asap berbahaya

13
1.0- PENGENALAN Jerebu ialah satu fenomena di mana habuk, asap, dan zarah-zarah kering yang lain berkumpul di udara, menyebabkan penglihatan yang kurang jelas dan jarak penglihatan yang berkurangan. Ini berlaku apabila keadaan cuaca menghalang bahan pencemaran ini daripada disebarkan secara meluas. Apa yang berlaku ketika jerebu ialah bahan pencemaran ini bertumpu kepada sesuatu kawasan dan menyelimutkannya dan ini secara umumnya mengakibatkan pemandangan yang kurang jelas dan juga boleh menjadi satu ancaman kesihatan terutamanya kesihatan sistem pernafasan. Jerebu boleh berwarna coklat atau biru dan bergantung kepada saiz zarah, jerebu tidak selalunya boleh dilihat dengan mata kasar. Jerebu boleh disebabkan oleh tindakan manusia serta sebab-sebab semula jadi. Tindakan ini biasanya menyebabkan habuk, asap dan lain-lain zarah kering dilepaskan ke udara. Jerebu Buatan manusia - Pembakaran terbuka - Pencemaran Kenderaan - Pencemaran Perindustrian - Pertanian (cth. pembersihan tanah) Jerebu punca Asli - Kebakaran Hutan - Habuk yang dibawa angin

Upload: sitirohana-jumri

Post on 08-Jul-2016

18 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

debu

TRANSCRIPT

Page 1: asap berbahaya

1.0- PENGENALAN

Jerebu ialah satu fenomena di mana habuk, asap, dan zarah-zarah kering yang lain berkumpul

di udara, menyebabkan penglihatan yang kurang jelas dan jarak penglihatan yang berkurangan.

Ini berlaku apabila keadaan cuaca menghalang bahan pencemaran ini daripada disebarkan

secara meluas. Apa yang berlaku ketika jerebu ialah bahan pencemaran ini bertumpu kepada

sesuatu kawasan dan menyelimutkannya dan ini secara umumnya mengakibatkan

pemandangan yang kurang jelas dan juga boleh menjadi satu ancaman kesihatan terutamanya

kesihatan sistem pernafasan. Jerebu boleh berwarna coklat atau biru dan bergantung kepada

saiz zarah, jerebu tidak selalunya boleh dilihat dengan mata kasar. 

Jerebu boleh disebabkan oleh tindakan manusia serta sebab-sebab semula jadi. Tindakan ini

biasanya menyebabkan habuk, asap dan lain-lain zarah kering dilepaskan ke udara.

Jerebu Buatan manusia

- Pembakaran terbuka

- Pencemaran Kenderaan

- Pencemaran Perindustrian

- Pertanian (cth. pembersihan tanah)

Jerebu punca Asli

- Kebakaran Hutan

- Habuk yang dibawa angin

Terdapat beberapa faktor-faktor lain yang diperlukan untuk mewujudkan keadaan yang sesuai

untuk berlakunya jerebu. Ini termasuk cuaca kering yang berpanjangan, ketiadaan atau sedikit

angin, dan bekalan bahan pencemar di udara. Dalam keadaan sebegini, zarah-zarah di udara

terperangkap, tertumpu dan tidak disebarkan atau dileraikan dan ini menyebabkan jerebu. Di

Semenanjung Malaysia, jerebu biasanya berlaku pada bulan-bulan Januari hingga Februari dan

Jun hingga Ogos kerana cuaca pada masa-masa itu secara umumnya kering dan tidak

berangin.

Kebakaran hutan samada buatan manusia atau semulajadi yang berlaku pada masa ini sering

menyebabkan jerebu. Gambar satelit menunjukkan asap daripada kebakaran terbuka di

Page 2: asap berbahaya

Indonesia bergerak ke Singapura dan Malaysia, mengakibatkan jerebu yang teruk. Masalah

Jerebu adalah satu masalah yang meruncing di Malaysia dan negara-negara lain di Asia

Tenggara terutamanya dalam tempoh dua dekad yang lalu disebabkan pembersihan hutan di

Indonesia dengan kaedah pembakaran terbuka. Ini adalah sesuatu masalah yang masih

berterusan dan sedang ditangani oleh negara-negara ASEAN.

