dasar negara bab 12,13,14

72
DASAR-DASAR NEGARA

Upload: azah-narowi

Post on 29-Jun-2015

6.962 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Dasar negara bab 12,13,14

DASAR-DASAR NEGARA

Page 2: Dasar negara bab 12,13,14

DASAR-DASAR NEGARA

PERJUANGAN FASA II

WAWASAN NEGARA

MENCIPTA MASYARAKAT GEMILANG

Page 3: Dasar negara bab 12,13,14

KONSEP NEGARATanahRakyatSempadanPentadbiran Kerajaan

DEFINISI DASAR NEGARAGaris panduan pentadbiran yang merangkumi segala arahan dan peraturan untuk mencapai matlamat kepimpinan negara ke arah sebuah negara yang gemilang.

Page 4: Dasar negara bab 12,13,14

TUJUAN DASAR

MEMBANTU NEGARA MENCAPAI

1. Matlamat keselamatan negara.

2. Perpaduan dan kestabilan negara.

3. Kesejahteraan sosial dan ekonomi rakyat dan masyarakat.

Page 5: Dasar negara bab 12,13,14

DEFINISI DASAR AWAM

“Public Policy is Whatever Goverments choose to do or not to do”.

(Thomas R. Dye-Understanding Public Policy, 1975)

Usaha Kerajaan menghadapi/ mengatasi masalah yang membebankan semua atau sebahagian masyarakat untuk kebajikan umum.

“SESUATU DASAR KERAJAAN ADALAH PENGISTIHARAN HASRAT DAN NILAI (VALUES) KERAJAAN TERHADAP SESUATU FENOMENA, PERKARA, ISU, KEADAAN ATAU MASALAH DI DALAM MASYARAKAT.”

Dr. Abdullah Ab. Rahman, Masalah dan Isu Dalam penggubalan dan Pelaksanaan Dasar Awam.

Page 6: Dasar negara bab 12,13,14

ISU –ISU YANG MELIBATKAN ASPEK DASAR YANG UTAMA DAN MEMERLUKAN PENGGUBALAN DASAR YANG KHUSUS.

ISU EKONOMI Arah dan kadar pertumbuhan ekonomi negara. Masalah pengeluaran yang menurun dan

kekurangan tenaga buruh. Asas sektor pembuatan/perkilangan yang

sempit.(Tertumpu kepada industri elektronik, tekstil dan beberapa jenis industri gantian inport).

Kadar produktiviti yang secara relatifnya masih rendah.

Perbezaan pendapatan dan status sosio-ekonomi rakyat antara kaum, wilayah dan kawasan bandar dan luar bandar.

Page 7: Dasar negara bab 12,13,14

ISU-ISU YANG MELIBATKAN ASPEK DASAR YANG UTAMA DAN MEMERLUKAN PENGGUBALAN DASAR YANG KHUSUS.

ISU POLITIK DAN PENTADBIRAN Polarisasi kaum. Penyalahgunaan dasar dan pengedaran

dadah antarabangsa. Keperluan pembentukan budaya kerja dan

sikap yang positif untuk pembangunan. Masalah kemiskinan mutlak yang berterusan

walaupun menurun dari segi peratusnya. Saiz sektor awam yang masih besar beban

perbelanjaan yang tinggi. Isu pencemaran alam yang lahir daripada

aktiviti pembangunan yang tidak terkawal.

Page 8: Dasar negara bab 12,13,14

ISU-ISU YANG MELIBATKAN ASPEK DASAR YANG UTAMA DAN MEMERLUKAN PENGGUBALAN DASAR YANG KHUSUS.

ISU ANTARABANGSA Pergeseran politik kuasa-

kuasa besar di rantau ini. Masalah politik di rantau

Asia. Pendatang tanpa izin. Kecenderungan kuasa

besar untuk menguasai dan menentukan arus politik dan sistem ekonomi antabangsa dan lain-lain.

Page 9: Dasar negara bab 12,13,14

DASAR-DASAR UTAMA KERAJAAN

I. DASAR-DASAR EKONOMI

Wawasan 2020 RRJP (RM 6)/ DPN Dasar Perindustrian Negara Dasar Persyarikatan Malaysia Dasar Penswastaan Dasar pertanian Negara Dasar Halacara Baru Dalam

Pembangunaan Kampung Dan Luar Bandar

Page 10: Dasar negara bab 12,13,14

DASAR-DASAR UTAMA KERAJAANII. DASAR-DASAR

SOSIAL/ETIKA KERJA Dasar Pendidikan Kebangsaan Dasar Kebudayaan

Kebangsaan Dasar/Program Pembaharuan

Dan Peningkatan Produktiviti:-• Dasar Pandang Ke Timur• Dasar Bersih, Cekap Dan

Amanah• Kepimpinan Melalui Teladan• Program-program

Pembaharuan dan Peningkatan Produktiviti Dalam Perkhidmatan Awam

Dasar Penerapan Nilai-Nilai Murni Dalam Pentadbiran

Dasar Wanita Negara Dasar Sosial Negara

III. DASAR-DASAR LUAR NEGERI

Kawasan aman, bebas dan berkecuali (ZOPFAN)

