bab 3 bm

Upload: muhymeen-azeez

Post on 05-Oct-2015

135 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

panggilan kehormat

TRANSCRIPT

BAB 3

Bahasa Melayu Komunikasi

untuk Kerjaya

BAB 3

PROTOKOL PANGGILAN HORMAT

DAN

SUSUNAN KEUTAMAAN PERSEKUTUAN

PendahuluanRujukan Kehormat atau Protokol Panggilan Hormat ialah kata-kata rujukan yang dihadapkan kepada audiens menurut taraf sosial masing-masing. Rujukan kehormat biasanya digunakan dalam sapaan atau panggilan di majlis-majlis rasmi dan tidak rasmi, pada bahan-bahan bertulis seperti buku aturcara sesuatu majlis rasmi, di dalam surat dan di sampul surat.

Sistem Panggilan

Ada beberapa unsur yang membina kesantunan berbahasa dari segi sistem panggilan, iaitu dilihat dari segi pemilihan kata yang sesuai dan berkesan. Unsur-unsur yang tersebut ialah penggunaan kata ganti nama, penggunaan nama gelaran, penggunaan ungkapan rujukan kehormat dan /atau ungkapan rujukan biasa, dan penggunaan sistem atau aturan sapaan.

Sistem panggilan dalam bahasa Melayu ialah salah satu unsur bahasa yang utama dalam kesantunan berbahasa. Sistem panggilan merujuk aturan dan pemilihan kata atau ungkapan sapaan atau bahasa sapaan yang sesuai untuk berucap, menyapa, menyebut atau memanggil nama seseorang mengikut kebiasaan dalam sistem sosial dan adat istiadat yang diwarisi dalam masyarakat Melayu secara turun-temurun.

Si penyapa dan pesapa: Ada dua komponen utama dalam sistem panggilan, iaitu orang yang terlibat dalam interaksi, dan sapaan yang digunakan untuk panggilan. Orang yang terlibat sebagai si penyapa menggunakan ganti nama diri. Orang yang disapa atau pesapa dilihat dari segi kedudukannya dalam tatatingkat sosial masyarakat. Sapaan pula merujuk kata atau ungkapan yang digunakan oleh si penyapa kepada pesapa secara khusus atau secara am, sama ada dalam bentuk ganti nama diri atau kata gelaran warisan atau gelaran kurniaan, atau seumpamanya.

Cara penyapaan: Cara penyapaan, iaitu dari segi pemilihan kata sapaan, dilakukan berdasarkan kedudukan dan status si penyapa berbanding dengan orang yang disapa. Dalam hal ini, ada beberapa pendekatan yang dilakukan, iaitu berlandaskan prinsip bahawa orang yang lebih tinggi kedudukannya dalam masyarakat disapa dengan bahasa sapaan yang lebih halus dan hormat.

Si penyapa yang berstatus golongan bawahan atau biasa menggunakan sapaan umum untuk menyapa orang yang tergolong sama taraf dengannya. Contoh: aku dengan engkau. Si penyapa yang berstatus golongan bawahan atau biasa menggunakan sapaan yang lebih hormat apabila menyapa orang yang tergolong kelompok sosial yang lebih tinggi daripadanya. Contoh : saya dengan tuan.

Si penyapa dalam mana-mana golongan orang biasa atau rakyat jelata menggunakan sapaan menurut laras bahasa istana apabila menyapa sultan, raja atau keluarga diraja. Contoh: patik atau hamba dengan tuanku atau tengku. Senarai sapaan: Isi kandungan rangkai kata sapaan dan panggilan dalam urusan rasmi dapat dilihat dalam dua kategori, iaitu (i) cara sapaan bagi peringkat raja dan raja perempuan, dan (ii) cara sapaan bagi peringkat bukan raja, iaitu golongan orang-orang besar dan orang kebanyakan. (Amat Juhari Moain, 1989:107-109): Contoh bagi peringkat raja (laras bahasa diraja)Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta`in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri`ayatuddin Al-Mu`adzam Shah.

Analisis:

1. Kata pembuka rujukan kehormat (Kebawah), 2. Rujukan kehormat (Duli Yang Maha Mulia),3. Rujukan kehormat tambahan (Seri Paduka Baginda), 4. Gelaran jawatan (Yang di-Pertuan Agong), 5. Gelaran raja (Sultan), 6. Gelaran keagamaan (Haji), 7. Nama atau isim (Ahmad Shah), 8. Gelaran bahasa Arab laqab (Al-Musta`in Billah), 9. Nama dan gelaran bahasa Arab bagi bapa ( Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri`ayatuddin Al-Mu`adzam Shah).

