ayat sama maksud

Upload: badrul

Post on 05-Oct-2015

26 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

SISTEM BAHASA/ TATABAHASA

AYAT SAMA MAKSUD

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang bergaris.

1Disebabkan Rashid tidak hadir juga, eloklah kita mulakan permainan ini, kata Amarjit.

AAmarjit meminta Rashid memulakan permainan itu.

BAmarjit mahu Rashid menjadi pemain utama pasukan itu.

CAmarjit mencadangkan permainan diteruskan walaupun tanpa kehadiran Rashid.

DAmarjit mencadangkan agar permainan dimulakan walaupun tanpa kehadiran Rashid.2Guru memberitahu semua murid di tingkat satu bangunan supaya turun segera apabila loceng berbunyi.

AApabila loceng berbunyi di bangunan satu, semua murid dikehendaki turun.

BSemua murid yang berada di tingkat satu bangunan diberitahu oleh guru supaya segera turun apabila loceng berbunyi.

CSemua murid di bangunan satu yang berada diberitahu guru supaya turun apabila loceng berbunyi.

DApabila semua murid di tingkat satu diberitahu supaya turun oleh guru, loceng telah berbunyi.

3Pelancong asing tertarik hati dengan keindahan alam semula jadi di negara ini.

AKeindahan alam semula jadi negara ini tertarik hati dengan pelancong asing.

BKeindahan alam semula jadi negara ini telah menarik hati pelancong asing.

CDi negara ini keindahan alam semula jadi pelancong asing tertarik hati.

D Tertarik dengan keindahan alam semula jadi pelancobg asing di negara ini.

4Ibu, mengapa ayah belum pulang lagi? Tanya anak kecil itu.

AIbu bertanya kepada anak kecil itu sebab ayahnya belum pulang.

BAyah bertanya kepada ibu itu sebab dia belum pulang lagi.

CAnak kecil itu bertanya kepada ibunya sebab ayahnya belum pulang lagi.

DAnak kecil itu bertanya kepada ayahnya sebab ayahnya belum pulang lagi.

5Salah satu punca banjir kilat ialah longkang yang tersumbat.

ABanjir kilat ialah punca longkang yang tersekat.

BLongkang yang tersumbat merupakan salah satu punca banjir kilat.

CPunca longkang yang tersumbat ialah banjir kilat.

DLongkang yang tersumbat berpunca daripada banjir kilat.

6Pasukan polis telah berjaya menggagalkan percubaan rompakan bank itu.

APercubaan merompak bank itu berjaya menggagalkan pasukan polis.

BPercubaan merompak bank itu telah berjaya digagalkan oleh pasukan polis.

CBank itu telah berjaya menggagalkan percubaan merompak pasukan polis.

DPasukan polis telah berjaya digagalkan oleh percubaan merompak bank.

7Terima kasih, kata Anis kepada ibunya sambil berlari keluar.

AAnis berlari keluar sambil mengucapkan terima kasih kepada ibunya.

BIbu mengucapkan terima kasih kepada Anis sambil berlari keluar.

CAnis mengucapkan terima kasih kepada ibunya sambil berlari keluar.

DIbu Anis berlari keluar sambil mengucapkan terima kasih kepadanya.

8Dia bertanya kepada saya tempat saya bersekolah.

ADia bertanya kepada saya, Di manakah saya bersekolah?

BDia bertanya kepada saya, Di manakah awak bersekolah?

CDia bertanya kepada awak, Di manakah awak bersekolah?

DDia bertanya kepada awak, Di manakah dia bersekolah?

9Oleh sebab kamu lewat, kami terpaksa bermain tanpa kamu, Kata Rama kepada Adi.

ARama memarahi Adi kerana mereka terpaksa bermain tanpanya disebabkan dia lewat datang.

BRama memarahi Adi kerana dia lewat datang untuk permainan itu.

CAdi memarahi Rama kerana dia terlewat datang.

DAdi terlewat datang menyebabkan permainan ditangguhkan.

10Walaupun Rosdi seorang yang keras kepala, dia masih boleh dibawa berunding.

ARosdi boleh dibawa berunding tetapi dia keras kepala.

BRosdi keras kepala walaupun dia masih boleh dibawa berunding.

CRosdi masih boleh dibawa berunding walaupun dia seorang yang keras kepala.

DRosdi yang keras kepala itu masih boleh dibawa berunding.

11Asri terpaksa banyak bersabar kerana dia sudah tidak ada tempat bergantung kecuali pak ciknya.

AKesabaran banyak membantu Asri yang sudah tidak ada tempat bergantung selain pak ciknya.

BPada pakciknyalah Asri terpaksa banyak bersabar.

COleh sebab tidak ada tempat bergantung selain pak ciknya, Asri terpaksa banyak bersabar.

DAsri diajak bersabar oleh pak ciknya kerana dia sudah tidak ada tempat bergantung.

12Marilah kita sama-sama membersihkan bilik ini, ajak Mei Lan.

AMei Lan diajak diajak membersihkan bilik itu bersama-sama kawannya.

BKita diajak membersihkan bilik itu bersama-sama Mei Lan.

CMei Lan mengajak kawan-kawannya bersama-sama membersihkan bilik itu.

DBersama-samalah kita membersihkan bilik itu dengan kawan-kawan Mei Lan.

13Cara Abu menyelesaikan masalah itu sungguh berkesan. Bolehlah kita mengikut caranya untuk mempercepat tugas kita.

AUntuk mempercepat tugas kita, bolehlah kita mengikut cara Abu menyelesaikan masalah itu.

BCara Abu menyelesaikan masalah itu sungguh berkesan diikuti.

CBolehlah kita mengikut cara Abu untuk mempercepat kerja kita.

DAbu menyelesaikan masalah itu untuk mempercepat tugas kita.

14Sampan itu didayung oleh Pak Kasim ke tebing kerana arus sungai terlalu deras.

APak Kasim didayung sampan ke tebing kerana arus sungai terlalu deras.

BPak Kasim mendayung sampan ke tebing kerana arus sungai terlalu deras.

CArus sungai deras mendayung oleh Pak Kasin sampan ke tebing sungai.

DSampan mendayung oleh Pak Kasim ke tebing kerana arus sungai deras.

15Mayat itu dijumpai polis di dalam belukar di tepi kampung itu.

ADi dalam belukar mayat itu dijumpai.

BPolis dijumpai mayat itu di dalam belukar di tepi kampung itu.

CPolis menjumpai mayat itu di dalam belukar di tepi kampung itu.

DDi tepi kampung itu dijumpai mayat itu di dalam belukar.

Jawapan:

1 D 2 B 3 B 4 C 5 B 6 B 7 C 8 B

9 A 10 C 11 C 12 C 13 C 14 B 15 C