Antartika

Page 11: Dasar negara bab 12,13,14

PENERANGAN DASAR-DASAR UTAMA KERAJAAN

1. DASAR EKONOMI BARU• Dilancarkan ekoran peristiwa berdarah 13 Mei

1969. Ia merupakan Rancangan Pembangunan Ekonomi secara berperingkat selama 20 tahun. (1979-1990)

• Objektif DEB ialah membasmi kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat.

• Strategi perlaksanaan DEB ialah Serapang Dua Mata iaitu:-

i. Membasmi kemiskinan dengan menambah pendapatan dan memperbanyakkan peluang pekerjaan, mengadakan perkhidmatan sosial percuma atau dibantu tanpa mengira kaum.

ii. Menyusun semula masyarakat untuk akhirnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

iii. Pencapaian matlamat DEB haruslah dalam kontek perkembangan ekonomi negara yang berterusan.

Page 12: Dasar negara bab 12,13,14

PROGRAM PENYUSUNAN SEMULA MASYARAKAT MELIPUTI:-

• Usaha meninggikan pengeluaran pendapatan dan mutu kehidupan golongan miskin di mana 64.8% adalah Melayu, 26.2% Cina dan 38.2% India. (86% berada di luar bandar)

• Usaha menseimbangkan struktur gunatenaga supaya menjelang 1990 ianya mencerminkan susunan penduduk mengikut etnik.

• Usaha menambahkan pemilikan modal rakyat Malaysia khususnya Bumiputra dalam Syarikat Berhad. (Bumiputra 2.4%, bukan Bumiputra 34.3% dan pelabur asing 63.3%)

• Usaha membentuk satu masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan Bumiputra supaya pada 1990 mereka akan memiliki dan menguruskan sekurang-kurangnya 30% daripada kegiatan dagangan dan perindustrian.

• Usaha memajukan negeri dan kawasan yang mundur melalui Program Pembangunan Wilayah.

Page 13: Dasar negara bab 12,13,14

“SUNGGUHPUN TEMPOH DEB TAMAT PADA TAHUN 1990, MENGIKUT YAB

PERDANA MENTERI USAHA MENCAPAI MATLAMATNYA AKAN

DITERUSKAN DALAM RANCANGAN PEMBANGUNAN JANGKA PANJANG

MALAYSIA KEDUA 1991-2020”.

Page 14: Dasar negara bab 12,13,14

DASAR PERSYARIKATAN MALAYSIA

1. LATAR BELAKANG (SEJARAH)• Diperkenalkan oleh YAB PM, pada thn

1983 sbg pendekatan asas bagi pembangunan negara.

• 1984, Surat Pekeliling Am Bil 2 Tahun 1984 dikeluarkan oleh KSN mengarahkan semua Kementerian, Jabatan dan Pejabat Kerajaan menubuhkan Panel Perunding bertujuan memperbaiki perkhidmatan yg diberi kpd sektor swasta.

• Julai 1991, Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 9 Tahun 1991 dikeluarkan bg memberi panduan Mengenai Pelaksanaan Dasar Persyarikatan Malaysia.

Page 15: Dasar negara bab 12,13,14

DASAR PERSYARIKATAN MALAYSIA

TANGGUNGJAWAB SEKTOR SWASTA

• Merupakan penggerak pertumbuhan ekonomi.

• Perlu lebih kuat, dinamik, berdaya saing, cekap dan tangkas dlm menghadapi cabaran-cabaran saingan di pasaran luar negeri.

• Barangan yg dihasilkan mampu mengekalkan persaingan & berbagai barangan utk pasaran yg berbagai.

• Perlu bersatu bagi menembusi pasaran baru spt di Asia, Afrika & Amerika Latin.

Page 16: Dasar negara bab 12,13,14

DASAR PERSYARIKATAN MALAYSIA

KAITAN DASAR DENGAN WAWASAN 2020 & RANGKA RANCANGAN JANGKA PANJANG II (RRJP 11)

Sektor awam berperanan sbg perancang, fasilitator & pelaksana program-program kerajaan:

• Sbg fasilitator – perlu menyediakan suasana yg “conductive” bg merangsang pertumbuhan ekonomi yg pesat; selagi dibenarkan oleh undang-undang.

Page 17: Dasar negara bab 12,13,14

• Sbg perancang - mesti peka & responsif kpd perubahan-perubahan dlm persekitan duniasemasa merancang arah tujuan & strategi pertumbuhan; proaktif, menyediakan maklumat yg betul; aktiviti galakan pasaran yg lebih baik melalui perwakilan seberang laut.