Jerebu yang disebabkan oleh pembakaran hutan secara luas boleh menjadi teruk dan

berpanjangan. Pendedahan jangka panjang kepada jerebu sebegini boleh memudaratkan

kesihatan. Semasa jerebu, sering terdapat peningkatan dalam masalah kesihatan berkaitan

mata dan tekak berserta masalah pernafasan, khususnya di kalangan mereka yang lebih

sensitif atau sakit.

Orang ramai digesa untuk memantau kualiti udara di kawasan mereka dan mengikut nasihat

pihak berkuasa kesihatan tempatan. Adalah menjadi kebiasaan untuk berada di dalam rumah

dengan pintu dan tingkap tertutup dan memakai topeng yang patut ketika jerebu teruk. Indeks

Pencemaran Udara Indeks Pencemaran Udara (IPU) adalah satu cara untuk menggambarkan

kualiti udara di Malaysia. Indeks IPU dikira dari beberapa set data berkenaan pencemaran

udara termasuk mengukur jumlah karbon monoksida, ozon, nitrogen dioksida dan sulfur

dioksida di dalam atmosfera. Data IPU terkini untuk Malaysia boleh diperolehi daripada laman

web ini: http://apims.doe.gov.my/apims/.

Skala ini di bawah menunjukkan klasifikasi yang digunakan oleh Kementerian Kesihatan

Malaysia.

IPU Tahap Pencemaran Udara

0 - 50 Baik

51 - 100 Sederhana

101 - 200 Tidak Sihat

201 - 300 Sangat Tidak Sihat

301+ Merbahaya

Bagaimana Jerebu Boleh Dileraikan

Jerebu di atmosfera boleh dileraikan melalui beberapa proses.

Antara cara-caranya adalah seperti berikut

Page 3: asap berbahaya

- Zarah jerebu yang lebih besar akan jatuh ke tanah atau ke atas mana-mana permukaan

disebabkan daya tarikan graviti.

- Zarah jerebu halus membantu pembentukan titisan air yang akhirnya akan jatuh ke tanah

sebagai hujan.

- Hujan juga mengumpul dan membawa bersamanya zarah jerebu dari atmosfera ke tanah.

- Ribut dan angin boleh membawa zarah jerebu tinggi ke atmosfera di mana ia akan tersebar

luas.

2.0 Isu jerebu

Pada Jun 2013 , berlaku fenomena jerebu sekali lagi di Malaysia akibat pembakaran hutan

yang tidak terkawal di Kalimantan, Indonesia . Hal ini telah menyebabkan Negara yang

berdekatan dengan Indonesia umumnya Singapura dan Malaysia terkena tempiasnya .

Fenomena jerebu paling teruk berlaku di Singapura dan Negeri Johor . Hal ini telah

menggusarkan ramai pihak umumnya pelajar sekolah dan IPT yang perlu untuk menyambung

pembelajaran di tempat masing-masing . Justeru , pihak atasan seperti Kementerian Pelajaran

Malaysia telah mengarahkan sekolah-sekolah berkenaan ditutup buat sementara waktu

khususnya di Johor .

            Pencemaran udara di Malaysia khususnya episod jerebu mempunyai pertalian kuat

dengan kehadiran titik panas yang dicerap imej satelit di Pulau Sumatera, Indonesia. Kajian

lepas telah menunjukkan kehadiran musim kering yang berpanjangan kesan daripada amalan

pembakaran terbuka di kawasan pertanian luas di Sumatera menjadi faktor penyebab dan

penggalak episod jerebu di Malaysia . Oleh itu , kerajaan cuba menganalisis bencana jerebu

terhadap manusia dan alam sekitar di Malaysia . Tidak terlepas juga untuk menganalisis

bencana jerebu bulan Ogos 2005 dan Jun 2013 . Sebenarnya , pergerakan angin barat daya

yang lemah telah memburukkan keadaan jerebu di Pantai Barat , Semenanjung Malaysia .

Dapatan awal ini menunjukkan terdapat kebiasaan perubahan kepekatan pencemar akibat

perubahan arah dan kelajuan angina lazim barat daya semasa episode berkenaan .