Sapaan dan panggilan kepada golongan bukan raja (laras bahasa umum halus) mengandungi maklumat-maklumat tersusun yang berikut:

1. Rujukan kehormat, 2. Gelaran warisan, 3. Gelaran kurniaan, 4. Pangkat atau jawatan, 5. nama peribadi yang lengkap, dan 6. Gelaran dalam bahasa Arab atau laqab nya.

Sistem Penggelaran

Dalam sistem penggelaran, kita boleh menggolongkan jenis-jenis gelaran ke dalam lima kelompok besar yang berikut:

(i) Gelaran warisan atau keturunan. Contoh: Tengku.(ii) Gelaran anugerah atau kurniaan. Contoh: Tan Sri. (iii) Gelaran dalam sistem kekeluargaan. Contoh: Pak Long. (iv) Gelaran pergaulan biasa. Contoh: Cik. (v) Gelaran pergaulan formal. Contoh: Tuan. PERHATIAN

Anda perlu mengetahui kesemua gelaran tersebut kerana nama gelaran yang berbagai-bagai itu memerlukan cara sapaan yang berbeza-beza pula, iaitu cara menggunakan rujukan kehormat atau rujukan sapaan biasa yang sesuai dengannya dalam konteks kesantunan berbahasa.

Gelaran Warisan

Gelaran Warisan atau Keturunan: Ada empat kategori gelaran warisan atau keturunan, iaitu yang berikut:

INCLUDEPICTURE "http://www.karyanet.com.my/knet/bahasa/bahasa_melayu/santun_bahasa1_clip_image001_0034.gif" \* MERGEFORMATINET

Gelaran warisan diraja. Gelaran keturunan pembesar. Gelaran keturunan nabi. Gelaran warisan luar.

Gelaran warisan diraja merujuk kepada gelaran-gelaran yang dimiliki dan diwarisi oleh raja yang memerintah atau kerabat diraja tersebut. Antaranya termasuklah Raja, Tengku, Tunku, Pangeran, Engku/Ungku , dan Cik Wan. Perhatikan:

[1] Raja Mohar bin Raja Badiozaman. [2] Tengku Wok Abdullah bin Tengku Din. [3] Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj.

Gelaran keturunan pembesar merujuk kepada gelaran-gelaran yang dimiliki dan diwarisi oleh orang yang berketurunan orang-orang besar atau orang bangsawan. Antaranya: Megat, Puteri, Meor dan Ma, Nik, Wan, Abang, Datu, Awangku, Pangeran, Dayangku, Tuan, Tan dan Tun. Perhatikan:

[4] Pangeran Badaruddin bin Matusin. [5] Engku Muhsein bin Abdul Kadir. [6] Ungku Abdul Aziz. [7] Megat Ahmad Supian bin Megat Uda. [8] Puteri Haslina binti Megat Hassan. [9] Meor Hashim bin Meor Hassan. [10] Nik Mohd. Akbar bin Nik Mat. [11] Dayangku Intan Mastura binti Pangeran Hasbullah. [12] Tuan Fatimah binti Tuan Kamaruzzaman.

Gelaran keturunan nabi merujuk kepada gelaran-gelaran bagi orang yang dipercayai berasal daripada keturunan Nabi Muhammad s.a.w. Antaranya : Syed atau Sayid, Syarifah, dan Syarif. Selain itu, terdapat gelaran Syekh (Sheikh) dan Siti. Perhatikan:

[13] Syekh Othman bin Syekh Salim. [14] Sayid Muharram bin Sayid Barakhbah. [15] Syarifah Mastura binti Syed Yahya. [16] Siti Halimah binti Syekh Zahir.

Gelaran warisan luar merujuk kepada gelaran-gelaran yang berasal dari luar Malaysia. Antaranya termasuklah Raden (Jawa, Palembang), Daeng (Bugis), Sidi dan Sutan (Minangkabau), Teuku dan Teungku (Aceh). Perhatikan:

[17] Teuku Iskandar. [18] Raden Mas Ayu. [19] Sidi Abdul Salam Sidi Abdul Salim. [20] Daeng Abdullah Daeng Ali.