• Sbg pelaksana - perlu menyediakan kemudahan & perkhidmatan sosial yg penting kpd semua rakyat; bukan sahaja kemudahan & perkhidmatan yg meluas tetapi standardnya harus lebih baik.

Page 18: Dasar negara bab 12,13,14

DASAR PERINDUSTRIAN NEGARA

OBJEKTIF1. Menjadikan sektor

perkilangan sbg pertumbuhan perindustrian negara & ekonomi keseluruhannya.

2. Menggalakkan penggunaan sepenuhnya sumber-sumber asli negara.

3. Meninggikan tahap penyelidikan & pembangunan (R&D) teknologi tempatan sbg asas bg Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian.

Page 19: Dasar negara bab 12,13,14

KENAPA PERLU DASAR PERINDUSTRIAN

1. Kemelesetan ekonomi era 80-an

2. Kelemahan sektor perindustrian

3. Menyahut cabaran DEB

4. Peluang pekerjaan & tenaga mahir

5. Pertumbuhan ekonomi seimbang

6. Pertumbuhan industri kecil & sederhana

7. Ke arah modenisasi8. Penyumbang utama

sektor ekonomi masa hadapan

9. Persaingan antarabangsa

10. Rantaian huluan & hiliran industri

11. Pertumbuhan bandar-bandar baru

12. Ke arah negara maju

Page 20: Dasar negara bab 12,13,14

DASAR PERINDUSTRIAN NEGARA

KELEMAHAN SEKTOR INDUSTRI (70AN & 80AN)

1. Pertumbuhan sektor eksport kurang memuaskan

2. Eksport terlalu bergantung kpd industri elektrik, elektronik & tekstil sahaja

3. Mutu keluaran tidak dapat bersaing dgn keluaran luar negeri

4. Tidak ada rantaian antara sektor industri dgn lain-lain sektor

5. Industri-industri yg ditubuhkan kurang mempunyai ‘nilai tambah’ (Value Added)

Page 21: Dasar negara bab 12,13,14

DASAR PERINDUSTRIAN NEGARA

STRATEGI1. Dasar perindustrian yg

berpandangkan keluar bg mengekalkan kadar pertumbuhan perindustrian yg tinggi.

2. Memajukan secara intensif industri berasaskan sumber untuk eksport & mempelbagaikan industri.

3. Memajukan industri berat terpilih utk menyokong industri eksport.

4. Memaju & menggunakan sistem perkhidmatan maklumat yg bersepadu

5. Membangunkan teknologi & tenaga rakyat

Page 22: Dasar negara bab 12,13,14

STRATEGI PERINDUSTRIAN DI BAWAH DPN RRJP 2 (1991-2000)

1. Mempelbagaikan industri tempatan.

2. Rantaian antara sektor.

3. Kurangkan pergantungan kpd tekstil, elektronik & elektrik.

4. Sumber-sumber pertumbuhan baru.

5. Mempelbagaikan keluaran & pasaran sektor pembuatan.

Page 23: Dasar negara bab 12,13,14

STRATEGI PERINDUSTRIAN DI BAWAH DPN RRJP 2 (1991-2000)

6. Meningkatkan kemahiran tenaga kerja.

7. Pembangunan teknologi.

8. Kemudahan infrastruktur.

9. Value added.

10. Galakan IKS.

Page 24: Dasar negara bab 12,13,14

STRATEGI PERINDUSTRIAN DI BAWAH DPN RRJP 2 (1991-2000)

11. Menyelerakkan tapak.

12. Menyusun semula sektor-sektor pembuatan.

13. Tembusi pasaran baru.

14. Pemasaran yang agresif.

Page 25: Dasar negara bab 12,13,14

DASAR PENSWASTAAN

PEMINDAHAN PEMILIKAN & KUASA KAWALAN KERAJAAN KE ATAS PERKHIDMATAN & AKTIVITI EKONOMI KEPADA

PIHAK-PIHAK SWASTA.

Page 26: Dasar negara bab 12,13,14

DASAR PENSWASTAAN

OBJEKTIF DASAR PENSWASTAAN

• Mengurangkan beban kewangan kerajaan.

• Meninggikan kecekapan & penghasilan kerja.

• Menggalakkan pertumbuhan ekonomi.

• Pengagihan sumber secara cekap.

• Mempercepatkan pencapaian hasrat DEB.

Page 27: Dasar negara bab 12,13,14

DASAR PENSWASTAAN

MEKANISME/BENTUK PENSWASTAAN

i. Penjualan aset atau penswastaan.

ii. Pajakan.

iii. Kontrak Pengurusan.

iv. ‘Bina – Kendali – Pindah’ (BKP) atau ‘Build – Operate – Transfer’ (Bot) & ‘Bina – Kendali’ (BK) atau ‘Build – Operate’ (BO).