3.0 Konsep jerebu

Jerebu dengan pencemaran udara mempunyai kaitan yang amat rapat . Sebenarnya , apabila

kita melakukan aktiviti pelepasan karbon dioksida terlalu banyak seperti asap kenderaan ,

kilang dan pembakaran terbuka , ia menyebabkan pembebasan karbon dioksida terlalu banyak

di atmosfera sehinggakan tumbuh-tumbuhan tidak mampu untuk menyerap karbon dioksida

Page 4: asap berbahaya

yang terlalu banyak untuk menghasilkan proses fotosintesis dengan lancar . Oleh itu , ia adalah

penyebab berlakunya jerebu di Negara Malaysia kita . Sejak zaman dahulu lagi isu jerebu yang

berpunca daripada pencemaran alam sekitar ini telah menjadi bahan wacana masyarakat .

 Hal ini disebabkan oleh impak  pembangunan dari segi kualiti hidup dan ia sering dikaitkan

dengan faktor pencemaran , contohnya kajian impak pembangunan terhadap kualiti kehidupan

di bandar Kuala Lumpur. Hal ini kerana proses kehidupan di bandar lebih terdedah kepada

risiko impak  pembangunan yang negatif berbanding di kawasan luar bandar. Malah, bandar

merupakan pusat tamadun manusia yang memerlukan pemantauan tahap kualiti hidup yang

berterusankerana terdapat pelbagai masalah alam sekitar yang mengiringi setiap

pembangunan, salah satunya ialah masalah jerebu . Jerebu boleh didefinisikan sebagai

kehadiran sesuatu bahan asing di dalam udara selain daripada kandungan udara tulen dan

bersih yang boleh membawa kesan buruk kepada manusia dan juga  tumbuhan  termasuk

berbagai  jenis binatang. Contohnya jelas sekali dengan apa yang berlaku kini di Malaysia

adalah fenomena berulang selepas jerebu yang berlaku pada 0gos 2005 dan mempunyai faktor

yang sama iaitu pembakaran terbuka yang telah membebaskan begitu banyak gas beracun ke

atmosfera .

Cara kita nak mengenal jerebu adalah asap jerebu baunya seperti asap kebakaran , dan sangat

busuk . Selain itu , cuacanya agak panas akibat lapisan ozon yang mulai nipis akibat tidak

dapat manampung gas beracun yang terlalu banyak . Selain itu , penglihatan kita mulai kabur

kerana asap jerebu mampu menutupi seluruh awan dan persekitaran kita . Apabila kita

menyedari mengenai hal ini , kita seharusnya memakai topeng pelindung mulut secara

konsisten agar tidak menghidu asap jerebu dan menghindarkan diri kita daripada mendapat

sebarang penyakit .

4.0 Faktor berlakunya jerebu di peringkat global

Sebenarnya, masalah jerebu berpunca daripada kegiatan manusia sendiri iaitu pertamanya

melalui pambakaran hutan secara besar-besaran tanpa menimbangkan kesan terhadap alam

sekitar.  Contohnya, asap tebal hampir menjadi masalah tahunan kepada Singapura dan

Malaysia, selalunya bermula pada pertengahan tahun apabila peladang di Indonesia

membersihkan ladang secara murah dengan membakarnya.  Maklumat daripada ASEAN

Page 5: asap berbahaya

Specialised Meteorological Centre (ASMC) juga menunjukkan lingkaran asap jerebu dari

kawasan kebakaran di Wilayah Riau, Sumatera Tengah, Indonesia hingga ke selatan Pantai

Barat Semenanjung.  Keadaan ini telah menyebabkan Malaysia mengalami masalah jerebu

yang membimbangkan.

         Selain itu, faktor yang memburukkan lagi keadaan ialah  tindakan  masyarakat yang

melakukan pembakaran secara terbuka tanpa kawalan sehingga menyebabkan keadaan jerebu

menjadi-jadi. Pembakaran terbuka ini dilakukan oleh pihak yang ingin menghapuskan sesuatu

seperti sampah sarap atau bahan buangan sama ada individu ataupun pemilik kilang.