Catatan: Setiap satu nama gelaran warisan perlu disapa dengan menggunakan ungkapan rujukan kehormat tertentu.

Protokol Panggilan Hormat (Rujukan Kehormat)Protokol ialah peraturan-peraturan yang telah diterima umum dan diamalkan dalam upacara-upacara rasmi di peringkat negara serta dalam hubungan antarabangsa. Protokol adalah penting untuk mengendalikan majlis-majlis rasmi bagi memastikan urusan berkaitan dengan status sosial masyarakat dikendalikan dengan betul.

Dalam berkomunikasi, antara protokol yang perlu diamalkan dalam kehidupan harian ialah berkaitan dengan bahasa sapaan, bahasa istana, adab berbual, susunan keutamaan dan yang paling penting ialah panggilan hormat atau rujukan kehormat.

Panggilan hormat atau rujukan kehormat ialah kata-kata rujukan yang dihadapkan kepada orang-orang tertentu menurut taraf sosial masing-masing. Panggilan hormat biasanya digunakan dalam sapaan atau panggilan di majlis-majlis rasmi dan tidak rasmi, pada bahan-bahan bertulis seperti buku aturcara sesuatu majlis rasmi, dalam surat dan di sampul surat.

Ini bermakna, panggilan hormat bukan sahaja perlu digunakan dalam upacara rasmi negara dan dalam hubungan antarabangsa, malah perlu juga digunakan ketika berkomunikasi dalam pelbagai situasi rasmi di peringkat jabatan atau organisasi.

Panduan penggunaan protokol panggilan hormat adalah berasaskan beberapa gelaran seperti berikut :

i. Gelaran Diraja

ii. Gelaran Turun-temurun/Warisan

iii. Gelaran Kurniaan Darjah Kebesaran

iv. Gelaran Kurniaan Ikhtisas/Akademik

v. Gelaran Keagamaan

vi. Yang Dipertua Negeri/Perwakilan Negara-negara Asing

Gelaran DirajaBilPangkat/GelaranCara Mengalamatkan

1Yang di-Pertuan Agong

i. Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

ii. Tuanku

Raja Permaisuri Agongi. i. Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong

ii. Tuanku

2Raja Negeri Perlis Indera KayanganDuli Yang Maha Mulia Tuanku(nama)

Duli Yang Maha Mulia Tuanku(nama)

3

Sultan Negeri Kedah Darul Aman

4Sultan Negeri Selangor Darul Ehsan

5

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus

6Sultan Negeri Perak Darul RidzuanDuli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan..(nama)

7Al-Sultan Negeri Kelantan Darul Naim

i. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku(nama)

ii. Tuanku

8Sultan Negeri Terengganu Darul ImanKebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan(nama)

9Sultan Negeri Johor Darul TakzimDuli Yang Maha Mulia AlMutawakkil Alallah(nama)

10Sultan Negeri Pahang Darul MakmurKebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan..(nama)

Gelaran Diraja bagi Raja Muda Negeri, Raja Di-Hilir dan UndangPangkat / GelaranCara Mengalamatkan

Raja Muda Negeri Perlis, Kedah, Selangor, Perak, dan Johor.Duli Yang Teramat Mulia Tuanku

Raja Muda Negeri Pahang dan Kelantan, TerengganuKebawah Duli Yang Teramat Mulia Tuanku

Raja Di-Hilir PerakDuli Yang Amat Mulia Tuanku

Undang Negeri SembilanYang Amat Mulia Undang

Gelaran Turun-temurun / WarisanGelaranCara Mengalamatkan

Anak-anak raja atau kerabat diraja paling kananYang Amat Mulia

(Y.A.M)

Individu lain yang bergelar Tengku, Tunku, RajaYang Mulia

(Y.M)

Syed, Engku, Raden, Daeng, Datu, Nik, Wan, Megat, Puteri, Meor.Yang Berbahagia

(Y. Bhg)

Gelaran Kurniaan Darjah KebesaranPangkat / GelaranCara Mengalamatkan

Tun dan Toh Puan (tidak menjadi Wakil Rakyat/ tidak menjadi Senator)i. Rakyat Biasa:

Yang Amat Berbahagia

(Y.A. Bhg.)

ii. Kerabat Diraja:

Yang Amat Mulia

(Y.A.M)

Tan Sri, Puan Sri, Datuk Seri, Datin Seri, Datuk Patinggi, Datin Patinggi, Datuk, Datuk Amar, Datin, Datin Paduka. i. Rakyat Biasa:

