bidang tugas staf kurikulum

Upload: ismi

Post on 30-May-2018

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Bidang Tugas Staf Kurikulum

    1/8

    PENGURUSAN KURIKULUM PANITIA PPDBS

    PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN KURIKULUM

    Pembangunan kurikulum merupakan proses berterusan yang merangkumipengurusan, pembangunan dan penyampaian.

    Pembangunan kurikulum melibatkan penyertaan daripada semua pihak iaitu pengetua/

    guru besar, pakar kurikulum, guru, staf sokongan , murid, ibu bapa dan komuniti. Pengurusan kurikulum mestilah berlandaskan objektif yang ingin dicapai untukmenghasilkan keputusan dalam pengajaran dan pembelajaran.

    Kurikulum hendaklah dicapai, diurus, mesra pelanggan, terkini dan mampumenggambarkan amalan terbaik dalam bidang tersebut.

    Pemantauan dan penilaian kurikulum perlu dilakukan dengan kerap dalam semuaperingkat sama ada peringkat daerah, sekolah, bilik darjah atau terhadap murid.

    PENGETUA / GURU BESAR

    Bidang Tugas

    Pengetua / Guru Besar adalah bertanggungjawab dalam Pengurusan dan pentadbiranSekolah. Pengetua / Guru Besar harus memberi keutamaan kepada penyeliaan yangbercorak akademik kerana kejayaan sistem pendidikan adalah terletak pada pendidikanyang disampaikan kepada murid-murid. Sekolah mestilah menjadikan PENDIDIKANBERMUTU sebagai matlamat pentadbirannya.

    Keberkesanan pentadbiran sekolah bergantung kepada kerjasama semua pihakperingkat, dengan demikian Pengetua / Guru Besar seharusnya mengadakanpembahagian tugas dan kuasa kepada semua pegawai di sekolahnya supaya kerjadapat dijalankan secara berpasukan (Team Work).

    Pengetua / Guru Besar sebagai Professional Leader kepada pertumbuhan

    profesionalisma di alam perguruan. Perkhidmatan sokongan seperti Unit Perkhidmatan(pejabat sekolah) dan yang lainnya adalah berfungsi sebagai pembantu kepadaperlaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang lebih sempurna di bilik darjah.

    Semua guru dan kakitangan di bawah kepimpinan Pengetua / Guru Besar hendaklahdilibatkan dan merasa terlibat serta bersama-sama merasa bertanggungjawab dalamsemua aktiviti sekolah seperti :

    1. Pentadbiran Am

    i. Perkhidmatan dan perjawatan guru dan bukan guru.ii. Urusan Kewangan dan Akaun sekolahiii. Kemasukan dan pertukaran guru.

    iv. Disiplin guru dan bukan guru.v. Perkembangan dan penyenggaraan kemudahan fizikal sekolah.vi. Disiplin murid.vii. Pelaksanaan dan semua arahan dari Kementerian Pelajaran, Jabatan

    Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah.viii. PIBG, Lembaga Pengelola dan Pengurus Sekolah dan Ahli Pengawal

    Kewangan.ix. Kebajikan guru dan kakitangan bukan guru di sekolah.x. Hubungan Luar.

    1

  • 8/14/2019 Bidang Tugas Staf Kurikulum

    2/8

    PENGURUSAN KURIKULUM PANITIA PPDBS

    2. Pengurusan Kurikulum

    i. Perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah,bidang pekerjaan, mata pelajaran dan kelas.

    ii. Pengelolaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah,bidang pelajaran dan mata pelajaran.

    iii. Penyeliaan terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.iv. Pengawalan segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran.v. Penyelarasan aktiviti pengajaran.

    vi. Perancangan, pengelolaan, penyeliaan, penyelarasan dan pengawalanaktiviti yang berkaitan dengan ujian dan peperiksaan di peringkatsekolah.

    vii. Perancangan, pengelolaan, penyeliaan, penyelarasan dan pengawalansemua aktiviti persatuan/kelab yang berkait dengan mata pelajaran disekolah.

