conclusion

2
Secara umumnya, agama Sikh juga menganjurkan nilai-nilai seperti memperacaya kepada Tuhan yang Esa, bantu-membantu antara manusia, toleransi antara agama, kehidupan yang sederhana dan keadilan dalam semua bidang kemanusiaan. Dalam hubungan ini, sekiranya kita meneliti nilai-nilai yang dianjurkan oleh pelbagai agama rakyat Malaysia, sama ada agama Samawi atau bukan Samawi, maka kita dapat membuat kesimpulan bahawa garis perbezaan yang terdapat antara nilai-nilai kemanusiaan dalam pelbagai agama tersebut itu adalah sangat nipis. Malah, nilai-nilai yang terserlah dalam agama-agama - agama amalan rakyat Malaysia adalah nilai-nilai sejagat (universal). Nilai-nilai sejagat itu telahpun menjadi teras dalam gagasan RUKUNEGARA untuk melahirkan perpaduan rakyat Malaysia. Teras Rukunegara ialah : 1.Kepercayaan Kepada Tuhan 2.Kesetiaan Kepada Raja dan Negara 3.Keluhurun Perlembagaan 4.Kedaulatan Undang-Undang 5.Kesopanan dan Kesusilaan Sekiranya rakyat Malaysia dapat mengenali, memahami dan menghayati nilai- nilai kemanusiaan pelbagai agama yang bersifat sejagat (common values) berteraskan RUKUNEGARA, maka ia akan dapat menguatkan dan meningkatkan perpaduan, persaudaraan, kemesraan dan toleransi agama di kalangan rakyat berbilang keturunan yang bermastautin di Malaysia. “Interfaith and inter culture dialogues should be encouraged so that the people are familiar with and appreciate universal values.”45 “It is my duty to ensure that their (Non-Muslims) rights are protected, that they are free to practise their faiths, and that they are not persecuted because they are not of the dominant majority. It is my duty to spread the message of tolerance among all, especially to the Muslim majority”. Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi @ At World Council Of Churches’ Faith and Order Commission, Kuala Lumpur, 3 August, 2004 Rakyat Malaysia yang menganuti pelbagai agama hendaklah mencari titik pertemuan persamaan nilai-nilai sejagat dalam agama masing-masing dan menyuburkan persamaan-persamaan tersebut sebagai tanggungjawap bersama. Kesedaran dan amalan tanggungjawap sedemikian akan membantu menjana bukan

Upload: yoo-chenchen

Post on 09-Jul-2016

229 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

penutup

TRANSCRIPT

Page 1: Conclusion

Secara umumnya, agama Sikh juga menganjurkan nilai-nilai seperti memperacaya kepada Tuhan yang Esa, bantu-membantu antara manusia, toleransi antara agama, kehidupan yang sederhana dan keadilan dalam semua bidang kemanusiaan.

Dalam hubungan ini, sekiranya kita meneliti nilai-nilai yang dianjurkan oleh pelbagai agama rakyat Malaysia, sama ada agama Samawi atau bukan Samawi, maka kita dapat membuat kesimpulan bahawa garis perbezaan yang terdapat antara nilai-nilai kemanusiaan dalam pelbagai agama tersebut itu adalah sangat nipis. Malah, nilai-nilai yang terserlah dalam agama-agama -agama amalan rakyat Malaysia adalah nilai-nilai sejagat (universal).

Nilai-nilai sejagat itu telahpun menjadi teras dalam gagasan RUKUNEGARA untuk melahirkan perpaduan rakyat Malaysia. Teras Rukunegara ialah :

1.Kepercayaan Kepada Tuhan2.Kesetiaan Kepada Raja dan Negara3.Keluhurun Perlembagaan4.Kedaulatan Undang-Undang5.Kesopanan dan Kesusilaan

Sekiranya rakyat Malaysia dapat mengenali, memahami dan menghayati nilai-nilai kemanusiaan pelbagai agama yang bersifat sejagat (common values) berteraskan RUKUNEGARA, maka ia akan dapat menguatkan dan meningkatkan perpaduan, persaudaraan, kemesraan dan toleransi agama di kalangan rakyat berbilang keturunan yang bermastautin di Malaysia.

“Interfaith and inter culture dialogues should be encouraged so that the people are familiar with and appreciate universal values.”45

“It is my duty to ensure that their (Non-Muslims) rights are protected, that they are free to practise their faiths, and that they are not persecuted because they are not of the dominant majority. It is my duty to spread the message of tolerance among all, especially to the Muslim majority”.

Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi @At World Council Of Churches’ Faith and Order Commission,Kuala Lumpur, 3 August, 2004

Rakyat Malaysia yang menganuti pelbagai agama hendaklah mencari titik pertemuan persamaan nilai-nilai sejagat dalam agama masing-masing dan menyuburkan persamaan-persamaan tersebut sebagai tanggungjawap bersama. Kesedaran dan amalan tanggungjawap sedemikian akan membantu menjana bukan sahaja harmoni keagamaan di Malaysia bahkan memartabatkan Malaysia sebagai model negara Islam yang memajukan keharmonian keagamaan di dunia.

Page 2: Conclusion

Justeru itu, usaha-usaha untuk memamahi nilai-nilai agama Islam dan lain-lain agama dalam melahirkan harmoni keagamaan di kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira perbezaan agama ,keturunan, bahasa dan budaya harus terus dipelihara dan dipertingkatkan ke tahap yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.