Page 28: Dasar negara bab 12,13,14

DASAR PERTANIAN NEGARA

• Dilancarkan oleh Y.A.B. Timb. PM pada 12 Januari 1984.

• Usaha Kerajaan utk membangunkan sektor pertanian (tanaman, ternakan, perikanan & perhutanan).

• Dapat menyediakan peluang pekerjaan, membekal sumber bahan mentah sektor perindustrian, menyedia sumber makanan & meningkatkan eksport negara.

Page 29: Dasar negara bab 12,13,14

OBJEKTIF

• Memaksimumkan pendapatan sektor pertanian melalui penggemblengan sumber-sumber negara secara cekap & berkesan spy sumbangan sektor pertanian kpd pertumbuhan ekonomi dpt dipergiatkan semula;

• Memaksimumkan pendapatan pengusaha/pekebun kecil melalui peningkatan daya pengeluaran spy kadar kemiskinan dpt dikurangkan & kualiti hidup keluarga diperbaiki;

• Memaju & meningkatkan hasil & mutu komoditi-komoditi yg mempunyai potensi besar utk eksport @ bahan gantian import serta komoditi-komoditi terpilih utk bhn makanan & perindustrian.

Page 30: Dasar negara bab 12,13,14

STRATEGI-STRATEGI

a) Pembukaan Tanah Baru• Dijalankan oleh FELDA, pihak-pihak berkuasa

pembangunan wilayah & Kerajaan Negeri.• Menekankan tanaman utk eksport, membolehkan

pemilikan tanah yg ekonomik bg mereka yg tiada bertanah @ mempunyai tanah yg bersaiz kecil.

b) Pembangunan “In-Situ”• Pembangunan di kawasan yg mempunyai daya

pengeluaran yg rendah akibat drpd masalah struktur & institusi.

• Cth: Projek-projek Pembangunan Pertanian Bersepadu, MADA, KADA, FELCRA, RISDA & Perbadanan-perbadanan Pembangunan Wilayah.

Page 31: Dasar negara bab 12,13,14

STRATEGI-STRATEGI

c) Perkhidmatan Sokongan Pertanian• Cth: penyelidikan, pengembangan & pemasaran

yg cekap disamping galakan @ intensif tertentu.• PORIM, RRI, MARDI, RISDA, Jabatan Pertanian,

Jabatan Perikanan, FAMA & LPP.

d) Pembangunan Sosial & Institusi

e) Penswastaan & Penyertaan Pihak Swasta

f) Pembangunan Komoditi• Eksport perindustrian – kelapa sawit, getah koko.• Beras(sara diri) akan ditingkatkan.• Pembangunan hutan dihadkan spy ekologi

dipelihara.

Page 32: Dasar negara bab 12,13,14

STRATEGI-STRATEGI

g) Program Halacara Baru dlm Pembangunan Kampung & Luar Bandar

• Mengurangkan kemiskinan luar bandar dgn cara meningkatkan pendapatan petani & pekebun kecil melalui:-

i. Pengelompokan Kampung-Kampung

ii. Penyatuan Tanah & Pengurusan Aktiviti Pertanian Secara Komersil

iii. Pembangunan Industri Kampung

Page 33: Dasar negara bab 12,13,14

PENCAPAIAN SEMASA

• Boleh dilihat kpd beberapa langkah yg diperkenalkan termasuklah:

i. Cara estet mini tanaman saka oleh RISDA di Kg. Parit Seraya & Kg. Parit Selangor;

ii. Projek Pembangunan Kg. Tradisional oleh FELCRA di Kg. Kok, Kedah, Teratak Batu, K’tan & Ulu Berang, T’ganu;

iii. Projek Blok Tanaman Koko oleh Jab. Pertanian & MARDI

iv. Projek Cth. Tanaman Kontan spt Projek Tembakau di Alor Ketitir, T’ganu & Kandis, K’tan serta projek sayur-sayuran di bwh Skim Penanaman Berkelompok;

v. Estet mini/tanaman berkelompok oleh Lembaga Pertubuhan Peladang di Tjg. Karang, Selangor & sykt. kerjasama di K’tan, Perak & Pulau Pinang.

vi. Subsidi tanaman selain dr padi, lada hitam & sagu serta ternakan & pertanian dikurangkan. Tiada benih percuma.

vii. Projek diswastakan spt Projek Akuakultur, Puchong, Selangor.

Page 34: Dasar negara bab 12,13,14

FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN

Bergantung kepada:-

a. Harga komoditi

b. Sekatan perdagangan oleh negara-negara pengimport komoditi

c. Penyertaan pelabur swasta dlm sektor pertanian

d. Pekerja pertanian

e. Sambutan petani

Page 35: Dasar negara bab 12,13,14

DASAR PENDIDIKAN

• Dasar Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 & dimaktubkan dlm Ordinan Pelajaran, 1957.

