bacaan thn 1

Upload: amuthavali-arumugam-amuthavali

Post on 07-Jan-2016

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

NelayanPak Sani ialah seorang nelayan. Dia tinggal di Kampung Rusa. Tiap-tiap pagi, dia pergi ke laut. Dia menaiki perahu ke laut. Dia membawa jala dan bakul.Di tengah laut, dia menangkap ikan. Dia menangkap pelbagai ikan. Ia adalah seperti ian kembung dan iakan bawal. Dia menyimpannya di dalam bakul.

KomputerKomputer sangat berguna kepada manusia. Ia bolah digunakan di mana-mana saja. Komputer mempunyai beberapa bahagian. Antaranya ialah monitor, papan kekunci dan pusat memproses data. Faedah komputer sangat banyak. Kita dapat membuat kerja dengan mudah dan cepat. Kita juga dapat menyimpan maklumat. Setiap rumah perlu memiliki sebuah komputer.

SungaiDi Malaysia terdapat banyak sungai. Ada sungai pendek dan panjang. Sungai amat berfaedah kepada kita. Orang menggunakan sungai untuk pergi ke sesuatu tempat. Ada orang mendirikan rumah di tepi sungai.Kita boleh menangkap ikan di sungai. Ikan-ikan itu dijual dan dimakan. Kayu balak diangkut ke kilang melalui sungai. Kita mesti menjaga kebersihan sungai.

Arnab dan Kura-kuraDi sebuah hutan, tinggal seekor arnab dan kura-kura. Arnab ialah seekor binatang yang sombong. Kura-kura pula sabar dan baik hati.Pada suatu hari, arnab mengajak kura-kura berlumba lari. Kura-kura berseetuju. Monyet menjadi pengadil. Pertandingan dimulakan. Arnab berlari dengan pantas. Kura-kura merangkak dengan perlahan. Arnab berehat di bawah pokok lalu tertidur.Kura-kura pula sampai di garisan penamat. Arnab terjaga. Dia melihat kura-kura menang. Arnab berasa malu.

Bunga rayaBunga raya hidup subur di Malaysia. Kita dapat melihat di merata tempat. Bunga raya berwarna merah. Bunga raya sangat cantik. Bunga raya ditanam untuk mencantikkan satu kawasan. Bunga raya menjadi bunga kebangsaan kita. Ia menjadi lambing Negara kita.

DoktorEncik Perummal seorang doctor. Beliau bekerja di Hospital Besar Klang. Tugas doktor ialah memeriksa pesakit dengan stetoskop. Doctor juga melawat wad. Di sana, beliau memeriksa para pesakit. Tugas doctor sangat mulia. Doctor sangat berjas kepada kita.

Ikan Aku adalah seekor ikan. Aku tinggal di air. Badan aku bersisik. Sisik di badan aku sangat tebal. Aku suka makan lumut dan cacing. Aku suka berenang. Aku menggunakan sirip dan ekor untuk berenang.Pada suatu hari, dating sekumpulan budak. Mereka memancing aku. Aku menjadi mangsa mereka. Mereka berasa suka hati. Hidup aku tamat di situ.Sekolah sayaSekolah saya ialah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladan g Highlands. Ia terletak di Klang, Selangor. Sekolah saya besar. Ia mempunyai dua buah bangunan. Terdapat juga pejabat, kantin, padang permainan, makmal computer dan perpustakaan.Kawasan sekolah saya bersih dan cantik. Seramai 800 murid belajar di sekolah ini. Murid-murid sekolah ini rajin dan berusaha. Saya suka sekolah saya.

Posmen Encik Anbu seorang posmen. Di bekerja di Pejabat Pos Klang. Setiap pagi Encik Anbu menunggang motosikal ke pejabat pos. setelah tiba, dia mula bekerja. Mula-mula dia mengecap surat dan bungkusan. Kemudian, dia mengasingkan mengikut tempat. Seterusnya, dia keluar menghantar surat ke rumah-rumah. Dia memasukkan surat ked dalam peti surat. Tuasas Encik Anbu sangat susah. Kadang-kadang dia terpaksa bekerja semasa panas terik dan hujan. Walaupun begitu, encik Anbu suka bekerja sebagai posmen.

Hobi Tareeni Hobi Tareeni membaca. Dia suka membaca buku cerita. Tareeni selalu pergi ke perpustakaan. Dia membaca buku di sana. Kadangkala, dia meminjam buku dari sana. Dia juga membeli buku dari kedai.Tareeni membaca buku pada masa lapang. Kadangkala dia membaca pada waktu rehat. Dia juga membaca sebelum tidur. Tareeni mendapat banyak faedah dengan membaca. Tareeni dapat membaca dengan lancar. Dia juga belajar perkataan-perkataan baru.

Pekebun sayurPak samad ialah pekebun sayur. Dia tinggal di Kampung Maju. Dia mempunyai sebuah kebun. Mula-mula Pak Samad mencangkul tanah. Dia membuat batas. Selepas itu, dia menabur biji benih. Dia menyiramnya setiap hari. Dia juga membubuh baja pada pokok-pokok itu. Pokok-pokok itu hidup dengan subur.Tanaman Pak Samad menjadi besar. Dia pun memetik sayur-sayurannya. Sayur-sayurannya adalah sawi, kacang panjang, kubis dan sebagainya. Pak Samad membawa sayur-sayurannya ke pasar. Dia menjualnya di sana. Dia mendapat untung.