Yang Berbahagia (Y.Bhg.)

ii. Kerabat Diraja:

Yang Mulia (Y.M)

Gelaran Kurniaan Ikhtisas

Terdapat tiga kategori gelaran kurniaan ikhtisas:

1. Gelaran kepada mereka yang dipilih oleh rakyat melalui sistem demokrasi pilihanraya seperti Perdana Menteri, Menteri dan Wakil Rakyat.2. Gelaran kepada mereka yang dilantik ke jawatan awam dalam perkhidmatan kerajaan Malaysia seperti Pengarah, Pengurus, Pegawai Daerah dan lain-lain.3. Gelaran kepada mereka berdasarkan pencapaian akademik seperti Profesor Diraja, Profesor Emeritus, Profesor, Profesor Madya, Insinyur dan Doktor.

Panggilan Hormat bagi Mereka yang Dilantik ke Jawatan dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (Ikhtisas) melalui Sistem Pilihanraya / Berkhidmat dengan Kerajaan Negeri

No.Pangkat/GelaranPanggilan Hormat

1Perdana Menteri Malaysia, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Besar / Ketua Menteri Rakyat Biasa :

Yang Amat Berhormat (Y.A.B)Kerabat Diraja :

Yang Amat Berhormat Mulia (Y.A.B.M)

2

Menteri-menteri dan Timbalan-timbalan Menteri,

Wakil Rakyat atau ahli/ anggota Parlimen , ahli/anggota Dewan Rakyat dan ahli/anggota Dewan Undangan Negeri

Ahli/ Anggota Dewan Negara/Senator

Yang Dipertua Dewan Rakyat/

Yang Dipertua Dewan Negara/

Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri

Rakyat Biasa :

Yang Berhormat (Y.B)

Kerabat Diraja :

Yang Berhormat Mulia (Y.B.M)

Rakyat Biasa :(Dalam sidang) : Tuan Yang Dipertua(Luar sidang) : Yang BerhormatKerabat Diraja :

Yang Berhormat Mulia (Y.B.M)

3Pegawai-pegawai Tinggi Kerajaan Negeri :

a) Setiausaha Kerajaan Negerib) Pegawai Kewangan Negeri

c) Penasihat Undang-undang NegeriRakyat Biasa :

Yang Berhormat (Y.B)

Kerabat Diraja :

Yang Berhormat Mulia (Y.B.M)

Panggilan Hormat bagi Mereka yang Dilantik ke Jawatan dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (Ikhtisas)

No.Pangkat / GelaranPanggilan Hormat

1Ketua Hakim Negara

Rakyat Biasa :

Yang Amat Arif (Y.A.A)

Kerabat Diraja :

i. Yang Amat Arif Mulia Tengku/ Tunku/ Engku/ Ungku/ Raden/ Datu..

ii. Yang Amat Arif Duli Yang Teramat

Mulia (Y.M) Tuanku .(gelaran khas untuk Tun Raja Azlan Shah)

2Hakim/Hakim Besar

Rakyat Biasa :

Yang Arif (Y.A)

Kerabat Diraja :

Yang Arif Mulia Tengku/ Tunku/ Engku/ Ungku/ Raden/ Dato

3Ketua Turus Angkatan Bersenjata Malaysia

i. Ketua Turus Angkatan DaratYang Amat Setia (Y.A.S)

i. Yang Amat Setia Jeneral/ Leftenan Jeneral/ Mejar Jeneral (gelaran, nama) Ketua Turus Angkatan Darat

ii. Ketua Turus Angkatan

Lautii. Yang Amat Setia Laksamana Laut/ Laksamana Madya Laut .

iii. Ketua Turus Angkatan

Udaraiii. Yang Amat Setia Komodor Udara/

Komodor Muda Udara

4Ketua Polis NegaraYang Amat Setia Ketua Polis Negara..