Contohnya, sesetengah anggota masyarakat melakukan pembakaran terbuka di belakang

kawasan rumah mereka sendiri. Mereka telalu malas untuk membawa sampah sarap mereka

ke tempat pembuangan sampah atau pusat pengitaran sampah semula. Begitu juga pemilik

kilang kain, papan dan sebagainya bertindak membakar sendiri bahan buangan kilang mereka. 

Mereka tidak betanggungjawab dan tidak mengambil kisah jika asap daripada pembakaran

terbuka itu sedikit demi sedikit membawa kepada masalah jerebu.  Mereka juga tidak sedar

bahawa asap dari pembakaran ini tidak akan berada di suatu tempat sahaja tetapi akan ditiup

angin dan meliputi kawasan yang amat luas. Natijahnya, pembakaran terbuka ini

mengakibatkan asap dilepaskan ke udara dan mengakibatkan jerebu.

      Tambahan pula,  peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya yang bagaikan cendawan

tumbuh selepas hujan juga telah mengakibatkan masalah jerebu di Malaysia. Di Malaysia,

terdapat 9.3 juta buah kenderaan di jalan raya dan telah menyebabkan 16.2 tan karbon

monoksida dan dua tan sodium dioksida dikeluarkan setiap hari. Kesesakan lalu lintas

menyebabkan keadaan jerebu bertambah parah kerana kenderaan tidak bergerak tetapi

mengeluarkan asap yang mencemarkan udara.  Peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya

akan menyebabkan jumlah asap yang dikeluarkan dari paip ekzos kenderaan meningkat dan

berlegar-legar di atmosfera dan terperangkap di lapisan ozon serta tidak dapat keluar ke

angkasa lepas.  Hal ini menyebabkan udara menjadi tebal dan berlakulah jerebu di negara kita.

       Seterusnya,  pengeluaran asap yang tidak terkawal dari kawasan perindustrian seperti

kawasan perindustrian yang menggunakan minyak dan arang batu turut menjadi punca utama

jerebu.   Sikap pengusaha kilang yang bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-

masing menyebabkan asap-asap dari kilang dilepaskan ke udara dan telah mencemarkan

udara di negara kita. Mereka tidak sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk

mendapatkan alat penapisan asap untuk menapis asap yang dikeluarkan dari kilang mereka

sedangkan asap-asap yang dikeluarkan ini mengandungi sulfur dioksida dan nitrogen yang

Page 6: asap berbahaya

boleh mengakibatkan udara menjadi berjerebu.  Situasi ini bertambah buruk apabila ada pihak

pengusaha kilang yang memasang corong asap yang terlalu rendah sehingga menyalurkan

asap beracun ke udara.  Contoh kawasan perindustrian ialah di Lembah Klang.

5.0 Kesan akibat daripada jerebu

Memang tidak dinafikan juga, fenomena jerebu mendatangkan kesan negatif terutama terhadap

tahap kesihatan rakyat di negara kita.   Antaranya ialah, jerebu boleh menjejaskan kesihatan

rakyat terutamanya sistem pernafasan dan boleh menyebabkan penyakit asma, sakit

kerongkong, selesema, batuk, nemonia dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan jantung. 

Hal ini berlaku kerana jerebu menyebabkan badan menjadi lemah dan imunisasi semakin

rendah.  Oleh itu bilangan golongan tua dan kanak-kanak yang jatuh sakit berkaitan dengan

sistem pernafasan telah meningkat mendadak akibat jerebu dan terpaksa menerima rawatan di

hospital atau di klinik.

      Selain itu, kesan jerebu juga boleh mengurangkan jarak penglihatan . Keadaan ini berlaku

disebabkan oleh komponen-komponen yang ada di dalam jerebu berupaya menyerap dan

menyerakkan cahaya matahari .    Hal ini amat menakutkan kerana risiko kemalangan boleh

berlaku seperti kapal terbang dan kapal laut atau kenderaan di jalan raya menjadi semakin

besar .  Hal ini pernah terjadi pada kisah fenomena jerebu pada Ogos 2005 dimana

kemalangan berlaku akibat asap jerebu yang terlalu tebal . Keadaan ini amat membahayakan

keselamatan rakyat kerana kemalangan boleh mengakibatkan kemusnahan harta benda,

kecederaan dan kehilangan nyawa.