    3. Kokurikulum

    i. Perancangan, semua aktiviti kokurikulum di peringkat sekolah, bahagianpertubuhan dan kelab.

    ii. Pengelolaan semua aktiviti kokurikulum di semua peringkat di sekolah.iii. Penyeliaan dan pengawalan semua aktiviti di semua peringkat di sekolah.iv. Penyelarasan aktiviti kokurikulum di sekolah.v. Pengurusan semua aktiviti kokurikulum murid yang tidak berkait dengan

    mata pelajaran di sekolah.vi. Pendaftaran persatuan dan kelab.

    PENOLONG KANAN

    Bidang Tugas

    1. Menjalankan tugas Pengetua semasa ketiadaan Pengetua.2. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua.3. Bertangungjawab kepada Pengetua dalam hal kurikulum, pentadbiran, hubungan

    masyarakat dan keselamatan.4. Membantu pengetua dalam pentadbiran sekolah yang mempunyai sesi petang.5. Membantu Pengetua menyelia dan menilai proses pengajaran.6. Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.

    Senarai Tugas

    1. Kurikulum

    o Menentukan rancangan pelajaran harian, mingguan, penggal dan lain-lain.o Memastikan perjalanan panitia pelajaran

    2

  • 8/14/2019 Bidang Tugas Staf Kurikulum

    3/8

    PENGURUSAN KURIKULUM PANITIA PPDBS

    o Membantu penyediaan peralatan teknologi pendidikan, pusat sumber, makmaldan bengkel.

    o Menentukan penggunaan dan penyelenggaraan bahan-bahan sumber pendidikan.

    o Membantu serta membimbing dalam latihan mengajar bagi guru-guru pelatih,guru yang baru mengajar dan guru sandaran tidak terlatih dalam menjalankantugas harian mereka.

    o Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan kurikulum sertamencadangkan tindakan susulan.

    o Membantu merancang dan menyelaras hal-hal yang berkaitan dengan penilaiandan peperiksaan serta mencadangkan tindakan susulan.

    o Menyelaras pengurusan dan perjalanan kegiatan-kegiatan bimbingan danpemulihan.

    o Menyelaras segala jenis program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah, PPD,JPN dan KPM.

    o Membantu di dalam pemilihan buku teks, bahan Pusat Sumber dan bukubacaan.

    o

    Menyusun jadual waktu kelas dan guru serta menyediakan jadual waktu ganti.

    2. Pengurusan

    o Membantu menentukan beban tugas guru dan staf sokongan sekolah.o Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan untuk guru

    dan staf sokongan.o Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data / maklumat.o Membantu merancang takwim sekolah.o Membantu menyelia kerja-kerja guru dan staf sokongan.o Membantu menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah.o Menyelaras penyediaan penyata kewangan untuk urusan audit tahunan.o Menyelaras semua kutipan yuran.o Menjadi Ahli Lembanga Tatatertib Sekolah.o Menjadi penandatangan kedua-dua cek sekolah.o Menjaga dan menyemak stok / inventori peralatan sekolah.

    3. Pembangunan Diri Pelajar

    o Membantu merancang dan menyelia program budaya sekolah , keceriaan /keindahan dan kebersihan sekolah.

    o Merancang langkah-langkah keselamatan mencegah kebakaran.o Mengadakan kursus motivasi dan kemahiran pelajar.

    4. Pembangunan Organisasi

    o Mewujudkan hubungan dua hala antara sekolah dengan ibu bapa / masyarakat.o Mengadakan kursus / latihan untuk personel.

    5. Pembangunan Kendiri

    o Mempertingkatkan Budaya Membaca dan Budaya Ilmu.

    3

  • 8/14/2019 Bidang Tugas Staf Kurikulum

    4/8

    PENGURUSAN KURIKULUM PANITIA PPDBS

    o Menghadiri kursus, seminar dan bengkel.o Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan sekolah ( R & D ).o Menghasilkan artikel-artikel bidang ikhtisas dan pengurusan.o Memberi sumbangan kepakaran dalam bidang pendidikan kepada yang

    memerlukannya.o Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan profesion

    keguruan.