5Pegawai Kanan Polis dan Tentera Yang Setia (Y.S)

6Ketua Setiausaha Negara, Peguam Negara, Ketua Pengarah, Pengarah, Setiausaha, Pengurus Besar, Pengurus, Pegawai Daerah, Penghulu, Orang Kaya-kaya, Sidang, Pengetua, Guru Besar dan lain-lain. Yang Berbahagia (Y.Bhg)

7Pengerusi MajlisYang Mulia Pengerusi Majlis

Panggilan bagi Mereka yang Mempunyai Gelaran Berdasarkan Pencapaian Akademik No.Gelaran/PangkatCara Mengalamatkan

1Profesor Diraja, Profesor Emeritus, Profesor, Profesor Madya, Insinyur, Doktor.Yang Berbahagia (Y.Bhg)

Gelaran Keagamaan

Gelaran keagamaan diberi kepada tokoh-tokoh di dalam bidang agama seperti Mufti, Kadi, Imam, Ustaz, Ustazah, Haji dan Hajah.No.Pangkat/GelaranCara Mengalamatkan

1MuftiRakyat Biasa :

i. Yang Berbahagia (Y.Bhg)

ii. Sahibul Samahah atau Sahibul Al-Samahah (S.A.S)

Kerabat Diraja :

Yang Mulia

2Kadii. Yang Arif (Y.A)

ii. Sahibul Fadhilah (S.F)

3Haji/ Hajah/ Imam/ Ustaz/ Ustazah/ Alim UlamaRakyat Biasa :

Yang Berbahagia (Y.Bhg)Kerabat Diraja :

Yang Mulia (Y.M)

Yang Dipertua Negeri/ Perwakilan Negara-negara AsingNo.Pangkat/GelaranCara Mengalamatkan

1Yang Dipertua Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan SarawakTuan Yang Terutama (T.Y.T)

2Duta Besar, Duta, Pesuruhjaya Tinggi, Konsul, dan pemimpin-pemimpin asing lain yang bukan raja.Tuan Yang Terutama (T.Y.T)

Peraturan Sapaan

Panggilan hormat dalam majlis rasmi atau upacara rasmi yang dihadiri bersama oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja atau Sultan, seseorang pengucap mesti menyapa Kebawah Duli Tuanku terlebih dahulu. Selepas itu barulah orang lain mengikut urutan protokol dan Susunan Keutamaan Persekutuan.

Pada awal ucapan atau semasa bertukar daripada satu tajuk kepada satu tajuk ucapan, sapaan yang lengkap terhadap Kebawah Duli Sultan perlulah dilafazkan, iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Walau bagaimanapun, pada bahagian yang lain, cukup dengan ucapan Tuanku atau Ampun Tuanku atau Ampun Tuanku Beribu-ribu Ampun sahaja.

Jika seseorang itu berucap dalam satu majlis yang dihadiri oleh orang ramai dan Kebawah Duli Tuanku turut berangkat hadir menyaksikan majlis tersebut, maka hendaklah disapa Kebawah Duli Tuanku terlebih dahulu dengan menyebut perkara-perkara penting dan bersesuaian kepada baginda. Kemudian, hendaklah memohon sembah izin daripada baginda untuk berucap kepada hadirin yang lain. Ini bermakna Tuanku seolah-olah menjadi pemerhati sahaja. Apabila pengucap mahu menamatkan ucapannya, beliau mesti memohon sembah sekali lagi kepada Kebawah Duli Tuanku dengan menyapa baginda untuk memohon ampun dan izin untuk menamatkan ucapannya.

Dalam majlis yang tidak dihadiri oleh raja atau wakil raja, pada permulaan setiap ucapan, pengucap mesti menyapa terlebih dahulu kepada orang yang paling kanan dalam majlis tersebut, iaitu pengerusi majlis dan tetamu khas yang diundang ke majlis itu. Selepas itu baru disapa orang lain mengikut urutan protokol.

Kaedah Sapaan atau Panggilan

Orang yang Mempunyai Satu Gelaran (Warisan atau Kurniaan).

Mulakan dengan rujukan kehormat diikuti dengan gelaran dan nama peribadi.

Contoh:

a. Yang Berbahagia Tan Sri Mohd Saleh Sulong (Pengerusi DRB Hicom).

b. Yang Berhormat Datuk Jamaluddin Jarjis (Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia).

c. Yang Arif Datuk Augustine Paul (Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur).

d. Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Abdullah Ibni Sultan Hj Ahmad Shah (Tengku Mahkota Pahang).

e. Yang Berbahagia Datuk Ahmad Zaki Husin (Ketua Pengarah BPR).

Orang yang Mempunyai Lebih Daripada Satu Gelaran.

a) Sekiranya gelaran itu gelaran warisan yang kanan seperti Raja atau Tengku, maka gelaran itu hendaklah didahulukan daripada gelaran kurniaan.