         Tambahan pula, aktiviti harian masyarakat turut terjejas akibat masalah jerebu.  Apabila

Indeks Pencemaran Udara (IPU) berada di tahap tidak sihat atau membahayakan, sebarang

bentuk aktiviti luar tidak digalakkan.  Contohnya, di kawasan-kawasan yang dilanda jerebu,

banyak sekolah terpaksa ditutup demi menjamin kesihatan pelajar.  Program-program dan

acara luar seperti sukan, dibatalkan.  Keadaan ini menunjukkan bahawa masalah jerebu telah

mengganggu aktiviti harian masyarakat di negara kita . Selain kemerosotan taraf kesihatan

rakyat Malaysia, sektor ekonomi negara turut terjejas akibat fenomena jerebu yang berlaku di

Malaysia . Tahap penglihatan yang rendah menyebabkan aktiviti luar disekat dan industri

perikanan dan pertanian terpaksa dihentikan demi menjamin keselamatan dan kesihatan

pekerja-pekerja . Rakyat Malaysia yang terlibat dalam bidang perikanan dan pertanian terpaksa

mencari alternatif lain untuk mencari pendapatan buat sementara waktu .

Page 7: asap berbahaya

      Asap jerebu  pula biasanya hilang selepas hujan turun. Namun begitu, hujan yang turun

selepas fenomena jerebu berlaku akan memberikan kesan sampingan yang berpunca daripada

hujan asid. Hujan ini seterusnya akan merosakkan tanaman dan tumbuhan, meningkatkan nilai

keasidan tanah dan air sekaligus mengganggu keseimbangan dalam ekosistem seperti

ekosistem akuatik, ekosistem hutan dan ekosistem muara . Hal ini telah menyusahkan petani

umumnya kerana harus mengusahakan semula pertanian mereka agar kembali normal .

Apabila masalah jerebu menjadi semakin meruncing, kesan negatif yang lebih serius akan

timbul. Sumber pendapatan negara turut terancam akibat jerebu . Sumber pendapatan negeri-

negeri yang berasaskan industri pelancongan seperti Sabah dan Sarawak akan merosot kerana

industri pelancongan terjejas akibat jerebu. Para pelancong bukan sahaja dari dalam negeri

malah dari negara asing tidak akan melawat ke Malaysia sekiranya jerebu masih berlaku di

Malaysia kerana bimbang akan keselamatan dan kesihatan mereka semasa melancong ke

Malaysia. Secara tidak langsung, ekonomi negara kita akan terjejas akibat jerebu.

6.0 Langkah-langkah serta usaha yang telah dilakukan oleh Malaysia bagi mengatasi masalah  jerebu           

Beberapa buah negeri telah dikenal pasti sebagai negeri yang paling teruk terjejas akibat jerebu

terutamanya negeri Johor .  491 buah sekolah di beberpa daerah di Johor terpaksa ditutup . 

Beberapa lapangan terbang juga ditutup manakala penerbangan dari Senai, Johor dijadual

semula .  Paling membimbangkan, pesakit yang berkaitan pernafasan meningkat dengn

mendadak .  Persoalannya, apakah langkah-langkah mengatasi masalah yang menjadi duri

dalam daging bagi negara kita .

Memang tidak dinafikan,  tindakan segera untuk menghentikan pembakaran hutan secara

terbuka dan secara besar-besaran diperlukan. Tindakan secara kolektif dengan penggunaan

alat pemadam api yang canggih dan saintifik boleh membantu mengurangkan masalah jerebu.

Di samping itu juga undang-undang ketat perlu dikenakan terhadap pihak atau syarikat tertentu

yang sengaja membakar hutan untuk tujuan pertanian.

      Selain itu,  bahan pencemaran udara haruslah dikurangkan untuk mengelakkan masalah

jerebu di negara kita. Kesesakan lalu lintas menambahkan karbón dioksida, karbón monoksida

dan sebagainya yang menambahkan keadaan berjerebu. Oleh yang demikian, bilangan

kenderaan yang menggunakan jalan raya , khususnya di kawasan-kawasan yang terlibat

seperti Kuala Lumpur haruslah disekat atau dikurangkan . Seterusnya ,  jerebu boleh

dihilangkan dengan usaha pembenihan awan bagi menurunkan hujan . Hujan adalah pembersih

Page 8: asap berbahaya

udara semula jadi yang terbaik . Pihak Jabatan Alam Sekitar telah bekerjasama dengan Puncak

Niaga Sdn. Bhd telah melakukan beberapa siri pembenihan awan khususnya di sekitar Lembah

Klang dan negeri Selangor .