    GURU KANAN MATA PELAJARAN

    Bidang Tugas

    1. Bertanggungjawab dalam hal Kurikulum dan Pentadbiran yang berkaitan denganbidangnya.

    2. Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam perancangan dan pengurusan kokurikulumyang berkaitan dengan bidangnya.

    3. Membantu Pengetua menyelia dan menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaranyang berkaitan dengan bidangnya.4. Mengadakan program untuk meningkatkan kecemerlangan akademik dan sahsiah

    pelajar.5. Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan pendidikan

    yang berkaitan dengan bidangnya.6. Membantu Pengetua menyelaras dalam hal-hal yang berkaitan dengan bidangnya,

    dengan pihak luar seperti pemeriksaan sekolah oleh Jemaah Nazir Sekolah, latihanmengajar bagi guru-guru pelatih/maktab/universiti dan seumpamanya.

    7. Mengajar sekurang-kurangnya 18 waktu seminggu.

    Senarai Tugas

    1. Kurikulum

    o Memimpin guru menentukan dan merancang Rancangan PelajaranTahunan/Penggal/Mingguan dan lain-lain yang berkaitan dengan bidangnya.

    o Mempengerusikan mesyuarat atau memimpin panitia mata pelajaran di bawahkawalannya.

    o Menjalankan penyeliaan ke atas aktiviti pengajaran dan pembelajaran.o Membimbing guru terlatih, guru yang baru dan guru sandaran dalam

    menjalankan tugas-tugas mereka.o Menentukan bahan dan sumber pendidikan digunakan dan diselenggara dengan

    berkesan.o Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan bidangnya serta

    mengambil tindakan sewajarnya.o Menyelaras pengurusan dan perjalanan aktiviti-aktiviti bimbingan, pemulihan dan

    pengkayaan.o Membantu dalam perancangan program dan menyelaras kegiatan (kurikulum)

    yang dijalankan oleh sekolah, JPN dan KPM.o Membantu dalam pemilihan buku teks, bahan pusat sumber, alat pandang

    dengar dan bahan-bahan pendidikan lain.

    4

  • 8/14/2019 Bidang Tugas Staf Kurikulum

    5/8

    PENGURUSAN KURIKULUM PANITIA PPDBS

    o Menganggotai jawatankuasa kurikulum sekolah dan jawatankuasa-jawatankuasalain yang diarahkan oleh Pengetua.

    o Membantu menjalankan kursus, taklimat, penerangan dan perjumpaan disekolah dalam konteks perkembangan staf.

    o Memperoleh dan menyebar maklumat terbaru mengenai pengkaedahan danpendekatan-pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepadaguru.

    o Menjalankan usaha untuk mempertingkatkan dan memperluaskan amalan-amalan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu merentasi kurikulum.

    o Mengenalpasti masalah kelemahan pelajar dan mencari langkah-langkah untukmengatasinya.

    2. Kokurikulum

    o Merancang, menyelaras dan melaksanakan segala kegiatan kokurikulum yangbersifat akademik yang dapat membantu meningkatkan kecemerlanganakademik pelajar.

    o

    Merancang, mengawal dan menyelaras segala aktiviti persatuan di bawahbidangnya.

    3. Pengurusan

    o Membantu menentukan serta mengagihkan tugas-tugas guru mata pelajaran dibawah bidang dan kawalannya.

    o Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan untuk guru.o Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data atau maklumat dan

    segala jenis perangkaan yang berkaitan dengan bidangnya.o Membantu merancang takwim sekolah.o Menyelia kerja-kerja guru di bawah bidang kawalannya.o Menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah dan mengawal

    perbelanjaan.o Membantu menyelaras penyediaan Penyata Kewangan untuk urusan audit

    tahunan.o Menjaga dan menyemak stok dan inventori segala peralatan, barang atau bahan

    yang berkaitan dengan bidangnya.o Menentukan aspek-aspek penyampaian nilai-nilai murni dan amalan berlaku di

    bilik darjah dan sekolah.o Menentukan pelajar dilatih melaksanakan tugas-tugas pengurusan bilik darjah

    dan menjaga keceriaannya.o Menyelia kerja-kerja kursus pelajar mempertingkatkan pelajar dan program

    Penilaian Kendalian Sekolah Menengah (PKSM) sebagaimana yang dirancang.