• Dilaksanakan utk mengganti sistem pendidikan penjajah.

• Disemak semula pada thn 1960 yg menghasilkan Laporan Rahman Talib & dimaktubkan dlm Akta Pelajaran, 1961.

Page 36: Dasar negara bab 12,13,14

OBJEKTIF

“BAHAWASANYA dasar pelajaran seperti yg diisytiharkan dlm Ordinan Pelajaran, 1957

ialah utk menubuhkan satu sistem pendidikan yg akan dapat memenuhi keperluan negara & menggalakkan perkembangan kebudayaan,

sosial, ekonomi, & politiknya…”

Page 37: Dasar negara bab 12,13,14

STRATEGI PELAKSANAAN

1. Menjadikan bahasa kebangsaan sbg bahasa pengantar yg utama;

2. Mengadakan kurikulum yg sama & berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah;

3. Mewujudkan sistem peperiksaan yg sama bagi semua;

4. Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan;

Page 38: Dasar negara bab 12,13,14

STRATEGI PELAKSANAAN

5. Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dgn menyediakan pendidikan yg menyeluruh, seimbang & bersepadu;

6. Mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun;

7. Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang & mutu dgn mengagihkan peruntukan secara adil & memberi perhatian khas kpd kumpulan yg kurang bernasib baik & kawasan luar bandar @ pedalaman;

Page 39: Dasar negara bab 12,13,14

STRATEGI PELAKSANAAN

8. Menyediakan pendidikan rendah mengikut KBSR yg berasaskan 3M pada thn 1983 yg nenjurus kpd KBSM pada thn 1989;

9. Memperluaskan pendidikan vokasional dan teknik melalui penyusunan semula kurikulum sek. vokasional pada tahun 1978;

10. Mempelbagai & memperbanyakkan kemudahan pendidikan di peringkat universiti terutama dlm bidang sastera gunaan & sains gunaan

Page 40: Dasar negara bab 12,13,14

STRATEGI PELAKSANAAN

11. Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral & disiplin;

12. Menjadikan Bahasa Kebangsaan & Bahasa Inggeris sbg mata pelajaran yg wajib diajar di sekolah-sekolah & memberi peluang sempurna bagi pembelajaran bahasa-bahasa lain spt Bahasa Cina & Bahasa Tamil;

13. Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum yg memupuk disiplin, spt pasukan-pasukan kadet tentera, kadet polis, pengakap, puteri islam dll.

Page 41: Dasar negara bab 12,13,14

PENCAPAIAN SEMASA

• Hasil Pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan, tenaga rakyat yg dihasilkan pada keseluruhannya dapat memenuhi keperluan gunatenaga negara kecuali di beberapa bidang tertentu.

• Dapat merapatkan jurang pengenalan bidang pekerjaan mengikut kaum sama ada di sektor awam @ swasta.

• Mengurangkan kemiskinan terutamanya kaum bumiputra yg berpendidikan.

Page 42: Dasar negara bab 12,13,14

PENDIDIKAN DAN LATIHAN DI BAWAH RANCANGAN MALAYSIA KE- 9

• Pendidikan Prasekolah dan Rendah meningkat kepada 702,897 pada 2005. Pendidikan Menengah meningkat kepada 2.1 juta pada 2005.

• Melahirkan tenaga kerja yg berpendidikan, mahir & terlatih.

• Melahirkan warganegara yg bertanggungjawab & mempunyai nilai-nilai moral & etika yg kukuh.

• Membantu kpd pencapaian Dasar pembangunan Nasional (DPN) – utk membasmi kemiskinan & penyusunan semula masyarakat.

• Bagi peluang pendidikan & latihan kpd golongan berpendapatan rendah – tingkatkan pendapatan & mudah dapat kerja seterusnya menyumbangkan peningkatan agihan pendapatan.

• Enrolmen peringkat pengajian di Institusi pendidikan tertiari awam dan swasta meningkat 731,698 pada 2005.

Page 43: Dasar negara bab 12,13,14

DASAR KEBUDAYAAN

• Merupakan keseluruhan cara hidup manusia.

• Memerlukan perancangan yg teliti & rapi spy dapat melahirkan cara hidup yg bersifat keMalaysiaan.

Page 44: Dasar negara bab 12,13,14

PRINSIP-PRINSIP DASAR KEBUDAYAAN

1. Berteraskan kepada Kebudayaan Rakyat Asal Rantau ini

2. Unsur-unsur Kebudayaan Lain Yang Sesuai dan Wajar boleh diterima

3. Islam Menjadi Unsur Yang Penting Dalam Pembentukkan Kebudayaan Kebangsaan

Page 45: Dasar negara bab 12,13,14

OBJEKTIF

I. Mengukuhkan perpaduan bangsa & negara melalui Kebudayaan;

II. Memupuk & memelihara keperibadian kebangsaan yg tumbuh drpd Kebudayaan Kebangsaan;

III. Memperkayakan & mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan & kerohanian yg seimbang dgn pembangunan sosioekonomi.