Contoh:

a. Yang Mulia Tengku Datuk Mahaleel Tengku Arif (Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Proton Bhd.)

b. Yang Mulia Raja Tan Sri Mohar Raja Badiozaman.

c. Yang Amat Arif Raja Tun Azlan Shah (sewaktu menjadi Ketua Hakim Negara.)

b) Sekiranya gelaran itu bukan yang kanan seperti Syed, Meor, Megat, gelaran itu hendaklah dikemudiankan daripada gelaran kurniaan.

Contoh:

a. Tuan Yang Terutama Tun Sheikh Hamdan b. Sheikh Tahir (Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang).

b. Yang Amat Berhormat Dato' Nik Aziz Nik Mat (Menteri Besar Kelantan).

c. Yang Berhormat Datuk Seri Syed Hamid Albar (Menteri Luar Malaysia).

c) Sekiranya kedua-dua gelaran yang dimiliki itu gelaran kurniaan, dahulukan gelaran kurniaan yang lebih kanan.

Contoh:

a. Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Seri Azizan Zainal Abidin (Pengerusi Petronas).

b. Yang Berbahagia Datuk Dr. Fadzillah Kamsah (Pakar motivasi).

c. Yang Berbahagia Tun Datuk Patinggi Abdul Rahman Yaakub (Bekas Ketua Menteri Sarawak).

d. Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Amar Wan Mokhtar Ahmad(Bekas Menteri Besar Terengganu).

d) Sekiranya seseorang itu mendapat gelaran yang banyak, sebutkan dan deretkan gelaran-gelarannya.

Contoh:

a. Yang Berbahagia Profesor Emeritus Tan Sri Dato' Dr. Haji Awang Had Salleh.

b. Yang Berbahagia Profesor Puan Sri Dato' Dr. Fatimah Hamidon.

c. Yang Berbahagia Profesor Dato' Ir. Ahmad Zaidee Laidin (Naib Canselor UiTM).

d. Yang Berbahagia Profesor Emeritus Dato' Dr. Nik Safiah Karim

SUSUNAN KEUTAMAAN PERSEKUTUAN

MENGIKUT WARTA KERAJAAN

JIL: 29 BIL: 20 BERTARIKH 3HB OKTOBER, 1985

(P.U.(B) 456)

____________________________________________

Susunan Keutamaan Persekutuan dalam Jadual Pertama telah diluluskan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan disiarkan untuk makluman umum.

2. Susunan tersebut hendaklah tertakluk kepada catatan dalam Jadual Kedua.

JADUAL PERTAMA

(Perenggan 1)

1. Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

2. Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.

3. Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja dan Pemangku-Pemangku Raja.

4. Tuan-Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri.

5. Bekas-bekas Raja Permaisuri Agong yang menerima saraan Di Raja daripada Kerajaan Persekutuan.

6. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Kehormat - 6A. Bakal-bakal Raja (Y.T.M. Tengku Mahkota/ Raja Muda)

7. Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri.

8. Ahli-ahli Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N).

9. Ahli-ahli Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N).

10. Ahli-ahli Seri Setia Mahkota (S.S.M).

Kehormat - 10A.Dato-Dato Undang Yang Empat serta Tengku Besar Tampin, Negeri Sembilan.

11.Ketua Hakim Negara

12.Yang Dipertua Dewan Negara

13.Yang Dipertua Dewan Rakyat

14. Ahli-ahli Jemaah Menteri

15.Pesuruhjaya-pesuruhjaya Tinggi (High Commissioners),

Duta-duta Besar (Ambassadors),

Menteri-menteri yang Mutlak (Minister Envoys),

Pemangku Pesuruhjaya-pesuruhjaya Tinggi (Acting High Commissioners) dan Kuasa-kuasa Usaha (Charge dAffaires).

16.Hakim-hakim Besar.

17.Ketua Pembangkang dalam Parlimen.

Kehormat - 17A. Y.A.B Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri.

18.Setiausaha Jemaah Menteri/ Ketua Setiausaha Negara.

19.Hakim-hakim Mahkamah Agong.

20.Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Timbalan-timbalan Menteri.

21.Setiausaha-setiausaha Parlimen.

22.Peguam Negara.

23.Panglima Angkatan Tentera.

24.Ketua Polis Negara.

25.Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan

26.Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.

Kehormat - 26A.Penasihat Khas kepada Y.A.B. Perdana Menteri

27.Pegawai-pegawai Turus II, III dan Hakim-hakim Mahkamah Tinggi.