    4. Tugas-tugas lain

    o Berhubung dengan PKG, PPD dan PSPN tentang apa jua maklumat danbantuan yang boleh didapati untuk membantu sekolah dan guru.

    o Berhubung dengan GKM sekolah lain yang berhampiran bagi tujuan berkongsimaklumat dan sumber pendidikan bagi memantapkan keupayaan danpengetahuan.

    5

  • 8/14/2019 Bidang Tugas Staf Kurikulum

    6/8

    PENGURUSAN KURIKULUM PANITIA PPDBS

    o Melengkapkan bilik gerakan sekolah dengan data atau maklumat mengenaisemua mata pelajaran dan menggunakannya dengan berkesan dan berhasil.

    o Membantu merancang dan menyelia program keceriaan dan kebersihan sekolah.o Membantu Pengetua menyelia dalam hal-hal peperiksaan, kegiatan sukan,

    penyediaan jadual waktu sekolah dan urusan Pusat Sumber.o Melaksanakan segala arahan dan tugasan yang diberi oleh Pengetua dari

    semasa ke semasa.

    KETUA PANITIA MATA PELAJARAN

    Bidang Tugas

    1. Kurikulum2. Pengurusan3. Kokurikulum4. Tugas-tugas lain

    Senarai Tugas

    1. Kurikulum

    o Mendapatkan sukatan pelajaran terkini daripada PK / GKMo Penyediaan Rancangan Pengajaran Tahunan secara terperinci.o Penyediaan Rancangan Pengajaran Bersama.o Merancang dan melaksana program peningkatan prestasi akademik seperti

    perancangan strategik jangka panjang dan plan taktikal.o Memilih kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran serta menilai

    keberkesanannya.o Menyelaras soalan ujian dan peperiksaan, menganalisa keputusan peperiksaan

    dan menyusun strategi mengatasi kelemahan murid.o Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ahli-ahli panitia mata pelajaran yang

    berkaitan dengan proses P & P.o Bersama-sama membantu melaksanakan kepelbagaian program pengayaan dan

    pemulihan.o Mengadakan mesyuarat panitia mata pelajaran serta mempengerusikannya.

    (Minima ahli mesyuarat adalah 3 orang dan bagi panitia kecil, hendaklahdigabung).

    o Menyediakan Jadual Waktu bagi penggunaan bilik-bilik khas dan merancangperaturan bilik khas tersebut, keceriaannya serta kelengkapannya.

    o Menyelaras soalan ujian dan peperiksaan (JSU / JSI), menganalisa keputusanpeperiksaan dan menyusun strategi mengatasi kelemahan murid / post-mortemdan tindakan susulan peperiksaan.

    2. Pengurusan

    o Memilih dan mengadakan buku teks dan buku kerja (jika perlu) kepada pihak j/kuasa kurikulum serta mengkaji buku teks yang sedang dipakai.

    o Memilih dan mencadangkan buku bacaan tambahan untuk kegunaan panitia danPSS.

    6

  • 8/14/2019 Bidang Tugas Staf Kurikulum

    7/8

    PENGURUSAN KURIKULUM PANITIA PPDBS

    o Menyenarai buku-buku rujukan, ABM/BBM dan bahan yang sedia ada di sekolah.o Menyedia dan memperolehi koleksi BBM dalam P & P melalui pembelian serta

    meningkatkan koleksi BBM hasilan panitia.o Membuat / menyedia anggaran perbelanjaan untuk mengendalikan mata

    pelajaran berkenaan serta mengawal belanjawannya.o Mengurus perolehan mengikut tatacara kewangan.o Mengemaskini stok, mencatat peralatan yang perlu dibaik pulih serta

    mengadakan perjumpaan panitia untuk kerja-kerja baik pulih.o Membantu menyelia kerja-kerja kursus pelajar.o Memastikan fail-fail panitia berada dalam keadaan kemaskini.