      Tambahan pula, masalah jerebu juga boleh dikurangkan dengan menggunakan Indeks

Pencemaran Udara (IPU) untuk mengenal pasti kawasan yang bermasaalah dan mengambil

tindakan susulan untuk mengatasi masalah jerebu. Pembacaan indeks haruslah dilakukan dari

semasa ke semasa agar usaha mengehadkan kilang-kilang daripada pengeluaran asap atau

gas yang berlebihan dapat diatasi . Masalah jerebu juga boleh diselesaikan melalui

persepakatan bersama antara negara jiran dan pada peringkat global diperlukan untuk

menangani masalah alam sekitar . Kerjasama boleh dilakukan dari segi perlindungan alam

sekitar secara kolektif dan kajian saintifik dan kajian saintifik digiatkan untuk menangani

masalah ini.

             Intihanya, semua pihak termasuklah rakyat Malaysia haruslah berganding bahu dalam

menyelesaikan masalah jerebu di Malaysia, “bagai aur dengan tebing.” Sekiranya masalah ini

dipandang mudah atau enteng , nyawa modal insan negara kita akan menjadi “seperti telur di

hujung tanduk.” Sekiranya masalah jerebu di negara kita tidak diatasi dengan segera, lama-

kelamaan kesan buruknya akan menjadi berpanjangan dan berkekalan serta sukar untuk

diselesaikan dan ketika itu kita akan berasa menyesal tetapi “sesal dahulu pendapatan, sesal

kemudian tidak berguna lagi”.

            Antara usaha yang telah dilakukan oleh Malaysia umumnya Pihak Kementerian telah

menghantar Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar , Datuk Sri G Palanivel ke Indonesia serta

membincangkan cara menyelesaikan masalah jerebu . Dalam pembincangannya bersama

kerajaan Indonesia ,  Malaysia bersedia membantu Indonesia dalam mengatasi masalah jerebu

yang berlaku akhir-akhir ini . Selain itu , kerajaan telah menyeru kepada semua rakyat Malaysia

dalam menjaga alam sekitar terutamanya persekitaran udara supaya masalah jerebu tidak

berulang lagi .

7.0 Program pemantauan kesihatan di negara kita

8.0  Penutup

            Isu pencemaran alam sekitar ini iaitu isu jerebu merupakan satu masalah besar yang

berlaku di peringkat Antarabangsa . Jerebu merupakan isu pencemaran udara yang telah

menjadi satu kebiasaan di Negara Malaysia umumnya . Jerebu juga merupakan satu masalah

Page 9: asap berbahaya

yang memberi kesan negatif serta impak yang besar kepada Negara kita . Masalah jerebu telah

menjadi duri dalam daging kepada Malaysia. Bagi menyelesaikan masalah jerebu yang

merunsingkan ini, semua pihak harus bekerjasama dalam mengatasi masalah tersebut, sama

seperti kata orang-orang tua, “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing” . Pelbagai langkah

perlu diambil demi mengelakkan masalah jerebu daripada berlaku lagi. Sekiranya Malaysia

bebas daripada belenggu masalah jerebu, sudah pasti negara Malaysia dapat berkembang

maju dalam semua bidang .

Kesimpulannya, semua pihak perlu berganding bahu “bagai aur dengan tebing” untuk

mengatasi masalah jerebu ini.  Usaha ini sangat penting demi menjamin kesejahteraan rakyat

dan kemakmuran negara.  sebelum terlambat, sebelum nasi menjadi bubur, , pihak kerajaan

terutamanya perlu mengorak langkah drastik bagi mengatasi masalah jerebu ini dari terus-

menerus menghantui negara kita.  Rakyat yang sihat merupakan tonggak utama untuk

memastikan kemajuan negara kerana  'Rakyat Sihat Negara Maju' .