28.Gabenor Bank Negara.

29.Datuk Bandar Kuala Lumpur.

30.Mufti Wilayah Persekutuan.

31.Penyimpan Mohor-mohor Besar.

32.Datuk Paduka Maharaja Lela

33.Ahli-ahli Panglima Mangku Negara (P.M.N)

34.Ahli-ahli Panglima Setia Mahkota (P.S.M)

35.Profesor-profesor Di Raja dan Ahli-ahli Panglima Setia Di Raja (P.S.D)

36.Pengerusi, Jawatankuasa Majlis-majlis Rasmi Kerajaan.

37.Ahli-ahli Dewan Negara.

38.Ahli-ahli Dewan Rakyat.

Kehormat - 38ASpeaker Dewan-dewan Undang Negeri.

39.Pengerusi-pengerusi Suruhanjaya-suruhanjaya yang ditubuhkan di bawah Perlembagaan.

40.Pegawai-pegawai Tingkatan Tertinggi A dan Pegawai-pegawai Tentera dan Polis yang setaraf dengannnya.

41.Panglima-panglima Tentera :

(a) Panglima Tentera Darat

(b) Panglima Tentera Laut

(c) Panglima Tentera Udara

42.Pegawai-pegawai Tingkatan Tertinggi B dan Pegawai-pegawai Tentera dan Polis yang setaraf dengannya.

43.Ketua-ketua Setiausaha Kementerian.

44.Wakil Tempatan Bangsa-Bangsa Bersatu (Local Representative of the United Nations).

45.Naib-naib Canselor Universiti-universiti, Pengerusi-pengerusi Badan-badan Berkanun Persekutuan dan Ketua-ketua Pengarah Badan-badan Berkanun Persekutuan setaraf dengan pegawai-pegawai Tingkatan Tertinggi B.

Kehormat - 45AAhli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan-kerajaan Negeri dan Menteri-menteri Negeri di Sabah/ Sarawak.

46.Pegawai-pegawai Tingkatan Tertinggi C dan Pegawai-pegawai Tentera dan Polis yang setaraf dengannya.

47.Pegawai-pegawai Tingkatan Tertinggi D dan Pegawai-pegawai Tentera dan Polis yang setaraf dengannya dan Pengurus-pengurus Besar Badan-badan Berkanun Persekutuan.

Kehormat - 47AAhli-ahli Dewan Undangan Negeri

48.Ahli-ahli Johor Mangku Negara (J.M.N)

49.Ahli-ahli Johan Setia Mahkota (J.S.M)

50.Ahli-ahli Johan Setia Di Raja (J.S.D)

51.Setiausaha-setiausaha Politik.

52.Pegawai-pegawai Tingkatan Tertinggi E, F dan G dan Pegawai-pegawai Tentera dan Polis yang setaraf dengannya.

53.Konsul-konsul Jeneral Negeri-negeri yang tiada Perwakilan Diplomatik di Malaysia (Consuls-General of Countries not having Diplomatic Representation in Malaysia).

JADUAL KEDUA

(Perenggan 2)

CATATAN

Butiran 3 & 4

Butiran 9, 10, 33, 34, 35, 48, 49 & 50

Butiran 15, 44 & 53

Butiran 16 & 19

Butiran 17A

Butiran 21 & 51

Butiran 27, 40, 42, 43, 46, 47 & 52

Butiran 37 & 38

Butiran 39

Butiran 45 & 471. Susunan dalam Jadual Pertama hendaklah dipatuhi dalam semua majlis Rasmi Persekutuan.

2. Raja-raja dan Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri mengambil keutamaan antara mereka sendiri mengikut Perkara 70 Perlembagaan.

3. Orang-orang yang dikurniakan Bintang Darjah Pangkuan Negara, Darjah Setia Mahkota atau Darjah Setia Di Raja mengambil keutamaan dalam tingkatan mereka masing-mereka mengikut tarikh pengurniaan. Ahli-ahli Kehormat mengambil keutamaan selepas semua ahli-ahli penuh.

4. Ahli-ahli Kumpulan Diplomatik mengambil keutamaan mengikut tingkatan mereka masing-masing menurut kelaziman diplomatik.

5. Hakim Besar Malaya, Hakim Besar Borneo dan Hakim-hakim Mahkamah Agung mengambil keutamaan antara mereka sendiri mengikut Seksyen 8, Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

6. Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri mengambil keutamaan antara mereka sendiri mengikut keutamaan Raja-raja dan Yang di-Pertua Yang di-Pertua Negeri.