Page 46: Dasar negara bab 12,13,14

STRATEGI & PELAKSANAAN

i. Pemulihan, pemeliharaan & pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas Kebudayaan Kebangsaan melalui usahasama penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan & perhubungan budaya;

ii. Meningkat & mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing & melatih peminat, mendokong & menggerak kebudayaan seluas-luasnya sbg jentera pembangunan yg berkesan;

iii. Mewujudkan komunikasi yg berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan & nasionalisme Malaysia;

iv. Memenuhi keperluan sosiobudaya;

v. Meninggikan taraf & mutu kesenian

Page 47: Dasar negara bab 12,13,14

DASAR PANDANG KE TIMUR

• Diumumkan oleh Y.A.B. PM pada 8 Februari 1982 semasa “5th Joint Annual Conference Of Majeca/Jameca” di K.L.

• Fokus Jepun & Korsel.

• Program Latihan: Latihan perindustrian & Teknikal. Pengajian Akademik. Kemajuan Eksekutif. Hubungan antara institusi. Mencontohi sesuatu yg baik drpd kedua-dua negara &

mengurangkan pergantungan/hubungan dgn rakan-rakan tradisi.

Tujuan: Meninggikan prestasi pengurusan & pembangunan berdasarkan pendekatan/pengalaman/ciri-ciri positif yg diamalkan oleh Jepun dan Korsel.

Page 48: Dasar negara bab 12,13,14

DASAR PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI DALAM PENTADBIRAN

1. LATAR BELAKANG/ RASIONAL• Islam adalah agama rasmi - Perlembagaan

Negara., Penganut-penganut agama lain bebas mengamalkan agama masing-masing.

• Kebangkitan semula Islam sejak awal 1970-an di Seantero Dunia.

• Menerapkan nilai-nilai positif & murni yg terdapat dlm Islam itu utk diterapkan & dijadikan amalan masyarakat di M‘sia.

Page 49: Dasar negara bab 12,13,14

2. OBJEKTIF

• Membentuk sebuah masyarakat Malaysia yg BERAMANAH, BERIDENTITIi & DISEGANI oleh masyarakat lain.

• Menubuhkan sebuah negara yg bahagia.

• Menghapuskan sikap yg negatif dlm menjalankan tugas yg dipertanggungjawabkan.

• Menghasilkan perkhidmatan yg bermutu.

Page 50: Dasar negara bab 12,13,14

3. NILAI-NILAI YANG DISEGANI

• Ada 11 nilai yg disarankan iaitu AMANAH, BERTANGGUNGJAWAB, IKHLAS, DEDIKASI, SEDERHANA, TEKUN, BERSIH, BERDISIPLIN, BEKERJASAMA, BERBUDI MULIA & BERSYUKUR.

* Huraikan/bincangkan secara mendalam semua nilai ini satu persatu.

Page 51: Dasar negara bab 12,13,14

DASAR BERSIH, CEKAP DAN AMANAH

KONSEP BCA

I. BERSIH• Bersih dari segi fizikal• Bersih dari segi moral

II. CEKAP• Hasil kerja yg tinggi• Mutu kerja yg tinggi• Menepati objektif kerja

Page 52: Dasar negara bab 12,13,14

DASAR BERSIH, CEKAP DAN AMANAH

KONSEP BCA

III. AMANAH• Rela & cuba menjalankan tugas &

tanggungjawab yg diamanahkan dlm batas kuasa yg ditentukan dgn penuh gigih & ikhlas bagi mencapai objektif yg ditetapkan.

• Mempunyai sifat luhur & murni, jujur kpd diri sendiri, rakan & organisasi.

Page 53: Dasar negara bab 12,13,14

B. BERSIH, CEKAP DAN AMANAH

• Dilancarkan pada pertengahan April 1982 oleh Y.A.B. PM.

• Tiga sifat unsur yg perlu diamalkan.

• Tujuannya : mewujudkan satu etika kerja & sikap berkhidmat yg baru.

Page 54: Dasar negara bab 12,13,14

C. KEPIMPINAN MELALUI TELADAN

• Dilancarkan oleh Y.A.B. PM pada 19 Mac 1983.

• Tujuan: Memupuk/menanam ciri-ciri kepimpinan yg berkesan utk dicontohi, dihayati & diamalkan oleh segenap lapisan anggota Kerajaan/orang awam.