    3. Kokurikulum

    o Merancang aktiviti kokurikulum dan projek-projek persatuan berasas akademikuntuk sepanjang tahun.

    o Membantu mengurus penyertaan pertandingan berkaitan panitia.o Mengurus / merancang lawatan sambil belajar.o Membantu persatuan dalam kepakaran ikhtisas.o Bekerjasama dengan persatuan-persatuan lain di sekolah

    4. Tugas-tugas Lain

    o Menerusi panitia, bersama GKM mewujudkan kerjasama dengan PKG, PPD danPSPN dalam usaha mendapatkan bantuan yang diperlukan seperti koleksi BBM,kursus dsbnya.

    o Mewujudkan kerjasama dengan Ketua Panitia sekolah lain.o Mengemaskinikan data dan maklumat bilik khas / bilik gerakan sekolah.o Mendapat / menyediakan Senarai Semak Tahunan Ketua Panitia.o Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan seperti membantu pencerapan

    dan sebagainya.

    Rujukan / Lampiran

    1. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986 Pengurusan Panitia Mata Pelajaran.2. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 3/1987 Penyeliaan P & P.3. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 3/1999 Penyediaan Rekod P & P

    7

  • 8/14/2019 Bidang Tugas Staf Kurikulum

    8/8

    PENGURUSAN KURIKULUM PANITIA PPDBS

    GURU MATA PELAJARAN

    Senarai Tugas

    1. Memiliki, memahami dan boleh mentaksirkan serta menghuraikan kandungansukatan pelajaran dan huraian mata pelajaran yang berkenaan.

    2. Memahami dan mematuhi Pekeliling-pekeliling dan arahan yang berkaitandengan mata pelajaran yang diajar serta menentukan dan menetapkan matlamatyang harus dicapai, iaitu dari segi pengetahuan, kebolehan dan kemahiran yangharus dicapai pada akhir setiap penggal bagi setiap tingkatan.

    3. Mempunyai sebuah Buku Rekod Mengajar yang kemaskini dan menyerahkankepada Pengetua pada masa yang ditetapkan.

    4. Menyediakan Rancangan Pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar denganlengkap untuk tempoh setahun dan melaksanakan pengajarannya mengikutRancangan Pelajaran yang disediakan.

    5. Menyedia dan memberikan kerja-kerja latihan yang cukup, memeriksa bukulatihan pelajar dan memulangkan semula secepat mungkin.Menyerahkan/menunjukkan buku latihan murid kepada Pengetua / wakilnyapada masa yang dikehendaki.

    6. Menjalankan Ujian Bulanan dan penilaian kepada pelajar. Merekodkan soalan-soalan dan keputusan ujian dalam BRM.

    7. Mengesan kelemahan pelajar dan menjalankan kelas pemulihan / bimbingan.8. Menjadi ahli dalam Panitia Mata Pelajaran, menghadiri serta mematuhi dan

    melaksanakan keputusan mesyuarat panitia.9. Guru mata pelajaran harus menyedari dan menggunakan buku panduan yang

    dikeluarkan oleh KPM / JPN / PPD.10. Memastikan keselamatan pelajar di makmal / bengkel / bilik khas serta

    mengawasi penggunaan peralatan.11. Menghadiri mesyuarat / taklimat mengenai mata pelajaran yang berkenaan sama

    ada yang dikelolakan oleh KPM / JPN / PPD. Menyampaikan semula maklumatkepada guru lain yang mengajar mata pelajaran yang sama.

    12. Sentiasa mengikuti perkembangan dan pembaharuan tentang teknik mengajar bagi mata pelajaran berkenaan bagi meninggikan lagi prestasi dalam P & P.

    13. Melaporkan kepada GKM tentang masalah P & P untuk tindakan selanjutnya.14. Menjaga keselamatan dan kebersihan alat-alat (ABM/BBM) yang digunakan,

    memastikan bahawa alat-alat bantuan tersebut digunakan secara meluas. Jugabertanggungjawab dalam menambahkan alat bantuan mengajar bagimemperkayakan PSS.

    15. Mengadakan sudut-sudut mata pelajaran berkenaan dalam kelas-kelas yangdiajar.

    16. Membantu menguruskan Bank Soalan.

    8