7. Setiausaha-setiausaha Parlimen dan Setiausaha-setiausaha Politik mengambil keutamaan antara mereka sendiri mengikut keutamaan Menteri-menteri mereka.

8. Pegawai-pegawai Turus II dan III dan Hakim-hakim Mahkamah Tinggi mengambil keutamaan di antara mereka mengikut tarikh perlantikannya. Pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam, Tentera dan Polis mengambil keutamaan dalam tingkatan mereka masing-masing mengikut tarikh mereka dalam tingkatan itu. Dengan syarat bahawa penyandang-penyandang jawatan Pemangku mengambil keutamaan selepas semua penyandang jawatan hakiki yang sama peringkatnya.

9. Ahli-ahli Dewan Negara dan Ahli-ahli Dewan Rakyat mengambil keutamaan antara mereka sendiri mengikut susunan yang diuntukkan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

10. Pengerusi-pengerusi Suruhanjaya-suruhanjaya mengambil keutamaan antara mereka mengikut tarikh perlantikan mereka.

11. Naib-naib Canselor Universiti-universiti, Pengerusi-pengerusi Badan-badan Berkanun Persekutuan, Ketua-ketua Pengarah Badan-badan Berkanun Persekutuan dan Pengurus-pengurus Besar Badan-badan Berkanun Persekutuan mengambil keutamaan antara mereka sendiri mengikut tarikh perlantikan mereka.

12. Seseorang yang berhak kepada lebih daripada satu tempat dalam Jadual ini mengambil keutamaan mengikut tempat yang tertinggi, misalnya seorang Pengerusi Badan Berkanun Persekutuan adalah Ahli Panglima Mangku Negara, keutamaannya ialah Butiran 33 dan bukannya di Butiran 45.

13. Tertakluk kepada catatan 12, isteri-isteri mengambil keutamaan sama seperti suami-suami mereka dan suami-suami pula mengambil keutamaan sama seperti isteri-isteri mereka.

14. Orang-orang yang tidak tersebut dalam Jadual Pertama akan mengambil keutamaan mengikut kelaziman yang tertentu tertakluk kepada apa-apa panduan khas yang diberi oleh Jabatan Perdana Menteri dari semasa ke semasa.

15. Sekiranya timbul apa-apa keraguan tentang pemakaian Jadual Pertama, rujukan hendaklah dibuat kepada Jabatan Perdana Menteri sementara keraguan mengenai Butiran 15, 44 dan 53 hendaklah dirujuk ke Kementerian Luar Negeri.

Aktiviti Pengukuhan A. Tuliskan kata Panggilan Hormat yang sesuai bagi individu berikut:

1. Yang Dipertua Dewan Rakyat bergelar Tengku

a. dalam sidang:

b. di luar sidang:

2. Isteri Ketua Setiausaha Negara kerabat diraja:

3. Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia yang bergelar Sir:

4. Permaisuri Sultan Terengganu:

5. Menteri Pendidikan bergelar Raja:

6. Ketua Polis Negara bergelar Tun:

B. Susunkan Rujukan Kehormat bagi individu berikut:

BilNamaGelaran WarisanGelaran KurniaanJawatan/PangkatRujukan Kehormat

CthHalimah-DatinPengarah Urusan SyarikatYang berbahagia Datin Halimah

1.IsmailRajaDato Seri, Tan SriPegawai Daerah Manjung Perak

2.AliNikTunPanglima Tentera Darat

3.HasanTengku DatoPengarah Urusan Syarikat

4.YusufNikDato SeriKetua Hakim Negara

Rumusan:

Rujukan Kehormat (+) gelaran(warisan atau kurniaan) (+) nama

Rumusan:

Rujukan Kehormat (+) gelaran warisan kanan (+) gelaran kurniaan (+) nama

Rumusan:

Rujukan Kehormat (+) gelaran kurniaan (+) gelaran warisan biasa (+) nama

Rumusan:

Rujukan Kehormat (+) gelaran kurniaan (kanan) (+) gelaran kurniaan (biasa atau akademik) (+) nama

Rumusan:

Rujukan Kehormat (+) gelaran ikhtisas (+) gelaran kurniaan (kanan) (+) gelaran kurniaan (biasa) (+) gelaran kurniaan akademik) (+) gelaran keagamaan (+) nama

PAGE 51