Page 55: Dasar negara bab 12,13,14

D. PROGRAM-PROGRAM PEMBAHARUAN YANG LAIN

• Etika Perkhidmatan Awam (1979: Buku Panduan Perkhidmatan Cemerlang)

• Pemakaian tanda nama (Pekeliling 8/83: 14.10.83

• Penggunaan kad perakam waktu (Pekeliling Am 11/81)

• Manual prosedur kerja/fail meja (Surat BTH. 6.4.83)

Page 56: Dasar negara bab 12,13,14

D. PROGRAM-PROGRAM PEMBAHARUAN YANG LAIN

• KMK

• Pelan Pejabat Terbuka (PA 4/83)

• Konsep Pejabat Daerah Contoh. (Keputusan mesyuarat MB/KM 22/23.2.80)

• Arahan pengisytiharan harta

• Pusat-pusat pembayaran bil setempat (KL/PJ 1.10.82 Tempat-tempat Lain 1.1.83)

Page 57: Dasar negara bab 12,13,14

DASAR WANITA NEGARA

DIGUBAL DENGAN HARAPAN AGAR SEGALA HALANGAN DAN SEKATAN KEPADA PENGINTERGRASIAN WANITA SEPENUHNYA DALAM PROSES PEMBANGUNAN DAPAT DI ATASI

Page 58: Dasar negara bab 12,13,14

RASIONAL

Menyedari pelbagai peranan wanita dalam keluarga, masyarakat, ekonomi dan politik negara, kerajaan mengakui bahawa strategi-strategi yang khusus perlu dibentuk bagi melibatkan wanita secara berkesan dalam proses pembangunan supaya potensi wanita dapat dioptimumkan. Usaha gigih perlu diambil untuk membantu wanita melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan sosial dan ekonomi yang utama. Ini memerlukan satu dasar bagi memberi panduan serta arah haluan dalam segala usaha pembangunan supaya kepentingan dan penyertaan wanita tidak terabai dan diintegrasikan sumbangan mereka dalam proses pembangunan negara. Menyedari hakikat inilah kerajaan telah menggubal Dasar Wanita Negara (DWN) dalam tahun 1989. Penggubalan dasar ini memperjelaskan kesungguhan kerajaan ke arah membantu penyertaan wanita dalam arus pembangunan negara dengan lebih bermakna. DWN menyediakan garis panduan bagi mengintegrasikan sumbangan wanita dalam proses pembangunan negara.

Page 59: Dasar negara bab 12,13,14

MATLAMAT DASAR WANITA NEGARA

MENJAMIN PERKONGSIAN SAKSAMA DALAM MEMPEROLEHI KEMUDAHAN SUMBER, MAKLUMAT, PELUANG PENYERTAAN DAN MANFAAT PEMBANGUNAN KEPADA LELAKI DAN WANITA. MATLAMAT PERSAMAAN DAN KESAKSAMAAN DIJADIKAN TERAS DASAR PEMBANGUNAN YANG BERORIENTASIKAN RAKYAT, AGAR WANITA YANG MERUPAKAN 50% PENDUDUK NEGARA DAPAT MENYUMBANG.

Page 60: Dasar negara bab 12,13,14

MATLAMAT DASAR WANITA NEGARA

MENGINTERGRASIKAN WANITA DALAM SEMUA SEKTOR PEMBANGUNAN NEGARA SELARAS DENGAN KEMAMPUAN DAN KEHENDAK WANITA BAGI MEMPERTINGKATKAN MUTU KEHIDUPAN, MEMBASMI KEMISKINAN, MENGHAPUS KEJAHILAN DAN BUTA HURUF

Page 61: Dasar negara bab 12,13,14

DASAR SOSIAL NEGARA

Dasar Sosial Negara (DSN) adalah satu dasar pembangunan sosial yang berteraskan nilai-nilai murni dan peningkatan keupayaan insan bagi mencapai kesepaduan dan kestabilan sosial, ketahanan nasional dan kesejahteraan hidup masyarakat Malaysia yang maju dan mantap.

Page 62: Dasar negara bab 12,13,14

MATLAMAT

Dasar ini yang diluluskan oleh kabinet pada 19 Februari 2003 bermatlamat mewujudkan masyarakat Malaysia yang maju dan mapan dari aspek sosial, ekonomi dan teknologi. Setiap anggota masyarakat berpeluang untuk memperkembangkan potensi diri secara optimum di dalam persekitaran sosial yang sihat berdasarkan ciri-ciri bersatu-padu, berdaya tahan, demokratik, bermoral, bertoleransi, progresif, penyayang, adil dan saksama selaras dengan matlamat Wawasan 2020.

Page 63: Dasar negara bab 12,13,14

OBJEKTIF Objektif Umum

1. Menjamin setiap individu, keluarga dan komuniti tanpa mengira kumpulan etnik, agama,budaya,gender dan fahaman politik serta wilayah dapat menyertai dan memberi sumbangan kepada arus pembangunan negara serta menikmati kesejahteraan hidup secara berterusan.

