumulatif Peratus

TJ 2 4.0 4.0 4.0

S 14 28.0 28.0 32.0

SS 34 68.0 68.0 100.0

Jumlah 50 100.0 100.0

Soalan 12: Saya dapat mengikuti pelajaran bagi topik yang diajar melalui multimedia. Berdasarkan huraian statistik menunjukkan sangat (S) mencapai 58.0 dan Sangat Setuju (SS) mencapai 22.0 peratus. Ini menunjukkan sikap pelajar dapat mengikuti topik melalui pembelajaran menggunakan multimedia.

Page 14: Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Apresiasi ...pustaka2.upsi.edu.my/eprints/396/1/Keberkesanan Pengajaran dan... · Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Apresiasi Pendidikan

58 / Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan

Jadual 11: Huraian Statistik untuk soalan sikap nombor 12

Kekerapan Peratus Peratus Sah Kumulatif Peratus

STS 1 2.0 2.0 2.0

ST 2 4.0 4.0 6.0

TJ 7 14.0 14.0 20.0

S 29 58.0 58.0 78.0

SS 11 22.0 22.0 100.0

Jumlah . 50 100.0 100.0

Soalan 20: Saya yakin belajar dengan menggunakan multimedia dapat meningkatkan kefahaman saya.

Berdasarkan huraian statistik menunjukkan sangat (S) mencapai 58.0 dan Sangat Setuju (SS) mencapai 38.0 peratus. Ini menunjukkan sikap pelajar yakin dan memahami pembelajaran menggunakan multimedia.

Jadual 12: Huraian Statistik untuk soalan sikap nombor 20

Kekerapan Peratus Peratus Sah Kumulatif Peratus

ST 1 2.0 2.0 2.0

TJ 1 2.0 2.0 4.0

S 29 58.0 58.0 62.0

SS 19 38.0 38.0 100.0

Jumlah 50 100.0 100.0

Rumusan Dapatan

Analisis kajian terhadap 50 orang pelajar yang menjadi sampel dalam kajian ini membuktikan bahawa pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan multime­dia interaktif dengan menggunakan reka bentuk yang teratur didapati telah menunjukkan pencapaian min yang meningkat dan terdapat signifikan antara pra dan pasca (rujuk Jadual 13).

Sebagai perbandingan ujian pencapaian pra dan pasca menunjukkan aras signifikan berdasarkan perbezaan mean antara pra pos (4.90) dan apabila diuji secara statistik pada aras 0.05 didapati perbezaan ini signifikan. (nilai T 11.828 < p .000) (Jadual 4.14)

Page 15: Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Apresiasi ...pustaka2.upsi.edu.my/eprints/396/1/Keberkesanan Pengajaran dan... · Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Apresiasi Pendidikan

Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Apresiasi Pendidikan Seni / 59

Jadual 13: Ujian T ‘Pair' berdasarkan ujian Pra dan Pos

Perbezaan Pasangan

Min SisihanPiawai

Std. Min Kesilapan

95% Perbezaan Sela

Keyakinant df Sig.

(2-ekor)

Bawah Atas

Pasangan 1 PRA-POS -4.90 2.93 .41 -5.73 -4.07 -11.828 49 .000

Daripada ujian-t pencapaian sampel pelajar menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan antara pelajar lelaki dan perempuan setelah diberi rawatan menggunakan multimedia. Namun demikian apabila di lihat pada skor min pencapaian, kumpulan lelaki (4.339) lebih tinggi berbanding perempuan (4.091) dalam ujian pra.

Begitu juga bagi ujian pasca tidak terdapat signifikan. Namun pelajar lelaki lebih tinggi iaitu (3.700) berbanding dengan pelajar perempuan (3.694). Analisis menunjukkan perbandingan itu tidak ketara, hanya perbezaan yang cukup rendah.

Kesimpulan

Kesimpulannya, daripada dapatan kajian ini didapati bahawa pengajaran menggunakan multimedia interaktif dapat meningkatkan pencapaian pelajar. Sebagai perbandingan antara pengajaran tradisi dan menggunakan multimedia sampel menunjukkan sikap positif terhadap penggunaan multimedia walaupun tidak terdapat signifikan antara sikap dan pencapaian pelajar.

