contoh penghargaan

3
i PENGHARGAAN Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada Prof. Dato’ Dr. Hussein Hj. Ahmad dan Prof. Datuk Dr. Abdul Rahman Idris atas segala nasihat, dorongan, bantuan dan keprihatinan semasa menyempurna kan tesis ini. Bimbingan, pandangan dan tunjuk-ajar yang dihulurkan oleh kedua-dua orang penyelia saya banyak membantu kepada kejayaan tesis ini. Saya amat menghargai kesabaran Prof. Dato’ Dr. Hussein Hj. Ahmad yang sedia berkongsi maklumat dan kepakaran, senang dihubungi dan cepat dalam tindakan semasa sesi penyeliaan sepanjang pengajian ini. Semangat kesabaran, pembacaan yang teliti, minat terhadap kajian ini serta maklumbalas dari pada beliau yang menyakinkan amat membantu untuk menyempurnakan tesis ini. Ribuan terima kasih diucapkan kepada ketiga-tiga orang panel pakar, iaitu Prof. Dr. Sharifah Mohd. Nor dan Prof. Madya Dr. Petri Zabariah Megat Abdul Rahman dari Universiti Putra Malaysia serta Dr. Haji Mohammed Sani b. Hj. Ibrahim dari Universiti Kebangsaan Malaysia atas kesudiaan memberi pandangan dan saranan bagi memurnikan dan menentusahkan instrumen kajian. Pada kesempatan ini, saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Leong S. H., pensyarah dari UiTM Sarawak yang prihatin, sedia memberi bimbingan dan tunjuk ajar semasa menganalisis data kajian untuk tesis ini. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada Prof. Dr. Siow Heng Loke yang memberi dorongan serta bantuan semasa saya mengikuti program ini. Saya juga ingin merakamkan terima kasih kepada 138 orang pentadbir sekolah menengah dan 2,076 orang guru selaku sampel kajian atas kerjasama yang diberikan semasa kajian ini dijalankan. Saya ingin merakamkan lestari budi kasih yang tidak terhingga kepada suami tercinta, Pang Kong Toh di atas segala pengorbanan, dorongan dan kesabaran beliau mengiringi saya mengharungi segala cabaran sepanjang tempoh pengajian ini. Tidak lupa, khas untuk kedua-dua orang anak kesayangan saya, Jarren dan Janice yang amat sabar tanpa kehadiran saya di sisi mereka semasa tempoh pengajian ini.

Upload: alongysy

Post on 27-Sep-2015

23 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

PT

TRANSCRIPT

i

i

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada Prof. Dato Dr. Hussein Hj. Ahmad dan Prof. Datuk Dr. Abdul Rahman Idris atas segala nasihat, dorongan, bantuan dan keprihatinan semasa menyempurna kan tesis ini. Bimbingan, pandangan dan tunjuk-ajar yang dihulurkan oleh kedua-dua orang penyelia saya banyak membantu kepada kejayaan tesis ini. Saya amat menghargai kesabaran Prof. Dato Dr. Hussein Hj. Ahmad yang sedia berkongsi maklumat dan kepakaran, senang dihubungi dan cepat dalam tindakan semasa sesi penyeliaan sepanjang pengajian ini. Semangat kesabaran, pembacaan yang teliti, minat terhadap kajian ini serta maklumbalas dari pada beliau yang menyakinkan amat membantu untuk menyempurnakan tesis ini. Ribuan terima kasih diucapkan kepada ketiga-tiga orang panel pakar, iaitu Prof. Dr. Sharifah Mohd. Nor dan Prof. Madya Dr. Petri Zabariah Megat Abdul Rahman dari Universiti Putra Malaysia serta Dr. Haji Mohammed Sani b. Hj. Ibrahim dari Universiti Kebangsaan Malaysia atas kesudiaan memberi pandangan dan saranan bagi memurnikan dan menentusahkan instrumen kajian. Pada kesempatan ini, saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Leong S. H., pensyarah dari UiTM Sarawak yang prihatin, sedia memberi bimbingan dan tunjuk ajar semasa menganalisis data kajian untuk tesis ini. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada Prof. Dr. Siow Heng Loke yang memberi

dorongan serta bantuan semasa saya mengikuti program ini. Saya juga ingin merakamkan

terima kasih kepada 138 orang pentadbir sekolah menengah dan 2,076 orang guru selaku

sampel kajian atas kerjasama yang diberikan semasa kajian ini dijalankan. Saya ingin merakamkan lestari budi kasih yang tidak terhingga kepada suami tercinta, Pang Kong Toh di atas segala pengorbanan, dorongan dan kesabaran beliau mengiringi saya mengharungi segala cabaran sepanjang tempoh pengajian ini. Tidak lupa, khas untuk kedua-dua orang anak kesayangan saya, Jarren dan Janice yang amat sabar tanpa kehadiran saya di sisi mereka semasa tempoh pengajian ini. Merekalah yang menjadi sumber inspirasi kepada saya ketika menyiapkan kajian ini. Semoga tesis ini menjadi pendorong kepada mereka dalam usaha mencapai kejayaan. Ucapan jutaan terima kasih dirakamkan kepada kedua-dua ibu-bapa saya dan ahli keluarga saya yang telah memberi galakan dan dorongan sepanjang kajian ini dijalankan. Tidak lupa buat Hannah Sim yang menemani dan memberi sokongan kepada saya. Akhir sekali, khas kepada kawan karib saya, Sandra Sim (pensyarah UiTM) yang sentiasa menemani saya dan menghulurkan bantuan, motivasi serta berjuang bersama-sama saya untuk mengharungi cabaran-cabaran sepanjang pengajian ini.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana di atas limpah dan kurniaNya dapatlah saya meneruskan kerja kursus ini lantas menjayakannya. Setinggi-tinggi perhargaan dan ucapan terima kasih kepada Pensyarah saya Encik Ibrahim Thamby Chik dan Tutor saya Encik Abdul Aziz B. Abdullah di atas bantuan dan didikan yang tidak mereka kerana tidak pernah mengenal erti jemu dalam mencurahkan ilmu disepanjang proses penghasilan kajian tindakan ini.Terima kasih juga buat rakan-rakan sekuliah yang turut sama membantu dalam memberi pendapat dan idea yang bernas. Tidak lupa juga khususnya buat suami tersayang Encik Mohammad Taufik B. Kulman dan anak-anak yang sangat dikasihi dan dicintai yang turut sama berkorban merelakan dan mendoakan saya disepanjang menuntut ilmu ini. Galakkan dan dorongan kalian telah membakar semangatku untuk meneruskan pengajian ini. Lantaran itu doa kalian sentiasa saya harapkan agar saya dapat mengenggam segulung ijazah demi masa depan kita dan kerjaya saya.

Segala kekurangan yang ada dalam kajian tindakan ini, saya anggap ini adalah kelemahan saya sebagai manusia biasa yang perlukan teguran dan didikan, dan begitu juga jika ada kelebihannya maka itu datangnya dari nikmat Allah yang DIA kurniakan untuk saya sebagai hambaNya yang akur pada ketentuanNya. Semoga dengan ilmu ini saya dapat curahkan sepenuhnya pada anak-anak bangsa yang tercinta. Amin...