Objektif Khusus

1. Selaras dengan penyataan matlamat dan objektif umum, Dasar Sosial Negara menggariskan empat objektif khusus yang saling melengkapi dengan menerapkan nilai-nilai murni di setiap peringkat pelaksanaannya:

a. Memastikan keperluan asas individu, keluarga dan masyarakat dipenuhi;

b. Membangun dan memperkasakan insan sepanjang hayat;

c. Memperkukuh dan membangunkan sistem sokongan sosial dan perkhidmatan sosial; dan

d. Menjana sinergi multisektor.

Page 64: Dasar negara bab 12,13,14

DASAR LUAR

Page 65: Dasar negara bab 12,13,14

SENARIO DASAR LUAR NEGARA

“Malaysia hari ini adalah pejuang utama kepentingan negara membangun dan pembela

hak asasi manusia.”

Pepatah yg mengatakan bhw ‘persahabatan baru perlu dicari, kwn lama tidak wajar dilupakan’ ternyata benar dlm dasar luar Malaysia. Asas yg dijadikan panduan dlm pelaksanaan dasar luar negara pada masa lampau semuanya masih dikekalkan, seperti kerjasama serantau ASEAN, pembabitan Malaysia utk mengukuhkan lagi masyarakat Islam sedunia melalui OIC & sokongannya terhadap Komanwel. Asean menjadi satu forum yg penting di mana melaluinya, Malaysia berusaha melanjutkan lagi kerjasama di bidang ekonomi serantau & utk mencari jln penyelesaian terhadap tragedi yg sedang menimpa Kemboja.

Page 66: Dasar negara bab 12,13,14

Pembabitannya yg cergas dlm diplomasi antarabangsa & serantau menaikkan imej Malaysia sbg salah sebuah negara yg dinamik dlm sistem politik anatrabangsa. Pembabitan yg dimaksudkan, termasuk Persidangan Antabangsa Mengenai Dadah (Jun 1987) telah dipengerusikan oleh PM, perlantikan Malaysia sbg ahli Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Persidangan Agung Unesco yg dipengerusikan oleh Menteri Pendidikan, En. Anwar Ibrahim, Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) pada Oktober 1989 & seterusnya pembabitan Malaysia dlm kegiatan mengekalkan keamanan di bwh naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, sbg cthnya UNTAG (United Nations Transition Group In Namibia) & UNIMOG (United Nations Mission Observer Group).

Page 67: Dasar negara bab 12,13,14

Sejak 1981, Malaysia mengambil pendirian tegas mengenai beberapa isu yg secara langsung membuka mata dunia kpd Malaysia:-• Penyertaan Malaysia dlm pergerakan

berkecuali, penyertaan aktif dlm mencari keamanan (di bwh PBB), pendirian tegas mengenai isu Afrika Selatan, sistem aparteid dan perdagangan ‘najis dadah’ di peringkat antarabangsa serta cadangannya utk mewujudkan pemerintahan bercorak antarabangsa ke atas Benua Antartika.

Page 68: Dasar negara bab 12,13,14

Dlm dunia Islam, Malaysia menjalin persahabatan yg erat dgn ahli ‘Islamic Community’ walaupun terdapat pertelingkahan antara beberapa ahli.

Komitmen Malaysia adalah teguh, jelas & berterusan mengenai isu Palestin & perjuangan rakyatnya.

Dibuktikan sewaktu lawatan Yasser Arafat ke Malaysia di mana beliau menyampaikan penghargaannya yg amat mendalam terhadap sokongan kuat Malaysia yg berterusan terhadap perjuangan rakyat Palestin.

Page 69: Dasar negara bab 12,13,14

“The South Commission”, sebuah pertubuhan di mana Malaysia memainkan fungsi utama dlm penubuhannya, buat masa ini diketuai oleh Julius Nyerere, bekas Presiden Tanzania.

Page 70: Dasar negara bab 12,13,14

HALANGAN PERLAKSANAAN DASAR-DASAR NEGARA

1. SIKAPA. Kurang cekap

B. Tidak dedikasi

C. Tidak bersemangat

D. Kurang inovasi

E. Tidak jujur

F. Tidak ikhlas

G. Cepat puas hati

Page 71: Dasar negara bab 12,13,14

2. ILMU PENGETAHUAN

Ilmu pengetahuan moden, sains &

teknologi, penyelidikan & pembangunan

yang tidak kemas kini.

Page 72: Dasar negara bab 12,13,14

3. TAFSIRAN AGAMA

Kefahaman & tafsiran agama yg singkat & sempit yg menolak pembangunan menyebabkan dasar-dasar Kerajaan kurang mendapat sambutan rakyat.

4. ANCAMAN DALAM DAN LUAR NEGARA

Tomahan drpd kumpulan pendesak dlm negeri & luar negara yg menyebabkan rakyat ragu-ragu.