Selain itu didapati juga tidak terdapat signifikan antara pencapaian pelajar lelaki dan perempuan. Ini menunjukkan pengaruh terhadap penggunaan multimedia dalam pembelajaran apresiasi seni bagi kumpulan lelaki dan perempuan tidak menjadi faktor utama kepada pencapaian.

Terdapat perubahan sikap di kalangan - setelah menggunakan komputer setelah belajar dengan multimedia berasaskan komputer, sungguhpun tidak terdapat berbezaan signifikan.

Page 16: Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Apresiasi ...pustaka2.upsi.edu.my/eprints/396/1/Keberkesanan Pengajaran dan... · Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Apresiasi Pendidikan

60 / Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan

Rujukan

Alessi, S. M. dan Trollip, S. R., 1991. Computer-Based Instruction: Methods And Development. New Jersey: Prentice-Hall.

Amhein, R., 1969. Visual Thinking. London: University Of California.

Aspillaga, M., 1991. Screen design: location of information and effects on learning. Journal o f computer based instruction. 18 (3), 89 -92.

Booth, K. S., 1974. In there computer graphic after multimedia. Dalam Ottmann T,. dan Tomek, I. (1994) Education multimedia and hypermedia 94. Proceeding of ED- MEDIA 94. World Conference on Education Multimedia and Hypermedia, Vencouver, BC, Canada: June 25-30 1994. Association for the Advancement of Computing In Education. United State, m.s. 9 -14.

Boyle, T., 1997. Design For Multimedia Learning. London: Prentice Hall.

Casanova, J. V. dan Molina, L., 1997. Multimedia An Introduction. United States An Imprint of Macmillan Computer Publication.

Dwyer, F. M., 1972. A Guide For Improving Visualised Instruction, learning Services: State College, PA: Learning Serving Press.

Fisher, S., 1994. Multimedia Authoring Building And Developing Document. London: AP Professional.

Freeman, F. N., 1974. Visual Education. Chicago: University of Chicago Press.

Gagne, R. M., 1974. Essentials Of Learning For Instruction. Holt, New .York: Rinehart and Winston.

Gayeski, D. M., 1993. Making Sense of Multimedia: Introduction to this volume. DalamD. M. Gayeski, Multimedia for learning: Development, application, evaluation, (pp 1-14). Englewood Cliffs, N. Jersey: Education Technology Publications.

Hannafin, M. J., dan Peck, K. L., 1990. The Design, Development And Evaluation Of Instructional Software. New York: Macmillan.

Heinch, R., Molenda, M., Rusgell, J. D., Snaldino., 1996. Instructional Media And Technologies For Learning. New Jersey: Prentice-Hall.

Knight, P., 1995. Factors to consider in evaluating multimedia flatworms for widespread curricular adoption. Dalam Gayeski, D. M. (1995) Multimedia for learning development, Application, evaluation, New Jersey: Education Technology.

Page 17: Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Apresiasi ...pustaka2.upsi.edu.my/eprints/396/1/Keberkesanan Pengajaran dan... · Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Apresiasi Pendidikan

Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Apresiasi Pendidikan Seni / 61

Moore D. M., Dwyer, F. M., 1994. Visual Literacy. AApectrum Of Visual Learning. New Jersey, Educational Technology Publications.

Neo, Mai dan Ken T. K. Neo., 1997. The Multimedia Mosaic: Multimedia On The PC. Kuala Lumpur: Federal Publication.

Park, I., Hannafin, M. J., 1993. Empirivally-Based guideline for the design of interactive multimedia, Journal o f Information Technology for teacher Education, Vol. 41, No 3, m.s. 63-85.

Schiwier, R. A. dan Misanchuk, E. R., 1993. Interactive Multimedia Instruction. Englewod Cliffs, New Jersey: Education Technology Publication.

Sless, D., 1981. Learning And Visual Communication. New York: A Halsted Press Book.

Suhwier, R. A. dan Misanchuk, E. R., 1993. Interactive Multimedia Instruction. Englewood Cliffs, N. Jersey: Educational Technology Publication.